Kosmo Online |
- Dua kes culik: 6 dipercayai terlibat ditahan
- Indeks jenayah di Sabah menurun 12.66%
- Mayat ditemui tepi jalan, dipercayai dibunuh
Dua kes culik: 6 dipercayai terlibat ditahan Posted: Dua kes culik: 6 dipercayai terlibat ditahan11/11/2011 8:42pm SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan berjaya menahan enam orang suspek termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam dua kes culik berasingan pada 19 dan 29 September lalu, di sini. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 32 tahun itu berjaya ditahan secara berasingan sejak dua minggu lalu. Katanya, kes pertama yang berlaku berhampiran sebuah pusat beli belah di sini pada 19 September membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun telah didatangi empat lelaki yang mengacukan sebilah parang ke lehernya. "Suspek menghubungi abang mangsa dan meminta wang tebusan sebanyak RM15,000. Abang mangsa kemudian membayar wang tebusan sebelum mangsa dibebaskan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Labu," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Kes kedua pula berlaku di Taman Seremban Jaya ketika mangsa, seorang wanita berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal telah dilanggar sebuah kereta. "Suspek kemudiannya menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan RM150,000, namun keluarga mangsa tidak membuat pembayaran sebab tidak ada duit. "Mangsa kemudiannya dilepaskan tiga hari selepas itu di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Nilai sebelum dijumpai pegawai peronda lebuh raya itu," kata Osman. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Indeks jenayah di Sabah menurun 12.66% Posted: Indeks jenayah di Sabah menurun 12.66%11/11/2011 7:26pm KOTA KINABALU – Indeks jenayah di Sabah pada keseluruhannya menurun 12.66 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman berkata, sebanyak 5,092 kes dilaporkan sepanjang Januari hingga September tahun ini berbanding 5,830 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. Keadaan keselamatan di sempadan pula menunjukkan tiada sebarang kegiatan militan dan pencerobohan, katanya. "Aktiviti-aktiviti lintas batas telah dapat dibendung oleh anggota keselamatan yang bertugas 24 jam mengawal kawasan sempadan darat negara daripada dibolosi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kumpulan Kerja Keselamatan Negeri di sini, hari ini. Katanya, kejadian rompakan di laut juga berkurangan. Keadaan itu secara tidak langsung menafikan dakwaan beberapa kumpulan di negeri ini bahawa keadaan keselamatan di Sabah kini terancam sedangkan ia tidak benar dan dibuat atas andaian semata-mata, katanya. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Mayat ditemui tepi jalan, dipercayai dibunuh Posted: Mayat ditemui tepi jalan, dipercayai dibunuh11/11/2011 7:08pm IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di badan dan kepala, dipercayai dibunuh, di tepi jalan Batu 3 Jalan Kota Bharu-Gopeng dekat Kampar hari ini. Mayat P. Someswaran, 38, ditemui pada pukul 7 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan itu. Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki yang berasal dari Rumah Murah, Jelapang di sini, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan itu. "Mangsa cedera parah di kepala dan badan akibat dipukul dengan objek tajam dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian berpunca daripada hutang. "Bagaimanapun, kami masih menyiasat punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di talian 05-4652222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan