Rabu, 7 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rajipah ratu di hati Rohani

Posted:

Rajipah ratu di hati Rohani

Rajipah ratu di hati Rohani

AIR matanya berlinangan setiap kali terkenang arwah ibunya, Rajipah Abdul Razak yang meninggal dunia pada tahun 2000 ketika berusia 65 tahun.

Hatinya makin sebak mengenangkan kemesraan arwah yang sering menjadi peneman sepanjang hidupnya.

"Semasa hayatnya, arwah sering menjadi teman setia saya tidak kira di mana saya berada sehingga ada orang menyebut ibu saya bagaikan setiausaha peribadi.

"Namun begitu, saya tidak kisah apa orang lain mahu cakap. Paling mustahak, ibu adalah permata hati saya yang tidak ternilai," kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Meskipun ibunya sudah tiada lagi, Rohani tidak sekali-kali dapat melupakan saat-saat istimewa bersama ibu.

Benarlah kata pepatah, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Menurut Rohani, kasih sayang yang diberikan oleh ibu adalah sesuatu yang cukup berharga dan tidak ternilai sehingga akhir hayat seseorang anak.

"Pepatah ini membuktikan bahawa ibu merupakan seseorang yang cukup mulia dan saya percaya salah satu faktornya ialah kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu.

"Perlu diingatkan, tiada harta yang lebih berharga dan tinggi nilainya selain curahan kasih sayang seorang ibu memandangkan mereka tidak pernah membezakan anak-anaknya sama ada dalam saat duka dan suka," ujarnya dalam satu temu bual dengan Kosmo! di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai Rohani menerusi inisiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengadakan sambutan Hari Ibu sejak tahun 2002.

Inisiatif itu dilakukan sebagai usaha menghargai jasa ibu yang banyak berkorban demi kesejahteraan institusi kekeluargaan dan membangunkan negara.

Rohani yang merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar, Sarawak berkata, pengorbanan dan sokongan kaum ibu sama penting walaupun mereka tidak mengangkat senjata, tidak menjadi pemimpin atau tidak menjadi pentadbir negara.


DARI kanan: Rohani (kanan) bergambar bersama ahli keluarga iaitu arwah bapanya, Karim Abeng; ibunya, Rajipah Abdul Razak dan abangnya, Mohd. Saperi.


Pengorbanan

Katanya, susah payah dan pengorbanan mereka membina generasi cemerlang dalam dunia penuh cabaran memang wajar diberi pengiktirafan.

Rohani yang merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Mohamad Sharil Redzuan Abdul Rauf, 33, Intan Nur Suraya, 30, dan Farah Nur Shahirah, 25, memberitahu, kejayaan terbesar bagi setiap ibu di dunia ini ialah kejayaan mendidik anak sehingga menjadi insan berguna dan cemerlang dalam kehidupan.

Katanya, ibu adalah insan pertama yang mencorak dan mendidik anak mereka sebelum dihantar ke sekolah.

"Ibu perlu mendidik anak mereka dengan didikan agama yang menekankan budi pekerti dan hormat-menghormati. Ini kerana, hubungan antara manusia sesama manusia perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

"Secara peribadi, pengorbanan ibu cukup besar dan tiada tolok bandingan... bayangkan selama sembilan bulan ibu bersusah payah membawa kandungan ke hulu ke hilir dan pastinya pada saat melahirkan pewaris generasi, sakitnya tidak terperi," katanya.

Rohani berpendapat, kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya. Ia tidak dapat dinilai dengan emas dan perak atau dibayar dengan wang ringgit.

Jelasnya, pengorbanan dan kudrat seorang ibu lazimnya dicurah siang dan malam dan mereka hanya tahu memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan.

"Kasih sayang yang mereka beri boleh dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya, pengorbanan mereka menguruskan rumah tangga seperti menjaga suami dan anak-anak.


SIKAP mudah mesra dan senang didekati rakyat menyerlahkan peribadi Rohani sebagai pemimpin.


"Biasanya ibu akan bangun awal menyediakan sarapan termasuk menyiapkan anak-anak ke sekolah.

"Mereka akan mencuci pakaian, memasak dan melakukan semua kerja rumah. Ibu juga memastikan semua kerja rumah selesai sebelum tidur," ujarnya.

Rohani memberitahu, kebijaksanaan seorang ibu menguruskan rumah tangga boleh memberi impak positif terhadap kesejahteraan dan keharmonian keluarga.

Jelasnya, bagi mewujudkan sebuah negara harmoni, ia perlu bermula dari rumah iaitu dibentuk daripada sebuah keluarga bahagia.

"Apabila keluarga bahagia, ia secara tidak langsung membentuk tingkah laku yang baik dalam kalangan ahli keluarga.

"Saya sifatkan peranan dan kasih sayang seorang ibu mampu melahirkan keluarga bahagia," katanya.

Terkilan

Berkongsi pandangan mengenai sikap masyarakat yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan dan mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua, Rohani nyata agak terkilan dengan sikap tersebut.

Menurutnya, perbuatan seumpama itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi memandangkan ibu bapa yang menjaga dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

"Benar kata orang, seorang ibu boleh menjaga seberapa ramai anak. Boleh diumpamakan, seorang ibu boleh jaga sehingga 10 orang anak dalam satu masa, tetapi sedihnya 10 orang anak tidak boleh menjaga seorang ibu.

"Anak-anak harus ingat, tiada ibu bapa tiadalah mereka. Mereka sepatutnya menghargai pengorbanan dan jasa ibu bapa. Walau sesibuk mana pun, anak-anak harus mencari jalan untuk menjaga ibu bapa," katanya.

Rohani berkata, apabila ibu bapa menginjak usia tua, anak-anak sepatutnya menjaga dan melindungi mereka.


KUCUPAN kasih sayang sebagai tanda rasa cinta kepada bonda diserlahkan oleh kedua-dua permata hati Rohani.


Walaupun di rumah orang tua mempunyai rakan-rakan dan terdapat pelbagai aktiviti yang menceriakan, tetapi kesemua itu tidak sama seperti bersama anak-anak yang mereka jaga dan belai dari kecil.

"Saya pasti jauh di sudut hati mereka, ada kesunyian dan kesedihan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Ia hanya mampu diterjemahkan dengan air mata yang mengalir," katanya.

Rohani, 59, memenangi kerusi Parlimen Santubong sejak tahun 1990 sebelum menjadi Ahli Parlimen Batang Lupar, Sarawak. Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Mei 2013.

Rohani menegaskan, tanpa ibu, tidak mungkin seseorang individu mencapai kejayaan apabila dewasa.

"Walau sehebat manapun ilmu kita, walau setinggi manapun kelulusan kita, walau siapa pun kita, apa gunanya tanpa restu ibu bapa.

"Jangan sesekali melupakan jasa mereka pada masa depan kerana tanpa mereka tidak mungkin kita mencapai apa yang dikecapi kini," katanya.

Rawatan pulih dara sebelum berkahwin

Posted:

Rawatan pulih dara sebelum berkahwin

Rawatan pulih dara sebelum berkahwin


ISU memiliki dara tetap menjadi kebimbangan wanita moden di Tunisia walaupun sebahagian besarnya mengamalkan seks sebelum nikah. - Gambar hiasan


BULAN April merupakan waktu yang menjadi pilihan bagi kebanyakan pasangan di Tunisia untuk mendirikan rumah tangga. Banyak persediaan yang perlu dilakukan selain majlis resepsi dan keperluan rumah.

Namun, persediaan terpenting bagi mereka ialah melakukan pembedahan bagi memulihkan dara. Bakal pengantin perempuan akan melakukan pembedahan itu untuk menempuhi saat malam pertama perkahwinan.

Ini kerana mereka bimbang tidak diterima suami setelah mengetahui tidak lagi suci kerana telah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

Wanita yang telah hilang kesucian kerana kehidupan bebas dianggap sebagai golongan tidak bermoral dalam budaya masyarakat negara itu yang berpegang kepada ajaran Islam.

Kebahagiaan

Pakar Ginekologi (sakit puan), Dr. Faouzi Hajri memberitahu, wanita Tunisia memilih untuk melakukan pembedahan hymenoplasty atau hymenorrhaphy demi kebahagiaan suami.

Katanya, mereka juga tidak menyesal dengan pembedahan itu kerana apa yang penting adalah untuk meyakinkan suami mengenai kesucian diri setelah berkahwin.

"Golongan wanita berusia 18 hingga 45 tahun yang rata-ratanya bekerja mengamalkan seks bebas secara aktif," ujarnya.

Seorang wanita boleh melakukan pembedahan membina semula selaput dara mereka dengan mudah di negara Afrika Utara itu.

Pembedahan di hospital hanya mengambil masa selama 30 minit dengan kos $100 hingga $700 Euro (RM1,760 hingga RM3,070).

Mereka juga perlu menjalani rawatan selama seminggu selepas perkahwinan. Jahitan pembedahan masih kuat dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, seorang bakal pengantin, Salima Mahadi, 32 mengaku dia telah melakukan pembedahan itu agar kehormatannya tidak dipersoalkan suami pada malam pertama perkahwinan.


PEMBEDAHAN memulihkan dara menjadi pilihan wanita Tunisia sebagai persediaan untuk berkahwin.


"Kehormatan wanita tidak boleh ditentukan dengan hanya mengambil kira kehilangan beberapa titis darah," ujar Salima.

Katanya, beliau kecewa apabila bekas teman lelakinya enggan berkahwin setelah mengetahui dia tidak lagi suci, sebaliknya mengambil kesempatan mengajaknya ke ranjang.

Pakar Bedah Hymenoplasty, Dr. Moncef Kamel pula memberitahu, tidak kurang 100 orang wanita tempatan datang ke kliniknya setiap tahun untuk melakukan pembedahan. Ada juga yang datang dari Libya dan Algeria.

Konservatif

Tunisia merupakan sebuah negara Arab yang paling lantang bersuara mengenai hak wanita sejak tahun 1950-an. Hak kesaksamaan jantina dalam perlembagaan kemudian dipinda dan diterima pakai bermula Januari lalu.

Perubahan demografi telah memberi tekanan kepada kebebasan individu. Hubungan seks luar nikah menjadi sesuatu yang biasa kepada lelaki dan wanita. Mereka juga memilih untuk lambat berkahwin.

Bagaimanapun, lelaki Tunisia masih mengamalkan sikap konservatif dan memilih wanita yang masih dara sebagai isteri. Faktor itu juga menyebabkan pembedahan pemulihan dara mendapat permintaan tinggi.

Ahli sosiologi, Tarek Belhadj Mohamed berkata, sikap lelaki negara itu mencerminkan sikap kepura-puraan dalam masyarakat Tunisia.

Jelasnya, masyarakat juga enggan mengiktiraf dan menerima perubahan tingkah laku sebahagian besar daripada penduduk di negara itu.

Beliau menganggarkan hampir 75 peratus daripada wanita yang ingin berkahwin menjalani pembedahan pemulihan dara.

Bagi Tarek, pembedahan memulihkan selaput dara sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap wanita.

"Cara hidup moden kini menjadi gaya muda-mudi di Tunisia. Bagi wanita moden, mereka turut mempersoalkan mengapa tidak boleh mengamalkan seks bebas seperti lelaki?

"Namun realitinya, masyarakat masih mengambil berat soal kesucian wanita," ujarnya penuh kekesalan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Hutan tumpuan warga kota

Posted:

Hutan tumpuan warga kota

Hutan tumpuan warga kota

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK

TERLETAK kira-kira 30 kilometer dari Kuala Lumpur, Sungai Tua di Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor sering menjadi tumpuan warga kota untuk bersantai sambil mandi-manda bersama keluarga pada setiap hujung minggu.

Di hutan simpan tersebut, terdapat tiga kawasan rekreasi awam yang dibangunkan di sepanjang aliran Sungai Tua iaitu Hutan Lipur Sungai Tua, Perkelahan Sungai Tua dan Air Terjun Sungai Tua.

Tiga destinasi rekreasi berkenaan berada dalam kawasan Taman Warisan Negeri Selangor meliputi Hutan Simpan Hulu Gombak yang mula dibangunkan sebagai destinasi santai kira-kira 10 tahun lalu.

Untuk sampai ke Sungai Tua, pengunjung boleh mengambil laluan dari Kuala Lumpur menuju Genting Highlands, Pahang melalui Empangan Batu dan Batang Kali di Jalan Kampung Sungai Tua.

Menurut pengunjung, Rahmat Sazali, 27, keadaan hulu Sungai Tua yang masih terpelihara daripada pencemaran menjadikan ia sebagai lokasi selesa untuk mengisi cuti hujung minggu bersama keluarga.

"Ramai orang suka tempat ini kerana air dan persekitarannya lebih bersih kalau hendak dibandingkan dengan hutan lipur lain yang ada di Lembah Klang.

"Penduduk Lembah Klang juga tidak perlu pergi ke tempat lebih jauh untuk mencari lokasi berehat segar dan nyaman seperti ini," kata penjawat awam tersebut semasa ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Kekayaan sumber tumbuhan liar yang kebanyakan terdiri daripada spesies balak menjadikan udara di sekitar hutan simpan tersebut sentiasa nyaman dan amat sesuai untuk pengunjung berkeluarga.

Selain persekitaran dan air yang bersih, kepelbagaian sumber hutan turut menjadi daya tarikan utama kepada pengunjung yang ingin lari daripada pencemaran di kawasan bandar.


KEMUDAHAN beribadah seperti surau juga tidak jauh dari tempat mandi.


Kepelbagaian sumber alam semula jadi seperti tumbuhan balak daripada jenis dipterokarpa bukit banyak didapati di sekitar hutan Sungai Tua.

Di samping kepelbagaian tumbuhan itu yang boleh mencapai saiz balak apabila matang, terdapat juga kepelbagaian sumber herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan.

Sumber hutan

Dalam pada itu, Mohd. Hafiz Ali, 39, pula berkata, kekayaan tumbuhan semula jadi yang terdapat di hutan berkenaan memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Sepanjang minggu kita hidup dalam keadaan udara bandar yang kurang bersih, terperangkap kesesakan jalan raya dan jarang sekali dapat menikmati alam sekitar.

"Apabila meluangkan masa hujung minggu di sungai dan hutan ini, ia memberi peluang untuk berehat dengan lebih baik bersama keluarga," kata beliau.

Mohd. Hafiz menambah, kawasan rekreasi tersebut juga dibangunkan secara sederhana tanpa merosakkan sumber alam semula jadi yang terdapat di hutan berkenaan.

Selain membina akses kemudahan untuk mandi seperti tangga menuju ke sungai dan bilik persalinan, hutan lipur di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tersebut turut menyediakan kawasan perkhemahan.

Lebih menarik, tapak perkhemahan untuk pengunjung juga berada tidak jauh daripada tebing sungai serta kawasan menyalakan unggun api di hutan lipur tersebut.

Malah, kemudahan awam lain seperti surau, pondok rehat, gerai makan, tandas, kedai menjual pelampung serta pakaian mandi turut disediakan.

Tempat mandi berdekatan

"Orang ramai boleh mandi di sini dengan selesa kerana tempat ini tidak pernah sesak. Musim cuti sekolah pun tidak terlalu sesak.

"Kalau tempat ini sesak sekalipun, ada dua lagi tempat mandi yang tidak jauh dari sini," ujar atendan parkir kenderaan di Hutan Lipur Sungai Tua, Adi Warsono, 37.


GERAI menjual makanan serta pakaian mandi di Perkelahan Sungai Tua.


Lokasi Hutan Rekreasi Sungai Tua misalnya terletak kira-kira 18 kilometer dari Batu Caves, Selangor.

Diikuti Perkelahan Sungai Tua yang terletak kira-kira satu kilometer dari Hutan Rekreasi Sungai Tua di laluan menuju Batang Kali dan Genting Highlands.

Manakala Air Terjun Sungai Tua pula terletak kira-kira enam kilometer dari Perkelahan Sungai Tua di laluan yang sama.

Dalam pada itu, Adi menambah, hanya kira-kira 60 hingga 80 buah kereta milik pengunjung memenuhi ruang meletak kenderaan pada setiap minggu.

"Paling banyak pun hanya cecah maksimum 100 buah kereta pada musim cuti sekolah dan ia masih belum menjadikan tempat ini terlalu sesak," kata Adi.

Tambah Adi, hutan rekreasi tersebut bagaimanapun ditutup sepanjang Isnin hingga Jumaat bagi membolehkan kerja pembersihan dan pemuliharaan dijalankan.

Selain mandi dan berkelah, para pengunjung juga boleh memasuki hutan melalui laluan yang disediakan.

Bagaimanapun, mereka wajar mendapat nasihat daripada renjer Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi mengelak tersesat.

Misi tawan Gunung Rinjani

Posted:

Misi tawan Gunung Rinjani

Misi tawan Gunung Rinjani

Oleh AZHARI SUHAIMI


KEPUASAN terserlah di wajah ahli-ahli Kura-Kura Hikers setelah berjaya menawan Gunung Rinjani yang juga puncak ketiga tertinggi di Indonesia.


MENDEPANI cabaran Gunung Rinjani, Pulau Lombok, Indonesia bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng, apatah lagi mengetahui atmosfera kawasan pergunungan itu mempunyai tiga keadaan muka bumi yang berbeza.

Para pendaki akan melalui padang savanah yang terbentang luas dengan cuaca terik, mendaki tanah tinggi dengan kesejukan sehingga ke tulang dan mengharungi hutan tropika penuh dengan misteri alam sepanjang pendakian.

Justeru, kumpulan pendaki yang menggelar diri sebagai Kura-Kura Hikers telah mula membuat persiapan untuk mendaki gunung yang mencapai ketinggian 3,726 meter itu sejak setahun lalu bagi mencapai matlamat Misi Rinjani Dream itu.

Nama kura-kura menjadi pilihan kerana sifat haiwan tersebut yang berjalan perlahan tetapi berhati-hati. Kisah legenda perlumbaan kura-kura dengan arnab juga menjadi inspirasi kumpulan ini.

Dengan ahli seramai 10 orang, ia misi pertama Kura-Kura Hikers untuk pendakian di luar negara. Ekspedisi ini mendapat tajaan daripada GZ ONE Multibiztech, Chesterfield Ara Damansara dan Tropical Idea.

Kura-Kura Hikers tekad mahu membuktikan mereka mampu mencapai impian seperti pendaki yang lain untuk menawan puncak gunung ketiga tertinggi di Indonesia.

Penyelaras program, Azhari Suhami berkata, misi selama tiga hari itu amat menitikberatkan persiapan dan keperluan termasuk faktor keselamatan pendaki.

Katanya, faktor kepantasan bukan perkara utama kerana apa yang penting ialah semangat kerjasama sepasukan dan misi untuk menawan puncak.

"Kami kerap berlatih mendaki bukit sekitar Lembah Klang selain masing-masing pernah mendaki gunung-gunung di Semenanjung seperti Kinabalu, Tahan, Nuang, Korbu dan Angsi," ujarnya.

Tarikh 4 April yang lalu, misi mendaki bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan memilih laluan Sembalun menerusi pintu masuk Taman Nasional Sembalun. Pendaki tiba sehari sebelumnya dan bermalam Homestay di Desa Sembalun.


PEMANDANGAN indah dari puncak Gunung Rinjani yang sukar digambarkan dengan kata-kata.


Hari pertama pendakian, ahli kumpulan menuju ke Pelawangan Sembalun untuk berkhemah di lokasi tersebut sebelum mendaki ke puncak gunung. Mereka melalui trek yang terkenal dalam kalangan pendaki dengan gelaran Bukit Penyesalan atau Tanjakan Penyesalan.

Difahamkan, melalui cerita yang dikongsi oleh pendaki lain, ada pendaki yang berputus asa dan mahu kembali semula ke tanah rendah kerana tidak tahan dengan laluan tersebut.

Angin kencang

Cabaran hari pertama tidak berakhir di situ. Ketika berkhemah, kumpulan tersebut dilanda angin kencang sehingga hampir menyebabkan khemah yang menjadi tempat berlindung diterbangkan angin.

Kebimbangan timbul sekiranya cuaca buruk berterusan kerana misi pendakian perlu dibatalkan.

Pendakian hari kedua pula melalui bentuk muka bumi yang terdiri daripada pasir dan batu kerikil. Ketika ini, fokus 100 peratus perlu diberikan dalam setiap pergerakan dan langkah yang diatur bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada kaki.

Cuaca sejuk mencecah kurang dari 0 darjah celcius dan oksigen yang nipis tanpa sedar boleh mengundang padah kepada pendaki yang tidak biasa dengan situasi tersebut.

Sindrom tanah tinggi seperti mudah letih, sukar bernafas dan mengantuk menghantui pendaki yang tidak bersedia untuk berdepan dengan cabaran itu.

Bagaimanapun, kesemua ahli kumpulan Kura-Kura Hikers berjaya sampai ke puncak tanpa menghadapi sebarang masalah serius.

Hari ketiga diteruskan untuk menuruni gunung tersebut sebelum keluar mengikut Lingkaran Senaru dan tiba kira-kira pukul 8 malam.

Gunung ini juga terkenal dengan pemandangan saujana mata memandang. Bagi penggemar fotografi, pasti banyak landskap dengan sudut-sudut yang menarik boleh dirakam sepuas-puasnya.

Untuk penggila selfie juga seperti ahli kumpulan ini, masing-masing tidak melepaskan peluang keemasan untuk merakamkan momen indah dalam hidup mereka ketika misi pendakian berjalan.

Saat manis untuk kumpulan ini bukan sahaja ketika berjaya menawan puncak gunung, mereka turut berpeluang untuk menunaikan tuntutan solat waktu secara berjemaah selepas selesai hari pertama pendakian.

Kiblat menghadap Tasik Rinjani yang dihamparkan pemandangan hijau seluas saujana mata memandang membuatkan ahli-ahli kumpulan kami bersyukur diberi kesihatan yang baik serta kekuatan untuk menyempurnakan misi tersebut.


MELIHAT proses menghasilkan benang secara tradisional di Sasak Village, Lombok.


Selain aktiviti pendakian, Kura-Kura Hikers turut memanfaatkan eksplorasi dengan berkunjung ke destinasi pelancongan sekitar Lombok.

Kami berkunjung ke Sasak Village untuk melampiaskan nafsu membeli-belah dengan membeli kain songket hasil tenungan tangan.

Melancong

Masing-masing mengambil peluang untuk melihat sendiri kaedah pembuatan benang secara tradisional termasuk proses menenun.

Rumah adat di lokasi tersebut turut menjadi tumpuan memaparkan sejarah etnik Sasak yang merupakan penduduk terawal kawasan tersebut.

Kumpulan tersebut turut singgah ke Pulau Gili Trawangan untuk melakukan aktiviti menyelam bagi menghabiskan waktu yang ada sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Gili mempunyai tiga pulau yang terletak berhampiran antara satu sama lain iaitu Gili Trawangan yang paling besar, Gili Meno dan Gili Air.

Ketiga-tiga pulau ini adalah pusat bagi mereka yang suka dengan aktiviti menyelam serta bersantai di pantai yang panjang.

Apa yang pasti, Misi Rinjani Dream ini akan menjadi titik tolak kepada Kura-Kura Hikers untuk menawan puncak yang lebih tinggi dan mencabar selepas ini.

Antara projek pendakian luar negara yang dirancang ialah Gunung Snow di Taipei, Taiwan dan juga Gunung Semeru yang juga merupakan sebuah gunung berapi di Indonesia.

Namun, kami menanam azam untuk menawan puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania yang merupakan antara tujuh puncak tertinggi di dunia.

Memori indah kota London

Posted:

Memori indah kota London

Memori indah kota London

Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD DESA


MEMEGANG jawatan sebagai CEO membuatkan Ahmad Zaki (tiga dari kiri) jarang bersama keluarga.


MEMEGANG jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda D'Saji Sdn. Bhd. (Felda D'Saji) menuntut Ahmad Zaki Abdullah untuk komited dalam tugasannya.

Jadual kerja rasminya bermula pada hari Isnin hingga Jumaat tetapi sering bertugas Sabtu dan Ahad menyebabkan kualiti masa bersama keluarga dan isteri tercinta, Juriah Mohsin, 50, amat terhad.

Lawatan kerja ke kota London pada akhir tahun lalu menyebabkan Ahmad Zaki tekad membawa isteri menemaninya walaupun sibuk dengan tugasan sepanjang lima hari berada di negara itu.

Kosmo!: Apakah pendapat anda mengenai London?

AHMAD ZAKI: London merupakan sebuah kota yang amat sibuk tetapi romantik. Sekiranya pasangan mahu berbulan madu ke Eropah, London perlu berada dalam senarai lawatan mereka.

Saya sendiri gembira bersama isteri sepanjang berada di London. Maklum sahaja hanya berjalan berdua, umpama pasangan baru bercinta (selorohnya).

Di manakah lokasi menarik yang anda lawati?

Oleh kerana saya berada di sana atas lawatan kerja, maka kami tidak sempat untuk berjalan di kota raya itu.

Bagaimanapun, kami sempat meluangkan masa melihat pemandangan di sekitar Eye London dan perkhidmatan kapal persiaran merentas Sungai Thames.

Selain itu, suasana malam di London sudah cukup membuatkan kami terpesona walaupun ia tiada jauh bezanya dengan kerdipan cahaya di bandar raya Kuala Lumpur.

AHMAD ZAKI menganggap kunjungannya ke kota London umpama bulan madu kedua bersama isteri.


Sepanjang lima hari berada di London, di mana lokasi penginapan anda?

Kami menginap di Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza. Ia juga merupakan apartmen milik Felda Investment Corp. (FIC) UK Properties yang mula beroperasi secara rasmi pada 22 September tahun lalu.

Mudahnya berurusan dengan penginapan ini kerana 75 peratus urusan sewaan dilakukan dalam talian.

Isteri juga suka menginap di apartmen ini kerana dilengkapi dengan kemudahan memasak dan mencuci, sesuai untuk penginapan jangka panjang.

Sudah pasti anda dan isteri mempunyai hidangan istimewa yang menjadi kegemaran sepanjang berada di London.

Malu pula rasanya mahu bercerita mengenai juadah. Pasti terlintas di fiki- ran saudara, kami menjamu makanan ala Barat seperti spageti, bolognese hampir setiap hari (gelak sinis).

Jujurnya, saya dan isteri gagal membuang 'lidah Melayu' kerana tetap memilih restoran masakan Malaysia yang ada di London.

Tambahan pula, ketika itu cuaca di London hampir kepada musim sejuk. Jadi, makanan pedas lebih kena dengan tekak kami selain membantu penghasilan haba dalam tubuh badan.

Restoran yang saya kunjungi ialah Restoran Tukdin.

Kota London dikenali dunia sebagai lokasi membeli-belah label antarabangsa dan mewah. Adakah anda berkunjung ke tempat tersebut?

Berdasarkan maklumat daripada mereka yang berpengalaman, kami membeli barangan berjenama mewah pada harga murah di Bicester Village.

Bicester Village merupakan sebuah perkampungan beli-belah yang menempatkan butik-butik terkenal seperti Calvin Klein, Cerruti, Bally, Dunhill, Christian Dior dan seumpamanya. Menariknya, barangan di sini dijual pada harga yang lebih rendah kerana dibawa terus dari kilang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pameran komputer UiTM pikat pengunjung

Posted:

Pameran komputer UiTM pikat pengunjung

Pameran komputer UiTM pikat pengunjung

SEBAHAGIAN pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM, Shah Alam, Selangor menyertai Pameran Sains dan Kejuruteraan di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


PAMERAN. Multimedia Development Corporation (MDeC) bersama Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor telah membuka satu ruang pameran sempena program Pameran Sains dan Kejuruteraan di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seramai tujuh pelajar dari Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat Kejuruteraan Pintar fakulti itu menyertai pameran tersebut.

Antara aktiviti yang dianjurkan di ruang pameran berkenaan ialah teknik-teknik asas pengaturcaraan komputer.

Program selama tiga hari bermula pada 25 April lalu itu bertujuan memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang sains dan kejuruteraan selain menggalakkan mereka menceburi bidang tersebut sebagai kerjaya.

Kelab Media Kelantan hargai pengorbanan pasukan bomba

Posted:

Kelab Media Kelantan hargai pengorbanan pasukan bomba

Kelab Media Kelantan hargai pengorbanan pasukan bomba


SETIAUSAHA Kelab Media Kelantan menyerahkan sijil penghargaan kepada Razali (dua kanan) sempena Sambutan Hari Anggota Bomba 2014 peringkat Negeri kelantan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Kelab Media Kelantan Darul Naim menyerahkan sijil penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan sempena sambutan Hari Anggota Bomba 2014 baru-baru ini.

Sijil penghargaan itu disampaikan oleh Setiausahanya Yatimin Abdullah kepada Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Razali Awang Mat Salleh di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Kelantan.

Yatimin berkata, sijil tersebut sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta pengorbanan yang diberikan pasukan itu kepada pengamal media negeri ini sepanjang membuat liputan.

"Kami harap jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan dan sijil penghargaan ini mampu menyuntik lagi semangat anggota bomba untuk terus memberikan khidmat cemerlang kepada masyarakat," ujarnya.

200 penduduk terima bantuan barangan dapur

Posted:

200 penduduk terima bantuan barangan dapur

200 penduduk terima bantuan barangan dapur


MOHD. AZHAR (dua dari kiri) menyampaikan bantuan barangan dapur kepada salah seorang penduduk di Dewan Orang Ramai Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 200 penduduk menerima bantuan barangan dapur dalam satu majlis ringkas di Dewan Orang Ramai Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzwan menyumbangkan bantuan itu yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd. Azhar Jamalludin mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mohd. Azhar berkata, pada tahun lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM11 juta khusus untuk membantu penduduk di seluruh negeri Perak.

"Kerajaan negeri juga meluluskan pembinaan empat padang futsal di Sungai Samak, Kampung Air Hitam, Kampung Selabak dan Kampung Bahagia di Teluk Intan bernilai RM600,000," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


El Nino diramal landa Malaysia mulai Jun ini

Posted:

El Nino diramal landa Malaysia mulai Jun ini

El Nino diramal landa Malaysia mulai Jun ini

SEBAHAGIAN bot penambang tersadai dan penumpang terpaksa menangguhkan perjalanan akibat kemarau di Hulu Tembeling, Jerantut pada 2010.


KUALA LUMPUR - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom (UK) meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini, namun jika ia berlaku kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Golongan muda hidap HIV/AIDS membimbangkan

Posted:

Golongan muda hidap HIV/AIDS membimbangkan

Golongan muda hidap HIV/AIDS membimbangkan


HILMI (tengah) menyaksikan majlis penyerahan tajaan daripada Ikmal Hisham (dua kiri) kepada Angie di USM, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Aktiviti seks rambang membabitkan golongan muda pada masa kini didapati menjadi penyumbang utama kepada peningkatan penghidap HIV/AIDS di negara ini iaitu sebanyak 78.8 peratus daripada kes yang dilaporkan.

Jumlah tersebut mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak terutama Kementerian Kesihatan yang terpaksa bekerja keras untuk mencari inisiatif mencegah penyakit itu pada peringkat awal.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, misi kerajaan adalah untuk mencari jalan bagi mengubah cara hidup golongan muda yang sering terjerumus dalam kancah seks rambang dan pengambilan dadah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga beranak mati rentung

Posted:

Tiga beranak mati rentung

Tiga beranak mati rentung

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.coam.my


KIRI: Anisa, Siti Nordiana, Siti Norhaza


KUCHING – Seorang wanita dan dua anak perempuannya ditemui mati rentung dalam kebakaran melibatkan sembilan buah rumah papan sederet di Kampung Tabuan Hulu di sini semalam.

Lebih menyayat hati, dalam kejadian pada pukul 10.20 pagi itu, Siti Norhaza Mohd. Hazmi, 5, dan adiknya, Siti Nordiana, 3, ditemui berpelukan di bawah katil dalam sebuah bilik.

Mayat ibu kepada kedua-dua mangsa itu, Anisa Ramblee, 26, ditemui kira-kira dua meter daripada mayat kedua-dua anaknya itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


TMJ diminta cakap berhemah

Posted:

TMJ diminta cakap berhemah

TMJ diminta cakap berhemah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TUNKU ISMAIL


"BERCAKAP biar berhemah, nak tegur biar ada asasnya."

Demikian tegas bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri

Dr. Ibrahim Saad yang menganggap kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai tidak berhemah.

Menurutnya, Presiden PBNJ itu perlu menggunakan pendekatan lebih lembut bila mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi menjelang Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei nanti.

Ibrahim memberitahu, Tunku Ismail yang dikatakan bakal bertanding untuk jawatan Presiden FAM seharusnya mengambil langkah berbincang semeja dengan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah jika ada perkara berbangkit untuk diketengahkan.

Beliau mengakui Tunku Ismail memiliki karakter untuk mengubah senario bola sepak Malaysia tetapi dalam masa yang sama, baginda seharusnya bertemu dahulu dengan Sultan Ahmad Shah tanpa membuat kenyataan sebaliknya.

"Pemilihan pada Kongres FAM nanti melibatkan pelbagai jawatan adalah perkara biasa. Sudah tentu dalam mana-mana persatuan, mesti ada persaingan tetapi sampai satu peringkat dalam FAM yang melibatkan pihak istana, lebih baik kita mengeluarkan kenyataan lebih berhemah dalam apa-apa hal sekalipun.

"Kalau FAM dipimpin oleh kerabat diraja, maka kita seharusnya menghormati antara satu sama lain. Jika kita tidak berbuat demikian, bagaimana rakyat mahu menghormati raja-raja?

"Pendapat saya, elok perkara seperti ini dibincangkan dalam Kongres atau mana-mana mesyuarat FAM," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ibrahim ialah bekas Duta Besar Malaysia

ke Filipina.

Pada Isnin lalu, Tunku Ismail menyatakan baginda tidak berminat untuk terlibat dalam pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2014-2018 kerana baginda sudah dapat menjangkakan keputusan pemilihan dengan meramalkan jawatan Presiden FAM akan menjadi milik Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sehari selepas itu, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah menegaskan tiada sandiwara wujud dalam pemilihan pucuk pimpinan FAM apabila baginda menyifatkan pemilihan tersebut adalah telus.

Mengulas lanjut, Ibrahim percaya tiada sebarang 'permainan' politik berlaku dalam sistem pentadbiran badan induk bola sepak negara itu terutamanya ketika berlangsungnya pemilihan untuk jawatan-jawatan tertentu yang dipertandingkan.

Jelas Ibrahim yang menjadi Setiausaha Agung FAM bagi penggal 2005-2007, proses pemilihan anggota tertinggi FAM diundi secara telus dan adil.

"Setiap jawatan ditentukan menerusi undian ahli-ahli gabungan FAM. Mereka yang berkuasa untuk menentukan siapakah pemimpin tertinggi FAM untuk setiap penggal," katanya.

The kecewa

Posted:

The <i>Red Warriors</i> kecewa

The Red Warriors kecewa

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

NAMPAK gayanya, hajat Kelantan untuk menggunakan khidmat penyerang baharu dari Ghana, Prince Tagoe tidak kesampaian.

Persatuan Bola Sepak Kelatan (KAFA) terpaksa membatalkan perjanjian dengan pemain berusia 28 tahun itu kerana pemain terbabit gagal mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn. Bhd (TRW), Kevin Ramalingam mendedahkan, KAFA gagal mendapatkan ITC Tagoe yang didaftarkan pada jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) April lalu ekoran kesilapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguruskan kes perpindahan pemain itu dengan Persekutuan Bola Sepak Tunisia (Tunisia FA).

"Tunisia FA menolak permohonan ITC kami kerana kelab lama Tagoe (Club Africain) tidak membayar tiga bulan gaji kepadanya. Sepatutnya kontrak Tagoe sudah terbatal serta-merta dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) sudah dimaklumkan mengenai kes ini.

"Apabila Tunisia FA menolak permohonan ITC ini menerusi TMS (Sistem Pengurusan Perpindahan), FIFA masih mempunyai hak untuk mengeluarkan ITC sementara.

"Namun masalah lain timbul apabila FAM menerima penolakan Tunisia itu lalu kes itu sudah tiada dalam TMS, sepatutnya FAM membiarkan kes itu ditangguhkan.

"FIFA memaklumkan kepada kami bahawa kes itu sudah digugurkan jadi mereka tidak boleh mengeluarkan ITC sementara.

"Oleh kerana FAM telah menerimaa penolakan daripada Tunisia FA, ia memberi kesan besar kepada kami," katanya ketika ditemui pemberita kelmarin.

Kini, Kevin mengakui The Red Warriors terpaksa melupakan Tagoeselepas membatalkan kontrak pemain itu selepas gagal mendapatkan ITC.

Jelasnya, KAFA kini mengharapkan FAM membenarkan mereka untuk mendaftarkan semula Obinha Nwaneri yang disingkir pada April lalu, bagi mengisi tempat Tagoe.

Difahamkan, Tagoe yang sepatutnya menggantikan Mohamed Ghaddar pada pusingan kedua Liga M ini, menuntut bayaran gaji tertunggak yang dianggar hampir RM1 juta daripada Club Africain.

"Ada klausa dalam kontraknya di mana kami boleh membatalkan kontrak jika tiada ITC tapi bukan itu yang kami mahu kerana Kelantan nak dia beraksi dengan pasukan ini," katanya.

Kelantan pamer watak sang juara

Posted:

Kelantan pamer watak sang juara

Kelantan pamer watak sang juara

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


FORKEY Doe (kiri) membuka jaringan Kelantan pada aksi menentang Felda United di Kota Bharu malam kelmarin.


KEBANGKITAN dramatik yang dipamerkan oleh pasukan Kelantan pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala FA 2014 ketika menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin jelas membanggakan pengendali baharunya, George Boateng meskipun kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 3-3.

Boateng mengakui semangat juang yang ditunjukkan oleh barisan pemain The Red Warriors (TRW) pada perlawanan sulung di bawah kendaliannya itu menyebabkan beliau yakin bahawa Kelantan selaku juara bertahan berpeluang untuk melangkah ke pentas final.

Perlawanan kelmarin menyaksikan TRW yang pada mulanya ketinggalan 3-0 ke atas The Settlers berjaya mengejar kedudukan sehingga kedua-dua pasukan akhirnya terikat 3-3.

"Saya bangga dengan pemain-pemain saya dan ia permulaan yang baik bagi saya sebagai jurulatih. Kita lihat beberapa minggu lagi dan kita mempunyai kemampuan untuk ke final.

"Saya mempunyai keyakinan itu kerana saya telah melihat kelebihan serta kekurang kedua-dua pasukan dan kami akan berusaha memperbaikinya, namun pemain-pemain saya ternyata mempunyai semangat juang yang tinggi," katanya kepada pada sidang akhbar selepas perlawanan malam kelmarin.

Bekas pemain antarabangsa Belanda itu menghambur pujian ke atas barisan pemainnya dan menyifatkan bukan mudah untuk bangkit setelah ketinggalan 3-0 dalam sesuatu perlawanan.

"Sekali lagi pujian perlu diberi kepada mereka dalam meneruskan kebangkitan, mereka tidak menyerah kalah. "Saya pasti ketika ketinggalan 3-0 ramai yang sudah fikir Kelantan tiada harapan untuk mengejar, tetapi mereka terus bertahan dan masih berpeluang untuk menang.

"Memandangkan ini perlawanan sulung saya, saya merasakan suatu yang hebat untuk melihat pemain-pemain saya tidak berputus asa. Ketinggalan 0-3 sememangnya akan menjadikan pasukan itu mudah patah semangat. Tetapi, kita bangkit dengan menunjukkan watak sebagai sang juara," katanya.

Pada perlawanan malam kelmarin, The Settlers yang dikendalikan Irfan Bakti terlebih dahulu mencipta jaringan seawal minit ke-17 menerusi Edward Junior diikuti Indra Putra Mahyuddin (minit ke-24) dan Mohd. Khairul Ismail (minit ke-36).

Kelantan bagaimanapun tidak menunggu lama untuk bangkit apabila Francis Forkey Doe berjaya menyumbat masuk gol pertama pasukannya pada minit ke-41 diikuti Fakri Saarani (minit ke-42) sebelum memperoleh gol ketiga menerusi Wan Zaharul Nizam pada minit ke-51.

Pun begitu, mengulas mengenai perlawanan keseluruhannya, Boeteng mengakui pasukannya bermain sangat lemah pada permulaan permainan dan kelemahan itu perlu diatasi segera.

"Kita tidak boleh beraksi seperti itu, kita mesti mulakan permainan dengan lebih agresif.

"Sekiranya kita mulakan permainan seperti mana kita bermain di penghujung babak pertama, kita tentu mampu meraih kemenangan," katanya.

Bagaimanapun, kesalahan permulaan permainan yang rapuh itu tidak diletakkan sepenuhnya kepada pemain-pemainnya sebaliknya dipengaruh oleh taktikal yang dirancangnya di awal permainan sebelum beliau segera mengubah strategi atau formasi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bot asing wajib ikut laluan digazetkan di Esszone

Posted:

Bot asing wajib ikut laluan digazetkan di Esszone

Bot asing wajib ikut laluan digazetkan di Esszone

07/05/2014 9:54pm

LAHAD DATU - Semua bot-bot asing yang ingin memasuki perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) hanya dibenarkan melalui laluan yang digazetkan oleh pihak berkuasa.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa insiden penculikan yang berlaku di kawasan itu sejak kebelakangan ini.

"Kerajaan juga bersetuju melaksanakan tindakan kedua iaitu mendaftarkan semua bot-bot yang dimiliki penduduk tempatan di kawasan terlibat bagi tujuan mengenalpasti bot-bot berkenaan adalah milik penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi penculikan seorang pengurus ternakan ikan di Pulau Baik dekat sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pihak kerajaan memandang serius aspek keselamatan di perairan timur Sabah dengan setiap penguatkuasaan dan arahan yang dibuat adalah untuk memperkukuhkan lagi elemen keselamatan di kawasan tersebut. - KOSMO!

JPJ gantung lesen 17 pemandu bas ekspres gagal ujian dadah

Posted:

JPJ gantung lesen 17 pemandu bas ekspres gagal ujian dadah

JPJ gantung lesen 17 pemandu bas ekspres gagal ujian dadah

07/05/2014 9:37pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung lesen 17 pemandu bas ekspres yang gagal ujian saringan dadah dalam operasi yang dijalankan jabatan itu bagi tempoh 22 April hingga 5 Mei lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, mereka antara lebih 2,000 pemandu bas ekspres yang diperiksa di 22 terminal bas ekspres di seluruh negara.

Dalam tempoh sama JPJ mengeluarkan 39 saman terhadap pemandu bas ekspres yang didapati melakukan kesalahan ketika memandu, katanya, kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Komunikasi Berintegriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, kesalahan itu dikesan oleh pegawai JPJ yang menyamar sebagai penumpang.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah melanggar peraturan lalu lintas, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta merokok," katanya.

Selain itu, Ismail berkata, JPJ juga menjalankan operasi memeriksa kenderaan yang masuk dari Thailand di sempadan negara sejak 24 April lalu.

"Dalam 13 operasi yang dijalankan sehingga hari ini, sebanyak 139 saman dikeluarkan iaitu 96 kesalahan berkaitan permit peredaran antarabangsa (ICP) dan bakinya lain-lain kesalahan," katanya. - Bernama

Lelaki bersenjatakan parang rompak bank di Bandar Perda

Posted:

Lelaki bersenjatakan parang rompak bank di Bandar Perda

Lelaki bersenjatakan parang rompak bank di Bandar Perda

07/05/2014 9:25pm

BUKIR MERTAJAM - Dua lelaki, seorang daripadanya bersejatakan sebilah parang, melarikan wang tunai RM16,250 dalam rompakan di sebuah bank di Bandar Perda di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, suspek yang memakai topi besbol dan menutup mulutnya dengan sehelai kain itu memasuki bank berkenaan pada kira-kira 4 petang manakala rakannya menunggu di dalam kereta di luar bank.

"Lelaki berusia lingkungan 40-an itu menghampiri pengawal keselamatan bank sambil mengacukan parang serta mengarahkan wanita itu diam dan mengikut arahannya jika tidak mahu dicederakan. Dalam masa sama, dia membawa wanita itu ke arah kaunter bank.

"Suspek yang membawa sebuah beg kemudian mengarahkan pekerja di kaunter berkenaan memasukkan wang ke dalam beg dibawanya sebelum melarikan diri dengan kereta yang menunggu di luar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Difahamkan kereta yang dinaiki dua lelaki terbabit ialah Proton Saga putih. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua letupan gegar Hat Yai

Posted:

Dua letupan gegar Hat Yai

Dua letupan gegar Hat Yai

ASAP hitam kelihatan di tempat letak kenderaan sebuah balai polis di Hat Yai semalam.


BANGKOK - Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam dua letupan bom di Hat Yai yang merupakan bandar komersial utama di Selatan Thailand, kata pihak berkuasa semalam.

Letupan itu menggegarkan bandar berkenaan dengan sebutir bom diletupkan berhampiran sebuah kedai serbaneka manakala letupan kedua berlaku dekat beberapa flat yang dibina bagi menempatkan anggota-anggota polis tempatan.

Rakaman televisyen menunjukkan asap tebal kelihatan berdekatan flat itu ketika pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan api.

Bom tersebut dipercayai disembunyikan di dalam sebuah motosikal yang diletakkan di lokasi kejadian.

"Terdapat dua serangan bom dengan sekurang-sekurangnya enam orang cedera tetapi tiada mangsa yang parah," kata Gabenor Wilayah Songkhla, Grisda Boonrach.

Polis tempatan yang mengesahkan angka kecederaan memberitahu, letupan berlaku selang masa 25 minit.

Serangan itu disyaki dilakukan oleh kumpulan gerila pemisah Islam yang bergerak aktif di tiga buah wilayah selatan Thailand.

Ketua Polis Wilayah Songkla, Akapop Prasitwattanachai, berkata hanya dua letupan berlaku dan bukan empat seperti dilaporkan lebih awal.

Letupan pertama berlaku pada jam 1.30 petang di hadapan kedai runcit 7-11 di Jalan Polpichai.

Ia merupakan bom buatan sendiri dipasang pada motosikal dan diletupkan dengan mengguna jam digital, kata beliau.

Bom kedua seberat 50 kilogram dipasang dalam kereta yang diletak di tempat letak kereta di sebelah Balai Polis Daerah Hatyai.

Ia diletupkan pada 1.55 petang menyebabkan lebih sepuluh buah kereta milik pegawai polis dan kereta tahanan polis terbakar.

Kebanyakan cermin bilik flat kediaman polis empat tingkat yang terletak bersebelahan musnah akibat kekuatan letupan itu.

Pihak polis belum mengenalpasti kumpulan yang mendalangi serangan itu.

Dalam pada itu, agensi berita Bernama melaporkan, jurucakap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu. - Agensi

Fesyen Beyonce paling anggun

Posted:

Fesyen Beyonce paling anggun

Fesyen Beyonce paling anggun

BEYONCE memakai fesyen yang menyerlah kecantikannya pada majlis kutipan dana amal, Met Gala di Muzium Seni Metropolitan, New York kelmarin.


NEW YORK - Majlis kutipan dana amal, Met Gala yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan di sini kelmarin dianggap malam yang penuh glamor tetapi beberapa selebriti terkenal dilihat memakai fesyen pakaian yang buruk, lapor akhbar MailOnline semalam.

Pada malam itu dua selebriti, Rita Ora dan Kate Upton dilihat mengetuai fesyen paling buruk manakala, Blake Lively dan Beyonce pula dilihat menawan dengan pakaian masing-masing.

Ora memakai sejenis kasut tinggi hingga paras paha dan dipadankan dengan pakaian berwarna emas dengan skirt labuh serta terbelah.

Penyanyi berusia 23 tahun itu juga dilihat tersipu-sipu malu dan cuba membetulkan pakaiannya yang direka oleh Donna Karen Atelier.

Beberapa peminat turut mengkritik Upton yang memakai pakaian berwarna gelap rekaan Dolce & Gabbana pada malam itu yang kelihatan seperti seorang pelayan di salun. - Agensi

Penunjuk perasaan disangka mahu rompak restoran

Posted:

Penunjuk perasaan disangka mahu rompak restoran

Penunjuk perasaan disangka mahu rompak restoran


SEORANG pekerja (dua dari kanan) bergambar dengan tiga anggota kumpulan penunjuk perasaan yang disangka perompak di sebuah restoran makanan segera di Fort Worth, Texas pada Khamis lalu.


FORT WORTH, Amerika Syarikat - Beberapa pekerja sebuah restoran makanan segera bertempiaran melarikan diri dan bersembunyi di dalam peti sejuk selepas lima lelaki bersenjata masuk ke premis berkenaan pada Khamis lalu, lapor akhbar MailOnline semalam.

Salah seorang pekerja turut menghubungi pihak polis kerana menyangka lelaki berkenaan yang masing-masing membawa rifel automatik mahu merompak restoran terbabit.

Bagaimanapun, semua pekerja terbabit keluar dari tempat persembunyian masing-masing selepas kumpulan lelaki terbabit hanya mahu menikmati makan tengah hari.

Saksi berkata, sebanyak 10 kereta polis dan 15 anggota polis dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan tersebut.

Seorang jurucakap polis Fort Worth, Ray Bush berkata, kesemua lelaki itu merupakan anggota kumpulan Open Carry Texas yang dalam perjalanan menghadiri satu bantahan aman bagi mendesak orang ramai dibenarkan membawa senjata api.

Katanya, kumpulan itu singgah ke restoran berkenaan untuk makan tengah hari sebelum menyertai bantahan tersebut.

"Selepas menyedari mereka hanya pelanggan biasa, pekerja restoran itu keluar dari persembunyian mereka dan ada yang bergambar dengan lelaki-lelaki tersebut," katanya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Izzue, Awin hargai teguran

Posted:

Izzue, Awin hargai teguran

Izzue, Awin hargai teguran

"APA yang berlaku antara kami dan Anzalna Nasir tidak perlu dipanjangkan. Semuanya telah selesai," tutur Izzue Islam sewaktu diminta untuk memberikan penjelasan terhadap sengketa yang tercetus antara dia, isterinya dan pelakon itu sewaktu dia sedang menjalani penggambaran untuk drama bersiri Aku Isterinya beberapa bulan lalu.

Ketika berkesempatan bertemu dengannya usai persembahan pentas bersama kumpulan Forteen di Life Center, Kuala Lumpur baru-baru ini, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan menjelaskan, sikap profesionalisme perlu ada bagi menjamin kelangsungannya sebagai seorang pelakon dalam bidang yang mula diceburinya sejak tahun 2011 itu.

"Sebagai seorang pelakon, saya perlu profesional dalam mendukung tanggungjawab yang telah diberikan. Tidak molek rasanya jika kami berdua dilihat terus memanjangkan perselisihan ini.

"Lebih-lebih lagi apabila kami berdua mungkin akan bekerjasama dalam satu penerbitan drama atau filem lain pada masa akan datang," ujarnya.

Menyorot kembali kisah tersebut, Izzue dan Anzalna dikatakan bermasam muka ketika berada di lokasi penggambaran akibat sifat cemburu isterinya, Nurinafilah Waharudin, 32, yang melarang dia melakonkan adegan intim bersama.

Malah, kelibat Nurinafilah atau lebih mesra dipanggil Awin Nurin yang sering berada di lokasi penggambaran bersama Izzue juga turut menyebabkan suasana pada waktu itu bertambah canggung.

Tidak mudah melatah dengan pertelingkahan dingin tersebut, Awin berkata, walaupun dia merupakan isteri kepada aktor yang mula meningkat naik menerusi drama berjudul Gemilang itu, namun tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pengurus menjadi keutamaan bagi dirinya.

Pengurus

"Saya menguruskan kerjaya Izzue sebelum kami mendirikan rumah tangga lagi. Seperti semua sedia maklum, apa sahaja yang berkaitan dengan kerjayanya perlu melalui saya terlebih dahulu.

"Jika terdapat babak yang intim mahupun terlebih romantis, sudah pasti saya akan tahu. Jadi, mustahil pula saya berasa cemburu," ujar Nurinafilah atau lebih mesra disapa Awin.

PASANGAN suami isteri, Izzue dan Awin sudah cukup matang menjalani sepak terajang dunia hiburan. Mereka memilih bersikap matang menangani pelbagai isu yang datang.


Pada masa yang sama, Awin memberi- tahu, menemani Izzue di lokasi penggamba- ran merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib baginya saban hari.

"Saya memang mengikutinya ke setiap lokasi penggambaran. Tugas saya masih sama seperti dahulu. Apa yang berbeza ialah saya kini bergelar isteri kepada Izzue Islam," ujarnya lagi.

Sejak isu tersebut timbul, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2 Jun tahun lalu itu lebih selesa mengambil langkah untuk berdiam diri. Kata Awin, ianya perlu bagi menjaga hubungan baik sesama mereka pada masa akan datang.

"Kami memang gemar mengamalkan sikap sebegitu. Apa yang salah, kami perbaiki bersama dan apa yang benar, kami terima dengan lapang dada. Hubungan jangka masa panjang itu lebih penting," ujar Awin.

Tambah Awin, apa yang berlaku setakat ini memberikan banyak pengajaran kepadanya dan Izzue dalam melewati hari-hari yang mendatang sebagai pasangan suami isteri.

"Secara jujur, perkara seperti ini banyak memberikan kesedaran kepada kami supaya menjadi lebih matang dalam menyelesaikan masalah," ulasnya.

Kawan baik

Melanjutkan perbualan pada petang itu, Izzue yang pernah menjulang trofi bagi anugerah Pelakon Harapan Terbaik bagi Festival Filem Malaysia ke-25 tahun lalu dilihat tidak putus-putus membutirkan kata-kata pujian untuk isterinya.

Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu menyifatkan hubungannya dengan Awin bukan sekadar sebagai sepasang suami isteri, malah lebih kepada dua sahabat baik yang sangat memahami perjalanan karier masing-masing.

"Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu. Ketika itu, dia yang banyak memberi perangsang kepada saya untuk cuba sehabis baik dalam bidang lakonan.

"Di samping mengubah penampilan serta imej saya, dia juga banyak mengajar saya tentang selok-belok dunia hiburan, terutamanya cara yang betul untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

"Mana mungkin untuk berlakon jika pelat Kelantan saya masih pekat," ujarnya yang mengakui sukar untuk meninggalkan dialek negeri kelahirannya itu walaupun telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tambah Izzue, walaupun tugas hakiki Awin adalah sebagai seorang isteri tetapi selaku pengurus, dia juga banyak menjalankan tugas sebagai pembantu peribadi ketika dia sedang sibuk bekerja di lokasi penggambaran

"Di lokasi penggambaran, wataknya akan berubah. Daripada seorang isteri dia akan menjalankan tugasnya sebagai pengurus. Urusan skrip drama atau filem sehinggalah soal pakaian, semuanya dijaga dan dijalankan oleh isteri saya," ujar Izzue sambil tersenyum.

IZZUE ISLAM lebih memberi fokus terhadap memajukan karier seninya berbanding melayan gosip atau kontroversi yang mampu menggugat perjalanan seninya.


Anugerah

Berbicara mengenai dunia lakonan, nama Izzue mungkin sudah sedia terkenal sebagai seorang pelakon yang berbakat.

Menerusi drama-drama seperti Jangan Ambil Padang Kami, Duri, Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan terbaharu Aku Isterinya, aksi pelakon itu di layar kaca begitu menggamit hati para peminatnya.

Justeru, tidak hairanlah jika dia berani mengambil risiko untuk beraksi di pentas teater di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur menerusi teater Maduku Kalut pada tahun lalu.

Menariknya, percubaan pertamanya itu bukan sahaja mendapat perhatian umum, malah dia juga turut tercalon dalam 11th Boh Cameronian Arts Awards menerusi kategori Pelakon Utama Teater Terbaik baru-baru ini.

Ujar Izzue, walaupun pulang dengan tangan kosong, penglibatan serta pengalaman yang diraih di atas pentas teater lebih bermakna dalam membentuk dirinya sebagai seorang pelakon.

"Saya begitu terkejut apabila menerima berita tentang pencalonan saya dalam anugerah itu. Sejujurnya, saya berlakon dalam teater Maduku Kalut hanya kerana mahu memperbaiki diri sebagai seorang pelakon, tidak lebih daripada itu.

"Apatah lagi apabila pesaing-pesaing yang turut tercalon merupakan nama-nama besar dalam industri," ujar Izzue sambil menambah, kekalahannya dalam anugerah itu bukanlah penghalang untuk terus berusaha pada masa akan datang.

Izzue juga turut berkata, apa yang penting adalah pengalaman yang dikutip sepanjang penglibatannya dalam pementasan teater tersebut.

"Banyak yang saya belajar sepanjang berlakon di atas pentas teater. Dari segi lontaran vokal sehingga kerjasama yang melibatkan antara pelakon-pelakon.

"Ia bukan sahaja mencabar, malah memberikan saya ruang untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti dalam tempoh masa yang singkat secara langsung," ujarnya lagi.

Mengakui mempunyai rasa 'ketagih' untuk kembali beraksi di atas pentas teater, Izzue turut memberitahu, dia dan ahli kumpulan Forteen yang lain bakal beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun depan bagi pementasan teater Projek Kahwin.

"Ia bakal menjadi sebuah pementasan istimewa kerana saya dan ahli kumpulan Forteen bakal beraksi bersama-sama dalam teater yang diterbitkan oleh Mask Team itu," ujarnya.

Anak

Sementara itu, bercakap tentang perancangan keluarga, Izzue dan Awin memberitahu, mereka tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa yang terdekat ini.

"Saya dan Izzue tidak merancang tentang anak. Kami menerima apa sahaja rezeki yang telah Allah SWT tentukan.

"Selain itu, kami juga sudah bersedia jika diberikan rezeki dalam masa yang terdekat ini. Sama-sama kita berdoa," ungkap Awin sambil tersenyum.

Putus cinta, Azwan tagih penjelasan Nad

Posted:

Putus cinta, Azwan tagih penjelasan Nad

Putus cinta, Azwan tagih penjelasan Nad

TIDAK puas hati, Azwan nekad mahukan penjelasan daripada Nad.


TANPA ada ribut atau taufan melanda hubungan cinta pelakon genit, Nad Zainal dan Azwan Kombos, menerusi sebuah rancangan televisyen baru-baru ini, pasangan itu mengakui kini sudah putus dan tiada sebarang ikatan lagi.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 24, membuat pengakuan bahawa hubungannya dengan Azwan yang terjalin selama tiga tahun sudah bertemu pengakhirannya.

Katanya menerusi temu bual dalam rancangan televisyen itu: "Saya rasa tiada benda lagi nak cakap. Everything is over! Hanya kami tahu kenapa, masyarakat tak perlu masuk campur. Ada sebab masing-masing dan tak dapat nak teruskan hubungan."

Bulan Mac lalu, pasangan itu telah menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama, namun menjelaskan, tiada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

Kosmo! menghubungi pelakon filem Belukar, Azwan Kombos untuk mendapatkan komen lanjut berhubung situasi tersebut. Ikuti temu bual terbabit.

Kosmo!: Difahamkan hubungan Azwan dan Nad Zainal kini telah putus. Benarkah?

AZWAN: Ya, memang itu yang terjadi. Pada mulanya saya langsung tidak tahu bahawa kami telah putus sehinggalah dimaklumkan melalui media sosial seperti Instagram dan Twitter. Saya terkejut sebenarnya kerana saya yang sepatutnya menjadi orang pertama yang tahu kalau kami sudah putus.

Bagaimanakah sebenarnya situasi sebelum Nad mendedahkan kepada sebuah rancangan TV hujung minggu lalu bahawa kalian berdua telah putus?

Hari Rabu minggu lepas kami keluar bersama-sama. Tiada apa yang mencurigakan dan hubungan kami baik-baik saja, normal seperti sediakala. Namun, kemudiannya dia mulai dingin dengan saya sehingga keluar cerita ini (putus cinta).

Adakah dia jelaskan sebab putuskan cinta dengan anda?

Saya tidak berpeluang lagi untuk bersemuka dengannya tetapi saya ada menghubunginya selepas keluar cerita itu. Dia memberitahu saya bahawa semuanya telah berakhir. Dia tidak mahu ada sebarang hubungan lagi dengan saya selepas ini.

Apakah tindakan lanjut yang anda mungkin anda lakukan untuk memperbaiki hubungan ini?

Saya ingin bersemuka dengannya dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keputusan nekad yang dia pilih. Saya mahu duduk dan berbincang sekiranya ada masalah antara kami yang masih belum selesai. Apa pun, saya hormati keputusannya.

Mungkin keputusannya didorong oleh kemunculan orang ketiga atau kisah lama bahawa dia menaja anda menjadi barah dalam hubungan cinta kalian?

Saya tidak tahu. Kalau setakat bergaduh manja itu biasalah hubungan bercinta, semua orang akan alami perkara yang sama. Pasal orang ketiga pun saya tidak tahu, mungkin juga benar, mungkin juga tidak. Cerita dia menaja saya itu sudah lama dan sudah dijelaskan dan saya tidak menuding jari kepada sesiapa, cuma saya mahukan penjelasan daripadanya.

Selepas menghadiri kursus perkahwinan, sudah pasti hubungan kalian adalah hubungan yang serius. Mungkin ini sekadar dugaan pasangan bercinta dan ada kemungkinan untuk kalian berbaik semula?

Jauh di sudut hati saya mahukan yang terbaik untuk kami berdua. Doa-doakanlah. – KHAIRUL AMRI HASSAN

Azri lupakan kontroversi Bali

Posted:

Azri lupakan kontroversi Bali

Azri lupakan kontroversi Bali

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

JEJAKA kacak ini tidak putus harapan untuk terus mencari lagu yang sesuai dengan vokalnya.


SEBUT nama Azri Abdullah, pasti tertumpu pada kisah kontroversi aksi panas bersama rakan peserta Akademi Fantasia 9, Lena, di Pulau Bali, Indonesia sekitar tiga tahun lalu.

Benarlah bagai dikata bahawa kontroversi boleh memperkenalkan seseorang individu kepada masyarakat. Semakin buruk kisah dijaja, semakin mencanak nilai popularitinya.

Enggan membuka kembali kisah silam yang dilihat mengarut bagi Azri, kata penyanyi kelahiran Klang, Selangor itu, dia mahu terus melangkah ke depan.

"Kisah kontroversi itu sudah lama padam, biarpun orang akan kenal saya kalau ungkit balik cerita itu. Saya lebih selesa untuk tidak mengulas panjang kerana segalanya sudah diselesaikan tiga tahun lalu.

"Lagipun, cerita itu tidak benar dan Lena pun sudah mempunyai kehidupan peribadi yang baharu bersama keluarganya. Tidak manis kata orang tua-tua," katanya yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Azri, 27, dan Lena, 24, pernah didakwa melakukan perkara sumbang di pulau peranginan tersebut ketika menjalani penggambaran untuk sebuah program televisyen selepas tamat rancangan Akademi Fantasia 9.

Bagaimanapun, kedua-duanya sudah menjawab situasi salah faham itu dan kontroversi tersebut lenyap daripada terus diperkatakan.

Persis Faizal Tahir

Azri kini membuka lembaran baharu dalam karier nyanyiannya. Selain baru melancarkan single ketiganya, Mahadewi baru-baru ini, dia turut membuka sebuah syarikat pengurusan artis, Eyecon Entertainment yang berpangkalan di Klang, Selangor.

"Saya tidak putus harapan untuk terus mencari lagu yang sesuai dengan vokal saya dan konsep yang kena dengan diri saya supaya puas hati.

"Kalau single terdahulu seperti Niskala dan Amarah lebih kepada lagu dengan jiwa yang memberontak, kali ini saya perlahankan sedikit rentaknya dan lebih bercerita mengenai cinta," ujarnya mengenai lagu ciptaan Adah Kahir itu.

Sering disamakan dengan penampilan dan vokal Faizal Tahir sejak konsert mingguan Akademi Fantasia 9 lagi, Azri akui yang dia cuba lari daripada terus disamakan dengan penyanyi tersebut.

"Dia (Faizal Tahir) antara penyanyi yang saya kagumi karyanya dan meminati genre yang dibawa. Orang kata saya tiru dia, rasanya suara saya bercakap dan menyanyi sama saja.

"Apa yang membezakan kami adalah emosi dan cara kami membawa diri di pentas. Dia ada karisma tersendiri," ujarnya yang turut berjinak-jinak dalam dunia lakonan beberapa tahun lalu.

Tiga pengurusan

Yakin dengan pengalaman yang ditimba selepas tiga tahun bergelar artis, penubuhan syarikat baharunya, Eyecon Entertaiment awal tahun ini adalah bukti dia serius dalam kariernya.

"Lebih selesa sebenarnya menguruskan diri sendiri dan penubuhan syarikat ini lebih kepada memfokuskan kerjaya diri sendiri. Apabila sudah stabil, saya mungkin akan menguruskan artis lain pula.

"Syarikat ini ditubuhkan atas usaha saya sendiri. Saya kumpul sedikit demi sedikit duit persembahan nyanyian untuk membuka syarikat ini dan Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar," jelas anggota kumpulan Breakfast Band itu.

Selepas tamat kontrak bersama Astro, Azri bernaung di bawah syarikat pengurusan Beaming Starz selama setahun sebelum singgah ke Runaway Production tahun lalu.

Bersama Beaming Starz single keduanya, Amarah dilancarkan manakala Runaway Production menerbitkan single ketiganya, Goodbye Goodbye yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Azri kini sedang dalam proses mendapatkan sosok tubuh yang ideal sebagai salah satu strategi pemasaran kerjayanya.

"Lebih setahun saya berulang-alik ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Sebagai selebriti, rasanya ini langkah pemasaran paling proaktif. Ini diri saya yang baharu," simpulnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved