Jumaat, 31 Mei 2013

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Saluran darah retina mudah pecah

Posted:

Saluran darah retina mudah pecah

Saluran darah retina mudah pecah

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my


MENURUT Sim Ee, diabetes menjadi punca saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat


KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes pada 2012.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman, bilangan pesakit diabetes di Malaysia meningkat sebanyak 31 peratus dalam tempoh lima tahun berbanding pertambahan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.

Pada masa ini, dianggarkan terdapat lebih 5.6 juta pesakit diabetes di negara ini dan 25 peratus daripada jumlah itu mengalami komplikasi kaki yang serius dan memerlukan penjagaan luka yang betul.

"Ramai pesakit diabetes sedar betapa pentingnya penjagaan luka di kaki kerana mahu mengelak ia dipotong. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa risiko diabetes bukan sekadar lumpuh kaki.

"Mereka juga berisiko untuk mendapat retinopati diabetes penyebab buta," ujar Pakar Optamologi, Pusat Perubatan Tropicana di Petaling Jaya, Dr. Khor Sim Ee.

Jelas beliau, retinopati diabetes adalah gangguan pembuluh darah di retina mata pesakit diabetes melitus. Kerosakan tersebut berlaku disebabkan komplikasi penyakit diabetes yang boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan membawa kepada buta jika pesakit tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

"Ramai pesakit muda tidak begitu mementingkan kesihatan mata sedangkan ia merupakan penyebab utama kebutaan bagi golongan belia yang baru bekerja," katanya.

"Kebanyakan pesakit mula mengalami retinopati ini selepas 20 tahun menghidap diabetes.

"Akibat daripada komplikasi tersebut, saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat.

"Kebocoran tersebut mengakibatkan lemak, air dan darah memasuki retina sekali gus menjadikannya bengkak.

"Keadaan bengkak ini pula menjadi punca pandangan pesakit kabur. Ada masanya saiz serta bentuk objek yang dilihat berubah-ubah.


PEMERIKSAAN awal dapat menyelamatkan mata daripada buta sepenuhnya.


Bocor

"Jika keadaan ini berterusan, pesakit akan mendapati pandangan mereka diganggu oleh bintik-bintik hitam," jelasnya.

Tambah Sim Ee, disebabkan komplikasi diabetes juga, kesihatan mata mula menyusut. Retina akan kekurangan oksigen dan zat-zat yang diperlukan untuk kekal sihat.

"Memandangkan adanya permintaan oksigen dan zat pada retina, saluran darah baharu akan tumbuh di permukaan retina untuk menampung kekurangan itu.

"Malangnya, saluran darah baharu tersebut bersifat kurang matang. Dindingnya mudah pecah dan pendarahan berlaku di belakang mata. Akibatnya, penglihatan menjadi kabur.

"Secara fizikalnya keadaan mata tidak berubah. Ia kelihatan seperti mata normal.

"Disebabkan itu, setiap pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan mata.

"Bagi pesakit peringkat pertama, iaitu penghidap diabetes kanak-kanak dan remaja, mereka perlu menjalani pemeriksaan ini selepas lima tahun didiagnosis menghidap penyakit ini. Ini kerana kesan komplikasi tidak dapat dikenal pasti pada lima tahun pertama.

"Bagi pesakit diabetes peringkat dua yang melibatkan penghidap berusia 30 tahun ke atas, mereka harus menjalani ujian saringan ini sebaik sahaja disahkan mendapat diabetes," katanya.

Jika mereka tidak mendapatkan rawatan awal dan keadaan mata sudah teruk, Sim Ee menambah, parut akan terhasil pada retina mata.

"Ini menyebabkan urat saraf lekang daripada lapisan dalam mata dan membentuk glaukoma yang juga punca kebutaan.


OBESITI dikaitkan dengan penyakit diabetes.


Tidak boleh ditukar

"Jika pesakit datang awal, sekurang-kurangnya kita boleh memberi rawatan untuk mengekalkan penglihatan yang ada.

"Jika sudah terlewat, retina yang rosak teruk tidak boleh diselamatkan lagi. Pesakit akan berdepan masalah buta seumur hidup kerana retina tidak boleh ditukar atau ditransplan, tidak seperti kornea," jelasnya.

Bagi pesakit retinopati diabetes, ada beberapa kaedah rawatan untuk menyelamatkan mata mereka.

Antaranya, rawatan laser. Kaedah ini dapat membantu mengawal penyakit daripada merebak ke peringkat yang lebih serius.

"Pesakit juga boleh mendapatkan rawatan suntikan ubatan tertentu. Selain itu, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang darah, lemak dan air yang bergenang di dalam bebola mata.

"Pesakit diabetes perlu tahu, selain risiko kehilangan kaki, mereka juga berdepan dengan risiko komplikasi mata kalau mereka tidak mengawal penyakit tersebut dengan baik.

"Risiko ini tidak boleh dihilangkan namun dengan pengawalan yang baik, risiko tersebut dapat dilambatkan perkembangannya.

"Sekiranya seseorang itu patuh kepada arahan doktor, dia mungkin mengambil masa selama 10 tahun sebelum kerosakan retinanya beralih dari peringkat permulaan ke pertengahan.

"Namun, jika pesakit tersebut tidak begitu menjaga kesihatannya, tidak mustahil dalam tempoh lima tahun, dia akan buta," katanya.

Tekanan tambah kolesterol jahat

Posted:

Tekanan tambah kolesterol jahat

Tekanan tambah kolesterol jahat

TEKANAN di tempat kerja seringkali tidak digemari malah ia juga boleh menyebabkan peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pakar pemakanan dari Hospital Victoria de la Virgen di Malaga, Sepanyol, Carlos Catalina, berkata hasil penyelidikan terhadap 90,000 pekerja di negara itu mendapati, sebahagian besar pekerja yang menghadapi tekanan berpotensi mendapat sakit jantung, diabetes dan darah tinggi.

"Malah, ia juga punca tahap kolesterol baik dalam tubuh seseorang turun secara drastik," terang Catalina.

Namun, simptom ini diperoleh jika pekerja terbabit tertekan untuk tempoh masa yang panjang. Penyelidikan ini juga tidak menerangkan profesion dan situasi kerja sebenar yang menjadi punca kolesterol jahat itu meningkat.

Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

Posted:

Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

BAYI yang dijaga oleh kedua-dua ibu bapa lebih pintar semasa membesar. - Gambar hiasan.


ZURIAT yang dijaga oleh kedua-dua ibu bapa lebih pintar berbanding hanya ibu atau bapanya sahaja.

Penemuan ini berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari Universiti Calgary, Kanada ke atas tikus makmal.

Menurut ketua penyelidik, Dr. Samuel Weiss, sel otak anak tikus makmal yang dijaga kedua-dua induknya lebih cepat berkembang berbanding jika dijaga oleh salah satu induk haiwan tersebut.

"Semasa masih kecil, haiwan ini mendapat lebih perhatian termasuk soal kesihatan. Perasaan sayang ini menjadi faktor terbesar yang membantu tahap kecerdasan," terang Weiss.

Dalam jangka masa panjang, ia membantu kestabilan anak tikus itu. Namun, ujian ini belum terbukti terhadap manusia dan ia memerlukan penyelidikan lanjut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tempoh hayat Search

Posted:

Tempoh hayat Search

Tempoh hayat Search

DALAM belantika muzik Malaysia, nama grup Search merupakan nama yang paling dominan dalam genre muzik rock.Menyebut nama Search, apa yang turut ligat dalam pemikiran peminat mereka adalah katalog untaian lagu yang sentiasa malar segar.

Antara yang paling melekat dalam pemikiran hampir semua generasi yang membesar sekitar tahun 80-an ialah lagu Isabella atau Fantasia Bulan Madu.

Itu belum diambil kira jika anda merupakan peminat tegar Search, maka lagu-lagu seperti Pawana, Isi Atau Kulit, Langit Dan Bumi mahupun Gothic Malam Edan adalah untaian lagu biasa yang menjadi 'perhiasan' bibir setiap kali grup tersebut mengadakan persembahan.

Selain begitu terkenal dengan lagu-lagu malar segarnya, Search pada ironinya menjadi ikutan kerana karakter fesyen dan karisma setiap anggotanya. Vokalisnya, Amy sentiasa tampil dengan fesyen yang menjadi ikutan.

Permainan gitar yang konsisten serta nilai fesyen yang tinggi dalam diri dua pemain gitar adik-beradik mereka, Din dan Kid juga tidak boleh disangkal.

Nasir, si pemain bass yang sentiasa kelihatan serius, biar hakikatnya seorang yang begitu ramah juga tidak mahu kalah dengan permainan kemas dan penampilannya.

Terakhir, pemain drum mereka, Yazit turut mempunyai karisma tersendiri. Maka apabila muzik dan fesyen yang selari bergabung, tidak hairan apabila Search masih konsisten dan relevan sehingga kini.

Malah, selepas lebih tiga dekad menyusuri sepak terajang dunia hiburan, Search menjadi grup yang tidak pernah kering jemputan persembahan biar banyak grup-grup seangkatan serta grup baharu hampir 'mati' tanpa diberi peluang untuk beraksi di atas sebuah panggung yang besar.

Terkini, 1 Jun (esok) akan menjadi sejarah penting buat Search apabila diberi penghormatan sebagai grup pertama dari Malaysia bermain di dalam The Star Performing Art Centre di Singapura menerusi Konsert Acoustica Malam Edan Search.

Konsert tersebut juga menyaksikan konsert akustik pertama mereka selepas 16 tahun mengadakan persembahan dalam bentuk tersebut.


WALAUPUN setiap anggota Search sudah berusia melebihi 40 tahun dan grup tersebut sendiri sudah terlalu lama berada dalam industri muzik tanah air, namun Search masih laris menerima undangan mengadakan persembahan.


32 tahun Search

Bercakap mengenai konsert tersebut, Amy yang ditemui baru-baru ini melahirkan keterujaannya. Ujarnya Acoustica Malam Edan Search bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi bakal menjadi kayu ukur kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik yang telah meledani fasa turun naik dunia hiburan.

"Saya kira, untuk usia 32 tahun Search, konsep seumpama ini amat dinantikan oleh kami. Beraksi di atas sebuah pentas yang berprestij dan konsep akustik yang bakal dipertontonkan akan menguji kredibiliti Search sebagai sebuah grup yang kompak," ujarnya penuh teruja.

Dengan penuh bersemangat, Amy memberitahu, kali terakhir mereka bermain secara akustik adalah dalam persembahan Gema Di Timur Jauh Unplugged sekitar tahun 1996 dahulu.

"Jadi, apabila penganjur Sound Check Pte. Ltd. datang membawa idea seumpama ini, Search tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju," katanya tersenyum sebelum menyambung: "Bermain secara akustik bermakna banyak perkara yang perlu diperincikan saat kami membuat persembahan kerana bunyinya yang dilantunkan satu persatu secara halus."

Sudah bersiap sepenuhnya untuk sekali lagi menakluk hati para peminatnya pada malam esok menerusi konsert tersebut, Search menyediakan untaian 20 buah lagu terhebat yang dipilih daripada album pertama mereka, sehingga terakhir iaitu Gothic Malam Edan.

Selain Acoustica Malam Edan Search, Search juga bakal menghiburkan peminatnya dalam sebuah lagi konsert mega yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kali ini, mereka akan bergabung dengan tiga grup legenda dari Asia iaitu Loudness yang berasal dari Jepun dan Slank dari Indonesia serta Rusty Blade dari Singapura menerusi konsert yang diberi nama Thunder In The East 2013.

Melihat kepada larisnya Search, Amy yang ditebak persoalan tentang kedudukan grupnya yang kukuh hanya tersenyum.

Terdiam lama berfikir, vokalis tersebut akhirnya mula melontarkan buah fikiran tentang Search yang masih laris.

Ujarnya: "Mungkin kerana Search masih mampu menjual tiket. Daripada segi bisnes, ini yang dipentingkan oleh penganjur, dan daripada Search sendiri, kami juga mengharapkan peminat terus menyokong dan hadir menyaksikan setiap persembahan kami."

Walau bagaimanapun, ujar Amy, itu bukan bermakna mereka semberono mengambil semua tawaran yang datang.


KARISMA grup Search terletak kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik dan penampilan yang sering menarik perhatian.


Kudrat dan kesihatan

Sebagai sebuah grup yang cukup berpengaruh, mereka selektif dan menolak banyak permintaan jika konsep yang diusul tidak menarik.

Malah, ujar Amy lagi, paling penting, mereka juga tidak mahu mengadakan konsert terlalu kerap kerana bimbang momentum persembahan dan keghairahan peminat pudar.

"Jika dilihat, kami memang masih banyak mengadakan konsert, tetapi ia bukan terlalu kerap. Semua konsert yang dilakukan, ia berlainan konsep. Misalnya untuk konsert di Singapura, kami terima kerana ia dibikin dalam bentuk akustik.

"Untuk konsert pada 30 Jun ini pula, ia umpama pertempuran empat penjuru otai rock yang mempunyai tarikan tersendiri."

Ditanya bagaimana beliau melihat masa depan Search, Amy hanya tersenyum. Saat ditanya tentang jangka hayat Search, sambil tersenyum, beliau menjawab persoalan tersebut bersama hujah-hujahnya.

Ujar Amy, khalayak dan peminat barangkali akan dihidangkan dengan sebuah album studio selepas lebih enam tahun tidak menghasilkan album. Bagaimanapun, beliau tidak berani untuk berjanji bila ia akan dikeluarkan.

"Kami memang punya perancangan untuk mengeluarkan album studio, namun secara jujur, buat masa ini, Search belum mempunyai sebarang material untuk ke arah itu," ujarnya tenang.

Menjawab persoalan tentang kelangsungan Seacrh, Amy bagaimanapun menetapkan kemungkinan tempoh hayat Search akan berakhir dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini bermakna Search barangkali hanya akan wujud sehingga tahun 2018, sebelum setiap anggotanya membawa haluan masing-masing.

Bagaimanapun, Amy pantas mematahkan pemikiran saya dengan mengatakan: "Saya sekadar menyebut tempoh lima tahun bukan kerana berasa sudah letih bermain muzik.

"Sebaliknya, saya perlu realistik terhadap faktor usia dan tahap kesihatan setiap anggota Search.

"Jika dalam tempoh lima tahun ini kami diberi kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus menghiburkan khalayak dan masih relevan, Search akan terus hidup," ujarnya yang barangkali mampu menutup rasa gusar peminat setia mereka terhadap pembubaran grup tersebut.

Misi terakhir Versus 2 rebut RM200,000

Posted:

Misi terakhir Versus 2 rebut RM200,000

Misi terakhir Versus 2 rebut RM200,000

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


DARI kiri: Tomok, Rich, Lan, Mior dan Fuad yang mewakili band masing-masing dalam usaha merebut gelaran juara Versus 2 yang menawarkan hadiah wang tunai RM200,000.


SETELAH lapan minggu bersaing sesama sendiri, program pertandingan Versus 2 yang membabitkan persaingan lima buah band, akhirnya menuju kemuncak menerusi Konsert Konfrontasi Terakhir yang akan berlangsung pada malam ini.

Menampilkan antara band tempatan terhebat seperti Manifesto, Estranged, Oh Chentaku, Kyoto Protocol dan Kristal, salah sebuah band yang berjaya bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

Tomok yang mewakili band Manifesto ketika ditemui berkata, sepanjang lapan minggu beraksi di pentas pertandingan Versus, kesemua band yang bertanding telah mempersembahkan kehebatan masing-masing.

"Secara jujurnya, saya bersama ahli kumpulan Manifesto yang lain tidak pernah meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk muncul juara memandangkan persaingan yang cukup sengit.

"Kalau ditanya tentang peluang untuk muncul juara pula, keyakinan itu memang ada dan paling penting kami perlu cuba lakukan yang terbaik untuk menewaskan empat band yang lain," ujarnya ketika ditemui semasa saingan minggu kelapan yang berlangsung Jumaat lalu.

Meskipun Manifesto merupakan band yang paling banyak memenangi saingan battle iaitu sebanyak tiga kali, Tomok menegaskan bahawa mereka tidak boleh memandang rendah saingan band yang lain.

Ujarnya, kejayaan memenangi saingan battle paling banyak juga bukanlah jaminan buat Manifesto untuk dipilih sebagai juara kerana apa sahaja boleh berlaku semasa konsert terakhir nanti.

"Kami anggap kemenangan sebanyak tiga kali sebelum ini merupakan satu rezeki dan sudah tentu ia mampu menjadi pembakar semangat supaya misi meraih gelaran juara akan tercapai," jelasnya yang menganggap kelima-lima band mempunyai peluang yang sama rata untuk menang.

Bagi sebuah lagi band iaitu Kristal pula berpendapat bahawa setiap band sudah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati penonton serta dua orang juri tetap, Jennifer Thompson dan Loque.

Roslan atau lebih sinonim dengan panggilan Lan yang mewakili Kristal menyatakan mereka begitu bersungguh-sungguh setiap minggu kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bergelar juara.

"Kalau ditanya tentang persiapan untuk saingan akhir, kami perlu bersedia lebih awal kerana cabaran yang akan ditempuhi pastinya lebih sukar dan kehebatan band yang bertanding juga perlu diberi perhatian serius.

"Namun begitu, kami ada mempunyai strategi tersendiri untuk memberikan cabaran kepada pesaing yang lain, termasuk melakukan kejutan yang pastinya tidak disangka oleh para peminat yang menonton rancagan ini nanti," ujarnya.

Sementara itu, band Estranged yang pernah muncul sebagai juara di Anugerah Juara Lagu 2007 menerusi lagu Itu Kamu sudah menyiapkan lebih awal lagu baharu yang akan dipersembahkan ketika konsert penutup.

Diwakili oleh Richael L. Gimbang atau Rich yang juga selaku vokalis utama, dia menegaskan, kejayaan yang pernah diraih mereka sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana Versus 2 merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang berbeza.

"Saya yakin lagu baharu yang kami cipta itu pastinya akan digemari ramai, manakala untuk bergelar juara, kami tidak mahu terlalu berharap kerana ingin lebih fokus kepada persembahan nanti," ujarnya.


MENGANGGAP sebagai band underdog, Oh Chentaku menggunakan strategi menerusi laman sosial bagi menarik lebih ramai peminat yang menyokong perjuangan mereka dalam saingan Versus 2.


Laman sosial

Sebuah lagi band yang bersaing dalam Versus 2 iaitu Oh Chentaku pula sememangnya antara band yang perlu diberi perhatian berdasarkan persembahan yang ditampilkan sepanjang lapan minggu.

Salah seorang wakilnya iaitu Mior Luqman Hakim atau Mior berkata, mereka berasa kerdil berbanding band-band yang lain kerana kurang dikenali ramai kerana mereka lebih banyak bergerak secara underground.

"Pada mulanya kami berasa agak gugup untuk bersaing dengan empat buah band lagi yang lebih dikenali ramai, tetapi lama-kelamaan kami sudah dapat membiasakan diri.

"Memandangkan Oh Chentaku kurang dikenali, beberapa strategi telah diaturkan seperti menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter untuk menarik lebih ramai peminat dan ternyata cara sedemikian cukup berkesan," jelasnya.

Bagi band Kyoto Protocol yang sentiasa mencuri perhatian peminat setiap minggu sehingga dilabel band pilihan, mereka menganggap masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi terakhir.

Wakil band tersebut iaitu Fuad Alhabshi berkata, mereka akan menjadikan semua komen yang diberikan oleh juri tetap setiap minggu sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan.

"Sudah tentu kami mengambil serius setiap yang diperkatakan oleh kedua-dua juri. Kami sedar persembahan yang ditampilan belum cukup mantap, tetapi ia tidak melemahkan semangat kami untuk muncul sebagai juara," ujarnya.

Saingan terakhir rancangan Versus 2 yang diadakan di Space U8, Shah Alam, Selangor akan turut disiarkan secara langsung menerusi TV9 dan saluran radio Hot FM pada pukul 9.30 malam.

Bella Bundle of Joy raikan para ibu

Posted:

Bella Bundle of Joy raikan para ibu

Bella Bundle of Joy raikan para ibu


DYNAS MOKHTAR membuat kemunculan khas menerusi program Bella Bundle of Joy.


BIARPUN Hari Ibu diraikan pada tanggal 12 Mei lalu, namun stesen televisyen ntv7 pula menganggap pengorbanan seorang ibu bukan sahaja harus diingati pada hari-hari tertentu sahaja, sebaliknya mereka selayaknya diraikan setiap hari.

Ini kerana pengorbanan para ibu dalam melahirkan, membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tidak ternilai.

Atas dasar itu, ntv7 mengambil inisiatif menganjurkan sebuah acara istimewa buat kaum wanita yang bakal bergelar ibu iaitu Bella Bundle of Joy.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, acara mirip baby shower itu sebenarnya diilhamkan daripada rancangan temu bual wanita popular stesen itu iaitu Bella, sempena kempen Will & Kate and The Royal Baby.

"Acara Bella Bundle of Joy akan diadakan pada hari Ahad ini (2 Jun) bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, dari pukul 2 hingga 7 petang. Menariknya, penyertaan untuk menghadiri majlis ini adalah percuma," ujarnya.

Mengulas mengenai objektif acara itu diadakan, kata Airin, para ibu akan diberi pelbagai maklumat berkaitan bayi yang bakal dilahirkan dan sebagai persiapan buat diri mereka yang bakal bergelar ibu.

Ungkapnya lanjut, acara itu bakal menyediakan ruang buat para ibu untuk bertanya lebih lanjut kepada pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

Lebih menarik, acara Bella Bundle of Joy itu juga merupakan percubaan terbesar dalam menghimpunkan wanita hamil tanpa mengira usia. Ia akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Beberapa selebriti seperti Dynas Mokhtar dan Daphne Iking akan membuat kemunculan khas pada acara tersebut.

Kepada para ibu hamil yang berminat menyertainya boleh hadir terus ke acara tersebut atau anda juga digalakkan mendaftar menerusi borang ringkas yang terdapat di laman web www.ntv7.com.my dan menghantarkan borang menerusi e-mel bellashower@ntv7.com.my atau hubungi talian 03-7726 877 sambungan 7040/7009.

Bagi para ibu yang hadir awal ke acara tersebut akan diberikan cenderahati menarik dan eksklusif daripada ntv7.

Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 30 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sinha menjadi inspirasi rakyat India

Posted:

Sinha menjadi inspirasi rakyat India

Sinha menjadi inspirasi rakyat India

SINHA diiktiraf sebagai wanita pertama dari India yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dengan hanya sebelah kaki.


SATU ketika dahulu, Arunima Sinha, 25, merupakan antara ribuan atlet wanita yang berbakat di India.

Aktif dalam sukan bola sepak dan bola tampar sejak zaman remaja, dia berjaya mencipta nama dalam kedua-dua sukan kegemarannya itu termasuk menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Bagaimanapun, 11 April 2011 menjadi episod malang bagi wanita yang berasal dari Ambedkar Nagar wilayah Uttar Pradesh itu.

Dia yang baru berusia 23 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan menaiki kereta api dari Lucknow ke Delhi untuk menghadiri satu temuduga telah disamun sekumpulan penjenayah.

Tanpa belas kasihan dia ditumbuk, ditendang dan lebih malang turut dicampak ke luar kereta api yang ketika itu sedang bergerak laju.

"Saya terbaring di landasan bersebelahan, tetapi tidak boleh bangun, saya cuba menjerit meminta pertolongan tetapi tiada sesiapa di sekeliling.

"Sebuah kereta api tiba-tiba muncul dari laluan bertentangan dan terus menggilis kaki kiri saya menyebabkan saya tidak sedarkan diri," katanya ketika menceritakan tragedi yang menimpanya kira-kira dua tahun lalu.

Dia dirawat di hospital tempatan sebelum dipindahkan ke sebuah kolej perubatan di Lucknow. Selain mengalami kecederaan parah di tangan dan kepala, kaki kirinya juga dipotong sehingga ke paras bawah lutut bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Kejadian yang menimpa pelajar jurusan undang-undang dari Universiti Awadh itu menjadi tajuk berita utama beberapa akhbar di India.

Terima pampasan

Sumbangan dan bantuan datang mencurah-curah daripada beberapa pihak yang bersimpati.

Kerajaan India, melalui kementerian sukan misalnya, bersedia menanggung kos rawatan perubatannya termasuk menghulurkan sumbangan sebanyak Rs. 25,000 (RM1,355). Pada masa yang sama dia turut dijanjikan peluang pekerjaan yang sesuai di kementerian itu.

Dia juga turut menerima sejumlah pampasan yang diberikan oleh Railway Protection Force.

Selepas pembedahan, Sinha menjalani rawatan intensif selama empat bulan di All India Institute of Medical Sciences (AIIMS). Selain memulihkan kembali emosinya, dia juga diajar menggunakan kaki palsu bagi membolehkan dia kembali berjalan seperti biasa.


SEMANGAT yang ditunjukkan Sinha cukup luar biasa.


"Sepanjang tempoh itu, saya banyak belajar mengenai erti kehidupan. Hidup mesti diteruskan, lagi pun saya hanya kehilangan kaki bukan nyawa.," ujarnya.

Sinha mengimpikan sesuatu yang besar. Dia mahu menawan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia bagi membuktikan kemampuannya.

Katanya, dia mengambil keputusan itu selepas bertemu bintang kriket India, Yuvraj Singh ketika terlantar di hospital.

"Yuvraj datang melawat dan menyerahkan cek sebanyak Rs. 1 lakh (RM5,420). Ketika kami berbual-bual barulah saya tahu dia juga merupakan seorang penghidap kanser.

"Apabila saya melihat dia bermain bersama pasukan kriket India, saya kagum dengan semangat yang ditunjukkannya di atas padang seolah-olah dia tidak pernah mempunyai penyakit.

"Sejak itu saya bertekad untuk melakukan perkara yang sama dan diimpikan sejak sekian lama, iaitu menawan Everest," ujarnya.

Hasratnya mendapat perhatian Tata Steel Adventure Foundation (TSAF), akademi yang mengajar orang ramai mengenai aktiviti pendakian yang diasaskan Bachendri Pal, pendaki wanita pertama India yang berjaya menawan puncak tertinggi di dunia itu pada 1984.

Semangat Sinha

Selama satu setengah tahun, Sinha gigih menjalani program dan latihan yang disediakan TSAF. Tahun lalu, dia berjaya mendaki Gunung Chhamser Kangri di Ladakh, India setinggi 6,622 meter sebagai persediaan terakhir.

"Saya tidak pernah melihat wanita yang mempunyai semangat yang luar biasa seperti Sinha. Dia sangat fokus terhadap apa yang ingin dicapainya dan mempunyai kekuatan mental yang kuat," kata Pal.

Pada masa yang sama, Sinha turut dibawa bertemu Mark Inglis, pendaki dari Amerika Syarikat yang kudung kedua-dua belah kakinya tetapi berjaya menawan Everest pada tahun 2006.

"Dia banyak berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini terutama cabaran dan pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang pendakian. Pertemuan itu cukup bermakna dan sedikit-sebanyak turut menaikkan motivasi saya," katanya.

Ditemani empat rakan pendaki dari pasukan Ekspedisi Eco Everest, misi Sinha menawan Everest bermula April lalu melalui pendakian ke Summit Island Peak setinggi 6,096 meter melalui utara India dan Nepal.


SINHA bernasib baik kerana masih bernyawa dalam tragedi yang berlaku dua tahun lalu.


Pendakian selama 52 hari itu berakhir pada 21 Mei lalu apabila dia tiba di puncak Everest pada pukul 10.55 pagi.

"Dia memulakan pendakian agak perlahan berbanding rakan-rakan sepasukannya yang lain.

"Namun, pada ketinggian 8,750 meter dia seakan mendapat tenaga baharu sebelum meneruskan pendakian sehingga ke puncak," kata Dawa Sherpa, pengurus Asian Trekking, syarikat yang berpangkalan di Nepal dan bertanggungjawab menguruskan ekspedisi itu.

Kejayaan Sinha bukan sahaja membanggakan jutaan rakyat India, malah Perdana Menterinya, Dr. Manmohan Singh.

Melalui kenyataannya, beliau memuji semangat yang ditunjukkan Sinha lebih-lebih lagi apabila diiktiraf sebagai wanita pertama dari India yang berjaya menawan puncak gunung itu dengan hanya mempunyai sebelah kaki.

"Ia merupakan satu misi yang luar biasa apatah lagi selepas apa yang pernah dilalui oleh beliau sebelum ini.

"Saya berbangga dengan kejayaannya dan berharap ia dapat diteruskan pada masa hadapan di samping menjadi inspirasi kepada jutaan rakyat di negara ini," katanya.

Apabila kanak-kanak dewasa sebelum usianya

Posted:

Apabila kanak-kanak dewasa sebelum usianya

Apabila kanak-kanak dewasa sebelum usianya


PERKAHWINAN bawah umur di India umpama satu 'industri' yang menguntungkan.


DUNIA kanak-kanak biasanya dikaitkan dengan keindahan bermain dan bersekolah. Mereka memiliki dunia yang terasing dengan dunia warga dewasa yang sibuk mengharungi alam penuh cabaran.

Mereka tidak perlu menghadapi risiko kehidupan dan ujian seperti warga dewasa. Sekurang-kurangnya, itulah kepercayaan sebahagian besar daripada kita semua, namun, hakikatnya tidak.

Berita mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di Sabah yang telah berkahwin dengan seorang lelaki dewasa, malah dia dikatakan telah dirogol terlebih dahulu mengejutkan banyak pihak.

Jika benarlah seperti yang dilaporkan bahawa kanak-kanak itu telah dirogol dan kemudiannya dikahwinkan dengan lelaki yang merogolnya sebagai cara untuk menghindari hukuman, maka ia tentulah sesuatu yang sangat malang.

Sebenarnya, dunia malang seperti yang dialami remaja ini berlaku di mana-mana sahaja. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) melaporkan, pada tahun 2011, dianggarkan terdapat kira-kira 1.2 bilion remaja berusia antara 10 hingga 19 tahun di seluruh dunia.

Perkahwinan bawah umur

Malangnya, dunia bukanlah tempat yang selamat untuk golongan berkenaan. Menurut laporan itu, di Brazil sahaja, dianggarkan sebanyak 81,000 remaja yang berusia antara 15 ke 19 tahun telah dibunuh antara tahun 1998 hingga 2008.

Perkahwinan bawah umur juga seolah-olah sudah menjadi tradisi di beberapa buah negara seperti Bangladesh, Chad, India dan beberapa negara Afrika lain.

Perangkaan juga menunjukkan bahawa di kebanyakan negara sedang membangun, setiap seorang daripada tiga anak kecil didapati berkahwin sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Seorang sarjana undang-undang, Profesor Michele Goodwin, secara sinis menunjukkan betapa perkahwinan bawah umur telah menjadi satu 'industri' baharu di India, yang menyumbang kepada Rp 250 billion (RM13.64 bilion) setiap tahun.

Walaupun di Malaysia, budaya berkahwin di bawah umur ini bukanlah suatu kelaziman, tetapi apabila ia berlaku, sewajarnya membuka mata kita semua bahawa kanak-kanak tidak sewajarnya didepankan dengan krisis manusia dewasa.

Setiap individu, wajar menjaga dan menghormati hak kanak-kanak dan remaja. Mengahwini gadis di bawah umur tidak wajar digalakkan, apatah lagi sekiranya melakukan keganasan seksual dan rogol terhadap mereka.

Perkahwinan di bawah umur mungkin bukanlah satu kesalahan. Bagaimanapun, isu utamanya bukanlah sekadar perundangan semata-mata. Isu psikologikal dan emosi kanak-kanak di bawah umur juga wajar dipertimbangkan.

Umumnya, ahli psikologi bersetuju bahawa remaja merupakan tahap umur yang sedang berkonflik dalam mencari identiti diri.

Mereka mengalami konflik kerana beberapa perubahan yang berlaku ke atas diri mereka, khususnya perubahan fizikal dan alat seksual.


KANAK-KANAK perlu mengikuti alam persekolahan bagi mengasah pengetahuan mereka.


Alam persekolahan

Mereka juga sedang mengalami konflik dalaman kerana perubahan sifat daripada seorang kanak-kanak kepada manusia dewasa.

Pada tahap ini juga, bakat intelektual mereka mula berkembang. Mereka mampu menerokai pengetahuan baharu yang mungkin tidak boleh dicapai tatkala mencecah usia dewasa.

Sebab itulah, anak-anak berusia bawah 18 tahun ini sewajarnya mengikuti alam persekolahan, dan bukannya terus terjun ke dunia manusia dewasa.

Di sekolah, mereka mengikuti pengalaman baharu untuk bersosial dan mengasah pengetahuan mereka. Di sekolah, mereka tidak akan berdepan dengan cabaran pekerjaan atau kesulitan-kesulitan lain yang dialami oleh orang dewasa.

Semua pengalaman tersebut bakal membantu mereka untuk menjadi manusia dewasa yang lebih stabil.

Sebaliknya, apabila anak-anak gadis ini sudah berkahwin ketika masih terlalu muda, mereka secara automatiknya terpaksa mengharungi cabaran orang dewasa.

Mereka bukan sahaja tidak dapat mengikuti pendidikan yang boleh membantu mereka pada masa hadapan, sebaliknya perlu bekerja dan mencari nafkah untuk hidup.

Sekiranya mereka melahirkan anak, mereka terpaksa menjadi suri rumah yang terlalu muda untuk menjaga bayinya. Mereka juga akan dilayan seperti seorang dewasa, walaupun pada hakikatnya mereka masih seorang remaja.

Lebih buruk, mereka juga mungkin sedang mewariskan kesulitan baharu untuk anak-anak yang mereka lahirkan.

Apabila tidak lagi mengikuti alam persekolahan, mereka tidak berupaya mendapatkan pekerjaan yang baik dan mungkin bakal hidup dalam kemiskinan.

Sebab itu, menjadi tugas semua untuk memastikan bahawa perkahwinan di bawah umur ini bukanlah satu perkara yang wajar dijadikan eksperimen.

Pergeseran anak-beranak

Posted:

Pergeseran anak-beranak

Pergeseran anak-beranak

BARU-baru ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan kontroversi pergaduhan pelakon yang sedang meningkat naik, Afiq Muiz, 21, dengan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48.

Bagaikan drama swasta yang disaksikan secara langsung, pergaduhan itu semuanya bermula sejak ibunya meluahkan kekecewaan hatinya terhadap Afiq kepada pihak media yang dikatakan telah berubah sikap.

Kenyataan ibu Afiq, dibalasnya dengan linangan air mata di hadapan kaca televisyen dan kata-kata yang agak keterlaluan bagi seorang anak.

Sebenarnya, kes pergaduhan antara artis dan ahli keluarga terutama bersama ibu bapa bukanlah satu perkara baharu dalam industri seni.

Sebelum Afiq, ramai artis pernah mendapat liputan luas media gara-gara drama keluarga.

Sekitar tahun 1980-an, telah berlaku kes saman-menyaman antara Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan ibunya.

Model dan pelakon jelita, Nasha Aziz juga pernah disaman oleh bapa kandungnya pada tahun 2004 dan kes itu berlanjutan sehingga tahun 2009.

Selain itu, pelakon Wan Nor Azlin juga melalui episod yang sama apabila disaman oleh bapanya Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim, 76, pada 5 Februari lalu kerana didakwa menghalang bapanya daripada menjual hartanah dan enggan keluar dari sebuah rumah milik bapanya di Taman Sri Keramat.

Wan Nor Azlin kemudiannya telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman berkenaan pada 20 Mac lalu.

Bukan itu sahaja, pengarah muda Syamsul Yusof dikatakan pernah bergaduh dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam. Sementara, pelakon Siti Fazurina sehingga kini masih dalam perang dingin dengan ibunya kerana perkahwinannya tidak direstui.

Namun, bukan semua episod pergaduhan itu kekal selama-lamanya, sebaliknya ada yang sudah berbaik semula seperti penyanyi terkenal Ning Baizura.

Ning pernah berperang dingin dengan bapanya Sheikh Hamzah Sheikh Muhammed selama 10 tahun.


DRAMA. Siti Fazurina ditenteramkan suaminya apabila ibunya (kanan) dibawa oleh adik lelakinya beredar dari lokasi Fazurina mengadakan sidang akhbar pada 23 Disember tahun lepas di Bayan Baru, Georgetown, Pulau Pinang.


Sedar kesilapan - Ning

Menurut Ning, populariti mampu melalaikan seseorang artis tentang tanggungjawabnya kepada ibu bapa.

Itulah hakikat yang berlaku kepada dirinya suatu masa dahulu sebelum tersedar dan berazam untuk memperbaiki hubungannya dengan ayahnya sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Omar Shariff Christopher Layton Dayton pada tahun 2008.

"Populariti yang datang ketika muda mudah membuatkan kita rapuh dan lalai dengan tanggungjawab sendiri kepada ibu bapa. Masa muda begitu banyak impian yang saya ingin kecapi dan tidak sedar semua populariti dan kejayaan itu membuatkan saya leka dengan dunia saya sendiri," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

"Sebelum berkahwin, saya mencari bapa semula dan merapatkan kembali hubungan bapa dan anak yang terputus sebelum itu. Waktu itu, saya lebih matang dan saya ingin kebahagiaan dalam hidup, pergaduhan yang panjang tidak menguntungkan sesiapa.

"Alhamdulillah, hubungan kami pulih dan paling penting dalam setiap hubungan adalah kejujuran. Saya rasa lebih tenang dan bahagia selepas bapa sendiri merestui perkahwinan serta setiap kejayaan saya," balasnya.

Tambahnya, perceraian antara bapa dan ibunya, Satila Abdullah sedikit sebanyak telah menganggu hubungannya dengan bapa. Hubungan yang keruh antara mereka menyebabkannya menjadi mangsa keadaan.

"Hubungan ibu dan bapa saya tidak baik, mangsanya di situ ialah diri saya sendiri. Selepas meningkat dewasa, saya sedar penceraian antara ibu bapa bukan bermakna saya perlu bermusuh dengan bapa sendiri kerana saya tetap anaknya walaupun mereka sudah bercerai.

"Tiada ibu bapa yang sempurna dalam dunia ini. Itu hakikatnya dan saya sebagai anak harus sedar di mana kedudukan saya," katanya.

Luah Ning, sejak melahirkan anak sulungnya, Ryan Sky Dalton pada 30 Januari lalu, barulah dia mengerti kasih sayang seorang ibu bapa kepada anak.

"Selepas melahirkan anak, saya sedar betapa sayangnya saya pada anak sendiri dan besar tanggungjawab saya untuk membesarkannya dengan baik. Saya dapat rasa apa perasaan ibu bapa saya dan sedar begitu besar jasa mereka terhadap saya," ucapnya.

Bercakap tentang senario yang melanda ramai artis muda yang begitu lantang bersuara dalam perang dingin antara mereka dan ibu bapa masing-masing, Ning memberi nasihat supaya mereka sedar diri sebelum terlambat.

"Sedarlah diri, jika tiada ibu bapa kita, tiadalah kita di dunia ini. Hargailah perngorbanan mereka dan jagalah setiap butir bicara yang keluar dari mulut kita ketika membuat sebarang kenyataan," katanya.


IKATAKAN kekeluargaan. Liyana (kanan) serta dua adik-beradiknya bersama ibu mereka.


Jangan bogelkan kisah keluarga - Datuk Yusof Haslam

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mempunyai dua orang anak yang cukup dikenali terutamanya Syamsul Yusof yang popular sebagai pelakon dan pengarah serta adiknya, Syafiq Yusof yang mula menjinakkan diri dalam bidang pengarah filem.

Mempunyai dua orang anak lelaki yang dikenali ramai bukan sesuatu yang mudah. Akui Yusof, dia pernah bergaduh dengan anaknya sebelum ini, bagaimanapun pergaduhan itu tidak berpanjangan.

"Tipulah kalau kami tidak pernah bergaduh. Biasalah dalam hubungan antara bapa dan anak pasti akan berlaku perselisihan faham dalam pelbagai perkara. Apa yang penting, bagaimana saya sebagai bapa menghadapi situasi itu.

"Kalau boleh jangan mendedahkan kisah peribadi atau sengketa yang berlaku kepada masyarakat. Mesti ada sikap tolak ansur.

"Saya tidak terlalu mendesak, jika mereka ada masalah tanya secara baik kerana zaman anak-anak kita hari ini tidak sama dengan zaman saya. Cabaran mereka lebih hebat terutama mereka yang bekerja dalam bidang seni," tuturnya.

Menurutnya lagi, teknologi yang canggih hari ini mampu menjarakkan hubungan antara anak dan ibu bapa.

Justeru, ibu bapa harus memainkan peranan yang lebih besar supaya jurang antara mereka tidak begitu ketara.

"Anak muda hari ini jarang berbual-bual dengan ibu bapa. Mereka lebih suka menatap telefon secara tidak langsung hubungan itu akan mula renggang. Gunakan cara yang baik untuk menarik semula anak kepada kita tetapi bukan dengan cara paksaan," jawabnya.

Tegasnya, sebagai anak pula, mereka harus sedar akan tanggungjawab dan harus menghormati ibu bapa walaupun seburuk mana ibu bapa mereka.

"Kesabaran ibu bapa ada batasnya, anak harus sedar tempat mereka dan hormati ibu bapa yang membesarkan mereka.

"Saya sebagai bapa mungkin lebih sabar dan tenang dalam menghadapi sebarang situasi yang melibatkan anak-anak tetapi kalau seorang ibu, mereka lebih sensitif kerana mereka yang mengandungkan anak itu selama sembilan bulan.

"Disebabkan itu, para ibu tidak sedar mereka meluahkan rasa sedih dalam keadaan yang marah. Bagi saya, apa jua konflik yang berlaku anak-anak yang bergelar artis harus beralah dengan ibu bapa dan jika boleh jangan memperbesar-besarkan masalah keluarga sehingga menjadi anak derhaka," balasnya.

Jadi rakan anak - Datin Habsah Simpon

Ibu kepada pelakon dan penyanyi popular Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon turut bergelar pengurus kepada anak bongsunya itu. Sepanjang kerjaya Liyana, tidak pernah berlaku sebarang konflik yang mampu menggeruhkan hubungan antara ibu dan anak itu.


YUSOF dan Syamsul merupakan contoh betapa pentingnya hubungan yang baik antara bapa dan anak untuk masa depan karier seni yang sukses.


Kata Habsah, kunci utamanya ialah menjadi rakan baik kepada anak sendiri. Segala masalah yang dihadapi Liyana harus dibincangkan terlebih dahulu bersamanya.

"Alhamdulillah, saya tidak ada sebarang masalah sepanjang menguruskan anak sendiri. Mungkin kerana, Liyana bermula daripada bawah dan pada usia yang muda.

"Saya masih ingat ketika dia berlakon dalam filem Castello waktu itu usianya 16 tahun, saya katakan padanya untuk menjadi artis harus bijak dan hati harus kuat.

"Saya buat Liyana seperti rakan. Apa juga masalah tidak kiralah masalah tentang kekasih, saya harus menjadi orang pertama yang diberitahu.

"Sebagai ibu saya harus tahu masalah anak serta ke mana haluan yang dituju dan sebagai pengurus saya harus memastikan kerjayanya berjalan lancar," ujarnya.

Habsah juga tidak setuju dengan kelantangan sesetengah artis muda yang memburukkan ibu bapa sendiri kepada media. Sebagai ibu, dia juga sedih melihat situasi yang berlaku sekarang ini.

"Sebagai artis setiap perbuatan dan kata-kata kita akan dibaca oleh orang ramai. Seburuk-buruk mana pun ibu bapa kita, sebagai anak kita tidak boleh meluahkan kata-kata yang melukakan hatinya, saya juga seorang ibu, saya tahu bagaimana perasaannya jika anak menjadikan kita sebagai musuhnya.

"Apa yang penting harus bermuhasabah diri dan ingat dari mana asal usul kita sebelum menjadi artis. Apa yang boleh saya katakan, syurga tetap di telapak kaki seorang ibu," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Spotify penstriman muzik percuma

Posted:

Spotify penstriman muzik percuma

Spotify penstriman muzik percuma

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

MELETAKKAN hasil karya-karya band Kyoto Protocol dalam sebuah perkhidmatan penstriman muzik, Spotify membuka peluang kepada muzik mereka didengari sama ada peminat dari dalam negara atau antarabangsa.

"Kami mahu peminat tempatan yang tidak berkemampuan membeli cakera padat, dapat mendengar muzik kami secara percuma melalui Spotify Free," kata salah seorang ahli kumpulan Kyoto Protocol, Ahmad Fuad Alhabshi.

Akui Ahmad Fuad, pasaran tradisional sememangnya boleh mendapat margin keuntungan yang tinggi, tetapi ia juga datang dengan harga yang mahal.

Kos pengedaran dan bayaran yang dikenakan oleh rekod label kerap dipersalahkan, malah pasaran tradisional tidak mesra dengan artis-artis kecil yang mahu membina nama.

Spotify membolehkan nama-nama kecil dalam bidang seni suara menempa nama dalam industri muzik dengan cara tersendiri.

Ia memberikan lebih banyak cara yang secara terus daripada penyanyi kepada peminat untuk mengakses muzik tanpa melalui orang tengah.

Selain itu, perkhidmatan muzik tersebut dapat menjadi medium untuk pendengar luar negara mendengar muzik tempatan.

Ia turut memudahkan muzik dikongsi dalam talian internet melalui laman sosial Facebook yang mempunyai pemilik akaun berdaftar kira-kira 1.1 bilion dan Twitter.

Jika Spotify berjaya menarik perhatian penduduk Malaysia dengan muat turun di telefon mahupun komputer riba yang tinggi, ia bakal menjadi satu lagi sumber pendapatan baharu bagi kumpulan muzik seperti Kyoto Protocol.

"Setakat ini, sambutan yang diterima agak baik. Populariti bar meningkat secara signifikan sejak Spotify dibuka di Malaysia.

"Itu menunjukkan kami mempunyai peminat di Malaysia dan mereka melawat Spotify untuk mendengar muzik kami," katanya lagi.

Buat masa sekarang, Kyoto Protocol mempunyai lima buah lagu dalam Spotify yang kesemuanya daripada album debut, An Album.

Sementara itu, mereka sedang menunggu single terbaharu, KL I Love You mendapat pengesahan untuk berada dalam penstriman muzik, Spotify.

Terdapat dua cara untuk memasarkan lagu dalam Spotify iaitu melalui syarikat label muzik seperti EMI dan Sony bagi penyanyi yang mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman.


LAGU-LAGU menerusi Spotify boleh didengar secara terus dengan hanya menstrim menggunakan telefon pintar atau tablet.


Bagi penyanyi indie yang tidak terikat dengan syarikat rakaman boleh berurusan dengan senarai label aggregator oleh Spotify.

Penstriman muzik

Spotify merupakan perkhidmatan penstriman muzik komersial dengan pengurusan hak cipta digital. Ia mengandungi lebih 20 juta buah lagu dan matlamatnya adalah supaya semua orang dapat mendengar muzik dengan mudah.

Spotify boleh diakses dengan menggunakan beberapa versi iaitu pada komputer riba atau peribadi, tablet mahupun telefon pintar.

Ia merupakan sebuah platform muzik dalam talian yang membolehkan para pencinta muzik mendengar lagu secara percuma atau pada harga rendah dan dalam masa yang sama mendapat kualiti audio terbaik.

Spotify bukanlah seperti laman muat turun fail seperti 4Shared, Torrent atau Vaze, tetapi lagu-lagu boleh didengar secara terus dengan perlu distrim sahaja.

Ia seakan-akan laman video, YouTube, cuma Spotify dikhususkan untuk muzik dan boleh digunakan secara luar talian (offline) bergantung kepada jenis akaun.

"Kami mahu semua muzik di dunia ini boleh diakses dengan mudah tanpa mengira peranti. Jika peti sejuk boleh dengar muzik, kami mahu Spotify di situ," seloroh Ketua Pasaran Baharu Spotify (Rantau APEC), Sriram Krishnan, 29, ketika ditemui di Le Meridian, Kuala Lumpur.

Walaupun Spotify merupakan medium untuk mendengar lagu generasi terkini, namun ia masih lagi menepati selera pendengar muzik yang suka mengadun banyak lagu dalam satu fail.


SRIRAM mengakui pengguna boleh memuat turun lagu dengan mudah dan murah menerusi Spotify.


Ia dikenali sebagai Mixtape, terma tersebut muncul ketika zaman pita kaset dahulu sekitar tahun 80-an. Pendengar pasti merakam lagu kegemaran yang didengar dalam radio pada sebuah pita kosong.

Konsep yang sama turut diguna pakai dalam Spotify apabila pendengar boleh menarik lagu-lagu yang diminati dalam fail peribadi, Playlist supaya mudah untuk melakukan pencarian pada kemudian hari.

Seiring dengan perkembangan laman sosial, Spotify juga boleh dikongsi bersama dengan senarai rakan Facebook atau melakukan kemas kini Twitter.

Akaun Spotify

Barangkali mencari lagu kegemaran dalam sebuah pusat data yang mengandungi berpuluh-puluh juta buah lagu sesuatu yang sukar.

Dengan Spotify, ia mengandungi label pencarian yang mudah dengan menaip kata kunci. Pencarian juga boleh dibuat berdasarkan genre, artis, album atau negara.

Jika itu pun tidak dapat membantu, pendengar boleh menjadi pengikut artis-artis kegemaran, maka segala lagu baharu yang masuk boleh dikemas kini.

Kemas kini di Facebook juga dibuat jika pendengar mendengar lagu di Spotify, rakan-rakan lain boleh mendengar secara terus dengan menekan butang di Facebook sahaja.

Dalam Spotify juga mempunyai fungsi Radio yang membolehkan senarai lagu dipilih dan disusun secara rawak untuk didengar, manakala untuk pengguna premium, boleh melangkau lagu yang tidak diminati.

Spotify boleh didaftar dengan mudah melalui akaun Facebook, terdapat dua jenis akaun iaitu percuma dan premium.

Akaun percuma boleh didapati dalam versi komputer riba dengan muzik distrim secara dalam talian berserta iklan antara tiga hingga empat minit setiap jam selain panel iklan pada aplikasi Spotify.

Bagi premium pula, iklan akan diketepikan dan boleh menikmati muzik secara luar talian. Bagi penstriman menggunakan aplikasi mobil, hanya akaun premium boleh digunakan. Spotify premium berharga RM14.90 sebulan.

Setakat ini, sebanyak 24 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia, manakala 6 juta daripadanya merupakan pengguna berdaftar Spotify premium.

Bukan setakat iklan dapat diketepikan dengan melanggan akaun Spotify premium, tetapi kualiti muzik juga dipertingkatkan.

Bagi Spotify percuma, sebuah lagu mempunyai saiz lebih kurang 160 kilobait per saat iaitu lebih baik berbanding lagu muat turun percuma atau cetak rompak sekitar 80 hingga 90 kilobait per saat.

Bagi Spotify premium pula, kualiti lagu yang didengari mencapai 320 kilobait per saat.

"Saiz tersebut menyamai lagu yang didengari dalam cakera padat original sekali gus penghayatan terhadap muzik seperti bunyi perkusi jelas kedengaran," ulasnya.

Tidak perlu risau jika pendengar melakukan kemas kini dalam Playlist pada versi komputer, ia boleh diselaraskan dan diseragam serentak pada semua peranti.

Gabungan muzik, internet dan mobil telah menyebabkan dunia menjadi semakin global serta mudah diakses pasti merisaukan ibu bapa kerana banyak lagu di luar negara mempunyai lirik yang agak melampau.

"Anda hanya perlu menggunakan simbol Explicit untuk mengawal fail Spotify itu," katanya.

Puting beliung terburuk

Posted:

Puting beliung terburuk

Puting beliung terburuk


KERJA-KERJA mencari mangsa akan dihentikan setelah pihak penyelamat yakin tiada mayat yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan.


BANDAR Oklahoma yang terletak di Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai lembah puting beliung kerana sering diserang bencana berkenaan.

Seorang pakar meteorologi AS, Harold Brook berkata, bencana itu berlaku disebabkan pertembungan angin panas dan kelembapan udara.

Sehubungan itu, ia menyebabkan beberapa kawasan di tengah Oklahoma kerap dilanda puting beliung yang kuat.

Terbaharu, ia berlaku di Moore, Bandar Oklahoma sehingga menyebabkan 91 orang terkorban termasuk 20 kanak-kanak.

Kejadian yang berlaku pada 20 Mei lalu itu telah meranapkan banyak rumah, dua buah sekolah dan sebuah hospital malah menyebabkan 50,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Menyelamatkan anak

Seorang ibu, LaTisha Garcia, 28, berkata, dia segera menuju ke sekolah anaknya apabila televisyen menyiarkan berita mengenai bencana itu melanda sekolah anaknya.

Garcia berkata, ketika itu, dia hanya memikirkan cara-cara untuk menyelamatkan anaknya, Jazmin Rodriguez yang berusia lapan tahun.

"Walaupun, saya terpaksa memandu sejauh 48 kilometer, ianya berbaloi kerana saya dapat membantu menyelamatkannya," katanya.

Berbicara lanjut mengenai pengalamannya itu, sebaik tiba di kawasan sekolah, dia mendapati pasukan keselamatan sedang giat menjalankan operasi menyelamatkan murid-murid yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan sekolah.

JUMLAH rumah yang musnah masih belum diketahui.


Justeru, dia memohon kepada pasukan keselamatan untuk turut serta menjalankan operasi itu.

"Mereka setuju dan setiap murid yang berjaya dibawa naik diserahkan kepada saya. Secara kebetulan, salah seorang mangsa merupakan anak saya.

"Pada mulanya, saya tidak dapat mengecam anak saya, mujurlah saya teringat baju yang dipakainya hari itu," katanya sambil memberitahu ramai rakan anaknya mati dalam bencana tersebut.

Rodriguez berkata, dia menyangka akan mati apabila terdengar bunyi runtuhan yang kuat kerana ketika itu dia berada di bawah sisa runtuhan.

"Saya pengsan dan apabila bangun, banyak batu dan pasir di atas badan saya selain jeritan meminta tolong serta orang mengerang kesakitan," katanya sambil memberitahu tidak lama selepas itu dia mendapat bantuan daripada pasukan keselamatan.

Paling buruk

Bandar Moore kini dipenuhi runtuhan dan serpihan binaan manakala papan tanda diterbangkan angin, rumah musnah serta kenderaan tunggang terbalik.


PASUKAN bomba sukar mencari lokasi bencara ekoran banyak papan tanda telah musnah.


Bencana berkenaan dianggap paling buruk di AS sejak puting beliung melanda Joplin, Missouri yang telah membunuh 161 orang kira-kira dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberitahu, tenaga puting beliung tersebut 600 kali lebih kuat berbanding bom atom.

Puting beliung selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit itu bertiup selaju 320 kilometer sejam (kmj) hingga 337 kmj.

Sementara itu, Presiden AS, Barack Obama mengisytiharkan kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar.

Ketua Pasukan Bomba Moore, Gary Bird berkata, operasi yang dijalankan hampir 24 jam itu akan dihentikan selepas pihaknya yakin tiada lagi mayat atau mangsa yang terselamat tertimbus di bawah runtuhan rumah atau bangunan.

Pada masa sama, beliau mengakui pihaknya mengalami kesukaran untuk tiba ke lokasi bencana disebabkan kesemua papan tanda arah diterbangkan dalam kejadian puting beliung itu.

Siri terbaharu Heart of The Swarm

Posted:

Siri terbaharu Heart of The Swarm

Siri terbaharu Heart of The Swarm

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI
radzi.zohri@gmail.com

PEMAIN yang pernah menghabiskan permainan Star Craft II: Wings of Liberty pasti tidak melepaskan peluang untuk bermain siri kedua dalam trilogi Star Craft II iaitu Heart of The Swarm (HOTS).

Segelintir pemain berpendapat, pembikin francais Star Craft; Blizzard sengaja memecahkan Star Craft II kepada tiga bahagian walhal ia boleh disatukan.

Begitupun, siri kedua francais ini tidak mengecewakan. Ia dikeluarkan pada Mac lalu untuk platform komputer peribadi.

Keperluan paling penting untuk bermain HOTS ialah akaun Battle.net iaitu portal yang merupakan permainan secara dalam talian milik Blizzard.

Pertempuran dalam talian

Jika bertempur dalam talian, pemain memerlukan akaun Battle.net, di mana semua permainan terbitan Blizzard juga menggunakan portal yang sama.

Pemain boleh berhadapan dengan individu lain dan memilih untuk mengawal mana-mana bangsa seperti Terran, Zerg atau Protos.

Bagi HOTS pula, setiap bangsa memiliki unit baharu, di mana Protos memiliki unit baharu yang paling banyak.

Secara kasarnya, HOTS hanyalah satu daripada pelbagai jenis permainan genre RTG yang terdapat di pasaran.

Apa yang membezakannya ialah legasi yang dibawanya. Francais Star Craft memiliki dasar peminat yang sangat kuat dan tegar.

Corak permainannya sama seperti siri sebelum ini dalam Wings of Liberty, dengan penambahan beberapa unit baharu.

Star Craft lazimnya, digunakan untuk bertempur dalam LAN Party atau dalam lawatan. Bagi pemain yang mengikuti jalan ceritanya, nantikan kemunculan bahagian ketiga iaitu Legacy of the Void.


WALAUPUN dipecahkan kepada tiga bahagian HOTS tetap tidak mengecewakan.


Queen of Blades

Kali ini, pemain akan memainkan watak Queen of Blades iaitu Sarah Kerrigan. Rentetan peristiwa sebelum ini, Sarah telah pulih daripada menjadi permaisuri makhluk Zerg.

Ekoran daripada kejadian-kejadian dalam permainan itu, Sarah memilih untuk kembali kepada The Swarm untuk menghancurkan musuh ketatnya daripada kaum Terran, iaitu Arcturus Mengsk.

Cara Permainan

HOTS adalah permainan genre RTS atau Real Time Strategy. Seperti genrenya, ia memerlukan kemahiran pemain dalam merancang serangan dan mengumpul bahan mentah untuk menyelesaikan sesuatu misi.

Namun, ia bergantung senario yang dimainkan kerana strategi yang digunakan adalah berbeza.

Dalam mod permainan kempen, tahap AI komputer boleh dicatu tetapi dalam permainan mod secara dalam talian, kemahiran pemain benar-benar diuji.

The Swarm

Pemain akan mengawal bala tentera makhluk asing Zerg, dalam gerombolan yang banyak.

Zerg merupakan makhluk yang unik kerana boleh mengadaptasi diri mereka dengan persekitaran untuk kelangsungan hidup malah Zerg juga boleh mengubah suai diri mereka untuk menambahkan kebolehan mereka.

Unit hero

Selain dari mengawal The Swarm, pemain juga boleh mengawal beberapa unit hero. Selain Sarah sendiri, terdapat hero unit lain seperti Dehaka dan Alexei Stukov.

Terdapat juga beberapa misi di mana pemain diperlukan untuk mengawal bangsa lain iaitu Terran untuk memajukan jalan cerita dalam mod permainan kempen.

Leviathan

Di antara misi, pemain akan menghabiskan masa di Leviathan, pesawat Sarah Kerrigan.

Di sini, pemain boleh mengumpul maklumat dengan berbual dengan pembantu Sarah, menaik taraf kebolehan Sarah dan yang paling penting, anda perlu ke Evolution Pit.

Terdapat tujuh misi sampingan untuk mengubah suai DNA Zerg tertentu untuk menjadikan mereka lebih berkuasa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar cemerlang MRSM dirai

Posted:

Pelajar cemerlang MRSM dirai

Pelajar cemerlang MRSM dirai

SEBAHAGIAN daripada pelajar MRSM yang diraikan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di Kuala Lumpur baru-baru ini.


IKTIRAF. Sebanyak 65 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) diraikan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kesemua pelajar cemerlang itu terdiri daripada 29 pelajar yang memperoleh A+ bagi semua subjek yang diambil pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 dan 36 pelajar Ulul Albab MRSM yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, setiap tahun pencapaian para pelajar sentiasa meningkat sama ada pencapaian akademik mahupun hafazan al-Quran.

UMS juara bola sepak Institusi Teknikal Sabah

Posted:

UMS juara bola sepak Institusi Teknikal Sabah

UMS juara bola sepak Institusi Teknikal Sabah


PEMAIN dan pegawai pasukan bola sepak UMS yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Institusi Teknikal Sabah 2013 di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


HEBAT. Pasukan bola sepak Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuktikan kehebatan apabila mengungguli Kejohanan Bola Sepak Institusi Teknikal Sabah 2013 di padang Politeknik Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Kejayaan itu selepas UMS menewaskan Politeknik Kota Kinabalu yang juga tuan rumah dengan keputusan 1-0 pada perlawanan akhir.

Selaku juara, pasukan UMS membawa pulang piala pusingan beserta medal dan sebanyak 10 pasukan menyertai kejohanan tahunan itu.

Badminton erat hubungan dua agensi kerajaan Selangor

Posted:

Badminton erat hubungan dua agensi kerajaan Selangor

Badminton erat hubungan dua agensi kerajaan Selangor


KAKITANGAN Unit Rekod Penjara Kajang dan Kelab Badminton Mahkamah Shah Alam mengadakan perlawanan badminton persahabatan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


ERAT. Unit Rekod Penjara Kajang, Selangor mengambil inisiatif mengeratkan hubungan dengan Kelab Badminton Mahkamah Shah Alam dengan mengadakan perlawanan badminton persahabatan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Selain kakitangan kedua-dua agensi, perlawanan itu turut disertai Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Zaman Mohd. Noor dan Ketua Unit Pejabat Rekod Penjara Kajang, Timbalan Penguasa Penjara, Mohd. Zabidi Mahmood.

Menurut Mohd. Zabidi, perlawanan itu diadakan bagi mengeratkan persahabatan antara kedua-dua pihak walaupun berlainan bidang kerjaya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mayat pertama bot karam ditemui

Posted:

Mayat pertama bot karam ditemui

Mayat pertama bot karam ditemui

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Tujok yang ditemui lemas selepas bot ekspres yang dinaiki karam di Sungai Rajang Selasa lalu.


BELAGA – Seorang pekerja balak menjadi mangsa pertama tragedi bot ekspres yang karam di Sungai Rajang apabila mayatnya ditemui dalam keadaan terapung dan lengkap berpakaian semalam.

Mayat Tujok Lah, 44, ditemui pada pukul 7.30 pagi berdekatan Rumah Panjang Uma Tevok, kira-kira dua kilometer dari tempat tragedi.

Mangsa berasal dari rumah panjang Skeing, Nanga Merit dekat Kapit.

Menurut Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau, mangsa dikenal pasti selepas polis menemui kad pengenalan di dalam dompetnya selain pengecaman yang dibuat ahli keluarganya.

"Mangsa sebelum ini tersenarai antara penumpang yang terselamat. Kekeliruan timbul ekoran kita sukar untuk mengenal pasti siapa yang selamat dan hilang kerana pengusaha bot tidak merekodkan senarai kesemua penumpang," katanya kepada pemberita di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Syarikat tempatan bukti kebolehan

Posted:

Syarikat tempatan bukti kebolehan

Syarikat tempatan bukti kebolehan


NAJIB melihat replika mesin pengorek terowong untuk projek MRT di Depoh MRT Cochrane di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Projek Transit Laju Massa (MRT) telah membuka lembaran baharu dalam memartabatkan kebolehan syarikat tempatan dan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, beribu-ribu peluang pekerjaan telah dicipta melalui projek itu termasuk di peringkat profesional selain berjaya menarik ramai warga Malaysia yang bekerja di luar negara untuk kembali ke tanah air.

"Kebolehan dan keupayaan yang dibawa balik ke Malaysia ini satu petanda baik kepada negara kita. Ia mampu menjana ekonomi dengan pengurangan aliran keluar mata wang dan lebih penting lagi, meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia dalam rangkaian nilai atau value chain," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lewat bukan kerana Sultan

Posted:

Lewat bukan kerana Sultan

Lewat bukan kerana Sultan

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


SULTAN SHARAFUDDIN (tengah) bergambar bersama Abdul Khalid (duduk, tiga dari kiri) serta Exco Selangor yang baharu selepas majlis mengangkat sumpah di Klang semalam.


KLANG - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menafikan tohmahan seorang Ahli Parlimen di Selangor yang mendakwa kelewatan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor dan pihak Istana tidak seharusnya diheret dalam isu tersebut bagi mengelakkan salah faham rakyat terhadap baginda.

"Saya dititah oleh Sultan Selangor untuk memberikan penjelasan kenapa berlakunya kelewatan dalam melantik Exco Selangor.

"Selepas upacara pelantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 14 Mei lalu, Sultan Selangor telah menitahkan kepada beliau untuk mengemukakan senarai Exco bagi mendapatkan perkenan baginda," katanya menerusi kenyataan akhbar di Istana Alam Shah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved