Kosmo Online |
- Rugi RM80,000 disamun 4 lelaki bersenjata
- Para ASEAN: Zul Amirul raih emas bagi renang
- Program komuniti Eko-Famili terap kesedaran
Rugi RM80,000 disamun 4 lelaki bersenjata Posted: Rugi RM80,000 disamun 4 lelaki bersenjata17/12/2011 7:06pm MARANG – Enam sekeluarga mengalami detik-detik cemas apabila rumah mereka di Kampung Kelulut di sini dipecah masuk oleh empat penyamun bersenjatakan alat pemotong serta besi dalam kejadian awal pagi tadi menyebabkan kerugian hampir RM80,00. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, keluarga malang berkenaan sedang nyenyak tidur sebelum salah seorang daripada empat penyamun itu mengejutkan mangsa Hawa Bakar, 53 yang tidur di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan bersama suaminya Alias Ahmad 60. Hawa, yang juga merupakan seorang peniaga kedai runcit lebih 20 tahun berkata, beliau dan suaminya diugut dan diikat dengan wayar elektrik sebelum empat anaknya berusia antara 11 hingga 21 tahun yang tidur di bilik berasingan dibawa berkumpul di biliknya. Ketika ditemui, peniaga runcit itu berkata, kumpulan perompak menghabiskan masa selama 45 minit untuk menggeledah rumah itu sebelum melarikan pelbagai barangan kemas, lima buah telefon bimbit, sebuah komputer bimbit dan wang tunai lebih RM7,000 yang dianggarkan kesemuanya bernilai RM80,000. Katanya, wang tunai RM7,000 itu adalah hasil perniagaan runcitnya selama dua hari yang disimpan dalam beg tangannya di sebelah katinya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahya yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
Para ASEAN: Zul Amirul raih emas bagi renang Posted: Para ASEAN: Zul Amirul raih emas bagi renang17/12/2011 6:31pm SOLO, Indonesia – Seperti yang diramalkan perenang elit paralimpik negara, Zul Amirul Sidi berjaya meraih pingat emas bagi acara 50m kuak lentang lelaki kategori S5 (kecacatan kaki) pada hari kedua Temasya Sukan Para ASEAN 2011 yang berlangsung di Pusat Akuatik Tirtomoyo Manahan dekat sini hari ini. Zul Amirul meraih pingat emas setelah berjaya menamatkan saingan dalam masa 43.41s. Pingat perak bagi acara tersebut menjadi milik Nguyen Thanh Trung dari Vietnam dengan catatan 53.38s, manakala pingat gangsa pula milik perenang Thailand, Phetr Chanhom (53.39s). Zul Amirul berkata, walaupun gembira dengan kejayaan tersebut beliau rasa sedikit terkilan apabila gagal memperbaiki rekod kejohanan 42.15s yang diciptanya pada Sukan Para ASEAN edisi Kuala Lumpur 2009. "Saya harap mampu melakukan persembahan yang lebih baik pada hari-hari berikutnya dan ia tidak akan melemahkan semangat saya," katanya di sini hari ini. Satu lagi pingat emas dikutip menerusi Fraidden Dawan yang berjaya menamatkan perlumban dalam masa 1:08s bagi acara 100m kuak kupu-kupu lelaki kategori S10 (kecacatan kaki) tanpa saingan daripada perenang lain. – BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
Program komuniti Eko-Famili terap kesedaran Posted: Program komuniti Eko-Famili terap kesedaran17/12/2011 6:10pm PUTRAJAYA – Program komuniti Eko-Famili, iaitu kempen kesedaran dan penerapan amalan penjagaan alam sekitar di peringkat keluarga, dilancarkan di sini hari ini selaras dengan kempen "Planet Sihat, Penduduk Sihat" oleh Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA). Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu bertujuan menerap kesedaran anggota keluarga dan masyarakat agar lebih prihatin dan turut serta dalam aktiviti penjagaan alam sekitar dengan mengamalkan inisiatif hijau dalam kehidupan seharian. Semasa melancarkan kempen itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, faktor kependudukan dan alam sekitar amat penting dalam memastikan negara mencapai pembangunan yang mampan. "Ia juga menjadi satu indikator yang penting dalam Matlamat Pembangunan Milenium yang dipantau setiap tahun di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memastikan semua penduduk dunia dapat menjalani kehidupan dalam persekitaran yang baik dan terjaga," katanya. Antara pengisian program tersebut termasuklah acara penanaman anak pokok sempena penduduk dunia mencecah angka tujuh bilion pada tahun ini, pertandingan menghasilkan kraf daripada barangan terpakai, pameran alam sekitar serta pemeriksaan kesihatan bernilai RM25 yang diberikan secara percuma. – BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan