Jumaat, 4 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Irama keroncong menenangkan

Posted:

Irama keroncong menenangkan

Irama keroncong menenangkan

MAHZAN pernah menghasilkan 10 lagu komersial untuk penyanyi-penyanyi popular 80-an.


ADA keluh dalam bicaranya apabila diutarakan kelangsungan irama muzik tradisional keroncong yang semakin terpinggir jauh dari halwa telinga. Mungkin juga, anak-anak muda Melayu sudah tidak dapat membezakan antara keroncong dan dondang sayang?

Rintihan lelaki yang bakal menginjak usia 80 tahun pada bulan Ogos depan itu ada kebenarannya. Hari ini, jarang sekali kita mendengar alunan lagu-lagu klasik di corong-corong radio atau televisyen. Kalau ada pun, jumlah pendengar atau penontonnya boleh dibilang sekali nafas sahaja.

Bukan tidak pernah Mahzan Manan menghasilkan album dengan ciptaan lagu baharu yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, namun usahanya itu tidak mendapat perhatian seperti yang diharapkan. Dipandang sepi hingga ia terus terbenam bersama masa-masa berlalu.

"Tidak terdetik di dalam hati saya untuk berkecil hati, sebaliknya saya terima seadanya," kata Mahzan ketika ditemui di kediamannya di Petaling Jaya baru-baru ini.

Mahzan, merupakan salah seorang penggiat muzik keroncong yang aktif sekitar tahun 70-an hingga kini. Dibesarkan dengan lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh radio dari negara seberang, mencambahkan rasa cinta Mahzan terhad muzik tradisional itu.

Muzik ringkas

"Pada saya, irama keroncong sangat menenangkan. Malah bait-bait liriknya mempunyai makna yang mendalam," ujar Mahzan.

Katanya, anak-anak muda sekarang lebih gemar dengan nota-nota muzik ringkas dengan penyatuan lirik yang 'berjiwa' kosong.

"Masa berubah, begitu juga aliran muzik. Selera muzik itu hak peribadi, jangan dipaksa-paksa," ujarnya.

Kurangnya pendedahan kepada generasi baharu menjadi antara faktor ia dipinggirkan arus perdana. Jarang sekali irama keroncong diperdengarkan di stesen radio dan televisyen tempatan.

"Ia menjadi cabaran untuk keroncong terus hidup di negara kita," katanya.

Muzik keroncong mengikut catatan sejarah dibawa oleh pedagang Portugis ke tanah Indonesia. Selepas berlakunya peperangan yang menyaksikan kejatuhan tentera Portugis kepada Belanda sekitar tahun 1648, kesemua tawanan perang dibawa ke Batavia atau kini dikenali sebagai Jakarta.

Terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Benggali, Portugis dan Maluku, mereka menghiburkan kedukaan dengan memainkan sejenis alat muzik yang dipanggil fado. Penerimaan penduduk sekitar akhirnya mencipta akulturasi muzik baharu yang digelar keroncong.

Keindahan muzik itu turut meresap ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu terutamanya di Johor hasil inisiatif pedagang-pedagang berketurunan Jawa sekitar abad ke-19.

Selain menjadi kegemaran rakyat marhaen, kerabat diraja Johor ketika itu juga meminati muzik keroncong yang dimainkan menggunakan alat seperti biola, seruling, ukelele, tenor banjo, gitar, selo dan double bass.

KANAN. Mahzan mempunyai banyak simpanan lagu keroncong baharu yang masih belum dirakamkan.


Kecintaan penggemar keroncong berjaya mencetus sebuah segmen khas di stesen Radio Johor Best 104 yang hanya memainkan lagu-lagu keroncong bagi menyuntik elemen nostalgia kepada sang pendengar. Ia bersiaran dari pukul 10 malam hingga 2 pagi setiap malam.

Tempoh gemilang itu juga melahirkan beberapa pemuzik keroncong dalam penciptaan lagu bercorak Melayu. Antaranya, Zubir Said, Puteh Ramlee, Johar Bahar dan termasuklah Mahzan Manan.

"Namun, berapa kerat sahaja lagu-lagu keroncong Melayu asli yang dicipta oleh komposer tempatan, disebabkan itu kita hanya diperdengarkan lagu-lagu dari seberang," ujarnya yang memiliki enam cucu itu.

Tidak terancang

Mahzan berpendapat, mungkin disebabkan itu juga keroncong Melayu tidak dapat berkembang kerana kurangnya penciptaan lagu-lagu baharu. Ditambah pula dengan kemunculan muzik komersial era 80-an yang mendapat sambutan hangat daripada para pendengar.

Mengimbas penglibatan anak kelahiran Taiping, Perak dalam dunia muzik, Mahzan berkata, ia bermula secara tidak terancang apabila hobinya bermain alat muzik seperti gitar dan akordean menimbulkan minat untuk mencipta lagu.

"Ketika masih bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Rendah King Edward, Taiping, Perak, saya mula berjinak-jinak menulis lagu untuk sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Waktu itu, setiap bulan ada pertandingan mencipta lagu baharu di radio RTM. Juara bulanan akan dipertandingkan pada peringkat tahunan. Lagu yang menjadi juara akan menjadi dendangan wajib bagi peserta Bintang RTM sekitar tahun 1960-an," imbas Mahzan.

Tanpa disangka, percubaan kali pertamanya memikat hati juri melalui lagu Hanya Sekejap dan tuahnya berterusan hingga tiga tahun berikutnya.

Pernah juga Mahzan mengubah muzik keroncong untuk dimainkan oleh Orkestra Sinar Malaysia di bawah pimpinan Johar Bahar yang disiarkan secara rakaman di RTM.

"Waktu itu, hiburan orang ramai hanya melalui radio sahaja, belum ada lagi televisyen. Saya sendiri menyumbangkan beberapa gubahan lagu. Penerbitnya, Ibrahim Bachik amat menggemari program tersebut malah mendapat sambutan baik daripada pendengar," kata Mahzan.

Berpindah ke ibu kota untuk berkhidmat di Radio Pendidikan RTM, Mahzan mula mencipta lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi terkenal pada masa itu seperti Dayuk DJ Dave, Gaya Zakry, Noor Kumalasari dan Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad.


KERONCONG tersebar ke Malaysia hingga menghasilkan alunan tersendiri.


Falsafah

Antara lagu-lagu pop yang dihasilkan oleh Mahzan ialah seperti Biarlah Ku Sendiri (Noor Kumalasari), Sepetang Di Pinggir Bukit (Sudirman) dan Bunga Mawar (Gaya Zakry). Namun, Mahzan tidak banyak mencipta lagu-lagu pop kerana kurang memberi kepuasan pada dirinya.

Kepada Mahzan, lagu-lagu yang dapat membangkitkan semangat dan berteraskan falfasah menjadi keutamaannya. Mengisi kekosongan itu, Mahzan ditawarkan menjadi tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Kali terakhir beliau menyertai pertandingan adalah pada tahun 2010 menerusi Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Mempertaruhkan lagu Inginkan Kedamaian dinyanyikan oleh bakat muda Jamilah Abu Bakar, lagu berentak keroncong itu berjaya mengalahkan lapan buah lagu yang turut menyertai pertandingan tersebut.

Bagi Jamilah, 19, Mahzan seorang pendidik yang ikhlas dalam berkongsi ilmu muzik keroncong.

"Ketika merakamkan album Keroncong Jamilah pada tahun 2011, beliau tidak lokek berkongsi ilmu dari segi cara penyampaian lagu.

"Paling ditekankan, sebutan patah-patah lagu yang pada hemat beliau, semakin kurang dipraktikkan penyanyi-penyanyi komersial masa kini," ujarnya.

Usaha pihak atasan untuk memartabatkan lagu-lagu warisan sebegini kata Mahzan, antara solusi bagi mengangkat keroncong ke landasan yang selayaknya.

Biar pengikutnya masih ada, namun bagaimanakah kelangsungan muzik keroncong jika kelompoknya semakin mengecil saban hari?

"Ia merupakan khazanah yang sangat berharga. Usaha yang berterusan perlu untuk memulihara muzik tradisi tersebut," luah Mahzan yang masih menyimpan harapan untuk melihat keroncong terus didengari biar seribu tahun lagi.

Kanvas lukisan cinta baharu Mahzan

Posted:

Kanvas lukisan cinta baharu Mahzan

Kanvas lukisan cinta baharu Mahzan


MAHZAN menumpahkancinta seninya
di atas kanvas-kanvas lukisan.


PERMINTAAN Kosmo! untuk menemu ramah Mahzan Manan berhubung penglibatannya dalam dunia muzik khususnya aliran seni keroncong, pada awalnya ditolak.

Bapa kepada enam orang anak itu dengan rendah diri menyatakan, pencapaian seni beliau tidaklah terlalu tinggi.

"Kalau boleh, fokuskan sahaja kepada muzik keroncong yang hari ini semakin terpinggir daripada pendengaran umum," pinta Mahzan.

Hari ini, Mahzan hanya menjadi pemerhati kepada dunia seni, walau dalam simpanannya masih ada hampir 100 buah lagu baharu keroncong yang belum dirakamkan.

"Bukan tidak mahu merakamkan ia dalam bentuk album tetapi melihatkan senario pasaran muzik tradisional yang tidak menentu, maka lebih baik saya simpan sahaja.

"Jika ada yang berhajat untuk merakam, saya sangat berbesar hati," kata Mahzan.

Mengisi masa-masa emasnya, Mahzan menumpahkan rasa cinta seninya di atas kanvas-kanvas lukisan. Elemen-elemen muzik menjadi latar utama dalam setiap lukisan yang dihasilkan oleh Mahzan.

Baru-baru ini, beberapa lukisannya dipamerkan di Galeri Seni Universiti Malaya, Kuala Lumpur bersama tujuh orang karyawan lain. Dua daripadanya merupakan anak lelaki Mahzan iaitu Hairul Azzahar Mahzan, 48 dan Nazrul Asraff Mahzan, 47.

"Berikutan sambutan yang memberangsangkan, kami bercadang untuk mengadakan pameran bersama. Ia bakal mempamerkan lukisan-lukisan baharu dan sedia ada," optimis Mahzan.

Ditanya mengenai penyambung legasi seninya, Mahzan tersenyum. Beberapa orang anaknya terlibat dalam bidang seni tetapi dalam cabang yang berbeza.

"Ada juga cucu yang meminati muzik tetapi saya tidak pernah mendesak mereka untuk terlibat secara serius, " kata Mahzan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Model Mazda terbaik sudah tiba

Posted:

Model Mazda terbaik sudah tiba

Model Mazda terbaik sudah tiba

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

MAZDA3 SKYACTIV menggunakan rim bersaiz 18 inci yang kelihatan padan dengan saiz badannya.


JENAMA Mazda cukup popular dengan deretan siri Familia pada tahun 1963. Familia generasi pertama ketika itu didatangkan dalam lima jenis bentuk badan seperti dua pintu sedan, empat pintu sedan, dua pintu coupe, tiga pintu wagon dan pikap dua pintu.

Selang empat tahun selepas itu Mazda memperkenalkan pula generasi kedua Familia dengan menggunakan enjin Rotary berkapasiti 1.3 liter.

Sejak itu Mazda sentiasa menaik taraf model Familia sehingga generasi kelapan yang turut dikenali sebagai Protege.

Mazda Familia merupakan generasi terakhir keluarga itu yang bertahan dalam arena permotoran global sehingga tahun 2003.

Pada tahun 2003, Mazda melaksanakan penjenamaan semula dengan memperkenalkan Mazda3 untuk menggantikan keluarga Familia yang bertapak sejak 40 tahun lalu.

Generasi pertama Mazda3 mendapat sambutan yang menggalakkan selepas diperkenalkan dan mencatatkan jualan lebih satu juta unit sehingga tahun 2009.

Generasi kedua menemui para peminat antarabangsa sehingga 2013. Kereta jenama Jepun itu turut menggondol sebanyak 150 anugerah dari seluruh dunia.


PENGGUNAAN enjin SKYACTIV-G memberikan keseronokan pemanduan di samping penjimatan bahan api.


Teknologi SKYACTIV

Baru-baru ini, generasi ketiga Mazda3 dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pengedar rasminya Bermaz Motor Sdn. Bhd. (Bermaz Motor).

Mazda3 kali ini dicipta berdasarkan falsafah rekaan Soul of Motion dan ia merupakan model Mazda ketiga di negara ini yang dilengkapi teknologi SKYACTIV selepas model CX-5 dan Mazda6.

Sebelum ini, Bermaz Motor ada menayangkan Mazda3 kepada umum sewaktu majlis pelancaran model Biante dan CX-9 di ibu negara sekitar akhir tahun lalu.

Menurut Pengarah Eksekutif Kanan Mazda Motor, Yuji Nakamine, Mazda3 SKYACTIV menerima pujian sejak debut global pada akhir tahun lepas.

Kata Nakamine, pada Pameran Motor Geneva beberapa minggu lalu Mazda3 SKYACTIV dipilih sebagai World Car of The Year 2014 bersama Audi A3 dan BMW 4 Series.

"Model ini juga menjadi finalis World Car Design of The Year 2014 disamping Mercedes-Benz C-Class dan BMW 1 Series.

"Pihak kami mencurahkan segalanya untuk menghasilkan Mazda3 SKYACTIV baharu ini. Saya pasti bahawa sesiapa yang menaikinya akan merasai perbezaan Mazda3 SKYACTIV ini," katanya.

Kereta sedan segmen C itu menggunakan enjin SKYAC TIV-G 2.0 liter dan kotak gear SKYACTIV-DRIVE enam kelajuan automatik. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 162hp dan tork maksimum 210Nm.


STERENG Mazda3 SKYACTIV ini kelihatan ringkas tetapi masih mampu menyerlahkan imej sporty.


Jimat bahan api

Walaupun menghasilkan kuasa besar, kadar penggunaan bahan apinya agak cekap sehingga dikategorikan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

Fungsi i-Stop yang terdapat pada Mazda3 SKYACTIV ini juga mampu menjimatkan petrol ketika kesesakan jalan raya kerana enjin akan dimatikan apabila kereta berhenti sepenuhnya.

Ruang kabin berwarna gelap yang mencerminkan imej sporty kelihatan sempurna dengan skrin paparan tujuh inci. Papan pemuka kereta itu juga tidak padat dengan pelbagai butang sekali gus kelihatan agak kemas.

Lampu hadapannya menggunakan Xenon dengan Adaptive Front Lighting System dan lampu belakang jenis LED. Mazda3 SKYACTIV ini menggunakan rim bersaiz 18 inci dengan tayar 215/45.

Sebanyak empat warna menarik ditawarkan seperti merah, putih, coklat dan kelabu pada model ini.

Altis baharu gaya Eropah

Posted:

Altis baharu gaya Eropah

Altis baharu gaya Eropah

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


KEMASAN akhir Toyota Altis ini agak jelas kelihatan di bahagian gril dan lampu hadapan yang nampak bergaya.


TOYOTA Altis generasi ke-11 diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan pada awal tahun ini dengan sedikit pembaharuan berbanding model yang sama sebelum ini.

Pada majlis pelancaran di ibu negara baru-baru ini, pihak UMW Toyota Sdn. Bhd. memperkenalkan tiga varian seperti 1.8E (standard), 2.0G (sederhana) dan 2.0V (premium) untuk dijual di negara ini.

Bagi menguji model terbaharu Toyota ini, penulis telah diberi peluang pihak UMW Toyota untuk melakukan pandu uji Tayota Altis 2.0V baru-baru ini.

Varian yang dipandu uji ini merupakan gred tertinggi untuk model ini. Ruang kabin Altis 2.0V dilengkapi sistem navigasi yang disepadukan dengan sistem audio skrin sesentuh tujuh inci.

Alat kawalan jauh juga turut disertakan dengan sistem audio kereta ini. Fungsi ini memberi kebebasan penumpang di belakang untuk menukar atau menentukan audio tanpa terlalu berharap kepada pemandu.

Tempat duduk yang dibalut kulit itu juga disertakan dengan fungsi elektrik lapan cara laras di bahagian pemandu sahaja.


REKAAN papan pemuka kontemporari memberikan imej premium pada model ini.


Bahagian tempat duduk penumpang belakang juga selesa memandangkan darjah rebahan yang lebih tinggi membuatkan penumpang tidak duduk tegak seperti di dalam bas.

Tidak adil untuk menyatakan model ini benar-benar sporty memandangkan unit diberikan UMW Toyota berkenaan sudah dilengkapi aerokit yang merupakan aksesori tambahan.

Rekaan lampu hadapan dengan ekor tirus memberi aura garang manakala gril berwarna krom membuatkan Altis ini nampak lebih tegap.

Lampu belakang yang menggunakan LED satu jalur dengan lampu brek LED pula memberikan pesona sebuah sedan buatan Eropah.

Bagi melakukan pandu uji model ini, penulis hanya memandu ke Seremban dan pulang semula ke Kuala Lumpur kerana sesi yang diberikan kepada penulis hanya pada hari berkerja.

Sepanjang perjalanan di lebuh raya, tahap bunyi daripada luar yang masuk ke dalam kabin Altis ini agak minimum tetapi faktor ini banyak bergantung kepada usia getah penebat bunyi. Volum radio juga berada pada paras sedap halwa telinga sahaja.


ENJIN Dual VVT-i dengan ACIS dapat menghasilkan kuasa dinamik di samping menjimatkan bahan api.


Perjalanan pada waktu malam itu cukup melegakan berikutan cermin pandang belakang yang dilengkapi fungsi Auto Electro Chromic Mirror membuatkan silau berkurangan secar drastik.

Enjin 2.0 liter Dual VVT-i ini juga memberikan kuasa yang diperlukan untuk memotong dalam mod automatik tetapi pertukaran ke gear manual sebenarnya mendedahkan kuasa sebenar Altis 2.0V.

Transmisi CVT tujuh kelajuan juga memberikan tindak balas yang baik ketika padel minyak ditekan lebih. Bagi mahukan pemanduan secara manual, Altis ini juga turut dilengkapi Padle Shifter.

Perjalanan pulang penulis menggunakan jalan lama melalui Labu, Nilai, Jenderam dan Bangi. Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang merupakan ciri standard dalam Altis 2.0V banyak membantu jentera dalam meredah jalan berselekoh itu.

Varian 2.0V ini menggunakan rim bersaiz 17 inci dengan tayar 215/45 jenama Michelin jenis Pilot Sport 3 yeng membuatkan kereta ini nampak sporty dan melekat di jalan ketika mengambil selekoh.

Kuasa skuter TMax bagai superbike

Posted:

Kuasa skuter TMax <br />bagai superbike

Kuasa skuter TMax
bagai superbike

Oleh SHAWKATH AZDE


HLYM masih belum memutuskan sama ada mahu menawarkan semula model ini ke pasaran tempatan atau sebaliknya.


KIRA-KIRA 13 tahun lalu, Yamaha dikatakan menjadi pencetus kepada kelahiran kelas skuter maxi menerusi pengenalan model TMax. Segmen itu kemudiannya berkembang dengan ketibaan beberapa model pesaing baharu termasuk BMW dan Aprilia.

Di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pernah menawarkan model TMax ke pasaran domestik namun jualan dihentikan tanpa sebarang penjelasan. Ketiadaan TMax 530 ABS dari HLYM itu akhirnya membuka peluang bisnes kepada syarikat-syarikat lain untuk mengimport model berkenaan ke Malaysia.

Bukan mudah untuk menjual model TMax 530 ABS berikutan persaingan sengit daripada jenama skuter dari Korea Selatan yang kian menambat hati pengguna.

Biarpun begitu, HLYM ada menyimpan seunit TMax 530 ABS edisi 2012 bersama beberapa model lain dalam muzium mininya di Sungai Buloh (Selangor). Model itu sekadar hiasan.

Sekali pandang, skuter maxi itu lebih sesuai untuk pemandu tinggi lampai dan berbadan besar. Bagi penunggang yang berfizikal kecil seperti penulis, kena berfikir dua kali sebelum melabur untuk model itu. Harga anggaran model ini ialah RM65,000 seunit.


TARIKAN roda belakang dilakukan dengan penggunaan tali sawat.


Skuter berkuasa tinggi itu mengguna pakai beberapa komponen daripada beberapa model Yamaha sebelum ini. Antaranya, lampu belakang dari YZF R1, lampu hadapan dan sistem pancitan bahan api YZF R6. Jadi tidak hairanlah model itu tampak sporty biarpun agak panjang.

Sistem operasinya tipikal sebuah skuter konvensional. Pulas sahaja pendikit, TMax 530 ABS membekalkan kuasa ibarat sebuah superbike kelas pertengahan. Sistem transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT) cukup lancar sehingga berjaya menghilangkan kesan engine breaking apabila melepaskan pendikitnya.

Mudah bosan

Penunggang perlu bijak mengawal perahan pendikit dan meletakkan kepercayaan pada sistem brek cakera antikunci untuk memperlahankan luncuran skuter berkenaan. Tindak balasnya lincah di kawasan lebuh raya. Cuma ketika mengharungi keadaan trafik waktu puncak di Kuala Lumpur, ia cukup melecehkan.

Pelananya lebar membolehkan keselesaan tunggangan dinikmati. Posisi hendal pula membenarkan tunggangan secara santai. Segala butang kawalan mudah dicapai jari tanpa perlu mengalihkan fokus ketika menunggang.

Ruang simpanan disediakan di bawah pelana sedikit menghampakan. Ia tidak seluas kemudahan yang ada pada skuter BMW. TMax 530 ABS hanya membenarkan simpanan satu topi keledar sahaja. Jika BMW C650, ia boleh memuatkan dua topi keledar tanpa masalah.


INSTRUMEN meter sedikit mengelirukan dan kurang mesra penunggang tempatan.


Instrumen meter sememangnya komprehensif tetapi agak mengelirukan kerana meter laju mengutamakan paparan analog MPH berbanding KM/J. Ia mengganggu fokus penunggang baharu kerana terpaksa memandang meter lebih lama untuk mengetahui tahap kelajuan.

Kadar penggunaan bahan api boleh diberi sedikit pujian kerana masih berada dalam kategori menjimatkan. Satu tangki penuh boleh mencapai jarak sekurang-kurangnya 230 kilometer.

Apa yang penulis gemari ialah tindak balas sistem suspensinya. Ia cekap menyerap hentakan dari permukaan tidak rata dan membekalkan keseimbangan yang diperlukan dalam tunggangan kelajuan tinggi mahupun perlahan.

Bagi penulis, skuter ini lebih sesuai untuk kembara hujung minggu atau kegunaan dalam bandar kecil. Tiada masalah jika mahu menggunakannya dalam kawasan bandar besar, cuma bersedialah untuk menempuh keadaan trafik harian. Lama-lama boleh jadi bosan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Misi cari MH370 kini di bawah air

Posted:

Misi cari MH370 kini di bawah air

Misi cari MH370 kini di bawah air

PERTH - Usaha menjejaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kini diperluas kepada pencarian di dasar laut bagi mengesan kotak hitam pesawat yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, pada masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan.

Beliau berkata, kapal Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia dan HMS Echo milik Tentera Laut Diraja British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu di laluan sepanjang 240 kilometer (km) di selatan Lautan Hindi.


PARA petugas sebuah kapal milik Australia memeriksa dron jenis Bluefin 21 yang digunakan untuk mengesan pesawat MH370 di Lautan Hindi semalam.


"Menggunakan Towed Pinger Locator (TPL) milik Tentera Laut Amerika Syarikat, kedua-dua kapal akan melakukan pencarian dalam satu laluan sejauh 240km," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Ini merupakan kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370 tersebut.

Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Bersama 658 Laksamana Pertama, Peter Leavy dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, usaha mengesan akan dilakukan pada kedalaman sekurang-kurangnya 3,000 meter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Keluarga rayu pihak berkuasa terus kesan pesawat

Posted:

Keluarga rayu pihak berkuasa terus kesan pesawat

Keluarga rayu pihak berkuasa terus kesan pesawat


SELAMAT menunjukkan gambar Mohd. Khairul Amri yang merupakan salah seorang penumpang pesawat MH370 di Putrajaya baru-baru ini.


ALOR SETAR - Kebanyakan keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 merayu pihak berkuasa terus berusaha keras mencari pesawat itu biarpun berdepan tempoh kritikal kerana jangka hayat bateri kotak hitam berakhir esok.

Tan Tuan Lay, 53, ibu kepada salah seorang penumpang pesawat itu, Chew Kar Mooi, 31, berkata, dia sedar usaha mencari MH370 di Lautan Hindi ternyata sukar, namun, keluarganya berharap semua penumpang serta kru dapat ditemui semula.

Ceritanya, ingatan dan rasa kerinduan terhadap anak kedua daripada empat beradik tersebut semakin menebal setiap kali menatap gambar Kar Mooi.

"Satu-satunya harapan saya mahu Mooi ditemui semula dan saya yakin semua keluarga penumpang dan kru pesawat terbabit berkongsi harapan yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

KLIA2 selamat digunakan, keretakan telah dibaiki

Posted:

KLIA2 selamat digunakan, keretakan telah dibaiki

KLIA2 selamat digunakan, keretakan telah dibaiki


KLIA2 yang kini telah siap akan beroperasi sepenuhnya pada 2 Mei ini.


SEPANG - Terminal penerbangan tambang murah baharu, KLIA2, selamat digunakan setelah keretakan landasan kapal terbang dibaiki, kata Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad memberitahu, isu keretakan tersebut tidak akan mengganggu keseluruhan operasi terminal itu yang akan dibuka pada 2 Mei ini.

Azmi juga berkata, keretakan yang berlaku di landasan kapal terbang itu adalah normal dan bukan keretakan struktur.

Beliau berkata, proses kejuruteraan biasa memadai menyelesaikan masalah itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Kebenaran berpihak kepada kami'

Posted:

'Kebenaran berpihak kepada kami'

'Kebenaran berpihak kepada kami'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Aksi antara Johor DT dan T-Team pada pusingan kedua Piala FA di Larkin 1 Februari lalu.


KETUA Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh menyifatkan The Titans membuat keputusan betul apabila menarik diri daripada meneruskan aksi pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Rasid memberitahu, kebenaran kini berpihak kepada T-Team selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman denda RM30,000 kepada Johor DT ekoran insiden 'Terowong Larkin' itu.

Menurut Rasid, keputusan FAM itu juga telah 'membuka mata' ramai pihak bahawa Johor DT bersalah kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan mencukupi.

"Jika tanya kepada saya, (FAM) tak payah nak denda (Johor DT) RM30,000... denda RM1 pun sudah cukup.

"Sudah jelas kami tidak bersalah. Kami telah mengemukakan bukti kepada FAM ekoran insiden yang berlaku di Larkin.

"Pemain kami tidak menyerang mana-mana pemain lawan sebaliknya pemain kami sendiri yang diugut. Sudah jelas kami berada di pihak yang benar," kata Rasid ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kelmarin, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menempelak keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang hanya mengenakan denda RM30,000 kepada Johor DT ekoran insiden 'panas' di Larkin.

Beliau berkata, keputusan itu mengundang kemarahan Terengganu berikutan tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam kes berkenaan yang masih meninggalkan banyak persoalan.

Ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad itu, Rasid berkata: "Sudah tentu beliau tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

"Namun, secara peribadi saya berpendapat keputusan itu juga adalah tepat bagi membuktikan kami tidak bersalah dalam hal ini (menarik diri daripada meneruskan aksi babak kedua pada pusingan kedua Piala FA).

"Seorang pemain T-Team (Elvado Rodrigues) dan jurulatih kecergasan (Stefano Impagliazzo) telah dikasari ketika mereka menuju ke bilik persalinan selepas tamat aksi babak pertama.

"Disebabkan itu, kami telah membuat laporan polis mengenai insiden yang berlaku di dalam terowong di stadium tersebut," katanya.

Bertindak hasil bukti sedia ada

Posted:

Bertindak hasil bukti sedia ada

Bertindak hasil bukti sedia ada

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


PENGENDALI Johor DT, Cesar Ferrando Jimenez berbincang dengan
pengadil setelah T-Team enggan meneruskan aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar kecil) berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mampu menyelesaikan sendiri kes 'Terowong Larkin' yang tercetus pada 1 Februari lalu.

Menurut Khairy Jamaluddin, FAM boleh mengambil tindakan berdasarkan bukti dan siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

"Dari satu sudut, saya faham FAM tidak boleh mendahului siasatan polis, dari satu (sudut) lagi, saya juga rasa tidak akan ada apa-apa hasil daripada siasatan polis tersebut.

"Ia turut bergantung kepada bukti, kalau polis mahu bawa ke mahkamah ia mestilah tanpa keraguan.

"Saya tidak tahu burden of proof (beban bukti) yang FAM pakai, kalau mereka pakai balance of probabilities (imbangan kebarangkalian), ia tidak perlu sampai melebihi reasonable doubt (keraguan munasabah)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Persatuan-Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Khairy Jamaluddin berkata, FAM perlu memahami bahawa pihak polis memerlukan bukti kukuh sebelum melakukan siasatan.

"Masalah sekarang ada saksi tetapi berdasarkan kepada keterangan saksi sahaja kerana tidak ada apa-apa rakaman.

"Jadi, jika FAM boleh buat berdasarkan imbangan kebarangkalian, ia boleh mengambil tindakan, polis pula lain... mereka perlu melebihi keraguan munasabah sebelum melakukan siasatan.

"Jadi FAM kena faham kalau polis tidak boleh selesaikan siasatan itu kerana tidak cukup bukti, mereka boleh mengambil tindakan berdasarkan bukti yang mereka ada," ujarnya.

Selasa lalu, Jawatankuasa FAM yang bersidang kira-kira 10 jam hanya mengenakan denda RM30,000 ke atas Johor Darul Takzim (Johor DT) yang didapati bersalah kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan mencukupi pada aksi pusingan kedua Piala FA menentang T-Team, 1 Februari lalu.

Dalam perlawanan tersebut, T-Team menarik diri daripada meneruskan aksi babak kedua apabila pemain importnya, Elvado Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo mendakwa mereka dikasari di dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin selepas tamat babak pertama.

Dalam sidang akhbar pada hari yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak memberitahu, pihaknya tidak akan meneruskan siasatan kes itu kerana ia kini disiasat pihak polis.

Taufek turut memaklumkan bahawa Johor DT masih dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut disebabkan denda itu bukan paling minimum.

Darby diminta undur diri secara terhormat

Posted:

Darby diminta undur diri secara terhormat

Darby diminta undur diri secara terhormat

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my



PEMINAT serta penyokong setia The Red Warriors sudah hilang sabar dengan percaturan pengendali Kelantan, Steve Darby.

'Api kemarahan' mereka terhadap Darby semakin marak selepas Kelantan tewas 0-4 kepada wakil Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam aksi Kumpulan G Piala AFC di Stadium Ninh Binh, Vietnam kelmarin.

Rata-rata penyokong Kelantan berpendapat Darby gagal melaksanakan tugasnya dengan baik sehingga menjejaskan reputasi The Red Warriors sebagai antara pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Malaysia.

Justeru, mereka mendesak Darby melepaskan jawatan sebagai pengendali Kelantan kerana menyifatkan kekalahan kepada Vissai Ninh Binh mencemarkan maruah bola sepak negara.

Bagi Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB), sudah tiba masanya Darby bertanggungjawab ekoran prestasi hambar Kelantan dengan melepaskan jawatan secara terhormat.

Presiden TRW KB, Mohd. Zainy Mohd. Zain berkata, Darby sepatutnya tidak mengambil mudah saingan Piala AFC kerana ia melibatkan imej pasukan dan bola sepak di negara ini.

Menurut Zainy, Darby seharusnya mempertaruhkan barisan terbaik dalam perlawanan tersebut bagi memberikan cabaran kepada pihak lawan dan membuktikan Malaysia tidak ketandusan pasukan hebat untuk bertanding di peringkat Asia Tenggara.

"Saya cukup kecewa dengan percaturan Darby dalam perlawanan itu, pemain dilihat seolah-olah hilang punca dan pening dengan taktikal yang diterapkan beliau.

"Pada saya pemain telah memberikan persembahan terbaik, namun dimusnahkan oleh kesilapan dalam membuat percaturan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Zainy memberitahu, secara jujur penyokong Kelantan sebenarnya sudah 'loya' dengan pelbagai alasan yang diberikan Darby.

"Jika bagi tumpuan kepada saingan Liga Super, kenapa kita berada tangga keenam dalam carta liga?

"Apa yang pasti, satu mata daripada lima perlawanan adalah pencapaian terbaik Darby," tegasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kecewa kerana tidak terpilih, pemandu ambulans ugut bunuh diri

Posted:

Kecewa kerana tidak terpilih, pemandu ambulans ugut bunuh diri

Kecewa kerana tidak terpilih, pemandu ambulans ugut bunuh diri

04/04/2014 8:26pm

KUALA LUMPUR - Gara-gara kecewa kerana tidak terpilih untuk temu duga jabatan, seorang pemandu ambulans mengugut mahu membakar dirinya di dalam ambulans di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, cubaan membunuh diri oleh pemandu berusia 43 tahun itu tidak kesampaian selepas berjaya dipujuk oleh isterinya sebelum diselamatkan oleh anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, pemandu tersebut bertindak mengurungkan diri di dalam ambulans bersama sebuah tong minyak petrol kerana kecewa tidak terpilih untuk menghadiri temu duga itu.

"Maklumat awal mengenai insiden itu diperolehi daripada seorang kakitangan institut itu yang memberitahu terdapat seorang pemandu ambulans ISN mengurungkan diri dalam sebuah ambulans bersama sebuah tong minyak," katanya dalam kenyataan di sini.

Susulan maklumat itu, katanya, anggota polis dan bomba tiba di lokasi kejadian dan menemui pemandu tersebut yang mengugut untuk membakar diri.

"Usaha memujuknya berjaya dilakukan setelah isteri lelaki itu datang ke lokasi dan lelaki itu dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan perubatan," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh diri. - Bernama

RapidKL sediakan 15 bas pengantara pada 12-13 April

Posted:

RapidKL sediakan 15 bas pengantara pada 12-13 April

RapidKL sediakan 15 bas pengantara pada 12-13 April

04/04/2014 8:23pm

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn. Bhd. (RapidKL) akan menyediakan 15 bas pengantara bagi memudahkan pergerakan 110,000 penumpang RapidKL Monorail Line pada 12 dan 13 April berikutan penggantungan sementara perkhidmatan itu.

Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Hadi Amran berkata, perkhidmatan pengantara itu akan meliputi 11 stesen monorel terbabit.

"Kemudahan itu disediakan di tiga laluan iaitu KL Sentral-Bukit Bintang, Titiwangsa-Bukit Bintang dan KL Sentral-Titiwangsa dengan tambang RM1 bagi setiap perjalanan atau 50 sen bagi mereka yang menggunakan kad konsesi.

"Perkhidmatan bas pengantara ini diadakan dengan kekerapan setiap 15 minit, bergantung kepada keadaan lalu lintas pada dua hari berkenaan," katanya pada majlis taklimat 'KL Monorail Fleet Expansion Project' (KLMFEP) di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, penggantungan sementara perkhidmatan monorel itu dilakukan untuk menaik taraf sistem pengisyaratan monorel, yang menjadi sebahagian daripada KLMFEP.

Penggantungan itu bermula pada 12 tengah malam 12 April hingga 4 pagi 14 April sebelum perkhidmatan beroperasi seperti biasa mulai 6 pagi 14 April.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi RapidKL Helpline di talian 03-78852585 atau melayari www.myrapid.com.my. - Bernama

Operator kren mengaku tidak bersalah sebabkan kematian polis trafik

Posted:

Operator kren mengaku tidak bersalah sebabkan kematian polis trafik

Operator kren mengaku tidak bersalah sebabkan kematian polis trafik

04/04/2014 7:46pm

KLANG - Seorang operator kren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan berasingan termasuk satu pertuduhan pindaan dengan niat membunuh seorang anggota polis trafik, Lans Koperal Anwar Jaharudin di Taman Kandis Permai, di sini pada 21 Februari lalu.

Tertuduh, W. Thiruselvan juga berhadapan empat lagi pertuduhan termasuk dua pertuduhan bersama memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah besi tajam, menyimpan lori curi, tidak membawa kad pengenalan dan juga cubaan membunuh diri.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Kandis Permai, dan lokap Balai Polis Klang, masing-masing pada 21 dan 28 Februari lalu.

Thiruselvan mengaku bersalah bagi kesalahan tidak membawa kad pengenalan dan juga cubaan membunuh diri dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dari tarikh tangkap.

Sementara itu, rakannya yang merupakan seorang penganggur, Mohd. Jefry Rahmat, 29, pula berhadapan dua lagi pertuduhan berasingan iaitu tidak membawa kad pengenalan dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu masing-masing di perkarangan Mahkamah Klang dan Taman Kandis Permai, di sini masing-masing pada 1 April dan 21 Februari lalu.

Mohd. Jefry dijatuhi hukuman penjara masing-masing lapan dan 12 bulan dan sebatan dua kali.

Hukuman penjara diarah dijalankan serentak dari tarikh tangkap.

Majistret Mohd. Fadhly Yaacob menetapkan 15 Mei hadapan untuk sebutan semula semua kes lain yang tidak dijatuhi hukuman.- KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pakar ramal serpihan MH370 akan hanyut ke pantai

Posted:

Pakar ramal serpihan MH370 akan hanyut ke pantai

Pakar ramal serpihan MH370 akan hanyut ke pantai

REUTERS
GAMBAR yang dikeluarkan Pasukan Pertahanan Australia semalam menunjukkan kapal KD Lekiu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (kiri) berlabuh di Pangkalan Armada Tentera Laut Diraja Australia dekat Perth.


PERTH - Bukti pertama sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas di Lautan Hindi mungkin dijumpai apabila serpihan pesawat itu hanyut ke pantai dalam tempoh beberapa minggu lalu, menurut laporan akhbar South China Morning Post semalam.

Pakar-pakar Oseanografi berkata, arus dan tiupan angin kemungkinan menghanyutkan serpihan pesawat MH370 yang terapung di kawasan pantai di barat Australia.

Seorang pakar Oseanografi, Dr. Alec Duncan dari Universiti Curtin di sini berkata, angin yang bertiup akan menolak serpihan ke bahagian barat tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa bulan kerana kawasan carian terletak jauh dari daratan.

Katanya, terdapat kemungkinan serpihan pesawat itu dihanyutkan ke kawasan pulau yang terdapat di Lautan Hindi.

Seorang lagi pakar, Erik van Sebille berkata, sekiranya pesawat itu terhempas berhampiran Australia terdapat peluang cerah ada serpihan yang akan dihanyutkan ke pantai.

Satu model janaan komputer yang dicipta Sebille yang menjejaki sampah lautan adalah berdasarkan data sebelum ini yang mencadangkan sesuatu yang terapung kira-kira 1,800 kilometer dari Australia mengambil masa selama enam bulan untuk sampai ke darat.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kemungkinan sukar untuk mengenal pasti sesuatu serpihan kerana ia sudah lusuh akibat terlalu lama di laut.

"Terlalu banyak sampah di lautan dan jika anda menyiasat setiap objek yang hanyut ke pantai peluang untuk menemui serpihan itu agak tipis," katanya.

Pesawat MH370 dipercayai berakhir di Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

Ia membawa 227 penumpang dan 12 kru. - Agensi

Australia beri jaminan cari MH370

Posted:

Australia beri jaminan cari MH370

Australia beri jaminan cari MH370


Houston


PERTH - Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston memberi jaminan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Australia akan melakukan sedaya upayanya untuk mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang di selatan Lautan Hindi.

Pihak JACC berperanan menyelaras misi mencari pesawat jenis Boeing 777-200 tersebut yang disertai beberapa buah negara di satu lokasi Lautan Hindi kira-kira 1,700 meter dari barat Perth.

"Saya memberi jaminan bahawa Australia melakukan apa yang termampu bagi membantu Malaysia mencari pesawat MH370 dan mengambil apa yang kita boleh di Lautan Hindi," kata Houston di pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Pearce dekat sini.

Katanya, sebanyak 10 buah pesawat dan sembilan kapal telah mencari di satu kawasan seluas 237,000 kilometer persegi di Lautan Hindi kelmarin.

"Sebanyak lapan buah pesawat dan sembilan kapal akan meluaskan sedikit pencarian di bahagian utara hari ini (semalam)," tambah Houston yang merupakan bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia.

Ujarnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia terus mencari di kawasan di mana pesawat itu mungkin terhempas berdasarkan analisis ternikal. - Agensi

Penyiasat percaya seseorang di dalam MH370 bertanggungjawab alih haluan

Posted:

Penyiasat percaya seseorang di dalam MH370 bertanggungjawab alih haluan

Penyiasat percaya seseorang di dalam MH370 bertanggungjawab alih haluan

LONDON - Pihak berkuasa Malaysia menegaskan bahawa seseorang yang berada di dalam pesawat bertanggungjawab terhadap kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) pada 8 Mac lalu, lapor akhbar Daily Telegraph kelmarin.

Lapor akhbar itu, para penyiasat masih percaya sistem komunikasi ditutup dan pesawat itu membelok ke arah barat ketika di Teluk Siam yang dilakukan dengan sengaja.

Dua sumber rasmi yang rapat dengan siasatan itu berkata, terdapat tiga sebab utama para penyiasat percaya gerakan pesawat tersebut sebelum ia dilaporkan hilang daripada radar adalah disengajakan.

Pertama, komunikasi pesawat atau transponder yang dimatikan ketika proses penyerahan pesawat itu dari pusat kawalan trafik udara Malaysia kepada pusat kawalan trafik udara Vietnam.

Para penyiasat berkata, pada waktu itu kehilangan pesawat daripada radar adalah paling kurang disedari oleh pusat kawalan trafik kedua-dua negara.

"Ini adalah waktu paling berharga untuk menghilangkan sebuah pesawat dan waktu itu telah dieksploitasikan," kata sumber.

Petunjuk kedua adalah laluan pesawat tersebut selepas ia hilang daripada radar menunjukkan ia telah diprogramkan untuk beralih arah secara sengaja. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Penggerak kempen kanser payudara

Posted:

Penggerak kempen kanser payudara

Penggerak kempen kanser payudara

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

DARI kiri: Soo Hwang, Billy, Ruthra Ganesan dan Norliza memegang poster Be Frank: Program Pendandan Rambut.


KEDATANGAN pelanggan pertamanya pagi itu disapa dengan ucapan mesra sambil menguntum sebuah senyuman ikhlas.

Dia segera menyediakan kerusi dan mengenakan kain pelapik rambut pada wanita berusia 30-an itu. Setelah diberitahu tentang perkhidmatan yang diinginkan, jari-jemarinya mula 'menari-nari' di atas kepala pelanggan untuk merapikan rambut yang sedikit kusut, mungkin kerana ditiup angin pagi.

Cuba mendekati pelanggannya, Billy Lim, 50, bertanyakan beberapa soalan biasa yang sering diungkap apabila berjumpa dengan pelanggan baharu. Selang beberapa minit, dia sudah boleh bergelak ketawa dengan pelanggannya, Jasvin Sidhu, 37.

Namun, di sebalik mewujudkan suasana harmoni di dalam salonnya, anak kelahiran Kedah itu mempunyai agenda tersendiri, iaitu menyampaikan amanat yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah dan mula berbicara tentang kesihatan pelanggannya. Apabila menemui satu titik perbualan yang sesuai, Billy terus membuka topik berkenaan penyakit nombor satu menyerang wanita iaitu kanser payudara.

Ternyata, tidak sekadar memberikan perkhidmatan kecantikan luaran, Billy memainkan peranan sebagai 'kawan' dengan berkongsi maklumat tentang kecemerlangan kesihatan dalaman.

Dia yang telah berkecimpung dalam dunia dandanan selama 15 tahun telah membuka sudut perspektif berbeza dalam kerjayanya iaitu menjadi penggerak Yayasan Penyelidikan Inisiatif Kanser (CARIF) untuk kanser payudara.

JASVIN membaca risalah kanser payudara yang diletakkan di atas meja cermin sementara menunggu rambutnya siap dikeringkan.


Penglibatan

Penglibatannya merupakan salah satu usaha CARIF dalam kempen Be Frank: Program Pendandan Rambut yang dilancarkan pada Februari 2013.

Program tersebut berjaya mencuri perhatian Yayasan Prihatin Berjaya untuk membantu dari segi dana. Acara tersebut turut menerima anugerah untuk Pemeriksaan Payudara Terbaik dan Pertandingan Kesedaran Philips daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia pada Ogos 2013.

Sejak tahun lalu, seramai 30 orang pendandan rambut telah dilatih dan diajar mengenai kanser payudara dan berjaya meningkatkan kesedaran kira-kira 800 wanita.

Menurut Billy, saranan yang diberi merupakan antara salah satu bentuk tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Salon bukan sekadar tempat untuk mencantikkan diri, tetapi kebiasaannya menjadi ruang bagi mereka yang penat bekerja merehatkan minda dengan berkongsi aktiviti seharian bersama pendandan.

"Jadi, saya yakin pendandan rambut adalah orang yang paling dekat dengan orang ramai dan diberi 'kebenaran' untuk bercakap mengenai hal yang lebih serius seperti kanser payudara. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan status profesion pendandan rambut di mata dunia," jelasnya ketika ditemui di salonnya, MTH Salon di Petaling Jaya, Selangor.

Bagi Jasvin, dia tidak berasa segan berbicara tentang kanser payudara atau mengambil saranan yang diberikan secara negatif.

Perkongsian tersebut dianggap sebagai satu peringatan yang disampaikan dengan cara yang lebih mesra dan tidak terlalu serius seperti perbincangan di dalam bilik doktor.

"Perkara ini sering diambil mudah oleh masyarakat Malaysia, terutama mereka yang tinggal di bandar dan sibuk bekerja tanpa mengutamakan keadaan kesihatan dalaman.

"Justeru, perkongsian mengenai kanser payudara antara pendandan rambut dan pelanggan merupakan kaedah yang paling sesuai. Ia juga lebih natural dan mudah difahami serta tidak terlalu berat dengan statistik atau bahasa perubatan seperti yang digunakan oleh doktor," jelasnya sambil memberitahu telah membuat pemeriksaan payudara pada awal tahun lalu.

Dalam pada itu, di atas meja cermin di hadapan pelanggan juga diletakkan beberapa risalah berkenaan kanser payudara.

Risalah-risalah tersebut dibekalkan oleh pihak CARIF dalam meraih keyakinan pelanggan terhadap apa yang cuba disampaikan oleh pendandan rambut.

Selain risalah, CARIF turut membekalkan baucar ujian mamogram secara percuma yang bernilai RM238 kepada beberapa buah salon sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya dalam menggalakkan kaum wanita menjalani pemeriksaan payudara.


PELANGGAN perlu mengisi borang selidik sebelum diberikan baucar pemeriksaan mamogram bernilai RM238.


Bagaimanapun, bagi pemilik salon Norliza Hair and Beauty, Norliza Mohd. Hashim, terdapat segelintir pelanggannya menolak mentah-mentah apabila dia cuba menyampaikan saranan mengenai kanser payudara.

"Ada yang memberitahu saya mereka malu untuk bercakap mengenai aset kaum wanita itu. Jadi, saya perlu menghormati keputusan mereka.

"Namun, kadangkala saya memujuk mereka bergantung kepada perwatakan individu terbabit. Ini kerana setiap penolakan meningkatkan jumlah kemungkinan wanita menghadapi kanser payudara," jelasnya ketika ditemui di salonnya di seksyen 9, Shah Alam.

Takut

Pelanggan Norliza, Noor Haniza Mohd. Yunen, 46, berkata, dia pada mulanya takut untuk membuat pemeriksaan payudara dan hanya melakukannya apabila diberi galakkan ketika membuat rawatan rambut.

"Awalnya, saya hanya menerima baucar yang diberikan tetapi tidak pergi ke hospital untuk menjalankan rawatan.

"Ini kerana saya mendengar khabar angin daripada rakan-rakan tentang kesakitan ketika membuat mamogram. Namun, setelah diterangkan oleh Norliza tentang wanita berusia 40 ke atas lebih berpotensi untuk mendapat kanser payudara, saya akhirnya memberanikan diri melakukan ujian tersebut," jelasnya.

Ketua Eksekutif CARIF, Prof. Dr. Teo Soo Hwang berkata, program tersebut menggunakan pendekatan seperti yang dibuat oleh masyarakat Amerika Afrika pada sekitar tahun 2000 dalam usaha memerangi kanser.

Ini kerana, masyarakat Amerika Afrika kerap mengunjungi salon atau kedai rambut untuk mencantikkan rambut kerinting mereka.

Menurut artikel daripada agensi berita abc, kira-kira seramai 4,000 pendandan rambut di Amerika Syarikat (AS) telah diberi pendidikan tentang kanser prostat dan menjalankan kempen pemeriksaan untuk pelanggan lelaki.


WANITA berusia 40 tahun ke atas digalakkan membuat pemeriksaan mamogram.


"Kita turut mengguna pakai kaedah tersebut kerana ia dianggap berjaya dan di AS kini semakin ramai pendandan rambut dipanggil untuk menyampaikan maklumat berkenaan dengan penyakit lain.

"Malah, dalam satu persidangan antarabangsa strok pada Februari lalu, penyelidik AS melaporkan kedai-kedai kecantikan di bandar itu merupakan tempat yang ideal untuk membantu wanita Amerika Afrika belajar tentang tanda-tanda amaran strok dan mencegah serangan maut tersebut," jelas Teo ketika ditemui di Pusat Perubatan Sime Darby Ara Damansara, Selangor.

Menurutnya, setiap 16 buah salon yang terlibat turut dibekalkan dengan borang selidik mengenai kefahaman dan kesedaran pelanggan mengenai kanser payudara.

Borang-borang tersebut perlu diisi oleh pelanggan sebelum menerima baucar pemeriksaan mamogram secara percuma hanya di Pusat Perubatan Sime Darby.

Satu kajian mengenai tahap kesedaran akan dibuat oleh CARIF berdasarkan kutipan data dan kehadiran pelanggan yang membuat pemeriksaan mamogram.

"Saya berharap dengan kerjasama pendandan rambut, kami dapat memantapkan cara memerangi kanser, sekali gus mengurangkan kes-kes baharu kanser payudara.

"CARIF juga akan menawarkan kursus kepada pemilik-pemilik salon yang berminat untuk menyertai kempen ini pada 21 April ini di Pusat Perubatan Sime Darby Ara Damansara," jelasnya.

Terdahulu, tahun lalu CARIF telah mengagihkan sebanyak 2,000 baucar percuma di salon-salon yang terlibat dengan sasaran pengunjung wanita berusia 40 tahun ke atas.

Teo memberitahu pada tahun ini jumlah baucar tersebut akan ditambah dan kawasan salon diperluas.

Kes payudara terus catat angka tertinggi

Posted:

Kes payudara terus catat angka tertinggi

Kes payudara terus catat angka tertinggi


SERAMAI 10 orang penyelidik CARIF giat menjalankan eksperimen mencari rawatan terbaik untuk kanser payudara.


SABAN hari semakin ramai manusia yang diserang penyakit seperti kanser. Ironiknya, walaupun ramai mengetahui mengenai bahaya kanser, namun tidak ramai yang mengambil berat tentangnya.

Menurut Ketua Eksekutif Yayasan Penyelidikan Inisiatif Kanser (CARIF), Prof. Dr. Teo Soo Hwang, penyakit kanser merupakan penyakit yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

"Kanser boleh berlaku disebabkan oleh penyakit genetik dan gaya hidup individu. Kanser boleh dikesan pada peringkat awal menerusi pemeriksaan kesihatan secara terperinci.

"Namun, mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser disarankan membuat pemeriksaan kesihatan berterusan," jelasnya.

Menurut statistik kanser oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 18,219 kes baharu dilaporkan pada tahun 2007. Seramai 8,123 daripadanya ialah penghidap lelaki dan selebihnya wanita. Namun, etnik yang mencatatkan kes kanser baharu tertinggi ialah Cina, iaitu 3,650 kes, diikuti Melayu (3,093 kes) dan India (462 kes).

Bagaimanapun, daripada 12 jenis kanser yang dilaporkan, kanser payudara berada pada kedudukan teratas.

"Berdasarkan statistik tersebut, kanser payudara mencatatkan kes sebanyak 3, 292, iaitu 18 peratus berbanding kanser kolorektum 2,246 serta kanser trakea, bronkus dan paru-paru mencatatkan sebanyak 1,865.

"Daripada jumlah kanser payudara tersebut, 3,242 terdiri daripada penghidap wanita. Tetapi secara terperinci mengikut etnik, wanita Melayu menjadi penyumbang utama dengan 1,432 kes, diikuti Cina 1,343 dan India 297," jelasnya.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2013, lebih 508,000 wanita meninggal dunia pada tahun 2011 akibat kanser payudara dan jumlah itu dipercayai akan terus meningkat.

"Bimbang dengan angka yang semakin besar, sejak ditubuhkan pada tahun 2000, CARIF menjadi antara penggerak paling aktif dalam berusaha memujuk rakyat Malaysia melakukan pemeriksaan awal dan meningkat kesedaran mengenai bahaya kanser.

"Baru-baru ini antara program yang dijalankan oleh CARIF termasuklah Be Frank: Kempen Bantu Perangi Kanser dan Be Frank: Program Pendandan rambut," jelasnya.

Dalam pada itu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah survival kanser paling rendah berbanding Korea dan Singapura.

Didik pelajar tatatertib menaiki bas sekolah

Posted:

Didik pelajar tatatertib menaiki bas sekolah

Didik pelajar tatatertib menaiki bas sekolah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


MOHAMAD HALIM bersalaman dengan kanak-kanak yang terlibat dalam program Be Smart dan SafetyBus di Hotel Seri Pacific baru-baru ini.


DI sebalik kesesakan lalu lintas di hadapan Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, lokasi berlangsungnya Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) baru-baru ini, sekumpulan kanak-kanak tetap ceria mengikuti program tersebut.

Memakai persalinan berwarna-warni yang tertera perkataan Be Smart, masing-masing berjalan penuh semangat menuju ke sebuah bas yang diletakkan tidak jauh dari hotel berkenaan.

Sambil berpegangan tangan dan berjalan dalam satu barisan, kanak-kanak pra-sekolah dari Smart Reader Kids Ukay Perdana, Ampang, Selangor ini kemudian diarahkan menaiki bas tersebut.

Suasana yang pada mulanya riuh dengan suara mereka berubah senyap apabila melihat kehadiran seorang anggota polis trafik di dalam bas tersebut.

Taklimat

Kemudian, tanpa berlengah Sub Inspektor Mustafa Zaini yang dibantu oleh Inspektor Ummul Hidayah Khadari dan Koperal Noraziman Abdullah terus menjalankan tugas mereka iaitu memberi taklimat mengenai aspek keselamatan jalan raya.

Ada dalam kalangan kanak-kanak itu terangguk-angguk kepala mendengar penerangan yang diberikan. Tidak kurang juga yang tersenyum simpul, mungkin tidak mengerti apa yang diperkatakan.


MENDIDIK anak-anak mengenai peraturan menaiki bas perlu dilakukan pada awal usia agar sikap positif ini dapat diteruskan hingga dewasa.


Menurut Mustafa, program Be Smart anjuran Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur itu satu pendedahan yang baik buat kanak-kanak pra-sekolah yang berusia antara empat hingga enam tahun. Ini kerana, kebanyakan mereka menaiki van atau bas untuk ke sekolah.

"Justeru, melalui program sebegini, ia mampu mendidik kanak-kanak agar berhati-hati dan menjaga tatatertib ketika menaiki kenderaan awam.

"Pada usia ini, kanak-kanak mudah menerima nasihat yang diberikan oleh orang dewasa. Jadi, penganjuran program Be Smart ini merupakan satu pendekatan terbaik kerana melibatkan penyertaan di peringkat akar umbi," ujar Penolong Pegawai Latihan Kepolisan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur itu.

Berlangsung selama tiga hari pada 14 hingga 16 Mac lalu, Be Smart adalah satu program khidmat komuniti anjuran hotel terbabit khusus untuk kanak-kanak. Ia bertujuan untuk mendidik mereka mengenai aspek keselamatan jalan raya dan peraturan menaiki bas sekolah.

Seramai 150 kanak-kanak dari tiga pra-sekolah iaitu Smart Reader Kids Ukay Perdana, Ampang, Selangor; Tadika Cerdik Kami, Setapak dan Tadika Duta Iman, Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur telah terpilih menyertai program ini.


AKSI kanak-kanak dari pra-sekolah Smart Reader Kids Ukay Perdana sewaktu menaiki bas.


Aktiviti utama

Terdapat dua aktiviti utama iaitu SafetyBus yang mengajar mereka mengenai peraturan dan tatatertib menaiki bas seperti cara beratur, etika menyeberang jalan, memakai tali pinggang keledar dan kelakuan di dalam bas.

Bagi aktiviti SmartFun pula, mereka berpeluang mempamerkan bakat dalam tarian dan kreativiti menghias kek cawan.

Kesemua pelajar tersebut dibantu oleh kakitangan hotel yang teruja menyaksikan keletah anak-anak kecil dengan pelbagai ragam dan gaya.

"Kami sangat teruja melancarkan program komuniti Be Smart yang dapat membantu kanak-kanak membuat persediaan awal menghadapi alam persekolahan sebenar.

"Diharap acara ini memberi manfaat kepada mereka sekali gus menjadi insan berperibadi mulia apabila dewasa kelak," kata Pengurus Besar Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Mohamad Halim Merican.

Sementara itu, Pengetua Smart Reader Kids Ukay Perdana, Rizwani Maarof turut melahirkan rasa gembira diundang menyertai program Be Smart kerana kebanyakan pelajar mereka menaiki van ke sekolah.

"Ini merupakan kerjasama pertama kami dengan pihak hotel dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang. Apa yang penting, para pelajar kami seronok mengikuti program Be Smart dan masing-masing menunjukkan komitmen terbaik.

"Selain daripada guru pengiring, kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan kakitangan hotel yang memberi layanan mesra pada rombongan kami," ungkap Rizwani sambil memberitahu, pihak sekolah sentiasa mengadakan pelbagai program dalam usaha memberi kesedaran kepada pelajar mengenai aspek keselamatan jalan raya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved