Selasa, 13 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Peninju tempatan tunjuk taring

Posted:

Peninju tempatan tunjuk taring

Peninju tempatan tunjuk taring

BERAT hati Ayung Jumat Lias untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru. Selama empat tahun bergelar pendidik di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, dia ternyata amat mencintai profesion itu.

Berpeluang menabur bakti kepada anak bangsa di pulau itu merupakan antara pengalaman dan kejayaan yang paling diingati jejaka berketurunan Bajau Samah itu.

Ayung Jumat atau lebih dikenali dengan panggilan AJ dalam kalangan rakan-rakannya mengambil jurusan Bahasa Melayu di Maktab Perguruan Keningau, Sabah. Di sekolah itu, dia mengajar subjek Matematik dan Sejarah.

Namun, setelah berfikir panjang, dia membuat keputusan untuk meninggalkan kerjayanya itu untuk menggapai impian sebagai peninju profesional sukan seni tempur campuran (MMA).

Dia tidak pernah menyesal dengan pilihannya itu. Sebaliknya, lelaki yang kini berusia 39 tahun lebih gembira dengan haluan hidupnya sebagai seorang peninju dan jurulatih sukan MMA di Kota Kinabalu.

"Ia merupakan pilihan saya. Saya ingin berkongsi minat dan pengetahuan kepada masyarakat di Sabah mengenai arena seni mempertahankan diri terutamanya MMA," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Gabungan

Seiring dengan gelaran sukan itu, MMA menggabungkan pelbagai jenis seni mempertahankan diri dalam satu perlawanan. Gusti, tinju, Muay Thai dan jiu jitsu Brazil merupakan antara seni mempertahankan diri yang digunakan dalam sukan itu.

Kemahiran menguasai pelbagai jenis seni bela diri juga memberi kelebihan kepada peninju sewaktu berentap dengan pihak lawan.

Bagaimanapun, peninju tidak dibenarkan memukul bahagian belakang kepala, alat sulit, memijak dan menggigit pihak lawan.

Ayung Jumat bukan satu nama baharu dalam seni mempertahankan diri. Seawal usia tujuh tahun, dia telah melibatkan diri dalam silat olahraga.

Malah, sejak di bangku sekolah, dia telah mewakili sekolah, negeri dan kebangsaan.

Dia mulai serius dengan MMA sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, dia telah menyertai lima kejohanan MMA di peringkat antarabangsa.

"MMA merupakan antara seni bela diri yang versatil. Peninju boleh beraksi dengan pelbagai cara sewaktu berlawan asalkan tidak melanggar peraturan.


PERGELUTAN dalam seni bela diri gusti merupakan antara teknik yang digunakan peninju MMA untuk menewaskan lawan di gelanggang.


"Sebelum menyertai perlawanan MMA bersama ONE Fighthing Championship (ONE FC) pada tahun 2010, saya juga aktif menyertai kejohanan jiu jitsu Brazil dan gusti di Filipina, Thailand dan Singapura. Pengalaman itu merupakan bekalan terbaik untuk saya ketika beraksi dalam perlawanan MMA," ujarnya yang merupakan Pengasas Kelab dan Jurulatih Gimnasium Borneo Tribal Squad MMA di Kota Kinabalu.

Ayung Jumat juga merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Malaya (UM). Ketika di UM, dia mewakili negara dalam sukan ragbi.

Tamat pengajian, Ayung Jumat merantau ke negara asing untuk belajar seni mempertahankan diri. Antaranya, Thailand untuk mempelajari Muay Thai, Kanada (MMA dan gusti), Australia (jiu jitsu Brazil) dan Filipina (tinju).

"Walaupun saya mempelajari pelbagai seni mempertahankan diri, ia bukanlah satu tiket penentu kejayaan seseorang peninju MMA. Sebaliknya, teknik, kekuatan dan latihan yang berterusan amat diperlukan," ujarnya.

Ayung Jumat juga merupakan watak penting yang melatih peninju MMA wanita dari Sabah iaitu Ann Osman, 27, sejak dua tahun lalu.

Latihan itu merupakan persediaan awal kepada pahlawan wanita MMA negara untuk menyertai kejohanan yang dianjurkan ONE FC.

MMA dikategorikan sebagai sukan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Latihan intensif amat dituntut terutama ketika hendak menyertai perlawanan.

Walaupun peninju itu mempunyai pelbagai kemahiran seni bela diri, sekurang-kurangnya mereka akan menggunakan tiga teknik berbeza dalam setiap perlawanan.

"Setiap kali latihan, saya sering menitikberatkan tiga faktor utama iaitu serangan, pergelutan dan kekuatan fizikal. Teknik dalam seni mempertahankan diri Muay Thai, jiu jitsu Brazil dan gusti menjadi kegemaran saya ketika berdepan pihak lawan kerana ia meliputi tiga faktor utama itu.

"Setiap rutin dalam MMA merangkumi variasi seni mempertahankan diri. Setiap perlawanan MMA juga memerlukan strategi untuk menumpaskan lawan. Dengan fizikal yang besar, saya lebih selesa berlawan menggunakan teknik gusti iaitu pergelutan di kawasan lantai gelanggang," ujarnya ketika ditemui.


LATIHAN intensif mengikut jadual yang ditetapkan merupakan rutin yang dijalankan oleh Khairul Anuar dua bulan sebelum menyertai kejohanan.


Tewas

Pernah beberapa kali tewas dalam kejohanan MMA anjuran ONE FC, Ayung Jumat yang lebih dikenali dengan gelaran AJ Pyro Lias Mansor sebagai nama pentasnya tidak pernah patah semangat dan ia merupakan proses pembelajaran terbaik buatnya.

Paling manis, dia berjaya memenangi kategori Juara Featherweight Kebangsaan anjuran ONE FC November tahun lalu apabila menumpaskan Melvin Yeoh yang juga dari Malaysia.

Kejayaan itu merupakan antara pencapaian terbaiknya dalam arena sukan MMA. Ekoran itu, Ayung Jumat telah mengumumkan di atas gelanggang untuk menghadiahkan wang kemenangan kepada mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

"Tanpa berfikir panjang, saya ingin berbakti kepada mereka. Ketika itu, Filipina sedang dilanda Taufan Haiyan. Pengumuman tersebut telah menarik minat stesen televisyen ABS-CBN News dari negara itu untuk membawa saya melihat keadaan mangsa taufan di Filipina.

"Saya tiba di Filipina pada hari ke-10 selepas tragedi itu berlaku. Saya dapat melihat mayat-mayat bergelimpangan di jalanan. Namun, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menghulurkan bantuan secara terus kepada mangsa yang selamat," jelasnya menganggap pengalaman tersebut sebagai paling bermakna sepanjang bergelar peninju MMA.

Ayung Jumat bakal beraksi dalam kejohanan MMA ONE FC yang bertemakan Rise Of Heroes di Manila, Filipina pada bulan ini.

Dalam setiap kejohanan MMA, sebanyak tiga set pertarungan akan dipertandingkan dalam setiap perlawanan. Peninju akan bertarung selama lima minit dalam setiap set.

Kiraan mata dan kemenangan sesebuah perlawanan pula bergantung kepada undian daripada tiga orang juri profesional yang dilantik ketika perlawanan.

Seorang lagi jaguh MMA negara, Khairul Anuar Rusli, 27, merupakan antara peserta yang menggalas cabaran di peringkat antarabangsa.

Dia yang dikenali dengan panggilan Saiful Merican terlibat dalam sukan Muay Thai sejak berumur 11 tahun. Bekalan dalam Muay Thai yang ada pada anak jati Setiu, Terengganu itu dipertajamkan lagi setelah serius dalam MMA.

Menurut pemilik gimnasium Merican Muay Thai Gym itu, kariernya sebagai seorang peninju MMA bermula apabila dia mendapat tawaran bernaung di bawah pengurusan ONE FC pada Januari tahun lalu.

Bimbingan

Walaupun mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam Muay Thai, Khairul Anuar kurang memahami rentak perlawanan MMA ketika masih berada di peringkat awal.

"Pada perlawanan pertama saya bersama ONE FC, saya kurang memahami teknik untuk berlawan dan hanya bergantung kepada Muay Thai. Saya mendapatkan bimbingan daripada jurulatih yang sesuai ketika persediaan untuk menghadapi perlawanan kedua pada Jun tahun lalu," jelasnya yang kini telah empat kali menyertai kejohanan MMA ONE FC.

AYUNG JUMAT (kanan) dan Khairul Anuar sentiasa bersedia berdepan dengan lawan dalam setiap kejohanan.


Dia yang menduduki ranking pertama dalam kategori Flyweight ONE FC memberitahu, faktor utama dia mencuba arena sukan MMA ialah mencabar kemampuan diri dalam melakukan sesuatu yang baharu.

Khairul Anuar sering menanamkan sifat hormat kepada pihak lawan dan tidak sesekali melanggar peraturan kejohanan.

Sesi latihan baginya amat penting untuk kecergasan stamina terutama dalam persediaan untuk menyertai kejohanan ONE FC.

"Kebiasaannya, saya membahagikan tiga waktu sesi latihan. Pada waktu pagi, saya akan menumpukan seni mempertahankan diri Muay Thai. Sebelah petang pula, saya akan berlawan dengan teknik Muay Thai dalam MMA manakala pada malamnya, sesi latihan jiu jitsu Brazil.

"Sebelum menyertai kejohanan, pelbagai aspek perlu dititikberatkan selain sesi latihan. Berat badan yang ideal juga menentukan kategori perlawanan yang bakal disertai. Kebiasaannya saya akan mengamalkan diet ideal untuk mencecah berat badan 57 kilogram untuk kategori Flyweight," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di gimnasium miliknya baru-baru ini.

Selain ONE FC, kerjaya Khairul Anuar diuruskan oleh isterinya, Dzianti Merican.

Aksi MMA bertaraf dunia

Posted:

Aksi MMA bertaraf dunia

Aksi MMA bertaraf dunia


KHAIRUL ANUAR mengibarkan Jalur Gemilang sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang kategori Flyweight.


SENI tempur campuran (MMA) bukanlah satu cabang baharu dalam arena sukan tempatan. Penganjuran pertandingan dan kejohanan bertaraf antarabangsa giat dianjurkan untuk memberi gambaran jelas mengenai aspek teknikal dan perlawanan dalam sukan tersebut.

Sehubungan itu, ONE Fighting Championship (ONE FC) sekali lagi menganjurkan perlawanan MMA yang melibatkan 18 peninju ternama antarabangsa termasuk dari Malaysia di ibu negara baru-baru ini.

Tampil dengan tema War Of Nation, kejohanan yang berlangsung di Stadium Negara membabitkan sembilan perlawanan MMA dalam lima kategori berbeza itu padat dengan aksi hebat buat tatapan para peminat.

Paling manis, dua wakil negara iaitu Saiful Merican (kategori Flyweight) dan Peter Davis (Lightweight) berjaya menumpaskan lawan masing-masing dalam perlawanan tiga set.

Musuh ketat

Walaupun menerima enam jahitan di dahi akibat terkena siku lawan, Saiful ternyata berpuas hati kerana berjaya menewaskan musuh ketatnya dari Kemboja itu.

"Saya pernah tewas di tangan Khim Dima dalam kejohanan ONE FC sebelum ini. Persiapan selama dua bulan untuk menyertai kejohanan di tanah air ini amat berbaloi kerana saya berjaya menumpaskan jaguh Muay Thai itu.

"Saya dan Khim Dima mempunyai latar belakang seni bela diri yang sama. Sepanjang tiga set perlawanan, saya lebih banyak menggunakan taktik dan teknik jiu jitsu Brazil dan gusti untuk mengajak dia bergelut di lantai. Ternyata percaturan saya berhasil," ujarnya ketika ditemui Kosmo! selepas tamat perlawanan.

Perlawanan tumpuan dalam kejohanan ONE FC-War Of Nation ialah pertarungan peninju dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Brock Larson dengan Nobutatsu Suzuki (Jepun) menerusi kategori Welterweight.

Larson merupakan antara yang disebut-sebut akan memenangi kategori tersebut. Namun, kesungguhan peninju Jepun itu berjaya meleburkan penguasaan peserta Barat itu menerusi undian sebulat suara daripada pihak juri.

Dahi yang berdarah tidak menghalang Khairul Anuar (kiri) untuk menewaskan Khim.


Perlawanan kategori Featherweight yang menemukan dua jaguh, Harris Sarmeino (AS) menentang Herbert Burns (Brazil) juga mendapat sokongan padu daripada penonton.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut hadir menyaksikan kejohanan itu dan menyokong peninju tempatan yang bertanding.

Hasrat dan harapan penonton untuk menyaksikan satu-satunya peninju MMA wanita negara, Ann Osman dalam kategori Strawweight berkecai apabila lawannya Sherilyn Lim dari Singapura terpaksa disingkirkan sebelum perlawanan.

Menurut laporan, berat badan Sherilyn melebihi had yang ditetapkan dalam kategori tersebut iaitu 47 hingga 52 kilogram (kg). Ketika sesi penimbangan berat sehari sebelum perlawanan, berat badan Sherilyn melebihi 3kg sekali gus menyebabkan dia tersingkir daripada kejohanan tersebut.

Kekecewaan jelas kelihatan pada raut wajah Ann sewaktu ditemui pihak media.

"Saya telah membuat persediaan 200 peratus untuk perlawanan ini. Namun, pembatalan perlawanan ini amat mengecewakan saya dan tenaga pelatih. Buat masa sekarang, saya membuat latihan seperti biasa untuk persediaan kejohanan MMA ONE FC seterusnya," ujarnya ringkas.

Teknik

Sementara itu, Peter yang berjaya menumpaskan lawannya Waqar Umar (Pakistan) juga membuktikan peninju MMA tempatan mampu bersaing dan memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Ciri-ciri fizikal Peter yang jauh lebih tinggi daripada pihak lawan juga merupakan kelebihan jejaka kacukan Cina-Inggeris itu.

"Muay Thai merupakan teknik utama saya guna ketika dalam perlawanan. Saya juga menghayunkan kaki dan tangan tanpa henti ke arah lawan untuk menjatuhkannya ke lantai. Namun, teknik pergelutan juga menjadi kunci utama untuk menewaskan Waqar.

"Sokongan penonton di Stadium Negara juga memberi semangat untuk saya menewaskan lawan. Saya berharap dapat berlawan dengan Waqar dalam kejohanan MMA ONE FC seterusnya," ujar Peter. - MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Kepakaran tempatan bertaraf antarabangsa

Posted:

Kepakaran tempatan bertaraf antarabangsa

Kepakaran tempatan bertaraf antarabangsa

Oleh HAFIZ AHMAD

PEMBUKAAN Pusat Angkasa Negara (Angkasa) yang terletak di Banting, Selangor memberi nafas baharu kepada bidang penyelidikan sains dan teknologi angkasa negara.

Dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 Oktober 2006, ia kini lengkap untuk digunakan oleh penggiat industri dan universiti bagi menjalankan kajian berkaitan.

Lebih membanggakan, Angkasa merupakan agensi pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pengukuran berkapasiti tinggi.

Ini bermakna, agensi tersebut tidak terhad kepada industri angkasa sahaja, malah boleh menjalankan eksperimen untuk bidang automotif, elektrik dan elektronik.

Bagi Institusi Pengajian Awam (IPT), ia membantu pelajar dan penyelidik melakukan kajian antaranya Sains Hayat, Pertanian Angkasa, Satelit Komunikasi, Sistem Maklumat Geografi, Navigasi dan Sains Angkasa.

Terdapat tiga perkhidmatan yang disediakan di Angkasa iaitu Fasiliti Kawalan Misi, Makmal Kalibrasi Optik dan Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit.

Fasiliti Kawalan Misi mengendalikan komunikasi Uplink (laluan komunikasi dari stesen bumi ke angkasa) dan Downlink (laluan komunikasi dari angkasa ke stesen bumi) dengan kapal angkasa mengorbit.

Pegawai Penyelidik Angkasa, Terence Jerome Daim menerangkan, Stesen Bumi Angkasa mempunyai dua sistem antena iaitu MCS Model 4000 dan IRPS Model 12000.

MCS Model 4000 mempunyai keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan TT&C untuk berkomunikasi dengan satelit yang dilancarkan pada orbit Low Earth Orbit (LEO) dan Medium Earth orbit (MEO). Ia menggunakan antena 5.0 meter diameter yang menghantar dan menerima data dalam S-band.

Ia meliputi kawasan liputan komunikasi dengan radius 3,000 kilometer (km) dengan tempoh komunikasi satelit dan LEO antara 10 hingga 15 minit/lintasan manakala MEO selama 12 jam/lintasan.

Bagi IRPS Model 12000, stesen tersebut menggunakan antena 7.3 diameter untuk penerimaan data X-band daripada satelit yang dilancarkan pada orbit LEO. Selain itu, ia mempunyai keupayaan auto-tracking untuk X-band dan S-band.


SEKUMPULAN pengkaji menjalankan eksperimen di Makmal Kalibrasi Optik yang mampu menyediakan perkhidmatan penentu ukuran dan pencirian radiometrik.


Misi

Kedua-dua sistem antena tersebut boleh melakukan pelbagai mod pengesanan automatik, program dan manual sama ada Right-Hand Circular Polarization (RHCP) dan Left-Hand Circular Polarization (LHCP).

"Sistem tersebut mempunyai keupayaan dalam menerima di kedua-dua saluran data secara serentak," ujarnya ketika ditemui dalam lawatan ke Angkasa, Banting baru-baru ini.

Berdasarkan fasiliti yang ada, ia mampu menyediakan perkhidmatan kepada pemain industri antaranya seperti, pemprosesan dan pengendalian data, pengehosan, perancangan misi Fasa Operasi Pelancaran Awal (LEOP), konsultasi dan latihan teknikal.

Misi Kawalan telah menyumbang kepada beberapa misi dalam dan luar negara seperti menyokong satelit RazakSAT, Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Terletak bersebelahan dengan bangunan Fasiliti Misi Kawalan ialah Makmal Kalibrasi Optik yang merupakan makmal perintis di Malaysia dalam bidang penentu ukuran elektro-optik satelit.

Ia mampu menyediakan perkhidmatan penentu ukuran dan pencirian radiometrik yang tidak terhad kepada satelit malah untuk peralatan berkaitan optik.

Menurut Adhwa Amir Tan, salah seorang Pegawai Penyelidik di makmal tersebut, terdapat tiga peralatan utama di makmal tersebut iaitu Sfera Integrasi, Spektroradiometer ASD dan Meja Putar.

Sfera Integrasi yang berukuran 102.6 sentimeter itu berfungsi sebagai simulator solar untuk mencirikan dan menentukan sistem pengimejan. Ia mampu menghasilkan sumber cahaya seragam dengan panjang gelombang antara 400 hingga 2400 nanometer (nm).

"Lampu Tungsten-Halogen dan Xenon digunakan untuk mengintegrasikan sumber cahaya," jelas Adhwa.


UJI kaji yang dijalankan pada ruang EMC membolehkan pengkaji mengetahui kewujudan gangguan elektromagnetik yang terdapat dalam satelit atau peranti.


Spektroradiometer ASD ialah alat digunakan untuk memantau pengedaran spektrum cahaya di dalam Sfera Integrasi. Ia mampu mengukur pengagihan spektrum cahaya dengan panjang gelombang antara 350 hingga 1050 nm.

Alat Meja Putar pula digunakan untuk meletakkan satelit atau peranti ujian yang boleh dipusingkan ke posisi melintang dan menegak (90 darjah). Ia dilakukan untuk menyelaraskan sistem pengimejan bahan uji kaji dengan Sfera Integrasi.

"Semua fasiliti ini boleh digunakan untuk kajian seperti tindak balas gelap, pencirian piksel, sinaran tepu dan respons kelinearan," tambahnya.

Siap sepenuhnya pada tahun 2011, Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AITC) secara keseluruhannya mampu mensimulasikan keadaan persekitaran yang dialami oleh satelit dan kompenannya seperti pelancaran roket, pemisahan satelit daripada roket dan persekitaran orbit.

Menerangkan serba sedikit fungsi yang terdapat di bangunan itu, Pegawai Penyelidik di AITC, Elena Woo Lai Leng memberitahu, terdapat enam ruang pengujian peralatan iaitu pengujian getaran, pengujian akustik, pengujian vakum terma, pengujian keserasian elektromagnetik, pengukuran sifat jisim dan pengukuran penjajaran.

Ruang getaran dapat memberikan data kekuatan dan kekakuan satelit atau peranti selepas ia didedahkan kepada beberapa getaran. Ia memberi gambaran keadaan ruang angkasa yang tidak menentu memungkinkan satelit berlanggar satu sama lain sehingga menyebabkan ia rosak dan pecah.

"Oleh itu, uji kaji di ruang ini dapat membantu mengetahui data ketahanan tersebut," ujarnya.

Ruang pengujian vakum terma pula dapat menilai sama ada satelit mampu menerima kondisi ruang persekitaran angkasa. Ia akan didedahkan kepada suhu ekstrem sejuk dan panas antara -180 hingga 150 darjah Celcius.

PEGAWAI penyelidik, Nor'Asnilawati Salleh menunjukkan cara penyelenggaran sistem pengujian vakum terma.


Bagi merangsangkan proses pelancaran satelit, ia boleh diuji kaji pada ruang akustik. Sejumlah besar bunyi dijana dalam kepulan ekzos mengalir dari muncung ketika proses itu dijalankan.

Bahagian pengukuran sifat jisim pula dapat menentukan dan mengukur dengan tepat sifat-sifat fizikal satelit. Ia bagi menentukan graviti pusat dan inersia kawalan kedudukan satelit ketika pengorbitan.

Bilik pengujian keserasian elektromagnetik (EMC) menjalankan uji kaji mengenai kewujudan sebarang gangguan elektromagnetik yang boleh memberi kesan kepada bahagian lain pada satelit atau peranti.

Pada ruang pengukuran penjajaran, kajian yang dilakukan adalah untuk mendapatkan ketepatan pengukuran penjajaran geometri khusus untuk komponen satelit.

Sistem pengukuran menggunakan dua unit teodolit lengkap dengan penjajaran optik, satu unit meja berputar, meja leper, dua unit peralatan menegak dan sistem pemerolehan data.

Kebinasaan hutan tropika Myanmar

Posted:

Kebinasaan hutan tropika Myanmar

Kebinasaan hutan tropika Myanmar

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


SEORANG kanak-kanak perempuan duduk di kawasan saki baki kayu yang dibakar.


KEMEGAHAN hutan tropika tebal di bumi Bago, Myanmar dengan pokok-pokok hutan gergasi terpasak teguh di jantung negara tersebut menjadi rakaman memori zaman remaja yang sukar dilupakan Wa Tote.

"Kami hanya berani masuk ke sana dalam kumpulan yang besar. Hutan itu sangat tebal dan dihuni pelbagai spesies haiwan liar.

"Tapi itu semua dulu. Sekarang, kita sudah tidak dapat mencari bayang-bayang pokok untuk berteduh apabila keletihan," ujar lelaki yang berusia awal 70-an itu.

Pada satu ketika, harimau begitu mudah dijumpai dan tulangnya dijual begitu murah. Kini, raja rimba tersebut lenyap daripada ingatan begitu sahaja.

Pemandangan indah landskap di kawasan pergunungan Bago menjadi gondol akibat kerakusan pembalakan haram berlaku sejak beberapa tahun lalu dan saki-baki kayu yang tinggal pula dibakar.

Penduduk setempat diberitahu tentang perancangan untuk menanam semula pokok-pokok yang bernilai tinggi walhal ia seperti misi sukar. Rencana yang masih belum pasti itu bakal mengambil masa 80 tahun untuk mencapai tempoh matang.

Pembalakan di Myanmar semakin aktif di bawah pemerintahan tentera bahkan pegawai tertinggi mengetepikan amalan perhutanan lestari demi mengejar wang ringgit hasil jualan sumber asli.

Pakar mengatakan selera dunia terhadap permintaan bekalan kayu tidak pernah puas sehingga mengancam spesies berharga tersebut.

Menurut organisasi makanan dan pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Myanmar kehilangan hampir 20 peratus kawasan hutannya dalam tempoh 20 tahun sejak tahun 1990 hingga 2010.


KEADAAN tongkang yang penuh dengan kayu balak di sepanjang sungai berhampiran Yangon.


Kemusnahan besar-besaran yang berlaku di kawasan hutan paling padat itu menyaksikan keluasan 17.9 juta hektar lenyap di Bago berbanding keluasan asalnya 30.9 juta hektar.

Di kawasan pergunungan utara Myanmar yang bersempadan dengan China pula menjadi laluan aktiviti pembalakan haram dan ia semakin jauh ke dalam hutan. Pembalakan perlu dihentikan serta-merta.

Ini kerana, kira-kira 300 monyet liar dianggarkan masih bertarung untuk hidup dalam habitat terancam di Kachin yang terletak di penghujung banjaran Himalaya.

Pekerja China membanjiri kawasan tersebut untuk memburu saki baki monyet yang ada sebagai sumber makanan dan ubat tradisional.

Ekosistem di sana sedang hancur berpunca daripada pembalakan haram.

Penjenayah alam sekitar ini membekalkan kayu untuk industri perabot di Tengchong, China. Pokok mapel ditebang untuk menghasilkan meja yang diukir cantik manakala pokok konifer atau lebih dikenali sebagai pokok krismas digunakan untuk pembuatan keranda mewah.

Dalam laporan penilaian impak alam sekitar yang terkini berdasarkan dokumen perhutanan Myanmar dan maklumat perdagangan antarabangsa, negara berkenaan dipercayai telah mengeksport lebih tiga kali ganda hasil pembalakan antara tahun 2000 hingga 2014.

Kerugian tersebut dianggarkan bernilai AS$5.7 bilion (RM18.4 bilion).

Kebaikan ekstrak pati cucur atap

Posted:

Kebaikan ekstrak pati cucur atap

Kebaikan ekstrak pati cucur atap

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


MOHD. ZUL HELMI (dua dari kiri) menghasilkan krim kosmetik pelembab kulit yang dinamakan Floria bagi mempercepatkan kadar penyembuhan masalah kulit.


SENARIO pesakit yang berhadapan dengan masalah kulit seperti atopic eczema, dermatitis atau keradangan kulit sering dibelenggu dengan isu kadar penyembuhan dan keberkesanan ubat yang digunakan. Selain itu, pesakit juga terpaksa mendapatkan ubatan di pasaran yang turut mengandungi steroid dan kandungan antihistamin bagi menghilangkan kesan kegatalan terlampau.

Keadaan cuaca kering, panas dan lembab yang tidak menentu turut memburukkan lagi masalah tersebut. Sekumpulan penyelidik muda dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menemui penyelesaian bagi mempercepatkan kadar penyembuhan masalah kulit.

Produk yang dinamakan Floria itu merupakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan selama tiga tahun serta berjaya mencipta teknologi sistem pembawa nanovesikel dan nanohedral yang terbentuk daripada formulasi nanoteknologi dengan kehadiran minyak pati cucur atap atau nama saintifiknya Beackea frutescence.

Menurut ketua penyelidik yang juga merupakan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UMT, Prof. Madya Dr. Mohd. Zul Helmi Rozaini, pembentukan sistem pembawa yang amat unik membolehkan bahan aktif daripada minyak pati cucur atap dapat menembusi dan meresap ke dalam kulit dengan lebih cepat iaitu sepantas lima kali ganda berbanding produk konvensional.

"Produk ini bersifat hibrid dan bukan sahaja mampu memberikan kesan penyerapan yang pantas malah turut mempunyai elemen antiseptik yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria.

"Ia berjaya merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria yang menyebabkan keradangan kulit seperti E. coli, B. substilis, S. aureus dan Citrobacter. ," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Floria adalah produk penjagaan kulit yang tidak mengandungi steroid, bebas paraben dan menggunakan formulasi dirumus khas untuk kulit sensitif yang sememangnya tidak mendatangkan sebarang alahan.

Floria juga sesuai digunakan setiap hari dan boleh digunakan oleh orang dewasa, kanak-kanak mahupun bayi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


JKKN lawat operasi akhbar

Posted:

JKKN lawat operasi akhbar <i>Kosmo!</i>

JKKN lawat operasi akhbar Kosmo!

ZAMRI (kanan) bergambar bersama staf JKKN ketika mengadakan lawatan di pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.


LAWATAN. Seramai 19 Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dari setiap negeri melakukan lawatan ke pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kunjungan yang diketuai Khairul Anuar Samsudin disambut oleh Penolong Pengarang Berita Kosmo!, Zamri Rambli.

Menurut Khairul Anuar, tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai perhubungan awam tentang tugas serta kehendak media dan menimba ilmu dari sudut penerbitan akhbar.

"Kehadiran kami ini dapat berkenalan dan melihat penerbitan Kosmo!," katanya.

50 peserta sertai Pertandingan Boling 2014

Posted:

50 peserta sertai Pertandingan Boling 2014

50 peserta sertai Pertandingan Boling 2014


SEBAHAGIAN pemenang menerima hamper masing-masing pada Pertandingan Boling 2014 di Sejati Bowling Park Avenue, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


ERAT HUBUNGAN. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada staf jabatan kerajaan dan pengamal media di Kedah menyertai Pertandingan Boling 2014 yang berlangsung di Sejati Boling Park Avenue Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda, Idris Ahmad memberitahu, pertandingan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan jabatan kerajaan dan pengamal media di daerah itu.

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Merbok dijuarai oleh Pasukan Pejabat Daerah Kuala Muda.

Kunjungan hormat sempena Sukma di Perlis

Posted:

Kunjungan hormat sempena Sukma di Perlis

Kunjungan hormat sempena Sukma di Perlis


ADENAN (tiga dari kanan) menerima maskot Singa Utara daripada Azlan (tiga dari kiri) sempena jemputan Sukma ke-17 di Perlis di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak baru-baru ini.


JEMPUTAN. Menteri Besar Perlis, Azlan Man mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Kunjungan itu bertujuan mengundang secara rasmi kontinjen Sarawak untuk mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis bermula 24 Mei sehingga 4 Jun ini.

Azlan Man berkata, kunjungan itu merupakan tradisi bagi mana-mana tuan rumah Sukma untuk menjemput setiap kontinjen pada temasya tersebut termasuk Sarawak.

"Kami di Perlis sudah bersedia untuk menerima kunjungan semua 15 kontinjen negeri yang mengambil bahagian pada temasya kali ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bapa maafkan perbuatan anak

Posted:

Bapa maafkan perbuatan anak

Bapa maafkan perbuatan anak

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

MUSTAFA yang cedera dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian semalam. Gambar kecil, Siti Khadijah.


KOTA BHARU - "Kucing pun sayangkan anak, inikan manusia. Sebagai bapa, saya sayangkan anak saya."

Demikian luahan seorang bapa yang cedera parah selepas dipukul oleh anak lelakinya menggunakan cangkul di Kampung Gerai, Jerteh, Besut, Terengganu kelmarin.

Mustafa Md. Yasin, 46, semasa ditemui semalam berkata, walau apa yang berlaku, sebagai bapa dia tetap menyayangi anak sulung daripada empat beradik itu malah sedia memaafkan jika anaknya itu insaf dengan perbuatannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PDRM berkas 'Raja Dadah' warga Iran

Posted:

PDRM berkas 'Raja Dadah' warga Iran

PDRM berkas 'Raja Dadah' warga Iran

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 'Raja Dadah' sindiket pengedaran antarabangsa dari Iran semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya, mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) atas kejayaan terbaharu itu.

Mesej Tweetnya itu menyebut: "Syabas lagi STING @PDRMsia berjaya berkas Kingpin Dadah warga Iran yang sangat dikehendaki sebentar tadi (semalam). Bebaskan Negara daripada dadah!"

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Permohonan pinjaman sedia dikaji

Posted:

Permohonan pinjaman sedia dikaji

Permohonan pinjaman sedia dikaji

JAKARTA - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia mengemukakan kepada kerajaan permintaan pelajar Malaysia di Indonesia agar pembiayaan pendidikan diperluaskan kepada mereka yang menuntut di negara itu.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu bagaimanapun perlu diteliti secara menyeluruh kerana polisi pinjaman PTPTN hanya untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia sahaja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hodgson perjudi skuad muda

Posted:

Hodgson perjudi skuad muda

Hodgson perjudi skuad muda

Susunan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

Hodgson


SAMA ada terlalu yakin atau sebaliknya, Roy Hodgson membuat kejutan besar di pentas Piala Dunia 2014 Brazil yang bakal membuka tirai Jun depan.

Ini kerana jurulatih England itu berani mengambil risiko untuk menyenaraikan tonggak-tonggak muda dalam senarai 23 pemain dalam skuad Piala Dunia tersebut.

Hodgson telah mengesahkan, beliau akan memilih pemain-pemain muda berbakat besar England dalam misi menamatkan penantian 48 tahun untuk menjulang Piala Dunia buat kali kedua.

Bekas pengurus Liverpool itu telah membuat keputusan untuk menyingkirkan pemain-pemain berpengalaman antaranya perancang Manchester United, Michael Carrick dan pertahanan kiri Chelsea, Ashley Cole.

Carrick yang berada dalam senarai menunggu antara nama besar yang terpaksa disingkirkan oleh Hodgson sebagaimana beliau lebih berminat untuk menaruhkan khidmat Ross Barkley (Everton), Jordan Henderson (Liverpool) dan Jack Wilshere (Arsenal) untuk posisi tengah The Three Lions.

Hodgson turut mendedahkan bahawa pemain muda Everton, John Stones yang juga berada senarai menunggu, akan menyertai skuad kendaliannya jika kecederaan Phil Jones tidak sempat sembuh untuk aksi Piala Dunia 2014.

Selain Carrick dan Stones, bekas penyerang Tottenham Hotspur, Jermain Defoe, Andy Carroll (West Ham United), John Ruddy (Norwich City), Jon Flanagan (Liverpool) dan Tom Cleverley (United) turut berada dalam senarai tersebut.

Bagaimanapun, kehilangan tonggak pertahanan seperti Cole dan John Terry, dijangka memberikan impak kepada benteng The Three Lions dalam aksi di Brazil nanti.

Malah, Hodgson sendiri mengakui beliau terpaksa membuat keputusan paling sukar dalam kariernya untuk membuang Cole dari skuad Piala Dunia 2014 dan menyenaraikan Luke Shaw (Southamtpton) untuk posisi pertahanan kiri England.

"Cole adalah pemain yang saya dan barisan jurulatih England sangat hargai.

"Dia adalah seorang pemain yang begitu menakjubkan dan lihatlah sahaja rekodnya bersama England sebelum ini tetapi Shaw telah menikmati prestasi cemerlang pada musim ini.

"Cole telah berjaya membuat 107 penampilan bersama England manakala Shaw akan menjadi cemerlang seperti Cole pada suatu hari nanti.

"Ia agak sukar untuk saya menghubungi Cole semata-mata memaklumkan perkara ini tetapi saya sangat bersyukur kerana Cole menerima situasi itu dengan cukup baik.

"Saya percaya keputusan saya menyenaraikan skuad muda ini bakal terjawab sama ada tepat atau sebaliknya di pentas Piala Dunia 2014 nanti," katanya.

Tambah Hogdson, beliau sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan daripada peminat-peminat England seandainya perancangan itu tidak memberikan kesan positif dalam kempen Piala Dunia nanti.

"Semua pihak mengetahui kemampuan Cole. Dia adalah pertahanan kiri No. 1 England apabila saya membuat keputusan menyenaraikan Leighton Baines (Everton).

"Namun, apabila saya memutuskan pemain baharu, ia semestinya Shaw.

"Saya sendiri tidak tahu keputusan ini akan memberikan satu perancangan bagus atau lebih teruk.

"Jika Baines ditimpa masalah kecederaan yang teruk, saya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Shaw," katanya.

Pada kempen Piala Dunia kali ini England diundi dalam Kumpulan D bersama juara 2006, Itali selain Uruguay dan Costa Rica.

Kelantan lega dapat khidmat Tagoe

Posted:

Kelantan lega dapat khidmat Tagoe

Kelantan lega dapat khidmat Tagoe

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


TAGOE (dua dari kanan) lega selepas isu ITC selesai dan dia kini sudah bersedia untuk beraksi bersama Kelantan.


KELANTAN akhirnya menarik nafas lega apabila hasrat mereka untuk menggunakan khidmat bekas penyerang kebangsaan Ghana, Prince Tagoe dalam saingan Liga Malaysia musim ini terlaksana.

Impian tersebut menjadi kenyataan apabila Tagoe memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab lamanya di Tunisia iaitu African.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial miliknya kelmarin.

Annuar berkata, ejen Tagoe iaitu Mohamed Mroweh mengesahkan bahawa ITC milik pemain berkenaan telah sampai di pejabat Persatuan Bola Sepak

Malaysia (FAM) di Kelana Jaya.

Menurutnya, badan induk bola sepak negara itu dijangka mengeluarkan lesen kebenaran untuk bermain kepada tonggak import Kelantan itu hari ini.

"Ini bermakna semua masalah berkaitan Tagoe yang agak rumit telah selesai sepenuhnya dan dia dijangka layak beraksi pada sabtu ini menentang Perak," katanya.

Justeru beliau berharap Kelantan akan tampil dengan prestasi terbaik pada perlawanan tersebut.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, Kelantan masih belum putus harapan, malah tetap yakin untuk mendapatkan khidmat Tagoe sebaik urusan ITC pemain terbabit selesai.

Tagoe merupakan antara tenaga import baharu yang dibawa masuk oleh Kelantan bagi menggantikan Obinna Nwaneri dalam usaha memperkuatkan pasukan.

Selain itu, bekas pemain Bangkok United, Hussain Alaa Salma dibawa masuk bagi menggantikan Mohammad Ghaddar untuk kuota Asia.

Dua lagi tonggak import The Red Warriors ialah Mohamed Shawky Yazid dan Francis Forkey Doe.

Kehadiran Tagoe memberikan pilihan kepada Goerge Boateng untuk membentuk gandingan lebih ampuh di bahagian serangan bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Siapa pilihan FAM?

Posted:

Siapa pilihan FAM?

Siapa pilihan FAM?

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BIARPUN sibuk menjelang Kongres ke-50 pada 25 Mei depan tetapi ia tidak menghalang Persatuan Bola Sepak (FAM) untuk mengadakan satu pertemuan tertutup bagi membincangkan calon baharu jurulatih Harimau Malaya pada Jun depan.

Dipercayai tiga individu tertinggi FAM iaitu Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAM) dan Datuk Seri Subahan Kamal (Naib Presiden FAM) telah mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan isu tersebut semalam.

Menurut satu sumber yang rapat dengan FAM, pertemuan ketiga-tiga pemimpin tertinggi badan induk bola sepak negara itu adalah untuk membincangkan 'jawatan panas' dalam skuad Harimau Malaya yang kini dipangku oleh jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

Sumber itu berkata: "Ketiga-tiga pegawai tertinggi FAM itu dikatakan berbincang mengenai masa depan skuad kebangsaan. Kini, mereka berada dalam fasa terakhir untuk melantik seseorang menjadi jurulatih baharu Harimau Malaya yang bakal diumumkan pada jun nanti.

"Mereka dipercayai sedang menilai calon paling layak dan sedia berkerjasama dengan FAM selain mengesan bakat di peringkat akar umbi.

"Tugasan jurulatih baharu nanti bukan sekadar melibatkan Harimau Malaya sahaja, tetapi juga mengesan bakat di peringkat akar umbi."

Spekulasi itu semakin bertiup kencang apabila Subahan sendiri mengakui bahawa pihaknya bakal memperkenalkan jurulatih baharu Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Kosmo! semalam memetik kenyataan Subahan bahawa FAM telah bertemu dengan bekas pemain Real Madrid dan Barcelona, Luis Milla serta jurulatih Mozambique, Gert Engels yang dikatakan berminat untuk melatih skuad bola sepak kebangsaan.

Sebelum ini, FAM hampir berjaya mendapatkan khidmat Phillipe Troussier pada Januari lalu, tetapi badan induk bola sepak negara itu enggan meneruskan rundingan dengan bekas jurulatih Jepun itu ekoran permintaannya yang dilihat terlalu tinggi.

Selepas Troussier, beberapa jurulatih luar terus dikaitkan untuk mengisi kerusi panas dalam skuad Harimau Malaya itu, antaranya bekas jurulatih Thailand, Peter Reid, David O' Leary (Aston Villa), Zdenek Zeman (AS Roma) dan bekas penasihat Fiorentina, Fabio Lopez.

Tidak ketinggalan dua calon tempatan, Datuk Ong Kim Swee dan Dollah Salleh yang turut berada dalam radar FAM.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Ikon tiga wanita dan ibu bergaya

Posted:

Ikon tiga wanita dan ibu bergaya

Ikon tiga wanita dan ibu bergaya

Susunan AHMAD ISYAFIQ MAD DESA
isyafiq.desa@kosmo.com.my

PADA usia yang menginjak 40 tahun, tiga wanita ini berjaya mengimbangi kerjaya, keluarga dan mengejar impian mereka.

Mempunyai suami yang tampan dambaan setiap wanita, ketiga-tiga idola wanita sedunia ini ligat di pentas masing-masing dan begelar selebriti kelas pertama di Hollywood.

Ikuti rentetan cerita tiga figura, Angelina Jolie, Jennifer Lopez dan Victoria Beckham.

Bagaikan sebuah cerita dongeng, seorang wanita yang dahulunya hidup penuh keke- liruan mengenai orientasi seks peliknya, kini bergelar ibu kepada enam permata yang berusia lima hingga 12 tahun.

Terkenal di seluruh dunia dengan imej bibirnya yang montok lagi seksi, Angelina Jolie Voight yang lebih dikenali sebagai Angelina Jolie merupakan ikon ibu Hollywood.

Pasangan kepada Brad Pitt Stunt itu mengakui, sehingga kini beliau masih tidak mempercayai bahawa dirinya merupakan seorang ibu kepada enam anak dan mampu hidup se- bagai sebuah keluarga yang bahagia.

"Saya tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti akan mempunyai mahupun seorang anak, apatah lagi enam anak," selo- rohnya.

"Sehingga hari ini saya terasa bagaikan sedang bermimpi adakah ini benar-benar kehidupan saya atau sekadar cerita dongeng dengan pengakhiran yang gembira," ujar Angelina.

Memetik kenyataan majalah popular Elle, kelebihan Angelina terletak pada wajahnya yang fotogenik menyebabkan wajahnya itu menjadi dambaan setiap wanita.


WALAUPUN bersantai, Jennifer tetap menjaga penampilannya.


"Kami tidak perlu mekap yang terlalu tebal sepanjang menjalankan penggambaran bersama Angelina kerana dia sudah memiliki segala-galanya.

"Tulang pipinya itu merupakan hadiah istimewa daripada Tuhan menyebabkan setiap sisi foto Angelina hidup tanpa sebarang kecacatan. Setiap wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk memilik struktur seperti Angelina," menurut majalah itu.

Peraga

Lensa kamera sentiasa menanti kelibat pelakon kelas A di Hollywood ini pada majlis anugerah. Busana yang diperagakan sentiasa menjadi bualan pengkritik fesyen.

Bariskan apa sahaja busana, ia pasti melekap cantik pada susuk tubuh Angelina. Warna yang sering menjadi pilihannya ialah hitam, krim pastel dan merah.

"Sebelum memperagakan apa jua busana, perkataan pertama yang selalu bermain di minda saya adalah keselesaan. Saya percaya sekiranya saya selesa, pakaian itu akan kelihatan cantik dan mewah," ujar ibu kepada enam cahaya mata berusia antara lima hingga 12 tahun itu.

Rejim senaman Angelina pula gabungan antara yoga dan pilates yang boleh dilakukan di rumah. Bagaimanapun, dia berseloroh senaman yang memenatkan adalah menjaga kesemua anaknya.

Terbaharu, beliau dalam rangka promosi filem Maleficent yang bakal mengeluarkan barisan baju kanak-kanak di francais Disney seluruh dunia.

Kali pertama bekerjasama dengan pereka Sienna Miller, Miller menyifatkan Angelina sebagai ibu yang penyayang.

"Percaya ataupun tidak, setiap rekaan kami adalah busana comel diinspirasikan oleh Vivienne Jolie-Pitt yang kini berusia lima tahun.

"Ia juga merupakan kali pertama Jolie berkolaborasi dengan saya dan mereka pakaian kanak-kanak," katanya

Dalam pada itu, siapa yang tidak mengenali pelantun lagu Lets Get Loud dendangan Jeniffer Lopez tatkala lincah beraksi di atas pentas.

Bakal menginjak usia 45 tahun pada 24 Julai tahun ini, ramai yang menyifatkan tubuh badannya umpama gadis berusia 18 tahun.

Pemegang gelaran Wanita Tercantik Dunia oleh majalah People ini pernah 'berang' tatkala kecantikannya itu dipertikai.


SENTIASA sibuk dengan kerjaya, namun Victoria tetap tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.


"Saya membelanjakan banyak wang untuk memiliki setiap inci kecantikan saya pada hari ini. Ia tidak datang bergolek dan saya tidak ditaja mana-mana rawatan khusus spa kecantikan.

"Ia adalah rejim yang ketat termasuk senaman dan penjagaan wajah dan rawatan kecantikan untuk memastikan dalaman dan luaran saya sihat," ujar pemilik nama sebenar Jennifer Lynn Lopez ini.

Seperti ibu yang lain, pengalaman bergelar ibu adalah paling manis dalam hidupnya. Namun, untuk mengembalikan keremajaan kulit selepas bersalin merupakan mimpi ngeri Jennifer.

Katanya, mahu sahaja dia mengingatkan dua anaknya iaitu, Emme Maribel Muniz dan Maximillian David Muniz, enam tahun, mengenai pengorbanan seorang ibu.

"Jika dikenang tempoh enam tahun lalu, saat yang manis adalah ketika mereka bergerak dalam perut saya dan setiap hari saya berbicara dengan mereka.

"Bagaimanapun, ia pengorbanan yang amat besar selepas melahirkan mereka dan mahu kembali kepada bentuk asal merupakan tekanan yang amat hebat," kata- nya.

Tambahnya, kekurangan masa untuk ke gimnasium membuatkan beliau terpaksa mengupah jurulatih senaman yoga melibat- kan senaman sehingga empat jam dengan pengambilan kuantiti makanan yang sedi- kit.

Aktif sebagai pelakon, penyanyi dan penulis lirik, Jennifer amat rapat dengan beberapa jurusolek dan pereka Holly- wood.

Mereka merupakan rujukan utama sebelum Jennifer menghadiri sebarang anugerah berprestij Hollywood.

Antara sahabat karib Jennifer ialah Roberto Cavalli yang memberitahu, rakan karibnya itu amat peka dalam berfesyen dan tema dalam setiap majlis anugerah.

"Sebagai pereka fesyen, saya menyifatkan Jennifer merupakan selebriti yang mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Bukan sahaja tatkala melalui permaidani merah, malah di siri jelajah konsertnya.

"Setiap busana harus bertepatan dengan kehendaknya tetapi, Jennifer sangat terbuka dengan kritikan pereka fesyen dan itu membuatkan kami dihargai serta diikitiraf," katanya.

Scott Barnes merupakan jurusolek yang sering bersama dengan Jennifer bukan sahaja tatkala bertugas malah beriadah bersama.

Warna

Dedahnya sesuai dengan genre muzik Jennifer iaitu pop, salsa dan bachata, pemilihan warna keemasan, kuning, hitam dan coklat muda sangat bertepatan dengan kulitnya.

"Jennifer bukan sahaja mempunyai badan seksi, malah memerlukan wajah yang seksi. Solekan dengan warna keemasan dan kuning mampu melahirkan imej penuh ghairah itu," katanya.

Gincu bibir dengan rona lembut merah, merah jambu dan coklat amat bersesuaian dengan Jennifer yang mempunyai ketinggian 170 sentimeter dengan berat 56 kilogram.


DIGELAR gadis liar Hollywood, Angelina membuktikan tranformasi seorang ibu membuatkannya semakin matang.


Barnes memberitahu, tumpuan pada wajah Jennifer terletak pada sepasang mata- nya yang galak. Malah, beberapa teknik rahsia dilakukan bagi menaikkan lagi baha- gian mata terutama kening Jennifer.

"Sebelum mewarnakan kening dengan celak warna coklat, Jennifer akan menyapu sedikit wax rambut yang dicampur dengan pembayang mata. Kemudian kening tersebut disempurnakan dengan sapuan nipis maskara hitam.

Itu cerita Jennifer, bagaimana pula kisah Victo- ria Beckham?

Apa lagi yang diimpikan seorang wanita selain mempunyai seorang suami bergelar pemain bola sepak terkenal dunia, selebriti dan model serta individu berpengaruh di Britain.

Mula dikenali sebagai Posh ketika bersama kumpulan wanita Spice Girls, kini Victoria merupakan ikon wanita Eropah terutama dalam fesyen.

Dengan jumlah pendapatan sebanyak 54 juta pound sterling (RM24 bilion) setahun, dia mempunyai barisan koleksi jenama busananya sendiri daripada aksesori hingga ke busana.

Isteri kepada David Beckham yang kini berusia 40 tahun itu merupakan pencetus kepada potongan rambut boop dalam kalangan wanita.

Berbicara mengenai kehidupannya bergelar isteri dan ibu kepada empat cahaya mata, Brooklyn Joseph, 14; Romeo James, 12; Cruz David, 9; dan Harper Seven, 3, beliau bahagia anak-anaknya semakin membesar.

Celoteh pemilik nama sebenar Victoria Caroline Beckham itu, beliau tidak pernah memasak di dapur, sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada David.

"Ya, saya tidak pernah memasak dan tugas itu dilakukan David. Saya yakin dia semakin pandai beraksi di dapur seperti mana dalam perlawanan bola sepak," selo- rohnya.

Penampilan

Dalam satu temu bual, Beckham mendedahkan, beliau sangat obses dan cinta- kan kaca mata hitam kerana ia adalah pelengkap gaya.

"Saya memerlukannya di mana sahaja saya berada. Ketika meluangkan masa bersama keluarga, beli-belah, bersantai bersama rakan-rakan, kaca mata hitam adalah rakan paling baik saya.

"Ia sesuai digayakan dalam apa jua acara menyebabkan saya sangat cintakan kaca mata hitam," beritahunya yang memiliki ruang khas menyimpan kaca mata hitam terdiri daripada rekaan klasik daripada jenama mewah Gucci dan Louis Vuit- ton.

Seorang wanita yang amat teliti mengenai penampilan, dia juga menentang sebarang rekaan busana yang menggunakan bulu haiwan sebagai hiasan.

Dalam satu temu ramah dengan majalah Russian Vouge, Beckham memberitahu pendiriannya itu.

"Untuk mendapatkan fabrik yang elok dan hiasan fesyen yang tampak mewah tidak seharusnya menggunakan haiwan sebagai mangsa kehendak kita.

"Kita mempunyai pelbagai cara lain untuk menghasilkan busana yang mewah tanpa membunuh haiwan yang tidak bersalah ini. Penderaan terhadap haiwan harus dihentikan," tegasnya.

Cantuman 19 jenama

Posted:

Cantuman 19 jenama

Cantuman 19 jenama

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

TERDAPAT beberapa jubah Mia Rania diperincikan bersama sulaman mewah tampak gaya eksklusif.


GABUNGAN 19 perusahaan butik tempatan di bawah bumbung jenama Mia Rania International (Mia Rania) berjaya membariskan produk-produk berteras ciri Islamik yang unik dan menawan.

Dibangunkan pada September tahun lalu, Mia Rania kini telah merangka beberapa projek pakaian mengikut tema istimewa sepanjang tahun ini.

Pada majlis pelancaran konsortium pakaian terbesar di Malaysia itu yang berlangsung di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini, beberapa projek baharu mereka dipersembahkan buat pertama kali kepada umum.

Antara yang menggamit pandangan ialah koleksi Jejubah di bawah projek Alpha. Penggunaan perincian sederhana dan motif moden menciptakan kesegaran kepada busana Muslim tetapi pada masa yang sama menjaga panduan potongan bagi memelihara aurat.

Menggalas imej trendy, moden dan urban, rekaan Mia Rania juga disesuaikan mengikut musim tertentu. Misalnya, jubah lelaki daripada projek Bravo cuba mengetengahkan elemen sporty khusus buat pencinta sukan bola sepak.

KANAK-KANAK juga boleh bergaya sakan dalam pakaian Islamik yang ceria.


"Bulan depan kita akan dilanda demam Piala Dunia. Kesempatan ini kami gunakan dengan mengeluarkan jubah untuk kaum Adam yang sarat simbol pasukan-pasukan bola sepak gergasi antarabangsa.

"Tujuan kami adalah bagi menggalakkan lelaki, terutamanya anak-anak muda mengenakan jubah ke masjid untuk solat isyak berjemaah.

"Kemudian mereka boleh terus ke kedai mamak untuk menonton perlawanan bola sepak tanpa perlu menukar pakaian," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Mia Rania, Rostam Mustaffa ketika ditemui media baru-baru ini.

Difahamkan, terdapat lebih 100 produk termasuk telekung, abaya, baju kurung dan selendang ditawarkan di setiap premis Mia Rania.

Material yang digunakan juga bervariasi daripada kapas Jepun sehingga satin. Kumpulan harganya pula dipecahkan mengikut produk premium yang dijual pada harga RM500 ke atas dan produk biasa serendah RM100.

Memandangkan setiap helaian Mia Rania direka, dihasil dan dikeluarkan sendiri, kualiti dan kuantiti barangan mereka mampu dikawal secara teliti.

16 kunci gaya ibu hamil

Posted:

16 kunci gaya ibu hamil

16 kunci gaya ibu hamil


PAKAIAN dengan fabrik mudah regang memberi keselesaan kepada ibu mengandung. - Gambar hiasan


MEMBELI pakaian hamil semasa anda mengandung boleh menjadi pengalaman yang amat mengujakan dan dikenang sepanjang hayat.

Berikut saya titipkan panduan berpakaian dengan penuh keyakinan dan gaya semasa hamil.

1)Untuk tiga bulan pertama kehamilan, kebanyakan pakaian yang anda miliki dalam almari masih boleh dipakai, kecuali pakaian yang terlalu ketat. Apabila anda mula memerlukan pakaian yang lebih besar saiznya, untuk lebih jimat anda disarankan membeli pakaian baharu apabila anda betul-betul memerlukannya.

2)Sebelum anda mahu membeli pakaian hamil, pastikan anda membuat sedikit kajian tentang butik-butik atau gedung-gedung pakaian yang menawarkan koleksi pakaian tersebut. Ini adalah untuk memudah dan menjimatkan masa anda ketika mahu membeli-belah nanti.

3)Apabila memilih untuk menggayakan pakaian ketika hamil, pastikan anda tidak memilih rekaan pakaian membosankan. Tidak perlu cuba sembunyikan perut anda yang semakin membesar dengan memakai pakaian seperti khemah atau sweater yang saiznya terlalu besar.

Anda seharusnya memilih pakaian hamil yang stailo dan dapat menyerlahkan lagi aura keibuan anda.

Bergayalah dengan penuh keyakinan serta rasa bangga atas anugerah Tuhan.

4)Elakkan daripada membeli pakaian hamil yang tidak selesa untuk dipakai seperti terlalu ketat, menyebabkan kulit gatal dan sebagainya.

Pakaian hamil yang tidak sesuai mungkin akan memudaratkan kesihatan dan emosi anda.

5)Jika anda mempunyai suami yang potongan badannya besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja kepunyaan mereka.

Sememangnya kemeja lelaki (button-up shirt) cukup bergaya, selesa dan sesuai dipakai oleh ibu-ibu hamil.

6)Fabrik yang paling sesuai untuk rekaan pakaian ibu hamil ialah jersi kapas dan likra. Fabrik ini boleh meregang, sekali gus boleh dipakai sepanjang peringkat kehamilan anda.


DRES pendek beropol mampu menyerlahkan pesona wanita anda sebagai seorang bakal ibu.


7)Kadangkala semasa hamil saiz tapak kaki menjadi besar sedikit, oleh itu dapatkan kasut yang lebih selesa dan tidak bertumit tinggi. Paling penting anda tidak perlu untuk membongkok ketika mahu menyarungkannya. Pastikan kasut anda dapat meyokong berat badan yang semakin bertambah.

Elakkan kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

Keselesaan adalah kunci utama dalam pemilihan kasut yang anggun digayakan ketika anda hamil.

8)Pemilihan pakaian dalam yang betul juga penting dan perlu diambil kira ketika melalui peringkat-peringkat hamil. Sila dapatkan baju dalam dan seluar dalam yang paling selesa untuk dipakai.

9)Belilah pakaian yang mudah disuai padan. Dapatkan pakaian dalam rona hitam, perang, kelabu, khaki, putih, denim, rona neutral serta rona yang anda selalu pakai. Untuk kelainan, gabungkan pakaian anda bersama helaian bercorak atau berona terang.

10)Apabila memilih pakaian, cuba berikan tumpuan kepada bahagian tubuh badan yang menjadi kegemaran anda.

Contohnya, jika anda mempunyai lengan yang cantik, mungkin anda boleh pilih baju (top) dengan potongan cap-sleeved, jika memiliki leher yang menarik pula, anda boleh pilih baju dengan tebuk leher yang menarik serta mampu memberi fokus pada leher dan wajah.

11)Konsep lapisan (layering) - baju (blaus, stretchy tank top, baju-T), seluar, skirt, kardigan dan blazer adalah kumpulan pakaian paling mudah untuk disuai padan. Konsep ini juga sesuai dan mudah bagi mereka yang mempunyai suhu badan yang kadangkala berubah-ubah.

12)Kemeja dan gaun potongan A atau empire cukup bergaya dan sentiasa menjadi pilihan kerana potongannya yang tidak melekat pada bahagian perut.

13)Dapatkan kemeja atau blaus ceria dengan perincian seperti ropol dan reka corak flora dalam warna-warna feminin. Pilih kemeja yang labuh daripada biasa pada bahagian hadapan supaya anda mendapat ruang yang cukup bagi menutup perut yang semakin membesar.

14)Anda bebas bereksperimentasi dengan skaf dan aksesori bagi menambah seri pada pakaian hamil anda. Skaf dalam warna dan reka corak yang ceria mampu menaikkan aura hebat pemakainya. Aksesori yang menarik juga boleh menjadikan penampilan yang biasa menjadi luar biasa.

15)Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, belilah pakaian yang sememangnya direka khas untuk tujuan tersebut. Ia sopan, praktikal, selesa dan memudahkan anda apabila tiba masa menyusukan bayi anda.

16)Bagi wanita hamil profesional pula, tema keseluruhan pakaian yang perlu diaplikasikan ketika di tempat kerja adalah sopan, mempunyai kelas tersendiri, anggun dan sedikit konservatif.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Siti Rosmizah terbit novel setahun sekali

Posted:

Siti Rosmizah terbit novel setahun sekali

Siti Rosmizah terbit novel setahun sekali

Oleh HAFIZ AHMAD

SITI ROSMIZAH mengakui meskipun novel ini tebal tetapi ia digemari pembaca.


BAIT lagu Setelah Aku Kau Miliki nyanyian Shima terngiang-ngiang sepanjang Siti Rosmizah Semail, 42, menyiapkan naskhah terbaharunya, Cukup Derita.

Secara kebetulan, nota muzik ciptaan komposer terkenal, Shaari Amri itu mempunyai perkaitan dengan plot penceritaan watak Ellani yang menderita akibat penderaan emosi dan fizikal.

Tempoh setahun diambil oleh Siti Rozmizah untuk menyelesaikan novel setebal 1,170 muka surat itu. Jarak waktu yang lama itu bagi menghasilkan sebuah novel yang baik dan lengkap dari segala segi.

"Tidak dinafikan novel ini memang tebal, tetapi ia disukai pembaca," ujarnya yang juga seorang peguam sepenuh masa.

Ketebalan buku itu sempurna daripada susunan plot dan wataknya tidak berlingkar pada tunjang penceritaan semata-mata.

Malah, tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, setiap babak dan watak diperincikan agar pembaca memahami setiap gerak geri perjalanan kisah yang ingin diceritakan.

"Selain itu, saya hanya menerbitkan novel baharu setahun sekali. Maka, dengan ketebalan tersebut, pembaca berasa berbaloi menunggu lama," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran novel itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Proaktif

Novel terbitan syarikat penerbitan miliknya, SR Publication itu menceritakan mengenai kembar seiras, Ellani dan Ellana yang tinggal serumah bersama ibu saudara, Mak Ngah Gayah, selepas kematian ibu bapa mereka.

Ellana mendapat layanan istimewa sebaliknya Ellani sering didera sehingga emosinya terganggu.

NOVEL setebal 1,170 muka surat ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.


Dalam pada itu, Siti Rosmizah turut mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan syarikat produksinya, SR One Sdn. Bhd. bagi mengadaptasi novel-novel terbitannya ke drama atau filem.

Ia susulan penerimaan yang memberangsangkan terhadap novel-novel di bawah syarikatnya hingga ada yang terjual melebihi 100,000 naskhah.

Sebagai permulaan, dua novel iaitu Rindu Tanpa Kata dan Setitis Kasih Darmis oleh penulis di bawah naungan syarikatnya telah diadaptasikan ke drama dan sedang menunggu tayangan di kaca televisyen tempatan.

Selain itu, salah satu novel Siti Rosmizah iaitu Takdir Itu Milik Aku bakal diterjemahkan dalam visual skrin filem dalam masa terdekat.

Mula menulis pada tahun 2008, dia kini sudah memiliki lima buah buku.

Memilih untuk menerbitkan sendiri drama dan filem, wanita berasal dari Kuala Lumpur itu memberitahu, ia lebih baik bagi menjaga keaslian dan kualiti yang sedia ada.

"Jika digalas di tangan orang lain, mungkin sedikit sebanyak bakal merubah struktur jalan cerita. Disebabkan itu, timbul keyakinan untuk melakukannya dengan usaha sendiri," optimis Siti Rosmizah.

Selain novel Cukup Derita Itu yang berharga RM38.90, turut dilancarkan tiga naskhah baharu iaitu Penghujung Cintaku oleh Admatiza, Kekasihku Popular (Phidot) dan Ketika Takdir Menyapa (Jue Idzdihar).

Sihat dan cantik dengan tiga modul

Posted:

Sihat dan cantik dengan tiga modul

Sihat dan cantik dengan tiga modul

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


HARTINI (berdiri paling kanan) berinteraksi dengan peserta tentang rutin penjagaan kulit harian yang betul semasa kelas penjagaan percuma khas buat pelanggan Tini's Spa Beauty Slimming.


TIADA siapa dapat menyangkal fitrah semula jadi wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik di mata mereka yang memandang pada setiap waktu. Sayangnya, kesibukan menguruskan kerjaya dan keluarga membantutkan hasrat kebanyakan wanita di negara ini.

Wanita yang jelita adalah yang cantik luar dan dalam namun, berapa ramai wanita Malaysia sedar akan kepentingan menjaga penampilan dan personaliti diri mereka?

Trio kecantikan berpengalaman daripada pelbagai latar belakang bakal menemui wanita yang tercari-cari penyelesaian kepada masalah ini untuk berkongsi kepakaran masing-masing dalam bengkel Live Laugh Love pada 14 Jun ini.

Bengkel Live Laugh Love memuatkan tiga modul utama kecantikan wanita iaitu melalui gaya pemakanan, penyembuhan dalaman dan imej penampilan.

Jurutera Badan, Hazura Hashim Bani, 43, berkata, semua peserta akan mendapat khidmat perundingan percuma tentang kaedah diet yang betul untuk menurunkan berat badan secara alami dan sihat.

"Kurus tidak semestinya anda tidak perlu makan tetapi diet pemakanan yang diamalkan mestilah betul dan golongan ibu seharusnya tahu apa yang dimasak.

"Peserta akan ditunjukkan demonstrasi masakan bagi mengurangkan berat badan dan bagaimana cara untuk memastikan usus kita bersih," ujarnya yang mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang tersebut.

Kesungguhan Hazura membantu wanita lain mencapai berat ideal bermula selepas dia berjaya mengatasi masalah serupa kira-kira lapan tahun lalu. Ketika itu, dia yang berusia 35 tahun memiliki berat badan 74 kilogram (kg) dan sering berasa rendah diri apabila ada yang menganggap adiknya sebagai anaknya.

RINA (kiri), Hartini dan Hazura bakal berkongsi kepakaran masing-masing pada bengkel Live Laugh Love yang berlangsung 14 Jun ini.


Urut diri sendiri

Dalam pada itu, pengasas Tini's Spa Beauty Slimming, Hartini Halim, 35, pula bakal berkongsi tip melakukan rawatan urutan bagi diri sendiri untuk mengatasi masalah kecederaan tekanan (otot dan sistem saraf) berulang-ulang atau lebih dikenali sebagai Repetitive strain injuries (RSI).

"Memang ramai wanita yang tidak rasa RSI pada masa sekarang, tetapi bila sudah tua nanti baru mereka mengalami serangan pada anggota badan tertentu yang seakan-akan mencucuk-cucuk.

"Peserta bengkel akan dimaklumkan tentang kaedah mencegah penyakit ini, postur badan yang betul dan penyembuhan melalui aroma terapi tanpa penggunaan ubat-ubatan moden," katanya yang merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata.

Seminar itu akan diadakan selama sehari bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor. Seramai 30 peserta pertama yang mendaftar berpeluang mendapat diskaun yuran pendaftaran sebanyak RM50 berbanding harga asal RM250.

Sementara itu, Jururunding Imej dan Warna di Rina Baha Image World, Rina Baha, 43, akan mengajar gaya penampilan masa kini termasuklah etika kelakuan dan protokol yang perlu diketahui oleh setiap wanita.

"Wanita perlu menguasai tiga aspek penampilan diri berdasarkan masa, majlis dan tempat. Tidak semua pakaian boleh digayakan pada semua acara, perlu kena gaya untuk sentiasa tampil menarik," jelasnya.

Bengkel tersebut terbuka kepada 200 wanita dan setiap peserta akan menerima set alat solek jenama antarabangsa dan baucar bernilai RM150. Ini adalah masa untuk golongan wanita memanjakan diri selepas mendedikasikan keseluruhan masa demi keluarga dan kerjaya.

Selain itu, bengkel tersebut turut diserikan dengan acara pertunjukkan fesyen dari butik Farnia Collection, Luvhlee Wardrobe dan Joee Shawls.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved