Rabu, 30 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perubahan ekonomi pengaruhi pekerjaan

Posted:

Perubahan ekonomi pengaruhi pekerjaan

Perubahan ekonomi pengaruhi pekerjaan

PERASAAN gembira dan puas menyelubungi Mohammad Syukri Suparman, 24, setelah berjaya menggenggam segulung diploma dalam Pengurusan dan Teknologi Pejabat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Kejayaan tersebut diharap dapat menjadi tiket kepadanya untuk memohon jawatan yang menawarkan gaji yang lebih besar bagi membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapanya.

Namun, apakan daya setelah hampir setahun menamatkan pengajian dan selepas berpuluh-puluh permohonan kerja diisi, dia masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang dan kelulusannya.

Rentetan itu, Shukri mengambil keputusan untuk menghadiri temu duga terbuka jawatan Penguatkuasa, gred N17 di sebuah institusi awam dengan menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhirnya, dia ditawarkan bekerja di tempat tersebut dengan gaji permulaan sekitar RM900 sebulan.

Itulah dilema yang dilalui oleh Shukri dan sebahagian besar lagi siswazah lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara iaitu terpaksa bekerja tidak mengikut bidang dan taraf kelulusan.

Bagi anak kelahiran Simpang Renggam, Johor itu dia tidak mempunyai masalah untuk bekerja di luar bidang dan taraf.

"Zaman ini bukanlah waktu yang sesuai bagi seseorang siswazah seperti saya memilih kerjaya mengikut bidang pengajian dan setaraf dengan kelulusan.

"Sebaliknya, saya bersyukur kerana telah mempunyai pekerjaan tetap. Ini kerana masih ramai lagi siswazah di luar sana yang masih menganggur," katanya.

Ujar Shukri, para siswazah harus membuang pemikiran 'lebih baik menganggur selagi tidak menemui pekerjaan yang sesuai' kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah negara.

Menurut anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik itu, sekiranya seseorang siswazah itu mempunyai mentaliti untuk bekerja mengikut bidang pengajian dan setaraf dengan kelulusan sahaja, ia dikhuatiri akan menyebabkan masa menganggur mereka menjadi lebih lama.


KEADAAN ekonomi semasa memaksa lepasan universiti untuk tidak memilih kerja dalam meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar hiasan


"Kalaulah saya menolak tawaran kerja ini dan menunggu kerja yang sama dengan bidang dan kelulusan, mungkin sampai sekarang saya masih menganggur," katanya.

Sementara itu, bagi Hidayatul Syabiha Zaidi, 24, dia memilih kerjaya berlainan daripada bidang dan taraf kelulusannya disebabkan dorongan untuk mendapat pengalaman bekerja.

Hidayatul merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari universiti awam tempatan. Dia kini bertugas sebagai seorang jurujual barangan kosmetik di sebuah syarikat swasta di Dungun, Terengganu.

Tiada panggilan

"Saya mendapat tawaran kerja ini sebelum keputusan peperiksaan akhir keluar, oleh itu saya terima saja kerja ini, sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman kerja," katanya.

Setelah mendapat segulung ijazah dalam majlis konvokesyen universiti pada tahun lalu, dia mula mencari pekerjaan lain yang bersesuaian dengan kelulusan dan bidang pengajiannya. Malangnya sehingga kini dia masih belum menerima sebarang panggilan untuk bekerja.

Menurut anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu, kegagalan tersebut menyebabkan dia terpaksa meneruskan pekerjaan yang telah dilakukannya sejak setahun lalu itu walaupun dengan pendapatan tidak setimpal dengan kelulusannya.

"Gaji bersih saya ketika ini RM1,500 saja, walaupun tidak berbaloi, namun saya perlu meneruskan kerja ini kerana ini rezeki saya.

"Hasil pendapatan yang diperoleh ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa saya," katanya yang memperoleh ijazah kelas kedua atas.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, siswazah pada masa kini harus bersedia untuk bekerja di luar bidang pengajian mereka.


SUATU masa dulu, ekonomi negara banyak disumbangkan oleh sektor pertanian.


Ujar beliau, antara faktor berlakunya fenomena tersebut adalah disebabkan perubahan dalam struktur ekonomi negara.

"Ekonomi negara kita sedang mengalami perubahan, pada tahun 1990-an pendapatan negara banyak disumbangkan daripada sektor pembuatan, pertanian dan pembinaan.

"Namun, data terkini Keluaran Dalam Negara Kasar menunjukkan hampir 60 peratus pendapatan negara diperoleh daripada sektor perkhidmatan," ujarnya.

Perubahan tersebut menyebabkan siswazah dalam bidang tertentu seperti pembinaan, pertanian dan pembuatan terpaksa beralih mencari pekerjaan dalam bidang lain.

Di samping itu, beliau juga tidak menafikan bahawa kebanyakan bidang pengajian yang ditawarkan di IPT negara ini tidak lagi mempunyai permintaan di pasaran kerja.

"Kebanyakan IPT di negara ini masih menawarkan bidang-bidang pengajian yang tidak lagi mempunyai peluang pekerjaan. Ini sesuatu yang sangat merugikan," katanya.

Beralih pekerjaan

Antara faktor lain yang menyebabkan siswazah terpaksa bekerja di luar bidang adalah peningkatan had umur persaraan pekerja iaitu daripada usia 55 tahun kepada 60 tahun yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet pada tahun 2012.

Menurutnya, sebelum ini dianggarkan hampir 180,000 pekerja sektor swasta bersara pada setiap tahun. Namun selepas umur perasaan ditingkatkan pihaknya menjangkakan jumlah tersebut akan berkurangan.

"Peningkatan umur persaraan merupakan salah satu punca siswazah terpaksa melakukan pekerjaan di luar bidang. Ini kerana peluang untuk mereka bekerja semakin tertutup.

"Pengurangan pekerjaan makan gaji ini menyebabkan para siswazah terpaksa beralih mencari pekerjaan sendiri seperti menjadi usahawan," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai punca utama para siswazah sering mengalami kegagalan dalam proses temu duga ialah masalah komunikasi.

MENJADI usahawan tani antara pekerjaan yang dipilih oleh segelintir lepasan universiti. - Gambar hiasan


Ujarnya, kebanyakan syarikat swasta kini lebih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris yang baik kerana skop perniagaan mereka lebih bersifat global.

"Kebanyakan siswazah kita tidak boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Sebagai majikan kami bimbang ia akan menyukarkan mereka mendapat peluang pekerjaan dalam sektor swasta.

"Hasil kajian menunjukkan hampir 80 peratus siswazah yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris mendapat pekerjaan di sektor swasta," katanya.

Selain itu, antara faktor yang menyukarkan siswazah baharu mendapat pekerjaan pada masa kini ialah disebabkan kurangannya kemahiran dan pengalaman bekerja.

Tambahnya, kebanyakan majikan dalam bidang profesional lebih memilih calon yang mahir dan berpengalaman berbanding siswazah baharu.

Rata-rata majikan terutamanya dalam sektor swasta enggan mengeluarkan kos tambahan melatih pekerja baharu kerana matlamat utama mereka untuk memaksimumkan keuntungan.

Laman web porno ancam moral awam

Posted:

Laman web porno ancam moral awam

Laman web porno ancam moral awam

HUBUNGAN sulit dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin merupakan kepincangan moral. - Gambar hiasan


HUBUNGAN seks luar nikah atau penzinaan bukan satu amalan yang diterima secara terbuka di Korea Selatan.

Walaupun menjadi antara negara termaju di benua Asia, soal sosiobudaya dan norma masyarakat sangat dijaga malah seseorang boleh dipenjarakan sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan melakukan seks luar nikah.

Undang-undang negara itu yang disifatkan konservatif oleh Barat telah tercabar dengan pelancaran sebuah laman web lucah di negara tersebut pada bulan lalu yang berpangkalan di Kanada.

Laman web porno itu mempunyai lebih 25 juta pelanggan dari 35 buah negara.

Laman web tersebut dilihat tidak mempunyai perkaitan dengan undang-undang di negara berkenaan, namun slogannya, Hidup ini singkat, jalinlah hubungan secara sulit secara tidak langsung menyeru pengikutnya untuk menjalinkan hubungan sulit dengan sesiapa sahaja selain daripada pasangan yang sah.

Diharamkan

Pegawai Eksekutif laman porno tersebut, Noel Biderman menyasarkan keahlian kira-kira 500,000 orang atau satu peratus daripada jumlah penduduk Korea Selatan untuk menyertai laman web itu.

"Dalam tempoh seminggu, seramai 46,000 orang telah mendaftar untuk menyertai kami.

"Negara ini mengamalkan undang-undang yang ketinggalan zaman. Ramai yang takutkannya dan tidak menghadiri majlis pelancaran kami," katanya.

Pelancaran laman porno tersebut di Korea Selatan dikenakan syarat statut 1953 berkaitan dengan jenayah lucah.

Laman porno itu sudah menapak di Asia kerana sudah dilancarkan di beberapa negara seperti Jepun, India, dan Hong Kong.

Seperti Korea Selatan, Singapura juga begitu konservatif dalam hal berkaitan sosio budayanya terutama yang melibatkan penggunaan internet.

Pihak Berkuasa Pembangunan Media Singapura telah mengharamkan laman web itu pada November lalu kerana menyifatkannya sebagai satu ancaman terhadap nilai-nilai keluarga dan moral awam.

Korea Selatan pula telah memadam kira-kira 23,000 laman web tempatan dan 63,000 laman web luar negara telah disekat atas arahan Suruhanjaya Standart Komunikasi Korea (KCSC), sebuah badan yang dilantik oleh kerajaan negara itu.

Laman web yang disekat memfokuskan aktiviti pornografi, pelacuran dan perjudian.

Menurut seorang pegawainya, Song Myung-Hoon, KCSC kini dalam proses memantau laman web tersebut untuk mengenal pasti sebarang aktiviti yang boleh disabitkan dengan undang-undang di negara itu sejak ia dilancarkan.

"Kita tahu laman ini bermasalah dan sedang membincangkan secara khusus tentang perkara yang perlu dilakukan dengannya kerana secara lahiriahnya web ini tidak boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah," jelas Myung-Hoon.


KOREA SELATAN adalah antara negara maju yang masih mengamalkan budaya yang ketat dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan.


Apabila aduan dilakukan, seseorang pesalah akan didakwa dan perkara tersebut akan dilupakan sebaik sahaja plaintif dijatuhkan hukuman.

Pada tahun 2004 seramai 216 pesalah dipenjarakan atas kesalahan berkaitan manakala pada tahun 2008, bilangannya menurun kepada 42 orang sahaja.

Undang-undang tersebut masih belum dipinda walaupun telah banyak rujukan yang dibuat untuk semakan kepada Mahkamah Perlembagaan negara itu dan tiada satu suara yang kuat untuk memindanya.

Seorang paderi telah dipenjarakan tiga tahun lalu setelah seorang lelaki mengemukakan aduan bahawa paderi tersebut telah menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya. Paderi tersebut pernah menjadi perasmi majlis perkahwinan pasangan tersebut dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan.

Jenayah zina

Sementara itu, kumpulan aktivis konservatif, Kesedaran Sivik dan Keluarga Sihat Seoul telah mengutuk laman web porno versi bahasa Korea yang dilancarkan di negara mereka.

Salah seorang ahlinya, Lee Kum-Sook berkata, perkara tersebut sama sekali tidak masuk akal, sama ada dari segi undang-undang atau moral.

"Perbuatan zina adalah satu jenayah yang boleh dihukum di sini.

"Walaupun ada yang melakukannya secara rahsia, mempromosikannya secara terbuka di internet akan membuatkan masalah bertambah parah," ujar Kum-Sook.

Biderman pula menggunakan alasan wujudnya hubungan sulit dalam kalangan orang yang sudah berkahwin untuk membawa laman web porno itu di negara tersebut.

Dia juga menafikan bahawa laman web itu bertanggungjawab dalam isu golongan isteri yang curang dengan teman baharu yang ditemui dalam laman tersebut.

"Mereka tetap menjalinkan hubungan sulit sama ada secara terbuka atau rahsia. Jadi mengapa kita tidak memberikan mereka satu jalan yang mudah untuk mereka lakukannya?

"Laman ini sebagai alternatif kepada mereka. Sebarang masalah di tempat kerja yang berlaku seperti penghinaan dan pemecatan atau sebarang tindakan yang diambil, kami akan melindungi mereka di luar mahkamah," jelas Biderman. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Pengembaraan di Era Mesozoik

Posted:

Pengembaraan di Era Mesozoik

Pengembaraan di Era Mesozoik

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

KEADAAN gelap dalam ruang pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live! pada awalnya jelas menimbulkan rasa takut kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak. Perasaan takut mulai hilang sebaik mereka diberikan peta yang digunakan oleh ahli paleontologi (pengkaji fosil haiwan). Peta itu merupakan petunjuk untuk melakukan 15 aktiviti interaktif.

Sebelum meneroka ke era Mesozoik iaitu bermula 230 juta tahun hingga 63 juta tahun lalu itu, pengunjung diberi peluang untuk menyaksikan tayangan video mengenai kehidupan dinosaur.

Melalui tayangan itu, pengunjung diberikan gambaran awal mengenai habitat dan spesies dinosaur yang terdapat sepanjang pameran yang berlangsung sehingga bulan Februari 2015.

Menariknya mengenai pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live! ialah pengunjung diberikan tag pengenalan radio berfrekuensi seperti gelang yang dipakai pada tangan pengunjung.

Setiap pengunjung boleh mengimbaskan gelang getah itu pada setiap titik semakan untuk mendapat informasi dan jawapan persoalan mengenai spesies dinosaur.

Seorang pengunjung, Jacqui Burgess memberitahu, Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan pameran kedua yang dikunjungi oleh keluarganya sejak menetap di ibu negara, tiga tahun lalu.

Dia yang datang bersama dua orang anaknya, Dominic Burgess, 7, dan Sophie Burgess, 6, menyifatkan Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan destinasi terbaik untuk kanak-kanak memperoleh informasi mengenai dinosaur.


AKSI riang kanak-kanak ke pameran ini yang menjadi tumpuan lensa jurugambar.


Konsep

"Konsep pameran ini lebih interaktif. Dominic menggemari aktiviti lumba lari dengan dinosaur spesies Velociraptor yang dilengkapi dengan sistem sensor di trek sepanjang 10 meter. Informasi dan aktiviti untuk kanak-kanak dalam meneroka dunia dinosaur disediakan dengan teknologi canggih," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di pameran tersebut di pusat beli-belah Avenue K, ibu negara baru-baru ini.

Pameran tersebut mempamerkan karakter dinosaur yang direka semula berlatarbelakangkan set pengembaraan di habitat sebenar.

Pengunjung dibekalkan lampu kepala untuk memudahkan perjalanan dan melakukan tugasan dalam kegelapan ruang pameran.

Berpandukan peta dan tag pengenalan radio berfrekuensi, ia merupakan komponen penting bagi pengunjung untuk meneruskan pengembaraan dalam pameran itu. Setiap titik semakan mempunyai soalan yang harus diselesaikan oleh pengunjung.

Tampil dengan tema Calling All Cavepeople, pameran itu juga mempamerkan rekaan patung dinosaur yang kelihatan seperti hidup malah ada yang bergerak apabila disentuh.

Setiap persinggahan pengunjung di pameran yang berkeluasan 1,208 meter persegi itu menyediakan informasi lengkap mengenai hidupan dinosaur. Sebagai contoh, kanak-kanak mengembara menyelamatkan dinosaur dengan menembak haiwan perosak, menggali kawasan berpasir mencari fosil dan mempelajari tekstur bahan buangan haiwan reptilia itu.

Dinoscovery by Dinosaurs Live! menjadi salah satu destinasi wajib dikunjungi oleh para pelancong di ibu negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 kerana pameran itu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


MAKLUMAT lengkap mengenai spesies dinosaur disediakan kepada pengunjung sehingga garisan penamat.


Tarikan utama

Tarikan utama untuk pengunjung di pameran edutainment itu ialah Dino Quest, paintball menembak nyamuk yang mengganggu spesies Diplodocus, memanjat dinding untuk melihat telur spesies Pteranodon yang tergantung dan mempelajari cara Ankylosaurus mempertahankan diri.

Selain aktiviti, setiap maklumat yang disampaikan secara santai dan interaktif ternyata menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan pengembaraan sehingga ke garisan penamat.

Pameran itu dibawakan oleh EMS Holdings Pte. Ltd. (EMS) yang merupakan pemilik dan pengeluar acara hiburan terkemuka dunia.

Pengerusi EMS, Datuk Jared Lim memberitahu, pameran yang mendapat kerjasama Avenue K dan Malaysia Major Events itu diharapkan menjadikan tapak Discoveria sebagai destinasi tumpuan pelancongan di Malaysia.

"Lokasi Avenue K yang terletak berhadapan Menara Berkembar Petronas menjadikan Dinoscovery by Dinosaurs Live! sebagai satu alternatif lain kepada pelancong di ibu negara.

"Sejak dibuka kepada orang ramai sebulan lalu, pameran ini berjaya menarik pelancong dari luar negara terutamanya China dan Indonesia. Idea seperti pameran ini telah dilakukan di Eropah dan Amerika Syarikat sejak 20 tahun lalu. Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan pameran pertama di rantau Asia Tenggara," ujarnya pada sidang akhbar selepas pelancaran pameran tersebut baru-baru ini.

Turut hadir dalam acara pelancaran pameran itu ialah Pengarah Urusan EMS dari Singapura, Greg Suzuki. Para tetamu, ibu bapa dan kanak-kanak yang hadir turut dihiburkan oleh lima orang pelakon rancangan televisyen kanak-kanak popular dari Australia iaitu Hi-5.

Tambah Jared, pihaknya menjangkakan seramai 200,000 pengunjung berkunjung ke pameran tersebut sehingga Februari tahun depan.

AKTIVITI memanjat dinding untuk melihat sarang Pteranodon merupakan cabaran yang harus dilalui oleh pengunjung.


Objektif pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live! ialah untuk menggalakkan golongan dewasa atau kanak-kanak mendapatkan maklumat dengan kaedah interaktif. Aktiviti yang mencabar itu juga mencambahkan minat kanak-kanak terhadap hidupan yang telah pupus itu.

Melihat kepada struktur rekaan patung dinosaur yang dibina di Filipina dan China itu, pengunjung pastinya berasa gerun kerana ia seolah-olah seperti hidup.

Kanak-kanak juga boleh menyertai peraduan mewarna dengan menggunakan kelengkapan warna yang ditaja oleh Staedtler selepas mengembara di dalam ruangan pameran. Buku Junior Paleontologist Handbook turut dijual kepada pengunjung sebagai satu langkah terbaik untuk kanak-kanak mengulang kaji pembelajaran yang diperoleh pada pameran itu.

Menurut Greg, konsep pameran itu akan dibawa dan dipamerkan di beberapa bandar raya di Jepun antaranya, Hiroshima, Osaka, Tokyo dan Nagoya.

Selain kanak-kanak, golongan dewasa juga boleh melakukan setiap aktiviti di Dinoscovery by Dinosaurs Live! dengan bantuan pembantu di setiap titik semak.

Sepanyol bandar raya luar biasa

Posted:

Sepanyol bandar raya luar biasa

Sepanyol bandar raya luar biasa


REKA bentuk L'Hemisferic yang menyerupai bebola mata apabila sebahagian imej terpantul dari air tasik turut menjadi tarikan.


BERCUTI ke Sepanyol tidak akan lengkap sekiranya tidak menghabiskan masa di bandar raya pelabuhan terkenal iaitu Valencia yang menghadap Laut Mediterranean.

Ia merupakan sebuah bandar raya yang sering menjadi buah mulut warga Amerika Syarikat (AS) apabila balik bercuti dari Eropah.

Bagi kebanyakan pelancong AS, percutian ke Eropah kurang memberi kepuasan sekiranya tidak memasukkan Valencia dan Barcelona ke dalam senarai destinasi.

Sebagai orang AS yang sering mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai Barcelona, saya juga tidak mahu melepaskan peluang menyedut udara segar Laut Mediterranean dari 'jendela' Barcelona.

Sebaik menuruni pesawat di Lapangan Terbang Granada, perjalanan saya ke Valencia dan Barcelona bermula tanpa ditemani sesiapa.

Saya sengaja untuk tidak mendarat terus di lapangan terbang Valencia dan Barcelona kerana mahu menikmati pengalaman membuat perjalanan darat di sepanjang Laut Mediterranean.

Di Lapangan Terbang Granada, saya terus membeli poskad-poskad yang tertera gambar beberapa destinasi pelancongan di Sepanyol.

Seorang pekerja kedai poskad di lapangan terbang juga memberitahu supaya singgah di Valencia sebelum meneruskan perjalanan ke Barcelona.

Ia membuatkan saya semakin tidak sabar untuk ke Valencia apabila pekerja kedai itu bersungguh-sungguh menyuruh saya singgah di Valencia, tambahan pula saya memang mahu ke sana.

Jarak antara Granada dengan Barcelona adalah kira-kira 858 kilometer menggunakan pengangkutan awam di laluan jalan raya sepanjang pantai yang menghadap Laut Mediterranean.

Valencia

Perjalanan itu mengambil masa kira-kira lapan jam tetapi saya membuat keputusan untuk singgah menghabiskan masa selama satu hari di Valencia terlebih dahulu.

Valencia, bandar ketiga terbesar di Sepanyol yang terletak di timur laut bukan tempat menyenangkan bagi pelancong. Budaya masyarakat di situ juga jauh berbeza dengan tempat-tempat lain di Sepanyol.

Masyarakat di Valencia tidak suka bertutur dalam bahasa Sepanyol. Mereka lebih gemar bercakap menggunakan bahasa Catalonia.


PENGHIBUR jalanan melakukan persembahan di khalayak ramai di Rambla yang menjadi tarikan utama di bandar raya Barcelona.


Selain itu, mereka juga menyambut baik sekiranya pelancong menggunakan bahasa selain Sepanyol seperti Inggeris, Perancis, Jerman atau Itali.

Keadaan itu tidak pelik sekiranya mengetahui sentimen masyarakat Valencia yang tidak suka berada di bawah pemerintahan Sepanyol sejak beberapa dekad lalu.

Di Valencia, saya tidak membuang masa dengan berhenti berehat dan tidur. Saya membelek poskad yang dibeli di lapangan terbang dan tertarik melihat bangunan L'Hemisferic.

Perjalanan untuk sampai ke L'Hemisferic menjadi lebih menarik apabila melihat deretan taman yang sangat cantik di sepanjang bandar. Penduduk tempatan memanggil ia sebagai Taman Turia.

Taman tersebut merupakan bekas laluan Sungai Turia yang tertimbus selepas kejadian banjir lumpur terbesar di Valencia pada tahun 1957.

Selepas tertimbus, ia mula ditumbuhi pokok sebelum diubah suai menjadi taman yang dihiasi air pancut, laluan pejalan kaki serta tempat khas untuk kanak-kanak bermain.

Taman Turia juga merupakan salah satu daripada 12 khazanah destinasi semula jadi yang menarik di Sepanyol.

Di sepanjang laluan taman itu juga terdapat beberapa jambatan yang pernah menjadi penghubung pekan-pekan kecil di Valencia pada ketika Sungai Turia masih wujud.

Di penghujung laluan taman itu, didirikan L'Hemisferic yang sangat menarik perhatian kerana berbentuk seperti bebola mata apabila menerima pantulan dari air Tasik Turia.

Ia merupakan sebuah panggung planetarium milik Kompleks Sains dan Seni Valencia yang menyediakan skrin bersaiz 900 meter persegi.

Selepas menyaksikan kepintaran seni bina L'Hemisferic yang menjadi mercu tanda Valencia, saya kemudian melawat L'Oceanografic iaitu akuarium terbesar di Eropah.

Pengindahan kawasan di sepanjang laluan Taman Turia sehingga Tasik Turia dijalankan pada 1998 oleh Kompleks Sains dan Seni Valencia menerusi kepakaran dua arkitek tempatan iaitu Santiago Calatraya serta Felix Candela.

Barcelona

Persinggahan di Valencia ternyata tidak sia-sia terutama selepas melihat keajaiban Taman Turia dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk ke Barcelona pada keesokan hari.

Perjalanan selama tiga jam ke Barcelona tidak begitu memenatkan. Sebaik tiba di Barcelona, saya berjalan menuju ke Rambla.

Ia merupakan sebuah laluan pejalan kaki utama di Barcelona yang menghubungkan kawasan tempat tinggal penduduk dengan pusat bandar raya.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik di Rambla seperti penghibur jalanan, deretan kedai menjual bunga dan restoran-restoran yang menghidang variasi cita rasa Sepanyol serta Latin.

GEREJA Sagrada Familia yang dibina mengikut pelan asal arkitek terkenal Barcelona, Antonin Gaudi.


Paling menarik perhatian ketika berada di Barcelona ialah sebaik menjejak kaki ke deretan bangunan pelik yang dinamakan gaudy.

Bangunan pelik itu dibina berdasarkan idea arkitek masyhur di Sepanyol iaitu Antonin Gaudi pada 1880-an yang kemudian tercipta terma konsep binaan yang disebut gaudy sempena nama beliau.

Gaudi tidak sekadar mencipta konsep bangunan, dia turut menetapkan jenis bahan binaan dan standard rekaan dalaman secara terperinci termasuk pemilihan perabot, corak lantai dan hiasan dinding.

Salah satu karya beliau dianggap terhebat ialah gereja Sagrada Familia yang proses pembinaannya tergendala apabila Gaudi maut dilanggar kereta api pada 1926.

Struktur bangunan itu direka mempunyai 18 tiang batu dan hanya sebanyak lapan tiang setinggi 100 meter sempat didirikan sebelum kematian Gaudi.

Bagaimanapun, Sagrada Familia disiapkan sepenuhnya pada tahun 2008 sebagai memberi penghormatan terhadap idea seni bina terakhir Gaudi.

Setiap pengunjung yang tiba di Barcelona pasti akan diperdengarkan mengenai karya seni bina Gaudi oleh penduduk tempatan.

Meluangkan masa mendengar kisah-kisah lisan daripada penduduk tempatan juga merupakan jalan terbaik untuk mendapatkan bantuan tunjuk arah daripada orang di sana.

Tidak banyak tempat menarik di Barcelona. Bandar raya itu dipenuhi kelab malam dan budaya popular yang tidak ubah seperti di AS dan negara Eropah lain.

Namun, Rambla dan bangunan-bangunan Gaudi menjanjikan pengalaman tidak terhingga kepada setiap pengunjung yang menjejakkan kaki ke bandar pelabuhan itu. - Adventureprone.com

Seperti beristirehat di rumah sendiri

Posted:

Seperti beristirehat di rumah sendiri

Seperti beristirehat di rumah sendiri

Oleh MOHD. NOOR MAT AMIN


STUDIO Suite lengkap dengan perabot untuk kegunaan para tetamu.


SUASANA nyaman yang bebas pencemaran asap kenderaan dan kesesakan lalu lintas di tengah ibu kota menyebabkan Shaftsbury Serviced Residences, Cyberjaya menjadi pilihan penginapan tetamu tempatan dan luar negara.

Shaftsbury Serviced Residences, Cyberjaya terletak kira-kira 50 kilometer di selatan bandar raya Kuala Lumpur memulakan operasi sejak September 2013 dengan menawarkan pilihan penginapan yang sesuai bagi ahli perniagaan, eksekutif dan keluarga.

Terkenal dengan ruang moden dan eksklusif, unit-unitnya turut menawarkan suasana selesa dengan kelengkapan perabot terpilih dan pelbagai kemudahan sampingan.

Daripada satu bilik hingga empat bilik tidur, penyediaan gaya penginapan terbahagi kepada ruang untuk dapur, ruang tamu dan tempat makan.

Sebanyak 238 unit bilik untuk para tetamu yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Studio Suite, One-Room Suite, Two-Room Suite dan Three-Room Suite.

Istimewa

Menurut Pengarah Eksekutif, Shaftsbury Capital Sdn. Bhd., Tengku Hishammuddin Zaizi, penginapan yang ditawarkan amat istimewa dan memberi keselesaan seperti berada di rumah sendiri.

"Pihak kami banyak menerima tempahan daripada pelancong asing. Mereka terdiri daripada golongan ekspatriat terutama dari Asia Barat dan Eropah yang menjadikan Shaftsbury Serviced Residences sebagai rumah sementara ketika berada di negara ini.

"Ada dalam kalangan mereka menginap beberapa bulan di suite bersama keluarga kerana bekerja di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam, Sepang mahupun ibu negara.

GIMNASIUM merupakan antara kemudahan yang disediakan untuk para tetamu.


"Bagi tempoh yang agak lama, kadar caj penginapan dikenakan agak berbeza dan mengikut pakej tertentu," ujarnya.

Tambah Tengku Hishammuddin, pelancong juga diberi pakej penginapan selama tiga bulan, enam bulan dan setahun untuk mereka yang ingin menginap dalam jangka masa panjang.

Tetamu tidak perlu bimbang kerana setiap tingkat penginapan dilengkapi dengan sistem kunci berkomputer, sistem televisyen litar tertutup (CCTV), kawalan pengawal keselamatan selama 24 jam dan kemudahan tempat letak kereta yang selesa.

Jelasnya, bagi keselesaan tetamu, kemudahan riadah turut disediakan termasuk kolam renang, taman kanak-kanak, ruang santai, gelanggang skuasy dan tenis, gimnasium, bilik sauna serta trek larian.

Sementara itu, lokasi bersebelahan Shaftsbury Square turut menyediakan banyak kemudahan seperti kedai serbaneka, farmasi, restoran, karaoke dan bilik mainan video, sekali gus memberi lebih banyak kemudahan kepada tetamu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


IPD Kerian anjur boling persahabatan

Posted:

IPD Kerian anjur boling persahabatan

IPD Kerian anjur boling persahabatan

MAT FAUZI (kiri) beramah mesra dengan peserta daripada pasukan Pengurusan A yang menjadi juara pertandingan boling Piala Ketua Polis Daerah Kerian di Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.


ERAT HUBUNGAN. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak menganjurkan pertandingan boling Piala Ketua Polis Daerah Kerian di pusat beli-belah Megamall Pinang, Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, pertandingan kali pertama itu bertujuan mengeratkan hubungan sesama anggota IPD Kerian selain mengukuhkan semangat kerjasama dalam pasukan.

"Pertandingan ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan berikutan mendapat sambutan yang menggalakkan," katanya.

Pada pertandingan itu, pasukan Pengurusan A IPD Kerian berjaya muncul juara.

FAMA melawat gerai buah segar di Perlis

Posted:

FAMA melawat gerai buah segar di Perlis

FAMA melawat gerai buah segar di Perlis


AB. RAZAK (kiri) bersama kakitangan FAMA melawat gerai buah mangga harumanis di Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun, Pauh Putra, Arau, Perlis baru-baru ini.


LAWAT. Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ab. Razak Ab. Majid mengadakan lawatan kerja selama sehari di Perlis baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut Ab. Razak berkesempatan singgah di Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) di Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun, Pauh Putra, Arau, Perlis.

Beliau turut meninjau dan membeli mangga harumanis yang dijual oleh peniaga di gerai itu.

"FAMA juga memutuskan membina 100 buah lagi gerai baharu di bawah program GBBS di seluruh negara tahun ini selepas pulangan yang diraih peniaga agak baik," katanya.

PSSTLDM jayakan program jiwa murni

Posted:

PSSTLDM jayakan program jiwa murni

PSSTLDM jayakan program jiwa murni


SEBAHAGIAN daripada anggota PSSTLDM bergambar pada program Jiwa Murni anjuran PSSTLDM di Kampung Sungai Pial, Kuala Muda, Kedah baru-baru ini.


BERBAKTI. Seramai 90 anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) KD Sri Pinang termasuk 20 anggota Palapes Laut Universiti Sains Malaysia terlibat menjayakan program Jiwa Murni anjuran PSSTLDM di Kampung Sungai Pial, Kuala Muda, Kedah baru-baru ini.

Pegawai penyelaras program, Leftenan Madya Muhamad Shafiq Saari berkata, program itu merupakan platform bagi merealisasikan nilai teras tentera laut dalam membentuk satu pasukan berjiwa murni dalam kalangan anggota.

"Aktiviti gotong-royong ini memberi pendedahan kepada anggota berkaitan golongan yang memerlukan bantuan dan perhatian masyarakat," katanya.

Majlis penutup program itu dirasmikan Exco Kerajaan negeri Kedah, Datuk Tajol Urus yang turut serta bergotong-royong membersihkan Dewan Serbaguna dan Dewan komuniti 1Malaysia Kampung Sungai Pial.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Guna alamat hantu seludup syabu

Posted:

Guna alamat hantu seludup syabu

Guna alamat hantu seludup syabu

CHIK OMAR (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan berisi syabu yang dirampas pada sidang akhbar di Bahagian Penguat Kuasa Kompleks JKDM di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Cubaan satu sindiket dadah antarabangsa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria untuk menyeludup 107.25 kilogram (kg) syabu tulen bernilai RM20.32 juta tanpa menggunakan keldai dadah terbongkar apabila kesemua bahan khayal itu dirampas.

Dadah yang mampu menampung permintaan lebih 100,000 penagih dimasukkan di dalam kotak bungkusan bijirin yang kemudian diisytiharkan sebagai produk perhiasan rambut dan lilin.

Sindiket kemudian menghantar dadah itu dari Lagos menggunakan penerbangan Egypt Air yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nusyuz: Mahkamah benar Sari Yanti buat bantahan

Posted:

Nusyuz: Mahkamah benar Sari Yanti buat bantahan

Nusyuz: Mahkamah benar Sari Yanti buat bantahan


KIRI: Sari Yanti, Mohd. Edy


SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini semalam membenarkan permohonan pelakon Sari Yanti Mohamad Nazari untuk membuat bantahan awal terhadap tuntutan nusyuz suaminya.

Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah menetapkan 28 Mei depan untuk Sari Yanti selaku defendan memasukkan bantahan awal secara bertulis terhadap tuntutan plaintif, Mohd. Edy Casmady, 34.

Terdahulu peguam Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti mengesahkan telah menerima penyampaian saman kes nusyuz pada 8 April lalu daripada peguam plaintif, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelajar mati bertumbuk di sekolah

Posted:

Pelajar mati bertumbuk di sekolah

Pelajar mati bertumbuk di sekolah

Oleh MOHD. SHARKAWI LONDING
sharkawi.londing@kosmo.com.my

RAWANG – Hanya kerana kiub rubik, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Agama Menengah Rawang di sini maut akibat bertumbuk dengan rakan sebiliknya dalam kejadian di gelanggang bola tampar sekolah itu malam kelmarin.

Kejadian pada pukul 11 malam itu berlaku selepas mangsa, Muhammad Abdul Azim Adnan, (gambar kecil) 15, menyedari barang permainan paling diminatinya yang disimpan di bilik asrama hilang.

Dia mengesyaki kehilangan kiub rubik itu angkara perbuatan rakan sebiliknya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Kalau boleh, apa salahnya?'

Posted:

'Kalau boleh, apa salahnya?'

'Kalau boleh, apa salahnya?'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RANGEL 9 (tengah) sudah meledak 10 gol dalam kempen Liga Super bersama Selangor musim ini.


JURULATIH Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee tidak menolak kemungkinan jika penyerang import Selangor, Paulo Rangel berhajat menukar status kewarganegaraan demi hasrat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Kim Swee mendedahkan, kemasukan Rangel ke skuad Harimau Malaya bakal menambah lebih sengat di jentera serangan sebagaimana bintang skuad Gergasi Merah itu telah meledak 10 gol dalam 13 penampilan Liga Super musim ini.

Jelas pengendali kelahiran Melaka itu, beliau percaya kehadiran pemain Brazil itu (jika berjaya dinaturalisasikan), bakal memberikan satu perkembangan cukup baik kepada bola sepak negara.

"Jika dia (Rangel) memenuhi kriteria (yang ditetapkan oleh FIFA) untuk melayakkan diri menyarung jersi skuad negara, saya fikir ia bukan satu masalah.

"Saya percaya dengan kualiti yang ada pada dia, ia akan memberikan perkembangan cukup baik kepada pasukan kebangsaan.

"Apa yang pasti, saya mengalu-alukan kedatangan Rangel jika dia berminat untuk beraksi bersama skuad negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Semalam, Rangel, 29, menyatakan kesediaannya untuk menyertai skuad negara apabila ramai pemerhati bola sepak menggangap bekas pemain Perak itu layak diberikan peluang untuk bersama skuad Harimau Malaya berdasarkan prestasi cemerlang musim ini.

Rangel menerusi laman sosial Instagram, berkata: "Selamat tengahari semua. (Saya) sangat gembira dengan laporan (mengaitkan saya dengan Harimau Malaya).

"Sudah tentu ia satu kebanggaan untuk membantu Malaysia selain membuka pintu kepada saya dan keluarga saya untuk memiliki status kewarnegaraan Malaysia. Terima kasih atas sokongan semua."

Bagaimanapun, isu naturalisasi boleh dianggap perkara sensitif dalam kalangan sesetengah pemerhati bola sepak tempatan.

Ini kerana 'taktik' ini dilihat mencerminkan betapa rendah martabat pembangunan bola sepak peringkat akar umbi sehingga memaksa negara mengambil pemain luar.

Mengulas mengenai isu tersebut, pemenang pingat emas Sukan SEA 2011 itu memiliki alasan yang tersendiri.

"Jika anda mahukan kemajuan dalam masa lima tahun dengan segera, kemasukan pemain-pemain naturalisasi mampu memberikan manfaaat kepada skuad kebangsaan.

"Lihat Filipina, mereka tidak ke mana dalam tempoh lima tahun dulu tetapi mereka mengambil sikap positif dengan mengambil pemain-pemain luar negara.

"Hasilnya, bola sepak mereka bertambah maju. Untuk jangka masa panjang, kita sudah ada Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Saya percaya akan mendapat hasil selepas 15 tahun akan datang," kata Kim Swee.

Shahril, Teerasil ketuai Asean All-Star

Posted:

Shahril, Teerasil ketuai Asean All-Star

Shahril, Teerasil ketuai Asean All-Star

PENYERANG Singapura, Shahril Ishak dan bintang Thailand, Teerasil Dangda bakal mengetuai jentera serangan skuad Asean All-Star ketika menentang pasukan Indonesia dalam satu perlawanan amal untuk mengutip tabung mangsa-mangsa Taufan Haiyan.

Aksi tersebut berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno yang memiliki kapasiti 100,000 tempat duduk di Senayan, Jakarta pada 11 Mei nanti.

Shahril yang membantu Singapura menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012, bakal digandingkan dengan peledak berbisa Thailand, Teerasil yang memiliki pengalaman beraksi di Liga Perdana England dan Liga Australia.

Selain Shahril dan Teerasil, beberapa penyerang sensasi Asean yang turut tersenarai adalah Le Cong Vinh (Vietnam), Ian Bayona Araneta (Filipina) dan Visay Phaphouvanin (Laos) bagi membentuk senarai 22 pemain dalam skuad Asean All-Star.

Datuk K. Rajagobal yang pernah menjulang Piala AFF Suzuki 2010 bersama Malaysia, dipilih sebagai jurulatih Asean All-Star pada kali ini.

"Kami tidak memiliki banyak masa dari segi persediaan tetapi kami cukup profesional.

"Saya percaya pemain-pemain ini sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan amal ini.

"Ini bukan sahaja perlawanan biasa dan apa yang lebih mustahak adalah kami akan menyajikan satu persembahan menghiburkan kepada peminat-peminat Indonesia.

"Sejujurnya, matlamat utama perlawanan ini adalah untuk memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa Taufan Haiyan," kata Rajagobal.

Dalam perkembangan sama, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl telah menyenaraikan skuad terkuat untuk menentang pasukan elit Asean tersebut.

Ini kerana Riedl turut memanggil pemain naturalisasi, Greg Nkwolo yang beraksi bersama Persebaya Surabaya dan pemain tengah, Firman Utina.

"Perlawanan ini sangat penting buat kami. Ia bukan sekadar aksi biasa.

"Kami akan menentang pasukan cukup berkualiti yang mana mereka memiliki kelebihan dalam setiap posisi," ujarnya.

Malaysia bakal terlepas tujuh emas

Posted:

Malaysia bakal terlepas tujuh emas

Malaysia bakal terlepas tujuh emas

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

"Saya kecewa karate tetap ditolak Singapura."
Demikian komen Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar apabila Singapura tetap tidak memasukkan acara karate pada Sukan SEA 2015.

Menurutnya, keputusan tersebut menipiskan peluang Malaysia membawa pulang lebih banyak pingat kerana ia adalah salah satu sukan prospek untuk emas.

"Kita terpaksa melupakan karate yang sebelum ini berjaya menyumbang tujuh emas pada aksi Sukan SEA di Myanmar tahun lalu.

"Dengan prestasi atlet yang begitu meyakinkan, saya akui bukan saja saya, malah semua yang terlibat termasuk atlet amat kecewa dengan keputusan tersebut," katanya di Putrajaya semalam.

Sebagai rekod, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah membuat rayuan sejak Mac lalu agar acara tersebut dipertandingkan, namun jawatankuasa penganjur tetap dengan pendirian mereka.

Malah, kedegilan Singapura turut terserlah apabila menolak saranan Presiden Persekutuan Karate Antarabangsa, Antonio Espinos yang menawarkan untuk membayar segala kos bagi melaksanakan acara tersebut pada temasya sukan itu.

Bagaimanapun, Singapura memberi alasan masalah venue dan masalah tadbir urus tempatan menyebabkan acara itu tidak disenaraikan.

Sehubungan itu, Malaysia perlu bersedia apabila Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan SEA, Dr. Tan Eng Liang mengesahkan, floorball dan petanque akan menjadi acara baharu yang akan disenaraikan manakala karate, angkat berat dan gusti disingkirkan.

"Saya percaya MOM telah melakukan yang terbaik dan acara lain akan membantu Malaysia dalam kutipan pingat nanti," ujar Khairy.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Juruterbang AS percaya kesan bangkai MH370

Posted:

Juruterbang AS percaya kesan bangkai MH370

Juruterbang AS percaya kesan bangkai MH370

HOEBEL menunjukkan imej berbentuk seperti pesawat yang dikesan olehnya di laman web TomNod.com.


TONAWANDA, New York - Seorang juruterbang Amerika Syarikat (AS) percaya dia menemui serpihan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu selepas melakukan pencarian melibatkan ribuan imej satelit secara dalam talian, lapor akhbar Mail Online kelmarin.

Juruterbang berkenaan, Michael Hoebel yang berasal dari sini menghabiskan masa berjam-jam meneliti sejumlah gambar di laman web perkongsian imej satelit, TomNod.com.

Dia kemudian menemui beberapa imej yang dipercayai pesawat Boeing 777-200 itu dalam keadaan sempurna di dasar laut di barat wilayah Songkhla, luar perairan timur laut Malaysia di Thailand, beberapa hari selepas tragedi berlaku.

Hoebel, 60, memberitahu saluran berita AS, WIVB bahawa dia mengguna- kan skala pada peta TomNod.com dan membandingkannya dengan spesifikasi di laman web Boeing untuk mengesahkan bahawa imej putih tersebut sebuah Boeing 777-200.

"Saya terkejut kerana saya menemuinya (MH370)," katanya kepada WIVB.

Apabila ditanya oleh wartawan WIVB, Ed Drantch sama ada imej itu berkemungkinan seekor jerung, Hoebel berkata: "Hanya jika terdapat jerung sepanjang 64 meter."

Laman web TomNod.com membenarkan orang awam melihat berjuta-juta gambar satelit dalam usaha untuk membantu mengesan pesawat hilang tersebut.

Menurutnya, dia telah menghubungi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) berhubung penemuan itu. - Agensi

Saintis temui antibodi MERS-CoV

Posted:

Saintis temui antibodi MERS-CoV

Saintis temui antibodi MERS-CoV


SEORANG lelaki Asia memakai topeng mulut dan hidung di bandar Jeddah, Arab Saudi kelmarin.


LONDON - Saintis-saintis menemui antibodi semula jadi manusia terhadap Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV) sekali gus meningkatkan harapan bahawa penyakit maut itu boleh dirawat.

Mirip kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), MERS-CoV pertama kali dikesan pada tahun 2012 sebelum mencetuskan wabak di Asia Barat diikuti jangkitan rambang di seluruh dunia.

Masyarakat antarabangsa pula bimbang akan penularan MERS- CoV berikutan peningkatan mendadak bilangan jangkitan dan kematian akibat virus tersebut.

Setakat hujung minggu lalu di Arab Saudi, pihak berkuasa telah merekodkan 26 kes baharu MERS-CoV manakala 10 kematian turut dicatatkan.

Perkembangan itu menjadikan angka jangkitan MERS-CoV di negara itu sahaja telah meningkat kepada 339 orang dan menyebabkan 102 kematian.

Sehingga kini, tiada ubat atau vaksin bagi mengubati MERS-CoV yang menyebabkan simptom-simptom seperti batuk, demam, sesak nafas seterusnya membawa kepada pneumonia dan kegagalan ginjal.

Namun, beberapa kajian yang disiarkan dalam dua jurnal saintifik utama kelmarin menyatakan saintis dari Amerika Syarikat (AS), China dan Hong Kong telah menemui antibodi yang dapat menghalang virus itu daripada menjangkiti sel-sel badan manusia.

Dalam satu kajian berkenaan, sepasukan penyelidik China menemui dua antibodi dinamakan MERS-4 dan MERS-27 yang dapat menghalang sel daripada dijangkiti virus MERS-CoV.

Kajian dalam makmal itu disiarkan dalam jurnal Science Translational Medicine.

"Walaupun masih di peringkat awal, kajian ini menunjukkan antibodi tersebut boleh digunakan untuk menghalang penularan MERS-CoV," kata saintis-saintis tersebut.

Kajian kedua yang disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) pula melibatkan penemuan tujuh antibodi oleh sepasukan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS).

Antibodi-antibodi itu berpotensi untuk menghasilkan rawatan dan vaksin MERS-CoV untuk tempoh jangka panjang.

Dalam pada itu, sebahagian besar kes MERS-CoV setakat ini telah direkodkan di Arab Saudi dan beberapa negara Asia Barat lain.

Namun, penemuan kes jangkitan rambang MERS-CoV di Britain, Greece, Perancis, Itali, Malaysia dan beberapa lagi negara mencetuskan kebimbangan risiko berlakunya wabak global.

Pakar-pakar bimbang MERS-CoV akan tersebar melalui pengangkutan udara melibatkan penumpang-penumpang yang dijangkiti virus berkenaan.

Sebelum ini, virus SARS yang muncul di China telah meragut 800 nyawa dan menjangkiti lebih 8,000 orang dalam wabak yang berlaku pada tahun 2002 hingga 2003. - Reuters

Ludvik Dolezal lelaki paling kotor di Eropah

Posted:

Ludvik Dolezal lelaki paling kotor di Eropah

Ludvik Dolezal lelaki paling kotor di Eropah


DOLEZAL yang diselaputi abu dilabel lelaki paling kotor di Eropah.


PRAGUE - Seorang gelandangan dilabelkan sebagai lelaki yang paling kotor di Eropah kerana dia gemar tidur di atas abu panas, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Ludvik Dolezal yang berusia 58 tahun akan membakar apa sahaja untuk dijadikan sebagai 'katil' tempat dia tidur. Malah, dia turut membakar tilam dan selimutnya.

"Setahun lalu, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Sejak itu, saya tinggal di atas abu.

"Setiap malam, saya baring di atas abu panas dan akan memasukkan abu ke dalam baju supaya badan saya berasa panas, saya berasa abu itu panas seperti api neraka selepas itu," katanya.

Dolezal yang tinggal sebuah rumah ladang yang terbiar dikatakan mengalami masalah mental hingga menyebabkan dia mahu menjalani kehidupannya itu dengan api dan abu.

Dalam pada itu, kerajaan Czech memberi bantuan sebanyak £81 (RM444) sebulan kepadanya, namun pihak berkuasa tidak memberikan kesemua wang itu kerana khuatir dia akan membakarnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Proton lantik CEO baharu

Posted:

Proton lantik CEO baharu

Proton lantik CEO baharu

30/04/2014 10:01pm

SHAH ALAM - Datuk Abdul Harith Abdullah hari ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi syarikat pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton).

"Abdul Harith menyandang jawatan itu mulai 15 April," kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil ketika mengumumkan pelantikan itu pada satu majlis meraikan dua pekerja HICOM Automotive Manufacturers Sdn. Bhd. yang berpeluang menjalani latihan perindustrian selama enam bulan dengan Volkswagen di Portugal.

"Saya telah pun menjalankan tugas sejak dua bulan lalu dan pengumuman kenaikan pangkat saya ini menjadikannya rasmi," kata Abdul Harith yang dahulunya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) ketika ditemui pada majlis sama.

Pengurus baharu Proton telah melalui pelbagai perubahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim.

Pada Januari 2012, DRB-Hicom membeli 42.7 peratus kepentingan dalam Proton daripada Khazanah Nasional Berhad dengan bayaran RM1.29 bilion. - Bernama

Latar belakang sinematografi Sarawak wajar diketengahkan

Posted:

Latar belakang sinematografi Sarawak wajar diketengahkan

Latar belakang sinematografi Sarawak wajar diketengahkan

30/04/2014 9:55pm

KOTA SAMARAHAN - Para penggiat industri perfileman serta drama di negara ini disaran agar memberi lebih tumpuan kepada latar belakang sinematografi Sarawak dalam menghasilkan karya-karya mereka selepas ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Sarawak diakui mempunyai pemandangan semulajadi yang sangat cantik dan jika filem atau drama dihasilkan dengan latar belakang negeri ini ia bakal memberi nilai tambah dalam sesuatu karya tersebut.

Katanya, jika ada penggiat filem dari luar negara mahu menjalankan penggambaran di Malaysia, pihak berkaitan juga harus memperkenalkan Sarawak termasuk Sabah sebagai destinasi terbaik untuk mereka membuat penggambaran.

"Sarawak bukan sahaja sebuah negeri yang mempunyai kecantikan semulajadi malah keunikan masyarakat berbilang bangsanya juga menjadi satu elemen menarik untuk dipaparkan di layar perak.

"Jadi, saya menggesa penggiat seni di negara ini agar memberi tumpuan pula untuk latar belakang sinematografi di Sarawak dalam menghasilkan karya mereka," katanya ketika merasmikan pagawam baharu, Lotus Five Star (LFS) Cinemas di pusat beli-belah Summer Mall di sini malam ini. - KOSMO!

Peniaga curi meter air dipenjara dua tahun tujuh bulan

Posted:

Peniaga curi meter air dipenjara dua tahun tujuh bulan

Peniaga curi meter air dipenjara dua tahun tujuh bulan

30/04/2014 9:42pm

IPOH - Seorang peniaga hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret berasingan di sini selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan iaitu mencuri, memiliki dan menghapuskan meter air milik Lembaga Air Perak (LAP) di beberapa kawasan di bandar raya ini.

Mohd. Azaharil Hisham Abd. Zamin, 31, juga dikenakan denda berjumlah RM1,000 dan sekiranya gagal membayar denda, boleh dipenjara enam bulan.

Bagi kesalahan mencuri meter air bernilai RM100 di No. 170, Lengkok Pegoh, Taman SPPK, Pasir Puteh di sini antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi, 14 April lepas, dia dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.

Mohd. Azaharil juga dijatuhi hukuman penjara dan denda yang sama oleh Majistret Nur Syafiqah Noorinda bagi kesalahan mencuri meter air di No. 21, Jalan Seri Kinta Tujuh, Kampung Seri Kinta, Pasir Puteh pada pukul 11 pagi, 17 April lepas.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kembali jadi penyanyi

Posted:

Kembali jadi penyanyi

Kembali jadi penyanyi

SEKITAR 13 tahun lalu, Maya Karin Roelcke, 35, pernah mengintai peluang dalam industri muzik tempatan untuk mencuba nasib sebagai seorang penyanyi.

Ternyata, percaturan figura yang memulakan kariernya sebagai pengacara untuk rancangan Wavelenght itu tidak berakhir dengan kalimah sia-sia.

Berjaya menghasilkan sebuah album debut berjudul Erti Cinta, langkah besar Maya Karin dalam dunia nyanyian makin rancak derapnya tatkala single pertama, Erti Cinta ciptaan komposer terkenal Ajai, mula mencuri perhatian para peminat.

Sayangnya, bakat nyanyian wanita kelahiran Bavaria, Jerman itu dalam industri seni suara tidak kekal lama apabila dia muncul dengan album kedua berjudul Bukan Qalamaya pada tahun 2004. Album tersebut tidak mendapat sambutan hangat, sekali gus menenggelamkan namanya dalam bidang nyanyian.

Melihatkan kepada situasi turun dan naik kariernya sebagai penyanyi, Maya yang terlebih dahulu telah dilamar berlakon untuk filem Seri Dewi Malam arahan Aziz M. Osman, memutuskan untuk memberi fokus yang penuh terhadap kerjayanya di hadapan kamera.

Mengambil keputusan berehat daripada dunia nyanyian untuk jangka waktu yang panjang, Maya mengakui, tempoh tersebut telah digunakan sebaik mungkin untuk terus berlakon dan pada masa yang sama membina keyakinan diri sebagai seorang penyanyi.

"Setelah muncul dengan album kedua iaitu Bukan Qalamaya, penerimaan para peminat terhadap lagu-lagu saya dilihat kurang memberangsangkan. Mungkin album itu mengandungi lagu-lagu bergenre world music, sedangkan ketika itu pendengar masih mahukan saya merakam lagu berentak balada.

"Walaupun beberapa buah single telah dikeluarkan, namun penerimaan para pendengar masih juga serupa. Dalam sibuk mempromosikan album, tawaran untuk berlakon juga datang dengan banyak. Jadi, fokus saya pada ketika itu mungkin lebih ke arah bidang lakonan dan meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi buat sementara waktu.


KEMBALI aktif menyanyi, Maya Karin juga masih dalam radar sebagai seorang pelakon yang disegani.


"Bagaimanapun, tempoh rehat yang panjang dalam bidang nyanyian saya gunakan sebaik mungkin untuk terus berusaha dalam menempa nama sebagai seorang penyanyi.

"Alhamdulillah, usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil dengan kemunculan album ketiga saya berjudul Teka-Teki," tutur Maya lembut ketika ditemui usai majlis pelancaran album terbaharunya itu bersama Warner Music Malaysia di No Black Tie, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Putus asa

Menyorot kembali kisah lama ketika mula-mula berdiri di atas pentas untuk menyanyi secara langsung, Maya memberitahu, dia hampir berputus asa untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling.

"Saya memulakan karier nyanyian ketika baru menetap di Malaysia. Maklumlah, pada waktu itu semuanya baharu buat saya. Selain tidak fasih berbahasa Melayu, saya juga masih kurang faham tentang cara hidup masyarakat di sini.

"Jadi, apabila diminta untuk menyanyi di hadapan orang ramai, saya jadi tidak tentu arah. Walaupun pernah menyanyi untuk kumpulan koir ketika zaman remaja, saya masih kurang selesa untuk membuat persembahan di atas pentas secara solo. Justeru, saya mula berasa tertekan dan mahu meninggalkan bidang ini," ujarnya.

Namun, atas kegigihan serta keupayaannya belajar dengan kadar yang cepat, Maya akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut dan mampu berdiri sama tinggi dengan penyanyi-penyanyi lain.

"Ada juga perasaan takut terhadap kehebatan penyanyi-penyanyi lain tetapi perkara itulah yang membuatkan saya untuk terus kekal sebagai penyanyi hingga ke hari ini," ujarnya lagi.


ALBUM Teka Teki dilancarkan pada minggu lalu bersama Pengurus Besar Warner Music Malaysia, Darren Choy.


Matang kerana teater

Pelakon yang cukup sinonim dengan filem Pontianak Harum Sundal Malam ini turut memberitahu, transisi muzik yang dialaminya bukan sahaja bersandarkan kepada pengalaman merakamkan album semata-mata, malah penglibatannya menerusi beberapa pementasan teater juga turut banyak membantu.

"Ketika menghasilkan album kedua, banyak input yang telah saya berikan kepada syarikat rakaman. Ia termasuklah memilih komposer-komposer yang terlibat untuk mencipta lagu sehingga gaya yang ingin ditampilkan untuk kulit album.

"Melibatkan diri secara langsung dalam ruang kreatif pembikinan album sedikit sebanyak membantu saya membina keyakinan diri untuk terus bergelar penyanyi. Sedikit sebanyak, proses seperti ini lebih mematangkan saya," ungkap Maya sambil ketawa.

Selain itu, perspektif positifnya terhadap dunia nyanyian semakin meningkat apabila dia mula menjinakkan diri dalam dunia pementasan teater.

"Pada tahun 2009, saya mengambil risiko dengan melibatkan diri dalam pementasan teater berjudul Natrah. Namun, menerusi pementasan itu, saya tidak menyanyi secara langsung. Walaupun ia mampu memperbaiki mutu lakonan saya tetapi keupayaan untuk menyanyi secara langsung masih di takuk lama.

"Justeru, apabila ditawarkan untuk menyertai pementasan SuperMokh The Musical tahun lalu, saya mengguna- kan peluang tersebut untuk menggilap semula keupayaan saya menyanyi secara langsung.

"Walaupun watak saya tidak sebesar mana, namun pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan ribuan penonton itu lebih berharga," ujar Maya yang bakal muncul buat kali kedua menerusi pementasan tersebut yang bakal menggegarkan Istana Budaya, Kuala Lumpur tahun ini.


MAYA mengaku hidupnya kini bahagia dengan kehadiran seorang kekasih yang masih dirahsiakan identitinya.


Puas berlakon

Menerusi album ketiganya, Teka- Teki, Maya mempertaruhkan lagu Teka-Teki sebagai single pertama. Ditanya mengenai hubung kait antara lagu ciptaan Omar K itu dengan kisah peribadinya, Maya berkata, lirik yang terkandung dalam karya tersebut ada mencerminkan beberapa momen penting dalam hidupnya.

"Jika diberi peluang untuk memilih sebuah lagu yang begitu dekat dengan jiwa saya, sudah pasti saya memilih lagu Teka-Teki," balas Maya sambil menyifatkan lagu tersebut selari dengan rancangan masa depannya yang belum pasti.

"Sebagai seorang individu normal, saya masih lagi 'berteka-teki' dalam setiap aspek kehidupan. Saya juga masih lagi dalam proses mencari teman hidup dan tertanya-tanya mengenai apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

"Sehingga pada satu tahap, saya mahu menumpukan seratus peratus perhatian terhadap muzik dan buat sementara waktu berehat daripada dunia lakonan.

"Mungkin saya terfikir untuk melakukan semua ini kerana saya telah puas beraksi di hadapan kamera.

"Ketika mula-mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan, saya langsung tidak meletakkan sebarang harapan di sebalik kerjaya saya itu.

"Sebaliknya, setelah beberapa tahun bergelumang sebagai seorang pelakon, banyak pengiktirafan yang telah saya rangkul melalui pelbagai watak yang telah saya mainkan," ujar Maya sambil melahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diberi- kan oleh Allah SWT kepadanya.

Walaupun mengaku puas berlakon, namun pelakon yang bakal muncul dengan siri terakhir filem Lagenda Budak Setan ini tidak merancang untuk bersara daripada dunia lakonan.

"Saya hanya mahu memperlahankan aktiviti lakonan. Bersara daripada bergelar pelakon, tidak sama sekali," tutur Maya mengakhiri perbualan.

Wire Fame sedia lepaskan Emma

Posted:

Wire Fame sedia lepaskan Emma

Wire Fame sedia lepaskan Emma

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

EMMA MAEMBONG


SEJAK menceburi bidang lakonan kira-kira dua tahun lalu, pelakon cantik Emma Maembong antara yang paling mencuri tumpuan ramai setelah muncul dengan drama bersiri Kau Yang Terindah.

Kemudian, karier Emma atau pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini dalam bidang seni dilihat semakin berkembang dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd.

Namun begitu, baru-baru ini terdengar khabar angin yang mendakwa, kini Emma sudah tidak lagi bersama syarikat tersebut dan sudah menggunakan khidmat pihak lain untuk menguruskan kerjaya seninya.

Menariknya, ini bukan kali pertama timbul cerita berkenaan pelakon itu dengan syarikat tersebut. Pada bulan Februari lalu, Emma dikatakan telah disingkir kerana sering menimbulkan masalah kepada syarikat.

Lantas, Kosmo! terus menghubungi Pengarah Urusan Wire Fame Entertainmet, Marina Juki bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung status sebenar pelakon kacukan Melayu-Scotland itu.

Kosmo!: Boleh Marina komen terhadap dakwaan yang mengatakan Emma kini sudah tidak lagi bersama Wire Fame Entertainment?

MARINA: Buat masa ini, Emma masih lagi merupakan artis di bawah naungan Wire Fame Entertainment. Bagaimanapun, tidak dinafikan kontraknya bersama kami akan tamat pada bulan Jun depan.

Bagaimanakah pula boleh timbul dakwaan sebegini terhadap Emma?

Sebenarnya Emma turut menggunakan khidmat pembantu peribadi sekarang ini. Biasanya kalau mana-mana pihak yang tidak dapat menghubungi saya berkaitan soal kerja, mereka akan cuba hubungi pula pembantu peribadi tersebut.

Jadi, mungkin ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga menyangka Emma sudah tidak lagi bersama syarikat. Lagipun, kalau ada perkara yang berkaitan dengan pekerjaan, pembantu peribadi Emma akan terus memberitahu kepada saya atau mana-mana pekerja saya.

Memandangkan kontrak Emma akan tamat tidak lama lagi, adakah anda sudah membuat perbincangan dengan pihaknya?

Pada bulan lalu, saya dan Emma sudah melakukan perbincangan mengenai kontraknya itu. Saya ada memberitahu yang sekarang ini keputusan terletak di tangannya, sama ada mahu terus bersama kami atau dia ingin bergerak sendiri.

Selain itu, saya ada memberikan pilihan kepadanya iaitu mahu terus diuruskan sepenuhnya oleh kami atau sekadar membabitkan pengurusan penajaan produk sahaja dan kami tidak memaksanya membuat keputusan.


MARINA (tengah) bersama barisan artis yang bernaung di bawah Wire Fame (dari kiri), Zizan, Cha Cha, Emma dan Kaka.


Apakah pula jawapan Emma terhadap pilihan yang diberikan kepadanya itu?

Sehingga kini kami masih belum menerima lagi sebarang jawapan daripadanya tetapi semuanya terpulang kepada Emma sekarang ini dan kalau dia ingin berdikari kami tidak halang. Misalnya, kalau dia sudah keluar dan mahu kembali bersama Wire Fame Entertainment semula pun kami akan menerimanya.

Baru-baru ini Emma dan Zizan telah mendedahkan mengenai hubungan percintaan mereka. Memandangkan kedua-duanya bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama, apakah komen anda mengenai perkara ini?

Kalau berkenaan dengan perkara peribadi, pihak syarikat tidak akan masuk campur dan ia terpulang kepada diri masing-masing. Lagipun, saya berasa lega kerana akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berterus-terang.

Bagaimanapun, saya ada berpesan kepada mereka supaya tidak campur aduk antara kerja dan peribadi. Saya tidak mahu apabila disebabkan terlalu sibuk bercinta membuatkan prestasi kerja semakin menurun.

Adakah Wire Fame Entertainmet bercadang untuk mengambil artis baharu sekarang?

Perancangan untuk menambah bilangan artis itu memang ada memandangkan kini artis di bawah syarikat ini baru ada lima orang iaitu Zizan, Johan As'ari, Kaka, Emma dan Cha Cha Maembong.

Pada bulan lalu, kami sudah membuat uji bakat untuk mencari mereka yang berminat menjadi artis iaitu penyanyi dan pelakon dan ia akan diteruskan pada bulan Mei dan Jun depan. Seboleh-bolehnya, kami ingin individu yang mempunyai bakat, ada rupa dan mampu memberikan komitmen yang baik.

Benarkah dakwaan tentang anda dan Zizan sedang berantakan sehingga mahu membubarkan Wire Fame Entertainment?

Setakat ini hubungan saya dan Zizan masih baik dan syarikat ini masih terus beroperasi seperti biasa.

Kalau perkara ini timbul kerana saya dilihat tidak bersama Zizan pergi ke mana-mana, ia tidak berasas memandangkan Zizan mempunyai pembantu peribadi sendiri dan ia memudahkan saya memberi fokus kepada artis lain di bawah naungan kami.

Zam bakal berentap

Posted:

Zam bakal berentap

Zam bakal berentap

TIDAK menyangka dinobatkan sebagai juara Skool of Lawak, Zam lebih selesa bermula dari bawah dan belajar daripada pelawak-pelawak senior tentang selok-belok dunia komedi.


SEJAK akhir-akhir ini, banyak program pencarian bakat yang melibatkan penyertaan pelawak-pelawak amatur begitu rancak diterbitkan.

Bahkan, program yang mengundang penyertaan pelawak-pelawak profesional seperti Maharaja Lawak (ML) dan Maharaja Lawak Mega (MLM) turut mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Bagaimanapun, percubaan Skool of Lawak untuk mengetengahkan elemen pembelajaran antara para peserta dan tenaga pengajar kurang mendapat perhatian. Selain itu, perjalanan program yang disiarkan di saluran 132 (Astro Warna) itu dilihat tidak meraih populariti setanding program-program yang lain walaupun sudah masuk minggu-minggu kemuncak.

Penerbitnya, Nizam Jamaluddin berkata, tidak adil jika penonton membandingkan Skool of Lawak dengan rancangan-rancangan komedi sedia ada kerana format yang digunakan adalah seratus peratus berbeza.

Ketepuan bakat

"Program Skool of Lawak sangat berbeza jika mahu dibandingkan dengan ML dan MLM. Program ini diterbitkan bagi mencungkil bakat-bakat baharu yang bukan sahaja boleh menghiburkan para penonton dengan lawak-lawak bersahaja tetapi turut dididik supaya mereka tidak berlawak secara kosong di atas pentas.

"Mereka yang terlibat dalam program ini bukan sahaja dibentuk untuk tujuan melawak semata- mata tetapi bakat-bakat lain seperti berlakon dan menyanyi turut diketengahkan," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar sejurus selepas tamat minggu akhir Skool of Lawak yang berlangsung di Mega- star Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketika disoal mengenai perancangan menganjurkan Skool of Lawak untuk musim yang kedua, ujar Nizam, apa sahaja kekurangan yang terdapat dalam musim yang pertama bakal diperbaiki selain merombak format sedia ada bagi musim akan datang.

"Apabila kami bercadang untuk mengetengahkan konsep seperti ini, kami telah bersedia untuk menerima sebarang kritikan terhadap apa sahaja kekurangan yang ada pada musim pertama.

"Justeru, jika diizinkan untuk menerbitkan rancangan ini untuk musim kedua, terdapat beberapa perubahan yang bakal dilakukan bagi menjamin kesegaran program ini dari musim ke musim," ujarnya.


DARI kiri: One, Zam dan Fiza bercita-cita mahu mencipta nama dalam indsutri lawak berdasarkan pengisian komedi yang berkualiti serta menerusi penyampaian yang berbeza.


Jelas Nizam, program seperti ini turut dianjurkan bagi memenuhi kekosongan bakat-bakat yang boleh melawak bagi program-program terbitan Astro Warna pada masa akan datang.

"Bakat yang ada pada mereka tidak akan disia-siakan. Ada pelbagai rancangan yang sedang dan bakal diterbitkan oleh Astro Warna memerlukan mereka mengisi kekosongan pengacara mahupun pelakon. Selain itu, kehadiran mereka turut dapat memeriahkan lagi industri hiburan tanah air," ujarnya lagi.

Pada malam tersebut, Muhammad Rizam Zaafar, 26, atau lebih dikenali sebagai Zam dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula dirangkul oleh Filza Azmi, 25, (Fiza) manakala tempat ketiga milik Muhammad Hazwan Mohd. Azani, 27, (One). Fiza dan One masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi.

Suka mencuba

Bagi Zam, dia tidak menyangka berjaya memenangi tempat pertama pertandingan tersebut kerana dia hanya menemani rakan baiknya sahaja ketika hadir ke sesi uji bakat beberapa bulan yang lalu.

"Waktu itu, saya datang ke sesi uji bakat untuk menemani rakan baik saya sahaja. Saya langsung tidak menyangka bakal dinobatkan sebagai juara pada malam ini.

"Walaupun sudah bergelar juara, banyak lagi yang perlu saya belajar dan perkemaskan agar kehadiran saya dalam industri hiburan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat," ujar anak jati kelahiran Selangor itu.

Sebelum menyertai Skool of Lawak, Zam juga pernah mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat bagi rancangan Raja Lawak musim yang ketiga serta program pencarian bakat popular Akademi Fantasia.

Kemenangan Zam dalam Skool of Lawak akan dijadikan tiket baginya untuk berentap bersama pelawak-pelawak berpengalaman dalam MLM musim yang akan datang. - IZWAN MOHD. ISA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved