Khamis, 20 Disember 2012

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tim Hwang belajar bahasa Melayu

Posted:

Tim Hwang belajar bahasa Melayu

Tim Hwang belajar bahasa Melayu

JIKA disebut Tim Hwang pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya. Namun, buat mereka yang menonton drama Korea seperti Secret Garden, 49 Days, Queen of Reversal dan A Thousand Kisses pasti mereka cukup kenal dengan suara Tim yang menyanyikan lagu runut bunyi kesemua drama tersebut.

Figura yang lebih mesra disapa sebagai Tim ini sememangnya cukup terkenal dengan irama balada sehingga dia diberi jolokan Prince of Ballad di Korea Selatan lantaran gemersik vokalnya yang memukau.

Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan jejaka kelahiran Philadelphia, Amerika Syarikat itu pada sidang akhbar sempena siri jelajah Asia pertamanya, Into Asia Comes Tim's World, di Kuala Lumpur baru-baru ini cukup terpukau dengan kemesraan serta gaya santainya.

Memudahkan lagi komunikasi, tidak seperti penyanyi Korea yang lain, Tim atau nama sebenarnya Hwang Young-min cukup fasih berbahasa Inggeris.

Cukup gembira kerana menerima sambutan hangat daripada peminatnya di Malaysia, ujar Tim, ia bukan kunjungan pertamanya kerana sebelum ini Tim pernah bercuti di sini.

Menyambung bicara mengenai kerjayanya, terang Tim yang berusia 31 tahun, sebelum ini dia tidak pernah membayangkan kerjaya sebagai penyanyi kerana cita-citanya sebelum ini adalah untuk menjadi ahli farmasi sebelum ditawarkan menjadi penyanyi ketika usianya 20 tahun.

"Cita-cita saya waktu itu untuk menjadi ahli farmasi dan tawaran menjadi penyanyi tiba kebetulan pada saat saya baru hendak memulakan pelajaran di kolej.

"Hanya sempat tinggal di kolej selama sehari, saya terus membuatkan keputusan untuk terbang ke Korea Selatan," ujarnya.

Sudah memiliki lima buah album sepanjang penglibatannya dalam bidang nyanyian, ujar Tim, pernah tercetus di hatinya untuk menolak tawaran nyanyian yang diberikan gara-gara kurang keyakinan diri.

"Saya sememangnya seorang yang takut akan perubahan. Apabila terpaksa tinggalkan keluarga, cita-cita dan tinggal seorang diri di Korea membuatkan saya tertanya-tanya betul atau tidak tindakan yang saya ambil.

"Jika jalan yang saya pilih ini salah bagaimana harus saya menghadapinya? Nasib baik, saya dikelilingi oleh pihak pengurusan yang amat menyokong dan keluarga saya juga tidak membantah. Jadi, saya teruskan dan akhirnya hari ini saya berada di Malaysia," luahnya.

Walaupun mempunyai vokal yang bagus namun, cabaran utama yang dihadapi oleh Tim ketika itu sebenarnya adalah untuk menguasai bahasa Korea dengan lancar sebelum melancarkan album sulungnya yang berjudul First Tim pada tahun 2003.

"Masalah terbesar saya sudah tentu bahasa. Saya lahir dan dibesarkan di Amerika Syarikat, jadi saya tidak tahu langsung untuk berkomunikasi dalam bahasa Korea.

"Saya mengambil masa selama dua tahun hanya untuk belajar bahasa Korea dan menyiapkan diri sebelum keluar dengan album.


MEMBINA populariti di Korea Selatan tidak menghalang Tim Hwang daripada memberikan pandangan tentang isu pembedahan plastik yang dikatakan berleluasa dalam kalangan selebritidi negara tersebut.


"Selain itu saya juga menghadapi masalah kejutan budaya ketika mula-mula sampai di Korea. Dalam kalangan orang Asia termasuk warga Korea sendiri, pergaulan antara lelaki dan wanita agak terbatas tidak seperti di Barat.

"Saya sering disalah anggap gara-gara saya suka memeluk atau mencium orang lain hanya untuk mengekspresikan penghargaan dan kegembiraan saya. Sekarang saya sudah faham yang saya tidak boleh berbuat demikian sewenang-wenangnya," cerita Tim.

Indonesia

Sebelum hadir memperkenalkan dirinya di Malaysia, Tim sebenarnya sudah sukses membina populariti di Indonesia.

Buktinya, dia telah berjaya mengumpul ramai peminat di negara tersebut selepas muncul dalam drama siri berjudul Saranghae, I Love You di samping aktres popular Revalina S. Temat dan duet bersama penyanyi Astrid menerusi lagu Saranghamnida.

Bercakap mengenai lakonan, kata Tim, dia cukup bertuah apabila digandingkan dengan aktres popular Indonesia tersebut.

Drama itu turut membantu meningkatkan popularitinya di Indonesia sehingga konsert solo pertamanya di sana dihadiri 8,000 penonton.

"Saya bersyukur kerana diterima dengan baik di Indonesia. Saya bukanlah pelakon tetapi tawaran berlakon di samping Revalina itu datang tepat pada waktunya.

"Saya agak tertekan kerana diberikan watak utama tetapi semuanya berjalan dengan baik dan saya mudah memahami skrip kerana Revalina merupakan seorang 'guru' bahasa Inggeris dan penterjemah yang baik untuk saya," ungkapnya.

Selain menyanyi bersama Astrid, Tim juga telah muncul dengan sebuah lagu sepenuhnya dalam bahasa Melayu yang berjudul Pahitnya Asmara.

"Memang saya lebih senang berbahasa Inggeris tetapi saya juga boleh memahami dan bercakap sedikit dalam bahasa Melayu.

"Bagi saya, bahasa Melayu lebih mudah dipelajari berbanding bahasa Mandarin dan Korea kerana sebutannya sama seperti bahasa Inggeris.

"Bagi bahasa Mandarin dan Korea, saya harus menggunakan lidah dalam sebutan dan nada suara yang berbeza akan memberi maksud yang salah," katanya yang hanya mengambil masa selama sehari untuk merakamkan Pahitnya Asmara.

Mengenai kemungkinan untuk bekerjasama dengan penyanyi Malaysia pula, ujar Tim, dia bersedia untuk itu andai diberikan peluang.

"Saya teringin untuk bekerjasama dengan penyanyi dari Malaysia pada masa hadapan. Buat masa ini, belum ada sebarang perancangan ke arah itu memandangkan ini kunjungan pertama untuk bekerja dan bertemu peminat saya," akuinya.

Tidak hanya berlakon di Indonesia, Tim sedang sibuk dengan teater muzikal Legally Blonde sejak 20 November lalu. Dia berlakon di samping Jessica yang merupakan anggota kumpulan Girl's Generation.


ASTRID berpeluang berduet dengan Tim menerusi single Saranghamnida.


"Kalau diberi pilihan antara nyanyian, lakonan dan teater saya pilih teater muzikal kerana saya boleh lakukan semua perkara yang saya minat dalam satu persembahan.

"Dalam teater muzikal saya boleh menyanyi dan dalam masa yang sama berlakon.

"Jessica juga seorang pelakon yang bagus. Sebelum ini saya tidak begitu mengenalinya, tetapi selepas berlakon bersama saya dapati Jessica seorang yang menarik," ujarnya.

Album baharu 2013

Tempoh 10 tahun dalam industri seni bukan satu tempoh yang singkat buat Tim. Pelbagai cabaran pernah dilaluinya. Pernah hilang sebentar dalam industri seni, kata Tim, kini dia bangkit untuk berkongsi muziknya bersama peminat.

"Jika saya hendak bercakap soal cabaran memang terlalu banyak. Saya pernah berada di puncak dan pernah juga hilang daripada industri seni dalam tempoh yang agak lama.

"Sekarang saya lebih fokus dan tahu apa yang saya inginkan dalam kerjaya dan kehidupan. Cita-cita saya yang belum tercapai adalah merakamkan album penuh dalam bahasa Inggeris dan mengadakan konsert di tempat kelahiran saya iaitu di Philadelphia, Amerika Syarikat.

"Mungkin suatu hari nanti saya akan mempromosikan muzik saya di sana, saya hanya perlu bekerja keras untuk laksanakan impian itu," luahnya.

Mulai tahun 2013, kata Tim, aktiviti kerjayanya akan difokuskan di peringkat antarabangsa dan melahirkan album dalam bahasa Inggeris selepas teater Legally Blonde yang akan tamat pementasannya pada Mac tahun hadapan.

"Pada tahun 2013, fokus akan diberikan kepada aktiviti serta peminat di luar negara. Saya juga akan menghasilkan lagu-lagu bahasa Inggeris. Saya sememangnya tidak sabar untuk menghadapi tahun 2013.

"Album baharu itu akan diterbitkan oleh saya sendiri seperti album-album sebelum ini dan dijangka siap pada tahun hadapan," ujarnya.

Shah Iskandar suka Rozita Che Wan

Posted:

Shah Iskandar suka Rozita Che Wan

Shah Iskandar suka Rozita Che Wan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


SHAH ISKANDAR mengakui ciri-ciri wanita idamannya ada pada Rozita.


SEPANJANG bergelar artis, pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 38, sudah acap kali dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa orang lelaki, kebanyakannya yang lebih muda berbanding usianya.

Terkini, dia dikatakan sedang menjalin hubungan mesra dengan seorang pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz.

Menariknya, gara-gara gosip tersebut, timbul pula cerita yang mengatakan timbul perselisihan faham antara Iskandar dengan pelakon Zain Saidin, 28, yang sebelum ini merupakan antara individu yang rapat dengan Che Ta sehingga mereka sering digosip mempunyai hubungan istimewa.

Namun begitu, Shah, 29, yang ditemui pada acara Viewing Party perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3 yang diadakan di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, mempunyai jawapan tersendiri tentang gosip tersebut.

Sementelah, dia mengakui pernah mempunyai hubungan dengan wanita yang lebih berusia berbanding dengan dirinya.

Kosmo!: Bagaimanakah boleh timbul cerita yang mengatakan Shah bercinta dengan Che Ta?

SHAH ISKANDAR: Cerita sebegini boleh timbul kerana kami sering berlakon di bawah produksi yang sama iaitu Zeel Production. Sehingga kini kami sudah berlakon tiga kali berturut-turut bersama iaitu menerusi drama Kiah Spy, Anak Ikan dan Kiah Ke Jepun.

Jadi, benarkah dakwaan yang mengatakan kamu berdua bercinta?

Sudah tentu ia tidak benar kerana hubungan rapat kami hanya di lokasi penggambaran.

Saya rasa cerita ini timbul apabila ada pihak yang salah anggap terhadap kemesraan kami, tetapi pada hakikatnya hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sesama pelakon.

Lagipun buat masa sekarang saya belum terfikir lagi untuk bercinta dengan sesiapa kerana mahu memberikan tumpuan terhadap karier terlebih dulu.

Bagaimanakah pula hubungan Shah dengan Zain Saidin?

Setakat ini hubungan saya dan Zain juga tiada masalah dan kami tidak pernah berselisih faham apabila cerita ini timbul. Kami menganggap ia tidak lebih daripada sekadar gosip.

Adakah Che Ta memiliki kriteria yang menjadi idaman Shah?

Secara jujurnya saya akui Che Ta memang ada memiliki ciri-ciri tersebut, antaranya dia merupakan seorang wanita yang sangat periang, terutamanya apabila dia bercakap dalam loghat Kedah sehingga membuatkan saya terhibur semasa berada di lokasi.

Pada masa yang sama, saya juga melihat dia seorang wanita yang sangat tenang. Sebagai contohnya, apabila gosip mengenai dirinya mempunyai hubungan dengan seseorang, saya lihat dia tenang berhadapan dengan situasi tersebut dan tidak cepat melatah.

Apabila berbincang tentang gosip yang melanda kami berdua, dia sekadar ketawa dan enggan melayan cerita tersebut.

Adakah Shah mengelak untuk menjalinkan hubungan cinta atau bertemu jodoh dengan wanita yang lebih berusia?

Apabila bercakap tentang cinta dan jodoh, saya tidak kisah sama ada pasangan saya itu lebih muda atau berusia daripada saya.

Sebelum ini saya pernah bercinta dengan wanita yang lebih berusia semasa di Singapura dahulu.

Paling penting, dalam sesebuah perhubungan itu perlu ada persefahaman antara satu sama lain dan soal umur sepatutnya tidak perlu timbul.

Cabaran Adik Manja versi Dharma

Posted:

Cabaran Adik Manja versi Dharma

Cabaran Adik Manja versi Dharma

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


PELAKON watak penting filem Adik Manja, Noor Kumalasari (dua dari kanan) hadir memberi sokongan moral. Dia sempat bergambar bersama tiga pelakon Adik Manja The Returns iaitu (dari kiri) Ezlynn, Adeline Tsen dan Maria Tunku Sabri.


PADA era 1980-an, karya Othman Hafsham, Adik Manja merupakan antara filem yang paling mendapat sambutan. Mempertaruhkan dua bintang popular ketika itu iaitu Noor Kumalasari dan Dharma Harun Al Rashid, Adik Manja yang juga dibantu oleh pelakon Adibah Amin telah memperoleh kutipan sebanyak RM3.5 juta sepanjang tempoh ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Melihat kepada sambutan dan impak populariti filem tersebut, pelakon utamanya, Dharma mengambil risiko dengan menerbitkan semula Adik Manja dalam versi moden selepas 29 tahun ia pertama kali diterbitkan.

Melalui garapan baharu dengan menampilkan Dharma sendiri sebagai tonggak utama, naskhah yang diberi judul sebagai Adik Manja The Returns ini diperkuatkan oleh barisan pelakon terdiri daripada Rozita Che Wan, Faezah Elai, Juliana Evans, Ezlynn dan Maria Tunku Sabri.

Kata Dharma, secara umumnya Adik Manja The Returns masih mengekalkan jalan cerita yang hampir sama dengan Adik Manja.

Dharma yang merupakan pengarah dan penerbit filem tersebut turut menjelaskan, walaupun dia telah mengubah sedikit jalan ceritanya agar bersesuaian dengan situasi masa kini, namun dia masih lagi menggunakan acuan atau konsep Adik Manja yang pernah menampilkan dirinya untuk karakter Cikgu Azmi itu.

"Sebagai contoh, saya masih lagi mengekalkan konsep tentang pelajar kolej yang saling bergaduh. Selain itu elemen cinta, konflik dan kekeluargaan seperti yang pernah dipaparkan juga masih dikekalkan," jelasnya yang masih melakonkan watak Cikgu Azmi menerusi Adik Manja The Returns.

Mengulas tentang harapan terhadap filem bikin semula tersebut, Dharma tidak menyembunyikan perasaan gusarnya.

"Secara jujur, saya risau terhadap sambutan yang bakal diterima melalui Adik Manja versi moden ini.

"Bagaimanapun, saya yakin kekuatannya terletak pada judul Adik Manja itu sendiri dan para pelakon yang saya tampilkan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pratonton filem tersebut di TGV, Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujarnya lagi, kekuatan label Adik Manja itu sendiri akan menarik peminat yang pernah menonton filem itu suatu ketika dahulu untuk hadir ke panggung, sekali gus mampu mengembalikan nostalgia mereka.

Mengenai risiko Adik Manja The Returns gagal meraih sambutan, kata Dharma, dia telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sebaik filem itu ditayangkan.

Ujarnya, dia tidak akan kecewa sekiranya filem tersebut tidak mendapat pulangan yang memberangsangkan memandangkan ia merupakan produk pertama di bawah syarikat produksi miliknya sendiri iaitu Adik Manja Sdn. Bhd.

"Segala risiko kelak, saya akan tanggung dan tidak kisah jika ia tidak mendapat untung. Memadai jika dapat menanggung semula kos modal pembikinan filem ini," jelasnya.

Adik Manja The Returns mula ditayangkan di 45 pawagam seluruh negara pada hari ini, 20 Disember.

Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 19 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kopiah Waqi dieksport hingga ke Mekah

Posted:

Kopiah Waqi dieksport hingga ke Mekah

Kopiah Waqi dieksport hingga ke Mekah

DI dalam sebuah bilik, kelihatan enam gadis berusia awal 20-an sedang tekun melakukan tugas masing-masing. Salah seorang daripada mereka berdiri di satu sudut sambil menghadap sebuah mesin sulaman.

Sementara, lima yang lain pula duduk di atas kerusi sambil memegang gunting. Mereka begitu berhati-hati memotong 18 lapisan kain kapas yang telah dijahit menjadi satu lapisan tebal. Satu persatu helaian kain tersebut putus, namun kerja-kerja menyiapkan kopiah Waqi masih belum berpenghujung.

Mereka perlu memastikan sulaman di atas kain kapas berjalan lancar. Bahkan, mereka cukup berhati-hati dalam melakukan kerja tersebut kerana jika berlaku kesilapan, lapisan kain tebal itu akan rosak.

"Jika rosak kualiti kopiah yang dihasilkan akan terjejas. Lapisan tebal itu bakal dijadikan dinding kopiah.

"Lebihan kain daripada dinding kopiah itu kemudiannya dipotong, sebelum disambung pada bahagian atas kopiah," kata Pengarah syarikat Plexus Asia Sdn. Bhd. yang menghasilkan kopiah Waqi, Azhar Bahari.

Syarikat yang beribu pejabat di Taman Nirwana, Ampang, Selangor itu boleh dikatakan tidak menang tangan menghasilkan kopiah premium untuk pasaran tempatan dan eksport.

Menurut Azhar, kopiah Waqi dihasilkan menggunakan teknologi fabrik daripada lapisan kain kapas lembut bagi memudahkan peluh diserap sekali gus memberikan keselesaan kepada kulit kepala.

"Bahan kasa tegap mengekalkan bentuk asal kopiah agar sentiasa tampak segak bergaya. Kain kapas pula sifatnya lembut, ringan dan selesa digunakan.

"Gabungan bahan-bahan berkualiti itu memudahkan pengaliran udara keluar daripada kopiah membuatkan kepala kekal nyaman. Selain itu, lapisan bahan pemantul haba turut digunakan bagi mengurangkan bahang terik mentari," kata lelaki yang berpengalaman luas dalam industri sulaman dan jahitan selama 16 tahun.

Kualiti kopiah


KOPIAH Waqi berkualiti premium disulam menggunakan sulaman komputer.


Di pasaran negara, kopiah boleh didapati dalam tiga kualiti iaitu biasa, sederhana dan premium. Harga setiap kopiah ditentukan berdasarkan kualitinya.

Bagi kategori biasa, harganya boleh didapati semurah RM5, sederhana sekitar RM50, manakala premium pula lebih RM100 setiap satu.

Dalam Islam, kopiah atau ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah.

Selain songkok, pemakaian kopiah dalam kalangan umat Islam di negara ini sesuatu yang biasa. Tidak hairanlah, ada yang memiliki sehingga lebih lima buah kopiah. Setiap kopiah digunakan mengikut kesesuaian pada majlis tertentu seperti menghadiri ceramah agama, perkahwinan atau ke surau.

"Tidak banyak kopiah premium berada dalam pasaran negara kita, namun permintaannya adalah tinggi. Justeru, untuk menghasilkan kopiah Waqi, kami telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri sejak lima tahun lalu.

"Kajian yang dilakukan adalah penggunaan teknik sulaman, jahitan, kerapian dan keselesaan. Sulaman tidak perlu mengikut fesyen terkini, tetapi apabila siap ia nampak simple dan kemas. Sulaman dilakukan menggunakan sulaman berkomputer," kata anak jati Kedah itu. Kilang kopiah Waqi terletak di Pendang, Kedah.

Bapa kepada tiga orang anak itu turut mementingkan maklum balas pengguna. Sehubungan itu, selama dua tahun pihaknya menjalankan kajian membabitkan kumpulan 50 peserta yang dijalankan sebanyak tiga kali.

Peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid dan pelbagai latar belakang responden. Setiap maklumat yang diperoleh digunakan bagi membaiki kualiti kopiah tersebut.

Sejak tahun 2010, kopiah Waqi telah berada di pasaran. Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan, malah permintaannya jauh lebih tinggi berbanding penawaran yang mampu kami lakukan.


ALAT pengukur digunakan bagi memastikan saiz kopiah yang dipakai sesuai dengan kepala pelanggan.


Harga mahal

Setiap perniagaan pasti mempunyai cabaran sendiri, begitu juga dalam menjual kopiah berkualiti premium terutamanya berkaitan dengan harga.

Hakikatnya, pengguna tertarik dengan kualiti dan kecantikan, namun apabila melihat harga kopiah melebihi RM100, mereka mula berfikir banyak kali. Adakah pembelian tersebut berbaloi?

"Tidak dinafikan pelanggan berbelah bahagi untuk membeli kopiah premium, tetapi kami berjaya meyakinkan mereka. Pemakaian kopiah premium membuatkan si pemakainya kelihatan lebih segak.

"Tidak cukup dengan itu, kami turut melabur dalam menghasilkan bungkusan yang menarik. Ia nyata berbaloi apabila kami dianugerahkan Malaysia Good Design Award daripada Majlis Rekabentuk Malaysia," katanya yang menubuhkan syarikat berkenaan bersama dua rakan kongsi pada tahun 1994.

Pasaran eksport

Menurut Azhar, pihaknya juga telah mendapat permintaan daripada pihak tertentu di Mekah dan Madinah untuk memasarkan kopiah Waqi di kedua-dua kota suci umat Islam tersebut.

Kopiah Waqi yang akan dipasarkan ke sana berbeza termasuk dari segi corak kerana ia dijual sebagai cenderamata terutama pada musim haji.

"Mulai tahun hadapan kami akan mengeksport kopiah Waqi ke kedua-dua kota tersebut dan harganya tentulah lebih mahal berbanding di negara ini," katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Industri, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu memberitahu, kilangnya ketika ini mampu mengeluarkan kira-kira 3,000 kopiah setiap hari atau 36,000 setahun. Namun, pada tahun depan, pihaknya menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 300,000 kopiah setahun.

Jualan kopiah paling tinggi pada bulan Ramadan. Ketika ini, syarikat berkenaan turut berdepan masalah kekurangan pekerja berpengalaman sekali gus merencatkan pengeluaran.

Mencantumkan kopiah

Bagi Nurul Anisah Abd. Rahim, 22, peluang menjalani latihan industri di syarikat yang menghasilkan kopiah premium merupakan satu pengalaman berharga.

Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru itu menjalani latihan industri selama lima bulan di syarikat tersebut. Ketika bekerja, Nurul Anisah telah dihantar di beberapa bahagian yang berbeza.


KETELITIAN amat penting ketika proses memotong 18 lapisankain kapas yang telah dijahit untuk dijadikan dinding kopiah.
sebelum ia disambung menjadi dinding kopiah


"Mula-mula dahulu, saya bertugas di bahagian jualan sebelum dipindahkan ke bahagian pengawalan kualiti produk. Sejak dua minggu lalu, saya bertugas di bahagian R&D yang menghasilkan kopiah Waqi.

"Pembuatan kopiah Waqi dilakukan secara teliti dan saya mengambil masa satu hari untuk menghasilkan sebuah kopiah. Itupun kualitinya tidak berapa bagus.

"Bahagian yang paling susah ialah ketika mencantumkan dinding dan atas kopiah. Jahitan perlu dilakukan secara manual, ketekunan dan ketelitian amat dituntut atau kopiah akan senget," katanya yang berasal dari Pahang.

Sudah dua tahun

Seorang pelanggan, Mohammad Mydin, 31, berkata, dia memakai kopiah Waqi sejak dua tahun lalu.

Dia mengakui memilih untuk mengenakan kopiah Waqi selepas berpuas hati dengan fabrik yang memberi keselesaan.

Katanya, ketebalan kain menjadikan kopiah tersebut keras dan jika memakai serban, tidak perlu lilitan yang banyak.

"Syarikat berkenaan melakukan R&D sebelum menjual kepada para pelanggan. Ia bukan sahaja berkualiti, malah selesa dan cantik. Kainnya tebal, tetapi saya tidak pernah mengalami sakit kepala.

"Saya sering memakainya ketika majlis-majlis tertentu dan penyimpanannya juga agak senang," katanya yang merupakan seorang penceramah bebas.

Tidur di dalam bongkah ais

Posted:

Tidur di dalam bongkah ais

Tidur di dalam bongkah ais


PERMINTAAN terhadap penginapan ais yang meningkat membuatkan banyak hotel seperti di Jukkasjarvi ini dibina.


LUPAKAN seketika mengenai kemudahan yang kebiasaannya terdapat di bilik-bilik standard hotel lain yang menawarkan katil, bar mini dan jubah mandi berserta dua pasang selipar. Di sebuah hotel di Zwolle, ada sesuatu yang menarik mengenai bilik penginapannya.

"Selamat datang ke hotel ais Belanda yang pertama," itulah sapaan yang akan diterima apabila anda mula menjejakkan kaki ke bilik hotel yang bersuhu antara enam hingga lapan darjah Celsius itu.

Penginap juga diingatkan agar memastikan rambut dalam keadaan kering jika tidak mahu ia menjadi beku.

"Jangan mengambil makanan yang terlalu berat dan pastikan juga anda menukar pakaian sebelum memasuki bilik," beritahu Pengurus Hotel, Annet Van Limburg kepada tetamu yang pertama kali mengunjungi hotel tersebut.

Sambil tertawa mendengarkan kata-kata itu, Luc Van Heijst dan Maya Zhang, 42, mendengar dengan patuh akan nasihat yang diberikan.

Di dalam bagasi mereka sudah tersedia beberapa helai seluar, baju sejuk, sarung tangan dan topi sebagai persediaan untuk menginap di hotel ais itu.

"Tidak, saya tidak takut, cuma sedikit gementar. Kami datang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di sini dan saya rasa seolah-olah kanak-kanak yang teruja dengan percutiannya," kata Van Heijst.

Gudang penyejukan

Hotel ais itu dibina bersempena festival mengukir ais di Zwolle pada tahun lepas yang diuruskan oleh sebuah hotel tempatan. Namun, ia hanya mempunyai tiga buah bilik serta didirikan di dalam sebuah gudang penyejukan yang mengambil masa selama 10 hari bagi menyiapkannya.

Ia merupakan hotel ais yang terletak di Eropah paling selatan, memandangkan idea penginapan seperti itu bermula di sebelah utara benua tersebut.

Hotel ais terbesar yang berada di Jukkasjarvi, Lapland iaitu di utara Sweden menawarkan sebanyak 47 buah bilik untuk musim 2011 hingga 2012,

"Tidak seperti Kanada dan Lapland, hotel di Zwolle tidak berada dalam persekitaran semula jadi. Di sana, tetamu hotel tidur dalam suhu 20 darjah Celsius di bawah paras beku," ujar Van Limburg yang menambah bahawa suhu di hotel ais Zwolle itu masih dalam keadaan yang tidak terlalu ekstrem.

Harga yang ditawarkan untuk satu malam bagi dua orang pengunjung adalah sebanyak AS$259 (RM788).

Bilik bertema

Memasuki ruang bilik tidurnya, terdapat corak-corak abstrak yang diukir pada dinding ais tebal yang menghiasi dua daripada tiga buah bilik yang disediakan.

Sementara itu, bilik ketiga pula mengetengahkan tema nautika yang turut menggunakan cengkerang gergasi sebagai hiasan.

Turut menjadi penyeri ialah sehelai kain langsir berwarna hitam yang berfungsi sebagai pintu.

Bagaimanapun, tarikan utama yang terdapat pada hotel ini ialah katil segi empatnya yang dibina daripada bongkah ais besar serta memberikan limpahan cahaya berwarna merah jambu, biru dan hijau.

Warna-warna itu dipantulkan daripada lampu yang dipasang di bawah bongkah ais tersebut yang mampu membuatkan pengunjung berasa terpegun melihatkan keindahan suasana yang tercipta.

Walau bagaimanapun, menurut Van Limburg, terdapat sebuah bilik di sebuah 'hotel sebenar' yang berhampiran turut disediakan sebagai langkah persediaan andainya terdapat tetamu yang mengubah fikiran untuk tidak bermalam di dalam kiub ais itu.

Berbalik kepada kisah Van Heijst dan Zhang, pada keesokan paginya kedua-dua pengunjung tersebut kelihatan sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah selepas bermalam dalam keadaan hampir beku.

"Saya memakai tiga helai seluar dan rasanya agak panas," ujar Van Heijst sambil ketawa.

"Ia merupakan satu pengalaman bermalam yang menakjubkan, namun sudah semestinya pengalaman sebegini memadai untuk dirasai untuk satu malam," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Pilihan percutian terunggul negara

Posted:

Pilihan percutian terunggul negara

Pilihan percutian terunggul negara

Oleh NASRI JAMALUDIN

BUKAN sahaja pada musim cuti persekolahan, malah juga cuti hujung minggu atau cuti umum, kita dapat menyaksikan rakyat di negara ini memenuhi kompleks beli-belah, taman tema, pusat rekreasi atau pulang ke kampung halaman.

Kewujudan banyak kompleks beli-belah juga membuktikan rakyat di negara ini suka berbelanja terutamanya pada musim tawaran harga murah. Di ibu negara, misalnya, jalan-jalan menuju kompleks beli-belah menjadi sesak. Orang ramai juga bersesak-sesak memenuhi premis-premis yang membuat tawaran harga murah.

Kompleks-kompleks beli-belah turut menjadi tumpuan orang ramai berhibur atau menjamu selera.

Jika tidak pergi ke kompleks beli-belah, taman-taman tema, pusat rekreasi, hutan lipur turut menjadi tumpuan rakyat Malaysia bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Hotel atau restoran yang menghidangkan makanan lazat juga menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati detik istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebuah laman web pelancongan terbesar di dunia, TripAdvisor baru-baru ini mendedahkan 10 destinasi dalam negara pilihan rakyat Malaysia.

Destinasi yang disenaraikan TripAdvisor ialah Kuala Lumpur diikuti Melaka, Genting Highlands, Kota Kinabalu, George Town, Batu Ferringhi, Johor Bahru, Port Dickson, Kuching dan Kuantan.

Ranking tersebut berdasarkan bilangan alamat Protokol Internet (IP) rakyat Malaysia yang mengunjungi laman web TripAdvisor.com antara 1 Januari hingga 30 November tahun ini.

Timbalan Presiden Penjualan Periklanan, Asia Pacific TripAdvisor, Cindy Tan berkata, TripAdvisor membolehkan pengunjung merancang percutian termasuk mendapat tip daripada pengunjung lain yang pernah menginap di hotel atau mencuba makanan di restoran tertentu.

"Misi kami adalah untuk membantu pelancong atau pelawat di seluruh dunia merancang percutian sempurna.

"TripAdvisor merupakan laman web pelancongan terbesar di dunia, Pada tahun ini, sebanyak 75 juta orang memberi ulasan di laman web kami, 60 juta pengunjung setiap bulan, menyenaraikan lebih 1.8 juta perniagaan, lebih 60 penyumbang setiap minit dan membabitkan 110,000 destinasi," katanya kepada pemberita di One World Hotel, Bandar Utama baru-baru ini.

Kuala Lumpur

Ibu negara bukan sahaja mempunyai pelbagai tarikan pelancongan malah bilangan kompleks beli-belah yang banyak dan besar turut menarik perhatian rakyatnya.

Rangkaian hotel bajet hingga yang bertaraf mewah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Kuala Lumpur. Hotel-hotel ada yang dibina bersambung atau berhampiran kompleks beli-belah sekali gus memberikan lebih banyak kemudahan kepada para penginap.


KUALA Lumpur merupakan pilihan destinasi percutian utama rakyat Malaysia.


Antara hotel di Kuala Lumpur yang menjadi pilihan tertinggi pengunjung laman web tersebut ialah Hotel Traders. Seramai 2,389 daripada 3,434 pengunjung TripAdvisor memberikan komen cemerlang terhadap kualiti perkhidmatan, harga, keselesaan dan lain-lain.

Melaka

Bandar raya bersejarah ini tidak kurang hebatnya apabila menjadi lokasi kedua pilihan percutian rakyat Malaysia di laman web tersebut.

Hotel The Majestic Malacca menduduki tangga nombor satu sebagai hotel pilihan pengunjung TripAdvisor. Keunikan seni bina dan kemewahan hiasan dan kemudahan memberi satu pengalaman indah kepada para pelanggannya.

Lokasi pilihan menjamu selera pula ialah di Restoran Pak Putra Tandoori dan Nan yang terletak di Jalan Laksamana 4, Bandar Melaka. Pengunjung web dilihat memberi komen seperti kesesuaian untuk kumpulan besar, harga yang murah, layanan mesra dan keenakan makanan tempatan.

Genting Highlands

Kota keriangan Genting Highlands berada di tempat ketiga dengan Resort Hotel Genting Highlands menjadi pilihan utama pengunjung. Daripada 136 pengunjung, 36 orang memberikan komen cemerlang, 56 baik manakala bakinya memberikan komen sederhana, biasa dan teruk.

Untuk menjamu selera kebanyakan pengunjung memilih restoran makanan segera Bubbles & Bites. Harga makanan yang ditawarkan adalah antara RM6 hingga RM34.

Kota Kinabalu


Tarikan rekreasi taman tema dan cuaca sejuk menjadikan Genting Highlands sesuai untuk percutian sekeluarga.


Keunikan alam Negeri Di Bawah Bayu ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tempatan malah dari luar negara. Sabah juga mempunyai pulau-pulau yang cantik sekali gus menjadi destinasi popular untuk aktiviti menyelam skuba atau snorkeling.

Hotel yang menjadi pilihan majoriti pengunjung ialah Shangri-La Rasa Ria Resort. Seramai 1,177 daripada 1,746 pengunjung memberikan komen cemerlang. Tetamu terpesona dengan keindahan pantai dan suasana tenang di hotel berkenaan.

Pulau Pinang

Negeri yang terkenal dengan persembahan boria ini sering kali menjadi pilihan pelancongan tempatan bercuti. Tidak hairanlah, dua daerah di negeri ini menjadi tumpuan pelancong iaitu George Town dan Batu Feringghi masing-masing berada pada kedudukan kelima dan keenam.

Hotel-hotel pilihan utama di dua lokasi berkenaan ialah Hotel Yeng Keng, George Town dan Shangri-La Rasa Sayang Resort.

Johor Bahru

Negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia ini kian berkembang dari segi pelancongan. Pembukaan beberapa tarikan pelancongan baharu seperti Legoland dan Hello Kitty di Nusajaya membuatkan ramai rakyat di negara ini merancang berkunjung dalam masa terdekat.

Pada musim cuti persekolahan ini, difahamkan semua bilik hotel habis ditempah. Antara hotel pilihan utama ialah Hotel Thistle.

Port Dickson

Negeri Sembilan mempertaruhkan Port Dickson sejak sekian lama. Ia menjadi tumpuan pelancong tempatan yang gemar bermandi-manda di kawasan pantainya yang landai. Terdapat banyak hotel dan resort di daerah ini tetapi pilihan pengunjung TripAdvisor ialah Thistle Port Dickson Resort.

Beberapa pengunjung memberikan beberapa komen terhadap resort tersebut yang disifatkan bagus dari segi layanan pekerja, pemandangan laut dan kemudahan untuk tetamu.

Kuching


BERSIAR dengan bot di Sungai Melaka menjadi produk pelancongan yang amat popular.


Variasi budaya etnik dan kekayaan khazanah semula jadi menjadikan Sarawak tumpuan para pencinta alam. Lawatan ke Gua Niah, Gunung Mulu dan Taman Negara Bako adalah antara tarikan utama di Sarawak.

Di Kuching sahaja terdapat banyak lokasi tarikan pelancongan seperti China Town, Kuching Waterfront dan Muzium Sarawak. Setiap satunya mencuri perhatian dengan kekuatan nilai warisan yang eksotik.

Hotel Pullman Kuching menjadi pilihan utama pengunjung ketika bercuti ke ibu negeri Sarawak itu. Menurut laman web TripAdvisor, hotel tersebut menerima banyak komen positif yang menyentuh aspek hiasan yang menarik, lokasinya yang berhampiran dengan kompleks beli-belah dan Sungai Sarawak.

Kuantan

Club Med Cherating Beach muncul pilihan pertama daripada 42 hotel di Kuantan, Pahang. Terletak berhadapan Laut China Selatan membuatkan ramai pengunjung teruja dengan pemandangan laut yang indah dan menenangkan jiwa. Pengunjung juga dapat melihat kehadiran monyet-monyet atau hidupan lain di sekitar kawasan berhampiran.

Wanita berleher panjang Thailand

Posted:

Wanita berleher panjang Thailand

Wanita berleher panjang Thailand


PASAR Warorot, Chiang Mai merupakan tempat yang sesuai untuk membeli barangan berkualiti dengan harga yang murah.


PENGALAMAN mengikuti rombongan bersama Majlis Guru Besar Daerah Rompin selama tiga hari dua malam ke Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand merupakan satu pengalaman yang amat berharga.

Saya tidak menyangka akan sampai ke sebuah perkampungan kaum Karen di kawasan Mae Hong Son, barat laut Thailand. Perkampungan ini juga dikenali sebagai Perkampungan Leher Panjang Karen.

Kaum wanitanya menjadikan amalan menghias diri yang unik dan pelik iaitu menggunakan gelang tembaga di leher, lengan dan kaki.

Tujuan amalan itu bagi menonjolkan keindahan dan status adalah wanita kaum berkenaan. Gelang leher dipakai dari tulang selangka hingga ke bawah dagu. Perhiasan di leher mula dipakai sejak mereka berumur lima atau enam tahun.

Setelah dipakai ia tidak pernah ditanggalkan menyebabkan leher memanjang mengikut ketinggian gelang tersebut.

Saya cuba memakai gelang leher untuk tujuan bergambar namun terasa agak ketat dan mencekik. Justeru, saya terfikir, bagaimanakah kaum wanita mereka mampu memakainya dalam tempoh yang lama?

Rombongan kami sampai di perkampungan berkenaan ketika hari sudah malam. Penduduknya menggunakan pelita minyak tanah dan lilin bagi menerangi rumah masing-masing.

Dalam pada itu, saya dapat melihat dan merakamkan beberapa keping gambar aktiviti penduduk pada waktu malam. Kaum lelaki menghidupkan unggun api sekali gus menerangi kawasan berkenaan.

Menerusi cahaya daripada unggun api itu, rombongan kami dapat melihat persekitaran kampung kaum Karen berkenaan dengan lebih jelas.

Pada waktu itu, mereka menyambut kami dengan satu tarian yang unik. Persembahan mereka berjaya menghiburkan rombongan kami yang turut diajak menari bersama-sama mereka.

Sulam manik

Salah satu kelebihan kaum Karen ialah mereka mempunyai kemahiran menyulam manik di atas kain. Hasil sulaman ini dijual kepada para pelancong sebagai cenderahati.

Kami juga sempat membeli pelbagai cenderamata hasil kraf tangan wanita Karen seperti ukiran kayu wanita berleher panjang, kain tenunan, penanda kunci dan perhiasan gubahan butiran manik. Barang-barang ini disusun cantik di rumah kayu binaan atap nipah.


ROMBONGAN dari Malaysia ini berkesempatan menyusuri Sungai Mekong yang terletak di Segi Tiga Emas iaitu sempadan tiga buah negara Thailand, Myanmar dan Laos.


Para pelancong juga ada yang memberi sumbangan kepada wanita Karen yang membuat persembahan atau ketika bergambar. Ketika hendak balik, saya sempat menderma beberapa syiling 100 bath (RM1) kepada kanak-kanak Karen yang mengiringi kami pulang menuju ke arah bas.

Mereka kelihatan begitu ceria dan gembira menerima kedatangan kunjungan rombongan kami. Sebenarnya, itulah sumber pendapatan kaum Karen ini, kunjungan pelancong memberi sedikit hasil pendapatan untuk perbelanjaan harian mereka.

Pasar popular

Sementara itu, tarikan lain yang terdapat di Chiang Mai ialah Pasar Warorot atau dikenali sebagai Kad Luang oleh masyarakat tempatan.

Di pasar yang terletak dekat dengan Sungai Ping itu, rutin jual beli harian orang tempatan dapat disaksikan. Pelbagai barangan dijual dan pelancong asing boleh menemui sesuatu barangan kenangan pada harga yang murah.

Sebelum itu, dari Chiang Mai kami terus menaiki bas selama empat jam menuju Chiang Rai. Ketika dalam perjalanan kami dapat melihat persekitaran bumi Thailand yang melalui kawasan sawah padi, kebun getah dan jagung serta hutan-hutan simpan tropika yang masih kekal cantik.

Keadaan lalu lintas juga tidaklah terlalu sesak. Saya dan rombongan singgah sebentar di Kolam Air Panas Chiang Rai. Kelihatan ramai pengunjung dari Eropah dan negara Asia membeli-belah di situ.

Rendam kaki

Ada yang mengambil kesempatan merendam kaki, tidak kurang yang meredam telur ayam atau puyuh. Telur-telur tersebut masak dalam beberapa minit sahaja.

Pengunjung juga boleh membeli barangan cenderamata, ukiran kayu, pakaian, gubahan dan anyaman di beberapa buah kedai di sekitar kolam air panas itu.

Thailand mempunyai banyak kuil. Kami turut mengambil kesempatan mengunjungi sebuah kuil iaitu Kuil Putih atau dikenali juga sebagai Taj Mahal Thailand.

Seni bina Kuil Putih ini unik dan menarik dengan dipenuhi pelbagai bentuk ukiran, malah semua bahagian bangunan ini berwarna putih. Kami tidak melepaskan peluang bergambar sebagai kenang-kenangan.


GELANG leher dipakai oleh kaum wanita Karen sejak mereka berumur lima tahun.


Ketika sampai, hujan renyai-renyai namun kami tidak mempedulikannya kerana ingin merakam gambar terbaik. Keadaan di sini terasa seumpama berada di Taj Mahal, India.

Gajah melukis

Selepas menikmati keindahan seni bina Kuil Putih kami meneruskan perjalanan untuk menyusuri Sungai Mekong. Lokasi tersebut terletak di Segi Tiga Emas yang menjadi sempadan tiga buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Kami diberi taklimat oleh pemandu pelancong bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan pengeluar candu terbesar suatu masa dahulu.

Satu lagi tempat yang menarik perhatian para pengunjung ialah di Ladang Gajah Maesa Taeng. Di situ kita boleh melihat pelbagai aksi menarik yang ditunjukkan oleh gajah-gajah. Antaranya melakukan urutan badan, melukis, bermain bola jaring, menendang bola ke arah gol, menyusun balak-balak, menari dan bermain alat muzik.

Kemahiran gajah melukis dengan cantik mengundang rasa kagum hinggakan ramai pelancong terutama pelancong Eropah sanggup membelinya. Sebelum itu, lukisan gajah-gajah itu dipamerkan dan dijual kepada pengunjung pada harga 3,000 baht (RM300) setiap satu.

Sememangnya pengalaman berkunjung ke Negara Gajah Putih itu meninggalkan seribu satu kenangan manis kepada kumpulan kami.

Menara Gajah kebanggaan Thailand

Posted:

Menara Gajah kebanggaan Thailand

Menara Gajah kebanggaan Thailand


BENTUK gajah jelas kelihatan dari sudut fotografi ini.


GAJAH sememangnya memainkan peranan penting dalam budaya dan sejarah masyarakat Thailand.

Sebagai haiwan darat terbesar di dunia, ia dianggap sebagai makhluk suci yang melambangkan kekuatan, kekuasaan dan kemegahan.

Gajah putih, misalnya, dianggap sebagai lambang diraja negara itu malah haiwan itu juga pernah digunakan sebagai simbol bendera dan mata wang Thailand suatu ketika dahulu.

Ketaksuban rakyat Thailand terhadap gajah juga membawa kepada pembinaan Elephant Tower yang terletak di pertemuan Paholyothin Road dan Ratchadaphisek Road iaitu di tengah-tengah Chatuchak, daerah komersial terulung di Bangkok.

Menjadi satu-satunya bangunan yang berbentuk seumpamanya di dunia, tidak hairanlah ia berjaya mencuri perhatian sesiapa sahaja dan kini menjadi salah satu mercu tanda di Bangkok.

Ia merupakan idea pemiliknya Arun Chaiseri, seorang ahli politik, jurutera dan jutawan hartanah dan pemilik syarikat kejuruteraan, Arun Chaiseri Consulting Engineers Company Ltd.

Bersama arkitek Ong-ard Satrabhandhu, Arun, lulusan kejuruteraan University of Illinois, Amerika Syarikat (AS) bergabung tenaga untuk menyiapkan Elephant Tower pada tahun 1997.

Gabungan kompleks

Elephant Tower merupakan gabungan kompleks pejabat, pusat beli-belah, kondominium mewah setinggi 32 tingkat. Ia turut mempunyai ruang parkir yang mampu memuatkan 1,200 kenderaan pada satu-satu masa.

Berbentuk kiub, binaan setinggi 102 meter itu menyerupai bentuk seekor gajah yang sedang berdiri. Bahagian telinganya dihasilkan daripada ruang balkoni kaca bertingkat berkeluasan 170 meter panjang dan 40 meter lebar manakala matanya pula merupakan sebuah tingkap besar.


KESIBUKAN kawasan Chatuchak yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing membeli-belah.


Sementara itu, bahagian ekornya pula terdiri daripada bilik berkaca setinggi 20 tingkat yang kini menjadi ruang pejabat pengurusan bangunan.

Biarpun dianggap sinis pada awal pembinaannya, Elephant Tower pantas mengundang perhatian ramai pihak termasuk pelancong asing yang berkunjung ke negara itu.

Sementara ramai yang memuji keunikannya, tidak kurang juga yang mencela dan mengiktirafnya sebagai antara bangunan terburuk di dunia.

Bagaimanapun, Arun mempunyai alasannya yang tersendiri. Melalui pembinaannya, beliau mahu mendidik masyarakat Thailand untuk menyayangi gajah yang kini diancam kepupusan akibat penerokaan hutan, pembalakan dan pembunuhan haram.

Selaku pencinta haiwan itu, Arun turut mempunyai muzium yang menyimpan lebih 2,000 artifak dan objek yang berkaitan dengan gajah.

Pada 2011, CNNGo TV, rangkaian berita kabel (CNN Travel) menganugerahkan Elephant Tower tempat keempat daripada senarai 20 bangunan pencakar langit paling ikonik di dunia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Politeknik Kuching Sarawak lancar 1M4U

Posted:

Politeknik Kuching Sarawak lancar 1M4U

Politeknik Kuching Sarawak lancar 1M4U


KIRA-KIRA 500 pelajar serta kakitangan Politeknik Kuching, Sarawak bersama Abdul Rahman (berbaju hitam di tengah) selepas pelancaran 1M4U di Kuching baru-baru ini.


SUKARELAWAN. Politeknik Kuching, Sarawak melancarkan 1Malaysia For Youth (1M4U) Outreach Centre di Kuching baru-baru ini dalam usaha menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjadikan negara ini sebagai hab dan contoh dalam aktiviti sukarelawan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman Junaidi yang menyempurnakan pelancaran tersebut berkata, semangat sukarelawan perlu disemai dalam diri pelajar bagi membentuk semangat kekitaan, aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat.

"Pelajar universiti tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sahaja sebaliknya perlu didorong untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan," katanya.

106 JKKK Sabah sertai kursus

Posted:

106 JKKK Sabah sertai kursus

106 JKKK Sabah sertai kursus


YAHYA (duduk di tengah) bersama ahli JKKK DUN Petagas yang menyertai kursus pengurusan di Putatan baru-baru ini.


TIMBA ILMU. Seramai 106 ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyertai kursus pengurusan JKKK dan Ketua Kampung peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di Putatan, Sabah baru-baru ini.

Kursus yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin itu bertujuan memantapkan lagi sistem pentadbiran dan pengurusan JKKK dan ketua kampung dalam menghadapi cabaran masa kini.

Selain itu, kursus berkenaan juga menjadi platform kepada semua JKKK dan ketua kampung dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan pihak kerajaan.

Majlis Berkhatan Perdana DUN Gombak Setia

Posted:

Majlis Berkhatan Perdana DUN Gombak Setia

Majlis Berkhatan Perdana DUN Gombak Setia


SAID ANUAR (berdiri belakang, empat dari kanan) bersama sebahagian kanak-kanak berkhatan di Gombak baru-baru ini.


MERIAH. 50 orang kanak-kanak kawasan Dewan undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dirai dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Majlis diadakan di Taska As'Syifa, Batu 9, Jalan Gombak, dan dirasmikan oleh Penyelaras Barisan Nasional Pembangunan DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad.

Dalam majlis itu, pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan kepada penduduk sekitar.

Majlis dianjurkan oleh Persatuan Keluarga Baitul Arash dan surau Al Tarbiyah, Batu 8, Gombak dengan kerjasama Penyelaras Persekutuan DUN Gombak Setia dan Jabatan Kesihatan Daerah Gombak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Budak 3 tahun hancur diseret

Posted:

Budak 3 tahun hancur diseret

Budak 3 tahun hancur diseret

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my

BEGINILAH keadaan kereta Ford Laser Said Ibnu Aslam setelah terlibat dalam kemalangan di Nibong Tebal hingga mengakibatkan anaknya, Muhammad Aslam Maricar maut selepas diseret sejauh 10 kilometer.


NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan dahsyat apabila mayatnya hancur selepas dia diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 168.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini kelmarin.

Kejadian menyayat hati pada pukul 8.45 malam itu mengakibatkan Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Aslam, 3, maut.

Mayatnya ditemui tiga jam kemudian iaitu pada pukul 11 malam di lorong kecemasan lebuh raya oleh orang awam yang membantu mencari selepas bapanya, Said Ibnu Aslam G. M. Ismail, 47, mengadu salah seorang anaknya hilang selepas kemalangan.

Sebelum kejadian, Muhammad Aslam Maricar bersama tujuh lagi ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke Ayer Itam, Pulau Pinang selepas seharian bercuti di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak.

Turut berada di dalam kereta itu isteri Said Ibnu Aslam, Nuris Berutu, 40, yang merupakan warga Indonesia; tiga anaknya, Zulqarnain Aslam, 14; Shahrul Ramadan, 12, dan Nur Aishah Aslam, 2, serta adik Nuris, Nurjadi, 28.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

10 warga Indonesia mati lemas

Posted:

10 warga Indonesia mati lemas

10 warga Indonesia mati lemas

Oleh FARIK SALLEH
berita@kosmo.com.my


PENDUDUK kampung membantu mencari dan mengangkat mayat mangsa lemas di pantai Teluk C, Bandar Penawar, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Sepuluh warga Indonesia ditemui mati lemas apabila bot pancung yang dinaiki dipercayai karam di pantai Teluk C, Bandar Penawar dekat sini petang semalam.

Kesemua mangsa masing-masing terdiri daripada empat lelaki dan enam wanita itu ditemui terdampar di tepi pantai Teluk C dan di sebuah kolam udang berdekatan oleh penduduk kampung berhampiran.

Hanya dua mangsa yang ditemui dikenali iaitu Ahmad Marwin Ajmain Amrulla, 33, dan Norhasanah Nafi, 14, yang bertaraf penduduk tetap (PR), manakala lapan mangsa yang lain tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Difahamkan dua daripada mangsa dalam keadaan sarat mengandung dan sehingga malam tadi polis masih menjalankan gerakan mencari kerana ada lagi mangsa yang belum ditemui.

Bot yang membawa 15 penumpang warga Indonesia itu dikatakan berlepas Isnin lalu dari Bandar Penawar melalui laluan haram menuju ke Batam, Indonesia sebelum karam lima kilometer dari lokasi mereka berlepas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Operasi unit rondaan bermotosikal diperluas

Posted:

Operasi unit rondaan bermotosikal diperluas

Operasi unit rondaan bermotosikal diperluas


NAJIB melihat sebuah motosikal Unit Rondaan Bermotosikal selepas melancarkan unit tersebut di Padang Awam Bandar Kinrara, Puchong semalam. Turut kelihatan, Hishammuddin (tiga dari kiri) dan Ismail (kanan).


KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia memperluaskan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) oleh anggota polis jika ia didapati berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, operasi unit itu yang dilancarkan di Puchong semalam akan dikaji keberkesanannya dalam tempoh enam bulan sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menambah peruntukan untuk tujuan itu.

"Saya berharap ia (URB) akan diberi peluang untuk melakukan tugasan mereka. Dalam tempoh masa enam bulan ini, kita akan buat kajian semula.

"Kalau buddy system iaitu dua anggota menunggang motosikal pada setiap masa didapati berkesan dan amat berfaedah, maka kerajaan sanggup menambah lagi bilangan anggota bermotosikal ini.

"Tidak payah tunggu Bajet 2014, Bajet 2013 kita boleh tambah lagi untuk tunjuk yang kita komited dan serius untuk memerangi jenayah," katanya pada majlis pelancaran URB Polis Diraja Malaysia di Bandar Kinrara, Puchong di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dulu menghibur kini berdakwah

Posted:

Dulu menghibur kini berdakwah

Dulu menghibur kini berdakwah

KUMPULAN nasyid Al-Mawlid yang dianggotai bekas anggota kumpulan Ruffedge,Ve dan Innuenda.


PENGHIJRAHAN artis-artis tanah air ke jalan dakwah kebelakangan ini tanpa disedari membantu perkembangan syiar Islam di Malaysia.

Walaupun bukan tergolong dalam kelompok ustaz atau ustazah tetapi mereka masih boleh berdakwah.

Antara artis yang melalui transformasi penghijrahan itu ialah kumpulan Al-Mawlid, pelakon Irma Hasmie Ibrahim, penyanyi Nur Shahila Amir Hamzah (Shila Amzah) serta pelakon dan pengacara Haryati Hamzah (Yatt).

Penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menyifatkan penghijrahan artis-artis itu patut diberi pujian dan sokongan agar mereka dapat memainkan peranan dalam menyampaikan dakwah kepada setiap lapisan masyarakat.

Perkembangan sihat

"Transformasi ini merupakan perkembangan sihat dan satu langkah yang tepat pada masanya demi kebaikan semua pihak.

"Sudah menjadi fitrah, apabila seseorang mendapat hidayah, kita mahu berkongsi ilmu yang diperoleh dengan orang lain sebagai langkah mengajak orang ramai ke arah kebaikan," katanya ketika ditemui pada Karnival Mini Maal Hijrah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) baru-baru ini.

Siti Nor Bahyah turut mengingatkan para artis supaya berhijrah seikhlas hati tanpa mengharapkan gelaran, pujian atau mencari publisiti semata-mata.

Katanya, setiap penghijrahan ke arah kebaikan dijanjikan keampunan oleh Allah atas dosa-dosa lampau asalkan niat kita ikhlas dan sentiasa istiqamah.

Beliau berharap mereka akan menjadi contoh kepada artis lain dan golongan muda kerana mereka adalah ikon yang sentiasa menjadi ikutan.

Suami kepada Siti Nor Bahyah, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, dalam Islam tiada halangan atau batasan untuk berdakwah kerana manusia adalah khalifah Allah.

"Setiap daripada kita berperanan dalam usaha berdakwah untuk memperbaiki ummah dan seseorang itu tidak perlu betul-betul sempurna jika mahu menyampaikan dakwah kerana Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat."

"Jika kita tunggu betul-betul sempurna baru hendak berdakwah, maka Islam akan lambat berkembang. Cuma apa yang perlu ialah ilmu yang disampaikan mestilah berlandaskan al-Quran dan Sunah," katanya.

Wan Akashah berkata, kaji selidik yang dijalankan di sebuah universiti di negara ini mendapati hampir 60 peratus golongan muda khususnya generasi Y menjadikan artis sebagai ikon. Ia merupakan pendekatan yang paling efektif untuk para artis itu menyampaikan dakwah mereka.

Menurut beliau, usaha berdakwah harus diteruskan kerana ilmu yang dikongsi tidak akan luak malah ia akan terus berkembang serta mendapat keberkatan daripada Allah.

"Menyampaikan ilmu kepada orang lain bukanlah satu perkara yang sia-sia kerana ilmu itu akan bertambah jika kita amalkan serta sebarkan malah ilmu ini tiada had seumpama tujuh lautan luasnya," tambah Wan Akashah.

Siti Nor Bahyah berkata, lima prinsip utama yang boleh dijadikan pegangan oleh artis yang berhijrah semasa berdakwah ialah ikhlas, istiqamah, ikutan, indah dan ilmu. "Apabila hendak berhijrah, hati mesti ikhlas agar timbul istiqamah yang akan mengukuhkan lagi penghijrahan itu dan ia akan memudahkan mereka menarik peminat untuk turut sama melangkah ke arah yang lebih baik.

"Setelah hijrah itu menjadi ikutan, maka akan timbul pula keindahan dalam berdakwah apabila ajaran agama yang diamal dan disampaikan itu memberi kesan pada diri sendiri dan dipraktik masyarakat," katanya.

Beliau berpesan kepada golongan artis yang baru berhijrah agar memilih mursyid iaitu guru yang mengamalkan ajaran Islam dan tidak melanggar batas syariat serta berlandaskan al-Quran dan sunah.

Ilmu tasawuf

Katanya, ilmu dalam Islam terbahagi kepada beberapa peringkat dan perlu dipelajari bermula dengan ilmu asas iaitu akidah, diikuti hukum dan ilmu tertinggi iaitu tasawuf agar tidak terpesong ketika berdakwah.

Sementara itu, kumpulan Al-Mawlid yang suatu masa dahulu menyemarakkan dunia muzik dengan genre hip hop dan R&B kini melakukan tranformasi kepada kumpulan nasyid selaras dengan hasrat untuk berdakwah.

Begitu juga dengan bekas anggota Ruffedge, Ve dan Innuendo yang terdiri daripada enam orang ahli iaitu Amer, Adib, Lah, Pot, Azan dan Zaf yang kini selesa menjadi anak seni membawa irama berunsur dakwah.

"Dulu kami menyanyi sekadar untuk menghiburkan peminat namun kini kami mahu berdakwah," jelas Azan.

Shila Amzah, anak kepaada penyanyi terkenal N.D Lala, pula berkata, sudah beberapa bulan beliau berhijrah. Beliau mengakui rezekinya semakin melimpah ruah.

Beliau juga merasakan perubahan yang positif pada dirinya dan terharu kerana dapat berhijrah pada usia muda dan pada masa yang sama menjadi ikutan kepada peminat beliau. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal enggan cepat melatah

Posted:

Rajagobal enggan cepat melatah

Rajagobal enggan cepat melatah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (dua dari kiri) kini mengalih tumpuan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula tahun depan.


PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan cepat melatah di sebalik tekanan daripada sesetengah pihak ekoran kegagalan anak-anak buahnya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini.

Biarpun didesak melepaskan jawatannya, Rajagobal menegaskan bahawa beliau masih mempunyai tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Justeru, Rajagobal enggan mempedulikan 'cakap-cakap luar', sebaliknya mahu terus fokus membimbing Harimau Malaya bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula tahun depan.

"Saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Selepas Piala Suzuki AFF 2012, misi saya adalah fokus kepada persiapan pasukan kebangsaan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2015... itu sahaja," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum menghadapi kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Rajagobal sudah mula dikritik hebat disebabkan prestasi hambar skuad kendaliannya pada siri perlawanan persahabatan.

Pada masa sama, pelbagai 'eksperimen' yang dilakukan Rajagobal bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap turut tidak disenangi beberapa pihak termasuk penyokong setia Harimau Malaya.

Kemuncak kemarahan mereka tercetus apabila Harimau Malaya tersingkir pada peringkat separuh akhir selepas tewas dengan agregat 1-3 kepada Thailand.

Kegagalan tersebut dianggap sebagai satu kesalahan besar yang telah dilakukan Rajagobal sehingga ada pihak mahukan jurulatih berusia 56 tahun itu dipecat.

Rentetan itu, pengkritik sukan tanah air termasuk beberapa individu tertentu mencadangkan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mengambil alih tugas Rajagobal.

Begitupun, kedudukan Rajagobal untuk menduduki 'kerusi panas' itu masih selamat dan beliau masih diberikan kepercayaan penuh oleh FAM untuk membimbing Harimau Malaya, sekurang-kurangnya sehingga kontraknya tamat pada penghujung tahun depan.

Ditanya mengenai keputusan FAM itu, Rajagobal bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut.

"Saya tidak mahu memberikan komen mengenai hal tersebut.

"Apa yang pasti, kontrak saya kekal hingga Disember 2013 dan seperti yang saya katakan, fokus saya kini ialah Piala Asia 2015," katanya.

Guardini kembali gegar LTdL

Posted:

Guardini kembali gegar LTdL

Guardini kembali gegar LTdL

BUAT tahun ketiga berturut-turut, Andrea Guardini akan menjadi 'penyeri' pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Bagaimanapun, pada edisi kali ini, pelumba pecut kelahiran Itali itu akan mewakili pasukan Pro Tour, Astana selepas berhijrah dari pasukan Pro Benua, Farnese Vini.

"LTdL adalah perlumbaan yang dekat di hati saya," jelas Guardini dalam satu kenyataan semalam.

"Saya gemarkan cuaca panas di negara itu dan rakyatnya. Seluruh suasana perlumbaan di Malaysia memberi motivasi yang begitu tinggi kepada saya.

"Ketika saya membincangkan kontrak baharu bersama Astana, tidak sukar untuk saya menyatakan persetujuan kerana saya berpeluang untuk mengambil bahagian pada LTdL sekali lagi.

"Pengurusan pasukan memberitahu ia (LTdL) adalah perlumbaan yang begitu penting bagi Astana kerana kami merupakan satu-satunya pasukan Pro Tour dari Asia."

Dalam penampilan sulungnya pada edisi 2011, Guardini membuktikan status selaku pelumba yang cukup digeruni apabila meraih gelaran Raja Pecut.

Tahun ini, Guardini memecah dua rekod apabila menjadi pelumba pertama meraih enam kemenangan dalam satu edisi.

Selain itu, Guardini muncul sebagai pelumba paling berjaya dalam sejarah jelajah LTdL apabila mengumpul keseluruhan 11 kemenangan peringkat perlumbaan.

Bagaimanapun, Guardini berkata, dia sedar cabaran lebih sengit yang terpaksa dihadapi pada LTdL 2013 berikutan penyertaan lebih banyak pasukan Pro Tour.

Antara pasukan itu ialah Team Europcar yang akan menurunkan bintang baharu mereka, Bryan Coquard - seorang lagi jaguh pecut dalam pembikinan berdasarkan kemampuannya memenangi pingat perak acara omnium pada Sukan Olimpik 2012 di London.

"Latar belakang berlumba di trek merupakan satu bonus besar dalam acara pecut," kata Guardini.

Astana kini diuruskan oleh Alexandre Vinokourov yang memulakan kempen 2012 di Malaysia sebelum menoktahkan kariernya dengan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Olimpik di London.

"Cukup menyeronokkan dan hebat untuk melihat Vinokourov kembali ke Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal.

Selain Guardini, Astana juga dibarisi pelumba muda yang juga juara dunia Bawah 23 Tahun dari Kazakhstan, Alexey Lutsenko, Fabio Aru (Itali) dan tiga lagi pelumba Kazakstan iaitu Alexandr Dyachenko, Arman Kamyshev serta Ruslan Tleubayev.

"Ini adalah satu penghormatan bagi kita untuk mengalu-alukan kehadiran pelumba terbaik dalam pasukan Astana," tambah Emir.

Ferguson bertemu Guardiola

Posted:

Ferguson bertemu Guardiola

Ferguson bertemu Guardiola


FERGUSON anggap Guardiola sebagai calon terbaik untuk menggantikan tempatnya selaku pengurus United.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson dilaporkan telah bertemu dengan bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola (gambar kecil) di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Ferguson dikatakan berlepas ke AS bersama isterinya, Cathy ketika cuti pra Krismas dan mengatur pertemuan dengan Guardiola di New York.

Untuk rekod, ia merupakan pertemuan kali ketiga antara Ferguson dan Guardiola sepanjang berada di AS.

Pertemuan itu menghangatkan lagi spekulasi bahawa Guardiola bakal menggantikan tempat pengendali berusia 71 tahun itu di Old Trafford pada akhir musim ini.

Ini kerana Ferguson yang berkhidmat bersama United selama 26 tahun, dijangka bersara akhir musim ini.

Guardiola yang turut dikaitkan dengan Chelsea dan Bayern Munich menepati ciri-ciri yang dimahukan oleh pihak pengurusan United dalam usaha meneruskan kegemilangan skuad The Red Devils di bawah bimbingan Ferguson.

Selain Guardiola, Ferguson turut mencadangkan jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho dan pengurus Everton, David Moyes.

Guardiola meninggalkan Barcelona pada akhir musim lalu selepas memenangi tiga gelaran Liga Sepanyol dan dua kali juara Eropah.

Sementara itu, Mourinho dijangka akan meninggalkan Real pada musim panas ini namun beliau tidak dijangka akan menyertai United.

Pemain legenda United, Bobby Charlton yang memberi komen mengenai Mourinho berkata: "Dia adalah seorang jurulatih yang bagus tetapi United mungkin boleh mendapatkan pengurus yang lebih memahami corak permainan kelab itu." - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved