Jumaat, 23 November 2012

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Pulih OA dengan pembedahan

Posted:

Pulih OA dengan pembedahan

Pulih OA dengan pembedahan

Oleh LILY YEAN

PEMBEDAHAN penggantian sendi antara cara terbaik merawat osteoartritis kerana pesakit boleh sembuh sepenuhnya.


OBESITI atau berat badan berlebihan bukan sahaja mengundang penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes.

Lebih teruk, individu obes turut terdedah kepada risiko menghidap penyakit radang sendi berikutan berat badan yang berlebihan untuk ditampung lutut.

Menurut Pakar Bedah Penggantian Sendi Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Dr. Tai Cheh Chin, antara penyakit radang sendi yang paling lazim ialah osteoartritis (OA) atau artritis merosot.

"OA boleh menyerang mana-mana sendi, tetapi lebih biasa terjadi di lutut, pinggul dan tulang belakang. Ia akan merosakkan tulang rawan yang berada di penghujung setiap tulang.

"Kehausan rawan akibat penyakit radang sendi menyebabkan anggota berkenaan berkemungkinan menjadi keras dan mendatangkan kesakitan kepada pesakit. Pergerakan mereka juga menjadi terhad," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor.

Jelasnya, antara 10 hingga 20 peratus orang dewasa di negara ini menghidap penyakit radang sendi dan daripada jumlah tersebut, lebih daripada 40 peratus merupakan pesakit 65 umur ke atas.

"Peluang bagi mereka yang berusia kurang daripada 45 tahun untuk menghidap penyakit ini adalah sebanyak lima peratus, manakala mereka yang berusia antara 45 hingga 65 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus.

"Bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas, mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi iaitu sebanyak 60 peratus. Hampir 100 peratus warga emas yang berusia 85 ke atas akan menghidapinya," ujarnya yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut selama 15 tahun.


SENDI yang haus akan digantikan dengan sendi tiruan baharu untuk membolehkan pesakit bergerak seperti normal.


Tambahnya, masyarakat Cina terdedah kepada risiko menghidap penyakit radang sendi yang lebih tinggi berbanding kaum lain disebabkan oleh pelbagai faktor gaya hidup.

Bagaimanapun, tambahnya, pengetahuan mengenai penyakit dan pembedahan bagi mengatasi masalah tersebut masih kurang dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar kurang terdedah kepada maklumat membabitkan penyakit radang sendi dan pembedahan penggantian sendi," ulasnya.

Tempoh penyembuhan

Cheh Chin memberitahu, pembedahan penggantian sendi mengambil masa selama satu jam 10 minit bagi sebelah kaki dan peratusan untuk berjaya dalam pembedahan tersebut adalah setinggi 95 peratus hingga 97 peratus.

"Pesakit boleh kembali berjalan 36 jam selepas pembedahan. Bagi pesakit yang menjalani pembedahan sebelah kaki, mereka hanya perlu tinggal di hospital selama tiga hingga empat hari sebelum dibenarkan pulang untuk proses penyembuhan seterusnya untuk tempoh kira-kira tiga hingga empat minggu.

"Bagi pesakit yang menjalani pembedahan dua belah kaki pula, mereka perlu tinggal di hospital selama empat hingga lima hari berbanding dua minggu sebelum ini. Tempoh kira-kira enam minggu diperlukan untuk sembuh disebabkan oleh teknologi yang semakin canggih," katanya.


FOTO menunjukkan perbezaan kaki seorang pesakit osteoartritis sebelum dan selepas menjalani pembedahan penggantian sendi.


Ujarnya, implan atau peralatan gantian yang diguna dalam pembedahan boleh bertahan selama 15 hingga 20 tahun.

"Dengan rekaan peralatan yang canggih ini, pesakit boleh bergerak hampir 100 peratus seperti dahulu contohnya mencangkung dan bersukan. Malah, pesakit tidak akan merasai kewujudan alatan gantian yang digunakan dalam anggota tubuh mereka untuk menyokong sendi berkenaan.

"Tambahan pula, luka yang dialami oleh pesakit juga berkurangan daripada 10 sentimeter kepada enam hingga lapan sentimeter sahaja dengan penggunaan teknik pembedahan minimal invasif (MIS)," jelasnya.

Ukuran tepat

Cheh Chin menjelaskan, pembedahan yang dijalankan menggunakan teknologi canggih iaitu Teknik Navigasi Berkomputer atau Pembedahan Bantuan Komputer (CAS) berupaya memberi ukuran dan sudut yang lebih tepat ketika menjalani pembedahan.

"Teknologi yang telah digunakan kira-kira 10 tahun ini mampu memberi ukuran dan sudut jitu untuk menyeimbangkan ukuran tulang yang perlu dipotong ketika doktor menjalankan pembedahan ke atas pesakit," katanya.

Dari segi kos pembedahan dan rawatan pula, jumlah RM18,000 hingga RM20,000 akan dikenakan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan bagi sebelah kaki dan RM35,000 hingga RM40,000 akan dikenakan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan kedua-dua kaki.

"Sebenarnya kos pembedahan dan rawatan yang tinggi juga menjadi antara punca orang ramai tidak mahu menjalani pembedahan lantaran tidak mampu.

"Oleh itu, pesakit boleh mencuba cara lain dahulu sebelum menjalani pembedahan seperti menjalani terapi, mengambil ubat tahan sakit, menggunakan tongkat ataupun mengurangkan berat badan berlebihan yang merupakan penyebab kecederaan serius ke atas penyakit radang sendi.

Jika kesemua cara tersebut gagal, tambahnya, barulah pesakit boleh memilih untuk menjalani pembedahan sebagai penyelesaiannya.

Rasa takut

Katanya, di Malaysia, walaupun pembedahan penggantian radang sendi semakin popular, namun masih terdapat pesakit yang enggan menjalani pembedahan tersebut kerana takut untuk dibedah.


PEMBEDAHAN penggantian sendi masih kurang menjadi pilihan pesakit Melayu disebabkan kosnya yang agak tinggi.


"Bagi yang enggan menjalani pembedahan, lama-kelamaan kaki yang sihat turut mengalami masalah yang sama kerana terpaksa menampung berat keseluruhan badan memandangkan sebelah kaki lagi yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Seperti penggunaan tayar kereta, sekiranya pengguna tidak menukar salah sebuah tayar yang rosak, tayar yang lain juga akan mengalami kerosakan kerana terpaksa menampung berat dan geseran yang berlebihan kerana tidak seimbang," ujarnya.

"Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit yang menjalani pembedahan lutut dan pinggul mencecah jumlah sebanyak 600,000 hingga 700,000 orang setahun manakala di Australia, seramai 60,000 pesakit menjalani pembedahan lutut dan 30,000 pesakit menjalani pembedahan pinggul setiap tahun," katanya.

Ujarnya, jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah pesakit di Malaysia yang menjalani pembedahan tersebut iaitu hanya 6,000 pesakit setahun.

"Bagaimanapun, saya menjangka jumlah pesakit yang bakal menjalani pembedahan ini akan meningkat sehingga 10,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Jangkaan itu disebabkan pendedahan dan pengetahuan yang semakin meningkat mengenainya," katanya yang telah menjalankan sebanyak 2,600 pembedahan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Ibu minta anak ceraikan isteri

Posted:

Ibu minta anak ceraikan isteri

Ibu minta anak ceraikan isteri


PERKAHWINAN adalah ikatan suci yang tidak seharusnya dicemari dengan perpisahan yang tidak perlu. - Gambar hiasan


WAJARKAH saya mengikut kehendak ibu yang mahu saya menceraikan isteri gara-gara si isteri bukan pilihan ibu? Apakah yang perlu saya lakukan kerana saya amat menyayangi kedua-dua wanita ini?

JAWAPAN:

Perceraian itu merupakan perkara yang halal tetapi amat dibenci Allah. Maka dalam hal saudara ini, tidak wajib taat pada ibu pada perkara yang bercanggah dengan syariat.

Jika anda dan isteri saling menyayangi maka tiada sebab untuk anda menceraikan isteri. Anda harus menjelaskan dengan terang pada ibu anda.

Para ibu yang membaca ruangan ini, saya memohon agar janganlah ikutkan emosi dan rasa hati tentang keinginan para ibu yang mahukan menantu pilihan hati dan yang diingini walhal anak telah ada pilihan sendiri.

Ingatlah, jodoh pertemuan ditentukan Allah. Para ibu bapa, redakanlah menantu pilihan anak-anak anda baik dan tidak bercanggah syariat Islam. Tanpa reda ibu dan bapa, musnahlah rumah tangga anak-anak. Wallahu a'lam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Aliff Aziz meluah isi hati

Posted:

Aliff Aziz meluah isi hati

Aliff Aziz meluah isi hati

PERTEMUAN setelah beberapa minggu memencilkan diri daripada media pada petang kelmarin sempena sebuah majlis sidang akhbar di Holiday Villa Subang Jaya, Selangor baru-baru ini memperlihatkan sisi Aliff Aziz yang berbeza - kurang ketawa, serius dan sugul.

Terasa kekecewaan dan kesan perpisahannya dengan pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, sehingga menampakkan Aliff kurang bermaya bersama wajahnya yang terhias beberapa titik jerawat.

Ditanya mengenai kadar kesihatannya kini selepas keluar daripada wad kerana disyaki menghidap serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) pada awal bulan Oktober lalu, jawab Aliff dia kini sedang dalam peringkat pemulihan.

"Saya dinasihatkan untuk berehat seketika dan Alhamdulillah kini sudah sihat. Baru-baru ini demam sekejap mungkin disebabkan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu.

"Sekarang, saya sedang berusaha untuk kurangkan merokok dan kurangkan berfikir sampai jadi stres," katanya.

Tanpa berselindung, kisah perpisahannya dengan Anne menjadi pokok bicara. Ujar Aliff atau nama sebenarnya Muhamad Aliff Aziz, 21, dia kini sedang berusaha untuk kembali ke trek asal iaitu mengejar kejayaan dalam karier sebagai penyanyi serta berbakti kepada keluarga.

"Saya cuba elakkan untuk berfikir perkara yang boleh mengusutkan minda saya terutama kisah perpisahan kami. Buat masa sekarang saya mahu terus fokus kepada prioriti iaitu keluarga dan kerjaya serta menerima perpisahan ini seadanya," ulasnya.

Anne enggan balas SMS

Aliff bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan punca perpisahannya dengan Anne namun masih sudi berkongsi secebis cerita proses perpisahannya dengan pelakon itu.

"Beberapa minggu lepas kami ada sedikit perselisihan faham dan memutuskan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing seketika, sehinggalah pada hari dia bertunang, saya dimaklumkan oleh peminat melalui Twitter mengenai majlis itu.

"Kalau orang tanya apakah puncanya kami berpisah, saya tidak rasa signifikan untuk saya memberitahu sebabnya, biarlah ia kekal rahsia antara kami. Kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan.

"Susah untuk dijelaskan tetapi saya pasti tiada siapa mahu rasa apa yang sedang saya rasa sekarang," cerita Aliff menahan sebak.

Tambahnya, seminggu sebelum berpisah, Aliff dan keluarga Anne masih berhubung rapat malah Anne sendiri pernah menghubungi bapa Aliff untuk bertanya khabar.

"Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia sudah bertunang dan akan berkahwin. Jujur, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.

"Sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemakaian saya.

"Anne ada bertanyakan khabar saya melalui bapa saya menerusi panggilan telefon lebih kurang seminggu sebelum bertunang tapi dia tidak memaklumkan akan majlis yang bakal berlangsung itu.

"Kata Anne, dia tak mahu membalas semua SMS saya sebab enggan melihat saya lebih sakit dan cara itu katanya boleh membantu saya untuk melupakan dia," ujar pelantun lagu Sayang Sayang itu.

Selepas majlis itu, Aliff mengakui ada menghantar ucapan tahniah melalui Twitter namun tidak mendapat respons daripada Anne.

Menyifatkan Anne sebagai seorang wanita yang paling sempurna yang pernah dipertemukan sepanjang hidup, jelas Aliff dia tidak menyesal mengenali Anne.

"Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan dia dan dia salah seorang wanita yang paling sempurna bagi saya. Saya tidak menyesal mengenali dia kerana dia telah banyak mengajar saya erti cinta dan kehidupan.

"Baru kini saya rasa betapa pedihnya apabila perlu berpisah dengan orang yang kita sangat sayang dan baru sekarang saya faham apa ertinya cinta," tambah Aliff.

Adakah Aliff sudah serik untuk bercinta selepas ini? Jawabnya: "Ikutkan hati apabila melalui sesuatu yang memberikan impak dan membuatkan kita rasa sedih sudah pasti akan rasa fobia. Tapi ini lumrah hidup yang telah ditetapkan Tuhan namun, buat masa sekarang saya belum fikir untuk mencari pengganti dia."

Alih perhatian


MAHU melupakan kenangan pahit, Aliff kini lebih kerap ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.


Pastinya setiap hati yang baru remuk dihentam bahana cinta akan melalui pengalaman berbeza untuk memulihkan diri dan jiwa daripada peristiwa pedih seperti yang dilalui Aliff.

Pilihan dirinya adalah dengan menyibukkan diri bersama keluarga dan karier yang dirasakan tepat untuk melupakan kisah sedemikian.

"Kini saya lebih banyak luangkan masa dengan keluarga dan ke gimnasium untuk mengalihkan perhatian daripada situasi sebegini.

"Ibu saya selalu nasihatkan saya, katanya kalau sudah bukan jodoh saya tiada apa boleh buat. Terima hakikat dan reda," katanya yang mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan keluarga Anne.

Bagaimanapun, Aliff memanjatkan rasa terima kasih kepada keluarga Anne berikutan sokongan dan kasih sayang sepanjang tempoh awal dia mula bertapak di Malaysia.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada baba (panggilan Aliff kepada ayah Anne) dan keluarganya yang selama ini mendidik saya serta menjadi keluarga saya di sini.

"Halalkan makan minum saya dan saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa dan ada sikap yang tidak menyenangkan keluarga baba," tutur bicaranya perlahan.

Pesanan untuk Anne

Aliff mengakui dia tidak akan sesekali melupakan kenangan bersama Anne. Katanya, memori bersama Anne akan disimpan buat panduan pada masa akan datang.

"Saya akan menjadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk masa akan datang dan saya akan menggunakan memori ini agar tidak mengulangi perkara yang sama berulang kali.

"Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hati saya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan mendoakan kebahagiaan Anne, kesakitan ini dapat dikurangkan.

Bagaimanapun, Aliff mempunyai sedikit pesanan dan kata-kata akhir kepada Anne.

"Saya tidak mahu runtuhkan kebahagiaan yang dia sedang kecapi, memandangkan dia juga sibuk dengan persiapan perkahwinan cukuplah saya mengatakan saya bertuah dipertemukan dengan dia. Semoga kehidupannya berjalan lancar.

"Saya mahukan yang terbaik untuk dia dan kini doa saya telah dimakbulkan untuk melihat dia bahagia cuma bukan dengan saya. Saya doakan yang terbaik buat dia," ungkap Aliff.

Gerhana cinta yang sedang dilalui oleh pucuk muda yang barangkali dilabelkan masih mentah untuk memahami makna cinta itu ditepis perlahan-lahan. Noktah yang adakalanya tidak menghadiahkan kebahagiaan hanya mampu diharungi dengan motivasi dan sokongan sekeliling.

"Saya mula merasakan saya kini telah kehilangan sesuatu yang amat besar, tapi selagi ada keluarga, peminat dan kerjaya tiada apa yang mampu menghalang saya," tegasnya.

Jalaludin hampir putus asa

Posted:

Jalaludin hampir putus asa

Jalaludin hampir putus asa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


JALALUDIN di samping Naib Presiden AETN All Asia Networks, Michele Schofield. Jalal bertanggungjawab mengalih suara dalam dokumentari Mankind: The Story Of All Of Us.


TUGAS sebagai seorang pengalih suara untuk sebuah program dokumentari tidak semudah berlakon. Hal itu diakui sendiri oleh Datuk Jalaludin Hassan yang baru-baru ini terlibat dengan tugas tersebut untuk dokumentari Mankind: The Story Of All Of Us.

Masih berbaki beberapa episod yang setiap satunya berdurasi hampir sejam, pelakon veteran itu mengaku dia hampir berputus asa pada peringkat awal menggalas tugas berat itu.

"Saya mengambil alih suara Josh Brolin, seorang aktor Hollywood yang saya sanjungi dan apabila terpilih untuk melakukan tugas itu sejujurnya saya berbesar hati.

"Saya diberikan skrip untuk satu episod yang tebalnya seperti skrip sebuah telefilem. Episod pertama, saya terpaksa mengambil masa lebih kurang lima jam untuk disempurnakan dan hakikatnya saya hampir berputus asa.

"Ketika rakaman, saya tidak dibekalkan skrin untuk melihat apa yang sedang ditayangkan. Sebaliknya, saya perlu mendengar suara Josh Brolin setiap kali sebelum melontarkan suara.

"Momentum suara yang diperlukan untuk sesebuah program dokumentari perlu konsisten sepanjang masa dan ia bukanlah tugas yang mudah," katanya yang ditemui ketika tayangan perdana episod pertama Mankind: The Story Of All Of Us di GSC Signature, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain perlu menjaga suaranya, Jalaludin mengakui dia juga harus menjaga kualiti kesihatan, diet dan jadual penggambarannya sepanjang pembikinan dokumentari 12 episod itu.

"Dokumentari ini mengganggu saya sebenarnya, saya perlu melahirkan perasaan saya sendiri agar tidak dibayangi oleh Josh Brolin. Saya perlu memahami skrip dan proses rakaman berjalan terus tanpa sebarang latihan.

"Saya menerima tawaran ini bukan semata-mata faktor bayaran, tapi untuk mencabar diri sendiri dan mencipta pengalaman baharu mengendalikan program yang bermanfaat kepada penonton," ujarnya ketika ditanya mengenai cabaran sepanjang terlibat dengan dokumentari tersebut.

Program itu merupakan siri TV pertama yang meneliti perkembangan manusia dari zaman ke zaman. Setiap episod menceritakan misteri sejarah perkembangan tamadun manusia, penemuan baharu dan peristiwa kemuncak dalam revolusi manusia dan dunia.

Antara 12 episod yang ditampilkan sepanjang siri tersebut termasuklah Inventors, Empires, Survivors, New World, Revolutions dan New Frontiers.

Mankind: The Story Of All Of Us mula ditayangkan pada 14 November lalu pukul 9 malam di saluran History (Astro 555).

Hathaway mahu anak

Posted:

Hathaway mahu anak

Hathaway mahu anak


ANNE HATHAWAY


BARU sahaja berkahwin pada 29 September lalu, aktres Anne Hathaway tidak menyembunyikan keinginannya untuk memiliki anak dalam kadar segera.

Aktres berusia 30 tahun yang berkahwin dengan Adam Shulman itu memberitahu kepada The Hollywood Reporter: "Saya mahu segera menimang cahaya mata. Saya benar-benar maksudkannya."

Hathaway dan Shulman berkahwin selepas empat tahun bercinta. Malah, menurut satu sumber, aktres tersebut yang membuat keputusan untuk berkahwin dan membina keluarga dalam masa terdekat dengan Shulman.

"Ini kerana dia berpendapat percintaannya sebelum bersama Shulman seperti tidak terurus. Dia sukakan sikap suaminya yang tenang," tambah sumber tersebut lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 22 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Derita Palestin belum bernoktah

Posted:

Derita Palestin belum bernoktah

Derita Palestin belum bernoktah

PETANG 10 November lalu, Mohammed Ussama Hassan Harara, 16, dan Ahmed Mustafa Khaled Harara, 17, seperti biasa keluar bermain bola sepak di taman permainan berdekatan rumah mereka di Al-Shoja'iya, timur Gaza.

Namun, tidak lama berada di taman itu tiba-tiba kedengaran siren dan jeritan kuat menyuruh mereka menyembunyikan diri.

Tatkala rakan-rakan mereka bertempiaran lari, namun langkah Mohammed Ussama dan Ahmed Mustafa ternyata tidak cukup pantas.

Bedilan meriam tentera Zionis Israel tepat jatuh di taman permainan itu dan meragut nyawa kedua-dua remaja berkenaan.

Berita kematian mereka hanya menjadi bisikan sepi dunia kerana ternyata ia bukanlah satu kisah asing.

Sebelum Mohammed Ussama dan Ahmed Mustafa, sejak tahun 2000 lebih 1,477 kanak-kanak Palestin sudah terbunuh di tangan Tentera Pertahanan Israel (IDF).

Pada 14 November lalu, Hamas melancarkan serangan ke atas Israel sehingga meragut tiga nyawa warga Israel yang merupakan orang awam. Berita tersebut dimainkan oleh media-media Barat pro-Israel. Atas alasan mempertahankan diri, Zionis kembali bermaharajalela sekali gus melancarkan operasi Pillar of Defence.

Namun pada asalnya, segala-galanya berpunca daripada serangan awal Israel yang mengorbankan Ketua Ketenteraan Gaza, Ahmed Jabari.

Sehari sebelum umat Islam menyambut Maal Hijrah, peluru berpandu dan meriam Zionis mula menghujani langit Palestin.

Genap seminggu Israel belum juga menunjukkan rasa belas kasihan. Setakat hari ketujuh kekejaman Israel (Selasa lalu), sudah 100 nyawa orang Palestin kecundang.

Persoalannya, di manakah perikemanusiaan masyarakat antarabangsa, di manakah keadilan untuk orang Palestin dan polis dunia seperti Amerika Syarikat (AS)?

Bagaimanakah dunia boleh menghalalkan dosa-dosa Israel yang sudah menjangkau lebih enam dekad sehinggakan darah-darah orang Palestin sudah tidak bermakna lagi?

Memetik kata-kata Presiden AS, Barack Obama: "Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan AS menyokong sepenuhnya tindakan Israel dalam mematahkan serangan yang dilancarkan pihak Hamas."

Mengulas kekejaman terbaharu Israel itu, Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just), Dr. Chandra Muzaffar menyatakan, Israel tahu bahawa AS sentiasa menyokong setiap keputusan yang dilaksanakan mereka.

"Walaupun Obama tahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ialah penyokong Mitt Romney yang tewas dalam pilihan raya lalu, beliau masih meletakkan kepercayaan kepada Israel.

"Keadaan ini tidak mengejutkan dunia kerana politik AS sebenarnya dikuasai oleh pihak-pihak asing yang digelar pelobi. Kebanyakan pelobi ini datang daripada kumpulan pro-Israel," jelasnya ketika dihubungi Kosmo!.

Secara telusnya, penderitaan rakyat Palestin bermula sejak tahun 1946.

Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada B'Tselem, sejak tahun 2000 sehingga September 2012, seramai 14,922 warga Palestin telah terkorban. Jumlah itu berbeza dengan kematian yang melibatkan rakyat Israel iaitu sebanyak 1,097 yang kebanyakannya merupakan tentera Israel.

Derita enam dekad

Dosa Israel ternyata bukan hanya membunuh, mereka juga merampas sedikit demi sedikit tanah Palestin, malah menyekat sumber air umat Islam.

Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan pada tahun 1946 Palestin mempunyai keluasan tanah 26,990 kilometer persegi, tetapi hari ini angka itu hanya tinggal 6,220 kilometer persegi (5,860 di Tebing Barat dan 360 kilometer persegi di Gaza).

Berkongsi lebih dekat penderitaan penduduk Palestin, Kosmo! sempat menemu bual Ketua Misi Bantuan Palestin anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Muhammad Kamarulazizi. Beliau baru pulang ke tanah air Selasa lalu, selepas mengikuti rombongan ke Tebing Barat pada awal November lepas.

Ujarnya, keadaan di Palestin boleh dipecahkan pada dua kategori.


JENAZAH Mohammed Ashour yang berumur sembilan tahun dibawa untuk pengebumian selepas dia terbunuh berhampiran rumahnya di Gaza pada 21 November lalu ekoran serangan Israel.


"Bandar-bandar penduduk Palestin kotor dan tidak dibersihkan majlis perbandaran sedangkan mereka membayar cukai yang tinggi. Kami hairan melihat kawasan orang Israel yang jauh lebih teratur dan diselenggara dengan baik walhal perumahan mereka hanya bersebelahan.

"Apa yang pasti, warga Palestin ibarat hidup terbuang di dalam negara sendiri. Lesen perniagaan dikenakan bayaran tinggi dan disebabkan itu ramai dalam kalangan mereka menjalankan urus niaga secara rahsia. Ekonomi dan sosiologi Palestin pada dasarnya diperintah Israel walaupun ia tidak terletak di bawah bidang kuasa mereka.

"Paling ketara ialah agihan bekalan air. Rakyat Palestin tahu pihak Israel akan melakukan sekatan air pada bila-bila masa, jadi setiap rumah menyediakan satu tangki simpanan air sebagai kegunaan pada waktu kecemasan," kongsi Muhammad panjang lebar.

Ujarnya, ketika umat Islam lelaki di seluruh dunia menjalankan ibadat solat Jumaat dengan tenang, warga Palestin berumur 14 hingga 40 tahun pula terpaksa bertarung nyawa bagi menunaikan tanggungjawab tersebut.

Menurut Muhammad, kumpulannya sendiri menyaksikan ketegangan yang berlaku antara orang Palestin dan tentera Israel yang berkawal di luar tembok Masjid al-Aqsa.

Penafian rejim Zionis terhadap orang Palestin yang ingin memasuki masjid menimbulkan kemarahan mereka dan bertindak membaling batu ke arah tentera-tentera tidak berhati perut itu.

Akibatnya, warga Palestin yang bertindak sedemikian ditangkap tanpa diberi ruang membela diri.

Selama sembilan hari di Palestin, rombongan Muhammad turut berkesempatan melawat dua buah sekolah yang terletak di pekarangan masjid al-Aqsa dan Baitulmuqaddis.

Gencatan senjata


MUHAMMAD (tengah) bersama kanak-kanak Palestin ketika menjayakan misi bantuan ke Tebing Barat bermula 12 hingga 19 November lalu.


"Suasana pembelajaran sama seperti negara lain. Namun, kanak-kanak Palestin perlu melepasi pintu pemeriksaan yang dikawal tentera Israel setiap kali mereka ingin ke sekolah. Ia menunjukkan betapa ketatnya pergerakan rakyat Palestin meskipun berada dalam kawasan sendiri.

"Bagaimanapun, semangat kanak-kanak Palestin dalam memperjuangkan kebangkitan semula negara mereka sangat tinggi," cerita Muhammad.

Daripada 22 negara yang menyertai Liga Arab (termasuk Palestin dan Libya), hampir semua memilih jalan selamat untuk tidak mencetuskan pertikaian dengan Israel.

Mesyuarat dalam kalangan menteri luar negeri ahli Liga Arab yang diadakan pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang penyelesaian terhadap penderitaan yang sedang dialami Palestin. Rata-rata bersetuju dengan cadangan gencatan senjata berbanding menentang kekejaman Zionis.

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Ahmad Jassim dalam mesyuarat tersebut menyatakan, kesemua negara Arab takut untuk mengeluarkan rancangan konkrit terhadap Palestin kerana mahu menjaga hubungan baik dengan AS dan Israel.

"Sebarang rancangan yang teliti memerlukan keputusan serius yang akan menyinggung Israel dan AS," ujar seorang diplomat Liga Arab pada mesyuarat tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan pegawai rasmi dari Mesir pula secara jelas meneguhkan prinsip mereka untuk membantu dalam pergolakan Palestin. Mesir enggan memulakan sengketa dengan Israel atau AS memandangkan negara itu sedang dalam proses permohonan pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

Persoalannya, jika kuasa besar seperti Liga Arab dan PBB hanya mampu melontar pandangan tanpa sebarang tindakan agresif terhadap Israel, mampukah Palestin menamatkan konflik dan membina negara merdeka dengan kaki sendiri?

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


MAIPs rai pelajar Maahad Tarbiyah Imam Nawawi

Posted:

MAIPs rai pelajar Maahad Tarbiyah Imam Nawawi

MAIPs rai pelajar Maahad Tarbiyah Imam Nawawi


TUANKU Syed Faizuddin (berdiri, tengah) bersama pelajar selepas melawat dan menyampaikan sumbangan mesin basuh dan wang tunai RM2,000 kepada pengurusan kebajikan pelajar Matin sempena program Jaulah Hijrah MAIPs di Bintong, Kangar, Perlis baru-baru ini.


SAMBUTAN. Lebih 100 penghuni Maahad Tarbiyah Imam Nawawi (Matin) diraikan melalui program Jaulah Hijrah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena menyambut Tahun Baru Maal Hijrah di di Bintong, Kangar, Perlis baru-baru ini.

Pada program tersebut, MAIPs menyampaikan sumbangan mesin basuh dan wang tunai RM2,000 kepada pengurusan kebajikan sekolah terbabit.

Memeriahkan program tersebut ialah keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail.

Turut bersama dalam aktiviti berbasikal itu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin dan ketua-ketua jabatan yang lain.

Tradisi berkhatan cara lama diteruskan

Posted:

Tradisi berkhatan cara lama diteruskan

Tradisi berkhatan cara lama diteruskan


ZAINAL ABIDIN (kanan)
menyembur kanak-kanak yang akan berkhatan menggunakan hos bomba di Sungai Acheh, Pulau Pinang baru-baru ini.


ALAM DEWASA. Seramai 121 kanak-kanak dari kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang diraikan pada Majlis Khatan Perdana baru-baru ini.

Terdahulu, mereka dimandikan beramai-ramai menggunakan pancutan hos bomba sebagai simbolik mengekalkan cara tradisi masyarakat Melayu lama dahulunya berendam di dalam sungai.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang turut mengambil peluang memandikan kanak-kanak yang berkhatan.

Beliau ketika ditemui memberitahu, ia merupakan majlis ketiga dianjurkan oleh penduduk di kawasan berkenaan yang sekali gus dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk menerusi gotong-royong.

150 ahli hadir majlis ramah mesra pertubuhan kebajikan

Posted:

150 ahli hadir majlis ramah mesra pertubuhan kebajikan

150 ahli hadir majlis ramah mesra pertubuhan kebajikan


ARIFFIN (duduk, empat dari kiri) bersama sebahagian daripada ahli-ahli pertubuhan kebajikan Epanco dan Harimau Keramat pada majlis ramah mesra di Ampang, Selangor baru-baru ini.


SEMANGAT. Lebih 150 ahli Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) dan Pertubuhan Kebajikan Harimau Keramat Malaysia (Harimau Keramat) beramah mesra dalam satu majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Program anjuran Epanco itu bertujuan mengeratkan tali silaturahim antara NGO-NGO di daerah berkenaan seterusnya membincangkan hala tuju dan program tahunan yang bakal dianjurkan.

Presiden Epanco, Ariffin Abu Bakar berkata, pihaknya berharap lebih banyak pertubuhan kebajikan baharu diwujudkan di daerah berkenaan di samping bekerjasama untuk menarik lebih banyak golongan muda menyertainya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Harimau Keramat, Mohd. Rizal Abdul Rahim.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati terjatuh sebelum jumpa kekasih

Posted:

Mati terjatuh sebelum jumpa kekasih

Mati terjatuh sebelum jumpa kekasih

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL dan KHAIRIYAH HANAFI
jenayah@kosmo.com.my

INILAH apartmen di Desa Pandan lokasi Khadijah ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tujuh untuk menemui kekasihnya.


KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.

Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.

Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.

Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Remaja lelaki sedih kehilangan Khadijah

Posted:

Remaja lelaki sedih kehilangan Khadijah

Remaja lelaki sedih kehilangan Khadijah

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki yang mendakwa kekasih Siti Khadijah Muhammad, 16, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah apartmen di Desa Pandan di sini tidak dapat menerima hakikat dia sudah kehilangan gadis itu.

Menerusi laman Twitter miliknya, remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Farid itu melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa mangsa sebelum gadis itu meninggal dunia.

Remaja lelaki yang tinggal di Damansara Damai, Petaling Jaya itu turut mendakwa, ibu dan seorang adik perempuan mangsa menjadi punca gadis itu nekad keluar daripada rumah melalui tingkap.

Antara petikan yang ditulis dalam Twitter remaja lelaki itu: "Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****. Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi."

Selepas mendapat maklumat kekasihnya mati terjatuh daripada apartmen, remaja lelaki itu terus pergi Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menatap wajah kekasihnya itu.

Mengikut Twitter itu lagi, remaja berkenaan meluahkan, air matanya tidak berhenti mengalir selepas menatap wajah gadis pujaannya yang sudah tidak bernyawa di hospital.

Pada sebelah petang, remaja lelaki itu mengemas kini Twitter miliknya lagi dengan memberitahu, dia yang tiada wang memberanikan diri menaiki teksi ke rumah arwah kekasihnya untuk sama-sama membaca surah Yasin.

Sampai di apartmen tersebut, remaja itu memberitahu, dia bernasib baik kerana keluarga kekasihnya membayar wang tambang teksi.

Kemas kini pada pukul 8.30 malam tadi pula menyebut, dia berasa bersalah kerana kematian Khadijah dianggap mempunyai kaitan dengan dirinya.

"Aku rasa serba salahlah, dia meninggal sebab aku. Dia sanggup buat macam itu semata-mata nak jumpa dengan aku."

Tinjauan Kosmo! di akaun Twitter remaja itu pada pukul 8.47 malam tadi mendapati akaun tersebut dibanjiri ucapan takziah pengikutnya yang berjumlah 3,390 orang yang rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap nasib mangsa dan remaja lelaki itu.

Remaja itu bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan komen mengenai kejadian itu.

Sementara itu, laman Facebook dan Twitter milik Khadijah sudah ditutup oleh keluarga mangsa.

Majoriti tidak subur

Posted:

Majoriti tidak subur

Majoriti tidak subur

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my


GAYA hidup masa kini yang mementingkan kerjaya boleh menjejaskan kesuburan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Satu kajian mengenai kesuburan dalam kalangan pasangan yang baru berumah tangga di Malaysia mendapati kira-kira 69 peratus tidak menyedari mereka dikategorikan sebagai tidak subur jika gagal mendapat anak setelah setahun berkahwin.

Masalah tersebut berpunca daripada sikap pasangan yang terlalu fokus kepada pencapaian dalam kerjaya, kesihatan dan keinginan memiliki hubungan yang stabil sebelum memiliki anak.

Kajian Starting Families Asia 2011-2012 yang dijalankan ke atas 1,000 orang wanita di 10 buah negara Asia mendapati, mereka mengalami jurang pengetahuan yang tinggi tentang kesuburan, punca ketidaksuburan dan pilihan mendapatkan rawatan kesuburan.

Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, keadaan bertambah buruk apabila pasangan terbabit enggan mendapatkan bantuan pakar dengan segera.

Beliau berkata, sikap itu bertentangan dengan negara-negara lain di Asia apabila kaum wanita negara ini menentukan masa sesuai untuk memiliki anak berbanding suami mereka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sultan Ahmad Shah kecewa

Posted:

Sultan Ahmad Shah kecewa

Sultan Ahmad Shah kecewa

PEMAIN negara gigih berlatih sebagai persiapan terakhir menjelang kempen Piala Suzuki AFF yang membuka tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah kecewa dengan prestasi skuad Harimau Malaya pada siri perlawanan persahabatan.

Menurut baginda, prestasi tersebut agak membimbangkan menjelang Piala Suzuki AFF 2012 yang membuka tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, baginda menyatakan kekecewaan itu ketika mengadakan pertemuan selama tiga jam dengan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

"Semalam (kelmarin), Sultan Ahmad Shah berjumpa dengan skuad kebangsaan dan mengadakan perbincangan dari hati ke hati bersama pemain serta turut meluahkan kekecewaan terhadap prestasi pemain yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

"Bagaimanapun, baginda masih yakin dengan kemampuan skuad kebangsaan di bawah ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pengumuman Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Piala Suzuki AFF 2012 di Angkasapuri, Kuala Lumpur semalam.

Pada aksi persahabatan sebelum ini, skuad Harimau Malaya tumpas 0-1 kepada Vietnam, dikalahkan Thailand 2-0 dan masing-masing seri 1-1 ketika bertemu Hong Kong dan Bangladesh.

Hamidin percaya kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan skuad Harimau Malaya menjalani latihan dan memberikan kata-kata semangat di padang Wisma FAM kelmarin juga akan mendorong pemain menampilkan aksi terbaik pada kejohanan itu kelak.

Beliau juga berharap penyokong dan peminat bola sepak tempatan akan terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada kejohanan kali ini.

"Sudah tentu untuk meraih kejayaan, pasukan memerlukan sokongan daripada penyokong. Saya berharap sokongan itu diberikan sehingga ke perlawanan terakhir.

"Saya yakin dengan kemampuan pemain, lebih-lebih lagi dengan peluang bermain di tempat sendiri, ditambah dengan sokongan rakyat Malaysia, tidak mustahil kita mampu merangkul kejuaraan," katanya.

Malaysia yang merupakan juara bertahan akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B menentang Singapura, Ahad ini diikuti Laos (28 November) sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.

Kedah umum 21 pemain

Posted:

Kedah umum 21 pemain

Kedah umum 21 pemain

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


AKMAL (tengah) kembali menyarung jersi skuad Kedah musim depan.


PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) semalam mengumumkan senarai 21 pemain dengan sebahagian besar pemain merupakan anak negeri termasuk bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang kembali semula menyarung jersi hijau kuning bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Kedah yang bakal beraksi dalam Liga Premier turut memanggil semula pemain import, Nelson Martin dari Chile yang pernah membantu skuad Kenari meranggul piala trebel bagi musim 2007/08 lalu.

Skuad bimbingan ketua jurulatih, Mario Tot itu juga bakal diperkuatkan dengan penyerang baharu dari Brazil, Chayene Mederiros Oliveiro Santos.

Presiden KFA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perubahan turut berlaku pada barisan pengurusan melibatkan pengurus pasukan, Datuk Khazali Din yang diganti oleh Timbalan Presiden KFA, Datuk Jeffrey Low Hang Chow.

Katanya, Mario Tot akan dibantu oleh Antonio Siscis dari Croatia manakala Talib Saidi pula dilantik menjadi jurulatih penjaga gol menggantikan Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail.

"Dalam bola ini biasalah, ada turun naik bukan kita boleh menang selalu. Dulu kita juara sekarang orang lain pula juara.

"Saya harap lepas buat rombakan ini, kita dapat kenal pasti masalah pemain dan harap permainan mereka bertambah bagus," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Selain Akmal Rizal yang sebelum ini beraksi bersama Perak, Kedah turut diperkuat dengan 'ayam tambatan' mereka, kapten

Baddrol Bakhtiar dan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, sekali gus menutup

desas-desus yang dua pemain itu bakal meninggalkan skuad 'Negeri Jelapang Padi' itu.

Pemain lain yang dikekalkan ialah Mohamad Muhaimin Mohamad, Mohd. Fiqry Md Isa, Khairul Helmi Johari, Mohd. Sabree Mat Abu, Fazliata Taib, Mohd. Faizal Abu Bakar, Abdul Hadi Abdul Hamid, Hattaphon Bun An, Wan Mohd. Syukri Wan Ahmad, Mohamad Syamim Alif Mohd. Sobri dan Muhammad Ridzuan Rumlee.

Skuad Kenari turut mendapatkan enam tenaga import tempatan iaitu dua dari Sabah melibatkan Mohd. Fariss Azlan Mat Isa dan Zuraindet Jumai selain Hariri Mohd. Safi (Terengganu), Wan Hossein Wan Abd. Ghani (Perak), Arman Fareez Mohd. Ali (Kuala Lumpur) dan Mohd. Shahrul Ezrain Shamsuddin (T-Team).

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia, Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan negeri, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin berkata, KFA membuat perancangan untuk mengembalikan semula kecemerlangan bola sepak Kedah yang merosot tahun ini sehingga terpaksa beraksi dalam Liga Premier tahun depan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung KFA memberitahu, pihaknya memberi gaji yang cukup tinggi dengan empat pemain memperoleh gaji melebihi Menteri Besar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tahun ini KFA belanja RM200,000 sebulan dan tahun depan akan belanjakan RM400,000 sebulan. Tahun ini keseluruhan peruntukan adalah RM5.1 juta untuk semua pasukan bola sepak Kedah. Tahun depan keseluruhan peruntukan adalah RM8 juta dengan RM4.8 juta untuk skuad Liga Premier sahaja.

"Ini semua bagi memastikan kita dapat kembali ke Liga Super pada 2014," katanya.

Rajagobal belum panik

Posted:

Rajagobal belum panik

Rajagobal belum panik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (tengah) belum mahu berasa panik meskipun skuad kendaliannya berdepan pelbagai kritikan ekoran aksi hambar pada perlawanan persahabatan.


"MEREKA (Harimau Malaya) tidak bermain semata-mata kerana saya tetapi mereka berhempas-pulas kerana ingin mengharumkan nama negara."

Demikian reaksi pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagopal ketika diminta mengulas mengenai prestasi semasa skuad negara sebelum mengharungi kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 semalam.

Menurut Rajagobal, beliau sentiasa berbangga dengan barisan pemainnya yang terus gigih menjalani latihan dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.

Jelasnya, beliau yakin anak-anak buahnya akan tampil dengan aksi lebih kemas serta bertenaga pada kejohanan tersebut.

Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

"Sebagai jurulatih, saya perlu sentiasa memberikan motivasi kepada semua pemain saya.

"Kami pernah melalui detik sukar pada Sukan SEA (2009) dan Piala Suzuki AFF 2010.

"Mereka boleh menerima segala (pendapat) negatif tetapi saya percaya dengan pengalaman lalu, mereka akan kembali bangkit dengan mempamerkan aksi lebih bertenaga.

"Apa yang tak betul, saya tidak sesekali mengatakan ia bagus tetapi saya tetap yakin mereka perlukan 'sinar' (ketika menentang Singapura) pada Ahad ini," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Jurulatih berusia 50 tahun itu mengakui, pandangan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bakal dijadikan suntikan moral buat pemain untuk mempamerkan aksi lebih konsisten.

"Kunjungan baginda amat dihargai oleh semua pemain skuad negara. Sepanjang penglibatan Sultan Ahmad dalam bola sepak tempatan selama 28 tahun, baginda sering memberikan perhatian kepada Harimau Malaya.

"Setiap pandangan dan nasihat baginda menjadikan kami lebih bersemangat dan sudah tentu keinginan kami untuk beraksi lebih kemas semakin berkobar-kobar.

"Pemain-pemain perlukan suntikan motivasi daripada seluruh rakyat terutama ketika berada dalam tekanan. Saya percaya mereka tahu untuk mengawal situasi tersebut.

"Selepas mendapat amanat daripada Presiden FAM serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya mahu mereka bersedia untuk berjuang pada kejohanan itu kelak," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Atasi konflik demi elak perceraian

Posted:

Atasi konflik demi elak perceraian

Atasi konflik demi elak perceraian

PASANGAN yang bahagia juga menghadapi konflik namun ia boleh diatasi secara positif. - Gambar hiasan


CUTI persekolahan sudah bermula. Ia bukan hanya musim pelajar sekolah bercuti, malah musim untuk pasangan muda kita memulakan alam perkahwinan.

Semoga perkahwinan mereka itu bukan sahaja berkekalan ke akhir hayat, lebih daripada itu, mereka dapat menikmati kemanisan berumah tangga.

Sekiranya ada gelombang yang menguji kehidupan rumah tangga mereka, terutamanya pada awal usia perkahwinan, mudah-mudahan mereka mampu menanganinya dengan baik.

Ini penting kerana kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi jelas menunjukkan bahawa mereka yang berkonflik pada awal usia perkahwinan mempunyai potensi besar untuk bercerai. Ia berbeza pula bagi mereka yang memulakan awal perkahwinan yang membahagiakan.

Apatah lagi, dalam kehidupan moden hari ini, perceraian seolah-olah menjadi perkara biasa. Secara purata setiap tahun, kira-kira 20,000 kes perceraian berlaku dalam kalangan masyarakat Islam di negara kita.

Lebih membimbangkan, dianggarkan bahawa perceraian berlaku setiap 15 minit. Ia mengingatkan kita dengan satu pepatah Perancis, love makes the time pass and time make love pass.

Dipengaruhi budaya

Tatkala bercinta, manusia terleka sehingga tidak menyedari masa yang berlalu. Bagaimanapun, semakin berubahnya masa, manusia juga tidak lagi menghiraukan cinta yang pernah mereka janjikan.

Jangka hayat perkahwinan juga kelihatannya dipengaruhi oleh budaya dan norma hidup sesebuah masyarakat.

Dalam masyarakat Barat yang terkenal dengan nilai individualistik, masyarakatnya berpegang kepada suara hati mereka sendiri. Mereka akan meneruskan atau membubarkan sesebuah perkahwinan bergantung kepada 'apa yang dirasakan sebagai yang terbaik untuk naluri mereka', dan bukannya orang lain.

Situasinya terbalik dalam masyarakat kolektif, iaitu usia sesebuah perkahwinan biasanya bergantung kepada 'apa yang orang lain akan perkatakan?'

Inilah yang ada kalanya menjadikan seseorang itu sanggup meneruskan perkahwinan walaupun menderita, manakala ada pula yang berakhir dengan perceraian walaupun dugaan yang dihadapi tidak begitu besar.

Ada juga orang yang terpaksa menghadapi kehidupan rumah tangga yang sangat menyakitkan kerana keluarga tidak memberikan restu, walaupun pada hakikatnya pasangan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah.

Keluarga harmoni

Secara umumnya, kajian-kajian menunjukkan bahawa perkahwinan biasanya kekal dalam kalangan pasangan yang dibesarkan dalam keluarga yang harmoni, mempunyai taraf pendidikan yang sama, mempunyai pendapatan yang baik, tinggal di kawasan luar bandar dan mempunyai pegangan agama yang baik.

Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, komunikasi dikatakan sebagai aspek yang sangat utama dalam menentukan survival sesebuah hubungan.

Komunikasi dalam konteks ini tidak semestinya hanya dalam bentuk perbualan, tetapi ia turut melibatkan bahasa tubuh yang lain.

Kajian-kajian yang dijalankan sejauh ini menunjukkan bahawa pasangan yang bahagia biasanya memiliki ciri-ciri yang sama iaitu lebih kerap untuk saling menyetujui, menurut kehendak pasangan dan gemar untuk ketawa.

Pasangan yang mengalami konflik pula biasanya lebih cenderung untuk mendominasi pasangan, sukar bersetuju dalam satu-satu isu dan saling mengkritik antara satu sama lain.

Ini menjadikan rumah tangga telah menjadi kanvas tekanan hidup yang cukup menyedihkan. Ramai yang bermain kata yang indah semasa bercinta, tetapi mengeluarkan kata yang menyakitkan sesudah berumah tangga.

Realiti yang harus difahami oleh pasangan baru berkahwin, bahawa setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan konflik dan masalah. Sekalipun ketika bercinta semua perkara boleh menjadi indah, ia tidak semestinya benar ketika berada di alam rumah tangga.

Bagaimanapun, bukanlah bermakna bahawa konflik itu akan menyebabkan seseorang tidak bahagia.

Hakikat perbezaan

Kajian-kajian juga melaporkan bahawa mereka yang bahagia juga sebenarnya menghadapi konflik. Bagaimanapun, mereka mampu mengecap bahagia kerana menyedari hakikat perbezaan dan lebih kerap untuk menghadapi konflik dengan reaksi yang lebih positif, misalnya senyuman, sentuhan, penghargaan dan ketawa.

Sebaliknya, mereka yang menangani konflik secara negatif seperti meluahkan kata-kata sindiran kepada pasangan, sering berbalah pendapat atau menyakiti pasangan, biasanya akan berakhir dengan perceraian.

Atas sebab itulah, pasangan muda yang baru memulakan alam rumah tangga, mereka mesti belajar untuk menangani konflik rumah tangga secara positif. Masalah yang dihadapi tidak boleh ditangani secara terburu-buru.

Kebiasaannya, manusia akan mampu menangani konflik dengan baik sekiranya mereka bersikap positif terhadap masalah yang dihadapi dan bersangka baik bahawa keadaan akan berubah pada masa hadapan.

Ini biasanya berlaku pada peringkat kognitif atau dalam minda individu. Ada pula pasangan yang cuba menstabilkan keadaan dengan menyuarakan kelemahan yang dihadapi dan mencari jalan untuk diperbaiki.

Apabila berhadapan konflik yang sangat berisiko, salah seorang daripada pasangan perlulah melakukan pengorbanan dengan terus mengekalkan kesetiaan. Besar kemungkinan, keadaan akan bertambah baik pada masa mendatang.

Memilih bercerai setiap kali perselisihan belum tentu menjanjikan sesuatu yang lebih membahagiakan. Tabah menghadapi ujian itulah hakikat keindahan sebuah perkahwinan.

Sime Darby hulur bantuan

Posted:

Sime Darby hulur bantuan

Sime Darby hulur bantuan


YATELA (depan, dua dari kanan) bersama sebahagian daripada penghuni rumah kebajikan yang mendapat sumbangan bantuan daripada Sime Darby.


PENGHUNI Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa (PKKI) Kajang, Selangor dapat merasai kemeriahan sambutan perayaan Deepavali dan sambutan Maal Hijrah bersama-sama rakyat Malaysia yang lain apabila menerima sumbangan daripada Yayasan Sime Darby (YSD) baru-baru ini.

Sejumlah 80 penghuni berumur antara satu hingga 57 tahun menerima sumbangan seperti baju, kasut dan duit poket.

PKKI merupakan pusat latihan kepada golongan kurang upaya yang memberi bantuan awal kepada kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun. Selain itu, PKKI juga menjalankan program latihan sehari kepada penghuni berumur 14 hingga 24 tahun dan program latihan pekerjaan kepada golongan dewasa.

Kebanyakan penghuni merupakan golongan tidak berkemampuan atau daripada keluarga ibu bapa tunggal.

Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Yatela Zainal Abidin dalam kenyataannya berkata, pemberian sumbangan kepada golongan istimewa tersebut diharap dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka yang memerlukan.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana tidak perlu risau tentang keperluan yang sentiasa mencukupi. Namun, kadangkala kita terlupa bahawa tidak semua masyarakat dapat merasai kegembiraan tersebut.

"Program ini membuktikan bahawa Sime Darby sentiasa mengambil berat akan kekurangan yang melingkari hidup segolongan masyarakat," ujarnya.

Program tersebut merupakan usaha YSD di bawah projek Sinar Harapan yang menberi sumbangan kepada rumah kebajikan terpilih. Ia merupakan program besar YSD dalam membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan jantina.

Dalam masa sama, YSD turut melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 241 penghuni di empat buah rumah kebajikan sekitar Selangor.

Antara rumah kebajikan tersebut ialah Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Cacat Klang, Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Kajang, Persatuan Rumah Warga Emas Klang dan Persatuan Jagaan Orang Kurang Upaya dan Terbiar Lovely, Petaling Jaya.

YSD turut merancang untuk terus menghulurkan sumbangan dan bantuan demi meningkatkan kehidupan penghuni rumah kebajikan yang terpilih itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved