Rabu, 28 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perginya Sultan yang bijaksana

Posted:

Perginya Sultan yang bijaksana

Perginya Sultan yang bijaksana

Oleh SOPI SAMAILE, SHAHRUL NOOR ISHAK,
MUHAMMAD AYMAN GHAFFA dan
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

NAUNGAN diraja di bumi Darul Ridzuan dan harapan rakyat nyata terlihat kesinambungannya apabila Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuff Izzuddin Shah diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak.

Putera kedua Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah dan Yang Teramat Mulia Toh Puan Besar Hatijah Datuk Setia Wangsa Ahmad itu digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang manja dengan sanak saudaranya.

Almarhum Sultan Azlan Shah dibesarkan di Batu Gajah dan menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuff.

Sewaktu kecil, bondanya memanggil Almarhum baginda dengan nama manja, Lan. Saudara terdekat pula memanggil Almarhum dengan nama Raja Lan atau Ku Cik.

Almarhum gemar berlumba basikal selepas waktu persekolahan. Usai penat bermain hoki bersama kawan-kawan pada waktu petang, Almarhum akan pergi ke rumah sepupu atau ibu saudaranya untuk makan makanan kegemarannya iaitu kue tiau goreng.

Walaupun berketurunan raja, Almarhum dibesarkan dalam persekitaran masyarakat orang kebanyakan. Persekitaran itu memberi peluang kepada Almarhum untuk mematangkan diri melalui kehidupan di luar sangkar emas.

Almarhum Sultan Azlan Shah merupakan seorang pelajar yang aktif dan cergas sewaktu zaman persekolahan. Almarhum merupakan seorang pelari pecut acara 100 ela (91 meter), 200 ela (183 meter) dan lari berganti-ganti.

Pada tahun 1948 hingga 1950, Almarhum terpilih mewakili Pasukan Melayu Perak dan negeri Perak dalam permainan hoki. Dengan bentuk tubuh yang kecil, Almarhum bermain di posisi penyerang tengah kerana kemampuannya berlari pantas.


ALMARHUM Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Bainun semasa pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada tahun 28 April 1989.


Selain cemerlang dalam arena sukan, Almarhum juga diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pengawas untuk memimpin pelajar di Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Gajah pada tahun 1948.

Almarhum mengambil peperiksaan Senior Cambridge untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar selama setahun untuk melayakkan diri ke peringkat universiti. Ketika itu, ayahanda Almarhum telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-32 pada 31 Mac 1948.

Sewaktu menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Almarhum mengikuti kursus khas dalam dua mata pelajaran iaitu sastera Inggeris dan bahasa Latin. Kedua-dua mata pelajaran itu merupakan persediaan awal untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di England.

Sejurus tamat pengajian di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Almarhum meninggalkan tanah air pada 31 Disember 1950 untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di University of Nottingham, England.

Sewaktu pengajian, Almarhum dan sukan hoki bagai tidak dapat dipisahkan. Sultan Azlan Shah bermain hoki untuk pasukan universiti dan daerah Nottingham. Almarhum merupakan satu-satunya pemain hoki yang bukan berkulit putih menerima pingat emas ketika peringkat universiti.

Tamat pengajian

Tiga tahun bertungkus lumus, Almarhum akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ketika berusia 25 tahun. Pada bulan November 1954, Almarhum diterima masuk ke Badan Peguam Inggeris The Honourable Society of Lincoln's Inn, London setelah melalui satu ujian.

Selama empat tahun Almarhum Sultan Azlan Shah berada di luar negara, pelbagai perkara yang dipelajarinya. Melalui pergaulan dengan masyarakat Inggeris, Almarhum turut mempelajari nilai-nilai positif dalam kehidupan mereka seperti mementingkan kebersihan, menghargai masa dan ketepatan waktu.


ALMARHUM Sultan Azlan Shah bergambar bersama keluarga semasa istiadat mengangkat sumpah sebagai Paduka Seri Sultan Perak yang ke-34 pada 31 Januari 1984.


Selepas menamatkan pengajian di University of Notthingham, Almarhum Sultan Azlan Shah kembali ke tanah air dan memulakan kerjayanya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Ipoh pada tahun 1954.

Tidak sampai setahun berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Almarhum memilih untuk memasuki bidang perkhidmatan yang menepati kelulusan akademiknya iaitu bidang perundangan dan kehakiman.

Bermula saat itu, Almarhum telah bertukar ke Kuala Lumpur lalu dilantik sebagai majistret kelas pertama bermula tahun 1955 hingga 1956.

Rekod cemerlang

Kematangan dan kecekapan Almarhum Sultan Azlan Shah dalam kerjaya semakin menyerlah. Almarhum dilantik memegang jawatan penting iaitu sebagai Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur antara tahun 1962 hingga 1963.

Pada tahun 1963, Almarhum Sultan Azlan Shah dinaikkan pangkat dan bertukar jawatan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sehingga tahun 1965 dan ketika itu, Ketua Hakim Negara yang pertama ialah Tun Sir James Thomson.

Thomson melahirkan rasa kagum dengan rekod cemerlang, kebolehan dan kearifan Almarhum Sultan Azlan Shah serta yakin baginda mempunyai potensi dan peluang untuk menduduki tangga yang paling tinggi dalam institusi kehakiman.

Dengan keyakinan itulah, Thomson mencadangkan supaya Almarhum Sultan Azlan Shah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1965 ketika usia baginda 37 tahun.

Almarhum Sultan Azlan Shah terus mendaki tangga kerjaya apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1979 sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang kelima pada tahun 1982.

Setahun kemudian iaitu pada Julai 1983, Almarhum Sultan Azlan Shah telah dilantik sebagai Raja Muda Perak.

Dua tahun kemudian, selepas Sultan Idris Iskandar Shah mangkat pada 31 Januari 1984, Dewan Negara telah bersetuju melantik Almarhum yang ketika itu Raja Muda Azlan Shah sebagai Sultan Perak ke-34.

ALMARHUM Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun berangkat meninggalkan Istana Iskandariah selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir pada 6 Februari 2009.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur telah berkenan melantik baginda sebagai Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 26 April 1984.

Pada 26 April 1989 pula, Almarhum Sultan Azlan Shah dilantik sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan.

Dalam pada itu, Almarhum Sultan Azlan Shah mempunyai perawakan yang peramah dan disenangi ramai, ditambah pula dengan minatnya dalam bidang sukan menjadikan Almarhum seorang yang popular serta mempunyai ramai kenalan.

Semasa menjadi hakim, Almarhum Sultan Azlan seorang yang serius dan begitu teliti mendengar hujah-hujah yang disampaikan, manakala dalam keadaan biasa, Almarhum suka berjenaka dan mendengar cerita kawan-kawannya.

Bagi yang pernah menghadap Almarhum, mereka berasa selesa dan tenang apabila berhadapan dengan Almarhum.

Sebagai Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah merupakan ketua hal-ehwal agama Islam bagi negeri itu dan Almarhum menolak sebarang gerakan pelampau agama yang memecahbelahkan perpaduan ummah.

Almarhum mahu melihat perkembangan Islam yang sederhana, penuh toleransi dan umat Islam menjadi ikutan kepada orang bukan Islam.

Khidmat Pir Ali dukun Pakistan

Posted:

Khidmat Pir Ali dukun Pakistan

Khidmat Pir Ali dukun Pakistan

DUA lelaki berdoa di kawasan khas selepas mendapat khidmat bomoh.


SAMA ada untuk menawan cinta seseorang atau mendapatkan kenaikan pangkat, para pengamal ilmu hitam di Pakistan mendakwa mereka boleh melakukan semua perkara sekiranya dibayar dengan hati yang ikhlas.

Walaupun ada orang mengatakan, ia merupakan satu jenis penipuan, para pengamal ilmu hitam berkenaan masih berterusan menjalankan kegiatan mereka yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Hubungi kami segera untuk memastikan semua urusan anda diselesaikan ketika anda sedang duduk berehat di rumah," demikian petikan iklan muka penuh yang banyak disiarkan di beberapa akhbar di Pakistan.

Seorang pengamal ilmu itu, Pir Ali Hussain Shah, 55, mendakwa, dukun-dukun boleh membantu orang yang mempunyai masalah dalam percintaan, menundukkan majikan serta memenangi loteri.

Ujar Pir Ali, perkara tersebut berhasil dilakukan dengan menggunakan beberapa jampi mengikut cara tertentu berdasarkan petikan ayat al-Quran.

Lelaki tersebut turut mendakwa, dia melakukan pekerjaan tersebut untuk tujuan kemanusiaan dan menyediakan khidmat melalui sumbangan ikhlas daripada pelanggan.

"Orang yang gembira dengan kerja saya dan mendapat ketenangan akan kembali kepada saya dengan memberi duit. Duit itu pula saya beli makanan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan," kata Pir Ali.

Ikhlas

Dia menambah, iklan disiarkan dalam akhbar mingguan di Pakistan itu juga merupakan sumbangan daripada pelanggan yang berpuas hati selepas mendapat khidmatnya.

Menurut Pir Ali, pelanggan berkenaan meminta bantuannya selepas dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga sedangkan wanita itu bercadang mengahwini kekasihnya, seorang jejaka kacukan Inggeris-Pakistan.

"Wanita itu datang berjumpa saya dan memberitahu tujuannya. Selepas seminggu membaca jampi untuk tujuan itu, dia akhirnya dibenar oleh keluarga untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya," dakwa Pir Ali.

Bagi melakukan jampi, Pir Ali menggunakan beberapa kaedah tradisional iaitu menulis ayat al-Quran di atas kertas dan membuat lipatan tertentu sebelum diikat di leher pelanggannya seperti tangkal.

Bagi kaedah lain pula melibatkan bacaan al-Quran dan kemudian meniup ke arah air untuk diminum oleh pelanggannya.

Bagi keadaan tertentu, jampi tersebut boleh dilarutkan di dalam air untuk diberikan kepada musuh. Sebilangan pengamal ilmu hitam lain pula mensyaratkan korban ayam atau kambing hitam.


SEORANG bomoh (kiri) memberi khidmat kepada pelanggannya dari atas katil.


Amalan memberi sedekah kepada golongan memerlukan menggunakan hasil upah membuat jampi dikatakan membantu mereka mendapatkan doa yang lebih mustajab.

Bagi suri rumah, Razia Bibi, 45, dia percaya keluarganya akan mendapat kehidupan dan kesihatan yang baik sekiranya melakukan ritual ziarah terhadap lelaki yang dianggap suci, Syed Izhar Bokhari di Rawalpindi.

Beliau mendakwa telah melakukan ritual itu sejak 25 tahun lalu dan berjaya keluar daripada segala masalah.

Bertentangan

Bagaimanapun, Mufti Masjid Merah Islamabad, Tehsinullah berkata, hukum mengamalkan ilmu hitam jelas dinyatakan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW sebagai haram.

Katanya, mengamalkan ilmu hitam dan menjadikan ia sebagai jalan mendapatkan wang adalah bertentangan dengan syariah. Malah, terdapat kes-kes pengamal ilmu hitam menganiaya gadis-gadis muda.

Dalam satu kejadian pada tahun 2011, seorang pengamal ilmu hitam, Mohammad Saleem ditahan polis kerana mengadakan hubungan seks bersama pelanggan wanita berstatus isteri orang disebabkan ingin melahirkan bayi lelaki.

Akibat perbuatan itu, dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan didenda AS$100 (RM340). Namun, dia dibebaskan dua tahun kemudian selepas wanita berkenaan menarik balik kenyataannya kepada mahkamah.

Selain itu, terdapat juga beberapa kes pelanggan yang enggan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas berasa tertipu.

Pemandu teksi, Irfan Ahmed, 26, pernah meminta bantuan pengamal ilmu hitam kerana jatuh cinta terhadap seorang wanita dan berhabis wang, namun wanita itu akhirnya berkahwin dengan lelaki lain.

Dia pula enggan membuat laporan polis kerana malu manakala pihak polis pula menganggap dakwaan sedemikian sebagai remeh. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Persandingan beramai-ramai 20 pasangan mualaf

Posted:

Persandingan beramai-ramai 20 pasangan mualaf

Persandingan beramai-ramai 20 pasangan mualaf

SERAMAI 20 pasangan mualaf bergambar pada majlis persandingan beramai-ramai di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini.


Seramai 20 pasangan mualaf melangsungkan perkahwinan beramai-ramai dalam program Jalinan Kasih Walimatul Urus Mega Mualaf daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini.

Kesemua pasangan pengantin mualaf tersebut terlebih dulu diarak mengelilingi pekarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor dengan menaiki trem sebelum bersanding beramai-ramai di pelamin khas.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Abdul Rahim Salleh berkata, program julung-julung kali anjuran Majlis Agama Islam Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor itu bertujuan merapatkan lagi hubungan pasangan pengantin yang baru memasuki agama Islam.

Andrea Natalia dinobat Ratu Cantik Bidayuh 2014

Posted:

Andrea Natalia dinobat Ratu Cantik Bidayuh 2014

Andrea Natalia dinobat Ratu Cantik Bidayuh 2014


ROLAND (belakang lima dari kanan) bergambar dengan Andrea Natalia (depan tiga dari kanan) dan peserta pertandingan Dayung Pimaguh Bipasug 2014 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.


JELITAWAN. Seramai 12 jelitawan Bidayuh mengambil bahagian dalam pertandingan Dayung Pimaguh Bipasug 2014 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, pelajar jurusan muzik Kampung Budaya Sarawak, Andrea Natalia Jaed, 19, muncul juara menewaskan 11 peserta lain sekali gus membawa pulang trofi, wang tunai RM800 dan hamper.

Sementara itu, naib juara Dayung Pimaguh Bipasug dimenangi pelajar jurusan perakaunan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Leah Abigail Ricky Guing, 22, dan tempat ketiga disandang kerani perakaunan, Lenny Iku, 23.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tarat, Datuk Roland Sagah.

Black Manggis FC kalahkan KBUM Seberang Jaya

Posted:

Black Manggis FC kalahkan KBUM Seberang Jaya

Black Manggis FC kalahkan KBUM Seberang Jaya


PEMAIN pasukan Black Manggis FC (jersi hijau) dan KBUM Seberang Jaya bergambar kenangan sebelum perlawanan persahabatan di padang Loji Percetakan Utusan Melayu Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.


MENANG. Pasukan kelab bola sepak Black Manggis FC dari Kepala Batas berjaya menewaskan pasukan Kelab Bola Sepak Utusan Melayu (KBUM) Seberang Jaya dengan jaringan gol 3-2 dalam perlawanan persahabatan di padang Loji Percetakan Utusan Melayu Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengurus Black Manggis FC, Mohd. Uzir Abdullah berkata, pemain pasukannya berjaya menunjukkan aksi cemerlang terutamanya pada separuh masa pertama menerusi tiga jaringan yang disempurnakan oleh Nazri Halim, Ashraf Roslan dan Abu Hassan.

Sementara itu, ketua pasukan KBUM, Mohd Kozri Ayob berkata, perlawanan itu menjadi platform bagi mengeratkan lagi hubungan ahli kelab.

Dua gol pasukan KBUM dilakukan pemain, Mohd. Fahmi Nasharudin dan Norazanizam Abdul Aziz pada separuh masa kedua perlawanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sultan Azlan Shah mangkat

Posted:

Sultan Azlan Shah mangkat

Sultan Azlan Shah mangkat

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my

JENAZAH Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa masuk ke dalam van jenazah di IJN, Kuala Lumpur semalam.


IPOH – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 petang semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini.

Jenazah Almarhum akan dibawa ke Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Baginda yang memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984 mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Komando mati kena tembakan

Posted:

Komando mati kena tembakan

Komando mati kena tembakan

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian seorang anggota tentera komando yang mati terkena tembakan rakan setugas di Lahad Datu, Sabah semalam.


LAHAD DATU – Seorang anggota tentera komando terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas terkena tembakan dipercayai dilepaskan rakan setugas ketika mereka cuba meleraikan satu pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, mangsa Lans Koperal Mohd. Fiffixezapey Mat Hussin, 28, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu akibat mengalami kecederaan pada dada kiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Keputusan bantah nusyuz Sari Yanti September ini

Posted:

Keputusan bantah nusyuz Sari Yanti September ini

Keputusan bantah nusyuz Sari Yanti September ini

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini semalam menetapkan 8 September depan untuk membuat keputusan berhubung bantahan awal pelakon Sari Yanti Mohamad Nazari berhubung bidang kuasa mahkamah itu mendengar kes nusyuz yang difailkan suaminya, Mohd. Edy Casmady pada Mac lalu.

Nusyuz ialah wanita yang didakwa menderhaka kepada suami.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Resipi tradisi masyarakat Malaysia

Posted:

Resipi tradisi masyarakat Malaysia

Resipi tradisi masyarakat Malaysia

Oleh HAFIZ AHMAD


HELLEN (tiga dari kiri) bersama empat yang terlibat dalam penerbitan buku masakan ini iaitu (dari kiri) Mohd Shokri, Khairil Anwar, Chui Hong dan Ananthan.


KEUNIKAN Malaysia sebagai sebuah negara dengan masyarakat yang berbilang kaum turut terserlah pada kepelbagaian makanan beraneka juadahnya. Jika kaum Melayu terkenal dengan masakan rendang manakala masyarakat Cina berbangga dengan hidangan dim sum. Tidak dilupa juga kari masala oleh penduduk India.

Ia menjadi antara keistimewaan negara hingga diibaratkan syurga makanan oleh pelancong-pelancong luar yang tertarik dengan setiap hidangan gabungan kontemporari dan tradisi.

Menyedari pentingnya menjaga keaslian makanan warisan nenek moyang ini, telah memberi idea kepada Hellen Fong untuk menghasilkan sebuah buku masakan yang mengumpulkan seleksi makanan tradisional masyarakat Malaysia.

"Buku ini mengandungi menu-menu lama pelbagai kaum yang telah diberi sentuhan rasa baharu mengikut peredaran masa dan sosiobudaya moden," ujar pemilik studio masakan, At 19 Culinary itu ketika majlis pelancaran buku Lost Recipes Of Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia diusahakan bersama empat orang cef lain iaitu Mohd. Shokri Abdul Ghani, Goo Chui Hoong, Khairil Anwar Ahmad dan Ezekiel Ananthan dengan kerjasama MPH Group Publishing.

Memilih lauk-pauk masakan kampung, Mohd. Shokri memberitahu, lima menu yang terdapat dalam buku tersebut adalah mengikut resipi asal ibunya.

Antara menu masakan Mohd. Shokri ialah gulai tempoyak ikan patin, ikan pari asam pedas Melaka dan mi bandung.

BUKU masakan ini mengabadikan resepi tradisional masyarakat majmuk Malaysia.


Bagi mengekalkan keaslian setiap juadah tersebut, dia memberi penekanan kepada sukatan berbanding cara lama yang hanya mengikut naluri tukang masak.

"Jika dahulu bahan-bahan seperti garam, gula atau santan diletakkan ikut selera dan kesesuaian makanan sahaja. Tetapi, kita perlu ada standard sukatan yang tepat bagi mendapatkan rasa yang autentik," ujar Mohd. Shokri yang pernah menjadi cef peribadi kepada keluarga Raja Hussein dari Jordan.

Dia menambah, sukatan yang betul itu juga bagi memudahkan generasi baharu yang mahu mencuba makanan-makanan lama.

Buku setebal 194 muka surat itu turut memberikan informasi mengenai susur galur sejarah masakan yang menyusuri perjalanan dan perubahan makanan setiap masyarakat di Malaysia.

Setiap menu diterangkan secara terperinci selain diselitkan gambar-gambar bagi memberi pemahaman jelas kepada pembaca.

Terdapat juga tip-tip cara memasak sebagai panduan kepada mereka yang berminat dalam juadah tradisi tempatan.

Selain itu, dua cef muda dari At 19 Culinary iaitu Sandy Shiek dan Suraiya Razib berkongsi menu makanan minum petang seperti rempeyek kacang tanah, pengat nangka dan kek beras.

Ditulis dalam bahasa Inggeris, buku tersebut dijual dengan harga RM39.90 dan boleh didapati di gedung buku utama seluruh negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Medan pertempuran vokal Idola Kecil

Posted:

Medan pertempuran vokal Idola Kecil

Medan pertempuran vokal Idola Kecil



TATKALA menghampiri pintu masuk Studio Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, cuping telinga menangkap kemas riuh-rendah serta derai tawa anak remaja yang berusia belasan tahun bercanda sesama sendiri.

Gurauan Afiq, Haris, Balqis, Daniel, Azam, Puteri, Sasha dan Darling yang membelah kesunyian pada petang itu seperti menjadi peneman setia buat mereka saat menunggu giliran untuk diwawancara.

"Sudah hampir enam tahun saya bergelar sebagai anak seni. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari," tutur bekas peserta Idola Kecil musim pertama, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 17, seraya memperkenalkan diri.

Pertemuan dengan juara-juara dan bekas peserta rancangan Idola Kecil itu diaturkan bersempena dengan penglibatan mereka di dalam musim baharu program tersebut.

Membawa nama Idola Kecil Ultra, program yang telah memasuki musim ketujuh penerbitannya ini memberi peluang kepada juara-juara dan beberapa peserta Idola Kecil bertanding semula dan merebut gelaran juara antara yang terbaik.

Afiq, Harris lebar sayap

"Memang saya mahu menang," ujar Shafieq atau lebih popular dengan panggilan Afiq ketika diajukan soalan mengenai persiapannya untuk bertanding sekali lagi dalam Idola Kecil Ultra.

"Namun, saya harus berusaha dengan lebih gigih kerana para peserta yang mengambil bahagian pada kali ini adalah antara yang terbaik pernah menyertai Idola Kecil.

"Walaupun persaingan nampak agak sengit, namun saya akan menggunakan pengalaman sedia ada untuk memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu," ujar Afiq yang mula dikenali menerusi drama komedi Elly & Epit.

Ujar Afiq, walaupun sibuk menyanyi dan berlakon, dia masih menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Bagi juara Idola Kecil musim ketiga, Harris, 15, pula, penglibatannya dalam bidang muzik bukan setakat ingin dikenali sebagai penghibur sahaja. Malah, anak kelahiran Pulau Pinang ini bercita-cita tinggi mahu bergelar pensyarah muzik suatu hari nanti.

"Saya tidak tahu nasib saya sebagai penyanyi pada hari yang mendatang. Justeru, jika tidak mempunyai rezeki dalam bidang nyanyian, saya lebih selesa untuk bergelar pensyarah," ujar Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Morshidi.

Dalam perkembangan terbaharu, Harris yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia bakal muncul dengan single berjudul Akulah Pelangimu.

Peluang Balqis, Daniel

Penyandang tempat ketiga Idola Kecil musim ketiga, Nor Balqis Ahmad Tajudin, 15, mungkin tidak bernasib baik dalam merebut gelaran juara ketika menyertai program tersebut.

Namun siapa sangka, selepas empat tahun bergerak secara sendiri, anak kelahiran Terengganu ini akhirnya dilamar untuk bernaung di bawah syarikat rakaman gergasi KRU Studios.

"Segalanya bermula ketika saya diberitahu tentang sesi uji bakat yang dijalankan oleh KRU Studios pada awal tahun ini.

"Pada waktu itu, saya tidak meletakkan sebarang harapan terhadap sesi uji bakat tersebut. Apabila mendapat panggilan telefon mengenai penawaran kontrak, saya berasa begitu gembira," ujarnya yang ternyata bersedia dari segi fizikal dan mental bagi Idola Kecil Ultra.

Peserta Idola Kecil musim keenam, Ammierul Daneal Eddy Noor, 13, pula menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur sejak bulan Januari lalu.

"Saya cukup berbangga dengan pencapaian saya kerana tidak ramai yang berpeluang untuk bergelar pelajar di sekolah seperti ini," ujar Daneal atau lebih senang dikenali sebagai Dani.

Rebut juara

Sejak diterbitkan, program pencarian bakat kanak-kanak, Idola Kecil tidak pernah putus melahirkan muka-muka baharu bagi mewarnai industri hiburan tanah air.

Baik untuk bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan, program yang mula ditayangkan di TV9 pada tahun 2008 ini terus dijadikan sebagai platform bagi para pesertanya melebarkan sayap sebagai anak seni.

Namun, akui Muhammad Azzamuddin Hisham, 17, walaupun telah tersedia dikenali menerusi Idola Kecil, saingan yang sengit merupakan faktor utama mengapa usahanya untuk bergelar juara pada kali ini harus ditingkatkan.

"Saingan yang diberikan oleh rakan-rakan sungguh sengit. Justeru, jika saya tidak dipilih untuk menjuarai Idola Kecil Ultra, pengalaman ini sudah memadai untuk saya meneruskan perjuangan sebagai seorang anak seni," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Puteri Aszfaryna Khareeza Aris, 16, dan Sarah Elyssa Khairul Fahmy, 14, dorongan yang diberikan oleh keluarga menjadi kunci utama untuk mereka meneruskan perjuangan dalam pertandingan tersebut.

"Apa yang penting adalah sokongan daripada keluarga serta kepercayaan yang diberikan oleh mereka. Selebihnya, terserah pada keupayaan dan usaha diri sendiri," ujar mereka.

Menurut gadis genit dari Kedah, Darling, 14, dia bertekad untuk menjuarai Idola Kecil Ultra setelah kecundang di tangga kedua pada penganjuran musim kelima rancangan itu.

"Tidak dinafikan, para peserta yang dipanggil semula begitu berbakat. Tambahan pula, ada antara mereka yang mula bergelar penyanyi sejak tahun 2008 lagi.

"Jadi, apa yang penting adalah latihan yang mencukupi serta usaha yang berterusan," ujarnya.

Adam Corrie minta tunjuk bukti

Posted:

Adam Corrie minta tunjuk bukti

Adam Corrie minta tunjuk bukti

FIGURA ini memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007.


AKIBAT disalah anggap sebagai ahli parti Pas, pelakon dan bekas pereka tari, Adam Corrie, 45, mendakwa dirinya digam dari- pada membuat penampilan oleh stesen televisyen gergasi TV3.

Ketika ditemui baru-baru ini, Adam yang pernah mencipta nama sebagai guru tari bagi program realiti TV, Akademi Fantasia berkata, dia menyedari tentang perkara tersebut sejak tahun lepas apabila drama lakonannya, Zikir Tanpa Bibir ditolak mentah-mentah untuk disiarkan oleh stesen TV tersebut.

Selain itu, dua episod daripada sebuah program keagamaan yang bakal disiarkan tidak lama lagi turut disunting dan dirakamkan semula atas sebab yang sama.

Adam yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 melahirkan rasa kecewa kerana tindakan membuta tuli pihak TV3 menyebabkan periuk nasinya sebagai pelakon sedikit terjejas.

Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan Adam.

Kosmo!: Bilakah anda menyedari tentang perkara ini?

ADAM: Saya mula menyedari tentang hal ini tahun lalu. Pada waktu itu, saya telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam sebuah telemovie berjudul Zikir Tanpa Bibir.

Setelah telemovie tersebut siap sepenuhnya, produsernya ada berjumpa dengan pihak TV3 untuk mendapatkan hak penyiaran. Namun, sejurus selepas mereka mendengar nama saya, telemovie tersebut ditolak mentah-mentah. Mereka memberikan alasan bahawa saya merupakan ahli Pas.

Apakah reaksi anda setelah dikhabarkan tentang perkara itu?

Saya sangat terkejut. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti politik mahupun mengikuti sebarang ceramah atau perhimpunan. Saya berasa seperti difitnah.

Adakah ini merupakan kali pertama drama lakonan anda ditolak untuk disiarkan?

Tidak. Baru-baru ini, saya telah dijemput untuk menghadiri rakaman program ilmu berjudul Muhammad Ku. Namun, setelah merakamkan sebanyak dua episod, produser rancangan itu menghubungi saya dan memberitahu, khidmat saya tidak diperlukan lagi. Tambahnya, babak yang melibatkan penampilan saya telah dipotong dan digantikan dengan orang lain.

Apakah alasan produser tersebut?

Alasannya tetap sama, saya orang Pas.

Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan pihak TV3 bertindak sebegitu?

Saya pun tidak pasti. Mungkin ini adalah rentetan daripada isu gambar saya bersama Datuk Dr. Haron Din yang dimuat naik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam sebuah blog awal tahun lalu.

Apakah harapan anda terhadap isu ini?

Saya berharap agar pihak TV3 berhenti daripada memfitnah saya. Jika benar saya merupakan ahli Pas, buktikan. Saya berasa sedikit terkilan kerana ada antara selebriti yang secara terang-terangan terlibat dengan parti tersebut tetapi masih dibenarkan muncul dalam drama pada slot waktu perdana.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Saya kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Kerambit dan pada masa yang sama terlibat dalam drama bersiri Gerak Khas. - IZWAN MOHD. ISA

Tekanan ujian Ikon Siarawan

Posted:

Tekanan ujian Ikon Siarawan

Tekanan ujian Ikon Siarawan

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI


BARISAN peserta Ikon Siarawan bersaing sesama sendiri untuk merebut gelaran juara serta habuan wang berjumlah RM100,000.


TUGASAN yang diberikan dalam program realiti pencarian bakat pengacara versatil, Ikon Siarawan semakin menguji mental dan fizikal kesemua 12 finalis apabila dilihat semakin tertekan dengan ujian yang diberikan.

Hal ini jelas dilihat apabila kini hanya 10 finalis sahaja yang berjaya mengekalkan kerusi di Ikon Siarawan sepanjang tiga minggu program tersebut berlangsung.

Setiap lapangan media termasuk bidang pengacaraan, juruhebah radio dan pembaca berita diuji dalam memastikan finalis benar-benar layak bergelar Ikon Siarawan.

Menurut mentor selaku tenaga pengajar Ikon Siarawan, Shuhaimi Mohamed, pada minggu pertama tiada penyingkiran dilakukan kerana finalis kebanyakannya masih belum diuji dengan sepenuhnya.

"Kita ingin memberi masa kepada finalis untuk selesa dengan situasi dan menimba sebanyak mungkin ilmu untuk menjadikan mereka seorang personaliti televisyen yang versatil.

"Pada peringkat permulaan, kami lebih menekankan aspek komunikasi kepada pelajar. Di samping itu, kami juga memberi kebebasan kepada finalis melakukan gaya tersendiri mengikut kesesuaian cabaran yang diberikan," ujarnya usai sesi rakaman Ikon Siarawan di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Shuhaimi menambah, setakat tiga minggu berada dalam gelanggang Ikon Siarawan, perubahan dari segi personaliti dan keyakinan diri dapat dilihat dalam setiap diri finalis.

"Kesemua mereka sememangnya mempunyai potensi yang besar dalam bidang ini, namun kebanyakan mereka perlu digilap dari segi personaliti dan keyakinan diri. Alhamdulillah, perubahan mereka dapat dilihat sedikit demi sedikit.

"Bagaimanapun, saya sangat berpuas hati dengan setiap pencapaian semua finalis.

"Walaupun agak sukar untuk membimbing mereka disebabkan kebanyakan finalis tidak mempunyai asas dalam bidang pengacaraan, namun kesungguhan mereka membuatkan saya kagum," katanya.

Shuhaimi memberitahu, pada minggu pertama tiada penyingkiran berlaku, namun pada minggu kedua iaitu cabaran juruhebah radio, sebanyak dua orang finalis telah tersingkir disebabkan markah keseluruhan dan pilihan juri.

"Tiada apa yang boleh dilakukan disebabkan ia merupakan salah satu format program realiti. Walaupun kedua-dua Ikon Siarawan iaitu IS Shah dan IS Edwin mempunyai kelebihan dalam bidang juruhebah radio iaitu pernah berkhidmat di Labuan FM, namun ia belum mampu mengekal mereka berada dalam gelanggang Ikon Siarawan.

"Itulah program Ikon Siarawan, pada minggu yang akan datang cabaran dan tugasan yang akan diberikan kepada finalis semakin mencabar dan kita hanya mahu yang betul-betul layak dan berkemampuan sahaja dinobatkan sebagai juara IS," ujarnya.

Dalam pada itu, finalis yang tersingkir, Mohd. Shahreyzam Awang, 26, (IS Shah) berkata, dia telah memberikan yang terbaik sepanjang program tersebut berlangsung, namun nasib tidak menyebelahinya pada kali ini.

"Setelah mendapat tahu tersingkir, saya mengakui ada sedikit perasaan kecewa dan terkilan kerana tidak dapat berjuang bersama rakan-rakan Ikon Siarawan yang lain dan mengecapi cita-cita saya untuk menjadi seorang juruhebah radio.

"Pengalaman menjadi salah seorang juruhebah radio di Labuan FM telah digunakan sepenuhnya, Namun, nasib tidak menyebelahi saya, walaupun tersingkir saya berpuas hati kerana telah memberikan yang terbaik sepanjang tiga minggu," ujarnya.

Sementara itu, Raydwin Robin, 24, (IS Edwin) menyatakan, peluang untuk berada dalam IS merupakan salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakannya.

Banyak ilmu yang telah ditimba, terutamanya daripada personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuk pembaca berita, Norlela Mohd. Nor.

"Saya sangat bersyukur kerana kebanyakan personaliti televisyen RTM tidak kekok mencurahkan ilmu, terutamanya mengenai selok-belok dalam bidang media. Mereka juga banyak memberi petua untuk kekal lama dalam bidang yang penuh mencabar ini.

"Walaupun tersingkir pada peringkat permulaan, ia tidak mungkin mematahkan semangat saya untuk terus berkecimpung dalam bidang pengacaraan kerana sejak kecil saya bercita-cita untuk menjadi seorang juruhebah radio," katanya.

Ikon Siarawan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 untuk juara, naib juara RM50,000, tempat ketiga sebanyak RM30,000 manakala tempat keempat dan kelima pula masing-masing bakal memperoleh wang tunai RM5,000.

Program tersebut bermula pada 3 Mei lalu pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam dan disiarkan melalui saluran TV2.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved