Isnin, 18 Julai 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ashraf kempunan jadi Aleesha

Posted:

Ashraf kempunan jadi Aleesha

Ashraf kempunan jadi Aleesha

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my



KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.

Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.

Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.

"Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat," kata beliau.

Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.

"Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan," kata beliau ketika membacakan keputusan itu.

Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.

"Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Parut pada wajah Lin makin teruk

Posted:

Parut pada wajah Lin makin teruk

Parut pada wajah Lin makin teruk

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


PARUT pada wajah Fazlinda kini semakin teruk ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Keengganan kanak-kanak yang menjadi mangsa simbahan asid oleh bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, untuk memakai topeng tekanan pada wajah telah menyebabkan parut pada mukanya kini menjadi semakin serius.

Pada awal tahun ini, Nurul Dahyatul telah menjalani pembedahan pertama untuk mengurangkan kesan parut pada wajahnya namun, kesan parut yang timbul pada wajahnya kian teruk.

Malah, perubahan itu turut menjejaskan peluang kanak-kanak itu untuk kembali memperoleh wajah seperti sedia kala.

Ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, yang turut bimbang dengan keadaan itu menjelaskan, dia sendiri seperti hilang ikhtiar untuk mendisiplinkan anak kedua dari empat beradik itu untuk memakai topeng tekanan.

"Lin (panggilan Nurul Dahyatul Fazlinda) cakap topeng itu menyebabkan muka dia rasa perit dan tidak selesa, sebab itu dia jarang pakai alat itu," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu dekat sini semalam.

Kanak-kanak tersebut cedera teruk pada wajah dan badan akibat terkena simbahan asid pada 15 Ogos tahun lalu di rumahnya yang turut mencederakan Che Ku Huzaimah, Muhammad Irfan Firdaus, 3, serta nenek Lin, Minah Omar, 57.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib temui Pope Benedict XVI

Posted:

Najib temui Pope Benedict XVI

Najib temui Pope Benedict XVI


NAJIB ketika mengunjungi Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di Rom semalam.


ROM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Pertemuan Najib dengan Pope Benedict berlangsung sejurus ketibaannya di kediaman Pope itu yang terletak di hadapan tasik yang indah.

Selepas pertemuan peribadi itu, Najib memperkenalkan anggota rombongannya termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada Pope.

Najib kemudiannya menghadiahkan cenderamata kepada Pope iaitu sebuah buku bertajuk Najib dan sulaman songket yang dibingkaikan.

Perdana Menteri kemudiannya dibawa ke bilik berasingan bagi mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kanvas wajah dengan Shu Uemura

Posted:

Kanvas wajah dengan Shu Uemura

Kanvas wajah dengan Shu Uemura



AMBER CHIA membuka tirai persembahan solekan Ethno Color Scope dalam pentas peragaan Koleksi Tokyo Lash Bar 2011 di Mid Valley, Kuala Lumpur daripada Shu Uemura dengan langkah catwalk penuh pesona.

Pentas peragaan hari itu itu mempertaruhkan kecantikan dekorasi solekan rumit menggunakan pelbagai corak bulu mata palsu yang unik dalam menyerlahkan kejelitaan dan keunikan wanita.

Amber tampil dengan solekan yang diberi nama Specks of Black yang dicipta jurusolek Lisa Yap.

Menggunakan bulu mata palsu Mini Fancy Bonbon dan contengan maskara Ultimate Expression di kiri dan kanan mata, ia mencipta tarikan kelembutan yang luar biasa.

Menurut Lisa, aplikasi penggaris mata M Brown turut menjadi elemen penting kerana ia tidak digunakan secara konvensional, sebaliknya ia digariskan di sempadan soket mata untuk mencipta efek kedalaman.

"Bulu mata palsu dipasang di atas garisan yang telah dibuat dalam kedudukan terbalik tetapi masih menghasilkan ekspresi naif yang merupakan refleksi lirikan kumpulan etnik yang saya temui," katanya.

Solekan Courting the Chinese Culture pula dihasilkan oleh jurusolek Jayce Liew. Dia terpesona dengan keindahan lDgenda sejarah purba China, justeru menampilkan elemen tersebut dalam solekannya.

Menggunakan warna utama merah dan hitam, ia menggambarkan kekuatan dan kuasa kumpulan teknik China. Untuk menghasilkannya, bulu mata Mini Fringe rona merah dipasang secara bertingkat di hujung mata yang terlebih dahulu dirias dengan pembayang mata Cream Eyeshadow Black.


BARISAN jurusolek profesional (barisan depan) yang menjayakan Koleksi Tokyo Lash Bar 2011 di Mid Valley, Kuala Lumpur daripada Shu Uemura.


Kontras warna diperhebatkan lagi dengan penggunakan lipstik merah terang Rouge Unlimited Supreme Shine RD165 untuk menghidupkan kuasa solekan hitam merah.

Sementara itu, jurusolek Peggie Ng mempertaruhkan solekan The Whimsical Bird yang menggunakan warna-warna terang sebagai simbolik burung dari syurga, sekali gus meletakkannya sebagai burung paling dramatik dan menarik di dunia.

Ia juga melambangkan kebudayaan Papua New Guinea yang menggunakan bulu-bulu burung sebagai sebahagian dekorasi kebudayaan mereka.

"Solekan ini menggunakan bulu mata Green Folklore dan penggaris mata cecair untuk menghidupkan solekan serta mewujudkan dimensi berbeza kepada mata.

"Justeru, penggaris mata digariskan di atas soket mata dan melebihi panjang bulu mata serta menghala ke atas," katanya.

Untuk solekan ini, pemerah pipi warna lembut iaitu Glow On P Soft Orange 540 digunakan untuk melengkapkan solekan.

Meticulous Creation merupakan taruhan jurusolek Chufan yang sering diasyikkan dengan kerja tangan kompleks dalam menghasilkan solekannya. Dia menggunakan penggaris mata rona putih Painting Liner M White, sebagai gambaran gaya solekan suku kaum purba.

"Bulu mata Vibrant Partial dan Illuminating Mosture Fluid Foundation menjadi elemen penting bagi menghasilkan solekan ini, manakala bedak asas pula disapukan di bahagian tertentu wajah bagi membentuk semula kontur wajah yang dimahukan," katanya.


SOLEKAN wajah yang eksotik.


Jurusolek Deric Lim pula mempertaruhkan solekan Exotic Ethnic Art yang turut menggunakan bulu mata Green Folklore. Terlebih dahulu, dia menggunakan UV Under Base Mousse yang mencipta permukaan wajah tanpa cela dan kompleksi natural.

"Penggaris mata cecair digunakan secara berbeza iaitu digariskan di bawah mata. Ia adalah elemen yang paling kuat untuk solekan ini.

"Bulu mata Green Folklore juga dipasang di bawah mata bagi mencipta kelainan," katanya.

Jurusolek Surya Zainol pula menggunakan bulu kening 3D dan bulu mata Ethnic Charm dalam solekan Laced with Aboriginal Style bagi menggambarkan gaya suku Afrika yang gemarkan warna-warna eksotik dan aksesori buatan tangan.

"Fesyen rambut Afrika yang kini menjadi salah satu fesyen ikutan, saya ekspresikan melalui solekan. Garisan mata yang tebal dan penataan pemerah pipi yang menonjolkan bentuk tulang pipi yang tajam merupakan elemen penting solekan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sofistikated nuansa putih

Posted:

Sofistikated nuansa putih

Sofistikated nuansa putih


KUMPULAN model jejaka memperagakan koleksi fesyen D&G yang mengekalkan tradisi palet warna putih.


SEDAR atau tidak, selain merah jambu, kuning, biru ataupun hijau, rona putih antara palet warna yang sentiasa menghiasi koleksi fesyen bagi musim bunga/panas. Warna putih bukan saja melambangkan kesucian malah, mempamerkan sisi feminin, ceria, damai dan santai.

Mengambil kira faktor berkenaan kebanyakan kumpulan pereka antarabangsa mahupun tempatan cenderung menghasilkan koleksi busana berasaskan warna tersebut. Penampilan seseorang tampak lebih menyerlah dan sofistikated apabila pakaian warna putih digayakan bersama item fesyen warna kontra dan terang.

Secara tidak langsung, trend tersebut membuktikan bahawa warna putih bukan warna vintaj atau warna klasik yang tidak relevan dipraktikkan pada zaman moden. Sebaliknya, jenama fesyen di seluruh dunia sentiasa berusaha menghasilkan rekaan busana warna putih yang seiring dengan perkembangan fesyen semasa.

Lihat saja kreativiti dan inovatif rangkaian jenama Dolce & Gabbana (D&G) yang diterajui Domenico Dolce dan Stefano Gabbana. Mereka bukan saja bijak bermain fabrik dan menampilkan potongan seksi dalam ciptaan busana wanita malah, turut menitikberatkan cita rasa dan kepelbagaian fesyen jejaka.

Enggan membiarkan jejaka selesa berpakaian warna selamat seperti hitam atau kelabu, Dolce dan Gabbana, meneruskan misi mereka dengan menghasilkan koleksi fesyen nuansa putih potongan kemas dan maskulin.

Menurut pereka muda, Mohammad Zarrieff Nasir, 23, pakaian warna putih sama ada baju-T, blaus, dres mahu pun jaket wajar dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira jantina dan usia. Ini disebabkan pakaian warna putih sesuai digayakan ke pejabat, bersantai, kasual atau pun menghadiri jamuan minum petang.

"Warna putih sentiasa trendy sepanjang zaman sama seperti warna hitam, kelabu dan coklat. Bagi mengelakkan penampilan kelihatan polos atau suram, individu perlu bijak mempraktikkan konsep suai dan padan.


PELAKON Bollywood Simone Singh memperagakan sari rona putih pada satu pertunjukan kempen kanser di Mumbai, India.


"Selain dipadankan bersama aksesori, kasut atau beg warna kontra, penampilan juga dapat diserikan dengan kombinasi seluar, skirt atau jaket warna ceria dan terang," jelas Zarrieff yang merupakan graduan Ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Middlesex, London.

Menyentuh mengenai sesetengah individu yang kurang selesa menyarungkan busana rona suci itu, Zarrieff memberitahu faktor utama adalah disebabkan warna tersebut tidak membantu ilusi potongan badan yang menawan.

"Golongan wanita khususnya kurang gemar memakai pakaian berwarna putih kerana bimbang kononnya bentuk badan tampak besar, baju mudah terkena kotoran atau kurang sesuai dengan acara yang dihadiri serta aplikasi konsep solekan.

"Persepsi sedemikian ternyata salah. Usah prejudis pada warna kerana setiap warna itu memainkan peranan penting dalam menyuntik penampilan seseorang. Jika enggan sosok kelihatan gempal, gayakan blaus atau baju-T warna putih bersama kardigan atau jaket mini rona gelap," tutur Zarrieff yang tidak ketinggalan menceritakan trend fesyen jejaka dan wanita di London.

Bicara pereka yang berasal dari Gombak, Selangor itu, kebanyakan anak-anak muda di sana gemar berfesyen dengan blaus atau baju-T nuansa putih. Namun menariknya, mereka akan memadankan bersama seluar atau skirt warna hitam, coklat dan biru laut. Ini termasuklah menyarungkan seluar denim, legging atau baju dan seluar selanjar (jumpsut).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkota rambut sihat Shireen

Posted:

Mahkota rambut sihat Shireen

Mahkota rambut sihat Shireen

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR


SHIREEN bertanggungjawab mengeluarkan rangkaian produk penjagaan rambut jenama Shaire London yang membantu menyihat dan menyinarkan helaian rambut.


RAMAI wanita inginkan rambut yang ikal dan bersinar kerana ia adalah mahkota kepala bagi seorang wanita. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan rambut yang sihat apatah lagi, jauh daripada kelumumur dan keguguran jika tidak kena dengan caranya.

Memegang prinsip untuk menjaga rambut seperti menjaga diri sendiri menjadikan Shireen Salleh, 35, sentiasa teliti dengan penampilan rambutnya.

Pengasas produk Shaire London dan Ketua Pegawai Eksekutif Aikayya Global Sdn. Bhd. itu mahu sentiasa memastikan rambutnya bukan sahaja sihat dan kelihatan menawan, malah sentiasa segar dan berbau wangi.

Justeru, selepas hampir dua tahun penyelidikan dan pembangunan di London, akhirnya jenama penjagaan rambut Shaire London berjaya dipasarkan baru-baru ini. Ia adalah hasil obsesi ibu kepada tiga anak ini.

"Saya menetap selama empat tahun di London kerana mengikut suami yang bekerja di sana dan dari situlah timbulnya idea untuk menghasilkan produk penjagaan rambut yang menggunakan bahan-bahan semula jadi dan halal.

"Langkah saya dipermudahkan selepas bertemu dengan Pengerusi Taharah Global (M) Sdn. Bhd., Zakiah Abu Kasim yang kebetulan menganjurkan kursus jangka pendek mengenai rumpai laut di London," katanya menceritakan detik permulaannya sebagai usahawan.

Menurut Shireen, setelah melakukan beberapa perjumpaan dan perbincangan, idea menghasilkan set penjagaan rambut akhirnya menjadi satu kenyataan yang kini dinamakan sebagai Shaire London, bersempena tempat asal idea tersebut diketengahkan.

"Rumpai laut adalah antara kandungan paling penting dalam pembuatan produk penjagaan rambut Shaire London yang terdiri daripada syampu dan pewangi rambut yang sudah dipasarkan kini di stokis-stokis Taharah.

"Saya menggunakan kepakaran penyelidik Taharah Global Sdn. Bhd. untuk menjalankan kajian dan pembangunan bahan-bahan untuk menghasilkan produk-produk Shaire London.

Dalam pada itu, Shireen memberitahu, keyakinannya memasarkan produk Shaire London begitu tinggi selepas mendapat maklum balas positif daripada testimoninya yang datang daripada pelbagai lapisan umur.

"Syampu Shaire London menjadi pilihan ramai kerana ia tidak memerlukan perapi rambut sebaliknya kandungannya sudah lengkap untuk memelihara rambut yang sihat, manakala pewangi rambut Shaire London pula turut bertindak sebagai penyegar dan tonik yang memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala," katanya.

Sibuk bukan alasan

Selepas melahirkan anak pertama, Shireen mengalami keguguran rambut yang teruk dan bertompok. Pengalaman menakutkan itulah yang menjadikan Shireen begitu obses dengan penjagaan rambutnya.

"Doktor yang saya temui di London ketika itu memberitahu sekiranya saya terlewat mendapatkan rawatan saya mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih seperti sedia kala.

"Peristiwa itu menyebabkan saya amat berhati-hati dalam penjagaan rambut dan memastikan saya mengambil makanan dan vitamin yang sesuai untuk rambut, selain regim penjagaan harian dan mingguan yang saya amalkan," katanya.

Menurut Shireen, dia tidak membasuh rambutnya setiap hari kerana tidak mahu kelembapan semula jadi rambut hilang sehingga menyebabkan kekeringan, sebaliknya membersihkan rambut tiga hari sekali.

"Untuk mengatasi masalah berminyak atau berbau akibat pencemaran, semburan pewangi dan penyegar Shaire London menyebabkan saya tampil segar sepanjang masa, tanpa ada rasa bimbang.

Shireen juga memberitahu, untuk memiliki rambut yang sihat, seseorang perlu tidur yang cukup dan pengambilan vitamin untuk kesihatan rambut seperti vitamin B5 dan memastikan penggunaan pengering rambut dihadkan seminggu sekali sahaja.

Sementara itu, mereka yang berminat untuk menjadi stokis Shaire London boleh menghubungi Shireen di talian 012-645 8557 atau 03-6157 3416 atau e-mel kepada shireen@shairelondon.com dan layari laman web www.shairelondon.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Bayangan awal Harimau Malayahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm ANDAI dua aksi persahabatan dengan kelab Liga Perdana England, Arsenal dan Liverpool menjadi ukuran, jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mungkin sudah ada 'resepi istimewa' yang akan dihidangkannya pada pertemuan dengan Singapura, Sabtu ini.Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH<br>shahril@kosmo.com.myKAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (No. 8) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukannya ketika menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm 9 senior taruhan Pilihan Malaysiahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm JURULATIH skuad Pilihan Malaysia, Ong Kim Swee mempertaruhkan sembilan pemain senior untuk menghadapi Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.Oleh WAN FAKHRUL BAKAR<br>fakhrul@kosmo.com.myIMBAS KEMBALI... Zamani (kanan) mengekang pergerakan penyerang Chelsea, Andriy Shevchenko pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam tiga tahun lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Nasha Edziera tekad ubah nasibhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm KECEWA dengan pencapaian sepanjang lima pusingan lalu, Nasha Edziera Mohd. Bahauddin berharap nasibnya akan berubah pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Alor Setar, Kedah hujung minggu ini.GAYA tunggangan Nasha ketika bersaing dalam kategori Wira pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Chelsea menanti hingga saat terakhirhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm PORTSMOUTH - Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memberi amaran kepada Tottenham Hotspur bahawa dia akan terus menanti sehingga detik terakhir musim perpindahan bagi menandatangani Luka Modric.Muslera wira Uruguayhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm SANTA FE, Argentina - Penjaga gol, Fernando Muslera (gambar) dijulang sebagai wira ketika membantu Uruguay mara ke peringkat separuh akhir kempen Copa America 2011.<url>http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80</url><link/>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm </image></item><item><title>Jersi Kuning kekal milik Voecklerhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm PLATEAU DE BEILLE, Perancis - Pelumba Perancis, Thomas Voeckler berjaya mengekalkan Jersi Kuning pada peringkat ke-14 Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Perancis semalam.<url>http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80</url><link/>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm </image></item></channel></rss></body></html><em>Full Feed Generated by <a href="http://www.getfullrss.com" rel="dofollow" title="Full RSS">Get Full RSS</a>, sponsored by <a href="http://www.usabestprice.net" rel="dofollow" title="USA Best Price">USA Best Price</a>.</em></div> </td> </tr> </table> <table style="border-top:1px solid #999;padding-top:4px;margin-top:1.5em;width:100%" id="footer"> <tr> <td style="text-align:left;font-family:Helvetica,Arial,Sans-Serif;font-size:11px;margin:0 6px 1.2em 0;color:#333;">You are subscribed to email updates from <a href="http://www.kosmo.com.my/kosmo/rss.asp?sec=Sukan">Kosmo Online - Sukan</a> <br />To stop receiving these emails, you may <a href="http://feedburner.google.com/fb/a/mailunsubscribe?k=AupuyXSWNdvkPisJpczXM-_KXmA">unsubscribe now</a>.</td> <td style="font-family:Helvetica,Arial,Sans-Serif;font-size:11px;margin:0 6px 1.2em 0;color:#333;text-align:right;vertical-align:top">Email delivery powered by Google</td> </tr> <tr> <td colspan="2" style="text-align:left;font-family:Helvetica,Arial,Sans-Serif;font-size:11px;margin:0 6px 1.2em 0;color:#333;">Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610</td> </tr> </table> </div> <span style='font-size: large;'><b>Kredit: <a href='http://www.kosmo.com.my/'>www.kosmo.com.my</a></b></span> <div style='clear: both;'></div> </div> <div class='post-footer'> <div class='post-footer-line post-footer-line-1'></div> <div class='post-footer-line post-footer-line-2'></div> <div class='post-footer-line post-footer-line-3'></div> </div> </div> <div class='gapad'> </div> <div class='post hentry'> <a name='2485842637810182994'></a> <h3 class='post-title entry-title'> <a href='https://akhbar-kosmo.blogspot.com/2011/07/kosmo-online-varia_18.html'><img src='http://lostandsurvive.com/wp-content/uploads/2010/03/kosmo_logo.png' width='200px'/>Kosmo Online - Varia</a> </h3> <div class='post-header-line-1'> <span class='post-comment-link' style='Float:right;'> <a class='comment-link' href='https://akhbar-kosmo.blogspot.com/2011/07/kosmo-online-varia_18.html#comment-form' onclick='' style='background:url(http://2.bp.blogspot.com/_kMUpUqMmduA/SVU81uUMS4I/AAAAAAAAA6E/OApf_zOXfC8/s1600/icon_comments.gif) no-repeat;Padding-left:20px;'>0 ulasan</a> </span> <span class='post-author vcard' style='background:url(http://4.bp.blogspot.com/_kMUpUqMmduA/SVU81l_qAsI/AAAAAAAAA6M/vU4ZCornwxQ/s1600/icon_time.gif) no-repeat;Padding-left:20px;'> 11:11 PG Dicatat oleh <span class='fn'>blog2</span> </span> <br/> <span class='post-labels'> </span> <span class='post-icons'> <span class='item-control blog-admin pid-331556145'> <a href='https://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=6664100880449570639&postID=2485842637810182994&from=pencil' title='Edit Catatan'> <img alt='' class='icon-action' height='18' src='http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif' width='18'/> </a> </span> </span> </div> <div class='post-body entry-content'> <div align='center'><div align='center'>Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info</div> <iframe align='center' frameborder='yes' height='330px' name='frame1' scrolling='no' src='http://rabaha6.blogspot.com/' style='border:0px #000000 solid;' width='350px'> </iframe> <iframe align='center' frameborder='yes' height='330px' name='frame1' scrolling='no' src='http://imah-6.blogspot.com/' style='border:0px #000000 solid;' width='350px'> </iframe> <iframe align='center' frameborder='yes' height='330px' name='frame1' scrolling='no' src='http://syaedah6.blogspot.com/' style='border:0px #000000 solid;' width='350px'> </iframe> <iframe align='center' frameborder='yes' height='330px' name='frame1' scrolling='no' src='http://hasrah6.blogspot.com/' style='border:0px #000000 solid;' width='350px'> </iframe> </div> <div style='text-align: left;'>sumber :-</div> <style type="text/css"> h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemcontentlist tr td div ul { list-style-type:square; padding-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div blockquote { padding-left:6px; border-left: 6px solid #dadada; margin-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div li { margin-bottom:1em; margin-left:1em; } table#itemcontentlist tr td a:link, table#itemcontentlist tr td a:visited, table#itemcontentlist tr td a:active, ul#summarylist li a { color:#000099; font-weight:bold; text-decoration:none; } img {border:none;} </style> <div xmlns="http://www.w3.org/1999/xhtml" id="emailbody" style="margin:0 2em;font-family:Georgia,Helvetica,Arial,Sans-Serif;line-height:140%;font-size:13px;color:#000000;"> <table style="border:0;padding:0;margin:0;width:100%"> <tr> <td style="vertical-align:top" width="99%"> <h1 style="margin:0;padding-bottom:6px;"> <a href="http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&amp;sec=Varia" style="color:#888;font-size:22px;font-family:Arial,Helvetica,Sans-Serif;font-weight:normal;text-decoration:none;" title="(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&amp;sec=Varia)">Kosmo Online - Varia</a> <br /> <a href="http://fusion.google.com/add?source=atgs&feedurl=http://feeds.feedburner.com/KosmoOnline-Varia"> <img alt="" border="0" src="http://gmodules.com/ig/images/plus_google.gif" style="padding-top:6px" /> </a> </h1> </td> <td width="1%" /> </tr> </table> <hr style="border:1px solid #ccc;padding:0;margin:0" /> <table id="itemcontentlist"> <tr xmlns=""> <td style="margin-bottom:0;line-height:1.4em;"> <p style="margin:1em 0 3px 0;"> <a href="http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm" name="1" style="font-family:Arial,Helvetica,Sans-Serif;font-size:18px;">Bengkel kecantikan survival kanser payudara</a> </p> <p style="font-size:13px;color:#555;margin:9px 0 3px 0;font-family:Georgia,Helvetica,Arial,Sans-Serif;line-height:140%;font-size:13px;"> <span>Posted:</span> </p> <div style="margin:0;font-family:Georgia,Helvetica,Arial,Sans-Serif;line-height:140%;font-size:13px;color:#000000;"><!-- ContentContainer --> <meta name="sYear" content="2011" /><meta name="sDate" content="0718" /><meta name="sPub" content="Kosmo" /><meta name="sSec" content="Varia" /><meta name="KEYWORDS" content="" /><title> Bengkel kecantikan survival kanser payudara

Bengkel kecantikan survival kanser payudara


BENGKEL solekan anjuran Estee Lauder bertujuan meningkatkan keyakinan diri penghidap dan survival kanser payudara.


SEBAHAGIAN bekas pesakit kanser payudara yang mengambil bahagian di dalam bengkel anjuran Estee Lauder Companies Malaysia minggu lalu pernah melalui detik menyedihkan dalam hidup apabila terpaksa membuang sebahagian payudara mereka semasa menjalani pembedahan.

Bagi mereka yang dikesan menghidapi kanser payudara pada peringkat awal, pasti masih mempunyai perasaan bimbang walaupun ketulan barah berjaya dikeluarkan tanpa memerlukan pembuangan salah satu organ penyusuan itu.

Menurut bekas pesakit kanser payudara, Umi Purwati Sunoto, 56, dia disahkan sebagai pesakit kanser payudara ketika berumur 47 tahun selepas menjalani pemeriksaan lanjut pada tahun 2001.

"Saya menyedari adanya ketulan di payudara saya semasa mandi dan mula berasa bimbang. Saya terus melakukan pemerisaan doktor dan seminggu selepas itu doktor mengesahkan saya menghidap kanser payudara.

"Saya menjalani pembedahan dengan segera dan kini saya sudah bebas sepenuhnya daripada kanser payudara serta menjalani kehidupan yang lebih sihat," katanya yang mempunyai enam orang anak dan 12 cucu.

Menurut Umi Purwati, gaya hidup sihat tidak menjamin seseorang wanita itu bebas kanser payudara, sebaliknya setiap wanita berpotensi dan mesti mengambil langkah pengesanan awal.

"Saya bekerja sebagai guru tarian dan aerobik yang memerlukan saya sentiasa menjalani kehidupan aktif setiap hari selain menyusukan semua anak saya sehingga berusia dua tahun. Tetapi saya masih dijangkiti kanser payudara.

"Oleh itu, saya nasihatkan semua wanita terutama mereka yang berumur lingkungan 40-an untuk segera membuat pemeriksaan mammogram bagi mengesan sekiranya terdapat barah di dalam payudara," katanya.

Tambahnya, selepas pembedahan, dia melakukan pemeriksaan mammogram secara tahunan bagi memastikan kanser payudara tidak kembali.

"Saya tidak berpantang tetapi, mengikuti diet yang seimbang supaya tahap kesihatan saya sentiasa konsisten," katanya yang gembira kerana berpeluang disolek oleh jurusolek Estee Lauder Companies Malaysia.


PARA peserta bengkel bukan sekadar berpeluang mencantikkan wajah malah, turut diberi penekanan tentang ilmu solekan mengikut trend dan pemilihan produk kosmetik yang betul.


Sementara itu, Maznah Meor Razali, 46, disahkan menghidapi kanser payudara pada tahun 2005 ketika dia berusia 39 tahun. Menurut Maznah, sebelah payudaranya terpaksa dibuang akibat pembedahan yang dijalankan.

"Saya turut kehilangan rambut akibat rawatan kimoterapi sebanyak enam kali yang saya ikuti. Tetapi, saya menjalani pembedahan kedua untuk pembinaan semula payudara menggunakan lemak di bahagian perut saya.

"Saya tidak sangka akan menghidapi penyakit ini kerana saya menjalani kehidupan aktif dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," katanya yang kini sudah pulih sepenuhnya.

Tambah Maznah, dia masih menjalani pemeriksaan susulan setiap enam bulan dan masih bimbang sekiranya penyakit berulang.

"Saya tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser payudara. Justeru, saya nasihatkan agar semua wanita sentiasa peka dengan simptom kanser payudara supaya ia dapat dikesan di peringkat awal," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Komunikasi Kanan Clinique, Yen Chong memberitahu, bengkel yang dianjurkan sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2011 anjuran Estee Lauder Companies Malaysia itu bertujuan mengembalikan keyakinan bekas pesakit kanser payudara.

"Kami mahu mereka berasa lebih baik dan yakin dengan penampilan mereka, sekali gus dapat mengembalikan semangat mereka dalam meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

"Ia juga adalah peluang untuk mereka kelihatan cantik dan gembira dengan penampilan mereka," katanya.

Tambah Yen, bengkel tersebut turut memberi tunjuk ajar mengenai trend solekan terkini dan produk kecantikan yang sesuai dengan kulit peserta.

"Selain mekap, mereka juga berpeluang mendapat dandanan rambut yang sesuai dan dapat mengikuti sesi fotografi di mana mereka dapat membawa pulang gambar yang dirakam jurugambar profesional.

"Ini adalah acara tahunan anjuran Estee Lauder Companies Malaysia dan setiap tahun kami raikannya dengan cara yang berbeza," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Murtad: Permohonan Kamariah ditolak

Posted:

Murtad: Permohonan Kamariah ditolak

Murtad: Permohonan Kamariah ditolak

18/07/2011 8:43pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan seorang pengikut ajaran sesat, Ayah Pin, untuk mendapatkan perisytiharan bahawa dia mempunyai hak dan kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menganut mana-mana agama.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma"ah dan Datuk Clement sebulat suara menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60.

Panel hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri Md Raus Shariff (kini hakim Mahkamah Persekutuan) bahawa perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan Islam.

Mahkamah itu menolak rayuan Kamariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Disember 2005 mengetepikan saman pemula dan permohonannya untuk merujuk persoalan berkaitan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim Azhar berkata, oleh kerana perkara yang dibawa kepada Mahkamah Tinggi ialah murtad maka ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

8 PATI termasuk wanita hamil ditahan

Posted:

8 PATI termasuk wanita hamil ditahan

8 PATI termasuk wanita hamil ditahan

18/07/2011 8:16pm

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berhampiran Jeti Tanjung Kupang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, dekat Pontian, hari ini.

Kesemua mereka yang ditahan pada kira-kira 4.45 pagi tadi itu berusia antara 19 tahun dan 46 tahun termasuk dua wanita dan seorang daripada mengandung tujuh bulan.

Ketua Penguat Kuasa Wilayah Maritim Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, bot peronda APMM mengesan sebuah bot kayu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang tekong dan pembantunya serta merampas bot kayu berukuran lapan meter dan enjin sangkut jenis Yamaha 40 kuasa kuda.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka dikenakan bayaran RM450 seorang untuk keluar dari negara ini ke Tanjung Balai, Indonesia. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasuah RM50: Pemandu didenda RM10,000

Posted:

Rasuah RM50: Pemandu didenda RM10,000

Rasuah RM50: Pemandu didenda RM10,000

18/07/2011 7:42pm

MELAKA – Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman denda RM10,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini gara-gara cuba merasuah penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak RM50 bagi mengelak dikenakan saman pada 25 Mei lepas.

Lai Kim Fook, 47, didakwa memberi suapan itu kepada ketua pembantu penguat kuasa JPJ negeri Melaka, Mohd Azrul Abdul Aziz sebagai dorongan agar tidak mengeluarkan notis saman terhadap kesalahan di bawah Kaedah 34 Pembinaan dan Penggunaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kim Fook dituduh melakukan kesalahan itu semasa operasi bersepadu di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Kandang pada kira-kira jam 10.15 pagi.

Dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah di hadapan Hakim, Ahmad Sazali Omar didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Seksyen 24 akta sama. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tujuh cedera akibat serangan Israel di Gaza

Posted:

[unable to retrieve full-text content]BANDAR GAZA - Tujuh orang cedera di Gaza semalam apabila Israel melancarkan satu serangan udara, kata sumber-sumber perubatan Palestin.

China berang Obama temui Dalai Lama

Posted:

[unable to retrieve full-text content]WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin tidak mematuhi amaran dari China dengan mengalu-alukan ketibaan pemimpin Tibet dalam buangan, Dalai Lama ke White House.

Beckham dedah gambar anak perempuan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES - Gambar anak perempuan bintang bola sepak England, David Beckham disiarkan di laman Facebook dan Twitter, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Standard Gula Gula

Posted:

Standard Gula Gula

Standard Gula Gula


KUMPULAN GULA GULA menafikan mereka cuba meniru trend pasaran muzik Korea menerusi genre K Pop, sebaliknya memberitahu mereka membawa aliran muzik yang tersendiri.


MENCIPTA nama melalui kontroversi dan gosip murahan bukan dampak yang dinantikan gadis-gadis yang menganggotai kumpulan yang diberi nama Gula Gula.

Kumpulan yang dianggotai oleh enam orang ahli berusia antara 21 hingga 23 tahun itu sebaliknya mendambakan gelombang positif sebagai isyarat menyambut baik kehadiran mereka.

Mereka, Nurfarahin Mohamad Khosaini (Rara), 22, Erwina Lenny Niusan (Erwina), 23, Joyce Antonius (Joy), 21, Jenny Lim Mei Mei (Mei Mei), 21, Rozalia Siteo (Achie), 21, dan Nooraishah Ibrahim (ChaCha), 22 mahu menolak tohmahan yang dilemparkan berserta tamparan hebat pelbagai cacian bahawa mereka tidak punyai identiti sendiri.

"Kontroversi yang telah membuka mata orang ramai untuk mengenali kami walau dari sudut yang negatif, tapi kami anggap itu semua cabaran buat kami menapak dalam industri seni ini," ujar salah seorang anggota kumpulan itu yang mesra dipanggil Rara.

Begitu pun, mereka sentiasa perlu peka dan bersedia dengan jawapan kepada tanda tanya bahawa mereka menciplak atau cuba meniru konsep kumpulan remaja dari negara Korea atau K-Pop terutama Wonder Girls.

"K-Pop sekadar satu istilah dan bukannya satu trend, jadi tiada sebarang perkaitan antara konsep album, lagu dan imej kami," getus gadis berusia 22 tahun itu lagi.

Tambahnya, fenomena K-Pop yang membadai industri seni dan fesyen tempatan ini saling tak tumpah sepertimana muzik Hip Hop suatu ketika dulu.

"Lama kelamaan K-Pop akan menjadi satu istilah biasa dan semua yang dikaitkan dengannya akan menjadi neutral, jadi ingin kami tegaskan sekali lagi Gula Gula bukan meniru budaya K-Pop," jelasnya penuh hormat.

Uji bakat


GULA GULA turut menafikan meniru fesyen dari Korea.


Enam bulan merupakan usia yang masih mentah untuk bergelar penghibur, masih jauh langkah yang perlu disusun dan diatur dengan penuh teliti untuk bergelar profesional.

Namun, kumpulan yang tertubuh hasil daripada uji bakat syarikat rakaman baharu Eight Tones Communication itu miliki keupayaan tersendiri.

Menurut komposer syarikat rakaman itu, Hadi Hassan, setiap ahli kumpulan Gula Gula mempunyai kualiti suara masing-masing.

"Maka, tidak susah untuk mengendalikan vokal kumpulan ini supaya sentiasa harmoni," bicara adik kepada penyanyi terkenal Salamiah Hassan itu.

Pemilihan setiap anggota kumpulan Gula Gula juga bukan semberono. Terdapat sesi uji bakat dijalankan terlebih dahulu sebelum menubuhkan kumpulan itu.

"Pemilihan dibuat pada hujung tahun 2010 dan aspek yang diambil kira adalah daripada segi kualiti ton suara, inisiatif dan perilaku sebagai sebuah kumpulan yang sentiasa perlukan kerjasama sesama ahli.

"Seramai lapan orang terpilih untuk menganggotai kumpulan Gula Gula tapi hanya enam orang antara mereka yang akan membuat persembahan dan selebihnya akan bersedia jika ada kemungkinan di luar jangka," ceritanya yang menatang setiap ahli Gula Gula bagai minyak yang penuh.

Buktinya, kumpulan itu lebih selesa mengadakan persembahan berpandukan kebolehan vokal masing-masing sama ada secara acapella ataupun akustik sambil memainkan instrumen muzik mengikut kehandalan tersendiri.

Tutur Mei Mei yang berkemampuan memetik gitar dengan cemerlang, kelainan yang ditampilkan Gula Gula bukan saja mampu menyanyi dan menari malah jua bermain alat muzik.

"Itu sebenarnya bukti kuasa wanita, serba boleh dan tahan segala tohmahan dan dakwaan yang tidak jelas," bicara anak kelahiran Sabah itu.

Imej, Koreografi dan Konsep


TAHU masih mentah, Gula Gula berharap kehadiran mereka diterima peminat.


Bercerita mengenai imej Gula Gula yang dikatakan banyak meniru fesyen dari negara ginseng, Korea, dengan tenang mereka menolak anggapan itu.

"Inspirasi Gula Gula asalnya didorong oleh perkembangan semasa dunia fesyen terutama stail jalanan (Street Style) dan kenyataan bahawa kami meniru gaya kumpulan penyanyi dari negara Korea tidak tepat.

"Kami mengikuti perkembangan semasa termasuk muzik dan fesyen, jadi apa yang dipakai kami mengikut trend terkini dan diserasikan dengan budaya masyarakat timur kita," ulas salah seorang anggota Gula Gula, Achie yang juga berasal dari Sabah.

Enam kepala pasti susah dijaga, apatah lagi untuk berkumpul serentak dan berlatih. Namun, hanya kata muafakat dan antusias untuk mara dalam dunia seni menjadi penyatu mereka.

"Walau masing-masing sibuk dengan belajar dan kerjaya, kami cuba mencuri masa yang terluang termasuk pada waktu malam dan hujung minggu untuk berlatih menari dan vokal," ujar Erwina yang memiliki vokal paling lantang.

Daripada segi koreografi pula, biasanya sesebuah lagu akan dipecahkan kepada beberapa segmen untuk dikoreograf oleh ahli kumpulan yang majoritinya berasal dari Sabah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Posted:

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


TENAGA kerja Gafim untuk FFM 24 bergambar bersama sebahagian para penaja bagi merealisasikan festival tahunan tersebut.


FESTIVAL Filem Malaysia (FFM) merupakan acara anugerah yang cukup berprestij bagi memartabatkan dan memberi pengiktirafan kepada seluruh warga karyawan filem di negara ini.

Bagaimanapun, pada kali ini acara anugerah tersebut bakal menyaksikan sedikit perubahan memandangkan ia tidak lagi dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Jika pada tahun-tahun sebelumnya Finas diberi tanggungjawab melaksanakannya, kini Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah memberi mandat kepada Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) untuk menganjurkan FFM 24.

Pengerusi Publisti dan Promosi FFM 24, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London berkata, sekarang sudah tiba masanya hak penganjuran acara berkenaan diberikan kepada pihak persatuan.

"Apa yang menariknya, hanya Malaysia satu-satunya negara yang menganjurkan festival filem oleh pihak kerajaan menerusi Finas, sedangkan pengajuran festival sebegini di luar negara dilaksanakan oleh pihak luar.

"Biarpun tanggungjawab ini telah diberikan kepada Gafim, namun Finas masih turut memainkan peranan penting terutamanya peruntukan dana sebanyak RM1 juta dan khidmat nasihat," ujarnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Menurut Mat London, menjelang acara kemuncak yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 November ini, beberapa program telah diaturkan sebagai langkah untuk mempromosikan lagi anugerah tersebut.

Ujarnya, antara program yang dianjurkan dalam tempoh empat bulan ini seperti majlis prapelancaran FFM 24, majlis berbuka puasa, siri jelajah ke beberapa buah negeri dan majlis makan malam publisiti dan promosi.

"Untuk majlis prapelancaran nanti, ia akan dilangsungkan di Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur pada 25 Julai ini dan kami akan mengundang seluruh karyawan filem di negara ini untuk hadir," jelasnya.

Ditanya mengenai peruntukkan sebanyak RM1 juta yang diberikan kepada mereka untuk menganjurkan FFM 24, Ahmad mengakui jumlah tersebut sebenarnya tidak cukup untuk menganjurkan sebuah acara yang besar.

Jelasnya lagi, ketika ini Gafim sekadar mempunyai RM650,000 sahaja untuk perbelanjaan pengurusan memandangkan RM350,000 telah diperuntukkan untuk trofi dan hadiah wang kemenangan kepada setiap pemenang.

Filem bukan Melayu

Mat London turut memberitahui, sekurang-kurangnya sebanyak RM2.5 juta diperlukan termasuk kos promosi dan ketika ini mereka masih lagi berusaha keras untuk mencari penaja agar FFM 24 nanti akan dapat berlangsung dengan lancar.

Jika sebelum ini penganjuran FFM dilihat lebih mengangkat filem-filem Melayu, namun pada kali ini Gafim turut mengharapkan agar lebih banyak penyertaan diterima daripada filem-filem bukan Melayu.

Ujar Ahmad, penyertaan filem bukan Melayu perlu ada bagi menyemarakkan lagi sambutan FFM 24 dalam mempelbagaikan karya filem keluaran tempatan termasuklah filem bahasa Cina dan Tamil agar bersesuaian dengan tema pada kali ini iaitu Gemilang Filem Malaysia.

"Kami telah sepakat untuk mewujudkan kategori Filem Bukan Melayu yang pernah digugurkan sebelum ini memandangkan pihak kami yakin akan menerima lebih banyak penyertaan untuk kategori tersebut.

"Pada acara sebelum ini kategori berkenaan terpaksa digugurkan memandangkan hanya dua filem bukan Melayu yang menghantar penyertaan, namun kali ini kami jangka akan ada enam buah filem yang turut serta," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Media dan Acara FFM 24, Wani Wendy Wong dalam satu sidang akhbar baru-baru ini berkata, pihaknya meminta semua penerbit filem dapat mempercepatkan penghantaran karya masing-masing.

Jelasnya, semua filem yang dihasilkan dan ditayangkan dalam tempoh 24 Oktober 2010 sehingga 1 Oktober 2011 layak untuk dipertandingkan dan dianggarkan ada 29 buah filem yang layak.

"Tarikh tutup penghantaran pencalonan pula adalah pada 15 Ogos 2011 dan mana-mana penerbit yang gagal berbuat demikian selepas tarikh tersebut menyebabkan filem mereka tidak layak untuk dipertandingkan," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Severus Snape paling digemari

Posted:

Severus Snape paling digemari

Severus Snape paling digemari


ALAN RICKMAN


DARI sekian banyak karakter yang ada dalam novel mahupun filem Harry Potter, setiap peminat pasti mempunyai satu karakter kegemaran mereka. Namun, siapa sangka kalau sosok antagonis yang dimainkan oleh Alan Rickman iaitu Severus Snape menjadi sosok paling digemari oleh pengikut setia filem yang kini sudah tamat menerusi saga terakhirnya, Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2.

Watak guru 'pembunuh' Severus Snape itu dipilih sebagai paling digemari menerusi satu undian yang dibuat oleh majalah Empire.

Lebih menarik, menerusi undian yang sama, watak Harry Potter yang dimainkan oleh Daniel Radcliffe sendiri hanya mampu berada di posisi ketiga, duduk di bawah watak temannya, Ron yang dimainkan oleh Rupert Grint.

Menurut editor majalah itu, karakter Snape menjadi kegemaran kerana kesukaran dan ia agak kompleks atau berat untuk dimainkan.

"Snape adalah karakter yang benar-benar hebat, berlapis-lapis, rumit dan sangat mengejutkan di sebalik sosok khasnya dengan rambut panjang hitamnya. Dia tampil sangat bagus dalam filem itu kerana cara Alan Rickman yang memasukkan sifat yang mengancam dan patut dibenci. Sementara Harry, Ron, dan Hermione terasa lebih hero. Snape benar-benar karakter JK Rowling yang paling penting dan kompleks," ujar jurucakap majalah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved