Sabtu, 5 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lambakan haiwan bertulang satu

Posted:

Lambakan haiwan bertulang satu

Lambakan haiwan bertulang satu

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB dan NOR IDAYU BOSRO

TATKALA laungan azan memecah kedinginan subuh, Abdul Talib Ahmad sudah bersiap-siap untuk turun ke laut.

Begitulah rutin harian nelayan berusia 43 tahun itu sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Bagi nelayan sepertinya, bulan Mac hingga Mei adalah bulan yang dinanti-nantikan para nelayan di Sabah.

Mana tidaknya, pada bulan itu, lautan dalam yang diterokai selama ini menghadirkan rezeki berganda buat mereka.

Ketika ini, berpuluh-puluh bot pukat tunda dan pukat jerut akan berlumba-lumba turun ke laut. Matlamat utama mereka adalah untuk menangkap sebanyak mungkin hasil laut terutama sotong.

Di Sabah, khususnya kawasan pantai barat meliputi pesisir pantai Kota Kinabalu sehingga ke Kudat, sotong akan mula membanjiri perairan bahagian itu dalam tempoh tiga bulan tersebut.

Lambakan haiwan lembut itu secara tidak langsung mewujudkan fenomena durian runtuh di pasar-pasar besar sekali gus memberi limpahan keuntungan kepada semua pihak.

Bermula dari pengusaha bot sehingga kepada nelayan, pemborong dan seterusnya peniaga serta pembeli akan merasai nikmat luar biasa hasil daripada lambakan sotong.

Ditemui kru Jurnal di Kota Kinabalu baru-baru ini, Abdul Talib mengakui pada kebiasaannya dia mampu menaikkan kira-kira 30 tan sotong hanya dalam tempoh semalaman berada di laut berbanding tiga tan pada hari biasa.

"Pada musim bulan terang inilah kami berpeluang meraih pendapatan lebih kerana purata hasil tangkapan yang berjaya dijual mampu mencecah RM50,000. Namun, keuntungan itu terpaksa ditolak dengan kos sewaan jeti selain bahan bakar yang digunakan setiap kali turun ke laut," jelasnya.

Bertutur lanjut, Abdul Talib memberitahu, pengusaha bot pukat tunda meraih tangkapan sotong di kawasan pesisir laut manakala bot pukat jerut lebih banyak beroperasi di laut daAlam.

"Pengusaha bot pukat jerut akan meraih lebih banyak hasil memandangkan mereka menggunakan peralatan yang lebih canggih," katanya.


HARGA sotong lebih murah ketika musim bulan terang iaitu dari Mac hingga Mei.


RM2 sekilogram

Sementara itu, seorang pemborong ikan, Chua Soi Tee, 60, berkata, kebiasaannya kesemua sotong berkenaan ditangkap di perairan laut negeri itu dengan menggunakan pukat tunda.

Menurutnya, ia melibatkan kedalaman sehingga 800 meter (m) kerana kawasan itu diibaratkan seperti 'kandang sotong'.

"Setiap sotong yang ditangkap akan diasingkan mengikut jenis dan saiznya sebelum dijual kepada pemborong atau peniaga kecil dengan harga berpatutan," katanya.

Ketika orang ramai di Semenanjung terpaksa berfikir dua kali untuk membeli sotong, pengguna di Kota Kinabalu pula hanya tersenyum apabila harga yang ditawarkan serendah RM2 sekilogram.

Harga ini jauh lebih murah berbanding harga pada hari biasa di kebanyakan negeri lain yang boleh mencecah RM20 sekilogram.

Bagi Abdul Razak Bandan, 44, pendapatan sehariannya meningkat sehingga dua kali ganda dengan penjualan sotong mencecah sehingga 200 kilogram (kg) berbanding hanya 100kg di luar musim sotong.

Katanya, ia berikutan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna terutama pengusaha restoran serta peniaga kecil di bazar makanan laut.

"Sotong antara makanan laut yang amat digemari dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara selain daripada ikan putih, ikan sebelah, ikan kerapu, udang galah dan ketam.

"Tambahan pula, sotong yang dijual di Pasar Besar Kota Kinabalu ini segar kerana jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pelabuhan," tuturnya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd. Sabri Amrazi, 18, memberitahu, sotong mampu bertahan dalam lingkungan dua hari sahaja.

Malah, sotong yang telah dikeluarkan untuk dijual tidak boleh dicampurkan dengan sotong segar kerana ia boleh menyebabkan jangkitan pada sotong baharu.

"Sotong segar biasanya tidak berbau dan memiliki 'badan' yang cerah serta lut cahaya seakan-akan kaca manakala yang sudah lama lebih keras dan warnanya juga semakin pudar dan pucat," jelasnya.

Bulan penuh

Beberapa teori disuarakan ekoran lambakan makanan laut tersebut, namun pandangan pakar lebih merujuk kepada musim bulan terang bagi menjelaskan punca kebanjiran sotong di perairan negeri tersebut.

"Sudah menjadi kebiasaan lambakan sotong akan berlaku di Sabah bermula bulan Mac hingga Mei. Pada musim bulan terang setiap tahun, nelayan di negeri ini akan dilimpahi dengan sotong, jadi mereka mula menawarkan harga rendah seperti sekarang," kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, sotong lebih mudah didapati selepas musim tengkujuh yang berlaku antara bulan Disember hingga Februari.


RIBUAN ikan tamban naik ke pesisir pantai Kampung Tabisan di Lahad Datu pada 23 Disember lalu menunjukkan kekayaan sumber laut Sabah.


Ini kerana angin monsun timur laut yang bertiup selepas musim itu iaitu pada bulan November hingga Mac setiap tahun membawa arus kuat dari perairan Vietnam yang subur terutamanya di sekitar muara Sungai Mekong.

"Air laut yang kaya dengan kandungan nutrien ini telah menggalakkan pertumbuhan fitoplankton yang menjadi sumber makanan haiwan akuatik.

"Keadaan ini boleh menggalakkan peningkatan produktiviti perikanan termasuk penghasilan sotong selepas musim tengkujuh," jelasnya.

Berbeza dengan Sabah, kawasan Pantai Timur khususnya di perairan negeri Terengganu, aktiviti mencandat sotong biasanya dilakukan pada bulan April hingga Ogos setiap tahun.

Lokasi-lokasi popular mencandat sotong di negeri itu termasuklah perairan Pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Kemaman, Marang dan Kuala Terengganu.

Menurut seorang pencandat sotong, Mohamad Abdullah, 57, aktiviti mencandat sotong biasanya pada bulan mengambang kerana ketika itu sotong gemar bermain dan lebih mudah untuk memakan umpan.

'Ketika bulan penuh, sotong bergerak bebas kerana tertarik dengan cahaya bulan," ujarnya.

Dikategorikan sebagai haiwan bertulang satu dalam kumpulan Teuthida, sotong dipercayai mempunyai kira-kira 300 spesies di seluruh dunia dan menjadi antara hidangan mewah dalam kelas hidupan laut.

Rasa sotong yang unik sesuai dimasak untuk hampir semua jenis hidangan baik dipanggang, digoreng, dikukus atau dibakar.

"Juadah sotong bakar, sotong goreng tepung, sambal dan kari sotong serta sotong kangkung adalah antara menu yang popular di negara ini.

"Di Kelantan dan Terengganu, hidangan ketupat sotong yang dimasak bersama beras pulut, santan kelapa dan gula merupakan menu signatur negeri itu," kata Ketua Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrim Ab. Karim.

Tambahnya, juadah menggunakan dakwat sotong yang berwarna hitam juga semakin mendapat tempat dalam gastronomi masyarakat tempatan.

"Dakwat hitam sotong tidak beracun dan boleh digunakan dalam masakan seperti lauk sotong masak hitam atau masak kicap.

"Ia akan memberikan aroma dan menambah kelazatan makanan," ujarnya sambil memberitahu, sotong hanya mengambil masa tiga hingga lima minit untuk masak secara sempurna dan teksturnya akan pantas berubah menjadi liat jika dibiarkan terlalu lama di atas api.

Bera jadi hub penternakan

Posted:

Bera jadi hub penternakan

Bera jadi hub penternakan

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


ISMAIL SABRI melihat demontrasi membuat makanan ternakan ruminan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemakanan Ternakan Ruminan di Pakar Simpang Kepayang, Bera, Pahang baru-baru ini.


POPULASI haiwan ternakan di Bera, Pahang kini mencecah hampir 40,000 ekor dengan lembu sebanyak 29,794 ekor, 5,700 ekor kambing dan 400 ekor kerbau.

Jumlah itu sekali gus berupaya menjadikan negeri itu sebagai pembekal utama daging di Malaysia suatu hari nanti.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasrat menjadikan Bera sebagai pusat ternakan haiwan terbesar di negeri itu perlu dikaji secara terperinci.

Antara faktor yang perlu diambil kira bagi merealisasikan matlamat itu ialah mengetahui luas kawasan, bilangan penternak dan populasi ternakan itu sendiri.

Sehubungan itu, ujar Ismail Sabri, Jabatan Veterinar negeri Pahang akan menjalankan kajian secara menyeluruh termasuk meneliti kos sebelum projek itu dilaksanakan.

"Kawasan Bera telah pun dikenal pasti sebagai pusat ternakan oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Sehingga kini Bera mempunyai 830 penternak lembu, 200 penternak kerbau dan 290 penternak kambing.

"Justeru, pihak Jabatan Veterinar perlu melihat cara untuk meningkatkan populasi haiwan ternakan dan penternak di Bera. Kawasan ini juga berpotensi menjadi pusat pengeluaran daging ruminan," katanya pada majlis penutup Kursus Pemakanan Ternakan Ruminan di Bera baru-baru ini.

Kursus tersebut dihadiri 85 peserta antara lain membincangkan mengenai sumber makanan tempatan dan pemakanan, Skim Pinjaman Agropreneur Muda dan terlibat dalam demonstrasi membuat makanan ternakan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihak Jabatan Veterinar akan menyediakan 10 mesin mengisar makanan haiwan ternakan untuk digunakan oleh penternak di daerah itu.

Jelas beliau, mesin yang berharga kira-kira RM3,000 sebuah itu akan memudahkan para penternak menghasilkan makanan untuk haiwan ternakan mereka.

"Kita faham penternak kini menghadapi banyak masalah terutama membabitkan kos makanannya yang begitu mahal pada ketika ini.

"Jadi dengan adanya mesin ini, setiap penternak boleh mengisar makanan sendiri menerusi sumber sedia ada seperti daun kelapa sawit.

"Ini pasti menjimatkan kos dan membantu penternak meningkatkan hasil pendapatan," katanya.

'Tak rugi cebur bidang pertanian'

Posted:

'Tak rugi cebur bidang pertanian'

'Tak rugi cebur bidang pertanian'

MOHD. SHUKRI (berdiri dua kiri) berbincang dengan pekerjanya di bot nelayan laut dalam miliknya yang baru pulang daripada menangkap ikan.


MODEL perniagaan berasaskan perkongsian dan kerjasama menjadi strategi Mohd. Shukri Mohd. Zahit, 31, untuk mengembangkan kerjayanya dalam industri perikanan dalam usia muda.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perikanan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini berpendapat, dalam industri perikanan, model tersebut begitu signifikan kerana pengusaha dan kakitangan bawahan mengamalkan konsep berganding bahu dan saling mempercayai antara satu sama lain.

"Dalam sistem perkongsian berasaskan keuntungan, masing-masing akan berkerja sebaik mungkin kerana hasil yang diperoleh akan dinikmati secara bersama," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ternyata, prinsip itu membuahkan kejayaan apabila Mohd. Shukri kini memiliki sebuah syarikat yang dikenali sebagai Skun Maju Enterprise yang boleh dibanggakan.

Syarikat itu antara lain memiliki beberapa peralatan seperti sebuah bot nelayan jenis pukat jaring kelas C0 (bagi aktiviti penangkapan ikan untuk jarak antara 15 batu sehingga 40 batu dari persisir pantai).

Selain itu, beliau turut mengusahakan beberapa buah bot pukat jaring, pukat tunda dan bot memancing yang dimiliki secara bersama dengan rakan-rakan yang lain yang berpangkalan di Kuantan, Pahang.

Inisiatif anak muda tidak terhenti setakat di situ sahaja. Mohd. Shukri menambah lagi portfolio kerjanya dengan menceburkan diri dalam industri pemasaran ikan segar di pasar-pasar borong utama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Beliau juga terlibat dalam perusahaan keropok lekor.

Anak muda ini galak bercerita tentang perusahaan keropok lekornya yang dijalankan secara perkongsian.

"Pada peringkat awal, saya hanya bertindak sebagai pembekal ikan segar kepada seorang pengusaha yang saya sapa sebagai Pak Lah, 60, yang memiliki kilang memproses keropok lekor di Permatang Badak, Kuantan.

"Mulanya Pak Lah mengambil sendiri bekalan ikan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan tempat kapal kami berlabuh untuk menurunkan ikan, kemudian apabila dia selesa berurusan dengan kami, kami membuat penghantaran ikan ke kilangnya.

"Baru-baru ini, dia menawarkan diri menjadi rakan kongsi saya dan kini kami sama-sama mengusahakan kilang tersebut yang berjaya menjana jualan purata RM5,000 sehari," katanya yang juga merupakan ahli Majlis Perunding Agropreneur Muda yang dipengerusikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengenai aktiviti pemasaran ikan pula, beliau akan memastikan hasil tangkapan dapat dijual pada harga yang baik, sepadan dengan usaha dan kos yang telah dibelanjakan.

Mengulas mengenai potensi bidang perikanan, Mohd. Shukri begitu optimis.

Jelas beliau, industri perikanan merupakan salah satu cabang pertanian yang perlu diceburi oleh golongan belia di negara ini.

"Tidak rugi kalau kita cebur bidang pertanian. Dalam situasi sekarang, tenaga mahir dalam ini makin berkurangan dan saya lihat masih ramai lagi yang bergantung kepada skil 'orang-orang lama'.

"Justeru, menerusi Unit Agropreneur Muda, kami berhasrat untuk mengikis persepsi negatif terhadap bidang pertanian. Kami juga tanpa jemu akan mengajak belia menceburi bidang ini dengan menawarkan pelbagai kemudahan dan insentif termasuk khidmat nasihat, pinjaman dan geran," ujar beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


KAFA pantau Darby

Posted:

KAFA pantau Darby

KAFA pantau Darby

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan prestasi semasa The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Mesyuarat tersebut akan membincangkan beberapa isu termasuklah prestasi jurulatih dan pemain The Red Warriors setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan peminat serta penyokong Kelantan yang mahukan ketua jurulatih, Steve Darby (gambar) melepaskan jawatan secara terhormat.

Kosmo! semalam melaporkan penyokong setia Kelantan sudah hilang sabar dengan percaturan Darby selepas Kelantan tewas besar 0-4 kepada kelab Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam aksi Kumpulan G Piala AFC 2014 di Stadium Ninh Binh, Vietnam, Rabu lalu.

Rosmadi memberitahu, pihaknya menerima positif setiap pandangan yang dilontarkan oleh penyokong-penyokong Kelantan terutama melibatkan skuad The Red Warriors.

Katanya, KAFA sudah berusaha sebaik mungkin dalam usaha memantapkan pasukan Kelantan bagi mengharungi saingan Liga M musim ini.

"Kita tidak boleh menghalang penyokong untuk memberikan pandangan kerana itu adalah hak mereka sebagai 'pemain ke-12' The Red Warriors.

"Pandangan yang diberikan oleh mereka itu akan kita kaji dan membuat penambahbaikan bagi memperkemas lagi pasukan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosmadi berkata, tindakan KAFA memperkenal pemain sayap lincah Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Nor pada sidang akhbar minggu lalu tidak perlu disensasikan oleh sesetengah pihak.

Menurut Rosmadi, Wan Zack yang sebelum ini menyarung jersi kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu masih menjalani sesi pemulihan selepas ditimpa masalah kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada paha kanan.

"Kita mahu dia (Wan Zack) pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami. Usaha KAFA mendapatkan khidmatnya adalah sebagai persiapan awal memantapkan pasukan untuk saingan musim depan," jelasnya.

Terengganu kembali pimpin carta Liga Super

Posted:

Terengganu kembali pimpin carta Liga Super

Terengganu kembali pimpin carta Liga Super

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


PEMAIN Sarawak, Mohd. Lot Abu Hassan (kiri) diasak tonggak
import Terengganu, Mario Karlovic pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.


SARAWAK dimalukan di hadapan kira-kira 20,000 penyokong sendiri selepas tewas 1-3 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak malam tadi.

Beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong setia, aksi babak pertama jelas dikuasai pasukan pelawat yang garang melancarkan banyak gerakan berbahaya sebaik perlawanan dimulakan.

Serangan demi serangan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-20 menerusi sepakan percuma kapten Terengganu, Zairo Anuar Zailani.

Tersentak dengan jaringan pasukan lawan, Bujang Senang kembali memperkemaskan jentera serangan.

Hasilnya, Sarawak memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti oleh penyerang, Mohamad Rashid Aya pada minit ke-28.

Meskipun bertarung dalam keadaan cuaca hujan dan basah, kedua-dua pasukan tetap menampilkan aksi bertenaga dan terus melancarkan serangan bertali arus sehingga aksi babak pertama berakhir.

Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu dilihat semakin garang melancarkan serangan, namun mudah dipatahkan benteng pertahanan anak-anak buah Robert Albrets.

Kemasukan pemain import, Moustapha Dabo yang menggantikan Mamadou Hary Barry pada minit ke-60 ternyata memberikan tonik tambahan kepada jentera serangan Sang Penyu.

Penyerang import dari Senegal itu berjaya menjaringkan gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-64.

Kerapuhan benteng pertahanan Bujang Senang semakin ketara apabila pasukan pelawat berjaya menambah derita tuan rumah empat minit kemudian menerusi jaringan Mohd. Norfarhan Muhamad pada minit ke-68.

Percaturan Alberts untuk terus memburu gol dengan memasukkan Joseph Kalang Tie bagaimanapun tidak menjadi dengan setiap serangan yang dilancarkan mudah dipatahkan benteng pertahanan lawan.

Sarawak kembali menggandakan asakan dan berjaya memperoleh dua peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-80, namun rembatan deras S. Chanthuru gagal menepati sasaran.

Lima minit kemudian, tonggak import Sarawak, Ryan Alan Griffiths mempersia-siakan peluang untuk menambah jaringan selepas tandukannya gagal menewaskan penjaga gol lawan, Mohd. Sharbinee Allawee.

Sejurus tamat perlawanan, segelintir penyokong Sarawak yang kecewa dengan kekalahan Bujang Senang memasuki kawasan padang. Namun, situasi kecoh itu berjaya dikawal pihak polis.

Dengan kemenangan itu, Terengganu kembali menerajui takhta Liga Super apabila mengumpul 20 mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Johor DT, PKNS berkongsi satu mata di Stadium Shah Alam

Posted:

Johor DT, PKNS berkongsi satu mata di Stadium Shah Alam

Johor DT, PKNS berkongsi satu mata di Stadium Shah Alam

HASRAT Johor DT untuk merakamkan kemenangan pada aksi terakhir pusingan pertama Liga Super tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Selangor PKNS di Stadium Shah Alam malam tadi, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Sepanjang babak pertama perlawanan, PKNS ternyata mempamerkan persembahan agresif dengan mengasak benteng pertahanan Johor DT.

Begitupun, kecekapan penjaga gol Harimau Selatan, Mohd. Izham Tarmizi Roslan memastikan gawang pasukan pelawat tidak dibolosi dalam tempoh 20 minit pertama.

Kesungguhan The Red Ants dalam usaha mencari gol pertama akhirnya berhasil apabila penyerang sensasi PKNS, Patrick Ronaldinho merobek gawang Johor DT pada minit ke-36.

Jaringan itu hadir apabila Ronaldinho menyudahkan percubaan Mohd. Faiz Mohd. Isa yang sebelum itu ditampan Izham Tarmizi.

Bersambung babak kedua, Johor DT mula mempamerkan persembahan bertenaga dengan melancarkan serangan bertali arus ke gawang PKNS.

Safiq Rahim hampir berjaya menyamakan kedudukan selepas melakukan hantaran satu dua dengan bintang Argentina, Luciano Figueroa, namun penjaga gol PKNS, Muhd. Zamir Selamat lebih bersedia menyelamatkan gawangnya pada minit ke-47.

Harimau Selatan memperoleh gol penyamaan apabila tonggak pertahanan, Mahalli Jasuli menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

Malang buat skuad PKNS apabila P. Gunalan diarahkan keluar padang pada minit ke-86 selepas dia didakwa melakukan bentesan keras terhadap penyerang Harimau Selatan, Safee Sali.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ratusan ribu penyokong Yingluck tuju Bangkok

Posted:

Ratusan ribu penyokong Yingluck tuju Bangkok

Ratusan ribu penyokong Yingluck tuju Bangkok

SEJUMLAH anggota kumpulan Baju Merah berlatih seni mempertahankan diri Muay Thai di kem Sukarelawan Pelindung Demokrasi dalam wilayah Udon Thani kelmarin.


BANGKOK - Beratus-ratus ribu penyokong kerajaan dijadual berhimpun di sini hujung minggu ini untuk mempamerkan kekuatan mereka susulan tunjuk perasaan selama beberapa bulan yang bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar kecil).

Tindakan pantas musuh-musuh politik Yingluck mengheret beliau ke mahkamah mendorong para penyokongnya untuk bertindak sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya konfrontasi antara kedua-dua belah pihak.

Puluhan ribu anggota kumpulan Baju Merah yang menyokong Yingluck berhimpun di sebuah stadium di sini pada November tahun lalu untuk mengimbangi sentimen antikerajaan yang semakin meningkat di negara itu.

Namun, mereka bersurai secara mendadak selepas pertempuran selama sebulan dengan penunjuk perasaan antikerajaan yang kadang kala bertukar ganas telah menyebabkan lima orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Mengulas perkembangan tersebut, pihak berkuasa menjangka tiada keganasan akan berlaku kali ini.

"Penunjuk perasaan antikerajaan akan berada di tengah Bangkok manakala kumpulan Baju Merah di pinggir kota raya ini," kata penasihat keselamatan Yingluck, Paradorn Pattanathabutr.

Dalam pada itu, para pemimpin Baju Merah turut memberitahu bahawa mereka tidak akan membuat kacau.

"Perhimpunan ini diadakan untuk menunjukkan dengan nyata dan jelas bahawa Thailand hanya akan menerima Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi dan bukan dengan cara lain," kata seorang ketua Baju Merah, Nattawut Saikua.

"Kami tidak akan menggunakan kekerasan. Kami bukan mahu berkonfrontasi," tambahnya.

Menurut Nattawut, seramai 500,000 orang dijangka menyertai perhimpunan tersebut hari ini, manakala polis memberitahu kira-kira 350,000 orang akan berhimpun di sini hari ini dan esok.

Pihak berkuasa menyatakan, kebanyakan penyokong kerajaan itu dijangka tiba dengan menaiki bas dan kereta api dari beberapa wilayah di Thailand terutamanya dari utara dan timur laut negara itu yang menjadi kubu kuat Yingluck.

Sehingga kini, para penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di Taman Lumpini di pinggir tumpuan perniagaan di kota raya ini.

Bantahan antikerajaan sejak lima bulan lalu telah menyebabkan aktiviti perniagaan dan pelancongan di sini terjejas teruk.

Kumpulan penunjuk perasaan bertindak menawan beberapa pejabat kerajaan, berhimpun di jalan-jalan raya dan menghalang pilihan raya umum pada 2 Februari lalu.

Namun, pilihan raya itu diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah Thailand pada bulan lepas.

Para penunjuk perasaan antikerajaan mahu pembaharuan meluas termasuk pembentukan majlis rakyat bagi mentadbir negara sebelum pilihan raya umum baharu boleh diadakan.

Sementara itu, Yingluck semakin tertekan selepas berdepan beberapa kes mahkamah termasuk aduan oleh 27 senator pada Rabu lalu. Mereka menuduh beliau menyalah guna kuasa apabila memindahkan ketua keselamatan negara pada 2011.

Yingluck diberikan masa 15 hari untuk membela diri di hadapan mahkamah. Beliau boleh dipecat sekiranya didapati bersalah berhubung tuduhan tersebut.

- Reuters

Liberia catat kes pertama suspek kematian Ebola

Posted:

Liberia catat kes pertama suspek kematian Ebola

Liberia catat kes pertama suspek kematian Ebola


BEBERAPA petugas pertubuhan bantuan perubatan Medecin Sans Frontieres membawa mayat seorang lelaki yang mati akibat wabak Ebola di Guekedou, Guinea pada 1 April lalu.


MONROVIA - Liberia kelmarin mencatat kematian pertama yang disyaki berpunca daripada virus Ebola.

Jangkitan tersebut berpunca dari dalam Liberia dan terpencil daripada wabak Ebola yang menyerang dua negara jirannya, Guinea dan Mali.

Sekiranya disahkan, kes di bandar Tapeta, timur Liberia itu memberi petanda buruk dalam perang membasmi Ebola yang kini meragut sebanyak 84 nyawa.

Sehingga kini, jangkitan virus Ebola tertumpu kepada penduduk dan pengembara yang kembali dari Guinea, pusat wabak tersebut.

"Kami mencatat satu kes di Tapeta apabila seorang pemburu yang tidak berhubung dengan sesiapa pun yang pulang dari Guinea telah jatuh sakit.

"Dia dimasukkan ke sebuah hospital dan meninggal dunia 30 minit kemudian," kata ketua pegawai perubatan, Bernice Dahn.

"Dia tidak berhubung dengan pembawa virus itu atau berkunjung ke Guine. Ini kelihatan seperti kes terpencil," tambahnya.

Spesies kelawar buah yang merupakan pembawa virus Ebola menjadi hidangan kegemaran ramai di rantau berkenaan termasuk Guine, Liberia dan Sierra Leone.

Setakat ini, pakar-pakar perubatan mengesyaki wabak tersebut berpunca daripada kelawar buah yang ditangkap untuk dijadikan makanan oleh pemburu-pemburu.

Ebola boleh menjangkiti manusia daripada hidupan liar atau menyebabkan jangkitan semasa manusia menerusi darah, peluh dan najis manusia.

Sehingga kini, belum ada vaksin bagi mengubati penyakit tersebut. - AFP

Singapura cadang tubuh pusat bencana serantau

Posted:

Singapura cadang tubuh pusat bencana serantau

Singapura cadang tubuh pusat bencana serantau


SETIAUSAHA Pertahanan AS, Chuck Hagel (tujuh dari kiri) bergambar bersama Menteri-Menteri pertahanan ASEAN di Honolulu, Hawaii kelmarin.


HONOLULU, Hawaii - Singapura mencadangkan penubuhan sebuah pusat perintah krisis serantau bagi membantu menyelaras usaha kerajaan selepas bencana alam berlaku, kata menteri pertahanannya kelmarin.

"Asia Tenggara dilanda banyak bencana alam sejak lebih sedekad lalu," kata menteri berkenaan, Ng Eng Hen yang memetik kejadian gempa bumi, tsunami dan taufan yang menyebabkan kemusnahan besar di beberapa buah negara termasuk Filipina.

"Kami mendapati masa antara 24 hingga 48 jam selepas sesuatu bencana sebagai kritikal kerana ia amat sukar bagi negara terbabit untuk menubuhkan pusat perintah dan kawalan (C2) kerana mereka di pihak yang terjejas," katanya dalam satu mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di sini, Amerika Syarikat AS.

Berikutan banyak sistem telekomunikasi yang rosak, kerajaan yang mengalami bencana alam kerap lemah dan hilang keupayaan untuk menguruskan tawaran bantuan oleh masyarakat antarabangsa, katanya.

"Pada perbincangan kali ini, kami sedar bahawa apa yang diperlukan adalah sebuah pusat krisis yang beroperasi sepanjang masa dan boleh ditingkatkan bergantung kepada keperluan," ujarnya.

Menurut Eng Hen, para menteri pertahanan ASEAN menyambut baik cadangan Singapura untuk menubuhkan pusat krisis serantau itu di pangkalan tentera laut Singapura di Changi

Agenda mesyuarat ASEAN di sini pada minggu ini tertumpu kepada peningkatan bantuan kemanusiaan terutamanya selepas kehilangan Penerbangan Malaysia MH370.

Forum tersebut turut dihadiri Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel.

Malaysia diwakili oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut memangku jawatan Menteri Pengangkutan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kapal China kesan isyarat dipercayai kotak hitam

Posted:

Kapal China kesan isyarat dipercayai kotak hitam

Kapal China kesan isyarat dipercayai kotak hitam

05/04/2014 9:41pm

BEIJING - Sebuah kapal peronda China yang mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 mengesan denyutan elektronik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat di selatan Lautan Hindi hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Angka 37.5 kHz merupakan frekuensi standard antarabangsa yang dipancarkan oleh kotak hitam sesebuah pesawat yang tenggelam di dasar laut.

Menurut Xinhua , alat pengesan kotak hitam yang di gunakan dalam kapal Haixun 01 mengesan denyutan elektronik tersebut atau ping sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Namun, siasatan masih dilakukan bagi mengesahkan sama ada isyarat elektronik itu berasal dari kotak hitam MH370 Lapor Xinhua.

Sebuah pesawat tentera udara China turut dilaporkan mengesan beberapa objek terapung berwarna putih di lokasi pencarian itu. - Reuters

MH370: Pasukan penyiasatan bebas ditubuhkan

Posted:

MH370: Pasukan penyiasatan bebas ditubuhkan

MH370: Pasukan penyiasatan bebas ditubuhkan

05/04/2014 9:34pm

KUALA LUMPUR - Sebuah pasukan penyiasatan bebas yang merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi dan kumpulan perubatan dan faktor manusia, akan ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas untuk mengetuai pasukan itu, seperti yang diperlukan oleh amalan standard dan perakuan antarabangsa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Pasukan penyiasatan ini juga turut disertai negara-negara bertauliah.

Malaysia telahpun meminta Australia menjadi wakil rasmi kepada pasukan penyiasatan ini, dan mereka telah menerimanya.

"Kami juga akan memasukkan China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis sebagai wakil rasmi dalam pasukan penyiasatan ini bersama-sama dengan negara lain yang kami rasa berada dalam situasi untuk membantu," katanya dalam sidang akhbar mengenai pencarian MH370 di sini, hari ini.

Beliau berkata kumpulan layak terbang akan mengkaji isu-isu seperti rekod penyelenggaraan, struktur dan sistem, kumpulan operasi mengkaji perkara seperti perakam penerbangan, operasi dan meteorologi manakala kumpulan perubatan dan faktor manusia akan menyiasat isu seperti faktor psikologi, patologi dan kelangsungan hidup. - Bernama

Tiada krew MH370 yang dibersihkan - Hishammuddin

Posted:

Tiada krew MH370 yang dibersihkan - Hishammuddin

Tiada krew MH370 yang dibersihkan - Hishammuddin

05/04/2014 9:13pm

KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjelaskan penyiasatan ke atas anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370 masih lagi berjalan dan tiada siapa yang telah dibersihkan.

"Saya tidak fikir sesiapapun telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan. Sepanjang senarai yang ditunjukkan, ia termasuk juga anak-anak kapal. Empat kemungkinan Ketua Polis Negara (KPN) ingatkan kami, siasatan ke atas keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi. Itu, saya tahu masih berjalan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media berkaitan siasatan anak kapal MH370 pada sidang media mengenai pencarian MH370 di sini hari ini.

Rabu lepas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah membersihkan kesemua penumpang MH370 daripada siasatan rampasan, sabotaj, psikologi dan masalah peribadi tetapi masih menyiasat anak-anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau tiada masalah dalam mendapatkan maklumat tentera dan data radar dari negara-negara ASEAN terutamanya yang terlibat dalam operasi menyelamat yang kini telah masuk hari ke-29.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac lepas, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi." - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


KD, Ratu Cinta & keluarga

Posted:

KD, Ratu Cinta & keluarga

KD, Ratu Cinta & keluarga

KD kini bahagia bersama suaminya, Raul dan dua anak mereka Ariannha Amora dan Kellen Alexander.


PETANG Isnin lalu, berbumbungkan langit kelabu dan beransur-ansur pecah rintik hujan, figura jelita dari Indonesia, Kris Dayanti hadir memasuki ruang Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mungkin ada ironinya dengan renyai hujan yang turun berderai, KD sebak mengenangkan tragedi pesawat MH370 milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang sehingga kini masih belum bertemu jalan pasti.

"14 tahun saya bersama penerbangan MAS dan apabila suami saya memberitahu berita pesawat hilang, saya sangat terkejut. Apatah lagi setelah mendapati ia sebuah pesawat besar yang ada 239 penumpang.

"Saya mengambil kesempatan mewakili teman-teman artis di Indonesia merakamkan ucapan takziah dan perasaan dukacita atas tragedi ini.

"Serentak dengan itu saya merancang untuk membikin sebuah lagu tribute kepada mangsa dan keluarga tragedi pesawat MH370. Besar harapan saya agar Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search dapat bergabung sama nanti," mula butir katanya melayangkan perasaan sayu pada sidang akhbar Minggu Setiausaha PICC di Putrajaya baru-baru ini.

Cemburu

Kali terakhir, kata KD, dia menjejakkan kaki ke Malaysia adalah pada tahun 2009 untuk memenuhi undangan nyanyian.

Sejak itu, dia 'berehat' sehingga kembali dijemput untuk memeriahkan majlis yang akan berlangsung pada 16 dan 17 April depan.

Datuk Rossa antara penghibur dari Indonesia yang mendapat perhatian hingga dikurniakan gelaran 'datuk'. Mungkin KD pernah rasa cemburu akan pencapaian cemerlang golongan artis baharu di Malaysia?

"Cemburu? Pastinya tidak kerana itu rezeki masing-masing. Kalau benar saya cemburu pun kerana mereka punyai suara yang sedap.

"Sememangnya di Indonesia susah untuk karyawan (artis) membuat persembahan contohnya konsert kerana kekurangan tempat, sekurang-kurangnya kami perlu tunggu dua tahun tapi di Malaysia, syukur Alhamdulillah, artis dari Indonesia diberikan platform untuk membuat persembahan," getusnya.

Ahmad Dhani bikin panas

Terdahulu, KD pernah diburu kontroversi empat tahun lalu apabila perkahwinannya bersama penyanyi Anang Hermansyah yang dibina sejak tahun 1996 berakhir selepas dikurniakan dua cahaya mata, Azriel, 15, dan Aurel, 13.

Tidak cukup dengan cerita perselingkuhan dengan gitaris Tohpati, Dicky Wahyudi dan cucu presiden Indonesia, Ari Sigit, KD menjalinkan hubungan pula dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos yang menjadi suaminya kini.

Kisah sensasi itu bagaimanapun kembali diungkit oleh juri Indonesian Idol, Ahmad Dhani yang menyindir Anang selepas seorang peserta menyanyikan lagu Unfaithful pada konsert program realiti televisyen itu pertengahan Mac lalu.


SUDAH berusia 39 tahun, KD menyatakan dia juga mempunyai hasrat untuk memakai hijab.


Terkesan dengan kata-kata itu, ujar KD, dia enggan memanjangkan cerita tapi menasihatkan agar semua pihak menghormati privasi dan tidak memanaskan kisah silam itu.

"Saya fikir itu tidak elok, jadi saya sampaikan ketidakselesaan saya kepada suami saya dan dia sudah menegur Ahmad Dhani secara berhemah.

"Kami ada anak-anak yang sudah dewasa dan mereka menonton acara besar itu sekali gus nampak tidak baik. Sebagai ibu bapa kami mahukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak.

"Ahmad Dhani juga sudah meminta maaf atas kealpaan dan silap bicara itu. Memang akan memakan masa untuk masyarakat melupakan kisah yang pernah terjadi, tapi jangan membenci sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu," tegasnya.

Keluarga

Menerusi perkahwinan KD bersama Raul Lemos, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariannha Amora, 2, dan Kellen Alexander, 1 tahun 3 bulan.

Bercerita mengenai kebahagiaan, KD menjelaskan anak-anak dan keluarga menjadi keutamaannya malah dia bersyukur diberikan peluang kedua untuk menjadi ibu dan isteri.

"Anak-anak menjadi keutamaan saya dan membuatkan saya berbangga menjadi seorang wanita. Bukan kerana saya seorang diva atau penyanyi popular tapi kerana berjaya melahirkan empat cahaya mata.

"Perkara terindah yang berlaku dalam hidup saya adalah saya tiada waktu untuk bersedih. Saya dapat sokongan daripada suami saya sepanjang masa dan berpeluang untuk kembali mencintai keluarga dan hamil lagi pada usia tidak muda.

"Saya yakin Allah dekat dengan saya dan syukur diberikan kesempatan untuk kehidupan kedua serta kembali menguruskan suami dan anak-anak.

"Walau secara kasarnya, Azriel dan Aurel (anak hasil perkahwinan dengan Anang) jauh dari mata, tapi saya sering memantau mereka. Dulu saya tidak berpeluang mendukung anak saya sebab terlalu sibuk dengan undangan nyanyian, tapi peluang kedua kali ini membuatkan saya lebih menghargai kehidupan," katanya yang mendapat keizinan Raul untuk kembali menyanyi.

Berhijab

Genap usia 39 tahun pada 24 Mac baru-baru ini, KD mengakui banyak pelajaran yang dikutip sepanjang hayatnya. Terjentik pangkal hatinya untuk bertudung tapi biarlah benar-benar ikhlas, kata KD.

"Akhirat tujuan sebenar saya, Insya-Allah sampai masa nanti saya akan berhijab. Ada peminat saya dari Pekan Baru menghantarkan hijab kepada saya dan selepas memakainya, hijab itu terus dipasarkan atas nama saya tiga hari kemudiannya.

"Mungkin itu petanda yang Allah cuba tunjukkan saya jalan. Saya senang dengan perkara ini dan sudah pasti saya mahu berhijab.

"Apabila usia menginjak tua, tanggungjawab pun semakin besar dan perlu menjadi lebih bijaksana pada masa akan datang. Insya-Allah, apabila berhijab suami saya mungkin lebih tenang," tuturnya.

Sinar baharu Radhi OAG

Posted:

Sinar baharu Radhi OAG

Sinar baharu Radhi OAG

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI

RADHI dan isteri bakal mengadakan majlis resepsi secara serentak untuk kedua-dua belah pihak pada hari perayaan Aidifitri yang dijadualkan jatuh pada 28 Julai ini.


KELIBAT vokalis utama kumpulan OAG, Radhi kelihatan menyerlah dalam kalangan tetamu yang berada di Bilik Nikah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Perasaan gemuruh terpancar pada wajahnya. Namun wajahnya kelihatan tenang, sentiasa tersenyum melayan kerenah saudara-mara yang hadir memeriahkan pada majlis penuh bermakna buat dirinya itu.

Majlis akad nikah serba sederhana yang dihadiri saudara-mara terdekat menggamatkan lagi suasana majlis tersebut.

Pasangan mempelai yang mengenakan busana putih tampak berseri dek aura raja sehari.

Tepat pukul 10.30 pagi, dengan sekali lafaz, Radhi, 26, sah bergelar suami kepada model sambilan, Nur Shahirah Ayu Zahiri, 20.

Majlis akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar masjid tersebut, Mohd. Firdaus Subhi itu diwalikan bapa kandung kepada pengantin perempuan, Zahiri Kitan.

Sebelum majlis tersebut berlangsung, Radhi dan Nur Shahirah melangsungkan acara merisik dan pertunangan.

Pada masa yang sama, rombongan lelaki turut membawa 12 dulang barangan hantaran, dibalas 15 dulang daripada pihak perempuan.

Pada majlis tersebut, Nur Shahirah menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM30, 000.

Antara barangan hantaran mempelai lelaki termasuk sejadah, barangan solekan, senaskhah al-Quran dan set barang kemas manakala pengantin perempuan membalasnya dengan sirih junjung, buah-buahan, jubah dan tali pinggang.

Harapan baharu

Mengimbas kembali perkenalannya dengan Nur Syahirah, ujar Radhi, kehadiran gadis tersebut membawa sinar baharu dalam kehidupannya.

"Sepanjang perkenalan kami, dia (Nur Syahirah) merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membimbing saya ke jalan yang benar.

"Dia merupakan semangat saya untuk terus berjuang melawan najis dadah suatu ketika dahulu.

"Saya amat bersyukur kerana kehadirannya banyak membawa perubahan dalam hidup saya.

"Walaupun saya kini masih lagi menjalani pemulihan di rumah Pengasih (Persatuan Pengasih Malaysia), dia tetap berada bersama saya," ujar Radhi ketika ditemui, usai majlis tersebut berlangsung, semalam.

Tambah Radhi, Nur Shahirah juga merupakan seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.

Walaupun jarak usia mereka mencecah 15 tahun, namun, keserasian yang ada antara mereka menguatkan lagi hubungan cinta yang sudah terjalin sejak empat tahun dahulu.

"Saya mengakui dia masih muda, namun sifat dan perangainya lebih matang daripada saya. Dia selalu menasihati saya dalam pelbagai hal termasuk melibatkan hal kerja saya.

Sementara itu, Nur Shahirah tersenyum ketika ditebak soalan tentang sebab dia memilih Radhi sebagai suaminya.

"Radhi merupakan seorang yang bertanggungjawab dan penyayang.

"Dia tidak pernah lupa kepada tangungjawabnya untuk menjaga saya dan juga anaknya sebelum ini.

"Walaupun mempunyai perwatakan gila-gila, saya rasa itulah yang menjadi kekuatan dalam hubungan kami," tuturnya yang kini aktif menggiatkan diri dalam perniagaan produk kecantikannya sendiri, Marini Signature.


RADHI dan Nur Shahirah bergambar kenangan bersama Mohammad Refdi Muslim.


Tambah Nur Shahirah, walaupun Radhi suatu ketika dahulu mempunyai kisah hitam yang tidak mungkin terpadam, dia reda dengan ketentuan Allah.

Baginya, Radhi banyak berubah daripada dahulu sehingga sekarang.

"Saya kagum dengan perubahan dirinya. Jika tidak ada daya usaha yang tinggi untuk berubah, nasihatlah macam mana pun dan perkara sama akan berulang.

"Namun, Radhi kali ini saya nampak dia nekad untuk berubah. Saya sebagai isteri akan sentiasa di sisinya," ujar Nur Shahirah.

Ketika ditebak soalan mengenai hala tuju perkahwinan mereka, ujar Radhi, dia bakal melantik isterinya untuk menjadi pengurusnya.

"Memandangkan dia merupakan salah seorang yang paling rapat dan memahami diri ini, saya rasa dia yang layak untuk menjadi pengurus saya.

"Di samping dapat melicinkan urusan pekerjaan, kami juga dapat meluangkan masa bersama," katanya yang bercadang untuk bercuti di Johor Bahru sebaik berakhir majlis pernikahannya itu.

Sementara, menyentuh tentang majlis resepsi yang akan diadakan nanti, kata Radhi, dia dan isteri bercadang untuk mengadakan acara tersebut untuk kedua-dua belah pihak secepat mungkin.

"Kalau tidak ada aral melintang, kami bercadang untuk mengadakan majlis resepsi pada Hari Raya Aidilfitri (yang jatuh pada 28 Julai ini) untuk kedua-dua belah pihak.

"Namun, hal tersebut masih lagi dalam perbincangan.

"Majlis tersebut akan diadakan secara sekali gus melibatkan kedua-dua pihak saya dan dia.

"Agak sukar untuk merancang majlis ini memandangkan keluarga saya menetap di Kuching, Sarawak," tuturnya.

Restu bekas isteri

Radhi pernah melayari bahtera suatu ketika dahulu dengan bekas isterinya, Nur Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005.

Namun ikatan perkahwinan mereka terputus di tengah jalan apabila mereka bercerai pada 8 Jun 2010.

Radhi berkata, dia bersyukur hubungan dengan bekas isterinya, Nur Shazlin kini masih baik dan komitmen mereka bersama untuk membesarkan anak mereka yang berusia lapan tahun, Mohammad Refdi Muslim, tidak pernah diabaikan kedua-dua pihak.

"Dia (Nur Shazlin) mengucapkan tahniah sempena perkahwinan saya ini.

"Bagaimanapun, dia ada menasihatkan saya supaya tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap anak kami itu," katanya.

Lagu Kacang tidak sindir sesiapa

Posted:

Lagu Kacang tidak sindir sesiapa

Lagu Kacang tidak sindir sesiapa

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


BINCANG. David bersama rakan duetnya, Fida dan komposer lagu Kacang, Cat Farish.


KREDIBILITI David Teo sebagai seorang penerbit sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Sejak menerajui Metrowealth pada tahun 2000, syarikatnya itu sudah menerbitkan lebih 100 buah filem.

Malah, kebanyakan pelakon popular yang ada sekarang ini seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lisa Surihani, Yana Samsuddin dan Nora Danish antara yang kerap tampil dalam filem terbitan syarikatnya.

Namun begitu, di sebalik kesibukannya selaku seorang penerbit dan peneraju kepada Metrowealth, David memberitahu, dia juga bakal lahir dengan sebuah single baharu berjudul Kacang yang dinyanyikan secara duet bersama Fida Ibrahim.

Kosmo! sempat menembual David yang ditemui semasa majlis pelancaran Dunia Sinema yang berlangsung di Menara TM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah yang membuatkan David tiba-tiba mahu menyanyi dan merakamkan single berjudul Kacang?

DAVID: Sebelum ini saya sudah beberapa kali membuat penampilan khas dalam filem terbitan syarikat saya. Jadi, saya berasa sudah tiba masanya untuk mencuba bidang nyanyian pula.

Ketika ini, rakaman single terbaharu saya berjudul Kacang baru sahaja selesai dilakukan dan ia dinyanyikan secara duet dengan Fida Ibrahim, manakala lagu berkenaan dihasilkan sepenuhnya oleh Cat Farish.

Kenapakah memilih Fida sebagai rakan duet untuk lagu Kacang?

Sebenarnya saya mula tertarik untuk memilih Fida kerana melihat gandingannya bersama Datuk AC Mizal menerusi lagu Apo Kono Eh Jang yang begitu mendapat sambutan baik peminat.

Memandangkan Kacang merupakan sebuah lagu berentak rap, saya melihat Fida merupakan pilihan terbaik untuk berduet dengan saya.

Menurut David, Kacang dicipta sepenuhnya oleh Cat. Jadi, kenapa anda menggunakan khidmatnya bagi menghasilkan lagu berkenaan?

Saya memilih Cat kerana dia merupakan antara penyanyi rap yang berjaya di Malaysia dan kebanyakan lagu ciptaannya mendapat tempat di hati peminat.

Setelah tertarik dengan kebolehan yang dimilikinya itu, saya lantas mengambil keputusan untuk menggunakan khidmatnya sebagai komposer. Lagipun saya memang serius merakamkan single ini dan sudah tentu saya mahu hasil yang terbaik. Kalau boleh, saya mahu lagu ini tercalon dalam Anugerah Industri Muzik (AIM).

David memberitahu, antara lirik yang terkandung dalam lagu Kacang ialah 'kacang jangan lupakan kulit'. Adakah anda ingin menyindir mana-mana pihak menerusi lagu berkenaan?

Saya tidak menyindir sesiapa pun kerana lirik tersebut disampaikan secara umum tanpa menuju kepada mana-mana pihak. Mesejnya mudah iaitu kalau sudah berjaya, jangan cepat lupa diri atau melupakan jasa individu yang sudah banyak membantu.

Baru-baru ini salah seorang pelakon di bawah naungan Metrowealth iaitu Nina Iskandar mengumumkan dia sudah bertunang. Sedangkan sebelum ini timbul cerita yang mendakwa, artis Metrowealth dilarang bercinta selagi terikat dengan syarikat. Boleh David jelaskan mengenai perkara tersebut?

Selama ini Metrowealth tidak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungannya untuk bercinta. Asalkan artis tersebut berterus-terang kepada saya dan memberitahu perkara sebenar sekiranya sudah bertemu dengan lelaki atau wanita pilihan masing-masing.

Dalam kes Nina ini, ibu bapanya sendiri yang memaklumkan kepada saya tentang anak mereka yang ingin mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya dan saya langsung tiada masalah kalau diberitahu perkara sebenar.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved