Isnin, 12 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Israel buka bidaan bina 1,000 buah rumah

Posted:

Israel buka bidaan bina 1,000 buah rumah

Israel buka bidaan bina 1,000 buah rumah

reuters
DERETAN penempatan haram Yahudi di Har Gilo, dekat Baitulmuqaddis. Israel semalam mengumumkan bidaan pembinaan sebanyak 1,000 unit rumah biarpun rundingan damai dengan Palestin masih sedang berlangsung.


BAITULMUQADDIS - Israel semalam membuka bidaan untuk membina lebih 1,000 buah rumah di Tebing Barat, termasuklah di timur Baitulmuqaddis, tiga hari sebelum rundingan damai pusingan seterusnya dengan Palestin dilangsungkan.

"Tender-tender akan dibuka untuk 793 unit rumah di timur Baitulmuqaddis dan 394 buah di lokasi lain di Tebing Barat," jelas Kementerian Perumahan Israel dalam satu kenyataan.

Menteri Perumahan, Uri Ariel menolak kritikan antarabangsa mengenai pembinaan rumah penduduk Yahudi di atas tanah milik Palestin yang didakwa menjadi penghalang utama kepada perdamaian.

Kementerian tersebut menyatakan plot-plot tanah ditawarkan untuk pembinaan rumah di Har Homa, Har Gilo dan Pisgat Zeev di utara bandar ini.

Plot tanah juga melibatkan kawasan di Ariel, Maaleh Adumim, Efrata dan Beitar Ilit di sekitar Bethlehem.

Perunding Palestin, Mohammed Shtayeh menyatakan tindakan terbaru itu menunjukkan niat sebenar Israel.

"Cukup jelas bahawa kerajaan Israel hanya berminat untuk membina penempatan haram. Sekali gus mensia-siakan usaha Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa untuk memulakan semula rundingan," katanya.

Anggota kumpulan pemerhati Peace Now, Lior Amihai menyatakan, sekiranya rundingan itu gagal kerana aktiviti pembinaan rumah haram Israel, negara Yahudi tersebut sebenarnya meletakkan dirinya dalam situasi lebih buruk. - AFP

India laksana perintah berkurung

Posted:

India laksana perintah berkurung

India laksana perintah berkurung


afp
SEORANG anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di Jammu kelmarin. Pertempuran antara penganut Islam dan Hindu setakat ini telah meragut tiga nyawa.


SRINAGAR, India - Pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung ke atas tujuh bandar di Kashmir, India semalam berikutan pertempuran antara penganut Islam dan Hindu memasuki hari ketiga.

Bandar yang terlibat ialah Jammu, Rajouri, Reasi, Udhampur, Kathua, Samba dan Baderwah. Polis memberitahu, jumlah kematian akibat keganasan agama pada sambutan Hari Raya Aidilfitri itu kini mencecah tiga orang. Salah satu mayat ditemui polis di wilayah Jammu pada malam Sabtu lalu.

Seorang pentadbir awam, Shantmanu memberitahu, terdapat banyak percubaan oleh aktivis daripada parti-parti pembangkang untuk menyerang rumah dan premis perniagaan di wilayah Jammu.

Kishtwar iaitu lokasi pertempuran bermula dikenakan perintah berkurung yang ketat selepas dua orang terbunuh dan 24 yang lain cedera.

"Perintah berkurung dilaksanakan untuk mengawal keadaan," jelas Pengarah Besar Polis Jammu, Ashok Prasad.

Sementara itu, pihak berkuasa juga menafikan dakwaan bahawa pemimpin kanan nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP), Arun Jaitley dibenar melawat Kishtwar.

Pegawai kanan negeri Jammu-Kashmir, Omar Abdullah menegaskan bahawa ahli politik tidak dibenarkan untuk melawat Kishtwar atau bandar lain bagi mengelakkan keganasan. - AFP

22 maut akibat banjir di Afghanistan

Posted:

22 maut akibat banjir di Afghanistan

22 maut akibat banjir di Afghanistan


ap
BEBERAPA orang penduduk kampung berdiri berhampiran rumah-rumah yang musnah akibat banjir yang melanda Kabul, Afghanistan. Dianggarkan 22 orang maut akibat bencana alam itu.


KABUL, Afghanistan - Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban manakala kawasan pertanian musnah apabila banjir kilat melanda dataran berhampiran Kabul, kata beberapa pegawai semalam.

Bencana terbaru itu berlaku ekoran hujan lebat dan hujan batu selama beberapa jam kelmarin, sekali gus mengakibatkan dataran Shomali di utara Kabul terjejas teruk.

Jurucakap polis di sini, Sayed Ekramuddin Jalal berkata, enam yang maut ialah kanak-kanak.

"Kami sudah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan itu dan memindahkan penduduk dari kawasan berbahaya," katanya.

Beberapa penduduk cedera dan kira-kira 12 kediaman musnah.

Menurut Sayed Ekramuddin, kebanyakan tali air, telaga, kebun dan ladang mengalami kerosakan.

Sebahagian mangsa merupakan penduduk kawasan lain yang datang melawat saudara-mara sempena cuti Aidilfitri.

Dalam pada itu, seorang pegawai di Kementerian Persediaan Bencana, Ghulam Farouq berkata, dua wanita terbunuh dan empat yang lain turut cedera.

Pada awal bulan ini, lebih 60 orang maut dalam banjir di timur Kabul. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Wanita warga emas maut dilanggar motosikal pelajar

Posted:

Wanita warga emas maut dilanggar motosikal pelajar

Wanita warga emas maut dilanggar motosikal pelajar

12/08/2013 9:11pm

SHAH ALAM - Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah motosikal yang ditunggangi seorang pelajar di Kilometer 72, Jalan Klang-Teluk Intan, Sekinchan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Mushar Mohamad berkata, mangsa, T. Mariayee, 82, dirempuh ketika sedang melintas jalan untuk pulang ke rumah.

Mangsa cedera parah dan meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari ketika pelajar lelaki berumur 16 tahun itu sedang memotong sebuah kenderaan lain menuju ke arah Sungai Besar dekat sini.

Nor Mushar berkata, pelajar terbabit, pemegang lesen P, kini ditahan untuk diambil keterangan. - Bernama

Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili akan diputuskan dalam masa terdekat

Posted:

Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili akan diputuskan dalam masa terdekat

Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili akan diputuskan dalam masa terdekat

12/08/2013 8:37pm

KOTA TINGGI - Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor akan memutuskan tindakan dalam tempoh terdekat terhadap pengusaha sebuah resort di Sedili Besar, di sini, yang membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan lain.

Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin berkata, keputusan itu akan dibuat selepas siasatan terperinci dilakukan pihaknya mengikut Seksyen 7(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

"Berdasarkan pemantauan dan tinjauan terhadap surau itu kita dapati ada keraguan dari segi reka bentuknya.

"Kedudukan arah kiblat juga tersasar dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasa Masjidil Haram," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat surau itu di resort berkenaan yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura menggunakan surau itu bagi melakukan meditasi.

Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noor Azam Osman.

Justeru, Mohd Tahrir turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak memperlekehkan kesucian agama Islam. - Bernama

Pengurus resort ditahan benar surau digunakan penganut agama lain

Posted:

Pengurus resort ditahan benar surau digunakan penganut agama lain

Pengurus resort ditahan benar surau digunakan penganut agama lain

12/08/2013 8:25pm

JOHOR - Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana dikata membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan.

Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pengurus berusia 45 tahun itu ditahan di resort tersebut pada pukul 2.00 petang tadi.

"Satu pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim diwujudkan bagi menyiasat kes tersebut.

"Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kesalahan sedemikian membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat Islam supaya bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Polis dijangka membawa pengurus itu ke Mahkamah Kota Tinggi esok untuk kebenaran menahan reman beliau.

Upacara sembahyang itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu.

Seramai 12 penganut agama berkenaan dan seorang sami dikatakan melakukan upacara sembahyang itu yang termasuk meletakkan gambar patung. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Erra, Ziana utamakan anak di hari raya

Posted:

Erra, Ziana utamakan anak di hari raya

Erra, Ziana utamakan anak di hari raya

ERRA dan Ziana bersependapat bahawa hari raya pada zaman dahulu lebih meriah berbanding masa kini.


TIDAK sukar untuk menggabungkan dua diva terkenal tanah air, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam sesi fotografi khas raya sementelah kedua-duanya saling kenal dan cukup rapat.

Apa yang sukar hanyalah mencari tarikh yang sesuai memandangkan mereka sangat sibuk dengan jadual seni dan tugas sebagai seorang ibu.

Persetujuan diterima, ketika sesi fotografi berlangsung di Restoran Rebung milik Chef Ismail di Bangsar, Kuala Lumpur, suasana bertukar gamat.

Bagai sudah lama tidak bertemu, mereka berdua berceloteh tanpa henti sepanjang sesi fotografi, mengenang semula ketika mereka di puncak populariti sewaktu zaman anak anak dara.

"Tidak sangka cepat betul masa berlalu, dulu kami sama-sama berlakon dan menyanyi. Sekarang masing-masing sudah jadi ibu dan kami masih lagi dalam industri seni.

"Saya masih ingat lagi semasa berlakon filem Sembilu bersama Erra. Bila teringat masa lalu saya kadangkala tertawa sendiri sebabnya banyak sangat kenangan lucu, sedih dan gembira, tetapi bersyukur kerana langkah yang saya ambil telah membentuk diri Ziana Zain hari ini," kata Ziana.

Erra yang memulakan kerjayanya sebagai model dan terus meningkat naik sebagai penyanyi dan pelakon menjelaskan, kualiti kerja sangat penting untuk seorang artis kekal bertahan.

"Rasanya sekarang lebih mudah untuk jadi artis sebab banyak saluran untuk tunjuk bakat, tidak seperti zaman kami dahulu.

"Namun, prinsipnya kekal sama, disiplin sangat penting untuk terus kekal dalam industri seni. Saya banyak belajar daripada pengalaman dan secara tidak langsung ia mematangkan saya. Sekarang saya bekerja untuk membesarkan anak tunggal saya," balas Erra.

Raya dahulu lebih meriah - Ziana

Apabila disoal tentang sambutan raya sewaktu kanak-kanak, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 45, mengakui raya dahulu lebih meriah.

Sebelum menetap di Shah Alam, Selangor, Ziana sekeluarga tinggal di Kampung Melayu Subang, Selangor. Sambutan raya mereka sekeluarga ibarat berada di kampung.

"Dulu, mesti ada bunga api dan mercun. Kami juga buat pelita daripada buluh untuk dihiaskan di sekeliling rumah. Semuanya buat sendiri, jadi kami adik-beradik gigihlah cari buluh.

"Sekarang, pelita atau punjut semuanya boleh dibeli siap di pasar raya.

"Semangat raya semakin kurang. Anak-anak saya tidak ada pengalaman seperti itu tetapi saya tetap bercerita pada mereka supaya mereka tahu," kata isteri kepada Armin Zaharin itu.

Cerita Ziana, sambutan rayanya semakin berubah sejak dia dan adiknya, Anuar Zain bergelar penyanyi.

Hari raya yang sepatutnya menjadi acara berkumpul untuk keluarga bertukar menjadi acara rumah terbuka selama sebulan dari awal pagi sehingga tengah malam.

"Sejak kami jadi penyanyi, kami sudah tidak balik ke kampung di Merlimau, Melaka, cuma tahun lalu kami sekeluarga pulang menyambut 1 Syawal di kampung.

"Bukan tidak mahu balik tetapi biasanya peminat datang beraya di rumah. Sebagai tuan rumah kami akan layan semua peminat walaupun ada yang datang pada pukul 2 pagi.

"Itu dulu, sekarang bila ada anak dan ibu bapa kami juga tidak berapa sihat, kami ambil keputusan untuk beraya di kampung," katanya yang pulang ke kampung pada malam raya tahun ini.

Sambung ibu kepada Muhammad Aiman, 13, Muhammad Amar, 10, serta pasangan kembar Muhammad Airil dan Siti Nour Kaseh, 4, tahun ini mereka sekeluarga sedondon memakai baju berwarna coklat cair.

"Tahun ini saya ada sepasang baju raya sahaja, selebihnya untuk anak-anak terutamanya anak perempuan tunggal saya, Kaseh.

"Bagi saya, kegembiraan lebih dirasai oleh anak-anak. Waktu itulah mereka berseronok kumpul duit raya dan menikmati kehidupan di kampung," jelasnya yang wajib memasak rendang pada hari raya.

Beza raya sebagai ibu - Erra

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Erra hanya meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur sebelum menghabiskan masa bersama keluarganya di Sungai Choh, Rawang, Selangor.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 39, sejak berkahwin dan melahirkan Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia empat tahun, sambutan rayanya berubah secara drastik.

"Jika sebelum ini hidup solo, saya hanya melakukan persiapan untuk diri sendiri dan boleh pergi ke mana sahaja.

"Sekarang agak terbatas kerana segala perhatian harus diberikan kepada Aleesya. Sebelum beli baju raya untuk saya, awal-awal lagi saya belikan baju untuk dia.

"Sekarang, dia sudah pandai pilih fesyen dan warna kesukaannya, mahu tidak mahu saya ikutkan sahaja. Sebagai ibu, saya tahu kanak-kanaklah yang paling seronok sambut raya, jadi saya biar dia nikmati keseronokan beraya," ucap Erra.

Beritahu Erra, jika boleh dia mahu anaknya menikmati kemeriahan raya seperti yang dinikmati ketika zaman kanak-kanak.

"Sekarang sudah moden, raya kurang meriah bagi saya. Jadi, saya bawa dia pulang ke kampung dan biarkan dia bermain bunga api bersama saudara-maranya.

"Walaupun tinggal di bandar, saya mahu dia mempunyai pengalaman seronok beraya di kampung seperti saya. Alhamdulillah, Aleesya sendiri tidak sabar untuk balik kampung setiap kali raya," tuturnya.

Erra yang sibuk sepanjang Ramadan dengan penggambaran program Primadona dan menyiapkan tempahan hamper raya turut berkongsi cerita raya dengan peminatnya.

"Sejak jadi pelakon dan penyanyi, ramai peminat yang datang berkunjung ke rumah opah di Sungai Choh, Rawang dari pagi sampai malam.

"Cuma sekarang berkurangan, tidak seperti dahulu. Ada seorang peminat yang akan datang beraya di rumah opah saya setiap tahun sehingga hari ini sudah masuk tahun yang ke-10.

"Kami sekeluarga juga telah kenal rapat dengannya," kata Erra.

Lebaran dua keluarga seni

Posted:

Lebaran dua keluarga seni

Lebaran dua keluarga seni

Oleh HARYATI KARIM dan RONI HIDAYAT RIDWAN


KONGSI kegembiraan. Keluarga seni Datuk Yusof Haslam dan Khatijah Tan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.


GAMAT dan riuh-rendah dengan gelak tawa jadinya banglo milik penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam apabila keluarga besarnya bertemu dengan keluarga seni aktres Khatijah Tan.

Bertukar cerita yang kebanyakannya tentang filem bagai tiada penghujungnya. Yusof dan isterinya Fatimah Ismail, memiliki tiga orang anak iaitu Mohd. Syamsul, 29, Nurshamin, 25, dan Muhamad Syafiq, 21.

Dua anak lelaki Yusof, Syamsul dan Syafiq mengikut jejak langkahnya terjun dalam industri perfileman, tidak ketinggalan anak tiri Yusof, Mohd. Faizal, 32, juga terlibat sama dalam memajukan syarikat produksi keluarga, Skop Production yang hampir berusia 30 tahun.

Aktres Khatijah Tan pula mampu berbangga dengan dua cahaya matanya, pengarah dan pelakon, Pierre Andre, 28, dan Mikail Andre, 21, yang kini turut bergelar pelakon.

Didik anak dengan tegas – Yusof

Tidak dinafikan meskipun mengharapkan anak-anak lelakinya meneruskan perjuangannya dalam bidang seni, namun dalam masa yang sama timbul kebimbangan di hatinya selaku seorang bapa akan cabaran yang bakal dihadapi anak-anaknya.

"Saya terlebih dahulu bergelar pelakon dan pengarah filem, jadi saya tahu baik buruknya dunia seni.

"Hati saya seronok bila anak-anak menunjukkan minat yang sama seperti saya, tetapi dalam hati sebagai bapa saya juga bimbang kerana dugaan anak seni tidak sama dengan kerjaya yang lain," kata Yusof.

Menurut isterinya, Yusof seorang bapa yang cukup tegas dalam mendidik kesemua anak mereka.

"Dia tegas terhadap anak-anak. Walaupun mereka sudah besar panjang, jika tidak ada kerja, mereka mesti berada di rumah sebelum pukul 12 malam.

"Sebagai ibu pula saya selalu berpesan, harus hormat orang lebih tua, jaga tingkah laku dan jagalah nama baik keluarga terutamanya bapa mereka," kata Fatimah.

Syamsul pula memberitahu, walaupun bekerja dengan bapa sendiri, cabarannya tetap besar.

"Mungkin orang anggap senang sebab saya bekerja dengan bapa tetapi masih ada cabarannya seperti pertembungan idea, kos penerbitan dan kualiti pengarahan.

"Bagi saya kualiti paling penting dan untuk mendapatkan kualiti saya perlukan masa," tutur Syamsul yang sedang sibuk dengan proses terakhir filem KL Gangster 2 yang dijangka keluar pada September depan.

Bercerita tentang raya, kata Syamsul, dia berharap tahun ini raya terakhirnya sebagai orang bujang.

"Rasanya mungkin ini tahun terakhir saya beraya sebagai orang bujang. Harap doakan yang terbaik untuk saya," balas Syamsul yang beraya dengan baju sedondon berwarna merah.

Celah Syafiq yang sibuk dengan filem keduanya, Abang Long Fadil, tahun ini mereka akan beraya di rumah keluarga sebelah ibunya di Shah Alam sebelum ke Selayang, Selangor bagi melawat keluarga sebelah bapanya. Selepas itu, mereka ke Setiawan, Perak iaitu kampung ibunya.

Tidak galak anak berlakon

– Khatijah Tan

Bagi pelakon Khatijah Tan pula, dia melahirkan rasa bangga kerana kedua-dua anaknya iaitu Pierre Andre dan Mikail Andre kini mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni.

Bagaimanapun, Khatijah mendedahkan bahawa pada mulanya dia tidak menggalakkan kedua-dua anaknya itu berkecimpung dalam bidang lakonan dan lebih suka mereka mengikut jejak langkah suami sebagai seorang pegawai bank.

"Saya bukanlah mahu menghalang minat mereka, tetapi tidak terlalu menyokong sangat pembabitan mereka sebelum ini. Apabila melihat kecenderungan mereka dalam bidang seni, akhirnya saya terpaksa merestui minat mereka.

"Lagipun dengan bakat yang dimiliki sudah tentu sayang kalau tidak dikembangkan. Sebagai seorang ibu yang berpengalaman luas, saya memainkan peranan untuk membimbing mereka," ujarnya yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Bercerita lebih lanjut mengenai karakter kedua-dua anaknya itu, Khatijah berkata, Pierre sejak kecil lagi sudah menunjukkan minat terhadap bidang seni dan sering menyertai pertandingan lakonan di sekolah.

Ujarnya, anak keduanya pula lebih cenderung kepada bidang fotografi dan ini menyebabkan Khatijah tidak menyangka apabila Mikail turut mengikut jejak langkah ibu dan abangnya.

"Saya selalu berpesan kepada mereka supaya bersungguh-sungguh apabila sudah terjun ke dalam bidang ini. Mereka tidak boleh berpatah balik dengan pilihan yang telah dibuat.

"Kalau boleh saya tidak mahu mereka buat kerja sambil lewa atau kurang serius dengan tanggungjawab yang diberikan. Sudah tentu saya ingin mereka berjaya dalam lapangan yang diceburi," tegasnya.

Sambutan Aidilfitri pada tahun ini pastinya menjadi lebih bererti buat mereka sekeluarga memandangkan buat pertama kali Pierre meraikannya sebagai seorang suami.

Jelas Pierre, semasa qiamulail pada bulan Ramadan tahun lalu dia pernah memanjatkan doa kepada Allah agar dapat meraikan bulan Syawal tahun ini dengan seorang pasangan hidup.

"Ternyata doa saya telah dimakbulkan Allah. Ia merupakan anugerah yang paling bermakna kerana hajat untuk meraikan Aidilfitri sebagai suami sudah terlaksana.

"Selain itu, saya dapat merasai kelainan apabila ada insan tersayang di sisi, terutamanya ketika mengerjakan ibadah puasa. Dia menjadikan hidup saya kini lebih bermakna," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Hidayah Hashim pada bulan Jun lalu.

Menurut Pierre, tiga hari sebelum menjelang

1 Syawal, dia pulang ke kampung halaman isterinya di Johor Bahru, Johor.

Kemudian, pada hari raya pertama dia dan isteri pulang ke Ipoh, Perak untuk meraikannya bersama ahli keluarganya pula dan menyertai mereka bercuti ke Pulau Pangkor pada hari raya kedua.

Aidilfitri Nadiya Nisaa masih sama

Posted:

Aidilfitri Nadiya Nisaa masih sama

Aidilfitri Nadiya Nisaa masih sama

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


MASIH orang yang sama. Nadiya sempat melayan sekumpulan anak yatim sewaktu majlis berbuka puasa pada hujung Ramadan lalu.


NAMA Nadiya Nisaa kini bukan lagi asing dalam dunia lakonan. Sejak memegang watak Ain Hawani menerusi drama Adam dan Hawa, nama wanita yang lebih mesra disapa sebagai Nadiya ini sering meniti di bibir peminat. Malah harus diakui, rezeki Nadiya juga bertambah sejak drama tersebut bersiaran.

Melihat tawaran berlakon yang diterima bertali arus, tidak dinafikan rezeki pelakon ini semakin melimpah. Nadiya, 28, bukan sahaja terlibat dengan beberapa drama, tidak ketinggalan tawaran telemovie yang menampilkan dirinya.

Ketika bertemu wanita ini pada majlis berbuka puasa anjuran Grand Brilliance bersama anak-anak yatim Darul Kifayah baru-baru ini, Nadiya kelihatan masih sama seperti dahulu.

Lemah-lembut dia menyusun kata dan kerap tersenyum apabila diajukan soalan tentang perbezaan berhari raya setelah semakin popular.

Tiada yang berbeza

Akui Nadiya, Ramadan tahun ini dia bekerja seperti biasa, tetapi hanya mengambil tawaran telemovie memandangkan waktu penggambarannya agak singkat berbanding drama bersiri.

Bagaimanapun, ujar Nadiya, sebaik sahaja Ramadan ditinggalkan, dia dan suami serta anak tunggal mereka pulang ke kampung halamannya di utara.

Berbicara tentang sambutan hari raya tahun ini, pasti ramai yang tertanya-tanya adakah populariti yang dikecapi Nadiya akan membuatkan sambutan kali ini berbeza buat dirinya.

"Saya rasa sama sahaja. Tiada yang lebih atau kurang kerana saya masih menyambut raya secara sederhana dengan pulang ke kampung. Saya juga tidak berasa perlu menyambut raya secara berlebihan hanya kerana saya seorang artis dan dikenali ramai.

"Sementelah, suami pula jenis seorang yang ringkas. Jadi, kami cuma membeli-belah jika kebetulan kami terjumpa apa yang dimahukan," tutur Nadiya.

Tambahnya, tahun ini dia mengambil cuti selama tiga minggu. Namun, mereka sekeluarga akan berada di kampung selama lima hari sahaja.

"Tahun ini, saya suami dan anak akan pulang ke kampung halaman suami yang terletak di Perak, manakala saya di Pulau Pinang.

"Seperti kelaziman yang dilakukan oleh semua umat Islam yang meraikan hari mulia ini, kami manfaatkan masa itu sepenuhnya untuk menziarah sanak saudara," tutur anak kedua daripada lima beradik ini.

Selain pulang ke kampung, baki cuti yang ada digunakan Nadiya untuk membuat persiapan perkahwinan kakaknya yang dijangka berlangsung pada bulan Ogos ini.

Memilih

Bertukar cerita mengenai tawaran berlakon yang semakin banyak, jelas Nadiya, dia akan memilih sebelum memberi kata putus untuk terbabit dalam sesebuah naskhah yang ditawarkan.

Bukan menjadi semakin demanding, tetapi dia berhak menjadi selektif untuk memastikan kualiti lakonannya dalam sesebuah naskhah.

"Sebelum memberi jawapan, saya akan memilih dan melihat skrip, watak serta dengan siapa saya akan bekerja. Saya juga akan pastikan saya mengambil hanya satu tawaran pada satu masa," akhiri Nadiya.

Antara telemovie yang bakal menampilkan Nadiya ialah Cinta Kamikaze, Pengancam Perkahwinan dan Baju Raya Kain Perca.

Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 11 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Galakan ternak ayam kecil-kecilan

Posted:

Galakan ternak ayam kecil-kecilan

Galakan ternak ayam kecil-kecilan

MASYARAKAT digalakkan menternak ayam secara kecil-kecilan bagi mengurangkan permintaan di pasaran.


AYAM merupakan antara sajian wajib setiap kali musim perayaan. Baik masyarakat Melayu, Cina atau India, hakikatnya ayam sudah sebati dengan lidah pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.

Ayam boleh dipelbagaikan masakannya seperti sup, paprik, rendang, masak lemak, kari dan sebagainya.

Bahkan, bagi sesetengah individu, nasi yang dimakan bersama seketul ayam goreng mampu membangkitkan selera.

Perkara itu diakui oleh kakitangan swasta, Hidayatul Akmal Ahmad, 28. Katanya, ayam menjadi hidangan wajib baik pada musim perayaan mahupun majlis kenduri-kendara atau perkahwinan.

"Ia mudah disediakan, cepat masak dan rasanya enak," katanya ketika ditemui. Wanita berkulit sawo matang yang tidak lekang dengan senyuman itu memberitahu, pada kebiasaan, ibunya Zakiah Abdul Ghani, 58, menyediakan rendang ayam kampung dan ayam masak kicap pada pagi hari raya.

Kira-kira 10 ekor ayam digunakan untuk memasak kedua-dua hidangan yang menjadi kegemaran tetamu itu.

Ibunya turut menyediakan rendang daging, namun rendang ayam tetap menjadi pilihan sanak saudara dan sahabat handai.

"Rasa rendang ayam kampung memang sedap kerana dagingnya manis dan lembut, jadi tidak hairanlah dua hari sahaja sudah licin," ujar Hidayatul Akmal sambil menambah, hidangan itu juga sering menjadi menu harian apatah lagi jika adik-beradik pulang ke kampung.

Harga ayam naik

Sejak kecil Hidayatul Akmal sudah biasa makan ayam dan kenaikan harga ayam baru-baru ini turut membimbangkannya.

"Bukan apa, jika menu ayam ditukarkan kepada ikan, saya rasa tidak sesuai untuk divariasikan terutama pada musim perayaan," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan kenaikan harga ayam di beberapa pasar basah dan pasar raya di ibu negara.

Berdasarkan laporan itu, harga ayam naik daripada RM7.50 ke RM8.50 sekilogram. Kenaikan secara mendadak itu berlaku ekoran permintaan terhadap bekalan ayam meningkat daripada 1.2 juta kepada 2.2 hingga 2.4 juta ekor sehari pada bulan Ramadan sehingga sambutan Aidilfitri.

Bimbang senario itu terus berlarutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan harga ayam standard pada kadar RM7.70 sekilogram.

Harga tersebut dilaksanakan selama 17 hari bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini. Sehubungan itu, para peniaga wajib menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, golongan peniaga bukannya menaikkan harga sewenang-wenangnya tetapi ia berlaku apabila pembekal bertindak menaikkan harga.

Sebelum ini, dia menjual ayam pada harga RM7.50 sekilogram tetapi terpaksa menaikkannya kepada RM8.50 selepas menerima ayam daripada pembekal pada harga RM7.30 sekilogram.

"Kami tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga. Namun, apa yang dikesali pengguna menuduh kami menaikkan harga sesuka hati sedangkan pembekal yang membekalkan ayam melebihi harga siling.

"Saya rasa sudah tiba masanya kerajaan mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah ini kerana kami sering dituduh menjadi punca kenaikan harga ayam," tegasnya sambil menyifatkan tindakan boikot membeli ayam tidak pernah berjaya.

Pengusaha katering, Azarul Bahari berkata, dia sendiri sukar untuk memboikot ayam memandangkan pelanggan yang merancang mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pasti menempah menu berasaskan ayam.


PERMINTAAN bekalan ayam mencecah 2.4 juta ekor sehari pada bulan Ramadan dan Aidilfitri ini.


Pelanggan merungut

Hidangan ayam seolah-olah hidangan wajib majlis rumah terbuka berbanding ikan dan daging. Lagipun, ayam boleh dimakan bersama menu lain berbanding ikan.

"Bayangkan nasi beriani bersama gulai ikan, hidangan itu bukan sahaja tidak sesuai malah gabungan yang tidak kena," ujarnya.

Menurut Azarul, menu ayam sesuai dinikmati oleh semua kaum di Malaysia.

Azarul mengakui, ekoran kenaikan harga ayam, pihaknya tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga hidangan.

"Kami terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menanggung kerugian. Pelanggan memang merungut ekoran kenaikan harga tersebut.

"Saya berharap pihak kementerian memantau tindakan menaikkan harga ayam kerana ia membebankan banyak pihak," ujarnya.

Sementara itu, usaha wartawan Kosmo! untuk mendapatkan komen Presiden Persatuan Bahagian Ayam Daging Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Kwei Yew Tong gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.

Longgarkan syarat

Hakikatnya, masalah kenaikan harga ayam berlaku pada setiap tahun. Justeru, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd. Yusuf Abdul Rahman mencadangkan supaya kerajaan menggalakkan masyarakat negara ini menceburi bidang penternakan secara kecil-kecilan.

"Selain bantuan modal dan latihan, kerajaan boleh melonggarkan syarat untuk menternak ayam di kawasan perumahan," katanya.

Cadangan itu agak bernas memandangkan permintaan ayam pada era 70-an tidak pernah meningkat terutama di luar bandar.

"Orang dulu lebih gemar menternak ayam, jadi apabila musim perayaan, mereka menggunakan hasil ternakan itu sahaja. Ia bukan sahaja menjimatkan wang malah hasil ternakan mereka lebih berkhasiat," jelasnya.

Langkah itu dilihat dapat menangani masalah permintaan yang meningkat menjelang musim perayaan berbanding memboikot pembelian ayam.

Boikot juga bukan penyelesaian terbaik dalam isu kenaikan harga ayam sebaliknya pengguna boleh mengurangkan pembelian dan makan ayam.

"Misalnya, jika kita makan ayam empat kali seminggu kita kurangkan, susah jika kita tidak mahu makan terus sebab ayam antara makanan utama rakyat Malaysia.

"Apa yang pasti sekiranya pengguna dapat mengurangkan pembelian dan makan ayam, permintaan dalam pasaran akan berkurangan seterusnya menurunkan harga ayam," ujarnya Mohd. Yusof.

Bruce Lee bagai masih hidup

Posted:

Bruce Lee bagai masih hidup

Bruce Lee bagai masih hidup


PARA peminat Bruce Lee berkumpul di hadapan patung mendiang bagi meraikan ulang tahun ke-40 kematiannya di Hong Kong.


DIJULANG sebagai hero seni bela diri pertama layar perak dan penghubung budaya antara Timur dan Barat, Bruce Lee tanpa disedari telah membantu industri hiburan Hong Kong berada pada tahap hari ini.

Namun, mengapa sesetengah pihak di bandar itu meraikan ulang tahun ke-40 kematiannya di dalam tandas?

"Pada tahun 1958, Bruce Lee merupakan pelajar di Kolej St. Francis Xavier. Pada suatu hari, dia telah ditangkap kerana bergaduh di dalam tandas oleh seorang paderi.

"Namun, paderi itu merupakan seorang petinju di negara asalnya. Justeru, dia tidak menghukum Lee sebaliknya menjemput beliau untuk menyertai kelas tinju. Lee kemudian menyertai kelas itu dan muncul juara dalam pertandingan antara sekolah," jelas Pengerusi Kelab Bruce Lee, Wong Yiu-keung.

Insiden itu begitu bermakna kepada Lee yang meninggal dunia pada usia 32 tahun akibat penyakit bengkak otak sekali gus ingin menunjukkan kecintaannya terhadap seni bela diri.

Tidak lama kemudian, Lee membuka sekolah bela diri di Amerika Syarikat iaitu tempat kelahirannya.

Baru-baru ini, peminat bintang filem legenda itu berpeluang melawat sekolah Lee di Hong Kong. Sekolah itu termasuk salah satu daripada beberapa bahan pameran mengenai Lee yang pernah menjalani zaman kanak-kanak di negara bekas koloni British itu.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat patung Lee di siar kaki Avenue of the Stars dan di Kelab Bruce Lee, kedua-duanya terletak di kawasan kejiranan Tsim Tsui di selatan Hong Kong. Ia ditujukan khas buat legenda layar perak itu.

Sut kuning

Peminat juga berpeluang pergi ke biara di New Territories yang akan menayangkan filem terkenalnya, Enter the Dragon.

Pameran yang akan berlangsung selama lima tahun di Muzium Warisan Hong Kong itu memaparkan memori Lee sepanjang hidupnya. Ini termasuklah filem-filem yang pernah dibintanginya serta sut kuning yang menjadi trademark Lee. Pameran itu dirasmikan oleh anak perempuannya, Shannon Lee pada hujung Julai lalu.

"Saya mengenali ayah bukan melalui media, tetapi melalui pelbagai cara dan sumber. Ia diambil melalui orang yang betul-betul mengenalinya, rakan-rakannya dan keluarga saya. Ada juga melalui perkataan mendiang sendiri kerana ayah terlalu banyak menulis.

"Saya memiliki beribu buku di perpustakaannya. Dia menulis kesemua mengenai dirinya di dalam nota, jadi saya mengenalinya melalui catatannya sendiri," kata Shannon yang baru berusia empat tahun ketika bapanya meninggal dunia.

Beberapa buku catatan, puisi dan gambar keluarga merupakan antara 600 barangan yang dipamerkan di muzium itu sehingga tahun 2018.

Ikon pada kurun ke-20 yang menemukan Jeet Kune Do, Lee pergi sebelum masanya pada tahun 1973 sekali gus mengejutkan jutaan peminatnya di serata dunia.

"Saya masih ingat upacara pengkebumian perdana di Hong Kong kerana ia terlalu kecoh. Terlalu ramai manusia. Ia panas, lembap dan kadangkala seperti badai. Terlalu banyak yang berlaku dan kesedihan.

"Sebagai kanak-kanak, saya masih ingat bagaimana ia mengheret saya untuk melalui kesemua proses tersebut dan merasakan seolah-olah kekacauan berlaku di sekeliling saya," ungkap Shannon lagi.

Apa yang pasti, legasi Lee terus hidup untuk memberi inspirasi kepada generasi pelakon baharu seperti Jackie Chan dan memecahkan sekatan untuk pelakon Asia mengembangkan bakat di Hollywood.

"Dia mendapat kemahsyuran menerusi kung fu yang mana tidak memerlukan bahasa untuk memperjelaskannya. Sama seperti tarian dan muzik. Anda boleh menontonya tanpa mengambil kira siapa anda. Seperti filem senyap Charlie Chaplin yang melangkaui sempadan.

"Bruce Lee juga menjadi penghubung antara budaya Timur dan Barat. Dia menimba ilmu di Hong Kong dan Amerika Syarikat. Dia muncul di televisyen Amerika dan juga teater China," kata penulis biografi Bruce Lee, Roger Lo.

Pesona layar perak

Menurut pengarang buku biografi The Bruce Lee They Knew yang baru diterbitkan, Chaplin Chang, kehidupan sebenar Lee kebanyakannya dihabiskan dengan menjadi pesona layar perak.

"Orang boleh memberinya status yang pelbagai tetapi dia hanya manusia biasa."

Dalam buku biografi berbahasa Cina itu, Chang cuba memotretkan hero aksi itu dari perspektif lama kepada menonjolkan kesusahan Lee pada masa itu, namun bersikap mesra dengan rakan-rakannya.

"Dia bukan sahaja mengenai filem tetapi ia berkaitan seni mempertahankan diri. Legasinya terus hidup bersama falsafahnya untuk beberapa generasi. Oleh sebab itu, dia diminati ramai hingga sekarang," tutur Chang. - AFP

Ziarah Aidilfitri tersasar

Posted:

Ziarah Aidilfitri tersasar

Ziarah Aidilfitri tersasar


ZIARAH sempena Aidilfitri tidak terhad kepada ahli keluarga dan sanak saudara sahaja, rakan taulan juga boleh turut serta mengimarahkan amalan ziarah. - Gambar hiasan


SEBELUM Aidilfitri membuka tirainya, masing-masing sibuk melakukan persiapan menyambut lebaran. Sejak pertengahan Ramadan lagi, stesen televisyen giat mempromosikan pelbagai cerita menarik untuk tayangan sepanjang Aidilfitri ini.

Tanpa disedari, pelbagai cerita menarik ini menjadi faktor penyumbang kepada makin kurangnya amalan ziarah ketika Aidilfitri yang menjadi tradisi nenek moyang kita.

Sewajarnya, sikap lebih mengutamakan menonton televisyen berbanding ziarah perlu ditangani kerana Aidilfitri tidak akan bererti tanpa adanya ziarah.

Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan selepas sebulan berpuasa tetapi hari untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara.

Malah dalam dunia penuh kesibukan hari ini, ramai yang hanya dapat balik ke kampung sekali dalam setahun iaitu ketika Aidilfitri.

Kesannya, ramai yang tidak mengenali ahli keluarga sendiri. Tidak kenal ibu atau bapa saudara, sepupu apatah lagi hubungan yang lebih jauh tetapi tetap ada pertalian darah.

Dengan adanya ziarah, barulah kita dapat bersua muka dan berjumpa seluruh ahli keluarga. Ketika ziarah inilah ibu bapa boleh memperkenalkan sanak saudara yang lain kepada anak-anak.

Hari beramah mesra

Aidilfitri juga adalah hari untuk beramah mesra. Hampir seluruh ahli masyarakat hari ini terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Ramai yang keluar ketika matahari belum terbit dan balik ke rumah bersama bulan dan bintang sekali gus mempunyai masa yang amat terhad untuk bersama ahli keluarga.

Ziarah ketika Aidilfitri satu cara mengeratkan hubung silaturahim dan mewujudkan hubungan yang baharu.

Sesungguhnya kita sesama Muslim bersaudara biarpun daripada keturunan berbeza kerana kita berasal daripada cucu cicit Nabi Adam AS.

Menjadi kewajipan kita untuk sentiasa menambah kenalan, persahabatan dan persaudaraan sesama saudara seislam.

Lebih 20 tahun lalu, amalan berkunjung ke setiap rumah di segenap pelosok kampung secara berjemaah menjadi tradisi wajib selepas solat sunat Aidilfitri.

Amalan ini menyumbang kepada utuhnya perhubungan antara setiap ahli kariah. Malangnya hari ini, biarpun tinggal di kampung, tidak semua orang mengenali jirannya.

Apatah lagi mereka yang berada di bandar. Lantas, ziarah ketika Aidilfitri mampu mengembalikan hubungan yang erat sesama ahli masyarakat.

Ramai yang arif dan maklum, Aidilfitri merupakan hari untuk kita bermaaf-maafan. Perlu difahami, memohon maaf bukan terhad kepada ahli keluarga atau mereka yang ada hubungan darah dengan kita sahaja tetapi merangkumi jiran tetangga.

Memohon maaf

Contoh mudah, kita senang sangat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap perlakuan jiran yang biadap. Biarpun perlakuannya biadap, kita tidak berhak melemparkan kata-kata kesat.

Lantas, kita perlu memohon maaf kerana Allah tidak akan mengampunkan kita selagi kita tidak memohon maaf daripada orang yang kita lakukan kesalahan kepadanya.

Kalau sudah mohon maaf tetapi dia enggan memaafkan, itu antara orang tersebut dengan Allah. Yang penting, tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya telahpun kita laksanakan.

Mungkin ada yang berpendapat, tidak perlu ziarah kerana dunia hari ini lebih mudah dengan adanya konsep rumah terbuka. Hakikatnya, rumah terbuka tidak menepati konsep ziarah ketika Aidilfitri.

Jemputan terhad

Namanya sahaja rumah terbuka tetapi amalannya ialah ada senarai jemputan tertentu yang diundang untuk menghadiri rumah terbuka tersebut.

Selalunya yang diundang ialah sanak saudara, rakan sekerja, jiran terdekat dan kenalan.

Sebaliknya jika anda tidak menerima undangan, anda tidak akan hadir ke rumah tersebut walau anda maklum rumah terbuka sempena Aidilfitri sedang diadakan, betul?

Jelas sekali ia berlawanan dengan amalan ziarah yang terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa perlu ada undangan atau jemputan khusus.

Rumah terbuka juga tidak mempraktikkan konsep menghubung silaturahim kerana para tetamu ialah mereka yang memang telah dikenali.

Malah juga kurang mengaplikasikan amalan saling beramah mesra. Biasanya rumah terbuka mempunyai tempoh kehadiran tertentu dan ramai yang bertumpu pada waktu yang sama.

Mana mungkin wujudnya kemesraan jika lebih daripada 10 tetamu datang serentak untuk dilayan? Yang ada hanyalah, 'Sila ye!', 'Jemput makan ye!'

Tiada pertanyaan khabar, perkongsian berita, senda gurau dan gelak ketawa yang sepatutnya wujud sebagai satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

Pengkhususan makanan

Aidilfitri bukan hari mengutamakan sesi untuk menjamu selera sebaliknya rumah terbuka ditumpukan kepada memenuhi selera tetamu.

Pelbagai jenis juadah disediakan malah ada pengkhususan pula untuk kategori jemputan, orang penting dan orang kebanyakan.

Konsep ini menyalahi konsep sebenar Aidilfitri iaitu sebaiknya hidangan makanan disediakan buat mereka yang tidak berkemampuan.

Sesungguhnya, tanpa ziarah, Aidilfitri sama seperti hari-hari biasa, bezanya hanya ada solat sunat Aidilfitri pada awal pagi dan masing-masing berpakaian baharu.

Salam Aidilfitri daripada saya dan keluarga. Maaf zahir dan batin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kerani sekolah mati kena bom

Posted:

Kerani sekolah mati kena bom

Kerani sekolah mati kena bom

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


ANGGOTA polis memeriksa mayat Yusrizal yang mati akibat terkena letupan bom di Taman Sri Periok, Tumpat semalam.


TUMPAT – Kegembiraan kerani sekolah berkumpul di rumah mertua sempena Aidilfitri yang masuk hari keempat semalam tidak berpanjangan apabila lelaki itu maut terkena letupan bom yang diletakkan di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abang iparnya di Taman Sri Periok di sini.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai di Kuala Krai mati dengan kedua-dua belah tangan putus manakala perutnya terburai.

Badan mangsa terkena letupan itu ketika dia mencapai satu bungkusan dipercayai mengandungi bahan letupan yang diletakkan di atas kenderaan Naza Citra yang diletakkan di hadapan rumah mertuanya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas 20 minit terkena letupan tersebut.

Ketika anggota unit pemusnah bom melakukan siasatan di kawasan tersebut, berlaku letupan kedua pada pukul 4.40 petang. Letupan di kawasan sama itu dipercayai berpunca daripada serpihan bahan letupan yang menyebabkan Yusrizal terbunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian mangsa ternampak satu objek di atas Naza Citra milik abang iparnya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal. Mangsa keluar dari rumah untuk mengambil objek tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemandu teksi cekik darah

Posted:

Pemandu teksi cekik darah

Pemandu teksi cekik darah

Oleh IKHWAN HAZWAN HAMIDUN
ikhwan.hamidun@kosmo.com.my



SHAH ALAM - Seorang peminat Kelab Barcelona terkejut apabila dia diminta membayar tambang teksi sebanyak RM150 ketika dia mahu pulang ke rumahnya di Damansara Utama, Petaling Jaya selepas menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa antara pasukan Harimau Malaya dan Barcelona di Stadium Shah Alam di sini malam kelmarin.

Jumlah tersebut adalah enam kali ganda lebih tinggi berbanding kadar biasa sekitar RM20 bagi perjalanan dari Stadium Shah Alam ke Damansara Utama sejauh 18 kilometer.

Teksi tersebut mempunyai meter tambang tetapi ia tidak digunakan.

Ketiadaan pengangkutan awam alternatif di stadium tersebut menjadi faktor utama pemandu teksi terbabit mengenakan caj melampau walaupun mangsa cuba menaiki teksi tersebut pada pukul 10.45 malam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sallehudin berkata, dia menahan teksi tersebut disebabkan tiada pengangkutan awam lain di stadium tersebut.

Jelasnya, dia yang ingin pulang ke rumahnya di Damansara Utama terkejut apabila pemandu tersebut meminta bayaran sebanyak RM150.

"Saya ada wang RM150, tetapi merasakan jumlah itu terlalu melampau. Saya hubungi saudara saya dan terpaksa menunggunya datang ambil saya pada pukul 1 pagi.

"Saya langsung tidak menyangka pemandu teksi tersebut akan mengenakan caj yang begitu mahal dan tidak menggunakan meter," katanya kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Surau resort Sedili dicemari

Posted:

Surau resort Sedili dicemari

Surau resort Sedili dicemari

Oleh FARIK SALLEH
berita@kosmo.com.my


INILAH surau dalam Resort Tanjung Sutera Sedili, Johor yang digunakan oleh penganut agama lain untuk bersembahyang.


KOTA TINGGI - Penduduk perkampungan nelayan Sedeli Besar di sini gempar apabila bangunan surau yang didirikan dalam sebuah pusat peranginan di sini dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara yang dilakukan oleh sekumpulan individu dipercayai penganut Buddha itu disedari seorang pengunjung pusat peranginan itu, Ahmad Tarmizi Adnan yang singgah untuk menunaikan solat asar di surau itu kelmarin.

Ahmad Tarmizi, 45, mendakwa terdengar suara orang seperti berzikir dalam bahasa asing selain bunyi loceng dari dalam surau.

"Apabila ditinjau, saya nampak sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian serba putih membuat upacara sembahyang diketuai seorang sami," katanya.

Peniaga dari Kuala Lumpur itu sempat merakamkan aktiviti itu dengan telefon bimbit sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.

Seorang penduduk kampung, Mohamad Talib, 54, pula mendakwa, kumpulan itu datang ke surau berkenaan setiap hujung minggu untuk mengadakan upacara sembahyang selama beberapa jam sejak sebulan lalu.

"Kami pada mulanya menyangka mereka pelancong," katanya.


RAKAMAN menunjukkan penganut agama Buddha menjalankan upacara sembahyang dalam surau di Kota Tinggi.


Dia kesal kerana pemilik pusat peranginan itu seolah-olah tidak memandang berat kejadian berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati persekitaran surau tersebut telah dibersihkan daripada peralatan sembahyang kumpulan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya 'dibaham' Barcelona

Posted:

Harimau Malaya 'dibaham' Barcelona

Harimau Malaya 'dibaham' Barcelona

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan NOR AZIRAN YUNUS


AMRI (kanan) menjaringkan gol tunggal Harimau Malaya ketika tewas 1-3 kepada Barcelona di Stadium Shah Alam malam tadi.


MESKIPUN beraksi tanpa kelibat bintang sensasi, Lionel Messi, aksi Barcelona masih mampu memukau hampir 40,000 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya di Stadium Shah Alam malam tadi.

Diketuai kapten Xavier Hernandez selain barisan bintang lain antaranya Andres Iniesta, Cesc Fabregas, Gerard Pique serta permata baharu Neymar, Barcelona ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila meraih kemenangan 3-1.

Biarpun tumbang, Harimau Malaya boleh menghela nafas lega kerana tidak diratah kelab gergasi Sepanyol itu yang sebelum ini membelasah kelab Brazil, Santos 8-0 dan skuad Bawah 23 tahun Thailand, 7-1.

Pada aksi malam tadi, skuad The Catalan terlebih dahulu menguji kekebalan benteng pertahanan Harimau Malaya menerusi percubaan Sergio Busquets tetapi berjaya digagalkan oleh penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit ke-17.

Berselang dua minit kemudian, skuad negara hampir berjaya mengejutkan pasukan gergasi Eropah itu sebaik Norshahrul Idlan Talaha berjaya melepasi pertahanan Barcelona yang diketuai oleh Gerard Pique tetapi percubaan penyerang Johor Darul Takzim itu sekadar terkena tiang gol lawan.

Barcelona akhirnya membuka jaringan menerusi Fabregas apabila bekas pemain Arsenal itu tidak bermasalah memanfaatkan hantaran pemain pertahanan kiri, Jordi Alba pada minit ke-33.

Bintang Selangor, Mohd. Amri Yahyah menceriakan peminat-peminat Harimau Malaya apabila menjaringkan gol penyamaan, sekali gus menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-40.

Begitupun, kegembiraan skuad negara tidak bertahan lama apabila Barcelona sekali lagi berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan Neymar pada minit ke-42 dan keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, skuad The Catalan terus mengasak benteng pertahanan skuad negara dan hasilnya mereka berjaya meledak gol ketiga menerusi Pique pada minit ke-75.

Skuad negara yang terdesak untuk mengurangkan defisit jaringan, gagal menjelmakan gol kedua apabila keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas menentang Barcelona, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal bakal bertemu China untuk aksi pemanas badan pada 10 September depan.

Peminat kesal penganjur tukar venue perlawanan

Posted:

Peminat kesal penganjur tukar venue perlawanan

Peminat kesal penganjur tukar venue perlawanan

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


TIGA penyokong Barcelona melihat pengumuman penganjur mengenai perlawanan menerusi sehelai kertas yang ditampal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


TINDAKAN penganjur menukarkan lokasi perlawanan antara Harimau Malaya dan Barcelona malam tadi mengundang kemarahan peminat sukan bola sepak di negara ini.

Keputusan untuk menggunakan Stadium Shah Alam berbanding lokasi asal iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil hanya dibuat lewat malam kelmarin, sekali gus mengakibatkan maklumat itu tidak sampai kepada para peminat.

Tinjauan Kosmo! Ahad di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapati masih terdapat ratusan penyokong yang berpusu-pusu memasuki pekarangan stadium secara berperingkat seawal pukul 9 pagi kerana tidak mengetahui perkara tersebut.

Kekecewaan jelas dilihat pada raut wajah masing-masing sejurus melihat beberapa keping kertas di pintu masuk stadium yang tertera mesej memberitahu penukaran venue perlawanan antara pasukan Harimau Malaya dan Barcelona.

Bukan itu sahaja, wakil penganjur perlawanan itu iaitu BSC Soccer (M) Sdn. Bhd. juga tidak kelihatan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menerangkan kepada orang ramai tentang perkara tersebut.

Rata-rata peminat berpendapat, perkara itu tidak seharusnya berlaku terutamanya pada hari perlawanan dijadualkan berlangsung.

Ahmad Afendy Mansor, 25, berkata, dia dan rakan-rakannya dari Batang Kali, Selangor hanya mengetahui perkara tersebut sejurus sampai ke stadium pada pukul 2 petang.

"Memang benar kita hidup pada zaman teknologi canggih, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur kena juga fikir ada kalanya tidak semua maklumat akan sampai kepada orang ramai dalam tempoh yang singkat," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Mohd. Dzulfitri Mohd. Azmi, 22, pula berpendapat, pihak penganjur patut mengemukakan permintaan maaf secara terbuka kepada orang ramai kerana telah menyusahkan mereka ekoran keputusan tersebut.

Dalam pada itu, seorang peniaga, Mohd. Azhar Musa, 37, berkata, dia menanggung kerugian kira-kira RM3,000 ekoran penukaran lokasi perlawanan tersebut.

Sementara itu, Perbadanan Nasional Malaysia mengesahkan semalam bahawa kualiti padang Stadium Nasional, Bukit Jalil telah mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Teknikal Penganjur.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Ahmad Halmi Harun berkata, padang tersebut telah dibaiki sejak dua bulan lalu selepas mendapat teguran jawatankuasa tersebut.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut telah menegur keadaan padang yang pada ketika itu tidak sekata dan tindakan telah diambil bagi meratakan permukaan padang tersebut.

"Seminggu sebelum perlawanan ini berlangsung, jawatankuasa tersebut juga telah mengesahkan padang itu boleh digunakan.

"Oleh itu, kami agak sedih apabila secara tiba-tiba Barcelona membuat keputusan yang sebaliknya," katanya.

Jelasnya, sebelum ini, Barcelona ada mengadakan latihan di Stadium Shah Alam dan mungkin selepas itu mereka membuat perbandingan keadaan padang di kedua-dua stadium tersebut.

Kemahiran individu meningkat

Posted:

Kemahiran individu meningkat

Kemahiran individu meningkat

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


HANAFIAH (kiri) melakukan rejaman ketika menentang Singapura pada Kejohanan Sepak Takraw Empat Negara 2013 baru-baru ini.


KETUA jurulatih skuad Elit A negara, Jamaluddin Hassan mengakui, kesemua 13 pemain yang beraksi pada saingan Liga Sepak Takraw Thailand semakin menunjukkan perkembangan yang positif terutamanya dari aspek kemahiran individu.

Bagaimanapun, Jamaluddin tidak menafikan bahawa keserasian antara mereka sudah terjejas sejak menyertai kejohanan itu pada 27 April lalu.

"Mereka tidak hanya dapat meraih pengalaman apabila berdepan dengan pemain-pemain dari kelab Thailand tetapi mereka juga dapat memperbaiki prestasi terutamanya kemahiran individu.

"Namun, saya tidak dapat menyatukan mereka ketika tiada perlawanan berlangsung kerana mereka menyertai kelab-kelab yang berbeza seperti Kalasin, Nakhon Pathom dan Chonburi.

"Tempat latihan juga agak jauh dan memang sukar untuk memanggil mereka menjalani latihan bersama-sama sebab itu dari segi keserasian nampak semakin longgar," kata Jamaluddin.

Begitupun, ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil masa yang lama untuk mencari semula kombinasi anak-anak buahnya itu, Jamaluddin percaya pemain-pemain itu tidak akan menghadapi masalah.

"Saya juga tidak perlu mengambil masa yang lama. Sekejap sahaja untuk mencari kombinasi yang sesuai.

"Cuma apa yang saya tidak sabar untuk lihat ialah tahap kecergasan mereka pada 20 dan 21 Ogos ini.

"Mereka sudah berlatih bersama kelab-kelab Thailand dan selepas mereka pulang nanti persiapan akan lebih terarah untuk menghadapi Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di India, Thailand dan Sabah sebelum ke Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan ," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail mengesahkan bahawa regu untuk ke Myanmar perlu dibentuk pada penghujung Ogos ini.

"Saya telah memberitahu kepada semua jurulatih supaya regu ini perlu dibentuk selewat-lewatnya pada akhir bulan Ogos," ujar Ahmad baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS buka kembali 18 pejabat kedutaan di Asia Barat, Afrika

Posted:

AS buka kembali 18 pejabat kedutaan di Asia Barat, Afrika

AS buka kembali 18 pejabat kedutaan di Asia Barat, Afrika


BEBERAPA orang pegawai keselamatan berkawal di pintu masuk pejabat konsulat Amerika Syarikat di Lahore, Pakistan kelmarin.


WASHINGTON - Sebanyak 18 daripada 19 pejabat konsulat dan kedutaan Amerika Syarikat (AS) kembali dibuka hari ini selepas ditutup berikutan wujudnya ancaman serangan daripada kumpulan pengganas Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) sejak 4 Ogos lalu.

"Pejabat kedutaan di Sanaa, Yemen bagaimanapun akan terus ditutup kerana ancaman serangan pengganas masih wujud," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki.

AS juga akan terus menutup pejabat konsulatnya di Lahore, Pakistan atas alasan sama.

AS sebelum ini telah menutup kira-kira 20 pejabat konsulat dan kedutaannya di Asia Barat serta Afrika selepas pasukan perisikan mereka berjaya memperoleh maklumat mengenai ancaman serangan pengganas.

Kesemua pejabat konsulat dan kedutaan itu ditutup sehingga semalam.

Pejabat konsulat dan kedutaan yang dibuka semula itu terletak di Jordan, Mesir, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman, Libya, Madagascar, Burundi, Djibouti, Sudan, Rwanda, Mauritius selain tiga di Arab Saudi dan dua di Emeriah Arab Bersatu (UAE).

AS juga mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya mengelak daripada melawat Pakistan. Beberapa orang diplomat AS turut dikeluarkan dari Yemen.

Jabatan Negara AS tidak menyatakan bila pejabat konsulat dan kedutaan di Sanaa dan Lahore akan dibuka semula. - Reuters

20 korban serangan udara rejim Bashar di Syria

Posted:

20 korban serangan udara rejim Bashar di Syria

20 korban serangan udara rejim Bashar di Syria


FOTO agensi berita Syria, SANA menunjukkan beberapa buah kereta kebal diletakkan di tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah Latakia untuk memburu kumpulan penentang rejim Bashar.


BEIRUT - Serangan udara oleh tentera Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di wilayah barat laut Latakia, Syria, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia negara itu semalam.

"Angka kematian dalam beberapa serangan udara di bandar Salma dalam daerah Jabal Akrad telah meningkat kira-kira 20 orang," kata pengarah kumpulan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman kepada agensi berita AFP.

Rami berkata, 10 mangsa yang maut dipercayai orang awam dan kebanyakan mayat gagal dikenal pasti.

Tambahnya, sekurang-kurangnya enam yang terbunuh merupakan pejuang penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad manakala empat lagi sukarelawan asing.

"Jumlah kematian dijangka meningkat kerana terdapat ramai mangsa cedera parah," kata Rami.

Wilayah Latakia merupakan kubu kuat minoriti penganut muslim berfahaman Syiah Alawi.

Bashar merupakan penganut Islam fahaman Syiah Alawi.

Dalam tempoh beberapa hari, kumpulan penentang telah menawan sejumlah kampung di Jabal Akrad, sebuah daerah berbukit di utara Latakia.

Menurut kumpulan pemerhati, tentera rejim Bashar menyerang kembali wilayah itu hingga mencetuskan pertempuran sengit dan mengakibatkan berpuluh-puluh maut di kedua-dua pihak. - AFP

Lima maut gunung berapi meletus di Indonesia

Posted:

Lima maut gunung berapi meletus di Indonesia

Lima maut gunung berapi meletus di Indonesia


GUNUNG Rokatenda yang meletuskan asap dan debu panas setakat ini telah meragut lima nyawa di Nusa Tenggara semalam.


JAKARTA - Sebuah gunung berapi yang meletuskan debu panas dan batu di wilayah timur Indonesia semalam membunuh lima orang mangsa.

Gunung berapi Rokatenda yang terletak di wilayah Nusa Tenggara di Pulau Palue itu turut menyemburkan asap dan debu setinggi 2,000 meter ke udara.

Letusan dikatakan bermula pada pukul 4.27 pagi (waktu tempatan) dan berlanjutan selama hampir empat jam.

Agensi Mitigasi Kebangsaan Indonesia memberitahu, gunung berapi tersebut mengalirkan laharnya ke kawasan pantai berhampiran dan membunuh lima orang termasuk dua kanak-kanak.

Hampir 3,000 penduduk telah dipindahkan dari Pulau Palue yang dihuni oleh kira-kira 7,000 orang.

Gunung Rokatenda diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sejak Oktober tahun lalu. Pihak berkuasa juga menghalang orang ramai daripada melakukan sebarang aktiviti dalam jarak tiga kilometer dari gunung tersebut.

"Kami telah menemui mayat mangsa dewasa dan masih mencari mayat dua kanak-kanak malang itu.

"Operasi mencari mangsa sukar kerana kawasan terlibat sangat panas," jelas agensi itu.

Ketua pusat vulkanologi, Surono menyatakan pihaknya tidak tahu apa yang dilakukan oleh mangsa di lokasi kejadian. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved