Isnin, 28 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


KLIA2 lebih mesra alam dan pengguna

Posted:

KLIA2 lebih mesra alam dan pengguna

KLIA2 lebih mesra alam dan pengguna

GADIS itu melangkah laju menuju ke bangunan terminal utama setelah keluar dari perut pesawat jenis Airbus A320. Derapan langkahnya diiringi dengan bunyi enjin beberapa pesawat yang baru mendarat sambil disahut bunyi hujan yang menghempas bumbung laluan pejalan kaki tersebut yang sesekali memercik tempiasnya ke tubuh gadis genit itu.

Setibanya di bangunan terminal utama, matanya meliar mencari restoran yang dirasakannya sesuai untuk mengisi perutnya yang berkeroncong selepas kira-kira sejam perjalanan dari Pulau Pinang ke Sepang itu.

Namun, selepas puas meninjau ke segenap sudut, dia berasa hampa kerana kebanyakan restoran penuh dengan pengunjung yang sedang asyik menikmati hidangan masing-masing.

Sambil melabuhkan punggungnya seketika bagi menghilangkan rasa penat, dia mengamati keadaan di sekitar ruang menunggu, kaunter daftar masuk dan balai ketibaan di Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) itu.

"Saya rasa seperti berada di terminal bas Pudu yang lama," ujar Nur Fauziani Zainal Abidin, 26, menceritakan pengalamannya mengenai LCCT ketika mula-mula tiba di lapangan terbang itu suatu ketika dahulu. Jelas gadis yang berasal dari Pulau Pinang itu, baginya keadaan di LCCT dilihat saling tidak tumpah seperti terminal bas yang sesak dengan pengunjung sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Dia berpendapat, menambahbaik taraf lapangan terbang di negara ini adalah satu keperluan meskipun ia hanya sebuah terminal penerbangan tambang murah. Barangkali begitulah juga tanggapan kebanyakan pengguna yang menggunakan khidmat kemudahan LCCT.

Ia dianggap sesak dengan jumlah pengunjung yang terlalu ramai pada satu-satu masa selain kemudahan yang dirasakan kurang mesra pengguna. Perkara itu diakui oleh Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Azmi Murad.

Menurut beliau, kapasiti pengunjung di LCCT pada tahun 2013 mencecah sehingga 22 juta orang berbanding kapasiti asal sebanyak 15 juta.

"Disebabkan pertumbuhan pengunjung yang terlalu pesat itu, kami merasakan sudah tiba masanya untuk kita membina sebuah lapangan terbang baharu untuk penerbangan tambang murah yang lebih besar bagi menampung skala tersebut.

"Pada masa yang sama, untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah di negara ini yang perlu menambahkan kekerapan penerbangan dan laluan destinasi mereka setiap hari," ujarnya KLIA2 boleh menampung 45 juta pengunjung berbanding LCCT sebanyak 15 juta penumpang setahun.

Kerja-kerja pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bermula sejak lima tahun lalu bagi menggantikan LCCT yang dibina pada 2006.

Setelah melalui beberapa episod kontroversi, KLIA2 akhirnya menjadi mercu tanda terbaharu bagi industri penerbangan dan pelancongan negara ini. Terminal penerbangan yang terletak kira-kira 1.5 kilometer (km) dari KLIA dijangka memulakan operasinya pada 2 Mei ini. KLIA2 juga menyediakan pelbagai lot kedai barangan berjenama popular tempatan dan antarabangsa selain deretan restoran-restoran terkemuka.

CIRI bangunan mesra alam dan lapangan terbang lestari diketengahkan melalui pelbagai kemudahan berkonsep hijau.


Teknologi hijau

"Perkara utama yang paling membanggakan kami dalam pembinaan KLIA2 ialah konsep mesra alam dan bangunan hijaunya yang menggunakan teknologi baharu serba canggih," ujar Azmi menjelaskan ciri-ciri unik yang terdapat pada terminal tersebut.

Menurutnya, bangunan tersebut direka sedemikian bagi tujuan penjimatan tenaga elektrik dan air selain memulihara alam sekitar daripada tercemar dengan pelepasan sisa-sisa buangan yang tidak diingini.

Antara ciri-ciri tersebut termasuklah pengumpulan air hujan bagi tujuan landskap dan sistem mengepam tandas, penggunaan cahaya matahari dan sensor bagi mengurangkan kadar kegunaan tenaga, pemasangan tingkap khas serta penggunaan bahan-bahan pembinaan bagi pengurangan haba dalam bangunan.

Meninjau sistem bagasi yang terdiri daripada 128 kaunter, Azmi berkata, sistem daftar masuk bagasi direka secara bersepadu.

"Dengan sistem bersepadu yang digunakan, semua syarikat penerbangan boleh berkongsi kaunter dengan hanya perlu log masuk ke dalam sistem komputer yang disediakan.

"Bagi penumpang pula, mereka hanya dikehendaki mendaftar masuk sekali sahaja di kaunter tersebut dan boleh terus mendapatkan pas perlepasan tanpa perlu melalui pemeriksaan bagasi terlebih dulu seperti kebiasaannya," ujar beliau.

Tambah Azmi, selepas prosedur tersebut, pengunjung boleh terus masuk ke dalam ruang pelepasan mengikut jenis penerbangan, sama ada domestik atau antarabangsa.

Selepas melalui kaunter imigresen dan kastam, mereka hanya perlu berjalan menuju ke bangunan satelit melalui satu lagi binaan kebanggaan negara iaitu jambatan udara.

Berjalan menyelusuri jambatan udara sepanjang 300m dan setinggi 16.24m dari paras laluan apron iaitu laluan pesawat di landasan itu, Azmi menerangkan, ia merupakan kemudahan yang pertama seumpananya di Asia.


MENARA Kawalan Trafik Udara, Tower West diiktiraf sebagai yang tertinggi di dunia oleh Guinness World Records.


"Jika di KLIA, pengunjung dihubungkan dari bangunan terminal utama ke bangunan satelit menggunakan aerotren, di KLIA2, mereka boleh berjalan menggunakan jambatan udara ini sambil menikmati pemandangan ketiga-tiga landasan yang ada.

"Istimewanya jambatan udara ini ialah, ia boleh memuatkan dua pesawat sekali gus untuk melintas di bawahnya dan pastinya itu akan memberikan satu pengalaman menarik buat pengunjung kerana mereka seolah-olah berjalan di atas bumbung pesawat," katanya.

Dengan 68 pintu pelepasan, KLIA2 turut bercirikan mesra pengunjung termasuklah orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas melalui kemudahan lif serta laluan gerak di sepanjang perjalanan.

Penumpang pelepasan dan ketibaan juga tidak akan bertembung kerana laluannya telah dibahagikan antara bahagian pelepasan di aras tiga serta ketibaan di aras dua.

Jarak dari pintu masuk utama ke pintu pelepasan paling hujung ialah 1.4km. "Jadi, pastikan jangan terlewat tiba kerana awak pasti akan kepenatan berlari jika penerbangan awak adalah di pintu 68," ujarnya sambil berseloroh.

Hotel Sama-Sama Express yang terletak di KLIA2 merupakan hotel yang disediakan untuk penumpang yang ingin berehat seketika bagi tujuan transit. Apa yang menarik, rekaan dalaman hotel tersebut serba mewah dan eksklusif.

Menawarkan 70 buah bilik pelbagai saiz dan jenis yang berbeza, keluasan sebuah bilik hotel tersebut antara 17 meter persegi hingga 48 meter persegi.

Memasuki salah sebuah bilik yang menghadap landasan pesawat dan pintu perlepasan, tetamu yang menginap berpeluang menjamu mata dengan pemandangan pesawat yang lalu-lalang.

Letak kenderaan

Seorang pengunjung, Idrul Fathi Idris, 49, merasakan pembukaan KLIA2 tepat pada masanya. "Dengan keadaan LCCT yang semakin sesak, kita memang memerlukan sebuah lapangan terbang yang lebih besar dan moden bagi memenuhi kehendak orang ramai.

"Dengan kawasan letak kereta berbumbung berkapasiti 6,000 petak, pengunjung tidak akan menghadapi masalah lagi untuk meletakkan kenderaan mereka," ujar pekerja sektor swasta tersebut.

Terminal yang menelan belanja sebanyak RM4 bilion itu bakal menjadi kebanggaan rakyat negara ini, hab pelancongan dan pusat beli-belah terkemuka.

Kembiri kaedah kawal populasi kucing jalanan

Posted:

Kembiri kaedah kawal populasi kucing jalanan

Kembiri kaedah kawal populasi kucing jalanan


TNR bertujuan mengawal populasi kucing jalanan di Washington, AS.


MALAM Jumaat di lorong-lorong sunyi di Eckington, Washington DC, Amerika Syarikat (AS) sesak dengan puluhan kucing jalanan. Waktu itu digunakan sebaiknya seorang penjerat kucing, Marty King untuk menangkap haiwan tersebut.

Tidak susah untuk menangkapnya. Namun ada sebahagian kucing di sini sangat pintar.

"Ada seekor kucing betina yang saya cuba tangkap untuk bertahun-tahun masih bebas di luar sana," ujar King yang menggunakan perangkap besi berumpankan udang dan makanan kucing yang ditabur di atas surat khabar.

Dalam masa 20 minit, seekor kucing berwarna kelabu terpedaya dengan umpan itu. Menjelang Ahad, haiwan itu terkulai di atas meja pembedahan untuk dikembirikan di bawah operasi memerangkap, kembiri dan mengembalikan (TNR) ke lokasi ia ditangkap. TNR bertujuan mengawal populasi kucing jalanan Washington.

Kira-kira 2,000 kucing jalanan ditangkap, dikembiri dan divaksin setiap tahun di Washington. Sebelum dilepaskan semula, telinga kirinya akan diketip membentuk lubang kecil sebagai tanda telah melalui prosedur TNR.


PROSEDUR memandulkan kucing betina mengambil masa antara lima hingga tujuh minit manakala kucing jantan kurang 30 saat.


Prosedur

Alternatif itu adalah sebahagian daripada Program Kerjasama Kejiranan Kucing WHS (Cat NiPP). Prosedur memandulkan kucing betina mengambil masa lima hingga tujuh minit, manakala kucing jantan kurang daripada 30 saat.

Selain kembiri, kucing yang dibawa ke pusat tersebut juga menerima rawatan untuk pelbagai penyakit seperti luka-luka dan ada juga haiwan yang patah tulang tetapi telah sembuh.

Persatuan-persatuan kemanusiaan di AS pula menganggarkan terdapat 50 juta kucing jalanan. Mesra dirujuk sebagai kucing komuniti, jumlah itu adalah separuh daripada kucing yang dipelihara sebanyak 95.6 juta ekor.

Sejak puluhan tahun, populasi kucing jalanan dikawal prosedur standard dengan cara 'mematikan' menggunakan suntikan atau kaedah perubatan tertentu. Begitupun, trend tersebut digantikan dengan (TNR).

"Objektif utama kami adalah bagi memandulkan semua kucing terbiar dan jika perancangan kami berjaya, tidak akan ada lagi kucing jalanan," jelas Timbalan Presiden Hal Ehwal Luar di Persatuan Kemanusiaan Washington (WHS), Scott Giacoppo.

Giacoppo memberitahu, buku undang-undang tahun 1930-an yang menyatakan kepada persatuan-persatuan kemanusiaan bahawa ia adalah tugas masyarakat untuk mengumpulkan semua kucing jalanan dan membunuhnya.


KUCING yang telah dikembiri dilepaskan semula ke lokasi asal ia ditangkap.


Kaedah yang telah dilakukan sejak bertahun-tahun ini bagaimanapun, tidak berkesan berbanding menangkap haiwan ini dan memandulkannya bagi mengelakkan proses pembiakan.

Namun usaha ini tidak disenangi kumpulan pencinta burung dengan alasan pembiakan kucing jalanan sama ada telah dikembiri atau belum, mengancam spesies unggas.

Kumpulan tersebut memetik kajian Institut Pemuliharaan Biologi Smithsonian dan Perkhidmatan Ikan dan Haiwan Liar AS menganggarkan bahawa kucing terbiar domestik membunuh hampir 2.4 bilion burung dan 12.3 bilion mamalia setiap tahun.

Punca kematian

Kajian tahun 2013 itu mendedahkan bahawa kucing jalanan adalah penyebab utama kematian tersebut berbanding kucing peliharaan selain mendakwa prosedur TNR juga berpotensi membahayakan populasi haiwan liar.

Pusat Kawalan Penyakit pula baru-baru ini menegaskan, kucing di AS lebih cenderung menghidap penyakit anjing gila berbanding anjing. Terdapat dakwaan lain juga mengkategorikan kucing sebagai pembawa potensi infeksi dan parasit.

Pusat ini mencadangkan agar langkah terbaik bagi melindungi kedua-dua haiwan liar dan manusia adalah dengan menghapuskan semua kucing jalanan.

Tindakan tersebut ditolak wakil peguam bagi Perikatan Kucing Lorong, Elizabeth Holtz yang menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab dan berat sebelah.

Sebagai organisasi berpangkalan di Washington yang mempromosikan TNR, tambah Holtz, keberkesanan prosedur itu terbukti melalui penurunan drastik bilangan anak kucing yang dihantar ke rumah perlindungan dan dimatikan di Jacksonville Florida.

Kejayaan prosedur TNR di bawah skim dipanggil Feral Freedom itu dijalankan sejak tahun 2009.

Malangnya masih ramai dalam kalangan masyarakat di AS yang meneruskan tradisi menangkap dan membunuh kucing menyebabkan tiada penurunan jumlah haiwan ini yang dicatatkan di kawasan mereka.- AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Nakiwa Academy eratkan hubungan dengan\

Posted:

Nakiwa Academy eratkan hubungan dengan\<i> Kosmo!\</i>

Nakiwa Academy eratkan hubungan dengan\ Kosmo!\


LOKMAN (enam dari kiri) dan Nabil (tujuh dari kiri) bergambar dengan rombongan Nakiwa Academy yang melawat pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.


LAWATAN. Seramai 16 pegawai dari Nakiwa Academy melakukan lawatan ke pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nabil Abd. Kadir berkata, tujuan lawatan tersebut untuk mengeratkan hubungan dengan Kosmo! selain melihat sendiri operasi penerbitan akhbar kompak itu.

"Lawatan ini diharap dapat menjadi satu langkah permulaan bagi Nakiwa Academy bekerjasama dengan Kosmo! dalam program-

program akhbar ini pada masa depan," katanya.

Ahli rombongan disambut oleh Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman dan Penolong Pengarang Berita Kosmo!, Zamri Rambli.

Hari Polis ke-207 di Port Dickson disambut meriah

Posted:

Hari Polis ke-207 di Port Dickson disambut meriah

Hari Polis ke-207 di Port Dickson disambut meriah


ABD. WAHAB (depan sembilan dari kiri) bergambar bersama sebahagian anggota polis sempena sambutan Hari Polis ke-207 di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


SAMBUTAN. Pelbagai program dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Polis ke-207 baru-baru ini.

Antara acara yang diadakan ialah majlis Perbarisan Peringatan di IPD, Port Dickson.

Selain itu, seramai 34 kakitangan awam menyertai program Latihan Kemahiran Menembak Polis bersama Jabatan Kerajaan yang diadakan di Lapang Sasar Sungai Menyala.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd. Wahab Harun berkata, program sempena sambutan Hari Polis Ke-207 itu mendapat sambutan menggalakkan dan mencapai matlamat penganjurannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harta berbilion ringgit dalam gua

Posted:

Harta berbilion ringgit dalam gua

Harta berbilion ringgit dalam gua

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

INILAH Pulau Nangka di Melaka yang didakwa mengandungi harta karun.


JASIN – Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, kira-kira 17 kilometer di luar pantai Melaka di sini bakal diketahui esok.

Antara harta karun berkenaan ialah peti mengandungi jongkong emas, takhta dan pakaian diraja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Abdul Ghafar Atan berkata, kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu sudah 90 peratus dilaksanakan.

Beliau berkata, pihaknya percaya pintu gua berkenaan akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Loji air tidak mampu asing logam

Posted:

Loji air tidak mampu asing logam

Loji air tidak mampu asing logam

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan negeri Selangor mengepam air dari bekas lombong bagi menampung keperluan air mentah adalah tidak wajar kerana proses rawatan air secara konvensional tidak mampu mengasingkan kandungan logam yang mungkin terdapat di dalamnya.

Ketua Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Yang Farina Abdul Aziz berkata, rawatan serta teknologi menapis air yang dilakukan di loji rawatan air tidak akan dapat mengasingkan ion logam yang terkandung di dalamnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

9 anggota militan ditangkap

Posted:

9 anggota militan ditangkap

9 anggota militan ditangkap

Oleh ATIKAH MD DALI dan HAIKAL RAMAN
berita@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR – Seramai sembilan lelaki termasuk ketua kumpulannya yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti militan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan selepas disyaki merancang melakukan keganasan di dalam dan luar negara.

Ahli kumpulan yang berusia 22 hingga 55 tahun diberkas secara berasingan di sekitar Kedah dan Selangor oleh sepasukan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman.

Semasa serbuan pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari semalam, ada di antara suspek itu sedang tidur di rumah masing-masing manakala sebahagian lagi ditahan di tempat kerja.

Ketua kumpulan yang berusia 30-an ditahan di Selangor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


PM Korea Selatan letak jawatan

Posted:

PM Korea Selatan letak jawatan

PM Korea Selatan letak jawatan

HONG-WON (tengah) beredar selepas menghadiri satu sidang media di Seoul semalam.


SEOUL - Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletak jawatan semalam selepas menyalahkan rasuah dan kejahatan berakar-umbi sebagai punca feri Sewol karam dan menyebabkan 300 orang mati atau hilang.

Hong-Won mengaku beliau gagal mengendalikan dengan baik operasi menyelamat selepas feri Sewol terbalik bersama 476 orang dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar sekolah pada 16 April lalu.

"Saya memohon maaf kerana gagal menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan gagal mengambil tindak balas sewajarnya kemudian," katanya.

"Saya percaya sebagai Perdana Menteri, saya perlu memikul tanggungjawab ini dan meletak jawatan," tambah Hong-Won.

Sebelum ini, ibu bapa dan waris mangsa menyelar kerajaan kerana lambat melancarkan operasi menyelamat yang menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Mereka dan orang ramai turut berang berhubung dakwaan rasuah dan kelemahan standard keselamatan yang dikatakan antara faktor tragedi itu berlaku.

Feri Sewol didakwa membawa penumpang berlebihan pada hari kejadian manakala senarai penumpang pula tidak tepat dan tidak lengkap.

"Melihat insiden terbaharu ini, saya menyedari bahawa terlalu banyak kejahatan yang berakar-umbi dan rasuah dalam masyarakat kita," kata Hong-Won.

Perdana Menteri Korea Selatan memainkan peranan istiadat manakala sebahagian besar kuasa pemerintahan pula terletak dalam tangan Presidennya, Park Geun-Hye.

Dalam perkembangan berkaitan, Geun-Hye memutuskan untuk menerima perletakan jawatan Hong-Won tetapi hanya selepas kerajaan selesai melakukan operasi menyelamat dan mengapungkan feri tersebut.

Sementara itu di Jindo yang merupakan pulau terdekat dengan bangkai feri tersebut, waris mangsa-mangsa yang maut dan hilang memandang dingin langkah Hong-Won.

"Justeru ada?" kata seorang waris mangsa, Ji Hyung-Soo.

"Anak lelaki saya berada di dalam feri itu di dasar laut. Peletakan jawatannya tidak akan dapat mengurangkan rasa kecewa dan sedih ini," ujarnya.

Setakat semalam, angka kematian rasmi tragedi feri karam itu kekal 188 orang manakala sejumlah 114 mangsa lagi masih hilang. - AFP

Apple paten sistem halang pengguna menaip mesej ketika memandu

Posted:

Apple paten sistem halang pengguna menaip mesej ketika memandu

Apple paten sistem halang pengguna menaip mesej ketika memandu


TELEFON pintar iPhone keluaran Apple ini bakal dipasang dengan sistem yang menghalang pengguna menaip mesej ketika memandu.


NEW YORK - Pengguna telefon pintar iPhone keluaran Apple mungkin tidak lagi dapat menaip mesej ketika sedang memandu pada masa hadapan.

Ia ekoran syarikat elektronik itu merancang memasang satu perisian yang dapat menghalang pemandu mengguna telefon ketika menaiki kenderaan, lapor akhbar Mail Online semalam.

Menurut laporan akhbar itu, perisian itu telah dipatenkan di Amerika Syarikat (AS). Ia berfungsi menghalang pengguna menggunakan semua aplikasi pesanan atau mesej ketika sedang memandu.

Sistem berkenaan berfungsi dengan satu sensor dipasang pada telefon tersebut yang akan mengukur kelajuan sesebuah kenderaan dan ia akan mematikan aplikasi pesanan apabila mencapai had laju tertentu.

Sistem berkenaan hanya akan berfungsi sekiranya pengguna duduk di kerusi pemandu sekali gus membolehkan penumpang yang lain menggunakan telefon mereka.

Seorang pakar keselamatan jalan raya di AS, Paul Watters berkata, Apple mempunyai kuasa untuk mengubah budaya bahaya berkenaan dan sistem itu adalah satu langkah yang baik.

Katanya, satu kajian oleh sebuah badan keselamatan jalan raya AS mendapati menaip mesej ketika memandu meningkatkan risiko kemalangan sebanyak 23 kali ganda dan mengurangkan tindak balas pemandu. - Agensi

Remaja maut ambil minuman kerohanian

Posted:

Remaja maut ambil minuman kerohanian

Remaja maut ambil minuman kerohanian


IMEJ menunjukkan sekumpulan penduduk pribumi mengadakan upacara kerohanian dengan meminum sejenis minuman yang dikenali sebagai Yage. - Agensi


MOCOA, Colombia — Seorang remaja Britain dilaporkan meninggal dunia di rantau Amerika Selatan selepas mengambil dadah halusinasi dalam satu upacara tradisional.

Remaja tersebut, Henry Miller, 19, yang berasal dari bandar Bristol berada di dalam sebuah hutan hujan di pedalaman Colombia bersama beberapa pelancong lain apabila dia mengambil dadah itu bersama penduduk pribumi, lapor akhbar Daily Mail.

Miller dilaporkan meminum minuman dikenali sebagai Yage yang menyebabkan peminumnya mengalami halusinasi di sebuah hostel tempat dia menginap di sini dalam wilayah Putumayo pada minggu lalu.

Hotel itu milik seorang pawang yang mengadakan upacara kerohanian tersebut.

Dia dilaporkan meminum minuman khayal itu sebanyak dua kali iaitu pada Ahad dan Selasa lepas.

Seorang pelancong yang berada bersama mangsa, Christopher Dearden memberitahu, dadah itu tidak memberi kesan kepada Miller selepas dia meminumnya untuk kali pertama.

"Namun, dia sakit teruk selepas minum Yage untuk kali kedua bersama tujuh pelancong lain termasuk saya," kata Dearden.

Menurut Dearden, 27, kesemua lapan pelancong itu jatuh sakit selepas meminum yage tetapi sembuh tidak lama kemudian melainkan Miller.

"Keadaannya bertambah teruk, dia membuat pelbagai bunyi binatang malah, cuba untuk terbang seperti burung sebelum tidak sedarkan diri," ujarnya.

Keluarga pawang itu memberitahu kumpulan pelancong itu bahawa mereka akan menjaga Miller.

Namun, remaja itu didapati hilang keesokan harinya.

Pada hari sama, polis tiba ke hostel tersebut dan menunjukkan gambar mayat Miller. Remaja itu dilaporkan sama ada telah dicampak atau terjatuh dari sebuah motosikal di tepi jalan berdekatan lokasi tersebut.

Yage yang juga dikenali sebagai Ayahuasca dibuat daripada beberapa jenis daun tumbuhan dan digunakan bagi tujuan perubatan dan kerohanian oleh penduduk Amerika Selatan.

Minuman itu boleh menyebabkan peminumnya mengalami muntah dan cirit-birit selain gangguan psikologi.– Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hujan tambah pengeluaran air di enam loji rawatan - Syabas

Posted:

Hujan tambah pengeluaran air di enam loji rawatan - Syabas

Hujan tambah pengeluaran air di enam loji rawatan - Syabas

28/04/2014 9:47pm

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengatakan bahawa hujan yang kerap ketika ini meningkatkan jumlah air mentah di sungai utama dan membolehkan enam loji rawatan menambah pengeluaran air terawat.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, keadaan ini membolehkan syarikat itu membekalkan air ke kawasan yang terlibat dengan catuan.

"Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan masih menerima bekalan air di premis mereka namun situasi ini adalah bersifat sementara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Priscilla, enam kawasan yang menerima bekalan air tambahan adalah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Bagaimanapun, Priscilla mengingatkan pengguna agar berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air serta sentiasa bersedia menghadapi catuan bekalan yang dilaksana mengikut jadual.

Ujar Priscilla lagi, pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan dan dijangka tamat pada 30 April ini atau suatu tarikh yang akan diputuskan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). - Bernama

Bekas pemandu anak Menteri Dalam Negeri ditahan bantu siasatan kes curi

Posted:

Bekas pemandu anak Menteri Dalam Negeri ditahan bantu siasatan kes curi

Bekas pemandu anak Menteri Dalam Negeri ditahan bantu siasatan kes curi

28/04/2014 9:33pm

SHAH ALAM - Polis menahan bekas pemandu Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bagi membantu siasatan berhubung kecurian di rumahnya di Country Heights, Kajang pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Seri Kembangan pada pukul 1 pagi semalam.

Kata Abdul Rahim, lelaki terbabit dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah bekas majikannya menggunakan kunci rumah yang diberikan kepadanya ketika dia masih berkhidmat dengan Nurul Hidayah.

"Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keselamatan Jalan raya dan Pemanduan Berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Lelaki itu ditahan reman sehingga esok. - Bernama

Ibu kota dilanda banjir kilat, jalan sesak

Posted:

Ibu kota dilanda banjir kilat, jalan sesak

Ibu kota dilanda banjir kilat, jalan sesak

28/04/2014 8:47pm

KUALA LUMPUR - Trafik di Kuala Lumpur sesak petang ini kerana banjir kilat berikutan hujan lebat di beberapa kawasan sejak pukul 5.00 petang.

Kawasan-kawasan yang dinaiki air sehingga 0.6 meter termasuk Jalan Chan Sow Lin, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Kuching dan Jalan Maluri, menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur.

Katanya, walaupun hujan sudah berhenti, namun kesesakan masih berlaku akibat jumlah trafik yang meningkat kerana waktu puncak, dengan para pekerja pulang ke rumah.

Sehingga pukul 7.00 malam tadi, keadaan trafik di sekitar ibu kota dilaporkan masih sesak. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fizz - Almy bersatu akhirnya

Posted:

Fizz - Almy bersatu akhirnya

Fizz - Almy bersatu akhirnya

HANYA air mata yang dapat merungkai epilog cinta pasangan pelakon Almy Nadia, 28, dan Fizz Fairuz, 34, selepas kedua-dua mereka sah bergelar suami isteri pada Sabtu lalu.

Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang menjadi lokasi penyatuan cinta bagi pemilik nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah dengan Mohd. Firuz Zainol setelah mereka selamat diijab kabul dengan sekali lafaz.

Kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua mempelai dan sahabat handal turut menyerikan majlis akad nikah yang berlangsung di masjid berkenaan kira-kira pukul 5 petang.

Dengan ucapan taklik yang dilafazkan kedua-dua mempelai itu menandakan telah berakhirnya bibit-bibit hitam yang pernah melanda pasangan ini suatu masa dahulu. Ia sekali gus mencipta fasa baharu dalam perjalanan hidup Almy dan Fizz di samping mencari kebahagiaan dalam menyatukan hubungan sebagai pasangan suami isteri.

Pasangan pengantin yang mengenakan busana berwarna biru tirus telah dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat sambil disaksikan keluarga kedua-dua mempelai.

Biarpun kelihatan serba ringkas, namun dengan kehadiran sekumpulan pengiring yang membawa masuk dulang hantaran kedua-dua mempelai ternyata membangkitkan suasana meriah majlis.

PASANGAN ini sebenarnya sudah sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.


Air mata

Pada majlis pernikahan itu juga, Almy menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta mas kahwin RM1,001 dan sembilan dulang barangan hantaran dan membalas 11 dulang barangan hantaran.

Antara hantaran yang diterima pengantin lelaki termasuklah komputer tablet i-pad, jam tangan, senaskhah al-Quran, set pewangi badan, kasut dan kek fondant.

Barangan hantaran yang diterima mempelai perempuan pula termasuklah seutas gelang tangan emas dan rantai mutiara, beg tangan, alat solek, kek, al-Quran dan sejadah.

Sejurus majlis selesai, Almy yang merupakan anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan tatkala menerima kucupan pertama Fizz di dahinya.

Ketika ditemui, pelakon filem Dunia Baru The Movie itu memberitahu, perkahwinannya dan Fizz akhirnya menjadi realiti adalah hasil berkat doa dan kesabarannya sepanjang menempuh alam percintaan selama lapan tahun.

"Saya berasa lega sebab segala susah payah dan dugaan yang ditempuh selama ini berakhir dengan penyatuan perkahwinan.

"Syukur Alhamdulillah, sabar adalah paling kuat dalam diri saya sepanjang mengharungi pelbagai kontroversi, naik dan turun, sebelum dan selepas akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin.

"Sudah lapan tahun kami menjalinkan hubungan percintaan dan tahun ini masuk tahun ke-sembilan.

"Doa kami ke alam baharu akhirnya membawa kenyataan," kata Almy dalam sebak sambil ditenteramkan Fizz.


MERIAH... Pengiring kedua-dua pasangan mempelai bersama barangan hantaran masing-masing.


Bulan madu

Dalam meniti kehidupan baharu bersama Fizz, Almy hanya mampu memanjatkan doa semoga segala urusan rumah tangga dan hubungan yang dibina mereka berdua mendapat restu Yang Maha Esa.

Wanita bertubuh genit itu turut meminta agar kebahagiaan yang dikecapi dapat dikekalkan sepanjang hayat, sekali gus berpeluang merasai kenikmatan hidup bersama.

"Saya juga meminta semua orang terus berdoa agar perhubungan kami berjalan dengan lancar. Selepas ini, saya dan Fizz berada di alam baharu, doa yang terbaik untuk kami berdua," jelasnya.

Mengenai aktiviti seni, kedua-dua mereka akan terus bergiat aktif dalam lakonan drama biarpun masing-masing sudah mempunyai komitmen.

Ujar Almy lagi, dia dan Fizz akan menjalankan penggambaran bagi slot Samarinda menerusi drama Cerita Cinta Kita yang bakal ditayangkan di saluran TV3.

"Kami tetap tidak akan meninggalkan aktiviti seni. Dua tiga hari selepas majlis akad nikah ini kami akan mengikuti penggambaran drama tersebut.

"Saya yakin, kami dapat membahagikan masa kerja dengan rumah tangga dengan sebaik-baiknya," jelasnya yang mengikat tali pertunangan dengan Fizz pada 22 Oktober lalu.

Sementara itu, mengenai percutian bulan madu, Fizz mencelah, kedua-dua mereka merancang untuk bercuti ke satu lokasi yang belum ditetapkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Julai nanti.

Ujar Fizz, ini kerana mereka berdua sibuk dengan penggambaran drama lakonan masing-masing.

"Tentang perancangan cahaya mata, kalau boleh saya hendak seramai mungkin dan jumlah tidak terhad, selagi mampu," selorohnya dalam nada gembira.

Aksi terakhir Paul Walker

Posted:

Aksi terakhir Paul Walker

Aksi terakhir Paul Walker


GAMBAR komersial terakhir Paul Walker beberapa bulan sebelum kematiannya ini dirakamkan pada bulan Mac tahun lalu dalam satu kempen pakaian terkini keluaran jenama Colcci di Brazil.


WALAUPUN takdir telah menentukan ajalnya tiba secara mengejut dalam sebuah kecelakaan tragis, namun peminat setia Paul Walker masih berkesempatan untuk menonton aksi pelakon itu menerusi beberapa buah filem lakonannya di layar perak yang masih belum ditayangkan.

Ironi, Paul yang lebih terkenal dengan francais filem Fast & Furious ini tidak berkesempatan menghabiskan francais ketujuh filem tersebut setelah terkorban dalam satu nahas jalan raya yang berlaku pada 30 November 2013.

Paul, 40, yang menumpang kereta rakannya, Roger Rodas terkorban selepas pulang daripada majlis amal Reach Out Worldwide untuk mangsa-mangsa Taufan Haiyan di Santa Clarita, California. Akibat dipandu laju, kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiga batang pokok serta sebatang tiang konkrit.

Sebaliknya, dia telah menyudahkan sebuah penggambaran filem berjudul Brick Mansions pada tahun lalu.

Filem yang memulakan penggambaran pada 30 April 2013 itu menjadi satu-satunya filem terakhir yang siap sepenuhnya untuk ditayangkan. Ia merupakan sebuah naskhah yang diangkat daripada filem berbahasa Perancis berjudul District 13.

Filem arahan Camille Delamarre itu menyaksikan momen-momen terakhir Paul sebagai seorang pelakon aksi.

Menerusi temu bual yang dijalankan di lokasi penggambaran filem tersebut di Montreal, Kanada pada tahun lalu itu, Paul begitu teruja kerana berpeluang memainkan watak Damien Collier, seorang anggota polis yang ditugaskan untuk melakukan tugas-tugas penyamaran.

"Watak Damien yang diketengahkan oleh Camille agak sama dengan karakter saya yang sebenar.

"Damien merupakan seorang polis yang lasak, gemar bermain dengan senjata api serta sering dilihat memandu kereta secara berbahaya.

"Ia suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila saya berpeluang berlakon bersama David Belle dan melakukan aksi yang begitu mencabar," ujar Paul sambil menyifatkan perkara-perkara yang dilakukan bersama David adalah perkara normal yang menjadi kegemaran golongan lelaki.


WATAK Damien Collier yang dimainkan olehPaul dalam filemini disifatkan mempunyai banyak persamaan dengan karakternya yang sebenar.


Ketika ditanya mengapa dia bersetuju untuk membawakan watak tersebut, Paul berkata, dia tertarik untuk turut serta dalam filem itu kerana teruja dengan ketangkasan watak asal Damien yang ditonjolkan dalam District 13.

"Selepas menonton lakonan Cyril Raffaelli dalam District 13, saya berasa begitu teruja dengan kelincahan dan aksi yang dipersembahkan olehnya. Babak-babak yang melibatkan aksi turut dijayakan oleh Cyril dengan baik sekali.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju untuk memegang watak Damien dan menjadikan aksi-aksi yang telah ditampilkan oleh Cyril sebagai inspirasi untuk filem Brick Mansions," ujar Paul.

Manja

Ternyata, figura kelahiran California, Amerika Syarikat ini tidak mensia-siakan pengalaman yang dikutip sepanjang menerajui filem tersebut.

Kongsi Paul, sepanjang berlakon bersama David, dia sungguh tertarik dengan kebolehan serta kepelbagaian aksi yang ditampilkan oleh pelakon berketurunan Perancis itu.

"David merupakan seorang pelakon yang bersahaja. Walaupun dia nampak sungguh tenang, sifat acuh tidak acuhnya itu tidak terbawa-bawa hingga ke hadapan lensa kamera.

"Apabila tiba masanya untuk beraksi, dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya sehingga kru-kru yang terlibat pelik dengan sikap ketekunannya. Saya juga tidak terkecuali," ujar Paul yang mengikut sahaja setiap langkah yang diatur oleh David untuk setiap babak.

Bercerita mengenai produksi filem itu secara keseluruhan, Paul yang terkenal dengan filem-filem berbajet besar berkata, keselesaan yang dikecapinya sebelum ini perlu dilupakan untuk seketika kerana peruntukan yang diberikan untuk Brick Mansions tidak besar.

"Sebelum ini, saya sering dimanjakan dengan kemewahan pihak produksi. Namun, untuk filem Brick Mansions yang berbajet sederhana, saya dan pelakon lain perlu mencabar diri dalam menonjolkan kemahiran berlakon secara dinamik bagi menampakkan ia seperti sebuah filem yang mahal," ujar Paul lagi.

Filem yang diterbitkan oleh Luc Besson, Ryan Kavanaugh, Tucker Tooley dan Christophe Lambert ini telah mula ditayangkan di seluruh pawagam sejak Khamis lalu.

Fara sedia berhijab

Posted:

Fara sedia berhijab

Fara sedia berhijab

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

FIGURA ini tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dalam masa terdekat.


KETIKA bertemu dengan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana pada majlis kemuncak Kunci AM Krew di Berjaya Times Squre, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia tampil dengan berselendang.

Ternyata, penampilan Fara sudah pasti menarik perhatian sehingga menimbulkan pertanyaan segelintir pihak. Malah, peminat sudah mula menyedari tentang perubahan penampilannya itu ketika muncul dalam rancangan Nona pada minggu lalu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Fara pada mulanya seperti keberatan untuk bercerita dan lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri kerana bimbang dengan persepsi orang ramai yang berbeza.

Mengakui dirinya masih belum lagi berhijab sepenuhnya sekarang ini, namun Fara tidak menafikan bahawa dia memang sudah ke arah untuk tampil dengan gaya seorang Muslimah.

Kosmo!: Boleh ceritakan tentang penampilan Fara sekarang ini?

FARA: Sebenarnya agak sukar dan tidak tahu untuk memberikan komen berhubung perkara ini. Tidak dinafikan saya sudah mula memakai selendang sejak bulan lalu tetapi belum berhijab sepenuhnya lagi.

Cuma, niat untuk berhijab itu sudah lama tertanam dalam diri dan memandangkan pada usia yang sudah mencecah 34 tahun, mungkin sudah tiba masanya untuk saya melakukan perubahan.

Bilakah anda bersedia untuk berhijab sepenuhnya?

Saya sendiri tidak tahu bila ia akan berlaku dan kini memang saya berasa selesa dengan berselendang tetapi kalau ada yang bertanya saya cuma cakap doakanlah yang terbaik untuk diri saya.

Kalau ada mana-mana pihak yang mahu mengkritik terhadap penampilan saya sekarang ini, saya memang tidak kisah kerana diri ini sudah lali dengan sebarang kritikan.

Adakah sebarang perubahan berlaku sejak anda mula berselendang?

Tidak dinafikan yang ia serba sedikit dapat mengubah karakter saya seperti percakapan dan perasaan. Misalnya, kini saya dapat mengawal kesabaran dan kemarahan saya. Selain itu, bos di tempat saya bekerja dan rakan-rakan penyampai juga banyak memberikan sokongan kepada saya terhadap perubahan ini.

Apakah komen anda sekiranya ada yang mengatakan perubahan ini disebabkan anda bakal mendirikan rumah tangga?

Sudah tentu ia merupakan perkara yang tidak benar kerana seperti yang saya katakan, memang sudah lama saya berniat untuk berhijab. Lagipun buat masa ini saya belum ada calon yang sesuai lagi, tidak menolak sekiranya jodoh itu datang dalam masa terdekat ini.

Adakah anda akan terus tampil berselendang ketika hadir atau menjayakan sesebuah sesebuah majlis?

Secara jujurnya saya akan terus kekal dengan penampilan sebegini, contohnya ketika muncul dalam rancangan Nona. Namun begitu, saya tidaklah mempunyai banyak koleksi selendang sekarang ini.

Bagaimanakah dengan pandangan anda setelah Fizie menyertai anda dan AG dalam segmen Hot FM AM Krew sejak Februari lalu?

Saya sudah melihat banyak peningkatan yang berlaku terhadap dirinya dan beranggapan bahawa pemilihannya untuk bergandingan dengan saya dan AG merupakan satu langkah yang tepat. Kalau diikutkan bukan mudah untuk mengendalikan segmen ini dan pada peringkat awal memang sukar mencari keserasian tetapi Fizie seorang yang cepat belajar. Namun begitu, saya ada berpesan kepadanya supaya bersedia dan bersikap lebih terbuka menerima sebarang teguran dan kritikan daripada pendengar.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved