Ahad, 18 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jihad Ismail Sabri perangi orang tengah

Posted:

Jihad Ismail Sabri perangi orang tengah

Jihad Ismail Sabri perangi orang tengah

KETEGASAN yang ditunjukkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah amat dikagumi kerana ia merupakan masalah yang sudah berakar umbi dalam sektor pertanian negara.

Angkara mainan licik orang tengah, golongan petani ditindas dan terpaksa hidup di bawah paras kemiskinan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tekad membanteras gejala tersebut bermula dengan subsektor padi dan beras pada Januari lalu. Ini diikuti subsektor perikanan pada Februari dan buah-buahan serta sayur-sayuran hujung bulan ini.

Ketokohan dan kebolehan Ismail Sabri sebenarnya sudah terserlah sejak dilantik menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada April 2009.

Beliau telah berjaya melaksanakan pelbagai program transformasi menerusi pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang membolehkan rakyat membeli barang yang berkualiti pada harga rendah.

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) pula khusus untuk golongan peniaga mengubah perniagaan mereka supaya mampu berdaya saing.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, Ahli Parlimen Bera, Pahang itu mendapat kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA). Kini telah genap setahun beliau bersama MoA.

"Sebelum menyertai MoA, saya lihat sektor pertanian tidak banyak mengalami perubahan kerana dibelenggu persepsi yang mengaitkannya dengan kemiskinan, dianggap sektor luar bandar dan tidak moden.

"Pencapaian sektor ini juga masih pada takuk lama, tidak banyak penyertaan golongan muda sebagai pelapis, teknologi dan inovasi yang masih ketinggalan berbanding negara jiran serta tiada daya saing untuk pasaran eksport.

"Jabatan dan agensi sedia ada pula masih berkisar kepada agenda yang tidak dapat menjadikan sektor ini berdaya maju kepada golongan sasar dan ekonomi negara," katanya dalam satu wawancara khas di Putrajaya baru-baru ini.


KETUA Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah (kiri sekali) bersama pegawai-pegawai kementerian mengacau dodol dan rendang pada satu majlis di kementerian tersebut di Putrajaya tahun lalu.


Banteras

Beliau membayangkan, sekiranya persepsi dan pencapaian sektor itu tidak dapat dipulihkan atau ditransformasikan maka ia boleh dilihat sebagai satu sunset industry kepada negara.

Setelah meneliti dengan mendalam dan mendapat input daripada para pegawai, Ismail Sabri mendapati punca sebenar sektor pertanian di Malaysia tidak mengalami perkembangan adalah ekoran kewujudan orang tengah.

Keperluan menjaga kepentingan golongan petani telah mencetuskan ilham kepada Ismail Sabri untuk melancarkan jihad membanteras orang tengah. Ini menunjukkan betapa seriusnya perjuangan untuk mengeluarkan nelayan, petani dan penternak daripada cengkaman lintah darat.

"Apabila sebut jihad, orang nampak sesuatu yang serius. Bukan sahaja saya sebut dalam kalangan nelayan, petani dan penternak tetapi dalam kalangan pegawai kerajaan, agensi dan kementerian, perkataan jihad membawa makna yang serius.

"Jihad Memerangi Orang Tengah ini juga bukan ditujukan untuk orang bukan Melayu atau bukan Islam kerana orang tengah ini tidak mempunyai bangsa dan agama. Sesiapa boleh menjadi orang tengah asalkan dia mengambil kesempatan menindas," kata beliau.

Menerusi kempen Jihad Memerangi Orang Tengah, beliau telah memperkenalkan lapan inisiatif iaitu peruntukan RM40 juta daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga Nasional (Tekun) bagi menyelesaikan hutang nelayan kepada orang tengah termasuk pinjaman membeli bot dan peralatan lain.

Selain itu, Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) membeli terus hasil ikan daripada nelayan dan Nekmat diberi peruntukan kecemasan sebanyak RM50,000 untuk pinjaman segera kepada nelayan.

Sebanyak 200 pusat pengumpulan dan pengedaran hasil ikan pula akan disediakan oleh Nekmat dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Bilangan pasar nelayan pula ditambah menjadi 50 buah pada tahun ini berbanding 36 buah yang telah beroperasi selain memberi tapak berniaga di pasar tani serta pasar ikan bergerak kepada nelayan.


AHMAD (dua dari kiri) yang menerajui FAMA turut bertanggungjawab memacu agensi itu memerangi orang tengah.


Dasar baharu

Beberapa dasar baharu turut diperkenalkan oleh Ismail Sabri dan MoA walaupun tidak disenangi pihak-pihak tertentu. Namun, ia perlu dilaksanakan demi masa depan negara dan kepentingan banyak pihak.

Antaranya, pengharaman penggunaan pukat tunda saiz anak mata 38 milimeter (mm) yang mula dikuatkuasakan pada November tahun lalu. Lesen pengusaha laut juga boleh dibatalkan sekiranya memajak bot kepada pengusaha Vietnam atau menggajikan nelayan asing sepenuhnya.

Dalam wawancara dengan Kosmo!, Ismail Sabri jelas tidak bersikap apologetik.

"Saya cuma menyempurnakan apa yang sudah ada dalam undang-undang tetapi tidak dapat dilaksanakan selama ini. Saya lihat langkah itu sudah menjadi keperluan mendesak demi masa depan ekosistem dan hidupan laut.

"Saya tidak akan kompromi dalam soal ini. Kita akan korbankan kepentingan golongan yang kecil itu untuk menjaga kepentingan ramai dan inilah yang menjadi prinsip saya," tegas beliau.

Selain itu, beliau turut bertanggungjawab untuk meliberalisasikan permit import bagi ayam, lembu, kambing, kopi, kobis, khinzir dan kelapa bertujuan untuk mengelak berlakunya monopoli.

Petani muda

Menyedari pentingnya penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian, Ismail Sabri turut menubuhkan Unit Agropreneur Muda bagi menarik lebih ramai golongan belia di bawah umur 40 tahun menyertai sektor itu.

Menerusi unit tersebut, MoA akan menyediakan pelbagai keperluan untuk para petani muda dari segi tanah, bengkel, pembiayaan, bimbingan dan ilmu pengurusan.

"Sasaran awal kita ialah melatih seramai 1,000 orang belia pelbagai latar belakang pendidikan menceburi bidang pertanian. Sambutan sangat menggalakkan apabila lebih 2,000 belia telah memohon untuk menyertai unit ini.


PERTANIAN tanpa orang tengah membolehkan petani mengecap pulangan berganda.


"Jelas apa yang kita laksanakan telah berjaya mengubah persepsi negatif dalam kalangan generasi muda menerusi pengenalan pertanian moden yang sesuai untuk golongan tersebut," jelasnya.

MoA turut mewujudkan Majlis Perundingan Agropreneur Muda yang dipengerusikan oleh Ismail Sabri sendiri bertujuan untuk melibatkan golongan muda dalam penggubalan dasar dan program-program pembangunan pertanian belia.

Mengenai masa depan sektor pertanian negara, Ismail Sabri menjelaskan, perubahan minda perlu berlaku dalam semua peringkat bermula daripada kementerian, agensi, pemimpin persatuan selain nelayan, petani dan penternak sendiri.

"Kita, misalnya, telah memperkenalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan ia merupakan kaedah sistematik yang baik untuk sektor pertanian.

"Namun, masih ramai petani belum mendapatkan sijil GAP kerana mereka lebih selesa dengan cara tradisional yang sebenarnya menyebabkan keluaran mereka lebih rendah berbanding jika mengamalkan sistem GAP.

"Disebabkan itu, saya perlu kerja lebih keras untuk ubah cara petani kita bekerja. Bagi menyelesaikan masalah ini, kita akan laksanakan kursus perubahan minda membabitkan pemimpin-pemimpin persatuan petani bermula tahun ini," katanya.

Ismail Sabri menegaskan, sekiranya perkara itu tidak diatasi dengan segera, ia akan menyebabkan segala perancangan yang ingin dilakukan akan mengalami kegagalan.

Harapan dan impian beliau ialah mengubah kehidupan nelayan, petani dan penternak secara holistik dan usaha mencapai sasaran tersebut memerlukan satu pendekatan yang berbeza daripada amalan sebelum ini.

Implan otak pulihkan ingatan

Posted:

Implan otak pulihkan ingatan

Implan otak pulihkan ingatan


HASIL positif ujian implan otak terhadap tikus menunjukkan kajian serupa boleh dilakukan ke atas manusia.


DALAM beberapa bulan lagi, penyelidikan rahsia tentera Amerika Syarikat (AS) bakal mengumumkan kemajuan baharu pembangunan implan otak bagi memulihkan ingatan seseorang askar yang cedera semasa perang.

Agensi Penyelidikan Projek Pertahanan Termaju (DARPA) yang bertanggunggjawab terhadap penyelidikan berkenaan mempunyai pelan empat tahun bagi membangunkan perangsang minda canggih sebagai sebahagian daripada 100 inisiatif Presiden AS, Barack Obama untuk lebih memahami otak manusia.

Bagaimanapun, sains tidak pernah melakukannya sebelum ini dan ia menimbulkan persoalan etika mengenai sama ada minda manusia harus dimanipulasi atas alasan mengelak kecederaan perang atau menguruskan penuaan otak.

Ada yang menyatakan mereka yang memperoleh manfaat daripada pembangunan implan otak tersebut adalah lima juta rakyat Amerika yang menghidap penyakit Alzheimer serta 300,000 tentera AS termasuk lelaki dan wanita yang mengalami kecederaan otak akibat trauma perang di Iraq serta Afghanistan.

"Jika anda telah tercedera ketika dalam bertugas dan tidak mampu mengingati keluarga sendiri, maka kami mahu berusaha untuk mengembalikan fungsi seumpama itu.

"Kami fikir boleh membangunkan peranti neuroprostetik (neuro palsu) yang boleh secara langsung ditempatkan antara muka hippocampus (bonjolan melengkung pada lantai ventrikel lateral otak).

"Ia akan memulihkan jenis kenangan pertama dan nyata," kata Pengurus Program DARPA, Justin Sanchez pada persidangan anjuran Pusat Kesihatan Otak di Universiti Texas, AS.

Kenangan yang nyata adalah ingatan terhadap orang, peristiwa, fakta dan angka. Bagaimanapun, belum ada penyelidikan yang pernah menunjukkan ia boleh dikembalikan jika mereka kehilangan ingatan.

Apa yang mampu dilakukan oleh penyelidik ketika ini adalah membantu mengurangkan gegaran pada pesakit Parkinson, menurunkan kadar sawan dalam kalangan epilepsi di samping meningkatkan minda kepada segelintir pesakit Alzheimer menerusi proses dikenali sebagai rangsangan dalam otak.

Idea penciptaan peranti neuroprostetik telah diilhamkan menerusi penghasilan perentak jantung (peranti kawalan degupan jantung).


KAJIAN ini juga boleh digunakan untuk merawat pesakit Alzheimer.


Pulih ingatan

Sementara nadi elektrik ke dalam otak pula akan sama seperti rentak gendang yang stabil, namun tidak semua orang sesuai menggunakannya.

Pakar memaklumkan bahawa pendekatan yang lebih nuansa (perkataan dikesan melalui nada suara) diperlukan untuk memulihkan ingatan seseorang itu.

"Ingatan adalah corak dan hubungan. Bagi kami, untuk menghasilkan ingatan prostetik, kita sebenarnya perlu mempunyai sesuatu yang dapat menyampaikan corak tertentu," jelas Profesor Universiti Wake Forest, Utara Carolina, AS, Robert Hampson yang tidak mahu mengulas secara khusus mengenai rancangan DARPA.

Penyelidikan Hampson terhadap tikus dan monyet menunjukkan bahawa neuron dalam hippocampus iaitu otak yang memproses ingatan akan mencetuskan perbezaan apabila mereka melihat merah atau biru mahupun gambar wajah berbanding jenis makanan.

Menerusi pengetahuan ini, Hampson dan rakan-rakan penyelidik telah dapat memanjangkan hayat haiwan menggunakan memori otak protestik bagi merangsangkan hippocampus.

Mereka melaksanakan ujian ke atas kelakuan monyet menggunakan memori otak tersebut dan mengelirukannya dengan memanipulasi isyarat supaya haiwan berkenaan akan memilih imej yang bertentangan dengan apa yang diingati.

Menurut Hampson, bagi memulihkan memori spesifik manusia, ahli sains perlu mengetahui corak yang tepat untuk ingatan itu.

Memori baharu

"Idea ini adalah untuk memulihkan semula fungsi otak kepada normal atau hampir normal terutamanya di bahagian pemprosesan memori otak agar seseorang itu boleh mengakses ingatan mereka. Jadi akhirnya mereka boleh membentuk ingatan baharu seperti yang diperlukan," kata Hampson.

Bagaimanapun ada kalangan ahli-ahli sains mempertikaikan kaedah ini daripada sudut etika sebagai memanipulasi ingatan seseorang.

Mereka berpendapat, mengubah memori seseorang adalah risiko kehilangan perasaan diri dan menasihatkan DARPA untuk melihatnya menerusi biologi sintetik dan bukannya neuro sains.

Potensi untuk memadam memori atau memasukkan ingatan baharu boleh mengganggu teknik tempur yang dipelajarinya atau menjadikan mereka pahlawan yang lebih ganas. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


40 jurulatih sertai kursus pemantapan

Posted:

40 jurulatih sertai kursus pemantapan

40 jurulatih sertai kursus pemantapan

SEBAHAGIAN jurulatih pusat kurikulum negeri Pahang menyertai Kursus Pemantapan Jurulatih PKSHAS di Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang baru-baru ini.


MANTAP. Seramai 40 jurulatih pusat kurikulum dari negeri Pahang menyertai Kursus Pemantapan Jurulatih Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah (PKSHAS) di Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Kursus empat hari itu dijalankan serentak dengan Perkhemahan Pendidikan Luar 1Malaysia peringkat negeri bagi kawasan Ulu Tembeling di kampung berkenaan.

Ketua Unit PKSHAS, Jabatan Pendidikan Pahang, Muhamad Sapiee Meon berkata, kursus tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu baharu dalam kalangan jurulatih.

JHEV ATM hulur bantuan kepada veteran tentera

Posted:

JHEV ATM hulur bantuan kepada veteran tentera

JHEV ATM hulur bantuan kepada veteran tentera


MOHD. NOOR (kiri) menyampaikan Cek bantuan Skim Bencana Alam bernilai RM5,000 kepada Hasan di Baling, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menghulurkan bantuan kepada seorang veteran tentera, Hasan Ahmad, 65, yang terlibat dalam kebakaran rumah di Kampung Kuala Nau, Baling, Kedah pada Mac lalu.

Akibat kejadian itu, Hasan mengalami kerugian kira-kira RM90,000.

Cek bantuan Skim Bencana Alam bernilai RM5,000 itu diserahkan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Mohd. Noor Daud kepada Hasan baru-baru ini.

Mohd. Noor berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban bekas anggota tentera yang berpangkat Lans Koperal itu.

Mention UKM anjur forum perfileman

Posted:

Mention UKM anjur forum perfileman

Mention UKM anjur forum perfileman


MEGAT (duduk dua dari kiri) dan Marina (berdiri dua dari kiri) hadir pada Forum Hala Tuju Industri Kreatif Filem di Malaysia di UKM, Bangi, Selangor baru-baru ini.


FORUM. Seramai 150 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor hadir pada Forum Hala Tuju Industri Kreatif Filem di Malaysia yang diadakan di kampus universiti itu baru-baru ini.

Program tersebut anjuran pelajar Tahun Satu Sarjana Pengurusan Komunikasi dari Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (Mention) UKM dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Penolong Pengarah Projek, Mejar Marina Harun berkata, forum berkenaan membincangkan cabaran serta perlunya hala tuju baharu industri kreatif agar berdaya saing dan terus menghasilkan filem tempatan yang bermutu.

Antara ahli panel forum berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal Finas, Dr. Megat Al Imran Yasin; pengarah bebas, Rewan Ishak dan blogger filem tempatan, Fadhli Al Akiti.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Budak lemas dalam tong hitam

Posted:

Budak lemas dalam tong hitam

Budak lemas dalam tong hitam

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

DARI KIRI: Aminah, Syawal


KUALA LANGAT - Seorang budak lelaki berusia setahun sembilan bulan yang ditemui tertonggeng di dalam sebuah daripada dua buah tong simpanan air di rumah keluarganya di Taman Pahlawan, Teluk Panglima Garang dekat sini kelmarin meninggal dunia semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 4 petang, ibu mangsa, Aminah Samion, 39, yang sedang memasak untuk makan malam buat keluarganya tiba-tiba menyedari kelibat anak bongsunya, Mohamad Syawal Firdaus tidak kelihatan di dalam rumah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4 lelaki bertopeng rompak ATM

Posted:

4 lelaki bertopeng rompak ATM

4 lelaki bertopeng rompak ATM

BESUT - Sekumpulan empat lelaki bertopeng hanya mengambil masa lima minit untuk memecah dan melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) kepunyaan Bank Rakyat Cawangan Jerteh di sini semalam.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian yang berlaku antara pukul 5.45 pagi hingga 6 pagi itu menyebabkan bank terbabit kehilangan kira-kira RM160,000 dari mesin berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tembak mati: Sepuluh lelaki dicari bantu siasatan

Posted:

Tembak mati: Sepuluh lelaki dicari bantu siasatan

Tembak mati: Sepuluh lelaki dicari bantu siasatan



KLANG - Polis menjejaki sepuluh lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki maut dan dua cedera dalam kejadian di Taman Sentosa di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, kesemua individu yang dicari berusia 25 hingga 40 tahun dan dipercayai mereka masih berada dalam negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Litar maut?

Posted:

Litar maut?

Litar maut?

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

INSIDEN maut yang membabitkan pelumba Itali, Simoncelli (terjatuh) ketika perlumbaan MotoGP GP Malaysia pada tahun 2011.


TIDAK sampai 48 jam, kemalangan maut sekali lagi berlaku pada perlumbaan Super Siri Malaysia (MSS) 2014 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Penunggang kategori Superbike bernombor 71, Milton Poh menjadi mangsa keempat yang terbunuh di litar itu selepas jentera yang ditunggangnya bergesel dengan penunggang dari Itali, Leornado Sacchetto ketika sedang keluar dari pit perlumbaan.

Pergeselan tersebut menyebabkan pelumba dari Singapura itu gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kanan litar dan merempuh tembok.

Milton dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan tidak sedarkan diri manakala Sacchetto bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan masih menerima rawatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SIC, aksi perlumbaan hari kedua terpaksa dipendekkan berikutan kemalangan yang berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam.

"Ia adalah minggu yang cukup malang buat kami (SIC), pelumba dan mangsa. Kami amat bersimpati kepada keluarga dan rakan mangsa dengan apa yang telah berlaku," ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh SIC semalam.

Pada Jumaat lalu, Amaludin Abd. Rahman maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal tersebut.

Pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di selekoh 15 litar tersebut sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada pukul 4.30 petang.

Mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B pada kejuaraan tahunan itu.

Amaludin menjadi mangsa kemalangan maut ketiga di litar tersebut yang kali terakhir berlaku pada 2011.

Pada kejuaraan sama tahun lalu, pelumba muda Muhammad Izzat Mohd. Abdul Hakim, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima hari selepas jenteranya terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan pada sesi latihan.

Pelumba MotoGP Marco Simoncelli dari Itali turut menemui ajal di litar tersebut pada 23 Oktober 2011 apabila jentera yang ditunggangnya terbabas pada ketika bersaing pada MotoGP Grand Prix Malaysia.

Pelumba yang ketika itu berusia 24 tahun, bergesel dengan penunggang Amerika Syarikat, Colin Edwards dan rakan sepasukan, Valentino Rossi di selekoh kedua.

Pada selekoh kedua, pelumba Honda itu yang berada di kedudukan keempat pada waktu kejadian, hilang kawalan di Turn 11 dan bergesel dengan kedua-dua penunggang tersebut sebelum terjatuh.

Bedah siasat mendapati Simoncelli mengalami kecederaan parah di kepala, leher dan dada akibat dilanggar daripada pergeselan tersebut.

Insiden tersebut merupakan kemalangan maut pertama yang berlaku di Litar Sepang sejak mula beroperasi pada 1999.

'Niat tidak menghalalkan cara'

Posted:

'Niat tidak menghalalkan cara'

'Niat tidak menghalalkan cara'

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

'BUKAN niat menghalalkan cara.'
Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengulas insiden terbaharu melibatkan penyokong Sarawak yang membaling bom dan membakar suar ketika perlawanan antara negeri itu dan PKNS di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching kelmarin.

Khairy percaya, keadaan tersebut mungkin ada kena mengena dengan Kongres pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan datang.

"Saya percaya ia sebagai cara dan masa mereka untuk tunjuk perasaan. Bagaimanapun, ia akan reda selepas pemilihan nanti," ulas beliau ketika selepas majlis penyampaian hadiah Perlumbaan Red Bull 2014 di Tasik Putrajaya, semalam.

Bagaimanapun Khairy menegaskan, 'niat' penyokong Sarawak itu malah penyokong negeri lain, tidak dapat menghalalkan cara yang dianggap kurang bertamadun tersebut.

Malah, beliau bersetuju supaya tindakan tegas diambil terhadap penyokong bola sepak yang membawa masuk barang bahaya ke stadium termasuk menampal gambar mereka yang membakar suar dan membaling bom ke padang di pintu masuk stadium.

"Sudah jelas tindakan membawa barang berbahaya bukan sahaja menyalahi undang-undang FAM malah, melanggar undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Kalau dapat kenal pasti mereka yang membawa bom asap atau suar ke stadium, persatuan bola sepak negeri perlu mengambil tindakan tegas untuk tidak membenarkan mereka masuk.

"Bagaimanapun, persoalan terbesar ialah, bolehkah mereka mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut walaupun FAM mampu mengambil tindakan tegas ke atas mereka?"

Tambah beliau, amalan tidak membenarkan penyokong yang membawa barang berbahaya ke stadium bukan perkara baharu malah telah lama dipraktikkan di peringkat antarabangsa termasuk di United Kingdom.

"Tindakan akan tetap diambil dan saya mahu FAM lebih tegas selepas ini," katanya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang penyokong Sarawak cedera teruk di muka dan dahi akibat dibelasah oleh sekumpulan penyokong lain.

Tidak cukup dengan insiden itu, terdapat segelintir penyokong Bujang Senang bertindak membakar suar dan membaling bom asap ke arah padang selepas tamat perlawanan.

Sathia: Perjuangan kami masih belum selesai

Posted:

Sathia: Perjuangan kami masih belum selesai

Sathia: Perjuangan kami masih belum selesai

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


NOEL (kanan) menjaringkan kedua-dua gol ATM pada aksi menentang T-Team di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.


"PEPERANGAN kami masih belum berakhir."
Demikian laungan ketua jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan terhadap tiga mata penting yang diraih hasil kemenangan 2-1 ke atas T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Kemenangan berharga itu menyaksikan The Gladiators berjaya keluar daripada zon penyingkiran liga dengan kelebihan satu mata di hadapan Selangor PKNS dan dua mata ke atas pasukan tercorot, Perak.

Sathianatan jelas gembira dengan kemenangan tersebut, namun menegaskan perjalanan mereka untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan masih lagi jauh.

"Memang kami menang semalam (kelmarin) tetapi ia masih lagi belum selamat daripada zon penyingkiran.

"Saya gembira kerana kami berjaya mendapat tiga mata yang diidamkan bagi melonjakkan kami ke tangga ke-10 liga.

"Kemenangan ini memberikan keyakinan kepada kami untuk meneruskan momentum cemerlang, tetapi saya tetap berpendapat perjuangan kami untuk kekal dalam Liga Super musim depan belum berakhir," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pengendali berusia 56 tahun itu turut memuji kesungguhan yang dipamerkan barisan pemainnya biarpun mengakui The Gladiators tidak bermain pada tahap terbaik.

Bagaimanapun, Sathianathan menyedari masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya mahu melihat ATM kembali memperagakan persembahan cemerlang seperti yang pernah mereka buktikan dua musim lalu.

"Saya memuji semangat para pemain kerana ini bukan kesebelasan terbaik yang diturunkan. Cuma satu sahaja saya kurang berpuas hati iaitu cara permainan kami semalam (kelmarin).

"Selepas mendahului 2-1, kami asyik kehilangan bola kepada pihak lawan dengan begitu mudah. Jadi, ia perlu diperbetulkan sebelum menghadapi Lions XII (aksi Liga Super) pada Sabtu depan.

"Saya anggap perlawanan dengan Lions XII nanti adalah aksi 'hidup mati' kerana jika kami tidak dapat pungut mata di sana (Stadium Jalan Besar, Singapura), kami perlu menang kesemua baki perlawanan liga," jelasnya.

Pada aksi kelmarin, tonggak import ATM, Fabrice Noel muncul wira pasukan apabila meledak dua gol pada minit ke-21 dan 34 selepas T-Team terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol daripada Patrich Wanggai seawal minit ke-13.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


NAAM bela nasib belia India

Posted:

NAAM bela nasib belia India

NAAM bela nasib belia India

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD

SARAVANAN (tiga dari kanan) komited melahirkan usahawan daripada belia India termasuk dalam sektor pertanian.


MALAYSIA ketika ini dianggarkan mempunyai kira-kira 13.7 juta golongan belia yang mampu membekalkan tenaga kerja yang memberikan impak tinggi kepada ekonomi negara.

Sayangnya, kebolehan yang dimiliki golongan itu tidak digunakan sepenuhnya hingga menyaksikan kira-kira 10.9 peratus belia berada dalam paras kemiskinan.

Punca utama situasi itu berlaku disebabkan kekurangan pengetahuan, sumber, kewangan, rangkaian dan peluang yang masih membelenggu golongan berkenaan.

Bertitik-tolak daripada masalah itu, Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM)) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2014 yang bertujuan memperkasa ekonomi belia dan beliawanis terutama daripada kaum India.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, NAAM berhasrat melahirkan kira-kira 100,000 usahawan golongan belia, khususnya kaum India, terutamanya dalam sektor pertanian untuk tempoh empat tahun dari 2014 hingga 2017.

Platform

Saravanan berkata, yayasan itu bakal menjadi platform menghubungkan golongan belia dan kerajaan dalam memperkasakan ekonomi mereka dengan fokus kepada kumpulan berpendapatan rendah.

"Dalam tempoh itu, NAAM akan berusaha meningkatkan penglibatan belia India dalam bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perusahaan bagi melahirkan masyarakat berdaya saing dan maju.

"Kumpulan sasar program ini melibatkan belia lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mereka yang berkelulusan rendah, komuniti setempat dan pekerja yang tidak memiliki sijil kemahiran.

"Tumpuan khas juga akan diberi kepada kategori belia berisiko tinggi, misalnya mereka yang keciciran dalam persekolahan," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saravanan yang juga Pengerusi NAAM menjelaskan, terdapat beberapa kaedah ditetapkan bagi mengukur pencapai yayasan tersebut seperti mencipta peluang pekerjaan, kebolehpasaran graduan India dan meningkatkan daya saing golongan itu.

Indikator lain ialah mengasimilasikan belia India ke dalam arus perdana pembangunan negara di samping membina komuniti digital.

Dalam usaha memantapkan lagi peranan yayasan itu, pihak NAAM akan mengadakan pertemuan dengan semua menteri besar dan ketua menteri bagi membincangkan beberapa kerjasama yang boleh dimainkan di peringkat negeri.

Antara agendanya termasuk usul pajakan tanah milik kerajaan negeri untuk kegunaan pertanian bagi belia kaum India.

Sebagai permulaan NAAM akan berbincang dengan enam negeri dahulu iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Melaka sebelum ke negeri-negeri lain.


PENINGKATAN penglibatan golongan belia India dalam sektor perniagaan turut menjadi agenda NAAM.


Pajak tanah

Tanah yang dipajak daripada kerajaan negeri itu akan dibahagikan kepada kawasan-kawasan yang lebih kecil untuk diusahakan oleh golongan belia yang menyertai NAAM.

Yayasan itu juga akan mengusulkan cadangan kepada kerajaan negeri yang berminat menyewakan tanah kepada petani-petani muda untuk tempoh tertentu, misalnya antara empat hingga lima tahun.

Mereka yang berumur antara 18 hingga 40 tahun boleh menjadi ahli pertubuhan belia NAAM, manakala mereka yang berusia 40 tahun ke atas digalakkan menyertai pertubuhan NAAM.

Bagi meluaskan lagi fungsinya, NAAM akan membuka pejabat cawangannya di setiap negeri pada bulan Jun ini bagi menarik lebih ramai lagi penyertaan belia India.

Menurut Saravanan, NAAM telah menerima lebih 20,000 permohonan daripada golongan belia untuk menyertai pertubuhan itu sejak ia ditubuhkan Januari lalu.

Katanya, sebagai projek perintis, seramai 5,000 peserta bakal dipilih menyertai program yang dilaksanakan oleh NAAM tahun ini.

"Usaha ini amat penting memandangkan Malaysia hanya mempunyai tujuh tahun lagi untuk mencapai status sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Disebabkan itu, NAAM harus selangkah ke hadapan bagi memastikan golongan belia tidak tercicir dalam menikmati hasil pembangunan yang dikecapi negara," ujar beliau.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai NAAM boleh mendapatkan borang di pejabat NAAM dan MIC di seluruh negara.

Nafas baharu seni reka seramik

Posted:

Nafas baharu seni reka seramik

Nafas baharu seni reka seramik

Oleh MOHD SHAZWAN YUSOP


SENIMAN muda ini bersama seramik badak sumbu.


PERKEMBANGAN seni reka seramik di negara ini sedang mengalami satu revolusi baharu ke arah lebih moden dan menarik.

Seramik merujuk kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam dan bukan organik.

Antara contoh seramik yang popular di negara kita ialah pasu, pinggan mangkuk, tembikar, batu-bata dan jubin.

Atas nama seni kontemporari, seramik telah mula digubah menjadi sesuatu yang lebih menarik dan unik.

Itulah yang dilakukan oleh Al-Khuzairi Ali, 30, salah seorang artis seramik tempatan yang sedang meningkat naik.

Menurut graduan jurusan Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, seramik mempunyai kelainan tersendiri berbanding medium lain seperti kayu dan besi.

"Saya memilih untuk berkecimpung dalam seni seramik kerana ia mempunyai keistimewaan.

"Malah, saya juga dapati medium ini masih kurang diceburi oleh artis-artis tempatan," katanya yang menjadikan artis seramik tempatan, Umibaizurah Mahirismail sebagai mentornya.

Ujar anak kelahiran Kuantan, Pahang itu lagi, kebanyakan seramik hadir dalam bentuk tradisional seperti pasu dan pinggan mangkuk.

Namun, bagi memberi nafas baharu yang lebih moden dan menarik, dia memilih untuk menghasilkan seramik dalam bentuk robot dan kerangka haiwan.

Kesemua hasil karya ini mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.

Ia bermula daripada proses pemilihan tanah liat yang sesuai sebelum dibentuk mengikut rupa yang dikehendaki. Kemudiannya, tanah liat tersebut perlu dibakar pada suhu 900 hingga 1,200 darjah celcius. Ujarnya lagi, bagi artis seramik sepertinya, istilah pecah merupakan sesuatu yang normal.


GALERI ini turut mempamerkan karya enam pelukis baharu berbakat besar.


Belajar

"Pecah merupakan perkara biasa bagi seorang artis seramik. Namun daripada kegagalan itulah kami belajar," katanya.

Al-Khuzairi merupakan salah seorang artis yang terlibat dalam pameran Remark yang sedang berlangsung di galeri Artcube, Landmark, Kuala Lumpur.

Empat karya terbaharu beliau sedang dipamerkan pada pameran yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mei itu, antaranya Rise of Machine II dan Rise of Machine III.

Sementara itu, menurut pemilik galeri Artcube, Azhar Ahmad, pameran tersebut menampilkan lima pelukis baharu berbakat besar seperti Azad Daniel, Anniketyni Madian, Azrin Mohd. Daud Rahim, Dhavinder Singh dan Al-Khuzairi.

"Pameran ini khusus untuk pelukis baharu yang sedang meningkat naik serta menggunakan teknik serta medium yang berlainan dalam menghasilkan karya seperti seramik, warna pensil, ukiran dan cetakan tiga dimensi.

"Walaupun mereka masih baharu, namun di sini kita boleh lihat kebanyakan karya yang dihasilkan adalah bertaraf dunia," katanya.

Tambah Azhar lagi, dia berharap kesemua karya tersebut dapat dijual sebelum 31 Mei.

Ujarnya, setakat ini beberapa karya telah dibeli oleh beberapa orang pengumpul walaupun pameran itu masih belum dibuka secara rasmi.

Orang ramai yang berminat untuk melihat atau membeli karya-karya seni bermutu tinggi dari pelukis muda tempatan ini bolehlah berkunjung ke galeri tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pusat penamaan calon PRK Teluk Intan dibuka 9 pagi esok

Posted:

Pusat penamaan calon PRK Teluk Intan dibuka 9 pagi esok

Pusat penamaan calon PRK Teluk Intan dibuka 9 pagi esok

18/05/2014 9:33pm

TELUK INTAN - Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini akan dibuka pukul 9 pagi esok.

Polis menasihati orang ramai yang menggunakan Jalan Changkat Jong supaya keluar awal atau mencari jalan alternatif memandangkan kawasan itu akan sesak berikutan jumlah penyokong calon yang dijangka hadir esok agak ramai.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei ini.

PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Leong Peng menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. - Bernama

Kurangkan guna racun rumpai, elak cemar alam sekitar - Ismail Sabri

Posted:

Kurangkan guna racun rumpai, elak cemar alam sekitar - Ismail Sabri

Kurangkan guna racun rumpai, elak cemar alam sekitar - Ismail Sabri

18/05/2014 9:27pm

BERA - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meminta orang ramai mengurangkan penggunaan racun rumpai bagi mengelakkan pencemaran yang akan menjejaskan alam sekitar, terutama ketika musim panas ini.

Beliau berkata, penggunaan racun rumpai yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan pokok atau tanaman musnah, malah boleh menjejaskan kesihatan.

"Rakyat perlu peka, prihatin serta bertanggungjawab kepada setiap hidupan termasuk tanaman dan pokok dengan penjagaan yang terancang agar keceriaan dan kebersihan persekitaran terpelihara," katanya ketika merasmikan program penanaman semula pokok balak di Hutan Simpan Cini Bukit Tetangga dekat sini hari ini.

Sebanyak 5,000 pokok balak pelbagai jenis ditanam dalam usaha mengekalkan pokok balak yang bernilai tinggi.

Program itu dianjur secara bersama oleh Jabatan Perhutanan Pahang dan Persatuan Pencinta Alam Sekitar yang turut disertai 300 pelajar, badan bukan kerajaan dan penduduk setempat. - Bernama

Nelayan warga Thailand berenang tujuh jam selepas terjatuh dari bot

Posted:

Nelayan warga Thailand berenang tujuh jam selepas terjatuh dari bot

Nelayan warga Thailand berenang tujuh jam selepas terjatuh dari bot

18/05/2014 9:21pm

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan warga Thailand terpaksa berenang selama tujuh jam sebelum diselamatkan pekerja sebuah pelantar minyak selepas terjatuh dari bot dalam kejadian awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Tok Saphon Samechit, 32, kemudian diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kata Ketua Penguat kuasa Maritim Malaysia Daerah Maritim Kuala Terengganu, Kepten G. Xavier Thevadas kepada pemberita dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai terjatuh pada pukul 4 pagi ketika mahu membuang air kecil dan tidak disedari oleh rakan-rakan lain, namun bernasib baik dapat berpaut pada sebiji tong.

"Mangsa melihat cahaya dari pelantar minyak tersebut dan berenang selama tujuh jam menuju pelantar berkenaan sambil menjerit meminta tolong dan tertidur akibat keletihan, sebelum petugas pelantar minyak itu menemui mangsa dalam keadaan lemah pukul 4.15 petang semalam," katanya.

Tambahnya, pihaknya menerima maklumat pada pukul 6 petang semalam dan menghantar sebuah kapal yang tiba di pelantar minyak berkedudukan 72 batu nautika dari arah timur laut Kuala Terengganu itu pada pukul 3.10 pagi tadi.

Mangsa dibawa balik ke Jeti Maritim Malaysia di sini dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan.

"Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

"Mangsa akan ditahan reman selama 14 hari di lokap Maritim Malaysia Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Menteri Pertahanan Laos terbunuh dalam nahas pesawat

Posted:

Menteri Pertahanan Laos terbunuh dalam nahas pesawat

Menteri Pertahanan Laos terbunuh dalam nahas pesawat

DUA anggota tentera memeriksa serpihan bangkai pesawat tentera Laos yang terhempas di wilayah Xiang Khouang, utara negara itu semalam. - REUTERS


BANGKOK - Sebuah pesawat tentera Laos terhempas semalam dengan menyebabkan lima pegawai kanan termasuk Menteri Pertahanan negara komunis itu terbunuh, kata pihak berkuasa Thailand.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Laos, Sek Wannamethee berkata, semasa kejadian, kira-kira 20 orang berada di dalam pesawat tersebut termasuk Menteri Pertahanan, Douangchay Phichit, Gabenor Vientiane, Dr. Sombath Yialiher dan beberapa pegawai kanan lain.

Pesawat itu terhempas dekat Kampung Nadee, dalam wilayah Xiang Khouang di utara Laos.

"Kami menerima maklumat mengenai insiden ini daripada Kedutaan Thai di Laos," katanya.


PHICHIT


Agensi berita rasmi Laos, KPL mengesahkan kemalangan tersebut. Menurutnya, ia melibatkan sebuah pesawat buatan Ukraine, Antonov AN- 74TK-300 milik tentera udara Laos tetapi tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai para penumpang atau pun angka kematian.

"Tumpuan pihak berkuasa kini adalah untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih hidup," menurut agensi berita berkenaan.

"Punca insiden itu masih disiasat," tambahnya.

Semua pegawai berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis rasmi di wilayah Xiangkhouang, timur laut Laos. - AFP

Buku dakwa MH370 boleh dikesan

Posted:

Buku dakwa MH370 boleh dikesan

Buku dakwa MH370 boleh dikesan


SEBUAH kapal Australia yang digunakan untuk mencari MH370, Ocean Shield berlabuh di pangkalan tentera laut Sterling di selatan Perth pada 10 Mei lalu. - REUTERS


LONDON - Penerbangan Malaysia MH370 berkemungkinan besar boleh ditemui jika pihak pengurusan membayar cuma £6 (RM32) untuk menaik taraf perisian pengesanan pesawatnya, menurut satu buku baharu seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mail kelmarin.

Pencarian pesawat jenis Boeing 777-200ER yang hilang itu merupakan usaha paling meluas dan mahal dalam sejarah penerbangan dunia.

Pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 orang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu apabila ia hilang.

Operasi mencari sehingga kini tertumpu di Lautan Hindi, barat Perth tetapi gagal menemui bangkai pesawat tersebut.

Namun, menurut buku baharu berjudul Flight MH370: The Mystery, pesawat itu boleh dikesan jika syarikat Malaysia berkenaan membayar kos naik taraf £6 untuk setiap penerbangan.

Buku tulisan penulis Amerika Syarikat, Nigel Cawthorne itu menyatakan, MH370 memiliki pakej data yang hanya menghantar maklumat penerbangan paling asas. Justeru, pihak berkuasa tidak dapat menggunakan sistem pengesanan global (GPS) untuk menentukan lokasinya.

"Beserta beberapa syarikat penerbangan lain, MAS memilih pakej data murah untuk pesawatnya yang hanya menghantar maklumat minimum berbanding membayar sedikit caj tambahan untuk mendapatkan data penerbangan lebih terperinci," menurut penerbitan tersebut.

Penerbitan baharu itu yang membincangkan semua teori kehilangan MH370 turut mendedahkan tentang satu kenyataan berhubung naik taraf perisian penerbangan itu yang diperoleh akhbar Daily Telegraph.

"Untuk bayaran tersebut, anda boleh mengetahui di mana pesawat tersebut berada dalam masa setengah jam," kata satu sumber kepada Daily Telegraph.

Dalam pada itu, baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar sistem pengesanan pesawat dilakukan secara masa sebenar selain sistem komunikasi dalam penerbangan ditingkatkan bagi mengelakkan tragedi MH370 daripada berulang. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Primadona muda kesayangan Hollywood

Posted:

Primadona muda kesayangan Hollywood

Primadona muda kesayangan Hollywood

DIA masih muda, jelita dan berjaya. Dialah Jennifer Lawrence, buah hati Hollywood yang telah menembusi peta filem dunia menerusi judul-judul box-office dan trofi gah Oscar yang sudah dua kali jatuh ke genggamannya.

Pada usia 23 tahun, aktres kelahiran Kentucky, Amerika Syarikat ini memiliki segala-galanya. Dia menjadi artis berprofil tinggi namun, Jennifer yang kini dimanjai dengan panggilan J. Law itu mudah dirundung dilema.

Gelaran Wanita Paling Seksi di Dunia hasil pengiktirafan majalah terkemuka, FHM tidak menjadikan bintang yang terkenal menerusi karakter Katniss dalam The Hunger Games itu mudah lupa diri. Dia sedar suatu masa nanti penonton akan bosan dengannya. Baginya, populariti tidak akan kekal selama-lamanya.

"Saya percaya, tidak ada orang akan kekal disayangi dan disenangi. Saya mahu tunggu dan lihat. Lama-lama nanti, khalayak akan muak dengan saya," katanya.

"Saya berasal dari Kentucky dan sepatutnya menjadi seorang yang peramah serta selesa bertentang mata dengan khalayak.

"Tetapi, sekarang saya banyak menundukkan wajah, contohnya semasa sedang menikmati makan malam, apabila seorang demi seorang datang meminta untuk merakamkan gambar bersama saya, saya rasa terganggu.

"Pada ketika itu, saya mula merasakan tidak boleh berterusan mendepani situasi begitu," katanya semasa ditemu bual secara eksklusif untuk terbitan majalah Marie Claire keluaran Jun.

Tidak lahir di kota metropolitan, gadis dari Louisville itu meraih tajuk utama dunia apabila dilaungkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Academy ke-85 menerusi filem Silver Linings Playbook. Pada usia 22 tahun, dia menewaskan pelakon yang lebih senior seperti Jessica Chastain yang bertanding atas tiket filem Zero Dark Thirty, Emmanuelle Riva (Amour) dan Naomi Watts (The Impossible).

Kali pertama terjatuh akibat memakai gaun yang dikatakan terlalu berat, kemunculan Jennifer pada Anugerah Academy ke-87 sekali menarik perhatian dunia. Bukan sahaja atas pencalonan dan kemenangannya sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, tetapi kerana dia terjatuh lagi.

TIDAK pernah mendapat pendidikan formal dalam seni lakonan, Jennifer Lawrence asalnya cuma anak seorang pengurus kem kanak-kanak, manakala bapanya bekerja di tapak pembinaan.


Selepas jatuh ketika hendak naik ke pentas, dia tersembam dan memalukan diri lagi di karpet merah pada sebuah acara paling berprestij di dunia!

"Rasanya, saya sudah mula menjengkelkan semua orang. Saya jadi begitu kerana banyak mengambil minuman keras," katanya mengingati peristiwa jatuh dan tersembam di hadapan media semasa hendak melangkah masuk ke dewan berlangsungnya majlis itu Februari lalu.

Ada yang mengatakan, insiden itu dirancang oleh Jennifer supaya kisahnya menjadi lebih dramatik memandang dia antara yang diramal menang.

"Saya telah cuba melakukan apa yang terbaik seperti melambaikan tangan kepada peminat, cuba lebih mesra tetapi di situ saya terlanggar sesuatu. Saya ketawa tapi dalam hati (menyumpah).

"Orang fikir itu satu lakonan, tapi kalau saya mahu berlakon terjatuh, saya sudah lakukannya ketika Anugerah Golden Globe lagi. Saya takkan buat perkara yang sama pada acara yang sama. Saya pengikut setia siri Homeland, jadi saya lebih bijak dalam soal merancang," katanya.

Wanita paling seksi

Jujur, kelakar, sedikit kurang sopan tetapi masih seorang yang sederhana, atas sebab itu juga dia disenangi. Jennifer pernah membuat pengakuan bahawa dia seorang gadis tidak tahu apa-apa tentang fesyen atau peka dalam soal pemakanan. Dia tidak kisah menjadi terlalu kurus kerana risaukan bentuk tubuhnya yang sedikit berisi.

"Saya jenis orang yang makan apa saja. Saya juga ada kawan-kawan perempuan seperti saya, yang tidak tahu pasal fesyen dan makan tanpa perlu bimbangkan berat badan," katanya.

Mungkin itu penyebab peminat mengundi J. Law sebagai wanita paling seksi di dunia.

Bermula di tangga ke-74 pada tahun 2012, kemudian memanjat tangga ke-20 (2013), undian menjadikan aktres American Hustle itu sebagai Wanita Paling Seksi di Dunia menerusi majalah FHM awal Mei baru-baru ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Jennifer mengatasi penyandang gelaran itu untuk tahun 2013, Mila Kunis yang jatuh ke anak tangga keenam.

"Dia bukan sahaja artis yang paling diburu ketika ini, rasanya semua lelaki pun sudah jatuh cinta terhadap tarikan luar biasanya," komen pengarang FHM 100 Sexiest, Dan Jude atas pengumuman J. Law.

Jennifer percaya, menjadi seksi tidak semestinya sentiasa mengenakan solekan tebal, rambut yang hebat atau memiliki lekuk tubuh yang menawan.

"Seksi itu tentang keyakinan diri, selesa dengan diri sendiri, sentiasa tersenyum dan hidup gembira," lentur Jennifer yang membesar bersama dua orang abangnya.

Biarpun berbesar hati dengan pilihan peminat, bintang yang bakal kembali dengan karakter Mystique, si mutan yang boleh bertukar rupa itu masih menganggap gelaran 'terseksi di dunia' sebagai satu penipuan besar. Menumbangkan nama-nama diva seperti Rihanna, Beyonce, Taylor Swift dan Kaley Cuoco, dianggapnya tidak masuk akal.

SEBELUM memasuki dunia hiburan, Jennifer membuktikan dia pelajar pintar dengan memperoleh keputusan cemerlang dengan purata gred 3.9. Dia berjaya menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi dua tahun lebih awal semata-mata mahu menjadi pelakon.


"Saya tahu, kebenarannya ialah Beyonce tetap seorang ratu di dunia ini," katanya.

Berada di ranking nombor satu sebagai wanita paling seksi membuatkan pelakon-pelakon filem X-Men: Days of Future Past yang lain turut bangga dengan kehebatan si mutan biru itu.

Shawn Ashmore yang melakonkan watak Bobby atau Iceman mengungkapkan, J. Law layak berada di ranking pertama dunia kerana dia seorang yang mengagumkan, berbakat, seksi, cantik dan kelakar.

Sementara bintang utama X-Men, Hugh Jackman sempat memuji Jennifer sebagai wanita muda yang luar biasa manakala Michael Fassbender (Erik Lehnsherr) menyifatkan gelaran itu sebagai satu penghargaan yang menyuntik nilai sempurna kepada penampilan, dan kemampuan bakat Jennifer.

Tidak layan kekasih

Usai memenangi trofi kedua Oscarnya, J. Law diberitahu akan bercuti selama setahun, namun sehingga hari ini aktres yang memuncak popular dengan karakter Katniss menerusi francais The Hunger Games itu masih sibuk dengan penggambaran.

Gara-gara perlu meneruskan penggambaran The Hunger Games: Mockingjay Parts 1 dan 2 di Paris, Jennifer tidak dapat menghadiri tayangan perdana filem X-Men: Days of Future Past di United Kingdom minggu lepas.

Sesuatu yang menarik, francais X-Men juga menjadi lokasi berputiknya cinta Jennifer bersama kekasihnya, Nicholas Hoult. Nicholas melakonkan watak Dr. Hank McCoy atau Beast dalam filem itu.

Percintaan Jennifer dan aktor Britain itu sebenarnya sudah terjalin sejak penggambaran filem X-Men: First Class pada tahun 2011. Sehingga hari ini, J. Law dan Hoult kelihatan masih mengekalkan sebuah perhubungan yang sering terpisah oleh jarak dan jadual yang padat.

"Apabila masing-masing sibuk dengan kerja, kami saling tidak mempedulikan antara satu sama lain. Walaupun tidaklah sepenuhnya, tetapi daripada kami meradang atau naik angin kerana mesej tidak berbalas atau tidak ada panggilan telefon, itu lebih baik.

"Rutin hidup saya sangat sibuk. Kami tahu apa sedang dilakukan dan saling percaya," akui Jennifer.

Tambah pelakon yang dijadualkan terlibat dalam filem Dumb and Dumber To itu juga, jika Hoult dan dia tinggal di sebuah kota yang sama, mungkin sudah lama mereka tinggal sebumbung.

"Kami masih muda. Setidak-tidaknya dengan cara ini kami masih boleh buat hal sendiri tetapi dalam masa yang sama tahu sedang mempunyai seseorang dalam hati," katanya yang dijadualkan terlibat dalam penggambaran X-Men: Apocalypse yang mungkin dapat disaksikan sekitar tahun depan.

Jennifer bagaimanapun memuji kekasihnya, Hoult sebagai lelaki yang hebat. Mereka juga sudah membeli sebuah rumah di London.

Bercakap tentang karakternya sebagai Mystique, Jennifer membayangkan mutan biru dalam francais terbaharu X-Men itu mungkin tidak sejahat seperti sebelum ini.

"Masa depan biasanya tidak menentu. Kali ini watak-watak itu mengambil laluan yang berbeza dan kami ada sedikit kebebasan.

"Adakah dia (Mystique) akan menjadi pembunuh atau adakah dia akan menjadi seperti yang dimahukan oleh Prof. Charles yang menentang segala pembunuhan?" ulas Jennifer menyimpan misteri si Mystique untuk disaksikan sendiri peminat filem itu.

Neelofa jadi artis untuk jenamakan diri

Posted:

Neelofa jadi artis untuk jenamakan diri

Neelofa jadi artis untuk jenamakan diri

NEELOFA nekad mahu memperkukuhkan empayar perniagaannya sebelum memikirkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.


UMUM sudah mengetahui mengenai percintaan antara Neelofa dan Hans Issac yang sedang galak memadu kasih.

Namun, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor itu berkata, banyak lagi perkara yang harus didahulukan dalam memperkukuh perniagaannya sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

"Apabila semuanya sudah dicapai, sasaran saya seterusnya adalah untuk bersuami dan mempunyai zuriat.

"Saya tidak boleh meramalkan bila saya akan menamatkan zaman bujang kerana kalau diikutkan saya sangat sibuk menguruskan perniagaan dan karier seni.

"Tidak adil rasanya apabila pasangan saya membuat persiapan perkahwinan manakala saya sibuk berniaga," ujar Neelofa ketika ditemui Sensasi Bintang baru-baru ini.

Memiliki Neelofa Enterprise dan Neelofa Sdn. Bhd. yang menjual produk abaya dan kanta lekap, Neelofa berkata, dia menyertai dunia hiburan kerana mahu mencari platform bagi meluaskan rangkaian perniagaan.

"Kehadiran saya dalam industri seni ada matlamat. Saya mahu memperkenalkan jenama saya sebagai usaha mengukuhkan masa depan.

"Jiwa saya lebih kepada perniagaan kerana bidang itu lebih menjamin masa depan serta memberi kepuasan. Namun, dalam masa yang sama saya masih memberi fokus terhadap kerjaya seni," jelas Neelofa yang kini berumur 25 tahun.

Menurut Neelofa, dia menggunakan 100 peratus wang simpanannya untuk memulakan bisnes.

"Modal perniagaan yang sedang saya usahakan hasil wang pendapatan dalam bidang seni.

"Alhamdulillah, jubah atau abaya yang saya usahakan mendapat sambutan yang luar biasa. Dalam tempoh sebulan sehingga 10 Mei lalu, sebanyak 1,000 helai telah terjual," kata Neelofa.

Menjawab dakwaan kononnya dia berniaga kerana terikut-ikut trend artis sekarang gemar mempunyai perniagaan sendiri, Neelofa bertegas, dia sebenarnya lahir dalam keluarga usahawan.

"Keluarga saya terdiri daripada usahawan. Saya menceburkan diri dalam dunia perniagaan sejak berumur 20 tahun. Ketika itu saya bekerja sebagai model iklan.

"Dakwaan saya meniru perniagaan artis lain itu kurang tepat kerana saya sudah pun memulakan perniagaan atas talian sebelum bergelar pelakon lagi," jelas Neelofa.

Mengulas lanjut mengenai pengalaman menguruskan perniagaan tanpa bantuan ahli keluarga, Neelofa mengatakan ada kebaikan serta keburukan apabila melibatkan ahli keluarga dalam perniagaan.

"Sebelum ini terdapat dua perniagaan saya yang membabitkan keluarga. Tapi kali ini saya mahu menjalankan perniagaan bersama pasukan saya sendiri.

"Apabila berurusan dengan keluarga, masalah yang dihadapi di tempat kerja itu akan berlarutan sehingga ke rumah dan mungkin ada yang terasa hati.

"Kali ini saya cuba bekerja dengan orang lain kerana mahu menambah ilmu serta pengalaman," katanya.

Terbaru, pelakon popular menerusi filem Lemak Kampung Santan itu mengakui sedang mempertimbangkan tawaran untuk membintangi sebuah filem aksi yang dijadual memulakan penggambaran bulan depan.

Selera saya memang mat saleh - Siti Saleha

Posted:

Selera saya memang mat saleh - Siti Saleha

Selera saya memang mat saleh - Siti Saleha

SALEHA mengakui lelaki yang memiliki wajah persis mat saleh itu merupakan orang yang sedang bertamu di hatinya sejak terbitnya bibit perkenalan 10 bulan yang lalu.


KISAH hubungan mesra pelakon Siti Saleha dengan seorang lelaki kacak persis mat saleh sememangnya sudah lama diperhatikan.

Malah, hubungan yang terjalin antara mereka berdua juga sudah diakui secara terang-terangan oleh si empunya badan yang juga berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu.

Cuma baru-baru ini, Siti Saleha membawa teman lelakinya menghadiri majlis perkahwinan penerbit filem Kerat 14, Harvinder Uppal.

"Itulah kali pertama saya bawa dia menghadiri majlis secara terbuka," katanya.

Bagaimanapun, pelakon drama Nora Elena itu sehingga kini masih lagi berteka-teki mengenai identiti jejaka yang dikenalinya sejak 10 bulan lalu itu.

"Dia seorang pemuda kacukan, tapi saya tak boleh beritahu kacukan apa. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya selesa dengan dia," tutur pelakon berusia 24 tahun itu.

Menurut Siti Saleha, lelaki yang enggan didedahkan namanya itu memiliki ciri-ciri seorang lelaki idamannya.

"Dia penyayang dan matang. Lebih penting, saya dapat rasakan yang kami serasi antara satu sama lain.

"Kami suka melancong," kongsi pelakon filem Kerat 14 itu.

Bagaimanapun, ketika ditebak soal kahwin, cepat-cepat Siti Saleha menegaskan bahawa dia masih muda dan belum terfikir ke arah itu.

Katanya, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum ingin mengakhiri zaman bujang.

"Kami masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Lagipun, saya masih muda. Nak fikir fasal kahwin dalam masa terdekat ini belum lagi rasanya.

"Saya belum bersedia nak kahwin," katanya yang tidak pernah meletakkan sebarang umur untuk mendirikan rumah tangga.

Sungguhpun begitu, menurut adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam itu, hubungan mereka berdua sudah pun diketahui oleh ahli keluarga masing-masing.

"Kami dah pernah jumpa ahli keluarga. Mereka okey. Penerimaan keluarga pun baik," ujarnya.

Melihat kepada kisah hubungan cinta yang melibatkan pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd. Baharum itu, dia sebelum ini pernah menjalin hubungan istimewa dengan seorang jejaka Inggeris, Robin Coenraad.

Kali ini, teman lelaki baharunya itu juga berwajah persis lelaki Inggeris.

Bezanya cuma kini identiti lelaki berdarah kacukan itu mahu disimpan Siti Saleha sebagai privasi.

Siti Saleha mengakui yang dia selesa dan hanya meminati lelaki yang mempunyai darah kacukan sepertinya.

"Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan," katanya yang pernah menjalin hubungan dengan pemain bola sepak negeri Sabah, Syed Adney Syed Hussein.

Sementara itu, Siti Saleha berkata dia tidak mahu menggunakan huruf tertentu untuk merujuk pangkal nama teman lelakinya itu.

"Tak ada huruf tertentu untuk membahasakan siapa dia (teman lelaki). Tapi saya panggil dia baby," seloroh Siti Saleha.

Dalam perkembangan lain, menurut Siti Saleha, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Manis untuk siaran Astro Ria.

"Ia drama 13 episod arahan pengarah Joza. Saya memegang watak seorang akauntan yang cuba menyelamatkan sebuah syarikat daripada jatuh muflis," tutupnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved