Kosmo Online |
KL anjur konvensyen media sosial Posted: KL anjur konvensyen media sosial23/11/2011 5:37pm KUALA LUMPUR — Asia Pacific Diligence Sdn Bhd akan mengadakan Konvensyen Perangkaian Media Sosial 2011 pada 9 Disember di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konvensyen ini ditujukan kepada ahli perniagaan e-perniagaan, profesional komunikasi media sosial dan orang awam yang berminat untuk mengetahui bagaimana media sosial dijalankan. Syarikat dalam satu kenyataan hari ini berkata yang konvensyen itu akan menyaksikan dua acara utama. Satu ialah pameran yang mempromosikan peluang perangkaian dan padanan perniagaan sementara yang satu lagi ialah persidangan meliputi topik-topik daripada pemasaran dan penjenamaan mengenai media sosial terhadap trend-trend media sosial terbaru. Pameran itu melibatkan rangkaian penyertaan tempatan dan asing termasuk CyberSecurity Malaysia, Groupon, Express Rail Link dan Chartis Malaysia Insurance. Sementara itu, antara 12 penceramah di persidangan itu, ialah Pagemodo pengasas bersama Jakob Lykkegaard Pedersen dan Timothy Tiah dari Nuffnang. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Dua remaja dikhuatiri lemas23/11/2011 5:09pm KOTA BAHARU — Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas di kawasan parit di Kampung Tualang Salak, Bachok, yang kini dinaiki air. Jurucakap Bomba Kelantan berkata, pihak bomba menerima laporan tentang insiden lemas tersebut kira-kira 3 petang ini dipercayai melibatkan dua remaja berumur 14 dan 16 tahun. "Bagaimanapun kita masih belum mempunyai maklumat lengkap dan operasi mencari mangsa sedang dijalankan," katanya kepada Bernama. Sementara itu keadaan banjir di Kelantan petang ini reda sedikit apabila berlaku penurunan jumlah mangsa pemindahan iaitu seramai 227 orang berbanding 235 orang yang dilaporkan pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata sehingga kini tiga pusat pemindahan masih dibuka di dua daerah iaitu dua di Kota Baharu dan satu di Pasir Puteh. "Sementara itu dua jalan telah ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata di Machang dan di Kilometer 3, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh di Tanah Merah," katanya. Beliau berkata empat sungai utama di Kelantan kini berada di paras amaran dan dua sungai di paras berjaga-jaga. Katanya, sungai yang berada di paras amaran itu ialah Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
16 masih di pusat pemindahan Johor Posted: 16 masih di pusat pemindahan Johor23/11/2011 5:07pm JOHOR BAHARU - Seramai 16 mangsa banjir terdiri daripada tiga keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Cahaya, Air Hitam sehingga empat petang hari ini. Menurut Bilik Gerakan Bencana Negeri Johor, setakat ini hanya sebuah pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka di negeri itu. Bagaimanapun jurucakapnya berkata, pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor sentiasa memantau rapi keadaan berikutan keadaan hujan yang kerap melanda beberapa bahagian negeri ketika ini. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan