Kosmo Online - Dunia |
- Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir
- Cadangan pencen dikaji di UK
- 'Bapa Ekstasi' meninggal dunia
Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir Posted: Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir
KAHERAH - Bekas Panglima Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi (gambar kecil) memenangi pilihan raya Presiden negara itu dengan meraih 96.9 peratus undi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya kelmarin. Pilihan raya itu berlangsung pada minggu lalu iaitu hampir setahun selepas beliau mengetuai rampasan kuasa ke atas Mohamed Morsi. Proses pengundian telah dilanjutkan tiga hari ekoran terdapat kebimbangan jumlah yang keluar mengundi dijangka rendah selain terdapat tindakan memboikot oleh kumpulan- kumpulan Islam. Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Anwar Ra- shad al-Asi semasa meng- umumkan keputusan itu berkata, sebanyak 47.45 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Presiden baharu. Anwar menyatakan, Al- Sisi memperoleh undi sebanyak 23.78 juta undi. Dalam pada itu, pencabar tunggal Al-Sisi, Hamdeen Sabbahi hanya mendapat tiga peratus undi. Di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Al-Sisi. Namun pada masa sama, Obama menggesa beliau (Al-Sisi) supaya melaksanakan pembaharuan dalam isu- isu hak kemanusiaan. "Obama akan menghubungi bekas ketua tentera itu dalam beberapa hari lagi," menurut White House dalam satu kenyataan. "Washington menaruh harapan untuk menjalin hubungan baik dengan Al-Sisi bagi membentuk kerjasama strategik," tambah kenyataan itu. Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang menentang Morsi dalam reaksinya selepas keputusan itu meminta para penderma supaya membantu Mesir. Mesir dalam pada itu menjemput Presiden Iran, Hassan Rouhani untuk hadir menghadiri majlis perasmian pelantikan Al-Sisi. - Agensi | ||
Posted: Cadangan pencen dikaji di UKRATU ELIZABETH (kiri) dan suami baginda, Putera Philip meninggalkan Dewan Pertuanan di bangunan Parlimen, London semalam. - AFP LONDON – Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan cadangan untuk melaksanakan semula skim pencen kolektif dan menyokong pelan kontroversi penggalian gas. Pengumuman itu dibuat semasa pemerintah UK, Ratu Elizabeth II membuat ucapan bagi merasmikan sesi terakhir sidang Parlimen sebelum pilihan raya berlangsung pada tahun 2015. Ucapan ratu itu merupakan kelompok terakhir undang-undang yang diusulkan oleh kerajaan campuran Parti Konservatif-Demokrat yang diketuai Perdana Menteri, David Cameron menjelang pilihan raya pada Mei tahun depan. Namun, usul tersebut cuma melibatkan 11 rang undang-undang baharu iaitu yang kedua paling rendah dalam tempoh dua dekad. Ratu Elizabeth, 88, yang memakai Mahkota Diraja dan jubah memanggil kedua-dua dewan Parlimen untuk menghadap. "Anggota-anggota Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat, kerajaan beta menerusi program legislatif akan meneruskan pelan jangka panjangnya untuk mengukuhkan ekonomi dan membina masyarakat yang lebih saksama," katanya. Pembaharuan pencen tersebut membolehkan semua pekerja termasuk swasta dan persendirian menyertai skim pencen di UK. Satu lagi usul yang diketengahkan dalam ucapan tersebut merupakan rang undang-undang menyokong proses penggalian dan pemecahan batu secara hidraulik bagi meneroka simpanan gas asli di negara itu. Sebelum ini, kaedah tersebut mendapat bantahan kerana didapati merosakkan alam semula jadi. Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Cameron juga membentangkan rang undang-undang bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan jika seseorang wakil rakyat dipenjara atau didapati bersalah melakukan kesalahan serius oleh Dewan Rakyat. Caj sebanyak 5 pence (RM0.25) untuk beg plastik akan diperkenalkan di England dalam usaha untuk mengurangkan bahan buangan. – AFP | ||
'Bapa Ekstasi' meninggal dunia Posted: 'Bapa Ekstasi' meninggal dunia
LOS ANGELES - Ahli kimia Amerika Syarikat (AS), Alexander Shulgin yang juga digelar sebagai 'Bapa Ekstasi' meninggal dunia ketika berusia 88 tahun, kata keluarganya. Dia diberi gelaran 'Bapa Ekstasi' kerana kebolehannya menukarkan sejenis bahan kimia menjadi dadah ekstasi yang kerap digunakan dalam parti-parti liar. "Shulgin menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu. Dia dikelilingi oleh keluarga dan penjaga- nya bersama alunan muzik Bud- dha," kata balunya, Ann. "Dia pergi dengan aman dan hampir tanpa sebarang pergelutan," tambah wanita itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook kelmarin. Lelaki tersebut yang tinggal di California dan mendalami ilmu kimia di Universiti Harvard serta Berkeley sebelum ini menghidap kanser hati. Shulgin mula meminati bahan kimia psikoaktif dalam tahun 1960- an. Dia menguji beratus-ratus bahan itu termasuk ubat antikemurungan, ubat perangsang syahwat dan bebe- rapa dadah perangsang lain dengan menggunakan diri sendiri dan rakan-rakannya sebagai bahan uji kaji. Pada tahun 1970-an, Shulqin mula menguji bahan kimia amfetamina MDMA yang kemudian bertukar menjadi dadah ekstasi yang sering digunakan di kelab-kelab malam. Ia membolehkan para pengunjung parti atau pengunjung kelab malam menari selama berjam-jam tanpa henti. Namun, terdapat banyak kes kematian mengejut yang dikaitkan dengan dadah ekstasi, sekali gus mencetuskan persoalan, terutamanya mengenai ketulenan dadah tersebut. Dadah perangsang itu telah pun dihasilkan pada penghujung kurun ke-19 dan dipatenkan pada tahun 1912 oleh firma farmaseutikal Merck sebelum ia diabaikan. Shulgin kemudian mencipta cara baharu untuk menghasilkan ekstasi apabila dia bekerjasama dengan seorang ahli psikologi, Leo Zeff. Zeff sendiri mengambil dadah itu dan mencadangkannya kepada beberapa rakan sekerjanya supaya menggunakan ekstasi untuk merawat pesakit mereka. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |