Ahad, 9 Disember 2012

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hidup solo Zee Avi

Posted:

Hidup solo Zee Avi

Hidup solo Zee Avi

ZEE AVI dahulunya dikenali sebagai Kokokaina. Hanya melalui laman YouTube, wajah ini kini dikenali di peringkat antarabangsa.


JIKA mahu memuji Zee Avi, sehingga lusa pun tidak pernah selesai. Si manis kelahiran Miri, Sarawak bernama Izyan Alirahman itu mula memasuki industri muzik arus perdana melalui laman YouTube pada tahun 2007 namun populariti spontan itu tidak ke mana jika tidak kerana usaha kerasnya. Mungkin nama Kokokaina sedikit berbau Jepun tetapi itulah Zee Avi sebelum dirinya kini.

Anak sulung daripada dua adik-beradik ini mula menghirup udara asing sendiri pada usia 17 tahun apabila melanjutkan pelajaran di London, Britain. Kemudian dia beralih angin ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengejar rezeki, menjadi penghibur dan pengkarya.

Itu langkah mula dia belajar hidup sendiri. Menguruskan diri dan kehidupan tanpa ada bimbingan fizikal daripada keluarga.

"Ibu menyokong keputusan saya tetapi dengan batasan. Katanya, jaga diri kerana saya sendiri di tempat orang. Pesan ibu, jangan lupakan rumah dan sentiasa ingat dari mana saya berasal. Keluarga saya berpandangan terbuka, mereka memberi saya kebebasan untuk menggali kehidupan," senyumnya yang mengerti tahap dalam kehidupan kini pada usia 27 tahun.

Semua jaringan hidup dan laluan itu disusun semula dalam nafas pengalaman. Dia pulang ke tanah air bulan lalu, lebih tepat lagi ke Sarawak untuk berkongsi segalanya. Terpilih menjadi jurucakap motivasi atas tugasan duta pelancongan negeri Sarawak, Zee Avi berbahagi rasa dan makna kehidupan kepada remaja di sana.

"Saya mahu menjadi semula jadi dan tidak terlampau memikirkan tentang gemuruh. Saya bercakap pada nada yang sesuai. Bercerita tentang sejarah Sarawak khasnya dan pengalaman saya kepada mereka," katanya saat ditanya soal gemuruh bercakap berbanding menyanyi di hadapan penonton.

Proses kreatif Zee Avi

Tambah Zee Avi, gemuruh itu bagus tetapi dia lebih gemuruh untuk membikin sebuah album dalam bahasa Melayu. Manakan tidak, bahasa Inggeris yang keluar daripada bibirnya memecut laju tetapi dia tetap menyimpan azam untuk menghasilkan album dalam bahasa ibunda. Namun ujar Zee Avi, hasrat ini terpaksa ditahan dulu sehingga selesai album ketiganya kelak.

"Arah tuju album ketiga saya masih belum muktamad. Masih kabur. Semuanya menggoda minda dan saya harus keluarkan," luahnya yang mahu memberi fokus lebih kepada bunyi yang berbeza.

Tambah Zee Avi, penghasilan lagu-lagu album terdahulu dilakukan di atas bot, di tengah laut di Florida. Selama dua minggu dia berada dalam atmosfera itu, menghasilkan lagu dan memancing.

"Saya perlu berada dalam zon sebegitu untuk menghasilkan karya. Saya mahu memberi mesej tentang apa yang saya lalui kepada khalayak. Hidup kita rasa lebih bermakna dan hebat apabila kita tahu ramai insan yang menyokong. Saya menulis tentang patah hati dan kesedihan tetapi di hujungnya saya memberitahu bahawa ia semua akan menjadi okey," senyumnya yang sedang bermesra dengan kehidupan.

Zee Avi yang dikenali dengan irama gitar ukulele itu sudah menghasilkan album Zee Avi (2009) dan Ghostbirds (2011) kini melalui empat fasa untuk sesebuah proses rakaman.

"Saya melalui fasa pengalaman, penulisan, membentuk dan merekod," jelasnya yang mengagumi R. Azmi dan Ahmad Jais.

"Lirik mereka jujur dan santai. Rasanya sangat bagus," tambahnya yang gemarkan lagu Nasib Penyanyi, Serba Salah dan Hitam Manis.

Kepulangannya ke tanah air buat seketika juga membuahkan satu kolaborasi yang cukup segar. Gandingan tiga nama iaitu Aizat dan Zee Avi dengan dibantu Anas Amdan dijangka bakal membuahkan single tidak lama lagi.

Riak wajah Zee Avi cukup ceria sewaktu bercerita tentang Aizat dan abangnya Anas. Jelas Zee Avi bertembung dengan sebuah pertemuan yang istimewa sepertinya hubungan kimia yang mengalir dan menyenangkan.

"Saya mendengar lagu Aizat iaitu Sungai Lui hingga menangis. Lagu itu indah. Untuk seseorang yang mendengar banyak muzik dan dengan kepelbagaian, saya katakan lagu itu cukup semula jadi. Mereka berdua juga baik dan ada magis. Dengan Anas, saya rasa ada keserasian yang baik. Kami selesa bekerjasama," senyumnya yang sudah bertemu buku dan ruas di Kuala Lumpur.

Kegemaran Zee Avi

Ketika ditanya berhubung senarai lagu kegemarannya kini, Zee Avi tersenyum sebelum mempamerkan iPodnya.

"Saya suka Annete Hanshaw. Saya juga meminati lagu-lagu disko seperti Earth, Wind and Fire. Begitu juga Euthiopia, juga Andrew Bird. Aizat Amdan pun saya minat," katanya sambil menekup ketawa.

Masuk ke dalam pengalaman hidup yang sudah terkandung 1001 warna dan tempat, Zee Avi gembira ketika ditanyakan perihal konsert dan hal-hal yang mendewasakannya.

"Saya masih teringat konsert saya di Singapura. Sewaktu lagu Kantoi disampaikan, saya tidak boleh dengar suara saya sendiri kerana penonton turut menyanyi bersama. Saya juga pernah membuat persembahan di Troubadour di mana Elton John dan Bob Dylan pernah beraksi di tempat yang sama.

"Saya juga menjadi pembuka konsert Jack Johnsson. Begitu juga terlibat dengan Liliath Fair 2010 bersama Tegan & Sara, Kelly Clarkson dan Sara Bareilles. Itu semua pengalaman yang sangat berharga," ulasnya namun mengakui tempat terbaik adalah di sisi ibunya.

Membanggakan juga untuk seorang penyanyi dan penulis lagu seperti Zee Avi apabila lagu-lagunya pernah dimasukkan dalam drama bersiri terkenal Private Practice, Parenthood dan Gossip Girl.

Untuk Zee Avi, ini semua berjalan atas restu dan doa keluarganya. Luahannya di hujung temuramah, dia mengaku satu perkara yang mungkin ramai orang tidak tahu tentang dirinya adalah dia merupakan warganegara Malaysia dan anak kelahiran Miri, Sarawak.

"Ada yang bertanyakan adakah saya menyanyikan lagu Siboh Kitak Nangis untuk membuktikan saya orang Sarawak. Aneh kerana tiada apa yang perlu dibuktikan. Saya bangga menjadi orang Malaysia. Pulang ke Kuala Lumpur, laksa sarawak yang pertama saya cari. Saya makan ulam dan minum jamu," senyumnya.

Awie nafi bertumbuk lagi

Posted:

Awie nafi bertumbuk lagi

Awie nafi bertumbuk lagi


AWIE WINGS menafikan dia terlibat dalam pergaduhan di Langkawi baharu-baharu ini. Katanya sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke pulau tersebut.


SELAIN kerana vokal kental dan tubuh maskulinnya yang menghambat pandangan, vokalis Wings dengan nama komersial Awie ini sering dikaitkan dengan cerita gaduh.

Mungkin kerana sosoknya yang sebegitu, wajahnya yang kadangkala tampak garang, maka Awie terusan dilontarkan dengan persepsi kaki gaduh atau gangster. Hilang seketika perwatakan yang disenangi, lucu berlawak dan mesra dengan peminat dan semua pihak tatkala cerita kelahinya sampai di pendengaran umum.

Baru-baru ini timbul lagi cerita kononnya Awie bergaduh dan bertumbuk lagi di Pulau Langkawi, Kedah. Berita ini bukan kali pertama kerana cerita yang sama sudah sampai di pengetahuan umum pada bulan November tahun lalu.

Awie dengan tegas menafikan berita ini. Di samping isteri tercintanya Rozana yang menemani ketika temuramah, sang isteri juga menyatakan dia tahu selok-belok dan jadual Awie. Tampak kesal dengan berita angin ini, Awie menjelaskan suasana yang berlaku dalam dirinya kini.

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi. Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero.

Walaupun banyak difitnah dan ditipu, nampaknya rezeki Awie sekarang makin murah dengan pengacaraan program Tunggu Sekejap dan juri untuk Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012).

Syukur tetapi mesti ada orang cakap saya tamak. Kenapa saya jadi pengacara? Kerana saya mahu membuat eksplorasi dalam bidang lain. Isteri saya juga memberi dorongan buat saya. Untuk jadi pengacara, kita perlu ada ilmu.

Bagaimana pula dengan pengalaman mengacarakan MLM 2012?

Dahulu, Boboi ajak saya sertai mereka tapi saya tolak sebab sibuk dengan penggambaran. Saya juga ditawarkan jadi juri tapi saya tolak kerana pementasan Teater Lat The Musical. Kini tawaran datang lagi dan saya terima. Jujurnya. saya tidak suka untuk komen sebab takut orang terasa. Jadi saya bagi komen yang selamat dan dapat membina semangat.

Daripada kacamata Awie, bagaimana mutu MLM 2012?

Secara peribadi, mutu agak kurang. Asyik-asyik nama tiga kumpulan yang sama berada di tangga atas. Tapi mungkin kerana awal lagi.

Bagaimana pula dengan lakonan?

Saya akan mula dengan penggambaran Zombie Kilang Biskut. Ada beberapa filem saya yang belum ditayangkan seperti Husin, Moon dan Jin Toncit, Frankenstein, Bikers Kental dan Rentaz. InsyaAllah, bulan Februari nanti saya akan membuat penggambaran filem Gangster Superstar arahan Khabir Bhatia.

Farid Kamil berdepan penjara 2 tahun

Posted:

Farid Kamil berdepan penjara 2 tahun

Farid Kamil berdepan penjara 2 tahun


FARID KAMIL dan isterinya Diana Danielle diraikan pada majlis resepsi perkahwinan ala istiadat tentera di Putrajaya pada 1 Disember lalu.


TAK habis-habis cerita pasal pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai pembaca Diva mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil. Diva tak tau nak kata apa, bersangka baik sahaja. Ini pula kisah terbaharu yang Diva dapat sumber terdekat.

Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.

Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Diva pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.

Sumber Diva bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.

Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.

Diva: Tolong suami pakaikan butang seragam polis sahaja.

Kredit: www.kosmo.com.my

Sabtu, 8 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bantuan Allah untuk Palestin

Posted:

Bantuan Allah untuk Palestin

Bantuan Allah untuk Palestin

KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.

Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.

"Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami dalam perjuangan menentang Israel," kata seorang rakyat Palestin, Abu Yazid, 29.

Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman rejim Zionis.

"Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan," ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun 1956.

Sumpah Sharon

Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.

Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.

Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.

Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.

"Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam.

"Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan.

"Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.

Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans'.


BANYAK kisah pelik mengiringi perjuangan rakyat Palestin mendepani rejim Yahudi yang dilengkapi persenjataan canggih.


Seragam putih

Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?'

Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.

Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.

Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih.

"Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.

"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.

Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya.

Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin.

"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.

"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.

"Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu.

"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'.


KEMUSNAHAN yang dicetuskan Israel tidak pernah mematahkan semangat pejuang Palestin.


Al-Quran penyelamat

"Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.

"Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.

"Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.

"Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat," cerita khatib tersebut.

Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.

"Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.

"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran yang ada di dalam poket mangsa.

"Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam.

Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi berbanding wilayah lain di Palestin.

Menurut Nisman, sepanjang 22 hari Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, seramai 1,412 rakyat Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban.

"Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga 4,000 bayi.

"Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000 pejuang baharu," ujar Nisman.

Ribuan askar Israel trauma, bunuh diri

Posted:

Ribuan askar Israel trauma, bunuh diri

Ribuan askar Israel trauma, bunuh diri


SEPARUH daripada tentera Israel menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam.


TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja. Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.

"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.

"Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.

"Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.

"Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.

"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.

"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.

"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya," kata Bleich.

Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.

"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri," katanya.

Tekad ingin mati syahid

Posted:

Tekad ingin mati syahid

Tekad ingin mati syahid

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

ANAS pernah menjadi guru agama di Klang, Selangor.


ELESA mengenakan pakaian baju Melayu berwarna merah jambu, aktivis pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin (AP), Anas Abdul Malik ternyata seorang yang merendah diri.

Malah, lelaki berumur 43 tahun ini tidak asing lagi bagi masyarakat Gaza, Palestin yang menderita dek kekejaman rejim Israel.

Bapa kepada enam orang anak ini telah 11 kali mengikuti rombongan kemanusiaan di bumi bertuah itu untuk memberi bantuan makanan, kewangan serta ubat-ubatan.

Selain itu, dia pernah menjadi ketua misi AP di sana.

Susur katanya yang menginsafkan sesiapa sahaja: "Jika saya pergi ke Gaza sebanyak 20 hingga 30 kali sekali pun tidak mengapa kerana saya ingin mati syahid dan disemadikan di sana bersama pejuang Palestin yang lain," katanya ketika ditemui kru Jurnal baru-baru ini.

Tutur Anas, minatnya dalam bidang kemanusiaan berputik semasa belajar dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar lebih 10 tahun yang lalu.

"Saya aktif dalam persatuan pelajar selain mengikuti perkembangan semasa krisis Palestin sejak penubuhan Israel pada 15 Mei 1948.

"Malah, terdapat rakan-rakan universiti yang mengambil keputusan berjihad di Palestin pada masa itu," katanya.

Tetapi sebaik sahaja menamatkan pengajian, dia memulakan kerjaya sebagai seorang guru agama sebelum menerima pelawaan rakan-rakannya untuk menubuhkan AP pada tahun 2006.

"Saya bersyukur menjadi pilihan Allah SWT untuk tujuan murni ini. Misi pertama saya ialah pada awal 2009. Dahulu, agak sukar memasuki Gaza kerana terdapat banyak sekatan.

"Tetapi kini, agak kurang birokrasi daripada kerajaan Mesir tetapi risikonya tetap ada kerana banyak perisik Israel di negara itu," katanya.

Anas mengakui ada kalanya hatinya berat untuk ke Gaza terutama semasa isterinya sarat mengandung selain permintaan daripada anak-anaknya sendiri.

"Perlu diingat bahawa jika kita menuju zon perang tiada jaminan keselamatan, insurans malah nyawa boleh melayang kerana serangan tentera Israel di sana tidak mengira masa dan tempat.

"Serangan jet serta helikopter rejim Israel turut menyasarkan kediaman serta hospital.

"Ibu bapa saya pernah merungut kerana saya baru sahaja pulang dari sana tetapi perlu kembali semula dalam tempoh kurang sebulan. Bagaimanapun, misi membantu umat Islam yang sedang menderita juga penting," tegasnya.


KEWUJUDAN Briged Ezzedine al-Qassam menggentarkan tentera Israel.


Bekalan akhirat

Jika mengira faktor umur dan tempoh masa bekerja, Anas mungkin sudah selesa dengan tugasnya sebagai guru agama selain mengumpul harta.

Realitinya agak berbeza kerana dia masih menyewa rumah teres di Bangi, Selangor selain menggunakan kereta terpakai yang nilai semasanya kurang RM5,000. Pendapatan sebagai sukarelawan juga tidak seberapa.

"Sebenarnya saya tidak mengejar dunia kerana kehidupan akhirat itulah yang kekal abadi.

"Yang penting saya telah menyediakan keperluan asas untuk isteri dan anak-anak iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal," jelasnya.

Anas memberitahu, isu Palestin harus diberi perhatian oleh semua umat Islam khususnya negara Islam kerana mereka memiliki kekuatan politik.

Dia juga tersentuh dengan kata-kata seorang imam Masjid Al-Aqsa yang berharap umat Islam dapat menunaikan solat di masjid itu dengan aman.

"Kata-kata imam itu bermaksud bumi Palestin telah bebas daripada penjajahan Israel sama seperti pahlawan Islam, Salahuddin Al-Ayubi yang memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib.

"Sekali gus membebaskan Baitul Muqaddis daripada pihak kafir yang memusuhi Islam pada tahun 583 Hijrah," katanya.

Pengalaman bertemu dengan sayap tentera Hamas iaitu Briged Ezzedine al-Qassam memberikan inspirasi kepada Anas.

"Syarat menjadi ahli ialah umur mereka tidak melebihi 30 tahun selain perlu menghafal al-Quran. Pejuang juga tidak boleh meninggalkan solat jemaah.

"Ahli paling muda berumur 18 tahun dan semasa latihan mereka menggunakan peluru hidup kerana tiada bekalan peluru getah," cerita Anas.

Kemampuan menghasilkan roket buatan sendiri oleh pejuang Hamas tidak boleh dipertikaikan kerana ia mampu mencapai sasaran di kawasan penduduk Israel sejauh 80 kilometer.

Mitos Israel

Lelaki ini menegaskan, tentera Israel tidak sekuat mana dan mereka sememangnya dikenali sebagai bangsa yang pengecut.

Katanya, walaupun Israel mempunyai persenjataan yang canggih termasuk jet pejuang, kereta kebal dan kuasa nuklear, ia tidak menggentarkan rakyat Palestin.

"Mereka penakut dan pantas berundur sebaik sahaja diserang pejuang.

"Serangan roket di bandar Israel secara berterusan sudah mampu melumpuhkan pentadbiran negara mereka," katanya.

Tegasnya, hanya negara Islam yang tidak bersatu kerana perbezaan pendapat serta ideologi sedangkan negara haram Israel itu sendiri dikelilingi negara-negara Arab.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


62 rumah rosak akibat ribut

Posted:

62 rumah rosak akibat ribut

62 rumah rosak akibat ribut


Anggota Jabatan Pertahanan Awam memotong pokok besar yang tumbang dalam kejadian ribut di Jelapang, Ipoh semalam.


IPOH – Sebanyak 62 buah rumah melibatkan enam kawasan perumahan sekitar Jelapang di sini rosak selepas sebahagian bumbung diterbangkan ribut dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam.

Walaupun tidak ada mangsa mengalami kecederaan, kejadian itu cukup mencemaskan para penduduk.

Antara kawasan perumahan yang terlibat ialah Taman Meru, Taman Meru 2B, Taman Meru 2C, Taman Meru 3C, Taman Jati dan Kampung Datuk Ahmad Said.

Lebih 20 batang pokok besar termasuk 14 di sepanjang laluan utama Jelapang-Meru di sini tumbang namun ia tidak menimpa kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Menurut seorang penduduk, Jasbeir Kaur, 57, kejadian tersebut bermula dengan tiupan angin kuat disusuli dengan hujan lebat.

Katanya, dia yang ketika itu berseorangan di rumah hanya mampu melihat atap-atap rumahnya terbang ditiup angin kencang sebelum bertindak menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari rumah.

"Pada mulanya saya mendengar bunyi yang cukup kuat datang dari atas bumbung dan dalam sekelip mata melihat angin kencang menerbangkan keseluruhan atap rumah saya.

"Saya sangat takut melihat keadaan itu kerana rumah seakan-akan digoncang kuat menyebabkan saya berlari keluar rumah dalam hujan untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Chong Kien Foo, 41, memberitahu, hujan lebat selama sejam setengah itu telah menumbangkan sebatang pokok besar bersebelah rumahnya hingga menyebabkan penjuru kediamannya ditimpa pokok berkenaan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail yang ditemui semasa melawat lokasi kejadian, pihaknya menyediakan 200 keping atap zink untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat.

Pengambilan kurang

Posted:

Pengambilan kurang

Pengambilan kurang

PUTRAJAYA - Pengambilan penjawat awam dijangka berkurangan pada tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam (gambar kecil).

Secara purata, beliau berkata, SPA menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

"Pada tahun ini dan tahun depan, ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun, maka pengambilan sudah berkurang.

"Namun, selepas tahun depan, apabila ramai yang bersara pada usia 60 tahun, jumlah pengambilan akan bertambah sekurang-kurangnya 10 peratus.

"Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 penjawat awam akan diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Sektor Awam di Pejabat SPA di sini semalam.

Mahmood berkata, seminar yang pertama kali diadakan itu bertujuan untuk membantu calon yang memohon pekerjaan dengan SPA agar melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan peratusan kebolehdapatan pekerjaan di sektor awam.

Kira-kira 200 peserta menghadiri seminar sehari anjuran bersama SPA dan Persatuan Profesional Melayu Malaysia (PPMM) bagi mendengar penjelasan mengenai peperiksaan, penilaian dan temu duga serta pengetahuan berkaitan urusan pengambilan di SPA.

Munajat bantu rakyat Palestin tertindas

Posted:

Munajat bantu rakyat Palestin tertindas

Munajat bantu rakyat Palestin tertindas

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkiflli.manzor@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN umat Islam yang menyertai majlis solat hajat sempena Munajat Palestin Bersama Imam Muda dan Ustazah Pilihan di Masjid Wilayah Persekutuan malam tadi.


KUALA LUMPUR - Ribuan umat Islam menghadiri program Munajat Palestin Bersama Imam Muda dan Ustazah Pilihan anjuran syarikat Anugerah International Sdn. Bhd. (Anugerah) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam tadi.

Program yang mendapat kerjasama akhbar Kosmo! itu bertujuan membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yasin beramai-ramai.

Turut berlangsung ialah sesi taklimat dan tayangan video bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada peserta mengenai penderitaan yang dialami rakyat negara itu berikutan kekejaman Israel.

Jurucakap Anugerah, Khairul Azhar Ghazali berkata, pihaknya bersyukur dengan sambutan orang ramai sekali gus membuktikan rakyat Malaysia prihatin terhadap kezaliman yang dihadapi saudara seagama mereka di Palestin.

"Ini merupakan sumbangan yang kita dapat lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin yang berhadapan kekejaman Israel. Kita tidak dapat memberi bantuan dari segi fizikal tetapi kita dapat membantu dengan berdoa yang merupakan senjata umat Islam," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Turut hadir beberapa peserta program realiti Imam Muda (IM) musim pertama hingga ketiga seperti IM Hizbur Rahman Omar Zuhdi, IM Syed Mohd. Faris Syed Roslan, IM Megat Mohd. Zaid Megat Azman dan IM Muhammad Nasir M. Yakub Ismail.

Solat hajat pula diimamkan oleh IM Amiril Md. Banin, bacaan Yasin diketuai IM Mohd. Hassan Adli Yahaya manakala solat Isyak diimamkan oleh IM Abdul Jabbar Mohammed Kahar.

Sementara taklimat video mengenai isu Palestin disampaikan oleh wakil pertubuhan bukan kerajaan, Aqsa Syarif Berhad, Mohd. Isa Maarof.

Khairul Azhar yang juga peserta IM musim pertama berkata, pihaknya berharap dapat meneruskan program itu pada masa depan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu Palestin dan kepentingan berdoa.

Selain majlis solat hajat dan bacaan Yasin, program turut diserikan dengan gerai jualan produk Anugerah seperti air mineral, ubat-ubatan serta produk kesihatan lain.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gempa bumi kuat di timur laut Jepun

Posted:

Gempa bumi kuat di timur laut Jepun

Gempa bumi kuat di timur laut Jepun

BEBERAPA anggota bomba membuat rayuan bagi meminta penduduk berpindah ekoran kejadian gempa bumi di Rikuzentakata, timur laut Jepun semalam.


TOKYO - Tsunami setinggi satu meter dilaporkan melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat berlaku sehingga mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.

Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi apabila gegaran gempa bumi tersebut dapat dirasakan di timur laut negara ini.

Perkhidmatan telefon mengalami 'kesesakan' akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak.

Bagaimanapun, amaran tsunami itu kemudian ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter.

Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter itu berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan.

Pada 11 Mac 2011, bandar itu dilanda tsunami sehingga mengakibatkan kemusnahan yang besar.

Gempa bumi tersebut mengakibatkan 19,000 orang terbunuh dan 325,000 lagi hilang tempat tinggal ekoran kekuatannya ialah 9.0 Richter.

Tiada laporan tentang kematian ekoran kejadian gempa bumi terbaharu itu.

Bagaimanapun, tiga orang dilaporkan cedera ringan di timur Jepun.

Beberapa tsunami kecil dilaporkan turut berlaku termasuk setinggi 40 sentimeter di bandar Soma.

Menurut stesen penyiaran NHK, kira-kira 5,000 orang berpindah ke kawasan lebih selamat di Miyagi, timur laut Jepun.

Stesen penyiaran tersebut juga meminta orang berpindah dengan mengimbas kembali kejadian tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu.

Gempa bumi itu berlaku 36 kilometer (km) di bawah dasar Lautan Paisifik dan berpusat 284km ke timur Sendai.

Dua lagi gempa bumi susulan yang berukuran 6.2 dan 5.5 Richter turut berlaku.

Seorang sukarelawan di sebuah pusat pemulihan gempa bumi di Minami-Sanriku, Aiko Hibiya berkata, dia berada di rumah rakannya ketika gempa bumi tersebut berlaku.

"Gegaran gempa bumi itu berlaku bagi tempoh yang lama," katanya.

Gempa bumi itu juga tidak menjejaskan loji tenaga nuklear yang dikendalikan oleh Syarikat Tokyo Electric Power Co.

Sebelum ini sebuah loji nuklear di Fukushima rosak akibat tsunami yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu. - Agensi

Pemimpin Hamas dalam buangan kembali ke Gaza

Posted:

Pemimpin Hamas dalam buangan kembali ke Gaza

Pemimpin Hamas dalam buangan kembali ke Gaza

RAFAH - Pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal telah melintasi sempadan ke Genting Gaza semalam dalam lawatan pertamanya ke Palestin.

Meshaal terus mencium tanah dan berharap suatu hari nanti dia dapat berjuang dan mati syahid di wilayah ini.

Dia yang ditemani timbalannya, Mussa Abu Marzuk dan beberapa pemimpin kanan pertubuhan itu menaiki sebuah kenderaan melepasi sempadan Gaza. Meshaal kemudian mencium tanah bumi Palestin lalu memeluk Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Lawatan Meshaal itu dilakukan dua minggu selepas berakhirnya konflik dengan rejim Zionis yang berlaku pada 14 bulan lalu.

Ketika konflik itu, serangan udara yang dilakukan tentera Israel telah mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pergerakan Hamas, Ahmed Jabari.

Sejurus tiba, Meshaal telah dibawa untuk melihat bangkai kereta yang dinaiki Jabari yang masih ada.

Bangkai kereta itu telah dibawa khas ke Rafah sempena kepulangan Meshaal itu.

Ahmed mati selepas keretanya itu diserang dengan peluru berpandu.

"Saya berharap Tuhan akan memakbulkan permintaan saya untuk mati syahid di atas tanah Palestin di Gaza," katanya. - AFP

Anjing dilatih pandu kereta

Posted:

Anjing dilatih pandu kereta

Anjing dilatih pandu kereta


GINNY berada di tempat duduk pemandu sebuah kereta.


WELLINGTON - Anjing-anjing di New Zealand diajar cara untuk memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak.

Idea melatih anjing itu dikemukakan oleh agensi pengiklanan DraftFCB dengan kerjasama syarikat kereta Mini dan pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) yang beribu pejabat di Auckland.

Buat masa ini, tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette.

Vette melatih haiwan tersebut cara untuk memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka.

Anjing itu duduk di atas kerusi dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak.

Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak.

Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini.

Projek itu bertujuan bagi meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga Nigeria maut selepas kereta bertembung lori

Posted:

Warga Nigeria maut selepas kereta bertembung lori

Warga Nigeria maut selepas kereta bertembung lori

08/12/2012 6:50pm

SEREMBAN — Seorang lelaki warga Nigeria maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Batu 7, Jalan Seremban-Mantin, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Shadarach, 22, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di Mantin, dekat sini memandu kereta jenis Proton Saga BLM dalam perjalanan dari arah Seremban menuju Mantin.

"Ketika kejadian mangsa yang memandu seorang diri memotong beberapa kenderaan ketika menuruni bukit di jalan tersebut sebelum kenderaannya hilang kawalan di satu selekoh.

"Kenderan mangsa kemudian terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori dan rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa remuk dan mangsa maut ditempat kejadian," katanya.— BERNAMA

Industri Kewangan Islam perlu 35,000 bakat

Posted:

Industri Kewangan Islam perlu 35,000 bakat

Industri Kewangan Islam perlu 35,000 bakat

08/12/2012 6:55pm

KUALA LUMPUR — Malaysia memerlukan 35,000 bakat kewangan Islam menjelang 2030 untuk menampung pertumbuhan pesat industri ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IBFIM), Datuk Dr. Adnan Alias.

Beliau berkata, institut itu merancang untuk menyediakan latihan kewangan Islam untuk menampung keperluan industri yang semakin meningkat.

"IBFIM berbangga melihat sambutan hebat terhadap kelayakan bertauliah dalam kewangan Islam dan program-program pensijilan khusus serta tahap bakat yang tinggi seperti yang dapat dilihat daripada keputusan penilaian program yang baik," katanya dalam ucapannya pada upacara penyampaian sijil sulung IBFIM, hari ini.

Muhammad menyampaikan sijil kepada 300 pemegang bertauliah dalam program-program IBFIM termasuk Perancangan Kewangan Islam, Profesional Kredit Bertauliah - Islam dan Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam.— BERNAMA

Penemuan mayat wanita dalam parit: Lelaki ditahan

Posted:

Penemuan mayat wanita dalam parit: Lelaki ditahan

Penemuan mayat wanita dalam parit: Lelaki ditahan

08/12/2012 5:52pm

SANDAKAN — Polis hari ini menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita dalam parit di hadapan sebuah bengkel membaiki motosikal di Batu 3 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, lelaki berusia 21 tahun itu adalah warga Filipina dan dipercayai teman lelaki wanita berkenaan.

Katanya, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 4 petang di kawasan Bandar Sandakan iaitu dalam masa kurang 24 jam selepas mayat wanita itu ditemui orang awam dengan tujuh kesan tikaman.

Rowell berkata, lelaki berkenaan, seorang penganggur, tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Empat 'nyawa' Merlin

Posted:

Empat 'nyawa' Merlin

Empat 'nyawa' Merlin

KEJAYAAN besar drama bersiri epik fantasi, Merlin boleh dianggap sebagai sebuah fenomena yang berlaku di seluruh dunia.

Ia sukses mengangkat nama empat pelakon utamanya iaitu Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James (King Arthur) Angel Coulby (Gwen/Queen Guinevere), Katie McGrath (Morgana).

Sejak tayangan musim pertama pada tahun 2008, drama bersiri pengembaraan epik fantasi ini berjaya mendapat tempat di hati penonton.

Merlin kini telah ditayangkan di lebih 180 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri.

Ternyata, sehingga ke musim keempat, rating Merlin di seluruh dunia begitu menggalakkan dan tinggi.

Bagaimanapun, tahun 2012 bakal menyaksikan pengakhiran pengembaraan epik Merlin dengan munculnya musim kelima yang dikatakan lebih dramatik.

Ia bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik, malah karakter-karakter utamanya juga memberi impak yang mendalam kepada penonton.

Itulah apa yang diperkatakan Colin, Bradley, Angel dan Katie kepada Kosmo! dalam temu ramah menerusi perbualan telefon yang bertempat di Sri Pentas, Petaling Jaya Selangor baru-baru ini.

Tuah Colin

Walaupun bukan pertama kali terlibat dalam lapangan seni terutamanya bidang lakonan, namun, pemilik nama Colin Morgan yang memegang watak utama dalam Merlin mengakui tuahnya semakin bersinar setelah siri TV tersebut berlangsung selama lima musim.

"Tidak dinafikan, setelah memegang watak sebagai Merlin, saya mula dikenali bukan sahaja di negara saya sendiri, malah di negara lain juga.

"Saya rasa sangat bertuah dan berterima kasih di atas sokongan yang peminat drama bersiri ini berikan sepanjang ia bersiaran di televisyen," tutur lelaki tinggi lampai bermata biru ini.

Tambahnya, dia sama sekali tidak menyangka siri Merlin akan menjadi fenomena seperti hari ini.

"Dari episod pertama lagi Merlin sudah menerima sambutan yang baik. Kami sebenarnya tidak dapat bayangkan bagaimana ia terjadi dan memang sangat terkejut dengan sambutan yang diberikan," jelasnya.

Katanya lagi, watak Merlin tidak banyak yang berubah, namun dalam musim terakhir ini, Colin menjelaskan, kali ini jalan cerita Merlin lebih bersifat sofistikated dan peminat pasti tidak akan kecewa dengan musim terakhir ini.

Idaman Bradley

Selain Merlin, satu lagi watak penting siri TV ini sudah tentu King Arthur lakonan Bradley James yang pada awalnya merupakan putera dan pewaris kerajaan Camelot.

Dia menaiki takhta menggantikan mendiang bapanya, Raja Uther.

Ujar Bradley yang merupakan kelahiran Devon, England ini, sememangnya King Arthur merupakan karakter yang sangat dinanti-nantikannya sepanjang penglibatannya dalam lima musim Merlin.


TUNJANG utama Merlin (dari kiri), Angel Coulby, Colin Morgan, Bradley James dan Katie McGrath.


"King Arthur merupakan watak yang dinanti-nantikan seumur hidup saya. Ini kerana King Arthur bukan sahaja karakter yang dikenali di United Kingdom sahaja, malah di seluruh dunia.

"Saya berasa sangat berbesar hati melakonkannya dan berbangga setiap kali mengingatinya," tutur Bradley.

Ditanya tentang apa yang paling digemarinya sepanjang terlibat dengan Merlin, jawab jejaka berusia 29 tahun ini, dia paling suka ketika babak melakukan adegan berperang bersama pelagak ngeri.

"Saya sangat teruja dan seronok bersama mereka sepanjang babak tersebut. Mereka sentiasa bertenaga dan sentiasa tampil dengan gerak aksi yang kreatif.

"Saya juga seorang yang lasak jadi, ia bagaikan keseronokan bagi saya melakukan aksi lagak ngeri tersebut bersama mereka semua," jelasnya sambil ketawa kecil.

Angel merindui Katie

Dalam musim kelima Merlin, Angel Coulby yang sebelum ini melakonkan watak pekerja istana, Gwen mula menjiwai watak Queen Guinevere selepas mengahwini King Arthur. Kali ini dia perlu lebih banyak bersemuka dengan wanita sihir jahat yang bernama Morgana.

Namun akuinya, setelah beberapa musim berlalu, penampilannya bersama Morgana yang dilakonkan oleh Katie McGrath itu, semakin kurang.

"Ya, memang kami sudah lama tidak bekerja bersama dalam Merlin. Rasanya mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun kami tidak ada babak yang menggandingkan kami secara langsung.

"Bagaimanapun ada beberapa babak saya kembali bergandingan dengan Katie menerusi beberapa siri terakhir dan saya sangat gembira bekerja bersamanya semula. Nantikan kemunculan babak kami kerana ia merupakan babak yang tegang berlaku antara Gwen dan Morgana," jelas wanita kelahiran London, England ini.

Katanya lagi, dia serta pelakon lain sangat berterima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh peminat saban tahun.

"Dahulu, ketika penggambaran bagi musim pertama Merlin, hanya empat orang sahaja yang duduk di tepi tembok dan menjadi penonton.

"Kini, ia telah meningkat kepada beratus-ratus peminat yang sanggup menonton 'secara langsung' di set penggambaran Merlin. Ia merupakan sebuah pengalaman yang paling mengujakan buat kami semua, " luah Angel.


MUSIM kelima Merlin menyaksikan Angel Coulby perlu menjiwai karakter Queen Guinevere.


Kuasa lebih Morgana

Sepanjang sesi temu ramah dengan media Malaysia, Katie McGrath merupakan individu yang paling banyak berceloteh dan memberikan jawapan terhadap soalan yang diajukan.

Katanya membuka bicara, kesemua mereka berasa bertuah kerana dapat terlibat dalam Merlin.

Selama lima tahun bersiaran di seluruh dunia, mereka sangat gembira dengan penerimaan peminat terhadap penampilan mereka dalam Merlin.

Bagi pengikut setia siri ini, pasti mengetahui jika sebelum ini, karakter Morgana boleh dianggap sebagai kurang pasti dan yakin dengan kuasa dan dirinya sendiri. Bagaimanapun dalam musim terakhir Merlin ini, Morgana menjadi lebih 'gelap' dan berkuasa.

"Saya suka dan sangat menikmati karakter baharu Morgana ini. Saya pernah lakonkan watak cerah (baik) dan gelap (jahat) Morgana namun watak gelap ternyata lebih mengujakan saya dan saya memang menggemari watak antagonis ini.

"Kali ini, Morgana seorang yang sangat bijak memanipulasikan keadaan dan menggunakan orang lain demi mencapai apa yang dimahukannya. Ya, saya sukakan semua itu!," ceritanya penuh teruja.

Katie mengakui dia dan para pelakon Merlin yang lain pasti akan merindui setelah lima musim berkerjasama untuk siri TV tersebut.

"Kami semua telah melakukan yang terbaik untuk menyajikan yang terbaik buat peminat siri Merlin ini. Harapan kami agar dapat memberi kepuasan kepada penonton dan peminat, itu yang paling penting," tuturnya bersulam emosi.

Atilia kahwin Februari 2013

Posted:

Atilia kahwin Februari 2013

Atilia kahwin Februari 2013

Oleh HARYATI KARIM


ATILIA belum mahu mendedahkan secara rasmi identiti bakal suaminya.


KECOH penyanyi genit Atilia, 38, khabarnya bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang jurutera bunyi pada tahun ini selepas bercinta selama empat tahun.

Sebelum ini perkahwinan Atilia dengan Ariff Johan Abdul Aziz selama 10 tahun berakhir dengan perceraian pada tahun 2009. Hanya tinggal sebulan sahaja sebelum masuk ke tahun 2013, namun berita atau kad perkahwinan Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron masih tidak kelihatan.

Isu tersebut terus sahaja diajukan kepada Atilia sewaktu Kosmo! bertemu dengan anak penyanyi Salamiah Hassan itu pada majlis makan malam Pinky Jazzy Affair dan pelancaran ambulans merah jambu oleh Hospital Gleneagles di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan perancangan perkahwinan Atilia yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini?

ATILIA: Sepatutnya mengikut perancangan awal, memang saya akan berkahwin sekitar bulan Disember ini, tetapi disebabkan jadual kerja yang sangat padat, perkahwinan saya akan ditunda ke bulan Februari tahun depan.

Mengapakah harus ditunda sedangkan umur anda bukannya muda lagi?

Ya, saya tahu. Tahun ini usia saya genap 38 tahun. Sebab itu, kalau boleh saya ingin berkahwin segera dan ingin beri ibu saya cucu (ketawa). Rasanya, ramai yang sudah lama dengar saya nak kahwin, malu pula mahu bercerita pasal kahwin sebab asyik ditunda tarikhnya.

Apakah yang menyebabkan anda sanggup menunda tarikh perkahwinan?

Terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan seperti rakaman album ketiga pada bulan ini dan konsert mini saya di Indonesia pada bulan Januari tahun hadapan. Selepas itu barulah saya ada masa lapang, sebab itu saya pilih bulan Februari tahun depan. Bukan sengaja ingin tunda tarikh kahwin, jadi saya harap semua faham.

Apakah pula pandangan bakal suami dan keluarga apabila anda tentang perkara ini?

Alhamdulillah, tiada sebarang bantahan. Ibu saya tidak meletakkan sebarang tekanan dan amat memahami keputusan saya. Begitu juga dengan bakal suami. Sebenarnya, dia yang memutuskan supaya kami menunda tarikh perkahwinan kerana tidak mahu semuanya dilakukan secara terburu-buru.

Kenapa sembunyikan identiti bakal suami?

Bukan saya ingin sembunyikan identiti bakal suami. Kalau ada yang pernah terserempak dengan kami, saya tidak lari dan saya tidak kisah orang tahu dengan siapa saya bercinta. Cuma belum masanya untuk saya beritahu secara rasmi kerana dia orang biasa, bukannya artis. Cukup sekadar saya beritahu kami sudah beberapa tahun bercinta dan dia seorang jurutera bunyi.

Bagaimanakah persiapan perkahwinan?

Masih banyak yang harus diselesaikan, cuma bagi saya apa yang penting ialah majlis akad nikah. Majlis resepsi dilakukan kemudian atau lewat sedikit pun tidak menjadi masalah buat saya. Majlis perkahwinan pilihan saya berkonsep klasik dan ringkas.

Bekas suami tahu Atilia bakal berkahwin?

Walaupun kami telah berpisah, hubungan saya dengan bekas suami masih lagi baik dan kami kekal menjadi sebagai rakan. Ya, dia tahu dan saya harap perkahwinan kali kedua ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Harap semua dapat doakan yang terbaik buat diri saya.

Siti lelong tudung

Posted:

Siti lelong tudung

Siti lelong tudung

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


SITI NURHALIZA dan Fahrin Ahmad merupakan dua individu penting Malam Amal Tahajjud Cinta yang bakal berlangsung pada 30 Januari tahun depan.


PASTI ramai yang mahu bergaya dengan mengenakan tudung yang serupa dengan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, atau paling tidak pun untuk memakai tudung yang pernah digayakan oleh bintang tersohor negara itu.

Hasrat itu bakal direalisasikan menerusi jualan lelong dua helai tudung yang dipakai oleh Datuk Siti Nurhaliza menerusi Malam Amal Tahajjud Cinta yang bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 30 Januari tahun depan.

Bukan calang-calang jualan kerana tudung pertama yang akan dilelong merupakan rekaan khas pereka tudung dan busana Muslimah terkenal, Fareeda yang direka eksklusif hanya untuk Siti.

Kata Siti yang teruja menantikan majlis tersebut, tudung yang digayakan itu bertepatan dengan citarasa dirinya. Siti sangat menyenangi tudung yang selesa dipakai.

"Tudung warna merah hitam ini selesa dipakai dan rekaannya juga ringkas serta senang digayakan. Untuk tudung kedua yang akan dipakai pada majlis tersebut lebih bercirikan elegan dan glamor. Mungkin juga tudung kedua akan direka sendiri oleh saya," ujarnya pada sidang akhbar Malam Amal Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tudung yang dipakai oleh penyanyi lagu Muara Hati itu sangat istimewa kerana selain rekaannya yang eksklusif, ia juga bertatahkan batu permata swarovski serta diperbuat daripada fabrik sifon. Ujar Siti, harga permulaan lelongan masih belum ditetapkan.

Selain lelongan tudung tersebut, malam amal yang bertujuan mengutip dana melalui penjualan meja makan bermula dari lingkungan harga RM10,000 hingga RM35,000 untuk disalurkan kepada dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia untuk membangunkan program pendidikan, pencegahan, rawatan, penjagaan dan sokongan kepada pesakit HIV dan AIDS.

Pembabitan Siti menerusi program Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan AIDS Malaysia bermula sejak tahun 2009.

Khusus untuk majlis yang bakal dihoskan oleh aktor Fahrin Ahmad itu, Siti bakal mendendangkan beberapa buah lagu berkonsepkan kerohanian yang turut dipetik daripada album Tahajjud Cinta (2009) dalam durasi masa yang diperuntukkan selama 30 minit.

"Turut membuat persembahan pada malam itu nanti ialah kumpulan Mohram dan beberapa rakan artis, manakala susunan muzik pula diberikan nafas baharu oleh Aubrey Suwito," katanya yang bakal berangkat ke Indonesia pada 9 Disember ini untuk konsert Ekspresi Gemilang di Jakarta, Pekan Baru dan Banjar Masin, Indonesia.

Selain itu, majlis akan diserikan dengan pertunjukan koleksi tudung Fareeda yang merupakan penaja utama majlis Malam Amal Tahajjud Cinta.

Ujar Pengurus Pemasaran Fareeda merangkap jurucakap produk itu, Mawar Aminuddin, pihaknya menyandarkan harapan tinggi untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan menerusi penjualan meja dan lelongan tudung.

"Kami sasarkan untuk mengumpul lebih RM500,000 dana untuk disumbangkan kepada badan-badan kebajikan terbabit dan berharap agar usaha tanggungjawab sosial korporat ini mendapat sokongan ramai," ujarnya.

Pembelian meja, tempahan dan sumbangan penajaan untuk Malam Amal Tahajjud Cinta pada 30 Januari 2013 telah mula dibuka kepada syarikat, korporat atau individu yang berminat.

Keterangan lanjut hubungi Jasmin Jalil di talian 03-4047 4311/4277.

Kredit: www.kosmo.com.my

Jumaat, 7 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mampu jana pulangan memberangsangkan

Posted:

Mampu jana pulangan memberangsangkan

Mampu jana pulangan memberangsangkan

SHAIPUR AZWAN ABDUL HAMID, 31, pernah berkecil hati apabila cuba mempertahankan keputusannya untuk berdikari dengan membuka gerai menjual burger dan roti john.

Masih segar dalam ingatan, dia pernah ditegur jiran, kenalan dan ahli keluarganya sendiri yang skeptikal dengan masa depan kerja tersebut. Begitupun, dia tidak pernah berjauh hati atau kecewa dengan pilihannya, lebih-lebih lagi dia kini sudah melihat pulangan hasil titik peluhnya itu.

Biarpun 'pejabatnya' hanyalah di tepi jalan, lelaki berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mesra disapa sebagai Wan itu mengakui bersyukur dapat menjana pendapatan demi menyara keluarganya.

Bapa kepada seorang anak itu percaya, pengusaha gerai yang rajin berusaha dengan jualan memberangsangkan mampu menjana pendapatan yang setaraf dengan gaji purata pekerja pejabat.

Namun, untuk mencapai objektif tersebut, banyak yang perlu Wan lalui terutamanya tentang cabaran dan selok-belok berniaga.

"Perlu ada semangat untuk berjuang. Berniaga perlu ada niat yang betul untuk berjaya dan jangan mudah berputus asa," ujar Wan ketika ditemui di gerainya di Taman Kenanga, Seksyen 17, Shah Alam.

Pada awalnya, Wan bermula sebagai pekerja di sebuah warung dengan gaji RM10 sehari. Kesanggupan bekerja pada usia semuda 17 tahun dengan gaji yang rendah bukan suatu untuk disesalkan.

Dia sebaliknya menganggap itu merupakan peluang terbaik untuk mempelajari asas perniagaan memandangkan dia sifar pengalaman.

"Ketika kawan-kawan menyambung pengajian dan mencari kerja yang lebih 'selamat', saya pula ketika itu berkawan dengan seorang abang bernama Zulmahizam dan menjual burger bersamanya," kata Wan mengimbas memori tahun 1999 ketika berjualan di Seksyen 2, Shah Alam.

Selepas dua tahun berniaga, dia dan tuan gerainya didekati seorang chef yang sedia berkongsi tip menjadikan burger lebih lazat iaitu sos yang digunakan.

"Chef itu memberi kami tip bahawa keenakan burger terletak pada kombinasi sos cili dan mayonis yang terbaik. Jadi, kami pun mencuba kombinasi pelbagai jenis sos cili dan mayonis sehingga mendapat rasa terbaik.


WAN (kiri) sibuk melayan pelanggan yang datang membeli burger dan roti john di gerainya.


"Pada masa yang sama, tuan gerai menghantar saya belajar buat roti john secara sambilan selama dua minggu di sebuah gerai lain," katanya.

Kumpul semangat

Namun, adat dalam perniagaan, Wan tidak terlepas daripada jatuh dan bangun dalam resam berniaga. Kerugian dan menanggung hutang itu lumrah. Semua itu berlaku ketika dia berhasrat membuka perniagaan sendiri.

"Saya pernah membuka restoran makanan Thai namun, ia terpaksa ditutup berikutan menanggung kerugian yang teruk," luahnya yang pernah menjual segala barangan peribadi seperti seluar jean dan kasut Timberland kesayangannya untuk memulakan perniagaan itu.

Wan tidak pernah putus asa. Berkat usaha dan kecekalan, wang RM50 pemberian abangnya dijadikan modal azimat. Dia membaiki sebuah gerai sorong yang dijumpai di tempat pembuangan barang seterusnya membeli sedikit barang mentah untuk memulakan semula perniagaan menjual burger.

"Hanya dengan empat beg roti dan dalam masa dua jam, saya berjaya mengembalikan wang RM50 kepada abang saya," ujarnya lalu meneruskan perniagaan pada hari-hari berikutnya dan menambah kuantiti jualan berikutan sambutan yang semakin bagus.

Sambil sibuk melayan pelanggan yang sudah beratur panjang menempah burger ayam, daging dan roti john, Wan memberitahu, dia sudah terbiasa dengan suasana tersebut. Jika ada tempahan secara pukal, Wan akan menggandakan operasinya.

"Kebiasaannya saya akan menjual kira-kira 150 biji burger dan 60 hingga 80 roti john. Ada hari-hari yang lebih tinggi jualan. Semuanya, memberi pulangan yang lumayan iaitu dengan untung bersih kira-kira RM200 hingga RM250 sehari," katanya yang menjalankan perniagaan dari pukul 5 petang hingga 11.30 malam.

Wan bagaimanapun taat dengan permintaan ibunya yang mengharapkan dia bekerja secara tetap. Tiga tahun lalu, dia memulakan tugas di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala perniagaan gerainya diteruskan oleh isterinya, Yiska Maida Anggrani, 26.

Jika berkelapangan, Wan tetap akan menemani isterinya di gerai untuk membantu apa yang patut. Kini, mereka memiliki dua buah kereta dan dua buah motosikal hasil rezeki berniaga di tepi jalan itu.

"Persepsi orang bahawa menjual burger tepi jalan tidak akan membawa saya ke mana-mana adalah sama sekali tidak benar. Jika seseorang itu rajin, mempunyai semangat berniaga dan mahu terus maju, rezeki boleh diraih di mana-manapun," katanya yang tidak pernah lupa jasa gerai itu dalam hidupnya.

Warga emas gigih


PEKERJA di gerai milik Linggem di Brickfields sedang menggoreng sajian popular.


Kosmo! turut menemui sepasang warga emas di kawasan Brickfields yang terkenal dengan gerai jualan mereka. Keenakan dan kesegaran produk jualan mereka memang didambakan ramai orang yang ingin mengisi perut dan melegakan kerongkong yang dahaga.

"Saya buka gerai setiap hari. Ramai orang datang, mungkin kerana banyak promosi di internet, laman sosial, akhbar dan sebagainya," kata Chan Wai Keong, 59, sambil tersenyum.

Ditemani isterinya, Choi Sai Yen, 59, Wai Keong berkata bahawa dia tidak mahu mengecewakan pelanggan yang datang untuk merasai secawan air kelapa atau semangkuk cendol mahupun ais batu campur (ABC).

"Saya mesti berikan yang terbaik. Mereka mungkin datang dari jauh, datang semata-mata untuk minum, terutama sekali pada hari-hari panas," katanya lagi yang sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus sejak gerainya dibuka pada pukul 10 pagi.

Gerai tersebut mempunyai keistimewaan kerana ia sudah berusia lebih 40 tahun. Namun, Wai Keong mengambil alih operasinya sejak 10 tahun lalu daripada pemilik asal yang juga saudaranya.

Ditanya mengenai keistimewaan gerai minuman itu, Wai Keong hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Sambil menghulurkan semangkuk cendol, ABC dan segelas air kelapa, dia berkata: "Kamu rasa sendiri."

Gula melaka yang terpilih dan santan segar, kata Wai Keong, antara resipi yang digunakan untuk membuat cendol yang lazat itu. Bagi ABC pula, dia mendakwa sekadar menggunakan bahan-bahan biasa.

"Paling penting, semuanya disediakan segar dan dengan niat untuk memberikan yang terbaik selain memastikan layanan yang cemerlang buat pelanggan," katanya.

Dalam bersyukur dengan kelarisan jualannya, Wai Keong masih menyimpan seedikit keluhan. Menurutnya, harga barangan semakin mahal. Jika dahulu, katanya, 20 sen boleh menjana RM1, tapi kini RM1 hanya menjana keuntungan 20 sen.

"Tetapi saya berpuas hati. Gerai tepi jalan seperti ini tetap memberi pendapatan memadai buat saya dan isteri. Saya amat bersyukur," katanya.

Wai Keong mengakui bahawa selama ini beliau tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah dalam berniaga, cuma satu-satunya cabaran di luar kawalan ialah musim hujan.

"Memandangkan saya menjual minuman sejuk, maka setiap kali hujan saya hanya berserah kepada takdir," ujarnya lagi.

Menjual sekitar 200 mangkuk cendol dan ABC sehari, Wai Keong memberitahu, komitmen dan disiplin yang tinggi amat diperlukan jika mahu kekal lama dalam perniagaan seperti itu.


PELANGGAN pelbagai kaum mengunjungi gerai Wai Keong untuk membasahkan tekak yang dahaga.


Ujar beliau, jika benar-benar komited dan hanya bermodalkan RM2,000, seseorang itu boleh membuka gerai ABC, cendol atau minuman.

Siew Yap, 59, dari Taman Maluri Cheras, ialah antara pelanggan tetap Wai Keong sejak dua tahun lalu. Menurutnya, tidak lengkap perjalanannya dari stesen monorel Tun Sambanthan ke KL Sentral tanpa singgah di gerai Wai Keong.

"Dia sangat rajin. Setiap hari mesti buka gerainya. Minuman di sini sangat popular dan power," katanya yang bersama-sama pelanggan lain yang berasa puas membayar RM1.70 bagi menikmati segelas air kelapa Wai Keong.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved