Isnin, 21 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Terima 2.8 juta panggilan sebulan

Posted:

Terima 2.8 juta panggilan sebulan

Terima 2.8 juta panggilan sebulan

GAMBAR rajah mengenai panduan menggunakan talian 999 dengan betul.


'SABAR ya, aduan anda telah dihantar kepada pihak bertanggungjawab. Sebentar lagi bantuan kecemasan akan tiba.' Itulah ungkapan terakhir penuh mesra yang diucapkan oleh operator talian 999 kepada Raja Nur Haliza Raja Adnan, 49, sebelum talian tersebut diputuskan.

Ungkapan tersebut membuatkan Setiausaha Perbankan Islam dan Takaful di Bank Negara Malaysia itu berasa lega kerana aduan mengenai ular sawa batik yang memasuki halaman rumahnya pada pukul 2 petang di Jalan Bandar, Teluk Intan, Perak itu telah diterima.

Dalam kelegaan itu, mata Haliza masih ligat memerhatikan setiap pergerakan haiwan mamalia sepanjang lima meter yang berada di dalam longkang di hadapan rumahnya itu sambil menunggu bantuan tiba.

Selepas 15 minit menunggu, penantian Haliza berakhir apabila kelibat van berwarna putih dan biru dengan tulisan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memasuki rumahnya.

Kemudian, empat anggota JPAM lengkap beruniform bergegas menangkap ular tersebut untuk dilepaskan ke habitat asalnya.

Itulah sebahagian daripada pengalaman yang dilalui oleh Haliza ketika menggunakan perkhidmatan talian 999.

Dia sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh kakitangan Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999.

Ujarnya, operator yang mengendalikan talian tersebut pantas menyalurkan maklumat kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya menelefon sekitar pukul 2 petang, tidak sampai 15 minit, pasukan JPAM tiba di halaman rumah untuk membantu menangkap ular tersebut.

"Perkhidmatan yang diberikan sangat cekap dan operator melayan saya dengan baik serta tutur kata penuh sopan," ujarnya yang sedang bercuti sakit di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak selepas mengalami kemalangan jalan raya.


KECEKAPAN operasi MERS 999 dapat membantu polis memberkas penjenayah. - Gambar hiasan


Dalam situasi-situasi cemas, sukar bagi kita untuk mengingati dan mencari kembali nombor telefon agensi-agensi perkhidmatan kecemasan.

Sehubungan itu, dengan adanya talian 999, ia memudah orang ramai melaporkan kejadian kecemasan yang berlaku dengan hanya mengingati tiga angka sahaja.

"Nombor yang digunakan talian ini mudah diingati dan ia bebas tol, " ujarnya. Namun, kepada Muhammad Izzat Suhaini, 23, dia kurang berpuas hati dengan perkhidmatan MERS kerana panggilannya pernah tidak dijawab oleh operator talian 999.

Menurut anak kelahiran Pulau Mutiara itu, dia telah menghubungi talian tersebut beberapa kali bagi melaporkan kejadian kemalangan yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 50-an. Namun panggilannya tidak dijawab.

"Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 9 malam di Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Pandan Perdana.

"Saya fikir telefon saya rosak kerana tidak dapat mendengar suara operator talian 999. Saya cuba hubungi sekali lagi menggunakan telefon lain, namun situasinya masih sama," katanya.

Disebabkan situasi tersebut, dia terpaksa menghubungi hospital dan balai polis berhampiran secara terus.

Bantuan kecemasan

Tambah Muhammad Izzat, sekiranya panggilan kecemasan yang dibuat lambat atau tidak dijawab oleh operator talian 999, ia dikhuatiri akan menyukarkan masyarakat untuk melaporkan kejadian kecemasan dengan cepat.

"Talian tersebut melibatkan nyawa dan ketenteraman masyarakat.

"Saya berharap pihak berwajib dapat memastikan setiap panggilan yang diterima dapat dijawab oleh operator talian 999 secepat mungkin," katanya yang pertama kali menggunakan talian kecemasan tersebut.


SETIAP kejadian kecemasan seperti kebakaran perlu diberi tindak balas yang baik.


Dalam pada itu, Penolong Pengarah Projek MERS 999, Zaliha Awang memberitahu, sejak pelancaran talian tersebut pada tahun 2007, pihaknya mengendalikan kira-kira purata 2.8 juta panggilan sebulan di tiga buah pusat operasinya iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Sarawak.

Pengenalan talian tersebut membolehkan rakyat Malaysia mempunyai satu nombor iaitu 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan membabitkan lima agensi iaitu Polis, Bomba, Kementerian Kesihatan, JPAM dan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia.

Ujarnya, setiap panggilan yang dibuat oleh orang awam akan dijawab dalam tempoh empat deringan oleh para petugas terlatih dan profesional dari Pusat MERS yang mengendalikan talian tersebut.

"Pihak kami telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu setiap panggilan kecemasan harus dijawab oleh operator talian dalam tempoh 10 saat.

"Situasi ini bagi mengelakkan orang awam menunggu terlalu lama sebelum panggilan mereka dijawab," katanya sambil memaklumkan MERS mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk memenuhi KPI tersebut.

Kualiti perkhidmatan

Tambahnya, selepas mendapat maklumat yang lengkap seperti lokasi, jenis dan situasi kejadian daripada pemanggil, pihaknya akan mengklasifikasikan jabatan yang sesuai untuk disambungkan talian tersebut.

Ia bagi memudahkan kerja jabatan-jabatan terlibat dalam memberi bantuan kecemasan, contohnya tragedi bas yang berlaku di Genting Highlands, Pahang tahun lalu.

Kejadian tersebut memerlukan anggota penyelamat dan kelengkapan mencukupi bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa yang terjatuh ke dalam gaung.

Sementara itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, beberapa langkah penambahbaikan telah diambil oleh pihak MERS.

Antaranya pada tahun 2010 MERS telah mendapatkan persijilan ISO 9001/2008, bagi memastikan perkhidmatan yang diberi kepada masyarakat dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Sekiranya berlaku sesuatu insiden kecemasan dan direspons secara tidak mengikut KPI yang telah ditetapkan, ia akan memberi impak negatif kepada kerajaan.

Selain itu, MERS juga telah menambahbaik sistem penerimaan panggilan kecemasan mereka dengan memperkenalkan sistem baharu untuk mengenal pasti setiap panggilan yang dibuat seperti nombor dan lokasi pemanggil.

Tambahnya, maklumat tersebut adalah untuk memudahkan pihak MERS melakukan penyimpanan rekod dan rujukan pada masa akan datang.

Selain itu, langkah tersebut juga dapat membantu mengelak berlakunya keciciran ketika panggilan kecemasan dibuat di samping memantau panggilan palsu.

Kesuburan Lembah Mekong terjejas

Posted:

Kesuburan Lembah Mekong terjejas

Kesuburan Lembah Mekong terjejas


BENDANG kering kontang akibat kekurangan air.


LEMBAH sungai Mekong, Vietnam merupakan sebuah kawasan pertanian paling subur di Asia dan sering dirujuk sebagai Jelapang Padi Vietnam.

Bagaimanapun, Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (IFAD) telah mengeluarkan amaran bahawa situasi kesuburan di lembah berkenaan berdepan ancaman ekoran perubahan iklim dunia.

Menurut IFAD, paras air laut dan keadaan cuaca terlampau memberi cabaran serius kepada petani di Lembah Mekong sedangkan 60 peratus daripada beras negara itu disumbangkan oleh pengeluaran di kawasan berkenaan.

Ramai petani termasuk Cung Phan, sudah hilang semangat juang dalam memerangi perubahan iklim dan persekitaran di Lembah Mekong.

Phan merupakan seorang petani yang menanam buah-buahan dan sayur-sayuran berhampiran pesisir lembah itu, namun tanah yang dibajaknya kini semakin dipenuhi air masin.

"Kami menanam tembikai, kacang tanah dan ubi keledek. Bagaimanapun kami tidak boleh melakukannya lagi kerana air laut mula membanjiri tanah kami," katanya kepada wartawan SBStempatan, Nina Tietzel.

Phan memberitahu, dia bersama para petani lain telah berusaha membina tambak, namun ia tidak mampu bertahan dengan lama.

"Sesetengah daripada kita tidak mampu lagi membajak tanah ini kerana tanah itu telah ditenggelami air," ujarnya.

Hari ini, Phan hanya bergantung hidup dengan wang yang diberikan anak-anaknya.

PETANI menanggung kerugian apabila tanah pertanian mereka dibanjiri air masin.


Musnah

Dalam pada itu, paras air laut yang meningkat telah mendatangkan masalah kepada petani di kawasan pedalaman kerana banyak tanaman rosak akibat peningkatan tahap kemasinan dalam sawah padi mereka.

Ia disebabkan air masin dari laut mengalir ke hulu sungai sejauh 20 kilometer ke pedalaman sekali gus mencemar terusan air tawar.

Bagi Binh Tach, seorang petani di wilayah Tra Vinh, situasi itu telah menyebabkannya kerugian selepas banyak tanaman yang rosak.

"Air masin telah mengalir ke dalam sawah padi kami terutamanya pada tahun ini bahkan tahap kemasinan adalah sangat tinggi. Ia menyebabkan padi tidak dapat tumbuh dengan baik, sebaliknya mati," jelasnya.

Pada masa sama, bahang cuaca panas yang terlampau juga menjadi faktor tanaman padi tidak menjadi apatah lagi bila musim debunga, suhu melebihi 36 darjah celsius menyebabkan debunga itu mandul.


RAMAI yang bakal terkesan jika pengeluaran pertanian di Lembah Mekong merosot.


Suhu di Tra Vinh yang semakin panas terlampau membimbangkan petani di lembah itu.

Ada yang menyatakan bahawa mereka tidak boleh lagi menjadi pesaing dalam pengeluaran tanaman pertanian paling penting di Vietnam.

Faktor cuaca turut membimbangkan masa hadapan penanaman padi di Vietnam kerana negara itu merupakan pengeksport beras kedua terbesar dunia selepas Thailand.

Justeru, keadaan yang berlaku di Lembah Mekong telah menimbulkan kebimbangan hingga melangkaui sempadan Vietnam.

"Keadaan ini agak kritikal bagi petani di Lembah Mekong. Mereka berdepan dengan peningkatan suhu manakala hujan tidak menentu menyebabkan masalah kepada air di samping meningkatkan tahap kemasinan.

Cuaca

Selain itu, mereka turut terdedah dengan cuaca melampau. Mereka akan mula melihat ribut taufan dan pusaran puting beliung sedangkan belum ada sejarah cuaca seumpama itu berlaku di wilayah berkenaan," kata Pakar Iklim dan Alam Sekitar Serantau IFAD, Roshan Cooke.

Bermula bulan Mei ini, satu projek baharu dibiayai bersama oleh Ibu pejabat IFAD di Rom, Itali dan kerajaan Vietnam dilaksanakan untuk mengubah trend yang membimbangkan itu.


KEDUDUKAN Lembah Mekong yang mengairi kawasan utama pertanian di Vietnam.


Sepanjang tempoh enam tahun akan datang, projek Adaptasi di Lembah Mekong akan memperoleh peruntukan sebanyak AS$53 juta (RM171.6 juta) bagi memperkukuhkan keupayaan penduduk luar bandar terutamanya golongan miskin dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah.

Matlamat IFAD adalah untuk memberi manfaat kepada 125,000 orang yang terjejas dengan menyasarkan ketua isi rumah wanita dan etnik minoriti khususnya di wilayah Ben Tre dan Tran Vinh iaitu di utara-timur Lembah Mekong.

Peruntukan tersebut akan digunakan untuk mebina empangan dan benteng yang lebih baik dan penambahbaikan tali air.

Selain itu, penyelidik dari Universiti Tra Vinh juga sedang menguji pelbagai varieti beras baharu yang mampu tahan kepada haba dan boleh tumbuh dalam air masin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Derita 6.7 juta penduduk berlanjutan

Posted:

Derita 6.7 juta penduduk berlanjutan

Derita 6.7 juta penduduk berlanjutan

Oleh NURUL ANUAR KARI, LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my

SEORANG penduduk terpaksa menadah air dalam banyak bekas untuk menampung keperluan harian di Taman Salak Jaya, Salak Selatan kelmarin.


KUALA LUMPUR - Episod catuan bekalan air di Lembah Klang yang kini berlarutan sehingga hari ke-55 ditempelak oleh pelbagai pihak kerana ia telah menyukarkan kehidupan orang ramai sekali gus mendedahkan kelemahan sistem pengurusan air di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata, sebagai wilayah yang menjadi penggerak ekonomi dan mempunyai penduduk paling padat di negara ini, pengurusan air di Lembah Klang sepatutnya bebas daripada masalah tersebut.

"Sangat memalukan apabila sebuah negeri maju di Malaysia tidak mampu mengurus sistem bekalan air dengan baik.

"Sikap bodoh sombong pihak yang sepatutnya menyelesaikan masalah bekalan air ini pasti akan merencatkan usaha Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kapal selam UUV paling sesuai ganti Bluefin-21

Posted:

Kapal selam UUV paling sesuai ganti Bluefin-21

Kapal selam UUV paling sesuai ganti Bluefin-21

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

CONTOH sebuah kapal selam UUV yang boleh beroperasi sehingga 6,000 meter di dasar lautan.


KUALA LUMPUR - Penggunaan kapal selam unmanned underwater vehicles (UUV) merupakan aset yang paling sesuai digunakan ketika ini untuk misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi kerana ia mampu menyelam sehingga 6,000 meter ke dasar lautan.

Pakar sistem pesawat dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Dr. Mohd. Harridon Mohd. Suffian (gambar kecil) berkata, UUV yang biasanya digunakan untuk tujuan pemetaan dasar laut itu merupakan aset terbaik untuk menggantikan Bluefin-21 yang hanya boleh menyelam sehingga 4,000 meter.

"Jika kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 yang digunakan sekarang masih belum berjaya mengesan serpihan pesawat MH370, teknologi sonar kapal selam tanpa manusia itu (UUV) mampu mengesan serpihan pesawat di kawasan lebih dalam.

"Ada tempat yang dalam di Lautan Hindi mempunyai kawasan berlekuk dan bergunung yang menyukarkan pencarian yang dilakukan oleh Bluefin-21," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Bluefin-21 telah memulakan misi kelapannya kelmarin di kawasan pencarian, namun masih gagal mengesan serpihan pesawat selepas tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak 8 April.

Mohd. Harridon yang berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang kejuruteraan mekanikal menambah, operasi pencarian menjadi lebih sukar walaupun menggunakan peralatan sonar di dasar Lautan Hindi disebabkan tiada serpihan pesawat ditemui.

"Pesawat MH370 mungkin mendarat secara 'soft landing' dan tenggelam sebagai satu objek besar di dasar Lautan Hindi sehingga menyukarkan sonar mengesannya kerana ketidakupayaan peralatan itu hingga ke dasar berkenaan.

"Dalam keadaan kesukaran pencarian di Lautan Hindi itu, tiada lagi alat lebih canggih kecuali sonar kapal selam yang boleh bergerak ke jauh dasar Lautan Hindi," jelasnya.

Pesawat MH192 mendarat cemas

Posted:

Pesawat MH192 mendarat cemas

Pesawat MH192 mendarat cemas

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN dan SUHANA MD. YUSOP
berita@kosmo.com.my


PESAWAT MH192 yang menuju ke Bangalore terpaksa berpatah balik ke KLIA dan melakukan pendaratan cemas selepas satu tayarnya pecah semasa berlepas. Gambar kecil, tayar pesawat yang pecah.


KUALA LUMPUR - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA semalam kerana salah satu tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pecah semasa kapal terbang itu berlepas.

Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, kejadian tersebut dikesan pada pukul 10.25 malam iaitu 16 minit selepas pesawat itu berlepas.

Berikutan itu, kata beliau, pesawat yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal itu diarahkan berpatah balik ke KLIA.

Selepas berlegar-legar selama empat jam di udara, pesawat tersebut berjaya melakukan pendaratan cemas dengan selamat pada pukul 1.56 pagi.

Khairunnisak memberitahu, semua penumpang dan anak kapal tidak cedera.

Semasa kejadian, pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak bersama dengan pembantu juruterbang, Prakash Kumar.

Semua penumpang kecuali tujuh orang kemudian berlepas dengan penerbangan lain ke Bangalore dari KLIA pada pukul 3.30 petang dan tiba di sana pada pukul 5 petang pada hari sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pertempuran di Ukraine ragut empat nyawa

Posted:

Pertempuran di Ukraine ragut empat nyawa

Pertempuran di Ukraine ragut empat nyawa

SEORANG militan pro-Rusia berjalan melintasi sebuah kenderaan yang terbakar dalam satu pertempuran di satu sekatan jalan raya di kampung Bilbasivka di Slavyansk, Ukraine.


SLAVYANSK - Tiga mili- tan pro-Rusia dan seorang penyerang maut dalam satu pertempuran bersenjata dekat bandar ini di timur Ukraine awal semalam, kata seorang pemimpin tempatan.

Pemimpin berkenaan, Vyatcheslav Ponomarev berkata, pertempuran itu berlaku di sebuah sekatan jalan raya yang dibina di kampung Bilbasivka yang terletak 18 kilometer dari sini.

Kampung tersebut berada di bawah penguasaan militan pro-Rusia.

Pertempuran berlaku apabila sekumpulan lelaki tidak dikenali bertindak menyerang sekatan jalan raya tersebut.

Militan-militan pro-Rusia masih menguasai beberapa buah kampung dan bandar di timur Ukraine walaupun satu persetujuan antarabangsa telah ditandatangani pada minggu lalu untuk menuntut mereka mengosongkan semua bangunan yang telah ditawan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa di Kiev memberitahu, mereka menggantung sementara operasi tentera ke atas kumpulan pemisah pro-Rusia sehingga cuti perayaan tempatan, Hari Easter berakhir hari ini.

Keputusan tersebut bagi memberi ruang kepada persetujuan tersebut dipatuhi oleh semua pihak.

Sementara itu, anggota- anggota pemisah pro-Rusia yang menguasai bandar ini meminta Moscow menghantar tentera pengaman bagi melindungi penduduk berbahasa Rusia di sini.

Mereka turut meng- umumkan perintah berkurung selepas pertempuran berkenaan telah meragut nyawa tiga militan pemisah.

Permintaan untuk menghantar tentera pengaman Rusia itu dibuat oleh Pono- maryov semalam

Beliau turut mengumumkan perintah berkurung di bandar ini yang dihuni oleh 130,000 orang.

"Perintah berkurung ini mula berkuat kuasa dari pukul 12 malam ini hingga 6 pagi esok (waktu tempatan)," katanya. - Agensi

Waris mangsa berbalah apungkan feri Sewol

Posted:

Waris mangsa berbalah apungkan feri Sewol

Waris mangsa berbalah apungkan feri Sewol


ANGGOTA-ANGGOTA penyelamat yang menaiki sebuah bot memeriksa lokasi feri Sewol dengan beberapa kren gergasi kelihatan di belakang mereka.


JINDO - Empat hari selepas nahas feri di Korea Selatan, para waris mangsa berbelah-bahagi sama ada untuk membenarkan penggunaan kren untuk menaikkan kapal tersebut dan menamatkan operasi menyelamat.

Terdapat lima kren terapung di lokasi kejadian tetapi Presiden Park Geun-Hye memberi jaminan kepada keluarga ratusan mangsa yang masih hilang bahawa operasi mengapungkan feri itu hanya akan dibuat selepas tiada lagi harapan untuk menemui mangsa-mangsa terselamat

Setakat ini, hampir 60 orang disahkan mati tetapi lebih 240 lagi masih belum ditemui.

Kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar sebuah sekolah tinggi yang dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Jeju.

Detik lebih memilukan bermula apabila anggota-anggota unit penyelam mula menemui lebih banyak mayat dari dalam feri Sewol semalam.

Sehingga kini, ramai waris mangsa berharap anggota keluarga mereka mungkin terselamat dalam poket-poket udara yang terbentuk dalam feri tersebut.

Mereka bimbang operasi mengapungkan feri berkenaan akan menutup semua ruang udara tersebut sekali gus meragut nyawa mangsa-mangsa terperangkap.

"Saya berpendapat masanya sudah tiba untuk kren-kren gergasi itu digunakan," kata bapa kepada seorang pelajar berkenaan yang menggunakan nama keluarganya, Lee

"Ia pilihan paling praktikal sekarang bagi menghalang mayat daripada dihanyutkan arus dan hilang buat selamanya serta menghalang mayat daripada membusuk," tambahhya.

Anak lelaki Lee merupakan sebahagian daripada 352 pelajar Sekolah Tinggi Danwon yang menaiki kapal tersebut ketika ia karam.

Dalam pada itu, beratus-ratus ibu bapa berkampung di sebuah gimnasium di Pulau Jindo berdekatan lokasi kejadian di selatan negara berkenaan.

"Sudah empat hari tragedi berlaku. Kita perlu berbuat sesuatu," kata bapa seorang lagi mangsa pada sesi pertemuan dengan pegawai-pegawai unit pengawal pantai Korea Selatan kelmarin.

"Jika harapan sudah tiada, kami perlu diberi peluang untuk memeluk anak-anak kami ketika mayat mereka masih berdaging dan kami masih boleh mengenali mereka," tambahnya yang bersetuju supaya feri itu diapungkan.

Namun, pihak berkuasa masih buntu untuk menamatkan operasi menyelamat. Mereka bimbang akan meningkatkan kemarahan waris-waris mangsa yang sebelum ini mengecam pihak berkuasa kerana didakwa lambat bertindak.

"Ia keterlaluan (mengapungkan feri), apa akan berlaku jika masih terdapat seorang yang masih hidup di dalam kapal itu," kata seorang ibu mangsa, Chung Hye-Sook.

"Saya mahu penyelam-penyelam turun dan membawa keluar semua mangsa," tambahnya.

Dalam pada itu, beberapa pegawai berkata, sebanyak 19 mayat telah dialihkan dari feri Sewol setakat semalam.

Perkembangan tersebut menjadikan angka kematian nahas berkenaan kini 58 orang dengan 244 mangsa masih hilang.

Feri seberat 6,825 tan itu karam pagi Rabu lalu semasa dalam perjalanan menuju ke pulau peranginan Jeju di selatan negara itu. - Agensi

Meteor terbakar dirakam

Posted:

Meteor terbakar dirakam

Meteor terbakar dirakam


IMEJ menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas (dalam bulatan) yang terbakar dan mengeluarkan cahaya apabila memasuki lapisan udara di Rusia.


MURMANSK - Kehadiran beberapa meteor yang menerangi langit malam di sini dirakam kamera yang diletakkan pada papan pemuka sebuah kereta.

Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube dibuat ketika kenderaan itu melalui lokasi kejadian kelmarin.

Ia menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas itu terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi dan menerangi langit yang gelap.

"Saya seakan-akan tidak percaya melihat sebutir batu terbakar dapat memancarkan cahaya yang begitu terang," kata seorang pengguna YouTube.

"Untuk beberapa saat langit cerah seperti siang hari," tambahnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pengerusi Syiah Ja’fari ditahan polis

Posted:

Pengerusi Syiah Ja'fari ditahan polis

Pengerusi Syiah Ja'fari ditahan polis

21/04/2014 10:08pm

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja'fari), Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz ditahan polis hari ini untuk disiasat berhubung pertubuhan itu yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, penahanan itu dibuat di Taman Sri Gombak selepas ROS membuat laporan polis berhubung kewujudan Ja'fari yang tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan laporan akan dimaklumkan sejurus selesai soal siasat dijalankan.

"Segala dokumen berkaitan ada dengan pihak ROS, polis hanya membantu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap ROS ketika ditemui Bernama di IPD Gombak pula enggan mengulas mengenai perkara itu dan memberitahu ROS akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. - Bernama

27 permit bas ekspres syarikat Transnasional digantung

Posted:

27 permit bas ekspres syarikat Transnasional digantung

27 permit bas ekspres syarikat Transnasional digantung

21/04/2014 9:56pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengantung 27 permit bas ekspres syarikat Transnasional bagi laluan Timur-Sektor Utara berkuatkuasa Rabu ini ekoran kes kemalangan membabitkan bas syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, keputusan itu dibuat hasil pengauditan yang mendapati syarikat berkenaan tidak memantau had kelajuan selain mendapati Sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) tidak berfungsi.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat lain yang terbabit dalam kemalangan di Temerloh dan Pekan, Pahang jika terdapat pelanggaran syarat pelesenan serta pekeliling berkaitan.

"Setiap bas persiaran dan bas ekspres wajib dilengkapi GPS sejak 2010, dan perkara ini telah termaktub dalam syarat pelesenan. Maka setiap pengendali harus memastikan GPS sentiasa berfungsi dan dipantau sepenuhnya.

"Pekeliling mengenai Pelaksanaan Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) untuk pengendali bas yang dikeluarkan pada tahun lepas mempertanggungjawabkan pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Anak lelaki fail permohonan jadi pentadbir harta pusaka pengasas AmBank

Posted:

Anak lelaki fail permohonan jadi pentadbir harta pusaka pengasas AmBank

Anak lelaki fail permohonan jadi pentadbir harta pusaka pengasas AmBank

21/04/2014 9:11pm

KUALA LUMPUR - Anak lelaki tunggal pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (AmBank) yang maut ditembak tahun lepas, memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah agar dilantik menjadi pentadbir harta pusaka bapanya.

Pascal Ahmad Najadi, 47, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat penasihat kewangan, memfailkan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Disember tahun lepas.

Media memperoleh salinan dokumen itu hari ini ketika kes disebut di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera dengan dihadiri peguam Dharmesh Singh Penesar, yang mewakili Pascal.

Mahkamah menetapkan 23 Mei untuk mendengar permohonan itu.

Pascal memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah agar beliau dilantik menjadi pentadbir bagi harta pusaka bapanya, Hussain Ahmad Najadi, dengan alasan tiada sebarang hak terdahulu dan juga hak minoriti yang timbul dalam kematian tidak berwasiat itu.

Pada 9 Oktober tahun lepas, Pascal memperoleh harta milik bapanya bernilai RM1.8 juta selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan tuntutan faraid beliau.

Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan Pascal mengikut Seksyen 50 Akta Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998.

Jumlah harta RM1.8 juta yang diperoleh Pascal termasuk wang tunai RM321,195.70 dalam satu akaun bank serta harta dan saham sebuah syarikat di Labuan sebanyak 540,000 unit bernilai RM1.5 juta. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ziana Zain selepas 23 tahun

Posted:

Ziana Zain selepas 23 tahun

Ziana Zain selepas 23 tahun

BEZANYA Siti Roziana Zain pada tahun 1991 dan 2014 jelas sekali dari segi penampilan dan keupayaan vokal lantangnya. Walaupun pada awal pembabitan figura empunya nama pentas Ziana Zain itu kalah dari segi imej, namun keunggulan vokalnya tiada tandingan dengan mana-mana artis.

Seiring dengan pertambahan usia dan kematangan, Ziana tidak terlepas daripada kritikan vokal yang sudah tidak sekencang zaman mudanya.

Paling jelas, ketika beliau beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 2008 menerusi lagu Dingin yang menduga Ziana sebagai penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai Voice Of Asia 1995.

Mungkin ada yang melihat bisa Ziana tidak lagi setanding dahulu apatah pula untuk mengadakan sebuah konsert mega pada usia yang memasuki angka 46 tahun ini.

Mudah bagi Ziana kerana prinsipnya, ukurlah baju di badan sendiri. Menyanyi mengikut kudrat dan kemampuannya tanpa perlu memaksa diri menjadi terlalu mencuba hingga akhirnya gagal.

"Asasnya saya menyanyi dengan stamina yang ada pada usia sekarang dan tidak seperti usia muda.

"Syukur Alhamdulillah, saya diberikan julat vokal yang besar maka jika diturunkan satu not pun tidak jauh bezanya selagi masih kedengaran enak dan tidak mencacatkan," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Konsert I Am Ziana Zain di Hotel Royale Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

I Am Ziana Zain

Atas dasar kematangan, tambah Ziana, seiring dengan peningkatan usia, beliau sudah arif dengan selok-belok dunia hiburan dan tahu apa yang dimahukan.

"Pemikiran dan penampilan pun berbeza. Sejujurnya, industri seni telah mematangkan saya sebagai Ziana Zain dan membuka mata saya. Terhasilnya saya kerana cara saya sendiri mengikut peredaran masa," ujarnya.


ZIANA ZAIN teruja untuk mengadakan Konsert I Am Ziana Zain yang bakal berlangsung pada 27 September depan di MITC, Melaka.


Bercerita lebih lanjut mengenai konsep persembahan Konsert I Am Ziana Zain yang bakal berlangsung pada 27 September depan di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka, kata Ziana beliau hanya akan menyanyikan lagu-lagu miliknya saja sepanjang tempoh dua jam konsert berlangsung.

"Konsep persembahan saya adalah I Am Ziana Zain maka lagu-lagu pun seharusnya lagu nyanyian saya. Dari segi pemilihan lagu rasanya terlalu banyak lagu yang belum pernah saya nyanyikan sebelum ini untuk saya rangkumkan sempena konsert ini.

"Contohnya, lagu-lagu daripada album kedua saya (Ziana Zain, 1993) yang teringin untuk saya nyanyikan, malah album itu pun saya sendiri tiada dalam simpanan," ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut konsep yang diinginkan untuk Konsert I Am Ziana Zain, kata Ziana, dia inginkan sebuah persembahan pelbagai warna sepanjang perjalanan kariernya termasuk sebuah slot tribute kepada komposer dan penulis lirik kegemarannya seperti Zuraini Khalid dan Adnan Abu Hassan.

Ziana memberitahu, konsert yang dibawakan oleh Gold Earth Pictures Sdn. Bhd. itu akan menampilkan artis undangan yang dirahsiakan terlebih dahulu.

Konsert itu diberi judul sempena nama yang digunakan untuk akaun Twitter dan Instagram peribadi Ziana (@iamzianazain).

Anjak tarikh

Dalam pada itu, konsert yang asalnya dijadualkan berlangsung pada bulan April ini sebenarnya telah ditunda ke tarikh berkenaan untuk menghormati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH307.

"Penundaan ini sekurang-kurangnya memberikan saya dan produksi terbabit lebih masa untuk bersedia dalam banyak hal selain menghormati tragedi pilu yang melibatkan negara kita," jelasnya.


ZIANA sedar kemampuan vokalnya sudah tidak sehebat zaman muda.


Ziana meletakkan konsert adiknya, Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari tahun lalu sebagai garis panduan dan ukuran untuk kejayaan konsertnya nanti.

Tambah Ziana, beliau mementingkan tiga perkara sepanjang perjalanan konsertnya iaitu pencahayaan, sistem bunyi dan susunan muzik.

Lantas penyanyi lagu Madah Berhelah itu melantik Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik yang akan mengemudi lebih 22 buah lagu sepanjang konsert itu.

"Malah, saya menjadikan Konsert Teaterikal Suara Kita sebagai pembakar semangat untuk mengadakan konsert ini.

"Bayangkan, dengan usia saya sekarang saya mampu berlari ke sana sini menggunakan kasut tumit tinggi, menukar pakaian seperti persembahan di Las Vegas dan kembali semula ke pentas untuk menyanyi dan berlakon.

"Maknanya, saya masih boleh melakukannya tapi kena menjaga pernafasan dan stamina," tambahnya.

Balik Melaka

Berbeza daripada kebanyakan konsert mega yang memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi ideal untuk mengumpulkan semua peminat, Ziana pula sebaliknya. Dia memilih untuk pulang ke kampung halaman di Melaka.

"Melaka ada kelainan kerana ramai peminat saya terdiri daripada orang kampung halaman. Kalau boleh saya mahu melakukan konsert di lokasi yang lagi jauh.

"Bajet berbeza-beza kalau di Kuala Lumpur dan Melaka. Insya-Allah, saya rasa ia dapat dikurangkan serba sedikit kalau dilakukan di luar bandar tapi tidak bermakna konsert yang berskala kecil tidak mampu kelihatan mega," ujarnya optimis.

Tiket Konsert I Am Ziana Zain dijual pada harga RM325 (platinum), RM255 (diamond), RM155 (gold) dan RM95 (silver). Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.ticketpro.com.my atau pembelian terus di pejabat urusan Gold Earth Pictures Sdn. Bhd..

Aset Gisele Bundchen disiasat

Posted:

Aset Gisele Bundchen disiasat

Aset Gisele Bundchen disiasat


GISELE BUNDCHEN kesal dirinya sering dinobatkan sebagai supermodel terkaya di dunia.


EKORAN namanya sudah tujuh tahun berturut-turut dinobatkan sebagai supermodel yang meraih pendapatan tertinggi di dunia oleh majalah Forbes, Gisele Bundchen telah meraih perhatian jabatan cukai Amerika Syarikat.

Siasatan terhadap aset kekayaan yang dimilik figura jelita kelahiran Brazil itu telah dilakukan oleh pihak IRS (America's Internal Revenue Service).

Gisele dalam kenyataannya kepada laman web, Mdemulher berkata: "Sangat menyedihkan apabila ada pihak yang menulis tentang pendapatan saya tetapi sebenarnya tidak pasti tentang perincian akaun bank saya."

Tambahnya: "Sememangnya pendapatan hasil kerjaya saya sebagai model memberangsangkan tetapi jumlahnya tidaklah setinggi seperti yang dilaporkan (Forbes).

"Pihak IRS sudah pun melakukan siasatan terhadap pendapatan saya ekoran nama saya sering dipaparkan sebagai nombor satu dalam senarai supermodel terkaya di dunia."

Gisele mengakui kesal kerana namanya diletakkan sebagai juara carta tersebut.

"Saya juga manusia biasa, seorang wanita, isteri dan ibu yang sedang membesarkan anak-anak, kenapa pula isu tentang pendapatan tahunan yang diraih saya diperbesar-besarkan?" getus Gisele.

Syamsul, Syafiq tak sangka sanding serentak

Posted:

Syamsul, Syafiq tak sangka sanding serentak

Syamsul, Syafiq tak sangka sanding serentak

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


DARI kiri: Syamsul, Sarah, Aeisha dan Syafiq gembira dapat meraikan bersama hari bahagia mereka di Dewan Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MAJLIS persandingan anak lelaki penerbit filem terkenal, Datuk Mohd. Yusof Haslam, Syamsul dan Syafiq bertambah meriah apabila mereka berdua naik pelamin serentak.

Tidak pernah merancang dan menyangka perkara tersebut menjadi kenyataan, menurut Syamsul, 30, yang segak bertanjak di samping isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 29, bersyukur kerana persandingan serentak itu merupakan impian ibu dan bapanya.

"Sebenarnya, saya tahu Syafiq akan berkahwin dahulu sebab dia sudah lama bertunang. Tidak sangka pula hari ini kami duduk atas pelamin bersama. Sebenarnya dua tiga tahun lepas saya pernah bergurau ingin bersanding sekali. Tidak sangka pula gurauan itu menjadi kenyataan.

"Ikutkan memang ayah dan ibu kami paling gembira kerana mereka menyimpan impian untuk melihat kami bersanding bersama. Saya bersyukur kerana perkahwinan kami cukup menggembirakan mereka," kata Syamsul.

Tambah Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul, kehadiran Sarah sebagai isteri telah melengkapkan kehidupannya.

"Sebelum ini saya rasa ada perkara yang tidak lengkap dalam hidup. Selepas berkahwin, baru saya sedar perkahwinanlah yang saya perlukan. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan orang yang sangat memahami saya," ujarnya.

Bulan madu

Bercakap tentang bulan madu, kata Syamsul, beberapa hari selepas dinikahkan pada 8 Mac lalu, mereka telah bercuti di Pulau Pinang.

"Itu kira bulan madu untuk kami. Tidak semestinya berbulan madu harus ke luar negara," ucap Syamsul yang menyerahkan rezeki anak kepada Allah.

Apabila disoal tentang masa depan kerjayanya selepas filem KL Gangster 2 yang menelan belanja RM4.5 juta dicetak rompak sebelum tayangannya, Syamsul terdiam sebentar.

"Apa yang berlaku saya biarkan ia berlalu. Saya percaya dalam hidup seseorang tidak kira sesiapa pun, kita akan diberi satu ujian yang besar. Saya bersyukur ujian besar diberi kepada saya ketika saya berusia 29 tahun bukannya 39 tahun. Lebih baik ujian datang awal daripada lewat," jawabnya.


IMPIAN Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail untuk melihat dua anak lelaki mereka bersanding serentak terlaksana.


Meskipun kecewa dengan apa yang telah berlaku, Syamsul tetap akan terus berkarya sebagai pengarah. Terbaharu, dia kini dalam proses menulis skrip filem seram keduanya yang berjudul Munafik.

"Sekarang, saya bekerja dengan bijak kerana sudah ada keluarga yang harus dijaga. Tidak boleh bekerja teruk seperti dahulu. Kesihatan harus diutamakan.

"Ada tiga buah filem yang masih dalam proses perbincangan. Cuma buat masa ini saya fokus kepada filem seram terlebih dahulu," katanya sambil ditemani Sarah yang tidak bersuara sedikit pun ketika temu bual dijalankan.

Nikah muda

Beralih kepada Syafiq, 22, dan pasa- ngan seusianya, Aeisha Zainal yang telah dinikahkan pada 5 April lalu di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur, mereka cukup gembira apabila dapat bersanding serentak.

"Saya cukup seronok kerana dalam majlis persandingan ini, saya dapat jumpa ramai rakan dan artis lama yang sebelum ini saya jumpa ketika kecil. Selain itu, saya cukup terharu apabila kakak saya, Nursyamin membacakan sajak buat kami berdua," ujarnya.

Soal berkahwin pada usia yang muda, tegas Syafiq, itu bukanlah satu masalah, sebaliknya rahmat kerana dikurniakan isteri pada usia muda.

"Kami bukan ikut trend, sebaliknya sudah ditentukan jodoh kami pada usia muda. Kami berkahwin selepas empat tahun bercinta dan bertunang ketika tempoh perkenalan masuk usia dua setengah tahun. Bagi saya, Aeisha seorang yang kelakar dan cukup memahami kerja saya," balas Syafiq.

Menurut Aeisha, mereka berkenalan ketika menuntut di kolej dan sangat tertarik dengan sikap baik hati suaminya itu.

"Saya sukakan Syafiq kerana dia seorang yang baik hati dan suka tolong orang. Dia tidak boleh lihat kawannya ditimpa kesusahan pasti dia akan tolong," kata Aiesha yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa.

Meskipun masih muda, Syafiq dan Aiesha tidak merancang keluarga, sebaliknya andai dikurniakan cahaya mata segera, mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.

Menyentuh tentang kerjaya Syafiq, kini dia sedang sibuk dengan proses akhir filem arahannya berjudul Abang Long Fadil yang akan ditayangkan pada 29 Mei depan.

"Banyak kerja yang harus dilunaskan sebelum filem Abang Long Fadil ditayangkan. Selain itu, saya juga sedang sibuk dengan proses suntingan filem Vila Nabila yang belum tahu tarikh tayangannya," beritahu Syafiq yang akan menetap bersama ibu bapanya selepas berkahwin.

Dalam majlis persandingan yang berlangsung pada malam Jumaat lalu di Dewan Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian daripada Ziana Zain, Mawi, AC Mizal, Hail Amir dan Uji Rashid.

Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 20 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Berat badan turun paling maksimum

Posted:

Berat badan turun paling maksimum

Berat badan turun paling maksimum

LAUNGAN semangat memecah kesunyian fajar di Central Park, Bandar Utama, Damansara. Saat kira-kira 30 Contender berada di barisan masing-masing, para jurulatih mula memantau barisan.

Contender merupakan gelaran kepada pelatih kelas latihan memperbaiki stamina Metconx diasaskan oleh bekas atlet taekwando negara, Daing Daniel Fitri, 28.

Ditubuhkan pada September 2012, Metconx yang juga singkatan kepada latihan kondisi metabolik (metabolic conditioning exercise) merupakan gabungan latihan tempur fizikal persediaan seni mempertahankan diri.

Bukan mudah mahu mengharungi tempoh sejam yang penuh tekanan menyaksikan Contender memerah setiap tenaga demi menghabiskan setiap sesi.

Kelebihan Metconx ialah gabungan senaman tempur seperti muay thai dan taekwando diolah kepada senaman berintensiti tinggi supaya mampu dilakukan orang biasa.

Lebih mengujakan dengan keupayaan menurunkan berat badan secara maksimum dalam tempoh sebulan termasuk pembakaran metabolisme sepanjang lapan jam selepas tempoh senaman. Ia adalah aktiviti fizikal yang tepat buat warga kota.

Alatan yang digunakan sepanjang senaman seperti beg taktikal seberat 20 dan 25 kilogram (kg), batang paip seberat lima kg, bola metcon, tali skip, beg pasir serta alatan lain yang menuntut tekanan abdomen yang tinggi.

Fizikal

Ketika peluh mula membasahi dahi ditambah pula baju yang lencun, rentak gerakan Contender masih seperti biasa. Graf momentum yang sekata itu disuntik daripada pemantauan jurulatih dan ahli peserta yang lain.

Walaupun ada yang hampir 'lunyai' dek melakukan senaman seperti hang clean dan ankle taps melibatkan hingga empat sesi dalam tempoh sejam, hubungan antara Contender bagaikan sebuah keluarga.

"Teruskan! Kita boleh lakukan, jangan putus asa, sikit sahaja lagi," jeritan semangat seorang Contender, Emran Qhalish Abd Qaiyum, 21.

Dilema Emran Qhalish yang juga penuntut di Diploma Komunikasi Massa di SEGi College ialah dia mengalami masalah obesiti.

Sering melakukan pelbagai jenis senaman seperti berjoging dan bersenam di gimnasium, ia gagal memberikan kesan yang diharapkan.

Mempunyai berat badan 93kg, dia hanya berjaya menurunkan berat badan maksimum tiga kg dalam tempoh tiga bulan selepas menghadiri gim secara konsisten.

Melalui kenalan rapat, dia mula membuat kajian mengenai Metconx yang dikhabarkan sejenis senaman menumpukan peningkatan metabolisme dan tekad mencuba senaman itu.

"Bayangkan dalam tempoh tiga bulan, saya sekadar berjaya menurunkan berat badan sebanyak tiga kg sahaja. Tetapi bersama Metconx dalam tempoh sebulan saya berat badan saya turun kepada 85kg.


JURULATIH memantau setiap latihan yang dijalankan.


"Perbezaan jumlah yang amat banyak berbanding pelbagai senaman biasa yang saya lakukan sebelum ini. Jika dahulu saya sentiasa berlapar kerana mahu diet, kini tidak lagi," katanya teruja.

Berbanding pemilik badan bersaiz besar yang lain, Emran berkata dia selesa dengan keadaan badannya. Faktor utama Emran memilih Metconx adalah demi mengejar cita-cita bergelar pramugara.

Benci berjalan

Kesan pertama daripada rutin latihan Metconx selama sejam dalam tempoh tiga kali seminggu, adalah kemampuan untuk berdiri dan berjalan dalam tempoh yang lama.

"Ketika berbadan besar dahulu aktiviti yang paling saya benci ialah riadah, berjalan di pasar malam dan berdiri dalam tempoh yang lama.

"Jika dengan keadaan tubuh sekarang selain berat badan yang ideal, walaupun berdiri dalam tempoh lapan jam, bukan lagi masalah bagi saya," selorohnya.

Lain pula cerita bagi peserta senior dalam Metconx. Mula terlibat dalam kelas tersebut sejak ia mula ditubuhkan, Faizul Zainol, 35, terpaksa bertarung dengan masalah berat badan tidak konsisten.

Aktif dalam pelbagai aktiviti sukan terutama ragbi ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford Brookes, United Kingdom, London, mimpi ngerinya bermula tatkala kembali bertugas di Malaysia pada tahun 2001.

"Berat badan dan fizikal tubuh saya sama seperti belia yang lain ketika melanjutkan pelajaran di luar negara. Mungkin kerana kehidupan yang aktif banyak membantu saya mengekalkan fizikal yang ideal.

"Namun selepas pulang ke Malaysia atas faktor tekanan kerja dan masa, berat badan saya semakin bertambah. Keadaan itu semakin teruk apabila saya sering memilih makanan sebagai medium mengurangkan tekanan," jelasnya.

Faizul memberitahu, kesedaran itu timbul selepas doktor sering memberi saranan supaya menurunkan berat badan. Antara peringatan doktor yang masih diingati ialah: "Jika mahu hidup kurang daripada usia 40 tahun, kekalkan berat badan awak."

Katanya, kata-kata doktor tersebut berjaya membuatkan dia tekad menurunkan berat badan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

"Pada mulanya saya bergerak sendiri melakukan pelbagai senaman termasuk berenang yang dikatakan mampu menggerakkan setiap otot dalam badan.

"Saya juga turut mengawal pemakanan terutama mengurangkan kuantiti pengambilan nasi. Namun kesannya amat minimum," katanya kini mempunyai berat badan idea 104kg sesuai dengan ketinggiannya.

Faizul mengakui bukan mudah untuk melakukan rutin senaman Metconx kira-kira seminggu awal pembabitannya. Tambahan pula kebanyakan rutin senaman itu asing baginya.

Pengasas Metconx yang mesra dengan panggilan Coach Dann dalam kalangan Contender menjelaskan kelebihan senaman berintensiti tinggi.

Jelasnya, Metconx merupakan kombinasi daripada latihan larian, angkat berat, bina badan, rutin latihan asas dan olahraga.

Tambahnya, program latihan juga sentiasa berubah bagi memastikan otot badan sentiasa meneka pergerakan baharu melalui fungsi pergerakan pelbagai.

Sasaran rutin Metconx memberi kebaikan terhadap dua komponen iaitu kecergasan berkaitan kesihatan dan kemahiran.

"Kecergasan berkaitan kesihatan melibatkan komponen dalaman badan seperti jantung yang sihat, peratusan lemak yang bersesuai, kekuatan otot dan meningkatkan kelancaran seperti pengaliran darah serta nutrien dalam badan.


PESERTA dapat membiasakan diri dengan senanam berat ini selepas beberapa sesi.


"Kecergasan berkaitan kemahiran meliputi kemampuan dan keadaan fizikal. Antaranya kelajuan, ketangkasan, tindak balas, stamina, produktiviti dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan ketidakmampuan fizikal contohnya sakit kaki ketika berjalan lama," katanya.

Bakar metabolisme

Menurut beliau, kedua-dua komponen ini berkait rapat. Jika seseorang mahu kurus dan mempunyai otot yang cantik, inlah senamannya.

Beliau yang juga jurulatih taekwando mendedahkan kemampuan senaman tempur terhadap tubuh badan. Coach Dann memberitahu, kesan peningkatan metabolisme dalam badan meningkat sehingga lapan jam selepas sejam melalui program senaman Metconx.

Malah jumlah kalori yang mampu dibakar mencecah sehingga 1,000 kalori dalam sejam berbanding secara purata hanya 400 kalori sejam bagi aktiviti joging.

"Objektif kami untuk memanjangkan tempoh pembakaran metabolisme dan memaksimumkan pembakaran kalori sehingga 72 jam selepas latihan.

"Latihan berintensiti tinggi ini juga mendorong individu memperbaiki stamina sekali gus kualiti kesihatan. Ia berkemampuan menjana tenaga dalam diri supaya kekal cergas sepanjang hari, tuturnya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya.

Dalam perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, beliau berkata, Metconx sengaja menyediakan rutin latihan selama sejam melibatkan tiga sesi sehari dalam enam hari kecuali pada hari Ahad.

Ujarnya, pelaksanaan sejam untuk sesi latihan begitu padat seperti kardio dan daya ketahanan. Bagi mendapatkan berat badan yang ideal, cukup sekadar mengikuti latihan sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu.

Tetapi senaman Metconx menitikberatkan tempoh rehat yang cukup dalam kalangan Contender seperti tidur dalam tempoh maksimum lapan jam sehari.

"Dalam sehari latihan Metconx melibatkan tiga sesi dalam tempoh sejam sahaja. Ia bermula pada pukul 5.30 pagi hingga 6 pagi, diikuti pukul 6.40 hingga 7.40 pagi dan sesi terakhir pada pukul 7.30 malam hingga 8.30 malam.

"Jadual senaman ini amat sesuai bagi warga kota yang bekerja dan pelajar. Mereka perlu memilih sebelum waktu melaksanakan tugas harian atau selepas tempoh bekerja,"ujarnya.

Mengulas mengenai rencananya pada masa hadapan, Metconx bakal memperkenalkan Metconx Kitchen yang menyediakan makanan kudapan menyihatkan dengan harga berpatutan.

Perkhidmatan tersebut bakal dibuka dalam tahun ini di kawasan Bandar Utama, Damansara.

Coach Dann berkata, penubuhan Metconx Kitchen melengkapkan lagi pakej Metconx selain latihan fizikal.

Bunga punca penyakit alahan

Posted:

Bunga punca penyakit alahan

Bunga punca penyakit alahan

PEMANDANGAN indah sebuah taman di Tokyo dihiasi bunga ceri yang sedang mekar.


KETIBAAN musim bunga di Jepun menyebabkan bunga daripada pokok ceri yang berwarna merah jambu dan putih berkembang mekar sehingga mewujudkan pemandangan indah di negara matahari terbit itu.

Namun, ia turut memberi petanda bahawa penduduk sekitar perlu memakai topeng muka dan penutup mata khas bagi menghalang serangan debunga yang menyebabkan hidung berair dan kegatalan mata.

"Saya mahu keluarkan bebola mata saya dan membasuhnya," ungkapan dalam laman web yang mengiklankan klinik mata dan ubat-ubatan untuk penghidap alahan rinitis.

Bagi kebanyakan orang, hidung berair dan bersin adalah masalah kecil, namun bagi sesetengah individu, alahan boleh menyebabkan sesak nafas, sakit kepala dan batuk. Bagi yang alah pula boleh mendapat penyakit asma dan radang paru-paru.

Menurut kaji selidik, setiap seorang daripada empat orang dalam kalangan 128 juta orang penduduk Jepun mengalami kafun-sho iaitu istilah tempatan bagi penyakit alahan rinitis.

Alahan ini menyebabkan jualan topeng muka di farmasi juga meningkat sebanyak lima kali ganda di samping tisu, cermin mata dan ubat-ubatan.

Turut mendapat permintaan tinggi ialah alat pembersih udara, pembersih katil dan penyerap debunga. Dianggarkan jualan barang-barangan mencecah $1.5 bilion Yen (RM47 bilion) setahun.


ALAT perlindungan kafun blocker yang dapat menghalang debunga.


Antara barangan terkini yang mendapat sambutan ramai ialah kafun blocker iaitu alat perlindungan nilon berkuasa bateri seperti yang digunakan oleh penternak lebah.

Alat tersebut dipercayai dapat menghalang 99.99 peratus debunga kerana dilengkapi kipas dan penapis di atasnya.

Menurut seorang pengurus kedai di Tokyo, Takahiro Sasaki, alat itu sangat popular dalam kalangan individu yang bekerja di luar rumah seperti petani.

Alahan rinitis dipercayai disebabkan debunga daripada pokok sugi atau nama saintifiknya Cryptomeria japonica yang ditanam di seluruh Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Debunga

Kerajaan Jepun ketika itu mengambil keputusan menanam pokok sugi dan hinoki untuk menampung permintaan industri kayu berkualiti tinggi yang meningkat.

Namun selepas liberalisasi mengimport kayu pada tahun 1964, ia menyebabkan produk kayu sugi domestik semakin berkurangan.

Akibatnya, banyak hutan dengan ribuan pokok sugi ditinggalkan sejak beberapa dekad tanpa dibalak atau ditanam semula.

Menurut Kimihiro Okubo dari Sekolah Perubatan Nippon, pokok-pokok ini akan mengeluarkan debunga selepas pokok mencapai tahap matang iaitu pada usia 30 tahun.

Katanya, debunga halus pokok-pokok ini yang tidak dibalak berterbangan sehingga sejauh 300 kilometer sejam selepas perang.

"Pokok sugi menghuni kira-kira 18 peratus hutan di Jepun manakala hutan hinoki pula meliputi 10 peratus.

"Saya percaya alahan debunga sugi akan mengambil masa antara 100 hingga 200 tahun untuk dihapuskan," kata Okubo.

Kaedah merawat alahan debunga sugi semakin baik sejak kes pertama dilaporkan pada tahun 1963 melalui imunoterapi sublingual iaitu dengan menitiskan ekstrak alergi di bawah lidah untuk diserap.


DAUN pokok sugi daripada baka yang kurang menghasilkan debunga.


Hampir satu pertiga daripada pesakit menggunakan kaedah tersebut bagi mengatasi alahan dan 50 peratus lagi menganggap masalah yang dihadapi adalah ringan.

Sejak tahun 1999, kerajaan Jepun telah memperkenalkan projek menanam anak pokok sugi yang mengeluarkan debunga yang sedikit dan hasilnya baka baharu berjaya ditemui.

Pegawai Agensi Perhutanan Jepun, Kiyohito Onuma berkata, sebanyak 15.2 juta anak pokok sugi baka ini baka debungan yang kecil telah ditanam pada tahun lalu, manakala 10.4 juta batang pada tahun sebelumnya.

Tambahnya lagi, eksperimen turut dijalankan di makmal kejuruteraan genetik untuk membangunkan anak pokok yang tidak menghasilkan debunga.

"Hutan sugi telah memberi pelbagai kebaikan kepada masyarakat antaranya pemuliharaan tanah negara dan pencegah pemanasan global.

"Sugi tumbuh cepat. Pokok ini mudah digunakan sebagai bahan binaan. Saya tidak fikir pengeluaran sugi akan berhenti," kata Onuma juga menghidap penyakit alahan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


32,000 pelatih PLKN berjaya tamatkan latihan

Posted:

32,000 pelatih PLKN berjaya tamatkan latihan

32,000 pelatih PLKN berjaya tamatkan latihan


ABDUL RAHIM (belakang, lima dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada pelatih PLKN selepas Majlis Penutup PLKN Kumpulan 1, Siri 11 (2014) di Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini.


TAMAT LATIHAN. Seramai 32,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berjaya menamatkan latihan di 79 kem secara serentak di seluruh negara baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedang dalam peringkat cadangan untuk memasukkan 'Tarian Perang' sebahagian modul baharu PLKN.

"Tarian Perang diperkenalkan sebagai tarikan baharu dalam usaha kerajaan meningkatkan kefahaman patriotisme dan semangat cintakan tanah air," katanya ketika hadir meraikan Majlis Penutup PLKN Kumpulan 1, Siri 11 (2014) di Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JLKN, Rozainor Ramli.

Kanak-kanak tadika ceria sertai sukan tahunan

Posted:

Kanak-kanak tadika ceria sertai sukan tahunan

Kanak-kanak tadika ceria sertai sukan tahunan


SEBAHAGIAN daripada murid Taman Didikan Kanak-Kanak Cahaya Nurani menyanyikan lagu tadika sebelum memulakan acara sukan di padang permainan Desa Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan baru-baru ini.


CERIA. Seramai 86 murid dari Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) Cahaya Nurani, Mantin, Negeri Sembilan menyertai sukan tahunan kali ke-12 pusat asuhan itu di padang permainan Desa Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut Pengetuanya, Misliza Mohni, pelbagai acara diadakan membabitkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dari tiga cawangannya masing-masing dari Pinggiran Bayu 1, Pinggiran Bayu 2 dan Seri Pajam.

"Kami mengadakan program sebegini adalah untuk menanam semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan antara kanak-kanak termasuk ahli keluarga yang lain," katanya kepada pemberita.

Beberapa acara menarik yang diatur seperti lari dengan baton, lari dengan terompah, lari ikat kaki berpasangan dan tarik bola dengan gelung.

Penduduk kurang bernasib baik dibantu

Posted:

Penduduk kurang bernasib baik dibantu

Penduduk kurang bernasib baik dibantu


SULAIMAN (belakang, enam dari kiri) bergambar bersama ahli-ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selepas menyertai program membantu rakyat di sekitar Bandar Jugra, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini.


BANTUAN. Kira-kira 200 penduduk yang kurang bernasib baik di sekitar Bandar Jugra, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian sumbangan daripada UMNO Bahagian Kuala Langat.

Ketuanya, Datuk Sulaiman Mohd. Karli berkata, program turun padang itu bertujuan meneruskan agenda Barisan Nasional untuk membantu penduduk yang terlantar di rumah akibat uzur, lumpuh dan menderita penyakit kronik.

"Pihak kami juga mengusahakan agar mana-mana pesakit ini untuk mendapat bantuan sewajarnya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Kita perlu sedar, hari ini segala kos kehidupan naik mendadak seiring perkembangan ekonomi dunia, maka kita terpanggil untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan itu dengan memberi mereka bantuan sepatutnya," katanya baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved