Isnin, 13 Mei 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kejohanan duathlon Malakoff uji ketahanan peserta

Posted:

Kejohanan duathlon Malakoff uji ketahanan peserta

Kejohanan duathlon Malakoff uji ketahanan peserta

PARA pemenang bergambar selepas kejohanan Malakoff University Duathlon Series di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SIHAT. Seramai 350 peserta bertarung pada kejohanan Malakoff University Duathlon Series (MUDS) yang diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, Zainal Abidin Jalil berkata, pertandingan itu memberi peluang kepada golongan belia untuk beraksi dalam sukan duathlon yang melibatkan acara berlari dan berbasikal.

"Kami gembira dengan peningkatan muka baharu yang bersaing dalam kejohanan ini pada setiap tahun. Ini membuktikan kejayaan dalam pembangunan komuniti atlet duathlon di negara ini," katanya.

Pada kejohanan itu, peserta memulakan larian sejauh 3 kilometer (km) diikuti dengan ujian cabaran berbasikal 13.8km dan berakhir dengan larian ke garisan penamat sejauh 3km.

Ahli Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul dirai

Posted:

Ahli Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul dirai

Ahli Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul dirai


AHLI Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul memotong kek bagi meraikan Hari Ibu semasa lawatan di Kuching baru-baru ini.


INTEGRASI. Seramai 20 orang ahli Komuniti 1Malaysia dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur diraikan pada majlis jamuan makan malam anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak di Kuching baru-baru ini.

Rombongan komuniti tersebut disambut mesra oleh kakitangan jabatan tersebut yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarahnya, Helmy Hamid.

Helmy berkata, kunjungan Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul merupakan salah satu usaha integrasi bagi merapatkan hubungan antara masyarakat di Semenanjung dengan penduduk di Sarawak.

"Dengan lawatan seperti ini, mereka dapat mengenali secara dekat kepelbagaian budaya dan suku etnik yang terdapat di Sarawak.

"Selain itu, mereka juga berpeluang menikmati kuih-muih dan makanan tradisional seperti umai dan lain-lain lagi semasa berada di negeri ini," katanya.

Jakim anjur Karnival Wanita 1Wilayah di Putrajaya

Posted:

Jakim anjur Karnival Wanita 1Wilayah di Putrajaya

Jakim anjur Karnival Wanita 1Wilayah di Putrajaya


RAMLAH (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada peserta yang mengambil bahagian pada Karnival Wanita 1Wilayah di Putrajaya baru-baru ini.


IKTIRAF. Karnival Wanita 1Wilayah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang merupakan aktiviti santai bagi mendekatkan masyarakat dengan institusi masjid telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Ramlah Yong, karnival bertemakan 'Selembut Wajah, Seindah Akhlak' itu bertujuan mempromosi masjid sebagai lokasi untuk program berbentuk kekeluargaan.

Ujarnya, karnival itu juga diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada golongan wanita atas pengorbanan mereka dalam memperkasa institusi keluarga, masyarakat dan negara selama ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena karnival berkenaan antaranya pertandingan memasak, menghias kek serta gerai jualan dan pameran.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dua maut, dua parah ditembak

Posted:

Dua maut, dua parah ditembak

Dua maut, dua parah ditembak

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my

ANGGOTA polis memeriksa kenderaan Toyota Hilux yang ditembak oleh dua lelaki di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tambun, Batu Kawan malam kelmarin.


BATU KAWAN – Kegembiraan sekumpulan empat sahabat menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di daerah ini tidak bertahan lama apabila dua daripada mereka maut manakala dua lagi parah akibat ditembak oleh penjenayah yang dipercayai pembunuh upahan.

Kejadian pada pukul 10.30 malam kelmarin itu berlaku ketika kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat mangsa itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun dekat sini.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, sebuah motosikal dipercayai berhenti beberapa meter dari pikap tersebut sebelum pemboncengnya turun dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Dua mangsa iaitu G. Suresh, 27, dari Bukit Beruang, Melaka dan S. Kannan, 37, dari Batu Berendam mati akibat cedera parah ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

"Dua lagi mangsa yang dikenali sebagai Ravi, 38, dan Mariappan, 58, dilaporkan kritikal dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ akibat cedera di dada dan tangan kiri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sekolah Cina, Tamil wajib dikekal

Posted:

Sekolah Cina, Tamil wajib dikekal

Sekolah Cina, Tamil wajib dikekal

KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berpendapat cadangan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bukan idea yang baik serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, sistem persekolahan seumpama itu sudah lama wujud sebelum kemerdekaan dan adalah amat sedih untuk melihat masih ada orang yang mempersoalkan mengenainya.

"Kami membantah dengan keras syor tersebut kerana ini adalah salah satu hak di bawah Perkara 152 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

"Berdasarkan undang-undang tersebut, tiada pihak yang boleh melarang atau menghalang daripada menggunakan sekolah tersebut untuk belajar dan mengajar," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Teksi bandar beroperasi di KLIA

Posted:

Teksi bandar beroperasi di KLIA

Teksi bandar beroperasi di KLIA

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


SYED HAMID (kiri) melawat aras satu terminal yang akan menempatkan operasi teksi bandar di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG- Pemandu teksi bandar akan dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bermula esok.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, teksi bandar akan beroperasi di aras satu, manakala teksi limosin pula di aras tiga terminal utama KLIA.

"Penumpang yang memilih menggunakan perkhidmatan teksi bandar perlu membeli kupon berharga RM2 di kaunter sebelum menaiki teksi dan caj perjalanan mengikut meter.

"Melalui perkhidmatan ini juga, tempoh menunggu bagi penumpang dijangka dapat dikurangkan tidak melebihi 10 minit berbanding sebelum ini kira-kira 50 minit," katanya pada majlis pelancaran Pelaksanaan Sistem Dua Peringkat (Teksi Bandar/Limosin) di KLIA di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Wigan juara Piala FA

Posted:

Wigan juara Piala FA

Wigan juara Piala FA

BEN Watson (kiri) bersama Martinez memegang Piala FA selepas berakhirnya aksi final menentang Manchester City di Stadium Wembley awal pagi semalam.


LONDON – Pengurus Wigan, Roberto Martinez berharap kejayaan mereka menjulang gelaran juara Piala FA mampu menyuntik semangat anak-anak buahnya untuk terus kekal dalam Liga Perdana England.

Skuad The Latics berjaya menewaskan Manchester City 1-0 pada final di Stadium Wembley itu hasil jaringan lewat pemain gantian, Ben Watson.

Namun, di sebalik pencapaian menakjubkan itu, Wigan bagaimanapun masih bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Mereka kini kekurangan tiga mata kurang daripada zon selamat dengan baki dua lagi perlawanan untuk diharungi, namun Martinez berharap kejayaan menjulang trofi Piala FA ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada para pemainnya.

"Kami akan terus berjuang dengan misi mengutip enam mata bagi menyelamatkan pasukan daripada tersingkir.

"Hari ini (awal pagi semalam) sangat istimewa kerana kami memenangi trofi buat Wigan Athletic. Ia satu sejarah yang sungguh menakjubkan."

Martinez turut memuji semangat juang yang dipamerkan pasukannya untuk mencipta sejarah paling mengejutkan dalam saingan Piala FA.

"Ia satu detik yang menakjubkan. Babak pertama kami sudah hilang semangat kerana kami ingat kami telah beraksi dengan baik," katanya.

"Kami banyak melepaskan peluang, namun pemain pasukan ini tetap meneruskan perjuangan.

"Saya sudah mula fikir bahawa perlawanan akhir ini akan berlanjutan ke masa tambahan, tetapi apabila kami berjaya menjaringkan gol, ia sesuatu yang luar biasa.

"Hari ini (awal pagi semalam), kita telah melihat bagaimana sebuah pasukan bukan pilihan beraksi dengan berani serta mempunyai keyakinan yang mengagumkan untuk mengetepikan semua perkara yang mustahil.

"Kami akhirnya menjulang trofi Piala FA selepas kejayaan membenam pasukan elit dalam bola sepak England.

"Namun, perjuangan kami belum selesai. Misi seterusnya adalah untuk memastikan kami tidak tersingkir daripada Liga Perdana England. Ia nampak sukar, tetapi kami belum mahu menyerah. Kejayaan menjulang trofi Piala FA akan menguatkan semangat kami selepas ini," kata Martinez." – Agensi

Suku akhir jadi sasaran

Posted:

Suku akhir jadi sasaran

Suku akhir jadi sasaran

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AMRI YAHYAH (dua dari kiri) dan Forkey Doe (dua dari kanan) menjadi sandaran Selangor pada kempen pusingan kedua Piala AFC menentang New Radiant, Rabu ini.


AKSI pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 dilihat bakal menjadi medan 'pemanas badan' terbaik buat dua wakil negara, Kelantan dan Selangor.

Ini kerana kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sesama sendiri dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.

Esok, Kelantan bakal melayan kunjungan kelab Hong Kong, Kitchee FC di Kota Bharu manakala Selangor pula berkunjung ke Stadium Nasional, Maldives berdepan New Radiant SC sehari kemudian.

Jika tewas, mereka sudah boleh mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kempen tersebut kerana pusingan kedua diadakan secara kalah mati.

Atas kertas, kedua-dua pasukan dilihat tidak berdepan masalah melepasi pusingan kedua sebelum ini.

Selangor berjaya menempah slot suku akhir pada edisi 2006 manakala Kelantan dikecewakan kelab Iraq, Arbil SC pada peringkat yang sama musim lalu.

Justeru, hanya kemenangan pada kempen kali ini sahaja dilihat mampu menjadi penawar duka buat kedua-dua pasukan yang masih bergelut dalam kempen liga domestik setakat ini.

Ketika ini, The Red Warriors yang mengutip 23 mata, ketinggalan 11 mata di belakang peneraju Liga Super, Lions XII.

Harapan Gergasi Merah memberikan saingan dalam saingan liga domestik juga tampak sukar apabila sekadar terikat 1-1 dengan Perak di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Biarpun berdepan misi sukar dalam saingan Liga Super dan Piala AFC, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim enggan 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang.

Kejayaan mereka menyambar slot pusingan kedua Piala AFC 2013 apabila memintas kelab Vietnam, Saigon Xuan Thanh pada saat-saat akhir juga mampu menjadi tonik terbaik buat Gergasi Merah ketika berdepan New Radiant nanti.

"Kami belum mahu menyerah kalah. Ketika ini, kami sukar mengejar kedudukan tempat kedua Liga Super gara-gara keciciran mata penting di tempat sendiri.

"Pada masa sama, faktor kepenatan juga jelas memberikan kesan kepada persembahan pemain ketika saingan peringkat kumpulan Piala AFC sebelum ini.

"Namun, kami perlu memberikan yang terbaik kerana setiap aksi tetap menjadi keutamaan kami tidak kira sama ada Liga Super mahupun Piala AFC," tegas Irfan baru-baru ini.

Untuk rekod, Selangor muncul naib juara Kumpulan H pada edisi kali ini apabila mengutip lapan mata manakala Kelantan menjuarai Kumpulan G dengan 13 mata.

Johor belum menyerah

Posted:

Johor belum menyerah

Johor belum menyerah

Oleh TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my


LEONEL Nunez (kiri) banyak membantu mengubah corak permainan Johor DT pada saingan pusingan kedua Liga Super musim ini.


JOHOR Darul Takzim (Johor DT) masih belum mahu menyerah. Mereka tetap menyimpan hasrat untuk memburu gelaran liga meskipun masih ada baki enam perlawanan lagi untuk diharungi.

Tiada yang mustahil buat Harimau Selatan itu seandainya mereka tidak lagi keciciran mata selepas ini.

Ketua jurulatih, Fandi Ahmad (gambar kecil) tetap yakin peluang untuk mengejar kejuaraan Liga Super musim ini masih terbuka walaupun dipisahkan dengan perbezaan enam mata di belakang pendahulu liga, Lions XII.

Menurut Fandi, tiga mata berharga yang diperoleh selepas menewaskan Selangor PKNS 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus bangkit mengejar dua pasukan teratas liga iaitu Lions dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kemenangan ini amat melegakan dan para pemain menguasai keseluruhan babak pertama. Namun, pada babak kedua, pemain seperti hilang fokus dan gagal menyekat kemaraan pasukan pelawat.

"Apa yang lebih penting, kita berjaya mendapatkan tiga mata dan saya yakin kami mampu mengejar dua pasukan teratas liga, seterusnya menjulang kejuaraan liga," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Larkin malam kelmarin.

Mengulas perlawanan tersebut, Fandi berkata, secara keseluruhannya, para pemain telah menunjukkan peningkatan, namun terdapat sedikit kelemahan di bahagian pertahanan.

Beliau juga mengakui sedikit kecewa apabila jaringan tunggal PKNS pada perlawanan tersebut tidak dicabar oleh barisan pertahanannya dan akibatnya, gawang mereka bolos.

"Kita akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sebagai persiapan menghadapi perlawanan akan datang," katanya.

Johor DT kini berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul 28 mata manakala Lions XII kukuh di tangga teratas dengan 34 mata, satu mata di hadapan ATM.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menulis novel sambil berdakwah

Posted:

Menulis novel sambil berdakwah

Menulis novel sambil berdakwah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

BERMULA dengan menulis secara suka-suka, Hilal Asyraf kini sudah mempunyai 20 buah buku atau novel berbentuk motivasi dakwah.


PENULIS muda, Muhammad Hilal Asyraf Abd. Razak, 24, atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf semakin mencipta nama dalam arena penulisan tanah air dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Walaupun baru berusia 24 tahun, namun Hilal Asyraf sudah berjaya mengumpulkan kelompok peminat tersendiri melalui karya-karya yang lebih menjurus kepada motivasi dakwah.

Gaya penulisannya yang santai tetapi penuh berhikmah menjadikan dia salah seorang penulis kegemaran bagi golongan muda masa kini.

Antara karya popularnya yang mendapat sambutan menggalakkan termasuklah Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita, VT-Volleyball Team (2009), Sebelum Aku Bernikah (2012) dan Buat Semua Pendosa: Harapan Masih Ada (2013).

Dilahirkan pada 16 Januari 1989, Hilal Asyraf mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor dan Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiyyah, Perlis. Dia kemudian menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan pada tahun 2008.

Menurut Hilal Asyraf, dia mula menulis secara suka-suka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ketika itu dia menjadi guru sambilan.

"Saya menulis cerita-cerita ringkas mengenai ukhwah dalam Islam dan berkongsi penulisan tersebut dengan kawan-kawan melalui e-mel. Sewaktu saya mencetaknya, ayah ternampak lantas memberikan karya itu kepada rakannya yang juga penulis novel di Johor, Maskiah Masrom.

"Tanpa diduga, beliau memuji karya saya dan mengatakan bahawa ada potensi untuk menjadi penulis. Bermula dari situ, saya bersemangat untuk melibatkan diri dalam dunia penulisan.

"Jadi, saya memilih untuk menghasilkan blog langitillahi.blogspot.com sebagai medium memaparkan karya penulisan pada pertengahan 2007," terang Hilal Asyraf dalam satu pertemuan dengan Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, blog tersebut kini telah dinaik taraf menjadi laman web iaitu langitilahi.com yang dikendalikan bersama teman rapat.

Anak sulung daripada empat beradik itu memberitahu, kebanyakan bukunya diterbitkan oleh syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (16), PTS Millenia Sdn. Bhd. (4), Warisan Johor (1) dan Telaga Biru (1). Selain itu, Hilal Asyraf juga pernah menerbitkan bukunya sendiri yang bertajuk Simfoni Cinta.


HILAL ASYRAF mendisiplinkan dirinya agar menulis selepas Subuh dan sebelum tidur.


Berubah ke arah kebaikan

Sebagai penulis, setiap hari Hilal Asyraf sentiasa mendisiplinkan diri menulis selepas Subuh dan sebelum tidur.

"Biasanya saya tidak mencari idea apabila berada di hadapan komputer, sebaliknya ilham untuk menulis diperoleh dalam menjalani kehidupan sehari-hari," ungkap bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Ditanya mengenai penulis yang diminati, Hilal Asyraf berkata, dia begitu menggemari karya-karya penulisan Ramlee Awang Murshid dan Dr. Faisal Tehrani selain Amru Khalid serta Dr. Majdi Al-Hilali dari Mesir.

"Mereka merupakan antara penulis yang banyak memberi inspirasi kepada saya pada peringkat awal menceburkan diri dalam bidang ini," ujar suami kepada Tengku Masyitah Tengku Paris itu.

Mengulas tentang cabaran yang dihadapi sebagai penulis, anak kelahiran Skudai, Johor berkenaan mengakui, menulis itu senang, tetapi cabaran dalam menjaga hati supaya tidak riak amat besar untuk diatasi.

"Saya cuma berdoa moga Allah menetapkan hati saya untuk terus berdakwah dalam penulisan dan matlamat perjuangan itu tidak tersasar sehingga ke akhirnya.

"Saya teringat pesanan ustaz Dahlan Mohd. Zain, mudir (guru besar) saya di maahad dahulu yang mengatakan bahawa 'tarbiah mestilah melahirkan pemimpin, dakwah mesti membawa perubahan'.

"Harapan saya agar semua pembaca buku saya dapat membuat perubahan ke arah kebaikan. Jika ia dapat dicapai, itulah kepuasan bagi saya sebagai penulis," ungkapnya penuh makna.

Menulis novel sambil berdakwah

Posted:

Menulis novel sambil berdakwah

Menulis novel sambil berdakwah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

BERMULA dengan menulis secara suka-suka, Hilal Asyraf kini sudah mempunyai 20 buah buku atau novel berbentuk motivasi dakwah.


PENULIS muda, Muhammad Hilal Asyraf Abd. Razak, 24, atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf semakin mencipta nama dalam arena penulisan tanah air dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Walaupun baru berusia 24 tahun, namun Hilal Asyraf sudah berjaya mengumpulkan kelompok peminat tersendiri melalui karya-karya yang lebih menjurus kepada motivasi dakwah.

Gaya penulisannya yang santai tetapi penuh berhikmah menjadikan dia salah seorang penulis kegemaran bagi golongan muda masa kini.

Antara karya popularnya yang mendapat sambutan menggalakkan termasuklah Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita, VT-Volleyball Team (2009), Sebelum Aku Bernikah (2012) dan Buat Semua Pendosa: Harapan Masih Ada (2013).

Dilahirkan pada 16 Januari 1989, Hilal Asyraf mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor dan Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiyyah, Perlis. Dia kemudian menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan pada tahun 2008.

Menurut Hilal Asyraf, dia mula menulis secara suka-suka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ketika itu dia menjadi guru sambilan.

"Saya menulis cerita-cerita ringkas mengenai ukhwah dalam Islam dan berkongsi penulisan tersebut dengan kawan-kawan melalui e-mel. Sewaktu saya mencetaknya, ayah ternampak lantas memberikan karya itu kepada rakannya yang juga penulis novel di Johor, Maskiah Masrom.

"Tanpa diduga, beliau memuji karya saya dan mengatakan bahawa ada potensi untuk menjadi penulis. Bermula dari situ, saya bersemangat untuk melibatkan diri dalam dunia penulisan.

"Jadi, saya memilih untuk menghasilkan blog langitillahi.blogspot.com sebagai medium memaparkan karya penulisan pada pertengahan 2007," terang Hilal Asyraf dalam satu pertemuan dengan Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, blog tersebut kini telah dinaik taraf menjadi laman web iaitu langitilahi.com yang dikendalikan bersama teman rapat.

Anak sulung daripada empat beradik itu memberitahu, kebanyakan bukunya diterbitkan oleh syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (16), PTS Millenia Sdn. Bhd. (4), Warisan Johor (1) dan Telaga Biru (1). Selain itu, Hilal Asyraf juga pernah menerbitkan bukunya sendiri yang bertajuk Simfoni Cinta.


HILAL ASYRAF mendisiplinkan dirinya agar menulis selepas Subuh dan sebelum tidur.


Berubah ke arah kebaikan

Sebagai penulis, setiap hari Hilal Asyraf sentiasa mendisiplinkan diri menulis selepas Subuh dan sebelum tidur.

"Biasanya saya tidak mencari idea apabila berada di hadapan komputer, sebaliknya ilham untuk menulis diperoleh dalam menjalani kehidupan sehari-hari," ungkap bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Ditanya mengenai penulis yang diminati, Hilal Asyraf berkata, dia begitu menggemari karya-karya penulisan Ramlee Awang Murshid dan Dr. Faisal Tehrani selain Amru Khalid serta Dr. Majdi Al-Hilali dari Mesir.

"Mereka merupakan antara penulis yang banyak memberi inspirasi kepada saya pada peringkat awal menceburkan diri dalam bidang ini," ujar suami kepada Tengku Masyitah Tengku Paris itu.

Mengulas tentang cabaran yang dihadapi sebagai penulis, anak kelahiran Skudai, Johor berkenaan mengakui, menulis itu senang, tetapi cabaran dalam menjaga hati supaya tidak riak amat besar untuk diatasi.

"Saya cuma berdoa moga Allah menetapkan hati saya untuk terus berdakwah dalam penulisan dan matlamat perjuangan itu tidak tersasar sehingga ke akhirnya.

"Saya teringat pesanan ustaz Dahlan Mohd. Zain, mudir (guru besar) saya di maahad dahulu yang mengatakan bahawa 'tarbiah mestilah melahirkan pemimpin, dakwah mesti membawa perubahan'.

"Harapan saya agar semua pembaca buku saya dapat membuat perubahan ke arah kebaikan. Jika ia dapat dicapai, itulah kepuasan bagi saya sebagai penulis," ungkapnya penuh makna.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap

Posted:

Penjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap

Penjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap

POLIS Sepanyol semalam mendedahkan gambar yang menunjukkan Moran ditangkap di sebuah resort mewah dekat Pantai Alicante.


MADRID - Polis Sepanyol semalam mengumumkan kejayaan penangkapan seorang penjenayah dari Britain yang bersembunyi selepas dia menyerang dan melepaskan diri daripada kawalan beberapa pengawal keselamatan semasa perbicaraan kes rompakan bersenjata berlangsung pada tahun 2009.

Kementerian Dalam Negeri Sepanyol dalam satu kenyataan berkata, penjenayah itu, Andrew Terence Moran, 31, diberkas pada Jumaat lalu dalam satu serbuan di sebuah resort mewah dekat pantai Alicante.

Menurut Agensi Jenayah Berat Terancang Britain (SOCA), pihak berkuasa menangkapnya semasa dia bersantai di tepi kolam renang.

Pihak polis turut merampas dua laras senjata api, 60 butir peluru dan sebilah parang.

"Moran berfikir dia boleh mengelak ditangkap apabila melarikan diri ke Sepanyol, kerap menukar penampilan dan menggunakan identiti palsu," kata Ketua Penyiasat SOCA, Matt Burton.

Moran pernah dibicarakan berhubung dakwaan terlibat dalam rompakan bersenjata dan pihak berkuasa menyifatkannya sebagai berbahaya.

Dia dan rakan subahatnya, Stephen Devalda, 29, dituduh merompak sebanyak AS$38,400 (RM114,632) dari sebuah van surat di Colne, barat laut England dengan menggunakan sepucuk pistol, parang dan pemukul besbol.

Seorang pengawal keselamatan cedera dalam rompakan pada Mei 2005.

Semasa dia melarikan diri daripada tahanan pada tahun 2009, Moran menyerang empat pengawal keselamatan dan melompat keluar dari kandang perbicaraan. - AP

Dua balai polis di Libya dibom

Posted:

Dua balai polis di Libya dibom

Dua balai polis di Libya dibom


BEBERAPA kakitangan berdiri dekat sebuah balai polis yang mengalami kerosakan kecil akibat letupan bom di Benghazi semalam.


BENGHAZI - Dua buah balai polis dibom semalam di bandar ini, kata seorang pegawai.

Bagaimanapun, tiada laporan tentang kecederaan dan kematian dilaporkan dalam serangan tersebut yang berlaku selepas kejadian sama berlaku beberapa hari lalu.

"Terdapat dua serangan baharu yang menyasarkan balai polis Al-Gwarcha dan Al-Uruba.

"Kedua-dua bangunan balai polis tersebut mengalami kerosakan kecil," kata pegawai tersebut.

Pada Jumaat lalu, balai polis Ras Obeida dan Al-Madina di bandar kedua terbesar di Libya ini turut mengalami kerosakan besar akibat letupan bom.

Pihak berkuasa menyalahkan kumpulan radikal Islam sebagai punca keganasan di bandar tersebut termasuk pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS), Chris Stevens di sini serta empat lagi rakyat AS pada September tahun lalu. - AFP

Pertandingan wanita tua tercantik di Brazil

Posted:

Pertandingan wanita tua tercantik di Brazil

Pertandingan wanita tua tercantik di Brazil


MENEZES melambaikan tangannya selepas dia memenangi pertandingan wanita tua tercantik di Sao Paulo pada Khamis lalu.- REUTERS


SAO PAULO, Brazil – Seorang ibu berusia 65 tahun, Irenilda de Oliveira Menezes memenangi pertandingan wanita tua tercantik di sini pada Khamis lalu.

Ekoran kemenangannya itu, dia menerima sebentuk tiara.

Seramai 25 orang menyertai pertandingan itu yang diadakan sempena sambutan Hari Ibu. – Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kilang papan musnah terbakar

Posted:

Kilang papan musnah terbakar

Kilang papan musnah terbakar

13/05/2013 10:14pm

KAJANG - Sebuah kilang papan di Jalan P4 Blok 11, Bandar Teknologi disini musnah dalam satu kebakaran, tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian pada pukul 7.19 malam tadi mengakibatkan Kilang Fox One Marketing musnah sepenuhnya.

"Bagaimana pun, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan,"katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, api marak dan merebak dengan pantas berikutan bahan mentah papan yang terdapat di dalam kilang tersebut.

"Kilang dengan keluasan 30meter x 30 meter itu musnah sama sekali.

"Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,"katanya.

Tambahnya, seramai tujuh. pegawai dengan 22 anggota dari lima balai bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.17 malam tadi. - KOSMO!

Gangguan bekalan air di Klang pulih esok

Posted:

Gangguan bekalan air di Klang pulih esok

Gangguan bekalan air di Klang pulih esok

13/05/2013 9:44pm

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Klang ekoran paip pecah di bawah jejambat berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman semalam, dijangka pulih selewat-lewatnya esok.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja membaiki paip itu dijangka selesai pada pukul 10 malam ini dan bekalan air akan mula dipulihkan secara berperingkat mulai 3 pagi.

"Kerja-kerja pembaikan ini mengalami kelewatan berikutan tapak di lokasi yang mempunyai lapisan konkrit yang menembusi paip terlalu tebal untuk dipecahkan, di samping keadaan lalu lintas yang sibuk menyukarkan kerja pembaikan dilaksanakan," katanya.

Menurut Syabas, sejumlah 26,805 pengguna, melibatkan 5,367 akaun di Bandar Sultan Sulaiman, Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang terjejas akibat gangguan bekalan air itu.

Berikutan gangguan tersebut, pihaknya telah menyediakan tiga buah lori tangki dan dua tangki air statik untuk penduduk di kawasan yang terjejas.

Untuk bantuan atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - Bernama

Empat pengedar dadah diberkas polis

Posted:

Empat pengedar dadah diberkas polis

Empat pengedar dadah diberkas polis

13/05/2013 9:28pm

KUANTAN - Polis menahan empat pengedar dadah termasuk seorang ibu tunggal dan merampas 199.4 gram heroin bernilai RM 39,880 dalam tiga serbuan berasingan di sini semalam dan Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan memberitahu, dalam serbuan pertama, seorang buruh berusia 22 tahun ditahan di tepi jalan berhampiran sebuah rumah dekat Bukit Setongkol, di sini kira-kira pukul 12.30 pagi Sabtu lepas.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, polis menjumpai 15.4 gram heroin bernilai RM3,080, ganja seberat 0.3 gram dan syabu seberat 0.5 gram.," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, dua lagi lelaki berusia 18 dan 19 tahun turut ditahan di sebuah rumah di kawasan Bukit Setongkol di sini pada pukul 1.30 pagi pada hari yang sama.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, seorang wanita berusia 41 tahun diberkas di tepi jalan dekat kawasan perindustrian Semambu di sini.

Katanya, pemeriksaan polis menemui heroin seberat 60 gram bernilai RM12,000 di dalam sebuah beg di tangannya. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ingin hadir perkahwinan Che Ta

Posted:

Ingin hadir perkahwinan Che Ta

Ingin hadir perkahwinan Che Ta

BIARPUN umum sudah mengetahui Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal berkahwin tidak lama lagi, pelakon Singapura, Shah Iskandar masih dikaitkan dengan pasangan popular itu.

Ini kerana baru-baru ini timbul cerita apabila Shah dikatakan berasa kecil hati dengan sikap dingin dan acuh tak acuh Rozita ketika mereka digandingkan sebagai penyampai di sebuah majlis anugerah.

Sumber itu memberitahu, Shah sedih dan berasa kecil hati kerana sebelum naik ke pentas, Rozita yang pernah digosipkan bercinta dengannya itu begitu ramah melayannya.

Sebaliknya, sebaik berada di atas pentas pelakon Kiah Pekasam itu bersikap dingin dan acuh tak acuh pula dengannya.

Menurut sumber itu lagi, sikap dingin Rozita itu disebabkan dia risau kekasih hatinya, Zain, yang duduk di bawah pentas cemburu melihat dia bersama Shah.

Malah, ada khabar mengatakan sememangnya Zain tidak selesa bakal isterinya itu digandingkan bersama Shah.

Pemilik nama penuh Shah Iskandar Mahfuz yang ditemui pada majlis pratonton filem Oh Mak Kau di Cathay Cineplex Cineleisure, Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, nyata terkejut dengan perkara tersebut.

Dia sebaliknya menafikan pernah berkecil hati dengan Rozita.

Bahkan, ujar Shah, dia sendiri tidak tahu menahu bahawa Zain berasa tidak selesa dirinya digandingkan dengan Rozita.

"Saya tidak dengar ceritapun mengenai Zain tidak selesa saya digandingkan dengan Che Ta. Saya juga tidak berasa kecil hati seperti yang didakwa," ujarnya yang memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan Zain.

Mengulas lanjut mengenai Rozita dan Zain, luah Shah, dia berasa kasihan terhadap pasangan itu kerana sering dilanda kontroversi.

"Kadangkala saya kasihan dengan hubungan mereka yang sering dilanda kontroversi terutama di laman sosial. Saya gembira dengan berita perkahwinan mereka dan akan hadir sekiranya mendapat jemputan," ujarnya yang turut mendoakan yang terbaik kepada Zain dan Rozita.

ROZITA dan Zain dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.


Tidak kisah kekasih janda

Dalam pada itu, Shah berharap selepas perkahwinan pasangan itu, gosip cinta yang pernah mengaitkan dirinya dengan Rozita akan terus terpadam.

Ungkapnya: "Cukuplah satu gosip itu sahaja kerana saya mahu menjadi pelakon yang bersih daripada sebarang kontroversi mahupun gosip liar."

Mengakui dirinya dengan Rozita sebelum ini tidak mempunyai sebarang hubungan, dedah Shah, sehingga kini dia masih solo tanpa kekasih.

Begitupun, dia yang kini sudah berusia 31 tahun mempunyai sasaran untuk berkahwin dalam masa empat tahun lagi iaitu ketika usianya mencecah 35 tahun.

"Saya masih solo. Buat masa ini saya masih mencari dan cuba mengenali ramai wanita. Mengenai gadis pilihan, kalau boleh saya mahukan gadis yang memahami kerjaya lakonan saya," ujarnya yang turut mengakui menyukai gadis cantik.

Ditebak bagaimana sekiranya wanita yang ditemui berstatus janda, akui Shah, dia tidak kisah mengenai perkara itu asalkan berasa selesa ketika bersamanya.

Tidak kecewa

Mula berlakon di Malaysia sejak tahun 2009, walaubagaimanapun nama Shah tidak begitu menyerlah berbanding rakan senegaranya iaitu Aaron Aziz dan Adi Putra.

Ditebak sama ada dia kecewa dengan nasibnya, ungkap pelakon berusia 31 tahun itu, dia tidak berasa kecewa biarpun namanya belum setanding dengan Aaron Aziz dan Adi Putra.

Baginya, Aaron Aziz dan Adi Putra sudah lebih 10 tahun berada dalam industri berbanding dirinya yang masih hijau dan masih mencari identiti dalam membina kerjaya sebagai pelakon.

Begitupun, Shah mengakui pencalonannya sebagai Artis Baru Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular baru-baru ini sedikit sebanyak membuka ruang dan keyakinan kepadanya untuk terus mencipta nama.

"Saya tidak berasa kecewa biarpun nama saya idak begitu popular di sini jika dibandingkan dengan Aaron Aziz dan Adi Putra. Mereka juga mengambil masa yang agak lama untuk bertapak di sini. Saya rasa graf kerjaya saya di peringkat okey dan naik secara perlahan-lahan," akuinya yang meminati bidang pengacaraan.

Berkongsi mengenai minatnya terhadap bidang pengacaraan, jelas Shah, dia mula bertapak dalam bidang seni sebagai pengacara di Singapura.

JIKA mengikut perancangan dirinya, Shah bakal bergelar seorang suami dalam tempoh empat tahun lagi.


"Ketika di Singapura saya banyak terlibat dengan beberapa program di sana. Peluang di bidang pengacaraan adalah lebih menyerlah berbanding lakonan ketika di Singapura. Tetapi, di Malaysia terbalik pula kerana peluang berlakon lebih banyak diperoleh daripada mengacara," ujarnya yang mengakui rindu untuk mengacara dan tidak tolak sekiranya ditawarkan.

Mengulas mengenai kerjaya lakonannya pula, ujar Shah, buat masa ini dia sering ditawarkan watak antagonis. Terbaharu, Shah bakal muncul membawakan watak antagonis dalam sebuah drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Teduhan Kasih. Selain Shah, drama yang bakal ditayangkan di TV3 itu juga dibintangi oleh Adi Putra dan Sherry Ibrahim.

Mengakui teruja dan selesa membawakan watak antagonis, ungkap Shah, dia tidak takut penampilannya bakal mendapat kritikan pedas daripada penonton.

Taraf penduduk tetap

Mengakui peluang berlakon lebih cerah di Malaysia berbanding di Singapura, Shah bertekad untuk terus mengembangkan bakat lakonannya di sini.

Begitupun, dia tidak merancang untuk memiliki Taraf Penduduk Tetap (PR) dalam masa terdekat ini.

"Memang ada rancangan nak mohon PR tapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya juga faham, ia bukan mudah kerana ada prosedur dan syarat-syaratnya.

"Saya sebenarnya tidak terlalu mengharap PR kerana masih bujang. Jadi saya tidak perlu risau tentang apa-apa kerana cukup dengan hanya visa lulus saya boleh cari makan di sini tanpa sebarang masalah. Lainlah seperti Aaron Aziz, dia ada keluarga malah, anak-anaknya juga bersekolah di sini. Jadi, dia sangat memerlukan kerakyatan," katanya yang pulang ke kota singa, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Lisdawati berubah untuk kebaikan diri

Posted:

Lisdawati berubah untuk kebaikan diri

Lisdawati berubah untuk kebaikan diri

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM

LISDAWATI mengakui dia mengubah penampilan dirinya secara perlahan-lahan tetapi sepenuhnya berhijab bermula Sabtu kelmarin.


SETIAP manusia boleh berubah, sama ada seseorang itu menjadi lebih baik atau sebaliknya. Ramai dalam kalangan selebriti wanita berubah ke arah kebaikan, khususnya dengan berhijab.

Terbaharu, tidak ketinggalan aktres dan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati.

Pada satu majlis pelancaran produk Selebriti Cosway di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam, Lisdawati kelihatan anggun mengenakan hijab berwarna jingga.

Kosmo! segera mendapatkan pelakon filem KL Menjerit ini. Ikuti temu bual bersama Lisdawati yang bercerita tentang perubahan penampilan dirinya ini.

Kosmo!: Sejak bilakah Lisdawati berubah (dengan berhijab)?

LISDAWATI: Sebenarnya niat untuk berubah sudah lama. Jadi, saya lakukan ia secara perlahan-lahan dan tidak mahu ia (dilakukan) dengan tergesa-gesa.

Apa kata Fauzi Nawawi apabila Lisdawati kini berubah penampilan?

Dia terkejut dan tak sangka bahawa saya akan berubah (penampilan ) secepat ini. Bagaimanapun, dia sentiasa beri saya semangat dan dorongan untuk berubah menjadi lebih baik.

Kenapakah Lisdawati tiba-tiba ingin berubah penampilan?

Saya berubah ini bukanlah kerana siapa-siapa. Saya berubah atas dasar niat saya adalah kerana Allah. Saya tidak mahu masyarakat pandang serong dengan perubahan yang dilakukan oleh saya sendiri. Mulut orang kita tak boleh tutup. Jadi, saya berubah dengan pelahan-lahan. Pada mulanya, saya ubah dari segi pemakaian. Saya tidak lagi pakai pakaian yang seksi dengan semua pakaian saya bertutup dan longgar. Sebab itu saya cakap, niat memang ada tetapi saya buat semuanya perlahan-lahan. Saya suka untuk menjadi diri sendiri dan bukan orang lain.

Bagaimanakah pula dengan karier Lisdawati sebagai seorang pelakon selepas sudah mula berubah penampilan ini?

Saya tetap berlakon kerana ia adalah punca rezeki saya selama ini untuk saya sekeluarga. Jadi, tidak menjadi satu masalah apabila berubah penampilan dan meneruskan karier lakonan. Malah, kebanyakan watak-watak yang saya raih adalah watak ibu dan yang seumpama dengannya. Saya hanya fikir positif, saya cari rezeki untuk anak-anak dan nawaitu saya adalah untuk mencari rezeki. Jadi, saya tak kisah sebab itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada saya.

Apakah perancangan Lisdawati selepas ini?

Saya teringin sangat mahu buka perniagaan sendiri.

Perkembangan terbaharu Lisdawati?

Saya sudah berehat daripada aktiviti seni selama dua bulan dan mulai minggu hadapan saya akan mula sibuk dengan penggambaran sebuah telemovie. Selama dua bulan ini, saya sibuk jaga anak-anak, suami dan uruskan rumah.

Kekecewaan Bunkface

Posted:

Kekecewaan Bunkface

Kekecewaan Bunkface

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


BUNKFACE enggan mengambil risiko dengan terus menerbitkan album tetapi terlebih dahulu mengeluarkan beberapa single dan klip video baharu.


ALBUM kedua Bunkface yang mula dipasarkan sekitar penghujung tahun 2012 berjudul Punk Not Dead barangkali dilihat sepi dalam industri hiburan tempatan.

Mana tidaknya, masih ada peminat band muzik pop punk itu masih belum jelas akan perkembangan Bunkface sehingga ada yang meluahkan kekesalan terhadap perjuangan band itu yang prestasinya kian merosot sejak akhir-akhir ini.

Bersetuju dengan dakwaan tersebut, ujar vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar, perjuangan muzik dan band-band tempatan sepertinya tidak serancak dua tahun lalu.

"Sambutan album pertama (Phobia Phoney) tiga tahun lalu lebih progresif jika dibandingkan dengan Punk Not Dead yang sangat perlahan.

"Penerimaan peminat mungkin tidak agresif seperti dulu, permintaan pun tidak banyak. Begitu juga tawaran membuat persembahan.

"Saya sedikit kecewa apabila peminat sudah semakin berkurang tapi saya akur, industri muzik kita seperti ombak. Ada naik turun," luah Sam yang ditemui ketika majlis pelancaran album kompilasi Baik Punya di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sam muncul pada majlis tersebut bersama seorang lagi anggota Bunkface iaitu Paan sementara anggota ketiga kumpulan itu, Youk tidak dapat hadir.

Album kompilasi Baik Punya terbitan Indigital Sdn. Bhd. dengan kerjasama Tropic Jaya mengandungi 14 buah lagu antaranya Cinta Bersatu (Liyana Jasmay), Jerrypah (Aizat), Memandang Awan (Sharifah Zarina), Aku Permata (Salma) dan lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza berjudul Falling In Love yang dinyanyikan semula oleh Bunkface.

Mengakui kini band yang ditubuhnya sejak tahun 2005 itu perlu berusaha lebih keras, Sam menelan hakikat bahawa monopoli industri muzik semasa dimiliki penyanyi solo, remaja dan muzik akustik.

"Kami tidak tahu apa salah kami, mungkin peminat sudah tidak nampak muzik kami. Semua ada zaman masing-masing dan zaman muzik Bunkface sudah pun berlalu.

"Sekarang peluang kepada generasi baharu dengan penerokaan muzik yang lebih santai dan mesej yang senang dicerna," ujar Sam.

Biar risau akan hala tuju bandnya suatu masa nanti, Sam akur akan kehendak pasaran dan enggan memaksa peminat mengagumi hasil muziknya.

Malah kata Sam, dia akan 'melembutkan' aliran muzik Bunkface selepas ini agar lebih senang didekati generasi sekarang dan kemungkinan besar akan berkolaborasi dengan beberapa penyanyi popular sekarang.

Selain itu, Bunkface akan menggunakan resipi asas dunia muzik iaitu membuat satu persatu single dan klip video sebelum mengambil risiko mengeluarkan album.

"Muzik kami akan kekal dan Bunkface tidak akan sesekali menukarkan stail kami. Kami tidak akan berputus asa dan sebagai sebuah band kami tidak boleh terlalu tamak," jelas Sam.

Bunkface baru habis membuat persembahan di Festival Midem 2013 di Cannes, Perancis sekitar pertengahan bulan Februari lalu bersama beberapa penyanyi tempatan lain antaranya Hujan, Jaclyn Victor dan Amanda Imani.

Dalam perkembangan lain, Bunkface akan memulakan siri konsert jelajah seluruh Malaysia iaitu Punk Not Dead Tour Malaysia bermula 1 Jun depan.

Band yang terkenal dengan lagu Ekstravaganza itu akan beraksi bersama beberapa buah band tempatan di lapan buah negeri sekitar Semenanjung Malaysia sepanjang siri konsert jelajah itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved