Isnin, 7 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Festival musim menuai, bunga

Posted:

Festival musim menuai, bunga

Festival musim menuai, bunga

SAMBUTAN Festival Holi sangat sinonim dengan filem Bollywood. Satu-satu adegan yang terbayang di dalam fikiran ialah filem Hindustan atau Tamil seperti Waqt, Action Replay, Silsila, Deewana, Kati Patang dan filem Tamil seperti Nayagan yang mengetengahkan elemen festival itu dalam babak tertentu atau sebuah lagu.

Sebenarnya, ia bukanlah sekadar budaya dalam filem Bollywood tetapi sambutan yang benar-benar berlangsung dalam kemeriahan yang serupa seperti dalam sebuah filem.

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu di wilayah utara India pada bulan Phalguna (mengikut kalendar tempatan) atau awal bulan Mac bagi kalendar moden sempena musim menuai dan untuk mengalu-alukan musim bunga.

Holi dikaitkan dengan dua kisah Dewa Krishna yang bertindak membaling warna untuk tujuan berseronok sewaktu kecil dan sebagai menyambut kejayaan beliau menentang kejahatan.

Lazimnya, orang ramai atau masyarakat dari sesebuah kampung akan berkumpul di lokasi tertentu seperti kuil sebelum mereka melempar serbuk pewarna dan haruman kepada pengunjung.

Kehangatan festival ini turut dibawa ke Malaysia oleh pengurusan sebuah kuil di Kuala Lumpur iaitu Kuil Sree Laksmi Narayani Mandir di Jalan Kasipillai melalui Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sambutan yang dijenamakan sebagai Holi Fest itu mula diperkenalkan dua tahun lalu dan turut dipromosikan menerusi laman sosial facebook.

Bagaimanapun, festival ini sebenarnya telah lama disambut di Malaysia dalam kalangan penganut Hindu di kuil yang bermula sejak tahun 1919 iaitu sejak rumah ibadat itu didirikan.

"Ia sama seperti mana-mana perayaan agama Hindu. Cuma elemen Holi dilihat berkonsep festival.

"Orang ramai menabur warna-warni dengan penuh kegembiraan beserta harapan agar kehidupan direstui dengan warna-warna yang positif," kata Presiden Kuil Sree Laksmi Narayani Mandir, Nirmal Kumar.


FILEM Bollywood banyak menggunakan Festival Holi dalam adegan filem mereka.


Penyertaan

Menurut Nirmal, sejak dua tahun lalu, pihak pengurusan kuil bersetuju untuk membuka penyertaan kepada orang ramai tanpa mengira kaum dan agama.

"Menariknya, Festival Holi mendapat respons bukan sahaja daripada penganut Hindu tetapi menjadi tarikan budaya kepada kaum Melayu, Cina dan pelancong asing.

"Berdasarkan sambutan, kira-kira 3,000 pengunjung hadir memeriahkan festival ini, sekali gus ia berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancongan baharu ke negara kita," jelas Nirmal sambil menambah bahawa penyertaan dalam festival ini adalah percuma.

Bagaimanapun, orang ramai hanya dibenarkan membeli serbuk warna yang dijual pihak pengurusan kuil sahaja.

Seorang pengunjung, R.Bharathan, 27, memberitahu, dia pada mulanya beranggapan festival ini disambut secara kecil-kecilan dengan melibatkan elemen ritual seperti sembahyang.

Namun, tanggapannya meleset sebaik melangkah ke Jalan Kasipillay untuk menuju ke kuil.

"Jalan sangat sesak dengan kereta dan orang ramai sehingga kami terpaksa meletak kereta agak jauh. Saya tidak sangka ia disambut semeriah ini," kata Bharathan.

Dia yang mulanya berhajat bersembahyang untuk mengambil restu dewi kuil itu, Lakhsmi Narayani diikuti bermain Holi akhirnya berubah fikiran.

"Apabila melangkah ke kuil, orang terlalu ramai manakala serbuk warna pula sudah habis dijual. Namun, pengunjung lain tidak kisah berkongsi serbuk warna yang ada pada mereka.

"Saya dan tiga rakan lain diserbu pengunjung dan dilempar serbuk warna. Kami sempat mengambil beberapa keping gambar festival sebagai kenang-kenangan," ujarnya yang bersinglet hitam.


DI India, semua orang tanpa mengira status akan bermain Holi sebagai satu simbolik mendekatkan jurang dan saling bermesra.


Dalam pada itu, dua pelancong asing, Thomas George Maccabee, 22, dari United Kingdom dan Leifennie Asanuddin Ang, 22, dari Indonesia tidak dapat menyembunyikan rasa teruja menyambut Festival Holi.

"Semua orang menyerbu dan menabur serbuk warna pada wajah kami dan kami juga bertindak sebaliknya. Semua orang kelihatan dalam keadaan seronok dan saling bergembira,' kata Leifennie yang lahir di Melaka tetapi membesar dan menetap di Indonesia.

Pengalaman

Tambahnya, walaupun sambutan festival ini antara dua hingga tiga jam, tetapi dia begitu teruja menikmati iringan muzik tradisional India yang rancak.

Maccabee yang sedang mengikuti latihan amali di Majlis Kanser Negara turut berkongsi pengalaman menyambut festival ini di Nepal beberapa tahun lalu.

Bezanya, sambutan di Malaysia cukup meriah umpama pesta dengan gerai-gerai penjaja menjual makanan dan cenderamata. Di Nepal, festival ini hanya diraikan oleh kanak-kanak di kampung sahaja.

"Saya bersama anak-anak kampung bergerak dalam kumpulan kecil dari sebuah kampung ke satu kampung lain dan mengajak orang ramai menyertai Festival Holi," ujar lelaki yang wajahnya penuh dengan serbuk Holi.

Dia juga berharap untuk kembali ke Malaysia pada tahun hadapan untuk menyertai festival ini bersama rakan-rakan lain.

Sementara itu, seorang jurugambar video sebuah stesen televisyen tempatan, Zhafri Susardi, 22, berkata, sambutan kali ini lebih meriah manakala kehadiran pengunjungnya pula bertambah dua kali ganda.

Dia yang hadir bersama rakan sekerja, Norazmi Sharuddin, 26, memberitahu, ini adalah kali kedua mereka menyertai Festival Holi untuk tujuan rakaman.

"Ramai yang datang termasuk mereka yang bukan daripada kaum India kerana perasaan ingin tahu tentang festival ini," katanya.


KATERINA Perepelitsa dari Russia dan rakannya, Iryna Chermukuina dari Ukraine saling menyapu warna pada wajah masing-masing di Festival Holi di Kuala Lumpur.


Apabila didekati, Rohaida Zulkifli, 23, yang merupakan pelajar fotografi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pula memberitahu, dia datang merakam foto-foto untuk koleksi portfolio peribadinya.

Beliau antara ratusan jurugambar yang dilihat ligat berjalan-jalan merakam foto.

"Rakan senior yang pernah ke festival ini memberitahu, ia sangat menarik tetapi tak sangka pula jumlah pengunjung terlalu ramai hingga terpaksa bersesak.

"Festival Holi memang menjadi lokasi sesuai untuk merakam pelbagai sudut foto yang menarik," ujarnya sambil membungkus kemas kameranya dengan plastik untuk mengelakkan dicemari dengan serbuk yang berwarna-warni.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Komuniti Orissa di Jempol sambut pesta warna

Posted:

Komuniti Orissa di Jempol sambut pesta warna

Komuniti Orissa di Jempol sambut pesta warna

SEBAHAGIAN daripada 200 masyarakat India komuniti Orissa menabur serbuk warna semasa meraikan sambutan festival warna di Taman Bahau, Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini.


RAI. Kira-kira 200 masyarakat India dari komuniti Orissa meraikan sambutan festival warna di Taman Bahau dekat Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Orissa Jempol, S.Sudhiro berkata, acara tahunan itu diadakan untuk merapatkan hubungan sesama komuniti Orissa.

"Pelbagai warna digunakan semasa festival berlangsung dan masyarakat India percayai warna-warna ini dapat mengurangkan penyakit seseorang.

"Acara ini biasanya diadakan pada bulan Mac dan diraikan selama sebulan," katanya.

Karnival Kerjaya 2014 untuk warga Sungai Petani

Posted:

Karnival Kerjaya 2014 untuk warga Sungai Petani

Karnival Kerjaya 2014 untuk warga Sungai Petani


MOHD. ASRI (tengah) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang pengunjung semasa merasmikan Karnival Kerjaya 2014 di SMK Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


KARNIVAL. Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani menganjurkan Karnival Kerjaya 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Mashitoh Mohamad Yusof berkata, sebanyak 21 agensi pekerjaan khususnya di sekitar Kedah dan Pulau Pinang telah menjayakan karnival itu.

"Program yang julung kali diadakan di daerah ini bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mencari pekerjaan bersesuaian untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi," katanya.

Turut hadir ke program itu Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Mohd. Asri Abd. Wahab.

Syabas bantu tiga keluarga susah

Posted:

Syabas bantu tiga keluarga susah

Syabas bantu tiga keluarga susah


HASIMAH (kanan) menyampaikan bantuan kepada Embun Jaafar (tengah) pada program Pemberian Air Percuma Tabung Budi di Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini.


BANTUAN. Tiga keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan Tabung Budi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini.

Pengurus Seksyen Tabung Budi Syabas, Hasimah Che Mat Din berkata, mereka ialah Embun Jaafar, 77, Che Liah Mohammad Ariff, 74 dan Salmiah Mat Isa, 39.

Katanya, sebelum ini, bekalan air bersih di kediaman ketiga-tiga penerima itu telah dipotong pada sekitar bulan Februari lalu apabila masing-masing gagal menjelaskan tunggakan sekitar RM111.60 hingga RM411.52.

"Selain menerima penyambungan semula bekalan air bersih, tunggakan bil air, caj penyambungan semula dan bil air bulanan mereka dalam tempoh enam bulan juga akan dilunaskan oleh Tabung Budi," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ocean Shield kesan dua isyarat

Posted:

Ocean Shield kesan dua isyarat

Ocean Shield kesan dua isyarat

KELIHATAN gambar kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success yang diambil dari kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Lekiu ketika operasi di Lautan Hindi semalam.


PERTH - Sebuah kapal Australia yang melakukan pencarian pesawat Malaysia yang hilang di selatan Lautan Hindi mengesan dua kali isyarat denyut pada malam Ahad lalu, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di sini pada malam Ahad lalu.

Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, isyarat pertama yang dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield merekodkan isyarat selama dua jam dan 20 minit dan isyarat kedua selama 13 minit.

"Dipercayai isyarat itu datang dari dua sumber iaitu perakam data pesawat serta perakam suara kokpit dan ia adalah petunjuk yang memberi harapan baharu," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penyakit jantung pembunuh utama

Posted:

Penyakit jantung pembunuh utama

Penyakit jantung pembunuh utama

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
berita@kosmo.com.my

RAWATAN awal bagi mengesan penyakit jantung amat penting bagi mengelak serangan mengejut. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pekerja yang obses bekerja lebih masa sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta wajar berhati-hati kerana mereka dikenal pasti sebagai golongan paling mudah terdedah kepada penyakit jantung yang membawa maut.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana di Kota Damansara, Selangor, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, mereka yang bekerja lebih masa berdepan tekanan dan berakhir dengan stres yang mengganggu sistem peredaran darah ke jantung.

Beliau berkata, keadaan akan menjadi lebih buruk apabila stres menyebabkan seseorang tidak mengambil peduli jenis makanan yang diambil.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Projek kereta api laju siap 2020

Posted:

Projek kereta api laju siap 2020

Projek kereta api laju siap 2020

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura optimis pembinaan sistem kereta api laju Malaysia-Singapura (HSR) akan siap sepenuhnya menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun sasaran untuk menyiapkan HSR merupakan sesuatu yang mencabar tetapi jadual projek itu tidak akan diubah pada masa ini.

Beliau berkata, kedua-dua negara menyokong kuat pelaksanaan projek itu dan kumpulan kerja HSR digesa bekerja keras untuk memenuhi sasaran jadual pembinaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Batu nisan di Lamreh bukti tamadun Islam

Posted:

Batu nisan di Lamreh bukti tamadun Islam

Batu nisan di Lamreh bukti tamadun Islam

Oleh MARZIANA MOHAMED ALIAS

PENEMUAN tapak Paleolitik di Bukit Bunuh dekat Kota Tampan, Perak antara bukti kejayaan arkeologi USM.


EKSKAVASI arkeologi penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), Universitas Syiah Kuala (UNSyiah) dan Universitas Sumatera Utara (USU) berjaya menemui bukti terbaharu kehadiran Islam di rantau ini.

Ia hasil penemuan batu nisan di Kampung Lamreh, Aceh Besar, Indonesia yang mendedahkan tarikh 200 tahun lebih awal berbanding Makam Malik Al-Saleh di Pasai pada kurun ke-11 Masihi.

Penemuan ini membetulkan sejarah awal Islam Nusantara berdasarkan bukti batu nisan bertulisan Arab ini yang dikatakan dimakamkan pada hari Jumaat 22 Safar 398 Hijrah.

Penyelidikan tersebut diketuai Pengarah Pusat Arkeologi Global (PPAG) USM, Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin Mokhtar bersama-sama bekas pelajarnya dari USU dan UNSyiah pada tahun 2009.

Kedua-dua penyelidik tersebut adalah Ketua Pusat Penelitian Ilmu Sosial dan Budaya UNsyiah, Dr. Husaini Ibrahim dan Ketua Jurusan Sejarah USU, Dr. Suprayitno M. Hum.

Arkeologi Islam

Batu nisan ini pertama kali dipamerkan dalam Pameran Arkeologi Islam Asia Tenggara yang berlangsung di universiti itu baru-baru ini.

Mokhtar memberitahu, penemuan itu sangat penting dalam melihat sejarah awal Islam sehingga kini termasuk kemungkinan adanya hubung kait dengan tamadun di Semenanjung Tanah Melayu.

"Selama ini, pihak-pihak luar mendakwa kedudukan tamadun Islam terbelakang atau hampir sama usianya dengan tamadun-tamadun lain.

"Oleh itu, penemuan baharu ini memberi implikasi amat besar kepada penulisan sejarah Islam rantau ini," kata beliau.

Kejayaan ini juga adalah hasil daripada persefahaman yang dimeterai antara USM dan USU dalam kajian arkeologi Islam membolehkan penyelidikan yang lebih tersusun dan mantap.

Aceh dan Medan di Indonesia dikatakan mempunyai banyak bukti tentang arkeologi Islam yang tidak pernah dikaji sebelum ini melibatkan pelbagai bidang kemahiran arkeologi.

Ia membolehkan penulisan semula beberapa aspek 'Arkeologi Islam Nusantara' agar lebih jelas.

USM sebenarnya telah mendahului dalam bidang penyelidikan arkeologi Islam bermula tahun 2010 dengan Indonesia dan Pakistan yang menekankan kepada aspek penyelidikan saintifik.

BATU nisan bertulisan Arab bertarikh 22 Safar 398 Hijrah ini menjadi bukti terbaharu tamadun Islam di rantau ini.


Susulan kejayaan di Acheh, USM akan menghantar penyelidiknya ke Pakistan bulan depan bagi melaksanakan kerja-kerja ekskavasi di Gandhara Kashmir Smast di Peshawar, Pakistan.

Tapak sejarah yang terletak di utara Pakistan itu amat penting selain merupakan laluan perjalanan barat dan timur.

Kerajaan Gandhara yang wujud sekitar abad pertama Masihi merupakan pusat kebudayaan Buddha yang masyhur di bawah pemerintahan Raja Kushan.

Dengan ketinggian sekitar 1,200 hingga 2,000 meter dari paras laut, tapak arkeologi tersebut kaya dengan khazanah tamadun manusia.

Tapak Gandhara menjanjikan pulangan yang cukup tinggi dalam pembangunan ilmu serta penghasilan penerbitan berkualiti untuk dimuatkan dalam jurnal terkemuka dunia.

Tapak Ghandara

"Kepercayaan Pakistan terhadap kredibiliti PPAG turut menjadi penanda aras bahawa kepakaran kita sangat diiktiraf," ujar Mokhtar.

Namun jelasnya, pasukan mereka akan diberikan perlindungan maksimum di sana.

Katanya, pihak Barat turut mengetahui bahawa tapak di Gandhara adalah lubuk arkeologi yang menyimpan khazanah dunia.

"Bukan calang-calang negara yang dibenarkan berada di sana, inikan pula diberi kebenaran khas membuat penyelidikan penting di tapak yang menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk Barat.

"Ekskavasi ini melalui kerjasama dengan Universiti Peshawar dan antara yang diberi tumpuan adalah mengumpul bukti-bukti prasejarah dan sejarah awal lokasi tersebut.

"Gandhara turut memberi peluang PPAG melahirkan modal insan terlatih dalam bidang arkeologi di samping membuka ruang lebih besar dalam aspek kajian saintifik," tambah beliau.

Sajian mewah Tanzini Upperdeck

Posted:

Sajian mewah Tanzini Upperdeck

Sajian mewah Tanzini Upperdeck


VALRHONA pencuci mulut yang enak untuk dicuba.


TERLETAK di tingkat 28, Hotel G Tower, Jalan Tun Razak berlatarkan pemandangan bandar raya metropolitan Kuala Lumpur, restoran Tanzini Upperdeck ternyata memberikan pengalaman gastronomi yang indah.

Lebih menarik, restoran tersebut kini menawarkan pelbagai menu baharu hasil tangan Cef Selebriti Eksekutif, Johnny Fua dan Cef Kanan Sous, Eugene Lee.

Antara menu baharu yang ditawarkan ialah Tougue N Cheeks. Ia adalah hidangan daging lembu wagyu yang dipanggang bersama hidangan sampingan lain iaitu lobak putih dan ceviche oren. Ceviche merupakan menu makanan laut popular yang terdiri daripada ikan mentah yang diperahkan jus sitrus seperti lemon atau limau.

Menu utama lain yang disediakan termasuklah daging, ikan kerapu bersama sos campuran terung, bawang, tomato yang dimasak selama enam jam. Hidangan ini turut dilengkapi dengan kacang hijau.

Pelanggan juga boleh menikmati confit burung puyuh bersama kentang kestrel, kulit tembikai dan sos, kekapis Hokkaido bersama udang galah dan stu kulat liar. Confit ialah makanan yang dimasak dengan minyak atau sirap.

Variasi itik

Ia diikuti isi kaki ketam yang disaluti cappellini iaitu pasta halus seperti rambut bersama hidangan tempatan otak-otak dan hati itik. Ketam yang diimport dari Perancis bersama cappellini membuka selera apabila digabungkan dengan otak-otak yang menggunakan hati itik untuk memberikan sentuhan serba baharu.

Chef Eugene Lee memberitahu, "Kedua-dua hidangan ini mempunyai tekstur dan rasa yang sangat berbeza."

KESEMUA hidangan kreatif Tanzini Upperdeck dihasilkan Johnny (duduk) dan Eugene (berdiri).


Variasi itik bersama lobak merah dengan sos Jepun menyerlahkan rasa krim lobak merah dengan perisa kari. Kepingan daging itik seperti bakon, daging itu masak berkiub dan daging itik bergaram menambahkan selera.

Ayam Capon en Croute yang dimampat sebelum dimasak dan dimampatkan semula sebelum ditekap ke dalam bingkai pastri. Lebih enak, ramuannya dicampurkan kiub keju cheddar, epal dan pesto edamame yang diperbuat daripada soya hijau Jepun.

Menu makan malam itu dilengkapi pencuci mulut yang disediakan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah masakan yang rumit.

Mousse coklat dan coklat gelap pahit Valrhona manjari bersama kuning telur dan sirap gula merupakan pencuci mulut yang luar biasa. Penyediaannya yang menggunakan tekanan cecair nitrogen menjadikan ais krim lebih ringan dan berbuih.

"Kami sarankan anda makan segera kerana tekstur ais krim mudah cair. Ia melibatkan kerja penyediaan yang rumit, tetapi saya pasti ia berbaloi," kata-kata Eugene.

Ubi keladi bersama beberapa pilihan perisa ais krim perisa limau purut, kepingan kelapa, butir jeli bulat dan sos buah berangan antara pencuci mulut yang harus dicuba. - NIZHA PERIASWAMY

Mengukuhkan pertahanan Wilayah Timur

Posted:

Mengukuhkan pertahanan Wilayah Timur

Mengukuhkan pertahanan Wilayah Timur

Oleh ZAKI SALLEH


ANGGOTA tentera berkawaldi jeti Pulau Berhala, Sandakan, Sabah bagi memastikan keselamatan pulau itu daripada dicerobohi pengganas dan pendatang haram.


PENUBUHAN Markas Pemerintahan Wilayah Timur Tentera Darat (Mks Wil Timur) yang berpengkalan di Kuching, Sarawak bertujuan memperkasakan kesiapsiagaan Tentera Darat di negeri berkenaan dan Sabah.

Markas ini menaungi dua ketumbukan utama iaitu Divisyen Pertama Infantri (1 Div) di Kuching dan sebuah divisyen baharu, iaitu Divisyen Ke-5 Infantri (5 Div) di Sabah.

Bagi tujuan itu juga, dua pasukan baharu akan diwujudkan di wilayah ini termasuk Briged Sempadan bagi mengawasi sempadan daratan kedua-dua negeri yang panjangnya kira-kira 2,000 kilometer.

Ketika ini Tentera Darat mempunyai empat buah divisyen infantri mengikut sektor tanggungjawab iaitu 1 Div, 2 Div (wilayah utara dan pantai timur Sememanjung), 3 Div (wilayah selatan) dan 4 Div (wilayah tengah).

Penubuhan Mks Wil Timur telah disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohammed Affandi Raja Mohammed Nor di padang kawad Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak pada 31 Mac lalu.

Panglima Medan Tentera Darat (PMTD), Leftenan Datuk Jeneral Zulkifle Kassim menyerahkan kawasan tanggungjawab Sabah dan Sarawak kepada Panglima Mks Wil Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Ia disusuli upacara menurunkan bendera PMTD, penyerahan bendera Pemerintahan Wil Timur, tongkat kuasa dan direktif tugas.

Mks Wil Timur telah ditubuhkan pada 1 Mac lalu bersama sebuah pasukan bertindak iaitu Task Force 450 (TF 450).

Pasukan bertindak ini adalah nukleus bagi penubuhan 5 Div di Kota Kinabalu, Sabah yang diketuai Brigadier Jeneral Datuk Ramjit Singh yang juga Panglima Briged Kelima Infantri.

Esscom

Pembesaran Tentera Darat ini adalah tambahan daripada pembentukan Pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang ditubuhkan April tahun lalu berikutan insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Zon tanggungjawab Esscom meliputi kawasan sepanjang 1,733 kilometer dan keluasannya sekitar 100,000 km persegi termasuk 486 buah pulau.

Sekurang-kurangnya dua batalion infantri Tentera Darat ditugaskan mengikut giliran di kawasan tanggungjawab Esscom pada satu-satu masa.

ANGGOTA tentera bersiap siaga menjaga keselamatan di perairan Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.


Sebelum ini, 1 Div merupakan pasukan induk di wilayah Timur dengan tiga buah briged infantri iaitu Briged Ke-3 di Kuching, Briged Ke-5 (Kota Kinabalu) dan Briged Ke-9 (Sibu).

Sebuah pemerintahan iaitu Pasukan Angkatan Bersama II (PAB II) pula diwujudkan pada tahun 2000 bagi mengawasi perairan pantai timur Sabah berikutan insiden penculikan oleh kumpulan pemisah Abu Sayyaf di Pulau Sipadan.

Di samping itu, PDRM menerusi Pasukan Gerakan Am pula mempunyai dua buah briged infantri di wilayah timur iaitu Briged Sarawak dan Briged Sabah dengan kekuatan tujuh batalion.

Jika mengikut perkiraan biasa, pembesaran ini sudah pasti melibatkan pertambahan aset-aset tempur mengikut keperluan sesebuah divisyen infantri.

Antaranya pasukan artileri, armor, jurutera medan dan sekurang-kurangnya sebuah detasmen daripada Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) serta logistik.

Selaras

Bagaimanapun, keperluan unit-unit organik ini boleh diselaraskan daripada aset-aset sedia ada mengikut penggunaan dalam operasi tertentu.

Sementara itu, Raja Mohammed Affandi berkata, penubuhan Mks Wil Timur adalah hasil langsung daripada insiden pencerobohan Lahad Datu awal tahun lalu.

Menurut beliau, ia juga sejajar dengan penyusunan kekuatan Tentera Darat agar selari mengikut keperluan pertahanan negara.

"Serangan di Lahad Datu memperlihatkan wujudnya sebuah markas pemerintahan medan di wilayah timur bagi memudahkan tugas dan koordinasi setelah mengambil kira kedudukan geografi.

"Namun begitu, ini bukanlah perancangan tergesa-gesa sebaliknya dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut jumlah perbelanjaan tertentu tanpa berkompromi dalam soal kesiapsiagaan," ujarnya.

Apa yang pasti, penubuhan markas pemerintahan baharu tersebut bakal menggandakan kekuatan Tentera Darat yang ketika ini dianggarkan berjumlah kira-kira 80,000 anggota.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Dunia fesyen berkembang pesat

Posted:

Dunia fesyen berkembang pesat

Dunia fesyen berkembang pesat

Oleh NIZHA PERIASWAMY

PERKEMBANGAN pesat industri fesyen dunia tidak boleh disangkal. Namun, apa yang paling banyak membantu perkembangan positif ini ialah sokongan daripada pelbagai sudut teknologi misalnya gajet, peralatan moden dan rangkaian perkhidmatan seperti internet yang membantu menyemarak dunia fesyen.

Penggunaan fabrik dan tekstil dalam industri pengeluaran dan pembuatan pakaian membawa kepada kemajuan perindustrian fesyen. Ini khususnya di negara-negara membangun yang sarat dengan kemajuan teknologi untuk fesyen. Tidak ketinggalan negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia sendiri yang banyak gunakan kemudahan teknologi dalam pembangunan dunia fesyen.

Pengarah urusan Skyye.com, Joanna Soh yang menjalankan jualan dalam talian membabitkan produk jenama mewah dan terpilih berkata, pembangunan teknologi khususnya penggunaan internet telah memberi impak yang positif kepada dunia fesyen.

"Generasi baharu banyak melakukan pembelian dalam talian kerana ia mudah dilakukan. Di Skyye.com, anda boleh memperoleh apa sahaja barangan berjenama yang tidak terdapat di dalam negara ini," katanya.

Dalam industri tekstil turut menggunakan mesin-mesin canggih dan berkelajuan tinggi. Ia membolehkan produktiviti pengeluaran pakaian dipertingkatkan dengan kos yang efektif.

Penggunaan teknologi-teknologi baharu ini juga memberi impak sosial yang mendalam bukan sahaja kepada para pekerja dan peserta fesyen yang terlibat tetapi juga kepada kilang pembuatan pengeluaran pakaian. Kemahiran, pengurusan dan keperluan latihan organisasi pula menerima tempias negatif daripada perkembangan teknologi yang memberi kesan kepada pembangunan modal insan.

Teknologi seperti CAD, CAM, pengurusan pembuatan dan sistem teknologi maklumat dilihat berupaya tinggi dan memudahkan berlakunya perubahan dalam fesyen wanita dan industri tekstil negara mahupun global. Melalui peningkatan produktiviti oleh peserta fesyen dan dengan mengurangkan kos pembuatan keseluruhan, industri pakaian mula dipandang sebagai satu industri berkeperluan di negara berasaskan perindustrian.

PENINGKATAN teknologi dalam industri tekstil banyak membantu memudahkan kerja-kerja penghasilan pakaian.


Fleksibel

Pembangunan teknologi menggalakkan automasi pengeluaran pakaian dan dalam industri mesin jahit misalnya, teknologi menawarkan pelbagai kaedah fleksibel untuk menyesuaikan diri dengan gaya berubah, kain dan saiz.

Justeru, ia juga menggalakkan dan memungkinkan wujudnya beberapa keputusan penting dalam pembangunan dalam penilaian kain untuk industri fesyen ini. Walau bagaimanapun, masih terdapat halangan yang dikesan dalam automasi kain jahitan.

Pencarian daya saing yang lebih efektif meningkatkan kewujudan kaedah baharu dalam bidang reka bentuk, kualiti dan perkhidmatan selain memberi lebih fleksibiliti motivasi kepada pekerja.

Selain daripada kos dan akses yang lebih besar, terdapat kesan keseluruhan kepada teknologi pakaian syarikat-syarikat besar yang menguatkan daya saing di antara mereka tetapi dengan mengorbankan firma kecil dan sederhana.

Apa pun, teknologi baharu membawa perubahan yang ketara dan meningkatkan ekonomi pembuatan pakaian dan organisasi. Tugas seperti mereka bentuk, memotong dan membuat penanda boleh dikendalikan menggunakan peralatan yang paling moden dan canggih.

Bagi pakaian yang berasaskan bulu sebagai contoh, tugas memotong material itu boleh disepadukan secara langsung ke dalam proses kawalan kualiti kain. Operasi menjahit dan yang berkaitan dengannya dirangka dalam unit-unit kecil yang dikenali sebagai unit satelit dan ditawarkan kepada buruh yang menyediakan kos pilihan mereka.

PENCETAK F-Series baharu daripada Epson menyediakan warna-warna yang terbaik.


Pengusaha pasaran teknologi industri pakaian turut menyenaraikan kepentingan besar dalam bidang reka bentuk, inovatif fabrik, maklum balas cepat, kualiti dan fleksibiliti. Usaha peruncitan lebih tertumpu di pasaran fesyen global. Pemborong besar pula melibatkan diri mereka dalam menjalin hubungan dengan pembekal untuk pembelian terus kain, serat dan benang.

Bagi seorang bloger fesyen dan penulis kecantikan, J. Q. Lee, 24, memberitahu, pembangunan teknologi dalam fesyen sangat ketara pada masa kini dan ia juga membuka ruang untuk kewujudan pasaran. Dia juga menyentuh tentang perniagaan dalam talian khususnya blogshop mengakui ia lebih mudah mencapai pelanggan.

"Pelbagai kegunaan perisian dan peranti yang membantu pereka fesyen, penggunaan cetak digital pada baju-baju kita sudah menjadi trend. Malah kegilaan orang muda seperti kami menggunakan pakaian bercetak digital salah satu bukti kebangkitan pengaruh teknologi dalam fesyen," kata Kathryn Rao, 22, seorang penulis fesyen majalah dalam talian pula.

Inuendo seni warisan Rom

Posted:

Inuendo seni warisan Rom

Inuendo seni warisan Rom

JAKET blouson ini dihasilkan menerusi teknik tenunan tangan menggunakan fabrik sued berkualiti tinggi.


SISI tersembunyi warisan kesenian agung tamadun Rom dapat dilihat di dalam setiap helaian koleksi musim bunga/panas 2014 Brioni.

Jenama dari Itali itu turut meminjam tarikan perlambangan dan gaya sempurna daripada filem-filem era 1950-an yang kebanyakannya dipelopori legenda seperti Luchino Visconti dan Helmut Berger.

Laman melengkung Akademi Kesenian Brera di Milan menjadi lokasi utama bagi promosi sulung koleksi baharu Brioni itu. Pengarah kreatif Brioni, Brendan Mullane turut menjadikan beberapa mercu tanda Rom seperti Muzium Vatican dan Pantheon sebagai medium penterjemahan rekaan kali ini.

Revolusi

Helaian jejaka Brioni tersebut ditampil segak menerusi garis-garis grafik, lapisan elegan reka bentuk geometri dan disempurnakan palet kelabu keluli, biru pudar dan merah jambu moody.

Sebagai rekaan berevolusi susulan musim luruh, koleksi terbaharu itu menggabungkan kekemasan, ciri memikat dan menepati keinginan segak lelaki kontemporari.

Siluetnya sempurna untuk penggayaan sepanjang hari dengan penekanan diberi kepada tali leher bermotif grafik petak. Ia merupakan gaya kitaran Brioni namun kali ini turut diadaptasi kepada sut potongan langsing (slim), baju hujan dan jaket sukan.

Variasi material terdiri daripada tenunan mesin Jacquard atau tenunan tangan menggunakan sued berkualiti tinggi bagi menghasilkan jaket blouson dan still. Kombinasi antara sutera kapas kait yang merupakan teknik tradisional Brioni juga dikembalikan dalam pembuatan baju panas.

Kerjasama bersama pereka hiasan rumah, Fredrikson Stallard sempena koleksi baharu ini turut menyaksikan barisan aksesori berkualiti tinggi. Pin tali leher, bar dan kafling bersalut rona kuning keemasan sekali lagi menjanjikan padanan ideal bersama rona kontra kemeja putih.

Selain itu, beg fungsional untuk individu yang kerap bertugas di luar dan beg jinjit (tote) dilatari mewah kulit rusa, lembu dan sued serta dipadankan bersama fabrik berkotak.

Sepatu Brioni melengkapkan keseluruhan stail dengan bayangan rona biru malam (blu notte), kelabu titanic dan bordeaux menerusi material kulit lembu, buaya dan sued.

Berlian rawat muka

Posted:

Berlian rawat muka

Berlian rawat muka

Oleh NIZHA PERIASWAMY


RAWATAN muka emas antara rawatan yang sesuai untuk semua jenis kulit.


EMAS, mutiara, berlian dan batu-batu gem, semuanya tidak boleh dipisahkan daripada wanita. Gelang emas, cincin berlian, subang mutiara dan kalungan batu gem yang eksotik, logam dan batu permata tidak hanya terhad bagi memenuhi keperluan aksesori fesyen seseorang.

Sebenarnya, emas, mutiara dan berlian sangat popular dalam dunia kecantikan apabila ia digunakan secara holistik dalam dunia rawatan kecantikan.

Pemilik salon Simran Beyond Beauty (SBB) yang berlokasi di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di Petaling Jaya, Gurjit Kaur, 40-an mengakui rawatan berlian sebagai pelengkap dan penyempurna kecantikan seseorang yang mahu mengekalkan awet muda dan kejelitaan berpanjangan.

"Penggunaan berlian dalam rawatan muka adalah satu bentuk rawatan mikro dermabrasi iaitu teknik menyental wajah secara manual untuk memberikan kulit yang lebih seri, menghilangkan kedutan halus dan meremajakan semula kulit wajah," ujar Gurjit.

Lazimnya, apabila bercakap mengenai pengunaan berlian dalam sesuatu rawatan khususnya rawatan kecantikan, ia bukan sepenuhnya tentang cara mencantikkan wajah sahaja. Malah, rawatan muka berlian membantu dalam keselarasan saliran limfa kulit tanpa mencalar dan menghidrat kulit. Ramai yang mengakui kesan dapat dilihat secara serta merta meskipun baru sekali melakukan rawatan.

Rawatan berlian membantu mereka yang tidak mempunyai warna kulit sekata, mengurangkan atau menghilangkan parut, menangani masalah liang roma yang besar dan mengurangkan garis-garis halus.


GURMIT menjalankan rawatan muka berlian menggunakan serbuk khas.


Tradisi kecantikan yang digunakan sejak abad berabad juga membuktikan berlian mempengaruhi tisu dalam badan manusia khususnya dalam penyingkiran toksin.

Ia membekalkan oksigen dan membersihkan kulit. Berlian juga berpotensi membangunkan sel-sel yang tidak aktif serta meningkatkan fungsi metabolik kulit.

Rawatan berlian yang digunakan dalam bentuk serbuk kristal berlian bagi melicinkan kulit akan meninggalkan kesan kulit yang lebih sekata, berkilauan dan berseri.

"Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk muka. Di SBB, kami menawarkan rawatan muka hanya selepas menganalisis wajah mereka mengikut kesesuaian," kata Gurjit yang juga bekas jururawat rawatan kecantikan.

Beroperasi sejak tahun 2011, SBB hanya menggunakan produk organik dan semula jadi tanpa penggunaan sebarang ammonia, paraben, kimia atai sintetik.

Antara rawatan yang paling popular di SBB ialah pengelupasan kimi, urutan terapi Swedish dan Shiatsu serta penyental badan organik SBB.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Selangor penanda aras Abu Bakarhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm PENGURUS Perak, Datuk Azhar Ahmad berharap magis akan berlaku apabila The Bos Gaurus menentang Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.Oleh SAHLIZAH MOHAMED<br>sahlizah.mohamed@kosmo.com.myIMBAS KEMBALI... Azhar (kanan) berbincang sesuatu dengan Abu Bakar (kiri) pada sesi pemilihan skuad Perak di Ipoh penghujung tahun lalu.http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0408/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Kelantan serang habis-habisanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm PENGENDALI Kelantan, Steve Darby akan menerapkan taktikal menyerang pada pertemuan 'hidup mati' berdepan wakil Myanmar, Yangon United dalam aksi Piala AFC 2014 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.Oleh YATIMIN ABDULLAH<br>sukan@kosmo.com.myTekad tambah koleksihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei menanam azam menambah koleksi kejuaraan pada kejohanan badminton berstatus Siri Super menjelang Terbuka Singapura 2014 yang membuka tirai hari ini.Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI<br>ikhsan.azmi@kosmo.com.myMILIK SAYA... Chong Wei menjulang trofi selepas menjuarai Terbuka India 2014 di New Delhi kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0408/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Nur Durriyah galas tugas ketua pasukan Malaysiahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei menanam azam menambah koleksi kejuaraan pada kejohanan badminton berstatus Siri Super menjelang Terbuka Singapura 2014 yang membuka tirai hari ini.Oleh SHANIKA ABDULLATIB<br>shanika.latib@kosmo.com.myTUNKU JAWAHIR (tiga dari kanan) memegang piala yang menjadi rebutan pada sidang media di Saujana Golf Country Club, Selangor semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0408/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Chelsea harap keajaibanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm LONDON - Chelsea berharap kejayaan pada kempen Liga Juara-Juara 2012 akan menjadi inspirasi untuk menghadapi Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi suku akhir kedua di Stamford Bridge awal pagi esok. Peluang Arsenal isi slot empat terbaik sukarhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm LIVERPOOL - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui peluang untuk menyambar slot automatik ke kempen Liga Juara-Juara musim depan tampak sukar selepas ditewaskan Everton 0-3 dalam aksi liga domestik di Goodison Park kelmarin.Hamilton, Rosberg bersaing sesama sendirihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm MANAMA - Pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg membuat pertarungan sengit pada Grand Prix (GP) Bahrain sekali gus mengembalikan kehangatan dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) itu.HAMILTON (kanan) dan Rosberg membuat perhitungan sengit pada GP Bahrain bagi meletakkan Mercedes sebagai pendahulu F1 musim ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0408/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MH370: Isyarat 'ping' terbaharu harap permudahkan siasatan polis

Posted:

MH370: Isyarat 'ping' terbaharu harap permudahkan siasatan polis

MH370: Isyarat 'ping' terbaharu harap permudahkan siasatan polis

07/04/2014 9:29pm

KOTA BHARU - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap isyarat "ping" yang dikesan di selatan Lautan Hindi akan membantu mempermudahkan siasatan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Khalid berkata, siasatan polis terhadap tragedi yang menimpa pesawat tersebut masih diteruskan dengan banyak lagi perkara yang perlu disiasat.

"Mudah-mudahan perkembangan terbaharu di mana kita dapat getaran "ping" itulah dia (MH370) dan akan memudahkan siasatan kita," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di sini, hari ini.

Menurut Khalid, setakat ini polis sudah merakamkan lebih 180 percakapan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat tersebut dan siasatan yang dijalankan adalah telus dan hasilnya akan diumumkan apabila sampai masanya. - Bernama

MH370: MAS akan pulih reputasi pasarannya lebih cepat

Posted:

MH370: MAS akan pulih reputasi pasarannya lebih cepat

MH370: MAS akan pulih reputasi pasarannya lebih cepat

07/04/2014 9:24pm

KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia (MAS) akan berusaha memulihkan reputasi pasarannya dalam tempoh lebih singkat berikutan tragedi kehilangan pesawatnya MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, biasanya syarikat penerbangan mengambil masa enam bulan untuk berbuat demikian ekoran tragedi tetapi MAS akan melakukannya dalam tempoh lebih singkat.

Ahmad Jauhari mengakui bahawa insiden malang itu menjejas imej syarikat penerbangan itu tetapi optimistik MAS akan dapat mengatasi keadaan itu dan terus bergerak ke hadapan.

"Kami ada banyak kerja. Jika anda perhatikan pengalaman syarikat penerbangan lain, mereka mengambil masa enam bulan untuk pulih daripada isu reputasi pasaran sebegini. Tetapi kita bercadang mengatasinya lebih cepat," katanya. - Bernama

Petronas lancar rangka kapal kemudahan LNG terapung pertama di dunia

Posted:

Petronas lancar rangka kapal kemudahan LNG terapung pertama di dunia

Petronas lancar rangka kapal kemudahan LNG terapung pertama di dunia

07/04/2014 9:14pm

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) melancarkan rangka kapal kemudahan gas asli cecair terapung (PFLNG 1) pertamanya di limbungan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME) di Okpo, Korea Selatan.

Kemudahan itu yang berukuran sepanjang 365 meter dijadualkan siap pada suku keempat 2015 dan akan menjadi kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung pertama beroperasi di dunia.

Naib Presiden Petronas yang juga Pengarah Teroka untuk Projek LNG Perniagaan Gas dan Tenaga Domestik, Datuk Abdullah Karim berkata, pelancaran rangka kapal itu merupakan satu pencapaian cemerlang memandangkan proses meletakkan lunas telah bermula pada 6 Januari tahun ini.

"Tambahan pula, projek itu juga telah mencapai lebih daripada 5.5 juta jumlah jam bekerja sejak projek itu bermula pada Mac 2012 tanpa berlaku insiden kerugian masa di tapak projek.

"Kami berharap pasukan projek terus memacu momentum ini untuk mencapai pencapaian kami yang komited, sejajar dengan pelan dan jangkaan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kapal PFLNG 1 yang turut dikenali sebagai PFLNG SATU, akan ditempatkan di lapangan gas Kanowit Malaysia, 180 kilometer di luar pantai Sarawak, dan akan menghasilkan 1.2 juta tan LNG setiap tahun. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Petunjuk paling memberi harapan

Posted:

Petunjuk paling memberi harapan

Petunjuk paling memberi harapan

DUA kru kapal HMAS Ocean Shield bersedia menurun alat pengesan kotak hitam, Towed Pinger Locator di Lautan Hindi dalam misi mencari pesawat MH370 kelmarin.


PERTH - Semua pesawat dan kapal yang terlibat dalam misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) telah dikerah ke satu lokasi di selatan Lautan Hindi di mana sebuah kapal milik China mengesan isyarat yang dipercayai dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, pihaknya mengambil serius dengan perkembangan terbaharu tersebut dan mengarahkan semua aset ke lokasi berkenaan.

"Hari ini (semalam) beberapa aset milik tentera udara Australia dihantar ke satu lokasi di Lautan Hindi di mana kapal Haixun 01 milik China mengesan isyarat dipercayai dari kotak hitam MH370.

"Dua buah kapal milik Australia, HMS Echo dan HMAS Ocean Shield juga diarahkan ke lokasi kapal Haixun 01 berada untuk membantu mengesan serta mengesahkan isyarat berkenaan," katanya di sini semalam.

Kapal Haixun 01 mengesan isyarat elektronik tersebut pada Jumaat lalu dan sekali lagi dikesan pada tengah hari kelmarin.

Sebuah pesawat China turut mengesan beberapa objek putih di satu lokasi kira-kira 90 kilometer dari isyarat dikesan.

Katanya, kapal HMAS Ocean Shield terpaksa menangguhkan pelayaran selepas mengesan satu isyarat serupa kira-kira 300 batu nautika dari lokasi kapal Haixun 01.

Kapal HMAS Ocean Shield dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam yang dikenali sebagai Towed Pinger Locator yang dipinjam dari tentera Amerika Syarikat.

"Buat masa ini kita masih belum menerima sebarang maklumat terperinci dari kapal HMAS Ocean Shield.

"Kapal HMAS Ocean Shield dilengkapi dengan peralatan yang paling canggih dan isyarat yang dikesan perlu disiasat," katanya.

Ujarnya, perkembangan terbaharu itu memberi petunjuk yang menggalakkan dan memberi sedikit harapan dalam misi mencari pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang serta anak kapal tersebut.

"Pasukan mencari berdepan kesukaran mengesan pesawat jenis Boeing 777-200 itu kerana beroperasi di lautan luas dan kawasan pencarian yang sangat besar.

"Sejak pesawat ini hilang kami hanya mempunyai sedikit petunjuk yang boleh mengecilkan kawasan carian," jelasnya.

Kata Houston, pihaknya memandang perkembangan terbaharu tersebut dengan sangat serius dan maklumat itu adalah petunjuk yang paling memberi harapan.

Menurutnya, kapal Haixun 01 mengesan isyarat ini di lokasi carian di mana pesawat tersebut dipercayai terhempas.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China.

Seramai 153 penumpang dalam pesawat itu ialah warga China.

Sebanyak 38 warga Malaysia menaiki pesawat itu. - AFP

Rasuah ditolak, beli undi diterima di Indonesia

Posted:

Rasuah ditolak, beli undi diterima di Indonesia

Rasuah ditolak, beli undi diterima di Indonesia

WEETABULA - Penduduk pulau terpencil Sumba di Indonesia gembira menerima hadiah ayam dan babi daripada beberapa calon pilihan raya yang mahu memancing undi.

Namun, hanya enam bulan lalu, dakwaan tentang gejala membeli undi yang berleluasa telah mencetuskan kekacauan berdarah di pulau itu.

Sebanyak 15 orang terkorban dengan kebanyakan mangsa ditetak dengan golok manakala 75 kediaman hangus dibakar selepas tersebar dakwaan bahawa seorang calon pilihan raya di barat daya Sumba merasuah Mahkamah Perlembagaan supaya mengisytiharkan dirinya sebagai ketua daerah.

Dalam pada itu, beberapa kaji selidik menjelang pilihan raya legislatif di Indonesia Rabu ini mendapati sifat jujur dan bebas daripada rasuah menjadi antara kualiti utama yang dicari dalam kalangan calon pilihan raya berkenaan.

Keputusan tersebut antara lain menunjukkan rakyat Indonesia bosan dan bimbang tentang gejala rasuah yang melanda negara itu.

Bagaimanapun, beberapa tinjauan sama mendapati berjuta-juta rakyat negara itu menerima seadanya perbuatan membeli undi.

"Ini satu paradoks. Orang ramai tidak melihat amalan membeli undi sebagai rasuah. Mereka tidak menganggap dengan menerima habuan daripada calon-calon pilihan raya, mereka sebenarnya menyumbang kepada amalan rasuah," kata pegawai Yayasan Asia di Indonesia, Sandra Hamid.

Satu kaji selidik oleh Yayasan Asia mendapati lebih 40 peratus pengundi Indonesia memilih untuk menerima wang tunai atau hadiah lain daripada calon pilihan raya manakala beberapa tinjauan lagi mendapati angka tersebut melebihi 50 peratus.

"Mereka (pengundi) melihat jumlah wang yang besar membabitkan kes rasuah berprofil tinggi, justeru, jika mereka melihat 50,000 rupiah (RM14.50) di depan mata, mereka berpendapat, tidak mengapa jika saya ambil wang tersebut," kata Sandra.

Pada satu perhimpunan politik di ibu kota Indonesia, Jakarta baru-baru ini, beribu-ribu penyokong Parti Golkar dibawa dengan menaiki bas ke lokasi rapat umum tersebut.

Golkar merupakan parti politik kedua terbesar di Indonesia.

Mereka diberi makan tengah hari percuma termasuk hidangan nasi ayam dan burger McDonald's serta menari tarian dangdut untuk memeriahkan rapat umum itu.

Kebanyakan penyokong Golkar itu mengaku mereka dijanjikan upah sebanyak 50,000 rupiah seorang apabila menaiki bas untuk pulang tetapi menganggap pemberian hadiah itu bukan sesuatu yang salah.

"Ini bukan amalan membeli undi, ia cuma duit minyak dan kopi," kata seorang penyokong parti itu, Djamiat Ibrahim. - AFP

Buku cukai gergasi seberat 7,000 kilogram

Posted:

Buku cukai gergasi seberat 7,000 kilogram

Buku cukai gergasi seberat 7,000 kilogram


BUKU panduan cukai ini memiliki berat 7,000kg dan setebal 41,266 halaman.


BRASILIA - Sebuah buku panduan cukai gergasi diterbitkan oleh seorang peguam di Brazil memiliki sebanyak 41,266 helai muka surat.

Berat buku tersebut pula menyamai seekor gajah dewasa sebanyak 7,000 kilogram(kg).

"Saya menerbitkan buku gergasi ini untuk menunjukkan kepada masyarakat betapa kita perlu mengatasi kerenah birokrasi dan memudahkan cukai kepada rakyat," kata peguam tersebut, Vinicios Leoncio.

"Kita memerlukan sistem percukaian baharu yang lebih mudah," tambahnya.

Firma di Brazil katanya meluangkan masa 2,600 jam setahun untuk menyelesaikan pelbagai cukai yang dikenakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hamil 10 minggu, naik empat kilogram

Posted:

Hamil 10 minggu, naik empat kilogram

Hamil 10 minggu, naik empat kilogram

DERAIAN hilai tawa kedengaran di hujung corong telefon saat temu bual dilakukan baru-baru ini bersama aktres jelita, Rozita Che Wan, 41, atau lebih mesra disapa dengan nama Che Ta.

Ironi, sejak hamil, isteri kepada Zain Saidin itu sukar sekali mengangkat telefon, apa lagi melakukan temu bual dengan pihak media.

"Mahu pergi sesi fotografi pun saya jadi tidak suka sebab saya rasa rimas. Saya rasa semua berbau busuk," katanya seraya mengaku tabiat itu tidak pernah hadir dalam dirinya sebelum dia hamil.

Bicara kami dilanjutkan. Daripada bicara tentang penjagaan waktu hamil sehingga kesediaannya untuk melahirkan secara normal selepas 16 tahun tidak berpengalaman berada di dalam dewan pembedahan. Paling menarik, usia Che Ta juga bukan lagi pucuk hijau, namun sudah meniti angka 41 tahun.

Bukan sesuatu yang janggal untuk wanita seusianya hamil lagi, namun mengenali Che Ta sejak mula menceburi bidang lakonan hingga hari ini, dia seorang yang amat menitikberatkan kecantikan bentuk tubuhnya.

Meskipun usia kandungan baru mencecah 10 minggu atau dua bulan lebih, berat badannya telah bertambah sebanyak empat kilogram, apatah lagi seleranya lebih berat untuk memakan nasi setiap hari.

"Saya sendiri terkejut berat badan naik dengan mendadak. Selera makan semakin bertambah dan saya sekarang sangat suka makan nasi daripada makanan Barat.

"Buat masa ini berat badan saya 54 kilogram. Jadi, saya sudah mula tinggalkan baju yang mengikut badan, sebaliknya pakai baju yang longgar dan selesa," ucapnya.


GAMBAR terkini pasangan Che Ta dan Zain yang dimuat naik dalam Instagram milik Che Ta yang kini hamil 10 minggu.


Ulas Che Ta, dia tidak kisah andai berat badannya semakin bertambah dan telah bersedia dengan perubahan bentuk tubuhnya.

"Memang saya mengaku saya seorang yang sangat mementingkan kecantikan tetapi apabila hamil, banyak perkara yang berubah terutama bentuk badan.

"Saya sudah bersedia dan tidak kisah dengan perubahan itu. Bagi saya, kehamilan dan perubahan badan sesuatu yang dilalui oleh setiap wanita. Paling penting selepas bersalin, saya akan menjaga pemakanan sebaik mungkin," tuturnya.

Ingin bersalin normal

Hamil pada usia 41 tahun merupakan satu anugerah yang terindah tetapi terdapat risiko besar yang harus ditanggung Che Ta kerana faktor usia.

Sedar akan risiko besar di depannya, ibu kepada Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, itu berharap dia dapat bersalin secara normal pada hujung Oktober depan.

"Sebenarnya saya seorang yang tidak tahan sakit. Ketika melahirkan dua orang anak sebelum ini saya menggunakan ubat tahan sakit epidural.

"Kehamilan kali ini saya belum mendapat sebarang nasihat daripada doktor kerana kandungan masih terlalu awal untuk berbincang soal proses bersalin. Jika boleh, saya mahu bersalin secara normal kerana proses penyembuhannya lebih cepat," katanya yang tidak kekok untuk memakan jamu semasa berpantang.

Tegas Che Ta, apabila memikirkan dia diberi peluang sekali lagi untuk merasai pengalaman hamil dan berpantang, terus dipanjatkan kesyukuran kepada Allah.


MACAM KAWAN... Dari kiri: Anak sulung Che Ta hasil perkahwinan terdahulu, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra bersamanya dan Zain.


Apatah lagi rezeki yang datang kepadanya dan Zain agak cepat, hanya selepas tiga bulan mereka bergelar suami isteri.

"Kami tidak pernah merancang ingin anak cepat atau lambat kerana semuanya adalah rezeki. Bagaimanapun, tidak sangka secepat ini. Apa pun orang yang teruja dengan kehamilan ini sudah pasti Zain kerana ini pengalaman pertamanya untuk bergelar bapa," kata Che Ta.

Bercakap tentang sikap terbukanya dan Zain dalam berkongsi berita gembira itu kepada peminat, jelas Che Ta, tidak menjadi suatu kesalahan untuk berkongsi berita gembira bersama orang lain.

"Orang tua kata tidak elok untuk umumkan kehamilan pada peringkat awal tetapi bagi saya apa salahnya berkongsi berita gembira.

"Sebenarnya Zain yang tidak sabar untuk umumkan berita saya sah hamil kerana dia terlalu gembira. Apa yang penting saya harus menjaga kesihatan diri dan berharap doa daripada semua orang agar proses kehamilan berjalan lancar," ujarnya yang telah memilih nama Aisyah Alia untuk anak perempuan dan Muhammad Ali untuk anak lelaki.

Buka syarikat produksi

Akui kakak kepada aktres Ayu Raudhah itu, dia cepat berasa letih sejak berbadan dua. Disebabkan itu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon terutama yang menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, itu bukan bermakna dia hanya berehat di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti, sebaliknya Che Ta masih sibuk dengan rakaman program

TERKENAL dengan susuk tubuh yang menarik, kata Rozita, dia sudah bersedia dengan perubahan susuk tubuh yang bakal dialami sepanjang hamil dan selepas bersalin nanti.


Primadona, perniagaan tudung di bawah jenama Padusi dan syarikat produksi Padusi Pictures.

"Zain suruh saya banyak berehat dan hanya duduk di rumah. Saya pula sudah biasa sibuk, jadi saya tidak boleh duduk diam tanpa bekerja. Walaupun kurangkan lakonan tetapi kerja yang lain masih berjalan seperti biasa," ujarnya.

Disoal mengapakah dia membuka syarikat produksi sendiri, jawab Che Ta, itu merupakan persediaan andai dia tidak lagi aktif berlakon pada masa hadapan.

"Zain tidak pernah halang saya untuk terus berlakon walaupun selepas saya bersalin. Namun, saya sendiri terfikir sampai bila saya larat untuk berlakon, usia pun bukannya makin muda.

"Jadi, perniagaan tudung dan syarikat produksi merupakan persediaan untuk saya. Duit yang saya dapat ketika berlakon, saya simpan sedikit demi sedikit untuk membuka syarikat produksi sendiri. Mungkin selepas ini saya hanya akan aktif di belakang tabir sahaja dan memberi fokus kepada keluarga," terangnya.

Adi Putra komen foto bertuala

Posted:

Adi Putra komen foto bertuala

Adi Putra komen foto bertuala

ADI PUTRA tidak bercadang untuk menarik diri daripada pementasan teater Islamik, Di Bawah Lindungan Kaabah.


KEMBALI bergema kisah sensasi pelakon popular Adi Putra apabila pada awal minggu lalu, sekeping foto pelakon sasa itu yang hanya memakai tuala tanpa berbaju telah tersebar di Internet.

Foto yang dipercayai dirakamkan secara bersendirian di hadapan cermin sebuah bilik mandi itu memaparkan Adi hanya menyarung sehelai tuala putih.

Apa yang menjadi isu, Adi bakal terbabit dengan pementasan teater Islamik, Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Justeru, penyebaran foto itu ketika Adi bakal terbabit dengan teater tersebut sudah pasti mengundang kontroversi.

Ketika ditemui pada majlis sidang akhbar teater tersebut di bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Kosmo! mendapatkan penjelasan Adi berhubung perkara itu. Ikuti temu bual tersebut.

Kosmo!: Selepas kes skandal dengan isteri orang, sekeping foto Adi tidak berbaju tersebar pula di internet. Apakah komen anda?

ADI PUTRA: Kadang-kadang manusia terlepas perkara yang kecil dan besar dan kita perlu bertanyakan pada diri sendiri bilakah kali terakhir Tuhan menampar kita? Perkara itu tidak menghalang saya untuk terus memberikan impak kepada pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah.

Kes sebelum ini sudah selesai tetapi masih ada lagi tindakan daripada pihak terbabit termasuk cuba mengaibkan Adi melalui penyebaran foto itu. Komen Adi?

Saya tidak mahu komen lanjut. Selagi Allah tidak menghalalkan sesuatu itu dan menyatakan itu salah saya, maka saya berpegang pada prinsip ini. Perkataan pendek yang boleh saya ungkapkan ialah bersabar.

Adi tidak marah apabila sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan sebegini?Tak marah pun, sebab saya terlalu kerdil untuk berbuat demikian. Kalau nak ikutkan marah, semua manusia ada sifat itu tapi fikir balik ke mana amarah itu membawa kita selanjutnya?

Adakah mungkin Adi akan mengambil tindakan lanjut?Saya akan meneruskan perjuangan dan perkara yang harus dilakukan ialah kenapa saya wujud sebagai seorang manusia? Tanggungjawab saya masih ada lagi dan itu yang perlu saya dahulukan, bukannya yang 'tepi-tepi' ini. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan.

Berdiam diri seperti mengiyakan kekhilafan itu. Komen Adi?Saya tidak kisah. Selagi Allah tidak menyalahkan saya, kenapa perlu saya takut kepada manusia. Bukan dia yang bagi saya makan atau membahagiakan saya. Saya akan ambil kisah apa orang cakap sekiranya ia menyentuh mengenai isteri saya, ibu saya dan Allah. Tapi kalau orang salahkan saya, saya tidak kisah.

Pernahkah terlintas untuk menarik diri daripada pementasan teater ini selepas timbul cerita-cerita kurang enak?

Buat apa tarik diri? Ini nafkah saya kepada anak dan isteri saya dan saya kena bekerja. Bukan disebabkan perkara ini saya harus berundur. Saya tidak kisah pun, mungkin dengan kontroversi ini panggung akan penuh.

Bagaimanakah Adi melihat kekuatan Aida sebagai isteri yang selama ini setia bersama walaupun pelbagai kontroversi tercetus?Dia membawa peranan, kefahaman dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Alhamdulillah, tiada sebarang konflik tercetus dan kekuatan saya adalah isteri saya.

Rumah tangga kami damai dan dia memahami sebenar-benarnya peranan isteri.- KHAIRUL AMRI HASSAN

Nabil cipta lagu untuk isteri

Posted:

Nabil cipta lagu untuk isteri

Nabil cipta lagu untuk isteri

Oleh IZWAN MOHD. ISA


NABIL dan Adelia saling kenal mengenali antara satu sama lain selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan.


HUJAN renyai yang membasahi pekarangan Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur pada hari Sabtu minggu lalu tidak membataskan majlis resepsi penyanyi Nabil Zamanhuri, 27, dan pasangannya, Adelia Citra Hapsari, 26, untuk terus berlangsung dengan penuh meriah.

Pasangan yang terlebih dahulu dinikahkan di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor itu kelihatan begitu berseri-seri tatkala berjalan masuk ke dalam ruang persandingan sambil diiringi oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat handai.

Sama cantik, sama padan, Nabil dan Adelia terus mengukir senyuman walaupun kerap kali diusik oleh pelakon Zulin Aziz selaku pengacara majlis pada malam tersebut. Sepanjang majlis tersebut berlangsung, jelas terpancar riak gembira pada wajah tenang kedua-dua mempelai itu.

Ketika berpeluang bertemu dengan pasangan tersebut sejurus selepas tamatnya majlis resepsi itu, Nabil dengan nada gembira memberitahu, dia berasa cukup teruja dan tidak sabar untuk memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang suami.

"Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi ini bersama isteri saya, Adelia.

"Sebagai individu yang sudah memiliki status baharu, saya tidak sabar untuk menanti hari esok bagi menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami. Ia pasti memberikan sebuah pengalaman baharu untuk diri saya," ujarnya sambil tersenyum.

Ketika ditanya mengenai keistimewaan yang ada pada isterinya, penyanyi yang mula melakar nama menerusi program nyanyian Mentor ini memberitahu, Adelia merupakan seorang wanita yang baik hati serta elok budi pekertinya.

Selain itu, wanita yang berasal dari Surabaya, Indonesia itu juga tidak pernah lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Sepanjang mengenalinya, Adelia banyak menonjolkan sifat-sifat positif yang ada pada seorang wanita. Selain daripada baik hati, dia juga gemar memberikan sedekah kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.

"Itu antara sifat yang ada pada diri Adelia yang membuatkan saya begitu tertarik dengannya," ujar Nabil.


SUASANA meriah pada majlis resepsi pasangan Nabil dan Adelia.


Cipta lagu

Dalam mengekspresikan rasa cintanya terhadap Adelia, Nabil turut menghadiahkan isterinya dengan sebuah lagu yang diciptanya sendiri. Lagu tanpa tajuk itu dipersembahkan bersama-sama rakannya sebelum acara memotong kek berlangsung.

"Pada asalnya, lagu ini merupakan lagu yang saya cipta pada masa senggang bersama rakan-rakan. Lirik yang terkandung dalam lagu demo juga bukan berkisar tentang kisah cinta kami berdua.

"Namun begitu, ketika menghadiri majlis raptai, saya terus terfikir untuk menyanyikan lagu ini sebagai kejutan untuk Adelia. Saya harap dia benar-benar terkejut," ujarnya sambil tertawa.

Selain Nabil, majlis resepsi itu turut diserikan dengan nyanyian rangkaian lagu-lagu berunsur keagamaan oleh Lah, bekas ahli kumpulan R&B terkenal, V.E.

Turut hadir memeriahkan majlis, penyanyi bersuara lantang yang juga mentornya, Nora, hadir bersama suami, Johan Nawawi serta anak-anak.

Masak untuk Nabil

Bagi Adelia, perkahwinannya dengan Nabil merupakan satu titik permulaan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Jelasnya, banyak perkara yang perlu dipelajarinya apabila telah bergelar isteri termasuklah memasak untuk suami yang tercinta.

"Saya sudah bergelar seorang isteri, jadi saya harus belajar memasak untuk Nabil," ujar Adelia sambil tersenyum. Adelia yang kini menetap di Kuala Lumpur bekerja sebagai ketua kompositor di syarikat penerbitan animasi, Animonsta Studio Sdn. Bhd. di Cyberjaya.

Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain sewaktu menuntut dalam jurusan Animasi Perfileman di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya.

Selepas tiga tahun bercinta, Nabil dan Adelia mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved