Rabu, 8 Mei 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


18 GRO warga asing asyik layan pelanggan dicekup

Posted:

18 GRO warga asing asyik layan pelanggan dicekup

18 GRO warga asing asyik layan pelanggan dicekup

SEBAHAGIAN daripada 18 GRO warga asing diberkas dalam serbuan di sebuah kelab malam di Pandan Perdana semalam.


AMPANG JAYA - Keseronokan 18 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing melayan pelanggan masing-masing tidak kekal lama apabila kesemua mereka ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Pandan Perdana di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika serbuan pada kira-kira pukul 1.40 pagi itu, seramai tujuh wanita Vietnam serta 11 dari China berumur 30-an telah ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, kesemua mereka sedang asyik mengumpan pelanggan-pelanggan kelab malam itu supaya memberi mereka tip atau upah.

"Siasatan mendapati GRO itu mendapat tip hasil daripada jualan minuman keras yang dibeli oleh pelanggan," ujarnya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Angkara libasan lelaki mabuk

Posted:

Angkara libasan lelaki mabuk

Angkara libasan lelaki mabuk

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
berita@kosmo.com.my

GEORGE TOWN – Seorang lelaki mabuk bertindak ganas apabila melibas leher seorang anggota polis dengan sebilah pisau hingga mengakibatkan mangsa cedera dan terpaksa menerima 26 jahitan dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Seberang Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila anggota polis berpangkat Koperal tersebut cuba mententeramkan suspek berusia 43 tahun yang sebelum itu telah mencederakan empat pengunjung kelab malam tersebut.

Suspek yang cuba keluar daripada pusat hiburan selepas mencederakan empat pengunjung itu kemudian telah dikepung oleh orang ramai termasuk anggota polis berkenaan yang sedang minum berdekatan pusat hiburan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mangsa yang melihat suspek dalam keadaan terlalu mabuk cuba menenangkan dan menangkapnya sebelum lelaki itu melibas pisau yang mengenai leher Koperal tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kolonel Black Panther Sulu ditahan

Posted:

Kolonel Black Panther Sulu ditahan

Kolonel Black Panther Sulu ditahan

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Cubaan kumpulan pengganas Sulu menceroboh kawasan pantai timur Sabah belum berakhir ekoran penahanan dua buah bot dinaiki sekumpulan 25 lelaki yang membawa bersama pelbagai senjata oleh pihak berkuasa Filipina di perairan Simunul berdekatan negara jiran itu pada Ahad lalu.

Ketika ditahan pada pukul 3 pagi itu, dua buah bot yang menggunakan enjin sangkut tersebut masing-masing membawa seramai 12 dan 13 penumpang.

Pulau Simunul yang terletak kira-kira 144 kilometer dari Semporna, Sabah merupakan salah satu lokasi yang menjadi kawasan persembunyian dan pencerobohan puak pengganas Sulu yang sebelum itu menawan Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Sumber berkata, pemeriksaan pihak berkuasa negara Filipina ke atas kedua-dua buah bot tersebut menemui pelbagai jenis senjata api termasuk 15 laras raifel, lima laras senapang M-14 serta sepucuk pistol jenis Colt.

Turut dirampas 75 butir bom tangan.

Sumber itu berkata, kumpulan 25 lelaki yang dipercayai dalam rancangan menceroboh Sabah diketuai oleh Haji Asak Alimuddin seorang lelaki berpangkat kolonel dalam pasukan Black Panther Briged. Dikatakan Black Panther Briged merupakan salah sebuah pasukan elit dalam pasukan tentera Sulu.

Kolonel yang berusia 50-an itu turut dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Pemimpin Puak pengganas Sulu, Jamilul Kiram III.

"Haji Asak bersama anak-anak buahnya masih disiasat bagi mengetahui rancangan kumpulan itu yang dikhuatiri mahu menceroboh Sabah," kata sumber itu dengan memberitahu kumpulan itu masih ditahan di kepulauan Jolo dekat Sulu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ferguson umum bersara

Posted:

Ferguson umum bersara

Ferguson umum bersara

FERGUSON membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengurus Manchester United yang disandangnya sejak November 1986.


LONDON - Alex Ferguson akan melepaskan jawatan sebagai pengurus kelab Liga Perdana England, Manchester United pada akhir musim ini.

Berita persaraan pengendali kelahiran Scotland berusia 71 tahun tersebut diumumkannya semalam.

Ferguson membimbing skuad The Red Devils sejak November 1986 dan beliau boleh dianggap sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak England.

Sepanjang 26 tahun berada di Old Traf- ford, beliau membantu United memenangi 13 gelaran Liga Perdana, lima Piala FA, empat Piala Liga dan dua trofi Liga Juara- Juara selain beberapa penghormatan yang lain.

United menjulang trofi ke-20 Liga Perdana England bulan lalu selepas terlepas gelaran juara kepada musuh tradisi, Manchester City tahun lepas.

Di bawah bimbingan Ferguson, United menjadi salah sebuah kelab yang terkenal dalam sukan dunia dan majalah perniagaan Amerika Syarikat (AS), Forbes melaporkan baru-baru ini bahawa mereka memperoleh keuntungan berjumlah AS$3.17 juta (RM9.4 juta).

Spekulasi mengenai persaraan itu hangat diperkatakan sehingga kelmarin tetapi Ferguson berkata, beliau sudah lama menimbangkan perkara tersebut.

"Keputusan untuk bersara bukan sesuatu yang menarik untuk dilakukan dan saya tidak membuat keputusan terburu-buru. Ini adalah masa yang tepat.

"Adalah sesuatu yang penting bagi saya untuk meninggalkan kelab itu di kedudukan yang terbaik dan saya yakin saya telah me- lakukannya," kata Ferguson dalam satu kenyataan semalam.

Ferguson yang akan kekal di United sebagai seorang pengarah dan duta kelab berkata, beliau yakin dengan keputusannya bersara daripada jawatan pengurus ketika skuad The Red Devils berada dalam situasi terbaik.

"Kualiti skuad ini adalah memenangi liga dan umur pemain yang seimbang. Ia merupakan suatu petanda baik untuk melakar kejayaan yang berterusan di peringkat tertinggi.

"Struktur pemain remaja akan memasti- kan kelab ini mempunyai masa depan yang cerah dan kekal sebagai sebuah kelab yang hebat.

"Sepanjang sedekad yang lalu, keluarga Glazer memberikan saya platform untuk menguruskan United berdasarkan kemampuan saya," katanya.

Terdapat laporan yang mendakwa, pengurus Everton, David Moyes sebagai calon terbaik bagi menggantikan Ferguson.

Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho juga pernah dikaitkan dengan jawatan itu. - Agensi

Sapura selesa dilabel

Posted:

Sapura selesa dilabel <i>underdog</i>

Sapura selesa dilabel underdog

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

PENYERANG import Sapura, Khasif Ali dari Pakistan muncul penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia 2013 selepas meledakkan 17 gol setakat ini.


SAPURA lebih selesa sekiranya mereka dilabel sebagai pasukan underdog pada aksi separuh akhir pertama kejohanan hoki Piala Tenaga Nasional Berhad (Piala TNB) 2013 menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil esok.

Jurulatih Sapura, Tai Beng Hai berkata, beliau sedar pasukannya bakal berdepan halangan besar pada aksi menentang sebuah kelab gergasi seperti KLHC.

"Saya berharap pemain akan turun ke padang dengan penuh semangat dan bermain seperti biasa tanpa sebarang tekanan.

"Saya juga selesa Sapura dianggap pasukan bukan pilihan kerana saya tidak mahu ia mengganggu tumpuan pemain-pemain saya," kata Beng Hai kepada Kosmo! kelmarin.

Dalam pada itu, pengendali KLHC, K. Dharmaraj berkata, beliau tidak pernah menganggap KLHC sebagai sebuah pasukan yang hebat selagi mereka tidak menjulang Piala TNB tahun ini.

"Agak berat bebanan yang kami pikul apabila disebut-sebut sebagai pasukan pilihan dan terbaik, namun itu saya anggap hanya sebagai satu tonik tambahan buat kami untuk lebih berjaya selepas ini.

"Pada sesi latihan sebelum ini saya meminta pemain-pemain saya untuk mengasah ketajaman penyudahan mereka kerana perkara itu dilihat masih menjadi halangan buat kami setakat ini," kata Dharmaraj.

Sementara itu, ketua pasukan KLHC, Muhammad Razie Abdul Rahim berkata, Sapura merupakan salah sebuah kelab terbaik di negara ini dan kekuatan mereka adalah menerusi pukulan sudut penalti.

"Kami telah mengkaji corak permainan Sapura menerusi rakaman video dan kami akan memperbaiki setiap kelemahan kami.

"Saya dan rakan-rakan sepasukan sudah bersedia untuk aksi separuh akhir itu nanti dan kami akan melakukan yang terbaik bagi memastikan KLHC muncul juara berganda sekali lagi musim ini," kata pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Esok, KLHC bakal menentang Sapura (6 petang) manakala Maybank bertemu TNB pada pukul 8 malam di Bukit Jalil.

Semangat berpasukan bantu kejayaan ATM

Posted:

Semangat berpasukan bantu kejayaan ATM

Semangat berpasukan bantu kejayaan ATM

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


MARLON (tengah) menjaringkan dua gol untuk membantu ATM mengutip tiga mata penuh ketika menewaskan Johor DT 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.


JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan menegaskan, semangat berpasukan antara faktor yang membantu skuad kendaliannya menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 2-0 pada aksi Liga Super kelmarin.

Penyerang import berbisa skuad The Gladiators, Marlon Alex James memastikan tiga mata penuh menjadi miliki ATM selepas meledak dua gol pada minit ke-55 dan ke-64.

Kini, Sathianathan yakin pasukannya berada di landasan tepat untuk memburu kejuaraan liga musim ini.

Lantaran itu, bekas jurulatih Kelantan tersebut menggesa anak-anak buahnya agar bekerja keras supaya dapat mengutip mata maksimum pada baki perlawanan musim ini.

"Kami bermain sebagai satu pasukan. Saya memuji pemain saya kerana mereka begitu rajin dan berdisiplin ketika berada di atas padang.

"Kami tidak memberikan ruang buat Johor DT walaupun 10 minit pertama mereka memiliki dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

"Saya meminta pemain menukar corak permainan dan hasilnya, kami berjaya mengawal perlawanan dan mendapatkan tiga mata penting," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Untuk rekod, The Gladiators yang mengutip 30 mata ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Liga Super, Lions XII yang kurang satu perlawanan.

Pada perkembangan sama, Sathianathan sekali lagi menyuarakan kebimbangan ketika berdepan Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini.

Ia gara-gara faktor cuaca menjadi penentu buat skuad kendaliannya kerana beliau mengakui cuaca panas dilihat membantutkan prestasi cemerlang ATM.

"Beraksi di sebelah petang, kami memiliki rekod yang tidak baik. Kami pernah tewas 2-3 kepada Terengganu tetapi berjaya mengalahkan T-Team 1-0 pada cuaca panas.

"Sebelum ini, saya menerapkan taktik dengan menukar latihan kepada sesi petang.

"Ia telah berjaya ketika di Kuala Terengganu pada Jumaat lalu (berdepan T-Team) tetapi kali ini, kami bergantung kepada faktor cuaca.

"Jika hujan, ia bonus buat kami tetapi saya mahu pemain-pemain ATM bekerja keras sekiranya berhasrat untuk menjulang kejuaraan liga pada musim ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kanak-kanak tunjang \

Posted:

Kanak-kanak tunjang \<i>Green X\</i>

Kanak-kanak tunjang \Green X\

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

SHIKH ABDULL RASHID harus bijak menangani perangai kanak-kanak yang adakalanya mencabar kesabaran.


TANPA bantuan daripada anak-anak kecil dari sebuah sekolah rendah di sekitar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur, pastinya persembahan muzikal puisidra dan taripuisi, Green X tidak akan meriah.

Biarpun diberi peranan sebagai ranting pokok dan watak ungka, namun khidmat sukarela pelajar tahun empat hingga enam dari Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah itu dianggap begitu besar.

Pengurus produksi persembahan Green X, Nadrah Zainal Abidin menjelaskan bahawa tenaga pelakon cilik itu begitu diperlukan bagi merealisasikan persembahan yang berkonsepkan kehijauan alam tersebut.

"Tugas mereka sebenarnya begitu besar untuk persembahan ini bahkan menjadi tulang belakang. Sebab itulah latihan diberikan secara intensif kepada mereka. Selain mempunyai peranan sebagai pokok ada juga yang diberi peranan watak ungka.

"Mereka juga nampak begitu bersemangat membawa watak masing-masing sepanjang latihan beberapa minggu. Pihak kami mendapat bantuan daripada 22 orang pelajar yang berlakon secara sukarela.

"Ibu bapa dan guru-guru mereka juga memberi kerjasama yang baik kerana penglibatan ini sebenarnya boleh mendedahkan pelajar terhadap dunia kreatif," ujar Nadrah.

Biarpun mendapat khidmat sukarela, pihak produksi tetap menjaga kebajikan para pelakon apabila akan menjemput dan menghantar murid tersebut ke sekolah sejurus latihan tamat pada setiap dua kali seminggu.

Melatih kanak-kanak dalam bidang lakonan bukanlah mudah. Pengarah pementasan itu yang juga merupakan pelajar filem, Shikh Abdull Rashid Shikh Abdullah menjelaskan bahawa melayan kerenah kanak-kanak merupakan cabaran yang besar.

"Terdapat dua jenis pelakon yang sukar dikawal dan diberi arahan iaitu pelakon kanak-kanak dan pelakon haiwan.

"Namun, kesukaran itu dapat diatasi sekiranya kita dapat menguasai mereka. Bahkan pelajar tersebut juga lebih mendengar kata kerana mereka semuanya bijak-bijak," kata Rashid.


PERSEMBAHAN teater Green X turut diperkemaskan oleh pelajar-pelajar jurusan teater dari Aswara.


Persembahan Green X merupakan projek tahun akhir pelajar ijazah dan diploma modul Pengurusan Produksi, Fakulti Muzik. Mengangkat isu pemanasan global dan alam sekitar, beberapa elemen kesenian digabungkan bersama dalam persembahan yang berdurasi sejam setengah itu.

"Ia merupakan sebuah projek persembahan pentas yang merupakan gabungan muzik, teater dan tarian. Bertemakan kehijauan dan alam semula jadi, kanak-kanak tersebut bersama, pemuzik, pelakon, pemuisi dan penari daripada pelbagai fakulti di Aswara akan berkongsi pentas nanti," ujar pengarah artistik, Haziratul Syamimi Ishak.

Green X akan dipersembahkan di Panggung Eksperimental Aswara, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada 11 Mei ini pukul 8.30 malam. Masuk adalah percuma. Maklumat lanjut hubungi tenga produksi Green X di www.facebook.com.my/aswaragreenx.

Persembahan yang mendapat penajaan daripada Majlis Belia Negara, Yayasan Emkay, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Maya Axis Creative Sdn. Bhd. itu turut diserikan dengan persembahan penutup oleh penyanyi Zainal Abidin.

Eksperimentasi seorang pensyarah

Posted:

Eksperimentasi seorang pensyarah

Eksperimentasi seorang pensyarah

Oleh SUHANA VERU


MUHAMMAD RASFAN menunjukkan hasil karyanya yang mengangkat tema Lakeside In Gardenia di Galeri Seni, Matic, Kuala Lumpur.


KEBANYAKAN pengkarya seni visual memilih alam sekitar sebagai subjek utama karya mereka.

Muhammad Rasfan Abu Bakar, 34, antara pengkarya seni yang tidak terkecuali menjadikan keindahan suasana tasik berhampiran rumahnya di Kajang, Selangor sebagai inti pati utama dalam hasil karya seninya.

Koleksi karya indah beliau telah dipamerkan di Galeri Seni, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada bulan April lalu. Ia merupakan pameran solo ketiga Muhammad Rasfan.

Pameran yang mengangkat tema Lakeside In Gardenia itu menyaksikan kreativiti Muhammad Rasfan menghidangkan permainan warna bersifat sejuk pada pengolahan warna terang yang digarap dengan pelbagai teknik.

Menurut Muhammad Rasfan, yang juga seorang pensyarah di Fakulti Animasi dan Multimedia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), sebanyak 36 karya dipamerkan yang berkisar mengenai keindahan, suasana dan landskap tasik.

"Sesetengah individu hanya mampu melihat alam semula jadi tetapi saya berasa bertuah kerana berpeluang mengolahnya dalam bentuk catan dan berkongsi dengan orang ramai" katanya kepada Kosmo!

Setiap karya yang dihasilkan Muhammad Rasfan menekankan elemen simbol dan makna yang dilakukan berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar.

Bagaimanapun, wujud penghayatan yang berbeza dalam setiap karya memandangkan untuk memahami atau mencerna sesuatu objek seni, orang ramai perlu memahami apa yang cuba disampaikan oleh pelukis itu.

"Segelintir pengunjung mengambil masa yang agak lama untuk memahami mesej yang ingin saya sampaikan.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang mengenali seni mudah saja untuk memahami apa yang ingin saya sampaikan," ujarnya yang turut menyatakan bahawa setiap karyanya diselitkan alunan riak air.

Tambah beliau, menerusi pameran secara tidak langsung dapat mengajak pengunjung menggunakan pemerhatian sendiri bagi menghayati elemen-elemen asas seperti warna, bentuk, garisan, tekstur, ruang, tekanan dan penghasilan kesan-kesan tertentu yang mungkin tidak mempunyai sebarang maksud.

"Elemen seperti bentuk, warna dan garisan memberi impak yang besar kepada manusia kerana ia terdapat di sekeliling kita," katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai proses menghasilkan karyanya, beliau berkata, setiap karya dihasilkannya memakan masa yang lama kerana perlu melalui beberapa proses seperti penghasilan tekstur sebelum diwarna beberapa lapisan.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai yang meneliti setiap hasil karyanya dapat melihat lapisan awal cat tersebut.

Mahali pilih Puma Mobium Elite

Posted:

Mahali pilih Puma Mobium Elite

Mahali pilih Puma Mobium Elite

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

MAHALI menunjukkan kasut Puma Mobium Elite yang membantu larian lebih selesa.


KASUT larian yang dicipta khusus mengikut pergerakan kaki kini boleh dimiliki mereka yang aktif berlari. Puma Mobium Elite menjadi item wajib untuk dipakai kerana keupayaannya untuk mengembang dan mengecut saat kaki bergerak.

Proses rekaan dan pembangunan Puma Mobium Elite yang dijalankan selama dua tahun dihasilkan dengan mengambil kira pengembangan kaki menerusi tiga arah. Longitud, lateral dan sisi tegak kaki diteliti, sekali gus menghasilkan sepasang kasut yang bersesuaian dengan pergerakan badan menjadikan larian lebih natural.

Pengurus Besar Puma Malaysia, Cheryl Wong menjelaskan, Puma Mobium Elite merupakan kasut generasi pertama yang direka mengikut konsep sebegitu.


DARI kiri: Mahali, Cheryl dan Wee Wern pada majlis pelancaran Puma Mobium Elite baru-baru ini.


"Ia dihasilkan bagi mencabar pembentukan statik kebanyakan kasut dan melangkaui standard konvensional.

"Kami percaya kasut ini mampu memberi keselesaan berpanjangan kepada pemakai dan paling penting, ia meningkatkan kualiti larian agar lebih efisien," ujar Cheryl pada majlis pelancaran Puma Mobium Elite di pusat beli-belah 1Utama, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli dan atlet skuasy negara, Low Wee Wern yang tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mereka menyarung Puma Mobium Elite.

PUMA Mobium Elite dicipta berpandukan tiga aspek pergerakan kaki.


Mahali ketika ditemui Kosmo! pada majlis itu memberitahu, percubaan awalnya menggunakan Puma Mobium Elite ternyata memberi kelancaran luar biasa dalam lariannya.

"Sebagai ahli sukan, kasut memainkan peranan yang penting dalam aktiviti seharian. Kasut yang baik mestilah selesa dan stabil serta mampu meningkatkan prestasi.

"Saya sendiri pernah terbeli kasut yang tidak sesuai. Kesannya ia membuatkan kaki saya cepat melecet dan jika dipakai secara berterusan, ia boleh mencederakan kaki.

"Jadi adalah amat penting kita mengetahui kasut yang sesuai dengan kaki kita. Sebelum beli, cuba kasut itu terlebih dahulu dan selepas benar-benar yakin, barulah membuat keputusan," kongsi Mahali sambil menambah kasut yang berharga RM369 ini selesa dan mampu memberi kepuasan kepada dirinya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tiga wanita hilang ditemui selepas satu dekad

Posted:

Tiga wanita hilang ditemui selepas satu dekad

Tiga wanita hilang ditemui selepas satu dekad

SEORANG anggota polis berkawal di luar rumah di mana tiga wanita dikurung selepas mereka diculik sedekad lalu di Cleveland, semalam.- AP


CLEVELAND, Amerika Syarikat - Tiga wanita yang diculik sedekad lalu ditemui dalam keadaan masih hidup di sebuah rumah di sini kelmarin.

Polis berkata, pihaknya menahan tiga adik-beradik lelaki termasuk seorang pemandu bas berhubung kehilangan mereka.

Tiga wanita tersebut iaitu Gina DeJesus, 23, Amanda Berry, 24, dan Michelle Knight ditemui dalam keadaan sihat.

Media AS melaporkan, Berry hilang pada 2003 manakala DeJesus pada 2004 ketika mereka masih di usia remaja.

Stesen televisyen CNN pula melaporkan bahawa Knight didapati hilang pada 2000 pada usia 20 tahun.

Menurut polis, mereka menyerbu kediaman tersebut selepas menerima panggilan kecemasan daripada Berry.

Wanita itu dibebaskan daripada kediaman itu oleh seorang jiran yang terdengar jeritan mangsa.

"Tolong saya! Saya Amanda Berry, saya diculik dan hilang selama 10 tahun. Saya kini bebas," menurut rakaman percakapan Berry dengan operator perkhidmatan kecemasan 911.

Semasa membuat panggilan tersebut, mangsa mendedahkan nama penculiknya dan memberitahu, dia berada di luar rumah tempat dia dikurung.

Berry juga merayu polis supaya segera ke tempat kejadian.

Jiran berkenaan, Charles Ramsey memberitahu dalam wawancara bersama CNN, dia melihat Berry berusaha untuk keluar daripada pintu rumah yang belum terbuka sepenuhnya apabila tiba di kediaman tempat mangsa dikurung.

"Saya melihat dia panik dan seboleh-bolehnya mahu membuka pintu dan keluar dari rumah itu," kata Ramsey.

Menurut lelaki tersebut, dia melihat Berry muncul daripada kediaman itu bersama seorang budak perempuan.

Polis yang menyerbu rumah tersebut tidak lama kemudian turut menemui DeJesus dan Knight.

Ketiga-tiga wanita itu kemudian dibawa ke sebuah hospital dan berada dalam keadaan selamat.

"Kita jarang mendengar kisah penculikan seperti ini berakhir dengan selamat," kata pegawai hospital berkenaan, Dr.Gerald Maloney.

Beliau enggan mengulas laporan media bahawa dua kanak-kanak turut ditemui bersama tiga wanita tersebut di kediaman itu.

Tiga suspek yang masing-masing berusia 50, 52 dan 54 tahun kini ditahan untuk soal siasat.

Seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai Ariel Castro, 52, yang merupakan pemandu bas sekolah awam di sini. - Agensi

Guna anjing kesan gempa bumi

Posted:

Guna anjing kesan gempa bumi

Guna anjing kesan gempa bumi


SELAIN digunakan untuk mencari mangsa bencana yang terselamat, anjing juga dipercayai boleh mengetahui gempa bumi yang akan berlaku.- AFP


BEIJING - Sebuah bandar di China menggunakan anjing untuk meramal kejadian gempa bumi, kata sumber rasmi pada Selasa lalu selepas media negeri itu melaporkan ramai penduduk merungut mengenai amaran palsu berbentuk salakan itu.

China kerap dilanda gegaran seismik. Kira-kira 200 orang mati atau hilang dalam kejadian gempa bumi di wilayah Sichuan pada bulan lepas sementara beratus-ratus ribu terbunuh dalam bencana besar sebelum ini.

Jawatankuasa gempa bumi Nanchang menggunakan anjing kerana mendakwa, haiwan tersebut akan bertindak luar biasa sebelum gempa bumi berlaku.

Malah pernah terjadi bencana itu berjaya dikesan sepuluh hari lebih awal, kata seorang pegawai, Song.

Namun, ramai penduduk mengadu di laman media sosial bahawa keadaan pada waktu malam di kawasan itu terlalu bising dengan salakan haiwan tersebut.

"Saya tidak tahu ada berapa ekor anjing di pejabat pihak berkuasa gempa bumi Nanchang, tetapi setiap pukul 11 malam haiwan itu akan mula menyalak," kata seorang penduduk. - AFP

Tarian Gangnam Style tenangkan tunjuk perasaan

Posted:

Tarian Gangnam Style tenangkan tunjuk perasaan

Tarian Gangnam Style tenangkan tunjuk perasaan


SEKUMPULAN anggota polis wanita Indonesia melakukan tarian Gangnam Style di tengah-tengah perhimpunan tunjuk perasaan sempena Hari Buruh di Indonesia baru-baru ini. - AFP


SURABAYA - Sekumpulan anggota polis wanita di Indonesia mengambil pendekatan luar biasa untuk mengawal orang ramai yang berhimpun sempena Hari Buruh di Jakarta baru-baru ini.

Kumpulan anggota polis wanita itu telah menyelinap masuk ke dalam kumpulan penunjuk perasaan tersebut lalu mempersembahkan tarian Gangnam Style untuk menghiburkan para penunjuk perasaan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan di bandar Surabaya dekat Jawa timur di sini bersorak kegembiraan apabila kira-kira 80 pegawai wanita tersebut melakukan tarian kuda yang dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy menerusi muzik videonya, Gangnam Style.

Sebahagian daripada 5,000 penunjuk perasaan itu kemudian turut tidak melepaskan peluang menyertai anggota polis berkenaan melakukan tarian kuda.

Kesemua anggota polis itu memakai pakaian seragam biasa yang berwarna gelap bersama cermin mata hitam dan topi.

"Kami telah berlatih sejak tiga hari lalu. Saya fikir ia satu tindakan yang betul kerana berjaya membantu semua orang untuk bertenang dan gembira," kata pegawai tertinggi polis wanita di kawasan tersebut, Elly Wahyuningtyas.

Tambahnya, mereka telah melakukan tarian itu sebanyak dua pusingan yang mengambil masa selama setengah jam.

"Mereka semua juga kelihatan cantik," tambahnya. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tunku Ismail dukacita kekalahan Johor DT kepada ATM

Posted:

Tunku Ismail dukacita kekalahan Johor DT kepada ATM

Tunku Ismail dukacita kekalahan Johor DT kepada ATM

08/05/2013 8:26pm

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini melalui kenyataan akhbar melahirkan rasa dukacita dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Johor Darul Takzim (DT) ketika menentang pasukan ATM semalam.

Bagaimanapun, baginda tidak menyalahkan jurulatih mahu pun pihak pengurusan pasukan, sebaliknya berpendapat keputusan menang atau kalah berada di tangan 11 orang yang beraksi di padang.

Pada perlawanan yang berlangsung di di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, Johor Darul Takzim kalah kepada ATM 0-2. - KOSMO!

Tempoh 21 hari untuk fail petisyen selepas keputusan PRU-13 diwartakan

Posted:

Tempoh 21 hari untuk fail petisyen selepas keputusan PRU-13 diwartakan

Tempoh 21 hari untuk fail petisyen selepas keputusan PRU-13 diwartakan

08/05/2013 7:24pm

PUTRAJAYA - Pihak yang mempertikai keputusan Pilihan Raya

Umum ke-13 (PRU-13) boleh memfail petisyen dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan, menurut Jabatan Peguam Negara hari ini.

Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, Mahkamah Tinggi kemudian perlu menyelesaikan perbicaraan dalam tempoh enam bulan dari tarikh petisyen difailkan manakala rayuan di Mahkamah Persekutan juga harus diselesai dalam tempoh yang sama.

"Bagi pihak kami, kami akan menangani petisyen pilihan raya apabila ia difailkan," katanya pada sidang akhbar di lobi Jabatan Peguam Negara hari ini.

Mengulas isu lain, beliau berkata, terdapat beberapa laporan berhubung kejadian pengundi tidak dapat mengundi di beberapa tempat kerana dihalang pihak tertentu.

Tun Abdul Majid berkata, Jabatan Peguam Negara juga menerima aduan berkaitan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwa melakukan kesalahan ketika bertugas pada hari pengundian. - Bernama

Majistret nasihat tiga lelaki jangan taksub kepada politik

Posted:

Majistret nasihat tiga lelaki jangan taksub kepada politik

Majistret nasihat tiga lelaki jangan taksub kepada politik

08/05/2013 7:23pm

KOTA BHARU - Seorang Majistret hari ini menasihati tiga lelaki supaya jangan terlalu taksub dalam politik sehingga bertindak salah menendang dan mengoyak poster semasa pilihan raya umum baru-baru ini.

"Jangan taksub sangat kepada parti politik. Saya tidak kisah nak sokong siapa-siapa, tapi ikutlah cara yang betul," kata Majistret Nik Habri Muhamad semasa menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM1,500 ke atas setiap tertuduh.

Mohd. Nabil Fikri Mohd Zain, 21, Ahmad Redza Aziz, 22, dan Mohd. Aiman Muhammad, 28, mengaku bersalah atas pertuduhan menendang serta mengoyak poster pada sebuah kenderaan kempen Barisan Nasional semasa pilihan raya.

"Sampai hari mengundi, pangkahlah dan saya memberikan kamu satu hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada kamu dan orang lain, supaya tidak akan berlaku lagi dalam pilihan-pilihan raya selepas ini.

"Kepentingan awam perlu dijaga. Hari ini, tidak ada siapa datang bersama kamu. Masa berlaku, ramai yang junjung kamu, bila ke mahkamah kamu tanggung seorang sahaja. Begitulah yang biasa berlaku," katanya.

Nik Habri kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 6 Mei lepas dan jika gagal membayar denda, setiap tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan bangunan Kelantan Trade Centre, Jalan Stadium di sini pada 2.30 pagi 3 Mei lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cabaran pelawak wanita

Posted:

Cabaran pelawak wanita

Cabaran pelawak wanita

KALI pertama bertemu dengan pelawak Jihan Muse menerusi satu sesi fotografi yang diatur bersama Kosmo! pada minggu lalu, tidak terlalu kelihatan unsur-unsur humor yang ada pada dirinya.

Sedangkan ketika melihat aksinya di kaca televisyen atau membuat persembahan di pentas, pasti para penonton tidak kering gusi melihat telatahnya itu.

Menurut Jihan, dia sendiri mengakui tidak menjangka mampu bertapak kukuh dalam dunia komedi tempatan sehingga kini, meskipun pembabitannya dalam bidang seni sudah agak lama.

"Sebelum menyertai program Raja Lawak 3 pada tahun 2009, saya memang cukup aktif dalam pementasan teater dan langsung tidak terlintas di fikiran untuk menjadi seorang pelawak.

"Biasanya, kalau lepak bersama rakan-rakan saya suka membuat lawak dengan mereka. Kemudian saya telah didorong oleh rakan-rakan supaya menyertai ujibakat untuk rancangan tersebut," ceritanya tentang pembabitan awalnya dalam bidang komedi.

Bercerita lebih lanjut tentang pembabitannya sebagai seorang pelawak selama empat tahun, Jihan menyatakan ia memberi cabaran yang cukup besar buat dirinya.

Sebagai seorang pelawak wanita, ujar Jihan, aksi yang ditampilkan sebenarnya begitu terbatas berbanding lelaki.

Sebagai wanita dia tidak boleh terikut-ikut dengan cara persembahan seperti golongan lelaki yang lebih terbuka dan diterima ramai.

"Sebenarnya bukan mudah buat pelawak wanita untuk menghiburkan orang ramai kerana sebagai seorang gadis Melayu tentunya saya perlu menjaga tatasusila dan tidak boleh terlalu bebas.

"Bagi saya, itu merupakan salah satu faktor utama yang menjadi punca tidak ramai pelawak wanita yang mampu dilahirkan.

"Kebanyakan pelawak wanita yang ada sekarang pun semuanya bermula daripada seorang pelakon biasa sebelum terjun ke dunia komedi," ujarnya.

Biarpun ia dilihat sebagai satu kelebihan buat dirinya apabila lebih banyak tawaran yang diperoleh, namun dia turut berharap agar lebih ramai pelawak wanita yang muncul.

JIHAN mengakui perlu menjaga penampilan untuk masa depan kariernya.


"Ketika ini sudah ada beberapa rancangan yang diterbitkan untuk mencungkil bakat pelawak dan seharusnya golongan wanita tidak perlu takut mempersembahkan bakat komedi yang dimiliki.

"Sekiranya lebih ramai pelawak wanita yang muncul sudah tentu ia akan memeriahkan lagi dunia komedi tempatan. Jadi, tidaklah penonton akan bosan melihat muka yang sama setiap masa," ujarnya.

Ditanya sama ada dia mahu terus dikenali sebagai seorang pelawak sahaja, Jihan meluahkan bahawa jauh di suduh hati dia memang begitu teringin membawakan watak yang lebih serius.

Bagaimanapun, dia terpaksa akur apabila tidak ramai pengarah yang mahu memberi kepercayaan buat dirinya kerana label pelakon komedi yang sudah sebati dalam dirinya.

"Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam drama-drama yang lebih serius, tetapi tetap diberikan karakter komedi. Kalau boleh saya berharap agar dapat mempelbagaikan watak lakonan supaya kerjaya saya dalam bidang seni lebih berkembang.

"Lagipun, saya begitu yakin dapat membawakan lain-lain watak berdasarkan pengalaman saya dalam teater dan masih aktif sehingga sekarang. Saya memang sangat menantikan kalau ada pengarah yang dapat memberikan satu watak yang berbeza," luahnya.

Jaga penampilan

Jika melihat kepada penampilan Jihan sewaktu mula-mula muncul dalam industri hiburan dan sekarang tidak dinafikan terdapat begitu banyak perubahan pada dirinya.

Menurut pelawak berusia 30 tahun itu, sebelum ini dia agak kurang menitikberatkan tentang penampilan diri kerana beranggapan seorang pelawak tidak perlu terlalu kelihatan cantik dan bergaya.

"Dahulu, saya tidak begitu mementingkan sangat tentang penampilan dan kecantikan, tetapi sekarang saya rasa perlu membuat perubahan supaya mendapat keyakinan diri yang lebih tinggi ketika membuat persembahan.

"Antaranya, saya kini memakai pendakap gigi dan sekiranya mempunyai masa terluang saya akan menghabiskan masa untuk pergi ke spa atau salun kecantikan," ujarnya.

Menurut Jihan, memandangkan rezekinya dalam bidang seni sekarang yang semakin murah, dia juga tidak lokek untuk berbelanja membeli pakaian yang sesuai untuk kelihatan bergaya.

"Saya tidak mahu penonton beranggapan seseorang pelawak itu mesti nampak selekeh bagi membuat orang ketawa. Sesuatu persembahan komedi itu tidak dinilai berdasarkan penampilan, tetapi ia lebih kepada isi kandungan persembahan," jelasnya.

Berhenti kerja

Sebelum bergiat aktif dalam dunia lakonan, ramai yang sudah mengetahui bahawa Jihan pernah menjawat jawatan Penguat Kuasa Bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama empat tahun.

Memandangkan kerjaya seninya yang semakin berkembang dengan pelbagai tawaran yang diperoleh, akhirnya dia meletakkan jawatan tersebut pada tahun 2011.

FIGURA ini mengakui aksi lawaknya agak terbatas kerana dirinya seorang wanita.


"Selepas bertanding dalam Raja Lawak 3, saya masih meneruskan kerjaya saya di MBSA. Ketika itu banyak juga tawaran yang terpaksa saya tolak kerana perlu memberi komitmen terhadap kerjaya.

"Selepas dua tahun akhirnya saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja kerana mahu lebih serius dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang seni," ujarnya.

Menurut Jihan, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk meletakkan jawatan kerana tidak begitu yakin karier seninya itu mampu pergi dengan lebih jauh.

"Secara jujurnya, saya tidak berani kerana risau sekiranya tersilap langkah. Bagaimanapun, selepas berhenti kerja, tiba-tiba saya rasa menyesal pula kerana tidak membuat keputusan terlalu awal," ujarnya.

Mengenai perkembangan kerjayanya pula, Jihan meluahkan rasa gembira kerana kehadirannya dalam industri semakin diterima ramai dengan pelbagai tawaran yang diraihnya.

Tambahnya, namanya juga kini menjadi sebutan apabila aksi parodi yang dilakukannya menerusi rancangan MeleTOP mendapat sambutan baik dan begitu diminati penonton.

"Setakat ini saya mendapat tahu memang ramai yang suka aksi parodi (lakonan semula secara sinis) saya itu. Begitu juga dengan artis-artis yang saya tiru itu, mereka turut memberi maklum balas yang sangat positif," jelasnya.

Berkenaan jadual lakonannya pula, Jihan menyatakan dia baru sahaja selesai penggambaran drama berjudul Diandra dan kini dia berlakon dalam drama Fira Ayuni untuk slot Samarinda di TV3.

Amirul tak sangka

Posted:

Amirul tak sangka

Amirul tak sangka

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


TOP 3. Mohd. Amirul Husni diapit Irsa (kanan) dan Jamiah.


APABILA menyebut nama Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang, kedua-duanya cukup sinonim sebagai ikon sekitar era 60-an dan 70-an.

Biarpun kedua-dua penyanyi itu sudah meninggal dunia, tetapi lagu-lagu nyanyian mereka masih lagi terus berkumandang sehingga ke hari ini.

Bagi mengenang kembali nostalgia terhadap kedua-dua penyanyi itu, stesen radio Klasik Nasional dengan kerjasama TZ Emas Ventures Sdn. Bhd. telah menganjurkan sebuah pertandingan nyanyian iaitu Irama Kenangan Ahmad Jais dan Rafeah Buang.

Menerusi pertandingan akhir yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri pada 28 April lalu, seramai 10 peserta telah terpilih untuk menyanyikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Ahmad Jais dan Rafeah Buang.

Berlangsung dalam suasana yang cukup sengit, ternyata kemenangan berpihak kepada peserta dari Ampang, Selangor, Mohd. Amirul Husni Mustafa yang baru berusia 20 tahun. Amirul mengalunkan lagu nyanyian Ahmad Jais iaitu Lima Tahun Ku Cari.

Menurut Mohd. Amirul Husni, dia sendiri tidak menyangka mampu untuk bergelar juara memandangkan para peserta yang turut bertanding dilihat menampilkan persembahan yang cukup menarik.

"Sebelum ini sudah banyak pertandingan nyanyian yang saya sertai, tetapi pada malam ini saya rasa cukup bertuah kerana telah berjaya menewaskan sembilan lagi peserta yang cukup hebat.

"Dengan kejayaan ini sudah pasti ia akan menjadi semangat buat diri saya untuk menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian pada masa akan datang," ujarnya yang meluahkan rasa gembiranya atas kemenangan tersebut.

Ketika ditanya apakah yang membuatkan dia tertarik untuk menyertai pertandingan tersebut, Amirul menyatakan dia dan ahli keluarganya begitu minat dengan lagu-lagu nyanyian Ahmad Jais.

Menurut penuntut jurusan perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, usia langsung tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk meminati lagu-lagu penyanyi tersohor tersebut.

"Antara lagu-lagu Ahmad Jais yang cukup saya minati seperti Lima Tahun Ku Cari dan Gelisah, malah saya begitu kagum dengan suaranya yang mampu menarik ramai pendengar," ujarnya.

Sementara itu, Irsa Sahabuddin yang muncul sebagai naib juara dengan membawakan lagu nyanyian Rafeah Buang iaitu Mustika Hatiku tetap berpuas hati dengan kejayaan yang diraihnya itu.

Ujarnya, dia memang meminati lagu-lagu lama dan pernah muncul sebagai juara Idola P. Ramlee & Saloma 2007 peringkat kebangsaan dan naib juara Bintang Klasik 2012.

"Tidak dinafikan kekuatan saya terletak kepada nyanyian lagu-lagu lama dan itu yang menyebabkan saya tertarik untuk menyertai pertandingan ini," ujarnya peserta yang begitu meminati Ella itu.

Sebagai juara, Mohd. Amirul Husni berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala pusingan dan sijil, manakala Irsa pula telah memenangi wang tunai RM1,500, piala dan sijil.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Perak, Jamiah Lambed dengan hadiah berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil.

Tujuh peserta lain pula, sekadar membawa pulang hadiah saguhati iaitu wang tunai RM200, baucar membeli-belah sebanyak RM300 dan sijil.

Hadiah-hadiah kepada peserta telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhayati Ismail yang turut meluangkan masa hadir pada pertandingan tersebut.

AKSI Amirul ketika mengalunkan lagu Lima Tahun Ku Cari.


Sambutan hangat

Pengerusi Eksekutif TZ Emas Ventures Sdn. Bhd., Tengku Zaini Raja Baharudin berkata, selaku penganjur bersama, pihaknya agak terkejut dengan sambutan hangat yang diterima.

Ujarnya, sesuatu yang cukup menarik tentang penganjuran pertandingan tersebut apabila pihaknya menerima banyak penyertaan daripada peserta yang masih muda dan berusia 20-an.

"Matlamat utama kami menganjurkan pertandingan sebegini adalah mahu mengembalikan nostalgia lagu-lagu nyanyian Ahmad Jais dan Rafeah Buang agar ia terus malar segar.

"Bagaimanapun, penyertaan yang cukup ramai daripada golongan muda sudah cukup membuktikan lagu nyanyian kedua-dua penyanyi ini terus mendapat tempat tanpa mengira usia," jelasnya.

Bercerita lebih lanjut tentang pertandingan tersebut, Tengku Zaini memberitahu, pada peringkat awal pihaknya telah menerima sebanyak 424 penyertaan.

Kemudian para peserta perlu menjalani peringkat saringan terlebih dulu yang diadakan di Auditorium P. Ramlee Angkasapuri pada 20 April lalu untuk memilih 35 peserta yang layak ke peringkat seterusnya.

"Untuk saingan akhir hanya 10 peserta yang terpilih untuk bersaing. Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati kerana semua peserta telah tampil dengan persembahan yang menarik dan bersemangat," ujarnya.

Knightley kahwin di Perancis

Posted:

Knightley kahwin di Perancis

Knightley kahwin di Perancis


KEIRA dan James dirakam selepas selesai upacara perkahwinan tertutup mereka.


AKTRES terkenal Britain, Keira Knightley kini bergelar isteri kepada penyanyi rock, James Righton selepas berkahwin di Perancis pada Sabtu, 4 Mei lepas.

Pelakon siri filem pecah panggung, The Pirates of the Caribbean itu mengahwini anggota band rock, The Klaxons itu pada upacara tertutup yang hanya dihadiri kaum keluarga dan rakan-rakan rapat.

Pasangan pengantin masing-masing memakai busana dan sut daripada jenama Chanel. Menerusi foto yang dirakam paparazi, kedua-duanya dilihat saling berpegangan tangan penuh intim meninggalkan bangunan tempat majlis perkahwinan berlangsung menuju untuk masuk ke dalam kenderaan yang sedang menunggu mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 7 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lampu malap alat Hafiz untuk panggil kelip-kelip

Posted:

Lampu malap alat Hafiz untuk panggil kelip-kelip

Lampu malap alat Hafiz untuk panggil kelip-kelip

SUASANA malam di Sungai Cherating, Pahang bergemerlapan dengan cahaya bintang yang memenuhi segenap ruang langit. Peluang seperti itu jarang sekali dapat dilihat di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

Biarpun namanya jarang didengar, sungai tersebut lebih popular dalam kalangan pelancong asing terutamanya dari Eropah.

Terdapat tarikan istimewa di sungai yang terletak kira-kira 50 kilometer (km) di utara bandar Kuantan dan 16 km dari bandar berdekatan, Chukai, Terengganu.

Sungai Cherating ialah sebatang sungai paya bakau yang masih terpelihara struktur semula jadinya daripada pembangunan komersial. Keadaan sungai yang juga bersih tanpa pencemaran menjadi habitat pelbagai spesies flora dan fauna. Setenang suasana yang dirasakan pada siang hari di Sungai Cherating, begitu juga pemandangan indah yang dapat dinikmati pada sebelah malam. Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan menyertai lawatan melihat kelip-kelip di sungai tersebut.

Sangkaan awal merasakan lawatan tersebut pasti tidak banyak bezanya dengan pengalaman menyaksikan kelip-kelip di beberapa lokasi lain yang pernah dikunjungi sebelum ini.

Namun, segalanya berubah tatkala melihat sekawan kelip-kelip berterbangan ke arah bot yang kami naiki sebaik pemandu pelancong menghantar isyarat cahaya kepada kelip-kelip itu.

Terpegun

Tiada kata-kata dapat menggambarkan pengalaman menakjubkan yang disaksikan bersama tiga buah bot pelancong lain. Ia ibarat melihat bintang di langit terbang menghampiri pengunjung di situ.

Begitulah kebolehan yang dimiliki oleh seorang pemandu pelancong, Mohd. Hafiz Abdul Majid, 43. Mohd. Hafiz yang lebih mesra dengan panggilan Hafiz berasal dari Myanmar. Lelaki yang mendapat pendidikan daripada Universiti Yangon, Myanmar berhijrah ke Malaysia sejak 21 tahun lalu.

Bapa kepada tiga anak itu mempunyai kepakaran berkomunikasi dengan kelip-kelip menggunakan empat jenis lampu bercahaya malap yang berbeza-beza. Dengan lapan corak gerakan berlainan, dia menghantar frekuensi cahaya kepada kelip-kelip supaya datang ke arahnya.

Komunikasi magis antara Hafiz dengan serangga tersebut membuatkan para pengunjung terpegun dan begitu teruja.

PELANCONG diwajibkan menyarung jaket keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.


"Saya pernah mencuba teknik yang sama terhadap kelip-kelip di tempat lain namun tidak berjaya kerana setiap spesies mempunyai 'bahasa' berbeza. Macam manusia juga," katanya sambil tersenyum.

Kebolehan graduan sarjana muda Sejarah itu pernah disiarkan dalam majalah pelancongan luar negara seperti Lonely Planet.

"Pada tahun 2008, secara tidak sengaja saya berjaya menarik kelip-kelip menuju ke arah bot ketika membawa pelancong melihat kelip-kelip pada waktu malam.

"Sejak itu, minat untuk mengkaji kelip-kelip kian membara dan saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti Simposium Kelip-kelip Antarabangsa 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur," jelas ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Pahang itu sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, kelip-kelip yang terdapat di sungai Cherating adalah spesies Pteroptyx bearni non-sychronous.

Bagaimanapun, kaedah komunikasi tersebut tidak boleh digunakan kepada spesies kelip-kelip lain.

Menurut Hafiz, Kebangkitan 8888 di negara kelahirannya pada 8 Ogos 1988 telah membawa Hafiz berkelana ke Malaysia.

Kebangkitan 8888 atau lebih dikenali sebagai Pemberontakan 8888 merupakan peristiwa kebangkitan rakyat Myanmar menuntut demokrasi. Kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Ne Win pada ketika itu telah digulingkan oleh pihak tentera. Bagi meleraikan demonstrasi pihak tentera telah membunuh ribuan orang awam termasuk pelajar dan sami Buddha.

Ekoran daripada peristiwa berkenaan ribuan mahasiswa meninggalkan Myanmar kerana bimbang terhadap tindak balas pihak pemerintah kepada mereka. Bagaimanapun, kebanyakan mereka pulang ke tanah air selepas keadaan tenang.

Selepas menamatkan pengajiannya, Hafiz berhijrah ke negara ini sekali lagi dan bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di Cherating.

Lima tahun berkhidmat di restoran itu, beliau meneruskan pengajian jarak jauh di Sekolah Persuratan Antarabangsa Singapura (ICSS). Namun, pengajiannya terbantut di tengah jalan ekoran ketiadaan dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu, isteri Hafiz, Zawiyah Ghazali, 29, menyangka Hafiz bergurau ketika mula-mula memberitahu tentang kelebihannya itu.

Dia tidak percaya kerana tidak pernah melihat orang lain berinteraksi dengan kelip-kelip sebelum ini.

Zawiyah yang turut membantu Hafiz menguruskan perkhidmatan pemandu pelancong itu menceritakan pengalaman manis ketika dikunjungi oleh beberapa orang pelancong dari Perancis.

Menurutnya, pelancong tersebut beriya-iya menyatakan tentang kebolehan suaminya dan ada diterbitkan di beberapa buah majalah pelancongan di Perancis sehingga berjaya menarik mereka ke Cherating.

"Mereka menunjukkan majalah yang dimaksudkan tetapi kami tidak memahami artikel tersebut kerana ia tidak ditulis dalam bahasa Inggeris.

"Ada juga pelancong tempatan yang berseloroh mengatakan Hafiz menggunakan jampi kerana melihat dia menggerak-gerakkan isyarat tangan sewaktu berinteraksi dengan kelip-kelip," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di kediamannya di Kampung Cherating Lama baru-baru ini.


PENGUNJUNG diberikan taklimat selama 15 minit berkaitan kelip-kelip dan habitatnya sebelum dibawa melawat di Sungai Cherating.


Sejak mengendalikan perkhidmatan Aktiviti Cherating Hafiz pada tahun 2006, mereka berdua telah mengupah tiga orang boatman untuk membantu Hafiz membawa pelancong asing dan tempatan.

Seorang lagi pemandu pelancong berlesen dari Terengganu, Ariffin Hassan, 54, mengenali Hafiz kira-kira enam tahun lalu.

Ariffin yang mesra disapa Pak Su memberitahu, Hafiz merupakan seorang pemandu pelancong yang ikhlas menjalankan tugasnya dan mahir mengenai selok-belok kelip-kelip.

"Pengunjung dan pelancong yang datang ke sini bukan sekadar melihat kelip-kelip tetapi mengetahui apa itu kelip-kelip.

"Apa yang Hafiz buat berbeza dengan pemandu pelancong lain kerana dia mampu menjawab setiap soalan pengunjung tentang kelip-kelip," ujarnya yang turut bekerjasama dengan Hafiz membawa pelancong melihat penyu bertelur di Teluk Mak Nik di Kemaman, Terengganu.

Pak Su juga mengakui sikap ramah Hafiz mampu menambat hati pelancong tempatan dan luar berkunjung semula ke Kampung Cherating Lama untuk menyaksikan kelip-kelip.

Seorang pelancong tempatan, Jasmine Lau, 43, berkata, pengalaman melihat kelip-kelip di Cherating seperti melihat magis, apatah lagi pemandangan malam yang dipenuhi bintang di langit.

"Pada mulanya saya agak takut kerana tidak biasa dengan keadaan gelap, namun pemandangan tersebut benar-benar menakjubkan," ujarnya.

Nasib malang kuda Sepanyol

Posted:

Nasib malang kuda Sepanyol

Nasib malang kuda Sepanyol

BEBERAPA ekor kuda yang masih terdapat di selatan Sepanyol.


DI penghujung daerah selatan Andalusia di Sepanyol, seorang pengusaha ladang kuda, Virginia Solera, membantu menyediakan kandang bagi kuda buangan yang 'bertuah' ketika era kejatuhan ekonomi melanda Sepanyol.

"Beberapa tahun sebelum ini, kami menyelamatkan kuda-kuda yang tidak dijaga dengan baik atau ditinggalkan oleh tuannya. Di Sepanyol, memiliki kuda melambangkan status kekayaan seseorang individu.

"Sebelum krisis ekonomi melanda negara ini, ramai orang menyangka saya akan membeli kereta mewah atau rumah besar namun saya membeli seekor kuda," kata Solera ketika ditemui di ladangnya yang dinamakan Alhaurin el Grande.

Kebanyakan masyarakat Sepanyol meninggalkan kerja di ladang untuk terlibat dengan industri pembinaan tetapi kehidupan mereka sekali lagi 'terpukul' apabila sektor hartanah jatuh merudum pada 2008.

"Akibatnya, kebanyakan mereka yang bergelut dengan masalah kewangan mengabaikan kuda masing-masing termasuk menghantar haiwan tersebut ke rumah sembelihan," ujar Solera.

Kuda disembelih meningkat

Kerajaan Sepanyol memaklumkan jumlah kuda yang disembelih pada tahun 2012 ialah 60,000 ekor iaitu meningkat dua kali ganda berbanding pada tahun 2008.

Seekor kuda yang dinamakan Alegria yang bermaksud gembira tiba di rumah sembelihan milik Solera dalam keadaan giginya rosak teruk akibat meragut tanah untuk mencari makanan.

Sementara seekor lagi, Estrella cedera di kaki kiri bahagian depan kerana diheret oleh tuannya yang cuba menjinakkan kuda itu dan kemudiannya berputus asa lalu meninggalkan kuda malang berkenaan begitu sahaja.

Kata Solera, pemilik kuda terpaksa meninggalkan kuda yang mereka tidak mahu di kawasan berair dengan harapan haiwan itu mati kebuluran atau lemas.

Tidak berapa jauh dari ladang milik Solera, hujan mencurah-curah ke atas kandang kuda milik Manuel Gonzalez Melendi, 68.

Gonzalez menunjuk ke arah seekor anak kuda yang baru berusia lapan hari tetapi sudah mula berjalan di padang rumput. Anak kuda tersebut merupakan salah seekor kuda yang masih ada di ladangnya.

"Dahulu memang banyak kuda di sini, hampir 100 ekor. Saya selalu jual dan beli kuda. Itulah punca pendapatan saya," kata Gonzalez.

Namun segalanya berubah apabila jumlah kuda peliharaan Gonzalez semakin berkurangan. Ia berikutan kekurangan minat orang ramai untuk memiliki kuda.

SEORANG pekerja wanita memeriksa seekor kuda di Santamaria.


"Pada hari ini, tiada siapa lagi berminat untuk membeli kuda kerana bekalan makanannya mahal. Jadi, saya terpaksa berhenti.

"Saya jual kuda yang ada pada harga rendah dan selebihnya dihantar ke rumah sembelihan," tambah Gonzalez.

Gonzalez yang merupakan seorang setiausaha agung Persatuan Aprosa Rumah Sembelihan dan Pemprosesan Daging Sepanyol memberitahu, ketika ekonomi maju di Sepanyol, kebanyakan keluarga memiliki kuda dan menunggangnya pada setiap hujung minggu.

"Aktiviti menunggang kuda pada setiap hujung minggu sangat popular kira-kira lapan tahun lalu.

"Kuda pada masa itu dianggap perniagaan yang menguntungkan kerana masyarakat pergi ke sekolah kuda untuk berekreasi," kata Gonzalez.

Kos tinggi

Menurut Gonzalez, pada hari ini, perniagaan melibatkan kuda sudah tidak berkembang kerana pemiliknya memerlukan kos yang tinggi untuk memelihara seekor kuda.

"Kos memelihara kuda sahaja sudah mencecah 400 euro (RM1,633) sebulan dan ramai pemilik kuda memilih untuk menjualnya ke rumah sembelihan pada harga RM612 seekor," katanya.

Disebabkan daging kuda tidak popular di Sepanyol, 90 peratus daripada hasil sembelihan dieksport ke Perancis dan Itali.

"Ekoran krisis ekonomi, semua orang terpaksa membuang barangan yang kurang penting bagi mengurangkan kos perbelanjaan. Mereka cuba menyelamatkan kereta dan rumah tetapi bukan kuda," kata Solera. - AFP.

India kecewa, gusti gugur di Olimpik

Posted:

India kecewa, gusti gugur di Olimpik

India kecewa, gusti gugur di Olimpik

MENJADI ahli gusti dan orang yang terkenal antara cita-cita anak-anak muda di India, namun segalanya bakal terkubur andai sukan tersebut digugurkan daripada Olimpik.


AHLI gusti, Raj Singh mengunci lawannya. Ketika itu, kedua-duanya yang beradu di atas sebuah gelanggang terbuka yang diperbuat daripada kain-kain buruk dibasahi peluh. Namun, ketika beradu tenaga itu, dia masih sempat memikirkan impiannya untuk beraksi di Olimpik yang telah musnah.

"Tak dapat saya fikirkan, bagaimana sukan gusti tidak menjadi sebahagian daripada Olimpik.

"Saya tidak nampak apa masalahnya kerana gusti menarik ramai penonton tidak kira di mana ia diadakan. Sukan ini tidak boleh dibiarkan mati begitu saja," katanya yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Gusti India.

Masa depan sukan itu tampak semakin kelam selepas lembaga eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Februari lalu memutuskan untuk menggugurkannya pada temasya edisi tahun 2020.

Moral jatuh

Sejak itu, ramai tokoh besar sukan itu menyertai kempen untuk menentang keputusan tersebut.

Rekod Olimpik India bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi ahli gusti negara itu membawa pulang empat daripada 13 medal individu sejak ia mencapai kemerdekaan dari Britain pada 1947, termasuk pingat gangsa oleh Khashaba Jadhav di Helsinki, Finland pada 1952.

Ramai ahli gusti melihat sukan tersebut bukan sahaja sebagai peluang kejayaan Olimpik, tetapi cara mengeluarkan diri daripada kancah kemiskinan.

Sushil Kumar yang mendapat pingat perak di London tahun lalu selepas memungut gangsa di Beijing pada 2008, menjadi wira di negara yang obses dengan kriket itu. Sejak itu, gambarnya digunakan secara meluas oleh pengiklan bagi menjual pelbagai produk daripada minuman ringan ke jentera berat.


PENGLIBATAN seseorang dalam arena gusti di India dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.


"Kita telah memulakan kemenangan medal Olimpik dalam sukan gusti. jika mereka menggugurkannya ia akan menjadi masalah besar buat kita.

"Sebaik mendengar berita buruk tersebut, moral semua orang jatuh," kata jurulatih kebangsaan India, Vinod Kumar.

Rakan sepasukan Sushil, Yogeshwar Dutt yang mendapat pingat gangsa di London memberitahu AFP bahawa dia akan memulangkan medalnya jika gusti tidak disenaraikan semula.

"Gusti adalah hidup saya dan ribuan yang lain. Apabila kami menang pingat, ramai anak muda yang merasakan mereka juga berpeluang memenanginya di Olimpik.

"Mereka memasang angan-angan untuk berjaya tetapi ia kini hancur berderai," kata Yogeshwar, anak kepda seorang guru sekolah di kampung itu.

Dia kini bekerja dalam pasukan polis berikutan kejayaan Olimpik yang diperolehnya.

Permulaan karier

Kebanyakan ahli gusti terkemuka India memulakan karier mereka dengan bergelut di atas gelanggang lumpur purba dipanggil Guru Hanuman 'Akhara' di kota lama Delhi.

Sekurang-kurangnya 125 pelatih berusia antara 10 hingga 30 tahun menetap di situ, malah memasak makanan sendiri dan mempelajari inti pati gusti daripada jurulatih yang dilantik kerajaan.

Rejim kecergasan mereka termasuk memanjat tali dan berlari mendaki bukit dengan mendukung pelatih lain serta membina otot di sebuah gimnasium terbuka buatan sendiri.


ANAK-ANAK muda di India berlatih bersungguh-sungguh bagi mempersiapkan diri mereka untuk mewakili negara dalam sukan gusti.


Maha Singh Rao yang menjadi jurulatih di 'Akhara' sejak 1984 berkata, pelatih diajar prinsip asas kehidupan ringkas dengan minda yang bersih dan badan yang kuat.

"Disiplin adalah perkara terpenting bagi mereka yang mahu mencipta nama. Gusti seperti kehidupan, semua orang mahu menjadi lebih kuat berbanding yang lain," katanya lagi.

Antara pelatih yang ada di 'Akhara' ialah Chandan Singh, 16, yang meninggalkan ibu bapanya di Hyderabad empat tahun lalu untuk mengabdikan diri mempelajari seni gusti.

"Saya sukakan kehidupan di sini, mereka menjaga saya dan memberikan makanan yang bagus, malah saya dapat pergi ke sekolah.

"Bagaimanapun, apa yang saya mahukan ialah bergusti dan menjadi seorang yang terkenal," katanya.

Gusti kekal dalam senarai acara Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, namun kebarangkalian untuk ia digugurkan pada temasya sukan antarabangsa itu pada tahun 2020 sangat tinggi. Ini kerana tujuh disiplin sukan lain termasuk skuasy, besbol, wakeboarding dan wusyu saling bersaing untuk menggantikannya.

IOC tidak menyatakan punca lembaga eksekutifnya mahu menggugurkan gusti, tetapi rating televisyen yang rendah dan tidak ramai yang menyaksikannya dilaporkan menjadi faktor utama.

Keputusan muktamad mengenainya akan dibuat apabila kesemua anggota IOC bersidang pada September ini.

Madrid, Tokyo dan Istanbul masing-masing membida untuk menjadi tuan rumah kepada Olimpik 2020. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved