Kosmo Online |
Penganggur didakwa tipu RM300,000 Posted: Penganggur didakwa tipu RM300,00011/08/2011 6:57pm SHAH ALAM - Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini menipu pengurusan kapal pesiaran RM387,568 dengan membuat tuntutan menggunakan 59 tiket elektronik Malaysia Airlines palsu pada Mac lepas. Kevin Samuel, 30, dari Sarawak mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin. Samuel dituduh melakukan kesalahan itu antara 3 hingga 31 Mac lepas pada 10 pagi hingga 10 malam di atas Kapal Super Star Virgo, yang berlabuh di Glenn Cruises Terminal Pelabuhan Klang. Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan. Hakim Aslam membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes pada 22 September ini dan tarikh perbicaraan pada 28 hingga 29 Disember depan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: eticketing.my gabungkan 15 operator basBAGI yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan awam seperti kapal terbang, kereta api dan bas adalah alternatif untuk perjalanan pulang ke kampung. Namun, atas sebab tiket yang terhad dan harga yang lebih murah, akhirnya perkhidmatan bas sering menjadi pilihan utama bagi kebanyakan orang. Lagi... |
Mat rempit kena penjara sehari Posted: Mat rempit kena penjara sehari11/08/2011 6:49pm KUALA TERENGGANU - Padah menendang motosikal seorang anggota polis ketika cuba mengelak diri daripada ditahan, seorang Mat Rempit dihukum penjara sehari dan denda RM 1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Nor Azizah Mohd. Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas Zulhawani Zulkifli, 19, mengaku melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Zainal Abidin kira-kira 2.30 pagi pada 26 April lepas. Tertuduh, yang berasal dari Alor Limbat, Bukit Payong di sini didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melakukan tugas, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tiga bulan dan didenda. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspekstor V. Ravi. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan