Sabtu, 30 November 2013

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Jimny kekal rugged

Posted:

Jimny kekal rugged

Jimny kekal rugged

Oleh SHAWKATH AZDE

AKHIR tahun 1970-an menyaksikan ketibaan sebuah jentera jenama Suzuki yang didakwa sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) pacuan empat roda (4X4) pertama dunia. Model itu ialah Suzuki Jimny.

Binaan model generasi pertama Jimny mempersembahkan gaya rugged yang menepati karakter sebenar jentera itu. Ia lasak. Pada waktu itu, SUV itu meraih sokongan pembelian daripada individu yang terlibat dalam industri pembinaan. Ada juga pemilik daripada bidang pengurusan ladang.

Rasionalnya, mereka memerlukan sebuah kenderaan yang mampu menempuh kepelbagaian halangan muka bumi selain tidak memerlukan pelaburan besar. Ekoran sambutan positif daripada pasaran Malaysia, Suzuki Jimny akhirnya menemui barisan pengeluaran pada tahun 1984.

Hampir 10 tahun model itu meraih populariti sehinggalah ketibaan Suzuki Vitara pada pertengahan tahun 1990-an. Jimny akhirnya tenggelam dengan strategi pemasaran Vitara yang terbukti berjaya meraih perhatian.

Ikon baharu

Percaturan salah itu memaksa jualan Jimny ditamatkan pada tahun 2000. Sepanjang berada dalam pasaran Malaysia, statistik jualan terkumpul produk SUV itu berjaya melepasi paras 20,000 unit.

Hala tuju jenama Suzuki memasuki episod baharu selepas tahun 2000. Tugas mengimport dan pengedaran model-model kenderaan Suzuki jatuh kepada Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA).

SMA adalah subsidiari DRB-HICOM Bhd. Di bawah pengurusan SMA, nama Suzuki kembali popular dengan kereta kompak Swift.


KEISTIMEWAAN model Jimny terletak pada sistem pacuan Drive Action 4X4.


Begitu banyak versi Swift diperkenalkan sehingga model itu dianggap sebagai ikon Suzuki di Malaysia. SMA sebenarnya ada juga beberapa produk lain termasuk Suzuki SX4 dan kereta sedan Kizashi. Bagaimanapun, perniagaan kereta kompak ialah kekuatan sebenar SMA.

Stigma Swift sebagai ikon Suzuki bakal berubah kerana Jimny dibawa kembali ke pasaran domestik. Model SUV yang diimport terus dari Jepun itu dilancarkan oleh pada SMA awal bulan ini. Sebenarnya, model yang dibawa masuk ke Malaysia adalah versi naik taraf generasi ketiga.

Ketua Jualan dan Pemasaran SMA, Shahrul Mizan Abd. Jalil ketika ditemui menyatakan hasrat untuk mengembalikan imej ikon Suzuki kepada Jimny.

Katanya, tindakan itu adalah strategi penjenamaan produk Suzuki. Berhubung nasib model Swift, dia menjelaskan produk kompak itu lebih tertumpu kepada pada aspek jualan kenderaan.

Malah SMA percaya Jimny tidak mempunyai pesaing secara langsung atau terdekat daripada mana-mana syarikat automotif di Malaysia buat masa ini. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki selepas majlis pelancaran Jimny di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kepercayaan itu berpaksikan kepada faktor ketiadaan beberapa model khasnya keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) seperti Kembara dan Nautica.

Ada khabar melaporkan Perodua sedang mengkaji keperluan menghasilkan sebuah jentera 4X4. Sejauh mana kebenarannya, nantikan sahaja pengumuman peneraju pasaran automotif itu.

Selain itu, Toyota Rush juga tidak layak dikategorikan sebagai pesaing terhadap Jimny berikutan perbezaan pada format sistem pacuan roda. Rush hanya jentera pacuan dua roda.


MODEL SUV Suzuki memberi penekanan pada aspek keselesaan biarpun saiz ruang kabin agak terhad.


Masih rugged

Model generasi ketiga Jimny sudah melepasi transformasi kemodenan untuk menjadikannya sebagai sebuah jentera kembara atau kenderaan kegunaan harian.

Pembaharuan dilakukan melibatkan pemasangan hud enjin, bampar hadapan dan gril baharu. Biarpun tampil dengan rekaan moden ringkas, sifat asal rugged tetap terpelihara.

Kerangka model Jimny dicipta untuk mengimbangi kestabilan dan menyerap getaran dengan lebih baik.

Perkara itu dizahirkan dengan format kejuruteraan suspensi gegelung tiga pautan dan pengasingan pegas gegelung dan penyerap hentak.

Rahsia kehebatan Jimny sebenarnya terletak pada Sistem Drive Action 4X4 yang boleh ditetapkan mengikut selera pemandu.

Tiga mod pacuan

Dengan menekan butang pada bahagian konsol tengah, sistem pacuan boleh bertukar daripada dua roda kepada empat roda biarpun kelajuan semasa di bawah paras 100 kilometer sejam.

Sistem Drive Action 4X4 menawarkan tiga jenis mod pacuan. Pertama, butang pacuan empat roda (4WD) mengubah tetapan untuk tanah rata off-road. Untuk jalan lurus, pilih sahaja mod 2WD (pacuan dua roda) atau 4WD.

Pilihan tetapan 2WD akan menyah lepas aci pacu hadapan sekali gus mengurangkan kesan bunyi dan getaran. Jika perlu tambahan kuasa cengkaman untuk mendaki bukit atau meredah permukaan kasar, sila tekan butang 4WD-L.

Kuasa menggerakkan roda Jimny dibekalkan daripada rangkaian kuasa DOHC 1.3 liter M13A dan sistem transmisi manual atau automatik.

Enjin aluminium itu dikatakan kaya dengan hamburan kuasa kilas sekali gus menjayakan respons pantas ketika mengharungi apa jua laluan muka bumi.

Tugas mengawal keupayaan memperlahankan atau memberhentikan Jimny disandarkan kepada sistem brek cakera berprestasi tinggi dengan bantuan sistem brek antikunci.

Ruangan dalaman Jimny kelihatan seperti sebuah trak asas. Tidak sarat dengan pelbagai ciri seperti sebuah kereta konvensional.


KEIICHI (hadapan) bersama sebuah Jimny yang diberi solekan kosmetik dan empat model pada majlis pelancaran SUV itu di Subang, Selangor baru-baru ini.


Di dalamnya, ada empat tempat duduk yang menawarkan keselesaan khususnya pada zon letak kaki, lutut dan siku. SMA mendakwa posisi kedudukan Jimny tidak mendatangkan tekanan kepada pemandu. Malah memberi keselesaan dan membuatkan anda sentiasa terjaga.

Setiap kerusi penumpang yang disaluti fabrik boleh dilipat secara berasingan untuk meluaskan ruang simpanan barang dalam kabin.

Untuk keselesaan keluar masuk dalam SUV itu, jurutera Suzuki melengkapkan Jimny dengan kerusi jenis boleh gelongsor pada barisan hadapan dan sudut pembukaan pintu yang lebih luas.

Apabila berada di kerusi pemandu, didapati susun atur butang kawalan pada papan pemuka mudah dicapai oleh pemandu.

Segala maklumat berhubung situasi semasa pemanduan dipamerkan menerusi instrumen meter dan mudah dilihat mata tanpa perlu menoleh lebih.

Tambahan lain melibatkan pengenaan ciri kekunci pintu kuasa, tetingkap kuasa dan sistem kawalan suhu untuk keselesaan pemandu dan para penumpang.

Jika anda sedang mencari sebuah kenderaan untuk aktiviti kembara dan kegunaan harian dengan imej rugged, mungkin Jimny menepati keperluan itu.

Subaru XV Crosover unik

Posted:

Subaru XV Crosover unik

Subaru XV Crosover unik

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


WALAUPUN Subaru XV banyak digunakan di kawasan bandar tetapi tidak salah jika pemiliknya mahu membawanya di jalan offroad kerana model ini merupakan sebuah crossover.


SEBUT sahaja Subaru sudah tentu model Impreza pasti meluru dalam minda apatah lagi ia cukup terkenal dengan imej rali.

Baru-baru ini penulis berpeluang untuk memandu uji Subaru XV 2.0i yang merupakan model pemasangan tempatan pertama.

Sekali imbas model ini nampak seperti kereta hatchback tetapi sebenarnya ia sebuah crossover yang tetap sesuai digunakan dalam bandar.

Sebaik punggung mula melabuh di tempat duduk, sesiapapun pasti mendapati ruang dalamannya terasa kompak.

Walaupun ringkas berbanding pesaing terdekatnya, Subaru tetap memastikan setiap aksesori dari stereng sehingga ke papan pemuka berada di kedudukan yang betul dan kemas.

Sebaik sahaja mulakan pemanduan di Pusat Jualan Subaru di Petaling Jaya baru-baru ini, penulis dapat rasakan perbezaan terutamanya peranan enjin Boxer 2.0 liter ditambah dengan sistem empat roda yang berfungsi sepenuhnya.

Bagi membuat pandu uji XV ini penulis memilih untuk ke Ayer Keroh, Melaka menerusi lebuh raya manakala perjalanan pulang melalui jalan lama.

Permulaan pemanduan dirasakan begitu lancar kerana kotak gear enam kelajuan CVT pantas memberikan pemandu keselesaan memandu.

Jika pemandu mengubah mod untuk memandu dalam keadaan yang agresif, paddle shifter yang terletak di belakang stereng merupakan jalan pintas untuk mengawal kuasa enjin.

Kerjasama antara enjin, sistem empat roda dan kawalan pemanduan XV mampu menghasilkan maksimum tork 196 Nm pada 4,200 rpm.

Subaru XV ini hanya memerlukan kira-kira 7.9 liter minyak petrol untuk perjalanan sejauh 100 kilometer malah boleh dikatakan jimat untuk kenderaan sistem empat roda dengan enjin 2.0 liter.


PAPAN pemuka yang ringkas tetapi turut dimuatkan dengan beberapa aksesori berguna kepada pemandu.


Kepuasan memandu Subaru XV 2.0i ini terletak pada kecekapan pengendalian sistem pacuan empat rodanya terutama ketika mengambil selekoh.

Model itu juga turut diberikan skrin papan maklumat yang terletak di tengah papan pemuka. Skrin itu akan memaparkan info suhu, jam dan jarak penggunaan petrol.

Skrin itu banyak membantu pemandu terutamanya untuk perjalanan jauh.

Kerusi pemandu dan penumpang yang dibalut kulit memberikan keselesaan kepada sesiapa yang menaiki XV walaupun kerusi pemandunya dilaras secara manual.

Selain itu headrest pemandu dan penumpang hadapan juga boleh dilaras atas dan bawah serta depan dan belakang untuk lebih keselesaan.

Perjalanan yang jauh pasti rasa bosan tanpa sistem audio. Subaru XV ini dilengkapi dengan set audio dengan skrin sentuh dari jenama Kenwood. Ia juga turut dilengkapi port untuk USB.

Selain itu set audio itu juga dipadankan dengan enam speaker. Penulis difahamkan sistem audio XV telah ditala. Maka tidak hairanlah mendengar lagu Macarena bagai terasa seperti berada di dalam kelab hiburan.

Bagi memastikan perjalanan lancar Sistem Penentu Kedudukan Sejagat (GPS) juga turut dimuatkan pada set audi Kenwood itu.

Antara ciri-ciri yang lain ada pada paparan monitor Kenwood itu ialah kamera undur dengan bantuan garisan untuk memberikan gambaran jarak sebenar kepada pemandu.

Pengedar tunggal Subaru di sini Motor Image Malaysia Sdn. Bhd. menawarkan lima pilihan warna seperti biru, putih, perak, hitam dan kelabu.

Harga atas jalan termasuk insurans ialah RM151,227 sebuah.

CB500F sesuai untuk kegunaan bandar

Posted:

CB500F sesuai untuk kegunaan bandar

CB500F sesuai untuk kegunaan bandar

Oleh SHAWKATH AZDE

REKA bentuk model CB500F ringkas dan sesuai bagi penunggang amatur yang ingin naik taraf motosikal sedia ada.


SETELAH penantian sekian lama, peluang untuk menunggang uji motosikal Honda dalam kelas 500cc akhirnya menjadi nyata. Kali ini Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) bermurah hati untuk meminjamkan CB500F.

Tergolong dalam kategori naked bike, produk keluaran kilang Honda di Thailand itu menggunakan rangkaian kuasa sama seperti CBR500R (sportbike) dan CB500X (tourer).

Perbezaan antara ketiga-tiga model lebih tertumpu pada aspek ergonomik tunggangan dan beberapa komponen tambahan.

Melihat profail Honda CB500F, sudah pasti binaannya tampak ringkas tanpa pengenaan fairing. Lebih tepat, ia sesuai untuk pemanduan bandar.

Posisi mendada

Badan mula mendada sejurus sahaja menempatkan diri di atas model ini sambil menggenggam hendal. Terasa posisi tangan dan lengan mula berbentuk sudut seperti huruf L. Penyumbang kepada posisi itu sudah tentu berpunca daripada hendal jenis menegak.

Biarpun begitu, pelana yang rendah dan posisi pemijak kaki membantu mengimbangi kedudukan atas motosikal sekali gus membuatkan penunggang rasa relaks.

Butang kawalan pada bahagian kiri hendal sedikit mengelirukan. Jurutera Honda mengaplikasi susun atur macam kapcai Honda Future. Punat hon berada di bahagian tengah manakala butang isyarat membelok ditempatkan di bawahnya.

Di sebelah kanan hendal pula, butang lampu kecemasan ditempatkan di situ untuk memudahkan capaian penunggang baharu motosikal kelas sederhana. Tekan sekali, kedua-dua lampu isyarat membelok mula berkelip.

Sejurus kunci motosikal dihidupkan, instrumen meter digital memaparkan pelbagai maklumat termasuk kelajuan semasa, meter RPM, total jarak perjalanan, trip perjalanan, status bekalan bahan api, purata penggunaan minyak petrol dan jam. Mana petunjuk kedudukan gear semasa?

Memandangkan sasaran pengguna tertumpu pada peringkat umur 20 hingga 30 tahun dan mereka yang mahu menaik taraf motosikal sedia ada, sepatutnya ciri paparan gear semasa perlu ada.


SISTEM brek antikunci membantu mengawal kestabilan jika jentera mula gelincir.


Mudah dikendalikan

Saya mendapati ada ruangan yang tidak sekata antara penutup tangki dan tangki minyak. Penutup tangki nampak senget sebelah.

Bahagian penutup hadapan memang kemas, di belakang pula macam ada longkang. Begitu juga keadaannya pada model CB500X. Mungkin perkara itu perlu disemak semula jurutera Honda.

Ketika menunggang dalam bandar, hendal lebar memudahkan pengemudian antara barisan kenderaan beroda empat. Enjin semakin ringan sebaik paras pusingan enjin seminit melepasi paras 8,000.

Tunggangan di lebuh raya memerlukan kerahan tenaga lebih untuk mengawal CB500F ketika tamparan angin kuat pada kelajuan 150 kilometer sejam (km/j).

Getaran enjin jelas terasa pada bahagian tapak kaki. Jika mengepit tangki minyak dengan paha, kuat getaran boleh dirasai sehingga meresap ke tulang belakang.

Biarpun begitu, fork hadapan dan sistem penyerap hentak tunggal dengan bantuan Pro-Link menawarkan keseimbangan yang agak baik. Sepanjang tunggangan sejauh 600km, jarang sekali terasa CB500F membuai ketika melayan selekoh.

Tugas memperlahankan atau memberhentikan jentera disandarkan kepada dua set brek cakera dengan bantuan sistem antikunci.

Berhubung kadar penggunaan bahan api, satu tangki penuh minyak petrol membolehkan penulis mencapai jarak tunggangan sejauh 290km sebelum petunjuk mula berkerdip. Catatan purata terbaik bagi satu liter petrol ialah 21km.

Honda CB500F sememangnya satu produk kelas pertengahan yang sesuai untuk mereka yang mahu menaik taraf motosikal sedia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Sasar pasaran global

Posted:

Sasar pasaran global

Sasar pasaran global

Oleh ALIF ABU BAKAR

BERBEKALKAN segunung harapan dan selautan usaha, Mohd. Fahmi Mohammad Fabilah nekad menubuhkan Abstrax. Perkembangan fesyen jalanan dalam kalangan remaja tempatan sejak lima tahun lalu dijadikan inspirasi. Cubaan Mohd. Fahmi, 31, menjadi dan membuahkan sedikit demi sedikit kejayaan.

Selaku pengasas, beliau sedar bahawa dia memerlukan lebih ramai individu kreatif bagi mengendali Abstrax. Lantas, lahir barisan individu dengan idea-idea unik untuk membawa jenama pakaian lokal itu ke tahap membanggakan seperti hari ini.

Gerakan bawah tanah fesyen jalanan kemudiannya beranjak menjadi gaya harian. Anak-anak muda mula beralih minat daripada jenama antarabangsa kepada rekaan label-label tempatan. Sejujurnya, Abstrax merupakan antara nama yang bertanggungjawab mencetuskan revolusi positif tersebut.

Satu per satu perusahaan pakaian tempatan diwujudkan sehingga membolehkan pameran dan jualan besar-besaran seperti Tempatan Fest diadakan. Siapa sangka, masyarakat Malaysia kembali meletakkan kepercayaan kepada hasil kerja anak tempatan, malah ia turut mencuri perhatian orang luar.

Peluang melibatkan diri di Pameran Dagangan Pakaian Jalanan dan Urban Ulung Asia 2013 di Jakarta, Indonesia pada pertengahan bulan lalu menjadi permulaan kepada Abstrax untuk mengetengahkan rekaan mereka ke pentas dunia.

Sebagai salah satu wakil negara, Abstrax berhasrat untuk mengembangkan pasaran jenama mereka ke seluruh benua Asia dan Eropah. Setiap item keluaran jenama itu diperhati dan dinilai syarikat-syarikat global, sama ada mereka layak untuk diberi peluang memasarkan hasil kerja ke peringkat antarabangsa atau tidak.

"Penyertaan pertama kami tidak begitu memberangsangkan dari segi penerimaan dalam kalangan syarikat besar. Bagaimanapun kami tidak kecewa kerana ia telah memberi ruang kepada Abstrax untuk bekerjasama dengan jenama luar.


KEISTIMEWAAN Abstrax terletak pada kepelbagaian item keluarannya.


"Tiga label pakaian Indonesia telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan Abstrax dan ia secara tidak langsung membantu kami untuk melebarkan perniagaan ke negara seberang," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Abstrax, Dr. Faiz I. Anuar, 33, ketika ditemui Stailo.

Pengalaman sepanjang tiga hari berkampung pada pameran itu turut menemukan mereka dengan pengikut setia Abstrax dari republik berkenaan. Paling mengharukan apabila mereka didekati pembeli yang datang dari Makassar semata-mata ingin membeli barangan Abstrax.

"Kebanyakan pembeli Indonesia mengikuti perkembangan kami menerusi laman Facebook dan apabila mereka tahu kami di sini, mereka ambil kesempatan untuk bertemu tenaga kerja di sebalik jenama ini," tambah Faiz.

Variasi

Magis Abstrax terletak pada variasi rekaan yang dihasilkan. Tiada istilah terhad dalam setiap karya mereka. Disebabkan itu, Abstrax mampu melakar kejayaan lebih awal berbanding label-label tempatan lain.

Bermula dengan baju-T biasa, Abstrax kemudiannya bereksperimen dengan mencipta jaket, baju-T polo, jean, topi dan blazer.

Permintaan tinggi orang ramai terhadap baju-T dan topi snapback Abstrax telah membuka jalan kepada mereka untuk lebih berani mempelbagaikan item keluaran.

Jaket kasual berserta baju-T polo dan seluar chinos menyusul, seterusnya menjadi petanda awal bahawa jenama itu akan terus mengukuhkan namanya dalam industri pakaian tempatan.

Kekurangan label tempatan mengeluarkan koleksi denim dalam rangkaian seluar jean dijadikan peluang keemasan Abstrax untuk terus memajukan empayar kecil mereka.

Maka tercipta tiga rekaan jean Abstrax dengan potongan biasa (regular), skinny dan langsing (slim), kesemuanya mengekalkan rona asli denim iaitu biru.

Ciri-ciri eksklusif Abstrax ketara pada topi keluarannya. Kualiti diutamakan, sekali gus menciptakan aksesori kepala urban buat pencinta fesyen jalanan. Diperbuat daripada fabrik ringan premium berteraskan rekaan lima panel, kesemua topi Abstrax membentuk ciri-ciri versatil moden dengan jayanya.

Bagi menambah aura maskulin remaja, sarungkan jaket celoreng Abstrax yang digelar RVJ. Ideal untuk aktiviti luar dan dalam, jaket itu dibuat khusus untuk memberi keselesaan dan mengatasi stail konservatif. Paling istimewa, jaket daripada material poliester bersama perincian grafik itu direka dengan ciri-ciri rintang angin dan air.

BENTUK gaya urban bersahaja dengan jaket varsiti yang pasti menyerlahkan sisi remaja.


Propaganda

"Kami mahu mencapai audiens yang lebih besar, jadi kami perlu meluaskan kreativiti dari segi rekaan dan produksi item. Ia sangat penting kerana kami mahu Abstrax menjadi jenama lain daripada yang lain.

"Setakat ini kami berjaya membentuk pengikut sendiri dan sasaran kami tentunya kelompok pelajar kolej dan universiti," kongsi Fahmi yang memberitahu bahawa hitam kekal menjadi warna signatur Abstrax.

Selain bertujuan membentuk gaya individualiti kepada pengikut mereka, Abstrax juga cuba mencerminkan sisi kepimpinan dalam rekaan mereka. Item paling laris di bawah koleksi Propaganda menjadi intuisi subjektif terhadap empat pemimpin tanah air yang disegani.

Nilai utama setiap pemimpin diangkat menjadi gambaran kebanggaan pengikut Abstrax sebagai seorang rakyat Malaysia. Penghormatan menjadi milik bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas kewibawaan beliau memimpin negara selama 22 tahun.

Baju-T lengan pendek dan panjang dengan wajah Mahathir berserta perkataan Respect ialah rekaan paling diminati, khususnya dalam kalangan golongan belia.

Rekaan bertunjangkan tema Malaya Heroes itu turut meliputi Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang mendukung mesej kesatuan (unity), Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan kredibiliti beliau sebagai Bapa Pembangunan menerusi wadah Progress dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mewakili jati diri keagamaan bersandarkan subjek Faith.

Menolak perihal politik sebagai pencetus Propaganda, tegas Fahmi, Abstrax sekadar memberi penghargaan kepada empat pemimpin tersebut yang dilihat banyak berbakti terhadap pembangunan infrastruktur, sosial dan insani di Malaysia.

Setiap rekaan dikongsikan kepada orang ramai dan terpulang kepada individu memilih pejuang nusa dan bangsa mengikut firasat peribadi masing-masing. Abstrax berharap ia dapat menyuntik semangat nasionalisme dalam diri pengikut mereka terutamanya orang muda.

Individualiti gaya berani Jaspal, CPS Chaps

Posted:

Individualiti gaya berani Jaspal, CPS Chaps

Individualiti gaya berani Jaspal, CPS Chaps

Oleh NIZHA PERIASWAMY

PAKAIAN ini menyerlahkan sisi feminin wanita dan menjadi pilihan generasi muda.


PERTUKARAN musim bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang berbeza, malah dunia fesyen turut berwajah baharu dengan memaparkan rekaan terkini.

Antaranya, koleksi musim luruh/sejuk 2013 Jaspal dan jenama baharu anak syarikatnya, CPS Chaps yang menampilkan rangkaian pakaian bercita rasa rock, berani dan penuh keyakinan.

Koleksi tersebut mengetengahkan fesyen yang segar dengan material fabrik denim dan bercorak ketara selain diperkaya dengan aksesori untuk dipadankan bersama pakaian fashionista untuk musim ini.

Memperaga pelbagai gaya fesyen terkini daripada material denim, antaranya, seluar pendek, weskot comel dan jaket motor yang menonjolkan individualiti fesyen setiap pemakai.

Lambang keremajaan

Bukan itu sahaja, setiap koleksi Jaspal dipadankan pula dengan corak berinspirasi alam semula jadi sekali gus menampakkan keistimewaan setiap helaian yang diperagakan. Bagi koleksi pakaian yang menunjukkan kewanitaan pula, gaun dan blaus serba putih, antara pilihan wajib dimiliki yang dikhususkan untuk gaya dan keselesaan mutlak si pemakai.

FESYEN chic dan funky untuk wanita muda.


Kelainan adalah perkataan yang paling sesuai bagi koleksi musim luruh/sejuk 2013 CPS Chaps. Label ini memberikan kejutan dengan memperkenalkan rekaan baharu yang segar dan kemas. Semua pakaian koleksi tersebut juga dipadankan dengan aksesori unik dan dibawa ke atas pentas dengan gaya tersendiri oleh model-model CPS Chaps.

Jenama CPS Chaps ini dibawa sebagai lambang keremajaan dengan tema tersendiri, The Look of Rock bagi musim luruh/sejuk 2013. Ia juga merupakan koleksi yang disediakan khas sebagai memberi penghormatan kepada dunia rock 'n roll. Pakaian ini disesuaikan bersama aksesori yang bersifat garang daripada kulit dan kain renda berwarna merah manggis seumpama penampilan bintang rock.

Semua koleksi yang diperagakan disesuaikan dengan pilihan mudah padan yang boleh dipakai ke pejabat, bersantai pada waktu malam atau rekreasi pada hujung minggu.

"CPS Chaps adalah jenama unggul yang menyerlahkan gaya santai ketika di luar, koleksi untuk bergaya di kelab atau sebagai pilihan ultra moden untuk dipakai di tempat kerja oleh profesional dalam industri kreatif. Sementara itu, label Jaspal pula akan terus mengekalkan keseimbangan antara kelembutan dan ciri feminin dan dipersembahkan dalam gaya profesional penuh anggun," kata Pengurus Besar JPS Fashions Malaysia, Annie Wang.

"CPS Chaps dan Jaspal adalah dua label berbeza dengan harapan untuk memenuhi cita rasa serta mood wanita daripada dua latar yang berlainan. Justeru, kami melihat CPS Chaps dan Jaspal sebagai label sokongan, menawarkan rangkaian yang lebih luas untuk pilihan pelanggan," tambah Annie pada majlis pelancaran koleksi baharu Jaspal dan pelancaran jenama CPS Chaps di Sunway.

Transformasi bentuk badan Mary Chia

Posted:

Transformasi bentuk badan Mary Chia

Transformasi bentuk badan Mary Chia


NATASHA (tengah) bersama Mary Chia, pengasas jenama Mary Chia (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Shape Up With Mary Chia di Petaling Jaya baru-baru ini.


SEMUA wanita mengidamkan bentuk badan ramping, sihat dan wajah yang cantik. Penampilan yang menarik mampu memberikan impak positif terhadap keyakinan mereka, di samping menarik perhatian setiap mata yang memandang.

Memberikan pilihan untuk merealisasikan impian tersebut, jenama kecantikan dan spa kesihatan terkenal, Mary Chia baru-baru ini tampil dengan kempen, Shape Up with Mary Chia.

Program Transformasi Menyeluruh 360° di bawah kempen tersebut adalah salah satu pendekatan terbaharu pengurusan berat badan yang memberi jaminan hilang berat badan sekurang-kurangnya dua kilogram, dalam hanya dua minggu.

Setiap kaedah yang digunakan seiring dengan keperluan setiap individu dan ia dibuat selepas penilaian teliti dilaksanakan oleh perunding profesional Mary Chia.

Ini bagi membolehkan satu program khas direka untuk pengurusan berat badan yang realistik, kekal dan selamat.

Selebriti tempatan, Natasha Hudson berkongsi rintangan ketika proses menurunkan berat badannya selepas kelahiran anak kedua, Naeema Khaleela, lima bulan lalu.

Justeru, Natasha melalui program Transformasi Menyeluruh 360° dan kini mendapat kembali bentuk badan sebelum mengandung iaitu 51 kilogram (kg).

Berjaya mengurangkan 14 kg, Natasha menjelaskan 6 kg pertama berjaya dikurangkan dalam tempoh tiga minggu sahaja.

Selebriti jelita itu turut berharap dapat mengurangkan 2 kg lagi dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya mendapat tahu mengenai Mary Chia daripada rakan-rakan dan pendekatan yang digunakan untuk menurunkan berat badan menarik perhatian saya.

"Saya gembira melihat perubahan bentuk badan saya ketika ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pakej lengkap

Pakej lengkap program Transformasi Menyeluruh 360° ini bernilai RM499 meliputi tujuh kali rawatan menggunakan lima pendekatan.

Pendekatan yang digunakan, menurut Natasha, ialah penyahtoksikan, stimulasi kardio, pembentukan kawasan sasaran, pembakaran selulit dan pengurangan tahanan air.

Dalam pada itu, pakar perubatan estetik, Dr. David Low yang turut hadir berkata, selain mengawasi pengambilan makanan dan senaman, pelbagai faktor lain juga perlu diberi perhatian.

Ini kerana, katanya, faktor seperti tahap metabolisma, faktor kesihatan seperti tiroid, tekanan, kekurangan atau terlebih tidur, ubat-ubatan dan faktor menopaus juga mempengaruhi kesukaran penurunan berat badan.

"Kita harus memberi perhatian dalam gaya hidup supaya lebih sihat. Nasihat doktor atau pakar juga penting supaya rawatan yang dipilih selamat, berkesan dan memberikan impak yang diingini," tegasnya.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej ini, orang ramai boleh melayari laman web www.marychia.com/shapeup atau laman sosial www.facebook.com/ MaryChiaMalaysia.

Mereka yang berminat boleh mengunjungi rangkaian Mary Chia di The Boulevard Mid Valley City, pusat beli-belah seperti Tropicana City, Sunway Pyramid dan 1Utama di Lembah Klang selain Sutera Mall dan Plaza Pelangi di Johor Bahru, Johor.

– NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi baharu Piya

Posted:

Misi baharu Piya

Misi baharu Piya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

KAPTEN Kelatan, Mohd. Bahdri Mohd. Radzi (gambar) tanpa berselindung meluahkan hajatnya untuk kembali menyertai skuad Harimau Malaya pada musim depan.

Sebelum ini, Mohd. Badhri yang juga mesra disapa 'Piya', dilihat sering kali tercicir dalam skuad kebangsaan ketika di bawah bimbingan bekas pengendali, Datuk K. Rajagobal.

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan tidak mahu melanjutkan kontrak Rajagobal bakal berakhir pada 31 Disember depan, Piya yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Mahal Liga Malaysia (Liga M) telah bersedia untuk menabur bakti di pentas antarabangsa.

Justeru, Piya yang turut memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus, berharap dapat bekerjasama dengan jurulatih sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee.

Ini kerana Piya menyifatkan Kim Swee tidak asing dengan dirinya selepas dia yang telah membuat tiga penampilan bersama skuad kebangsaan, pernah bergandingan ketika tewas 0-1 di tangan Chelsea pada Julai 2011.

"Keputusan itu terletak di tangan skuad kebangsaan. Sudah tentu, jika ada rezeki, saya mahu beraksi di bawah bimbingan jurulatih baharu (Kim Swee) pada musim depan.

"Saya berharap impian untuk beraksi bersama Kim Swee tercapai.

"Ini kerana saya tidak boleh nafikan bahawa memenangi anugerah Pemain Termahal Liga M membuatkan saya semakin bersemangat untuk lebih maju pada masa akan datang," katanya selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus di Hotel Blue Wave, Shah Alam semalam.

Dalam perkembangan lain, Piya turut mengakui kehilangan ramai tonggak utama Kelantan antaranya, Mohd. Nor Farhan Muhammad dan Indra Putra Mahayuddin dilihat sedikit sebanyak merencatkan perjalanan juara Liga Super 2012 tersebut.

Jelasnya, dia berharap peminat-peminat The Red Warriors terus memberikan sokongan terhadap jurulatih baharu, Steve Darby dan pasukannya sebelum memulakan kempen Liga Super pada 18 Januari depan.

"Apa yang pasti, saya akan berusaha untuk mengekalkan persembahan terbaik ini. Cuma, saya agak terasa sedikit dengan kehilangan ramai pemain Kelantan.

"Namun, pada masa yang sama, saya berharap pemain-pemain baharu Kelantan juga dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka.

"Tipulah jika cakap tiada tekanan tetapi sebagai pemain profesional, kami harus bekerja

dengan lebih keras lagi.

"Paling mustahak, saya berharap penyokong-penyokong Kelantan dapat memberikan sokongan lebih positif

kepada kami musim depan," katanya.

Andik milik Gergasi Merah

Posted:

Andik milik Gergasi Merah

Andik milik Gergasi Merah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BIARPUN kempunan untuk mendapatkan sentuhan penyerang berbisa negara, Safee Sali dan bekas pemain pertahanan Johor Darul Takzim (Johor DT), Nazri Ahmad, usaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak terhenti di situ sahaja.

Ini kerana FAS telah berjaya mendapatkan sentuhan pemain sayap lincah dari Indonesia, Andik Vermansyah untuk pasukan Selangor musim depan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAS, Datuk Rosman Mohd. Ibrahim yang mendedahkan, corak permainan Andik yang digelar sebagai 'Messi' Indonesia itu yang sesuai antara salah satu faktor skuad Gergasi Merah berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun tersebut.

Jelas Rosman, anak jati Jember, Indonesia itu telah mengikat kontrak satu tahun bersama Selangor.

"Mengapa Andik? Bagi saya, dia adalah seorang pemain muda yang cukup berbakat.

"Biarpun memiliki fizikal kecil tetapi Andik adalah seorang pemain yang cukup kental, penguasaan bola baik serta mampu menjaringkan gol dari posisi sayap.

"Dia juga adalah seorang pemain yang cukup merendah diri. Andik tidak mahu prestasi lalu dijadikan ukuran dan saya yakin dia adalah pemain tepat untuk Selangor," katanya.

Andik memulakan karier profesional bersama kelab Indonesia, Persebaya Surabaya pada tahun 2005.

Dia juga pernah mencuba nasib dengan menyertai ujian percubaan kelab Divisyen Dua Jepun, Ventforet Kofu dan berjaya meledak gol pertama pasukan itu ketika menentang Shimizu S-Pulse, Oktober lalu.

Andik bakal bergelar pemain ketiga Indonesia menyertai Selangor selepas menyaksikan dua 'senior', Bambang Pamungkas dan bersama skuad Gergasi Merah pada tahun 2005 sehingga 2007.

Kejutan Thien How-Wee Kiong

Posted:

Kejutan Thien How-Wee Kiong

Kejutan Thien How-Wee Kiong

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


PASANGAN beregu, Thien How-Wee Kiong menjadi harapan negara untuk melakar sejarah menjuarai Terbuka Macau apabila mara ke perlawanan akhir hari ini.


BEREGU kedua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dilihat sudah melangkah 'sebelah kaki' untuk mencipta satu sejarah baharu dalam dunia badminton negara.

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu melakar kejutan apabila berjaya mara ke pentas final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau dengan menundukkan cabaran beregu dari Taiwan, Liang Jui Wei-Liao Kuan Hao 21-18, 21-9 semalam.

Apa yang pasti, moral pasangan di ranking ke-10 dunia itu berada pada keadaan terbaik dalam usaha memburu kejuaraan sulung dalam karier peribadi jika berjaya melepasi halangan final hari ini.

Pada aksi separuh akhir semalam, Thien How-Wee Kiong berjaya menepati ramalan apabila berjaya menumpaskan beregu dari Taiwan, Liang Jui Wei-Liao Kuan Hao 21-18, 21-9.

Begitupun, perlawanan itu tidak mudah buat pasangan negara apabila terlalu tergesa-gesa untuk mendapatkan mata perlawanan sebelum akhirnya berjaya menang di saingan sengit set pertama.

Namun, Thien How-Wee Kiong bangkit setelah mempelajari kesilapan apabila mudah membenam saingan lawan dalam tempoh 30 minit permainan.

Jurulatih beregu lelaki negara, Pang Cheh Chang berkata, ketenangan dan corak permainan yang ditampilkan Thien How-Wee Kiong pada aksi separuh akhir itu merupakan kunci kepada kemenangan mereka.

"Mereka (Thien How-Wee Kiong) tenang dan bijak merencanakan keputusan dalam perlawanan itu. Malah, strategi yang digunakan berjaya memerangkap lawan (beregu Taiwan).

"Mereka bermain secara menyerang terlebih dahulu. Jadi, mereka mempunyai kelebihan pada saat-saat genting permainan. Prestasi yang dipamerkan juga tidak mengecewakan.

"Biarpun Wee Kiong mengalami kecederaan (kekejangan otot perut) sebelum ini, namun pihak lawan tidak menyedarinya. Dia boleh bertahan dan tidak menunjukkan tanda-tanda sakit dan bermain dengan baik," katanya.

Mengulas lanjut mengenai peluang Thien How-Wee Kiong di final hari ini, Cheh Chang menganggap peluang pasangan muda negara itu tampak lebih terbuka dan seimbang.

Jelasnya lagi, pilihan kedua kejohanan itu haruslah memperbaiki kelemahan yang ada dalam misi memburu kejuaraan pertama.

"Sudah sampai di peringkat akhir, walau apa terjadi saya akan sentiasa menyokong mereka. Harapan saya, cubalah sedaya upaya untuk menjadi juara biarpun sakit," katanya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Suri rumah, kerani bawa pulang RM10,000

Posted:

Suri rumah, kerani bawa pulang RM10,000

Suri rumah, kerani bawa pulang RM10,000

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN

DEBARAN dirasai oleh sebahagian peserta peringkat akhir.


INISIATIF syarikat pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan terkemuka negara, Nestle (Malaysia) Bhd. (Nestle) menganjurkan peraduan berkonsepkan kekeluargaan membuahkan hasil apabila program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat negara ini.

Peraduan Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestle yang bermula dari 1 hingga 30 September lalu berjaya mencatatkan 797,727 penyertaan dari seluruh negara.

Ia memberi peluang kepada para pengguna meraih hadiah bernilai lebih RM2.6 juta. Pertandingan yang dianjurkan sempena kempen Hari Keluarga Malaysia Nestle itu menggalakkan permuafakatan keluarga dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pertandingan itu menyaksikan seorang suri rumah, Roslina Rerah, 41, dari Temerloh, Pahang diumumkan antara 20 pemenang peringkat akhir yang membawa pulang wang tunai RM10,000.

Iklan dii akhbar

"Saya mengetahui mengenai peraduan ini menerusi iklan di akhbar. Saya gembira dengan kemenangan ini kerana ia rezeki anak-anak," katanya yang mempunyai lima cahaya mata.

Bagi seorang lagi pemenang, Shasithira Gaunseelan, 28, seorang kerani di sebuah institut memandu di Taiping, Perak yang memenangi wang tunai dengan jumlah sama tidak menyangka pelawaan kakaknya untuk menyertai peraduan itu membawa tuah kepadanya.

"Saya tidak sangka dengan kemenangan ini. Saya akan simpan wang tersebut dan sebahagian daripadanya dibelanjakan untuk membawa ibu bapa melancong," katanya.

ROSLINA memanfaatkan wang dimenangi untuk pendidikan anak-anaknya.


Pusingan akhir yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini menyaksikan 30 peserta berentap dalam beberapa cabaran.

Kemuncak acara menyaksikan 20 peserta memenangi hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang manakala lima pemenang hadiah tempat kedua memenangi wang tunai RM6,000 setiap seorang dan lima pemenang tempat ketiga meraih wang tunai RM3,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, tiada dalam kalangan 20 peserta akhir berjaya meraih hadiah utama bernilai RM100,000 selepas mereka gagal meneka dengan tepat lima bintang yang tersembunyi dalam 100 sampul semasa cabaran terakhir.

Ikatan kekeluargaan

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura, Alois Hofbauer dalam ucapannya turut mengaitkan kempen dan peraduan Bonanza itu dengan kepentingan membangunkan ikatan kekeluargaan yang kukuh.

"Kempen Hari Keluarga Malaysia Nestle adalah cara kami mendorong warga Malaysia supaya menghargai nikmat berkeluarga dengan makanan dan minuman berkhasiat kami selain aktiviti yang mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan," katanya.

Bagi meneruskan komitmen syarikat berkenaan dalam menyokong beberapa program memperkasakan institusi kekeluargaan, Nestle menyumbang sebanyak RM500,000 kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sumbangan itu diterima oleh Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika beliau hadir pada majlis sama baru-baru ini.

Nestle juga menyumbang sebanyak RM300,000 kepada 15 badan amal terpilih di negara ini dengan masing-masing menerima RM20,000 lanjutan daripada janji syarikat berkenaan untuk menderma RM1 bagi setiap penyertaan peraduan.

Taksub terhadap ajaran sesat

Posted:

Taksub terhadap ajaran sesat

Taksub terhadap ajaran sesat


HANYA dengan mempunyai ilmu mampu menjadi benteng yang menyelamatkan akidah seseorang. - Gambar hiasan


WALAUPUN kita hidup pada zaman serba moden, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih percaya dengan ajaran sesat yang menjangkaui logik akal manusia.

Beberapa tahun dahulu, di Terengganu kita dikejutkan dengan kewujudan fahaman Ayah Pin yang kononnya mempunyai keupayaan mistik yang luar biasa. Terbaharu, kita dikejutkan pula dengan fahaman 'Tuhan Harun' yang berupaya menarik ratusan pengikut.

Kewujudan manusia yang mendakwa bahawa diri mereka tuhan bukanlah satu perkara baharu. Tetapi, hakikatnya ramai orang masih percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi tuhan hanya sekadar mereka mempunyai keupayaan luar biasa tertentu.

Adakalanya 'keistimewaan' yang ditonjolkan itu tidak lebih sekadar silap mata untuk memanipulasi pengikut sahaja.

Mengapa masih ada manusia yang percaya bahawa seseorang itu mampu menjadi tuhan atau mempunyai keupayaan luar biasa? Mengapa pula ada pengikut yang percaya dengan semua kata-kata ketua kumpulan dan menjalankan aktiviti mereka walaupun ada yang terlibat dengan kegiatan jenayah tidak bermoral?

Dalam psikologi, situasi ini dinamakan sebagai identity fusion yang menjadikan ahli kumpulan merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada kumpulan.

Bagi pengikut yang ekstrem, kumpulan adalah lebih utama daripada diri mereka. Mereka merasakan kumpulan adalah segala-galanya. Malah, mereka sanggup mengorbankan diri sendiri bagi memenuhi keperluan kumpulan.

Sebab itulah, dalam banyak kes yang melibatkan kumpulan ajaran sesat mereka dilihat sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah tindakan jenayah dan tidak bermoral. Mereka akan patuh dengan apa sahaja arahan ketua kumpulan sekali pun ada yang bersifat tidak rasional.

Taksub melampau

Ahli psikologi menggambarkan keadaan ini sebagai kepatuhan dan keakuran. Kedua-dua simptom ini menyebabkan manusia tidak lagi rasional dalam tindakan. Mereka merasakan apa sahaja yang dilakukan oleh kumpulan sebagai sesuatu yang istimewa dan tidak ada sebarang kesalahan.

Ketaksuban yang melampau terhadap kumpulan ini juga menyebabkan pandangan-pandangan daripada orang lain sebagai satu ancaman yang cuba merosakkan kumpulan. Ini merupakan fenomena kumpulan yang dikenali sebagai pemikiran kelompok.

Pemikiran kelompok ini menjadikan ahli-ahli merasakan mereka sangat istimewa, tidak mudah digugat dan yang paling membimbangkan, semua orang lain salah dan hanya mereka yang benar.


KUMPULAN ajaran sesat akan terus muncul selagi manusia tidak mampu berfikir secara waras dan logik. - Gambar hiasan


Mereka menganggap orang lain itulah yang hidup dalam kesesatan, sedangkan mereka tidak.

Semakin pengikut ini taksub dengan kumpulannya, maka semakin mudahlah pula ahli kumpulan ini dimanipulasi oleh ketua mereka.

Kita dapati bahawa dalam kebanyakan kes, biasanya ahli-ahli kumpulan ini menjadi kuda tunggangan ketua mereka bagi mendapatkan kekayaan atau melakukan tindakan jenayah.

Ada pula ahli kumpulan yang menjadi hamba seks kepada ketua kumpulan yang dikatakan mempunyai petunjuk atau ilham daripada tuhan.

Bagaimanapun, kerana semua tingkah laku atau tindakan ini dikatakan sebagai amalan yang benar, mereka tidak merasakan ia sebagai satu bentuk kesalahan.

Kita sebagai orang awam selalu tertanya mengapa dalam kebanyakan kes, kumpulan ajaran sesat ini menggunakan agama sebagai tema utama perjuangan mereka?

Sebenarnya agama ini hanya dijadikan umpan untuk menarik lebih ramai pengikut. Malah, dengan melakukan beberapa pengubahsuaian, mereka mampu menjadikan agama baharu ini lebih menarik.

Ritual agama

Kumpulan 'Tuhan Harun' misalnya, dikatakan telah menggunakan muzik sebagai sebahagian ritual agama. Beberapa tahun dahulu, Ayah Pin dikatakan mempunyai kuasa mistik untuk menyembuhkan orang sakit dan mempunyai kuasa sakti yang lain.

Semua ini adalah sekadar dongeng bagi membolehkan ajaran mereka dilihat sangat istimewa dan unik, sekali pun mungkin tidak rasional pada pandangan kebanyakan orang.

Sebagai orang awam, kita mestilah berhati-hati. Sejauh mana istimewa dan unik sekali pun sesuatu fahaman yang dibawakan oleh satu-satu kumpulan, pada akhirnya ia tidak patut menjangkaui kewarasan akal.

Mereka mungkin memainkan silap mata yang mempesonakan atau memberikan ganjaran istimewa kepada pengikut, tetapi pada akhirnya sebagai manusia kita perlu berpijak di alam nyata.

Seperti yang dilaporkan oleh media massa, 'Tuhan Harun' yang ditahan pihak berkuasa pada akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana menghidap strok. Sehebat mana sekali pun, pada akhirnya manusia istimewa ini perlu mendapatkan pertolongan orang lain juga.

Dari semasa ke semasa, kita akan dapati bahawa ajaran sesat seumpama ini akan terus muncul. Ia akan terus muncul selagi manusia tidak mampu berfikir secara waras dan logik.

Sinar hidayah kehidupan Hijrah Munawwarah

Posted:

Sinar hidayah kehidupan Hijrah Munawwarah

Sinar hidayah kehidupan Hijrah Munawwarah

Program bual bicara Hijrah Munawwarah menampilkan kisah-kisah dan pengalaman hidup individu terkenal yang berhijrah ke arah kehidupan lebih baik.


HASLINA (lima dari kiri) bersama sebahagian individu yang terlibat dalam program Hijrah Munawwarah.


MENGAMBIL aspirasi daripada kisah penghijrahan Rasulullah SAW yang menjadi permulaan kepada kegemilangan Islam, stesen televisyen TV AlHijrah tampil memperkenalkan dimensi baharu dalam penerbitan sebuah rancangan bual bicara.

Berjudul Hijrah Munawwarah, program tersebut merupakan satu perkongsian cahaya hidayah yang dengan kerjasama Munawwarah Design Sdn. Bhd. (Munawwarah).

Lebih daripada satu program bual bicara biasa, Hijrah Munawwarah mengetengahkan konsep inspirasi, motivasi dan perkongsian pengalaman.

Bertepatan dengan maksud Hijrah Munawwarah iaitu penghijrahan yang penuh cahaya, program itu menyelusuri sisi kehidupan insan-insan terpilih yang menemui hidayah Allah SWT dalam mengubah kekhilafan menjadi sempadan iman dan sinar hidayah.

Melalui 13 episod yang ditayangkan setiap Jumaat pada pukul 9 malam bermula 25 Oktober lalu, penonton dipertemukan dengan 13 tetamu undangan berbeza yang berkongsi pengalaman dan peristiwa unik yang menjadi titik tolak kepada penghijrahan kehidupan mereka.

Para tetamu akan berkongsi pengalaman dan perasaan yang dilalui mereka dalam mengharungi liku-liku mengamalkan cara hidup Islam.

Bukan itu sahaja, turut dipaparkan aktiviti-aktiviti keislaman yang dilakukan dalam usaha menyuburkan iman dan berkongsi kesedaran dengan masyarakat.

Antara tetamu jemputan yang berkongsi pengalaman hidup mereka ialah penghibur tanah air, Nora dan Nazrey Johani (Raihan), pelakon Catriona Ross dan Adam Corrie Lee; pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, penampilan khas Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, cendekiawan dari Universiti Taibah, Madinah yang turut berkongsi pengalaman menginsafkan.

Hijrah Munawwarah menampilkan bakat selebriti, Shamsul Ghau Ghau yang berperanan selaku pengantara di studio.

Pemilihan Shamsul dilihat bersesuaian bukan sahaja kerana karakter bersahaja dan menghiburkan, tetapi juga berkaitan keputusannya untuk berhijrah ke jalan yang lebih baik baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi dan Perunding Imej Butik Seri Munawwarah, Haslina Mohd. Ali akan turut bersama Shamsul sebagai panel mingguan tetap program berkenaan.

Untuk memanfaatkan lagi pemahaman penonton, Hijrah Munawwarah turut menganjurkan kuiz soalan terkumpul yang memerlukan penonton mengumpul 13 jawapan bagi setiap soalan yang disiarkan sejurus tamat suatu episod.

Pemenang akan membawa pulang pakej mengerjakan umrah, baucar pembelian produk Munawwarah bernilai RM1,500 sumbangan Al-Balad Travel & Tours Sdn. Bhd., dan Munawwarah. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan menerima baucar pembelian produk Munawwarah bernilai RM1,250 dan RM1,000.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


KBS bincang dengan penganjur lokasi Piala Monsun

Posted:

KBS bincang dengan penganjur lokasi Piala Monsun

KBS bincang dengan penganjur lokasi Piala Monsun

30/11/2013 9:06pm

KUALA TERENGGANU - Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan penganjur Kejohanan Piala Monsun bagi menentukan sama ada kejohanan itu pada tahun depan dikekalkan di sini atau sebaliknya.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun sukan pelayaran itu begitu sinonim dengan Terengganu, pihaknya akan berbincang dengan pemegang hak penganjuran mulai tahun ini - Innovatige Sdn. Bhd., yang dipengerusikan Tengku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

"Sebagai menteri, saya tidak boleh katakan kejohanan ini akan diadakan di situ atau di sini. Mungkin kita boleh berbincang dengan Tengku Laksamana dahulu.

"Bagaimanapun, jangan itu dijadikan prasyarat kepada Terengganu dalam penglibatan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan," katanya kepada pemberita pada majlis penutup sukan pelayaran Piala Monsun di Pulau Duyong di sini hari ini.

Sementara itu, Tunku Abdul Jalil membayangkan kemungkinan kejohanan itu tidak akan diteruskan di Terengganu.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini perkara itu masih dalam peringkat perbincangan. - Bernama

Rakyat Islam Thai mahu sengketa di Bangkok selesai dengan aman

Posted:

Rakyat Islam Thai mahu sengketa di Bangkok selesai dengan aman

Rakyat Islam Thai mahu sengketa di Bangkok selesai dengan aman

30/11/2013 9:04pm

PATTANI - Penyokong dan penentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra di luar ibu kota Bangkok semakin lantang menunjukkan sokongan mereka.

Di lima wilayah selatan, walaupun menghadapi keganasan, penduduknya yang beragama Islam mahukan masalah tersebut diselesai secara aman.

Hari ini, lebih 300 orang penduduk mewakili pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Pattani untuk mengisytihar pendirian menyokong masalah itu diselesaikan secara aman dan menghargai sistem demokrasi negara itu. Mereka yang mewakili Majlis Agama Islam di lima wilayah selatan (Pattani, Yala, Narathiwat , Songkhla dan Satun), pemimpin tempatan, wakil Sekolah Agama Islam, pemimpin agama tempatan, pelajar dan kumpulan sivik menyatakan pendirian teguh mereka supaya masalah politik yang sedang melanda negara diselesaikan dengan cara aman dan menghargai sistem demokrasi negara.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Yingluck.

Waederamae Matmangchik, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, meminta pihak penentang kerajaan supaya berunding agar tidak merosakkan negara.

Ditemu bual di majlis tersebut, beliau berkata yang bersengkata semuanya rakyat Thai dan penyelesaian melalui rundingan membantu negara terus maju. - Bernama

Korea Utara sambung semula projek pembinaan tapak pelancaran peluru berpandu

Posted:

Korea Utara sambung semula projek pembinaan tapak pelancaran peluru berpandu

Korea Utara sambung semula projek pembinaan tapak pelancaran peluru berpandu

30/11/2013 9:03pm

SEOUL - Korea Utara menyambung semula projek pembinaan tapak pelancaran peluru berpandu di timur laut negara itu selepas ia terhenti selama beberapa bulan. Projek itu merupakan sebahagian daripada galakan terhadap program nuklear dan peluru berpandu, menurut sumber Amerika Syarikat (AS)

Imej satelit baru-baru ini menunjukkan bahawa projek itu telah disambung semula dengan menggunakan kemudahan baharu di tapak pelancaran yang terletak di Tonghae, menurut laporan yang disiarkan dalam laman web 38 North kendalian Institut Korea-AS, Universiti Johns Hopkins.

Infrastruktur yang direka itu dilihat mampu menguji kemampuan roket generasi baharu yang lebih besar dan cekap.

Penyambungan semula projek di Tonghae menunjukkan bahawa Korea Utara masih komited untuk mengekalkan dua tapak pelancarannya, bersama tapak Sohae yang terletak di pantai barat negara itu.

Institut itu bagaimanapun memberitahu, tiada sebarang tanda-tanda ujian roket jarak jauh akan dijalankan di kedua-dua tapak.

Selain itu, Korea Utara juga sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan besar-besaran di Sohae, dipercayai untuk menampung lebih banyak senjata mudah alih.

Tapak Sohae telah digunakan untuk pelancaran roket Unha-3 yang berjaya menempatkan satelit di orbit Disember lalu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ibu pejabat tentera Thai diserbu

Posted:

Ibu pejabat tentera Thai diserbu

Ibu pejabat tentera Thai diserbu

SEJUMLAH penunjuk perasaan (kanan) berhimpun di luar ibu pejabat parti Pheu Thai pimpinan Yingluck di Bangkok semalam.


BANGKOK - Ribuan para penunjuk perasaan menyerbu ibu pejabat tentera dan mengepung pejabat parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra (gambar) di sini semalam.

Tindakan itu dilakukan bagi meningkatkan tekanan supaya Yingluck meletakkan jawatan selepas beliau dianggap menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang juga bekas perdana menteri Thailand.

Tunjuk perasaan itu bermula sejak Ahad lalu dengan para penunjuk perasaan berhimpun di beberapa buah bangunan kerajaan.

Thaksin disingkirkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas berlakunya tunjuk perasaan yang menentang pentadbirannya yang didakwa dicemari rasuah.

Bekas perdana menteri itu juga kini hidup dalam buangan kerana beliau akan dihukum penjara dua tahun jika pulang ke tanah air ekoran kesalahan rasuah.

Para penunjuk perasaan membuka pagar di pekarangan ibu pejabat tentera Thailand.

Mereka menduduk di atas padang di dalam ibu pejabat tentera itu selama beberapa jam dengan meminta pihak tentera menyokong usaha untuk menggulingkan Yingluck.

"Kami ingin mengetahui sama ada tentera akan berdiri di belakang rakyat," kata seorang pemimpin tunjuk perasaan, Amorn Amornrattananont.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam kemudian, Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-O-Cha mendesak para pemimpin menghormati proses demokratik di bawah undang-undang negara ini.

"Tolong jangan cuba untuk menjadikan pihak tentera berat sebelah (menyebelahi Yingluck)," katanya.

Beliau juga meminta penduduk kembali bersatu semasa sambutan keputeraan pemerintah Thailand, Bhumibol Adulyadej pada 5 Disember depan. - Agensi

Demam beli-belah bermula di AS

Posted:

Demam beli-belah bermula di AS

Demam beli-belah bermula di AS


SEJUMLAH orang membeli-belah di sebuah kedai di Citadel Outlets, Los Angeles kelmarin.


NEW YORK - Sejumlah besar penduduk Amerika Syarikat (AS) mula memasuki pasar raya yang dibuka pada cuti Hari Kesyukuran untuk membeli pelbagai barang pada harga diskaun.

Sebahagian besar penduduk memasuki pintu pasar raya Macy's Herald Square di sini apabila ia dibuka pada malam kelmarin.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Macy's, Terry Lundgren, kira-kira 15,000 orang menunggu di luar pasar raya itu sebelum pintu-pintu untuk orang ramai memasukinya dibuka.

Sebahagian penduduk sanggup berkhemah dan bermalam di depan pasar raya.

Mereka mahu menjadi kumpulan pertama yang memasuki pasar raya untuk membeli barangan.

Demam membeli-belah itu akan berlanjutan sehingga menjelang Krismas pada hujung bulan depan.

Pelbagai barang dijual pada harga diskaun sejak awal bulan awal November berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

Jualan pada harga diskaun itu diadakan lebih awal bagi menghormati sambutan Hari Kesyukuran.

Penduduk AS menyambut Hari Kesyukuran kelmarin dengan menikmati hidangan ayam belanda.

Namun, terdapat beberapa pihak yang mengkritik pasar raya yang membuka perniagaan pada Hari Kesyukuran untuk orang ramai membeli-belah kerana mereka menganggap ia tidak menghormati hari tersebut.

Kebanyakan pasar raya Wal-Mart dibuka 24 jam tetapi ia mula membenarkan orang ramai membeli-belah pada pukul 6 petang pada Hari Kesyukuran.

Menurut pihak Wal-Mart, para pelanggannya membeli 2.8 juta tuala, dua juta televisyen, 1.4 juta komputer tablet, 300,000 basikal dan 1.9 juta patung. - Agensi

Kereta Volkswagen diperbuat daripada kayu oak

Posted:

Kereta Volkswagen diperbuat daripada kayu oak

Kereta Volkswagen diperbuat daripada kayu oak


SEORANG model berdiri di tepi kereta Volkswagen yang diperbuat daripada kayu oak pada Pameran Motor di Essen, Jerman semalam.


ESSEN - Sebuah kereta Volkswagen yang diperbuat daripada kayu dipamerkan pada Pameran Motor di Essen, Jerman semalam.

Kereta itu diperbuat daripada kayu oak dan dibenarkan dipandu di jalan raya.

Kereta tersebut adalah milik Momir Bojic dari Bosnia Herzegovina.

Pameran itu berlangsung sehingga 8 Disember depan. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Melayari internet secara positif

Posted:

Melayari internet secara positif

Melayari internet secara positif

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

KANAK-KANAK perlu didedahkan dan diajar tentang cara-cara menangani risiko keselamatan semasa melayari internet.


ANAK matanya laju mengejar setiap perkataan dipaparkan di skrin komputer peribadi yang berubah-ubah mengikut pergerakan tetikus di tangan, sementara bibirnya ligat membaca setiap mesej dihantar oleh rakan-rakan sekolah dan teman baharu yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.

Tiba-tiba tangannya terhenti dan matanya tertumpu pada gambar-gambar kumpulan penyanyi terkenal dari Britain, One Direction. Rupa-rupanya itu bahan yang dicari-cari oleh remaja berusia 16 tahun, Nur Zulaikha Zulkifli di laman Facebook miliknya.

Anak tunggal tersebut amat meminati kumpulan itu dan kerap melayari internet semata-mata untuk mengikuti perkembangan mereka.

"Kebiasaannya, saya akan melayari Facebook selama tiga atau empat jam sehari selepas pulang dari sekolah.

"Namun, saya tidak bersembang atau kerap menghantar komen di Facebook kerana tujuan saya membuka akaun hanya untuk melihat gambar-gambar terbaharu kumpulan One Direction," jelasnya sambil memaklumkan akaun tersebut telah dibuka sejak tiga tahun lalu.

Nur Zulaikha antara jutaan pengguna Facebook di negara ini yang terdedah dengan risiko keselamatan di alam maya terutama dalam kalangan remaja.

Antara bentuk jenayah siber yang semakin menular termasuklah penipuan wang, spam, penggodaman akaun peribadi, menghendap dan buli.

Penggunaan internet di negara ini semakin meluas, namun hanya segelintir rakyat Malaysia yang menyedari risiko melayarinya menyebabkan kes-kes jenayah siber dilaporkan semakin meningkat.

Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, telah berkongsi hasil kajian Keselamatan Internet yang bertujuan mengukur tahap kesedaran dan pengetahuan kanak-kanak tentang keselamatan melayari internet.

Menurut Pengarah Strategi dan Pegawai Perhubungan Korporat DiGi, Christian Thrane, sebanyak 460 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia terlibat dalam sesi soal jawab secara lisan dan bertulis yang diadakan pada 26 April hingga 12 Oktober lalu.

"Ini adalah kajian keselamatan terbesar yang pernah dilakukan di Malaysia dengan melibatkan 9,651 pelajar di bawah program CyberSAFE DiGi.

"Program ini merupakan sebuah bengkel pendidikan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan kanak-kanak di alam siber, di samping meningkatkan kemahiran golongan pelajar, guru-guru dan ibu bapa ke arah suasana melayari internet yang positif dan selamat," katanya.

Buli

Hasil kajian itu mendapati sebanyak 27 peratus pelajar mengakui pernah dibuli semasa melayari internet, manakala 13 peratus masih dibuli. Selain itu, didapati 49 peratus daripada responden mengetahui beberapa rakan mereka yang pernah dibuli dalam internet.

Antara bentuk buli tersebut termasuk menerima mesej tidak bermoral, diejek dengan nama panggilan tidak sopan dan pencerobohan akaun laman sosial.

Dalam pada itu, sebanyak enam peratus mengakui mereka merahsiakan perkara-perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tambah Thrane, sebanyak 88 peratus pelajar bersetuju pengetahuan tentang penjagaan keselamatan diri semasa melayari internet adalah sangat penting.

"Walaupun lebih daripada separuh menyedari kepentingan menjaga keselamatan, namun seramai 38 peratus daripada mereka tidak tahu cara melakukannya," jelasnya.

Kajian tersebut juga mendapati empat daripada 10 ibu bapa tidak pernah memberitahu anak-anak tentang keperluan menjaga keselamatan semasa melayari internet.

Pendedahan

Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Shamsuddin Hassan berkata, kebanyakan kanak-kanak di negara ini tahu tentang risiko keselamatan semasa melayari, namun mereka tidak tahu cara menangani dan tidak diberi pendedahan secukupnya.

"Mereka harus diajar supaya tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk setiap akaun sosial atau peribadi kerana ia akan memudahkan urusan penceroboh untuk menggodam akaun pemilik.

"Kanak-kanak harus diajar untuk meletakkan kata laluan yang lebih panjang dan tidak mudah dijangka oleh orang luar. Ini adalah antara perkara-perkara asas yang perlu diajar sebelum memberikan mereka telefon pintar.

Tambahnya, ibu bapa perlu lebih kerap memantau aktiviti anak-anak dalam talian dan tahu menggunakan penetapan yang disediakan di komputer rumah atau riba.

"Ibu bapa boleh menutup kemudahan akses internet selepas waktu perdana iaitu pukul 10.30 malam.

"Ia bagi mengelakkan anak-anak terus melayari laman-laman web sehingga melepasi waktu tidur mereka. Penetapan komputer adalah cara pengawalan yang paling mudah untuk dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, Nur Zulaikha memberitahu. bagi mengelakkan dirinya terjebak dengan jenayah siber, dia sentiasa mengambil langkah berwaspada ketika berinteraksi dengan kenalan di laman sosial.

"Ibu sentiasa mengawasi perkembangan saya di Facebook dan tidak membenarkan saya meletakkan gambar sebenar di profil.

"Saya juga tidak menyatakan alamat rumah, nombor telefon atau apa-apa butir peribadi di laman sosial. Selain itu, saya tidak berkongsi akaun atau kata laluan dengan orang lain," katanya.

Memantau

Ibu kepada dua orang anak, Sarah Ismail, 50, pula hanya membenarkan anak bongsunya, Muhd. Ainol Syazwan Mohd. Yaakob, 12, melayari internet sekiranya ditemani kakaknya.

"Kakaknya belajar di Universiti Teknologi Mara Sri Iskandar, Perak dan pulang ke rumah pada cuti semester atau hari-hari tertentu sahaja.

"Jadi, dia amat jarang melayari internet kecuali jika kakaknya pulang dan kakaknya akan memantau laman-laman yang dilayarinya," jelasnya.

Sarah memberitahu, tindakan itu ekoran dia tidak begitu mahir dalam pengendalian komputer, apatah lagi untuk mengawal tingkah laku anaknya dalam dunia siber.

Warga pendidik menjiwai kehidupan masyarakat desa

Posted:

Warga pendidik menjiwai kehidupan masyarakat desa

Warga pendidik menjiwai kehidupan masyarakat desa

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


PARA peserta asyik menikmati makanan tengah hari di salah satu restoran yang diusahakan penduduk.


TERLETAK di pinggir tebing Sungai Johor, kira-kira 40 kilometer dari bandar Kota Tinggi, Kampung Johor Lama mempunyai pelbagai tarikan tersendiri.

Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan jika ia menjadi pilihan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi menjayakan program Semaian Kasih Perpaduan yang telah berlangsung pada 18 hingga 21 Oktober lalu.

Seramai 250 siswa siswi IPGM dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Kampus Bahasa Antarabangsa, Kampus Perempuan Melayu,Kampus Pendidikan Islam, Kampus Raja Melewar, Kampus Temenggung Ibrahim dan Kampus Tun Hussein Onn berserta warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berkampung di sana untuk beramah mesra dengan para penduduk yang kebanyakannya nelayan.


AKTIVITI air memberi satu pengalaman bermakna buat semua peserta.


Program anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu merupakan program ketiga yang diusahakan di bawah konsep sama iaitu menjana Program Sekretariat Rukun Negara.

Inisiatif berkenaan bertujuan menanam sifat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan siswa siswi IPGM.

Kerjasama JPNIN-IPGM telah bermula sejak tiga tahun lalu bermula dengan Program Semarak Rukun Negara diikuti Program Jom Ke Desa (2011) dan Program Semaian Kasih Perpaduan ini.

Kesemua peserta telah diterima sebagai anak angkat oleh 44 penduduk kampung yang mengambil bahagian, sekali gus berpeluang merasai pengalaman hidup di desa.


SEORANG peserta wanita menunjukkan keberanian memegang anak buaya.


Kenali dunia luar

Menurut Rektor IPGM, Sulaiman Wak, aktiviti yang disusun dan dijalankan sepanjang program berlangsung berasaskan kepada lima prinsip Rukun Negara.

"Ia membolehkan para peserta yang terdiri daripada guru pelatih pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan sebilangan kecil kaum Iban, Bidayuh serta Kadazan menyerap falsafah Rukun Negara dalam kehidupan mereka.

"Kami sangat berterima kasih kepada JPNIN kerana melalui program ini ia memberi pengalaman berharga kepada siswa, siswi dan para guru untuk mengenali dunia luar. Selain itu, ia juga boleh dianggap sebagai persediaan awal untuk mereka jika ditempatkan di kawasan luar bandar selepas tamat pengajian kelak," kata Sulaiman.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan pula melahirkan rasa bangga di atas kejayaan program tersebut.

"Kami menaruh kepercayaan yang tinggi kepada IPGM untuk menerapkan elemen integrasi nasional ke dalam program Semaian Kasih Perpaduan ini.


AKTIVITI untuk kanak-kanak seperti pertandingan melukis dan mewarna turut memeriahkan suasana sepanjang program ini berlangsung.


"Saya berpendapat semua bakal guru perlu menghayati prinsip Rukun Negara dalam usaha memupuk perpaduan dengan pelbagai kaum dan masyarakat kerana mereka merupakan agen perubahan yang utama," ujar beliau.

Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, menangkap ikan di laut, aktiviti air dan ceramah mengenai kerjaya guru.

Salah seorang peserta, Muhammad Khairul Ridha Sharifuddin memberitahu, program anak angkat memberi pengalaman dan ruang untuk hidup bersama masyarakat di kampung.

"Saya rasa amat teruja kerana dapat merasai kehidupan nelayan di kampung ini. Bapa angkat saya, Abu Bakar Abd. Aziz yang bekerja sebagai nelayan turut mempunyai sebuah warung makan.

"Sewaktu mengikutnya ke laut untuk menangkap ikan, baru saya sedar kesusahan dan cabaran hidup yang terpaksa mereka lalui. Apabila menikmati hasil tangkapan yang dimasak sendiri oleh keluarga angkat, saya rasa amat bersyukur.

"Pengalaman sebegini amat berharga dan tidak akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat," kata Muhammad Khairul Ridha yang merupakan Naib Yang Dipertua Pelajar 1, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPG Kampus Ilmu Khas.

Bijaksana mengingati kematian

Posted:

Bijaksana mengingati kematian

Bijaksana mengingati kematian


MUHD. KAMIL bersama anak bongsunya, Sofea ketika menunaikan umrah baru-baru ini.


MADINAH dan Mekah sunyi sepi selepas musim haji berakhir. Ia membawa banyak kesan sekurang-kurangnya buat saya sendiri dalam melaksanakan amal ibadat di Masjid Nabawi.

Misalnya, saya amat senang bersolat di saf-saf hadapan tanpa bermasalah. Kesukaan saya untuk solat jenazah bersama imam di dalam bilik jenazah juga amat mudah.

Malah menunaikan umrah nyata mempesonakan. Pertama, harga sewa hotel untuk kami bertiga beranak jatuh merudum. Hotel yang paling hampir dengan Masjidil Haram berharga SR600 (RM514) untuk tiga katil semalam berbanding SR6,000 (RM5,144) hingga SR8,000 (RM6,859) semalam pada musim puncak.

Kedua, tawaf wajib dan sunat hanya dapat diselesaikan dalam tempoh singkat. Lebih kurang 15 minit. Malah amat menarik melihat barisan jemaah lelaki dan wanita dibina bagi mereka yang mahu mengucup Hajar Aswad. Setiap orang berpeluang untuk melakukannya.

Saya mengambil peluang untuk menunaikan ibadat umrah pada minggu lalu. Itulah yang saya peroleh. Allah ya Allah, ia nikmat yang dianugerahkan-Nya yang tidak dapat saya dustakan.

Satu ketetapan

Namun, ada sesuatu berlaku yang menyebabkan saya tersentak dan berfikir. Usai saie saya keletihan. Kemudian, ketika bercukur membotakkan kepala, saya ternampak rambut putih hampir menyamai yang berwarna hitam.

Lalu saya tersedar secara serius betapa uban-uban menghiasi tubuh badan. Saya berfikir betapa tenaga semakin berkurang, minda tidak setajam dulu dengan anak-anak semuanya sudah akil baligh. Ayah, Wan dan Abah juga telah tiada. Mak pula pastinya bakal menyusul. Ia ketetapan yang pasti berlaku.

Lalu, itulah isyarat paling hampir bertaut pada diri sendiri yang perlu diamati. Malah Allah SWT menyebut secara jelas isu tua dan beruban ini melalui ayat 17, surah al-Muzammil bermaksud: "Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia, maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?"

Tiba-tiba saya teringat kepada soal kematian. Kisah yang semua orang tahu. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana membuat saya berfikir sejenak.

Bayangan syurga menempa minda. Tentu sekali saya mahu ke Firdaus bersama isteri dan anak-anak. Tentunya mata mahu melihat seluruh kaum keluarga dan mereka yang hampir saling mengucap selamat di dalam syurga Firdaus.

Benar, setiap daripada kita insya-Allah, dengan rahmat-Nya akan berada di syurga. Bezanya, kita tidak mahu dahi bertanda akibat mendapat seksaan api neraka yang amat dahsyat azabnya terlebih dahulu.

Maka, saya berterus-terang dengan Allah SWT agar saya melangkah masuk ke sana tanpa dihisab. Saya memohon bersungguh-sungguh supaya terlepas daripada fitnah dunia dan akhirat.

SETIAP yang bernyawa pasti akan merasai kematian kerana dunia adalah sekadar persinggahan. - Gambar hiasan


Saya mahu lena tidur di alam kubur dan hanya dibangkit seolah-olah berada sehari di dalamnya. Bukankah ia pernah berlaku? Terjemahan ayat 19, surah al-Kahfi ada tercatat: "Dan demikianlah pula Aku bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur."

Allah ya Allah, biarlah saya terlepas daripada azab kubur, penantian di Padang Mahsyar dan terhumban ke dalam neraka yang apinya membakar tanpa belas kasihan. Lalu penantian menuju kematian merupakan saat pertama selepas menjalani kehidupan bernyawa di dunia.

Maka tersangat logik dan bijaksana menanti saat-saat tersebut dengan berdoa, berusaha dan berharap agar terpilih memasuki syurga Firdaus di kala masa berbaki yang amat suntuk.

Tua beruban membuat saya cemas. Namun saya tetap menyerah seluruh jiwa raga kepada-Nya kerana percaya dan yakin betapa Dia Maha Pengasih. Malah, saya tidak pernah berasa hampa dan kecewa dengan Allah SWT.

Ingat kematian

Saya risaukan anak-anak yang bakal ditinggalkan. Sara, Azrai, Amirul dan Sofea merupakan kesayangan saya dan Roza. Saya jangkakan kedua-dua kami akan pergi terlebih dahulu. Aturannya begitu.

Situasi beruban akan menemui ajalnya terlebih awal berbanding anak muda. Namun Allah SWT Maha Berkuasa. Ajal maut di tangan-Nya. Walaupun demikian, sekali-sekala mereka yang masih muda meninggalkan kedua-dua ibu bapa terlebih dahulu.

Kerisauan saya bersebab. Pertama, jika mereka sentiasa berfikir yang masa berbaki masih lagi panjang. Saya tidak mahu mereka melalui jalan seiras dengan laluan yang telah saya tempuh.

Kedua, saya melihat bagaimana Nabi Nuh as sendiri tidak mampu membawa isteri dan anak-anak menaiki bahtera bagi membawa mereka ke tempat yang selamat di dunia dan akhirat.

Siapalah saya? Saya hanya insan biasa penuh dengan segala macam kelemahan dan kekurangan diri. Barangkali kisah-kisah lampau menyebabkan saya terkhilaf dalam mendidik mereka.

Mengingati kematian menjadikan kita semakin bijaksana. Biar kita semakin hampir kepada-Nya. Jumpa lagi minggu hadapan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved