Kosmo Online |
- Didakwa tinggalkan ular depan rumah jiran
- Lelaki Myanmar mangsa culik ditemui mati
- Kanak-kanak mati dikerat berusia 20 bulan
Didakwa tinggalkan ular depan rumah jiran Posted: Didakwa tinggalkan ular depan rumah jiran10/08/2011 6:51pm KUALA LUMPUR - Seorang pekerja am mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan dengan sengaja meninggalkan beg berisi seekor ular sawa yang masih hidup di hadapan rumah jirannya, lima hari lalu. S. William Hendrix, 22, didakwa meninggalkan beg guni berwarna putih berisi seekor ular sawa sepanjang lebih kurang sembilan kaki yang masih hidup dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain dan nyawa sendiri. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah di Blok O6-08-03 Jalan 9/118B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras pada 9.40 malam, 5 Ogos lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. William, diwakili peguam bela Wan A. Fadzil Wan Omar memohon wang jaminan RM10,000 seperti ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chew Zi Xian, dikurangkan kerana terlalu tinggi. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Lelaki Myanmar mangsa culik ditemui mati Posted: Lelaki Myanmar mangsa culik ditemui mati10/08/2011 6:22pm GEORGETOWN - Lelaki Myanmar yang dilaporkan hilang dipercayai diculik sejak dua hari lepas, ditemui mati di kawasan berbukit, Bukit Tengah, Seberang Perai awal pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun itu yang ditemui dengan kesan kelar di leher kira-kira pukul 3 pagi, adalah susulan penangkapan tiga suspek semalam. Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik elektrik dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk urusan kerja pada Isnin selepas menerima panggilan telefon kira-kira pukul 2 pagi. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Kanak-kanak mati dikerat berusia 20 bulan Posted: Kanak-kanak mati dikerat berusia 20 bulan10/08/2011 5:03pm KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama keratan mayat wanita di sebuah pangsapuri di Ampang baru-baru ini, disahkan baru berusia 20 bulan. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bukan berusia antara lima hingga enam tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau bagaimanapun berkata, polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti sebenar dan menentukan sama ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah. "Polis juga masih dalam proses menyoal siasat lapan lelaki Bangladesh yang ditahan berhubung kes itu," katanya ketika dihubungi. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan