Selasa, 19 Julai 2011

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kebanggaan Asia

Posted:

Kebanggaan Asia

Kebanggaan Asia



FRANKFURT, Jerman – Jepun mencipta sejarah.Mereka muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Wanita 2011.

Kejayaan itu satu kebanggaan buat bola sepak Asia yang kini semakin digeruni di peringkat dunia.

Pada final yang berlangsung di Stadium Frankfurt itu, Jepun menghampakan Amerika Syarikat 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Rentak kemenangan yang dilakar Jepun itu sungguh menakjubkan.

Skuad kendalian Norio Sasaki itu bangkit selepas dua kali ketinggalan bagi merangkul kejuaraan buat kali pertama pada kejohanan berprestij itu.

Kapten Jepun, Homare Sawa yang turut memenangi anugerah Kasut Emas pada kempen kali ini apabila muncul penjaring terbanyak membuktikan kualiti yang dimilikinya apabila menyamakan kedudukan buat The Blue Samurai untuk mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-117.

"Saya seolah-olah tidak percaya yang kami berjaya muncul juara.

"Kami tidak pernah berputus asa dan terus berjuang sehingga ke minit-minit yang terakhir. Kami telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam).

"Ini merupakan kejayaan paling bermakna buat diri saya sepanjang lima kali beraksi pada kempen Piala Dunia Wanita dan kali ini saya pulang dengan status sebagai juara," kata Sawa.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Frankfurt itu, Alex Morgan berjaya membuka tirai jaringan buat AS pada minit ke-69 sebelum Jepun menyamakan kedudukan menerusi Aya Miyama minit ke-80 sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Sebaik aksi masa tambahan bermula, AS kembali berada di depan selepas penyerang sensasi mereka Abby Wambach meledak gol pada minit ke-104 sebelum Sawa menyamakan kedudukan minit ke-117.

Penjaga gol Jepun, Ayumi Kaihori dijulang sebagai wirawati apabila menggagalkan dua sepakan penalti pasukan AS bagi memastikan kemenangan menjadi milik gergasi Asia itu.

"Kami memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan ini dan corak permainan kami juga lebih tersusun. Begitupun kami akui agak gugup kerana ini merupakan final yang pertama buat kami pada Piala Dunia.

"Begitupun, nasib ternyata menyebelahi kami dan kami kini sudah bergelar juara. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami," jelas Sasaki.

Kejayaan tersebut turut menyaksikan Jepun mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan dari Asia yang pertama menjulang trofi Piala Dunia Wanita.

Sementara itu, jurulatih AS, Pia Sundhage mengakui kelalaian anak-anak buahnya sehingga membenarkan Jepun kembali bangkit menyamakan kedudukan ternyata telah mengundang padah kepada mereka.

"Kami telah melakukan beberapa kesilapan. Kami membenarkan Jepun kembali menyamakan kedudukan. Namun saya masih merasakan bahawa kami telah beraksi dengan baik," kata Sundhage.

– AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelantan destinasi pertama CCFC

Posted:

Kelantan destinasi pertama CCFC

Kelantan destinasi pertama CCFC

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
sukan@kosmo.com.my


PARA peserta klinik pembangunan bola sepak CCFC bergambar kenangan sebelum memulakan sesi latihan di Kota Bharu semalam.


KELAB Bola Sepak Cardiff City (CCFC) telah memilih Kelan- tan ini sebagai destinasi pertama dalam siri program Jelajah 1Malaysia Cardiff City (1MCC-CCFC) membabitkan lapan jurulatih dari kelab tersebut.

Menerusi program itu seramai 207 pelatih Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red War- riors (ARMY) terlibat dalam Klinik Bola Sepak bersama CCFC.

Dalam menjayakan klinik sehari menerusi program berkenaan bersama ARMY, CCFC turut menjanjikan komitmennya bagi membantu membangunkan program pembangunan bola sepak remaja di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Chan Tien Ghee berkata, pihaknya cukup gembira kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menjayakan klinik bola sepak selama sehari itu.

"Pembangunan bola sepak remaja pada hari ini sebenarnya cukup penting. Kalau kita perhatikan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah pun terlibat dalam sukan bola sepak.

"Bagi CCFC sendiri, kami cukup teruja apabila bercakap mengenai pembangunan bola sepak remaja. Kita cuba mendekatkan masyarakat dengan program seperti ini," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, selepas ini, menerusi program tersebut CC- FC akan menyusul ke beberapa buah destinasi seperti Pahang, Kedah serta beberapa negeri lain dalam menjayakan program klinik bola sepak.

Menurutnya, program tersebut amat bermakna dalam usaha mendedahkan teknik bola sepak berkesan di kalangan pemain remaja khususnya.

Tien Ghee yang melihat fenomena luar biasa dalam siri jelajah tersebut turut menyatakan hasratnya tentang kese- diaan untuk membuka cawangan akademi CCFC di negeri Kelantan.

"Sudah pasti kita akan datang ke sini lagi. Berdasarkan fenomena luar biasa di sini, saya bersedia membuka cawangan di negeri ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hairuddin diberi kepercayaan

Posted:

Hairuddin diberi kepercayaan

Hairuddin diberi kepercayaan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


HAIRUDDIN (tengah) bakal mengetuai jentera serangan skuad Pilihan Malaysia pada aksi menentang Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.


PENYERANG Negeri Sembilan, Hairuddin Omar bakal diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan skuad Pilihan Malaysia yang akan menentang kelab Liga Perdana England, Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis ini.

Biarpun menjadi pemain paling veteran dalam skuad gabungan pemain skuad Olimpik negara dan 'bintang' senior Liga Super itu, sumbangan Hairuddin masih ditagih untuk menembusi gawang Chelsea yang dikawal Petr Cech, Ross Turnbull atau Henrique Hilario.

Dari segi usia, Hairuddin kini sudah mencecah 32 tahun, hanya dua tahun lebih muda daripada pengurus Chelsea, Andre Villas- Boas.

Namun pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu mempunyai sejarah unik apabila muncul satu-satu- nya pemain Malaysia yang pernah menembusi gawang Chelsea ketika skuad negara tewas 1-4 pada 2003.

Menurut jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee yang diberi tugas mengendalikan skuad Pilihan Malaysia itu, khidmat Hairuddin akan digunakan untuk merobek kubu Chelsea pada aksi Khamis ini.

"Bagi posisi serangan, saya akan meletakkan sama ada Hairuddin atau dua lagi penyerang skuad Olimpik negara iaitu A. Thamil Arasu dan Syahrul Azwari Ibra- him.

"Selain sembilan pemain senior yang sedang menjalani latihan bersama kami ketika ini, saya mungkin akan menyenaraikan pemain skuad kebangsaan yang tidak terpilih dalam senarai 23 pemain terakhir untuk menentang Singapura.

"Daripada senarai pelatih yang ada ketika ini, saya hanya akan menyenaraikan 20 atau 21 pemain saja untuk perlawanan menentang Chelsea ini," katanya ketika ditemui selepas sidang media di Hotel One World, Bandar Utama, Damansara petang semalam.

Selain Hairuddin, lapan pemain senior lain yang turut disenaraikan dalam skuad kendalian Kim Swee itu adalah Norhafiz Zamani Misbah, Amri Yahyah, Badhri Radzi, Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Shahrulnizam Mustapa, Joseph Kalang Tie serta penjaga gol, Farizal Marlias.

Mereka bakal digabung bersama beberapa lagi tonggak utama skuad Olimpik negara seperti Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Zubir Azmi.

"Saya akan memberi peluang kepada semua pemain beraksi. Bagi pemain skuad Olimpik, ini peluang buat mereka menimba pengalaman selepas berhempas pulas layak ke pusingan akhir Kela- yakan Zon Asia.

"Bagi pemain senior pula, saya berharap mereka dapat mempamerkan persembahan terbaik kerana terdapat dua atau tiga pemain yang saya rasa masih layak diserapkan ke skuad kebangsaan," jelas Kim Swee.

Dalam pada itu, Kim Swee turut memberitahu bahawa para pemain skuad Olimpik negara akan berlepas ke Slovakia, Sabtu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua pegawai kanan polis letak jawatan

Posted:

Dua pegawai kanan polis letak jawatan

Dua pegawai kanan polis letak jawatan


PAUL STEPHENSON berjalan keluar dari pejabat Polis Metropolitan selepas dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis di London kelmarin.


LONDON - Dua pegawai tinggi polis di London meletakkan jawatan dalam tempoh kurang 24 jam berhubung skandal penggodaman telefon untuk mendapatkan maklumat oleh wartawan dan rasuah yang melibatkan akhbar tabloid, News of The World.

Ekoran peletakan jawatan itu, Perdana Menteri, David Cameron semalam meminta satu persidangan tergempar Parlimen diadakan.

Dua pegawai polis yang meletakkan jawatan itu ialah Ketua Polis Metropolitan London, Paul Stephenson dan Penolong Komisioner Polis Metropolitan, John Yates.

Stephenson meletakkan jawatan kelmarin manakala Yates semalam.

Yates merupakan pegawai polis yang membuat keputusan dua tahun lalu tidak membuat siasatan berhubung penggodaman telefon dan rasuah yang diberikan oleh wartawan-wartawan akhbar tabloid.

Namun, para detektif membuka semula siasatan pada awal tahun ini dan menyatakan terdapat 3,700 mangsa dalam kes penggodaman tersebut.

Akhbar News of The World yang dimiliki bilionair dari Amerika Syarikat, Rupert Murdoch ditutup dua minggu lalu selepas skandal itu terbongkar.

Bekas pengarang akhbar itu, Rebekah Brooks yang ditangkap polis berhubung skandal itu mengaku bahawa polis dibayar untuk mendapatkan maklumat.

Namun, dia menyatakan tidak mengetahui sebarang skandal penggodaman telefon semasa menjadi pengarang antara tahun 2000 hingga 2003.

Penggodaman telefon itu dilakukan bagai membolehkan wartawan mendapat sumber berita yang menarik untuk disiarkan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

London dibanjiri kereta mewah putih

Posted:

London dibanjiri kereta mewah putih

London dibanjiri kereta mewah putih


TIGA buah kereta mewah, Maybach Xenatec (kiri), Ferrari 599 dan Bugatti Veyron diletakkan di Hotel Dorchester, London baru-baru ini.


LONDON, Britain - Sekumpulan kasanova kaya dari Asia Barat tiba di pusat bandar di sini dengan menaiki puluhan kereta sport yang semuanya berwarna putih, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan jutawan berganda berkenaan singgah untuk menginap di sebuah hotel mewah, Hotel Dorchester, semasa mereka dalam perjalanan untuk menjelajah ke beberapa destinasi menarik di Eropah sempena percutian musim panas.

Antara kereta mewah yang dipandu mereka termasuk kereta sport Koenigsegg Agera R yang berharga £1 juta (RM4.8 juta), Bugatti Veyron berharga £1.2 juta (RM5.8 juta), Maybach Xenatec berharga £600 ribu (RM2.9 juta) dan tidak terkecuali, sebuah Ferarri 599 yang memiliki harga jualan £200 ribu (RM967,586) di Britain.

"Nampaknya putih menjadi warna trend pada tahun ini," kata seorang graduan kejuruteraan berusia 22 tahun yang berada di lokasi itu.

Ramai warga Arab kaya-raya memilih untuk melancong ke Eropah pada bulan ini untuk mengelakkan suhu ekstrem di negara-negara Asia Barat yang mengalami musim panas. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta isteri Putera William dilelong

Posted:

Kereta isteri Putera William dilelong

Kereta isteri Putera William dilelong


SONNER BRAZIL bersama kereta yang pernah digunakan Kate Middleton.


LONDON - Sebuah kereta terpakai milik isteri Putera William, Kate Middleton gagal menarik sebarang bidaan selepas dua hari diiklankan untuk dilelong.

Kereta Volkswagen Golf 1.4 berwarna biru itu kini dijual menerusi laman lelong eBay dan ia pernah digunakan oleh Kate dan William semasa mereka belajar di Universiti St Andrews, Scotland.

Walaupun telah dibeli dengan harga £10,818 (RM52,511) di Edinburgh pada tahun 2001, pemilik sekarang, Sonner Brazil telah meletakkan harga £20,000 (RM97,072) kerana ia mempunyai sejarah.

Kereta itu hampir tidak digunakan sejak ia telah dijual oleh keluarga Kate.

Kate dan William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain berkahwin pada April lalu.

Pendaftaran pertama pemilik kenderaan itu tertera nama Kate yang membelinya pada November 2011, beberapa bulan selepas dia dan William menjadi rakan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kerjasama kaji kecekapan urus sisa pepejal

Posted:

Kerjasama kaji kecekapan urus sisa pepejal

Kerjasama kaji kecekapan urus sisa pepejal

19/07/2011 8:40pm

MELAKA — Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Bahagian Strategi Alam Sekitar Antarabangsa (IESD) Bandaraya Kitakyushu, Jepun, mengadakan kerjasama membuat kajian untuk meningkatkan kecekapan operasi pengurusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah di Krubong di sini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Teknikal PPSPPA, Sanusi Awi berkata, kajian tersebut melibatkan tiga pihak iaitu PPSPPA, IESD dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

PPSPPA bertanggungjawab untuk memberi sumbangan kepada pembangunan MPHTJ bagi mewujudkan satu model bandar di mana pengurusan sisa pepejal dilakukan secara bersepadu, katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai tapak pelupusan sampah di Krubong di sini, hari ini.

Sanusi berkata, MPHTJ dipilih kerana sejajar dengan konsep kerajaan Melaka untuk menjayakan bandar teknologi hijau.

Sementara itu, pakar pengurusan sisa pepejal dari IESD Shinsuke Takeuchi berkata, kajian meliputi kaedah pungutan sampah dan kitaran sampah serta kaedah kompos sampah, yang bertujuan untuk mengurangkan sisa pepejal.

Sebanyak enam kajian akan dilakukan selama dua tahun yang dibiayai oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dengan kos RM608.8 juta. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

75,000m kabel telefon di curi di Kelantan

Posted:

75,000m kabel telefon di curi di Kelantan

75,000m kabel telefon di curi di Kelantan

19/07/2011 8:07pm

KOTA BHARU — Telekom Malaysia Malaysia (TM) Kelantan menanggung kerugian RM4.32 juta apabila kabel telefon sepanjang 144,000 meter telah dicuri di seluruh negeri itu sepanjang tahun lepas.

Pengurus Besarnya, Abdul Rashid Abdul Che Othman berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, sepanjang 75,000 meter kabel telefon telah dicuri, menyebabkan kerugian lebih RM2.3 juta.

"TM telah mengenal pasti 600 lokasi panas dipasang dengan alat penggera bagi mengelak kejadian mencuri kabel berulang," katanya pada sesi dialog bersama pengusaha besi buruk Kelantan, di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan TM, dirasmikan oleh Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Dalam ucapan perasmiannya, Mazlan memberi amaran bahawa pihaknya akan menarik balik lesen pengusaha besi buruk jika mereka didapati terbabit dengan kegiatan membeli logam curi.

Katanya, sehingga Julai 2010 sebanyak 103 lesen membeli logam dan tembaga kategori A, B dan C telah dikeluarkan di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis belum membuat sebarang tindakan membatalkan lesen pengusaha terbabit walaupun ada laporan pihak pengusaha membeli besi buruk yang dijual oleh pencuri.

Sementara itu, Pengurus Besar TNB, Datuk Zulkifli Abdul Rahman berkata sepanjang Januari hingga semalam, hanya satu kes kecurian kabel elektrik dilaporkan berlaku di negeri itu. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cetak rompak: Peniaga didenda RM33,000

Posted:

Cetak rompak: Peniaga didenda RM33,000

Cetak rompak: Peniaga didenda RM33,000

19/07/2011 5:57pm

SHAH ALAM — Seorang lelaki didenda RM33,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki 11 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak di premis perniagaannya di Sekinchan, Sabak Bernam, empat tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya juga memerintahkan Ng Kean Choon, 36, dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Hukuman itu dijatuhkan selepas mahkamah berpuas hati pembelaan yang diwakili peguam R.Vijay Chander, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd. Safri Mohammed Nai'm memanggil tujuh saksi manakala pembelaan mengemukakan tiga saksi.

Kean Choon dituduh memiliki empat salinan langgaran filem dalam format DVD dan tujuh salinan langgaran filem dalam format VCD bertajuk 'Hitman' di Superstars Audio & Video Entertainment, PT 1259, Jalan Radin, Tingkat Bawah, Sekinchan, kira-kira 4 petang, 29 Nov 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987 dan dihukum mengikut Seksyen 41 (1)(i) akta sama yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara maksimum 5 tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cinta jarak jauh

Posted:

Cinta jarak jauh

Cinta jarak jauh



PERTEMUAN yang tidak dirancang di sebuah acara di Pulau Pinang pada tahun 2005 akhirnya telah menyatukan dua hati, Farah Diana Anuar dan Johan Johari pada petang Jumaat lalu. Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan cukup unik apabila mereka bernikah di atas Cruise di Tasik Putrajaya yang mana itu merupakan impian Farah untuk bernikah di atas kapal.

"Saya memang sudah lama simpan angan-angan untuk bernikah atas kapal selepas mengikuti penggambaran program Rasa Halal Oriental yang kerap menaiki kapal-kapal besar. Rakan saya, beri idea untuk lakukan di atas cruise, unik dan tidak pernah dilakukan orang lagi," katanya.

Senyuman meleret selepas majlis akad nikah selesai membuktikan mereka cukup bahagia. Tatkala diminta untuk bercerita bagaimana perkenalan antara mereka boleh berlaku, kedua-dua mereka tertawa dan saling berpandangan.

Farah, 26, memulakan bicara: "Kami kenal sekitar tahun 2005, ketika itu saya ada acara di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Johan pula kebetulan jumpa rakannya yang kebetulan ketika itu turut terlibat dengan acara yang saya sertai.

"Sejak itu, sepanjang saya berada di hotel itu bersama keluarga, saya kerap terserempak dengannya. Kiranya dia merupakan cinta pandang pertama saya, sebelum ini saya tidak pernah terus suka seorang lelaki bila terpandang buat kali pertama."

Sambungnya lagi, dia cukup terkejut apabila pada satu malam dia terlihat Johan bersembang dengan bapanya dan rakan-rakannya.

"Dalam hati saya terdetik, berani juga dia bersembang dengan abah saya sebab selalunya orang takut nak dekat dengan abah sebab abah saya nampak garang.

"Sebenarnya abah yang ambil nombor telefon dia, kemudian bila balik Kuala Lumpur saya asyik teringatkan dia, jadi saya curi-curi ambil nombor dia dan mula bermesej," katanya dalam tawa.

Tidak terus menyatakan hatinya telah terpaut pada Johan, Farah pada mulanya menyamar menjadi orang lain ketika berhubung menerusi telefon.

"Sebenarnya masa dia menyamar saya sudah tahu itu dia sebab saya kenal suaranya, tetapi saya layankan sahaja pura-pura tidak tahu," kata Johan yang juga berusia 26 tahun.


PASANGAN pengantin baharu teruja menunjukkan cincin pernikahan mereka kepada pihak media.


Selepas lima bulan berkawan mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih, walaupun mereka terpaksa bercinta jarak jauh antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kasih yang terbina menyebabkan mereka terus bersama sehingga ke hari ini.

"Kami tidak seperti pasangan kekasih lain yang boleh berjumpa apabila hujung minggu sebaliknya kami hanya jumpa dua kali sebulan pada awal percintaan, kemudian dua tiga bulan sekali selepas masing-masing bertambah sibuk.

"Dugaannya memang banyak. Saya pun ada dengar daripada rakan-rakan yang belajar di luar negara, cinta jarak jauh agak susah untuk berjaya jadi pada mulanya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam hubungan kami.

"Dugaan bertambah besar apabila kami bertunang tetapi Alhamdulillah kami dapat atasinya dengan baik," jelas Farah.

Lamaran Johan kepada Farah pada tahun 2008 diterima dengan baik oleh Farah apabila dia terus bersetuju untuk menjadi suri hidup pelabur hartanah itu.

"Ketika itu antara saya dengan dia sahaja tidak melibatkan keluarga lagi. Saya memilih Farah sebab dia boleh serasi dengan saya serta keluarga saya. Dia juga jenis yang dengar nasihat," ujar Johan.

Farah pula ketika ditanya mengapa memilih Johan sebagai suaminya, jawab Farah: "Walaupun pada mulanya saya tidak yakin dengan Johan tetapi ada perasaan untuk mencuba, daripada apa yang saya lihat, Johan akan sentiasa utamakan saya tidak kisahlah kalau dia tengah marah, jadi dia memang sabar dengan saya serta jujur dan ikhlas.

"Satu lagi saya paling suka melihat senyumannya kerana pada awal pertemuan kami walaupun kami tidak berbual dia hanya tersenyum, selain itu kami satu kepala."

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung dengan penuh meriah itu, Farah menerima wang hantaran simbolik dengan tarikh lahirnya iaitu RM25,185 (25 Januari 1985) dan mas kahwin RM2,500 serta menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak Farah.

Pulau Pinang – Kuala Lumpur

Meskipun telah bergelar isteri, ujar Johan dia tidak pernah menghalang kerjaya seni Farah selepas ini walaupun Farah akan menetap di Pulau Pinang dan terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur pada hujung minggu.

"Saya tidak pernah halang untuk dia terus menyanyi atau menjadi pengacara tetapi ada syarat-syarat yang saya sudah cakap padanya," beritahu Johan.

Farah pula tidak menganggap syarat yang dikenakan oleh suaminya itu merupakan satu kongkongan kerana selama ini dia sudah terbiasa dikawal oleh bapanya ke mana sahaja dia pergi.


IMPIAN Farah untuk bernikah di atas kapal terlaksana.


"Saya akan tinggal di Pulau Pinang, kalau ada kerja sahaja saya akan ke Kuala Lumpur. Syarat-syarat yang diberikan Johan saya tidak lihat ia satu kongkongan kerana sebelum ini pun kecoh orang kata abah kongkong saya sedangkan dia menjalankan tanggungjawabnya sama juga seperti suami saya. Saya juga ada tanggungjawab sebagai isteri, ada batas-batas yang perlu saya jaga.

"Saya masih akan menyanyi, menjadi pengacara dan bekerja seperti biasa kecuali berlakon," tuturnya.

Berbicara tentang cahaya mata pula, kedua-dua mereka tidak merancang dan menerima rezeki Allah seadanya.

"Saya tidak kisah, kalau cepat diberi rezeki syukur Alhamdulillah. Kami tidak mahu merancang sebab ada rakan-rakan yang merancang terus tidak dapat anak, saya takut juga, jadi biarlah bila-bila Allah nak beri saya rezeki, saya terima," ujarnya.

Menyentuh tentang lokasi berbulan madu pula, Farah memberitahu, dia merancang secara sembunyi untuk berbulan madu di Maldives, lokasi percutian impian suaminya.

"Sebenarnya lokasi bulan madu ini merupakan hadiah daripada Hani Vication, Johan tidak tahu tentang perancangan bulan madu ini, hari ini baru dia tahu.

"Sebelum ini saya ada tanya secara sembunyi-sembunyi pada dia, kalau nak berbulan madu, dia nak pergi mana, dia kata mahu ke Maldives, jadi kami akan ke sana sebelum bulan puasa," tuturnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuasa Komsas di gelanggang teater

Posted:

Kuasa Komsas di gelanggang teater

Kuasa Komsas di gelanggang teater

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN



ISMAIL KASSAN nama yang cukup disegani apatah lagi jika dibelek karya-karyanya seperti Pelayaran Inderaputera 2, Menanti Puteri Hijau, Istiqamah dan Gelanggang Tok Wali.

Bagi yang kurang cakna pada perkembangan kesusasteraan Melayu, ada antara karya yang disebutkan itu kini diangkat menjadi teks Komponen Sastera Dalam Pendidikan Dalam Bahasa Melayu (Komsas) pelajar tingkatan empat iaitu Gelanggang Tok Wali.

Selain dikaji dan ditelaah secara teliti dan terperinci, teks itu juga kini dinaik taraf menjadi sebuah persembahan teater.

Menurut pengarah Gelanggang Tok Wali, Joosaidy Johari, kali pertama karya itu dipentaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, Kuala Lumpur pada bulan April lalu, sambutan yang diterima adalah di luar jangka.

"Maka, atas permintaan ramai Gelanggang Tok Wali bakal dipentaskan pula di pentas prestij, Lambang Sari Istana Budaya bermula 28 hingga 31 Julai nanti," bicaranya yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.

Gelanggang Tok Wali mengisahkan kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat bernama Wan Raja Wailudin Raja Bin Raja Agus Salam atau Tok Wali dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya pada suatu ketika dahulu sehingga menjadi kebanggaan generasi ke generasi.

Melalui watak Tok Wali, terdapat juga pergolakan masyarakat khususnya golongan muda yang kian melupai akar budaya diselitkan termasuk kebangkitan pelbagai permasalahan sosial.

Mazlan Tahir yang diamanahkan mendukung watak utama yakni Tok Wali turut disokong oleh pelakon terkenal Umi Kalsum yang memegang watak Mak Umi.

Selain mereka, Gelanggang Tok Wali turut mengetengahkan wajah-wajah segar antaranya Syazwan Hashim, Eiz Omea (Anak Wayang), Alex Yanz (Anak Wayang), Afiq Muiz dan Atrash.

Bersilat

Bagi Syazwan yang menggalas watak Ripin, berdepan cabaran memainkan perwatakan seseorang yang lebih berusia daripada umur sebenarnya sememangnya dinanti-nantikannya.

"Dalam teater ini saya akan menjadi seorang pesilat yang berusia sekitar 30-an dan saya akui memang sukar untuk melontarkan gaya bahasa sebagai seorang yang lebih matang daripada usia sebenar melainkan terpaksa membuat kajian sendiri dan memerhatikan persekitaran kita," katanya yang kini berumur 23 tahun.

Kebanyakan watak dalam teater yang sarat dengan pertempuran dan seni persilatan ini didominasi oleh lelaki dan hanya dua pelakon wanita sahaja yang terlibat.

Penglibatan kali kedua Eiz Omea dalam pementasan teater selain memerlukannya mempelajari jurus silat sudah cukup mengujakannya.

"Saya akan memegang watak Mariam iaitu anak murid kesayangan Tok Wali dan individu paling rapat dengan Ripin.

"Dalam masa yang sama, saya perlu berlatih selama seminggu demi mempelajari bunga-bunga silat sehingga kaki melecet," ceritanya penuh bersemangat.

Antagonis dalam protagonis

Menyandang gelaran Imam yang punyai hasad dengki dalam teater sulung lakonannya, Alex Yanz masih mengakui banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

"Selama empat tahun dalam dunia seni, ini pertama kali saya berlakon teater dan memikul watak yang agak mencabar, saya akui lebih banyak kepuasan sebenarnya diperoleh berbanding berlakon drama atau filem.

"Watak Imam yang saya bawa juga agak berbeza, dalam pada menyeru ke arah kebaikan, sifat azali manusia yang juga berdendam dan cemburu turut merajai diri," tuturnya bercerita mengenai peranannya dalam Gelanggang Tok Wali.

Teater ini bakal menemui peminat bermula 28 hingga 31 Julai ini dan tiket boleh dibeli dengan harga RM25 hingga RM50. Keterangan lanjut layari www.ticket2u.biz atau hubungi 03-402 65558.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Salman hero Mugdha

Posted:

Salman hero Mugdha

Salman hero Mugdha



AKTRES Mugdha Godse yang bengang apabila tidak dibayar baki bayaran lakonannya untuk filem Jail telah meminta bantuan aktor Salman Khan yang kemudian dianggapnya sebagai hero kerana telah membantunya menyelesaikan masalahnya itu.

Menurut sumber, penerbit filem itu iaitu Percept Picture Company masih berhutang sebanyak Rs 6 lakh (RM40,600) dengan Mugdha.

"Sudah banyak kali Mugdha menghubungi Percept Picture Company untuk mendapat baki bayaran lakonannya untuk filem Jail tetapi tidak mendapat respons positif," kata sumber itu lagi.

Tambah sumber itu, ketika bersua dengan Salman di sebuah perlawanan kriket selebriti di Mumbai baru-baru ini, Mugdha lalu memberitahu Salman tentang hal tersebut.

Ujar sumber: "Mugdha bernasib baik kerana ketika itu Presiden Percept Picture Company, Shailendra Singh juga ada di situ .

"Justeru, apabila Salman memberitahu Shailendra tentang perkara itu, masalah Mugdha kemudian selesai apabila Shailendra terus membuat pembayaran kepada Mugdha di situ juga menyebabkan Mugdha terkejut besar."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 18 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jangan bunuh bayi anda!

Posted:

Jangan bunuh bayi anda!

Jangan bunuh bayi anda!

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my



BARU dua minggu bekerja di pusat perlindungan bayi, OrphanCare, Petaling Jaya, Selangor, Mariam tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang pada suatu petang.

Meskipun wanita berusia 30-an itu sudah dimaklumkan tentang maksud bunyi tersebut, ia tetap mencemaskannya lantaran itulah pengalaman pertamanya menghadapi situasi sedemikian.

Dengan hati yang berdebar, dia menuruni anak tangga satu persatu. Semakin dekat, debaran dadanya semakin pantas. Sejurus sampai di ruang baby hatch (pelindung bayi) di hadapan premis tersebut, ditemukannya seorang bayi yang sedang menangis.

"Saya sangat terkejut apabila melihat bayi itu. Dia masih dalam keadaan berdarah dan tali pusatnya sudah dipotong tapi tidak berikat.

"Lantas saya ambil dan mandikan bayi itu. Pakaikan pakaian yang elok. Ketika ditinggalkan, dia hanya dibalut dengan sehelai kain," ujar mariam yang kini sudah 10 bulan menjadi penjaga.

Menurutnya, bayi perempuan itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan pada sekeping nota yang turut tertulis tarikh lahir dan agama bayi tersebut.

Walaupun bayi itu ditinggalkan begitu sahaja oleh si ibu yang melahirkannya, namun atas sebab yang agak jelas, bayi itu tidak mahu dijagainya. Atas saki-baki belas daripada si ibu itu, bayi itu dilepaskan pada keluarga angkat yang tahu menyayanginya.

Sentiasa bersedia 24 jam sehari kecuali hari cuti, tugas Mariam kadangkala dibantu oleh para sukarelawan yang datang bagi meringankan bebannya di OrphanCare.

"Bayi di sini akan dimandi dan ditukarkan persalinan baju yang baru. Kami menjaga mereka seperti anak sendiri sementara menunggu kehadiran ibu bapa angkat," kata Mariam.

Ketika ditemui, Mariam sedang menguruskan dua orang bayi lelaki dan perempuan yang baru tiga hari diserahkan kepada OrphanCare.

Selalunya, bayi-bayi akan berada di pusat tersebut antara dua hingga tiga hari sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Sembunyi identiti


MARIAM menguruskan dua orang bayi yang baru saja diserahkan kepada OrphanCare.


Pelindung bayi adalah salah satu kemudahan terbaharu yang disediakan di OrphanCare bagi membantu mereka yang menyerahkan bayi tanpa mahu mendedahkan identiti mereka.

Mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh pusat tersebut, rata-rata yang datang menyerahkan bayi mereka disebabkan sama ada malu atau masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab menjaga anak.

Ia adalah alternatif kepada mereka yang sudah terlanjur tetapi mahu anak mereka selamat dalam pangkuan pihak yang lebih menyayangi tanpa perlu mendedahkan identiti sendiri.

Paling utama, OrphanCare mahu mengelakkan manusia menjadi lebih kejam dengan membunuh atau membuang bayi mereka lantaran hilang pertimbangan pada waktu 'cemas' itu.

Menurut Ketua Jawatankuasa Anak Angkat OrphanCare, Nor Aishah Osman, 49, sejak perkhidmatan pelindung bayi disediakan pada 29 Mei 2010 lalu, hanya tiga bayi yang ditinggalkan di situ.

Walaupun angka itu tidak begitu besar namun, ia wajar dipuji kerana sekurang-kurangnya tiga nyawa tidak berdosa dapat diselamatkan daripada mungkin menjadi gonggongan anjing.

"Sejak OrphanCare ditubuhkan pada tahun 2008, seramai 36 bayi telah diserahkan sendiri oleh ibu bapa mereka tanpa menggunakan perkhidmatan pelindung bayi.

"Kesemua bayi itu telahpun dipasang-pasang dengan keluarga angkat mereka," ujar Aishah ketika ditemui di Kampung Tunku, Petaling Jaya baru-baru ini.

Di Barat, pelindung bayi sudah pun diterima umum dan idea tersebut menjadi inspirasi kepada bekas Pengerusi OrphanCare, Allahyarham Datuk Adnan Mohd. Tahir bagi merealisasikan perkhidmatan yang sama di Malaysia.

Setiap perincian idea adalah 100 peratus mengikut kehendak Allahyarham yang begitu prihatin terhadap keselamatan, keselesaan dan kebajikan bayi tersebut.

Eksekutif Pengurusan pusat tersebut, Zulkifli Mohd. Aris berkata, sebaik sahaja bayi diletakkan dalam baby hatch, beratnya akan menghidupkan seluruh sistem secara automatik.


DALAM keadaan psikologi yang terganggu, seorang ibu yang tidak menerima hakikat hamil dan kelahiran sanggup berbuat apa sahaja demi menutup aib termasuk membuang bayinya. – Gambar hiasan


"Lampu dan pendingin hawa akan terpasang bagi memberi pengudaraan kepada bayi. Dalam masa yang sama lampu dan siren kecemasan dalam bilik penjaga akan berfungsi.

Sementara itu, petugas OrphanCare boleh melihat melalui kamera litar tertutup untuk mengesahkan terdapat bayi atau tidak. Imej kamera hanya dari arah dalam pelindung bayi bukan luar," ulas Zulkifli megenai kerahsiaan identiti pihak yang menyerahkan bayi tersebut.

Sebaik sahaja pintu pelindung bayi ditutup, ia akan terkunci bagi menjamin keselamatan bayi tersebut.

"Jadi, jika ada individu yang berubah fikiran untuk mengambil semula bayi itu, mereka perlu menunggu kami keluar dahulu," tambah Zulkifli.

Tiada warganegara

Mengulas mengenai status bayi yang ditinggalkan di dalam pelindung bayi, Aishah berkata, bayi-bayi tersebut dikategori sebagai tiada warganegara.

"Ia berlaku kerana tidak ada dokumen yang sah seperti salinan sijil kelahiran bayi dan kad pengenalan ibu yang memberitahu bayi tersebut adalah rakyat Malaysia.

"Bayi itu juga perlu dilapor kepada pihak polis selain perlu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan," jelas Aishah.

Tambahnya, sijil kelahiran bayi itu nanti tidak akan dicatat nama ibu bapa angkat sehingga tempoh dua tahun.

Berbeza dengan bayi yang diserah secara sukarela kepada OrphanCare, ia boleh diserahkan terus kepada keluarga angkat selepas beberapa dokumen ditandatangani.

Padanan keluarga


AISHAH menunjukkan ruang selesa di dalambaby hatch, iaitu kemudahan terkini yang dipasang di premis OrphanCare.


Kata Aishah, OrphanCare yang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak tahun 2009 itu mempunyai satu sistem bagi memadankan bayi-bayi dengan keluarga angkat.

"Lebih 800 pasangan yang berdaftar untuk mendapatkan anak angkat dan baru 100 pasangan telah ditemu bual. Dari senarai itu, kami menapis beberapa kriteria.

"Antaranya adalah usia perkahwinan pasangan dan tempoh tidak memiliki anak serta tahap kemampuan mereka membesarkan anak itu nanti.

"Dengan senarai yang ada, kami hanya perlu mengikut turutan susunan setiap kali ada bayi yang mendapatkan perlindungan di sini," ujarnya.

Sesuai dengan matlamat dan slogan OrphanCare, sudah menjadi harapan kepada pusat tersebut supaya setiap kanak-kanak yang tersisih mendapat kasih sayang daripada sebuah keluarga.

"Kami berpendapat anak-anak perlu hidup sebagai sebuah keluarga yang lengkap dan percaya mereka yang dibesarkan dalam persekitaran begitu pasti berbeza dengan kehidupan sebatang kara.

"Pendidikan mereka juga insya-Allah akan terjamin sehingga ke peringkat yang lebih tinggi tambahan pula zaman sekarang memerlukan lebih daripada sekadar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," ulas Aishah ketika ditebak persoalan tentang mengapa tidak menubuhkan sebuah rumah anak yatim.

Selain itu, katanya, semua ahli jawatankuasa OrphanCare berpendapat perasaan disayangi dan dimiliki lebih terasa jika anak-anak itu berkeluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan

Posted:

USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan

USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan


DZULKIFLI (tengah) dan Ahmad Faizal (enam dari kiri) selepas memeterai MoU antara USM-Mercy pada majlis APUCEN Summit di George Town baru-baru ini.


KERJASAMA. Universiti Sains Malaysia (USM) mengukuhkan peranannya dalam memberi sumbangan kepada masyarakat antarabangsa apabila menjalin hubungan strategik dengan pertubuhan amal, Malaysia Medical Relief Society (Mercy) Malaysia.

Jalinan hubungan itu dibuat menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua belah pihak dalam satu majlis khas bersempena majlis Asia Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) Summit di George Town baru-baru ini.

MoU itu dimeterai antara Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden Mercy, Datuk Dr. Ahmad Faizal Perdaus.

Kata Dzulkifli, kerjasama itu berupaya memaksimumkan sumbangan dalam misi kemanusiaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMT anjur simposium sains dan teknologi

Posted:

UMT anjur simposium sains dan teknologi

UMT anjur simposium sains dan teknologi


Sebahagian peserta dari dalam dan luar negara yang hadir semasa Simposium Tahunan Antarabangsa UMT (UMT) 2011 ke-10 di Hotel Permai baru-baru ini.


TUNTUT ILMU. Kira-kira 500 penyelidik, warga akademik dan pelajar dari dalam dan luar negara menyertai Simposium Tahunan Antarabangsa, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2011 baru-baru ini.

Antara negara yang turut serta dalam simposium kali ke-10 yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Permai, Kuala Terengganu itu ialah Indonesia, Belgium, Iran, Thailand, Libya dan Oman.

Sepanjang simposium itu berlangsung, lebih 100 kertas kerja dalam pelbagai lapangan penyelidikan telah dibentang dalam lima persidangan yang bertemakan Memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Baik.

Majlis perasmian simposium itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia

Posted:

100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia

100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia


Ahli-ahli Kelab Famemas membuat demontrasi sorakan dalam Program Sorak Sihat Satu Malaysia dan Larian 3 Kilometer anjuran Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini.


AKTIVITI SIHAT. Kira-kira 100 ahli Kelab Penyokong Malaysia (Famemas), Kuala Lumpur dan Selangor menyertai Program Sorak Sihat 1Malaysia dan Larian 3 Kilometer di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Pengerusi Famemas, Lee Hui Seng berkata, program julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjalani kehidupan aktif menerusi kegiatan riadah hujung minggu selain memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Selain larian, peserta turut berpeluang mempelajari teknik senaman yang betul menerusi fasilitator yang dilantik," katanya.

Pelbagai acara sampingan turut diadakan sempena program tersebut yang mendapat sokongan daripada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Beri komitmen demi berat ideal

Posted:

Beri komitmen demi berat ideal

Beri komitmen demi berat ideal

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my



MENJAGA kesihatan dengan menghadiri latihan di gimnasium, melakukan senaman, berdiet, mengawal pengambilan gula, lemak dan sebagainya bukan hanya bererti anda mahu mengurangkan berat badan.

Ini kerana setiap manusia mempunyai berat badan ideal. Mereka yang kekurangan berat juga perlu mengamalkan penjagaan kesihatan sedemikian untuk menambah dan mengekal berat badan pada tahap ideal.

Apabila melihat wanita bertubuh kecil dan kurus, serta-merta seseorang akan berpendapat wanita itu sihat dan berada pada tahap kesihatan optimum. Sedangkan kurus dan kecil bukan bererti seseorang itu sihat tetapi mereka perlu berusaha untuk mendapatkan berat ideal.

"Setelah bertambah kira-kira lima kilogram daripada berat badan asal saya, saya berasa lebih sihat dan yakin. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan diri ini lebih feminin kerana mempunyai bentuk badan yang curvy," ujar penerbit dan pengacara televisyen, Rina Omar.

Dia memberitahu, berat badannya yang sebelum ini 39 kilogram (kg) kini sudah bertambah menjadi 44kg iaitu seiring dengan ketinggiannya.

Tambah Rina yang sudah berusia 33 tahun dan sedang menanti hari perkahwinan, dengan penambahan berat badan itu, dia bukan sahaja berasa lebih sihat malah personaliti itu mengakui kecantikannya lebih terserlah.

"Sekarang saya mempunyai pipi. Jika selama ini, ia 'kecut' dan tidak kelihatan, sekarang ia lebih berisi.

"Saya tidak mahu apabila berumur kelak, saya menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Naik tangga terasa sakit, turun tangga terasa letih, buat kerja pun tidak boleh. Oleh itu, berat badan ideal boleh membantu kita mengekalkan stamina," katanya.

Walaubagaimanapun, tidak mahu berat badannya menjadi berlebihan daripada sepatutnya, Rina akan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan diri menambah lebih berat badan dan dalam masa yang sama sihat dengan berat ideal.

Acara tahunan


RHW 2011 adalah sebuah pertandingan kecergasan dan kesihatan yang sudah masuk tahun penganjuran keenam.


Rina adalah salah seorang peserta Roasters Health Watch (RHW) 2011, program pertandingan kesihatan yang dianjurkan secara tahunan oleh restoran Kenny Rogers Roasters dengan kerjasama daripada pusat gim Celebrity Fitness, Gintell dan Brooks.

Diadakan buat kali keenam, RHW menggunakan tema Venus vs Mars iaitu pertandingan kesihatan antara wanita dan lelaki. Pasukan yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap gaya hidup sihat, sama ada mencapai berat badan ideal, mengurangkan berat badan, membina otot, indeks berat badan (BMI) normal, peratus lemak badan yang sihat secara keseluruhan akan diumum sebagai pemenang.

Pada acara final RHW yang diadakan di restoran Kenny Rogers Roasters di Berjaya Times Square baru-baru ini, pasukan Venus atau wanita mencapai kemenangan apabila mereka mendapat markah tertinggi secara keseluruhan termasuk latihan senaman gim di Celebrity Fitness dan mengamal makanan sihat di Kenny Rogers Roasters selama lapan minggu bermula 16 Mac hingga 23 Jun yang lalu.

Ganjaran

"Pemenang membawa pulang hadiah terkumpul bernilai RM25,000, manakala Mars (lelaki) pula membawa hadiah terkumpul bernilai RM10,000. Setiap pasukan disertai seramai tujuh orang dan semuanya menunjukkan komitmen yang baik sejak pertandingan ini bermula.

"Saya berharap supaya kerja keras untuk mencapai kesihatan optimum ini diteruskan," kata Pengurus Penjenamaan Kanan Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd., Esther Woo.

Seorang lagi peserta wanita, Letchumy Ramasamy, 44, berkata, di sebalik komitmen terhadap keluarga dan kerja, dia tidak pernah meninggalkan sesi gim dan makan di Kenny Rogers.

"Kadangkala saya terpaksa melalui trafik yang teruk tetapi demi kesihatan dan memenangi pertandingan, saya memandu ke pusat gim di Mid Valley," kata Letchumy yang tinggal di Bukit Jalil. Dia yang berjaya mengurangkan 3.5 kilogram akan terus berusaha untuk 17 kilogram lagi bagi mencapai berat ideal.

Diet sihat


PASUKAN Venus gembira diumumkan pemenang dengan membawa pulang hadiah terkumpul bernilai RM25,000.


Dua ahli pasukan Venus yang paling muda, Chin Shook Been, 23, dan Thipatharrany Veriah, 21, tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam RHW dan mengikuti seruan amalan gaya hidup sihat.

"Sekarang kami lihat ramai wanita khususnya mereka yang berada di kawasan urban menyedari kepentingan penjagaan kesihatan diri, sama ada bersenam atau diet," ujar Shook Been.

Bagi kedua-dua peserta dari Kuala Lumpur itu, seseorang itu tidak perlu berlapar atau membuat aktiviti fizikal yang terlampau kerana cara itu tidak digalakkan.

"Tetapi kita perlu makan makanan sihat dan bersenam mengikut keperluan kerana ia memberikan kami tenaga yang berpanjangan," kata Thipatharrany.

Seorang lagi wanita yang telah berumah tangga dan bekerja sendiri, Norlina Non, 37, dari Subang Jaya berpendapat kesihatan menjadi asas kesejahteraan wanita.

Beliau yang berjaya menghilangkan sejumlah 7kg dalam program selama lapan minggu itu berjanji akan terus bersenam dan menjaga pemakanan demi mengurangkan berat seterusnya mencapai ukuran ideal.

"Bila saya pergi ke gim, saya agak terkejut melihat ramai wanita seusia atau lebih tua berada di situ. Rupanya ramai yang sedar mengenai kepentingan menjaga berat badan.

"Bila sihat, kita juga rasa lebih muda dan yakin. Mungkin itu rahsia kebanyakan wanita urban yang kelihatan jauh lebih muda dan sihat daripada usia sebenar," ujar Norlina.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

300,000 orang banjiri festival barangan India

Posted:

300,000 orang banjiri festival barangan India

300,000 orang banjiri festival barangan India

Oleh NIZHA PERIASWAMY



BERLEGAR-LEGAR melewati lebih 200 buah gerai yang menjual pakaian, makanan, barangan kraf, aksesori, perhiasan rumah, pakej perkahwinan India dan pelbagai produk perkhidmatan, Festival Beli-belah Global India (GISF) semestinya suatu pengalaman yang mengujakan.

Diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, ia dipenuhi pelbagai warna, kilauan produk hiasan kaca dan jemeki-jemeki yang sesekali menarik perhatian. GISF kali ini dipercayai antara yang terbesar pernah diadakan dalam tempoh sembilan tahun.

"Kami mahu satu festival beli-belah yang profesional. Sehubungan itu, kami perlu memastikan pelbagai perkara sebelum memastikan GISF berjalan seperti yang dirancang.

"Saya berbangga untuk menyatakan syarikat pengurusan acara kami antara yang berjaya melakukannya secara berterusan," ujar pengurus Agenda Suria Communication, D.P. Ganaa.

Tambah beliau, GISF pada tahun ini bukan sahaja menarik lebih ramai pedagang dari beberapa negara termasuk beberapa negeri utama di India, tetapi juga mencapai sasaran apabila hampir 300,000 orang tempatan mahupun pelancong asing mengunjungi festival tersebut.

"Walaupun tahun lalu angka itu lebih tinggi tetapi tahun ini festival tersebut hanya diadakan selama lima hari berbanding tahun sebelumnya 10 hari.

"Bagi kami, ia adalah rekod bagi tempoh yang singkat. Lebih menarik, jumlah peniaga bertambah dan menawarkan produk yang lebih banyak serta baru," tambah Ganaa.

Pedagang antarabangsa

GISF pada tahun ini mempelawa pedagang dari Kashmir, Rajasthan, Tamil Nadu, Bengal Barat, Maharastra, Orrisa, Punjab dan Kerala. Turut memeriahkan festival ialah para pedagang dari Andhra Pradesh, Andaman dan Nicobar, Gujarat dan Pakistan, Bangladesh dan Thailand serta beberapa peniaga tempatan dari Malaysia.

Sebagai festival beli-belah India yang terbesar di Asia Pasifik, GISF mendapat sokongan padu daripada kerajaan Malaysia, khususnya Pelancongan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan dan Perdagangan Luar Malaysia.

Seorang peniaga tempatan Hema Vijay Suntharam memberitahu, peluang berniaga di GISF sebagai satu peluang terbaik kerana kebanyakan pengunjung ke festival itu pasti akan membawa pulang sesuatu.

"Kami cuba menawarkan harga yang paling murah dan khas supaya barangan yang diperkenalkan di sini digunakan sepenuh oleh pengunjung. Kami tidak mahu membawa balik semula barangan ini," katanya yang menjual pelbagai jenis kain sari dan salwar kameez daripada koleksi pereka fesyen.

Dia yang memiliki butik Hemiz Collection di Puchong berharap supaya pihak penganjur GISF akan memberikan peluang kepada peniaga tempatan pada masa hadapan.

Harga murah



"Kami menjual fabrik yang dibawa khas dari Pakistan. Kami cuba sedaya upaya untuk menawarkan harga yang paling murah atau memberikan harga yang ditawarkan oleh pelanggan sahaja," kata seorang kakitangan yang bekerja di gerai Amarjeet Enterprise di GISF.

Ujar lelaki itu, sejak beberapa tahun sebelum ini majikannya mengambil bahagian dalam GISF.

Bahkan beberapa peniaga yang ditemui termasuk peniaga kasut memberitahu, mereka berasa seronok dan ghairah berniaga di GISF kerana dapat membawa pulangan yang tinggi dalam masa singkat selain dapat menawarkan harga istimewa kepada pengunjung.

"Saya menyeru kepada peniaga tempatan supaya menggunakan platform ini kerana ia membantu menjana pendapatan perniagaan," kata Gana.

Selain menjadi lokasi membeli-belah, GISF juga menjadi lokasi urusan komersial kerana ramai pengunjung menunjukkan minat untuk menjadi peruncit kepada pemborong dari India.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan kebudayaan seperti tarian, nyanyian, peragaan pakaian tradisional dan aktiviti kanak-kanak.

Aktiviti memasak dan persembahan artis-artis tempatan menjadi salah satu tarikan pada festival tersebut. Berikutan respons yang baik setiap tahun, Agenda Suria Communication akan terus mengadakan festival seumpamanya.

GISF akan datang bakal diadakan di pusat beli-belah Penang Times Square pada 29 Ogos hingga 4 September 2011 sempena sambutan Deepavali pada bulan berikutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dendang irama Bollywood

Posted:

Dendang irama Bollywood

Dendang irama Bollywood

Oleh NIZHA PERIASWAMY


Jamz KaraokeJalan Tun Sambanthan 4,Brickfields, Kuala Lumpur.Waktu Operasi: 3 petang hingga 2 pagiCaj: RM25 hingga RM120 sejam


MENGUNJUNGI pusat karaoke menjadi salah satu pilihan aktiviti bersantai. Dengan perbezaan dari segi tawaran judul lagu untuk hiburan bersama keluarga dan teman-teman, Jamz karaoke di Brickfields, Kuala Lumpur menawarkan ribuan lagu pelbagai bahasa.

Jika pengunjung pusat karaoke lain hanya mempunyai pilihan lagu Inggeris, Melayu, Indonesia dan Cina, pengunjung Jamz ditawarkan dengan tambahan lagu berbahasa Tamil dan Hindustan.

"Kami mahu menjadi pusat karaoke yang berskala besar dari segi kedatangan pengunjung. Ia tidak terhad kepada peminat lagu Tamil atau Melayu malah semua jenis bahasa utama di Malaysia," kata pemilik Jamz, Vijay Emergency.

Popular dengan panggilan tersebut lantaran dirinya ialah artis Tamil tempatan popular, Vijay memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk mengkompilasikan lagui-lagu Tamil tempatan dalam pilihan karaoke tidak lama lagi.

Jamz Karaoke yang dilancarkan awal tahun ini menawarkan 18 bilik karaoke pelbagai saiz. Bilik besar boleh memuatkan 25 orang, sementara bilik sederhana besar untuk kapasiti lima hingga lapan orang manakala yang kecil untuk kumpulan satu hingga empat orang.

"Kami sedang cuba menambah ruang memandangkan respons positif daripada pengunjung. Oleh itu, kami bercadang untuk membuka sebuah lagi bilik besar di tingkat bawah dan beberapa bilik sederhana dan kecil, mengikut keperluan.

"Bilik besar di Jamz Karaoke, selain menjadi tempat berkaraoke bagi kumpulan besar, ia juga menjadi permintaan untuk mengadakan majlis hari jadi, sambutan hari ibu atau bapa dan hari bersama rakan. Jadi, wajarlah kami menambah lebih pilihan," kata Vijay.

Jamz Karaoke juga amat peka dalam mengenakan caj supaya lebih ramai yang dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.


SEBUAH bilik luas yang memberi keselesaan kepada pengunjung dalam kumpulan besar.


Diakui sebagai berpatutan, Vijay memberitahu pihaknya hanya mengenakan bayaran mengikut jam di antara RM25 dan RM30 (hujung minggu) bagi bilik paling kecil, RM40 dan RM45 (hujung minggu) balik bilik sederhana besar serta RM100 dan RM120 (hujung minggu) bagi bilik paling besar atau khas.

"Kami juga menyediakan dapur untuk menyambut selera pengunjung," ujar Vijay sambil menunjukkan menu-menu menarik termasuk makanan ringan, snek dan nasi serta pelbagai jenis minuman.

Bagi mereka yang bercadang mengadakan majlis hari jadi, ulang tahun dan sebagainya, katering juga disediakan.

Menambah nilai kepada Jamz Karaoke, Vijay turut memperkenalkan kad keahlian yang menawarkan pelbagai faedah seperti mengumpul poin, tambahan masa dan diskaun harga mengikut jenis kad.

Kad keahlian biasa di Jamz Karaoke bernilai RM30 tetapi Vijay menggalakkan peminat karaoke membeli kad emas dan platinum.

"Bagi kad emas, caj keahlian ialah RM3,000 tetapi kami memberikan banyak manfaat. Ia selaku kad debit tetapi ditawarkan tambahan 10 peratus nilai. Selain itu kami juga memberikan baucer tambahan RM250 untuk menggunakan bilik khas," katanya.

Bagi kad platinum pula, RM5,000 dikenakan dengan tambahan nilai 15 peratus, baucer RM300 untuk bilik khas dan tempat letak kereta khas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved