Kosmo Online |
- Kes Lynas saman SMSL, 17 Disember
- Penganggur, remaja didakwa samun kerani akaun
- Warga Pakistan ditahan bantu kes pelajar mati
Kes Lynas saman SMSL, 17 Disember Posted: Kes Lynas saman SMSL, 17 Disember27/11/2012 4:57pm KUANTAN — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pengurusan kes saman fitnah Lynas (Malaysia) Sdn. Bhd., (Lynas) terhadap kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) pada 17 Disember depan. Hakim Datuk Mariana Yahya yang membuat keputusan itu berkata, penangguhan itu dilakukan supaya kes itu dijalankan selepas mendapat keputusan rayuan Lynas di Mahkamah Rayuan, Putrajaya Khamis ini. Sebelum ini, kes berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk John Louis O'Hara. Kes itu dipindahkan selepas permohonan SMSL dan dua individu yang terbabit dalam kes saman berkenaan, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dibenarkan oleh hakim berkenaan. Bagaimanapun, Lynas menfailkan tuntutan rayuan agar prosiding kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. — BERNAMA |
Penganggur, remaja didakwa samun kerani akaun Posted: Penganggur, remaja didakwa samun kerani akaun27/11/2012 4:54pm PETALING JAYA — Seorang penganggur dan remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan samun berkumpulan terhadap seorang kerani akaun pada 17 November lepas. Muhammad Arif Jaffar, 19, dan remaja tersebut, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Chong Siew Mee, 40, dengan merampas beg tangan mangsa yang mengandungi surat, kunci rumah, telefon bimbit, dokumen, buku cek dan wang tunai RM500. Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan SS 26/2 Kelana Jaya, pada pukul 7.15 pagi dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sekali sebulan sehingga kes selesai. — BERNAMA |
Warga Pakistan ditahan bantu kes pelajar mati Posted: Warga Pakistan ditahan bantu kes pelajar mati27/11/2012 4:47pm KOTA KINABALU — Seorang warga Pakistan ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar perempuan yang dipercayai terjatuh dari lori di Kota Marudu Ahad lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Asisten Supritendan Kamarudin Sulaiman berkata, peniaga berumur 40-an itu ditahan di Pekan Kota Marudu pada pukul 10 pagi tadi. Norikoh Saliwa, 16, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini dilapor ditemui dengan kecederaan di kepalanya. Mayatnya ditemui di tepi jalan. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan