Rabu, 23 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dinding kedai jadi kanvas lukisan

Posted:

Dinding kedai jadi kanvas lukisan

Dinding kedai jadi kanvas lukisan

SETIAP pengunjung yang meluangkan masa di sekitar George Town, Pulau Pinang terutama di Lebuh Armenian, pasti tertarik dengan pelbagai mural atau lukisan dinding berwarna-warni yang terdapat di situ.

Kepelbagaian warna dan motif lukisan di sepanjang dinding premis perniagaan di jalan itu menjadikan setiap pengunjung berasa seperti sedang berjalan di sebuah galeri seni yang besar.

Di sepanjang Lebuh Armenian sahaja, terdapat kira-kira 20 mural yang pasti menarik perhatian setiap pengunjung dan apabila dicampur lukisan dinding di seluruh George Town pula, ia mencecah hampir 100 karya pelukis jalanan.

Selain mural, terdapat juga beberapa arca seni yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan warisan di sekitar pulau yang pernah menjadi jajahan Negeri-Negeri Selat di bawah pentadbiran imperialis British satu masa dahulu.

Menurut peniaga, Tan Kok Yu, 57, semua mural dan arca di Lebuh Armenian menjadi tarikan utama terhadap para pelancong asing dan tempatan sejak beberapa tahun lalu.

"Ramai pelancong datang ke sini untuk tengok dan bergambar dengan semua lukisan (mural) yang ada. Pada masa yang sama, ia juga membantu para peniaga apabila kedai dan restoran mereka turut dikunjungi pelancong.

"Boleh dikatakan hampir semua dinding kedai di sini ada dilukis dengan pelbagai gambar yang mempunyai kisah-kisah tersendiri," kata Kok Yu yang mengusahakan premis sewaan kenderaan kepada pelancong sejak 14 tahun lalu.


KAMERA lama turut dijadikan subjek lukisan mural bagi menggambarkan bidang penerbitan akhbar yang telah bertapak di George Town seawal abad ke-18.


Lebih menarik, ada antara lukisan-lukisan berkenaan memaparkan maksud tertentu apabila dilihat dari sudut berbeza seperti mural dan arca kucing di laluan sambungan Gat Lebuh Armenian.

Jika dilihat dari sudut hadapan, pengunjung akan melihat imej seekor kucing bersaiz besar dan arca beberapa ekor lagi sedang meniti di atas ampaian.

Namun jika dilihat dari sudut tepi bangunan kedai itu pula, pengunjung akan melihat keseluruhan maksud mural itu melalui imej seekor tikus yang sedang bersembunyi seperti ketakutan terhadap kucing tersebut.

Begitu juga dengan beberapa imej lukisan dinding lain yang dihasilkan secara kreatif oleh para pelukis mural jalanan untuk menghiasi Lebuh Armenian yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Lebuh Armenian dibuka oleh sebuah keluarga pedagang dari Armenia pada kurun ke-19. Ia kini terletak di zon tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Memasuki abad ke-20, kegiatan perniagaan di Lebuh Armenian bertambah rancak apabila para pelombong Cina yang melombong bijih timah di Larut, Perak memilih untuk bermastautin dan menjalankan perniagaan di situ.

Lokasi tumpuan

Sejak itu, para pelombong mendirikan rumah-rumah kongsi seperti Khoo Kongsi berhampiran Lebuh Armenian pada tahun 1851 yang juga pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood, Anna and the King pada 1999.

Rumah-rumah kongsi berkenaan dibina untuk dijadikan tempat tinggal para pekerja dan pejabat pentadbiran bagi menguruskan perniagaan mereka termasuk industri pembuatan barang perhiasan emas dan perak.

Disebabkan perniagaan sedemikian berkembang pesat di Lebuh Armenian pada ketika itu, ia kini turut dikenali Jalan Tukang Tembaga kerana pernah menjadi lokasi tumpuan tukang emas, perak dan tembaga.


SEBUAH arca logam menceritakan sejarah penjaja kaki lima di Lebuh Armenian.


Sehubungan itu juga, banyak premis perniagaan dan bangunan pentadbiran era British dibina pada awal abad itu bagi menguruskan pertumbuhan ekonomi yang sangat rancak di Lebuh Armenian.

Hampir semua bangunan tersebut masih dipelihara sehingga hari ini. Disebabkan terdapat bangunan yang ada ketinggian nilai sejarah, tidak semua dinding bangunan di Lebuh Armenian dibenarkan untuk tujuan lukisan mural.

Antara lukisan dinding yang popular dan menjadi tumpuan setiap pelancong di Lebuh Armenian ialah Little Children on A Bicycle karya pelukis muda dari Lithuania, Ernest Zacharevic, 27, yang dihasilkan pada tahun 2012.

Lukisan dinding

Pelbagai arca besi berasaskan karya kartunis Tang Mun Kian turut menjadi penghias jalan yang menarik di Lebuh Armenian dan sekitar Pulau Pinang.

Ujar Kok Yu, setiap pemilik premis di Lebuh Armenian berlumba-lumba untuk menawarkan dinding kedai mereka sebagai 'kanvas' sejak lukisan dua kanak-kanak menunggang basikal itu mendapat perhatian terutama pelancong asing.

"Sejak lukisan pelukis asing (Zacharevic) jadi popular di sini, ramai pemilik kedai meminta kebenaran daripada MPPP untuk membuat lukisan pada dinding kedai mereka.

"Kesannya seperti yang kita semua dapat lihat hari ini, boleh dikatakan hampir semua dinding kedai di Lebuh Armenian dihiasi pelbagai rupa lukisan dinding.

"Tidak cukup dengan itu, ia merebak ke seluruh Pulau Pinang dan menjadi sesuatu yang sangat menarik perhatian pelancong. Bandar juga jadi cantik," tambah Kok Yu.

Peniaga yang bermastautin di Pulau Pinang sejak 30 tahun lalu itu menambah, anaknya, Wallace Tan, 25, turut menghasilkan lukisan dinding di hadapan premisnya.


ZACHAREVIC dengan hasil kerja tangannya yang bertajuk Little Children on A Bicycle.


Warga emas yang mahu dipanggil Hong, 73, pula berkata, wajah Lebuh Armenian dan seluruh George Town bertukar sejak para pemilik kedai dan pelukis berlumba-lumba menghasilkan mural yang lebih unik.

"Dahulu tidak ada semua ini. Sekarang semua (dinding kedai) jadi cantik. Lukisan yang paling saya suka ialah dua budak yang mahu curi kuih pau di dinding kedai ini," kata beliau semasa ditemui di hadapan sebuah restoran makanan Cina.

Tambah warga emas itu lagi, kewujudan mural di Lebuh Armenian dan sekitar Pulau Pinang juga menjadikan dia seronok berjalan-jalan sambil melihat semua lukisan dinding tersebut tanpa berasa letih.

Selain di Lebuh Armenian, lukisan mural turut menjadi penghias dinding premis di sekitar Lebuh Ah Quee, Lebuh Muntri, Lebuh Cannon dan Jalan Penang.

Dalam pada itu, Eling Ki, 32, berkata, lukisan dinding yang terdapat di Lebuh Armenian menjadikan ia unik berbanding kawasan tumpuan pelancong yang lain di Pulau Pinang.

"Terdapat banyak saiz lukisan dinding di sini. Ada yang besar memenuhi dinding dan ada juga yang kecil dilukis di tangga kedai. Perniagaan di sini juga semakin baik sejak semua lukisan ini menjadi tarikan pelancong," katanya.

Eling menambah, kemeriahan pelbagai lukisan mural, arca dan objek-objek seni lain yang terdapat di pulau itu menjadikan mereka berasa bangga.

"Lukisan dinding yang banyak, cantik dan menarik di deretan bangunan kedai lama di sini sudah menjadi tarikan luar biasa kepada orang luar tanpa disangka-sangka," ujarnya.

Sut lycra ketat ahli zentai

Posted:

Sut lycra ketat ahli zentai

Sut lycra ketat ahli zentai


SELAIN aktif di laman sembang internet, kumpulan zentai juga sering mengadakan perjumpaan antara mereka.


PADA waktu siang, Hokkyoku Nigo berpakaian sopan dengan mengenakan solekan dan gaya rambut sederhana sesuai dengan imej gadis berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang kerani.

Namun, penampilannya berubah pada waktu malam. Dia memakai pakaian ketat diperbuat daripada fabrik spandeks yang melekap ditubuhnya termasuk kedua-dua mata.

Setelah berpakaian seperti itu, dia pergi ke bar seorang diri tanpa mempedulikan pandangan orang lain terhadap penampilannya.

Menurut Hokkyoku, dengan wajahnya yang tertutup, dia tidak boleh makan atau minum seperti pelanggan lain di bar itu.

"Penampilan seharian membuatkan saya merasa tidak selesa. Ada yang memberitahu saya comel dan naif. Namun, saya selesa menjadi diri sendiri pada waktu malam dengan berpakaian seperti ini," jelasnya.

Fesyen pelik

Hokkyoku merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan zentai iaitu singkatan zenshintaitsu yang bermaksud sut di seluruh badan. Mereka obses dalam berpakaian fesyen pelik berwarna-warni.

Kebanyakan ahlinya mengatakan bahawa mereka mencari kebebasan berfesyen.

Kumpulan tersebut aktif menggunakan laman sembang internet iaitu Kelab Tokyo Zentai untuk mengumpul ahli. Seramai 10 orang ahli baharu berjaya dikumpul setiap bulan.

Tidak seperti kumpulan lain yang gemar berparti, zentai memakai pakaian ketat fabrik lycra yang menutupi bahagian kepala hingga kaki mereka.

Seorang ahlinya, Hanaka, 22, memberitahu, dia terpikat dengan pakaian adi wira seperti seorang kanak-kanak. Dia yang mengetahui maklumat mengenai kelab tersebut daripada teman lelakinya Popo yang berusia 25 tahun.

"Semasa saya berumur 13 atau 14 tahun, saya mencuba untuk menjahit sut yang meliputi seluruh badan. Namun, saya berhenti separuh jalan kerana terfikir telah melakukan sesuatu yang pelik.

"Saya berasa amat gembira apabila mengetahui ada golongan yang mempunyai minat yang sama menerusi forum itu," ujar Tanaka yang sering hadir dalam acara Kelab Tokyo Zentai bersama Popo.


WALAUPUN pelik, setiap ahli kumpulan zentai bangga mempamerkan ekspresi mereka terhadap fesyen.


Walaupun hobi tersebut masih dianggap baharu di negara itu, fesyen tersebut sebenarnya adalah penampilan yang jarang dilihat dalam kebudayaannya.

Pemakaian zentai juga merupakan cara ahli kumpulan tersebut melahirkan rasa hormat kepada adi wira kegemaran mereka.

Seorang lelaki memakai kostum Power Ranger menjadi bualan masyarakat di Jepun apabila membantu golongan ibu-ibu muda membawa bayi ketika menuruni tangga di kawasan kereta api bawah tanah.

Walaupun melakukan perbuatan baik ketika memakai sut itu, namun ada yang memberitahu bahawa pemakaian itu mempunyai unsur seksual.

Seorang guru, Nezumiko, 36, berkata, dia gemar menyentuh dan mengusap orang lain.

"Saya juga suka apabila orang lain menyentuh dan mengusap diri ini. Apabila memakai sut ini, saya dapat memegang orang lain selain melihat mereka.

"Saya bukan seorang lesbian tetapi tidak kisah menjadi wanita seperti ini. Perasaan sebagai seorang zentai berbeza daripada mereka yang mempunyai nafsu normal," jelasnya.

Cari identiti

Seorang ahli akademik Universiti Tokyo Mirai, Ikuo Daibo pula menjelaskan, peminat zentai seolah-olah kurang jelas dan tercari-cari untuk menyatakan identiti mereka dalam cara berbeza.

"Di Jepun, ramai orang yang berasa bingung dan tidak dapat mencari identiti mereka dalam masyarakat. Mereka juga mempunyai ramai ikon tetapi tidak tahu untuk memilih yang sesuai," ujarnya.

Jelasnya, ahli zentai percaya ia mampu menarik orang ramai mengenali mereka bukan kerana paras rupa dan penampilan. Ia juga satu cara yang sangat menarik dalam berkomunikasi.

Seorang pengamal fesyen zentai sejak 20 tahun lalu, Alice Omori, 40, bersetuju dengan pendapat Ikuo.

Alice juga menjalankan perniagaan servis menjahit pakaian di internet kepada pengikut kumpulan zentai.

"Anda akan merasa lebih baik dan gembira apabila memakai sut ini. Ia merupakan satu perkara yang menakjubkan," jelasnya yang juga memakai sut ketat ketika ditemuramah. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Permainan menarik dalam koc eksklusif

Posted:

Permainan menarik dalam koc eksklusif

Permainan menarik dalam koc eksklusif

Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

"CEPATLAH cikgu... mana kereta api, cikgu kata nak bawa kami naik kereta api," rengek manja Muhd. Zul Ikhwan Ahmad, 10, ketika menunggu ketibaan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Bukan sahaja Muhd. Zul Ikhwan yang berulang kali menanyakan soalan yang sama, malah kira-kira 60 lagi peserta berusia antara 10 hingga 12 tahun tidak henti-henti mengajukan soalan serupa terhadap guru pengiring masing-masing.

Untuk mengalihkan seketika perhatian mereka terhadap keterujaan menaiki komuter, terpaksa guru-guru memberitahu kononnya komuter sudah dekat dan meminta kepada pelajar supaya sabar menunggu.

Tepat pukul 9 pagi, komuter tiba di Stesen KL Sentral dan sorakan pelajar bergema. Lantas guru-guru pengiring mengawal keadaan supaya para pelajar bertenang dan tidak berebut ketika memasuki ruang koc komuter.

Bakal menempuh perjalanan selama kira-kira dua jam dari Kuala Lumpur ke Sungai Gadut, ia pasti membuatkan kesemua pelajar tertidur kebosanan sepanjang perjalanan.

Koc eksklusif

Ternyata tanggapan itu meleset kerana penganjur Ronda-Ronda KTM Komuter menyediakan pelbagai permainan menarik selain koc eksklusif khas supaya semua peserta bebas melakukan aktiviti dengan selesa.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah teka silang kata, bola beracun dan senaman ringan sambil menikmati keindahan panorama di sepanjang perjalanan ke Negeri Sembilan.

Tempoh dua jam perjalanan langsung tidak dirasai dan terasa singkat kerana aktiviti padat seliaan penganjur yang turut melibatkan guru pengiring dalam aktiviti berkenaan.


PARA pelajar bersiaran secara langsung bersama DJ Sabrina di konti Radio Negeri FM.


Muhd. Zul Ikhwan berkata, walaupun menetap di Kuala Lumpur, dia tidak pernah menaiki komuter apatah lagi bebas berlari dalam gerabak.

"Ini adalah kali pertama saya menaiki komuter kerana sebelum ini sekadar melihat komuter lalu-lalang di landasan di sekitar ibu kota.

"Saya sering menganggap komuter adalah tempat yang tidak selesa kerana sering dipenuhi penumpang selain ruang yang sempit.

"Bagaimanapun tanggapan itu berjaya dikikis melalui program Ronda-Ronda KTM Komuter," katanya yang meminta supaya segera menamatkan sesi temu ramah kerana mahu meneruskan permainan.

Keriangan

Keriangan jelas terukir di wajah kanak-kanak dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai dan Sekolah Kebangsaan Bangsar di Kuala Lumpur, disulami hilai tawa guru-guru, penganjur dan kanak-kanak sepanjang aktviti berlangsung dalam komuter berkenaan.

Terdapat dalam kalangan peserta yang bergolek, terbaring dan meniarap sesuka hati di sepanjang gerabak itu. Saat permainan bola beracun berlangsung, suasana dalam gerabak semakin gamat.

Apatah lagi guru juga terpaksa bersama para pelajar terbabit dalam permainan yang menuntut pemegang terakhir bola tersebut didenda.

Oleh kerana terlalu asyik bermain, tanpa disedari komuter telah melepasi 15 hentian dan peserta akhirnya menjejakkan kaki di Sungai Gadut.

Peserta dibawa berkunjung ke dua lokasi iaitu Stesen Radio Negeri FM di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dan Resort Wet World Air Panas Pedas.

Tiba sahaja di ruang legar bangunan Radio Negeri FM, para peserta disambut mesra barisan penyampai radio (DJ) untuk menjamu selera seterusnya dibawa melawat bangunan baharu Radio Negeri FM itu.


MASKOT komuter KTM, Komi menghiburkan peserta.


Bagaimanapun, saat yang dinanti-nantikan para pelajar ialah melihat sendiri suasana dan keadaan dalam konti radio yang menjadi lokasi penyampai radio bersiaran secara langsung atau rakaman.

Lebih mengujakan, semua pelajar diberi kesempatan untuk terbabit sama bersiaran secara langsung bersama DJ Sabrina Ariffin, 36, menerusi slot Seleksi bersiaran pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang setiap hari.

Rata-rata pelajar mengagumi ketangkasan DJ Sabrina tatkala berceloteh dan mengawal setiap sistem komputer dalam konti sambil mulutnya petah melayan pemanggil pada petang itu.

DJ Sabrina pula mesra melayan gelagat kanak-kanak, tanpa rasa jemu menjawab setiap pertanyaan pelajar berkaitan dunia penyiaran.

Bagi Mohd. Nabil Fitri Ahmad Kamal, 12, peluang melawat konti radio Negeri FM menjadi kenangan paling manis yang tidak boleh dilupakan.

Mempunyai impian untuk bergelar penyampai radio pada suatu hari nanti, Mohd. Nabil sedaya upaya mengorek ilmu ketika bersua muka dengan DJ Sabrina.

Impian

"Menjadi penyampai radio antara impian kerjaya saya kerana boleh menjadi peneman dan penghibur di mana sahaja pendengar berada.

"Contohnya, ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas radio merupakan peneman terbaik setiap pemandu,"jelasnya panjang lebar.

Katanya lagi, ketika melihat DJ Sabrina mengawal setiap bebutang dalam konti radio dan skrin, dia semakin mencintai kerjaya itu.

"Dalam masa yang sama, DJ Sabrina memilih lagu, kemudian berbual dengan pemanggil, melayan karenah kami sambil kedua-dua tangannya tangkas mengawal bebutang dalam konti. Perkara yang saya rasa magis ialah keupayaan DJ Sabrina berceloteh dengan sedikit pun tidak tersasul," katanya.


ANTARA gelagat lucu peserta berusia antara 10 hingga 12 tahun ketika menyelesaikan misi dalam komuter.


Lokasi terakhir sebelum peserta pulang ke Kuala Lumpur ialah Resort Wet World Air Panas Pedas. Belum pun sempat tiket diagihkan, para peserta sudah mula berpusu ke ruang pintu masuk ke taman tema air itu.

Mula dibuka kepada pengunjung sejak Februari 1999 ia merupakan tarikan pelancongan berorientasikan taman tema air terawal di Negeri Sembilan.

Harga tiket yang ditawarkan berpatutan bermula RM8 hingga RM12 mengikut ketinggian bermula 85 cm dan ke atas.

Tepat pukul 5 petang, peserta diarah untuk menyalin pakaian kerana mahu kembali ke Kuala Lumpur.

Seharian bersama KTM dan menaiki komuter dari KL Sentral ke Sungai Gadut pasti meninggalkan kenangan indah buat 60 peserta program Mega Fam Trip.

Bangkok bukan penghalang

Posted:

Bangkok <i>Shutdown</i> bukan penghalang

Bangkok Shutdown bukan penghalang


BERGAMBAR kenangan di stesen Bangsue sebelum meneruskan jelajah di Bangkok.


WALAUPUN tahu mengenai peristiwa penggulingan kerajaan sebelum pilihan raya di Thailand yang dikenali sebagai Bangkok Shutdown pada penghujung Januari lalu, saya dan seorang rakan, Siti Hawa Abu Bakar tetap memilih negara itu sebagai destinasi percutian. Destinasi kami ialah Bangkok dan Ayutthaya.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Samut Prakan, kami bergegas ke kediaman kenalan di negara itu, Anwar Lohitkupt di pangsapuri Elephant Tower atau dikenali sebagai 'Tuk Chang' Tower.

Pada keesokan harinya, kami menuju ke destinasi pertama iaitu Pasar Hujung Minggu Chatuchak atau dikenali sebagai Pasar Jatujak. Pelancong boleh menaiki pengangkutan awam seperti tren MRT Line dan BTS Line ke situ.

Pasar minggu terbesar di dunia itu hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Ia berkeluasan hampir 10 hektar dan terbahagi kepada 27 bahagian dengan lebih 15,000 gerai jualan barangan dari seluruh Thailand.

Antaranya ukiran kayu antik, kraf tangan berasaskan tanah liat, makanan, cenderamata tempatan dari setiap bahagian Thailand, perabut kayu, variasi bunga dan barangan seramik. Harganya pula boleh ditawar.

Kami juga berkesempatan ke kawasan yang menjual pelbagai hidangan makanan halal. Kami memilih sosej ayam, bebola ikan, nasi beriani dan pulut mangga.

Ketika berkunjung ke Siam Center yang terletak di tengah-tengah kota Bangkok, kami berpeluang melihat suasana protes jalanan. Keadaan seperti sebuah festival boleh digambarkan ketika mereka mengalunkan muzik Thai dan kelihatan juga peniaga menjual kemeja T serta aksesori bertemakan Bangkok Shutdown.

Sewaktu menyusuri jalanan yang dipenuhi khemah rakyat Bangkok yang terlibat dalam protes itu, mereka langsung tidak mengganggu kami. Pihak keselamatan Thailand turut membina penghadang khas untuk memudahkan laluan pejalan kaki.

Pada hari kedua, kami ke Ayutthaya yang terletak di bahagian utara Bangkok dengan menaiki tren klasik di stesen kereta api Bang Sue Jn. Tambang tren hanya $20 Bhat (RM2) untuk perjalanan memakan masa 40 minit.

Sepanjang perjalanan, kami dapat menyaksikan pemandangan kehijauan tanaman pertanian dan penduduk sekitarnya. Penduduk di negara itu masih menggunakan kereta api sebagai penghubung dari luar bandar ke satu bandar yang lain.

TOKONG Buddha yang menjadi lokasi utama penganut Buddha di Thailand.


Warisan

Apabila sampai di stesen kereta api Ayutthaya, kami mengambil tuk tuk dipandu oleh Aton berharga RM51 (dua orang penumpang). Kami dibawa ke Taman Sejarah Ayutthaya yang telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1991.

Di Wat Mahathat, pengunjung berpeluang mengambil gambar patung 'The Head of the Sandstone Buddha Image'. Filem muay thai lakonan Tony Ja iaitu 'Ong Bak' juga pernah mengadakan penggambaran di sini.

Pembinaan Wat Mahathat ini bermula semasa pemerintahan Raja Borommarachathirat I pada 1374 AD tetapi siap semasa pemerintahan Raja Ramesuan (1388-1395 Masihi).

Turut dilawati ialah Wat Yai Chaya Mongkol, Wat Phrasisanpeth, Phra Mongkhon Bopit serta Wat Lokayasutha yang terletak di dalam kawasan sama.

Pada hari ketiga, kami menggunakan khidmat seorang pemandu pelancong, Ahmad Ibnu Ameen untuk ke Pasar Terapung, Damnoen Saduak, Bangkok bagi merasai pengalaman melihat cara jual beli di atas sampan.

Menurut sejarah, Damnoen Saduak merupakan nama bagi terusan yang digali pada zaman pemerintahan Raja Rama IV oleh seorang tentera rakyat Rajburi iaitu Samutsakorn.

Perjalanan ke Damnoen Saduak dari kediaman Anwar memakan masa hampir satu jam 37 minit. Kami menaiki bot sampan bermotor di pasar itu. Keadaan di situ seperti kebanyakan pasar biasa cuma urus niaga dijalankan di atas bot. Ahmad turut memesan kepada kami untuk tidak membeli cenderamata dan barangan di situ kerana harganya agak mahal.


PATUNG Buddha sedang tidur di Ayutthaya yang diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.


Pasar Kereta Api Maeklong menjadi destinasi seterusnya selepas Pasar Terapung. Ia merupakan satu lagi pasar unik yang terdapat di Thailand. Perjalanan ke sana cuma 37 minit.

Ahmad memberitahu kepada kami, kereta api di landasan itu bergerak sejauh 67 kilometer merentasi Wongwian Yai, Bangkok dan Samut Songkhran.

Landasan

Pasar ini digelar Talad Rom Hoop dalam bahasa Thai yang bermaksud Pasar Payung Tarik. Setiap kali kereta api tersebut menghampiri kawasan pasar tersebut, payung pada kedai dan pasar akan ditarik untuk mengelak dilanggar kereta api. Payung akan diturunkan setelah kereta api melepasi kawasan landasan yang menempat pasar tersebut.

Kami kemudiannya kembali ke Bangkok untuk ke muzium Madame Tussads yang terletak di Siam Discovery. Muzium itu menempatkan ratusan patung lilin personaliti ternama dunia.

Harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM81 dan kanak-kanak RM61. Pelancong juga digalakkan membeli tiket dalam talian untuk mendapat potongan sebanyak 20 peratus berbanding di kaunter.

Jangan terkejut melihat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut berada di sini.

Saya dan rakan sempat singgah ke Masjid Jami-Ul-Khoy-Riyad di Bangkok. Menurut Ahmad, masjid ini dibina pada tahun 1054 Hijrah. Tanah perkuburan Islam yang ditempatkan di bahagian kiri dan kanan laluan masuk masjid ternyata menarik perhatian kami.

Destinasi terakhir kami ialah Asiatique The Riverfront yang terletak di tepi Sungai Chao Phraya. Kami menaiki bot dan menikmati pemandangan kawasan sungai itu.

Sejarah Asiatique bermula pada tahun 1900-an semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn. Ketika itu negara-negara Asia berada di bawah ancaman serangan kuasa Eropah. Kemudian, Raja Chulalongkorn telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan hubungan dengan Denmark.

PASAR Payung Tarik antara pasar terpelik dunia kerana peniaga dan kereta api berkongsi lokasi yang sama.


Cenderamata

Dalam proses ini, Kerajaan Siam membina sebuah jeti, East Asiatic Company iaitu sebuah syarikat pengeksport kayu jati dimiliki oleh Nille Andersen, seorang rakyat Denmark. Pembinaan jeti itu adalah detik permulaan perdagangan antarabangsa antara Kerajaan Siam dan negara-negara Eropah serta kunci kepada Siam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan.

Anda juga boleh membeli cenderamata di kawasan arked dengan hanya berjalan di laluan pejalan kaki di sekitar kawasan itu. Pada waktu malam pula, dekorasi lampu berwarna-warni menghiasi segenap kawasannya.

Keesokan harinya, kami pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta api dari Bangkok ke Butterworth, Pulau Pinang di Stesen Keretapi Bangkok Hua Lamphong. Ini merupakan pengalaman pertama kami menaiki kereta api yang mengambil masa yang panjang.

Tiket kereta api berharga RM135 seorang dengan kemudahan tempat duduk dan katil. Penumpang turut dihidangkan makan malam dan sarapan pagi halal yang disediakan dalam kereta api.

Dari Butterworth, kami menaiki tren Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Senandung Langkawi ke Kuala Lumpur dengan harga tiket RM90.

Bot kuasa bateri di Putrajaya

Posted:

Bot kuasa bateri di Putrajaya

Bot kuasa bateri di Putrajaya

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN


PENGUNJUNG boleh bersantai menikmati pemandangan Putrajaya sambil memandu sendiri bot Aquaretro ini.


MERASAI pengalaman memandu bot sendiri pasti mengujakan setiap individu yang tidak pernah berbuat demikian.

Justeru, sebaik kaki melangkah masuk ke dalam sebuah bot berwarna merah dengan ciri rekaan klasik, sepasang mata jelas tertumpu pada stereng dan butang suiz yang menunjukkan tanda off, on serta turn.

Jika tidak biasa dengan kenderaan air itu, pasti kita akan berasa sukar untuk mengemudikan bot berkenaan ekoran tidak ada pengalaman berbuat demikian.

Namun, segala sangkaan tadi nyata meleset apabila mendapati pengendalian bot Aquaretro yang didatangkan khas dari Beijing, China itu amat mudah sekali, cuma penumpang harus pandai memusing stereng untuk menentukan arah bot.

Butang on untuk ke depan manakala turn jika hendak mengundur. Bot itu hanya boleh bergerak kurang daripada lima kilometer sejam atau 1.5 knot.

Terletak di Cruise Tasik Putrajaya bersebelahan Masjid Putra, Presint 1, perkhidmatan bot persiaran yang sesuai untuk seisi keluarga itu perlu dirasai oleh setiap pengunjung kerana selain harganya berpatutan, ia juga terjamin dari segi keselamatan penumpang.

Setiap pengunjung akan diberikan jaket keselamatan dan taklimat ringkas oleh petugas bot yang dikendalikan oleh AsiaTechbiz Sdn. Bhd. sebelum menyusuri tasik buatan manusia yang terbesar di Putrajaya selama 40 minit.

Pengerusi AsiaTechbiz, Datuk Nordin Abdul Rahman berkata, selain untuk memeriahkan lagi kawasan Putrajaya, perkhidmatan tersebut diadakan bagi menarik tumpuan pelancong dengan mencuba sendiri mengendalikan bot di kawasan tasik.

Kuasa bateri

Katanya, perkhidmatan bot tersebut mula beroperasi pada 10 Februari lalu dengan rekaan bot dipatenkan di Miami, Florida dan dipasang di Beijing.

"Setakat ini, kami mempunyai sejumlah 10 buah bot dan merancang untuk menambah sebanyak 20 buah lagi pada Julai nanti. Setiap bot bernilai RM39,000.

"Bot tersebut bersifat mesra alam kerana ia menggunakan kuasa bateri untuk bergerak dan perlu dicas selama sembilan jam. Setiap bateri mampu bertahan selama enam jam jika perjalanan mengambil masa 40 minit untuk satu-satu masa," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.


SETIAP bot boleh dinaiki oleh lima orang penumpang pada satu-satu masa sekali gus sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.


Tambahnya, walaupun baru dua bulan beroperasi di Putrajaya, sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutamanya pada hujung minggu dengan pihaknya mampu meraih RM2,500 sehari.

Menurut Nordin, perniagaan yang dilakukan bukanlah hendak bersaing dengan mana-mana pihak tetapi sebagai menyahut kata-kata Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat agar kita sama-sama memajukan Putrajaya.

"Sebab itu saya berusaha membawa bot-bot itu dari Beijing ke sini bertujuan untuk memberi orang ramai merasai keseronokannya.

"Bot ini tidak akan tenggelam kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan pengaliran air secara automatik jika terdapat kebocoran di dalam bot," katanya sambil memberitahu bot tersebut boleh dinaiki seramai lima orang pada satu-satu masa.

Ujar Nordin, pihaknya juga bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang berminat untuk membawa bot yang serupa di tempat lain agar perkhidmatan itu dapat berkembang.

Sementara itu, seorang pengunjung, Dean Hidayat Rahmat, 40, berkata, dia terus membawa isteri, Isyatun Osman, 38, dan tiga anaknya untuk merasai pengalaman itu sebaik ternampak ada orang yang menaiki bot berkenaan.

"Bot tersebut sangat senang untuk dikendalikan. Saya memberi peluang kepada anak saya untuk mencubanya dan ternyata ia sangat menyeronokkan," katanya yang merupakan seorang penyelia teknikal di sebuah kilang coklat.

Teruja

Bagi seorang pekerja restoran, Mohd. Zamzam Abdul Wahab, 38, berkata, pengalaman pertama kali menaiki dan mengendalikan bot tersebut memberi perasaan teruja buat dia sekeluarga.

"Anak-anak saya paling teruja untuk menaiki bot tersebut sebaik ternampak ada orang lain yang mengendalikannya ketika kami berada di atas Jambatan Putra. Kami kemudian terus ke sini untuk merasai sendiri pengalaman itu," katanya.

Seorang suri rumah, Noraishah mahadi, 45, berkata, harga tambang bot tersebut yang berpatutan antara penyebab utama dia teringin untuk menaiki bot berkenaan.

"Saya akan mempromosikan bot ini kepada sanak saudara kerana ia sangat berbaloi untuk dicuba," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Biro Wanita semarak aktiviti kemasyarakatan

Posted:

Biro Wanita semarak aktiviti kemasyarakatan

Biro Wanita semarak aktiviti kemasyarakatan

BIRO Wanita Persatuan Penduduk Taman Impian Putra aktif menggerakkan pelbagai program contohnya sebagai kumpulan marhaban di sekitar Bangi, Selangor.


MARHABAN. Biro Wanita Persatuan Penduduk Taman Impian Putra menjalankan pelbagai program dalam usaha menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan penghuni di Bangi, Selangor.

Antara aktiviti diadakan termasuklah marhaban, nasyid, gotong-royong dan ziarah.

Kumpulan marhaban contohnya kerap menerima jemputan untuk majlis kenduri kahwin atau pun cukur jambul di Taman Impian Putra dan taman-taman berhampiran.

Pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM Jeli dirai

Posted:

Pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM Jeli dirai

Pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM Jeli dirai


ABDUL AZIZ (berdiri depan lima dari kiri) bergambar dengan sebahagian daripada 128 pelajar cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM di Jeli, Kelantan baru-baru ini.


BERJAYA. Seramai 128 pelajar dari Jajahan Jeli yang menyertai program Juara Empower anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) diraikan di Dewan Majlis Daerah Jeli, Kelantan baru-baru ini.

Mereka merupakan sebahagian pelajar cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 selepas menyertai pelbagai program tuisyen, motivasi dan lawatan kelolaan ECER.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kawasan Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, seramai 520 orang pelajar dari enam buah sekolah di Jajahan Jeli terpilih bagi menyertai program latihan akademik Juara Empower tersebut.

Taman Edibel di Starbucks Kota Kemuning

Posted:

Taman Edibel di Starbucks Kota Kemuning

Taman Edibel di Starbucks Kota Kemuning


PARA peserta bergambar kenangan selepas program komuniti Taman Edibel Starbucks di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


LAMAN. Lebih 50 penduduk Kota Kemuning turun padang bagi menjayakan projek Taman Edibel anjuran rangkaian minuman kopi terkenal, Starbucks di premisnya di Seksyen 31, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Projek julung-julung kalinya itu turut melibatkan lebih 40 individu lain termasuk rakan niaga dan juga kakitangan Starbucks serta lebih 15 pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian.

Sebanyak 50 pokok ditanam di kawasan batas sepanjang 36 meter persegi di hadapan premis tersebut termasuk pokok serai, limau purut, pandan, kari, belalai gajah dan banyak lagi.

Taman Edibel merujuk kepada landskap yang mempunyai tanaman boleh dimakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Exco Selangor perlu letak jawatan

Posted:

Exco Selangor perlu letak jawatan

Exco Selangor perlu letak jawatan

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

WARGA kota, Norzaini Muhammad terpaksa menadah air untuk kegunaan harian di kedai makannya ekoran catuan bekalan air di Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Selangor perlu bertanggungjawab di atas krisis air yang berlaku di Lembah Klang kerana kesilapan mereka menidakkan analisis dan amaran yang dibuat oleh pakar-pakar beberapa tahun lalu bahawa masalah bekalan air akan berlaku pada tahun ini.

Ekoran itu, Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Jamal Yunos mahu semua exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan kerana mereka gagal menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat.

"Kerajaan Pusat dan pakar-pakar sudah memberi amaran mengenai krisis air pada tahun 2014 sejak beberapa tahun lalu, namun kepimpinan negeri terlampau mempolitikkan semua perkara.

"Kepimpinan negeri juga suka buat kenyataan sesuka hati tanpa merujuk pakar dan kini rakyat sudah hilang sabar. Tidak perlu ada kerajaan negeri mentadbir jika sumber air terpaksa balik kepada cara zaman purba," tegasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Orang dalam rompak kapal sendiri

Posted:

Orang dalam rompak kapal sendiri

Orang dalam rompak kapal sendiri

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


PELABUHAN Klang Utara lokasi kapal Naniwa Maru 1 berlabuh selepas dirompak kelmarin.


PELABUHAN KLANG – Rompakan minyak diesel dibawa kapal Naniwa Maru 1 bernilai RM8.3 juta yang dalam pelayaran ke Yangon, Myanmar di lokasi 19 batu nautika dari Pulau Ketam di sini kelmarin disyaki turut membabitkan tiga pegawai tertinggi dalam kapal tersebut yang turut hilang bersama kumpulan lanun itu.

Ketiga-tiga pegawai terbabit yang pada awalnya disyaki diculik ialah Kapten Kapal Farizal; Ketua Jurutera, Mohamad Alfan dan Ketua Pegawai Kapal, Ariyandri Alhafsyah.

Mereka yang merupakan warga Indonesia disyaki bersuhabat dengan kumpulan lanun itu selepas beberapa barang peribadi milik mereka termasuk dokumen perjalanan turut dibawa bersama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

23 didakwa ambil dadah ketika parti liar di banglo

Posted:

23 didakwa ambil dadah ketika parti liar di banglo

23 didakwa ambil dadah ketika parti liar di banglo

GEORGE TOWN - Seramai 23 peserta parti liar didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengambil dadah semasa berhibur di sebuah banglo di Jalan Masjid Negeri di sini Ahad lalu.

Tertuduh terdiri daripada 15 lelaki dan lapan wanita yang kesemuanya berusia 18 hingga 35 tahun itu dituduh di tiga mahkamah secara berasingan.

Kesemua didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau pengawasan bagi tempoh kurang dari dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Ilmu sains dalam Islam dibukukan

Posted:

Ilmu sains dalam Islam dibukukan

Ilmu sains dalam Islam dibukukan

Oleh NIZHA PERIASWAMY

MUHAMAD KAMAL (empat dari kanan), Mohd. Khairi (lima dari kiri) dan Mahmood Zuhdi (dua dari kanan) bersama para penyelidik yang terlibat dalam penerbitan buku tersebut.


KEMAJUAN sains dan teknologi dalam dunia pada abad ke-21 tidak boleh dipertikai.

Namun, apa yang menarik, bagi setiap logik di sebalik sains, kitab al-Quran, tokoh-tokoh Islam dan pendidik Islam telah memainkan peranan penting.

Ini kerana, kebangkitan Islam bukan hanya terhad dalam elemen keagamaan tetapi meliputi bidang sains yang mungkin kurang didedahkan kerana dibayangi kemajuan sains dan teknologi dunia barat.

Nama-nama seperti Ibn Sina, Al-Farabi, Al-Razi, Al-Ghazali, Al-Jazari, Al-Biruni, Al-Haytham, Al-Kindi dan Ibnu Khaldun antara tokoh tersohor dalam kebangkitan ilmu sains seperti perubatan, matematik, astronomi, biologi dan sebagainya.

Buku-buku rujukan mengenai ilmuwan Islam dan sains dalam Islam yang masih kurang dan sangat terhad menjadi penyebab ketiadaan penghargaan terhadap sains Islam khususnya dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Sebagai penghargaan kepada kekayaan sains Islam dan menghayati intipati hal ehwal sains keIslaman, satu kerjasama penerbitan buku bertajuk, Natural Science From The World View Of The Qou'an: An Introduction dimeterai antara Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBN) dengan pengarang tersebut, Tan Sri Profesor Dr. Muhamad Kamal Hassan. Ilmuwan tersohor yang pernah dinobatkan sebagai Profesor Ulung ini tampil dengan usaha agar ia dapat menjadi medium bagi mengetengah kajian sains secara menyeluruh dari perspektif Islam berasaskan al-Quran sebagai rujukan.

"Ia akan menumpu kepada hal-hal sains meliputi biologi, kimia dan fizik tanpa merujuk mana-mana pandangan barat atau sekular, tetapi hanya al-Quran," kata Muhamad Kamal.


METERAI. Mohd. Khairi (kiri) bertukar dokumen dengan Muhamad Kamal sambil disaksikan Mahmood Zuhdi (dua kanan) pada majlis menandatanganani perjanjian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Rujukan

Muhamad Kamal memberitahu, buku tersebut akan mempraktis konsep Ulul Albab, satu istilah yang dipetik melalui kitab suci al-Quran dan dipelopori pengkajiannya oleh ramai para cendekiawan Islam termasuk para sarjana barat seluruh dunia.

Pemeteraian buku ini diadakan bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBN, Mohd. Khair Ngadiron selaku penerbit buku itu dan disaksikan oleh Dekan Intitut Kefahaman dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Profesor Emeritus Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid selain dihadiri semua penulis yang terlibat dalam penghasilan buku itu.

Muhamad Kamal yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan masih lagi berkhidmat sebagai profesor telah menerima geran bagi melaksanakan penyelidikan itu.

Geran tersebut dimanfaatkan bagi menghasilkan buku yang menghimpun penulis dalam kalangan ahli akademik Islam yang berdedikasi selain bertanggungjawab penuh menjaga ketepatan fakta yang terkandung dalam buku tersebut.

Buku Natural Science From The World View Of The Qou'an: An Introduction akan diterbitkan dalam tiga jilid merangkumi tema dengan pecahan mengenai Sains dan Premis Falsafahnya dalam jilid pertama, Tenaga serta Kuasa dan Gerakan dalam jilid kedua serta Alam Sekitar: Pengurusan, Keseimbangan, Kemapanan dan Kesinambungan Hidup; Teknologi dan Pembangunan serta Astronomi dan Penerokaan Angkasa.

"Saya percaya buku ini akan menjadi rujukan yang baik untuk golongan pelajar menengah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam. Buku ini dijangka dipasarkan ke seluruh negara termasuk Singapura, Filipina, Brunei, Kanada dan United Kingdom," katanya sambil memberitahu ia bakal disusuli dengan versi dalam bahasa Melayu pada tahun hadapan.

Kelab Caring UIAM kutip dana

Posted:

Kelab Caring UIAM kutip dana

Kelab Caring UIAM kutip dana

Karnival Caring 2014 dianjurkan bertujuan mengutip dana dan sumbangan bagi program bersama anak-anak yatim di samping melahirkan kesedaran membantu golongan yang kurang berkemampuan.


KARNIVAL Caring 2014 melibatkan penyertaan para pelajar, kakitangan serta golongan anak-anak yatim.


SEJAK 12 April lalu hingga 26 April 2014, Kelab Caring Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan satu karnival dalam usaha untuk mengumpul dana tabung kelab tersebut.

Dinamakan sebagai Karnival Caring 2014, program ini melibatkan penyertaan para pelajar, kakitangan dan golongan anak-anak yatim yang dijemput khas.

Selain mengutip dana, karnival ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga universiti dan masyarakat untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.


KELAB Caring UIAM menganjurkan Karnival Caring 2014 dalam usaha mengumpul dana tabung kelab tersebut.


Pengarah Program Karnival Caring 2014, Mohammad Ikmal Hisham Ashari berkata, pelbagai aktiviti telah disusun bagi menjayakan karnival ini.

Antaranya pertandingan Golden Talent Show 2.0, Caring Jaguh Kampung, Spiritual Talk on Bicara Iman, Caring Theatre Night dan Caring Charity Dinner.

"Bagi Golden Talent Show 2.0, ia berlangsung pada 12 April lalu di Auditorium Mini UIAM. Acara ini menyaksikan beberapa pertandingan seperti nasyid, hafazan al-Quran, azan dan bercerita sirah Nabi yang akan disertai oleh anak-anak yatim dari rumah kebajikan berbeza.

"Ia diikuti pertandingan permainan tradisional seperti teng-teng, galah panjang dan batu seremban melalui acara Caring Jaguh Kampung di Kompleks Sukan Wanita UIAM," ujar Mohammad Ikmal Hisham.


PERTANDINGAN seperti nasyid, hafazan al-Quran, azan dan bercerita sirah Nabi turut disertai oleh anak-anak yatim.


Turut dianjurkan ialah majlis ilmu yang dinamakan Spiritual Talk on Bicara Iman di Dewan Eksperimental, UIAM.

Program bual bicara tentang percintaan, pelajaran serta pengurusan kehidupan melalui cara yang dibenarkan Islam ini akan menampilkan Ustaz Abah Mkhairi dan Ustazah Dr. Raudlotul Firdaus sebagai penceramah.

Acara Caring Theatre Night di Auditorium Utama UIAM pula mempersembahkan lapan buah teater daripada produksi universiti tersebut.

Acara Caring Charity Dinner akan menjadi penutup bagi penganjuran Karnival Caring tahun ini. Ia akan diadakan pada 26 April bertempat di Restoran Hadramawt, Ampang, Kuala Lumpur.

"Mereka yang menyertai acara makan malam akan dihiburkan dengan persembahan khas kumpulan nasyid UNIC, pemenang pertandingan Golden Talent Show 2.0 dan persembahan terbaik dari Caring Theatre Night.

"Sehubungan itu, kami berharap dapat menarik lebih ramai penyertaan daripada pelbagai agensi sama ada kerajaan mahu pun swasta bagi memeriahkan karnival ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


United pecat Moyes

Posted:

United pecat Moyes

United pecat Moyes

MANCHESTER - Manchester United mengambil keputusan drastik untuk memecat pengurus, David Moyes selepas 10 bulan menggantikan tempat Alex Ferguson yang bersara.

Pemain tengah, Ryan Giggs dipilih untuk mengambil-alih tugas yang ditinggalkan Moyes sehingga United menemui pengganti sebenar.

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal, Juergen Klopp (Borussia Dortmund) dan Diego Simeone (Atletico Madrid) antara calon hangat untuk menduduki kerusi hangat itu.

Moyes, 50, dari Scotland dilaporkan menerima pampasan mencecah £10 juta (RM54.5 juta) daripada pihak pengurusan The Red Devils.

Bagaimanapun, United tetap memberikan penghargaan di atas kerja keras, kejujuran dan integriti yang ditampilkan Moyes sepanjang bersama United.

Keputusan untuk memecat Moyes dilakukan Timbalan Pengerusi United, Ed Woodward dalam satu mesyuarat pasukan di padang latihan pagi semalam.

Masa depan Moyes di Old Trafford mula mencetuskan persoalan selepas United diabkan dengan kekalahan 0-2 kepada Everton pada aksi Liga Perdana England di Stadium Goodison Park, Ahad lalu.

Kekalahan itu menyebabkan United gagal melayakkan ke kempen Liga Juara-Juara buat pertama kalinya dalam tempoh 19 tahun selepas sekadar menghuni tangga ketujuh liga.

Kedudukan itu merupakan yang terburuk buat United dalam saingan liga sejak 1990 meskipun muncul juara musim lalu.

Moyes mendapat sokongan Ferguson yang membuat keputusan untuk bersara selepas 27 tahun bersama United.

Namun, beliau gagal meneruskan legasi Ferguson biarpun berjaya membantu United mara ke suku akhir kempen Liga Juara-Juara sebelum ditewaskan Bayern Munich.

Biarpun bakal mendapat suntikan dana yang besar untuk membentuk semula skuad musim depan, pemilik United iaitu Glazer tidak lagi mempercayai kredibiliti beliau terutamanya selepas membelanjakan lebih £65 juta (RM354.6 juta) musim ini untuk membeli pemain baharu iaitu Marouane Fellaini dan Juan Mata.

Kegagalan United mara ke kempen Liga Juara-Juara musim depan juga pastinya menjejaskan usaha memburu pemain-pemain baharu. - AP

PBNJ lucut jawatan On serta-merta

Posted:

PBNJ lucut jawatan On serta-merta

PBNJ lucut jawatan On serta-merta


ON (bertali leher) hadir ke IPD Seri Alam di Pasir Gudang, Johor semalam untuk memberi keterangan.


TIGA hari selepas insiden di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengambil tindakan drastik apabila melucutkan jawatan On Jabbar sebagai pengurus Johor Darul Takzim II (Johor DT II).

Hukuman yang dibuat PBNJ itu dipercayai ekoran tindakan On yang didakwa menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman ketika aksi Liga Premier antara Johor DT II dan UiTM FC di Pasir Gudang, Sabtu lalu yang berkesudahan seri 2-2.

PBNJ menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam memaklumkan bahawa On telah dilucutkan daripada jawatan tersebut kerana berkelakuan kurang sopan pada perlawanan tersebut.

"Dukacitanya dimaklumkan Tuan (On) telah dilucutkan daripada memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan Johor DT II berkuat kuasa serta-merta daripada tarikh surat ini (22 April 2014).

"Tuan juga dikenakan denda sebanyak RM25,000 berikutan insiden yang berlaku ketika perlawanan menentang UiTM dalam saingan liga di Stadium MPPG, 19 April (Sabtu) lalu.

"Bagaimanapun, Tuan masih lagi kekal sebagai ahli Exco PBNJ. Sehubungan itu, pihak PBNJ mengucapkan terima kasih atas kerjasama, sokongan dan komitmen diberikan kepada pasukan Johor DT II selama ini," kata PBNJ menerusi kenyataan semalam.

Terdahulu, On tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di Pasir Gudang, Johor kira-kira pukul 10 pagi semalam selepas dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Kosmo! semalam melaporkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat komisioner perlawanan serta pegawai penilai dan mendapati ia konsisten dengan laporan dibuat Sukri.

Justeru itu, On kini disiasat mengikut Perkara 2.4 Kod Tatatertib Liga Malaysia kerana didakwa menyerang dan memukul mana-mana pemain atau pegawai tanpa mendatangkan kecederaan dan boleh dikenakan hukuman penggantungan enam perlawanan jika sabit kesalahan.

On turut disiasat mengikut Perkara 2.5 kod yang sama dan boleh dihukum maksimum penggantungan seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pada aksi Sabtu lalu, On didakwa telah menumbuk muka Sukri selepas berang dengan beberapa keputusan yang disifatkan berat sebelah oleh pengadil terbabit selain menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong Johor DT II.

Difahamkan, Sukri telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Terengganu pada hari kejadian.

Polis mula buat siasatan insiden tumbuk pengadil

Posted:

Polis mula buat siasatan insiden tumbuk pengadil

Polis mula buat siasatan insiden tumbuk pengadil

POLIS telah mengambil keterangan pengurus pasukan Johor Darul Takzim II (Johor DT II), On Jabbar berhubung insiden kekasaran terhadap pengadil, Sukri Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, pihaknya memulakan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera selepas menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu.

Mengikut seksyen tersebut, ia membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Kita juga akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan, ada saksi dari negeri lain.

"Jadi kita akan bekerjasama dengan polis di Kedah dan Terengganu," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru semalam.

Dalam insiden di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, Sabtu lalu, On dilapor menumbuk muka Sukri selepas tamat aksi Liga Premier antara Johor DT II dan UiTM FC yang berkesudahan seri 2-2.

On didakwa berbuat demikian ketika pemain kedua-dua pasukan keluar meninggalkan padang kerana beliau dikatakan berang terhadap beberapa keputusan pengadil yang dianggap tidak munasabah.

Dalam pada itu, On dilihat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di Pasir Gudang, Johor kira-kira pukul 10 pagi semalam.

"Saya hadir ke sini (IPD Seri Alam) selepas dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis. Proses itu mengambil masa kira-kira 45 minit," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang insiden tersebut. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Misi cari MH370 guna kapal selam dron akan diteruskan

Posted:

Misi cari MH370 guna kapal<br />selam dron akan diteruskan

Misi cari MH370 guna kapal
selam dron akan diteruskan

AFP
GAMBAR fail menunjukkan Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield untuk mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi pada 14 April lalu.


PERTH - Sebuah dron kapal selam Amerika Syarikat akan terus meninjau dasar Lautan Hindi untuk mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) selepas sasaran operasi semasa tercapai, kata pihak berkuasa Australia selepas pencarian udara ditangguhkan akibat ribut tropika.

Pihak berkuasa kini semakin tertekan untuk memutuskan tindakan seterusnya berikutan dron Bluefin-21 hampir menamatkan pencarian dasar laut di zon yang dipercayai pihak berkuasa menjadi tempat MH370 terhempas.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang pada 8 Mac lalu bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Bluefin-21 yang juga dikenali sebagai Kenderaan Dalam Air Autonomi dijangka menamatkan pencarian di zon seluas 10 kilometer persegi di dasar laut yang menjadi lokasi isyarat kotak hitam pesawat itu dikesan sebelum ini.

Setakat ini, belum ada bangkai kapal terbang MH370 itu yang ditemui.

"Bluefin-21 kini menamatkan lebih 80 peratus misi mencari di dasar laut di zon yang ditetapkan manakala misi seterusnya pula masih dirancang," kata Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) kepada agensi berita Reuters menerusi e-mel.

"Pencarian (MH370) akan diteruskan. Kami sedang berunding dengan rakan-rakan antarabangsa kami mengenai cara terbaik untuk meneruskan misi pencarian pada masa hadapan," tambah JACC.

Sehingga kini, Bluefin-21 telah melakukan sebanyak 10 selaman pada kedalaman lebih 4.5 kilometer pada jarak sekitar 2,000 kilometer ke barat daya bandar raya ini.

Dalam pada itu, operasi pencarian dari udara terpaksa ditangguhkan ekoran kehadiran siklon tropika yang kini menuju ke selatan Lautan Hindi.

Bluefin-21 milik syarikat Phonenix International Inc. dari Amerika Syarikat itu diturunkan dari kapal Ocean Shield semasa ia melakukan misi selaman sebelum ini.

- Agensi

Bekas penyanyi rap Jerman mati berjihad di Syria

Posted:

Bekas penyanyi rap Jerman <br />mati berjihad di Syria

Bekas penyanyi rap Jerman
mati berjihad di Syria



BEIRUT - Seorang bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam.

Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah timur pada Ahad lalu.

Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.

Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forun kumpulan itu.

"Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.

"Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS," tambahnya.

Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka. - Agensi

Bekas ketua audit Indonesia didakwa makan rasuah

Posted:

Bekas ketua audit Indonesia didakwa makan rasuah

Bekas ketua audit Indonesia didakwa makan rasuah

HADI


JAKARTA - Para pegawai antirasuah Indonesia menamakan seorang bekas ketua agensi audit negara ini sebagai suspek yang terlibat dalam rasuah melibatkan pengecualian cukai sebanyak AS$32 juta (RM104.56 juta).

Dalam satu lagi skandal rasuah berprofil tinggi di negara itu, bekas ketua audit tersebut, Hadi Poernomo, 67, dinamakan sebagai suspek lewat kelmarin iaitu pada hari pertama beliau bersara dalam jawatan tersebut.

Para penyiasat percaya, Hadi menerima rasuah sebagai tukaran terhadap pengecualian cukai yang diberikan kepada sebuah bank swasta terbesar di Indonesia.

Sejak beberapa tahun lalu, Hadi yang merupakan bekas ketua hakim perlembagaan dan ketua pengawal tenaga utama negara itu adalah antara pegawai tinggi kerajaan yang disasarkan dalam siasatan rasuah.

Suruhanjaya Membasmi Rasuah (KPK) berkata, Hadi dipercayai terlibat memberi pengecualian cukai berjumlah AS$32 juta (RM104.56) kepada Bank Central Asia (BCA).

Hadi merupakan pengarah urusan percukaian pada tahun 2002 hingga 2004.

Ketua KPK, Abraham Samad berkata, pengecualian diluluskan untuk BCA walaupun tuntutan sama dari institusi yang lain telah ditolak.

Hadi berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun sekiranya didapati bersalah menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri atau pihak lain. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved