Isnin, 13 Jun 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harga ikan naik angkara mogok

Posted:

Harga ikan naik angkara mogok

Harga ikan naik angkara mogok

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN dan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
berita@kosmo.com.my


HARGA ikan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur semalam kekal tinggi dipercayai berpunca daripada tindakan 500 nelayan mogok ke laut.


KUALA LUMPUR - Jika kenaikan harga ikan sepanjang dua minggu lepas dikaitkan dengan faktor musim cuti sekolah tetapi kini, mogok pula dikatakan punca harganya tidak turun-turun.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar utama di sini semalam mendapati, rata-rata harga yang ditawarkan bagi sekilogram ikan segar tidak banyak beza berbanding sepanjang musim cuti persekolahan.

Malah, ada harga ikan tertentu seperti kembung, sardin dan pelaling didapati naik di antara RM1 hingga RM6 sekilogram.

Seorang penjual ikan Pasar Chow Kit, Maslan Md. Nin, 48, berkata, walaupun mogok tidak menyebabkan bekalan ikan terputus namun, ia akan menyebabkan harga naik jika bekalan diimport dari luar negara.

"Kami sedar kesan mogok oleh persatuan nelayan di Johor, Perlis dan Pahang punca kenaikan harga ikan tetapi kami masih boleh mendapat bekalan dari Indonesia dan Thailand.

"Bagaimanapun, kini kami sukar mendapat bekalan ikan kembung sejak tiga hari lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua jiran tidak mahu gaduh

Posted:

Dua jiran tidak mahu gaduh

Dua jiran tidak mahu gaduh

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my


ng chee leng (kanan) dan Yong Nguong Ping menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Johor Bahru semalam. Turut menyaksikan upacara itu ialah Michael Tay Chee Boon (empat dari kanan) dan Marshall Theagarajah (tengah).


JOHOR BAHRU – Dua jiran yang menetap di rumah berkembar tetapi sering berkrisis sejak tiga tahun lalu mengambil langkah luar biasa untuk berdamai dengan masing-masing bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MoU) semalam.

Ng Chee Leng, 33, dan jirannya Yong Nguong Ping, 43, bersetuju untuk menandatangani MoU tersebut setelah mendapat nasihat daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) Johor Bahru.

Majlis menandatangani MoU itu diadakan di pejabat BPA negeri dengan disaksikan oleh Pengarah BPA Negeri, Marshall Theagarajah dan Ketua Biro Aduan Awam (BAA) MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon.

Kedua-dua jiran itu menetap di Jalan Bukit Tropika, Taman Bukit Tropika, Ulu Tiram dekat sini.

Bezanya Chee Leng yang berkerja sebagai juruteknik di Singapura menetap di rumah nombor 9 manakala, Nguong Ping, seorang kontraktor di Ulu Tiram tinggal di rumah nombor 11.

Masalah berpunca daripada sikap Nguong Ping yang sering membuat bising dengan bermain piano sesuka hati selain membiarkan anjingnya menyalak dengan kuat pada waktu malam.

Kedua-dua masalah itu menyebabkan tidur Chee Leng pada waktu malam sering terganggu.

Beliau juga menjadi semakin jengkel terhadap Nguong Ping apabila jirannya itu sering menutup pintu rumah dengan kuat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib umum 9 ETP baharu

Posted:

Najib umum 9 ETP baharu

Najib umum 9 ETP baharu


NAJIB (belakang, empat dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua syarikat selepas pengumuman Program Transformasi Ekonomi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sembilan inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai pelaburan RM2.77 bilion dan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Dengan pengumuman itu, katanya, projek di bawah ETP yang diumumkan baru-baru ini yang termasuk Pembangunan Bersepadu Penapis dan Petrokimia (Rapid) mempunyai nilai pelaburan RM60 bilion.

Apabila disatukan, kesemua 15 inisiatif di dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mempunyai nilai pelaburan RM63.88 bilion dan GNI RM66.31 bilion serta 63,531 pekerjaan baharu.

"Dari segi kumulatif, sehingga kini, ETP telah mencatatkan pelaburan RM170.28 bilion, GNI RM220.15 bilion serta 362,396 pekerjaan baharu," katanya semasa mengumumkan Update Keenam Kemajuan ETP di sini semalam.

Antara inisiatif itu ialah Kumpulan UCSI iaitu badan induk UCSI University bagi membangunkan kluster pendidikan kesihatan bersepadu seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Memori di sawah bendang

Posted:

Memori di sawah bendang

Memori di sawah bendang

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan ABDUL RAZAK LATIF



"Apa yang sedang mereka lakukan dan kenapa mereka membongkokkan diri ke kawasan berlumpur itu?" Demikian antara soalan yang dilontarkan kepada penulis oleh rakan-rakan wartawan luar negara yang mengikuti program International Journalism Fellowship (IJF) 2010 sejenak kami menjejakkan kaki ke Laman Padi yang terletak di Pulau Langkawi.

Kemudian, seorang wartawan dari akhbar Filipina, Myla Iglesias, 26, pula minta penjelasan tentang anak patung yang dipacakkan di sawah bendang berkenaan. Rupa-rupanya apa yang dirujuk merupakan orang-orang yang digunakan untuk menakut-nakutkan haiwan daripada merosakkan padi.

Sebenarnya, agak sukar untuk penulis menjawab satu persatu. Mengapa? Ini disebabkan penulis sendiri terlepas peluang menikmati pengalaman indah bersawah padi di kampung halaman di Melaka.

Seingat penulis, momen yang paling melekat di hati cuma sekadar teringat gelagat segerombolan pesawah padi di hadapan rumah sewaktu penulis masih kecil.


PERTANDINGAN menanam padi turut dijalankan di Laman Padi Langkawi bagi memberikan pengalaman baru kepada pengunjung.


Memori itu secara perlahan-lahan lenyap daripada ingatan. Barangkali faktor mengejar ilmu di ibu kota ditambah transformasi desa kepada urban membuatkan kerja-kerja tradisi itu luput daripada pandangan anak muda sekarang.

Lamunan penulis tadi terhenti apabila wartawan dari Uzbekistan, Ilshat Mustafin, 25, tanpa jemu berterusan bertanya soalan. Tanpa menunggu lama, penulis membawanya serta rakan-rakan dari Mongolia, Filipina, Brunei dan Indonesia menuruni tangga menuju ke petak sawah padi. Kami mendekati seorang wanita lengkap bertopi dan wajahnya dibasahi peluh. Walaupun sibuk melakukan aktiviti membanting padi, dia masih mampu melemparkan senyuman dan berkongsi kisah mengenai Laman Padi.

Imbauan seni tanam padi


SEORANG lelaki berpakaian seperti pesawah pada zaman dahulu di Laman Padi Langkawi.


Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Jah, 40-an, Laman Padi atau lebih dikenali sebagai Muzium Laman Padi merupakan satu-satunya lokasi yang mengetengahkan proses penghasilan beras dengan kaedah lama.

Sambungnya lagi, laman itu yang berkeluasan 8.6 hektar adalah berkonsepkan 100 peratus alam semula jadi dan mengadaptasikan senario asli sebuah perkampungan.

"Di laman padi kita menunjukkan proses penghasilan beras bermula di sawah bendang lagi. Kita secara jelas menunjukkan kepada orang ramai bagaimana kita menanam anak padi, kemudian selang beberapa bulan, kita membanting padi kemudian beralih kepada proses menampi hingga mengisar padi dengan menggunakan pengisar tradisional," jelasnya.


KANAK-KANAK juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam pertandingan menangkap ikan di Laman Padi.


Sewaktu kehadiran kami pada November tahun lalu, aktiviti membanting padi di Laman Padi yang terletak di Pantai Cenang dan 10 minit dari lapangan terbang Langkawi sedang giat dijalankan.

Kami turut difahamkan, padi di sana ditanam secara berperingkat-peringkat dengan tujuan mahu memastikan tanaman tersebut sentiasa wujud untuk tujuan lawatan mahupun penyelidikan.

Semasa kunjungan jurufoto, Abdul Razak Latif (pada Mac lalu) pula, ia lebih istimewa dan sememangnya membangkitkan kenangan silam. Beliau bersama ahli rombongan media lain anjuran Lembaga Pemasaran dan Pertanian Pertanian Persekutuan (FAMA) dihidangkan dengan pelbagai aktiviti termasuk acara menanam padi.


BERANI. Seorang pelancong tanpa rasa takut cuba untuk menangkap ikan di sawah.


Pesona kepada program itu sangat terserlah. Para peserta daripada anak-anak kecil hingga dewasa yang kebanyakannya adalah penghuni Pantai Cenang mengambil bahagian. Masing-masing mengenakan pakaian ringkas yang bersesuaian dengan karakter pesawah.

Semangat kerjasama yang ditonjolkan dan hilai tawa mereka ketika menanam anak pokok di tapak semaian membangkitkan rasa keterujaan. Suara mereka juga berjaya menenggalamkan siulan burung yang terbang di ruang udara Laman Padi.

Menghangatkan lagi atmosfera di sana, demonstrasi memasak kuih yang dikenali sebagai jemput-jemput yang dikatakan menjadi hidangan pesawah di Kedah dilakukan secara beramai-ramai berhampiran tapak semaian.

Tangkap ikan sawah


SEPASANG suami isteri dari luar negara mempelajari bagaimana mengeluarkan bunyi daripada batang padi.


Jiwa penghuni-penghuni desa sangat berbeza. Mereka tidak kisah untuk beraksi dalam lumpur. Pacat atau lintah hinggap di kaki atau tangan, itu sudah dianggap perkara biasa.

Barangkali seperti dapat menyelami fikiran si jurufoto, adik Mohd. Haikal Hazami Azhar, 8, dengan bersahaja memperkenalkan satu peralatan menangkap ikan yang di panggil serkap.


MOHD. HAIKAL menunjukkan ikan keli yang berjaya ditangkapnya dengan cara menyerkap di Laman Padi Langkawi.


Serkap lazimnya digunakan untuk menangkap atau dengan lebih tepat, menerkap ikan di sawah. Budak lelaki itu nampak berani dan membenarkan pergerakannya yang penuh skil dalam menangkap ikan sawah dirakam Abdul Razak.

Selang 10 minit, budak lelaki itu menjerit kegirangan apabila usahanya berhasil apabila berjaya menangkap seekor ikan betuk dan sepat. Kemudian, dia berjaya mendapatkan seekor ikan keli yang punya 1,001 khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Sebenarnya, aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan peralatan tradisional seperti serkap dan bubu juga antara program yang dirancang oleh pihak FAMA untuk media.

Ada media yang berani namun, tidak kurang juga yang gementar. Penulis sememangnya awal-awal lagi hanya memerhati gelagat pesawah di pangkin di tengah bendang saja.


WARTAWAN-WARTAWAN dari negara Asia begitu kagum dengan usaha Malaysia mewujudkan Laman Padi.


Laman Padi itu bukan sekadar diliputi oleh sawah bendang saja kerana terdapat sebuah Galeri Padi yang memperkenalkan alatan tradisional pertanian seperti tampi padi, tong membanting padi, bajak, kepelbagaian jenis benih padi selain serkap dan bubu.

Di sini juga, pengunjung boleh menikmati pemandangan sawah yang aman damai dari atas bangunan yang ditanam secara bertingkat.

Satu sudut yang dikenali sebagai Laman Variasi pula membuka ruang kepada orang ramai merasai kehidupan pesawah sebenar. Tidak rugi untuk membayar sejumlah RM3 kerana segala aktiviti untuk menanam padi bermula dari mencabut semaian anak pokok padi dapat dirasai oleh anda.

Jika anda bernasib baik, kemungkinan pengunjung turut berkesempatan membajak sawah menggunakan kerbau.

Ketika itu, penulis dan beberapa rakan wartawan lain sempat mempelajari bagaimana cara menyemat atap rumah dengan menggunakan daun nipah.

Pengalaman ini sesungguhnya sangat bererti lebih-lebih lagi kepada pelancong luar yang semestinya sangat asing dengan aktiviti tradisional begini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Resipi asli dengan Daisy

Posted:

Resipi asli dengan Daisy

Resipi asli dengan Daisy

Oleh ALIF ABU BAKAR


BAHAROM (tengah) dan Chef Liza (lima dari kanan) semasa sesi pratonton pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef di Jalan Ipoh baru-baru ini.


MEMASUKI ruangan dapur Chef Liza menimbulkan keterujaan buat penulis dan tetamu jemputan yang hadir pada sesi pratonton pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang merupakan program kerjasama Minyak Jagung Daisy, Tupperware dan Kosmo!.

Hati semakin berdebar apabila kami diminta menyediakan menu mengikut resipi yang diberikan bersama bahan-bahan masakan di atas meja masing-masing.

Seramai 10 blogger masakan tempatan turut bersama-sama menyempurnakan tugasan Chef Liza yang menuntut tetamu menyediakan kek mangga yogurt dan biskut semperit.

Laman Chef Liza iaitu dapur masakan chef tersebut yang terletak di Kg. Batu Delima, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur riuh-rendah dengan gelagat tetamu yang ada antaranya baru pertama kali belajar membuat kek dan biskut.

Bagaimanapun dengan kemahiran dimiliki Chef Liza membimbing dan menjelaskan teknik yang betul, membuatkan kek dan biskut yang dibuat tetamu hari itu benar-benar menjadi.

Apa yang pasti, apa yang dilalui penulis dan blogger terbabit hanyalah sekelumit daripada debaran yang akan dilalui oleh 120 orang peserta pada pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef. Pertandingan yang dimulakan pada 18 Jun itu akan menyaksikan Cabaran Daisy Sehebat Chef menjelajah ke empat buah negeri di seluruh Malaysia.

Cabaran Daisy Sehebat Chef dihidangkan Bersama Kosmo! 2011 itu merupakan penganjuran kali kedua Daisy bersama Tupperware yang dipecahkan kepada dua kategori iaitu kek dan biskut.

Peserta-peserta perlu tampil dengan menu tersendiri menggunakan 100 peratus minyak jagung Daisy serta disarankan membuat persediaan rapi sebelum pertandingan.

"Mencipta menu sendiri akan membuatkan pertandingan lebih mencabar dan ia melatih mereka untuk bereksperimen terlebih dahulu sebelum hari sebenar cabaran.

"Kriteria pemarkahan akan dilihat kepada ketulenan resipi, inovatif peserta serta cara ia dipersembahkan termasuk hiasan.

"Saya juga tidak mahu peserta mencampurkan minyak jagung Daisy dengan mentega selain mahu mereka lebih fokus terhadap mutu kek dan biskut berbanding hiasan," jelas Chef Liza selaku juri cabaran itu nanti.


TETAMU melakukan regangan sebelum memulakan acara memasak.


Signifikan penggunaan minyak jagung Daisy dalam penyediaan kek dan biskut untuk cabaran itu adalah kerana ia mengandungi soft-poly yang menjadikan kek lebih lembut dan halus serta biskut lebih rangup dan ringan.

Mekanisme cabaran

Orang ramai yang berminat menyertai cabaran tersebut perlu mengisi borang yang disiarkan Kosmo! sejak 1 Jun lalu sehingga 20 Jun ini.

Borang penyertaan hendaklah dihantar bersama satu resipi ciptaan sendiri mengikut kategori pilihan dengan setiap peserta dihadkan terhadap satu kategori sahaja.

Resipi yang dihantar perlu ditaip kemas menggunakan kertas bersaiz A4 dan mereka yang dipilih bagi peringkat zon diminta membawa dua biji kek atau dua set biskut yang telah siap dimasak ke lokasi pertandingan.

Empat lokasi bagi peringkat zon akan dijalankan di Giant, Kuala Terengganu pada 18 Jun dengan tema Seni dan Kebudayaan manakala AEON AU2, Setiawangsa Kuala Lumpur pada 26 Jun dengan tema Alam Fantasi.

Peserta di Star Parade, Alor Setar pula perlu tampil dengan tema Flora pada 2 Julai sementara mereka di Giant, Tampoi, Johor Bahru akan mengikut tema Dasar Laut yang akan diadakan pada 10 Julai.


CHEF Liza menjadi jurucakap Daisy sejak tahun 2007 lagi.


Pemenang peringkat zon bagi setiap kategori akan bertanding pada peringkat akhir di Plaza Shah Alam pada 17 Julai dengan tema Hari Raya Aidilfitri.

Cabaran tersebut juga tidak mengenakan bayaran penyertaan dan setiap peserta yang bertanding akan menerima saguhati berupa wang tunai RM100 beserta hadiah daripada Daisy dan Tupperware.

Juara bagi setiap kategori pula akan menerima wang tunai RM5,000 beserta hadiah daripada Tupperware, RM3,000 beserta barangan Tupperware buat naib juara dan RM2,000 serta cenderamata Tupperware bagi pemenang tempat ketiga.

Pembaca Kosmo! juga berpeluang mendapatkan minyak jagung Daisy 500 mililiter secara percuma dengan menebus dua kepala surat khabar Kosmo! di kaunter lokasi pertandingan.

Sebanyak 200 botol minyak disediakan di setiap lokasi bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Sementara itu, Pengarang Kosmo! Baharom Mahusin memberitahu, cabaran tersebut merupakan peluang bagi Kosmo! mendekati kumpulan pembaca yang berbeza-beza.

"Diharapkan dengan pertandingan sebegini, ia akan dapat membentuk kumpulan pembaca baru terutama golongan wanita," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perginya seorang bapa

Posted:

Perginya seorang bapa

Perginya seorang bapa

BEBERAPA tahun lalu, seorang rakan bertanya, siapakah yang menjadi pilihan utama untuk saya temu bual jika saya bergelar wartawan kelak, lantas saya menjawab: "Aku hendak interviu bapa-bapa malang yang dihantar ke rumah orang tua."

Mahu tahu apa reaksi rakan saya itu? Dia kata saya gila. Soalnya, 'Kenapa tidak meletakkan cita-cita mewawancara seorang pemimpin, artis mahu pun orang-orang berharta?' Dia sebolehnya mahukan jawapan konkrit daripada saya tapi saya berkata: "Jawapan itu tiada sekarang, aku akan beritahu nanti."

Akhirnya, pada tahun lalu, dia menelefon saya dan memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya. Ujarnya dengan tangisan teresak-esak, dia baru sedar mengapa saya menyimpan impian sedemikian rupa. Dia juga baru tahu yang saya sebenarnya telah kehilangan ayah ketika saya berusia 13 tahun.

Rahsia yang disimpan selama 10 tahun itu terdedah tatkala dia membaca rencana tulisan saya bertarikh 6 September 2010 yang bertajuk Pilu Disisih Perhatian Anak.

Sesungguhnya, tugasan saya di saat menjelang bulan puasa di Rumah Seri Kenangan Seremban pada tahun lalu merupakan satu momen peribadi yang paling terkesan dalam hidup saya. Saya merapati jiwa beberapa orang bapa malang.

Menyelami kisah duka tiga orang tua yang ditinggalkan anak-anak begitu menghiris perasaan. Harun Tan, 70-an, dengan penuh emosi menyuruh anak-anaknya ditangkap kerana membuangnya ekoran keputusan Harun memeluk agama Islam. Ada juga yang saya temui, pasrah menghadapi qada' dan qadar yang telah ditentukan.

Kata-kata Jazlan, 80-an misalnya, telah membuatkan saya tewas untuk menahan air mata. Dia yang tidak berupaya untuk berjalan lagi tetap mendoakan kesejahteraan anak-anaknya meskipun mereka menganggap dia 'objek yang menyusahkan'.

Namun, saya rasa begitu terpukul apabila seorang tua bernama Ramlan, 70-an, meninggal dunia setelah tiga minggu saya mewawancaranya. Hanya Tuhan memahami perasaan saya ketika itu.

Hati saya memberontak. Saya tidak faham kenapa ada individu sanggup berlaku kejam pada bapa mereka sendiri.

Barangkali emosi saya meruap-ruap disebabkan saya telah kehilangan ayah sewaktu kecil. Saya mudah tersentuh apabila rakan-rakan bercerita tentang ayah mereka. Saya rindukan arwah ayah saya setengah mati. Ketika kehilangannya, saya rasakan dunia ini sudah tidak bermakna lagi.

Pemergiannya telah memberi impak besar kepada diri ini. Saya telah meninggalkan bakat melukis saya. Sudah 18 tahun saya tidak melakarkan sebarang objek pun. Kenapa? Ini kerana saya menerima berita kematian bapa saya ketika saya sedang menyiapkan sebuah lukisan. Saya fobia untuk melukis lagi kerana saya takut untuk menerima sebuah lagi berita tentang kematian.

Bagaimanapun, sejak dulu lagi saya tidak pernah menganggap saya berpisah dengan arwah kerana semangat dia sentiasa dengan saya. Saya juga percaya, suatu hari nanti kami pasti bertemu. Setiap kali saya melelapkan mata, saya berharap dapat berjumpanya di alam mimpi.

Kepada mereka yang masih berbapa, saya nasihatkan hargailah mereka selagi mereka bernyawa. Meskipun anda melalui detik-detik sukar menjaga mereka di dunia yang fana ini, insya-Allah pengorbanan anda akan dibalas oleh Yang Maha Esa di akhirat nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kejutan manusia hijau

Posted:

Kejutan manusia hijau

Kejutan manusia hijau

Oleh ALIF ABU BAKAR


KETIGA-TIGA aktivis ini mengajak orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup vegetarian.


KETIKA waktu tengah hari, orang ramai pasti memilih untuk berdiam di dalam kawasan berhawa dingin ataupun mencari kawasan teduh bagi mengelak bahang matahari.

Bukit Bintang, Kuala Lumpur seperti hari- hari biasa tetap dibanjiri manusia. Derapan langkah orang ramai di situ kelihatan pantas kerana tidak tahan berlama-lama dalam suhu panas sebegitu.

Keadaan berbeza pula buat tiga manusia hijau yang tidak putus-putus mengedar risalah kepada orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.

Sambil memegang papan tanda bertulis Bertindak hijau! Menjadi vegan!, ketiga-tiga mereka yang mewarnakan tubuh badan dengan cat hijau turut melaung-laungkan slogan tersebut dalam bahasa Inggeris sambil melayan permintaan pengunjung untuk bergambar bersama.

Inisiatif Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) itu merupakan antara usaha mereka bagi menggalakkan manusia menjadi vegetarian dengan mengelakkan pengambilan daging haiwan sebagai juadah harian.

Pemimpin kempen tersebut, Ashley Fruno menjelaskan, selain daripada perubahan iklim, penggunaan tanah berlebihan serta pencemaran air dan udara, memakan daging haiwan juga mengundang malapetaka kepada bumi.

"Saya menjadi vegetarian sejak usia 13 tahun dan saya berharap lebih ramai orang memilih untuk menjadi vegetarian.

Kesan penternakan

"Kita tahu kebanyakan bencana alam yang terjadi hari ini sering dikaitkan dengan aktiviti manusia dalam pembangunan dan pengindustrian tetapi kajian oleh kebanyakan pertubuhan alam sekitar dunia menjumpai sesuatu di luar jangkaan.

"Pertubuhan seperti Institut Worldwatch, Kelab Sierra, Kesatuan Saintis Prihatin dan Al Gore's Live Earth mengesahkan tahap kerosakan alam sekitar akibat penternakan haiwan lebih buruk berbanding aktiviti manusia yang lain," jelasnya.

Selepas berkempen di Filipina, Australia dan Malaysia, aktivis itu akan berlegar-legar pula di ibu negara Indonesia dan Thailand pada pertengahan bulan ini.

Melihat Malaysia sebagai negara yang bersifat terbuka berkaitan perihal kemanusiaan, Ashley meluahkan rasa senangnya sepanjang melakukan kempen tersebut di negara ini yang turut diadakan di Batu Pahat, Johor.

Tidak berdepan cabaran besar seperti yang dialami di beberapa negara lain, reaksi positif masyarakat Malaysia terhadap kempen tersebut melegakannya.

"Saya pernah ditahan pihak berkuasa ketika melakukan kempen yang sama di Korea Selatan atas kesalahan mewarnakan tubuh badan dan berlegar-legar di kawasan awam.

"Tetapi itu semua merupakan dugaan sebagai aktivis dan tidak dinafikan cabaran melakukan kempen di Malaysia ialah cuacanya yang terlalu panas bagi saya," katanya jujur.

Turut sama menyertai Ashley pada hari itu ialah dua sukarelawan lelaki, Malte Schwarzer dari Jerman dan Rezza yang merupakan anak tempatan Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Terengganu berpestahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm SKUAD bola sepak Terengganu diraikan bagai wira oleh ribuan penyokong skuad Penyu itu sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.KAPTEN Mazuki Yusof (kiri) serta pegawai dan pemain skuad Terengganu menaiki kereta pacuan empat roda sambil membawa Piala FA ketika diraikan oleh ribuan penyokong Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu semalam.http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0613/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm 'Perjuangan belum berakhir'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm KURANG 12 jam selepas menjulang Piala FA, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti lantang menyuarakan peringatan kepada pemain- pemainnya agar melupakan seketika hajat untuk berpesta.Oleh MUSTAPA LAKAWA<br>mustapa@kosmo.com.myPEMAIN dan pegawai pasukan Terengganu bergambar bersama Piala FA yang dimenangi sebelum berarak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu semalam http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0613/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Daudsu minta maafhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm "MAAFKAN saya." Itu luah pemain pertahan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang menjadi mangsa kritikan segelintir pihak kerana menjaringkan gol sendiri sehingga mengundang kekalahan 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.Oleh KHAIRI MOHAMAD<br>khairi.mohamad@kosmo.com.myWAJAH kecewa pemain-pemain Kelantan selepas pasukan itu tewas 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0613/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Terengganu rangkul emas terakhir Sukmahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm BERBEKALKAN semangat yang jitu, Terengganu berjaya membenam Kelantan untuk meraih pingat emas terakhir acara bola baling lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 semalam.MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menyerahkan bendera Sukma kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat pada majlis penutup di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil malam tadi. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0613/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Clement, Norzilawatie terbaikhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm PERENANG Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Clement David Leong dan Nik Norzilawatie Nik Wil dari Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) 2011 yang menutup tirai di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka malam kelmarin.Oleh ROSLI HASSAN<br>rosli.hassan@kosmo.com.myCLEMENT (kanan) memenangi sembilan pingat emas dalam acara renang pada temasya Sipma 2011 yang menutup tirainya malam kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0613/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peguam dipenjara, didenda kesalahan rasuah

Posted:

Peguam dipenjara, didenda kesalahan rasuah

Peguam dipenjara, didenda kesalahan rasuah

13/06/2011 8:58pm

KUALA LUMPUR – Seorang peguam dihukum penjara empat tahun dan didenda RM235,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan meminta dan menerima suapan daripada anak guamnya, seorang doktor, kononnya untuk menyogok polis bagi menyelesaikan siasatan kes ugut, enam tahun lepas.

Bagi tuduhan pertama, Ranjit Singh, 57, dikenakan hukuman penjara empat tahun dan didenda RM200,000 oleh Hakim Rozilah Salleh kerana kesalahan meminta suapan wang tunai RM40,000 daripada Dr Chong Kuck Meng, 46, bagi menyelesaikan siasatan kes ugutan jenayah terhadap seorang pelajar Lee Khai Yin, 26, di Lobi Hotel Le Meridien, Jalan Stesen Sentral pada 11.45 malam 22 April 2005.

Sekiranya gagal menjelaskan denda itu, Ranjit boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun.

Bagi pertuduhan kedua, dia turut dihukum penjara setahun dan didenda RM35,000 kerana menerima suapan wang tunai RM7,000 daripada Kuck Meng kononnya untuk menyogok polis bagi menyelesaikan siasatan kes ugutan jenayah terhadap Khai Yin.

Ranjit boleh dipenjara dua bulan lagi, jika gagal menjelaskan denda itu.

Bapa kepada empat anak itu, yang pernah bertugas sebagai pegawai polis, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Twin Happiness, Slim River, di Perak pada 8.30 malam 28 Jun 2005. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis marin rampas rokok dalam serbuan

Posted:

Polis marin rampas rokok dalam serbuan

Polis marin rampas rokok dalam serbuan

13/06/2011 8:56pm

LUMUT – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak merampas sebanyak 270 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM18,900 dalam serbuan ke sebuah kedai runcit di Taman Bernam Baru, Hutan Melintang hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM, DSP Shaari Ariffin berkata, serbuan pada kira-kira 10 pagi tadi adalah hasil maklumat daripada orang awam mengenai penjualan rokok putih dan kretek seludup.

"Sepasukan lima anggota telah dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan mengintip aktiviti penjualan haram itu semalam sebelum menyerbu premis berkenaan pagi ini.

"Hasil serbuan itu, anggota PGM berjaya menemui sebanyak 270 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM18,900 dipercayai dijual kepada pelanggan tetap," katanya kepada pemberita di Markas Operasi PGM, Kampung Acheh di sini.

Beliau berkata, seorang lelaki berumur 52 tahun turut ditahan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana kesalahan memiliki barang-barang belum lulus cukai kastam. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Juruwang pecah amanah dipenjara, disebat

Posted:

Juruwang pecah amanah dipenjara, disebat

Juruwang pecah amanah dipenjara, disebat

13/06/2011 6:52pm

MELAKA – Seorang juruwang Bank Islam Malaysia Berhad dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan 12 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan pecah amanah melibatkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.

Roslizam Zabar, 40, dari Kampung Batu Gajah, Merlimau, Jasin, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan, melakukan kesalahan itu di cawangan bank berkenaan di Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, Roslizam yang diamanahkan kepadanya semua urusan kaunter bank itu, dengan curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran bank, membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM95,000 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise, sebuah syarikat yang tubuhkannya, antara 5 Disember dan 26 Disember 2008.

Bagi pertuduhan pilihan kedua, dia membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM1,578,000 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise antara 9 Januari dan 25 Ogos 2009, manakala bagi pertuduhan pilihan ketiga, dia membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM252,500 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise antara 2 Ogos dan 17 Ogos 2010.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan rotan bagi setiap tiga pertuduhan itu dan mengarahkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemberontak makin menghampiri Tripoli

Posted:

Pemberontak makin menghampiri Tripoli

Pemberontak makin menghampiri Tripoli


BEBERAPA pemberontak Libya berlindung daripada bedilan mortar tentera Gaddafi di Dafniya, 40 kilometer ke barat bandar Misrata, Libya semalam.


ZAWIYAH - Pemberontak Libya kini menggempur bandar pelabuhan minyak utama di negara itu, Zawiya yang terletak sekitar 50 kilometer (km) ke barat Tripoli.

Kemaraan pemberontak memaksa tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menutup sebuah lebuh raya di pesisir pantai barat Libya yang juga merupakan laluan utama untuk bekalan dari negara jirannya, Tunisia.

Pihak pemberontak pernah menawan Zawiya yang memiliki 250,000 penduduk pada awal Mac lalu.

Mereka bagaimanapun diusir dua minggu kemudian dalam kepungan oleh briged elit tentera Libya yang diketuai anak lelaki Gaddafi, Khamis.

Kelmarin, jurucakap majlis kepimpinan pemberontak di London, Guma el-Gamaty berkata, pejuang-pejuang pemberontak kembali menguasai kebanyakan kawasan di barat bandar berkenaan.

Seorang pejuang pemberontak dikenali sebagai Kamal berkata: "Mereka kini sudah berada di dalam bandar berkenaan."

Selain Zawiyah, pemberontak turut membedil bandar Dafniya di barat Libya.

Pemberontak Libya sebelum ini menawan timur negara itu, manakala bahagian barat termasuk ibu negara berkenaan, Tripoli dikuasai tentera Gaddafi.

Kemaraan pemberontak menghampiri Tripoli menyebabkan tentera Gaddafi kini semakin tertekan.

Tentera pemimpin Libya itu semakin lemah akibat serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di samping kepungan laut untuk menyekat bantuan ketenteraan memasuki negara tersebut.

NATO menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya pada Mac lalu untuk mengelakkan rakyat negara itu menjadi mangsa kekejaman tentera Gaddafi selepas orang ramai bangkit menentang pemimpin veteran tersebut sebulan sebelumnya.

Rakyat Libya menuntut pembaharuan demokrasi dan ekonomi dilaksanakan di negara Afrika Utara itu yang kaya dengan minyak. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki dibiarkan mati selepas ditembak

Posted:

Lelaki dibiarkan mati selepas ditembak

Lelaki dibiarkan mati selepas ditembak


SARFARAZ SHAH ditembak beberapa kali oleh askar Pakistan di Karachi pada minggu lalu.


KARACHI - Seorang lelaki tidak bersenjata ditembak pada jarak dekat oleh anggota tentera yang kemudian cuma memerhatikannya mati akibat pendarahan di sebatang jalan di Pakistan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dalam kejadian yang dirakam di sini pada minggu lalu, seorang lelaki berpakaian preman menarik mangsa yang didakwa melakukan rompakan lalu membawanya kepada sekumpulan anggota tentera Pakistan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Sarfaraz Shah merayu belas kasihan tetapi seorang askar tersebut menembaknya beberapa kali dengan peluru menembusi kaki serta tangan mangsa.

Dia rebah ke tanah dan merintih kesakitan tetapi askar-askar tersebut cuma memerhatikan mangsa mati akibat pendarahan sambil berbual sesama mereka.

Orang ramai yang lalu lalang di tempat kejadian juga tidak mempedulikan mangsa. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lily Allen hamil semasa berkahwin

Posted:

Lily Allen hamil semasa berkahwin

Lily Allen hamil semasa berkahwin


LILY ALLEN bersama suaminya, Sam Cooper.


LONDON - Bintang pop Britain, Lily Allen, 26, mengejutkan tetamu apabila dia mengaku hamil sewaktu majlis perkahwinannya dengan seorang pelukis, Sam Cooper, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Sam, 33, di depan 105 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan kawan rapat mereka di gereja St James the Great di sini pada Sabtu lalu.

Kandungan Lily dipercayai mencapai usia 12 minggu.

Menurut sumber pasangan tersebut, Lily tidak pernah berahsia tentang niatnya untuk mendirikan rumah tangga dan memulakan keluarga.

"Lily sedang mengandung dan turut mengahwini lelaki idamannya. Dia sangat gembira sehingga menitiskan air mata kegembiraan," jelas sumber itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Never Gonna Happen itu pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nurul kian bijak kunci mulut

Posted:

Nurul kian bijak kunci mulut

Nurul kian bijak kunci mulut


PADA usia 34 tahun, Nurul selesa untuk tidak berkongsi kisah cintanya selepas siri cintanya sebelum ini kecundang.


SEMAKIN cantik dan langsing. Itulah yang dapat dirumuskan saat penyanyi dan pelakon kelahiran Pulau Pinang, Nurul Huda Abdul Wahab atau Nurul hadir ke sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini untuk mempromosikan filem terbarunya, Tolong! Awekku Pontianak.

Wajahnya juga semakin berseri-seri berbanding sebelum ini. Wartawan Kosmo! menyoal, adakah hatinya sudah berbunga kembali selepas lima tahun menjanda dan cintanya bersama lelaki yang dikenali sebagai Ryzal terputus di tengah jalan.

Mendengar soalan itu, Nurul hanya memberi senyuman isyarat enggan menceritakan kisah peribadinya kepada khalayak.

Balas wanita berusia 34 tahun itu lagi, dia bukan ingin menyembunyikan kisah peribadi sebaliknya kejujurannya dan keterbukaannya sebelum ini memakan dirinya sendiri. Justeru, dia kini mengambil langkah menutup mulut mengenai kisah peribadi dan memberi fokus kepada kerjayanya sahaja.

"Bukan saya tidak mahu kongsi tetapi kejujuran saya membuatkan orang mengata dan menabur fitnah, jadi untuk mengelakkan perkara itu, lebih baik saya zip mulut.

"Dulu memang saya kongsi kisah peribadi kerana sedar saya hak masyarakat tetapi sekarang hal peribadi adalah hak saya sahaja," ujarnya minta dimengerti.

Rahsia langsing

Berbalik kepada badan langsing yang diperolehnya, ia adalah hasil usahanya menjaga makan dan melakukan senaman serta hobi terbaharunya menari tarian bachata.

"Saya baru beberapa bulan mengikut kelas tarian bachata, tariannya mirip tarian salsa. Jika ada masa lapang saya pasti akan ke kelas tarian, selain menyihatkan badan saya juga berazam untuk memahirkan diri dalam tarian itu," katanya tentang rahsia badan langsingnya.

Bukan itu sahaja, Nurul juga melakukan pekerjaan sampingan sebagai jurulatih kecergasan yang membantu orang ramai terutama peminatnya untuk mendapatkan badan yang sihat dan langsing.

"Dulu badan saya susah nak turun, syukur sejak saya amalkan pemakanan yang sihat, kini berat badan saya turun sebanyak tujuh kilogram dan sekarang berat badan saya adalah 51.5 kilogram.

"Jadi, saya ingin berkongsi pengalaman dengan wanita-wanita lain. Saya berkomunikasi dengan mereka menerusi akaun Facebook saya, selain dekatkan diri dengan peminat saya juga boleh menyihatkan mereka," tuturnya yang juga duta kepada pusat pelangsingan Glow & Glamour serta produk kanta lengkap, ColourVue.

Filem puntianak


NURUL melakukan semua aksi lagak ngeri sendiri dalam filem lakonannya, Tolong! Awekku Pontianak.


Kali terakhir kelibat Nurul beraksi di layar perak adalah pada 15 tahun lalu menerusi filem Sate, lakonannya bersama Hairie Othman dan Faizal Hussein. Ketika itu usianya baru menjangkau angka 20 tahun.

Sejak itu, dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana produksi filem, cuma beraksi dalam drama sambil memberi fokus kepada bidang nyanyian.

Katanya, bukan dia tidak mendapat tawaran sebaliknya tawaran sering tiba tidak kena dengan waktu ataupun, watak yang ditawarkan tidak bersesuaian.

Namun, tawaran yang diterima daripada rumah produksi Tayangan Unggul untuk terlibat dalam filem seram komedi Tolong! Awekku Pontianak arahan James Lee tidak dapat ditolaknya.

"Kebetulan saya memang berminat untuk berlakon dalam filem seram komedi, jadi tawaran yang diberikan Tayangan Unggul tepat pada waktunya.

"Lagipun watak yang ditawarkan berbeza dengan watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Watak saya sebagai Nadia merupakan puntianak wanita yang jahat dan mangsanya semuanya lelaki," ceritanya.

Menariknya dalam filem kedua lakonannya itu, Nurul melakukan sendiri semua lagak ngeri termasuklah terbang dan tergantung selama lima jam pada ketinggian bangunan enam tingkat.

"Saya memang seorang yang gayat, jadi bila disuruh terbang dan tergantung pada ketinggian itu, saya akui saya takut. Tetapi ketakutan itu yang mencabar saya untuk melakukan yang terbaik," ucapnya yang menjalani penggambaran selama enam hari.

Bagaimanapun, sebelum bersetuju untuk melakukan aksi lagak ngeri sendiri, Nurul terlebih dahulu memastikan aspek keselamatan supaya tiada kejadian tidak diingini terjadi.

"Bayangkan kalau terjatuh dari ketinggian enam tingkat bangunan. Tetapi ketika dapat terbang, saya memang seronok sangat sebab bila lagi saya boleh terbang (ketawa).

"Saya bersyukur kerana mendapat tenaga produksi dan tenaga kerja untuk aksi lagak ngeri yang terbaik. Tiada sebarang kecederaan berlaku dan semua orang seronok ketika berada di set penggambaran," katanya yang mengimpikan untuk memegang watak utama dalam filem pada masa akan datang.

Dalam filem Tolong! Awekku Pontianak yang akan ditayangkan di pawagam pada 7 Julai depan, ia mengisahkan Bob (Zahiril Azim) jatuh cinta kepada Maya (Sazzy Falak).

Maya memiliki seorang adik perempuan bernama Liyana (Liyana Jasmay) yang aktif menjalankan aktiviti puntianak di sekitar kawasan perumahan mereka. Tetapi keadaan menjadi kecoh apabila seorang puntianak bernama Nadia (Nurul) datang dari Johor ke Kuala Lumpur untuk mencari Maya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misi perjuangan Keena

Posted:

Misi perjuangan Keena

Misi perjuangan Keena

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


KEENA bersama single pertamanya, Cinta Luluh.


WALAUPUN perjalanan mencari nama pada dalam bidang nyanyian terhenti selama tiga tahun selepas tidak berjaya dalam program realiti Mentor musim ketiga, Keena tidak pernah berputus asa berusaha untuk mencapai impiannya.

Berkat usaha dan minat yang tidak pernah luntur, Keena atau nama sebenarnya, Suriana Ab Wahab yang pernah menjadi protege Awie ini kembali dengan single terbaru yang berjudul Cinta Luluh.

Keena yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Dream Music Sdn. Bhd. telah mendapat kerjasama daripada komposer baru, Y. Hamid dan masih lagi mengekalkan konsep rock yang dianggap sesuai dengan empunya diri.

"Syukur kerana akhirnya Keena dapat hasilkan dan lancarkan single Cinta Luluh ini dan Keena juga akan kekalkan konsep rock kerana bagi Keena, konsep ini sememangnya sudah sebati dan sesuai dengan diri.

"Mungkin juga satu hari nanti, Keena akan menggabungkan irama rock bersama genre yang lain seperti dangdut, irama tradisional dan sebagainya," ujar Keena yang mana single terbarunya ini dimulakan dengan genre slow rock.

Tambahnya lagi, Cinta Luluh adalah sebuah single yang menggarapkan unsur-unsur cinta kepada Allah, keluarga, rakan dan sesama insan.

Menurut anak kelahiran Kelantan ini, lagu itu dipilih untuk menjadi single pertamanya kerana makna lirik lagunya yang begitu mendalam dan ia pasti boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat kerana mesej yang cuba disampaikan adalah menyeluruh.

Bicara Keena, single pertama mengambil masa tiga tahun kerana setelah keluar daripada program Mentor, banyak tawaran berlakon yang diterimanya. Jadi, oleh kerana ingin memberi fokus terhadap bidang lakonan, Keena terpaksa tangguhkan dahulu kariernya di dalam bidang nyanyian.

"Misi utama Keena kini adalah untuk meneruskan perjuangan di dalam bidang seni, tidak kiralah nyanyian mahupun lakonan.

"Keena telah mempertaruhkan bakat dalam bidang ini dan justeru pastinya Keena tidak akan mensia-siakan segala usaha, pengorbanan dan titik peluh untuk bergelar seorang insan seni dan menjadi pelapis untuk memartabatkan industri muzik tanah air," ujar Keena yang juga ingin mencuba bakatnya dalam bidang pengacaraan jika diberi peluang.

Bagi Keena, single pertamanya merupakan batu loncatan untuk meluaskan lagi karier untuk bergelar seorang penyanyi di dalam industri muzik tempatan.

Kini, Cinta Luluh telah pun diputarkan di beberapa corong-corong stesen radio swasta dan kerajaan dan telah mula mendapat tempat di hati peminat yang telah lama menantikan kemunculan Keena.

Berehat selama tiga tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Apabila ditanya mengenai album penuh, jawabnya, buat masa ini dia lebih selesa untuk mempromosikan single satu persatu dahulu.

"Perancangan bikin album memang ada, mungkin suatu hari nanti. Beberapa lagu telah disiapkan, dan selepas ini untuk single kedua, Keena belum lagi pilih apa lagu yang hendak dikeluarkan. Apa yang boleh diberitahu, single kedua Keena kelak akan berentak catchy pula," ujar Keena yang juga sedang menunggu tayangan dua filem lakonannya iaitu Ajak dan Tokak pada bulan Julai kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mraz batal kahwin

Posted:

Mraz batal kahwin

Mraz batal kahwin



SELEPAS enam bulan secara rasmi menjadi tunangan kepada Tristan Prettyman, penyanyi Jason Mraz membuat keputusan untuk memutuskan ikatan tersebut dan membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan wanita itu.

Keputusan itu dibuat oleh pelantun lagu popular, I'm Yours itu kerana dia lebih mementingkan kerjayanya berbanding hal peribadi.

"Kesalahan terbesar saya adalah kerana terlalu fokus terhadap pekerjaan saya. Saya telah berjaya dalam hal ini, tetapi kalah dalam hal asmara.

"Ya, tunang saya cantik, tetapi hubungan kami tidak menjadi. Dalam hubungan peribadi yang kami jalin ini, saya telah mengorbankan diri saya sendiri. Jadi kami berpisah," kata penyanyi yang terkenal dengan imej bertopi fedora itu.

Walaupun tidak jadi berkahwin, penyanyi berusia 33 tahun itu tetap menjalin hubungan baik dengan bekas tunangnya.

Dia memberitahu, mereka masih menghabiskan masa bersama seperti menghadiri kelas yoga bersama dan mahu melewati hari akan datang dengan rasa bahagia tanpa sebarang ikatan rasmi, kecuali sebagai sahabat.

Marz dan Prettyman bertunang pada Disember tahun lalu dan penyanyi itu mengumumkan pertunangan mereka melalui laman Twitter.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved