Jumaat, 7 Jun 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mayat ditemui bawah konkrit

Posted:

Mayat ditemui bawah konkrit

Mayat ditemui bawah konkrit

Oleh NOORHASLIZA NUSI
liza.nusi@kosmo.com.my

KEADAAN kereta Perodua Kelisa milik mangsa ketika berjaya dikesan pasukan penyelamat.


BAYAN LEPAS - Polis semalam berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah kereta yang dihempap timbunan konkrit dalam kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung malam kelmarin.

Mayat mangsa, Tajuddin Zainal Abidin, 45, ditemui pasukan penyelamat dalam kereta yang dihempap batang besi dan konkrit kira-kira pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, mayat mangsa yang tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas hanya dapat dikeluarkan pada pukul 8.40 malam iaitu selepas 25 jam operasi menyelamat dilakukan.

Tajuddin ditemui dalam keadaan telangkup pada papan pemuka (dashboard) kereta jenis Perodua Kelisa setelah kerja-kerja menyelamat dilakukan sejak malam kelmarin.

Kereta mangsa remuk akibat dihempap beberapa batang besi dan konkrit seberat kira-kira lebih 200 tan manakala tubuh mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat terkena runtuhan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana timbunan konkrit tersebut agak besar dan berat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pendaki Everest Felda dapat insentif

Posted:

Pendaki Everest Felda dapat insentif

Pendaki Everest Felda dapat insentif


NAJIB (berdiri empat dari kiri) bergambar bersama tujuh pendaki Everest Felda 2013 pada majlis penyerahan insentif di Putrajaya semalam. Turut hadir, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (berdiri tiga dari kanan).


PUTRAJAYA - Tujuh pendaki yang berjaya menawan puncak Everest di bawah Projek Everest Felda 2013 pada Mei lepas, masing-masing menerima insentif RM50,000 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Selain itu, beberapa pendaki dan anggota sokongan projek berkenaan masing-masing turut menerima insentif RM10,000 sumbangan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) pada majlis penghargaan khas yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri di sini.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, kejayaan anak-anak muda itu adalah cerminan manifestasi kepada usaha transformasi yang sedang diperjuangkan negara.

Beliau berkata, jika generasi pertama Felda berjuang dan menempah kejayaan dengan menebas hutan rimba, kini generasi kedua mencatat kejayaan yang berlainan apabila mereka melihat bahawa sempadan pemikiran dan dimensi ruang lingkup mereka tidak terbatas kepada sempadan kawasan Felda semata-mata, malah merentasi sempadan negara, menjangkau ke puncak tertinggi dunia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Culik, tiga dipenjara seumur hidup

Posted:

Culik, tiga dipenjara seumur hidup

Culik, tiga dipenjara seumur hidup


DARI kiri, Rudhra, Ramesh dan Roshan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang semalam untuk didakwa menculik seorang CEO pada 23 Mac 2011.


SHAH ALAM - Bekas pramugara syarikat penerbangan tempatan dan dua warga Nepal dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas disabitkan bersalah menculik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat keselamatan dengan meminta tebusan berupa 10 kilogram (kg) emas bernilai RM1.44 juta, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas pramugara, C. Rudhra dan dua rakannya, R. Roshan dan T. Ramesh selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Mereka bertiga juga memohon maaf kepada mangsa culik dan keluarga mangsa.

Abdul Alim ketika memutuskan hukuman itu berkata, hukuman yang dijatuhi ke atas tertuduh dikenakan sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang.

"Mahkamah turut berpuas hati tiada kecederaan dialami mangsa, malah wang tebusan yang diminta kesemua tertuduh berjaya dijumpai dan dikembalikan semula kepada keluarga mangsa," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM jamin bayar insentif kepada PBNJ

Posted:

FAM jamin bayar insentif kepada PBNJ

FAM jamin bayar insentif kepada PBNJ

oleh shahril nizam abdullah
shahril.abdullah@kosmo.com.my

TENGKU ABDULLAH (tengah) meluangkan masa beramah mesra bersama pemain hoki muda negara selepas merasmikan Kejohanan Hoki Piala Guruhara di Kelab Aman Kuala Lumpur petang semalam.


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi jaminan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menerima bayaran insentif RM15,000 satu perlawanan sebagai hak tuan rumah dalam siaran langsung Liga Malaysia (Liga M).

Begitupun baginda menegaskan, FAM perlu meneliti terlebih dahulu kontrak perjanjian yang telah dipersetujui dengan Astro berhubung perkara tersebut.

Sebagai tuan rumah, jelas baginda, PBNJ dan persatuan bola sepak negeri lain berhak menerima insentif berkenaan sekiranya ia termaktub di dalam kontrak perjanjian.

"Saya sebenarnya tidak tahu maklumat terperinci tentang kontrak tersebut dengan Astro, tetapi FAM akan melihat semula kontrak berkenaan.

"Kalau dalam kontrak berkenaan mengesahkan bahawa tuan rumah memang betul akan mendapat hak seperti yang dijanjikan itu, maka kita akan bagi kepada semua persatuan negeri, termasuk PBNJ.

"Kita perlu menghormati dengan apa yang telah dijanjikan seperti dalam kontrak dan FAM akan menjawab tuduhan atau isu yang dibangkitkan oleh Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) ini," ujar Tengku Abdullah.

Tengku Abdullah ditemui selepas merasmikan Kejohanan Hoki Piala Guruhara di Kelab Aman, Kuala Lumpur petang semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Tunku Ismail meluahkan rasa dukacita dan hairan baginda apabila PBNJ masih belum menerima sebarang bayaran yang dijanji selaku tuan rumah perlawanan yang mempunyai hak penyiaran.

Sebelum ini, FAM mengumumkan insentif itu menerusi Mesyuarat Exco FAM yang mana dana bernilai RM15,000 itu akan diagihkan kepada pasukan tuan rumah.

Bayaran RM5,000 pula akan diserahkan kepada pasukan pelawat selepas FAM bersetuju untuk memberikan dana kepada pasukan Liga M yang menjadi tuan rumah untuk liputan siaran langsung dalam mesyuarat itu, April lalu.

Sementara itu, mengenai kritikan yang dibuat oleh Tunku Ismail meskipun baginda digantung enam bulan sebagai presiden PBNJ di bawah Artikel 88 Status FAM, Tengku Abdullah menjelaskan, ia adalah hak baginda sebagai orang luar untuk memberi kritikan.

"Itu adalah hak dia untuk beri komen sebagai kapasiti TMJ, FAM tiada masalah. Kami terbuka dengan sebarang kritikan atau cadangan daripada orang luar.

"Kalau kenyataan tersebut ada kebaikan, FAM perlu ambil iktibar kerana mungkin kenyataannya itu boleh membawa kebaikan.

"Tetapi kalau faktanya salah, ia perlu diperbetulkan," jelas baginda lagi.

Harimau Malaya tewas di Australia

Posted:

Harimau Malaya tewas di Australia

Harimau Malaya tewas di Australia


PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diasak pemain Canberra FC pada perlawanan persahabatan di Stadium Deakin, Canberra, Australia semalam.


SKUAD Harimau Malaya bermula langkah sumbang untuk aksi perlawanan persahabatan pertama selepas tewas tipis 2-3 kepada kelab Australia, Canberra FC di Stadium Deakin semalam.

Beraksi di babak pertama perlawanan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain Alex Oloriegbe pada minit ke-28.

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal kembali mengatur serangan namun pasukan berstatus kelab divisyen dua Australia itu sekali lagi menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad bola sepak negara dengan meledak gol kedua menerusi Ryan Keir pada minit ke-34.

Bersambung separuh masa kedua, percaturan Rajagobal bertindak mengeluarkan 10 pemain yang beraksi di babak pertama perlawanan dan mengekalkan Mohd. Aidil Zafuan Adha Abd. Radzak, memasukkan Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Safee Sali memberikan impak kepada corak permainan Harimau Malaya.

Pemain tengah Selangor PKNS, Nazmi bijak memberikan hantaran kepada bintang Johor Darul Takzim (Johor DT), Safee yang tidak bermasalah untuk meledak gol pertama buat skuad negara pada minit ke-61.

Safee terus mempamerkan sentuhan cemerlang apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-83.

Ketika permainan dilihat berakhir keputusan seri, Harimau Malaya dikejutkan apabila pasukan tuan rumah memperoleh kelebihan selepas mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan.

Philippe Bernabo memastikan kemenangan mutlak pasukan tuan rumah dengan meledak gol kemenangan, sekali gus impian skuad negara untuk melakarkan sekurang-kurangnya keputusan seri tidak kesampaian.

Harimau Malaya akan meneruskan siri perlawanan persahabatan menentang Sydney Olimpic pada Selasa ini.

Perlawanan terakhir skuad negara bertemu Sydney United, dua hari selepas perlawanan tersebut untuk siri persahabatan dirancang oleh Rajagobal.

Stadium Nasional ditutup 6 bulan

Posted:

Stadium Nasional ditutup 6 bulan

Stadium Nasional ditutup 6 bulan


KHAIRY (tengah) ditemani pegawai Perbadanan Stadium Malaysia memeriksa rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Malaysia akan menutup Stadium Nasional Bukit Jalil di sini selama enam bulan mulai Oktober depan untuk kerja-kerja baik pulih padang stadium itu, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, beliau telah melihat keadaan padang di Stadium Nasional dan didapati ia perlu ditukar dengan rumput baharu.

"Keadaan rumput padang di stadium ini sudah tidak mencapai standard antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Nasional dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di sini semalam.

Beliau memberitahu, usaha baik pulih perlu dibuat kerana ia merupakan stadium utama bukannya 'stadium kedua atau ketiga'.

Beliau menarik perhatian bahawa pemain-pemain bola sepak kelab antarabangsa yang pernah beraksi di stadium itu ada memberi komen mengenai keadaan padang.

Khairy berkata, beliau turut meminta Perbadanan Stadium Malaysia mengurangkan aktiviti bukan berkaitan sukan di Stadium Nasional dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Datuk Jamil Salleh berkata, tender untuk kerja membaik pulih itu akan dikeluarkan pada penghujung Ogos atau awal September depan dan anggaran kos bergantung kepada jenis rumput dan kerja yang perlu dilakukan.

"Kita tidak akan menukar rumput padang stadium dengan rumput sintetik," jelasnya sambil memberitahu tempoh enam bulan untuk kerja baik pulih padang mencukupi.

Menurutnya, semua aktiviti sukan termasuk perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia masih boleh dilangsungkan di situ sehingga hujung September.

Untuk rekod, pada April 2005, Perbadanan Stadium Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Perbadanan Stadium Merdeka melaksanakan kerja menukar rumput di Stadium Nasional buat kali pertama sejak dibuka untuk Sukan Komanwel 1998.

Langkah menggantikan rumput jenis Bermuda di padang itu kepada jenis Marimo Paspalum menelan kos RM1.2 juta dan siap sepenuhnya pada Oktober 2005.

Padang stadium berkenaan sekali lagi ditutup bagi semua aktiviti sukan pada November 2006, untuk dibaik pulih sebelum dijadikan venue Kejohanan Bola Sepak Piala Asia pada Julai 2007. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kepentingan kain kendong bayi

Posted:

Kepentingan kain kendong bayi

Kepentingan kain kendong bayi

PENGGUNAAN Hippychick seperti tali pinggang dapat mengurangkan tekanan pada belakang dan tulang si ibu apabila menggendong bayi.


SELEPAS mengandung selama sembilan bulan, melahirkan dan menyusukan bayi, aktiviti mendukung bayi menawarkan hubungan paling hampir antara seorang ibu dengan anaknya.

Bapa juga dapat merasai ikatan serta-merta dengan anak melalui cara tersebut. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dirasai andai mereka menolak bayi menggunakan kereta sorong.

Bayi kurang menangis, lebih tenang dan bahagia apabila berada di dalam kain kendong atau pembawa kerana bayi merasakan diri mereka lebih disayangi dan selamat.

Suhu badan, bau yang dikenali dan corak pernafasan ibu bapa mereka mewujudkan suasana ketenangan serta kebahagiaan.

Pengurus Negara (Malaysia), B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn. Bhd., Jonathan Horsley memberitahu, mendukung bayi dapat memberikan signal bahawa mereka disayangi, selamat dan dijaga.

"Manfaat mendukung bayi dilaporkan dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics mendedahkan bahawa bayi yang didukung kurang menangis. Ia merupakan satu trend yang harus diraikan," katanya.

Dengan peningkatan trend mendukung bayi, pelbagai jenis kain kendong dan pembawa bayi ditawarkan di pasaran.

Faktor keselamatan, sokongan yang baik terhadap tulang belakang bayi dan mengelakkan displasia (ketaknormalan perkembangan) pinggul merupakan elemen penting yang harus dititikberatkan ibu bapa dalam memilih pembawa yang sesuai kerana tidak semua pembawa dicipta serupa.

Dr. Moira Robertson, seorang doktor kiropraktik memberitahu, sokongan yang sihat diperlukan dalam pembawa dan kain kendong bayi ekoran perkembangan tulang belakang yang seiring dengan pembesaran bayi.

"Ibu bapa harus mengelakkan diri daripada membeli pembawa kelangkang yang menyebabkan kaki dan pinggul anak-anak mereka terjuntai ke bawah atau lurus kerana ia menghalang pinggul berada dalam soketnya.

"Pembawa yang baik harus mempunyai tapak yang luas agar pinggul bayi berada dalam soket dengan betul," ujar Moira ketika sesi penerangan bertajuk 'Kepentingan Memilih Pembawa Bayi Yang Betul' di Kuala Lumpur baru-baru ini.

HARITH ISKANDER dan isteri selesa membawa permata hati mereka menggunakan Ergobaby.


Menyokong tulang belakang

Tambahnya, ibu bapa disyorkan memilih pembawa bayi yang menyokong perkembangan tulang belakang bayi iaitu mengekalkan lengkungan 'C' apabila bayi berbaring dan mengagih berat badan di keseluruhan bahagian tempat duduk bermula dari lutut apabila badan menegak.

Sebuah pembawa bayi harus menyokong tulang belakang ibu bapanya juga, dengan mengagihkan berat daripada pinggul dan bahu seiring dengan pembesaran bayi mereka.

Varian penggendong Bloom & Grow terdiri daripada theBabaSling, Ergobaby dan Hippychick memenuhi kriteria penjagaan tulang belakang yang sihat.

TheBabaSling menampilkan revolusi dalam rekaan, keselesaan dan kesederhanaan dengan rekaan rajut buai (hammock) bagi menyokong pembentukan tulang belakang bayi yang baru lahir.

Hippychick pula seperti tali pinggang sokongan belakang, dengan bahagian berpad diperkenalkan untuk membenarkan golongan dewasa membawa anak mereka secara semula jadi di bahagian pinggul mereka tanpa rasa sakit di belakang.

Penggendong Ergobaby pula mampu menyokong perkembangan tulang belakang bayi dan pada masa sama mengagihkan berat bayi ke pinggul dan bahu ibu bapa mereka sekali gus mengurangkan tekanan di belakang dan tulang.

Pelancaran Kempen Kesedaran Mendukung Bayi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan yang tampil berkongsi pengalaman peribadi masing-masing.

Lina Teoh, penyampai televisyen dan bekas Ratu Cantik Malaysia yang baru melahirkan seorang bayi lelaki, mendapati theBabasling bersesuaian dengan bayinya.

"Dengan gaya hidup aktif, saya sentiasa keluar melakukan pelbagai perkara pada satu masa dan memerlukan tangan saya bebas. Saya juga perlu mengetahui anak saya, Dylan, sentiasa selamat ketika dalam penggendong," katanya.

Dalam pada itu, pelawak popular, Harith Iskander dan isterinya, Dr. Jezamine, masing-masing mempunyai sebuah Ergobaby untuk dipakai bersama anak mereka, Zander Xayne Iskander.

Ashley Ho, ibu sepenuh masa dan Kaunselor Penyusuan Badan Bertauliah, mendapati Hippychick merupakan kelegaan yang besar semasa cuti sekolah dan ketika membeli-belah kerana anaknya, Kaylene yang berusia dua tahun setengah boleh berada dalam keadaan selesa di tempat duduk pinggul apabila dirinya ingin didukung.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan mendukung bayi menggunakan theBabasling, Ergobaby dan Hippychick, layari laman web www.bloomandgrowasia.com atau laman Facebook www.facebook.com/bloomandgrowasia. - NURUL IZZA ROSLY

Senaman air Aquazumba

Posted:

Senaman air Aquazumba

Senaman air Aquazumba


AQUAZUMBA sesuai bagi mereka yang menginginkan bentuk badan yang menarik.


KAUM wanita memang mengidamkan bentuk badan menarik. Pelbagai kaedah pasti dicuba bagi memastikan impian itu menjadi kenyataan.

Apa kata, anda mencuba teknik senaman dalam air yang dikenali sebagai Aquazumba yang ditawarkan oleh Celebrity Fitness Malaysia (Celebrity Fitness).

Senaman tersebut bukan sahaja menyeronokkan malah ia mampu membakar sehingga 400 kalori dalam tempoh masa 45 minit. Senaman itu juga menggunakan gerakan tarian sambil mengikut rentak muzik Latin.

Anda tidak perlu bimbang kerana tenaga pengajar pengalaman, Maria Teresa Stone akan membimbing aktiviti senaman tersebut.

Kelas latihan Aquazumba itu merupakan yang pertama di Asia dan diperkenalkan oleh Celebrity Fitness bagi meningkatkan kecergasan badan dan kesihatan peserta.

Latihan tersebut adalah selamat dan lebih mencabar kerana peluh lebih banyak dikeluarkan ketika melakukan senaman di dalam air. Ia baik untuk jantung dan pembentukan semula struktur badan.

Maria berkata, individu yang bersemangat amat sesuai menyertai Aquazumba. Walaupun nampak mudah, aktiviti yang dilakukan menggunakan banyak gerakan otot badan termasuk lengan dan kaki.

"Pergerakan akan menjadi perlahan disebabkan rintangan air namun senaman yang dibuat tetap berkesan. Ia juga sesuai untuk mereka yang menghidap sakit tulang belakang.

"Saya rasa gembira kerana Celebrity Fitness mengambil langkah pertama memperkenalkan teknik senaman ini di Malaysia. Ia pasti memberikan pengalaman berbeza," katanya sebelum memulakan aktiviti tersebut di kolam renang Celebrity Fitness, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ahli-ahli Celebrity Fitness turut berpeluang menyertai Aquazumba secara percuma di cawangannya yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Celebrity Fitness di talian 1300-222-348 atau layari laman web www.celebrityfitness.com.

– NADIA SHAIFUL BAHARI

Produk terbaharu Munchy's

Posted:

Produk terbaharu Munchy's

Produk terbaharu Munchy's


PRODUK terbaharu Munchy's ini mempunyai khasiat oat dan bijirin yang baik untuk kesihatan jantung.


ANDA seorang yang mengejar masa dan mengamalkan gaya hidup aktif tetapi masih mementingkan kesihatan?

Kini anda boleh meneruskan rutin harian yang sibuk tanpa mengenepikan keperluan menyediakan makanan berkhasiat untuk tubuh.

Oat Krunch Chia Speed daripada Munchy's merupakan pilihan terbaharu dalam rangkaiannya yang sesuai untuk kesihatan jantung. Ia didatangkan dengan khasiat oat dan bijirin yang mudah disediakan dan boleh dinikmati ketika bekerja.

Pakar pemakanan menggelarkan bijirin Chia sebagai superfood kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Ia mengandungi tahap asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang tinggi, kaya protein, serat, kalsium, antioksidan, vitamin dan mineral.

Biskut tersebut juga boleh dimakan dengan pelbagai cara mengikut kegemaran masing-masing. Selain boleh dimakan begitu sahaja, anda boleh menghancurkan biskut ke dalam minuman susu kocak kesukaan atau di atas salad bagi menyediakan sajian sihat.

Oat Krunch Chia Speed kini boleh didapati di semua gedung runcit utama. Bagi pek 416 gram (g) dijual pada harga RM8.50 di Semenanjung Malaysia dan RM8.90 di Sabah serta Sarawak. Bagi pek kongsi 156 g pula berharga RM4 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.40 (Sabah dan Sarawak).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.munchys.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat warga Malaysia ditahan di Singapura kerana seludup rokok

Posted:

Empat warga Malaysia ditahan di Singapura kerana seludup rokok

Empat warga Malaysia ditahan di Singapura kerana seludup rokok

07/06/2013 10:22pm

SINGAPURA - Kastam Singapura merampas 12,276 karton rokok seludup dengan nilai keseluruhan termasuk cukai lebih dolar Singapura 2.2 juta (RM4.5juta) serta menahan enam orang termasuk empat warga Malaysia.

Kastam Singapura dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata rampasan itu adalah yang ketiga terbesar bagi mereka tahun ini.

Rampasan itu adalah hasil kerjasama Kastam Singapura dan pihak imigresen republik tersebut yang memeriksa dua kontena di Stesen Pengimbasan Tanjong Pagar pada 21 Mei lalu.

Pihak kastam yang memantau pergerakan kontena itu ke kawasan penyimpanan barang terbuka di Jalan Ahmad Ibrahim kemudian mendapati kontena terbabit mengandungi rokok seludup, bukan 'lateks' seperti yang diisytiharkan.

Kastam Singapura turut memberkas enam individu yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan itu. Kesemua mereka iaitu dua rakyat tempatan dan empat warga Malaysia kini menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah negara itu. - Bernama

Pegawai polis dipercayai terlibat dalam kematian N.Dharmenderan diburu

Posted:

Pegawai polis dipercayai terlibat dalam kematian N.Dharmenderan diburu

Pegawai polis dipercayai terlibat dalam kematian N.Dharmenderan diburu

07/06/2013 8:59pm

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes N. Dharmenderan yang ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lepas.

"Kita akan kesan suspek, kerana suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki. InsyaAllah tidak lama lagi kita dapat (tahan) suspek," katanya.

Sebelum ini, tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dharmenderan, 32, di lokap tersebut. - Bernama

Remaja parah dibelasah lima lelaki di kedai makan

Posted:

Remaja parah dibelasah lima lelaki di kedai makan

Remaja parah dibelasah lima lelaki di kedai makan

07/06/2013 7:36pm

KUANTAN - Seorang remaja lelaki parah dibelasah lima lelaki di sebuah kedai makan di Teluk Chempedak, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kejadian berlaku kira-kira 2 pagi selepas mangsa berumur 18 tahun itu dan abangnya berumur 22 tahun dan seorang rakan perempuan selesai makan.

Ketika itu abang mangsa pergi ke tandas manakala rakan perempuan itu mengambil barang di kereta, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dipercayai sasaran kumpulan lelaki itu adalah abang mangsa dan remaja itu disangka sasaran kerana mempunyai fesyen rambut yang sama dengan abangnya, katanya dan menurutnya bagaimanapun motif kejadian sedang disiasat, "Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan...kelima-lima suspek berhenti membelasah mangsa selepas menyedari mangsa bukan sasaran mereka," katanya.

Mohd Jasmani berkata, polis sedang mengesan lima suspek terbabit. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua askar PBB cedera di Bukit Golan

Posted:

Dua askar PBB cedera di Bukit Golan

Dua askar PBB cedera di Bukit Golan

ASAP kelihatan dalam pertempuran yang berlaku melibatkan kumpulan penentang Syria dengan tentera Bashar di Bukit Golan, Syria semalam.


NEW YORK - Dua anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalami kecederaan dalam pertempuran semalam di zon gencatan senjata di Bukit Golan di antara Israel dan Syria semalam.

"Dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat kesan serangan senjata api di kawasan itu," kata jurucakap pengaman PBB, Kieran Dwyer.

Pentadbiran Filipina pada awalnya menyatakan bahawa salah seorang anggota tenteranya dalam Pasukan Pemantau Gencatan Senjata PBB di Bukit Golan cedera dalam pertempuran.

Dwyer enggan menyatakan sama ada serangan itu dikaitkan dengan operasi Syria merebut kembali kawasan di Bukit Golan daripada pasukan penentang.

Dia juga tidak mendedahkan kerakyatan anggota yang cedera itu.

Menurut wartawan agensi berita AFP, para penentang Syria itu hanya merampas kawasan di sepanjang zon gencatan senjata di Bukit Golan.

Bagaimanapun, tentera Presiden Bashar Al-Assad kemudian merampas kembali wilayah itu.

Dalam pada itu, satu kenyataan tentera Filipina berkata, seorang anggota pengaman PBB Filipina cedera akibat terkena serpihan peluru semasa pertempuran melibatkan askar-askar rejim Bashar dengan kumpulan penentang.

"Ketika ini, dia dirawat oleh pegawai-pegawai perubatan di kawasan perlindungan dan berada dalam keadaan stabil serta baik," menurut satu kenyataan tentera. - AFP

Anak Jackson cuba bunuh diri

Posted:

Anak Jackson cuba bunuh diri

Anak Jackson cuba bunuh diri


GAMBAR fail menunjukkan Paris (tengah), Prince Michael II (kiri) dan Prince Jackson I di Los Angeles pada 27 Januari 2012.


LOS ANGELES - Paris Jackson yang merupakan anak perempuan penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson, (gambar kecil) dikejarkan ke sebuah hospital di sini selepas dia cuba membunuh diri, kata ibunya, Debbie Rowe kelmarin.

Rowe semasa memberitahu program televisyen Entertainment Tonight berkata, Paris mengalami banyak tekanan sejak akhir-akhir ini.

Peguam Rowe, Perry Sanders Jr. kemudian memberitahu, keadaan Paris kini stabil selepas dia dibawa ke hospital.

Portal hiburan TMZ.com melaporkan, anak kedua Jackson bersama Rowe itu dipercayai cuba mengelar pergelangan tangan kanannya menggunakan pisau pemotong daging. Dia juga telah menulis nota bunuh diri.

Menurut portal itu, Paris dibawa ke hospital dari rumahnya di Calabasas, California dengan sebuah ambulans pada Rabu lalu sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, sumber keluarga Paris mendakwa remaja berusia 15 tahun itu mungkin marah ekoran dia tidak dibenarkan pergi menyaksikan konsert penyanyi rock lelaki, Marilyn Manson di sini semalam.

Manson terkenal dengan imej pelik serta popular menerusi lagu-lagu seperti Sweet Dreams dan Mobscene.

Satu lagi sumber memberitahu akhbar New York Daily News, Paris tertekan kerana dia terlibat memberi keterangan dalam kes mahkamah berhubung kematian ayahnya.

Dia dilaporkan pernah menghantar mesej ke laman Twitter pada Selasa lalu yang menyentuh tentang kesedihannya.

"Menjadi sensitif pada usia 15 tahun merupakan suatu yang amat sukar untuk ditempuhi. Ia lebih sukar apabila anda kehilangan individu yang paling rapat," kata neneknya, Katherine dalam satu kenyataan.

Jackson meninggal dunia ketika dia berusia 50 tahun akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah sewanya di sini pada Jun 2009.

Dia yang berkahwin dengan Rowe pada tahun 1996 hingga 1999 turut mempunyai seorang anak lelaki, Prince Michael Jackson I berusia 16 tahun.

Jackson juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Prince Michael Jackson II berusia 11 tahun yang dipercayai dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

Hak penjagaan ketiga-tiga anaknya kini diserahkan kepada Katherine dan sepupu penyanyi itu, TJ. - Agensi

Erdogan enggan bertolak ansur dengan penunjuk perasaan Turki

Posted:

Erdogan enggan bertolak ansur dengan penunjuk perasaan Turki

Erdogan enggan bertolak ansur dengan penunjuk perasaan Turki


SEKUMPULAN penunjuk perasaan melakukan senaman yoga di Taman Gezi di Dataran Taksim, Istanbul semalam.


ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyatakan rancangan pembangunan semula Taman Gezi di Dataran Takzim di sini akan diteruskan.

Beliau membuat kenyataan itu walaupun para penunjuk perasaan msih berhimpun di Taman Gezi sebagai usaha untuk menentang rancangan tersebut.

Menurutnya, projek itu ditentang oleh pihak pembangkang kerana rancangan tersebut datangnya daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Erdogan yang bercakap kepada pemberita di Tunis, Tunisia semasa melakukan lawatan ke negara itu berkata, terdapat beberapa kumpulan pengganas yang memanipulasi tunjuk perasaan tersebut yang pada mulanya bermula sebagai kempen alam sekitar tetapi bertukar menjadi perhimpunan antipemerintahannya.

Tunjuk perasaan di Turki yang bermula dengan rancangan pemerintah untuk menebang 600 pokok di Taman Gezi di Dataran Taksim di sini untuk mendirikan sebuah pusat beli-belah dan pusat kebudayaan masih berlanjutan sejak Jumaat lalu.

Bilangan penunjuk perasaan semakin ramai apabila mereka bukan sahaja menentang rancangan untuk menebang pokok itu tetapi juga menyatakan perasaan marah terhadap Erdogan yang dianggap bersikap angkuh.

Tunjuk perasaan anti-Erdogan itu kemudian merebak ke beberapa buah bandar lain seperti di Ankara dan Izmir.

Menurut beberapa kumpulan hak asasi manusia dan perkhidmatan perubatan, pertempuran yang melibatkan para penunjuk perasaan dengan polis itu telah menyebabkan dua orang terbunuh dan lebih 4,000 orang cedera.

Tumpuan para penunjuk perasaan itu ialah Dataran Taksim dan Taman Gezi di tengah Istanbul yang kini didiami oleh sejumlah penunjuk perasaan.

Pada hari pertama tunjuk perasaan tersebut yang berlaku pada minggu lalu, Erdogan menggelarkan para penunjuk perasaan itu dalam bahasa Turki sebagai capulcu yang bermakna perompak dan penjarah.

Para penunjuk perasaan kemudian mengambil kesempatan dengan mengubah perkataan capulcu itu dengan menggantikannya sebagai capulling yang membawa maksud penentangan. Mereka nekad terhadap serangan gas pemedih mata dan menjerit slogan anti-Erdogan.

Perkataan itu kemudian digunakan oleh para pengguna rangkaian sosial.

Para pengguna Facebook mengemas kini status mereka dengan menggunakan perkataan itu.

Tunjuk perasaan anti-Erdogan yang paling besar itu turut disertai oleh para pekerja yang memakai sut, wanita memakai tudung kepala dan para peminat bola sepak.

Semua lapisan masyarakat itu bersatu bagi menentang Erdogan yang dianggap mengamalkan gaya pentadbiran autokratik.

Erdogan sebelum ini merupakan Perdana Menteri Turki yang paling popular dalam kalangan penduduk dalam tempoh beberapa dekad lalu.

Namun, kini sebahagian penyokongnya turut menyertai tunjuk perasaan itu.

"Terdapat pegawai-pegawai dan anggota di dalam partinya yang tidak gembira dengan perkembagan terbaharu itu," kata satu sumber yang rapat dengan parti AKP pimpinan Erdogan.

Parti itu memperoleh kuasa menerusi tiga pilihan raya sejak tahun 2002.

"Ia merupakan situasi yang tidak pernah berlaku ke atas Erdogan. Beberapa orang di dalam AKP berpendapat, dasar-dasarnya perlu dilembutkan," tambah sumber tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc sebelum ini meminta maaf kepada para penunjuk perasaan yang cedera selepas anggota-anggota polis bertindak keras terhadap mereka dengan melepaskan gas pemedih mata.

"Erdogan mengendalikan semua perkara dengan caranya sendiri. Beliau mewujudkan gaya pemerintahan autoritarian," kata seorang wartawan yang mengikuti rapat kerjaya Perdana Menteri itu, Cengiz Candar.

Seorang anggota pertubuhan Antikapitalis Muslim, Fatma Dogan yang ditubuhkan pada tahun 2001 menyatakan, pihaknya akan terus berada di Dataran Taksim untuk melindungi Taman Gezi.

Menurutnya, beliau dan para penyokongnya menentang pemerintahan autoritarian dan keganasan polis.

Taman Gezi tersebut kini dipenuhi dengan khemah-khemah para penunjuk perasaan yang menentang rancangan pembangunan semula itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Keenakan cita rasa chef tempatan

Posted:

Keenakan cita rasa chef tempatan

Keenakan cita rasa chef tempatan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

APABILA disebut kentang, sudah pasti ramai membayangkan keenakan kentang goreng yang sinonim dengan restoran-restoran makanan segera di seluruh negara.

Bagi mereka yang rajin ke dapur pula, kentang merupakan salah satu bahan wajib yang perlu ada untuk dimasak mengikut kesesuaian menu. Di kampung, tanaman daripada keluarga Solanaceae itu biasanya dijadikan bahan tambahan untuk gulai lemak cili padi, masak kari dan sup.

Hakikatnya, kentang kaya dengan sumber nutrisi karbohidrat yang boleh dinikmati seisi keluarga. Menyedari populariti kentang di Malaysia, Lembaga Kentang Amerika Syarikat (USPB) tampil memperkenalkan produk mereka melalui penciptaan resipi enak berasaskan kentang.

Kualiti kentang AS

Pengurus Pemasaran Antarabangsa USPB, Susan Weller berkata, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian sajian makanan yang terhasil daripada masyarakat berbilang kaum yang mendiami negara ini.

Justeru, penganjuran Festival Kulinari Kentang Amerika Syarikat (AS) Kuala Lumpur 2013 merupakan langkah terbaik mempromosikan ketinggian kualiti kentang AS.

"Suhu penanaman yang sesuai, tanah yang subur, teknik pemprosesan terkini dan kepakaran turun-temurun membantu menjadikan kentang sejuk beku AS yang terbaik di dunia.

"Kentang AS mempunyai kandungan pejal tinggi dan gula yang rendah sekali gus menghasilkan sajian berkualiti dengan rupa, rasa dan tekstur yang dikehendaki.

"Malah, piawaian ketat industri AS daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) dan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menjamin keselamatan dan ketinggian kualiti produk kentang sejuk beku ini," ujar Weller sewaktu pelancaran Festival Kulinari Kentang AS Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sempena festival berkenaan, sebanyak 13 restoran di Malaysia mengambil bahagian dengan menyediakan lebih daripada 38 sajian istimewa berasaskan kentang AS untuk para pelanggan yang berkunjung ke premis mereka.


KELIHATAN seperti burger tetapi tidak. Hidangan ini adalah lapisan beberapa keping kentang yang disajikan bersama sos istimewa.


Secara keseluruhan, seramai 16 chef terkemuka menunjukkan kepakaran masing-masing untuk mencipta pelbagai resipi kreatif dengan menggunakan produk kentang AS sebagai bahan utama dalam hidangan mereka.

Ia meliputi sajian utama, pembuka selera, pencuci mulut, snek ringan dan sebagainya. Festival itu berlangsung sejak 1 Jun lalu hingga 30 Jun ini.

Menurut Ketua Jawatankuasa Antarabangsa Program Sejuk Beku USPB, Marty Myers, festival tersebut bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menikmati kentang sejuk beku AS dalam pelbagai menu yang inovatif.

"Apabila kita menyebut tentang produk sejuk beku, gambaran pertama yang terlintas dalam fikiran mungkin kentang jalur shoestring, kentang pintal curly atau kentang wedges yang sering dihidangkan bersama makanan Barat seperti stik dan burger.

"Sebenarnya, terdapat banyak lagi pilihan produk kentang sejuk beku AS yang boleh dicuba sekali gus memberikan variasi menu untuk semua," ujar Myers sambil memberitahu Malaysia merupakan salah satu negara utama dalam pasaran kentang AS di Asia Tenggara.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University Illinois, mereka mendapati sayuran sejuk beku mempunyai nilai pemakanan yang setanding sayuran segar. Ini kerana sayuran sejuk beku dipetik pada masa kematangan yang tepat dan nilai pemakanan mencapai tahap paling tinggi. Pemprosesan serta-merta ini 'mengunci' nutrien dan vitamin di dalamnya.

Antara menu kreatif yang dihasilkan ialah coklat jejari kentang dan popia kentang istimewa oleh Bara One Bistro.

Tidak ketinggalan salmon salai Zushi yang dibalut kulit kentang dari Jogoya serta kentang bakar dengan kek makanan laut, tongkat ali dan tuna kerabu oleh Warisan Cafe. Sementara itu, Badboy Cooks pula menampilkan sajian nasi herba Cajun di atas kulit kentang dan kentang boat gumbo oleh Secret of Louisiana.

CHEF Mohd. Faisal (kiri) bersama hidangan kentang ciptaannya.


Chef Restoran Halia, Mohd. Faisal Ismail memberitahu, pihaknya mengambil masa dua hari untuk mencipta tiga resipi iaitu kentang basket weaves bersama ayam dan tomato, kentang crinkle disalut telur masin dan burger kentang mini.

"Ia merupakan idea bersama chef-chef Restoran Halia di Pusat Konvensyen Sime Darby ini. Ketiga-tiga resipi ini setiap satunya menggabungkan cita rasa Cina, Barat dan Timur.

"Saya gembira kerana mendapat peluang terlibat dalam festival antarabangsa ini. Kepelbagaian kentang sejuk beku AS membolehkan kami menghasilkan menu menarik untuk disajikan pada pelanggan," kata Mohd. Faisal kepada Kosmo!.

Sementara itu, Chef Elvin Goh dari Secret of Louisiana turut memuji ketinggian kualiti produk kentang AS.

Dia yang pernah menetap di Louisiana, AS selama lebih dua dekad mengakui banyak resipi berkhasiat boleh dicipta berasaskan kentang.

"Kombinasi kentang dan makanan laut juga menarik untuk disediakan. Justeru, saya memilih kupang biru sebagai salah satu bahan utama untuk dimasak bersama kentang AS.

"Saya harap masyarakat terutama penggemar kentang tidak akan ketinggalan untuk merasai kemeriahan festival ini dengan mengunjungi premis-premis yang terlibat," tuturnya.

Bulan Pengguna Kebangsaan gegar Batu Burok

Posted:

Bulan Pengguna Kebangsaan gegar Batu Burok

Bulan Pengguna Kebangsaan gegar Batu Burok

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR dan NOR SYARIZA MUHD. TAHIR


PERTANDINGAN mewarna yang diadakan menarik minat ratusan kanak-kanak.


OMBAK di pesisir pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu tetap menghempas pantai seperti biasa. Sesekali angin menderu memberi ketenangan buat para pengunjungnya.

Bagaimanapun, pemandangan biasa buat orang ramai yang sering berkunjung ke situ baru-baru ini bertukar meriah apabila Batu Burok menjadi lokasi sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2013 (BPK 2013) minggu lalu.

Bermula dari 30 Mei sehingga 1 Jun lalu, karnival yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama akhbar Kosmo! sebagai media rasmi BPK 2013 berlangsung secara meriah.

Apatah lagi ia turut dijayakan dengan sokongan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan lain.

Dengan lebih daripada 90 gerai mengambil bahagian, BPK 2013 bukan sahaja menampilkan pameran berkaitan kepenggunaan, malah pelbagai aktiviti lain seperti permainan interaktif, jualan produk, gerai makanan, pertandingan memasak dan persembahan artis.

Pada hari pertama, pertandingan dekorasi sayuran serta buah-buahan segar telah berjaya menarik perhatian pengunjung. Demonstrasi menumbuk emping makanan tradisi menambahkan lagi kemeriahan program.

Gelagat para peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan yang bekerja keras menumbuk emping makanan berjaya memperlihatkan sifat kerjasama dalam diri mereka.

Diserbu pengunjung

Kehadiran pengunjung yang semakin bertali arus dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas daripada penyanyi terkenal Alyah, Leez AF4 serta Farawaheeda, selain dihiburkan oleh dua pelawak tanah air, Mat Over dan Imuda.

Hari BPK 2013 kemudiannya diserikan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pada pukul 11 pagi 30 Mei. Hasan turut meluangkan masa untuk melawat setiap gerai yang mengambil bahagian termasuklah gerai Kosmo!.

Yang pastinya, gerai Kosmo! turut diserbu oleh pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenang-kenangan di studio mini yang disediakan.

"Disebabkan saya ialah pembaca setia Kosmo!, saya berasa teruja untuk datang ke gerai ini. Saya merakamkan foto di sini bersama keluarga sebagai tanda kenangan," kata salah seorang pengunjung, Nor Laili Abdullah, 34.

Dikir barat kepenggunaan

Pada hari kedua, seawal pukul 8 pagi, pesisir pantai Batu Burok diwarnai dengan gelagat kaki-kaki pancing yang mencuba nasib dalam pertandingan memancing pantai.


DENDANGAN lagu-lagu nasyid oleh kumpulan Rabbani ternyata menghiburkan pengunjung.


Bagi para pengunjung yang meminati elemen kebudayaan dan warisan pula, mereka dihiburkan dengan pertandingan dikir barat yang mengangkat tema kepenggunaan.

Elemen adat warisan negeri itu kemudiannya diteruskan lagi dengan pertandingan wau bulan tradisional yang berjaya mendapat lebih daripada 100 penyertaan.

Bagi salah seorang peserta pertandingan wau naik, Ahmad Khairi Ali, 23, meskipun masih muda, namun minatnya yang mendalam dalam seni permainan wau bulan membuatkan dia sering memasuki pertandingan seumpama itu.

"Generasi muda perlu menyambung tradisi bermain wau bulan ini kerana dikhuatiri ia akan hilang ditelan zaman jika tidak dipelihara," katanya.

Pada sebelah malam pula, ada ceramah kepenggunaan Islam yang disampaikan oleh penceramah bebas terkenal, Kazim Elias yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim. Ceramah itu berjaya menarik minat pengunjung untuk memenuhi pekarangan pentas utama.

Ceramah yang bertajuk 'Pengguna Cermat, Hidup Berkat' itu turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian nasyid oleh kumpulan Rabbani.

Pada hari terakhir BPK 2013, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti bola sepak pantai serta sesi gotong-royong bersama artis-artis terkenal, cabutan bertuah, kuiz pengguna dan acara lelong barangan peribadi artis.

Kesemua aktiviti tersebut diserikan dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Syed Aiman, Black, Danny X-Factor, Ridzuan Hashim, Dynaz, Wan Sharmila, Almy Nadia, Azrul dan Jihan Raja Lawak.

Penyelaras BPK 2013, Zalinah Mohd. Yusof ketika ditemui berkata, penganjuran BPK 2013 berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan masyarakat yang memahami hak mereka sebagai pengguna.

Pilihan bijak tentukan kebahagiaan

Posted:

Pilihan bijak tentukan kebahagiaan

Pilihan bijak tentukan kebahagiaan

APABILA sudah membuat pilihan, berdoalah dan tawakal segalanya kepada Yang Maha Esa. - Gambar hiasan


'SESUATU yang tak disangka sering kali mendatangi kita.' Petikan lirik lagu Suratan atau Kebetulan nyanyian Kenny Remy Martin masih segar menjadi halwa telinga.

Ia bukan sahaja sedap didengar, bahkan mempunyai maksud dan moral yang tersendiri.

Mudahnya, hidup kita ini bererti pilihan. Mahu atau tidak, kita perlu memilih. Seawal pagi, kita perlu memilih untuk terus melayan mimpi atau segera bangun mengerjakan solat Subuh.

Bersarapan pula kita perlu memilih menu yang menyelerakan. Ketika bekerja pula, kita perlu pilih untuk melakukan dengan semangat dan ceria ataupun sekadar bekerja biasa-biasa sahaja. Lewat malam menjelma, kita perlu pilih untuk merehatkan badan atau terus benarkan badan bekerja.

Hidup satu pilihan

Sebenarnya, kita semua sentiasa berdepan dengan pilihan dan kita memang kita perlu sentiasa memilih. Ada ketikanya senang dan mudah, namun ada masanya agak sukar malah meletakkan kita dalam situasi 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'.

Membuat pilihan melakukan rutin seharian mungkin tidak sesukar membuat pilihan dan keputusan perkara besar seperti perkahwinan, pekerjaan atau perceraian.

Lantas, bagaimana untuk memastikan pilihan yang bakal dibuat adalah keputusan yang bijak, tepat dan mampu memberikan kebahagiaan hidup kepada anda pada kemudian hari?

Pinggirkan emosi

Apabila membuat keputusan, pastikan anda berada dalam keadaan yang tenang dan berfikiran waras. Pinggirkan emosi serta rasa hati sebaliknya bersikap tabah, tenang dan yakin dengan kemampuan diri untuk menangani permasalahan yang dihadapi.

Firman Allah SWT dalam ayat 286 surah al-Baqarah bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Jika Allah yakin dengan kemampuan kita menangani ujian dan dugaan yang diberikan-Nya, kenapa kita tidak percayakan kemampuan diri kita sendiri?

Mungkin ada yang mengeluh: "Aku ini tidak putus-putus dengan ujian. Penat sungguh!"

Tolonglah, jangan mengeluh! Keluhan tanda gagal reda dengan takdir-Nya. Ujian bukan tanda derita, sebaliknya tanda kasih sayang-Nya kepada kita.

Ujian juga sebagai cara untuk tambah mematangkan kita dalam mendepani hidup seharian. Sesungguhnya, hanya permata bisa memotong permata. Pilihan anda adalah untuk bersinar bak permata atau hanya kilauan kaca.


TINDAKAN kurang bijak dan terburu-buru boleh mengakibatkan sesuatu perhubungan itu mengalami masalah. - Gambar hiasan


Kebajikan masa depan

Apabila wujud ketenangan, senaraikan keperluan anda dan kaitkan dengan pilihan yang perlu dilakukan.

Tunggu! Jangan hanya fikirkan keperluan dan kebajikan anda pada masa kini, sebaliknya pertimbangkan juga kebajikan dan kebaikan untuk hidup pada masa depan.

Betul! Hari esok belum pasti, hari ini adalah realiti namun, realiti hari ini adalah asas untuk hidup realiti keesokan harinya.

Biarpun belum pasti, anda perlu berusahakan agar hari esok berada dalam keadaan yang baik.

Sebagai contoh, ada isteri yang mengambil keputusan untuk kekal dalam perkahwinan walaupun si suami bersikap keras, memukul isteri atau anak-anak dengan alasan tidak mahu anak-anak membesar tanpa ayah.

Hakikatnya, anak-anak ini akan menjalani hidup yang lebih baik tanpa si ayah yang sedemikian.

Kajian menunjukkan kebanyakan kes memukul isteri malah mendera anak, lelaki yang terlibat mempunyai sejarah hidup yang sama, dipukul atau membesar dalam keadaan tekanan akibat menyaksikan kejadian sama.

Berdoa

Paling utama, jangan membuat pilihan serta keputusan hanya menggunakan akal dan fikiran anda sendiri.

Sebaiknya berbincang dengan orang terdekat seperti ahli keluarga atau rakan baik kerana ketika tertekan kita selalunya berfikran kurang rasional.

Kemudian pada akhirnya jangan lupa untuk mendapatkan keredaan Ilahi.

Bergantung dan berharaplah kepada-Nya. Berdoa mohon yang terbaik daripada-Nya. Hanya Dia yang tahu perkara terbaik untuk anda.

Lakukan istikharah? Boleh, lakukanlah tapi ada syaratnya. Lakukan istikharah dengan penuh khusyuk dan berserah kepada-Nya, bukan dalam keadaan anda telah punya pilihan atau keputusan.

Jika anda telah punya keputusan atau ada satu pilihan yang lebih diberikan keutamaan, percayalah istikharah anda sukar mencapai keputusan yang tepat.

"Saya pernah melakukan istikharah dalam keadaan yang benar-benar berharap kepada-Nya. Saya mengambil keputusan berdasarkan istikharah, namun akhirnya saya tetap tidak bahagia. Bagaimana keadaan tersebut boleh berlaku?"

Demikian antara soalan yang pernah diberikan beberapa klien kepada saya. Saya mengakui hakikat tersebut. Kita perlu ingat, keputusan yang diterima ketika istikharah adalah keputusan yang terbaik untuk kita ketika itu.

Ia mungkin lebih baik pada kemudian hari tanpa kita ketahui kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Enggan tua sebelum usia

Posted:

Enggan tua sebelum usia

Enggan tua sebelum usia

PERNAH suatu ketika pada hujung tahun lalu, sekeping gambar yang memaparkan pelakon muda Erin Malek memakai baju tidur telah mencetuskan kontroversi. Foto aksi berahinya itu telah dimuat naik di laman Twitternya.

Gambar yang dimuat naik dengan niat ditujukan buat para peminatnya itu dikecam dan Erin dikatakan cuba mencari publisiti murahan.

Bagaimanapun, Erin atau nama sebenarnya Nur Erina Abdul Malek, 19, tampil memberikan penjelasan. Ujarnya, gambar tersebut dirakam ketika dia sedang menunggu untuk menjalani penggambaran salah satu babak filem Lari arahan Ahmad Idham.

Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam, 6 Jun. Justeru, pasti ramai yang menantikan kemunculan filem tersebut lantaran ia mencetuskan kontroversi lebih awal.

Erin melahirkan rasa lega apabila filem itu yang selama ini dinanti-nantikan untuk tayangan umum akan menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya tahun lalu.

"Bagi setiap perkara yang tidak disukai orang atau sekiranya Erin buat salah, tolonglah tegur dengan cara baik, bukannya komen dan mengutuk saya secara biadab.

"Kenapa perlu cakap saya tidak sopan dan tidak pandai menjaga tingkah laku? Lebih baik cakap perkara bagus-bagus kerana kata-kata itu satu doa.

"Saya masih muda dan mungkin kurang matang tapi saya akan cuba berhati-hati dalam setiap perbuatan selepas ini," ujarnya yang ditemui ketika tayangan perdana Lari di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi filem itu, Erin melakonkan watak Ina iaitu adik perempuan kepada seorang bekas tentera bernama Khaliff (lakonan Aaron Aziz).

Konflik melanda apabila Erin dilarikan ke Thailand oleh satu sindiket untuk dijadikan pelacur manakala bapanya pula dibunuh.


PEMILIK seraut wajah comel ini bersifat terbuka tentang hubungan cinta yang kini dijalinkan bersama pemuda bernama Walid Wahid.


Imej negatif

Dalam pada itu, Erin turut mengulas dakwaan dia tidak menghormati tatacara berpakaian memandangkan dua orang adik-beradiknya tampil dengan tuntutan berhijab.

"Saya sudah agak, imej saya akan menjadi isu sejak awal lagi. Saya mempunyai dua orang adik yang kedua-duanya memakai tudung.

"Orang akan pandang saya negatif apabila saya keluar dengan mereka berdua. Tapi saya cuba sedaya upaya untuk mengenakan pakaian yang sopan apabila keluar bersama.

"Mereka tidak pernah mengeluh atau bising kerana imej saya. Kalau di rumah, saya akan mengikut cara mereka cuma kadangkala saya tidak faham mengapa orang tetap melihat diri saya yang negatif.

"Umpamanya mereka kata saya seorang gadis yang teruk sangat. Walau apapun, saya gembira dengan kehidupan saya sekarang, insya-Allah saya berharap agar saya terbuka hati untuk memakai tudung," getus Erin.

Erin juga tidak terlepas daripada isu bertindik lidah dan tatu palsu sebelum ini selain beberapa foto beraksi manja bersama teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Walid Wahid.

Memberikan reaksi terhadap keterbukaannya dalam isu perhubungan dengan lelaki tersebut, ujar Erin, dia masih tahu menjaga batasan agama dan tatasusila masyarakat Timur.

"Kami sudah tiga tahun bersama. Saya tidak hipokrit dan ramai yang sudah tahu akan hubungan kami.

"Mama saya tiada masalah sejak saya menjalinkan hubungan dengan dia asalkan tidak melakukan perkara yang orang sekeliling tidak suka atau memalukan Mama.

"Pada mulanya, Walid tidak faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon malah dia juga tidak tahu siapa saya ketika awal perkenalan. Tapi sekarang, dia sudah boleh menerima tugas saya sebagai anak seni," kata Erin yang turut menjayakan drama bersiri Misiku Kuza yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

Dalam usia 19 tahun, adakalanya Erin seolah-olah berada di persimpangan - antara meniti usia dewasa dan meninggalkan zaman remaja yang dicintainya.

Bagi Erin, dia berpegang pada prinsip enggan menjadi tua sebelum usia. Maka disebabkan itu juga, dia terpaksa menolak beberapa tawaran untuk melakonkan watak wanita dewasa.

FILEM Lari membuka peluang buat Erin untuk bergandingan dengan Dira (kiri) dan Aaron.


Prinsip dan watak

"Ramai yang masih keliru dengan pendirian saya, malah tidak percaya untuk menawarkan saya watak utama. Saya tidak suka dilabelkan sebagai pelakon kanak-kanak lagi. Walaupun badan saya kecil, orang sangka saya tidak boleh melakonkan watak remaja.

"Saya tidak kisah dilabelkan budak-budak sekolah tapi saya tidak mahukan itu saja kerana saya juga mahukan watak remaja.

"Tapi janganlah tawarkan saya watak tua sebelum sampai waktu yang sesuai. Nanti apabila saya sudah tua, saya perlu pegang watak yang bagaimana pula?" jelasnya.

Ditanya mengenai perancangannya dalam mengisi ilmu di dada selain bidang seni, jawab Erin, dia masih menunggu masa yang sesuai untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengarahan filem.

"Sepatutnya saya sambung belajar tapi sekiranya mahu belajar saya perlu berhenti berlakon seketika. Pernah juga saya terfikir awal tahun ini mahu sambung belajar tapi apabila dapat tawaran berlakon, saya letak ke tepi dulu hasrat saya.

"Buat masa sekarang belum ada matlamat untuk sebetul-betulnya mahu belajar semula, selalunya saya suka merancang saat-saat akhir.

"Mama pun tak bagi saya membuat dua kerja dalam satu-satu masa," kongsi Erin.

Mon Ryanti tak boikot MIG

Posted:

Mon Ryanti tak boikot MIG

Mon Ryanti tak boikot MIG

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


MON RYANTI menafikan sudah mempunyai teman lelaki istimewa.


SEBELUM ini pelakon Aeril Zafrel pernah mencetuskan kemarahan produser terkenal, David Teo, apabila mengambil keputusan untuk keluar daripada syarikat gergasi Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. (MIG) beberapa bulan lalu.

Kebimbangan yang sama turut diluahkan pelakon muda, Mon Ryanti yang telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak bersama syarikat itu setahun lebih awal daripada yang dijanjikan.

Bagaimanapun, tegas Mon, tiada sebarang pergeseran timbul susulan daripada tindakannya berundur pada awal Januari lalu.

Hubungannya dengan David Teo juga masih jernih dan dia masih diberikan peluang untuk membintangi filem-filem Metrowealth selepas ini.

Kosmo! yang bertemu dengan pemilik nama sebenar Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee itu ketika majlis tayangan perdana filem Bro, Nampak Motor Gua? di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini mendapatkan komen lanjut berhubung tindakan nekadnya.

Kosmo!: Benarkah Mon kini sudah bergerak solo?

MON RYANTI: Ya, saya sudah hampir lima bulan keluar daripada MIG dan syukur Alhamdulillah rezeki masih belum putus. Ramai yang masih belum tahu akan status terkini saya dan teragak-agak untuk berbincang sebarang tawaran dengan saya.

Mon keluar MIG kerana merajuk atau kenapa?

Saya sudah bersama MIG selama empat tahun dan saya nekad membuat keputusan untuk keluar sebelum kontrak saya tamat setahun lagi. Saya keluar kerana mahu mencuba pelbagai peluang lain di dunia luar. Memang mula-mula agak kekok sedikit kerana menguruskan kerjaya sendiri tapi sekarang saya sudah stabil. Jadual pun sudah penuh sampai selepas Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanakah hubungan Mon dengan David dan apakah reaksinya apabila anda mengambil keputusan untuk keluar MIG?

Ramai yang keluar sebelum ini kerana ada isu atau bergaduh tapi saya Alhamdulillah masih berhubung baik dengan David. Kami tiada masalah dan saya tidak boikot MIG. Katanya, kalau saya tiada tawaran berlakon pintu MIG sentiasa terbuka buat saya. Saya berterima kasih kepada David kerana dia yang telah memperkenalkan saya dalam bidang lakonan.


FIGURA genit ini menegaskan hubungannya dengan David Teo selaku pemilik MIG, masih baik.


Mon yakin mampu menguruskan kerjaya sendiri?

Bergantung pada usaha dan berkat bantuan kawan-kawan, saya rasa tiada masalah. Selepas keluar MIG saya bukan main 'rembat' semua tawaran berlakon. Ada juga pilih-pilih watak walaupun saya belum hebat lagi berlakon. Saya pun kena jaga taraf.

Ada juga artis keluar MIG kerana bercinta, adakah ini tindakan awal anda untuk mengelakkan sebarang masalah apabila didapati menjalinkan hubungan dengan sesiapa selepas ini?

Kawan saya ramai (ketawa). Tidaklah. Memang benar saya ada dua orang kawan lelaki yang paling rapat tapi tidak serius lagi, baru dalam proses perkenalan. Seorang saya kenal sejak setahun lebih dan seorang lagi dari zaman sekolah.

Apakah perkembangan terkini Mon?

Saya sibuk mempromosikan filem Bro, Nampak Motor Gua? sekarang. Menerusi filem ini, saya menjayakan watak Azura, seorang peguam yang cuai. Selain itu, saya baru selesai mengacarakan sebuah program televisyen Selangkah Bersama untuk siaran RTM di TV1. Rancangan ini adalah sebuah travelog untuk meninjau kehidupan masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia.

Manifesto mahu bikin album

Posted:

Manifesto mahu bikin album

Manifesto mahu bikin album

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


MANIFESTO merupakan band pilihan untuk muncul juara setelah tiga kali memenangi saingan battle.


BAND Manifesto telah dinobatkan sebagai juara program Versus 2, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000.

Menerusi konsert Konfrontasi Terakhir yang berlangsung di Space U8, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu, Manifesto berhasil mengetepikan saingan sebuah lagi band pilihan iaitu Kyoto Protocol menerusi cabaran battle.

Tomok yang mewakili Manifesto berkata, mereka langsung tidak menyangka dengan kemenangan yang diraih memandangkan tekanan yang terpaksa dilalui pada konsert terakhir.

"Sejujurnya saya cukup berbangga dengan semua band yang bertanding kali ini kerana telah memberikan saingan yang cukup sengit serta membuat persembahan yang menghiburkan.

"Apabila diumumkan layak untuk bersaing dalam acara battle, ia sesuatu yang mengejutkan dan ketika diumumkan sebagai juara pula sudah tentu ia merupakan satu pengalaman yang paling indah," ujarnya pada satu sidang akhbar selepas konsert berakhir.

Sebelum layak ke saingan battle yang menemukan dua buah band untuk merebut gelaran juara, Manifesto dan Kyoto Protocol terlebih dahulu menyingkirkan tiga buah band lagi iaitu Oh Chentaku, Estranged dan Kristal.

Pada peringkat awal, Manifesto mempertaruhkan lagu Mash-Up yang merupakan gabungan dua buah lagu iaitu Biar Putih Tulang dan Bukan Cinta Biasa serta sebuah lagu baharu berjudul Manifesto.

Tidak kurang hebatnya buat Kyoto Protocol yang melangkah ke saingan battle apabila mempersembahkan lagu Mash-Up iaitu Tiada Lagi Kidungmu dan Rindu serta lagu berjudul Jelita.

Pada persaingan battle pula, kedua-dua band diberikan tugas mempersembahkan lagu yang dipopularkan oleh band XPDC. Manifesto telah memilih lagu Titian Perjalanan, manakala Kyoto Protocol pula tampil dengan lagu C.I.N.T.A.

Mengulas lebih lanjut mengenai kemenangan tersebut, Tomok menafikan sekeras-kerasnya bahawa kemenangan yang diraih itu disebabkan dirinya yang sebelum ini pernah menjuarai program realiti One In A Million (OIAM) musim ketiga.

Sebaliknya, penyanyi itu menegaskan kemenangan yang diraih merupakan sokongan padu yang diberikan oleh peminat kepada band Manifesto dan bukan kepada dirinya sahaja.

"Saya langsung tidak merasakan peminat yang mengundi semata-mata kerana saya, jadi ini bukanlah kemenangan secara individu kerana ini merupakan kejayaan bersama," ujarnya.


SELEPAS memenangi RM200,000 selaku juara Versus 2, Manifesto merancang untuk menghasilkan sebuah album baharu.


Berbanding dengan saingan lapan minggu sebelumnya, pemilihan pemenang untuk konsert terakhir ini dibuat berdasarkan 100 peratus undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.

Selain itu, saingan akhir juga menyaksikan Datuk Hattan telah dilantik sebagai juri, di samping dua orang juri tetap selama sembilan minggu iaitu Loque dan Jennifer Thompson.

Ketika ditanya mengenai hala tuju Manifesto selepas saingan Versus 2 berakhir, ujar Tomok, kumpulan itu sudah merancang untuk mengadakan sebuah showcase dan kenduri doa selamat atas kemenangan mereka itu.

"Kami juga sudah berbincang untuk menghasilkan sebuah album baharu tidak kira menang atau tewas. Jadi, sebahagian duit kemenangan itu nanti pastinya akan digunakan untuk penerbitan album tersebut nanti," tegasnya.

Tidak kecewa

Salah seorang wakil band Kyoto Protocol iaitu Fuad menjelaskan kegagalan untuk meraih gelaran juara setelah tumpas di tangan Manifesto langsung tidak mengecewakan mereka.

Ujarnya, mereka sudah membuat yang terbaik sepanjang sembilan minggu saingan Versus 2 berlangsung dan akur bahawa kemenangan lebih berpihak kepada Manifesto yang mendapat undian terbanyak

"Berpeluang dapat menyertai Versus 2 telah menjadi batu loncatan untuk menarik lebih ramai peminat memandangkan sebelum ini kami bergerak secara underground.

"Dengan peminat yang bertambah sekarang ini sudah tentu menjadikan Kyoto Protocol akan lebih dikenali ramai. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua yang mengundi dan menyokong kami," ujarnya.

Berkenaan dengan saingan battle yang berlangsung antara kedua-dua band, Fuad berpendapat bahawa Manifesto memang layak untuk dinobatkan sebagai juara berdasarkan persembahan yang mantap.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved