Khamis, 6 Mac 2014

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Biar Presiden PBNP putuskan'

Posted:

'Biar Presiden PBNP putuskan'

'Biar Presiden PBNP putuskan'

Oleh LUQMAN HAKIM AB RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my

TUNGGU keputusan presiden. Itu kenyataan ringkas daripada Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim ketika mengulas mengenai pengganti ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Ronald Smith (gambar) yang tamat kontrak selepas tiga bulan berbakti dengan pasukan dari pantai timur itu.

Ketiadaan pengendali tersebut membolehkan penolong jurulatih, Zainal Abidin Hassan menggalas tanggungjawab tersebut sehingga keputusan rasmi diumumkan oleh Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat

Kosmo! difahamkan, bekas pemain Pahang itu sudah pun menjalankan peranan sebagai ketua jurulatih skuad Tok Gajah ketika kempen Piala FA 2014 menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) bulan lalu.

"Saya tak berani nak ulas panjang, apa-apa pun kita perlu mendapat perkenan daripada presiden, biar Tengku Abdul Rahman sendiri yang buat keputusan sebaik pulang dari Hong Kong nanti.

"Buat sementara waktu, Zainal yang merupakan seorang jurulatih berkelayakan dan memiliki lesen kejurulatihan kelas A akan mengendalikan skuad Pahang dalam kempen Liga Super dan Piala FA," kata Fuzzeimi ketika dihubungi Kosmo! di Kuantan semalam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan mengenai jodoh Smith bersama skuad Tok Gajah tidak berpanjangan setelah jurulatih kelahiran England itu mengesahkan bahawa kontraknya bersama PBNP berakhir atas persetujuan bersama.

Bagaimanapun Fuzzeimi yang mewakili PBNP merakamkan penghargaan kepada Smith yang berupaya membawa juara Piala Malaysia 2013 itu mengharungi perlawanan awal musim ini termasuk menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah dan memasuki saingan separuh akhir Piala FA.

Fuzzeimi memuji Smith yang mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan menerima dengan hati terbuka mengenai kontraknya yang tidak dilanjutkan.

Ketika ditanya mengenai faktor kontrak Smith yang tidak dilanjutkan, beliau berkata, tiada siapa mengetahui perincian mengenai perkara tersebut dan ia adalah perbincangan antara Tengku Abdul Rahman dan Smith.

Hafizi fail saman terhadap FAM

Posted:

Hafizi fail saman terhadap FAM

Hafizi fail saman terhadap FAM

BEKAS pemain bola sepak Kuala Lumpur, Hafizi Roslee, yang digantung seumur hidup kerana didapati terlibat dalam skandal rasuah dan mengatur keputusan perlawanan, memfailkan saman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungannya itu.

Hafizi, 29, selaku plaintif memfailkan saman pemula itu terhadap FAM dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, selaku defendan menerusi Tetuan Khairuddin Ngiam & Tan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Februari lepas.

Media memperoleh salinan saman itu semalam melalui peguam, Kevin De Rozario yang mewakili bekas pemain skuad Kuala Lumpur itu.

Kevin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 17 Mac untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop.

Dalam saman pemula itu, Hafizi memohon satu perintah supaya mahkamah membatalkan keputusan FAM yang menggantungnya seumur hidup daripada sebarang kegiatan bola sepak.

Hafizi turut memohon deklarasi bahawa segala tatacara dan prosiding tatatertib, hukuman dan rayuan dalam Kod Tatatertib FAM Edisi 2012 adalah tidak berperlembagaan, sebarangan dan bercanggah dengan peraturan keadilan asasi serta dasar awam.

Beliau juga memohon satu deklarasi bahawa perbicaraan yang dikendalikan FAM tanpa kehadirannya pada 20 Disember tahun lepas adalah batal dan tidak sah.

Pada 20 Disember tahun lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada Hafizi dan empat pemain skuad warga kota itu yang didapati bersalah dalam skandal rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.

Mereka yang lain adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie dan Jeremy Danker.

Selain itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia; Penolong Pengurus Pasukan, Rosli Omar dan Pegawai Pasukan, Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama. - Bernama

Elak sejarah 1986 berulang

Posted:

Elak sejarah 1986 berulang

Elak sejarah 1986 berulang

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (depan) melakukan gimik Pelancaran Kira Detik 100 Hari Piala Dunia 2014 di Angkasapuri semalam.


BAGI mengelak sejarah "Tajaan Rakyat Malaysia' 1986 berulang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi tampil sebagai penyiar utama percuma bagi menyiarkan siaran secara langsung pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil pada Jun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ketika kempen Piala Dunia 1986 di Mexico, hak penyiaran siaran langsung ketika itu terlalu mahal dan tidak mampu ditampung mana-mana stesen televisyen termasuk RTM.

Disebabkan itu, kata beliau, satu kutipan derma telah dilancarkan warga Malaysia ketika itu bagi menyaksikan perlawanan menerusi siaran langsung kempen empat tahun sekali tersebut.

"Sekarang kos masih mahal, cuma kini sudah boleh mendapat sokongan penaja.

"Daripada jumlah lebih 6 juta seisi rumah ketika ini, separuh daripadanya masih belum memiliki siaran berbayar.

"Jadi, saya berbesar hati apabila RTM sekali lagi tampil sebagai penyiar utama percuma eksklusif yang menyiarkan siaran langsung kempen Piala Dunia kali ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kira Detik 100 Hari Piala Dunia 2014 di Angkasapuri, RTM semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Pengarah Eksekutif Esprit Media Sdn.Bhd., Datuk Ahmad Zaharul Annuar selaku pemegang sub-pelesenan hak siaran langsung berkenaan di Malaysia.

Bagaimanapun, Shabery enggan mengumumkan jumlah kos bagi hak siaran tersebut yang bakal membuka tirainya pada 12 Jun sehingga 13 Julai nanti.

Dalam pada itu, Norhyati berkata, pihaknya berbesar hati dapat meneruskan liputan berkenaan sejak 40 tahun lalu bermula 1974.

Menurut beliau, pada pusingan akhir Piala Dunia kali ini, RTM bakal menyiarkan 35 perlawanan iaitu 24 perlawanan secara langsung manakala selebihnya tertunda.

Buat julung kalinya juga, katanya, RTM mendapat tawaran pakej rancangan percuma untuk tontonan penonton seperti aksi final edisi-edisi terdahulu, klip pendek serta dokumentari mengenai bintang-bintang bola sepak sejak era 1960-an sehingga sekarang.

"Buat masa ini, kami masih belum menerima maklumat perlawanan mana yang bakal disiarkan namun kami pasti ia akan membabitkan aksi pasukan gergasi."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Makanan signatur Manja's Kitchen

Posted:

Makanan signatur Manja's Kitchen

Makanan signatur Manja's Kitchen

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SIAPA sangka pesanan yang dititipkan oleh arwah ayah sewaktu dirinya dalam berpantang selepas melahirkan anak pertama, Muhammad Mateen menjadi azimat berharga buat Farah Nadia Manja Abdul Rahman dalam meneruskan kehidupan.

Ketika itu, dia hanya berbual-bual kosong bersama ayahnya, Abdul Rahman Abu Bakar mengenai beberapa perkara termasuk minatnya dalam bidang masakan.

Kemudian, sebelum perbualan itu berakhir, ayahnya berkata dalam nada perlahan: "Lakukan perkara yang kita sukai agar tidak tertekan dengan kehidupan yang dijalani."

Bertitik tolak dari situlah, Farah Nadia akhirnya membuat keputusan untuk memulakan perniagaan Manja's Kitchen yang diusahakan secara dalam talian sejurus selesai berpantang.

"Saya masih ingat sekitar bulan Julai 2011, perbualan bersama ayah sangat mengujakan. Namun, siapa sangka dua bulan kemudian bersamaan dengan tarikh 25 September 2011, ayah pergi dijemput Ilahi.

"Meskipun sedih, tetapi saya tetap bersyukur kerana telah melaksanakan pesanan ayah agar membuat perkara yang digemari iaitu membuat kek dan biskut untuk dijual.

"Perniagaan Manja's Kitchen sudah memasuki tahun ketiga penubuhannya. Alhamdulillah, saya anggap ia sebagai jihad keluarga dalam bidang ekonomi," ungkap Farah Nadia, 29, ketika ditemui Kosmo! di Taman Melati, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PERNIAGAAN wepang yang diusahakan Farah Nadia dan suaminya ini dianggap sebagai jihad keluarga.


Produk terbaharu

Dalam usaha mengembangkan perniagaan, Manja's Kitchen kini tampil dengan produk terbaharu yang dinamakan wepang iaitu sejenis makanan berkhasiat untuk tenaga dan perkembangan minda.

Pada mulanya, wepang tersebut dibuat berdasarkan permintaan daripada pelanggan tetap Manja's Kitchen ketika bulan Ramadan tahun lalu.

Justeru, Farah Nadia bersama kakak dan adiknya berusaha menyiapkan lebih 100 balang wepang sepanjang bulan puasa.

"Melihat sambutan yang amat memberangsangkan itu, saya yakin produk wepang ini boleh pergi lebih jauh. Oleh itu, kami menggunakan medium laman sosial Facebook untuk mempromosikannnya.

"Kini, setiap hari kami boleh menghasilkan 600 peket wepang dengan berat kira-kira 25 hingga 27 gram bagi setiap bungkusan," ujar Farah Nadia yang kini sarat mengandung anak kedua.

Tempahan

Sementara itu, suami Farah Nadia, Mahathir Rahmat, 32, memberitahu, selain menerima tempahan secara dalam talian, pihaknya turut memasarkan wepang Manja's Kitchen di restoran-restoran sekitar Kuala Lumpur.

Biasanya, Mahathir akan meletakkan satu atau dua balang di restoran yang terlibat. Setiap balang mengandungi 30 peket wepang yang dijual pada harga RM90 atau RM3 sepeket.

"Setakat ini, wepang yang kami letak di kedai atau restoran habis dijual. Malah, ada peniaga yang membeli secara borong antara 30 hingga 50 balang sekali gus.

"Kami juga mempunyai pelanggan sejauh dari Singapura yang menunjukkan minat terhadap produk wepang ini. Insya-Allah, kami masih dalam proses untuk memasarkan produk ini di Kota Singa itu," jelas Mahathir yang mengakui adakalanya tidak menang tangan dengan tempahan yang diterima terutama ketika musim perkahwinan.


LAMAN Facebook menjadi medium untuk Manja's Kitchen mempromosikan produk mereka.


Dalam pada itu, bagi Nur Illyana Manja Abdul Rahman, 20, peluang membantu perniagaan kakak dan abang iparnya tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.

Seronok

Walaupun mempunyai kelulusan dalam Diploma Pastri dari Universiti Tun Abdul Razak yang membolehkannya bekerja di hotel atau restoran terkemuka, tetapi Nur Illyana membuat keputusan sebaliknya.

"Seronok apabila bekerja dengan ahli keluarga sendiri. Skop tugas saya adalah menggaul bahan-bahan untuk membuat wepang dan membakarnya mengikut suhu yang ditetapkan. Tambahan pula, apabila menggunakan oven baharu yang lebih besar dan mudah diselenggara.

"Waktu mula-mula dulu, memang selalu wepang yang dibakar hangus dan tidak dimasak sempurna. Tetapi lama-kelamaan perkara ini boleh dielakkan," tutur Nur Illyana sambil menyatakan wepang perlu dibakar pada suhu 180 darjah Celcius selama kira-kira 12 minit.

Menggunakan badam sebagai bahan utama iaitu sebanyak 90 peratus, diikuti biji kuaci, bijan hitam dan campuran gula, wepang Manja's Kitchen semakin mendapat tempat di hati pelanggan.

Perkara ini diakui Mohd. Nazim Mohamad, 34, yang merupakan antara pelanggan setia produk wepang Manja's Kitchen sejak kali pertama menikmatinya di rumah ibu mertua di Setapak.

"Boleh dikatakan kali pertama merasai wepang tersebut, hati saya sudah tertawan. Apatah lagi kandungannya terdiri daripada badam yang berkhasiat untuk meningkatkan daya ingatan dan memberi tenaga.

WALAUPUN mempunyai diploma dalam bidang pastri, Nur Illyana memilih untuk bekerja dengan kakaknya melalui jenama Manja's Kitchen.


"Kini, setiap minggu saya dan isteri pasti akan memesan 10 balang wepang untuk dijual kepada rakan-rakan sepejabat. Tidak ketinggalan, ia turut dijadikan kudapan harian di rumah atau untuk menjamu tetamu," kata Nazim, seorang ahli perniagaan dalam bidang minyak dan gas yang kini bergelar ejen jualan wepang Manja's Kitchen.

Sementara itu, individu yang mengusahakan bisnes produk serupa atau dikenali sebagai wepang secara kecil-kecilan, Nurul Izza Rosly, 32, berkongsi pengalaman mengenai populariti produk tersebut.

Menurutnya, rutin membuat wepang dilakukan secara sepenuh masa sejak berhenti kerja pada November tahun lalu.

"Saya mula cuba membuat produk ini pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu dan ternyata ramai pula yang menggemarinya. Sekarang setiap hari memang ada tempahan untuk membeli wepang.

"Walaupun penat kerana saya menyiapkan tempahan seorang diri, tetapi kepuasan itu akan terasa apabila berjaya melakukannya dan menerima pujian daripada pelanggan," ungkap Nurul Izza.

Pameran inovasi tarik minat belia

Posted:

Pameran inovasi tarik minat belia

Pameran inovasi tarik minat belia

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


FASILITATOR dari Universiti Putra Malaysia membuat demonstrasi menguji kepantasan semasa latihan badminton.


SEGEROMBOLAN demi segerombolan pelajar menjelajah setiap ruang pameran untuk menyaksikan produk-produk inovasi di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2014. Acara tersebut berlangsung selama tiga hari bermula 20 Februari lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebanyak 100 ruang pameran dibuka oleh pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah dengan memaparkan produk inovasi masing-masing.

Majlis anjuran Persatuan Penyelidik Sains Malaysia (MARS) itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah.

Acara tersebut bertujuan memberi ruang kepada pencipta inovasi baharu dan pengunjung bertukar pendapat sesama mereka.

Seorang pengunjung yang merupakan pelajar semester dua di Maktab Rendah Sains Malaysia Taiping, Perak, Kursiah Ahmad Sani, 16, berkata, dia amat tertarik dengan rekaan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

"Mereka telah mencipta sejenis alat yang berfungsi seperti pendingin hawa. Alat ini akan menyejat udara panas melalui molekul sejuk yang ada pada pad basah dan melepaskan haba berlebihan ke udara.

"Produk ini bersifat mesra alam kerana tidak melepaskan gas klorofluorokarbon yang menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan elektrik lebih rendah," jelasnya yang datang bersama rombongan sekolahnya.

Membantu

Tambahnya, idea yang dicetuskan oleh pelajar SMJK Jit Sin itu mungkin dapat membantunya dalam tugasan penggayaan produk sekolah.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah, Siti Fazlina Isnin, 42, memberitahu, pameran anjuran kali ke-14 itu membantu membina kecerdasan minda pelajar.

"Pameran seperti ini dapat memberi pendedahan kepada para pengunjung, terutama pelajar sekolah untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan reka cipta produk terbaharu.

"Pengunjung bukan sahaja dapat memegang dan melihat rekaan, malah turut diberi penjelasan oleh fasilitator," jelasnya yang datang dari Tanjung Malim, Perak.


SEKUMPULAN pelajar mendengar penerangan fasilitator tentang basikal lipat menggunakan lapisan buluh.


Pengunjung

Acara berkenaan turut mengumpulkan seramai 700 pereka tempatan dan antarabangsa yang membawa bersama produk, rekaan dan idea untuk dikomersialkan sekali gus berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung.

Antara yang menjadi input utama perbincangan di rata-rata ruang pameran berkenaan ialah reputasi, cara mewujudkan kesedaran jenama, mengkomersial produk-produk baharu untuk pasaran global dan kerjasama sektor swasta serta awam bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Bagi siswi Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Siti Nur Shafina Shawalludin, 22, pameran inovasi yang dibuat tidak hanya terhad kepada rekaan kepelbagaian penggunaan, tetapi juga mengambil kira nilai estetika seni di Malaysia.

"Saya amat tertarik dengan kerusi kaedah pasak rekaan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin yang menggunakan bakul anyaman rotan untuk dijadikan tempat duduk.

"Kita banyak melihat rekaan dalam rumah menggunakan kaedah pasak.

"Saya yakin produk ini mampu menembusi pasaran antarabangsa," jelasnya yang merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda seni seramik.

Dalam pada itu, sebagai dorongan kepada penciptaan produk baharu negara, MARS turut memberikan Anugerah Inovasi Belia dan Ekspo 2014 untuk 23 jenis kategori meliputi semua jenis produk penggunaan harian.

Moga bertemu di Firdaus

Posted:

Moga bertemu di Firdaus

Moga bertemu di Firdaus


KEHIDUPAN infiniti di syurga yang tiada tandingannya harus menjadi matlamat setiap individu yang beragama Islam. - Gambar hiasan


MEREKA yang damai hatinya merupakan ahli syurga. Sepanjang 24 minggu lalu, secara tersurat dan tersirat, saya telah berbicara dengan khalayak pembaca Kosmo! berkisar dengan keperluan menyiapkan diri menghadapi kehidupan abadi.

Selama mana manusia diberi nyawa, mereka pasti akan berhadapan dengan kematian. Ia sesuatu yang pasti. Malah sudah dinyatakan betapa kematian manusia akan diikuti dengan kehidupan di alam kubur, Padang Mahsyar dan seterusnya memasuki syurga yang kekal selama-lamanya.

Ia kehidupan infiniti di syurga. Tiada apa yang perlu difikirkan. Masya-Allah... Subhanallah... Allahu Akbar... Itulah nikmat terbesar anugerah Allah SWT yang perlu dikejar oleh seluruh umat manusia yang pintar, bijaksana dan waras fikirannya.

Hanya mereka yang tidak berakal akan menolak untuk memiliki nikmat terbesar ini. Kami berdoa agar nikmat ini diperoleh melalui satu nikmat yang lain iaitu mendapat rahmat-Nya memasuki syurga tanpa dihisab.

Lalu kita turunkan sejenak nikmat yang sudah, sedang dan akan dianugerah Allah SWT di dunia. Secara relatifnya, nikmat ini terlalu sedikit berbanding nikmat syurga yang kekal abadi. Namun, ramai manusia terjebak dengan nikmat dunia ini sehingga melupai terus nikmat berbaki yang nilai faedahnya lebih tinggi. Allah SWT berfirman melalui ayat 20, surah al-Ahqaaf yang bermaksud:

"Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik."

Keredaan Allah

Berdasarkan statistik pada tahun 2010, lebih kurang 80 peratus manusia bukan Muslim sedang menikmati dan menghabiskan nikmat dunia. Malah, tanpa mereka sedari api neraka sedang menanti apabila tiba hari penghakiman nanti. Hanya sekitar 20 peratus yang mempercayai wujudnya Allah SWT dan mengaku Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Nya.

Hakikatnya, itulah nikmat di dunia terbesar dianugerahkan Allah SWT kepada minoriti penduduk dunia pada ketika ini. Nikmat mengenal Allah SWT. Mereka ini saya fikir, tidak sepatutnya berada dalam keadaan menduakan Allah SWT yang menyebabkan kaum Muslim berada di dalam kategori yang sama dengan kumpulan 80 peratus tersebut yang secara terang-terangan kufur ingkar kepada-Nya.


UMAT Islam perlu sedar bahawa segala kesenangan hidup di dunia ini hanya sementara berbanding kehidupan abadi di akhirat kelak. - Gambar hiasan


Bukankah mereka yang syirik dan menduakan Allah serta tidak memohon keampunan-Nya sebelum meninggal dunia tidak berbau syurga?

Allah SWT telah berfirman melalui surah Az-Zumar ayat 53-54 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."

Masya-Allah... Subhanallah... Allahu Akbar... Nikmat beragama Islam merupakan nikmat paling ulung buat manusia. Hakikatnya, ramai yang tidak menyedarinya kerana ia merupakan anugerah keturunan.

Ibu bapa Islam maka anak-anaknya turut menganut agama Islam secara semula jadi. Jika ibu bapa Islam mendidik anak-anak mereka menjadi Majusi dan Nasrani maka akhirnya, Islam hanya sebagai satu agama sembahan yang tidak dibawa dalam kehidupan seharian.

Itulah kufur nikmat terbesar kerana enggan atau tidak mahu menerima Islam sebagai agama yang perlu dihayati sepenuhnya walaupun sudah mempunyai pengetahuan jelas tentang kebenaran dan kepalsuan agama lain di dunia. Allah SWT berfirman melalui ayat 34, surah Ibrahim yang bermaksud:

"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."

Bersyukur

Sebanyak 80 peratus sudah memilih untuk menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya manakala bakinya mengaku kebenaran yang hakiki. Bagaimanapun, dalam kalangan mereka masih terdapat yang tidak bersyukur kepada-Nya. Istilah bersyukur inilah yang perlu diamati dengan teliti agar mereka tidak akan kerugian apabila tiba pada hari penghakiman nanti.

Sungguh, kita tahu menutup aurat itu wajib tetapi kita masih mahu bergaya cara kita. Benar, kita tahu betapa rasuah itu merupakan perbuatan yang sangat keji tetapi kerana terpesona dengan keseronokan dunia kita sanggup menjual agama dan diri. Kita tahu dan kita engkar. Kita tahu dan kita degil.

Alhamdulillah, saya sudah menyempurnakan janji untuk berbicara selama enam bulan dengan khalayak Kosmo!. Minggu ini adalah minggu terakhir. Lalu saya mohon keampunan jika ada tersalah dan tersilap ketika menyampaikan pandangan dan pendapat.

Insya-Allah kita bertemu di Firdaus.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bomba minta orang ramai elak lakukan pembakaran terbuka

Posted:

Bomba minta orang ramai elak lakukan pembakaran terbuka

Bomba minta orang ramai elak lakukan pembakaran terbuka

06/03/2014 11:27pm

BALING - Orang ramai diminta mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan tercetusnya kebakaran lebih besar hingga sukar dikawal pada musim kemarau ini.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Sufian Alias berkata, pihaknya terpaksa memadamkan sekurang-kurangnya empat kebakaran dalam sehari yang berpunca daripada kecuaian dan perbuatan manusia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kampung Ketemba, Kupang dekat sini hari ini selepas pihaknya memadam kebakaran di kawasan belukar tanah milik persendirian seluas lebih empat hektar.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan berdekatan.

Tambah Sufian, pihaknya turut berterima kasih kepada anggota bomba sukarela yang membantu memadamkan kebakaran di kawasan belukar dan lalang. - Bernama

Penduduk Lembah Klang dinasihat guna 170 liter air seorang sehari

Posted:

Penduduk Lembah Klang dinasihat guna 170 liter air seorang sehari

Penduduk Lembah Klang dinasihat guna 170 liter air seorang sehari

06/03/2014 11:22pm

KUALA LUMPUR - Dalam usaha berhemat menggunakan air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini menasihati penduduk yang terbabit dalam catuan penggunaan air supaya mengehadkan penggunaannya kepada 170 liter sehari bagi setiap individu.

Jurucakap Syabas berkata, purata penggunaan air oleh pengguna ketika ini dilihat terlalu tinggi iaitu mencecah 214 liter seorang.

"Jika dibandingkan pengguna air di Singapura yang hanya menggunakan 160 liter seorang sehari, kami berharap pengguna dapat berjimat cermat menggunakan air," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

RM11.64j baiki Jalan Persekutuan di Sabah

Posted:

RM11.64j baiki Jalan Persekutuan di Sabah

RM11.64j baiki Jalan Persekutuan di Sabah

06/03/2014 11:17pm

KOTA KINABALU - Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM11.64 juta bagi membaiki kerosakan di 18 lokasi Jalan Persekutuan di Sabah akibat dua bencana banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, daripada jumlah itu, RM5.7 juta akan digunakan untuk membaiki kerosakan enam Jalan Persekutuan di Keningau, Beaufort, Tenom dan Sipitang.

"Tahun ini, Kementerian Kerja Raya memberi peruntukan berjumlah RM400 juta bagi memperbaiki kerosakan Jalan Persekutuan di Sabah dan Sarawak berbanding cuma RM170 juta tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa lokasi jalan rosak akibat banjir di Beaufort, Keningau dan Tenom di sini hari ini.

Rosnah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak pembangkang kononnya Sabah dianaktirikan dalam soal pembangunan di negeri itu.

Antara lokasi jalan rosak yang dilawati Rosnah hari ini ialah di Jalan Kota Kinabalu-Sindumin dan Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rusia nafi arah kumpulan pro-Rusia kuasai Crimea

Posted:

Rusia nafi arah kumpulan pro-Rusia kuasai Crimea

Rusia nafi arah kumpulan pro-Rusia kuasai Crimea

AP
DUA askar Rusia mengawal sebuah dermaga di Sevastopol, Semenanjung Crimea, Ukraine semalam.


MADRID - Kerajaan Rusia semalam memberitahu bahawa Moscow tidak mempunyai kuasa terhadap kumpulan bersenjata pro-Rusia yang kini mengusai wilayah Semenanjung Crimea di Ukraine.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, kumpulan bersenjata yang berada di Crimea tidak menerima sebarang arahan dari Kremlin yang merupakan pejabat Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberitahu bahawa, Rusia tidak memperbodohkan sesiapa berhubung peranannya di Ukraine.

Lavrov juga menggesa semua pihak menghormati perjanjian damai yang dimeterai sebelum ini dan perlembagaan Ukraine bagi mengembalikan semula ketenteraman di rantau berkenaan.

"Sekiranya ada kumpulan bersenjata yang mempertahankan diri diwujudkan oleh penduduk di Crimea, kami tidak mempunyai kuasa terhadap mereka.

"Mereka (kumpulan bersenjata) juga tidak menerima arahan daripada kami," kata Lavrov dalam satu sidang akhbar selepas meng- adakan pertemuan dengan Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Garcia-Margallo.

Konflik Ukraine dengan Rusia berlaku selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara bagi menggantikan Viktor Yanukovych yang melarikan diri dari Kiev pada bulan lalu.

Yanukovych melarikan diri selepas beliau menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi meredakan situasi politik selepas hampir 100 orang mati akibat pertempuran antara anggota-anggota polis dengan penunjuk perasaan.

Para penunjuk perasaan itu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah.

Jika perjanjian itu ditandatangani, barangan Ukraine akan menembusi pasaran di Eropah.

Namun, Rusia kemudian tidak mengiktiraf Turchnov sebagai Presiden sementara.

Sebaliknya, Rusia masih mengiktiraf Yanukovych sebagai Presiden Ukraine kerana beliau mempunyai hubungan amat rapat dengan Moscow.

Sejumlah askar-askar Rusia kemudian didapati mengawal beberapa lokasi di Semenanjung Crimea.

Semananjung itu juga mempunyai sebuah pangkalan tentera Rusia. - Agensi

Seorang maut, depot simpanan peluru meletup di Jakarta

Posted:

Seorang maut, depot simpanan peluru meletup di Jakarta

Seorang maut, depot simpanan peluru meletup di Jakarta


BUMBUNG sebuah gudang simpanan peluru milik tentera laut Indonesia mengalami kemusnahan akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada litar pintas di Pulau Pondok Dayung, Jakarta semalam. - AP


JAKARTA - Seorang anggota tentera laut maut manakala 71 lagi cedera apabila sebuah gudang simpanan peluru senjata ringan milik tentera laut Indonesia meletup semalam, kata seorang jurucakap tentera.

Jurucakap berkenaan, Iskandar Sitompul berkata, letupan tersebut yang berlaku di Pulau Pondok Dayung, pinggir bandar raya ini dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Menurutnya, gudang itu musnah sama sekali dengan ramai mangsa yang cedera akibat terkena serpihan kayu dan kaca.

"Kebanyakan mangsa cedera terkena serpihan kayu dan kaca pada pipi, dada serta perut mereka," kata Sitompul.

Depot simpanan peluru tersebut merupakan antara fasiliti tentera laut yang terletak di sebuah pulau dekat sini.

Kata Sitompul, antara mangsa yang cedera termasuk seorang orang awam.

- AFP

Kereta terlaju dunia dipamerkan di Geneva

Posted:

Kereta terlaju dunia dipamerkan di Geneva

Kereta terlaju dunia dipamerkan di Geneva


REUTERS
KERETA Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse Rembrandt edisi terhad turut dipamerkan pada pertunjukan kereta itu.


STOCKHOLM - Firma pembuat kereta sport Sweden, Koenigsegg memperkenalkan kereta terbaharunya yang dipercayai sebagai kereta kegunaan jalan raya paling laju di dunia.

Kereta Koenigsegg Agera One:1 itu mampu menghasilkan 1,322 kuasa kuda (bhp) sekali gus lebih pantas daripada kereta McLaren P1, La Ferrari dan Porsche 918 Spyder.

Malah, One:1 yang pertama kali dipamerkan kepada umum pada Pertunjukan Kereta Geneva kali ke-84 di Geneva, Switzerland yang kini sedang berlangsung juga lebih laju berbanding kereta Bugatti Veyron Super Sport yang mempunyai 1,322 bhp.

Menurut Koenigsegg, kereta sports terbaharu itu mampu mencecah kelajuan maksimum 436.8 kilometer sejam (km/j).

Sebelum ini, rekod kereta kegunaan jalan raya paling laju menjadi milik Hennessey Venom GT dan Veyron Super Sport dengan setiap kenderaan itu masing-masing mencatat kelajuan 432 km/j dan 428.8 km/j.

"Kelajuan tinggi ini mampu dicapai dengan kombinasi casis gentian fiber, reka bentuk aerodinamik dan tayar yang kukuh," menurut kenyataan Koenigsegg.

Namun, syarikat Koenigsegg masih belum mengumumkan harga kereta tersebut.

Pertunjukan Kereta Geneva berlangsung dari 6 hingga 16 Mac depan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mahu serius di Malaysia

Posted:

Mahu serius di Malaysia

Mahu serius di Malaysia

HISYAM bersama keluarga bahagianya.


MULA mengukir nama melalui drama bersiri Ariana Rose, watak Harith yang digalas Hisyam Hamid ternyata meninggalkan kesan kepada penonton dek pesona yang dibawanya.

Wajah tampan dan lakonan bersahaja pantas mencuri hati banyak wanita untuk mengenali Hisyam dengan lebih dekat.

Ramai yang masih tertanya-tanya, entah dari mana Hisyam tiba-tiba sahaja muncul kerana sebelum ini, wajahnya tidak pernah muncul dalam dunia lakonan Malaysia.

Rupa-rupanya, Hisyam adalah pelakon kelahiran Singapura yang berusaha mengembangkan potensi diri selain mencari rezeki di Malaysia.

Bersua dengan Hisyam yang hadir bersama isteri tersayang merangkap pengurusnya, Rosmawati Hanafi pada Majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini, lelaki berusia 29 tahun itu tampak santai dan begitu mesra melayan pihak media.

Meskipun masih bertatih dalam persada seni lakonan Malaysia, tawaran yang diterima oleh pelakon tinggi lampai ini semakin meningkat setelah ramai yang mengetahui bakat dan kebolehannya.

Namun, sebagai pelakon yang masih 'hijau' di sini, Hisyam menyifatkan dia masih belum mencapai fasa selesa, apatah lagi untuk berbangga dengan peluang tawaran yang dikecapi.

"Saya kini berada dalam fasa percubaan dan meletakkan tempoh setahun untuk melihat sejauh mana peningkatan karier lakonan saya di sini.

"Walaupun mencari rezeki di sini, jiwa dan hati saya masih menyayangi Singapura kerana ia merupakan rumah pertama saya. Walau bagaimanapun, saya bercadang tinggal dan mengukuhkan karier saya di sini," ujarnya.

Bercerita mengenai permulaan perjalanan kariernya di Malaysia, beritahu Hisyam, drama Cut Amira (2011 ) gandingannya bersama pelakon Linda Hasyim membuka ruang untuknya terus menapak di sini.

"Ia merupakan sebuah drama hasil kolaborasi stesen televisyen Singapura MediaCorp dan Malaysia Asia Media Content (Astro).

"Selain drama tersebut, saya juga pernah membintangi drama Berlima Ramadhan arahan Jinggo terbitan JS Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan drama ini dijangka ditayangkan menjelang bulan Ramadan tahun ini.

"Pada masa yang sama, saya mengambil peluang untuk berkenalan dengan penulis skrip dan pengarah di Malaysia sehinggalah saya ditawarkan membintangi Ariana Rose yang merupakan drama kedua lakonan saya di sini" jelas Hisyam mengenai profil kariernya.

Tambah Hisyam, pemilik Zeel Production Sdn. Bhd., Md. Fadzil Teh merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya ke dunia lakonan, selain memperkenalkannya kepada sutradara Ariana Rose, Raja Ahmad Alauddin.

Hisyam mengakui, kesibukan kerjaya seninya telah menyebabkan dia tidak mampu untuk mengurus jadual kerjanya, berbanding di Singapura.

Jadual penggambaran di Malaysia yang agak padat memaksanya untuk diuruskan seorang pengurus.

Bagi Hisham, tiada yang lebih layak dan serasi untuk dijadikan pengurus selain isterinya.

Selain dapat meluangkan masa bersama, hanya isterinya sahaja yang memahami keadaan dan kemahuannya.

"Di Singapura, kebanyakan artis di sana tidak menggunakan khidmat pengurus disebabkan jadual kerja yang tidak padat, selain tawaran berlakon yang sedikit.

"Berbanding di Malaysia, kesibukan di set penggambaran yang diadakan secara terus-menerus membuatkan saya nekad menjadikan isteri sebagai pengurus saya."

Menurut Hisyam lagi, kini dia masih lagi berulang-alik ke Singapura kerana masih lagi mempunyai baki penggambaran bersama produksi Singapura.

"Saya perlu melangsaikan baki penggambaran di Singapura selama dua bulan. Ia merupakan penggambaran terakhir di Singapura sebelum saya memberi sepenuh tumpuan di Malaysia," ujarnya.

Pegawai bomba

Sebelum terjun dalam dunia lakonan, siapa pernah menyangka lelaki kacak ini pernah berkhidmat sebagai seorang anggota bomba di Singapura sejak enam tahun lalu.

Walaupun Hisyam agak berat untuk meninggalkan kerjayanya sebagai seorang anggota bomba tetapi disebabkan ingin perubahan terhadap hidupnya, dia nekad mengambil keputusan untuk bergelar seorang pelakon.

"Saya agak berat untuk meninggalkan kerjaya bomba memandangkan ia merupakan kerjaya yang stabil dan kukuh. Namun, saya rasa risiko diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya.

"Saya berani mengambil risiko kerana saya tahu potensi diri dan saya rasa tak salah kalau kita tonjolkan bakat dan gunakan dengan sebaiknya," katanya.

Bercerita mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang kariernya sebagai anggota bomba, ujar Hisyam, dia amat sedih apabila menerima satu panggilan berkaitan penemuan mayat warga tua yang terbiar.

"Kebanyakan warga tua di Singapura tinggal bersendirian disebabkan anak mereka sibuk bekerja dan tidak mempunyai waris.

"Saya begitu sedih apabila mendapat panggilan daripada seorang pengadu yang mengatakan bau busuk di sekitar rumahnya.

"Apabila kami memeriksa sekitar kawasan tersebut, didapati mayat seorang lelaki telah mereput dan disyaki telah meninggal dunia sejak dua minggu lalu. Perasaan sedih tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," katanya.

Bukan klon Aaron Aziz

Mengakui banyak orang memperkatakan tentang persamaan dirinya dengan pelakon popular Aaron Aziz, tegas Hisyam, dia kurang selesa jika dibandingkan dengan hero filem KL Gangster tersebut.

Antara persamaan yang sering dibandingkan antara dia dengan Aaron termasuk sudah mendirikan rumah tangga, mempunyai dua orang anak dan iras wajah yang agak serupa.

Walaupun mempunyai tujuan dan objektif yang sama, bagaimanapun dia lebih selesa untuk dikenali sebagai Hisyam Hamid.

"Ya, ramai orang melihat saya dan dia (Aaron) sebagai orang yang sama, memandangkan latar belakang kami yang tidak jauh beza termasuk mempunyai isteri dan dua orang anak.

"Saya ingin menjadi seperti Aaron tetapi saya tidak mahu dibayangi olehnya. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.

"Saya akui Aaron merupakan seorang pelakon yang hebat dan boleh dikatakan berjaya di Malaysia. Saya juga ingin menjadi sepertinya tetapi dengan cara dan sentuhan saya sendiri," ujarnya yang menjadikan aktor berpengalaman Rosyam Nor sebagai idolanya.

Cahaya mata

Kehadiran dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 7, dan Hayden, 5, hasil daripada lapan tahun perkahwinan Hisyam dan isteri tersayang menambahkan lagi seri rumah tangga pasangan itu.

Bagaimanapun, memandangkan Hisyam kini sedang meluaskan empayar lakonannya di Malaysia, anak-anaknya terpaksa ditinggalkan di Singapura bersama ibu mertuanya.

"Isteri saya banyak memainkan peranan dalam menjaga keluarga. Ketika saya sedang sibuk di Malaysia, isteri saya selalu berulang-alik dari Malaysia ke Singapura untuk menguruskan anak-anak dan saya.

"Saya akui pada mulanya anak saya, terutamanya Hayden, selalu menangis disebabkan saya selalu meninggalkannya dan kurang meluangkan masa bersama.

"Dia tahu kalau saya berkemas dan menggalas beg besar, saya akan pergi meninggalkan mereka untuk tempoh yang lama," katanya.

Hisyam menambah, kini anak-anaknya mampu menerima keadaan kerjanya yang tidak menentu.

Walaupun terpaksa berjauhan Hisyam selalu menghabiskan masa dengan anak-anaknya jika mempunyai masa terluang.

"Saya akan membawa anak saya ke Malaysia sekiranya mereka bercuti dan meluangkan masa bersama mereka.

"Saya harap pada masa akan datang mereka dapat menerima keadaan pekerjaan saya sebegini dan saya tidak risau sebab mereka semakin memahami," ujarnya.

Hanez tak bimbang karma

Posted:

Hanez tak bimbang karma

Hanez tak bimbang karma

Oleh HARYATI KARIM


ROMIE (kiri) bersama peguamnya, Rubiah manakala Hanez pula hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana (dua dari kanan) dalam satu sidang akhbar khas yang berlangsung semalam.


SEJAK mengumumkan akan berkahwin pada tahun ini, nama Hanez Suraya cukup hangat. Semuanya bermula apabila pelakon berusia 29 tahun itu merahsiakan status dan identiti bakal suaminya yang dikenali sebagai Romie Razin Adilha, 34.

Pelbagai spekulasi timbul sehingga membuatkan Hanez terlanjur kata bahawa lelaki itu duda anak dua meskipun hakikat sebenarnya kekasihnya masih bergelar suami yang sah kepada wanita bernama Nurliyana Abd. Manan.

Menyedari kesilapannya, Hanez telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka. Tidak cukup dengan itu, dakwaan isteri kekasihnya Hanez punca keretakan rumah tangganya dalam sebuah akhbar mingguan telah mengeruhkan lagi keadaan.

Kontroversi ini telah memberi impak yang negatif terhadap kerjaya dan nama baik Hanez menyebabkan pelakon itu tampil membuat sidang akhbar di Hotel One World, Damansara, Selangor semalam.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung dengan tenang itu, Hanez ditemani kekasihnya dan juga peguam masing-masing iaitu Rubiah Jaffar dan Wan Nurliyana Abdul Rahman.

Ikuti sesi soal jawab antara pihak Hanez dan juga media.

Kosmo!: Apakah tujuan Hanez membuat sidang akhbar ini?

HANEZ: Tujuan saya membuat sidang akhbar ini adalah untuk membersihkan nama daripada fitnah yang dilemparkan kepada saya.

Boleh Hanez komen apabila dituduh sebagai perosak rumah tangga orang lain.?

HANEZ: Pertama kali saya jumpa Romie pada 20 Disember tahun lalu. Walhal masalah rumah tangga yang dihadapinya telah wujud sebelum dia mengenali saya.

Romie: Saya tidak mahu aibkan sesiapa kerana kes perceraian saya dengan isteri masih berjalan di mahkamah. Apa yang saya boleh beritahu, isteri saya telah memfailkan perceraian sebanyak dua kali, pertama pada 1 April 2011 dan kali kedua pada 8 Oktober 2013.

Dalam kedua-dua permohonan perceraiannya puncanya langsung tidak menyebut tentang orang ketiga.

Kami juga sudah tidak tinggal sebumbung sejak 15 Ogos tahun lalu apabila isteri saya bertindak keluar dari rumah. Saya telah berinya tempoh tiga bulan untuk kembali taat tetapi dia masih ingin meneruskan niatnya untuk bercerai.

Bagaimanakah dengan bukti-bukti gambar percutian kalian di Bangkok, Thailand yang dikeluarkan baru-baru ini?

HANEZ: Kami bukan pergi berdua seperti yang didakwa, sebaliknya seramai tujuh orang termasuk adik-beradik Hanez. Kami pergi bercuti, dalam masa yang sama memberi barang untuk perniagaan adik saya.

RUBIAH (peguam Romie): Gambar-gambar tersebut telah ditolak oleh mahkamah sebelum ini kerana dalam permohonan perceraiannya, isterinya tidak langsung menyatakan orang ketiga sebagai punca dia memohon cerai.

Selepas gambar itu tidak boleh digunakan di mahkamah, dia menggunakan saluran media pula. Sepatutnya gambar tersebut tidak boleh disiarkan kerana telah mendapat arahan daripada mahkamah.

Hanez dilihat seolah-olah tidak sabar untuk berkahwin, walhal kes perceraian kekasih masih belum selesai. Komen?

HANEZ: Saya tidak pernah memberitahu siapa identiti bakal suami dan tarikh perkahwinan kerana saya mahu dia selesaikan masalahnya terlebih dahulu. Dia telah melamar saya sekitar bulan Januari lalu, saya akan tunggu kerana soal kahwin terpulang kepada pihak lelaki.

Andai pihak lelaki mahu mempercepatkan perkahwinan walaupun kes perceraiannya masih tidak selesai, siapa saya untuk menolak. Saya percaya jodoh itu ditentukan oleh Allah.

Mengapakah selepas segala kontroversi yang berlaku Hanez masih setia bersamanya?

HANEZ: Saya sukakannya kerana dia seorang lelaki yang jujur dan ikhlas untuk memperisterikan saya. Selepas apa yang berlaku, dia tidak pernah mengabaikan saya, malah sentiasa ada di sisi saya untuk memberi sokongan moral.

ROMIE: Sebagai lelaki, saya memujuknya dan memberi sokongan supaya dia kuat. Benda sudah berlaku, apa yang kita boleh lakukan adalah hadapinya dengan tenang.

Saya juga telah berjumpa dengan keluarganya tanda saya serius berkawan dengan Hanez, bahkan pihak Hanez tidak pernah desak saya untuk menceraikan isteri saya.

Bilakah tarikh sebenar kalian akan berkahwin?

ROMIE: Saya tidak boleh beritahu lagi kerana nanti kelihatan riak pula, biarlah saya mengikut kententuan Allah, andai kami ada jodoh, kami akan berkahwin. Biarlah kes perceraian saya selesai terlebih dahulu.

Apakah keistimewaan Hanez sehingga anda tertarik kepadanya?

Saya kenal Hanez selepas melihat dia berlakon dalam drama Love You Mr. Arrogant. Selepas itu, tidak sangka kami berjumpa dalam sebuah majlis di Shah Alam, Selangor.

Saya tertarik kerana dia seorang yang ringkas dan boleh menerima anak-anak saya. Apabila saya suka seseorang, saya akan usahakan sampai dapat.

Adakah Hanez bimbang karma akan datang kepada Hanez selepas berkahwin atas kekecewaan orang lain?

Tidak pernah. Apa yang penting keikhlasan dalam sebuah hubungan. Jika saya mampu beri kebahagian dan menjaganya dengan baik, rasanya saya tidak perlu risau tentang karma.

Nad akui hadir kursus kahwin

Posted:

Nad akui hadir kursus kahwin

Nad akui hadir kursus kahwin

Oleh IZWAN MOHD. ISA


NAD ZAINAL dan Azwan dijadualkan berkahwin dalam masa terdekat ini.


BEBERAPA hari lalu, sebuah blog hiburan melaporkan menerima beberapa keping gambar pelakon genit, Nad Zainal, 24, dan kekasihnya, Azwan Kombos, 29, yang dilihat sedang menghadiri kursus perkahwinan di Masjid Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara, Kuala Lumpur.

Menerusi laporan itu juga, terdapat sekeping gambar senarai kehadiran yang memaparkan nama pelakon yang pernah popular menerusi drama Bukan Bidadari itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang gambar atau status terkini mengenai kursus perkahwinan yang dihadiri mereka tertera di akaun Instagram peribadi milik Nad.

Sebaliknya, Azwan ada memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya memakai baju yang sama ketika menghadiri kursus tersebut pada keesokan harinya.

Ketika berpeluang berbual dengan aktres itu melalui panggilan telefon semalam, Nad tidak menafikan bahawa pasangan yang hadir ke kursus perkahwinan itu adalah dia dan Azwan. Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan pelakon filem Kami Histeria itu.

Kosmo!: Adakah benar Nad dan Azwan menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini?

NAD: Ya, saya dan Azwan telah menghadiri kursus perkahwinan yang dijalankan di sebuah masjid di Damansara, Kuala Lumpur. Kursus tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Mac lalu.

Siapa yang mencadangkan untuk mengikuti kursus tersebut?

Sejujurnya, idea ini datanganya daripada kedua-dua belah pihak. Kami bersetuju untuk mengikuti kursus tersebut lebih awal.

Adakah kalian berdua telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga?

Belum lagi. Kami menghadiri kurus tersebut bagi memudahkan perjalanan kami pada masa akan datang. Jika ada jodoh, perkara-perkara wajib seperti ini telah selamat diselesaikan. Lagipun, kami berdua tidak sibuk. Justeru, lebih baik memanfaatkan masa terluang ini untuk melakukan perkara yang berfaedah.

Jadi, Nad dan Azwan tidak bercadang untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat ini?

Ya, kami tidak berhasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Apakah perkembangan terbaharu Nad?

Saya akan muncul menerusi sebuah drama bersiri berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah. Selain itu, telemovie lakonan saya untuk slot Cerekarama, Penantian juga bakal menemui penonton tidak lama lagi. Dalam perkembangan lain, saya akan menyertai sitkom komedi Oh My English! yang akan muncul untuk musim terbaharu.

Jika dilihat dengan gaya dan imej terkini, Nad kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Adakah Nad tidak takut jika tawaran berlakon akan berkurangan apabila Nad kerap melakonkan watak remaja?

Saya akui, faktor saiz badan saya sangat mempengaruhi tawaran berlakon yang saya terima. Bagaimanapun, saya berusaha untuk mengurangkan penerimaan watak-watak remaja selepas tamat proses penggambaran Oh My English! nanti.

Jadi, adakah Nad hanya akan melakonkan watak wanita matang selepas ini?

Tidak juga. Ia perlulah selari dengan jalan cerita drama atau filem tersebut. Saya tidak kisah untuk menerima watak yang mempunyai babak imbas kembali. Jika ia memerlukan saya berlakon sebagai remaja sekolah sepanjang perjalanan cerita, mungkin saya akan menolak tawaran itu.

Apakah tujuan Nad berbuat demikian?

Saya mahu dikenali sebagai pelakon serba boleh yang mampu untuk melakonkan watak-watak yang lebih matang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 5 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mendokumentasi khazanah negara

Posted:

Mendokumentasi khazanah negara

Mendokumentasi khazanah negara

SARAWAK Chamber di Taman Negara Mulu mempunyai ruang bawah tanah terbesar di dunia hingga mampu menampung 40 buah kapal terbang Boeing 747.


HANYA 30 minit lagi, kakinya akan menjejak ke Taman Negara Mulu selepas menaiki penerbangan dari Miri, Sarawak.

Meskipun sudah lima kali berkunjung ke Mulu, Diana Rose, 40, masih teruja dan bersedia menerokanya semula.

Apa yang pasti, Diana mahu menikmati keindahan alam semula jadi di samping menyaksikan semula contoh terbaik luluhawa batu kapur tropika termasuk kawasan rabung batu kapur yang tajam, ngarai dan curam hingga digelar sebagai The Pinnacles itu.

Menariknya, kata Diana, taman negara tersebut memiliki bentuk geografi yang unik terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih dan dilitupi oleh hutan dara tropika.

"Taman Negara Mulu bukan hanya untuk orang-orang yang inginkan ketenangan daripada kesibukan kota tetapi sesuai kepada mereka yang menginginkan kegiatan lasak.

"Taman negara ini juga menawarkan pelbagai aktiviti pilihan dalam meneroka keindahan Gunung Mulu termasuk trek mendaki yang sukar tetapi ia sangat berbaloi," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Diana yang berasal dari Mukah memberitahu, taman negara tersebut boleh dikunjungi menggunakan pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu.

Bagaimanapun, katanya, bagi yang inginkan cabaran, mereka boleh pergi ke Mulu menggunakan jalan lain iaitu menggunakan bot ekspres dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

Ceritanya, bagi yang pertama kali datang ke Mulu, pasti berasa kagum dengan rangkaian-rangkaian gua terpanjang di dunia yang terdapat di Mulu selain Sarawak Chamber iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia hingga mampu menampung 40 buah kapal terbang Boeing 747.


WARISAN Arkeologi Lembah Lenggong yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Ipoh, Perak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.


"Sukar untuk menggambarkan bagaimana perasaan saya ketika pertama kali melawat Gua Rusa iaitu gua yang mempunyai terowong terbesar di dunia.

"Saya juga tertarik dengan Gua Air Jernih iaitu gua paling panjang di Asia Tenggara yang menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang yang berterbangan keluar menjelang waktu senja," jelasnya.

Begitulah pengalaman mengunjungi tapak warisan semula jadi yang mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) itu.

Taman Negara Mulu diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974 dan terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 kilometer persegi dan ia dikategorikan sebagai warisan ketara di negara ini.

Itu cerita warisan ketara, lain pula ceritanya bagi warisan tidak ketara yang menumpukan kepada soal permainan, bahasa dan persuratan, busana, seni, makanan, lauk-pauk, perubatan tradisional, adat serta budaya.

Makanan warisan

Menurut Pakar Makanan yang juga selebriti, Cef Kamarul Hasni Che Ros, 39, perlu satu tindakan yang lebih ke depan dalam usaha mengangkat makanan-makanan di Malaysia sebagai warisan negara.

Misalnya, nasi lemak, kata Kamarul, makanan tersebut seharusnya sudah diangkat sebagai warisan negara memandangkan ia sudah menjadi makanan ruji kepada seluruh lapisan masyarakat di Malaysia.

"Nasi lemak bukan lagi makanan pilihan, tetapi menjadi makanan wajib seb6agai sarapan pagi di negara ini bahkan hidangan itu turut dimakan pada waktu lain termasuk tengah hari, petang dan malam.

"Jadi, tidak salah jika makanan seumpama ini diangkat sebagai makanan warisan negara. Jangan nanti ada negara lain seperti Singapura, Indonesia mahupun Brunei mendapatkan hak warisan terhadap makanan itu dan akhirnya kita berputih mata," ujarnya.

Kamarul menegaskan, negara lain sentiasa berusaha untuk mengangkat makanan-makanan yang ada di negara mereka sebagai warisan hinggakan ada hidangan yang mengambil sempena nama negara itu sendiri seperti mihun Singapura.

Selain Singapura katanya, Indonesia turut mempunyai nasi lemak yang dipanggil nasi uduk, meskipun ada sedikit perbezaan tapi ia banyak persamaan dengan sajian berkenaan.

"Malaysia selalu terkebelakang dalam soal mengiktiraf atau mendapatkan hak dan paten makanan sebagai warisan negara selain kurang mendokumentasikan khazanah-khazanah seumpama itu.

"Seharusnya, pihak yang bertanggungjawab perlu bekerjasama dengan pemain industri untuk mencari mekanisme bagaimana untuk mengangkat warisan-warisan negara ini," katanya yang turut mencadangkan perlu ada piawaian dan keseragaman dalam usaha untuk menjadikan nasi lemak sebagai warisan tidak ketara itu.


MEK Jah mempersembahkan tarian makyung yang diiktiraf sebagai warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2005.


Iktiraf

Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan), Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Rosnan Abdul Rahman, 41, sependapat dengan Kamarul bahawa warisan negara seharusnya didokumentasi serta dibukukan supaya tidak luntur dek panas, tak lekang dek hujan.

Rosnan yang merupakan satu-satunya pakyung lelaki dalam seni persembahan teater tradisional makyung memberitahu, masih banyak bidang seni dan budaya di negara ini yang belum lagi diangkat atau diiktiraf sebagai warisan negara seperti makyung yang mendapat pengiktirafan daripada UNESCO pada tahun 2005.

Antara kebudayaan dan kesenian yang boleh diangkat sebagai warisan ialah wayang kulit, mek mulung, tarian barongan, tarian asyik, tarian hadrah, gamelan, ghazal, dikir rebana, boria, dikir barat, cak lempung dan sebagainya.

"Makyung misalnya, adalah satu-satunya bentuk kesenian rakyat negara ini yang telah diangkat menjadi antara warisan dunia sekali gus memperlihatkan betapa tinggi nilainya.

"Justeru, kita mahu warisan kesenian dan kebudayaan lain di negara ini turut mendapat pengiktirafan yang sama dan harus dipertahankan dari generasi ke generasi seterusnya," katanya yang pernah mewakili Malaysia mengadakan persembahan di New York, Amerika Syarikat dan Paris, Perancis.

Dalam pada itu, Rosnan menjelaskan, di negara-negara luar terdapat panggung tradisional yang khusus untuk persembahan kebudayaan mereka seperti persembahan opera di China serta kabuki di Jepun yang identitinya dikenali seluruh dunia.

"Di Malaysia, kita tidak ada panggung khas untuk makyung sedangkan ia sudah bertaraf warisan dunia. Saya berharap kita tidak hanya menang pada nama, tetapi kita juga harus menang dalam mempersembahkan warisan budaya sendiri kepada dunia luar," katanya.

Mahu pertahan warisan Malaysia

Posted:

Mahu pertahan warisan Malaysia

Mahu pertahan warisan Malaysia


PERSEMBAHAN dikir barat merupakan warisan tidak ketara negara yang perlu mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.


SEBAGAI sebuah negara yang bukan hanya memiliki keindahan alam semula jadi, bahkan turut kaya dengan warisan serta sejarahnya, Malaysia harus memelihara dan memulihara warisan asli milik rakyat agar tidak hilang dek arus pembangunan.

Disebabkan alasan-alasan ini, timbulnya idea daripada Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim untuk mewujudkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan dikenali sebagai Yayasan Warisan Negara.

Kosmo! baru-baru ini berpeluang menemubual orang kuat Yayasan Warisan Negara iaitu Pengerusinya, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf bagi mengupas peranan serta fungsi organisasi yang baharu ditubuhkan pada awal tahun ini.

Yayasan Warisan Negara dibiayai oleh Yayasan Al-Bukhary. Kamaruddin menjelaskan, penubuhan yayasan ini bertujuan untuk meningkatkan dan mengekalkan kesedaran terhadap pemuliharaan dan pembangunan warisan lampau di Malaysia dan alam Melayu (Nusantara) dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, peninggalan warisan boleh dikategorikan dalam bentuk sama ada bersifat ketara mahu pun yang tidak ketara.

"Untuk tujuan itu, yayasan akan bergerak menerusi promosi, menggunakan media massa sama ada dengan kerjasama media tempatan mahu pun alam Nusantara dan arena antarabangsa bagi melakukan usaha-usaha penyelidikan, pemulihan, seminar dan sebagainya.

"Kerjasama ini turut merangkumi pembabitan pihak kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan dengan peninggalan warisan terutamanya Jabatan Warisan Negara, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, NGO, individu, swasta dan awam," katanya ditemui di Pejabat Yayasan Warisan Negara di Bangunan Yayasan Al-Bukhary, di Kuala Lumpur.

Kesedaran

Selain itu, Kamaruddin memberitahu, yayasan juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat tempatan, nusantara mengenai kepentingan sejarah dan artifak negara dinilai, dipelihara untuk generasi akan datang.

Katanya, sebagai warisan negara, ia bukan sahaja berkaitan dengan sejarah atau masa lampau, namun ia berkait rapat dengan proses pembentukan negara.

Tambahnya, ia juga berkait dengan semangat cintakan negara di samping menyemat jati diri bangsa memandangkan budaya dan bangsa saling berkaitan.

"Justeru, yayasan dengan kerjasama agensi kerajaan terutama Jabatan Warisan Negara akan memastikan usaha dan dasar kerajaan dalam memelihara, mempertahan dan menjaga warisan ini dapat dicapai.

"Secara tidak langsung, langkah itu dilihat penting sebagai galakan kepada pertumbuhan sektor pelancongan di samping memberi nilai tambah kepada pendapatan ekonomi negara," ujar beliau.

Kamaruddin menambah, negara yang memelihara dan mempertahankan warisannya seperti Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia telah menjadikan rakyatnya mempunyai jati diri yang kuat, memiliki semangat cintakan bangsa dan negara yang cukup tinggi.

Apa yang pasti, beliau menegaskan, objektif kewujudan yayasan tersebut sudah tentunya untuk mengangkat warisan negara ke persada antarabangsa selain membuka mata dunia bahawa Malaysia memiliki peninggalan warisan bernilai tinggi.


KAMARUDDIN menerusi Yayasan Warisan Negara komited dalam memelihara dan mempertahankan warisan negara.


Kesedaran

Untuk mencapai usaha tersebut katanya, Yayasan Warisan Negara telah merancang dan melaksanakan program berkaitan warisan dalam usaha meningkatkan kefahaman serta kesedaran rakyat untuk memelihara dan mempertahankan warisan.

"Kita juga akan meningkatkan jaringan dan kerjasama pertukaran maklumat atau penerangan kepentingan bersama melalui NGO, komuniti rakyat serta media massa tentang apa juga yang berkaitan dengan warisan.

"Pada masa sama, yayasan akan menjalankan program pertukaran tenaga penyelidik, promosi dan memberi bentuk bantuan kepada persatuan-persatuan yang aktif dalam menjaga dan mempertahankan peninggalan warisan," jelas beliau.

Selain itu kata Kamaruddin, yayasan akan mengadakan aktiviti yang memberi peluang serta ruang kepada pencinta warisan untuk menimba pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam bidang-bidang warisan budaya seperti ukiran, batik dan sebagainya bagi memastikan ia dapat dipertahankan.

"Kita akan berusaha untuk menerbit serta mendokumentasikan warisan negara dengan memberi bantuan dalam bentuk geran dan sumbangan kepada para pengkaji dan penyelidik dalam bidang berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, warisan negara terbahagi kepada tokoh orang hidup, warisan ketara serta warisan tidak ketara.

Warisan yang melibatkan tokoh orang hidup ialah seperti Datuk Ramli Ibrahim yang pakar dalam tarian klasik India, Puan Mek Jah Deris (Mak Yong) dan Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat).

Bagi warisan ketara membabitkan bentuk warisan arkeologi, semula jadi, seni bina, seni halus dan objek ketara.

Sementara itu, warisan tidak ketara pula adalah permaianan tradisi dan pertahanan diri; bahasa dan persuratan; busana, tekstil, seni hias diri dan kraf, seni persembahan, makanan warisan kuih-muih dan manisan, lauk-pauk, perubatan tradisional serta adat dan budaya.

Sebanyak empat tempat di Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu bandar raya bersejarah Melaka dan George Town sebagai tapak warisan budaya manakala Lembah Lenggong (tapak warisan arkeologi).

Dua lagi tapak warisan dunia adalah Taman Negara Mulu dan Taman Negara Kinabalu yang dikategorikan sebagai tapak warisan semula jadi.- SOPI SAMAILE

Manfaat kitar semula di Nigeria

Posted:

Manfaat kitar semula di Nigeria

Manfaat kitar semula di Nigeria

Setiap kali mengumpulkan barang kitar semula, masyarakat di Nigeria bakal menerima hadiah melalui skim Wecyclers.


ADEBIYI (lima dari kiri) menerima anugerah Inisiatif Cartier Wanita, Oktober lalu.


LAGOS, bandar terbesar di Nigeria dengan kepadatan penduduk kira-kira 20 juta menghasilkan lambakan sisa buangan sehingga 10,000 tan metrik sehari.

Sisa tersebut boleh dilihat berlapis-lapis di kawasan jalan yang sibuk selain terapung di permukaan pembetungan terbuka.

Sehingga kini, dianggarkan 40 peratus daripada sisa buangan di bandar raya itu dikumpul dan dibawa ke pusat pengumpulan sampah sebelum pengutip sampah mengambilnya untuk dijual.

Bagaimanapun, satu skim yang baru dilancarkan diharapkan dapat menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Menerusi skim berkenaan, insentif diberikan kepada mana-mana pihak yang menyumbang barangan buangan seperti botol plastik, beg dan tin.

Skim 'Wecyclers' merupakan idea Bilikiss Adebiyi untuk menangani masalah sisa buangan di bandar itu ketika sedang menuntut di peringkat Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Amerika Syarikat.

"Orang ramai maut akibat bencana banjir kerana perbuatan membuang sampah sarap sehingga sistem perparitan tersumbat.

"Selain itu, bahan kimia daripada plastik dibiarkan reput dalam tanah memburukkan lagi keadaan. Mereka tidak faham bahawa wujud proses dan kaedah yang betul untuk melupuskan sisa buangan itu," tegasnya yang merupakan graduan Pengurusan MIT Sloan School dan bekas jurutera perisian IBM.

Adebiyi memberitahu, bahan kimia daripada plastik turut memberikan kesan negatif terhadap kesihatan, mata pencarian dan produktiviti.

Dalam pada itu, skim Wecyclers yang diwujudkan sejak 18 bulan lalu dengan sokongan daripada sebuah pertubuhan awam, Pengurusan Sisa buangan Autoriti Lagos (LAWMA), lazimnya menguruskan pengumpulan bahan buangan dan penaja yang ingin membantu.


HASIL sisa kitar semula dikumpulkan di Surulere.


Basikal

Melalui kerjasama tersebut, Wecyclers berjaya mengumpulkan hampir 200 tan metrik sisa buangan daripada kira-kira 5,000 isi rumah. Kesemua sisa buangan berkenaan dikutip menggunakan basikal.

Wecyclers mempunyai cara tersendiri dalam usaha mengumpulkan sisa buangan dari setiap kawasan perumahan dan perniagaan sehingga melalui jalan paling terpencil.

Pengutip berbasikal akan ke setiap rumah untuk mengumpul dan menimbang sisa buangan yang dikumpulkan.

Setiap kilogram (kg) sampah adalah bernilai bagi membolehkan penduduk memenangi hadiah menerusi setiap kutipan mata terkumpul.

"Kitar semula bukanlah perkara asing, namun kita mempunyai kesedaran yang rendah dalam konteks ini bahkan mereka tidak tahu apakah itu kitar semula.

"Inilah sebabnya, kita memperkenalkan sistem insentif melalui pungutan mata supaya mereka boleh menebus barang berharga," jelas Adebiyi.

Setiap isi rumah boleh menebus mata dengan barangan seperti makanan, kelengkapan dapur termasuk pengisar, kad prabayar atau wang tunai.

Malah, terdapat klien yang berjaya menebus mata tersebut dengan penjana elektrik yang merupakan barangan mewah berikutan gangguan elektrik sering berlaku di bandar itu.

Ademiyi berkata, kaedah itu bukan sahaja menghargai klien malah, mampu mendidik mereka memelihara alam sekitar. Ia juga menggalakkan lebih ramai rakyat melakukan kitar semula.

Manfaat

"Insentif ini sering menjadi topik utama dalam kalangan klien. Kami biarkan mereka teruja mengumpul barang kitar semula dan menerima manfaat.

"Kebaikan yang mereka peroleh ialah kebersihan dan mengurangkan kadar kekerapan banjir serta faktor kesihatan," tambahnya.

Setiap sisa yang dikumpul akan dihantar ke sebuah kawasan yang disewa oleh LAWMA di Surulere. Setiap sisa kemudiannya diasingkan sebelum dijual kepada kilang kitar semula.

Bahan plastik yang dikitar semula dijadikan isi bantal dan tilam, gentian tekstil, plastik sampah serta selipar manakala tin timah dicairkan untuk digunakan dalam penghasilan produk aluminium.

Projek berkenaan semakin terkenal hingga Oktober tahun lalu, Adebiyi menerima anugerah Inisiatif Cartier Wanita iaitu sebuah anugerah mengiktiraf keusahawanan wanita di serata dunia.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved