Khamis, 30 Mei 2013

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sepak mula 8.45 malam

Posted:

Sepak mula 8.45 malam

Sepak mula 8.45 malam

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

FUAD (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Ahmad Helmi Harun (tengah) dan ahli jawatankuasa FAM, Datuk S.Sivasundaram ketika memeriksa keadaan padang dan pencahayaan lampu limpah di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


PERLAWANAN semula separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil esok akan bermula pada pukul 8.45 malam.

Keputusan tersebut dibuat selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati lampu limpah di stadium berkenaan telah menepati piawaian yang ditetapkan untuk membolehkan perlawanan tersebut diadakan pada waktu malam.

Sebelum ini, FAM memutuskan perlawanan tersebut diadakan pada pukul 4.15 petang di stadium yang sama.

Perkara tersebut disahkan Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud selepas mengadakan pemeriksaan ke atas pencahayaan lampu di stadium tersebut malam tadi.

Fuad menjelaskan, FAM yakin perlawanan itu kelak akan berjalan dengan lancar dan pihak stadium juga memberi jaminan untuk memperbaiki beberapa kerosakan teknikal pada lampu di stadium berkenaan hari ini.

"Pencahayaan lampu di stadium berkenaan melebihi 1000 lux dan ini menepati piawaian untuk mengadakan perlawanan pada sebelah malam.

"Ada satu lampu yang rosak di bahagian penjuru sebelah kiri grandstand tetapi pihak stadium telah memberikan jaminan untuk memperbaikinya dengan kadar segera esok (hari ini).

"Mereka telah menjalani ujian terhadap lampu itu sejak pukul 12 tengah hari sehingga sekarang (pukul 9 malam) dan tiada berlaku sebarang kerosakan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah memutuskan untuk mengadakan perlawanan semula itu esok selepas aksi yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan Selasa ditunda ekoran limpahan penonton yang memasuki stadium dengan kapasiti 40,000 penonton itu.

Begitupun, FAM mengubah keputusan tersebut selepas Pahang dan Johor DT meluahkan hasrat untuk mengadakan perlawanan berkenaan pada sebelah malam.

Dalam perkembangan lain, Fuad turut mengesahkan bahawa tiket separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur tidak boleh ditebus dengan wang tunai.

"Ikut peraturan, kalau belum main dan ditangguhkan pada separuh masa ataupun sebelum 15 minit untuk separuh masa kedua, ia boleh tebus balik.

"Maksudnya, dia (penyokong) pegang keratan tiket itu dan boleh menggunakannya untuk menyaksikan perlawanan lain.

"Mungkin yang menjadi masalah itu adalah mereka bermain di sini (Stadium Bukit Jalil). Kalau di Kuantan, saya tidak fikir ia akan menjadi satu masalah.

"Tiket yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berharga RM12 dan di sini bernilai RM15. Tiket itu hanya ditebus dengan tiket baharu (bukan wang tunai)," katanya.

Isu agihan tiket dipertikaikan

Posted:

Isu agihan tiket dipertikaikan

Isu agihan tiket dipertikaikan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KECEWA...Kira-kira 100 penyokong Pahang menyerbu ke pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) di Kuantan semalam bagi menebus tiket dengan wang selepas perlawanan di Stadium Darul Makmur dibatalkan Selasa lalu.


DRAMA perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) yang ditangguhkan Selasa lalu, kini memasuki episod baharu.

Skrip baharu membabitkan isu pengagihan tiket apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengagihkan 60,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang akan bertindak selaku tuan rumah perlawanan semula itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

FAM menerusi Penolong Setiausaha Agungnya, Datuk Ahmad Fuad Daud mengesahkan bahawa pihaknya akan menyediakan 80,000 tiket untuk perlawanan semula itu dan baki 20,000 lagi akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketetapan yang telah dibuat oleh FAM itu mengakibatkan rasa tidak puas hati Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang telah memohon peruntukan 40,000 tiket untuk perlawanan semula itu esok.

Permintaan PBNJ itu tidak mendapat respons sewajarnya daripada FAM kerana mereka berpendapat, PBNP diberi keutamaan selaku tuan rumah aksi separuh akhir kedua ini.

PBNJ dalam kenyataannya semalam menjelaskan, perlawanan semula ini yang diadakan di stadium berkecuali seharusnya menjadi tanggungjawab penuh FAM.

FAM perlu berlaku adil kepada kedua-dua pasukan, tetapi sebaliknya berlaku apabila kelebihan (agihan tiket) diberikan kepada Pahang.

Begitupun, Naib Presiden PBNP, Datuk Akbar V. V Abu menegaskan bahawa PBNP telah diberi keutamaan penjualan tiket untuk perlawanan semula itu.

Menurutnya, FAM telah mengumumkan PBNP bakal memperoleh agihan tiket sebanyak 60,000 keping memandangkan Pahang diberikan hak selaku tuan rumah pada perlawanan tersebut.

FAM yang mengadakan mesyuarat pengelolaan perlawanan separuh akhir Piala FA di antara Pahang dengan Johor DT itu semalam, turut mengumumkan sebanyak 20,000 lagi tiket akan dijual di Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya pula memberitahu, pihaknya telah mengemukakan permohonan rasmi untuk diberi peruntukan sebanyak 40,000 tiket daripada tuan rumah perlawanan tersebut.

Begitupun, Akhbar mendedahkan PBNP tetap memberi keutamaan kepada penyokong-penyokong Tok Gajah terlebih dahulu.

"Selepas FAM memperuntukkan 80,000 tiket disediakan untuk perlawanan tersebut, kami telah diperuntukkan sebanyak 60,000 tiket.

"Saya difahamkan dalam mesyuarat FAM tadi (semalam), PBNJ ada memohon peruntukan tiket kepada mereka dan perkara ini akan kita putuskan kemudian dengan pihak PBNJ," katanya selepas sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Dalam perkembangan lain, Akhbar menegaskan beliau yakin peminat-peminat Pahang akan menjaga tingkah laku pada aksi menentang Harimau Selatan itu nanti.

"Saya yakin mereka akan menjaga tingkah laku kerana kita tidak pernah mencetuskan masalah di mana-mana tempat (stadium) yang kita pergi," katanya.

Aksi separuh akhir kedua Piala FA ini terpaksa diadakan semula selepas insiden limpahan penonton di Stadium Darul Makmur, Kuantan Selasa lalu.

Lebih 50,000 penonton membanjiri stadium berkenaan yang hanya mampu menampung 40,000 penonton sahaja.

Atas faktor keselamatan perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan dan diadakan semula di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Harimau Muda dirundung duka

Posted:

Harimau Muda dirundung duka

Harimau Muda dirundung duka

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

HASRAT Harimau Muda mengekalkan momentum kemenangan dilihat tidak kesampaian apabila tewas tipis 0-1 kepada kelab Republik Czech, Sparta Praha di Prague kelmarin.

Biarpun berjaya melakar kemenangan sulung 2-1 terhadap satu lagi kelab Republik Czech, Slavia Praha minggu lalu, skuad kendalian Ong Kim Swee akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Sparta yang turut diperkuatkan dengan pemain simpanan skuad utama kelab itu.

"Perlawanan seimbang apabila terdapat pergerakan positif serta mencipta peluang namun tanpa jaringan, ia akan menentukan antara kemenangan atau kekalahan.

"Tindakan penyudah yang dipersia-siakan menyebabkan kami tewas dengan gol tunggal pasukan lawan pada awal permainan.

"Tiada lagi jalan mudah selain memperbaiki segala kelemahan dengan usaha yang lebih gigih tanpa berputus asa," kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya semalam.

Untuk rekod, ia merupakan kekalahan ketujuh skuad muda negara sepanjang berguru di Eropah selepas mengharungi 10 aksi persahabatan di sana setakat ini.

Selain tumpas 0-3 dan 0-4 kepada dua kelab Hungary, Kaposvari FC dan FGSZ Siofok, mereka juga tewas sebanyak dua kali dalam dua pertemuan dengan kelab Slovakia, MSK Zilina (1-4 dan 2-3) serta dibelasah 1-7 oleh skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Georgia.

Selain itu, mereka juga tumpas 0-2 kepada kelab Divisyen Satu Slovakia, Nitra FC baru-baru ini.

Taring Harimau Muda juga tampak tumpul apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 dengan skuad B-19 Slovakia serta terikat tanpa jaringan ketika berdepan skuad B-19 Norway pada aksi persahabtan mereka sebelum ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis Johor siasat guru ucap kata-kata berbau hasutan

Posted:

Polis Johor siasat guru ucap kata-kata berbau hasutan

Polis Johor siasat guru ucap kata-kata berbau hasutan

30/05/2013 9:53pm

JOHOR BAHRU - Polis Johor sebentar tadi mengesahkan menerima satu laporan terhadap seorang guru yang mengucapkan kata-kata berbau hasutan ketika berada dalam bilik darjah tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Gelang Patah di sini.

Ujar kenyataan, satu perenggan itu, laporan berkenaan telah diterima pada pukul 10 pagi tadi.

Aduan berkenaan kini disiasat di bawah Akta Hasutan. - KOSMO!

Bekas ketua jurulatih olahraga digantung 10 tahun

Posted:

Bekas ketua jurulatih olahraga digantung 10 tahun

Bekas ketua jurulatih olahraga digantung 10 tahun

30/05/2013 9:37pm

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih olahraga, Harun Rasheed Othman dikenakan hukuman gantung selama 10 tahun oleh bermula 12 September 2011 selepas didakwa terlibat dengan kontroversi enam atlet tidak mengikuti ujian antidoping dua tahun lalu.

Lima atlet yang terlibat iaitu tiga daripada kuartet 4x100 meter wanita, Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Siti Zubaidah Adabi, Yee Yi Ling serta pelari pecut, Mohamad Noor Imran Hadi digantung dua tahun bermula 24 Mei tahun ini.

Begitupun, seorang lagi atlet kuartet 4x100 meter, Siti Fatimah Mohamad yang memberi kerjasama untuk mem bantu siasatan digantung selama 18 bulan bermula tarikh yang sama.

Menurut Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Zainal Abidin Ahmad, hukuman tersebut dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di atas rayuan Agensi Antidoping Dunia (WADA) pada 7 Mei tahun lalu.

"Permintaan rayuan ini telah dibenarkan oleh CAS, keputusan yang telah diambil oleh MNF pada 2 Februari 2012 telah diketepikan dan para atlet digantung bermula tarikh keputusan ini dikeluarkan.

"Selain itu, semua pertandingan yang diambil oleh atlet-atlet ini sejak 24 Mei 2011 tidak diiktiraf sehingga tarikh pergantungan berakhir termasuk juga kemenangan yang diraih," kata Zainal Abidin ketika mengadakan sidang akh bar di Bukit Jalil hari ini. - KOSMO!

PBNJ mahu FAM lebih adil, neutral mengenai keputusan perlawanan semula

Posted:

PBNJ mahu FAM lebih adil, neutral mengenai keputusan perlawanan semula

PBNJ mahu FAM lebih adil, neutral mengenai keputusan perlawanan semula

30/05/2013 9:34pm

JOHOR BHARU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya lebih adil dan neutral berhubung penetapan soal perlawanan semula separuh akhir kedua antara Johor Darul Takzim (DT) dengan Pahang yang akan dilangsungkan pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi PBNJ berkata, FAM sepatutnya menjadi organisasi pentadbir bolasepak Malaysia mesti telus dan adil.

"Tujuan bermain di gelanggang berkecuali adalah supaya berlaku adil kepada kedua-dua pasukan. Harus diingat bahawa Pahang dihukum kerana gagal mengambil langah-langkah keselamatan yang cukup dalam perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mei yang lalu.

"Kini mereka diberikan keistimewaan bermain dan bertindak selaku tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mampu menampung lebih 80,000 penyokong yang mana hasil jualan tiket akan dikaut oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang.

"Ini bukanlah satu denda, tetapi hadiah buat PBN Pahang. PBNJ telah memohon supaya perlawanan pada hari Sabtu ini diadakan dalam stadium tanpa penonton kerana mengutamakan keselamatan penyokong, memandangkan situasi masih lagi tegang daripada insiden Selasa lepas," kata kenyataan itu lagi. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Polis siasat ibu bayi jatuh dalam lubang tandas

Posted:

Polis siasat ibu bayi jatuh dalam lubang tandas

Polis siasat ibu bayi jatuh dalam lubang tandas

BEBERAPA anggota penyelamat dan doktor mengeluarkan bayi tersebut selepas dia terperangkap di dalam saluran paip kumbahan.- REUTERS


BEIJING - Seorang ibu berusia 22 tahun membuat pengakuan kepada polis bahawa bayinya terjatuh ke dalam paip saluran kumbahan tandas secara tidak sengaja selepas dia melahirkannya di dalam tandas di bandar Jinhua, wilayah Zhejiang, China.

Pendedahan itu dilaporkan media China selepas berita tentang bayi yang baru dilahirkan itu yang terperangkap di dalam saluran paip kumbahan mendapat liputan meluas di seluruh dunia semalam.

Menurut laporan akhbar Dushikuaibao, ibu bayi tersebut melahirkan anak itu di dalam tandas pada Sabtu lalu kerana dia tidak mempunyai wang untuk menggugurkannya.

Akhbar Zhezhong News melaporkan, ibu itu berkata, dia cuba untuk menarik bayinya itu selepas melahirkannya tetapi anaknya itu terjatuh ke dalam saluran paip kumbahan.

Ibu tersebut kemudian bertindak memberitahu tuan rumah bahawa terdapat bayi yang terperangkap di dalam saluran paip tersebut.

Bagaimanapun, ketika itu, dia tidak memberitahu kepada sesiapa bahawa bayi lelaki tersebut adalah anaknya.

Ibu bayi tersebut kemudian pergi bekerja selepas anaknya itu diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat.

Dia hanya membuat pengakuan bahawa bayi itu merupakan anaknya selepas dia disoal oleh polis selepas kejadian tersebut.

Polis menyoalnya selepas beberapa alat permainan bayi dan kertas tandas yang mempunyai tompokan darah ditemui di rumah sewanya.

Rumah sewanya itu terletak di dalam bangunan yang menempatkan tandas tersebut.

Menurut Zhezhong News, ibu bayi tersebut merupakan lulusan sekolah tinggi dan bekerja di sebuah restoran di bandar Jinhua.

Menurut ibu bayi itu, dia hamil selepas melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Lelaki tersebut kemudian enggan bertanggungjawab terhadap anaknya itu.

Ibu bayi itu juga tidak memberitahu kehamilannya kepada keluarganya.

Menurut laporan media tempatan, ibu bayi berkenaan mahu membesarkan anaknya itu tetapi dia tidak mengetahui cara untuk melakukannya.

Bayi itu yang seberat 2.8 kilogram terperangkap di dalam saluran paip kumbahan yang mempunyai diameter 10 sentimeter.

Anggota-anggota penyelamat menggunakan gergaji untuk memecahkan saluran paip berbentuk L itu bersama dengan beberapa doktor di sebuah hospital untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Nasib bayi itu kemudian mendapat perhatian beberapa orang yang bersimpati dengannya.

Sejumlah orang datang membawa lampin, pakaian bayi, susu tepung ke hospital selain terdapat pelawat yang mahu mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.

Polis berkata, kes tersebut disiasat sebagai percubaan membunuh.

Bagaimanapun, setakat ini, masih tidak diketahui sama ada ibu bayi berkenaan akan berdepan dengan sebarang dakwaan.

Polis tempatan enggan memberikan komen tetapi menyatakan kes tersebut masih dalam siasatan.

Bayi itu diberi nama No.59 berdasarkan nombor inkubatornya di hospital tersebut. - Agensi

Darah dalam bangkai gajah purba ditemui

Posted:

Darah dalam bangkai gajah purba ditemui

Darah dalam bangkai gajah purba ditemui


OTOT-OTOT yang terdapat pada bangkai gajah itu.- AFP


MOSCOW - Sekumpulan saintis Rusia semalam mendakwa menemui darah dalam bangkai seekor gajah mammoth sekali gus meningkatkan peluang untuk mereka mengklon haiwan prasejarah tersebut.

Satu ekspedisi yang diketuai beberapa saintis Rusia menemui bangkai gajah mammoth betina dalam keadaan terpelihara di sebuah pulau terpencil di Lautan Artik pada awal bulan ini.

Ketua ekspedisi tersebut, Semyon Grigoryev berkata, haiwan itu mati sekitar usia 60 tahun kira-kira 10,000 hingga 15,000 tahun dahulu.

Menurutnya, ia merupakan kali pertama bangkai gajah betina tua ditemui.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah bangkai tersebut masih terpelihara dan mempunyai darah serta tisu otot.

"Apabila kami memecahkan ais di bawah perutnya darah mengalir keluar dari organ tersebut. Darah itu berwarna gelap," kata Grigoryev yang merupakan saintis di Universiti Persekutuan Timur Laut di Yakutsk.

"Ia merupakan penemuan paling luar biasa dalam sepanjang hidup saya. Bagaimana darah itu boleh kekal dalam bentuk cecair, tisu tersebut juga merah seperti daging segar," tambahnya.

Penemuan tersebut, kata Grigoryev, memberikan harapan baharu kepada para penyelidik dalam usaha mereka menghidupkan semula haiwan berbulu itu.

"Penemuan itu memberikan peluang yang amat baik untuk menemui sel hidup yang boleh digunakan untuk mengklon gajah mammoth," katanya. - AFP

Lintah merah jambu terdapat di Australia

Posted:

Lintah merah jambu terdapat di Australia

Lintah merah jambu terdapat di Australia


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor lintah berwarna merah jambu di kawasan sekitar Gunung Kaputar, New South Wales, Australia.- AFP


SYDNEY - Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.

Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.

Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.

Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Ibu bapa perlu kuat demi anak

Posted:

Ibu bapa perlu kuat demi anak

Ibu bapa perlu kuat demi anak

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

IBU mana yang tidak sayu dan sedih apabila dikhabarkan buah hati pengarang jantungnya menghidap penyakit leukemia. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh Azlina Abdul Aziz, 38, ketika diberitahu doktor bahawa anak sulungnya, Nur Sarah Alia Afizi, sembilan, didiagnosis positif Leukemia Limfoblastik Akut (ALL).

ALL adalah sejenis leukemia atau kanser sel darah putih yang dicirikan oleh limfoblas berlebihan.

Malignan, sel-sel darah putih tidak matang terus berganda dan dihasilkan secara berlebihan di dalam sumsum tulang.

ALL menyebabkan kerosakan dan kematian akibat jumlahnya lebih banyak daripada sel-sel normal di dalam sumsum tulang dengan sebaran ke organ-organ lain.

"Segalanya bermula apabila anak saya demam berpanjangan lebih daripada seminggu. Suhu badannya tidak terlalu panas iaitu sekitar 37.5 darjah Celcius sahaja dan muncul kesan lebam-lebam di badannya.

"Apabila dibawa ke hospital untuk melakukan ujian darah pengesahan denggi, saya terkejut kerana hasil ujian tersebut negatif denggi tetapi positif leukemia," kata ibu kepada dua anak itu.

Kemoterapi

Sejak didiagnosis menghidap ALL pada 16 April lalu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sudah menjadi rumah kedua bagi dua beranak tersebut.

Sudah menjalani kemoterapi sebanyak empat kali, Azlina perlu kuat memberi semangat, sokongan dan sentiasa berada di samping anak perempuannya yang perlu menjalani rawatan selama dua tahun.

Rawatan selama dua tahun itu merangkumi rawatan intensif selama enam bulan dan rawatan tidak intensif dalam tempoh 18 bulan.

"Pada mulanya saya memang terkejut dan semestinya sedih, tetapi jururawat berpesan kepada saya supaya jangan sekali-kali menangis di depan anak.

"Kita perlu tabah depan anak kerana dia memerlukan kekuatan untuk melalui rawatan setiap hari," ujar Azlina sambil memberitahu, anaknya perlu menjalani pemindahan sumsum tulang selain perlu mengambil ubat setiap hari dengan belanja lebih RM7,000 sebulan.

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Nur Sarah Alia apabila mengetahui dirinya menghidap leukemia, Azlina memberitahu seorang doktor telah memberikan sebuah buku cerita mengenai kanser kepada anaknya itu.

Jadi, anak sulungnya itu tahu perubahan diri yang sedang dilaluinya, malah Nur Sarah Alia pernah bertanya kepada Azlina bila rambutnya akan luruh.


KASIH ibu. Azlina sentiasa berada di samping anaknya, Nur Sarah Alia yang kini menjalani rawatan di PPUM.


Pusat Kanser PPUM

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pediatrik, Haematologi dan Onkologi PPUM, Profesor Hany Ariffin memberitahu, PPUM merupakan pusat kanser kedua terbesar untuk kanak-kanak di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur.

Setiap tahun PPUM menerima 120 hingga 150 kes baharu leukemia dari seluruh Malaysia dengan 40 peratus daripada pesakit adalah dari luar Kuala Lumpur.

"Anak-anak ini mampu memberikan respons yang baik terhadap rawatan. Contohnya pesakit leukemia mempunyai 85 peratus untuk sembuh dan membesar menjadi orang dewasa yang normal.

"Secara umumnya, kanak-kanak yang menghidap kanser mempunyai peratus yang tinggi untuk pulih berbanding orang dewasa," katanya sambil memberitahu kanser darah merupakan kanser yang paling biasa menyerang kanak-kanak.

Ujarnya, maksud sembuh adalah mereka boleh baik sampai bila-bila, namun tidak dinafikan ia boleh datang kembali tetapi peratusnya adalah nipis.

Hany memberitahu, pesakit yang paling muda didiagnosis olehnya berusia enam minggu, bagaimanapun di peringkat global pesakit leukemia biasanya berusia antara umur dua hingga lima tahun.

"Lelaki lebih tinggi sedikit menghidap leukemia mahupun kanser-kanser yang lain berbanding wanita dengan nisbah 1.2:1.

"Apa puncanya tidak pasti. Ada yang mengatakan jangkitan virus, malah ada pula mengatakan ia ada kaitan dengan persekitaran," jelasnya sambil menambah, leukemia boleh terjadi sebaik sahaja bayi dilahirkan dan ia boleh dikesan melalui ujian darah.

Leukemia tiada kaitan dengan pemakanan. Ia tiada penyebab, tetapi sesuatu telah berlaku hingga menyebabkan perkembangan sel darah tidak terkawal seperti yang sepatutnya.


PEMINDAHAN sumsum tulang juga adalah salah satu rawatan untuk penyakit leukemia.


Kos rawatan leukemia di hospital swasta boleh mencecah antara RM100,000 hingga RM120,000, namun di hospital kerajaan kosnya jauh lebih murah iaitu sekitar RM10,000 hingga RM15,000.

"Bagi keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah, jumlah tersebut masih tinggi serta berada di luar kemampuan mereka.

"Boleh dikatakan dua per tiga daripada pesakit kami terdiri daripada golongan kurang berkemampuan. Walaupun kerajaan sudah memberikan subsidi rawatan, masih ada bayaran lain yang perlu ditanggung seperti kos pengangkutan dan penginapan di hospital," katanya yang mengakui tempoh rawatan biasanya mengambil masa antara enam bulan hingga setahun.

Inisiatif JCIPJ

Bagi meringankan beban pesakit, Junior Chamber International Petaling Jaya (JCIPJ) tampil membantu mengumpul dana bagi tujuan tersebut.

"Terima kasih kepada JCIPJ atas bantuan dana yang diberikan. Dana tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan pesakit dan ia akan dikeluarkan jika ada pesakit memerlukan bantuan tersebut.

"Walaupun kita lebih merujuk kepada leukemia, dana ini terbuka buat semua kanak-kanak yang menghidap kanser," ujarnya.

Pemenang Warkah Buat Ibu 2 bercuti di Kijal

Posted:

Pemenang Warkah Buat Ibu 2 bercuti di Kijal

Pemenang Warkah Buat Ibu 2 bercuti di Kijal

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
dan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
rencana@kosmo.com.my


KATHERINE (kiri) dan Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman (kanan) ketawa melihat aksi Shamsul Mustaffa sewaktu diumumkan sebagai juara peraduan Warkah Buat Ibu 2.


LAGU Jong Jong Inai memecah kesunyian pekarangan lobi utama Resorts World Kijal, Kemaman, Terengganu, pada petang Sabtu lalu. Alunan lagu rakyat Terengganu yang dinyanyikan para petugas resort sambil diiringi tarian ringkas adalah sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran kumpulan pemenang peraduan Warkah Buat Ibu 2.

Ia merupakan peraduan anjuran Resorts World Genting (RWG) dengan kerjasama akhbar Kosmo! buat kali kedua sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun.

Dalam pertandingan itu, pemenang bersama ibu dan dua ahli keluarga masing-masing berpeluang menikmati percutian selama tiga hari dua malam di Resorts World Kijal yang berlatarkan hamparan Laut China Selatan.

Aktiviti percutian yang dihadiri kira-kira 45 orang itu dimulakan dengan sesi makan malam secara santai di restoran Waterfall Cafe. Ruang dalam restoran riuh-rendah dengan gurau senda peserta bersama keluarga ketika menikmati hidangan stimbot yang lazat.

Menyentuh hati ibu

Namun gelak ketawa yang kedengaran pada awalnya bertukar menjadi pilu apabila seorang demi seorang pemenang diminta membacakan warkah nukilan buat ibu masing-masing. Bait-bait kata yang diluahkan cukup bermakna dan menyentuh sanubari sehingga para ibu mula menangis.

Dek terlalu terharu dan sebak dengan luahan jujur itu segelintir ibu pantas menuju ke atas pentas lalu memeluk erat anak kesayangan. Pipi anak dicium dengan penuh kasih sayang sambil jari-jemari mengusap lembut kepala permata hati sebagai tanda terima kasih.

Menurut juara Warkah Buat Ibu 2, Shamsul Mustaffa Mohd. Kamal, 44, dia tidak menyangka percubaan kali kedua menyertai peraduan tersebut membuahkan hasil.

"Kegagalan pada tahun lalu amat mengecewakan sehingga mendorong saya untuk melakukan yang terbaik pada musim kedua. Nampaknya tuah menyebelahi saya dan hajat untuk membawa ibu, Arabinah Sabari, 62, bercuti tercapai.

PARA pemenang diberi kesempatan mencuba menganyam tikar menggunakan mengkuang di Pusat Kraftangan Anyaman Mengkuang Cherating Budaya.


"Saya berterima kasih kepada pihak penganjur peraduan kerana membantu saya mengekspresi rasa terima kasih kepada ibu meskipun dalam bentuk warkah. Maklumlah, saya bukan individu yang pandai meluahkan isi secara depan-depan," ujar Shamsul anak kelima daripada 11 orang adik-beradik kepada Kosmo!.

Pengalaman manis

Pada keesokan harinya, seawal 9 pagi para peserta sudah berkumpul di lobi utama sebelum dibawa bersiar-siar di sekitar Kemaman dan Cherating, Pahang. Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating merupakan destinasi pertama yang dikunjungi. Dalam tempoh 45 minit peserta berpeluang melihat penyu dengan lebih dekat, selain mengenali habitat berkenaan di ruang pameran yang disediakan.

Kemudian, bas rombongan menuju pula ke Pusat Kraftangan Anyaman Mengkuang Cherating Budaya untuk mempelajari proses menganyam tikar, beg tangan, dompet, bekas pensil dan kipas dengan menggunakan daun mengkuang. Beberapa orang peserta teruja kerana diberi kesempatan menganyam tikar mengkuang. Ada juga yang berbelanja sakan membeli produk di sana sebagai cenderamata.

Selepas itu rombongan pemenang mencuci mata terlebih dahulu di kedai Ghazali Arts Gallery, Kampung Cherating Lama sebelum membeli juadah tradisi, satar dan lemang. Di sana, selain mencanting batik pengunjung juga tidak melepaskan peluang membeli pakaian dan barangan bermotifkan batik yang dijual pada harga berpatutan.

Luah pemenang kedua, Siti Nurulhidayah Zainal, 24, percutian bersama ahli keluarganya itu merupakan pengalaman manis yang pasti kekal dalam kotak memorinya.

"Lazimnya, setiap tahun kami adik-beradik meraikan Hari Ibu dengan menjamu selera dan membeli hadiah menarik buat ibu, Aliah Abu, 46. Namun, tahun ini berlainan kerana kami bukan saja menikmati hidangan lazat, malah dapat menginap di hotel yang cantik, melakukan pelbagai aktiviti dan melawat tempat menarik bersama-sama.

"Lagipun ini percutian pertama saya bersama keluarga selepas enam bulan terlantar di atas katil. Saya mengalami kecederaan teruk di bahagian kaki, tangan dan muka sehingga sukar untuk bergerak dan berjalan. Sepanjang tempoh pemulihan ibu yang banyak membantu dan memberi sokongan," ujar anak kelahiran Johor Bahru itu yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada bulan Oktober tahun lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.

Dalam pada itu, Fong Li, 40, mewakili anaknya Tan Liong Hong, 18, yang memenangi tempat ketiga kelihatan sebak tatkala membacakan warkah yang dititipkan anak ketiganya itu.

Tutur Li, dia langsung tidak tahu-menahu tentang peraduan itu sehingga menerima panggilan telefon daripada pihak RWG.

"Saya terkejut dengan berita kemenangan ini. Sejurus dihubungi RWG, saya terus menghubungi Liong Hong yang kini belajar di Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan.

HABSAH AB. SUKOR (depan) dan Aliah (belakang) berpeluang menikmati sesi rawatan spa di Taman Sari Royal Heritage Spa.


"Liong Hong mengalami disleksia (masalah pembelajaran). Begitupun, kesukaran itu tidak pernah membataskan dia untuk melakukan apa sahaja diinginkan, malah dia ingin dianggap dan dilayan sama seperti remaja normal," ujar Li yang turut memberitahu Liong Hong tidak mengikuti percutian tersebut ekoran sibuk melakukan persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

Sementara itu, Foo Wei Ling, 33, yang memenangi kategori Pilihan Orang Ramai dalam peraduan Warkah Buat Ibu 2 berasa bertuah kerana berjaya membolot hadiah berupa percutian tiga hari dua malam dan baucar spa di Taman Sari Royal Heritage Spa bernilai RM2,500.

"Ibu yang paling gembira kerana buat pertama kalinya menjalani urutan badan di spa. Rawatan selama sejam ini sedikit sebanyak membantu melegakan regangan tubuh ibu," kata Wei Ling ketika ditemui Kosmo! pada majlis minum petang di tepi pantai bersama keluarganya di kafe Oasis Hut.

Sambutan menggalakkan

Sementara itu, Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG, Katherine Chew, gembira dengan sambutan yang menggalakkan pada tahun ini.

"Secara keseluruhan, RWG menerima sebanyak 251 penyertaan daripada 246 peserta.

"Daripada segi undian pula, jumlah keseluruhan yang dicatatkan adalah sebanyak 10,840. Undian tertinggi menyebelahi Foo Wei Ling dengan undian sebanyak 4,222," katanya pada majlis penyampaian hadiah di Resorts World Kijal, Terengganu.

Tambah menarik, peraduan pada tahun ini bukan saja disertai golongan muda, malah turut melibatkan peserta yang berusia 59 tahun. Majoriti peserta terdiri daripada 180 golongan wanita dan 66 orang lelaki.

Jangan dibenci walaupun tidak sayang

Posted:

Jangan dibenci walaupun tidak sayang

Jangan dibenci walaupun tidak sayang


PERCERAIAN suami isteri hanya memutuskan hubungan suami isteri bukannya hubungan mereka dengan anak-anak. - Gambar hiasan


SEORANG wanita bertanya: "Bolehkah dia tidak mengizinkan anak-anaknya berjumpa dengan bapa mereka disebabkan dia rasa benci dan menyampah melihat bekas suaminya itu?"

Pasti ramai yang maklum dengan jawapan yang perlu diberikan kepada soalan tersebut. Ya! Sudah tentulah tidak boleh.

Ini kerana, perceraian hanya memutuskan hubungan antara suami dan isteri, tetapi tidak memutuskan hubungan antara anak dengan ayah atau anak dengan ibu.

Jika perasaan sayang telah hilang, kenapa perlu mewujudkan rasa benci kepada bekas pasangan?

Bekas pasangan anda pernah bersalah, gagal melaksanakan tanggungjawab atau mengkhianati cinta anda, namun cukuplah sekadar menghilangkan rasa sayang di hati, tetapi tidak perlulah dia dibenci.

Anda pernah menyayanginya, hidup bersama, berkongsi pelbagai perkara malah saya yakin, di sebalik kesilapan dan kesalahan dilakukannya, pasti ada kebaikan yang pernah ditunaikannya.

Daripada 10 perkara, paling tidak pasti ada satu kebaikan yang boleh dikenang dan anda hargai hingga hari ini. Lantas, kenapa perlu anda membencinya?

Ketentuan Allah

Memang betul dia bersalah dan melakukan kesilapan hingga menyebabkan anda memegang status ibu tunggal atau bapa tunggal tetapi ketahuilah, semua itu telah disuratkan oleh Allah.

Bukan menyalahkan takdir, tetapi setiap yang berlaku adalah dengan kehendak dan ketentuan-Nya. Kesilapan bekas pasangan anda menjadi penyebab perceraian kalian, tetapi percayalah ia mempunyai hikmah yang telah Allah janjikan.

Perceraian bukan musibah, malapetaka ataupun bencana. Sebaliknya, setiap yang ditakdirkan Allah termasuk perceraian, mempunyai rahsia dan hikmah tersendiri yang hanya diketahui-Nya.

Tidak ada faedah membencinya. Tidak percaya? Senaraikan apa yang anda dapat dengan membenci bekas pasangan. Adakah ceria, bahagia, sakit hati, derita, marah atau geram?


ELAKKAN bertengkar di depan anak-anak kerana ia memberi implikasi buruk kepada psikologi mereka.


Saya yakin, segala yang negatif akan kekal bersama anda jika emosi benci dibiarkan bermaharajalela. Jika anda membenarkan kebencian menguasai diri, natijahnya bukan sahaja anda rasai malah turut membabitkan anak-anak.

Anak-anak bukan sahaja perlu menerima hakikat ibu bapanya hidup berasingan malah keadaan pasti menjadi lebih sukar sekiranya anda terus membencinya.

Perasaan benci hanya memberikan lebih banyak masalah. Jika tiada lagi rasa sayang, janganlah benarkan perasaan benci menguasai diri anda.

Atasi kebencian

Bagi mengatasi perasaan benci. paling penting, anda kena reda dengan takdir yang berlaku dan maafkan dia dengan ikhlas. Seperti yang selalu saya tegaskan, jangan enggan memaafkan.

Jika Allah Yang Maha Besar boleh mengampunkan dosa-dosa kita, siapalah kita yang enggan memaafkan sesama hamba.

Insya-Allah, lama-kelamaan ingatan yang masih kekal bukan lagi menjadi bebanan perasaan sebaliknya hanya sebagai kenangan yang tidak lagi menyakitkan.

Jangan beratkan fikiran anda dengan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh bekas pasangan sebaliknya cuba kenangkan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya.

Dia mungkin gagal berikan nafkah zahir yang mencukupi, tetapi jika dia seorang yang rajin membantu anda menguruskan anak-anak, itu kebaikan yang boleh dihargai.

Apa yang penting, jangan hanya memandang kesilapan nyata depan mata, malah jangan mencari kesilapan lain yang mungkin ada. Tindakan tersebut akan menambahkan bebanan fikiran anda sedangkan dia tidak terjejas apa-apa, kekal bahagia tanpa terkena sedikitpun tempias derita anda. Berbaloikah?

Hayati lirik: "Andainya ada di antara kita nanti berubah hala serta memungkiri janji, jangan ada benci...". Demikian bait lagu nyanyian Casey, Jangan Ada Benci.

Perkara sudah berlaku, biarkan ia berlalu. Dia hanya penyebab kepada takdir yang memang telah disuratkan dalam hidup anda dan dia.

Terimalah takdir-Nya dengan reda dan percayalah, pasti ada hikmah yang bakal anda terima. Janji Allah pasti. Satu diambilnya pergi untuk diganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi, insya-Allah!

Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 29 Mei 2013

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Zoo dan kebun di FITC

Posted:

Zoo dan kebun di FITC

Zoo dan kebun di FITC

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

MELANGKAH masuk ke Farm In The City (FITC) di Seri Kembangan, Selangor pandangan pasti tertarik kepada seekor kuda di dalam kandang. Kejinakan kuda itu menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak malah lensa kamera mereka turut merakam gambar kenangan.

Uniknya mengenai kuda yang berwarna coklat dan mempunyai tompokan putih itu merupakan spesies kuda terkecil di dunia. Ia dikenali sebagai spesies Falabella atau terkenal dengan nama Ferrari di dalam dunia haiwan.

Kuda Falabella merupakan antara salah satu tarikan kepada pengunjung di FITC.

Selain kuda Falabella, kelihatan juga kanak-kanak sedang menunggang kuda padi di kandang berhampiran.

"Saya amat teruja kerana berpeluang menaiki kuda padi di FITC. Walaupun hanya menunggang sebanyak satu pusingan, saya berasa amat gementar kerana risau akan terjatuh daripada kuda," ujar seorang pengunjung, Alicia Pek, 11.

Menurut Alicia, itu bukanlah kali pertama dia menunggang kuda tetapi menunggang kuda di FITC merupakan antara pengalaman yang menyeronokkan sewaktu beriadah bersama keluarga di situ.

Setiap satu pusingan kuda padi yang hanya boleh ditunggang oleh kanak-kanak itu dibantu oleh dua orang pengiring. Cajnya pula ialah sebanyak RM5 untuk satu pusingan.

Zoo dan kebun

Tidak sampai setahun dibuka, FITC merupakan antara destinasi pelancong mahupun warga kota beriadah terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Suasana dan dekorasi di taman itu membuatkan pengunjung terasa seperti di kampung walaupun pada hakikatnya berada di kota. Selain itu, ayam-ayam yang dilepaskan berkeliaran di sekitar taman menambahkan mood seperti di kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif FITC, Allan Phoon, 39, memberitahu, FITC merupakan sebuah taman yang menggabungkan konsep zoo, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan.


KEBUN sayur dan buah-buahan membuatkan FITC berbeza dengan zoo lain.


"Pengunjung dapat merasai suasana dan persekitaran semula jadi seolah-olah berada di kampung. Selain itu, pihak kami juga memberi peluang kepada pengunjung untuk memegang dan membelai setiap haiwan.

"Melalui cara ini, pihak kami berharap dapat mendidik generasi masa kini terutama kanak-kanak untuk mengetahui atau lebih peka mengenai haiwan selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan," ujarnya.

Tambahnya, terdapat kira-kira 40 spesies buah tempatan dan tumbuhan seperti betik, mangga, sawi dan koko ditanam sekitar taman.

Menangkap ikan

Pengunjung dapat melihat kira-kira 100 spesies haiwan termasuk yang jarang ditemui di Malaysia. Antaranya, walabi iaitu spesies kanggaru terkecil di dunia, gagak albino, buaya terkecil di dunia dari lautan Amazon iaitu Dwaft Caiman dan skunk albino.

Di tengah-tengah taman itu, terdapat tasik buatan yang menempatkan ribuan ikan koi. Apabila loceng di tepi tasik itu dibunyikan, ikan-ikan itu pasti menghampiri jeti kecil untuk memakan makanan yang diberikan pengunjung.

Itik dan angsa juga merupakan antara penghias utama yang menceriakan tasik itu.

Di kawasan tanah seluas 2.8 hektar itu, FITC terbahagi

kepada 18 stesen dengan setiap satunya berbeza-beza. Antara stesen yang menjadi tumpuan terutama kepada kanak-kanak ialah Pet Village iaitu sebuah taman yang menempatkan arnab dan tikus belanda. Kanak-kanak berpeluang memberi makan sayur-sayuran kepada dua spesies haiwan itu.

Berdekatan dengan Pet Village, kelihatan kanak-kanak sedang asyik menangkap ikan dalam longkang buatan yang dinamakan sebagai Longkang Fishing.

Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran FITC, Rajagopal Yagambram, Longkang Fishing merupakan antara tempat untuk mengimbau kenangan ibu bapa yang membesar di kampung sewaktu kecil.

"Dahulu, kanak-kanak di kampung sering menangkap ikan di kawasan parit dan ia amat menyeronokkan. Jadi, kami bawakan situasi dan senario yang sama di sini. Kanak-kanak boleh menangkap ikan di longkang bersih dengan menggunakan penyauk jaring yang disediakan. Ikan-ikan yang ditangkap harus dilepaskan kembali dan tidak boleh dibawa pulang," ujarnya.

Menurut Rajagopal, setiap pengunjung boleh memegang dan membelai setiap haiwan yang tidak berbisa tetapi dengan syarat tidak mencederakannya.

"Makanan yang ingin diberikan kepada haiwan boleh didapati daripada penjaga di setiap stesen dan pengunjung dilarang memberi sembarangan makanan," katanya

KANAK-KANAK yang mengunjungi FITC akan diberi sijil kedatangan.


sambil memberi burung Turaco makan buah betik di taman Free-flight Bird Aviary.

Tidak hanya tertumpu kepada keseronokan semata-mata, FITC juga memberi pelbagai program pendidikan kepada pengunjung tanpa mengira umur iaitu mengenai pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan. Program tersebut memberi informasi mengenai habitat, kelakuan dan taburan geografi haiwan yang terdapat di seluruh dunia.

Tambah Rajagopal, ruangan dewan pameran FITC memberi informasi kepada pengunjung mengenai cara pembiakan kura-kura secara lebih dekat.

Kafe dan restoran yang menyediakan pelbagai minuman dan makanan juga disediakan untuk pengunjung beristirehat sebentar sebelum meneruskan eksplorasi di taman itu. Selain itu, pengunjung juga boleh berehat di sebuah rumah kampung yang mempunyai ciri tradisional di stesen Kampung Kiosk.

Seorang lagi pengunjung, Steven Kong, 38, memberitahu, dia berasa gembira kerana dapat beriadah bersama isteri dan tiga anaknya ketika berkunjung ke FITC pada cuti umum sempena Hari Buruh baru-baru ini.

"Ini kali pertama saya ke sini. FITC berbeza dengan zoo yang terdapat di tempat lain. Selain zoo yang menempatkan haiwan, kebun buah-buahan dan sayur-sayuran juga merupakan antara daya tarikan pelancongan di sini.

"Anak-anak saya juga berpeluang memberi makan kepada arnab, kambing dan lembu. Ini merupakan satu pendedahan baharu kepada mereka untuk lebih mengetahui kehidupan haiwan," ujarnya yang berasal dari Damansara, Selangor.

Berlibur gaya santai di Seoul

Posted:

Berlibur gaya santai di Seoul

Berlibur gaya santai di Seoul

SUNGAI yang terdapat di tengah-tengah laluan Cheong Gye Cheon merupakan penghubung antara Sungai Han dan Laut Kuning.


MEMANG tidak dinafikan panorama indah yang dipaparkan menerusi filem Korea telah membawa saya dan tiga rakan ke Seoul pada bulan Mac lalu.

Kami membuat perancangan selama setahun termasuk mengumpul dana untuk menampung perbelanjaan percutian kami selama seminggu di ibu negara Korea Selatan itu.

Bagi memudahkan percutian di Seoul, kami terlebih dulu menghubungi beberapa kenalan dari Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Suwon untuk bertindak sebagai pemandu pelancong sepanjang kami berada di sana.

Menjejakkan kaki di bumi Seoul, saya bagaikan terpukau dengan keadaan cuaca dan keindahan panorama alam di sekitar bandar itu. Ketika kunjungan kami, Seoul sedang dalam musim luruh dan kelihatan pokok-pokok tanpa daun menghiasi segenap bandar.

Memandangkan kami menggunakan pengangkutan awam sepanjang percutian, kad pascabayar merupakan antara komponen penting bagi kami. Sistem kad digunakan untuk menaiki bas, teksi dan kereta api di Korea Selatan,

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kami menaiki kereta api selama satu jam ke Changdeokgung untuk ke tempat penginapan di rumah tumpangan Beewon.

Rumah tumpangan empat tingkat itu terletak di tengah-tengah Changdeokgung dan mempunyai bilik luas yang menjamin keselesaan pelancong. Pihak rumah tumpangan hanya menyediakan tilam dan bantal untuk beristirehat di bilik yang turut dilengkapi dengan kelengkapan elektrik seperti televisyen dan peti ais.

Setiap malam, kami hanya tidur di atas lantai yang beralaskan tilam. Namun, bilik itu mempunyai sistem pemanas di bahagian lantai yang memberi keselesaan walaupun suhu ketika itu mencecah -2 darjah Celcius.

Masjid Iteawon

Pada hari pertama percutian di Seoul, kami ke Iteawon yang terletak bersempadan dengan bahagian utara Sungai Hangang. Kawasan itu dikenali sebagai Daerah Pelancongan untuk para pelancong melihat kepelbagaian budaya di Korea Selatan.

Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan bukanlah berasal dari negara itu. Sebaliknya, dari negara luar seperti Arab Saudi, Turki, Amerika Syarikat dan Malaysia. Mereka turut membuka pelbagai perniagaan di sana. Kepelbagaian masyarakat yang tinggal di situ memudahkan kami untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dalam setiap urus niaga.

MASJID Itaewon merupakan antara tempat ibadah umat Islam terbesar di Seoul.


Kebanyakan kedai di situ menjual snek dan biskut yang halal sekali gus memudahkan kami untuk mencari stok makanan sepanjang percutian tersebut.

Pada pemerhatian saya, deretan kedai kopi yang sentiasa penuh dengan pelanggan mendominasi segenap bandar itu selain butik beli-belah. Pada telahan saya, cuaca sejuk membuatkan masyarakat di sana gemar meminum minuman panas terutamanya kopi.

Satu-satunya masjid di tengah kota iaitu Masjid Itaewon. Ia ternyata telah menarik pandangan saya. Ia merupakan satu panorama unik apabila terdapat sebuah masjid yang tersergam indah di tengah-tengah kesibukan kota itu.

Kafe kucing

Dalam perancangan percutian ke Korea Selatan sejak setahun lalu, tiga rakan saya ingin ke Myeongdong yang terkenal sebagai syurga beli-belah.

Setibanya saya di sana, ia saling tidak tumpah seperti suasana di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Di Myeongdong, butik-butik terkenal daripada jenama antarabangsa menghiasi segenap jalan. Kami menghabiskan masa selama satu jam untuk bersiar-siar sekitar bandar itu.

Selain itu, kios-kios yang menjual pelbagai barang kulit, kasut dan perhiasan juga menambahkan lagi kesibukan kawasan tersebut.

Disebabkan kurangnya sumber makanan halal di sana, kami hanya dapat menikmati hidangan makanan laut dan sajian nasi. Antara hidangan makan malam yang menjadi kegemaran ialah Rabokki iaitu sejenis makanan stimbot. Ia merupakan hidangan terkenal di seluruh Korea Selatan.

Kunjungan saya ke Myeongdong bukanlah untuk membeli-belah semata-mata, sebaliknya saya lebih tertumpu kepada sebuah kafe yang terkenal dengan nama Cat Cafe. Ia terletak berhampiran kawasan perumahan dan kedai-kedai.

Uniknya mengenai kafe itu adalah pengunjung dapat menikmati secawan kopi sambil melihat dan membelai kucing yang terdapat di situ. Telatah kucing-kucing pelbagai spesies itu ternyata membuatkan kami ketawa. Ada yang datang menghampiri kami dan ada juga memanjat setiap penjuru kafe.

Selain itu, pengunjung juga dapat memberi makanan yang dijual oleh pihak kafe kepada kucing-kucing. Maskot kucing di luar kafe juga merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung untuk masuk ke situ.

PENULIS sempat bergambar kenangan di Dataran Gwanghwamun berlatarbelakangkan tugu Laksamana Yi Sun-Sin.


Dataran Bersejarah

Di Korea Selatan terutamanya Seoul, saya melihat budaya minum air suam menjadi satu tabiat bagi masyarakat di sana. Mesin air juga mudah didapati di segenap bandar. Kebanyakan restoran juga menyediakan air suam secara percuma kepada pelanggan.

Sekiranya anda berpeluang ke Seoul, Dataran Gwanghwamun yang terletak di Jongno-gu merupakan destinasi wajib untuk dikunjungi. Dataran itu merupakan sebuah tanah lapang yang menempatkan dua tugu bersejarah iaitu Laksamana Yi Sun-sin dan Maharaja Sejong yang merupakan antara individu penting dalam menentang pencerobohan Jepun di Korea pada tahun 1592 hingga 1598.

Dataran itu merupakan tempat pelancong untuk mendapat informasi lengkap mengenai sejarah Korea Selatan.

Kami juga berpeluang melihat Istana Gyeongbokgung yang merupakan singgahsana maharaja ketika era Dinasti Joseon. Ketika kunjungan ke pekarangan istana itu, kami berpeluang melihat pengawal-pengawal istana berlakon melakukan istiadat pertukaran waktu pekerjaan ketika era berkenaan.

Selain daripada pergerakan formasi barisan pelakon, pakaian pengawal berwarna-warni yang dipakai sepanjang lakonan itu ternyata menarik perhatian sesiapa sahaja yang menonton.

Sepanjang seminggu di Seoul, kami juga berkesempatan ke Universiti Wanita Ewha untuk melihat aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar di sana.

Kunjungan ke Pulau Namiseom di Chuncheon mengingatkan saya kepada panorama di dalam sebuah drama Korea yang terkenal iaitu Winter Sonata dan Autumn In My Heart. Pulau yang mempunyai pemandangan dan tumbuh-tumbuhan yang unik itu merupakan lokasi penggambaran dua drama berkenaan.

Apa yang saya dapat simpulkan mengenai percutian di Seoul adalah pujian yang menggunung terhadap sistem pengangkutan awam di Korea Selatan terutamanya kereta api. Sistem yang dikendalikan amat efisien dan ia memudahkan kami untuk bergerak ke setiap destinasi pelancongan.

Penginapan ala kolonial British

Posted:

Penginapan ala kolonial British

Penginapan ala kolonial British

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


KEDIAMAN Undang Rembau Ke-19 ini masih utuh walaupun sudah berusia lebih 50 tahun.


BERKUNJUNG ke Rembau, Negeri Sembilan yang terkenal dengan jolokan daerah beradat pasti memberikan pengalaman percutian menarik buat anda.

Pemanduan satu jam dari ibu negara ke daerah itu ternyata tidak memenatkan, lebih-lebih lagi jika menggunakan jalan lama ke sana. Jangan disangka bahawa daerah yang terkenal dengan adat perpatih itu tidak mempunyai tarikan pelancongan.

Produk kristal umpamanya merupakan salah satu signatur yang membantu industri pelancongan di daerah itu. Taman Tema Air Panas Wet World di Pedas juga merupakan antara kawasan sering dikunjungi pelancong sekiranya ke Rembau.

Usah risau mengenai perihal penginapan di Rembau kerana terdapat banyak hotel di bandar itu dan homestay yang diusahakan oleh penduduk di sana.

Bagi yang ingin mencari kelainan, anda boleh cuba untuk menginap di Kampungstay Legong Ulu yang terletak di Kampung Legong Ulu kira-kira 15 minit dari bandar Rembau.

Kampungstay yang dimiliki oleh anak jati kampung itu, Mohd. Foudzi Ipap, 54, ternyata berbeza dengan homestay lain yang terdapat di sana.

Menurut Foudzi, konsep kampungstay adalah pelancong tidak tinggal bersama dengan pemilik dan mereka melakukan aktiviti secara sendirian. Berbeza dengan homestay iaitu pelancong tinggal bersama pemilik rumah.

"Rumah dua tingkat dan mempunyai empat bilik ini dibina oleh arkitek British pada tahun 1948 iaitu pada zaman penjajahan British. Disebabkan itu, konsep seni bina terutamanya pada bahagian luar dan dalam rumah mempunyai pengaruh dari negara tersebut.


SELAIN katil dan perabot, setiap bilik juga dilengkapi pendingin hawa.


"Setiap bilik dilengkapi pendingin hawa dan katil yang selesa untuk pelancong. Sementara itu, televisyen dan peti sejuk juga merupakan antara kelengkapan asas untuk kegunaan pelancong. Mereka yang menginap di sini dapat merasai ketenangan dan suasana kampung," ujarnya ketika ditemui Horizon baru-baru ini.

Jelasnya, rumah itu merupakan peninggalan arwah bapanya yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Undang Rembau ke-19 iaitu Datuk Undang Ipap Abdullah.

Rumah tersebut turut didiami Foudzi ketika masih kecil dan kini ia dijadikan kampungstay.

Pengkaji sejarah juga manjadikan rumah itu sebagai rujukan terutamanya mengenai tinggalan seni bina British di Malaysia.

Pada bahagian ruang tamu rumah itu, terpampang gambar Allahyarham Ipap untuk tatapan mereka yang ingin melihat rupa paras orang terpenting di daerah itu suatu ketika dahulu.

Pakej penginapan

Pakej untuk setiap pelancong yang ingin menginap di Kampungstay Legong Ulu terbahagi kepada dua iaitu individu dan juga kumpulan.

Bagi pakej individu, harga bilik ialah RM100 hingga RM150 untuk semalam manakala untuk berkumpulan pula, RM200 untuk tiga hari dua malam yang disertakan dengan hidangan katering pada setiap kali waktu makan.

"Sekurang-kurangnya 20 individu diperlukan dalam pakej kumpulan dan pelbagai aktiviti diatur untuk mereka sepanjang berada di Rembau. Antaranya, memancing udang galah dan melihat kelip-kelip di Sungai Timun, pendedahan mengenai menoreh getah di Kampung Agam dan ekspedisi ke Gunung Datuk.

"Kebanyakan pelancong yang menginap di sini datang dari luar negara. Mereka ke sini untuk mengadakan kajian mengenai sejarah dan melihat keindahan suasana kampung," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved