Kosmo Online |
- Anggota badan dikerat milik warga emas yang hilang
- Cubaan seludup 11,000 liter petrol subsidi gagal
- Mayat lelaki ditemui di ladang kelapa sawit
Anggota badan dikerat milik warga emas yang hilang Posted: Anggota badan dikerat milik warga emas yang hilang22/09/2012 5:55pm PEKAN — Polis mengesahkan tengkorak dan anggota badan yang dijumpai dalam keadaan dikerat di kawasan paya bakau dekat Sungai Miang, di sini semalam, adalah warga emas yang dilapor hilang 15 September lepas. Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, hasil siasatan polis dan laporan pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati anggota badan dan tengkorak yang dijumpai kira-kira pukul 5 petang semalam adalah Sh. Othman Sh. Bakar, 72. "Hasil siasatan terhadap dua suspek yang ditangkap bagi membantu siasatan kes ini membawa kepada penemuan beberapa anggota badan mangsa di KM 15 Kampung Sungai Miang, dekat sini, semalam. "Polis yang meneruskan pencarian sebahagian lagi anggota badan mangsa hari ini turut menemui beberapa lagi barangan milik mangsa iaitu kopiah dan cermin mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. — BERNAMA |
Cubaan seludup 11,000 liter petrol subsidi gagal Posted: Cubaan seludup 11,000 liter petrol subsidi gagal22/09/2012 5:49pm TAWAU — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar sebanyak 11,125 liter petrol bersubsidi bernilai RM21,137 melalui perairan Semporna, semalam. Pengarah Operasi APMM Tawau, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, petrol bersubsidi yang disimpan di dalam 445 tong berkenaan dirampas hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot jongkong yang dipercayai dalam perjalanan ke Pulau Sitangkai, Filipina, pada 10.30 malam. "Ini merupakan kes kedua pada minggu ini yang melibatkan penyeludupan minyak petrol (bersubsidi) di perairan Semporna. Kes sebelum ini (pada awal pagi 19 September lalu) melibatkan 11,250 liter minyak petrol," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Azman tiga orang awak-awak berserta juragan bot warganegara Filipina berumur lingkungan 20-an dan 40-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.— BERNAMA |
Mayat lelaki ditemui di ladang kelapa sawit Posted: Mayat lelaki ditemui di ladang kelapa sawit22/09/2012 5:40pm KUNAK — Mayat seorang lelaki, berumur lingkungan 50-an, dipercayai dibunuh, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit, berhampiran SMK Kunak, malam semalam. Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M.Radzali Mahmud berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 8.00. "Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat itu. Pihak polis kemudian menemui mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh", katanya di sini hari ini. Menurut M.Radzali, polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat berkenaan dan sepasukan anggota forensik dari Kota Kinabalu telah berada di lokasi hari ini untuk mengumpul bukti bagi membantu siasatan.— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan