Kosmo Online |
- UiTM, Universiti Ohio bakal bekerjasama
- Pelajar IPT bumiputera disaran rebut peluang
- Khasiat ekstrak misai kucing, kemunting Cina
UiTM, Universiti Ohio bakal bekerjasama Posted: UiTM, Universiti Ohio bakal bekerjasama10/12/2011 10:07pm SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini di landasan betul dengan agenda untuk mencapai kecemerlangan akademik di peringkat antarabangsa menerusi usaha sama dengan Universiti Ohio (OU) di Amerika Syarikat, kata Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Beliau berkata, kedua-dua universiti bersetuju dengan beberapa cadangan bagi inisiatif bersama membabitkan akademik serta penuntut UiTM dari pelbagai fakulti. "Kerjasama yang dicadangkan bakal menyaksikan penubuhan program dalam Komunikasi Perniagaan, Pertuturan dan Pendengaran selain penyelidikan dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama dengan Fakulti Perubatan UiTM," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, perkara itu dibincangkan ketika kunjungan hormat delegasi Universiti Ohio yang diketuai Presidennya, Dr Roderick J. McDavis ke sini semalam. Kedua-dua universiti juga akan bekerjasama dalam menerbitkan "OU Review" selain menubuhkan Institut Kejuruteraan Kimia (Hakisan) UiTM-OU, katanya. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Pelajar IPT bumiputera disaran rebut peluang Posted: Pelajar IPT bumiputera disaran rebut peluang10/12/2011 10:04pm MELAKA 10 Dis. – Dasar Pembangunan Keusahawan (DPK) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diharap dapat menjadi pemangkin yang menyuburkan pembudayaan bidang keusahawanan pada kalangan pelajar IPT. Justeru, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, pelajar IPT, khususnya bumiputera harus menggunakan sebaiknya peluang yang disediakan DPK. "Sehingga hari ini, penguasaan ekonomi bumiputera hanyalah pada sekitar 18 peratus, masih jauh daripada sasaran awal sebanyak 30 peratus. "Justeru dasar ini diharap dapat melahirkan satu kumpulan baru siswazah teknousahawan yang dapat menyediakan pekerjaan kepada orang lain serta meningkatkan penguasaan ekonomi kaum bumiputera," katanya. Teks ucapan beliau dibaca oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gabem, Datuk Ramlan Othman pada pelancaran Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di IPTA di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, di sini hari ini. Abdul Rahim berkata, DPK itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan siswazah yang berkualiti ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Khasiat ekstrak misai kucing, kemunting Cina Posted: Khasiat ekstrak misai kucing, kemunting Cina10/12/2011 9:53pm KANGAR – Ekstrak herba tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina dikenal pasti boleh membantu merawat kanser, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Beliau berkata, kajian Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati penyakit tersebut boleh dirawat dengan kos lebih rendah melalui ekstrak kedua-dua tumbuhan itu. Menurut beliau, kajian yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta untuk pembangunan dan pengeluaran produk anti kanser. Berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agroteknologi Kampus Unimap Sungai Chuchoh dekat sini hari ini, Md Isa berkata, kajian itu pasti akan membantu pesakit kanser negara ini dengan kos rawatan lebih rendah. Beliau berkata, mengikut statistik Majlis Kanser Nasional, peningkatan jumlah pesakit kanser di negara ini semakin membimbangkan dengan lebih 40,000 pesakit baru dikesan pada tahun 2007. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan