Jumaat, 14 Mac 2014

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Misi diperluas ke Lautan Hindi

Posted:

Misi diperluas ke Lautan Hindi

Misi diperluas ke Lautan Hindi

HISHAMMUDDIN menjelaskan sesuatu pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari pesawat MAS MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang semalam. Turut kelihatan Azharuddin (kiri) dan Ahmad Jauhari.


SEPANG - Operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang tanpa jejak genap seminggu semalam diperluaskan ke Lautan Hindi dan Laut Andaman.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut dilakukan memandangkan usaha mencari di kawasan Selat Melaka dan Laut China Selatan sejak kehilangan pesawat itu pada Sabtu lalu tidak menemukan pesawat terbabit.

Beliau menjelaskan meskipun terdapat maklumat radar daripada pihak tentera yang mengesan pergerakan plot (penanda pergerakan pesawat) berpatah balik namun tiada pengesahan bahawa bahawa plot pergerakan itu adalah pesawat MH370.

"Kita melihat kepada sebarang kemungkinan dan apa yang saya hendak tekankan ialah operasi tetap memberikan fokus kepada usaha mencari pesawat yang hilang itu dan berharap dapat menjumpai kotak hitam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelatih, warden ditahan polis

Posted:

Pelatih, warden ditahan polis

Pelatih, warden ditahan polis

Oleh ADHAM SHADAN dan JULIA ISMAIL
berita@kosmo.com.my


SUSPEK-SUSPEK (berbaju oren) dipercayai terlibat kes bunuh seorang pelatih pusat pemulihan dadah di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan dibawa ke Mahkamah Majistret, Kota Bharu semalam untuk mendapat perintah reman.


TUMPAT - Seramai 11 pelatih pusat pemulihan dadah di Wakaf Bharu, di sini dan seorang warden berusia 43 tahun dicekup polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pelatih remaja di pusat itu awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip, dalam kejadian pukul 2.30 pagi mangsa, kesemua suspek berusia 16 hingga 43 tahun difahamkan telah memukul mangsa, Muhammad Aiman Syahmi Hamdan, 18, dengan batang penyapu dan paip getah di tempat kejadian.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah di seluruh badan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat di sini untuk mendapat rawatan segera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Geng Robin Hai curi kereta mewah ditangkap

Posted:

Geng Robin Hai curi kereta mewah ditangkap

Geng Robin Hai curi kereta mewah ditangkap


ABD. MANAF menunjukkan gambar kereta mewah yang berjaya ditemui dalam Ops Lejang Mega pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket curi kenderaan mewah dikenali geng Robin Hai dan merampas 10 kenderaan pacuan empat roda bernilai RM1.9 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Mega, Bandar Teknologi Kajang, di Selangor 18 Februari lepas.

Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Abd. Manaf Abd. Razak berkata, kedua-dua suspek berusia 21 dan 26 tahun itu ditahan bersama dua wanita dipercayai teman wanita mereka ketika Ops Lejang Mega di lokasi kejadian pada 4.30 petang.

Abd. Manaf berkata, ketika kejadian, polis ternampak dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan sebuah Perodua Kancil dibawa keluar dari gudang itu sebelum mengekori ketiga-tiga kenderaan itu sehingga Plaza Tol Sungai Ramal.

"Polis berjaya menghalang kenderaan mereka sebelum kedua-dua Toyota Hilux dinaiki suspek mengundur laju dan merempuh sebuah kenderaan polis yang berada di belakang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Wanita perlu dihormati

Posted:

Wanita perlu dihormati

Wanita perlu dihormati


LELAKI adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap wanita yang telah dinikahi mengikut syarak. - Gambar hiasan


SALAM sejahtera. Menyambung topik minggu lalu mengenai prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita dalam perspektif syariah, banyak hadis Nabi SAW juga menyokong penjelasan ini.

Salah satunya melalui pernyataan bahawa Allah mencipta Hawa daripada tulang rusuk Adam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Justeru, ia jelas menunjukkan bahawa wanita mesti dihormati, dilayan dengan baik dan penuh kesabaran.

Namun, terdapat ayat al-Quran yang meletakkan lelaki pada darjat yang lebih tinggi berbanding wanita.

Ia disebabkan peranan atau fungsi sosial serta biologi yang dilaksanakan oleh kedua-dua jantina dan tidak seharusnya dianggap sebagai kelebihan dengan mengatasi pihak lain (wanita).

Berdasarkan ayat 228, surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya)."

DALAM melayari bahtera rumah tangga, setiap pasangan sama ada suami atau isteri mempunyai peranan masing-masing untuk menjadikan perkahwinan mereka dipenuhi kebahagiaan dan diredai Allah. - Gambar hiasan


Begitu juga dengan ayat 34, surah An-Nisa yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka."

Para mufasir seperti Imam al-Qurtubi berpendapat bahawa istilah 'qawwam' tidak lebih daripada penyumbang sara hidup atau nafkah untuk keluarga yang merupakan perkara biasa dalam kehidupan secara bersama.

Malah, ia pula selaras dengan sifat semula jadi kaum lelaki. Hubungan ini menjelaskan sifat kepimpinannya terhadap keluarga disebabkan perkahwinan dan pelaksanaan tanggungjawabnya kepada Allah.

Ia sebaliknya tidak memberikan kuasa untuk menindas isteri kepada seseorang suami. Ini juga bertujuan mengawal fungsi sosial tanpa mengabaikan hakikat bahawa sumbangan wanita adalah penting dalam memenuhi keperluan kewangan keluarga.

Perbezaan ini sangat penting untuk melenyapkan salah tanggapan terhadap peranan setiap pihak dalam hubungan kekeluargaan atau rumah tangga.

SEBAGAI pemimpin, kaum lelaki sepatutnya perlu menjadi pelindung wanita bukan mengasarinya. - Gambar hiasan


Kefahaman

Tanpa wujudnya kefahaman ini, ia pasti akan mendorong berlakunya penderaan fizikal atau mental yang lazimnya berlaku dalam kelompok masyarakat yang tertentu.

Ini disebabkan kegagalan memahami interpretasi kontekstual ayat-ayat al-Quran yang tertentu dan ia seringkali menyebabkan berlakunya kefahaman ayat-ayat al-Quran hanya secara literal.

Sebagai contoh, ayat yang membenarkan suami memukul isteri telah difahami sebagai galakan untuk melakukan keganasan rumah tangga yang seterusnya mendorong kepada diskriminasi gender.

Peruntukan ini secara khusus melibatkan hukuman fizikal 'dengan tujuan mendisiplinkan isteri tanpa sama sekali mengakibatkan kecederaan' oleh pihak berwajib terhadap wanita yang enggan melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan atau telah nusyuz.

Jika tidak, si suami hendaklah membayar ganti rugi atas apa juga bentuk kecederaan yang dilakukan terhadap isteri. Remedi ini hanya boleh dilakukan selepas beberapa langkah pencegahan dan usaha perdamaian diambil seperti melalui rundingan, nasihat keluarga atau pemisahan tempat tidur.

Ini kerana ajaran Islam tidak pernah sama sekali membenarkan perbuatan memukul atau mendera isteri yang merupakan amalan biasa pada zaman sebelum kedatangan Islam.

Diriwayatkan daripada Sunan Ibn Majah, dalam khutbah Baginda, Rasulullah SAW pernah secara sinis menyebut tentang kebiasaan kaum lelaki yang memukul isteri, namun kemudiannya meniduri mereka.

Selain itu, Aisyah RA juga pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah memukul hamba atau isteri Baginda serta apa-apa juga dengan tangannya.

Lantaran itu, dalam mengimbangi kedua-dua hak, penekanan diberikan terhadap kepentingan mengambil nasihat dan persefahaman secara bersama dalam keputusan keluarga yang disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran.

Ia termasuklah pengurusan nafkah anak selepas penceraian, penyelesaian konflik rumah tangga dan dalam situasi yang rumit seperti penceraian.

Dari hafiz al-Quran ke pemasaran internet

Posted:

Dari hafiz al-Quran ke pemasaran internet

Dari hafiz al-Quran ke pemasaran internet

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


SIAPA sangka seorang hafiz al-Quran juga mempunyai kebolehan dalam bidang pemasaran internet yang semakin berkembang,


BERGELAR hafiz al-Quran, Muttaqien Jamaludin, 30, boleh menjadikan bidang agama sebagai pilihan menjalani kehidupan sebagai pendakwah untuk menarik anak-anak muda mendekatkan diri dengan Islam.

Apatah lagi, anak kelahiran Taiping, Perak ini telah berpeluang menimba ilmu sebagai pendakwah selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh di New Delhi, India dan Bangladesh pada usia 26 tahun.

Keputusan itu dibuat selepas menamatkan kursus Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Madrasah Miftahul Ulum, Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Berkelana selama setahun di bumi New Delhi dan Bangladesh semata-mata untuk mencari pengalaman dan mendalami ajaran Islam yang dibawa Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

"Banyak pengalaman yang saya dapat hasil pengembaraan tersebut sekali gus meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah Yang Esa.

"Sejurus pulang ke tanah air, saya masih lagi meneruskan aktiviti dakwah dan berpeluang mengajar di sebuah sekolah tahfiz di Dengkil, Selangor.

"Bagaimanapun, selepas berkahwin dengan isteri, Nik Fadilah Nik Mohd. Amin pada tahun 2010, saya diajak bekerja dengan bapa mertua dalam bahagian pemasaran di Saba' Islamic Media, sebuah syarikat pengedar buku-buku Islamik terkemuka di negara ini.

"Dari situlah bermulanya minat menceburi bidang pemasaran secara serius terutama apabila melihat impak teknologi internet yang mampu memberi manfaat kepada kita jika digunakan sebaiknya," ujar Muttaqien ketika hadir di pejabat Kosmo! baru-baru ini.


MUTTAQIEN mahu berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki dalam bidang pemasaran internet bersama masyarakat sekali gus membantu mereka menjana pendapatan.


Bahasa asing

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, niatnya terjun dalam bidang ini adalah untuk membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup melalui pemasaran internet.

Justeru, beliau menganggap penglibatannya sebagai jihad dalam meningkatkan ekonomi umat Islam yang sering dilabel ketinggalan berbanding bangsa lain.

Selain boleh berbahasa Arab dengan fasih, Muttaqien bertuah kerana turut menguasai bahasa Mandarin untuk menarik perhatian kaum Cina menyertai bengkel atau kursus yang ditawarkan.

"Saya pernah bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yok Kwan dan SJK (C) Hwa Lian di Taiping, Perak. Disebabkan ayah bertugas sebagai seorang guru, maka keluarga kami kerap berpindah," jelas Muttaqien yang kemudian melanjutkan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Pondok Masjid Ubudiyah, Bukit Chandan, Perak.

Dua tahun selepas itu, Muttaqien meneruskan pengajian pondok di Bukit Lanchong, Seksyen 28, Shah Alam, Selangor diikuti proses menghafaz al-Quran di sebuah sekolah tahfiz di Keramat.

Sebelum ini, Muttaqien pernah mempelajari tentang perubatan Islam dengan seorang doktor, namun ia lebih kepada mempromosi produk makanan sunah melalui laman web.

Perniagaan internet


PERNIAGAAN secara dalam talian semakin mendapat perhatian ramai pada zaman ini kerana ia menjimatkan masa dan tenaga. - Gambar hiasan


Pada tahun 2011, beliau mula serius dalam bidang pemasaran internet selepas mengenali seorang individu yang dianggapnya sebagai guru dalam bidang itu.

"Sejak itu, saya mula menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pemasaran Facebook, suntingan video dan jurulatih dalam talian. Apabila mendapat respons menggalakkan daripada pengguna laman sosial, barulah saya melibatkan diri dengan masyarakat melalui penganjuran, seminar, bengkel dan latihan secara berkumpulan.

"Ia dilakukan mengikut permintaan dan susunan jadual yang telah ditetapkan. Paling popular ialah permintaan untuk mengajar mengenai modul pemasaran Facebook di samping pemasaran Google dan YouTube," terang Muttaqien yang turut menerima tawaran mengajar sektor korporat dan individu persendirian.

Pada mulanya, Muttaqien mengakui, sukar untuk mendapatkan pelanggan kerana namanya masih tidak dikenali. Apatah lagi, untuk mendapatkan kepercayaan dan membina kredibiliti dalam bidang ini bukan mudah untuk diperoleh.

Bagaimanapun, lelaki ini tetap berpegang dengan keyakinan terhadap rezeki yang ditentukan Allah terutama seperti sabda Nabi SAW iaitu sembilan per sepuluh daripada sumber rezeki datangnya daripada perniagaan.

Bagi mereka yang berminat, kelas diadakan pada harga serendah RM29.90 untuk sesi pengenalan terhadap bidang pemasaran internet.

"Ini merupakan cara saya untuk menginfakkan sedikit ilmu yang ada buat masyarakat. Golongan muda mahupun ibu tunggal yang mahu menambah pendapatan, ambil peluang manfaatkan kemudahan teknologi dan gajet canggih dengan sebaiknya," ungkap pemuda yang mesra disapa MJ ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.facebook.com/muttaqien83 atau hubungi talian 018-907 6995.

Hebatnya doa seorang ibu

Posted:

Hebatnya doa seorang ibu

Hebatnya doa seorang ibu

SEPERTI kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, begitulah hebatnya wanita makhluk ciptaan Allah yang perlu dihormati setiap manusia. - Gambar hiasan


SALAM dari Madinah Al-Munawarrah. Firman Allah SWT: "Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku, akan Ku beri dia. Siapa yang meminta ampun, akan Ku ampuni dia."

Duhai wanita, itulah janji Allah SWT. Maka, berdoalah, nescaya Dia akan perkenankan. Lalu saya terkenang kisah seorang anak yang bertahun-tahun merantau jauh ke luar negara. Tiba-tiba hatinya meronta-ronta mahu kembali ke tanah air.

Ia bukan kerana kehilangan pekerjaan atau bukannya hilang tempat berteduh. Bukan. Ia perasaan aneh menyentap jiwa dan perasaan. Hatinya terkenang ibu yang ditinggalkan. Ia rasa kerinduan membuak-buak.

Putaran kenangan semasa kanak-kanak terutamanya ketika dibelai manja muncul silih berganti. Lantas anak itu menyatakan hasrat kepada ibunya, 'Duhai ibuku, daku mahu kembali ke pangkuanmu.'

Allah ya Allah, tiba-tiba hatinya terkenang keperitan ibu membesarkannya di kala hidupnya cukup mudah di negara orang. Rumah modennya kelihatan tidak seceria sebagaimana gobok usang ibunya. Kerusi kenderaan yang dinaikinya tidak seenak belakang dukungan tubuh kering ibunya.

Aneh, tiba-tiba beliau merasai semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin canggih ruang pejabat, namun sofa penggalas duduk tidak seempuk ribaan kasih ibu ketika kecilnya.


DOA seorang ibu mampu memberi kebahagiaan dalam kehidupan anak-anak sama ada di dunia mahupun akhirat. - Gambar hiasan


Kerinduan

Beliau nyatakan, 'Daku sering terlena dan bermimpi di sofa ini. Mimpi diri ditikam dari depan dan belakang. Ada masanya kaki disentap ke bawah dan tangan diikat ke atas sedangkan mata ditutup rapat dan mulut dikunci.

Beliau berhempas pulas mahu melepaskan diri. Subhanallah! Akhirnya, beliau terlepas dalam kesusahan.

Hari itulah beliau menangis pilu bermuhasabah diri. Diam-diam beliau terkenang ibu tua yang ditinggalkan sendirian nun jauh beribu batu. Itulah harga mengejar kejayaan di negara orang. Kejayaan dunia ciptaan sendiri.

Lagi, beliau terbayang usapan penuh kasih dan sayang, ketekunan mendengar rintihan apabila dirinya diperlakukan oleh rakan-rakan. Tergambar senyuman ikhlas melihat beliau menerima anugerah kejayaan.

Malah, beliau terkenang air mata ibu mengalir perlahan di hari konvokesyen. Hatinya bertambah sayu mengenangkan air mata ibu membasahi pipi sambil tangan melambai-lambai melihat dirinya berangkat pergi berhijrah. Ia bagaikan lambaian terakhir.

Pada saat dan detik itu, hatinya cekal melangkah gagah tanpa belas meninggalkan ibu yang melambai longlai semata-mata mahu mengejar impian.

Daku punya cita-cita. Ia hanya soal pilihan antara berada di negara sendiri atau ke luar negara. Di sana lebih lumayan. Aku fikir kehidupan ini perlu diteruskan.

Aneh, tiba-tiba sahaja jawatan dan gaji besar di luar negara tiada makna. Jiwa beliau mati kelemasan merindui wajah dan mata bundar ibunya. Tiba-tiba juga hatinya berbisik perlahan: "Maafkan daku duhai ibu jika selama ini aku mengabaikan dirimu."

Begitulah, saya juga berasa aneh dengan perubahan yang berlaku kepadanya lalu bertanya kepada ibunya, "Duhai wanita seusia dengan ibuku, apakah rahsiamu sehingga begitu hebat terpanggil pulang anak kebanggaanmu?"


PENGORBANAN seorang ibu tiada tandingannya dan sebagai anak, kita bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka sehingga ke akhir hayat. - Gambar hiasan


Dengan penuh kesyukuran si ibu membuka bicara. Katanya, "Allah SWT telah memanggilnya pulang. Berdoalah dari hati. Usah putus berdoa siang dan malam. Sewaktu duduk, berjalan, berdiri mahupun berbaring. Bukankah Allah Maha Mendengar segala yang ada di dalam hati dan apa terkandung di dada?"

Duhai wanita yang seusia dengan ibuku, apakah kandungan doamu? Ibu itu berkongsi rahsia doa yang dipanjatkan kepada Tuhannya pada sepertiga malam tersisa: "Ya Allah, sesungguhnya daku hidup miskin tidak berharta. Satu-satunya harta paling berharga adalah anak yang dianugerah-Mu.

"Ya Allah, sesungguhnya susu yang mengenyangkan perutnya adalah seluruh makanan bagi menyabung nyawaku. Aku menyusuinya di kala perutku kosong berpuasa. Ya Allah, hampirkan daku kepadanya sebelum aku beredar pergi. Ya Allah perkenankanlah."

Doa ibu

Benar. Kami semua tahu. Seluruh jiwa raga tertumpu kepada anaknya. Bersengkang mata ketika anaknya kesakitan. Beliau bahagia melihat anaknya tertawa gembira, berdukacita melihat anaknya gundah gulana serta bersabar melihat kenakalannya.

Beliau berbangga melihat anak berjaya melangkah ke menara tinggi. Namun tiada daya upaya menahan lantaran kemahuan anak begitu kuat sekali mahu menetap di luar negeri.

Akur bahawa anak itu tidak akan hidup bersama ibu buat selama-lamanya. Beliau reda melepaskan anaknya pergi. Namun, kerinduan terhadap anaknya semakin hari semakin menebal. Lalu pada satu pertiga malam masih tersisa beliau mengadu kepada Tuhan yang Maha Berkuasa.

Rintihnya lagi: "Ya Allah Ya Tuhanku, kembalikan anakku di sisi selagi masih ada sisa hayatku. Daku sudah tua dan tidak berdaya. Kudratku, rambutku serta wajahku telah jauh berbeza. Sesungguhnya daku bimbang akan pergi menemui-Mu tanpa dapat menatap wajahnya."

Sungguh, bukankah Allah Maha Mendengar?

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Amaran keras FAM

Posted:

Amaran keras FAM

Amaran keras FAM

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TAUFEK (kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya semalam.


"PERSATUAN Bola Sepak Negeri tidak akan terlepas daripada menerima hukuman jika terus gagal mengawal tingkahlaku para penyokong mereka."

Demikian amaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Tatatertibnya semalam.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Taufek Razak berkata, langkah tersebut adalah untuk memastikan agar perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku ketika sesuatu perlawanan sedang berlangsung.

Taufek menjelaskan, pihak sekadar menjalankan tugas berdasarkan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan FAM.

Justeru, Taufek menyifatkan FAM akan berhenti menghukum persatuan-persatuan negeri sekiranya peminat-peminat bola sepak tempatan mengambil pendirian untuk mengubah sikap negatif itu ketika menyaksikan perlawanan di dalam kawasan stadium.

"Kalau para penyokong tidak mahu melihat persatuan mereka dibeban dengan hukuman, mereka hendaklah menghentikan perbuatan yang tidak diingini itu.

"Hari ini (semalam), persatuan-persatuan negeri agak bertuah kerana tidak dikenakan denda maksimum yang melibatkan aspek kawalan keselamatan. Denda maksimum atas kesalahan keselamatan di stadium adalah RM100,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Semalam, FAM telah mengenakan denda ke atas empat persatuan negeri yang didapati bersalah kerana gagal mematuhi aspek keselamatan yang telah ditetapkan.

Empat persatuan tersebut adalah Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

PBNP yang menghadapi enam pertuduhan ketika aksi menentang Lions XII dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 17 Januari dan 7 Februari lalu, dikenakan denda sebanyak RM30,000.

PBSNT pula menghadapi dua pertuduhan ketika perlawanan T-Team bertemu Johor DT dan mereka dikenakan denda sebanyak RM10,000 manakala FAS yang menghadapi tiga pertuduhan, dikenakan denda sebanyak RM15,000 gara-gara salahlaku penyokong pada aksi menentang T-Team 18 Januari lalu.

PAFA didenda RM20,000 selepas dikenakan empat pertuduhan atas kegagalan menyediakan kawalan keselamatan ketika menentang Terengganu pada 25 Januari lalu.

Tambah Taufek, pihaknya menangguhkan seketika mesyuarat melibatkan Sarawak pada aksi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana siasatan masih belum selesai.

Pertembungan klasik dua gergasi Pantai Timur

Posted:

Pertembungan klasik dua gergasi Pantai Timur

Pertembungan klasik dua gergasi Pantai Timur

Oleh M. RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my

NWAKAEME (kanan) menjadi sandaran Pahang untuk merobek gawang Kelantan pada aksi Liga Super di Kota Bharu malam esok.


PERTEMBUNGAN dua gergasi Pantai Timur, Pahang dengan Kelantan dalam saingan Liga Super malam esok pasti panas.

Pahang selaku juara Piala Malaysia musim lalu tidak mahu reputasi mereka tercalar manakala Kelantan pula sedang berada di kemuncak prestasi ekoran kemenangan bergaya 2-0 ke atas kelab Hong Kong, South China pada aksi peringkat Kumpulan G kempen Piala AFC di Kota Bharu malam kelmarin.

Bagi Pahang, misi mereka di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu itu malam esok adalah untuk membawa pulang tiga mata penuh bagi mengukuhkan cengkaman mereka dalam carta liga.

Seperti biasa, misi Pahang untuk memburu kemenangan di Kota Bharu akan sekali lagi disandarkan kepada dua penyerang importnya, Matias Conto dan Dickson Nwakaeme.

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata, beliau mahu melihat gandingan Conti dan Nwakaeme mempamerkan aksi terbaik apabila berdepan anak-anak buah Steve Darby itu nanti.

"Saya agak puas hati melihat Nwakaeme yang sudah mula mempamerkan aksi sebenarnya apabila membantu Pahang menundukkan ATM 4-1 Sabtu lalu.

"Semua orang tahu Nwakaeme mempunyai kemahiran luar biasa sejak bersama Kelantan musim lalu dan dia berkemampuan merobek gawang lawan," katanya.

Zainal Abidin memberitahu, biarpun Nwakaeme mengalami sedikit kecederaan namun ia dijangka pulih sepenuhnya menjelang aksi di Kota Bharu nanti.

Menurutnya, beliau bagaimanapun belum membuat keputusan sama ada menurunkan gandingan Nwakaeme dan Conti dalam kesebelasan utama atau sebaliknya.

"Saya akan memantau prestasi mereka berdua setiap masa dan kami berharap agar mereka dapat mempamerkan mutu permainan yang lebih mantap," ujarnya.

Beliau berkata, Tok Gajah akan menggunakan khidmat Mohd. Faizol Husin di bahagian tengah apabila Mohd. Hafiz Kamal tidak dapat diturunkan ekoran digantung satu perlawanan.

"Saya tidak bimbang biarpun tanpa kelibat Mohd. Hafiz kerana Mohd. Faizol telah membuktikan sentuhannya juga berbisa apabila turut menyumbang satu gol ketika menundukkan ATM minggu lalu," jelasnya.

Zainal berkata, semua pemain harus bermain dengan baik dan tidak boleh leka kerana Kelantan mempunyai ramai pemain yang mampu menjaringkan gol.

Tambahnya, jentera pertahanan perlu berfungsi dengan baik untuk mengekang asakan tuan rumah dan selain memastikan Tok Gajah menguasai posisi tengah untuk mencorak serangan ke kubu lawan.

"Perlawanan ini amat dinantikan oleh kedua-dua pasukan apatah lagi penyokong Kelantan menunggu kehadiran Nwakaeme yang telah membantu mereka meraih Piala FA musim lalu.

"Saya yakin kami mampu membawa pulang tiga mata untuk terus mendaki carta Liga Super musim ini," jelas Zainal penuh yakin.

Malaysia mula langkah kanan

Posted:

Malaysia mula langkah kanan

Malaysia mula langkah kanan

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


PEMAIN Afrika Selatan, Julian Hykes (dua dari kiri) cuba melepasi kawalan pemain Malaysia pada aksi sulung PSAS di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam tadi.


SKUAD hoki senior negara berjaya mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) selepas menewaskan Afrika Selatan 3-2 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam tadi.

Pada aksi tersebut, skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan padang Muhammad Shahril Saabah seawal minit ke-11.

Tersentak dengan jaringan awal itu, Afrika Selatan bangkit untuk mengasak kubu skuad negara, sekali gus mengikat kedudukan 1-1 hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jethro Eutice pada minit ke-16.

Pada babak kedua perlawanan, skuad negara meledakkan gol kedua menerusi jaringan Muhammad Rashid Baharom pada minit ke-42.

Bagaimanapun, Eutice muncul 'penyelamat' buat skuad kendalian Fabian Gregory itu apabila sekali lagi mencipta gol penyamaan pada minit ke-57 untuk mengikat kedudukan 2-2 buat Afrika Selatan.

Kerja keras skuad negara untuk mencari gol kemenangan berhasil apabila pakar flick, Faizal Saari berjaya memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-64.

Sementara itu, juara bertahan, Australia tidak berdepan sebarang masalah untuk melakar kemenangan apabila mudah membelasah China 7-0 pada aksi pembukaan PSAS.

Nicholas Budgeon muncul wira skuad The Kokkaburas apabila berjaya meledakkan hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ketiga, 56 dan 65 perlawanan.

Trent Mitton tidak ketinggalan untuk melakar nama selaku penjaring selepas menyumbat masuk gol keempat pada minit ke-20 diikuti jaringan Jamie Dywer (34) dan Jafob Whetton (37).

Russel Ford melengkapkan pesta gol pasukan ranking pertama dunia itu dengan meledak gol ketujuh pada minit ke-47 perlawanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lapan hektar hutan di Pulau Aman terbakar

Posted:

Lapan hektar hutan di Pulau Aman terbakar

Lapan hektar hutan di Pulau Aman terbakar

14/03/2014 8:52pm

BATU KAWAN - Kebakaran lebih lapan hektar kawasan hutan di Pulau Aman, di sini belum dapat dipadamkan sepenuhnya berikutan keadaan cuaca yang panas dan kering.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azhar Samat berkata, sejak kebakaran pada pukul 3.30 petang semalam, seramai 25 anggota bomba ditugaskan di kawasan itu.

"Operasi tertumpu kepada dua bahagian hutan berkenaan dan kami cuba mengawal api bagi mengelak ia merebak ke rumah penduduk.

"Sehingga ini usaha memadamkan api telah lebih 24 jam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Masalah muka bumi yang curam, ketiadaan pili bomba dan jalan darat untuk sampai ke pulau itu sehingga anggota-anggota bomba terpaksa mengepam air laut antara faktor mengapa api sukar dipadam dengan cepat. - Bernama

Gabenor Jakarta dipilih untuk calon Presiden Indonesia

Posted:

Gabenor Jakarta dipilih untuk calon Presiden Indonesia

Gabenor Jakarta dipilih untuk calon Presiden Indonesia

14/03/2014 8:15pm

JAKARTA - Parti pembangkang utama Indonesia mempertaruhkan populariti Gabenor Jakarta, Joko Widodo sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden hari ini sekali gus meletakkan beliau sebagai pesaing utama dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada Julai nanti.

Sebuah kaji selidik di sini telah menunjukkan bahawa Joko yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi mampu memenangi jawatan presiden itu dengan mudah jika dicalonkan.

Joko dianggap sebagai muka baharu berbanding calon lain yang telahpun bertanding beberapa kali sebelum ini malah sejak era demokrasi dan kebanyakannya mempunyai kaitan dengan pihak ketenteraan.

Media Indonesia sejak beberapa bulan yang lalu telah memerhatikan setiap langkah dalaman Parti Demokratik Perjuangan (PDI-P) untuk melihat sama ada bekas Presiden dan Pengerusi Parti itu, Megawati Sukarnoputri akan meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Joko menjawat jawatan tersebut.

Anak perempuan kepada Megawati, Puan Maharani, selaku pegawai kanan rasmi PDI-P turut membacakan kenyataan daripada ibunya yang mengatakan bahawa dia menyokong Joko Widodo sebagai calon presiden daripada Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia.

Joko yang memakai baju flanel dan turut merupakan penggemar band rock termasuk Metallica telah menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat. Beliau dipercayai memperoleh sokongan pelbagai pihak untuk mencorak tampuk kepimpinan yang baharu. - AFP

Pandelela-Mun Yee raih gangsa Kejohanan Siri Dunia di Beijing

Posted:

Pandelela-Mun Yee raih gangsa Kejohanan Siri Dunia di Beijing

Pandelela-Mun Yee raih gangsa Kejohanan Siri Dunia di Beijing

14/03/2014 7:21pm

KUALA LUMPUR - Jaguh acara terjun Malaysia, Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee merangkul pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 di Beijing, China hari ini.

Pasangan negara itu mengumpul 303.96 mata untuk meraih gangsa, kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional di Beijing.

Pasangan China, Chen Ruolin dan Liu Huixia seperti dijangka memenangi pingat emas setelah mengumpul 347.52 mata dan pingat perak menjadi milik gandingan Kanada, Roseline Filion dan Meaghan Benfeito dengan jumlah 307.56 mata.

Bagaimanapun pasangan acara 3m papan anjal seirama lelaki negara, Ahmad Amsyar Azman dan Ooi Tze Liang gagal menyerlah selepas menduduki tempat terakhir daripada tujuh pasangan dengan 366.99 mata.

Pasangan wanita negara acara 3m papan anjal seirama Cheong Jun Hoong dan Ng Yan Yee juga perlu meningkatkan prestasi mereka selepas kedua-duanya terikat di tempat kelapan dengan 282.60 mata. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Keluarga penumpang MH370 ancam saman kerajaan Malaysia

Posted:

Keluarga penumpang MH370 ancam saman kerajaan Malaysia

Keluarga penumpang MH370 ancam saman kerajaan Malaysia

AP
BEBERAPA saudara penumpang pesawat MH370 yang hilang menunggu berita terbaharu tentang pesawat tersebut di sebuah bilik hotel di Beijing semalam.


BEIJING - Sebilangan saudara-mara penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Laut China Selatan mendesak kerajaan Malaysia dan China memberikan jawapan berhubung kehilangan misteri pesawat malang berkenaan, lapor agensi berita Reuters semalam.

Mereka juga mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia selain mahu berjumpa dengan Presiden China, Xi Jinping kerana pesawat tersebut masih belum ditemui.

Anggota-anggota keluarga itu juga memarahi para petugas media, MAS dan juga kerajaan mereka sendiri kerana tidak mengendahkan permintaan mereka.

"Saya betul-betul mahu berjumpa dengan Jinping dan saya juga tidak tahu apa yang lebih penting daripada nyawa 239 orang di dalam pesawat itu," kata seorang wanita muda yang mahu dikenali sebagai Wen.

"Saya juga mahu bertanya kepada Jinping jika orang tersayang atau ahli keluarga anda berada dalam pesawat itu, apakah perasaan anda," katanya sambil menangis.

"Suami saya berada dalam pesawat itu dan setiap hari anak-anak saya bertanya mengenai bapa mereka, apa yang patut saya beritahu mereka.

"Kami kini tidak tahu apa yang patut dilakukan dan memerlukan kerajaan untuk menyokong kami," tambahnya.

Seorang lagi keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu bahawa, dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

"Sudah tentu kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang terjadi sesuatu yang teruk.

"Kami tidak menyaman MAS tetapi kerajaan Malaysia," katanya kepada wartawan.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru.

Seramai 153 penumpang pesawat itu ialah warga China.

Pesawat tersebut juga membawa 38 rakyat Malaysia itu hilang pada Sabtu lalu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

- Agensi

Pusat kawalan udara Vietnam jadi tempat operasi cari MH370

Posted:

Pusat kawalan udara Vietnam jadi tempat operasi cari MH370

Pusat kawalan udara Vietnam jadi tempat operasi cari MH370


AFP
BEBERAPA penumpang menyaksikan sebuah pesawat Pengawal Pantai yang digunakan dalam misi mencari kapal terbang MH370 yang hilang di Lapangan Terbang Phu Quoc, Vietnam semalam.


PULAU PHU QUOC - Pihak berkuasa Vietnam menjadikan sebuah pusat kawalan trafik udara di pulau ini sebagai pusat kawalan bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang pada Sabtu lalu.

Laporan awal menyatakan bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China terhempas di perairan berhampiran pulau berkenaan.

Kumpulan wartawan dari China, Malaysia, Kemboja dan dari negara-negara Barat juga membanjiri pulau kecil ini sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, selepas hampir enam hari, usaha mencari tersebut masih belum menemui sebarang petunjuk.


AFP
DUA buah kapal Pengawal Pantai berlabuh di sebuah pangkalan tentera di Pulau Phu Quoc kelmarin.


Sebuah pusat kawalan udara di pulau ini kini dijadikan sebuah pusat arahan apabila para pegawai Vietnam turut memberikan sidang media hampir setiap hari.

Sidang media itu mula didapati semakin kurang menarik bagi para wartawan selepas operasi mencari sejak beberapa hari lalu tidak membuahkan sebarang hasil.

Sebahagian wartawan mula mempertimbangkan untuk pergi ke lokasi lain dan beberapa petugas media yang lain menghubungi ibu pejabat masing-masing untuk berbincang langkah mereka yang seterusnya.

Namun, mereka kembali semula ke pusat kawalan berkenaan selepas kerajaan Vietnam menghantar sebuah lagi pesawat untuk meninjau perairan itu sekali lagi dan berharap ada petunjuk baharu yang ditemui.

Timbalan Komander Tentera Laut Vietnam, Navy Le Minh Thanh memberitahu wartawan, kerajaan melakukan apa sahaja yang termampu untuk mencari pesawat malang berkenaan.

"Misi itu tidak berubah dan semua pasukan penyelamat terus mencari di barat perairan Pulau Phu Quoc dan pantai timur Vietnam tetapi tiada sebarang serpihan atau tanda pesawat itu dijumpai," katanya. - Bernama

Tentera India tingkat usaha cari pesawat MAS

Posted:

Tentera India tingkat usaha cari pesawat MAS

Tentera India tingkat usaha cari pesawat MAS

NEW DELHI - Tentera India semalam meningkatkan usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang pada Sabtu lalu dengan menghantar tiga buah kapal dan tiga kapal terbang ke Laut Andaman dan Kepulauan Nicobar, kata sumber Tentera Laut India semalam.

Seorang pegawai kanan tentera laut berkata, Kementerian Pertahanan mengarahkan penghantaran kapal dan pesawat itu untuk mencari pesawat malang berkenaan di perairan tersebut yang lebih hampir dengan Myanmar dan Malaysia berbanding India.

"India secara rasmi menyertai operasi mencari kapal milik Penerbangan Malaysia itu pada waktu tengah hari dengan menghantar tiga buah kapal," katanya.

Ujarnya, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam misi tersebut.

Dalam pada itu, Tentera Laut Diraja Thailand mengumumkan bahawa ia akan terus membantu Malaysia dalam usaha mencari pesawat-pesawat Boeing 777-200 itu, lapor agensi berita Thai News Agency.

Ketua Tentera Laut Diraja Thailand, Narong Pipatanasai menegaskan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan Malaysia untuk mencari pesawat yang hilang tersebut.

Beliau memberitahu, Thailand hanya akan menarik diri misi berkenaan sekiranya diminta sendiri oleh kerajaan Malaysia.

Tentera Laut Diraja Thailand telah menghantar kapal peronda, HTMS Pattani, sebuah helikopter dan sebuah pesawat bagi menyertai misi beberapa negara mencari pesawat itu di Laut Andaman dan Teluk Siam selepas Malaysia meminta bantuan.

Sehingga kini, pesawat itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing masih belum ditemui dan kehilangan itu dianggap paling misteri dalam sejarah penerbangan moden.- - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Syuhada teruja diberi kepercayaan

Posted:

Syuhada teruja diberi kepercayaan

Syuhada teruja diberi kepercayaan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


KANAN: Nurul Syuhada mengakui teruja apabila dilantik sebagai duta jenama tudung terkemuka buat kali pertama dalam hidupnya.


MULA mengenali jenama tudung Ariani sejak tahun awal kemunculannya, personaliti wanita popular tanah air, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zain, 30, tidak pernah menyangka akan terpilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi jenama tudung premium itu.

Menurut Nurul Syuhada, sewaktu bergelar wartawan penyiaran dan pengacara rancangan Nona di TV3, dia telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai butik Ariani yang baru dibuka ketika itu untuk dimuatkan dalam segmen fesyen.

"Selain itu, ibu juga merupakan peminat setia jenama tersebut dan mempunyai banyak koleksi tudung Ariani. Justeru, saya sering menghadiahkan tudung-tudung Ariani kepada ibu sebagai penghargaan daripada seorang anak.

"Malah, sebelum berhijab dahulu, saya pernah meminjam tudung berkenaan daripada ibu untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Namun, siapa sangka, jodoh saya dan Ariani ditemukan sekali lagi apabila dilantik sebagai duta," ujar Nurul Syuhada ketika ditemui Kosmo! sewaktu majlis pelancaran Previu Eksklusif dari Galeri Ariani yang berlangsung penuh meriah di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Nurul Syuhada, beliau rasa amat teruja dan gembira kerana diberi kepercayaan sebagai wajah baharu Ariani bagi menggantikan Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot yang akan berhijrah ke Australia.

Eksklusif

"Ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai duta fesyen wanita bertudung. Maka, pastinya dengan legasi Ariani sebagai pelopor fesyen wanita bertudung di Malaysia, saya berharap saya dapat meneruskan kejayaan yang telah diperoleh.


BARISAN pelanggan setia Ariani yang memenangi cabutan bertuah melalui peraduan yang diadakan akhir tahun lalu.


"Saya yakin, dengan jaminan mutu fabrik yang berkualiti tinggi, rekaan yang sopan, anggun dan mudah digayakan, Ariani mampu untuk pergi lebih jauh.

"Walaupun pasaran tudung semakin berkembang, kelebihan Ariani dengan penghasilan secara eksklusif dengan jahitan manik dan sulaman sukar disangkal sekali gus memuaskan hati pelanggan," ujar Nurul Syuhada, isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa yang mula memakai hijab pada bulan Ramadan 2012.

Dilantik secara rasmi sebagai Duta Ariani pada 6 Mac lalu, Nurul Syuhada memberitahu, penyampaian dan gaya kreatif industri fesyen dalam menjual tudung sebenarnya satu perkara yang baik.

Tidak kiralah apa cara yang dilakukan, niat sebenar mereka adalah untuk menarik minat wanita berhijab.

"Jika ada wanita yang membuat keputusan untuk bertudung kerana fesyen itu menarik, maka ia satu perkembangan yang positif. Mungkin daripada mengikut-ikut, akhirnya seseorang wanita itu sudah pasti akan berubah sepenuhnya.

"Jika ini berlaku, secara tidak langsung industri fesyen juga telah melakukan kebaikan kerana berjaya menarik minat wanita yang tidak bertudung untuk menutup aurat seperti yang dituntut dalam Islam.

"Namun, bagi wanita yang sudah pun berhijab atau mahu berhijab, mereka perlu memakainya dengan niat untuk mengikut syariat Islam dan bukan sekadar mengikut aliran fesyen," tegas Nurul Syuhada yang mula dikenali selepas menjuarai program Malaysian Top Host pada tahun 2005.

Peningkatan positif

Mengulas mengenai industri tudung dan busana Muslimah di Malaysia, wanita yang berlesung pipit ini mengakui, ia semakin menunjukkan peningkatan yang positif.

"Kita dapat lihat di pasaran, banyak menawarkan koleksi tudung dari pelbagai jenis, material, warna dan corak.

"Secara tidak langsung, ia membuktikan golongan wanita bertudung kini semakin bijak bergaya dan memiliki cita rasa fesyen yang baik tetapi pada masa yang sama mengekalkan imej Muslimah," ungkap Nurul Syuhada yang akan berusaha merealisasikan visi dan misi Ariani sebagai pengeluar tudung berkualiti tinggi dan eksklusif sekali gus memberi inspirasi kepada wanita yang mementingkan penampilan.

Mula bertapak di Jalan Masjid India bermula April 2008, Ariani pada ketika itu hanya sebuah premis kecil. Tetapi, dalam tempoh enam tahun, populariti jenama itu semakin mendapat tempat di hati pelanggan terutama wanita.


PERTUNJUKAN fesyen yang menampilkan koleksi selendang eksklusif Siti Nurhaliza by Ariani yang mampu menarik perhatian ramai.


Setakat ini, Ariani sudah mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia dan pihak pengurusan merancang untuk menambah beberapa cawangan baharu menjelang akhir tahun 2015 termasuk di luar negara iaitu Brunei.

Pengarah Eksekutif Ariani, Norhana Sharkhan berkata, melalui rangka promosi yang dijalankan, jenama ini sentiasa menjadi perhatian ramai.

"Pada awalnya, kami mencipta revolusi tersendiri apabila pelapik tudung keras tudung daripada fabrik lycra dan Thai silk yang dihasilkan menjadi item wajib bagi wanita berhijab. Sejak itu, Galeri Ariani terus berusaha untuk tampil dengan pelbagai fesyen tudung bagi memenuhi gaya dan permintaan pengguna.

"Malah, gabungan dua figura terkenal iaitu Nora'asikan Rahmat atau Ekin dan Wardina Safiyyah sebagai duta Ariani berjaya menarik minat pelanggan dengan ketrampilan wajah baharu mereka bersama koleksi tudung Ariani.

"Kini, tugas tersebut digalas pula oleh Nurul Syuhada yang dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuk bentuk wajahnya yang sesuai menggayakan apa jua jenis tudung dan personaliti beliau sendiri," tutur Norhana sambil memberitahu, Ariani sering menghadiri pameran tekstil antarabangsa seperti di Paris, Perancis dan Jerman dalam usaha meningkatkan kualiti produk dan pemilihan fabrik seiring dengan fesyen terkini.

Pada majlis itu turut diadakan acara penyampaian hadiah kepada 66 pemenang cabutan bertuah dalam peraduan yang diadakan sempena jualan murah akhir tahun pada 2013 sebagai penghargaan buat pelanggan Ariani.

Hiburkan hadirin

Kesemua pemenang tersebut menerima hadiah berupa karpet eksklusif Iran bernilai RM5,500, telefon bimbit iPhone 5s dan baucar membeli-belah RM1,000.

Salah seorang pemenang, Afiah Ahmad, 40, memberitahu, dia telah membelanjakan kira-kira RM2,000 di butik Ariani cawangan Shah Alam.

"Terima kasih kepada Ariani di atas peraduan yang dianjurkan ini. Saya pasti, ia akan menambahkan lagi kepercayaan pelanggan terhadap mereka," katanya yang berasal dari Johor.

Selain pertunjukan fesyen koleksi tudung terbaharu Ariani, majlis minum petang itu juga, diserikan dengan kehadiran penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang menyampaikan dua buah lagu bagi menghiburkan para hadirin.

Lelongan amal tudung Ariani juga diadakan untuk tiga koleksi karya agung yang berjaya mengutip dana berjumlah RM23,000 untuk diserahkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih.

Kempen berkelah Sunway Lagoon

Posted:

Kempen berkelah Sunway Lagoon

Kempen berkelah Sunway Lagoon

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


ANTARA aktiviti mencabar ditawarkan termasuklah flying fox.


RUANG udara dipenuhi dengan bunyi gelak tawa kanak-kanak yang seronok berkelah di gigi pantai buatan manusia di Pantai Luncur Taman Hiburan Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.

Segelintir mereka teruja membasahkan buku lali dan ada juga yang sibuk mengorek pasir membuat istana idaman masing-masing menggunakan set peralatan mainan pasir.

Seramai 60 kanak-kanak dari rumah kebajikan, Yayasan Sunbeams Home dan City Revival itu dibawa khas untuk berkelah bersempena kempen cuti sekolah School's Out Quack's In yang dilancarkan oleh Sunway Lagoon baru-baru ini.


ORANG ramai mengambil peluang menyejukkan diri dengan melakukan aktiviti air pada musim panas.


Menyokong aktiviti sihat bersama keluarga, Pengurus Besar Yayasan Sunbeams Home, Victor Maniam berkata, kempen tersebut mampu meningkatkan nilai hubungan di antara kanak-kanak dan keluarga.

"Berkelah merupakan salah satu aktiviti paling mudah dilakukan bersama ahli keluarga dan saya pasti anak-anak adalah golongan yang paling teruja.

"Di samping memanfaatkan masa pada cuti sekolah dengan acara sihat, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan menerusi aktiviti-aktiviti seperti bermain pasir dan luncur air," jelasnya yang turut teruja melihat aksi kanak-kanak dari yayasannya bermain air.


SERAMAI 60 kanak-kanak dari dua rumah kebajikan diberi peluang menikmati perkelahan di Sunway Lagoon sempena pelancaran kempen School's Out Quack's In.


Pengalaman baharu

Tambahnya, menerusi aktiviti tersebut anak-anak dapat menerokai pengalaman baharu dan tidak hanya berkurung di dalam bilik untuk bermain permainan video di komputer.

Selain seronok bermain di tepi pantai sambil menikmati bekalan makanan, anak-anak dari rumah kebajikan itu juga dihiburkan dengan gelagat dua badut nakal dan maskot Captain Quack serta Lady Quack.

Dalam pada itu, Pengarah Perundingan Sunway Lagoon, Bill Holman memberitahu, kempen tersebut menawarkan harga pakej keluarga bernilai RM275.

AKTIVITI go-kart turut disediakan dengan bayaran sebanyak RM20 untuk setiap perjalanan.


"Pakej ini untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Kami juga akan memberikan baucar makan percuma bernilai RM20 dan runcit sebanyak RM10.

"Anda juga boleh menambah RM40 untuk mendapatkan set bakul berkelah edisi terhad Sunway Lagoon yang mempunyai tikar dan minuman di dalamnya," jelasnya.

Bersempena dengan kempen cuti sekolah itu juga, pengunjung disarankan mengambil bahagian dalam aktiviti mencari harta karun Cari, Ambil dan Menang untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan.

Bagaimanapun, Holman berkata, acara berkelah bukan sahaja mengenai bermain air dan pasir, tetapi ahli keluarga juga boleh melakukan aktiviti menyeronokkan di 80 jenis tarikan di Sunway Lagoon seperti perjalanan air taman tema terbesar di dunia, Vuvuzela, Waterplexx Lima Dimensi pertama dunia dan Taman Hidupan Liar Interaktif.


UJIAN keberanian anda dengan mencuba terjun lelabah ini.


Tiga taman tema

Aktiviti-aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada tarikan tiga taman tema yang diperkenalkan Sunway Lagoon iaitu Dunia Pengembaraan, Hutan Liar Barat dan Perairan Afrika.

Mengulas lebih lanjut tentang taman hiburan itu, Holman memberitahu, suasana yang diwujudkan memberi peluang kepada warga elit untuk menikmati pengalaman berkelah seperti di tepi lautan sebenar dengan suasana nyaman dan bunyi deruan ombak.

Terdahulu, Sunway Lagoon turut menawarkan aktiviti-aktiviti mencabar seperti terjun lelabah, go-kart, paintball dan G-Force X.

Tiket masuk untuk dewasa dan warga emas bukan warganegara ialah RM120 dan RM90 manakala bagi warganegara dewasa (RM90) dan warga emas (RM65). Waktu operasi bermula dari 10 pagi sehingga 6 petang untuk setiap hari. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.sunwaylagoon.com.my atau hubungi di talian 03-5639 0000.

Mandi hadas di sungai dan pantai

Posted:

Mandi hadas di sungai dan pantai

Mandi hadas di sungai dan pantai


SUNGAI atau pantai termasuk dalam kategori air yang mengalir dan sah untuk mandi hadas di dalamnya.


SOALAN: Assalamualaikum Ustaz. Apakah boleh seseorang itu mandi hadas di sungai atau pantai kerana sedangkan orang ramai turut mandi dan berenang di kawasan tersebut dan mungkin mereka membuang air kecil? Mohon ustaz jelaskan.

JAWAPAN:

Waalaikumsalam. Terima kasih kepada saudara kerana sudi bertanya soalan. Pertamanya, kita perlu tahu bahawa air yang melebihi kadar dua kolah, yakni anggaran isipadunya kira-kira 230 liter atau 52 gelen adalah suci dari najis. Justeru, adalah harus untuk bersuci dan mengangkat hadas besar menggunakan air tersebut.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa air sungai atau laut merupakan air mutlak dan sudah pasti melebihi sukatan dua kolah itu. Bahkan, air sungai dan laut sifatnya mengalir dan najis orang yang membuang air kecil tidak mempengaruhi warna, bau dan rasa air sungai atau laut.

Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain, melainkan ia berubah dari segi warna, bau dan rasa.

Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis (mutanajjis) apabila jatuh najis ke dalamnya, tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa mengikut pandangan mazhab Syafie.

Jika mandi dalam sungai, laut ataupun kolam renang yang cukup sukatannya, hanya cukup setakat menyelam sebanyak dua tiga kali sahaja sambil berniat mengangkat hadas besar. Bagi wanita yang berambut panjang, pastikan air membasahi kulit kepala.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hunny sanggup ambil risiko

Posted:

Hunny sanggup ambil risiko

Hunny sanggup ambil risiko

HUNNY MADU kini mahu fokus dan serius dalam bidang nyanyian.


ENAM tahun bagi Hunny Madu sudah cukup untuk menggalas tugasan sebagai penyampai radio Fly FM dan Hot FM.

Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd. Hatim, 29, akhirnya melepaskan tugasannya itu pada 31 Disember lalu.

Ia adalah bagi menumpukan perhatiannya pada bidang nyanyian dan syarikat produksi milik keluarga, MTertain Sdn. Bhd.

"Saya bermula sebagai penyampai radio dan ia tempat yang bagus untuk mengasah bakat. Kalau tak jadi penyampai radio, mungkin saya tiada peluang jadi hos program seperti Nasi Lemak Kopi O dan Versus.

"Bagaimanapun, sebelum umur 30 tahun, saya buat keputusan untuk fokus menyanyi, dan ia lebih baik jika saya tidak terikat dengan mana-mana stesen radio.

"Kalau kita menyanyi dan juga menjadi penyampai radio, muzik kita akan mati. Jadi, saya korbankan kerjaya radio untuk jadi penyanyi," ungkapnya ketika ditemui pada majlis pelancaran suatu jenama barangan kemas di KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini

Memilih untuk menyanyi daripada menjadi penyampai radio, Hunny mengakui risikonya. Namun, dalam hidup dia perlu mengambil risiko itu.

"Ada orang cakap lebih baik saya jadi penyampai radio daripada menyanyi. Saya ambil sebaris bait lagu Oh Chentaku sebagai kekuatan iaitu 'baik mati mencuba, jangan mati kecewa'.

"Semua benda saya buat kerana minat tetapi apabila kita sudah kurang minat, baik undur diri daripada beri kesan kepada pasukan," akuinya yang mencintai dunia nyanyian lebih daripada dunia penyampaian radio.

Selama ini, Hunny tidak berpeluang serius dengan nyanyian sebab sibuk dengan komitmen pada radio. Jadi, dia korbankan kerjaya di radio demi mencapai impiannya untuk bergelar penyanyi.

"Selain tu, saya juga kini bergelar penerbit bagi syarikat produksi milik keluarga iaitu MTertain Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu.

"Kami menghasilkan program-program untuk stesen-stesen TV. Setakat ini kami sudah terbitkan dua program iaitu Raikan Cinta dan Destinasi Ria," kongsinya lagi.

Anak Sheila Majid

Bakal melancarkan album mixtape pada April depan, Hunny memilih untuk berkolaborasi bersama anak penyanyi hebat, Sheila Majid iaitu Kayda Aziz.

"Album mixtape ini dibuat untuk promosi sahaja. Maksudnya ia percuma. Album yang berjudul Go Hard Or Go Stan ini menampilkan dua penyanyi rap wanita iaitu saya dan Kayda. Ia akan dilancarkan pada bulan April depan.

"Di Malaysia, belum ada penyanyi rap wanita terutama sekali yang bergabung dalam satu album yang sama.

"Kayda merupakan seorang penyanyi rap wanita yang berbakat dan kebetulan, sambutan hari jadi kami berdua pada bulan April. Jadi, sangat sesuai album ini dilancarkan pada bulan April," jelas ibu kepada seorang anak perempuan yang kini berusia setahun, Eva Medina.

Selain menyanyi dan bertindak sebagai penerbit syarikat produksi keluarga, Hunny juga masih menjadi pengacara TV untuk program Nasi Lemak Kopi O dan Hip TV.

Kata Hunny, dia suka menjadi pengacara TV kerana sentiasa didedahkan dengan maklumat baharu.

"Saya sentiasa berminat menjadi pengacara TV. Menerusi Nasi Lemak Kopi O, saya didedahkan dengan intipati mengenai Malaysia.

"Ia membuatkan saya tahu banyak perkara yang saya tidak tahu selama ini," hujahnya yang kini sudah tiga tahun bersama Nasi Lemak Kopi O dan setahun bersama Hip TV.

Hati hancur

Terlanjur berkongsi cerita mengenai kerjaya, Hunny turut ditanya mengenai anak perempuannya, Eva.

Tidak menolak Eva juga menjadi salah satu punca dia meninggalkan kerjayanya di radio, kata Hunny, baru-baru ini hatinya hancur kerana buat pertama kalinya Eva dimasukkan ke hospital kerana demam virus.

"Anak saya baru lepas baik daripada demam virus. Sebagai ibu, hati saya memang hancur melihat anak saya dimasukkan ke hospital buat pertama kalinya," ujarnya.

Menguis rasa sedihnya yang tiba-tiba hadir itu, kongsi Hunny lagi mengenai Eva, anaknya itu sudah peka dengan persekitaran dan petah berbicara sepertinya.

Eina diikat tanpa kontrak

Posted:

Eina diikat tanpa kontrak

Eina diikat tanpa kontrak

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

EINA menegaskan, sepanjang 13 tahun karier lakonannya, dia tidak pernah melarikan diri dari set penggambaran.


SUASANA ketika sesi temu bual Eina Azman bersama media berlangsung sedikit tegang. Dia ditemui ketika sidang akhbar tayangan perdana filem Zombi Kilang Biskut di 1Utama, Petaling Jaya, Selangor, Selasa lalu.

Eina lebih banyak mengunci mulut daripada melatah, tambahan dia didampingi oleh kakak-kakaknya serta dua wanita lain sebelum dia memberikan 'lampu hijau' butir bicara yang boleh diperkatakan.

Menurut laporan beberapa buah akhbar mingguan Ahad lalu, Eina didakwa nekad melarikan diri dari set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung di Jakarta, Indonesia.

Menurut penerbit Sheunik Sdn. Bhd., Richard Ung, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 19, dijadualkan berada di Jakarta dari 19 Februari hingga 4 Mac.

Bagaimanapun, pelakon muda itu mendesak untuk pulang ke Kuala Lumpur bagi mempromosi filem lakonannya, Zombi Kilang Biskut pada 4 Mac lalu.

Tanpa persetujuan pihak produksi, Eina telah pulang ke Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu dan mendiamkan diri walaupun dia dihubungi banyak kali.

Apakah penjelasan Eina berhubung perkara itu? Ikuti temu bual Eina bersama Kosmo!.

Kosmo!: Adakah benar dakwaan Eina lari dari set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung di Jakarta tanpa sebab yang masuk akal?

EINA: Sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan, bagaimanakah saya mahu meneruskan penggambaran.

Saya bekerja di negara orang, kalau apa-apa terjadi, siapa yang mahu bertanggungjawab dan apakah jaminan saya?

Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi (panas) di atas katil. Berdasarkan skrip, saya perlu melakonkan babak-babak tersebut.

Khabarnya, Eina dimaki hamun di set penggambaran sehingga membabitkan pelbagai isu dua buah negara. Benarkah?

Saya bukan tak mahu cakap apa-apa tapi saya belajar daripada kesilapan lepas dan saya memang perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Takut tersalah cakap nanti saya yang kena teruk. Buat masa sekarang saya mendiamkan diri dulu dan biarkan perunding saya yang akan bercakap.

Bilakah Eina sendiri yang akan mengeluarkan kenyataan bagi memperbetulkan keadaan?

Bukan sekarang. Saya akan aturkan sebuah sidang akhbar untuk menjelaskan semua perkara yang telah terjadi. Nanti nampak macam semua perkara salah saya yang buat, macam kes sebelum ini. Walaupun perkara betul sekalipun orang akan nampak buruknya pada saya.

Apakah yang boleh Eina simpulkan dalam masa terdekat ini sebelum tibanya hari sidang akhbar?

Saya sudah melantik abang Usop Wilcha sebagai perunding saya. Saya tidak suka orang cakap macam-macam pasal saya dan selepas timbul isu itu, ramai produser menghubungi saya bertanyakan hal sebenar. Selama 13 tahun saya berlakon, sampai hari ini saya tidak pernah melarikan diri dari set penggambaran dan tidak akan bising tanpa sebab.

Aidid tinggalkan TV3

Posted:

Aidid tinggalkan TV3

Aidid tinggalkan TV3

Oleh IZWAN MOHD. ISA


AIDID kini menubuhkan syarikat penerbitan iklan.


TANGGAL 17 Mac 2014 bakal membawa perubahan yang besar dalam diri pengacara dan personaliti TV3, Aidid Marcello, 34, apabila dia mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen televisyen tersebut setelah 16 tahun berkhidmat di sana.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran program Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini, bapa kepada empat orang cahaya mata itu ternyata sudah bersedia untuk meletakkan jawatan Eksekutif Produser Pemasaran Kreatif TV Networks yang disandangnya di TV3.

Katanya, walaupun berat hati untuk meninggalkan TV3, namun ini merupakan masa yang paling sesuai bagi memberikan nafas baharu dalam perkembangan kariernya.

Dalam temu bual yang diadakan, Aidid turut berkongsi perancangan masa hadapan dan cerita di sebalik sokongan yang diterima daripada isteri tercinta, Norzie Pak Wan Chek.

Kosmo!: Mengapa Aidid mengambil keputusan untuk meninggalkan TV3?

AIDID: Pada pendapat saya, sudah tiba masanya untuk saya berubah angin dan bergerak secara sendiri setelah 16 tahun berkecimpung dalam bidang penyiaran. Selain faktor umur, saya turut mengambil kira aspek karier dan menginginkan perubahan dalam kerjaya saya.

Apakah perasaan Aidid sebelum membuat keputusan yang drastik ini?

Sejujurnya, saya berasa sungguh berat hati untuk meninggalkan TV3. Dari zaman belajar (bersama Akademi TV3) sehinggalah saya sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, hampir separuh perjalanan hidup saya dihabiskan bersama TV3.

Lagipun, saya memang minat dalam bidang pernyiaran tetapi apabila difikirkan tentang masa hadapan, saya harus berpegang pada keputusan saya.

Bagaimanakah reaksi isteri apabila dia mendapat tahu yang Aidid

ingin meninggalkan TV3?

Pada mulanya dia begitu keberatan untuk membenarkan saya meletakkan jawatan kerana saya mempunyai kerja dan pendapatan yang tetap. Namun, lama kelamaan dia mulai faham dan menyokong keputusan saya.

Bagaimanakah pula hubungan Aidid dengan Media Prima selepas ini?

Alhamdulillah, hubungan saya dengan Media Prima masih berjalan dengan baik. Kontrak pengacaraan untuk rancangan Hip TV di TV9 masih berjalan hingga akhir tahun ini. Dalam tahun ini juga, saya masih akan muncul sebagai pengacara untuk rancangan Soccer Kids untuk TV3.

Jadi, Aidid masih bebas untuk muncul di mana-mana stesen televisyen di bawah Media Prima sebagai pengacara?

Ya, jika khidmat saya sebagai pengacara masih diperlukan, saya akan menerimanya dengan hati terbuka.

Apa perancangan Aidid selepas meninggalkan TV3?

Menerusi syarikat produksi saya, Mindques Productions Sdn. Bhd., saya akan menerbitkan iklan-iklan bagi siaran di televi- syen serta video- video korporat untuk syarikat tempatan. Iklan pertama yang diterbitkan oleh syarikat saya ialah iklan untuk syarikat tudung Fareeda.

Selain menerbitkan iklan untuk siaran televisyen, apakah perancangan lain untuk syarikat Aidid?

Saya berminat untuk menerbitkan rancangan dokumentari berbentuk majalah. Kebanyakan stesen televisyen di Malaysia kurang menyiarkan rancangan-rancangan sedemikian. Justeru, apa salahnya untuk mencuba sesuatu yang baharu bagi pasaran dunia penyiaran tempatan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved