Kosmo Online |
- Imam tua ditemui mati dipukul dalam surau
- Boleh dipenjara jika kenyataan sentuh sensitiviti
- Lapan ahli KWSP didapati bersalah menipu
Imam tua ditemui mati dipukul dalam surau Posted: Imam tua ditemui mati dipukul dalam surau07/11/2012 8:09pm TANAH MERAH – Seorang imam, yang hendak melaungkan azan subuh, mati akibat dipukul di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh di sini hari ini. Abdullah Nawang, 77, yang cedera parah di leher dan kepala, mati di unit kecemasan Hospital Tanah Merah. Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun di sebuah kedai kopi di Kampung Kulim, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada pukul 7 pagi ini, kata Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Abdul Aziz Mahmud. Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Aziz berkata, suspek yang tinggal tidak jauh dari surau itu pernah mendapat rawatan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu. "Polis percaya Abdullah dipukul menggunakan senjata tumpul atau objek keras, dan polis sedang mencari senjata yang digunakan suspek yang dipercayai dibuang tidak jauh dari tempat kejadian," katanya. Abdullah yang menoreh getah di kampung itu meninggalkan seorang isteri dan empat anak serta 20 cucu. – BERNAMA |
Boleh dipenjara jika kenyataan sentuh sensitiviti Posted: Boleh dipenjara jika kenyataan sentuh sensitiviti07/11/2012 8:07pm KUALA LUMPUR – Mereka yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti masyarakat termasuk yang mengelirukan sehingga membawa perpecahan dan sebagainya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dari dua hingga lima tahun jika mereka disabitkan kesalahan. "Selain itu peruntukan itu turut merangkumi kesalahan memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni dan bersatu atau alasan-alasan keagamaan di antara orang-orang atau kumpulan orang yang menganuti agama yang sama atau berlainan," katanya hari ini. Beliau menjawab soalan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah) mengenai langkah yang diambil kerajaan dalam pengeluaran fatwa oleh individu tidak diiktiraf, pada persidangan Dewan Rakyat di sini. Mashitah berkata, seseorang individu tidak boleh menyalah guna kebebasan bersuara untuk mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensiviti masyarakat terutama berkaitan agama sehingga menjejaskan ketenteraman awam. – BERNAMA |
Lapan ahli KWSP didapati bersalah menipu Posted: Lapan ahli KWSP didapati bersalah menipu07/11/2012 8:04pm KUALA LUMPUR – Seramai lapan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan menipu pengeluaran perumahan bagi suku tahun ketiga 2012. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kesemua mereka bersalah dan didenda berjumlah RM13,300 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59, Akta KWSP 1991. Lima daripada mereka berkemungkinan dipenjara sehingga dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, penipuan pengeluaran itu yang membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi pengeluaran daripada akaun mereka adalah satu kesalahan serius mengikut Akta KWSP 1991. "Mengikut akta itu, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali," katanya. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan