Sabtu, 24 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Survival burung padang pasir

Posted:

Survival burung padang pasir

Survival burung padang pasir

SEBAHAGIAN daripada induk burung unta yang digunakan untuk menetaskan telur.


"WAH, banyaknya burung unta di sini," jerit satu suara kecil memecah sunyi pagi di pusat penetasan burung unta Ostrich Wonderland.

Dari jauh, kelihatan seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan lima tahun keluar dari perut bas sambil berlari-lari anak menuju ke pusat itu yang terletak di Sungai Lalang, Semenyih, Selangor.

Tidak lama kemudian, empat wanita bersama dua orang lelaki yang ikut serta dalam rombongan itu menyusul masuk ke pekarangan ladang seluas 0.6 hektar itu.

Masing-masing mempamerkan wajah teruja tatkala melihat satu-satunya spesies burung terbesar di planet Bumi.

Menurut seorang pelajar daripada Taska Al-Farabi, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, Mulhim Ammar Mohd. Mulyadi, 5, dia hampir menjerit kegembiraan sebaik ternampak lebih 80 ekor burung unta melalui tingkap bas.

"Ini kali pertama saya tengok burung unta. Sebelum ini, saya hanya melihatnya dalam televisyen.

"Apabila binatang ini ada di depan mata, saya jadi teruja. Saya juga dapat lihat dan sentuh bulu pelepahnya," katanya ceria.

Salah seorang ibu bapa yang mengiringi pelajar tersebut, Zainal Abidin Ismail, 51, berkata, pusat penetasan tersebut merupakan medium baharu yang berupaya mendedahkan kanak-kanak kepada dunia haiwan tersebut.

"Di Malaysia, burung unta hanya ada di dalam kurungan, tidak seperti di tempat asalnya yang membolehkan ia hidup bebas.

"Jadi dengan hanya membayar RM8, ia sangat berbaloi kerana bukan sahaja kita dapat melihat, malahan boleh merasai suasana di dalam kandang burung ini," katanya.


BURUNG unta akan diasingkan mengikut peringkat umur.


Habitat

Burung unta merupakan burung terbesar yang berasal dari kawasan separa gurun di Afrika.

Terkenal dengan aktiviti sukan lumba dalam kalangan masyarakat Arab, burung unta memerlukan cuaca panas kering seperti di padang pasir bagi memastikan ia dapat membesar dan menetaskan telur.

Biarpun Malaysia mempunyai perbezaan suhu yang sangat ketara dengan kawasan tersebut, namun, pengusaha Ostrich Wonderland, Teh Kok Chuan atau lebih mesra dipanggil Cassie, berani mengambil risiko dengan mengusahakan pusat penetasan burung tersebut di negara ini.

"Saya mengusahakan pusat ini sejak tahun 1997 lagi. Saya bermula dengan membeli kira-kira 97 ekor burung unta yang berusia tiga bulan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

"Pada mulanya pusat ini diusahakan di Pajam, Negeri Sembilan, namun setelah ia menetas dan membiak dengan lebih banyak, saya terpaksa mencari tapak baharu dan berpindah ke sini pada tahun 2000," katanya yang membelanjakan lebih RM200,000 untuk membeli kesemua burung tersebut.

Menurut Cassie, idea untuk mengusahakan pusat penetasan itu diperoleh daripada abangnya yang baru pulang daripada melawat sebuah pusat penternakan burung unta di Afrika Selatan.


BERAT sebiji telur burung unta kira-kira 500 gram.


Disebabkan burung unta merupakan haiwan unik dan jarang ditemui di Malaysia, Cassie mengambil keputusan untuk membuka pusat penetasan tersebut.

African Black dan Namibia Blue merupakan baka burung unta yang ditetas di pusat tersebut.

"Pada awalnya saya menghadapi pelbagai kesukaran kerana saya sendiri tidak berpengalaman dalam mengendalikan burung unta. Saya juga tidak pernah menghadiri kursus veterinar.

"Namun, saya kuatkan semangat dan banyak meluangkan masa dengan membaca bahan bacaan di internet supaya mampu mengendalikan burung unta tersebut dengan mudah," jelasnya.

Setelah 16 tahun, Cassie kini bukan sahaja mahir dalam hal-hal menguruskan burung unta, malahan mampu membaca bahasa dan gerak-geri tubuh binatang tersebut dengan hanya sekali imbas.


CENGKERANG burung boleh menahan berat sehingga 200kg.


Penetasan telur

Seperti yang diketahui umum, burung unta betina memerlukan cuaca yang sangat panas dan kering untuk mengeramkan dan menetaskan telurnya.

Namun begitu, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di negara ini, pasti ramai yang ingin tahu bagaimana binatang itu mampu menjalani proses tersebut sehingga berjaya menambah bilangannya.

Jelas Cassie, di Afrika, burung unta bertelur sepanjang tahun kecuali pada musim sejuk. Namun, di Malaysia, proses tersebut bergantung kepada keadaan suhu persekitaran.

Lazimnya, di negara ini, burung unta betina akan bertelur pada bulan Jun hingga September. Pada setiap minggu, seekor burung unta biasanya menetaskan sekurang-kurangnya tiga biji telur.

Di negara yang mempunyai cuaca panas dan kering, burung akan bertelur dan mengeramkan telurnya sendiri sehingga menetas.

Begitupun, disebabkan cuaca di Malaysia tidak menentu, Cassie mengambil pendekatan baharu bagi membolehkan telur tersebut menetas.

"Setiap kali burung bertelur, kami ambil telur-telur tersebut untuk diletakkan di dalam inkubator khas supaya ia tidak busuk dan boleh menetas.

"Jika dibiarkan di dalam kandang begitu sahaja, telur akan membusuk atau berulat sekali gus tiada anak burung yang baharu," jelasnya.

Ujar Cassie, suhu di dalam inkubator dilaraskan kepada 36 darjah Celsius dan dipantau setiap tiga jam bagi memastikan kesemua permukaan telur memperoleh suhu yang sama.


CASSIE memberi penerangan ringkas mengenai burung unta kepada rombongan pelajar daripada Taska Al-Farabi, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.


"Pada hari ke-39, telur dipindahkan ke dalam bilik penetasan sebelum anak burung berjaya menetas keluar dari cengkerangnya pada hari ke-42.

"Anak-anak burung hanya dilepaskan ke dalam kandang selepas berusia tiga hari dan ke atas," terangnya.

Jelas Cassie, "Jika di Afrika seekor burung unta betina mampu menetaskan kira-kira 60 biji telur setahun, berbeza di Malaysia, burung tersebut menghasilkan kira-kira 20 biji telur sahaja dalam setahun."

Setiap telur mempunyai berat kira-kira 500 gram dengan ketebalan kulit cengkerang yang mampu ditindih oleh objek seberat 200 kilogram (kg).

Walaupun burung unta mengalami sedikit kesukaran untuk menetaskan telur di negara ini, namun, haiwan tersebut didakwa membesar dua kali ganda lebih cepat di Malaysia berbanding negara asal.

Menurut seorang pekerja Ostrich Wonderland, Ahmad Muhaimin, perkara tersebut didorong oleh faktor makanan yang mencukupi dan mudah diperoleh.

"Di sini, mereka mendapat sumber makanan yang mencukupi berbanding kawasan padang pasir yang kering dan sukar mencari bekalan air dan rumput.

"Setiap burung unta di sini akan diberi makan dua kali sehari yang terdiri daripada 5kg daun-daun dan 2kg dedak," jelas Ahmad.

Untuk tujuan tersebut, menurut Cassie pula, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM700 setahun sebagai kos makanan bagi seekor burung.

Waspada tong air

Posted:

Waspada tong air

Waspada tong air

NASIR menunjukkan tong air tempat anaknya mati lemas.


GUSAR hati Aminah Samion, 39, apabila mendapati kelibat anak bongsu daripada sembilan adik-beradik yang dari tadi menemaninya memasak di dapur, tidak kelihatan.

Sebelum kehilangan Mohamad Syawal Firdaus yang berusia setahun sembilan bulan itu disedari, Aminah sedang memasak hidangan makan malam untuk keluarganya.

Menurut Aminah, kali terakhir dia melihat Syawal ada bersama abangnya, Indra Nasir, 4, yang ketika itu sedang bermain berdekatan dua buah tong hitam yang diletakkan di hadapan rumah mereka yang terletak di Taman Pahlawan, Teluk Panglima Garang, Selangor.

Tong tersebut digunakan oleh keluarga Aminah untuk menyimpan takungan air sejak kawasan tersebut menghadapi masalah catuan air pada Februari hingga April lalu.

Menyedari kehilangan Syawal, Aminah meminta abangnya, Indra mencari adiknya.

Beberapa minit selepas itu, Indra datang semula menemui Aminah dan memaklumkan bahawa adiknya gagal ditemui.

Bimbang kejadian buruk menimpa anaknya, Aminah lantas meninggalkan dapur masakan dan keluar sendiri mencari Syawal.

Setelah mencari di setiap penjuru rumah, Aminah akhirnya pergi ke tempat terakhir dia melihat tubuh kecil itu petang tadi.

Lemas

Namun, alangkah terperanjatnya ibu malang itu apabila melihat anaknya tertonggeng di dalam salah sebuah tong berisi air di hadapan rumah.

"Saya lihat hampir kesemua badan Syawal tenggelam di dalam tong tersebut dengan kepala di bawah manakala kaki di atas.

"Saya tergamam lantas terus menarik Syawal keluar dan memangkunya. Pada waktu itu, seluruh badan Syawal basah lencun," kata Aminah.

Ujar Aminah, saat dia mengangkat Syawal dari tong tersebut, anak bongsunya itu masih dalam keadaan sedar, namun amat tidak bermaya.

Melihat keadaan tersebut, Aminah segera membawa Syawal ke sebuah klinik sebelum Syawal dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Akibat beberapa kesulitan, Syawal kemudian dirujuk pula ke Hospital Ampang.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi keluarga tersebut apabila Syawal disahkan meninggal dunia pukul 3 pagi, Ahad lalu.

Sehari sebelum kejadian, Aminah berkata, Syawal secara tiba-tiba menangis dan menjerit sambil tangannya menunjuk ke arah tong air tersebut kepada dia dan suaminya, Nasir Abdullah, 39.

Ambil tahu

Lantaran itu, ayah mangsa terpaksa memujuknya sehingga mangsa berhenti menangis.

Jelas Aminah, mereka sekeluarga hanya mendiamkan diri dan tidak menyangka anaknya ditemui mati lemas di dalam tong tersebut.

Dalam pada itu, Pensyarah Sosiologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau pergerakan anak mereka, terutamanya anak yang berumur bawah 12 tahun.

Hal tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berulang.

"Zaman sekarang telah berubah. Dalam sekelip mata sahaja macam-macam perkara boleh berlaku.

"Jadi saya sarankan ibu bapa supaya lebih mengambil berat dan didik anak mereka sejak kecil dengan memberi pendedahan mengenai perkara-perkara berbahaya yang ada di sekeliling mereka," katanya.

Jelasnya, tindakan itu dapat mendidik anak-anak untuk menjauhi atau mengetahui baik buruk sesuatu perkara

Jelasnya, bukan sahaja golongan ibu bapa, orang ramai juga perlu sama-sama memainkan peranan dalam usaha membendung perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

"Ini antara pendekatan yang boleh dilakukan kerana saya lihat ramai orang yang tidak ambil berat apa-apa yang terjadi di sekeliling mereka.

"Jangan khuatir jika orang luar kata kita suka menjaga tepi kain orang, kerana tujuan asalkan kita bagi memastikan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan selamat," jelasnya.

Kikir gigi buang sikap buruk

Posted:

Kikir gigi buang sikap buruk

Kikir gigi buang sikap buruk


ENAM batang gigi atas termasuk taring akan dikikir rata dalam upacara menatah ini.


UPACARA mengikir gigi di Bali, Indonesia merupakan salah satu amalan yang unik dalam masyarakat Hindu. Ia turut dikenali sebagai menatah, memandes dan mesangih.

Perkataan tatah bererti pahat. Istilah menatah ini dihubungkan dengan upacara memahat gigi melibatkan enam batang gigi rahang atas iaitu empat batang gigi kacip dan dua batang gigi taring. Gigi-gigi itu masing-masing dipahat sebanyak tiga kali sebagai satu simbolik sebelum diratakan menggunakan kikir.

Istilah mesangih pula muncul daripada cara mengasah gigi dengan kikir sehingga gigi menjadi rata. Mengikut bahasa Bali, mesangih turut disebut sebagai memandes.

Dalam kepercayaan Hindu, gigi merupakan simbol nafsu, ketamakan, kemarahan, kekeliruan dan cemburu.

Tradisi ini juga melambangkan perubahan diri seorang remaja menjadi dewasa sama ada lelaki mahupun wanita.

Pendeta akan mengikir gigi menggunakan peralatan khas seperti tukul kecil dan pengikir.


GIGI merupakan simbol nafsu, ketamakan, kemarahan, kekeliruan dan cemburu dalam kepercayaan Hindu.


Kuarantin

Kesemua peralatan yang digunakan akan disucikan dulu bersama air suci sebelum tradisi ini dimulakan.

Pihak keluarga juga akan menyediakan barangan lain seperti cermin, tebu dan kelapa muda.

Pada umumnya, tradisi unik ini seringkali diadakan bersama upacara keagamaan lain seperti ngaben, iaitu upacara melibatkan api atau majlis perkahwinan.

Ia turut dilakukan bersama-sama sanak saudara yang sudah menginjak dewasa tetapi belum pernah melakukan upacara tersebut.

Mereka yang menjalani tradisi ini akan dikuarantin di dalam rumah sepanjang hari sebelum upacara berlangsung.

Ia bertujuan untuk melindungi mereka daripada pengaruh negatif kerana mereka masih dianggap belum matang sekiranya tidak menjalani upacara tersebut.

Tradisi ini selalunya diadakan sebelum matahari terbit. Selepas selesai upacara ini, seorang remaja akan dianggap sudah dewasa dan matang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Peluang cerah rampas Piala Thomas

Posted:

Peluang cerah rampas Piala Thomas

Peluang cerah rampas Piala Thomas

CHONG WEI FENG (kiri) diharap mengulangi kecemerlangannya dalam perlawanan akhir Piala Thomas di India malam ini sekali gus menjadi pengganti Lee Chong Wei (kanan) apabila dia bersara.


KUALA LUMPUR - Malaysia kini berpeluang cerah untuk mengalahkan Jepun dalam perlawanan akhir Piala Thomas di Stadium Siri Fort, New Delhi, India hari ini dengan diiringi doa 30 juta rakyat Malaysia termasuk para pemimpin negara, serta legenda dan peminat badminton.

Selepas 22 tahun dahagakan kejuaraan iaitu kali terakhir di Kuala Lumpur pada tahun 1992, tanpa disangka-sangka, Malaysia berpeluang cerah untuk menjulang trofi berprestij itu sekali lagi dan yang keenam dalam sejarah.

Pasukan negara yang menumpaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir bakal menentang pendatang baharu dalam final iaitu Jepun yang menewaskan China 3-0 pada peringkat sama kelmarin.

Barisan kemungkinan Malaysia ialah pemain perseorangan pertama Datuk Lee Chong Wei, diikuti beregu pertama Tan Boon Heong-Hoo Thien How, perseorangan kedua Chong Wei Feng, beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan perseorangan terakhir Liew Daren.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ganjaran lumayan menanti skuad

Posted:

Ganjaran lumayan menanti skuad

Ganjaran lumayan menanti skuad

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

PUTRAJAYA - Skuad badminton negara akan menerima ganjaran setimpal jika berjaya menjulang Piala Thomas pada perlawanan akhir menentang Jepun yang akan berlangsung di New Delhi, India petang ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ganjaran itu akan dimaklumkan kepada mereka setelah Piala Thomas berjaya dibawa pulang ke tanah air.

"Sudah tentu ada ganjaran. Saya akan beritahu kepada mereka terlebih dahulu sebelum anda (media) dimaklumkan," katanya.

Khairy Jamaluddin berkata demikian selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan kunjungan sempena Festival Belia Putrajaya 2014 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Coklat Cadbury ada DNA babi

Posted:

Coklat Cadbury ada DNA babi

Coklat Cadbury ada DNA babi

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


INILAH dua produk coklat jenama Cadbury yang mana sampel coklat jenis sama dikesan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan.


KUALA LUMPUR - Dua sampel produk coklat jenama Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dikesan Kementerian Kesihatan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah melakukan analisis DNA babi pada tiga sampel coklat Cadbury untuk tujuan pemantauan baru-baru ini.

"Keputusan analisis mendapati sampel Cadbury Dairy Milk Hazelnut bernombor kelompok 200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015 dikesan mengandungi DNA babi,

"Satu lagi sampel coklat iaitu Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak dikesan mengandungi DNA tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, pengeluar coklat terbabit, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan menarik balik produk-produk tersebut daripada pasaran dengan kadar segera.

"Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya," katanya.

Pengguna boleh mengemukakan sebarang soalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kuasa besar badminton dunia rebah

Posted:

Kuasa besar badminton dunia rebah

Kuasa besar badminton dunia rebah

CHONG WEI FENG muncul wira selepas menyumbang mata ketiga buat skuad negara, sekali gus mengesahkan tempat ke perlawanan akhir untuk bertemu Jepun esok.


MALAYSIA tampil dalam kelas tersendiri apabila mara ke final Kejohanan Badminton Piala Thomas selepas menumbangkan Indonesia 3-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Siri Fort, New Delhi semalam.

Mereka akan membuat perhitungan dengan Jepun dalam final di stadium yang sama esok.

Jepun melangkah ke final selepas melakar kejutan dengan menewaskan China 3-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam.

Ini merupakan kemaraan pertama skuad negara ke final sejak tahun 2002 yang menyaksikan mereka tewas kepada Indonesia pada kempen yang berlangsung di Guangzhou, China.

Aksi esok akan menjadi penampilan ke-14 Malaysia di pentas final Piala Thomas.

Daripada jumlah tersebut, Malaysia sekadar muncul juara lima kali dan tewas lapan kali.

Sejak kali terakhir menewaskan Indonesia ketika menjuarai Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur, seteru utama itu dilihat sebagai badi yang sentiasa menyekat laluan Malaysia.

Bagaimanapun, Malaysia sudah lama tidak bertemu dengan Indonesia pada kejohanan dwitahunan itu sejak kali terakhir tewas pada suku akhir di Jakarta pada tahun 2004.

Pada aksi separuh akhir semalam, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tidak berdepan masalah untuk mengutip mata pertama skuad negara.

Pemain berusia 31 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang untuk menewaskan Tommy Sugiarto 21-19, 21-13 dalam masa 52 minit.

Malaysia terus berada dalam kedudukan selesa apabila gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How membuat kejutan selepas menumbangkan beregu No. 1 dunia, Hendra Setiawan- Mohammad Ahsan 21-19, 8-21, 23-21.

Mata kemenangan Malaysia hadir menerusi perseorangan kedua, Chong Wei Feng yang sekali lagi menewaskan pemain yang mempunyai ranking lebih baik daripadanya, Dionysius Hayom Rumbaka 21-10, 21-17.

Biarpun tampil selaku pemain ke-27 dunia, Wei Feng tidak menunjukkan sebarang kesukaran untuk menumbangkan pencabar yang berada di ranking No. 19 dunia itu dalam tempoh 43 minit.

Untuk rekod, Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

Tiada padang tempat berlatih

Posted:

Tiada padang tempat berlatih

Tiada padang tempat berlatih

Laporan AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI,
MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH &
MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
sukan@kosmo.com.my

"SIAPA cepat dia dapat." Mungkin itu konsep yang dipraktikkan oleh setiap pasukan bola sepak yang bertanding pada Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Kangar, Perlis.

Bunyinya agak janggal tetapi itu hakikat yang terpaksa dihadapi setiap pasukan sebagai persiapan terakhir bagi menghadapi acara bola sepak temasya Sukma 2014 yang membuka tirai secara rasmi hari ini.

Akibat kekurangan fasiliti, kebanyakan pasukan terpaksa berkongsi dan menjalani latihan di padang yang sama, sekali gus mencetuskan suasana kurang selesa buat mereka.

Difahamkan, penggunaan padang berkonsepkan 'siapa cepat dia dapat' sehingga memaksa setiap pasukan yang bertanding perlu berkongsi satu padang dalam satu-satu masa.

Situasi itu sudah pasti mengehadkan peluang setiap pasukan untuk menjalani latihan penuh sehingga ada yang terpaksa menjalani latihan ringan sedangkan acara bola sepak dianggap 'ibu emas' dalam mana-mana temasya sukan.

"Saya beranggapan mungkin padang agak terhad di Perlis. (Namun) sekurang-kurangnya kena ada satu padang khusus dan masa ditetapkan untuk latihan kepada setiap pasukan. Ia satu perkara yang biasa dilakukan dalam mana-mana pertandingan.

"Akibat tiada padang khusus dan masa ditetapkan, ada pasukan yang hanya menjalani latihan ringan. Keadaan itu juga membuatkan ada pasukan yang tidak cukup latihan penuh .

"Apa yang saya lihat, siapa cepat pasukan itulah dapat berlatih dulu. Cuma hari ini (semalam), baru kami boleh menjalani latihan penuh.

"Namun, kami terpaksa turun ke padang seawal pukul enam pagi untuk menjalani latihan penuh," kata seorang pegawai pasukan yang enggan namanya didedahkan.

Masalah yang berlaku itu sudah pasti menjadi tamparan hebat buat tuan rumah, Perlis selepas mereka turut dipalit kontroversi apabila Pusat Akuatik yang menjadi venue acara akuatik dikatakan masih belum siap sepenuhnya.

'Jangan emosional sangat'

Posted:

'Jangan emosional sangat'

'Jangan emosional sangat'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BEKAS Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menasihatkan Tan Sri Annuar Musa agar tidak terlalu 'sensitif' atau 'emosional' menjelang Kongres FAM ke-50 pada Ahad ini.

Raja Ahmad berkata demikian sebagai respons mengenai pandangan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu dalam entri terbaharu di laman sosial Facebook semalam.

Dalam entri tersebut, Annuar mendedahkan, pendapat Raja Ahmad dilihat seperti tidak relevan dan ia sekadar kenyataan untuk menyokong Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk dilantik sebagai Presiden baharu FAM.

Bagaimanapun, Raja Ahmad sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Tengku Abdullah dan pada masa yang sama menjelaskan bahawa Annuar tidak sepatut 'terasa' dengan kenyataan tersebut.

"Saya boleh terima pandangan-pandangan negatif daripada orang lain tetapi dalam soal ini (Kongres FAM), kita sebagai orang luar tidak boleh terlalu emosional.

"Saya juga pernah digantung selama 3 tahun pada 1991 kerana mengkritik FAM (dikenakan hukuman mengikut peraturan Artikel 88) sama seperti beliau (Annuar) tetapi sepanjang tempoh pergantungan saya, saya tidak terlalu bebas berkata apa-apa mengenai persatuan.

"Saya hanya memberikan pendapat peribadi sahaja. Suka atau tidak, terpulanglah. Kita sebagai orang luar seharusnya membiarkan orang-orang baharu FAM membina rancangan sendiri.

"Tengku Abdullah memiliki pengalaman di pentas antarabangsa. Baginda adalah ahli jawatankuasa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), mewakili benua Asia. Pengiktirafan tersebut adalah berdasarkan berdasarkan kredibilitinya.

"Saya kekal dengan pandangan peribadi saya untuk menyokong Tengku Abdullah. Tidak mengapalah jika orang menganggap pendapat saya tak relevan atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Raja Ahmad turut menyatakan sokongan padu kepada calon-calon Timbalan Presiden FAM, Datuk Mokhtar Ahmad dan Datuk Seri Subahan Kamal yang dianggap sebagai calon pilihan untuk menduduki jawatan tersebut.

"Bukan perkara yang pelik jika ada dua Timbalan Presiden FAM daripada persatuan yang sama (Persatuan Bola Sepak Selangor). Kita menilai kredibiliti orang, bukan menilai dari mana persatuan itu datang.

"Jika orang baharu boleh buat kerja, mengapa tidak? Mokhtar asing dalam dunia bola sepak tempatan. Beliau memiliki pengalaman cukup luas.

"Saya percaya perwakilan akan membuat keputusan yang matang pada Kongres FAM ke-50 nanti," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera Thai tahan Yingluck

Posted:

Tentera Thai tahan Yingluck

Tentera Thai tahan Yingluck

DUA orang bergambar di depan sekumpulan askar-askar Thailand di Bangkok semalam.


BANGKOK - Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar kecil) semalam, kata seroang pegawai kanan tentera.

"Kami telah menahan Yingluck, adiknya dan adik iparnya," kata pegawai tersebut kepada agensi berita Reuters.

Dua saudara Yingluck itu telah memegang jawatan penting politik.

Beliau enggan mendedahkan lokasi Yingluck ditahan.

Bagaimanapun, media menyatakan, beliau ditahan di sebuah pangkalan tentera di wilayah Saraburi, utara Bangkok.

Askar-askar turut menahan sejumlah ahli politik dari kumpulan antikerajaan dan prokerajaan kelmarin selepas Panglima Angkatan Tentera, Prayuth Chan-O-Cha mengumumkan rampasan kuasa berlaku di negara ini.

Operasi penangkapan Yingluck itu dibuat dengan teratur.

Yingluck pada mulanya diminta untuk menghadiri satu mesyuarat.

Pihak tentera kemudian melarang bersama 154 ahli politik dan aktivis daripada meninggalkan Thailand.

Yingluck merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang merupakan seorang bilionair telekomunikasi.

Thaksin turut disingkirkan tentera daripada memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Rampasan kuasa tentera itu diumumkan kelmarin bagi menstabilkan politik selepas enam bulan Bangkok dipenuhi para penunjuk perasaan antikerajaan.

Pengumuman rampasan kuasa kali ke-12 itu dibuat oleh Prayuth dalam satu ucapan di televisyen.

Jeneral berusia 60 tahun itu berkata, angkatan tentera terpaksa bertindak untuk memulihkan kestabilan di negara rantau Asia Tenggara tersebut.

Yingluck dipecat Mahkamah Perlembagaan pada pertenga han bulan ini kerana beliau menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan.

Kuasa pentadbiran kemudian diserahkan kepada Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan sebelum rampasan kuasa dibuat. - Agensi

Kardashian rai parti bujang

Posted:

Kardashian rai parti bujang

Kardashian rai parti bujang


KARDASHIAN (dalam bulatan) makan malam bersama rakan-rakannya di Hotel Costes, Paris kelmarin.


PARIS - Selebriti televisyen terkenal, Kim Kardashian meraikan parti bujang bersama rakan-rakan wanitanya di Paris kelmarin.

Kardashian yang berusia 33 tahun berjalan di sekitar Menara Eiffel yang condong bersama adik-beradiknya dan rakan-rakannya dua hari sebelum dia berkahwin dengan penyanyi Kanye West.

Dia yang merupakan bekas model majalah bogel Playboy turut makan bersama-sama rakannya itu di Hotel Costes yang turut dihadiri adik-beradiknya yang lain iaitu Khloe, Kendall dan Kylie.

"Saya berasa sungguh bertuah. Saya berada bersama rakan-rakan terbaik di dalam dunia," kata Kardashian di laman Instagram.

Kardashian popular menerusi program realiti televisyen keluarganya.

Selebriti itu turut menyatakan makan di hotel tersebut merupakan makan malam terakhir sebelum dia berkahwin.

Gambar-gambar Kardashian itu disiarkan di laman Instagram semalam.

Rakan-rakan selebriti itu turut berhimpun di Muzium Louvre.

Majlis perkahwinan Kardashian dengan West itu akan diadakan di Kubu Forte Belvedere di Florence, Itali yang dibina pada abad ke-16.

Pasangan itu menyewa kubu itu pada harga AS$410,000 (RM449,680) untuk meraikan hari bahagia mereka.

West, 33, menjalin hubungan dengan Kardashian sejak April 2012.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat West dan ketiga untuk Kardashian.

Kardashian pernah berkahwin selama 72 hari dengan bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Kris Humphries sebelum mereka bercerai setahun lalu. - Agensi

Pukul isteri sampai mati sebab salah masak

Posted:

Pukul isteri sampai mati sebab salah masak

Pukul isteri sampai mati sebab salah masak


NOOR HUSSEIN


NEW YORK - Seorang warga Pakistan dibicarakan pada Rabu lalu selepas dia memukul isterinya sehingga mati dengan menggunakan kayu selepas dia menyediakan menu makan malam yang tidak dimintanya.

Bagaimanapun, warga Pakistan itu, Noor Hussein yang berusia 75 tahun menyifatkan dia mempunyai hak untuk melakukan perbuatan itu bagi mendisiplinkan isterinya.

Dia membunuh isterinya di apartmen mereka yang terletak di Brooklyn pada tahun 2011

Defendan meminta isterinya untuk memasak daging kambing sebaliknya isterinya berkata, dia telah menyediakan hidangan sayur-sayuran.

Tidak puas hati dengan hidangan tersebut, mereka bertengkar menyebabkan isterinya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya itu.

Ekoran itu, Hussein berang dan mengambil sebatang kayu dan memukul tangan dan mulut isterinya sehingga mangsa mati.

Peguam bela Hussein, Julie Clark berkata, suspek mengakui bersalah memukul isterinya.

Namun, Hussein memberitahu di negara asalnya, memukul isteri merupakan amalan biasa.

Penolong Peguam Negeri, Sabeeha Nadni berkata, jiran-jiran akan memberikan keterangan bahawa isteri Hussein yang berusia 66 tahun itu pernah didera oleh suaminya.

Kes itu akan disambung semula. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jakim gantung serta-merta dua produk coklat keluaran Cadbury

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine).

Kontraktor Petronas maut, kereta terhumban ke dalam parit

Posted:

Kontraktor Petronas maut, kereta terhumban ke dalam parit

Kontraktor Petronas maut, kereta terhumban ke dalam parit

24/05/2014 7:45pm

MARANG - Seorang kontraktor Petronas maut manakala kembarnya parah selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 24.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Zohan Seman berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, Zaharul Hazimi Zainudin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kembarnya Zaharul Hakimi patah paha kiri.

"Polis percaya kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan dan gagal memasuki laluan asal selepas memotong sebuah bas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Akibat itu, kereta yang dinaiki pasangan kembar terbabit berpusing dan merempuh paip air sebelum terhumban ke dalam parit, katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kembarnya turut menerima rawatan di hospital sama. - Bernama

Diskaun di restoran mamak jika Malaysia menang Piala Thomas

Posted:

Diskaun di restoran mamak jika Malaysia menang Piala Thomas

Diskaun di restoran mamak jika Malaysia menang Piala Thomas

24/05/2014 6:37pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan harga diskaun ke atas menu makanan dan minuman sekiranya Malaysia menjuarai Piala Thomas 2014 esok.

Presidennya, Noorul Hassan Sani Hameed berkata, pihaknya akan berbincang dengan lebih 6,000 ahli persatuan itu untuk memberikan pakej makanan dan minuman istimewa jika Malaysia berjaya membawa pulang piala tersebut selepas 22 tahun.

"Kami tidak membuat perancangan sebelum ini kerana kami pun tidak sangka Malaysia boleh masuk final," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tambahnya, sudah menjadi kelaziman bagi anggota persatuan itu menyediakan televisyen dan skrin besar di premis untuk pelanggan mengikuti siaran langsung acara sukan.

Mengakui sukan memupuk perpaduan masyarakat, Noorul Hassan, yang mensasarkan Malaysia menang 3-1 ke atas Jepun berkata, persekitaran muhibah dan 'boleh duduk semeja' dapat dilihat setiap kali acara sukan ditayangkan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hugh Jackman ialah Wolverine

Posted:

[unable to retrieve full-text content]AKTOR Hugh Jackman satu nama yang cukup besar di Hollywood. Semuanya bermula sejak pelakon kelahiran Australia itu memegang watak Wolverine dalam filem X-Men pada tahun 2000.

Stacy bukan Miley Cyrus

Posted:

Stacy bukan Miley Cyrus

Stacy bukan Miley Cyrus

Oleh HARYATI KARIM

STACY menyifatkan imejnya sekarang sebagai sesuatu yang segar.


TAMPIL dengan rambut pendek berwarna perang, Stacy kelihatan sungguh segar dan juga stailo pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul #1.

Jika sekali pandang, pemilik nama Stracie Angie Anam saling tidak tumpah seperti penyanyi antarabangsa Miley Cyrus. Bagaimanapun, Stacy yang ditemui pada majlis sidang akhbar menafikan dia meniru imej Miley.

Ironinya, menatap kulit album #1, Stacy memang tidak boleh lari daripada disamakan dengan Miley kerana penyanyi antarabangsa itu pernah merakam gambar dengan cara yang serupa. Cuma bezanya, Miley menggunakan tali amaran berwarna kuning manakala Stacy tali warna merah.

Mungkin Stacy bimbang disamakan dengan Miley kerana reputasi buruk dan negatif yang dibawakan penyanyi berasal dari Amerika itu. Namun, jika disamakan dari segi imej fesyen serta kejayaan kerjaya seni Miley, rasanya tidak ada apa yang perlu dibimbangkan Stacy.

Ini jawapan Stacy apabila diajukan soalan tentang meniru imej Miley: "Saya tidak meniru imej mana-mana artis yang dikaitkan dengan saya. Apabila saya memotong rambut sebegini ramai yang beranggapan saya mahu meniru Miley.

"Kalau ikutkan rambut sebegini sudah lama menjadi fesyen. Mungkin sekarang Miley dan rambut pendek tengah popular, jadi secara tidak langsung, saya dikaitkan dengan dia.

"Sebenarnya tiada apa pun yang sama. Saya cuba menampilkan konsep yang baru serta imej yang lebih segar untuk album ini."

Berbicara tentang album #1, Stacy tidak dapat berselindung terdapat kebimbangan di hatinya memandangkan harapan tinggi yang diberi peminat kepadanya.

Justeru itu, rakaman album ini mengambil masa yang agak panjang kerana Stacy inginkan kualiti dan kepuasan.

"Album ini mula dirakam pada Oktober tahun lalu. Masa yang diambil agak lama berbanding album sebelum ini kerana tidak mahu merakam album secara tergesa-gesa.

"Setiap butiran yang ada dalam ini dilakukan dengan penuh teliti. Sejujurnya, album ini membuatkan saya gementar kerana konsepnya agak berbeza. Bimbang tidak diterima peminat," katanya.

Selain lagu Hello duet bersama kumpulan Smash, lagu Gila Lah! hasil tulisan Stacy turut mendapat sambutan hangat sejak mula diputarkan di radio.

Ujarnya, itu merupakan langkah pertamanya dalam bidang penulisan lirik dan tidak menyangka pihak pengurusannya ingin menjadikan lagu itu sebagai lagu single keduanya.

"Apa yang sukar buat saya ialah menyusun ayat dengan baik. Lain daripada itu, bagi saya tidak sukar kerana saya menulis hanya mengikut hati sendiri.

"Sebab itu album ini sangat istimewa buat saya. Sepanjang menjadi penyanyi rasanya ini kali pertama saya terlibat secara langsung dalam pembikinan album," ucapnya.

Stacy yang kini berusia 24 tahun dan mula menyanyi pada usia 18 tahun menjelaskan kematangan dirinya dapat dilihat menerusi seleksi lagu yang terkandung dalam album #1.

"Peminat dapat menyaksikan perubahan kematangan diri saya sebagai penyanyi dan wanita menerusi album #1. Masih lagu yang rancak tetapi amat berbeza daripada lagu sebelum ini," luahnya tentang album yang mengandungi dua buah lagu balada itu.

Dalam pada itu, Stacy yang popular di Indonesia menerusi lagu duetnya bersama kumpulan Smash memberitahu, dia juga akan meluaskan sayap seninya di sana dalam masa terdekat.

"Lagu Hello menjadi tapak untuk saya dikenali di Indonesia. Jika tiada aral, mungkin tahun ini juga saya akan melancarkan album di sana," balasnya.

Selain Malaysia, album #1 yang mengandungi 10 buah lagu iaitu #1, Gila lah!, Jeritan, Gadis Dalam Aku, Not For Sale feat. Altimet, Lari, Patah, Paranormal, Tertanya dan Hello feat. Smash turut akan dipasarkan di Singapura, Indonesia dan juga Brunei.

Sementara itu, pada majlis pelancaran album yang berlangsung di Zouk, Kuala Lumpur, Stacy menyanyikan sebanyak lapan buah lagu.

Majlis yang berlangsung ala pertunjukan mini itu turut dihadiri oleh peminat setianya yang datang dari seluruh Malaysia selain Singapura.

Isteri suntik semangat Syamsul

Posted:

Isteri suntik semangat Syamsul

Isteri suntik semangat Syamsul

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

SYAMSUL memberitahu, kehidupannya selepas berkahwin dengan Puteri Sarah lebih tenang.


KETIKA timbul isu filem KL Gangster 2 yang ditayangkan di pawagam tahun lalu didapati bocor sebelum tarikh tayangan, pengarahnya Syamsul Yusof seperti menghilangkan diri.

Malah, semasa majlis pratonton yang diadakan oleh syarikat produksi Skop Production, anak kepada penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu juga tidak hadir.

Baru-baru ini, dalam satu majlis pratonton filem terbaharu berjudul Abang Long Fadil yang diarahkan adiknya, Syafiq, kelihatan kelibat Syamsul yang datang bersama dengan isterinya iaitu pelakon Puteri Sarah.

Berkesempatan bertemu dengan Syamsul setelah berakhirnya tayangan filem berkenaan, Syamsul lantas diserbu oleh pihak media yang ingin mengetahui perkembangan terbaharunya.

Kosmo!: Bagaimanakah keadaan anda sekarang setelah masalah yang berlaku terhadap filem KL Gangser 2 dahulu?

SYAMSUL: Sebenarnya saya sudah lama okey, cuma agak jarang pergi ke mana-mana majlis. Tidak dinafikan yang pada mulanya agak sukar menerima kejadian yang berlaku.

Kehadiran saya ke majlis pratonton ini pun kerana saya turut berlakon dan mahu memberikan sokongan kepada Syafiq selaku pengarah.

Selepas filem KL Gangster 2 ditayangkan tahun lalu, apakah projek terbaharu anda sekarang?

Saya kini sedang dalam proses untuk menerbitkan sebuah filem seram berjudul Munafik. Skrip filem ini sudah lama saya hasilkan dan mengikut perancangan ia akan memulakan penggambaran sebelum bulan puasa.

PENGARAH yang pernah mencetuskan fenomena terhadap kutipan pecah panggung bagi filem KL Gangster, Syamsul Yusof kini merancang menghasilkan sebuah filem berjudul Munafik.


Memandangkan isteri anda, Puteri Sarah juga seorang pelakon, adakah anda akan mengambil dia untuk berlakon dalam filem Munafik ini, meskipun dia pernah menyatakan mahu berhenti berlakon?

Buat masa ini saya belum membuat sebarang keputusan tentang barisan pelakon. Sama ada saya mahu ambil isteri berlakon atau tidak untuk filem berkenaan, perkara tersebut belum diputuskan lagi.

Bagaimanakah dengan kehidupan anda setelah bergelar suami?

Kehidupan saya sekarang lebih tenang dan saya bersyukur kerana hasrat mendirikan rumah tangga tercapai. Dalam setiap perkara yang terjadi, isteri banyak memberikan semangat kepada saya.

Apakah yang boleh anda katakan apabila ramai yang membandingkan anda dengan Syafiq?

Sebelum adik saya menjadi pengarah filem, orang ramai terlebih dahulu membandingkan saya dengan bapa. Bagi saya, membuat perbandingan siapa yang lebih hebat itu tidaklah penting. Sepatutnya, apa yang perlu diperhatikan ialah kelebihan yang kami miliki serta cara pengarahan yang berbeza. Syafiq ada caranya yang tersendiri sewaktu bekerja dan saya juga akan ikut cara saya ketika menghasilkan sesebuah filem.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bantu anak muda jana pendapatan

Posted:

Bantu anak muda jana pendapatan

Bantu anak muda jana pendapatan

MENIKMATI suasana pagi di homestay Marina Chalet di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands membangkitkan rasa damai dalam diri.

"Bunyi kicauan unggas dari kawasan hutan yang mengelilingi perkampungan tersebut membuatkan kita lupa dengan kesibukan dan tekanan kerja yang dialami di hutan batu di ibu negara.

"Kehijauan kebun-kebun strawberi dan sayur-sayuran yang ditanam di sekitar kampung juga membuatkan mata tidak jemu menyaksikan pemandangan indah itu.

"Ia satu pengalaman yang mengujakan buat saya dan suami yang sentiasa sibuk dengan kerjaya kami di Kuala Lumpur," kongsi Nur Fatihah Mohamad, 30, mengenai pengalamannya mendiami homestay.

Tambahnya, banyak kemudahan yang disediakan oleh pengusaha chalet tersebut termasuklah peralatan barbeku, bilik solat dan sebagainya. Namun, Nur Fatihah berharap itu bukanlah kunjungannya yang terakhir ke homestay.

Sebaik tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor pada usia 23 tahun, Khairul Hakimin Sahariman terus pulang ke kampung untuk mendirikan rumah tangga dan menetap di Kampung Desa Murni, Temerloh, Pahang.

Tidak seperti majoriti graduan lain yang berlumba-lumba mengejar pekerjaan di kota, Khairul Hakimin selesa mencari rezeki di kampung halamannya. Dia menyambung legasi perusahaan homestay dan agensi pelacongan yang dibangunkan bapanya.

Anak sulung daripada enam adik-beradik itu memegang posisi penyelaras merangkap pengerusi Homestay Desa Murni yang terdiri daripada lapan buah kampung sekitarnya.

Kini berusia 28 tahun, bapa kepada dua cahaya mata itu menyifatkan bekerja di kampung lebih mendamaikan, menjimatkan kos dan dekat dengan keluarga.

"Tapi sesetengah anak muda tak suka status tinggal di kampung. Dalam konteks homestay ini pula, ramai budak-budak kampung yang kurang berminat.


PENGALAMAN tinggal di rumah kayu beratapkan zink mampu memberi pengalaman baharu buat mereka yang menginap di homestay.


Intai peluang

"Lagipun pendapatan homestay tidaklah besar. Jadi orang muda di kampung kena bijak intai peluang lain untuk jana keuntungan tinggi setiap kali pelancong datang," saran Khairul Hakimin yang banyak memperuntukkan waktu kerjanya pada hari Sabtu dan Ahad serta musim cuti sekolah.

Di sebalik pembangunan pesat program homestay yang diwujudkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) pada tahun 1995, timbul cabaran getir dalam meyakinkan generasi kedua dan ketiga di kawasan kampung.

Khairul Hakimin antara kumpulan muda yang berjaya membuktikan keberkesanan program homestay sebagai penjana pendapatan tetap. Faktor penawaran kerja dengan gaji dan taraf hidup moden di bandar lebih menarik kepada graduan muda yang berasal dari kampung.

Penghijrahan mereka ke kota seterusnya meletakkan kelangsungan program homestay dalam kondisi membimbangkan. Sebagai galakan, pihak KPKM giat melaksanakan kursus lanjutan melibatkan ibu bapa dan anak-anak.

Fleksibiliti itu diharapkan dapat memupuk minat anak-anak muda bagi meneruskan penyertaan ibu bapa mereka dalam program homestay di kampung masing-masing.

Kini, selepas 19 tahun diimplementasi di bawah pelan pembangunan luar bandar, pulangannya kepada sektor pelancongan negara belum mencapai keuntungan besar. Begitupun peningkatan setiap tahun yang dicatatkan menggambarkan potensi tinggi yang dimiliki program homestay.

Data yang diperoleh daripada KPKM menunjukkan peningkatan 16.3 peratus jumlah pendapatan daripada RM18.5 juta pada tahun 2012 kepada RM21.5 juta pada tahun lalu. Jumlah pelancong juga bertambah sebanyak 7.9 peratus daripada 325,258 orang (2012) menjadi 350,954 orang (2013).

Jumlah yang diterima itu hasil kutipan pendapatan daripada 166 kluster homestay di seluruh Malaysia melibatkan 3,431 pengusaha atau rumah dengan bilangan bilik 4,779 buah.

Difahamkan, purata tertinggi yang pernah dicatatkan ke atas rumah yang terlibat dengan program homestay ialah sebanyak RM8,000 sebulan. Itu tidak termasuk pendapatan lain hasil daripada kerja-kerja kampung seperti berkebun dan berniaga.


MALAYSIA memiliki program homestay yang lebih terancang dan membangun.


Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri KPKM, Mohd. Daud Mohd. Arif menjelaskan, program homestay yang dijalankan Malaysia lebih kepada penawaran pengalaman berbanding produk.

Mengikut konsep asal, homestay merujuk kepada pengunjung luar bandar termasuk pelancong asing yang tinggal di rumah keluarga angkat dan mengikuti aktiviti kampung yang disediakan.

Terjejas

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini reputasi homestay sebagai pemacu pelancongan luar bandar terjejas ekoran kewujudan homestay yang tidak berdaftar. Pengusaha seperti ini menyediakan rumah untuk disewa kepada orang luar yang datang untuk bercuti atau menghadiri kenduri.

Kebanyakan mereka berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi tidak mematuhi piawaian asas sebuah rumah yang layak dipanggil homestay.

"Kami tidak mahu menutup peluang mana-mana pihak. Namun kami minta mereka yang tidak berdaftar supaya mengekalkan kualiti dan jangan gunakan nama homestay.

"Homestay gelaran khusus untuk peserta berdaftar sahaja dan mereka mempunyai logo rasmi di pintu rumah masing-masing," ujar Mohd. Daud ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya baru-baru ini.

Berdasarkan piawaian asas homestay berdaftar, setiap rumah perlu menjalani pemeriksaan meliputi kebersihan, keselamatan, bilik air, kesesuaian dan kesediaannya untuk menerima tetamu.

Syarat menubuhkan homestay juga memerlukan sekurang-kurangnya 10 buah rumah dalam satu kampung atau gabungan beberapa kampung berhampiran.

Mereka yang terlibat juga kemudiannya diwajibkan menghadiri kursus asas bagi mempelajari cara-cara penyediaan makanan, komunikasi dan pengurusan aktiviti.

Tambah Mohd. Daud, perkembangan program homestay kini lebih terarah kepada melahirkan usahawan-usahawan kampung yang berdikari dan mampu menguruskan produk pelancongan mereka tanpa bimbingan.

Justeru, sesebuah homestay perlu berdiri sebagai satu pasukan yang hebat. Pengurusan dan promosi juga perlu kreatif bagi menarik pelancong. Terdapat banyak saluran moden boleh digunakan pengusaha sebagai promosi terutamanya menerusi pembangunan laman web.

Selain peluang pendapatan, masyarakat kampung yang terlibat dengan program homestay turut mendapat pelajaran budaya dan bahasa asing secara langsung.


KEMUDAHAN bilik tidur yang selesa sering menjadi keutamaan pengusaha homestay.


Pelajar Jepun

Pasangan Sohana Dahlan, 60, dan Jamaludin Abd. Rahman, 67, yang menyertai program homestay di Kampung Desa Murni sekitar awal 1990-an memberitahu, peringkat pertama program itu hanya melibatkan pelajar-pelajar dari Jepun.

Mereka mengakui terhibur dengan kunjungan orang luar ke rumah mereka dan banyak mempelajari bahasa asas orang luar. Kongsi Jamaludin: "Kita pun bolehlah cakap bahasa Inggeris sikit-sikit. Tapi selalunya guna bahasa badan sahaja."

KPKM turut menyediakan kamus kepada pengusaha-pengusaha homestay bagi memudahkan komunikasi sesama pelancong asing. Ia disediakan dalam lima bahasa iaitu bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun dan Korea.

Sementara itu, program homestay negara ini juga bakal diimplementasi di peringkat ASEAN. Selepas melakukan perbandingan menyeluruh antara homestay di Indonesia, Filipina dan Myanmar, Malaysia memiliki program homestay yang lebih terancang dan membangun.

Malah, homestay Malaysia pernah memenangi tempat pertama Anugerah Ulysses anjuran Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) pada tahun 2012.

Justeru, kepakaran Malaysia ditagih negara-negara ASEAN bagi menetapkan standard homestay di rantau ini. Perancangan itu dikatakan telah diluluskan dan tinggal untuk dilaksanakan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved