Ahad, 20 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Berat badan turun paling maksimum

Posted:

Berat badan turun paling maksimum

Berat badan turun paling maksimum

LAUNGAN semangat memecah kesunyian fajar di Central Park, Bandar Utama, Damansara. Saat kira-kira 30 Contender berada di barisan masing-masing, para jurulatih mula memantau barisan.

Contender merupakan gelaran kepada pelatih kelas latihan memperbaiki stamina Metconx diasaskan oleh bekas atlet taekwando negara, Daing Daniel Fitri, 28.

Ditubuhkan pada September 2012, Metconx yang juga singkatan kepada latihan kondisi metabolik (metabolic conditioning exercise) merupakan gabungan latihan tempur fizikal persediaan seni mempertahankan diri.

Bukan mudah mahu mengharungi tempoh sejam yang penuh tekanan menyaksikan Contender memerah setiap tenaga demi menghabiskan setiap sesi.

Kelebihan Metconx ialah gabungan senaman tempur seperti muay thai dan taekwando diolah kepada senaman berintensiti tinggi supaya mampu dilakukan orang biasa.

Lebih mengujakan dengan keupayaan menurunkan berat badan secara maksimum dalam tempoh sebulan termasuk pembakaran metabolisme sepanjang lapan jam selepas tempoh senaman. Ia adalah aktiviti fizikal yang tepat buat warga kota.

Alatan yang digunakan sepanjang senaman seperti beg taktikal seberat 20 dan 25 kilogram (kg), batang paip seberat lima kg, bola metcon, tali skip, beg pasir serta alatan lain yang menuntut tekanan abdomen yang tinggi.

Fizikal

Ketika peluh mula membasahi dahi ditambah pula baju yang lencun, rentak gerakan Contender masih seperti biasa. Graf momentum yang sekata itu disuntik daripada pemantauan jurulatih dan ahli peserta yang lain.

Walaupun ada yang hampir 'lunyai' dek melakukan senaman seperti hang clean dan ankle taps melibatkan hingga empat sesi dalam tempoh sejam, hubungan antara Contender bagaikan sebuah keluarga.

"Teruskan! Kita boleh lakukan, jangan putus asa, sikit sahaja lagi," jeritan semangat seorang Contender, Emran Qhalish Abd Qaiyum, 21.

Dilema Emran Qhalish yang juga penuntut di Diploma Komunikasi Massa di SEGi College ialah dia mengalami masalah obesiti.

Sering melakukan pelbagai jenis senaman seperti berjoging dan bersenam di gimnasium, ia gagal memberikan kesan yang diharapkan.

Mempunyai berat badan 93kg, dia hanya berjaya menurunkan berat badan maksimum tiga kg dalam tempoh tiga bulan selepas menghadiri gim secara konsisten.

Melalui kenalan rapat, dia mula membuat kajian mengenai Metconx yang dikhabarkan sejenis senaman menumpukan peningkatan metabolisme dan tekad mencuba senaman itu.

"Bayangkan dalam tempoh tiga bulan, saya sekadar berjaya menurunkan berat badan sebanyak tiga kg sahaja. Tetapi bersama Metconx dalam tempoh sebulan saya berat badan saya turun kepada 85kg.


JURULATIH memantau setiap latihan yang dijalankan.


"Perbezaan jumlah yang amat banyak berbanding pelbagai senaman biasa yang saya lakukan sebelum ini. Jika dahulu saya sentiasa berlapar kerana mahu diet, kini tidak lagi," katanya teruja.

Berbanding pemilik badan bersaiz besar yang lain, Emran berkata dia selesa dengan keadaan badannya. Faktor utama Emran memilih Metconx adalah demi mengejar cita-cita bergelar pramugara.

Benci berjalan

Kesan pertama daripada rutin latihan Metconx selama sejam dalam tempoh tiga kali seminggu, adalah kemampuan untuk berdiri dan berjalan dalam tempoh yang lama.

"Ketika berbadan besar dahulu aktiviti yang paling saya benci ialah riadah, berjalan di pasar malam dan berdiri dalam tempoh yang lama.

"Jika dengan keadaan tubuh sekarang selain berat badan yang ideal, walaupun berdiri dalam tempoh lapan jam, bukan lagi masalah bagi saya," selorohnya.

Lain pula cerita bagi peserta senior dalam Metconx. Mula terlibat dalam kelas tersebut sejak ia mula ditubuhkan, Faizul Zainol, 35, terpaksa bertarung dengan masalah berat badan tidak konsisten.

Aktif dalam pelbagai aktiviti sukan terutama ragbi ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford Brookes, United Kingdom, London, mimpi ngerinya bermula tatkala kembali bertugas di Malaysia pada tahun 2001.

"Berat badan dan fizikal tubuh saya sama seperti belia yang lain ketika melanjutkan pelajaran di luar negara. Mungkin kerana kehidupan yang aktif banyak membantu saya mengekalkan fizikal yang ideal.

"Namun selepas pulang ke Malaysia atas faktor tekanan kerja dan masa, berat badan saya semakin bertambah. Keadaan itu semakin teruk apabila saya sering memilih makanan sebagai medium mengurangkan tekanan," jelasnya.

Faizul memberitahu, kesedaran itu timbul selepas doktor sering memberi saranan supaya menurunkan berat badan. Antara peringatan doktor yang masih diingati ialah: "Jika mahu hidup kurang daripada usia 40 tahun, kekalkan berat badan awak."

Katanya, kata-kata doktor tersebut berjaya membuatkan dia tekad menurunkan berat badan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

"Pada mulanya saya bergerak sendiri melakukan pelbagai senaman termasuk berenang yang dikatakan mampu menggerakkan setiap otot dalam badan.

"Saya juga turut mengawal pemakanan terutama mengurangkan kuantiti pengambilan nasi. Namun kesannya amat minimum," katanya kini mempunyai berat badan idea 104kg sesuai dengan ketinggiannya.

Faizul mengakui bukan mudah untuk melakukan rutin senaman Metconx kira-kira seminggu awal pembabitannya. Tambahan pula kebanyakan rutin senaman itu asing baginya.

Pengasas Metconx yang mesra dengan panggilan Coach Dann dalam kalangan Contender menjelaskan kelebihan senaman berintensiti tinggi.

Jelasnya, Metconx merupakan kombinasi daripada latihan larian, angkat berat, bina badan, rutin latihan asas dan olahraga.

Tambahnya, program latihan juga sentiasa berubah bagi memastikan otot badan sentiasa meneka pergerakan baharu melalui fungsi pergerakan pelbagai.

Sasaran rutin Metconx memberi kebaikan terhadap dua komponen iaitu kecergasan berkaitan kesihatan dan kemahiran.

"Kecergasan berkaitan kesihatan melibatkan komponen dalaman badan seperti jantung yang sihat, peratusan lemak yang bersesuai, kekuatan otot dan meningkatkan kelancaran seperti pengaliran darah serta nutrien dalam badan.


PESERTA dapat membiasakan diri dengan senanam berat ini selepas beberapa sesi.


"Kecergasan berkaitan kemahiran meliputi kemampuan dan keadaan fizikal. Antaranya kelajuan, ketangkasan, tindak balas, stamina, produktiviti dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan ketidakmampuan fizikal contohnya sakit kaki ketika berjalan lama," katanya.

Bakar metabolisme

Menurut beliau, kedua-dua komponen ini berkait rapat. Jika seseorang mahu kurus dan mempunyai otot yang cantik, inlah senamannya.

Beliau yang juga jurulatih taekwando mendedahkan kemampuan senaman tempur terhadap tubuh badan. Coach Dann memberitahu, kesan peningkatan metabolisme dalam badan meningkat sehingga lapan jam selepas sejam melalui program senaman Metconx.

Malah jumlah kalori yang mampu dibakar mencecah sehingga 1,000 kalori dalam sejam berbanding secara purata hanya 400 kalori sejam bagi aktiviti joging.

"Objektif kami untuk memanjangkan tempoh pembakaran metabolisme dan memaksimumkan pembakaran kalori sehingga 72 jam selepas latihan.

"Latihan berintensiti tinggi ini juga mendorong individu memperbaiki stamina sekali gus kualiti kesihatan. Ia berkemampuan menjana tenaga dalam diri supaya kekal cergas sepanjang hari, tuturnya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya.

Dalam perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, beliau berkata, Metconx sengaja menyediakan rutin latihan selama sejam melibatkan tiga sesi sehari dalam enam hari kecuali pada hari Ahad.

Ujarnya, pelaksanaan sejam untuk sesi latihan begitu padat seperti kardio dan daya ketahanan. Bagi mendapatkan berat badan yang ideal, cukup sekadar mengikuti latihan sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu.

Tetapi senaman Metconx menitikberatkan tempoh rehat yang cukup dalam kalangan Contender seperti tidur dalam tempoh maksimum lapan jam sehari.

"Dalam sehari latihan Metconx melibatkan tiga sesi dalam tempoh sejam sahaja. Ia bermula pada pukul 5.30 pagi hingga 6 pagi, diikuti pukul 6.40 hingga 7.40 pagi dan sesi terakhir pada pukul 7.30 malam hingga 8.30 malam.

"Jadual senaman ini amat sesuai bagi warga kota yang bekerja dan pelajar. Mereka perlu memilih sebelum waktu melaksanakan tugas harian atau selepas tempoh bekerja,"ujarnya.

Mengulas mengenai rencananya pada masa hadapan, Metconx bakal memperkenalkan Metconx Kitchen yang menyediakan makanan kudapan menyihatkan dengan harga berpatutan.

Perkhidmatan tersebut bakal dibuka dalam tahun ini di kawasan Bandar Utama, Damansara.

Coach Dann berkata, penubuhan Metconx Kitchen melengkapkan lagi pakej Metconx selain latihan fizikal.

Bunga punca penyakit alahan

Posted:

Bunga punca penyakit alahan

Bunga punca penyakit alahan

PEMANDANGAN indah sebuah taman di Tokyo dihiasi bunga ceri yang sedang mekar.


KETIBAAN musim bunga di Jepun menyebabkan bunga daripada pokok ceri yang berwarna merah jambu dan putih berkembang mekar sehingga mewujudkan pemandangan indah di negara matahari terbit itu.

Namun, ia turut memberi petanda bahawa penduduk sekitar perlu memakai topeng muka dan penutup mata khas bagi menghalang serangan debunga yang menyebabkan hidung berair dan kegatalan mata.

"Saya mahu keluarkan bebola mata saya dan membasuhnya," ungkapan dalam laman web yang mengiklankan klinik mata dan ubat-ubatan untuk penghidap alahan rinitis.

Bagi kebanyakan orang, hidung berair dan bersin adalah masalah kecil, namun bagi sesetengah individu, alahan boleh menyebabkan sesak nafas, sakit kepala dan batuk. Bagi yang alah pula boleh mendapat penyakit asma dan radang paru-paru.

Menurut kaji selidik, setiap seorang daripada empat orang dalam kalangan 128 juta orang penduduk Jepun mengalami kafun-sho iaitu istilah tempatan bagi penyakit alahan rinitis.

Alahan ini menyebabkan jualan topeng muka di farmasi juga meningkat sebanyak lima kali ganda di samping tisu, cermin mata dan ubat-ubatan.

Turut mendapat permintaan tinggi ialah alat pembersih udara, pembersih katil dan penyerap debunga. Dianggarkan jualan barang-barangan mencecah $1.5 bilion Yen (RM47 bilion) setahun.


ALAT perlindungan kafun blocker yang dapat menghalang debunga.


Antara barangan terkini yang mendapat sambutan ramai ialah kafun blocker iaitu alat perlindungan nilon berkuasa bateri seperti yang digunakan oleh penternak lebah.

Alat tersebut dipercayai dapat menghalang 99.99 peratus debunga kerana dilengkapi kipas dan penapis di atasnya.

Menurut seorang pengurus kedai di Tokyo, Takahiro Sasaki, alat itu sangat popular dalam kalangan individu yang bekerja di luar rumah seperti petani.

Alahan rinitis dipercayai disebabkan debunga daripada pokok sugi atau nama saintifiknya Cryptomeria japonica yang ditanam di seluruh Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Debunga

Kerajaan Jepun ketika itu mengambil keputusan menanam pokok sugi dan hinoki untuk menampung permintaan industri kayu berkualiti tinggi yang meningkat.

Namun selepas liberalisasi mengimport kayu pada tahun 1964, ia menyebabkan produk kayu sugi domestik semakin berkurangan.

Akibatnya, banyak hutan dengan ribuan pokok sugi ditinggalkan sejak beberapa dekad tanpa dibalak atau ditanam semula.

Menurut Kimihiro Okubo dari Sekolah Perubatan Nippon, pokok-pokok ini akan mengeluarkan debunga selepas pokok mencapai tahap matang iaitu pada usia 30 tahun.

Katanya, debunga halus pokok-pokok ini yang tidak dibalak berterbangan sehingga sejauh 300 kilometer sejam selepas perang.

"Pokok sugi menghuni kira-kira 18 peratus hutan di Jepun manakala hutan hinoki pula meliputi 10 peratus.

"Saya percaya alahan debunga sugi akan mengambil masa antara 100 hingga 200 tahun untuk dihapuskan," kata Okubo.

Kaedah merawat alahan debunga sugi semakin baik sejak kes pertama dilaporkan pada tahun 1963 melalui imunoterapi sublingual iaitu dengan menitiskan ekstrak alergi di bawah lidah untuk diserap.


DAUN pokok sugi daripada baka yang kurang menghasilkan debunga.


Hampir satu pertiga daripada pesakit menggunakan kaedah tersebut bagi mengatasi alahan dan 50 peratus lagi menganggap masalah yang dihadapi adalah ringan.

Sejak tahun 1999, kerajaan Jepun telah memperkenalkan projek menanam anak pokok sugi yang mengeluarkan debunga yang sedikit dan hasilnya baka baharu berjaya ditemui.

Pegawai Agensi Perhutanan Jepun, Kiyohito Onuma berkata, sebanyak 15.2 juta anak pokok sugi baka ini baka debungan yang kecil telah ditanam pada tahun lalu, manakala 10.4 juta batang pada tahun sebelumnya.

Tambahnya lagi, eksperimen turut dijalankan di makmal kejuruteraan genetik untuk membangunkan anak pokok yang tidak menghasilkan debunga.

"Hutan sugi telah memberi pelbagai kebaikan kepada masyarakat antaranya pemuliharaan tanah negara dan pencegah pemanasan global.

"Sugi tumbuh cepat. Pokok ini mudah digunakan sebagai bahan binaan. Saya tidak fikir pengeluaran sugi akan berhenti," kata Onuma juga menghidap penyakit alahan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


32,000 pelatih PLKN berjaya tamatkan latihan

Posted:

32,000 pelatih PLKN berjaya tamatkan latihan

32,000 pelatih PLKN berjaya tamatkan latihan


ABDUL RAHIM (belakang, lima dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada pelatih PLKN selepas Majlis Penutup PLKN Kumpulan 1, Siri 11 (2014) di Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini.


TAMAT LATIHAN. Seramai 32,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berjaya menamatkan latihan di 79 kem secara serentak di seluruh negara baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedang dalam peringkat cadangan untuk memasukkan 'Tarian Perang' sebahagian modul baharu PLKN.

"Tarian Perang diperkenalkan sebagai tarikan baharu dalam usaha kerajaan meningkatkan kefahaman patriotisme dan semangat cintakan tanah air," katanya ketika hadir meraikan Majlis Penutup PLKN Kumpulan 1, Siri 11 (2014) di Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JLKN, Rozainor Ramli.

Kanak-kanak tadika ceria sertai sukan tahunan

Posted:

Kanak-kanak tadika ceria sertai sukan tahunan

Kanak-kanak tadika ceria sertai sukan tahunan


SEBAHAGIAN daripada murid Taman Didikan Kanak-Kanak Cahaya Nurani menyanyikan lagu tadika sebelum memulakan acara sukan di padang permainan Desa Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan baru-baru ini.


CERIA. Seramai 86 murid dari Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) Cahaya Nurani, Mantin, Negeri Sembilan menyertai sukan tahunan kali ke-12 pusat asuhan itu di padang permainan Desa Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut Pengetuanya, Misliza Mohni, pelbagai acara diadakan membabitkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dari tiga cawangannya masing-masing dari Pinggiran Bayu 1, Pinggiran Bayu 2 dan Seri Pajam.

"Kami mengadakan program sebegini adalah untuk menanam semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan antara kanak-kanak termasuk ahli keluarga yang lain," katanya kepada pemberita.

Beberapa acara menarik yang diatur seperti lari dengan baton, lari dengan terompah, lari ikat kaki berpasangan dan tarik bola dengan gelung.

Penduduk kurang bernasib baik dibantu

Posted:

Penduduk kurang bernasib baik dibantu

Penduduk kurang bernasib baik dibantu


SULAIMAN (belakang, enam dari kiri) bergambar bersama ahli-ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selepas menyertai program membantu rakyat di sekitar Bandar Jugra, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini.


BANTUAN. Kira-kira 200 penduduk yang kurang bernasib baik di sekitar Bandar Jugra, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian sumbangan daripada UMNO Bahagian Kuala Langat.

Ketuanya, Datuk Sulaiman Mohd. Karli berkata, program turun padang itu bertujuan meneruskan agenda Barisan Nasional untuk membantu penduduk yang terlantar di rumah akibat uzur, lumpuh dan menderita penyakit kronik.

"Pihak kami juga mengusahakan agar mana-mana pesakit ini untuk mendapat bantuan sewajarnya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Kita perlu sedar, hari ini segala kos kehidupan naik mendadak seiring perkembangan ekonomi dunia, maka kita terpanggil untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan itu dengan memberi mereka bantuan sepatutnya," katanya baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sambut hari jadi dengan dadah

Posted:

Sambut hari jadi dengan dadah

Sambut hari jadi dengan dadah

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN mereka yang ditahan di sebuah banglo di Jalan Masjid Negeri di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Keghairahan sambutan hari jadi yang berlangsung di sebuah banglo di Jalan Masjid Negeri di sini terbantut, selepas 88 orang termasuk 16 pelajar yang sedang berpesta dalam keadaan mabuk dan khayal dicekup polis selepas mengepung rumah itu.

Semasa serbuan pada pukul 2.45 pagi oleh pasukan polis Narkotik, rata-rata muda-mudi yang berumur antara 16 dan 35 tahun itu dalam keadaan separuh sedar dipecayai akibat minum minuman keras atau dadah selain bunyi muzik yang kuat.

Mereka yang ditahan itu membabitkan 86 remaja Melayu dan dua Cina. Selain itu, ketika ditahan hampir kesemua peserta wanita hanya berseluar pendek dan baju tanpa lengan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bina paip air sementara ke Sungai Langat

Posted:

Bina paip air sementara ke Sungai Langat

Bina paip air sementara ke Sungai Langat

Oleh IKHWAN IDERIS dan ABDUL RAZAK IDRIS
berita@kosmo.com.my


KERAJAAN bercadang membina paip air sementara bagi menyalurkan air dari Terowong Air Langat 2 ke Sungai Langat bagi mengatasi krisis air di Lembah Klang.


TEMERLOH – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bercadang untuk membina saluran paip air sepanjang 1.5 kilometer (km) dari Terowong Air Langat 2 ke Sungai Langat bagi membekalkan air mentah dari Pahang ke Selangor.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekiranya cadangan tersebut diteruskan, krisis bekalan air mentah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat dikurangkan menjelang bulan Oktober depan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Status MH370 akan diisytihar

Posted:

Status MH370 akan diisytihar

Status MH370 akan diisytihar

Oleh NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN waris dan keluarga penumpang dan anak kapal MH370 yang menghadiri majlis taklimat oleh Jawatankuasa Waris MH370 di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. - AFP


KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan memilih satu tarikh untuk mengesahkan beberapa perkara berkaitan 239 penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 termasuk mengeluarkan sijil kematian yang diperlukan oleh waris-waris mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Waris MH370 yang juga Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, perlu ada satu tempoh masa ditetapkan bagi membolehkan waris meneruskan hidup memandangkan timbul masalah seperti urusan perbankan di samping untuk menyalurkan bantuan jika mereka kehilangan pencari nafkah dalam keluarga.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Liverpool hampiri gelaran juara

Posted:

Liverpool hampiri gelaran juara

Liverpool hampiri gelaran juara

STERLING (kanan) menjaringkan dua gol untuk membantu Liverpool menewaskan Norwich City 3-2 pada aksi Liga Perdana England semalam.


NORWICH – Liverpool semakin hampir mendakap trofi Liga Perdana England buat pertama kali dalam tempoh 24 tahun selepas melakar kemenangan 3-2 ke atas Norwich City pada aksi liga di Stadium Carrow Road malam tadi.

Kejayaan itu terhasil menerusi dua gol sumbangan pemain sayap lincah, Raheem Sterling dan satu gol daripada Luis Suarez, sekali gus membolehkan The Reds mengutip tiga mata berharga bagi melebarkan rekod 11 kemenangan liga berturut-turut.

Kemenangan itu juga menyaksikan The Reds kini terus menjarakkan diri dengan kelebihan lima mata ke atas pasukan di tangga kedua, Chelsea selain menjamin slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Pada aksi tersebut, skuad bimbingan Brendan Rodgers itu yang berada dalam kelas tersendiri berjaya membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi rembatan deras daripada Sterling.

Penyerang sensasi Uruguay, Suarez menggandakan kedudukan buat Liverpool pada minit ke-11, sekali gus merekodkan gol peribadinya yang ke-30 dalam 35 perlawanan liga setakat ini.

Bagaimanapun, Norwich bangkit mengurangkan defisit satu gol menjadikan kedudukan 2-1 menerusi gol daripada Gary Hooper pada minit ke-54.

Begitupun, Sterling sekali lagi menjadi 'duri dalam daging' buat pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga The Reds pada minit ke-62.

Biarpun Norwich sekali lagi berjaya merapatkan jurang kedudukan menerusi ledakan Robert Snodgrass pada minit ke-77, namun kedudukan 3-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Sebagai rekod, Liverpool kini telah mengumpul 80 mata selepas Chelsea keciciran mata setelah tewas mengejut 1-2 kepada Sunderland dalam satu lagi aksi liga yang berlangsung awal pagi semalam. – Reuters

Kelantan buat perubahan

Posted:

Kelantan buat perubahan

Kelantan buat perubahan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


PEMAIN import antara yang bakal disingkirkan oleh Kelantan dalam usaha mereka memulihkan imej yang sudah tercalar.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat perubahan drastik dalam usaha memulihkan reputasi The Red Warriors yang tercalar ekoran prestasi terumbang ambing dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kebelakangan ini.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial facebook miliknya semalam berkata, pembaharuan tersebut akan dapat dilihat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, pembaharuan tersebut meliputi barisan pemain import dan corak permainan bagi memperkemaskan lagi pasukan untuk menghadapi baki saingan liga.

"The Red Warriors bakal berubah wajah, yang sering 'cedera' dan buat perangai akan digugurkan dari pasukan. Disiplin dan ketegasan perlu dikembalikan.

"Beberapa pemain import tak habis-habis dengan masalah, rata-rata pemain tempatan lebih berdisiplin dan komited. Perlu beberapa tindakan drastik, rupanya membina pasukan bukan tugas yang mudah.

"Tiada siapa pun yang lebih besar daripada pasukan. Kecewa sudah tentu pasti, mengaku kalah mungkin tidak kerana kami adalah The Red Warriors," katanya.

Annuar memberitahu, dia cukup risau melihat prestasi pemain yang berharga mahal tetapi prestasinya menurun termasuk barisan pertahanan yang semakin longgar.

"Insya-Allah rehat selama dua minggu ini bakal menyaksikan pembaharuan dengan sksuad The Red Warriors. Semua pemain cergas untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA.

"Kita mempunyai set pemain tempatan yang bersemangat juang tinggi dan corak serangan akan diperkemaskan," ujarnya.

Selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Super, Kelantan kini menghuni tangga ketujuh dengan mengumpul 20 mata.

Amaran keras Kim Swee

Posted:

Amaran keras Kim Swee

Amaran keras Kim Swee

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BARISAN pelatih skuad negara diingatkan agar jangan mengulangi sikap 'ponteng' latihan.


JANGAN ada lagi pemain yang ponteng kem latihan!. Itu amaran pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee terhadap kesemua pelatih supaya hadir melaporkan diri bersama kem latihan skuad kebangsaan yang akan bermula di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya hari ini.

Biarpun ada pemain seperti penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat lewat melaporkan diri tatkala Kim Swee menerajui tugas buat kali pertama selaku pengendali sementara skuad Harimau Malaya pada Mac lalu, Kim Swee begitupun optimis ia tidak lagi berulang kali ini.

Menurut beliau, kehadiran kesemua 23 pelatih kali ini cukup penting menjelang aksi persahabatan berdepan Filipina di Cebu pada 27 April depan.

"Saya yakin situasi itu (kegagalan pelatih melapor diri) tidak lagi berulang kali ini.

"Biarpun cuma aksi persahabatan, keputusan berdepan Filipina cukup penting kerana ia berstatus kelas A dan mampu memperbaiki kedudukan ranking FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Jadi, saya harap kesemua pelatih dapat menghadiri kem latihan yang akan bermula esok (hari ini)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Kim Swee juga enggan mana-mana pihak mensensasikan ketiadaan Mat Yo dalam senarai pelatih kali ini.

Ini kerana, beliau mementingkan prestasi semasa pemain selain hanya memiliki masa yang cukup terhad bagi membentuk skuad yang mantap berdepan Filipina.

"Ada dua sahaja muka baharu (Norfarhan Muhammad dan Ronni Harun) dalam senarai pelatih kali ini.

"Filipina sekarang bukan macam 10 tahun lalu, mereka juga banyak menjalani aksi persahabatan yang kompetitif jadi kami harus bersedia.

"Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan skuad sebenar kerana saya belum menerima sebarang laporan berhubung kecederaan terkini mana-mana pelatih.

"Jadi, segala-galanya akan dapat dinilai esok (hari ini) termasuk sama ada mahu memanggil pemain dalam senarai simpanan (KIV) bagi menggantikan mana-mana pelatih yang tercedera," jelas beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pameran seni anjuran korporat

Posted:

Pameran seni anjuran korporat

Pameran seni anjuran korporat

STOWE (dua dari kanan) dan Serenella (tiga dari kiri) pada pelancaran buku Prudential Malaysia Eye: Contemporary Malaysian Art baru-baru ini.


INDUSTRI seni kontemporari negara kini semakin berkembang apabila syarikat-syarikat korporat mula menganjurkan pameran seni tempatan di peringkat antarabangsa.

Antara syarikat korporat yang tidak ketinggalan menganjurkan pameran tersebut ialah pembekal insurans hayat terkenal, Prudential Assurance Malaysia Berhad (Prudential).

Syarikat yang mula beroperasi pada tahun 1924 itu baru-baru ini telah menganjurkan pameran seni kontemporari Prudential Malaysia Eye bertempat di White Box, Publika, Kuala Lumpur.

Pameran yang menampilkan karya 21 artis tempatan itu telah dipilih oleh kurator-kurator terkenal dunia seperti Chang Tsong Zung, Serenella Ciclitira dan Nigel Hurst. Karya-karya terpilih pada pameran tersebut kemudiannya akan dibawa ke Galeri Saatchi, London, pada bulan Jun nanti.


KARYA 21 artis tempatan dipamerkan pada pameran seni oleh Prudential di White Box, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menurut Ketua Eksekutif Korporat Prudential Asia, Barry Stowe, pameran seni tersebut diharap dapat menjadi permulaan kepada perjalanan kerjaya artis tempatan ke peringkat antarabangsa.

"Kami telah bertapak di negara ini hampir sembilan dekad. Kami cuba memberi penghormatan dengan menyediakan platform kepada artis tempatan menampilkan karya mereka ke peringkat antarabangsa," ujar beliau ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran pameran tersebut.

Karya seni

Sementara itu, menurut salah seorang artis yang terlibat, Ahmad Shukri, 45, dia bersyukur kerana dua karyanya iaitu Miracle dan The Great Wallpaper telah terpilih untuk dipamerkan pada pameran yang belangsung selama dua bulan itu.


KARYAWAN tempatan, Ahmad Shukri mempamerkan dua hasil seninya.


"Pameran-pameran seperti ini memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan kepada dunia bahawa negara kita mempunyai ramai artis berbakat yang boleh diketengahkan.

"Di sini kita boleh lihat, karya-karya yang dihasilkan oleh artis tempatan sangat berkualiti yang berbeza medium dan teknik," ujar anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Antara artis lain yang turut terlibat menjayakan pameran tersebut ialah Anne Samat, Khairuddin Zainuddin dan Chong Ai Lei.

Pada majlis itu juga, syarikat korporat tersebut turut melancarkan buku Prudential Malaysia Eye: Contemporary Malaysian Art.

Sementara itu, Pengasas Program Eye Global, David Ciclitira berkata, pihaknya berharap buku yang memaparkan karya-karya pada pameran tersebut dapat menjadi sumber inspirasi pelukis-pelukis baharu di negara ini. - SHAZWAN YUSOP

Lebih manis lebih sihat

Posted:

Lebih manis lebih sihat

Lebih manis lebih sihat

Oleh SOPI SAMAILE
sopi.samaile@kosmo.com.my


MOHD. ZOL (kiri) bersama kakitangan Nano Tech Global di pejabat operasi di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur.


JIKA anda suka rasa yang manis tanpa memudaratkan, jawapannya ialah produk-produk keluaran Nano 5 yang dihasilkan oleh syarikat tempatan Nano Tech Global.

Kunci utama dalam kesemua barisan produk Nano 5 ialah penggunaan formula yang dirumuskan daripada teknologi bio-nano.

Produk Nano Sweet misalnya merupakan salah satu usaha untuk mencegah penyakit zaman moden yang disebabkan pengambilan gula berlebihan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nano 5, Mohd. Zol Ab. Aziz, produk tersebut adalah yang pertama di dunia selepas kajian dilakukan selama lima tahun oleh saintis Melayu dengan kepakaran dalam teknologi bio-nano.

Katanya, produk tersebut diformulakan daripada ekstrak tebu hitam asli atau sugar cane essential (SCE) dan telah mendapat pengiktirafan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

"Produk ini dihasilkan di kilang di Johor Bahru yang bertaraf Amalan Perkilangan Baik (GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan halal.

"Penggunaan teknologi bio-nano pula adalah bagi memastikan ianya disediakan pada pH5.5 selain mengelak terbentuknya karbon negatif, bersesuaian dengan sifat semula jadi manusia yang juga mempunyai pH5.5," katanya kepada Kosmo! di Gombak, Selangor baru-baru ini.


MOHD. ZOL menunjukkan dua produk Nano 5 yang sudah berada di pasaran termasuk di luar negara.


Mohd. Zol memberitahu, sifat dan khasiat Nano Sweet ialah antiseptik atau antikuman. Kemanisannya mencapai 600 kali ganda daripada gula biasa dan dalam nisbah yang kecil serta hampir tiada kalori, kolestrol, karbohidrat, sakarin dan bahan pengawet.

"Hanya titiskan beberapa titik ke dalam minuman dan tiada sukatan yang disyorkan, namun pengambilan yang kerap adalah lebih baik," ujarnya.

Teknologi

Produk yang dinamakan sebagai Nano Calo tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Nano Sweet, namun bentuk fizikalnya lebih menyerupai gula pasir.

Bagaimanapun kandungannya hampir tiada kalori tetapi mempunyai aroma tebu segar.

"Penggunaan produk ini adalah nisbah satu sudu Nano Calo bersamaan atau lebih lima sudu gula pasir biasa," kata Mohd. Zol.

Bagi mereka yang ingin menambah sumber vitamin dan mineral, Mohd. Zol memberitahu, produk yang sesuai ialah Nano Vita yang dihasilkan menerusi kombinasi pati buah-buahan.


PRODUK Nano 5 iaitu dari kiri: Nano Calo, Nano Omega, Nano Vita dan Nano Sweet dihasilkan menggunakan formula teknologi bio-nano oleh saintis tempatan.


Nano Vita dihasilkan secara klinikal yang ekstrem menggunakan teknologi Nano dengan menghasilkan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

"Antara ramuannya ialah buah delima, kurma muda, buah tin, zaitun, anggur hitam, pisang kaki, lokam cina dan epal hijau manakala penggunaannya sama seperti Nano Sweet," kata beliau.

Produk Nano Omega pula dihasilkan bagi melawan kolesterol dan lemak yang tidak diperlukan tubuh menggunakan empat elemen Omega bagi meleraikannya dengan cara yang efisyen atau semula jadi.

Produk ini didatangkan dalam bentuk gel kapsul lembut berwarna kuning keemasan dengan pengambilan harian dua bulan pertama disyorkan sebanyak dua biji sehari.

Setiap satu daripada produk-produk ini dihasilkan menggunakan formula teknologi bio-nano menyebabkan ia amat berbeza daripada mana-mana produk yang seumpamanya sama ada dari segi pasaran dalam dan luar negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat termasuk seorang warga Singapura lemas di Pahang

Posted:

Empat termasuk seorang warga Singapura lemas di Pahang

Empat termasuk seorang warga Singapura lemas di Pahang

20/04/2014 10:45pm

KUANTAN - Empat, termasuk seorang warga Singapura, mati lemas dalam tempoh 30 jam dalam insiden berasingan di Pahang.

Insiden pertama membabit seorang wanita warga Singapura yang lemas di perairan berhampiran Taman Laut di Pulau Tioman ketika melakukan aktiviti menyelam pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata mangsa, Sim Qiu Yan, 30, dilaporkan lemas pada kira-kira 11.55 pagi.

"Mangsa memasuki perairan Tioman bersama-sama lapan lagi rakan senegaranya yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita pada 17 April lepas.

"Mereka kemudian dikatakan menyewa sebuah bot milik syarikat dari Mersing untuk melakukan aktiviti menyelam itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa ditemui pukul 10 malam dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Dalam kejadian terbaru petang tadi, keseronokan tiga sekawan menghabiskan cuti hujung minggu mandi-manda di Pantai Balok berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas.

Mangsa ialah Aman Ahmad, 24, dari Felda Bukit Kuantan dan Wan Mohd. Akram Wan Yusof, 25, dari Bukit Goh di sini manakala rakan mereka, Muis Md. Nor, 21, dari Bukit Kuantan sempat diselamatkan pengawal pantai dan kini menerima rawatan di HTAA.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Anuar Hassan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.40 petang.

"Kejadian dipercayai berlaku pukul 4.20 petang dan mangsa pertama, Aman Ahmad berjaya ditemui pada 4.21 petang oleh orang awam.

"Mangsa kedua pula, Wan Mohd. Akram Wan Yusof, ditemui pada 6.25 petang berhampiran lokasi mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita hari ini.

Beberapa minit sebelum itu, di Pantai Teluk Chempedak, seorang pelajar tingkatan dua Tan Chong Kit dari Taman Tas, lemas ketika mandi bersama-sama beberapa rakannya berhampiran kawasan berbatu.

Anuar berkata mayat mangsa ditemui pada 7.10 petang oleh pasukan penyelamat.

"Kesemua mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat," katanya. - Bernama

Pesara kerajaan temui bayi atas bumbung rumah

Posted:

Pesara kerajaan temui bayi atas bumbung rumah

Pesara kerajaan temui bayi atas bumbung rumah

20/04/2014 9:58pm

SANDAKAN - Lagi kes buang bayi. Kali ini ada individu sanggup memanjat bumbung rumah seorang pesara kerajaan melalui tangki air yang terletak di bahagian belakang kediamannya semata-mata untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, bayi lelaki itu, yang cukup sifat dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan dan diletak dalam bungkusan plastik, bernasib baik apabila tangisannya didengar pesara berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, pesara kerajaan berusia 59 tahun itu, yang tinggal di Taman Merpati Batu 7 dekat sini, membuka tingkap selepas mendengar bunyi tangisan bayi dari atas bumbung dan melihat satu bungkusan berada di situ.

Ketika itu, tangisan bayi berkenaan sudah berhenti.

Rowell berkata, pesara itu kemudian ke rumah iparnya di kawasan berhampiran dan pemeriksaan ke atas bungkusan terbabit mendapati ada bayi di dalamnya sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada polis pada 11.15 malam, semalam.

Beliau berkata bayi malang itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent dan kini dalam keadaan sihat.

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. - Bernama

Tiada kes baharu MERS-CoV dikesan - Ketua Pengarah Kesihatan

Posted:

Tiada kes baharu MERS-CoV dikesan - Ketua Pengarah Kesihatan

Tiada kes baharu MERS-CoV dikesan - Ketua Pengarah Kesihatan

20/04/2014 9:08pm

KUALA LUMPUR - Tiada kes baharu jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) dilapor sehingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, 79 sampel yang diambil daripada kontak rapat yang bergejala dan tidak bergejala juga negatif jangkitan MERS-CoV.

Sampel 17 anggota kumpulan dalam pakej umrah yang sama juga disahkan negatif jangkitan virus itu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya dengan laporan terkini itu jumlah kumulatif kekal sebagai satu kes kematian.

Semalam dilaporkan pemeriksaan ke atas 15 jemaah umrah yang pulang dari tanah suci bersama-sama seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia akibat MERS-CoV, menunjukkan mereka negatif daripada jangkitan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Cari MH370 tujuh hari lagi

Posted:

Cari MH370 tujuh hari lagi

Cari MH370 tujuh hari lagi

KENDERAAN dalam air autonomi yang lebih dikenali sebagai Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia di selatan Lautan Hindi pada Isnin lalu. - AFP


SYDNEY - Misi mencari kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di dalam Lautan Hindi mungkin selesai dilakukan dalam tempoh lima hingga tujuh hari lagi, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) semalam.

Pencarian pesawat MH370 itu menggunakan kenderaan dalam air autonomi yang lebih dikenali sebagai Bluefin-21 berharga AS$4 juta (RM12.95 juta) dilakukan di dalam lingkungan 10km di Lautan Hindi.

Pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac lalu semasa ia dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Seramai 227 penumpang dan 12 kru menaiki pesawat itu yang didapati berpatah balik dan dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Operasi melibatkan pelbagai negara kemudian dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200 itu.

Misi pencarian tersebut mula dilakukan di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila pesawat itu didapati menukar laluannya.

Selepas hampir dua bulan tanpa sebarang tanda-tanda serpihan ditemui, misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan radius 10km di selatan Lautan Hindi.

Beberapa pegawai berkata, kawasan lingkungan 10km itu terletak di sekitar salah satu isyarat dipercayai daripada kotak hitam yang sebelum ini berjaya dikesan pasukan pencari MH370.

Namun, isyarat itu tidak lagi dapat dikesan dan ia dipercayai disebabkan bateri kotak hitam sudah kehabisan kuasa.

Pihak JACC dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita Reuters menerusi e-mel menyatakan, berdasarkan keadaan cuaca yang baik dan kelancaran operasi Bluefin-21 itu, misi pencarian di dalam lautan akan dapat diselesaikan dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Beberapa pegawai tidak memberikan petunjuk sama ada mereka yakin bahawa pencarian di kawasan tersebut boleh memberikan maklumat baharu tentang pesawat MH370.

Kenderaan dalam air autonomi itu sebelum ini telah melakukan enam misi pencarian selepas ia diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia.

Ia boleh menyelam pada kedalaman 4.5km.

Namun, kumpulan pencarian melakukan pengubahsuaian ke atas Bluefin-21 itu supaya ia boleh menyelam pada kedalaman 4.695km.

Bluefin-21 itu milik sebuah syarikat yang melakukan kerja-kerja menyelamat dalam lautan iaitu Phoenix International Holdings Inc. dari Amerika Syarikat. - Agensi

Kapten feri pertahan tindakan lambat pindah penumpang

Posted:

Kapten feri pertahan tindakan lambat pindah penumpang

Kapten feri pertahan tindakan lambat pindah penumpang


BEBERAPA anggota Tentera Laut Korea Selatan menaiki sebuah bot di depan boya yang merupakan penanda lokasi feri Sewol yang karam di luar pantai Pulau Jindo semalam. - REUTERS


JINDO, Korea Selatan - Kapten sebuah feri yang karam empat hari lalu, Lee Joon-seok mempertahankan tindakannya yang melambat-lambatkan arahan memindahkan penumpang.

Ketika ditanya kenapa ratusan penumpang tidak diarah untuk menyelamatkan diri selepas feri itu mula dimasuki air, Joon-seok berkata, dia melewatkan arahan tersebut demi keselamatan.

"Ketika itu, sebuah kapal penyelamat tidak tiba. Tidak ada bot nelayan di sekitar feri untuk melakukan kerja-kerja menyelamat atau kapal lain yang akan memberikan bantuan.

"Gelombang laut amat kuat dan air laut sejuk di kawasan itu.

"Saya berpendapat, para penumpang akan dihanyutkan ombak dan berdepan masalah jika mereka dipindahkan dengan segera," katanya kepada pemberita semalam.

Feri Sewol itu dinaiki 476 orang ketika ia karam di luar pantai Pulau Jindo.

Seramai 32 orang telah disahkan mati dalam kejadian itu tetapi 270 lagi masih hilang, kebanyakannya kanak-kanak sekolah yang sedang mengikuti lawatan percutian.

Para penyiasat menangkap Joon-seok dan dua kru pagi semalam.

Ketiga-tiga mereka dikritik kerana meninggalkan ratusan penumpang yang masih terperangkap di dalam feri.

Joon-seok didakwa melakukan perbuatan cuai dan gagal untuk menjamin keselamatan penumpang.

Hanya 174 orang berjaya diselamatkan dan tiada mangsa selamat yang ditemui sejak Rabu lalu.

Para penyelam semalam berjaya memasuki feri itu yang berada di dalam laut dan mendapati terdapat mayat-mayat penumpang yang masih terperangkap di dalam feri tersebut. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tempoh dua tahun Maya Karin

Posted:

Tempoh dua tahun Maya Karin

Tempoh dua tahun Maya Karin

MAYA KARIN tidak perlu terlalu beria-ia untuk menampakkan sisi yang sempurna. Santai dan bersahaja, namun itu sudah cukup memberikan efek pesona.

Wanita berumur 34 tahun itu kelihatan lebih segar, muda dan ceria di sebalik potongan rambut paras bahu sejak awal tahun. Dia kini tampak lebih muda. Malah pelakon yang baru sahaja muncul dengan filem Sejoli itu semakin serasi dengan penampilannya.

"Sengaja saya potong rambut agak pendek. Ini gaya rambut paling pendek sejak tujuh tahun lalu. Lagi pun kontrak saya sebagai jurucakap satu jenama kosmetik antarabangsa sudah tamat hujung tahun lalu, saya pun dah rimas sangat asyik kena simpan rambut panjang," katanya yang bergelar duta produk itu sejak 2006.

Dari satu sisi yang lain, produk atau material di pasaran ialah bukti kelangsungan karier seseorang artis. Material yang paling mengesankan dalam karier Maya pula bukanlah produk yang dijajanya sebagai duta mahupun jurucakap, sebalik persembahan bakat yang mendapat tempat mata khalayak.

Lebih dikenali sebagai pelakon, kali ini Maya mahu dilihat sesegar kelopak yang kembang di pagi hari. Dia mahu penampilannya itu turut bercerita tentang Teka-Teki yang melantun-lantun di corong-corong radio ketika ini.

Kembali menyanyi

"Sebenarnya ini penampilan saya untuk album terbaharu saya, Teka-Teki yang baru sahaja dilancarkan, Jumaat lalu," ungkap Maya tersenyum.

Dia lega kerana akhirnya setelah sekian lama menanti, sebuah album yang dicita-citakan berjaya juga diterbitkan. Dalam tempoh sejak 24 Mac lalu, Maya hanya mampu bersabar dan menghitung waktu untuk membuktikan keseriusan bergelar penyanyi.

"Ikut perancangan asal, album dan persembahan Teka-Teki dilancarkan pada 24 Mac, tetapi sebagai masyarakat Malaysia, kita perlu akur dan menunjuk rasa hormat dan sensitif dengan kesedihan ramai akibat MH370.

MAYA KARIN mengakui karier nyanyiannya tidak sama tinggi dengan lakonan. Dia juga berasa kerdil berbanding penyanyi lain, namun sokongan serta dorongan daripada nama-nama besar dalam seni muzik menjadikan semangat dan keyakinannya meneruskan bidang nyanyian semakin menebal.


"Sebelum Jumaat lalu, kita juga rancang untuk lancarkan pada 1 April, tetapi ditunda juga. Penundaan itu agak merisaukan sebab single Teka-Teki sudah dilancarkan. Semasa lagu itu mula hendak dapat perhatian, suasana pula jadi gelap, tapi tak mengapa, saya mendapat keyakinan yang tinggi daripada peminat dan pendengar," katanya tentang keresahan awalnya sebelum Teka-Teki semakin mendapat tempat pada telinga pendengar.

Memilih Teka-Teki untuk mengembalikan ingatan peminat bahawa Maya Karin juga seorang penyanyi, penerima anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik serta dua kali menyandang Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia itu akur, karier nyanyiannya jauh terkebelakang berbanding lakonan.

Kehadiran Teka-Teki menjadikan karya itu album ketiga Maya Karin sejak dia bertapak dalam industri hiburan tanah air kira-kira 11 tahun lalu. Namun, setiap kali hendak kembali menyanyi, dia harus mencuba dan mengumpulkan segala tenaga bermula dari 'kosong'.

"Dahulu saya pernah rasa kecewa, sekarang saya faham bahawa inilah ketentuan karier walaupun saya sebenarnya bermula dengan nyanyian. Saya membesar dengan lagu-lagu klasik, jazz, belajar piano sejak kecil.

"Semasa mula-mula bertandang di Kuala Lumpur semasa umur 18 tahun, saya pernah menyanyi di kelab-kelab jazz. Tapi entah bagaimana, lakonan pula yang menonjol," katanya memperoleh keyakinan untuk menyanyi hasil tunjuk ajar nama-nama besar dalam industri seperti Audi Mok dan Michael Veerappan.

Tunggu lamaran kekasih

Kongsi Maya lagi, biarpun sudah lama bergelar penyanyi, rasa kekok ada ketikanya bersarang dalam hati. Aktiviti seni yang lebih fokus ke arah lakonan juga menjadikan Maya lebih berhati-hati di atas pentas.

"Dahulu saya menyanyi tanpa rasa takut langsung, kemudian saya masuk ke dunia artis. Ketika itu, perhatian yang datang kepada saya lebih besar berbanding pencapaian. Hal-hal begitu yang memberi tekanan. Sekarang saya okey, lebih-lebih lagi selepas terlibat dengan Super Mokh The Musical. Saya kena berlakon dan menyanyi dengan Awie atas panggung Istana Budaya. Dua hari sebelum pementasan, saya macam hendak pitam, berdebar dan takut. Tapi selepas Michael Veerappan kata okey, barulah saya lega," ceritanya teruja.

Semakin meningkat usia, semakin matang juga dalam industri, selebriti berdarah kacukan Melayu-Jerman itu berasakan kehidupan tidak semestinya memihak ke arah kebahagiaan semata-mata.

Kegagalan dalam perkahwinan bersama Muhammad Ali Abdullah atau nama asalnya Steven David Shorthose juga antara titik penting kepada kehidupan Maya. Sejak bercerai pada 2010, empat tahun menjanda, status yang diusung oleh 'Izzah Ombak Rindu' itu juga membuatkan Maya tidak terlepas daripada persoalan cinta dan jodoh.

"Saya pun macam dalam lirik lagu saya juga, lagu Teka-Teki itu tentang pencarian hidup, tentang rahsia-rahsia yang belum menemukan jawapan.

"Saya mengaku, saya memang sedang memiliki 'si dia', tetapi siapa dia dan dari mana asalnya, saya mahu zip mulut dulu. Cukup setakat itu," laju sahaja Maya mengiakan dan menutup desas-desus tentang perhubungan istimewa yang sedang dijalin bersama seseorang ketika ini.

Bicara cinta ternyata tidak mahu dipanjangkan. Maya sendiri pernah menafikan bahawa lelaki Inggeris yang dilihat bersamanya dalam sebuah acara di ibu kota baru-baru ini sebagai kekasih baharunya seperti yang dimaksud selama ini.

Di sebalik privasi yang masih dikunci kemas, Maya berkongsi sebuah harapan.

"Kita tengoklah sejauh mana hubungan ini akan berterusan. Saya tunggu sehingga dua tahun sahaja lagi, kalau masih tidak ke mana, saya akan cari bahagia yang lain. Nak tunggu sampai umur berapa lagi, saya pun mahu kahwin," terang dan bernas jawab Maya saat ditanya tentang tempoh 'solo' serta keseriusan perhubungan dengan 'si dia' itu.

Nina tepis kisah silam kekasih

Posted:

Nina tepis kisah silam kekasih

Nina tepis kisah silam kekasih


HEIKAL enggan memberi sebarang komen tentang hubungan akrabnya dengan pelakon Yana Samsudin.


TIADA angin, masakan pohon boleh bergoyang. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan terhadap hubungan pelakon Nina Iskandar dan bakal suaminya, Ahmad Heikal yang berdarah kacukan Melayu-Pakistan.

Portal perkongsian berita Cari.com pernah melaporkan Heikal dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Hanis Zalikha dan Yana Samsudin.

Bukan sekadar gosip, beberapa keping gambar Heikal bersama Hanis dan Yana turut dimuat naik oleh ahli forum sebagai bukti ampuh.

Bagi mendapat kepastian, Nina, 23, yang ditemui pada majlis pelancaran kereta mewah Mini Cooper S di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini ditembak dengan perihal sikap buaya darat kekasihnya itu. Nina yang berasal dari Brunei itu ternyata tidak melatah dengan komen-komen pengguna forum.

Nina dalam nada defensif mempertahankan Heikal sampil mendakwa teman lelakinya itu telus dalam hal masa lampau. Katanya, mereka sama-sama berkongsi mengenai kisah peribadi masing-masing. Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan Nina.

Kosmo!: Adakah anda mengetahui Heikal pernah ada hubungan dengan Hanis Zalikha dan Yana Samsudin?

NINA: Ya, saya tahu tentang perkara tersebut. Saya dan Heikal mengamalkan sikap telus sesama sendiri. Saya tahu tentang masa silamnya dan dia juga tahu tentang gosip berkaitan dengan saya. Lagipun dia memang mempunyai ramai kawan dan ada antara mereka merupakan artis popular.


PELAKON Hanis Zalikha merupakan salah seorang selebriti wanita yang didakwa pengguna forum Cari.com pernah akrab dengan Heikal.


Apakah reaksi anda apabila ada individu cuba mengungkit kisah lama kekasih anda?

Semua orang ada masa silam masing-masing. Bagi saya, ia merupakan satu perkara yang tidak berfaedah jika kita terus mengenang kisah-kisah tersebut. Apa yang telah berlaku biar berlalu.

Jawapan itu memberi bayangan anda sebenarnya perempuan perampas.

Itu tidak benar sama sekali. Orang luar boleh berkata apa sahaja yang mereka suka. Apa yang penting sekarang ialah saya sentiasa positif dengan apa yang berlaku.

Apakah pengajaran yang anda dapat apabila berhadapan dengan perkara-perkara sebegini?

Sebagai seorang pelakon baharu, saya tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jika saya dilanda kontroversi dalam masa lima tahun lagi, mungkin perkara ini dapat mematangkan saya dalam menghadapi sebarang dugaan.

Adakah benar Heikal melarang untuk berlakon sebaik anda berdua mendirikan rumah tangga kelak?

Sebenarnya ia satu salah faham. Perkara ini masih boleh dibawa berbincang. Saya masih mahu berlakon dan niat saya datang ke sini (Malaysia) adalah untuk mengasah bakat dan melebarkan karier saya dalam bidang lakonan. Lagipun, kontrak lima tahun saya bersama Metrowelth masih berjalan.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Saya bakal membintangi sebuah telemovie Raya Ni Mesti Kahwin bersama Shah Iskandar. Ia akan ditayangkan pada hari raya Aidilfitri tahun ini.

Dynas nafi bercerai

Posted:

Dynas nafi bercerai

Dynas nafi bercerai

MENGAKUI isu cerai itu pernah dibangkitkan sejak empat tahun lalu, Dynas menegaskan hubungannya dengan suami (Hafizy) masih baik.


TANPA ribut, perkahwinan pelakon Dynas Mokhtar bersama suaminya Hafizy Hafiz dilaporkan hancur berkecai. Tanpa diperkukuhkan dengan kelibat mereka ke mahkamah, rekod permohonan cerai Dynas tidak dapat dipastikan.

Angin panas yang dimulakan sebuah portal hiburan itu akhirnya menjadi persoalan ramai. Benarkah kontroversi kencang perceraian Dynas yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2008 itu sahih atau sekadar permainan gosip?

Berminggu-minggu mendiamkan isu itu sehingga reda, Dynas yang muncul dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini seperti menyerah diri kepada media. Bertubi-tubi diasak pelbagai soalan, dalam nada tenang, pelakon drama Di Bawah Ketiak Isteri itu membuat permintaan.

"Saya rasa tidak sesuai untuk bercakap mengenai perkara ini kerana anak-anak ada di sini. Saya minta maaf. Saya tidak akan menjawab apa saja soalan mengenai perkara tersebut sebab hal ini akan memberi kesan kepada penganjur acara. Lain kali saya akan jawab," pinta pelakon tinggi lampai itu dalam wajah yang membayangkan sesuatu.

DYNAS MOKHTAR dan Hafizy Hafiz telah berkahwin pada tahun 2008.


Ditanya tentang kebenaran khabar perceraiannya, Dynas, 31, bagaimanapun menafikan cerita yang digembar-gemburkan itu. Demi menjaga hati dua keluarga dan mertua, Dynas terus membiarkan gosip portal itu tidak menjawab sekali gus hampir mengiakan dia kini berstatus janda.

"Isu ini melibatkan seluruh keluarga saya. Saya hanya boleh jelaskan bahawa hubungan saya dan suami (Hafizy) masih dalam keadaan baik. Kami masih berhubung seperti biasa.

"Biarlah orang luar bercakap tentang kami, asalkan hubungan saya bersama keluarga dan anak-anak tidak terjejas," tegas bunyi kenyataan ibu kepada dua cahaya mata, Khyra Khalyssa, 5, dan Mohamed Haqaish, 2, itu.

Tambah Dynas, dia masih bersama dengan anak-anak dan suaminya pula masih menghubunginya.

"Isu ini sudah diperkatakan sejak empat tahun lalu lagi. Ketika mendengar gosip ini saya dan suami tersenyum dan berasa agak lucu.


DYNAS bersama dua orang anaknya, Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.


"Bagi saya apa yang berlaku di rumah biar kekal di rumah sahaja sebab seingat saya, semasa akad nikah dahulu, tok kadi sendiri ingatkan dan menasihatkan kami begitu," katanya cuba berselindung.

Menganggap cerita-cerita pergolakan perkahwinannya di internet sebagai mengarut, Dynas bagaimanapun tidak mahu melatah. Sebagai selebriti, dia sedar, rela atau tidak, dia harus berdepan situasi begitu.

"Saya lihat apa yang tersebar di internet itu mengarut tapi sebagai orang dalam industri, inilah realiti yang perlu saya harungi," katanya yang baru selesai menjayakan drama berjudul Silir Kasih Bela terbitan RTM.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved