Kosmo Online |
- Warga Bangladesh maut, koperal PGM cedera dalam nahas
- Skim pelaburan sarang burung: Datuk didenda RM145,000
- 6 lelaki ditahan bantu kes pemilik bistro ditikam
Warga Bangladesh maut, koperal PGM cedera dalam nahas Posted: Warga Bangladesh maut, koperal PGM cedera dalam nahas03/12/2012 7:31pm IPOH — Seorang warga Bangladesh maut manakala pemandu trak Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera parah dalam kemalangan antara sebuah kereta dan trak PGA di Km 197.2 laluan utara Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 8.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mat Fauzi Nayan berkata, warga Bangladesh itu dikenali sebagai Mohammad Saone, 30, penumpang hadapan kereta Honda Edix terbabit. Manakala pemandu trak yang parah itu ialah Koperal Ahmad Apin, 52. "Ketika kejadian, trak terbabit berada pada kedudukan terakhir dalam pergerakan konvoi yang mengandungi 11 lori dan enam kenderaan pacuan empat roda PGA dari Batalion 3, Bidor. "Apabila trak berkenaan yang berada di lorong kanan sedang memasuki lorong kiri bagi mengikut pergerakan konvoi, kereta Honda Edix yang dinaiki tiga individu secara tiba-tiba merempuh trak berkenaan. "Akibat dari rempuhan tersebut yang berlaku berhampiran hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol, trak berkenaan terbabas dan terbalik menyebabkan pemandunya cedera," katanya ketika dihubungi.— BERNAMA |
Skim pelaburan sarang burung: Datuk didenda RM145,000 Posted: Skim pelaburan sarang burung: Datuk didenda RM145,00003/12/2012 7:27pm SHAH ALAM — Pemilik Golden Nest Properties International (M) Bhd, Datuk Wong Sen Chiew dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM145,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 29 pertuduhan membabitkan skim pelaburan sarang burung. Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan Sen Chiew, 56, membayar denda itu pada atau sebelum 10 Disember ini. Sekiranya tertuduh gagal membayar denda dia boleh dipenjara lima bulan lagi bagi setiap pertuduhan. Sen Chiew didakwa memperdaya orang awam untuk menyertai skim pelaburan 'mengusahakan sarang burung' yang menjanjikan pulangan lumayan sehingga menyebabkan mereka membayar untuk menyertai program itu dengan memasukkan wang mereka ke dalam akaun syarikatnya. Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabatnya di Unit A-19-1, Tingkat 1, Blok A, Jaya One Jalan Universiti, Petaling Jaya dekat sini antara 28 November 2004 dan 1 Oktober 2005.— BERNAMA |
6 lelaki ditahan bantu kes pemilik bistro ditikam Posted: 6 lelaki ditahan bantu kes pemilik bistro ditikam03/12/2012 6:32pm GEORGE TOWN — Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pemilik bistro maut ditikam ketika dia cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan premisnya di Jalan Burma di sini semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mereka yang berusia antara 18 hingga 26 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini. "Empat lelaki ditahan di sebuah restoran makanan segera di Greenlane beberapa jam selepas kejadian. Salah seorang daripada mereka mempunyai kesan kecederaan di kepala. "Dua lagi lelaki ditahan di bandar raya ini pada pukul 9.15 malam tadi. Usaha mengesan beberapa lagi suspek giat dijalankan," katanya. Kong Meng berkata, kesemua mereka direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan