Ahad, 27 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bertuah terlibat dalam arena dakwah

Posted:

Bertuah terlibat dalam arena dakwah

Bertuah terlibat dalam arena dakwah

HIDAYAH itu milik Allah. Ia akan dikurniakan buat hamba pilihan-Nya. Walaupun mungkin pada awalnya, individu tersebut adalah sejahat-jahat manusia, namun apabila cahaya keimanan meresap ke dalam jiwa, tiada siapa mampu menghalangnya memilih akidah yang suci.

Itulah yang dialami oleh pendakwah tersohor dari Boston, Amerika Syarikat (AS), Imam Suhaib Webb yang menemui sinar Islam pada usia 20 tahun.

Malah, Suhaib sangat bertuah kerana berpeluang melibatkan diri dalam arena dakwah secara menyeluruh berbanding dengan mereka yang memang dilahirkan sebagai seorang Muslim.

Di Malaysia, figura hebat ini juga semakin dikenali sejak mengacarakan rancangan berbentuk keagamaan, Reflections di saluran TV AlHijrah bermula tahun 2011.

Ironinya, Suhaib dilahirkan di Oklahoma, AS dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Kristian Protestan sementelah datuknya merupakan seorang paderi.

Bagaimanapun, pada usia 14 tahun, beliau hilang minat terhadap agama yang dianuti. Keyakinannya juga semakin pudar dalam kehidupan beragama dan situasi itu disifatkan satu krisis kerohanian dalam diri.

Jiwa mudanya mula memberontak sekali gus melakukan pelbagai perkara yang teruk selepas berkawan dengan kumpulan remaja samseng dan liar.

Menurut Suhaib, jika diimbas kehidupan lampaunya, ia hanya dipenuhi dengan sejarah hitam yang sebolehnya ingin dipadamkan dari kotak fikirannya.

Ini kerana zaman remajanya dihiasi dengan pelbagai aktiviti liar. Daripada minum arak, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita hinggalah terlibat dengan gejala dadah.

"Pada waktu yang sama, saya juga berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang deejay dan menjadi salah seorang ahli dalam kumpulan hip hop AK Assault.

"Jujurnya kehidupan saya langsung tidak terurus. Sebagai seorang manusia di sisi Tuhan, terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan. Memang saya sangat menyesal dengan corak kehidupan tersebut," cerita Suhaib ketika ditemui sewaktu rakaman rancangan Reflections musim ke-16 dan 17 di Kompleks Penyiaran TV AlHijrah, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SIAPA sangka lelaki yang dilahirkan dengan nama William Webb ini akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya.


Hijrah

Memiliki bentuk tubuh yang tegap dan sasa dengan ketinggian mencecah hampir dua meter, sekali pandang Suhaib kelihatan garang dengan riak wajah yang agak serius.

Malah, sukar untuk melihat senyuman terukir di bibirnya melainkan hanya sekali dua dalam pertemuan tersebut rentetan jenaka spontannya.

Setiap persoalan yang ditanya pula, pasti dijawab dengan ringkas dan seadanya. Dalam erti kata lain, tidak meleret-leret.

Pada hemat penulis, keperibadian itu mungkin disebabkan sisi gelap yang pernah dilalui sekali gus membuatkan beliau lebih berhati-hati dalam setiap perlakuan dan tutur bicara.

Tiga tahun sebelum memeluk Islam, Suhaib terlebih dahulu telah membaca al-Quran yang dihadiahkan oleh seorang kenalan dalam industri seni.

Melalui kitab suci itulah, beliau mula menyedari betapa pentingnya kehidupan beragama yang akan memandu manusia ke jalan yang diredai.

Logik al-Quran

"Dengan membaca al-Quran dan terjemahannya, ia memberi saya banyak pengajaran. Ia mengajar saya untuk menghormati pelbagai aspek dalam kehidupan dan mempelajari tentang tauhid iaitu keesaan Allah.

"Paling penting isi kandungan al-Quran memberi penjelasan yang sangat logik dalam setiap perkara," ujarnya yang memberitahu ibu bapanya risau apabila mengetahui beliau memeluk Islam kerana ia sering dikaitkan dengan keganasan.


MENGELOLAKAN rancangan Reflections di TV AlHijrah sejak tahun 2011 telah melonjakkan populariti Suhaib dalam arena dakwah di Malaysia.


Namun, akhirnya keluarga Suhaib menerima agama Islam yang dianuti dan hubungan yang terjalin antara mereka masih baik hingga sekarang.

Sebaik memeluk Islam, Suhaib meninggalkan kerjayanya sebagai deejay dan kemudian melanjutkan pengajian di University of Central Oklahoma dalam bidang pendidikan.

Tidak ketinggalan, beliau turut mengambil inisiatif mendalami ajaran Islam dan mempelajari bahasa Arab dengan seorang ulama dari Senegal.

Bermula dari situ, Suhaib telah dilantik mengetuai pusat komuniti Islam, The Islamic Society of Greater Oklahoma City dan menjadi imam di sana.

Jelas Suhaib, menjadi imam tidak pernah terfikir olehnya kerana cita-cita awalnya hanya untuk bergelar seorang guru dengan ijazah pendidikan yang dimiliki.

Tambahan pula, usianya yang masih muda dan baru memeluk Islam menjadi faktor beliau bimbang tidak mampu melaksanakan amanah yang diberikan.

"Namun, atas permintaan guru agama, saya terpaksa akur. Kini sudah hampir 12 tahun saya menjadi imam di sana. Melalui pengalaman yang ada, saya percaya golongan muda seharusnya diberi peluang menjadi imam.

"Jangan bimbang jika anda melakukan kesilapan kerana ia memberi kita pengajaran yang bermakna. Malah kalau hendak berjaya, kita perlu gagal dahulu," tuturnya.

Pada tahun 2004, Suhaib sekali lagi melanjutkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Selama enam tahun berada di Mesir, beliau turut belajar menghafal al-Quran dan mempelajari kaedah bacaan secara bertaranum dari Sheikh Abu Mustafa, seorang ulama terkenal di Mekah.

Ilmu yang dimiliki Suhaib tidak disimpan seorang diri sebaliknya disampaikan kepada komuniti Islam di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom melalui tiket sebagai pendakwah bebas.


HUBUNGAN Suhaib bersama komuniti Islam di Boston sentiasa baik lantaran sikapnya yang sering prihatin dengan kehidupan saudara seagama.


Kini, Suhaib merupakan imam di Masjid Boston di bawah kendalian Islamic Society of Bolton Culture Centre (ISBCC), antara komuniti Islam terbesar di AS.

Beliau turut mengendalikan sebuah laman web Suhaib Webb - Your Virtual Mosque yang boleh dilayari di www.suhaibwebb.com sebagai salah satu usaha dakwah kepada masyarakat.

Ditanya mengenai penglibatannya dalam bidang seni, Suhaib berkata, dia masih terlibat tetapi secara suka-suka seperti menonton konsert Ramli Sarip di Malaysia.

"Bidang seni merupakan satu cabang dakwah yang boleh merapatkan sesama manusia. Malah, seni juga boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Islam atau dalam erti kata lain dakwah melalui seni," ungkapnya.

Simbolik simbol kepala rusa

Posted:

Simbolik simbol kepala rusa

Simbolik simbol kepala rusa


TANDUK rusa digantung di ruang yang mudah dilihat pelanggan sebagai simbol kegagahan.


SUATU ketika dahulu, golongan muda di Jerman akan berundur ke belakang sekiranya terpandang kepala rusa atau set tanduk yang dipasang di bar.

Ini kerana perhiasan tersebut melambangkan fesyen kuno dan pengikut politik berhaluan kanan di Jerman.

Di Britain, misalnya, kepala haiwan sering digantung di rumah-rumah mewah dan pub di luar bandar sebagai perhiasan.

Namun, di Jerman ia melambangkan seseorang itu merupakan pengikut Nazi dan komunis yang tegar serta kegagahan mereka dalam aktiviti memburu.

Menurut pandangan golongan indie atau hipsters yang banyak terdapat di kawasan perumahan sekitar Berlin, Hamburg dan Munich, kepala rusa jantan membawa maksud sopan santun, kreatif dan progresif dalam berpolitik.

Situasi tersebut menyebabkan para penjual kelengkapan rumah mewah turut menjual kepala rusa yang dilengkapi berlian palsu dan saduran emas.

Halaman rumah seorang penduduk, Frankfurter Allgemeine Sonntagszeitung yang besar dihiasi dengan trofi kepala rusa sehingga mewujudkan suasana seperti dewan pemburuan.

"Ia umpama mengumpul sampah daripada bahagian haiwan yang telah mati. Sekiranya masih ada satu bahagian tertinggal dan anda tidak tahu apa hendak yang dilakukan, pengumpul sampah boleh mengambilnya," kata Jennifer Wiebking.

Dia turut memaklumkan bahawa budaya mengumpul kepala haiwan bermula di bar dan restoran sebelum dijadikan hiasan rumah mewah yang mementingkan gaya, ia akan digantung di ruang yang mudah untuk dilihat.

"Rak tanduk rusa merupakan aksesori gaya yang boleh menonjolkan perasaan ironi pemiliknya," jelasnya.

Agensi berita Jerman, DPA baru-baru ini telah menyiarkan dokumentari bertajuk Pimp My Antler Rack.

Dokumentari tersebut menunjukkan cara-cara para pereka menghias kepala kijang, rusa dan lembu untuk dijadikan perhiasan rumah, pejabat dan restoran.


KEPALA dan tanduk rusa kini menjadi objek hiasan yang sangat bernilai di Jerman.


Identiti

Sebuah laman web, www.geweihshop.de turut menjual mahkota rusa pelbagai warna seperti emas, perak, merah jambu dan kepala arnab yang dihiasi tanduk rusa serta banyak lagi model tradisional lain.

Menurut Profesor Kebudayaan dan Kajian Media di Universiti Terbuka Berlin, Klaus Siebenhaar, masyarakat luar sering mengaitkan Jerman dengan sosej dan kubis jeruk.

Katanya, namun kini kepala rusa telah menjadi salah satu identiti masyarakat Jerman iaitu simbol kepada hutan dan alam semula jadi.

Beliau turut menggambarkan kepala haiwan yang digantung mempunyai persamaan dengan populariti minuman keras Jaegermeister yang menggunakan logo kepala rusa. Jenama tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan pesara sejak kebelakangan ini.

Di daerah Neukoelln, Berlin iaitu kawasan utama golongan hipster, kepala haiwan merupakan objek penting di samping janggut dan seluar jean ketat.

Pemilik kafe Rudimarie, Ines Djampour berkata, kafenya telah berjaya menarik pelajar, muda-mudi dan golongan tua dari kawasan kejiranan tersebut.

Kafe tersebut telah diuruskan secara berhati-hati untuk memadankan perabot taman vintaj, lampu antik dan hiasan dinding serta kepala rusa yang digantung secara bertentangan dengan pintu hadapan.

"Sejak zaman kanak-kanak apabila saya melihat kepala binatang dengan serta-merta terfikir mengenai politik berhaluan kanan.

"Saya rasa telah tiba masanya kepala haiwan ini dijadikan sebagai barangan perhiasan dalam konteks yang berbeza. Sekiranya satu elemen telah dikeluarkan dan elemen lain dimasukkan, ia akan melahirkan persepsi yang berbeza," kata Djampour.

Sementara itu, bagi pemilik restoran dan bar Reuterkiez, Kathrin Land berkata, kebanyakan kaum lelaki di kawasan tersebut ingin melihat bilik merokok mereka dipasang dengan set tanduk rusa.

Dia mengakui bahawa golongan tua mungkin mempunyai kepercayaan negatif terhadap kepala rusa jantan kerana ketika tahun 1950-an, ia merupakan waktu penindasan di Jerman."Sudah tentu ia benda kolot, kamu akan berfikir bahawa orang-orang Bavaria tidak ubah seperti Disneyland Jerman dan tidak akan datang ke sini," katanya.

"Apabila berfikir mengenai ibu saya dan generasi 60-an. Mereka pasti berkata ini adalah generasi ketika kita memberontak, ia suasana yang cukup klasik," katanya.- AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pameran lukisan, arca Malaysia-China di UniMAP

Posted:

Pameran lukisan, arca Malaysia-China di UniMAP

Pameran lukisan, arca Malaysia-China di UniMAP

TUANKU SYED FAIZUDDIN (tiga dari kanan) mendengar penjelasan mengenai pameran arca di UniMAP, Perlis baru-baru ini.


PAMERAN. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Pameran Kesenian sempena 40 tahun hubungan Malaysia-China di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP, Perlis baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Kamarudin Hussin berkata, pameran yang akan berlangsung sehingga 12 Mei ini mempamerkan 150 lukisan serta arca gabungan tiga karyawan Malaysia dan tiga dari China.

Katanya, usaha merintis pameran itu bermula sejak tahun lalu hasil cetusan idea Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kemudian diteruskan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra, Persatuan Persahabatan Malaysia-China, UniMAP, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Pameran tersebut akan diteruskan di UiTM Arau dan PNM cawangan Perlis sehingga 15 Julai ini.

Pelajar UiTM Perlis bersihkan rumah Kemps

Posted:

Pelajar UiTM Perlis bersihkan rumah Kemps

Pelajar UiTM Perlis bersihkan rumah Kemps


PELAJAR Pengurusan Sukan, UiTM Arau bergambar di hadapan rumah Kemps selepas menyertai program gotong-royong di Kangar baru-baru ini.


BAKTI. Seramai 30 mahasiswa Ijazah Pengurusan Sukan dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis berganding bahu bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Rumah Kelab Media Perlis (Kemps) di Jalan Sekolah Derma, Kangar baru-baru ini.

Rektor UiTM Perlis, Prof. Datuk Dr. Ahmad Redzuan Abd. Rahman berkata, tujuan gotong-royong itu diadakan untuk mendedahkan pelajar universiti itu dalam program berbentuk kemasyarakatan dan alam sekitar.

"Selain itu, peluang ini dapat digunakan oleh mereka untuk bermesra dan mengenali pengamal media di Perlis sebelum menceburi dunia kewartawanan apabila tamat pengajian kelak," katanya.

Belia Islam Antwerp lawat Terengganu

Posted:

Belia Islam Antwerp lawat Terengganu

Belia Islam Antwerp lawat Terengganu


MOHD. SABRI (tengah) bergambar bersama sebahagian penduduk Islam dari Antwerp, Belgium semasa lawatan muhibah ke Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu baru-baru ini.


LAWATAN. Seramai sembilan belia Islam Antwerp, Belgium mengadakan lawatan muhibah ke Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Penasihat Kelab Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Universiti Malaysia Terengganu, Madzli Harun berkata, kunjungan belia Islam Belgium itu merancang melaksanakan program pertukaran belia negara tersebut dengan komuniti Kampung Gong Baru dalam masa terdekat.

"Bagi mencapai matlamat ini seramai 30 orang lagi penduduk Islam Antwerp dijangka dibawa ke Terengganu dan berkunjung ke kampung tersebut sebelum program pertukaran belia dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan umat Islam kedua-dua negara," katanya.

Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Gong Baru, Mohd. Hanafiah Ismail.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


AS akan terus bantu cari MH370

Posted:

AS akan terus bantu cari MH370

AS akan terus bantu cari MH370

SEORANG petugas sedang menyelenggara Bluefin-21 yang digunakan dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi baru-baru ini.


PUTRAJAYA - Amerika Syarikat (AS) akan terus menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan dalam penyiasatan dan misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, kata Presiden Barack Obama.

Obama berkata, sejak berlakunya tragedi tersebut, pihak berkuasa AS bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan mereka dari Malaysia dan beliau pula sentiasa berbincang dengan pasukan dari negaranya tentang perkara itu.

"Sejak berlakunya tragedi ini, kami bekerjasama rapat dengan rakan kami dari Malaysia dan kami akan terus memberi segala bantuan yang termampu dalam urusan penyiasatan dan usaha mencari pesawat itu.

"Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa AS benar-benar komited dalam membekalkan (apa sahaja) sumber dan aset yang kami mampu, manakala Kerajaan Malaysia pula amat mengalu-alukannya," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Air lombong beracun Selangor undang musibah

Posted:

Air lombong beracun Selangor undang musibah

Air lombong beracun Selangor undang musibah

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


ANTARA bekas lombong yang terdapat di Rawang, Selangor. Kerajaan Selangor bercadang mengepam air di lombong seperti ini untuk disalurkan kepada penduduk Lembah Klang. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan negeri Selangor untuk mengepam air dari bekas lombong sebagai alternatif bagi menampung keperluan air mentah mungkin bakal mengundang musibah kepada penduduk Lembah Klang.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran mendakwa, air bekas lombong adalah berisiko kerana ia mempunyai logam berat yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia untuk jangka masa panjang.

Menurutnya, teknologi menapis air yang mengandungi logam berat sememangnya wujud, namun Malaysia masih belum memiliki teknologi berkenaan kerana sumber air yang kita miliki sebelum ini tidak mempunyai masalah dari segi kandungan dan selamat digunakan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia, AS tingkat hubungan

Posted:

Malaysia, AS tingkat hubungan

Malaysia, AS tingkat hubungan


NAJIB (kanan) dan Obama menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar bersama di Seri Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian komprehensif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Langkah tersebut, katanya, menandakan fasa baharu dalam hubungan kedua-dua negara dan akan menyaksikan lebih banyak kerjasama dalam ekonomi, keselamatan, pendidikan, sains, teknologi serta bidang-bidang lain.

"Kami juga memutuskan untuk meningkatkan lagi peranan Dialog Pegawai-Pegawai Kanan sebagai forum utama bagi perbincangan peringkat tinggi. Semua persetujuan bersama ini akan menjadi asas kukuh bagi lebih banyak kerjasama pada masa akan datang," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Gaya kontemporari dalam seni

Posted:

Gaya kontemporari dalam seni

Gaya kontemporari dalam seni

Oleh SOPI SAMAILE

SETIAP hasil seni kontemporari Suhaimi menyerlahkan daya kreativiti dan kehalusan.


MUNGKIN caranya mendefinisikan istilah perhubungan itu berbeza, namun ia diolah dan diterjemahkan dalam pendekatan menarik serta indah menerusi hasil karya.

Pengkarya terkemuka tanah air, Suhaimi Fadzir, dalam karya kontemporari terbaharunya menyerlahkan istilah tersebut menerusi pengaplikasian gaya triptych, lebih mudah difahami sebagai trilogi atau tiga dalam satu.

Menariknya, konsep mix media atau bahan-bahan campuran tiga dalam satu oleh Suhaimi menjadikan hasil karyanya menonjol, bahkan mencuri tumpuan ramai.

Bukan itu sahaja, aspirasi karya Suhaimi turut menyerlahkan daya kreativiti dan kehalusan dalam setiap sentuhan seni yang diceburi beliau sejak 30 tahun lalu.

"Tiga karya ini saya hasilkan dalam tempoh dua tahun dengan menekankan tema perhubungan atau cinta.

"Dengan pendekatan triptych, saya menghasilkan karya ini dengan bahan-bahan yang dijumpai seperti lampu neon, pisau cukur, lampu dan botol," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Bagi karya kali ini, Suhaimi mengetengahkan medium lain berbanding yang biasa digunakan karyawan tempatan. Bukan sekadar kanvas, pewarna atau cat, namun Suhaimi melangkaui medium tersebut dengan menggunakan konsep yang dipanggil neon.

Suhaimi yang pernah mengadakan pameran bersama jurugambar terkemuka Amerika Syarikat (AS), Ansel Easton Adams di Tokyo, Jepun dan artis berpengaruh, Yoko Ono di Dublin, Ireland, telah mempersembahkan tiga karya uniknya itu pada pameran di Artcube.

Judul tiga karyanya yang menggunakan konsep sama ialah Red Marilyn (JFK and Marilyn); Red Shoes (AFK and Zena) dan Red Horns (Kapuki and King).

Karya

Kesemua karyanya ini menterjemahkan tentang perhubungan. Misalnya, karya berjudul Red Marilyn mengetengahkan kisah percintaan antara Presiden AS ke-35, John Fitzgerald Kennedy dengan artis, model dan penyanyi popular AS, Marilyn Monroe.


SUHAIMI mempertaruhkan karya-karya terbaiknya dalam pameran seni kontemporari ini.


"Karya berjudul Red Shoes menggambarkan hubungan antara pengumpul koleksi lukisan dengan pengkarya manakala karya Red Horns pula memperlihatkan hubungan ibu bapa dan anak. Simboliknya botol yang ada pada karya ini memberi maksud mudah pecah, seperti mudahnya keretakan dalam sesebuah hubungan jika tidak dipelihara.

"Memang tidak dinafikan, penampilan karya ini sedikit mengejutkan orang ramai pada awalnya, namun lama-kelamaan ia semakin diterima," ujarnya.

Sebenarnya Suhaimi telah menggunakan kaedah ini sekian lama, namun beliau semakin giat mengetengahkan karya berbentuk seumpama itu dalam karya-karya terbaharunya.

Beliau tidak mahu bidang seni tempatan berada di takuk lama tanpa ada anjakan untuk berada setaraf dengan seni luar negara.

Dalam pada itu, industri seni kontemporari Malaysia menunjukkan perkembangan pesat sejak kebelakangan ini.

Artis seni kontemporari negara telah mencapai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa dan dituruti dengan kejayaan komersial.

Selaras dengan permintaan yang tinggi oleh pengumpul karya persendirian mahupun organisasi, karya-karya baharu juga dikenali sebagai pasaran utama daripada artis-artis seperti Suhaimi, Ahmad Shukri Mohamed, Husin Hourmain, Tan Chin Kuan, Eng Hwee Chu atau Zulkifli Yusoff amat sukar diperoleh.

Pasaran kedua adalah penyelesaian terbaik untuk permasalahan ini.

Justeru, bagi mengukuhkan lagi pembangunan pasaran sekunder seni kontemporari Malaysia, Artcube telah mengambil inisiatif untuk memberi bimbingan kepada penggemar seni melalui kajian menyeluruh.

Sejak dirasmikan pada tahun lalu dan dalam masa yang singkat, Artcube berjaya mendominasi pasaran seni kontemporari yang bertaraf tinggi.

Larian perangi gejala rasuah

Posted:

Larian perangi gejala rasuah

Larian perangi gejala rasuah

Oleh IKHWAN HAZWAN HAMIDUN


KEHADIRAN Perdana Menteri bukti kesungguhan kerajaan memerangi rasuah.


PERANAN masyarakat dalam membendung dan memerangi jenayah rasuah amat diperlukan kerana rasuah tidak akan berlaku sekiranya tidak ada pemberi dan juga penerima.

Meletak tanggungjawab ini sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata tidak akan berkesan sekiranya masih ada masyarakat yang masih menyokong jenayah kolar putih ini.

Menyedari hal itu, buat julung-julung kalinya Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) terpanggil untuk menganjurkan larian khas bagi menyuburkan kesedaran mengenai keburukan rasuah dalam masyarakat.

Larian Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 20 April lalu berjaya menarik penyertaan lebih 3,000 peserta untuk sama-sama berlari di sepanjang laluan di sekitar padang tersebut sejauh tiga kilometer (km).

Ia juga diadakan dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan seperti SPRM serta Kementerian Belia dan Sukan.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menunjukkan komitmen untuk menjadikan Malaysia negara bebas rasuah.

Sebelum memulakan larian, para peserta melakukan senamrobik selama 10 minit mengikut rentak lagu tiga kaum utama di negara ini dan lagu 1Malaysia.

Najib kemudian melepaskan para peserta kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum larian tamat kira-kira sejam kemudian.

Suasana di Padang Merbok pada pagi itu juga bertukar menjadi pesta apabila para peserta turut dihiburkan dengan persembahan pentas.

Acara turut digamatkan dengan celoteh artis-artis terkenal tanah air seperti Watie Elite, Azza Elite, Ani Mayuni, Roslan Shah, Fazli Zainal, Erry Putra dan Joey Exists.

Integriti

Larian tersebut akan berlangsung di 14 lokasi di seluruh negara bermula di ibu kota dan akan berakhir di Taman Wawasan, Puchong, Selangor pada 11 November depan.

Ia juga akan dijadikan acara tahunan bagi membolehkan kesedaran orang ramai untuk tidak memberi dan menerima rasuah dapat dipupuk dari semasa ke semasa.


ACARA ini dapat melahirkan semangat integriti.


Salah seorang peserta, Wong Sze Yong, 18, berkata, acara tersebut memberi manfaat dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai gejala rasuah.

"Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita perlu menyokong pelbagai usaha yang dilakukan bagi menjadikan negara menjadi lebih baik pada masa depan.

"Saya mengharapkan larian ini dapat diterus dan diperbanyakkan bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran mengenai rasuah malah, menggalakkan cara hidup sihat," katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga apabila dapat menyertai larian berkenaan bersama-sama dengan Perdana Menteri dan mengagumi kesungguhan beliau menghabiskan larian bersama para peserta.

Sementara itu, pengerusi penganjur larian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, objektif utama larian tersebut adalah untuk mengajak semua lapisan rakyat menyokong usaha murni dalam menghapuskan gejala rasuah.

Menurut Ketua Wanita Gerakan itu, rasuah bukanlah budaya rakyat Malaysia dan ia tidak memberi apa-apa faedah, malah boleh melumpuhkan serta melemahkan kestabilan ekonomi negara.

"Menjadi tanggungjawab semua pihak berganding bahu membanteras gejala tidak sihat ini kerana ia akan terus berlaku sekiranya terdapat individu yang memberi dan menerima di luar sana.

"Menerusi larian seperti ini dapat melahirkan semangat dan integriti dalam diri orang ramai sekali gus membantu mewujudkan sebuah negara yang benar-benar bebas rasuah," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chelsea 'kacau daun' Liverpool

Posted:

Chelsea 'kacau daun' Liverpool

Chelsea 'kacau daun' Liverpool

Para pemain Chelsea meraikan kejayaan jaringan Demba Ba (tengah,bawah) yang berjaya membuka jaringan pada perlawanan Liga Perdana England antara Liverpool dan Chelsea di Anfield, semalam. Chelsea menang 2-0. - AFP


LIVERPOOL – Misi Liverpool untuk menjulang kejuaraan pertama Liga Perdana England sejak 1990 berdepan kesulitan selepas tewas 0-2 kepada musuh tradisi, Chelsea malam tadi.

The Reds tampil selaku pendahulu liga gagal memanfaatkan kelebihan sendiri meskipun menyaksikan pengurus The Blues, Jose Mourinho menurunkan skuad kedua ketika berkunjung ke Stadium Anfield.

Dalam aksi hangat tersebut, anak-anak buah Brendan Rodgers mengasak benteng pertahanan Chelsea sebaik perlawanan dimulakan.

The Blues yang mempraktikkan corak bertahan mengejutkan pasukan tuan rumah apabila penyerang, Demba Ba membuka tirai jaringan pada masa kecederaan babak pertama perlawanan.

Kejayaan itu hadir apabila Ba mengambil kesempatan sebaik kapten Liverpool, Steven Gerrard tergelincir ketika cuba melakukan hantaran dan pemain kelahiran Senegal itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan penjaga gawang The Reds, Simon Mignolet.

Chelsea menghukum keghairahan Liverpool yang memburu jaringan penyamaan apabila bintang Brazil, Willian meledak gol kemenangan pasukan pelawat hasil hantaran daripada bintang Sepanyol, Fernando Torres pada masa kecederaan.

Selepas aksi menentang The Reds, The Blues bakal menentang Atletico Madrid untuk aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara pada Rabu ini disusuli pertemuan dengan Norwich City, Ahad ini. Liverpool pula akan berkunjung ke Crystal Palace dalam misi memburu kejuaraan liga, Selasa ini. – Agensi

Malaysia dirundung malang

Posted:

Malaysia dirundung malang

Malaysia dirundung malang

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my


PEMAIN Malaysia, Faiz Jali (kanan) diasak dua pemain Korea Selatan pada Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 2014 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan malam tadi.


SKUAD hoki kebangsaan terus dirundung malang setelah tewas 1-3 kepada Korea Selatan pada aksi kedua Kumpulan B Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan malam tadi.

Malaysia kini menghuni tangga tercorot Kumpulan B yang turut dianggotai Korea Selatan, Kanada dan Perancis setelah gagal mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan.

Skuad negara turut tewas tipis 3-2 dalam perlawanan pembukaan menentang Perancis malam kelmarin.

Skuad negara kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ketinggalan seawal minit ke-20 menerusi jaringan Nam Hyun menerusi puku- lan sudut penalti.

Meskipun memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi beberapa pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama segala-galanya bagaikan tidak menjadi buat skuad negara apabila dua cubaan pemain kebangsaan sekadar terkena tiang gol.

Kealpaan barisan pertahanan pasukan kebangsaan sekali lagi dihukum ketika masuk minit kedua separuh masa kedua menjadikan kedudukan 2-0 kali ini menerusi gol padang hasil jaringan You Hyo Sik.

Pada minit ke-50, Korea Selatan bertambah selesa menerusi jaringan Jang Jong Hyun untuk mendahului 3-0.

Skuad kebangsaan bagaimanapun tidak berputus asa dan terus mengasak sehingga minit-minit akhir perlawanan dan berjaya memperoleh gol sagu hati menerusi gol padang Ismail Abu pada minit ke-69 yang sedikit sebanyak berjaya menyelamatkan maruah negara.

Dalam perlawanan lain Kumpulan B semalam, Kanada menang tipis 3-2 menentang Perancis.

Sementara itu, dalam saingan Kumpulan A, New Zealand mengukuhkan cengkaman di tangga teratas kumpulan menerusi kemenangan bergaya 6-1 ke atas Jepun manakala Poland menang 2-1 menentang Ireland.

UniKL Young Guns menang bergaya

Posted:

UniKL Young Guns menang bergaya

UniKL Young Guns menang bergaya

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


HAFIZ (kiri) menjaringkan hatrik bagi membantu UniKL Young Guns menewaskan Nur Insafi 9-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.


UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL Young Guns) menutup kempen Divisyen Satu Liga Hoki Kebangsaan (MHL) musim ini dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan 9-1 ke atas Nur Insafi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Tiga mata berharga itu menyaksikan UniKL Young Guns mengesahkan tangga ketiga Divisyen Satu MHL dengan 22 mata, kelebihan tiga mata ke atas Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang berada di tangga keempat.

Pengurus pasukan UniKL Young Guns, Mohd. Faiz Isa mengakui gembira dengan keseluruhan prestasi yang dipamerkan anak-anak buahnya dalam saingan musim ini.

Lebih menggembirakan, UniKL Young Guns yang dibimbing ketua jurulatih skuad remaja negara, Arul Selvaraj berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah selain mencatatkan enam kemenangan dan empat seri sepanjang 10 perlawanan liga.

"Saya gembira dengan keseluruhan prestasi semua pemain. Objektif utama UniKL (Young Guns) dalam aksi liga ialah untuk pembangunan pemain, terutamanya kepada Skuad Projek 2016.

"Setiap pemain menunjukkan tahap positif. Setiap perlawanan ada kemajuan yang berlaku dan ia menepati objektif kami.

"Jurulatih (Arul) juga gembira dengan tahap prestasi dipamerkan setiap pemain bukan setakat menang 9-1 tetapi dari segi keseluruhan musim ini.

"Saya harap kami dapat kekalkan momentum baik ini dan cuba sedaya upaya untuk perlawanan kalah mati (Piala Presiden) selepas ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Gol-gol UnikL Young Guns diperoleh menerusi jaringan Muhamad Hafiz Zainol (kedua, ke-22, ke-36), Mohd. Nor Aqmal Abd Ghaffar (kesembilan, ke-25, ke-62), Muhammad Haziq Samsul (ke-16, ke-70) dan Muhammad Azwar Abdul Rahman minit ke-46.

Gol sagu hati Nur Insafi diperoleh menerusi jaringan padang Mohammad Noor Azrain Adnan pada minit ke-33.

Sementara itu, lapan pasukan Divisyen Satu MHL telah mengesahkan slot ke peringkat suku akhir Piala Presiden (Overall Championship) - juara Divisyen Satu MHL musim ini, Sapura, TNB Thunderbolt (naib juara), UniKL Young Guns, SSTMI, PHT-MSNT, Nur Insafi, MBI dan ATM Airod.

Undian pusingan kalah mati itu akan dilakukan di Pejabat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil petang ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kenderaan Thailand akan dikompaun jika bawa pelancong lebih 2km dari sempadan

Posted:

Kenderaan Thailand akan dikompaun jika bawa pelancong lebih 2km dari sempadan

Kenderaan Thailand akan dikompaun jika bawa pelancong lebih 2km dari sempadan

27/04/2014 9:51pm

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun terhadap kenderaan persendirian Thailand yang membawa pelancong asing masuk ke negara ini melebihi dua kilometer (km) dari pintu sempadan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, menerusi satu operasi khas sejak Khamis lalu pihaknya menahan dan memeriksa kenderaan dari Thailand yang membawa pelancong asing melebihi jarak dua kilometer dari pintu sempadan di sini dan di Padang Besar, Perlis.

Menurut Ismail, pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan akan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 21(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 90 (1) akta sama.

"Selepas kenakan kompaun kita arahkan pemandu kenderaan pelancong itu berpatah balik.

"Jika kenderaan yang ada permit ICP (Permit Peredaran Antarabangsa), kita akan benarkan mereka masuk untuk ke destinasi yang ditujui," katanya kepada pemberita di Stesen Kawalan Sempadan JPJ di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Ismail kompaun sebanyak RM300 dikenakan terhadap pemandu kenderaan yang tidak mempunyai permit itu. - Bernama

MaGIC sediakan peluang usahawan muda merealisasi impian

Posted:

MaGIC sediakan peluang usahawan muda merealisasi impian

MaGIC sediakan peluang usahawan muda merealisasi impian

27/04/2014 8:14pm

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang baharu menyediakan peluang kepada usahawan muda Malaysia merealisasikan impian mereka.

"Jika kita mahu mengubah dunia, kita perlu bermula dengan anak-anak muda.

"Apa yang mereka perlukan adalah satu ekosistem yang akan membolehkan mereka menyalurkan semangat dan idea-idea mereka menjadi kenyataan," kata Najib kepada lebih 2,000 belia di majlis pelancaran Program Usahawan 1Malaysia (1MET) di sini hari ini.

Sebelum itu, Najib dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melancarkan MaGIC di mana usahawan 1MET akan diberikan bimbingan lanjut.

Najib berkata, MaGIC merupakan pusat di mana usahawan muda boleh menghasilkan idea dan membangunkan idea-idea mereka kepada usaha perniagaan yang berjaya.

"Di sinilah peranan kerajaan. Kami mewujudkan peluang yang baik untuk mereka," kata Najib.

Jika Malaysia mahu berubah menjadi negara berpendapatan tinggi, negara memerlukan orang yang boleh mengubah idea-idea untuk menjana kekayaan. - Bernama

UPP Bukit Kayu Hitam tahan pemandu lori bawa 4,000 liter minyak diesel

Posted:

UPP Bukit Kayu Hitam tahan pemandu lori bawa 4,000 liter minyak diesel

UPP Bukit Kayu Hitam tahan pemandu lori bawa 4,000 liter minyak diesel

27/04/2014 8:04pm

BUKIT KAYU HITAM - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan seorang pemandu lori yang membawa 4,000 liter minyak diesel dalam tangki yang diubah suai di Kilometer 4.5 Lebuh Raya Utara Selatan menghala Bukit Kayu Hitam di sini pagi tadi.

Komander UPP Kedah, Abdul Latif Abd Rahman berkata, sepasukan anggota yang membuat rondaan pada kira-kira 11.30 pagi menemui lori tersebut dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan sebelum mendapati ia mempunyai tangki fiber bagi menyimpan minyak diesel dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

"Hasil pemeriksaan mendapati lori itu rosak dan pemeriksaan lanjut menemui minyak diesel bernilai RM8,000 itu dalam sebuah tangki fiber di ruang simpanan barang dan pemandu berusia lingkungan 30-an itu gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan diesel itu.

"Pemandu itu berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah mendakwa baru bekerja lapan hari dan hanya ditugaskan memandu lori itu ke beberapa lokasi di Bukit Kayu Hitam dengan kekerapan dua kali sehari dengan upah RM60 sehari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Latif, siasatan awal mendapati diesel itu akan dihantar ke stor-stor simpanan diesel haram di sekitar Bukit Kayu Hitam sebelum ia diseludup ke Thailand. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lokasi pencarian akan berpindah

Posted:

Lokasi pencarian akan berpindah

Lokasi pencarian akan berpindah

PERTH, Australia - Misi pencarian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu akan diperluaskan ke kawasan lain di selatan Lautan Hindi.

Menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kawasan baharu itu terletak bersebelahan di kawasan pencarian ketika ini.

Kawasan baharu itu merupakan lokasi paling dipercayai sebagai lokasi pesawat itu terhempas.

Misi pencarian pesawat MH370 itu telah memasuki hari ke-50 semalam.

Sebelum ini, misi pencarian yang menggunakan kenderaan dalam laut autonomi yang dikenali sebagai Bluefin-21 telah melakukan pencarian di kawasan seluas 10 kilometer persegi namun gagal menemui pesawat berkenaan.

Penggunaan Bluefin-21 bagi mencari pesawat itu ditangguhkan kelmarin ekoran masalah kerosakan perisian.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang semasa membawa 227 penumpang dan 12 kru ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berdasarkan analisis radar tentera, pesawat itu berpatah balik dan dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi. - Agensi

Bekas penyiar Radio Malaya dapat PhD pada usia 93 tahun

Posted:

Bekas penyiar Radio Malaya dapat PhD pada usia 93 tahun

Bekas penyiar Radio Malaya dapat PhD pada usia 93 tahun


KIRKBY (empat dari kanan) berdiri semasa Majlis Konvokesyen di Universiti Sydney di Sydney pada 23 April lalu.


MELBOURNE, Australia - Bekas penyiar Radio Malaya, Elisabeth Kirkby mencatat rekod sebagai siswazah tertua di Australia yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) apabila beliau menerima ijazah itu daripada Universiti Sydney pada usia 93 tahun pada 23 April lalu.

Kirkby mendapat ijazah tersebut melalui tesis yang memberi fokus kepada kajian perbandingan antara Zaman Meleset (Great Depression) dan Krisis Ekonomi Dunia - dua keadaan yang beliau sendiri alami.

Bekas anggota parlimen daripada parti Demokrat yang lahir di Lancashire, England pada 1921 itu pernah menceburi pelbagai bidang kerjaya, termasuk berlakon sebagai Lucy Sutcliffe dalam siri drama televisyen popular 1970-an, Number 96, menjadi penternak biri-biri, peladang gandum dan wartawan.

Wanita yang mempunyai beberapa cicit ini pernah bertugas sebagai penyiar di Tanah Melayu/Malaysia dan Singapura selama 15 tahun selepas Perang Dunia Kedua, sebelum berhijrah ke Sydney pada 1965 untuk bertugas sebagai penyampai dengan ABC.

Dalam temu bual dengan akhbar The Australian baru-baru ini, beliau berkata: "Cinta kepada pelajaran adalah sesuatu yang penting. Saya selalu memberitahu orang bahawa mereka perlu mempunyai minat mendalam atau kecintaan terhadap sesuatu. Janganlah apabila bersara nanti, anda hanya bermain golf atau boling atau melepak dengan rakan-rakan sahaja.

"Anda kena buat sesuatu," kata isteri kepada wira kesihatan wanita dan pakar ginekologi terkenal pada 1970-an, Derek Llewellyn-Jones, yang juga pengarang buku Everywoman. - Bernama

Tiga anggota polis maut di Pattani

Posted:

Tiga anggota polis maut di Pattani

Tiga anggota polis maut di Pattani

HAT YAI, Selatan Thailand - Sebanyak tiga anggota polis dan 17 orang lagi cedera selepas satu letupan berlaku pada satu pertandingan memancing di sebuah pantai di daerah Saiburi, wilayah Pattani kelmarin.

Seorang pegawai polis, Kolonel Panya Karawanun berkata, kejadian itu dipercayai didalangi gerila pemisah Islam.

Menurutnya, tujuh anggota polis yang mengawal keselamatan di lokasi pertandingan merupakan antara yang cedera.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan gerila pemisah Islam melancarkan serangan pada tahun 2004.

- AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cinta Instagram Nina Iskandar

Posted:

Cinta Instagram Nina Iskandar

Cinta Instagram Nina Iskandar

NINA ISKANDAR tekad melupakan pelajaran semata-mata mahu bergelar pelakon sepenuh masa.


PENDATANG baharu, Nina Iskandar juga mahu menjadi bunga yang mekar dalam industri seni apabila dia nekad berhijrah melebarkan sayap di Malaysia.

Percubaan pucuk muda dari Bandar Seri Begawan, Brunei itu bagaiamanapun harus melalui episod panas. Belum lagi kerjaya lakonannya mencuri perhatian, namun sensasi cintanya meluru menjaja namanya.

Mula-mula dibakar gosip cinta bersama anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Muhammad Adib, Nina kemudiannya memperjudikan populariti apabila mendedahkan kekasih terbaharunya, Ahmad Heikal, 30.

Pelakon filem Muka Surat Cinta dan Lu Gua Bro itu membuat kejutan apabila nekad mengambil keputusan untuk bertunang dengan kekasihnya, Ahmad Heikal yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Tambah Nina, dia juga tidak kisah untuk berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga kelak. Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Instagram sejak November tahun lalu sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan.

"Sebenarnya isu Heikal melarang saya untuk berlakon sebaik kami mendirikan rumah tangga hanya satu salah faham. Perkara tersebut sebenarnya boleh dibawa berbincang.

"Malah, saya bukan akan berkahwin dalam masa terdekat. Tetapi dalam kehidupan ini saya perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan kerana setelah saya berkahwin syurga isteri itu terletak di bawah tapak kaki suami," lenturnya memulakan mukadimah.

Menambah nilai sensasi, kekasihnya itu dikatakan pernah mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Hanis Zalikha dan Yana Samsudin suatu dahulu. Nina ternyata tidak melatah ketika ditebak gosip tersebut.

"Ya. Saya tahu perkara tersebut. Sepanjang perkenalan kami yang belum mencecah setahun ini kami sentiasa bersikap jujur. Tidak ada apa yang dirahsiakan antara kami.

"Saya percaya bahawa setiap insan pasti ada masa silamnya. Malah, dia juga tahu tentang gosip saya dahulu. Disebabkan itu juga, kami masih kekal sehingga sekarang kerana kami mengamalkan sikap percaya antara satu sama lain.

"Insya-Allah, kami akan bertunang pada bulan Ogos ini. Walaupun masih baharu dalam industri seni tapi saya berasakan itu semua sudah takdir dan rezeki yang sudah tertulis buat diri saya," tuturnya.

Permulaan karier

Bercerita mengenai permulaan karier Nina di negara ini. Dia mengakui disunting oleh penerbit terkenal, David Teo, juga menerusi laman sosial Instagram.

Selepas menghantar portfolio ke syarikat Metrowealth International Group (MIG) dan dipanggil untuk sesi uji bakat. Akhirnya pemilik nama sebenar Nur Akmalina Iskandar itu ditawarkan menjadi artis di bawah naungan syarikat produksi MIG selama lima tahun.

"Siapa sangka nasihat daripada seorang sahabat dari Malaysia yang memperkenalkan syarikat produksi MIG telah membuka rezeki dan peluang kepada saya untuk menjadi pelakon.

"Biarpun di Brunei saya sudah bergelar pelakon sejak 2011 tetapi di sana kerjaya lakonan itu dianggap sebagai hobi atau kerjaya sambilan sahaja," jelas Nina yang mempunyai pengalaman bergelar pelakon drama di Brunei.

NINA ISKANDAR kini bernaung di bawah syarikat MIG selama lima tahun. Terbaharu Nina muncul dalam filem Sniper yang sedang ditayangkan di pawagam sejak 24 April lalu.


Malaysia Hollywood Asia

Tambah wanita genit berumur 23 tahun itu, disebabkan tawaran yang diberikan oleh MIG dia tekad melupakan soal pelajaran semata-mata mahu mengejar cita-cita yang diimpikan sejak di bangku sekolah.

"Ketika melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengurusan perniagaan saya tekad untuk mengejar impian bergelar pelakon yang disegani dan berbakat.

"Bagi saya pelajaran itu tiada had umur. Saya boleh menuntut ilmu bila-bila masa sahaja tetapi buat masa sekarang tumpuan saya lebih terarah kepada dunia lakonan," katanya yang pernah mendapat tawaran biasiswa itu.

Tambah Nina: "Dalam kehidupan ini kita wajar mengikut kehendak hati kerana mengapa perlu memaksa diri untuk belajar sedangkan misi utama mahu menjadi pelakon. Malah, peluang yang diberikan itu hanya datang sekali dalam hidup".

Mengulas mengenai kerjaya dalam industri seni, kata Nina, kerjaya seni lakonan di Malaysia jauh berkembang jika mahu dibandingkan di negaranya.

"Apabila saya bekerja dengan syarikat produksi di Malaysia, perkara pertama saya lihat ialah cara mereka bekerja. Saya begitu kagum kerana mereka begitu serius dalam bidang seni.

"Di Brunei hanya 10 peratus sahaja yang berminat dengan dunia hiburan manakala selebihnya akan fokus dengan pelajaran," katanya.

Tambahnya lagi, Nina beranggapan Malaysia tidak ubah seperti Hollywood Asia. Buktinya banyak filem yang dihasilkan serta industri perfileman di Malaysia juga semakin maju.

Kikis rasa malu

"Saya berminat menyertai dunia lakonan di Malaysia kerana saya fikir Malaysia seperti Hollywood Asia. Peluang untuk memasuki dunia lakonan itu begitu luas dan mampu menjadi profesion yang serius.

"Selain itu, saya juga membawa nama saya dari Brunei ke Malaysia sebagai salah satu platform untuk mengembangkan bakat lakonan saya," tutur Nina yang gemar menonton filem Bollywood.

Mengaku masih kaku dan banyak teknik lakonan yang perlu diperbaiki, Nina menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian dalam dunia teater.

"Saya akui kali pertama berlakon di sini saya agak kaku. Namun, saya ada terfikir untuk menyertai sesi latihan teater untuk memperbaiki mutu lakonan saya untuk masa akan datang.

"Bagaimanapun untuk drama bersiri Jika Itu Takdirku, saya menerima maklum balas yang positif daripada penonton. Sedikit sebanyak komen tersebut memberikan saya keyakinan dan motivasi untuk memberikan persembahan yang terbaik selepas ini," katanya.

Sementara itu, sifat pemalu dan pendiam ketika sesi penggambaran filem mahupun drama yang dibintangi merupakan satu masalah besar yang sedang dihadapinya.

"Kadangkala saya cuba menepis dakwaan apabila dikatakan pemalu dan pendiam. Apabila mempunyai waktu rehat saya banyak bercakap dengan kru produksi supaya tanggapan mereka terhadap diri saya sebenarnya salah.

"Malah, saya juga banyak memperoleh ilmu ketika sesi penggambaran kerana saya mahu menjadi seorang pelakon yang disegani dan diterima oleh peminat," katanya.

Terbaharu Nina muncul dalam filem arahan Piere Andre, Sniper yang sedang ditayangkan di pawagam sejak 24 April lalu. Akan datang, Nina juga bakal muncul dengan sebuah lagi filem terbitan MIG berjudul Pengantin Malam.

Fiza merintih, Adam menafikan

Posted:

Fiza merintih, Adam menafikan

Fiza merintih, Adam menafikan

SEHINGGA kini Adam dan Fiza masih membuatkan peminatnya tertanya-tanya mengenai apa yang berlaku sebenarnya dalam hubungan mereka berdua.


KETIKA ada ura-ura duda kepada penyanyi Erra Fazira, Engku Emran mahu rujuk bersama bekas ratu cantik itu, timbul pula perkhabaran mengenai pergolakan rumah tangga pasangan selebriti, Adam AF dan isterinya yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza.

Masuk minggu kedua selepas tersebarnya khabar angin bahawa rumah tangga pasangan itu ibarat telur di hujung tanduk, tiada lagi hitam-putih yang mengesahkan atau menafikan kesahihan kepada gosip yang tercetus itu.

Segalanya bermula apabila Fiza dilihat banyak meluahkan perasaannya menerusi akaun laman sosial Instagram, @puterimahsuri81 sejak akhir-akhir ini.

Ungkapan-ungkapan tersebut menggambarkan seolah-olah Fiza sedang mengharungi dilema mengenangkan hubungan nya bersama Adam.

Memetik luahan Fiza: "Saya tahu dan pasti semua ini ketentuan daripada Allah. Siapa yang mahu untuk jadi begini. Kalau disoal pada sesiapa pun, tidak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya.

"Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya."

Luahan perasaan yang dimuat naik Fiza itu sekali gus bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan Adam pada sebuah majlis pratonton filem di Bandar Utama, Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada 16 April lalu.

Menurut Adam, tiada apa masalah yang berlaku antara mereka berdua. Katanya, dia menganggap khabar angin yang tercetus sebagai lumrah kehidupan sebagai anak seni.

"Kami masih suami isteri. Saya sudah 10 tahun dalam bidang seni, dah lali dengan permainan dunia seni. Jadi, apabila timbul gosip panas seperti sekarang ini, saya dah tak cepat melatah," tegasnya.

Malah ketika ditebak dengan pertanyaan mengenai tindakan isterinya memadam gambarnya di Instagram, Adam turut menafikan ia mempunyai kaitan dengan hubungan mereka berdua.

"Itu gaduh-gaduh manja sahaja. Dia tanya kepada saya: Kenapa gambar Ami (bahasa panggilan bagi Fiza) ada tiga sahaja dalam Instagram Abi (Adam)?

"Sedangkan gambar saya banyak dalam Instagram dia. Itu yang (buatkan) dia juga tinggalkan tiga keping sahaja," terang Adam yang ketika itu mengakui hubungan mereka masih baik dan tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Namun, pada Rabu lalu, akhbar tempatan mendedahkan bahawa sebutan kes perceraian pasangan itu difahamkan akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor esok.

Bukan itu sahaja, Fiza juga sebenarnya dikatakan telah memfailkan permohonan perceraian ke atas suaminya pada 16 April lalu di mahkamah yang sama. Ironinya, Adam pada hari sama pula bermati-matian meyakinkan para petugas media bahawa rumah tangganya masih utuh.

Susulan daripada pendedahan itu, Adam ketika dihubungi kemudian enggan memberikan sebarang ulasan dan meminta agar menunggu sehingga tarikh sebutan kes berkenaan.

Kata Adam baru-baru ini: "Maaf, saya tidak boleh komen. Insya-Allah semua akan terjawab pada hari itu (tarikh sebutan)."

Tidak terhenti di situ, kisah hubungan mereka terus menjadi teka-teki apabila pada hari yang sama pendedahan mengenai tarikh sebutan permohonan perceraian dikeluarkan akhbar, Fiza kemudian secara tiba-tiba memuat naik sekeping gambar suaminya di Instagram. Fiza diberitakan akan ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Isnin ini (esok) untuk memfailkan permohonan tuntutan cerai.

Gambar itu dikatakan dikirim oleh Adam sebelum ia dimuat naik oleh Fiza dengan kapsyen yang menggambarkan seolah-olah menunjukkan hubungan mereka masih baik.

Tulis Fiza: "Still on his meeting, gnite Abi, Ami zzzz dulu, got this pic 5 mins ago from @adamaf2". (Masih dalam mesyuarat. Selamat malam Abi, Ami tidur dulu. Dapat kiriman gambar lima minit lalu daripada @adamaf2).

Bagaimanapun, kelmarin, gambar itu dipercayai telah pun dipadam oleh Fiza daripada akaun Instagramnya.

Sehingga kini, tindakan mereka itu hanya banyak menimbulkan tanda tanya dan spekulasi orang ramai apabila mereka dilihat cuba untuk berselindung.

Apatah lagi apabila Adam dan Fiza kini dilihat bertindak mendiamkan diri daripada menjawab panggilan media.

Apa yang pasti, lambat-laun segala kebenaran akan diketahui umum jua.

Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 31, diijabkabulkan sebagai suami kepada Fiza, 33, pada 26 September tahun lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor selepas hanya dua bulan berkenalan.

Dalam pada itu, Fiza atau nama penuhnya, Zaidatul Fiza Abdul Halim, mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Akim mengakui cintai Stacy

Posted:

Akim mengakui cintai Stacy

Akim mengakui cintai Stacy

AKIM membuktikan kematangannya selepas dia mengaku menjalin hubungan serius dengan Stacy sejak lima tahun lalu.


"YA. Saya gembira mengakui bahawa Stacy ialah wanita yang bertakhta dalam hati saya sejak lima tahun lalu dan saya serius dengan hubungan cinta kami." Akim berkata demikian tanpa mahu berselindung lagi tatkala ditanya hubungannya bersama rakan artis Stacy, yang selama ini sering dijadikan bahan publisiti.

Barangkali sudah bosan cuba menutup perhubungan yang sudah lama dihidu ramai itu, Akim membuktikan kematangannya yang sedia bertanggungjawab di atas setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Pengakuan Akim sekali gus menghapuskan teka-teki peminat yang keliru dengan perhubungannya bersama Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam selama ini. Umum juga tahu, walaupun sama-sama lahir dari pentas Akademi Fantasia, sama muda dan sama popular, Akim dan Stacy mengambil cabaran besar apabila mereka serius mahu menyatu jiwa walaupun jauh berbeza keturunan dan agama.

"Saya bukan mahu sangat berahsia atau takut untuk memberitahu umum tetapi bercakap mengenai soal percintaan yang berlainan agama merupakan isu sensitif.

"Saya dan Stacy enggan melihat kedua-dua ibu bapa kami terluka apabila mengetahui perkara ini. Kami perlukan masa yang sesuai untuk mereka memahami perkara yang sebenar supaya tidak salah anggap," kata Akim ketika dihubungi Sensasi Bintang.

Stacy yang popular dengan lagu Bosan juga pernah mengakui mindanya semakin terbuka tentang Islam namun, untuk bercerita tentang keseriusan menukar agama dan berkahwin, dia juga sedar masih terlalu awal perkara sensitif itu dibawa masuk mengisi publisiti.

Stacy kini masih menganut agama Kristian, namun itu bukan penghalang untuk Akim membawa hubungan mereka berdua ke fasa yang lebih serius.

Kata Akim, dia tidak kisah tentang status agama seseorang itu kerana Islam tidak pernah menghalang berkawan dengan insan berlainan agama.

"Saya tidak kisah kerana Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya untuk berkahwin seseorang daripada agama berlainan asalkan pasangan masing-masing memeluk agama Islam terlebih dahulu.

"Namun, jodoh dan pertemuan itu urusan Allah. Dia yang akan menentukan jodoh saya dengan Stacy. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar kami akan dipertemukan jodoh dan mendapat restu daripada keluarga," jelas Akim yang begitu tertarik dengan sifat penyayang yang dimiliki Stacy.

Mengulas mengenai sifat penyayang ibu angkat kepada Bella De Luna Velentine itu, Akim memberitahu sifat itulah yang membuatkan dia semakin jatuh cinta terhadap Stacy.

"Karakter penyayang yang dimiliki Stacy menyebabkan saya selesa berkawan dengan dia. Dia juga memiliki keperibadian yang baik dan sanggup bersabar sepanjang tempoh perhubungan kami. Itu yang menjadikan dia begitu istimewa di hati saya," jelas Akim belum menetapkan sebarang tempoh untuk menamatkan zaman bujang bersama Stacy.

Bercakap tentang perkembangan nyanyiannya, Akim baru sahaja merakamkan single berjudul Mewangi. Selain itu, dia juga sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

"Saya baru sahaja masuk studio untuk merakamkan sebuah lagu baharu. Insya-Allah akhir tahun ini saya bakal melancarkan album terbaharu saya.

"Malah, saya juga sibuk dengan penggambaran drama bersiri OMG dan Kampung Girl Raya yang bakal ditayangkan di TV3," katanya yang semakin aktif menceburi bidang lakonan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved