Kosmo Online |
- Terengganu bakal ada Hospital Universiti
- Kemudahan untuk pelancong di Gua Bewah
- Ejek-mengejek punca pelatih PLKN bergaduh
Terengganu bakal ada Hospital Universiti Posted: Terengganu bakal ada Hospital Universiti25/09/2011 9:08pm KUALA TERENGGANU 25 Sept. — Terengganu bakal mempunyai hospital universitinya yang pertama - Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza). Mengumumkan demikian, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata Kerajaan Persekutuan baru-baru ini meluluskan permohonan untuk hospital itu dan ia akan dibina di atas tanah 100 ekar (40 ha) di sebelah kampus utama universiti itu di Gong Badak di sini. Fasa pertama projek pembinaan hospital itu yang bermula tahun depan, dijangka menelan belanja kira-kira RM800 juta, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan e-book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di sini hari ini. Hospital tersebut akan dipastikan setaraf dengan hospital berkaliber yang lain seperti Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, katanya. — Bernama |
Kemudahan untuk pelancong di Gua Bewah Posted: Kemudahan untuk pelancong di Gua Bewah25/09/2011 9:04pm KUALA TERENGGANU — Kerajaan negeri sedang mengkaji kaedah terbaik untuk memudahkan para pelancong melawat Gua Bewah Tasik Kenyir - sebuah kawasan penempatan manusia pra sejarah, di Hulu Terengganu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, salah satu daripada kaedah itu ialah membina pusat pameran terapung yang lengkap dengan tangga bergerak untuk naik ke gua berkenaan. "Pusat ini dijangka menelan belanja lebih kurang RM15 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar dan Pameran Arkeologi Terengganu bertema 'Membelah Bumi - Mencari Jati Diri' di sini hari ini. Beliau berkata Gua Bewah yang dipercayai berusia lebih 1,500 tahun mempunyai pelbagai bahan sejarah dan berpotensi menjadi daya tarikan tersendiri terutamnya kepada pelancong luar. Katanya, penemuan terbaru di gua berkenaan ialah gua dalam gua yang mempunyai artifak pra sejarah yang lebih menarik daripada Gua Bewah yang dijangka dibuka kepada orang ramai tahun depan. — Bernama |
Ejek-mengejek punca pelatih PLKN bergaduh Posted: Ejek-mengejek punca pelatih PLKN bergaduh25/09/2011 7:53pm KUALA TERENGGANU – Beberapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem PLKN di Setiu dilapor bergaduh Jumaat lepas, dipercayai berpunca dari ejek-mengejek. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata kejadian pada pukul 8 malam itu difahamkan membabitkan 10 pelatih. Akibatnya, beberapa pelatih mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada beberapa pelatih yang terlibat bagi membantu siasatan. "Ia merupakan satu insiden terpencil dan pihak pengurusan PLKN kem berjaya menyelesaikan masalah itu," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan