Rabu, 2 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


The Amazing Spider-Man 2 bukan sekadar bergayut

Posted:

The Amazing Spider-Man 2 bukan sekadar bergayut

The Amazing Spider-Man 2 bukan sekadar bergayut

Tipikal karakter Spider-Man yang kerap dipertontonkan kepada umum sejak beberapa tahun lalu, ia menyaksikan karakter adi wira ini banyak berayun sehingga kadangkala efek yang dibuat nampak tidak asli. Namun, menerusi The Amazing Spider-Man 2, penonton dijanjikan dengan aksi yang lebih bersifat realistik.


WATAK Spider-Man atau Peter Parker pada francais kali ini dihasilkan dengan lebih teliti agar kelihatan lebih realistik.


PADA 27 Mac 2014 bertempat di Marina Bay Sands, Singapura, segerombolan media dari seluruh dunia sudah siap berkampung menanti delegasi yang mewakili kelompok francais filem adi wira paling berpengaruh di dunia, Spider-Man.

Delegasi yang terdiri daripada penerbit, pengarah dan pelakon francais kelima filem tersebut dijadual bercakap tentang proses pembikinan, promosi dan pengalaman mereka sepanjang proses penghasilan The Amazing Spider-Man 2.

Lebih kurang pukul 6.30 petang, Andrew Garfield yang mengenakan kostum Spider-Man muncul dan aksinya memperkenalkan diri menggamatkan suasana dengan kehadiran kira-kira 2,000 peminat di pusat beli -belah itu.

Bagaimanapun, dalam kalangan semua yang hadir, paling terkesan tinggi humor ialah Jamie Foxx yang sangat mesra dan kaya dengan jenaka.

Sedikit kronologi mengenai adi wira ini, Spider-Man bermula dengan komik karya Stan Lee dan Steve Ditco pada tahun 1962 sebelum ia diangkat ke layar lebar dan menjadi fenomena di seluruh dunia.

Barisan pelakon terdahulu seperti Tobey Maguire dan Kirsten Duns telah menyemarakkan francais adi wira ini dengan pulangan yang luar biasa setiap kali ia ditayangkan.

Sehingga kini, tahun 2014 menyaksikan The Amazing Spider-Man 2 kembali di bawah arahan Marc Webb selepas The Amazing Spider-Man berjaya mencatat kutipan melebihi RM2.4 bilion di seluruh dunia pada tahun 2012.

Satu janji yang diberi beliau, filem yang bakal ditayangkan ini disifatkan sebagai lebih realistik dan banyak kesilapan kecil yang sebelum ini tidak diambil kira diperbaiki demi memberi kepuasan kepada peminat.

Filem ini bakal ditayangkan bermula di Sepanyol dan Belgium pada 16 April ini manakala di Malaysia, The Amazing Spider-Man 2 akan menemui penonton pada 1 Mei ini.

Filem francais terbaharu terbitan Avi Arad dan Matt Tolmach ini terus mengekalkan jalan cerita berdasarkan komik asal untuk memastikan watak adi wira itu tidak lari dari jalan cerita sebenar.

Bagaimanapun kali ini, Peter bukan hanya berseronok berayun di antara bangunan pencakar langit dan bersama kekasihnya, Gwen Stacy (Emma Stone) kerana kuasa adi wira itu perlu dibalas dengan harga yang mahal.

Berdepan dengan musuh lebih kuat iaitu Elektro (Jamie Foxx) dan kawan lamanya, Harry Osborn (Dane DeHaan) adalah tugas berat yang menantinya bagi melindungi penduduk New York daripada kejahatan.

"Sukar untuk menjadi Peter Parker tetapi hebat untuk menjadi Spider-Man," kata Andrew Garfield yang kembali memegang watak utama selepas berjaya menghidupkan watak itu dalam The Amazing Spider-Man pada tahun 2012.

Jelasnya, sebagai Peter Parker dia adalah manusia biasa yang mempunyai pelbagai masalah peribadi.

Namun apabila bertukar menjadi Spider-Man, hidupnya berubah dan secara automatik wira itu tahu apa yang perlu dilakukan.

"Spider-Man perlu menjadi seorang yang penuh dengan tanggungjawab tetapi dia tetap dengan perjalanan hidupnya," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton yang berlangsung baru-baru ini.

Tonton tiga bahagian

Sempena kunjungan delegasi Spider-Man itu juga, pihak media diberi peluang untuk menonton tiga bahagian terpilih daripada filem itu selama 30 minit sebelum pergi ke pawagam bermula 16 April ini.

Salah satu babak yang dipertontonkan ialah mengenai kehilangan ibu bapa Peter yang tidak pernah ditayangkan dalam mana-mana francais Spiderman sebelum ini.

Bahagian tersebut menyebut mengenai karier bapanya yang turut bekerja di dalam syarikat Oscorp dan berhadapan konflik sehingga memaksa ibu bapanya meninggalkan Peter bersama ibu saudaranya di New York.

Peter kemudiannya membesar dan bercinta dengan Gwen Stacy di kolej sebelum mereka menamatkan pengajian namun hubungan tersebut turut berdepan dengan cabaran.

Lebih merumitkan keadaan dan menjadikan jalan cerita mencabar apabila musuh yang lebih berkuasa muncul dan antaranya ialah Max ataupun Elektro, seorang lelaki kesepian yang mempunyai kuasa elektrik.

Salah anggap menyebabkan Max yang kesepian dan tidak dipedulikan sesiapa mula membenci Spider-Man menyebabkan dia menjadi semakin kejam dan kuasanya menjadi lebih kuat dengan menyedut tenaga elektrik.

Kemudian, muncul pula rakan lamanya, Harry Osborn yang bersatu dengan Electro untuk sama-sama menentangnya dan menjadikan jalan cerita lebih rumit dan banyak cabaran.

Marc Webb yang kembali mengarahkan filem itu mahu mengekalkan jalan cerita asal dan mengenai karakter sebenar watak itu yang penuh dengan kualiti dan juga sifatnya yang kelakar.

Lebih realistik

"Orang sudah kenal siapa Spider-Man dan Peter Parker namun melalui The Amazing Spider-Man 2 kami menampilkan sisi wira ini dalam bentuk yang lebih realistik dan bukan sekadar hero yang bergayut dari satu bangunan ke bangunan pencakar langit yang lain," katanya.

Jelasnya, ketelitian penulis skrip Alex Kurtzman, Roberto Orci, Jeff Pinkner dan James Vanderbilt bagi menghidupkan semua watak dalam filem ini dalam bentuk yang lebih realistik sangat mengagumkan.

"Penulis berjaya menampilkan watak yang sebenar, sama seperti yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Pasukan ini berjaya mencipta harapan dan juga kisah yang dapat mengaitkan dengan semua orang," katanya.

Jelasnya, antara watak yang paling mencabar untuk dibangunkan ialah Electro dengan elemen elektrik dalam watak itu dan kedua untuk mencari cara untuk menjana kuasa elektrik bagi watak itu.

Menurut penyelia kesan digital filem ini pula, David Alexander Smith, watak Elektro dibangunkan dengan gabungan rangkaian saraf di dalam tubuh manusia yang membawa pencahayaan dalaman dengan membawa cas elektrik.

"Untuk membuat Elektro sebanyak 21 silikon berasingan ditampal pada badan Jamie Foxx," katanya yang menjelaskan secara keseluruhan seramai 150 pereka seni yang mengambil masa setahun untuk membina watak itu.

Dalam pada itu, menurut Marc Webb, keseluruhan filem tersebut menjalani penggambaran sepenuhnya di New York yang merupakan tempat Peter Parker lahir dan membesar seterusnya menjadi Spider-Man.

"Idea untuk menjalankan penggambaran di New York ialah untuk mencetuskan perasaan dan suasana sebenar selain mendekatkan lagi penonton dengan pengembaraan Peter Parker di bandar itu," katanya.

Menurutnya, filem terbaharu ini merupakan satu-satunya filem daripada francais Spider-Man yang menjalani penggambaran sepenuhnya di New York.

Beritahunya lagi, secara keseluruhan filem ini sangar berbeza dengan sebelumnya dari segi skop, intensiti dan juga kemanusiaan.

Beliau turut menyifatkan penulis skrip filem ini sangat bijak untuk membina karakter baharu bagi semua semua watak dalam The Amazing Spider-Man 2 supaya filem ini lebih segar.

"Ia kelihatan sangat realistik, segar namun tidak lari dari konsep asal Spider-Man kerana ia dibuat dengan lebih baik menggunakan cara baharu," katanya.

Kostum Spider-Man pula dibuat menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh dan kelihatan asli. Ia juga kelihatan lebih realistik kerana mengikut jalan cerita, kostum itu dibuat sendiri oleh Peter.

Penerbitnya, Matt Tolmach memberitahu, perbezaan filem ini dengan filem sebelumnya ialah jalan ceritanya kerana dalam The Amazing Spider-Man 2, ia mengisahkan mengenai bagaimana Peter menjalankan tugas sebagai Spider-Man.

"Banyak sifat kemanusiaan di dalamnya (Spider-Man)," katanya yang bekerjasama dengan Avi Arad yang juga merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Marvel Studios dalam menerbitkan filem itu.

Sementara itu menurut Avi, The Amazing Spider-Man 2 adalah lebih baik daripada siri terdahulu selepas banyak kesilapan dilakukan sebelum ini.

Jelasnya, melalui filem ini tenaga produksi bekerja keras dan sudah faham dengan tugas masing-masing sehingga membolehkan filem ini diterbitkan dengan lancar tanpa melakukan banyak kesilapan.

"Ia adalah kerja berpasukan dan semua yang terlibat melakukannya dengan gembira," katanya.

Jamie Foxx yang kali pertama terlibat dengan Spider-Man memberitahu teruja berlakon di dalam filem tersebut kerana filem itu yang memang digemari ramai.

"Sebagai Elektro, saya mahu menjadi lawan yang menggerunkan," katanya.

Bagi Emma pula, memegang watak sebagai Gwen merupakan salah satu peranan penting di dalam filem tersebut.

"Gwen merupakan seorang wanita yang mahu menentukan hala tuju hidupnya sendiri dan tidak terlalu bergantung harap kepada sesiapa termasuk Spider-Man," katanya.

Francais Spider-Man belum pernah gagal

Posted:

Francais Spider-Man belum pernah gagal

Francais Spider-Man belum pernah gagal

Adi wira Spider-Man bukan sahaja dihasilkan dalam bentuk novel atau filem, tetapi ia turut dihasilkan dalam bentuk animasi dan drama.


FILEM Spider-Man yang menggunakan khidmat Tobey Maguire sebagai Spiderman dan Peter Parker serta kekasihnya, Mary Jane lakonan Kristen Dunst dinilai sebagai francais paling laris pada pertama kali ia ditayangkan.


SPIDER-MAN, adi wira yang mempunyai kuasa labah-labah yang pada asalnya merupakan karya komik Marvel Stan Lee.

Siri novel fiksyennya telah ditulis oleh Stan Lee dan Steve Ditko yang pertama kali dipasarkan pada tahun 1962.

Dalam kalangan pembaca novel bersiri, ia terlebih dahulu telah menjadi satu fenomena, sebelum akhirnya Spiderman buat pertama kali telah divisualkan dalam bentuk filem pada tahun 2002.

Filem pertama diberi tajuk Spider-Man diikuti Spider-Man 2, Spider-Man 3 dan The Amazing Spider-Man secara keseluruhan berjaya mendapat kutipan melebihi RM10 bilion.

Kisah yang dipaparkan mengenai kehidupan Peter Parker yang tiba-tiba mendapat kuasa luar biasa sehingga membolehkan dia berayun dari satu bangunan ke bangunan pencakar langit yang lain.

Bagaimanapun, kehadiran beberapa kuasa jahat menyebabkan watak super hero yang membesar dengan ibu saudaranya selepas ditinggalkan ibu bapanya sejak kecil berdepan dengan pelbagai cabaran.

1. Spider-Man

Dihasilkan pada tahun 2002 dengan meletakkan Tobey Maguire sebagai watak utama bersama gandingan heroin, Kirsten Dunst yang memegang watak sebagai Mary Jane.

Karya ini merupakan arahan Sam Raimi dan diterbitkan Laura Ziskin dan Ian Bryce ini menjalani penggambaran di Los Angeles dan New York berjaya mencatat kutipan sebanyak RM2.6 bilion. Ia kemudian telah menjadi filem berdasarkan komik paling berjaya yang diterbitkan pada tahun itu.

Filem yang mengisahkan tentang bagaimana Peter mendapat kuasa luar biasa ini berjaya berjaya mendapat anu gerah untuk kesan visual terbaik dan adunan bunyi terbaik pada majlis Academy Awards ke-75 .


THE AMAZING SPIDER-MAN dianggap sebagai francais paling lemah penghasilannya.


2. Spider-Man 2

Dihasilkan pada tahun 2004 masih di bawah arahan Sam Raimy dengan pelakon utama Tobey Maguire dan Kirsten Dunst dikekalkan.

Spider-Man 2 mula ditayangkan dalam bentuk sistem teater digital (IMAX) dan juga konvensional selain filem ini menerima pujian yang tinggi daripada pengkritik dan yang dianggap sebagai antara filem-filem adi wira terbaik yang pernah dihasilkan.

Filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM2.5 bilion selepas ditayangkan selain turut berjaya memenangi anugerah Academy Awards bagi kategori kesan visual terbaik. Tidak cukup dengan itu, ia juga berjaya mendapat lima anugerah dalam Saturn Awards.

3. Spider-Man 3

Diterbitkan pada tahun 2007 dan menjadi filem terakhir di bawah arahan Sam Raimy. Spider-Man 3 masih mengekalkan Tobey Maguire dan Kirsten Dunst sebagai pelakon utama.

Walaupun filem itu menerima banyak ulasan negatif daripada pengkritik berbanding ulasan baik dari dua filem sebelumnya. Namun siri ini tetap berjaya meraih kutipan tinggi dengan pendapatan sebanyak RM2.9 bilion.

4. The Amazing Spider-Man

Diterbitkan pada tahun 2012 dan kali ini ia menggunakan khidmat pengarah baharu, Marc Webb dengan barisan pelakon baharu iaitu Andrew Garfield sebagai Spider-Man dan Peter Parker.

Manakala watak heroin pula bertukar dari Mary Jane kepada Gwen Stacy yang dilakonkan oleh Emma Stone. Di dalam filem ini, Gwen Stacy merupakan kekasih pertama Peter ketika berada di kolej.

Plot The Amazing Spider-Man dikatakan tidak disusun sebaik filem Spider-Man terdahulu dan terdapat kekeliruan antara segmen percintaan dengan segmen-segmen lain dalam filem ini.

Selepas ditayangkan, filem ini berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM2.4 bilion.

5. The Amazing Spider-Man 2

Akan ditayangkan bermula 16 April ini di Belgium dan Sepanyol sebelum masuk ke pawagam Malaysia pada 1 Mei, filem berdurasi 142 minit itu dikatakan filem Spider-Man paling realistik yang pernah dihasilkan.

Namun sejauh mana kemampuan filem ini hanya akan diketahui selepas tayangannya nanti.

Ia juga masih menggunakan khidmat Andrew Garfield sebagai Spider-Man dan Peter Parker.

Musim sejuk tanpa salji di Lebanon

Posted:

Musim sejuk tanpa salji di Lebanon

Musim sejuk tanpa salji di Lebanon

Kekurangan penurunan salji memberi kesan negatif bukan sahaja terhadap sektor pelancongan, malah pertanian di Lebanon.


PUSAT pelancongan peluncur ski di Faraya terpaksa ditutup kerana salji yang minimum.


APABILA tiba musim sejuk kawasan pergunungan di utara Beirut iaitu Faraya akan diliputi salji sekali gus menjadi tumpuan peluncur salji dan tarikan pelancongan utama di Lebanon.

Bagaimanapun pada musim sejuk tahun ini, pergunungan itu tidak lagi diliputi salji tetapi dipenuhi lumpur, tanah berwarna coklat dan tiada kelibat pelancong seperti tahun-tahun sebelumnya.

Musim sejuk yang panas dan kering yang bukan pada musimnya, diburukkan lagi dengan catatan lapisan salji yang paling nipis memberi kesan terhadap musim tuaian ladang anggur bagi memproses wain di Lebanon.

Di samping berhadapan dengan masalah keselamatan dan politik, perubahan cuaca yang tidak menentu itu menyebabkan penurunan kedatangan pelancong yang paling buruk sejak tiga tahun lalu di negara Mediterranean itu.


PADA tahun ini lokasi pelancongan musim sejuk itu tidak menerima kunjungan pelancong.


Sebelum konflik di Syria berlaku pada tahun 2011, sektor pelancongan menyumbang sebanyak 10 peratus daripada sumber ekonomi.

"Ini adalah pertama kali kawasan pergunungan ini ditutup," kata Pengurus Besar Intercontinental Mzaar iaitu hotel dan rumah persinggahan ski terbesar di Faraya.

Ruang tinjau menyaksikan kawasan pergunungan Faraya kosong, resort dan ruang teres di hotel Intercontinental Mzaar juga begitu.

"Kita pernah mengalami masalah salji yang sedikit, tetapi musim sejuk tanpa salji tidak pernah berlaku," terang Komen kepada Reuters.

Ulasnya lagi, hasil pendapatan menjunam sebanyak 80 peratus sehingga memberi kesan terhadap 600 keluarga yang majoritinya bergantung kepada sumber pendapatan di pusat pelancongan itu.

Jurulatih ski, kedai sewa dan premis perniagaan lain di sekitar pusat pelancongan tidak lagi menjana sumber kewangan.

"Kita berdoa supaya keadaan ini tidak berterusan untuk tahun akan datang. Jika ia berlarutan banyak peniaga di sini akan tutup kedai," kata seorang pengusaha.

Pelancongan terjejas

Ribut salji yang melanda awal Disember lalu di Asia Barat menurunkan salji setebal 30 sentimeter. Ramai beranggapan ia adalah petanda kepada ribut salji tebal dan tempoh yang panjang.

Agensi bantuan seperti perubatan dan makanan mula khuatir terhadap nasib pelarian Syria menetap di tempat perlindungan yang lemah pada altitud tinggi.

Tetapi salji itu tidak cukup membuatkan cerun berkenaan sebagai lokasi meluncur salji.


PREMIS perniagaan alatan ski juga tidak mendatangkan keuntungan akibat pengurangan salji di Lebanon.


"Apa yang berlaku pada Januari dan Februari lalu sudah tamat. Kita gagal memperbetulkan semula keadaan kewangan pusat pelancongan ini," kata Komen kepada media.

Ketua Ekonomi Bank Audi, Marwan Barakat berkata, dua bulan yang lalu menyaksikan kemerosotan jumlah kedatangan pelancong berdasarkan rekod di lapangan terbang Beirut.

"Ini mungkin disebabkan oleh keadaan musim sejuk di sini tidak menarik seperti mana yang pernah kita alami beberapa tahun lalu," katanya.

Kekurangan pemendakan dengan suhu sederhana memberikan kesan negatif terhadap kesuburan dan kemampuan ladang-ladang anggur menghasilkan anggur serta wain berkualiti.

Anggur merosot

Ladang anggur terbesar, Massaya dengan keluasan 40 hektar di Lembah Bekaa antara ladang yang bergelut untuk meneruskan penghasilan anggur.

Pembuat wain di Massaya, Ramzi Ghosn berkata, kekurangan lembapan akan mengurangkan jumlah pengeluaran wain.

Musim sejuk akan membantut anggur tumbuh semula dalam tempoh yang lebih awal daripada biasa. Ia memberi kesan terhadap penuaian dan kelangsungan penghasilan wain.

"Di Lebanon, kami selalu berkata tidak perlu bimbang mengenai pokok anggur kerana kami mempunyai cuaca yang sempurna.

"Tetapi kami perlu bimbang dengan isu-isu lain. Faktor cuaca tahun ini menambah lagi kesulitan terhadap isu-isu sedia ada seperti geopolitik. Tanaman anggur kami tahun ini tidak menjadi," kata Ghosn.

Golongan petani sudah mula merasai kesan buruk daripada musim sejuk luar biasa di Lebanon.

Hassan Mheish, petani di wilayah utara Tripoli, berkata kekurangan hujan telah menyebabkan dia terpaksa mengurangkan tanaman badam dan akan menuai hasil tanaman zaitun dan lemon secepat mungkin.

Berdiri di tanah lapang yang kering, kelihatan dusun zaitun yang semakin layu. Bimbang dengan keadaan itu, Hassan mencadangkan supaya kerajaan membina empangan sekiranya cuaca tidak menentu.

"Sumber air kami hanyalah perigi yang kini semakin kering. Apa yang tinggal hanya sisa-sisa dan lumpur," luahnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Terapung bagaikan Iron Man

Posted:

Terapung bagaikan Iron Man

Terapung bagaikan Iron Man

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


PENUNGGANG jet ski merupakan individu penting yang mengawal tekanan air melalui saluran hos di kaki pemain Flyboard.


DALAM kesibukan menguruskan kerjaya hariannya sebagai Pegawai Kanan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Zuraini Salmi Mohammed Ali, 48, masih sempat meluangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu.

Sukan ekstrem seperti memanjat tembok, mendaki gunung dan bukit merupakan antara aktiviti kegemarannya.

Bermula Januari lalu, Zuraini mempunyai satu hobi baharu. Melalui perkenalan dengan Raja Aris Dzulkifli, dia mencuba sukan air Flyboard di Marina Putrajaya, Presint 5, Putrajaya.

Tanpa latar belakang dalam sukan air, minatnya bercambah apabila melihat Raja Aris beraksi di tasik itu.

"Dalam masa dua bulan, saya telah bermain Flyboard sebanyak empat kali. Cabaran utama sukan ini ialah berada dalam posisi terapung di permukaan tasik. Sukan ini memerlukan imbangan kaki sewaktu berada di permukaan air," ujarnya ketika ditemui Kosmo! sewaktu menjalani latihan di Marina Putrajaya baru-baru ini.

Flyboard merupakan satu sukan baharu yang diperkenalkan di negara ini pada tahun lalu dan dikendalikan oleh Kelab Sukan Kraft Air Malaysia (KSKAM) menerusi Flyboard Malaysia.

Diperkenalkan

Sukan Flyboard diperkenalkan oleh seorang pelumba jet ski dari Marseille, Perancis iaitu Franky Zapata. Beliau turut membangunkan peralatan sukan air itu tiga tahun lalu.

Zapata juga merupakan satu-satunya pembekal peralatan sukan Flyboard di seluruh dunia.

Mereka yang pertama kali melihat sukan itu dimainkan di Marina Putrajaya, pemain Flyboard kelihatan seperti gerakan watak adiwira Iron Man yang terapung di permukaan tasik.

Sepasang kasut jenama Flyboard diimport dari Perancis yang dilengkapi dengan sistem hos besi dan getah menjadi peralatan utama sukan air itu.

Menurut statistik penjualan alat sukan itu yang diperoleh KSKAM, dianggarkan sebanyak 1,500 unit Flyboard dijual di seluruh dunia sejak dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KSKAM, Raja Aris memberitahu, jet ski dan kasut Flyboard merupakan antara komponen penting untuk bermain sukan air itu.

Menurutnya, Flyboard yang dipakai pada kaki pemain boleh terapung pada permukaan tasik dengan bantuan jet ski.

"Hos getah yang direka pada kasut Flyboard akan disambungkan pada enjin di bawah badan jet ski bagi tujuan mengepam air keluar dan masuk. Air yang dipam dari enjin akan disalurkan melalui hos terus ke Flyboard. Apabila picu atau pendikit minyak di hendal jet ski ditekan, tekanan air dalam hos membuatkan Flyboard terapung.

"Hos getah itu direka khas agar pemain Flyboard sentiasa berada di hadapan jet ski bagi memudahkan penunggang memerhatikan pemain. Komunikasi antara penunggang jet ski dengan pemain Flyboard juga penting kerana mereka mempunyai peranan tersendiri. Sekiranya pemain ingin melakukan sebarang aksi ketika terapung, ia bergantung kepada kadar kelajuan jet ski," jelasnya.

Tambahnya, yang merupakan antara individu terawal memperkenalkan sukan Flyboard di Malaysia, apabila hos getah disambungkan pada bahagian enjin jet ski berkapasiti 260 kuasa kuda, pergerakan kenderaan air itu dikawal sepenuhnya oleh pemain Flyboard.


AHLI KSKAM merupakan penggerak terawal yang memperkenalkan sukan air Flyboard di negara ini.


Kos

Asas sukan Flyboard sama seperti permainan ekstrem papan luncur dan wakeboard yang memerlukan keseimbangan yang baik sewaktu bermain. Sungguhpun kelihatan mudah, Flyboard secara asasnya sukar terapung dan amat mudah terhempas.

Walaupun sudah setahun KSKAM mengendalikan sukan air itu di negara ini, kelab tersebut hanya mempunyai sepasang kasut Flyboard.

Jelas Raja Aris, Flyboard dikategorikan sebagai sukan air berkos tinggi kerana kelengkapan yang digunakan diimport dari luar negara.

"Sepasang kasut Flyboard berharga RM25,000 manakala sebuah jet ski pula berharga RM50,000. Alatan yang kami sediakan khas untuk kegunaan ahli," jelasnya.

Selain itu, setiap pemain wajib memakai jaket keselamatan dan topi keledar.

Pihak Flyboard Malaysia juga mengadakan ujian keyakinan diri kepada setiap pemain yang pertama kali menyertai sesi latihan.

Melalui sesi itu, mereka diajar berenang dengan memakai jaket keselamatan untuk membiasakan diri di dalam air sebelum bermain Flyboard.

Menurut Raja Aris, dua posisi berenang akan diajar kepada pemain sebagai langkah asas sebelum memulakan sesi latihan.

"Posisi tersebut ialah berenang mendada dan berbaring di permukaan air. Posisi berbaring merupakan kaedah terbaik bagi mengawal Flyboard. Bagaimanapun, pemain boleh menggunakan kedua-dua teknik itu mengikut keselesaan mereka," jelasnya.

TOPENG Iron Man merupakan antara aksesori tambahan yang dipakai oleh Muhammad Shukri sewaktu sesi latihan.


Langkah asas

Langkah asas mengendalikan Flyboard ialah mengimbangi bahagian hadapan dan belakang kasut yang dipakai. Pemain perlu menahan tekanan air yang disalurkan pada hos yang disambungkan di bahagian kaki dengan menggerakkan kasut itu ke atas dan bawah.

Sekiranya berjaya mengimbangi tekanan air itu, pemain mampu terapung setinggi tiga meter di permukaan air. Bagi pemain profesional, kebanyakan mereka boleh terapung setinggi enam meter di permukaan tasik.

Jika gagal mengawal tekanan, pemain akan terhempas ke dalam air. Namun, pemain tidak perlu panik setiap kali gagal mengapungkan Flyboard kerana dilengkapi jaket keselamatan.

Apabila pemain menguasai langkah asas itu, mereka boleh mencuba melakukan pelbagai aksi lain dengan bimbingan jurulatih Flyboard Malaysia.

Seorang ahli Flyboard Malaysia, Muhammad Shukri Mohd. Ali, 25, memberitahu, latihan intensif amat digalakkan bagi mereka yang ingin serius dalam sukan air itu.

Dia yang aktif sejak tujuh bulan lalu, kini bermampuan melakukan aksi libas belakang, gaya ikan lumba-lumba dan chasing the jet ski.

"Saya bermula sebagai salah seorang krew jet ski untuk kumpulan X1 Jet Racing. Sejak aktif dalam perlumbaan jet ski, saya lihat Flyboard merupakan salah satu sukan air yang unik sekali gus berminat untuk mencuba.

"Saya mengambil masa berbulan lamanya untuk belajar mengimbangi Flyboard agar terapung dengan sempurna di permukaan air.

"Pengalaman berguru selama dua hari bersama jaguh Flyboard dari Turki, Ali Komsusu banyak membantu saya memahirkan diri dalam sukan ini," ujar pelajar tahun akhir Fakulti Pengurusan Kewangan di Universiti Multimedia, Cyberjaya itu.

Menurutnya yang bakal mewakili negara dalam kejohanan Flyboard dunia di Marina Putrajaya pada bulan Ogos ini, mereka yang terlibat dengan sukan itu perlu mengikut arahan dan teknik yang diajar oleh jurulatih agar dapat mengatasi perasaan gayat sewaktu terapung di permukaan air.

Malaysia tuan rumah kejohanan Flyboard

Posted:

Malaysia tuan rumah kejohanan Flyboard

Malaysia tuan rumah kejohanan Flyboard


KEJOHANAN Flyboard juga merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.


TIDAK hanya tertumpu kepada sesi latihan pada setiap Sabtu dan Ahad, KSKAM kini sedang giat meneruskan usaha mencari bakat-bakat baharu. Ia merupakan persediaan awal mencari individu untuk mewakili negara dalam kejohanan Flyboard di Marina Putrajaya yang dijangka berlangsung pada Ogos depan.

Presiden KSKAM, Dr. Raja Putra Shah Raja Shahar Shah berkata, pihaknya memerlukan 10 orang bagi mewakili Malaysia di Kejohanan Skywalker Aquabatic yang pertama kali dianjurkan di negara ini.

Menurutnya, KSKAM memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai latihan serta memberi bimbingan kepada bakat-bakat baharu.

"Muhammad Shukri dan cef terkemuka iaitu Nik Micheal Imran merupakan dua orang peserta yang terpilih mewakili negara. Kami mencari lapan orang lagi peserta sebagai persediaan untuk kejohanan itu.

"Peserta yang terpilih juga akan mendapat tajaan daripada kerajaan negeri Perak dan bakal menjalani latihan selama tiga bulan. Kejohanan itu juga merupakan platform terbaik untuk meluaskan maklumat mengenai Flyboard dalam kalangan generasi muda di negara ini," ujarnya.

Kejohanan itu dijangka menarik penyertaan dari 20 negara seperti Amerika Syarikat, Thailand, Mexico, Finland dan Qatar.

Tiga kategori utama iaitu akuabatik, muzikal dan kostum bakal dipertandingkan dalam kejohanan tersebut.

"Setiap kategori yang dipertandingkan mempunyai tarikan tersendiri. Bagi kategori akuabatik, peserta bebas melakukan sebarang aksi manakala muzikal pula memberi pilihan kepada peserta untuk melakukan aksi Flyboard mengikut alunan muzik.

Kategori kostum bakal menjadi acara pilihan kerana peserta boleh memakai sebarang pakaian contohnya, adiwira seperti Batman dan Superman semasa melakukan aksi," jelasnya.

Tambah Raja Putra Shah, selain KSKAM, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga bertindak sebagai penaja utama kejohanan tersebut.

Darth Vader 'takluk' Putrajaya

Posted:

Darth Vader 'takluk' Putrajaya

Darth Vader 'takluk' Putrajaya

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN

WATAK penjahat dalam filem fiksyen Star Wars, Darth Vader berjaya memukau hadirin di fiesta Belon Panas Antrabangsa di Putrajaya.


WARGA Putrajaya pada 27 Mac lalu dikejutkan dengan kedatangan Darth Vader iaitu watak penjahat dalam filem fiksyen tersohor, Star Wars.

Tidak cukup dengan itu, kejutan kedua terus menyelubungi mereka apabila melihat penunggang motosikal berkuasa tinggi berada di udara dengan di sampingnya terdapat aiskrim.

Namun kejutan tersebut tidak berpanjangan kerana yang 'menakluk' Putrajaya ketika itu hanya kepala Darth Vader dan ia sebenarnya belon panas yang didatangkan khas dari Belgium.

Ia dikendalikan oleh Benoit Lambert dan pembantunya, Caroline de Ville.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi dan aiskrim itu juga merupakan belon panas yang didatangkan dari United Kingdom serta Belgium. Ia dikendalikan oleh Dr. Richard Allen dan Benoit Simeons.

Mereka merupakan sebahagian daripada pengemudi 18 belon panas dari 12 negara seperti Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Taiwan, Hong Kong, Korea, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand, Vietnam dan Belgium yang mengambil bahagian pada fiesta Belon Panas Antarabangsa kali ke-6 di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya.

Acara selama empat hari itu berjaya menarik minat 300,000 pengunjung yang rata-ratanya tidak mahu melepaskan peluang melihat belon panas dengan pancaindera mereka.


SEAWAL pukul 7 pagi, jurumudi sudah mula membuat persediaan belon panas masing-masing.


Petugas media

Pada hari tersebut, penganjur bermurah hati apabila memberi peluang kepada petugas media untuk merasai sendiri pengalaman menaiki belon panas selama 20 minit pada anggaran ketinggian 100 hingga 200 meter dari paras tanah bersama jurumudi berpengalaman.

Selain Kosmo! penganjur turut memberi peluang kepada petugas media dan jurugambar termasuk daripada Utusan Malaysia iaitu Zaki Amiruddin, Sharaimei Shaik Ahmedullah dan Juani Munir Abu Bakar.

Seawal pukul 7 pagi, jurumudi-jurumudi belon panas tersebut mula mengembangkan belon panas masing-masing sebelum kesemuanya terbang sejam kemudian.

Penulis diberi peluang menaiki belon panas nombor 9 kendalian Gilles Leclercq, 64, dari Perancis yang mempunyai pengalaman selama sedekad dalam bidang itu.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia telah menjelajah ke banyak negara dengan kerjayanya tersebut seperti Vietnam, Jerman, Syria, Libya, Kanada dan Taiwan.

Di Malaysia sahaja, Gilles sudah tiga kali datang ke sini.

"Saya sangat teruja dengan kerjaya saya ini. Saya akan ke Filipina pula selepas acara di sini tamat.

"Penat memanglah penat kerana anda bercakap mengenai pemunggahan dan penyimpanan belon seberat 80 kilogram setiap kali hendak beraksi tetapi itulah cabaran yang perlu dihadapi dan saya tidak menyesalinya," katanya ketika ditemu ramah Kosmo! pada ketinggian kira-kira 200 meter di udara.


FIESTA Belon Panas Antarabangsa menyaksikan kreativiti jurumudi mencipta belon panas luar daripada kelaziman seperti belon panas berbentuk motosikal.


Sambil berbual-bual, tangannya sesekali mengepam gas berapi untuk memastikan haba di dalam belon kekal untuk mengimbangi kami pergi ke mana-mana mengikut arah tiupan angin.

Belon yang kami naiki berbentuk lonjong dan berwarna-warni dengan bakulnya diperbuat daripada rotan berwarna coklat.

Terdapat dua tong gas silinder di dalamnya yang mampu bertahan selama satu setengah jam menurut Gilles.

Ketika di udara, Gilles meminta saya mengambil gambar refleksi belon panas lain ketika melalui tasik Putrajaya menggunakan telefon bimbit dan dia sempat memetik sejenis buah dari pucuk sebatang pokok untuk diberikan kepada saya. Namun saya tidak pasti jenisnya.

Orang ramai di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya yang ketika itu hendak keluar bekerja turut teruja dengan belon panas tersebut dan ada yang sanggup memberhentikan kenderaan masing-masing semata-mata untuk mengambil gambar.

Selepas 20 minit, Gilles akhirnya memilih satu tempat lapang dekat kawasan perumahan di Cyberjaya iaitu kira-kira lima kilometer dari tempat kami berlepas untuk mendarat.

"Pegang kuat-kuat," pesan Gilles ketika bakul hendak menyentuh tanah. Pesannya itu penulis ikuti dan pendaratan yang kemas oleh Gilles membuatkan kami selamat mendarat pada hari itu sebelum kembali ke Monumen Alaf Baru, Presint 2 dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda penganjur.

Acara belon panas merupakan acara yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh orang ramai, malah kepada peminat fotografi kerana ia memberi peluang untuk mengasah dan memperkemaskan bakat dalam merakamkan saat indah tersebut.


SEMUA belon panas diterbangkan ke udara dengan ketinggian 100 meter hingga 200 meter dari paras tanah.


Fiesta Belon Panas Antarabangsa kali ke-6 di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya itu menunjukkan peningkatan pengunjung sehingga mencecah 300,000 orang.

Pengendali belon

Dengan tema Mewarnai Langit, fiesta yang menampilkan belon panas pelbagai corak, bentuk dan warna tersebut merupakan antara acara yang termasuk dalam kalendar tahunan anjuran Perbadanan Putrajaya.

Pengerusi fiesta tersebut, Mohammad Sobri Saad berkata, acara itu mengumpulkan pengendali belon panas tercekap di dunia.

Katanya, acara itu sedikit sebanyak menjadi tarikan pengunjung untuk melawat Putrajaya dan Malaysia.

"Selain berpeluang menaiki belon panas yang ditambat, pengunjung juga boleh menaiki helikopter, mencabar diri di Zon Ekstrem Mountain Dew, berkelah dan memasuki pertandingan mengambil gambar yang menawarkan hadiah utama sebanyak RM10,000.

"Orang ramai boleh membawa keluarga masing-masing untuk bergembira dan mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, pihak penganjur menjangkakan kehadiran lebih 300,000 pengunjung berdasarkan pengalaman pada acara tahun lalu.

Acara itu tidak memerlukan pengunjung membayar apa-apa untuk masuk cuma mereka yang ingin menaiki helikopter akan dikenakan bayaran sebanyak RM130, menaiki belon panas yang ditambat (RM20) dan Zon Ekstrem Mountain Dew (RM5 hingga RM25).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Jimat dengan produk cekap tenaga

Posted:

Jimat dengan produk cekap tenaga

Jimat dengan produk cekap tenaga

PENGGUNA tempatan cenderung tidak membeli produk cekap tenaga kerana harga yang mahal.


BAGI yang menggunakan banyak peralatan elektrik di rumah, sebenarnya ada cara untuk mengurangkan bil elektrik anda, antaranya membeli barangan cekap tenaga.

Di Malaysia, produk elektrik cekap tenaga ini boleh dikenal pasti melalui label kecekapan tenaga 5 bintang.

Menurut Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran, produk cekap tenaga didapati menggunakan kuasa elektrik yang rendah tetapi masih berfungsi seperti produk elektrik biasa.

Beliau berkata, penggunaan barangan elektrik cekap tenaga juga dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang dikenal pasti sebagai satu daripada penyebab pemanasan global.

Memetik perangkaan Suruhanjaya Tenaga 2009, Piarapakaran memberitahu, sektor domestik menggunakan hampir 20 peratus daripada keseluruhan penggunaan elektrik negara dan menghasilkan 12.17 juta tan karbon dioksida.

"Sekiranya penggunaan elektrik sektor domestik dapat dikurangkan di samping penjimatan dalam kalangan sektor komersial dan industri, ia bukan sahaja menjimatkan tetapi turut menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar," jelas beliau.


DALAM mengawal pengeluaran dan pemasaran produk cekap tenaga, satu piawaian diperkenalkan dikenali sebagai Piawaian Minima Prestasi Tenaga.- Gambar hiasan


Produk murah

Bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati dengan lambakan produk cekap tenaga berkualiti rendah. Ini nasihat Piarapakaran kepada pengguna yang mungkin sudah membuat keputusan untuk membeli produk cekap tenaga.

Beliau menjelaskan, dalam mengawal pengeluaran dan pemasaran produk cekap tenaga, satu piawaian diperkenalkan dikenali sebagai Piawaian Minima Prestasi Tenaga (MEPS).

Kebanyakan negara maju, pasaran Eropah (EU) dan beberapa negara Asia Pasifik telah mula menguatkuasakan MEPS yang lebih ketat bagi beberapa kategori produk.

Antara produk itu ialah peti sejuk, penyaman udara, lampu, cerek elektrik, penyedut hampagas dan mesin basuh.

Katanya, peraturan MEPS yang ketat menyebabkan produk yang tidak cekap tenaga (kerana tidak dapat melepasi MEPS yang ditentukan) tidak dapat dijual di negara berkenaan.

"Produk ini kemudian membanjiri negara yang tidak mempunyai undang-undang atau peraturan yang menghalang kemasukan produk tidak cekap tenaga seperti Malaysia," kata Piarapakaran.

Penggunaan produk cekap tenaga di negara ini masih di tahap yang belum memuaskan meskipun MEPS telah lama dilaksanakan di negara-negara maju juga beberapa negara di Asia Tenggara seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.

Menurut Piarapakaran, pengguna di Malaysia lebih cenderung membeli produk tidak cekap tenaga memandangkan ia dijual pada harga lebih murah.

Pengguna yang membeli barangan itu tidak tahu produk sedemikian menggunakan kuasa elektrik yang tinggi sepanjang hayat penggunaannya.

"Dengan program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan, kos tarif elektrik dijangka meningkat lagi. Ini sudah tentunya akan membebankan pengguna dalam jangka masa panjang jika mereka memiliki produk yang tidak cekap tenaga," jelas beliau.


PENGGUNAAN barangan elektrik cekap tenaga juga dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida. - Gambar hiasan


Di pasaran Malaysia, produk cekap tenaga yang paling banyak dijual ialah produk pencahayaan iaitu lebih 60 peratus.

"Dalam tinjauan dan perundingan dengan pemborong dan kedai kecil, kami dapati ia lebih disebabkan kos pelaburan awal yang tinggi serta ketiadaan pelaksanaan pelabelan kecekapan tenaga lima bintang yang menyeluruh," katanya.

Mengenai punca utama harga produk cekap tenaga sangat mahal, beliau berkata, ia disebabkan kartel dan pencatutan oleh pembekal serta pembuat produk tersebut. Ia menyebabkan harga produk cekap tenaga boleh mencecah dua hingga 10 kali ganda berbanding produk tidak cekap tenaga.

Penemuan

Menurut Piarapakaran, pihak berkuasa tempatan mula melaksanakan MEPS mulai tahun ini apabila AWER melaporkan penemuan kajian yang dibuat pada tahun 2012 antaranya, berhubung lambakan produk murah dan tidak cekap tenaga.

AWER menjalankan kajian mengenai kecekapan tenaga bagi produk elektrik dan elektronik di Malaysia sejak tahun 2011 dan menyebarkan hasil kajian mulai tahun 2012.

Kajian ini adalah sebahagian daripada Projek Pembuatan dan Penggunaan Lestari yang ditaja Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, menurut Piarapakaran, nilai MEPS yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga, pada masa kini adalah pada nilai yang rendah. Keadaan itu katanya, menyebabkan lambakan produk termasuk peti sejuk dan pendingin hawa yang tidak dapat melepasi MEPS di negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Eropah berada dalam pasaran negara ini. - Bernama

Pameran koleksi peribadi diraja

Posted:

Pameran koleksi peribadi diraja

Pameran koleksi peribadi diraja


MOTOSIKAL tentera yang dimiliki oleh Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail turut dipamerkan di Muzium Diraja, Jalan Istana, Kuala Lumpur.


MEMBERIKAN gambaran dan sisi berbeza pemerintah tertinggi negara, Muzium Diraja yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur mengadakan pameran istimewa iaitu koleksi-koleksi peribadi sultan dari tiga negari iaitu Pahang, Kedah dan Perlis.

Menerusi pameran Koleksi Terpilih Raja-Raja Melayu yang berlangsung sehingga 1 Mei depan, pengunjung dapat menghayati keistimewaan institusi Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia. Selain itu, generasi muda khususnya memperoleh informasi mengenai sejarah sistem beraja yang menjadi warisan negara.

PERALATAN sukan polo milik Sultan Ahmad Shah ini mengambarkan minat baginda dalam bidang sukan.


"Pameran ini diharap dapat menggalakkan masyarakat untuk mempelajari sejarah dan warisan bangsa kita. Pada masa sama, ia dapat menarik perhatian pengunjung dari luar negara untuk mengetahui dan mengamati keindahan warisan diraja tersebut," ujar Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail pada majlis pelancaran di muzium berkenaan baru-baru ini.

Ruang pameran dibahagikan kepada lima segmen bermula dengan pengenalan pemerintahan sistem beraja Melayu secara umum. Beranjak ke bahagian kedua, pengunjung akan dijelaskan mengenai legasi dari Kesultanan Melayu Melaka sehingga Kesultanan Melayu Moden.

ORANG ramai berpeluang melihat Piala FA yang menjadi rebutan pasukan bola sepak tempatan.


Segmen ketiga menjelaskan mengenai Tradisi Raja dan seterusnya ruang keempat membincangkan mengenai hubungan erat raja dan rakyat berdasarkan ungkapan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.

Bergerak ke ruang pameran terakhir, mata pengunjung pasti tertambat dengan koleksi peribadi diraja yang jarang mendapat tatapan umum. Di satu sudut, beberapa koleksi aksesori barangan kemas yang pernah dipakai oleh permaisuri seperti gelang kaki, pending, dokoh dan cucuk sanggul.

Berdiri gah di tengah ruang pameran sebuah motosikal yang dimiliki oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Motosikal jenama Birmingham Small Arm (BSA) model B40 Star keluaran tahun 1966 itu didaftarkan dengan nombor Z 1234 0 bersamaan nombor pada uniform tentera milik baginda.

Pengunjung juga diberi peluang untuk melihat secara dekat Piala FA yang menjadi rebutan pasukan bola sepak tempatan. Selain itu, satu set kelengkapan sukan polo milik Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dipamerkan yang menggambarkan keperibadian Baginda dalam bidang sukan. – HAFIZ AHMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Himpunan 18 butik bercita rasa moden

Posted:

Himpunan 18 butik bercita rasa moden

Himpunan 18 butik bercita rasa moden

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SEBAHAGIAN daripada 18 pemilik butik yang terdapat di Sohhor Street mengalu-alukan kedatangan pelanggan.


AURA busana Muslimah yang menampilkan rekaan patuh syariah tetapi berciri moden kontemporari semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama wanita berkerjaya.

Perkembangan ini merupakan sesuatu yang positif kerana semakin ramai pengusaha sama ada secara kecil-kecilan atau sudah mempunyai nama perniagaan menawarkan koleksi pakaian sedemikian.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan, situasi ini membangkitkan suatu persaingan sihat, sekali gus memeriahkan lagi industri fesyen Islamik tanah air.

Terbaharu, pelancaran Butik Sohhor Street di Paragon Point, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 1 Mac lalu, menambahkan lagi destinasi beli-belah untuk rangkaian busana Muslimah yang menepati cita rasa pelanggan.

Lebih istimewa, Sohhor Street ini bukan hanya menawarkan satu koleksi jenama, sebaliknya menghimpunkan 18 buah butik di bawah satu bumbung.


SOHHOR Street menawarkan pengalaman beli-belah yang pasti mengujakan pelanggan.


Satu bumbung

Ia mengetengahkan konsep fesyen moden yang merangkumi pelbagai pilihan daripada busana Muslimah, pakaian kanak-kanak, persalinan lelaki, koleksi tudung atau selendang dan juga peralatan kosmetik.

Malah, terdapat juga butik yang menawarkan khidmat jahitan bagi mereka yang gemar membeli kain pasang berbanding pakaian siap di samping kelengkapan solat, haji dan umrah.

Salah seorang pemilik butik, Bintu Rasyada Abdul Rahman, 33, berkata, penubuhan Sohhor Street memberi manfaat kepada usahawan muda yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan seperti dirinya.

Mengusahakan jenama byBintu yang menawarkan koleksi jubah, dres, skirt dan shawl, ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui, butik tersebut menjadi platform buatnya untuk bergelar usahawan berjaya.

"Sejak kecil saya memang minat berniaga. Waktu sekolah, saya sering bawa kerepek yang mak buat untuk dijual kepada kawan-kawan. Begitu juga, ketika bekerja sebagai wartawan tidak lama dahulu, saya ada mengusahakan perniagaan menjual minyak wangi secara kecil-kecilan.

"Selepas berhenti tahun lalu, barulah saya serius untuk menceburi bidang ini. Alhamdulillah, sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan. Pelanggan bukan hanya dari sekitar Bangi, bahkan ada yang datang dari Seremban, Nilai dan Putrajaya," ujar Bintu Rasyada yang mula berniaga di Sohhor Street sejak Januari lalu dengan modal RM50,000.

Tambah anak kelahiran Kedah ini, material yang digunakan untuk menghasilkan jubah adalah pelbagai seperti satin crepe, likra, kain kapas dan sifon yang diperoleh dari dalam dan luar negara.

Dia turut menjual pashmina yang diimport dari India selain minyak wangi sebagai tambahan kepada dua lot butik yang disewanya.

BUTIK byBintu menawarkan pelbagai koleksi jubah, dres dan selendang dari dalam dan luar negara.


Jenama eksklusif

Secara umumnya, butik ini telah mula beroperasi pada bulan November 2013. Ketika itu hanya ada beberapa peniaga yang mendaftar. Kini, terdapat 18 usahawan yang terlibat menjayakannya dalam usaha menambah pendapatan.

Antara jenama yang ada ialah Cinta Hawa Couture, JoeeShawls, Along Hijrah Collection, Fazalia Boutiqe, Sohhor Collection, Farrahdotcom, Dinar Barokah, Alwani, Busana Norka'iza, Farnia dan Fleur by D'Zuleykha.

Sementara itu, pemilik jenama JoeeShawls, Ernita Effendy berkongsi rasa syukur kerana impian untuk memiliki butik sendiri selepas menjalankan perniagaan secara dalam talian akhirnya tercapai.

"Sebelum ini, saya mengusahakan jualan shawl dan skaf Muslimah yang eksklusif, trendy dan unik melalui internet. Material yang digunakan seperti likra, renda Korea, kain kapas dan sebagainya.

"Sebenarnya, dulu saya tidak bertudung tetapi selepas berhijrah dan berhijab sepenuhnya, saya rasa terpanggil untuk menjalankan perniagaan ini. Niat saya untuk menggalakkan lebih ramai wanita Islam di Malaysia melaksanakan kewajipan berhijab dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah.

"Mungkin dengan melihat rekaan shawl atau skaf yang kami tawarkan, hati mereka terbuka untuk berubah ke arah yang lebih baik selaras dengan tuntutan agama," ungkap Ernita yang berharap JoeeShawls mampu menjadi satu jenama yang positif, indah, bergaya dan tinggi nilai budaya kepada masyarakat Malaysia.

Dalam pada itu, apabila berbicara tentang busana Muslimah, pastinya ramai yang menggemari satu rekaan pakaian yang bersifat dwifungsi. Sebagai contoh, selain sesuai digayakan untuk ke pejabat atau keluar rumah, pakaian itu juga boleh digunakan terus untuk bersolat.

Itu konsep yang dipilih oleh pengusaha butik jenama Cinta Hawa Couture, Nur Has Linas Bakar. Menerapkan ciri-ciri praktikal pada rekaan jubah dan abayanya, koleksi tersebut berjaya menarik perhatian pelanggan.

Menurut Nur Has Linas, dalam setiap rekaan, pihaknya mengutamakan aspek aurat yang perlu ditutup dengan sempurna. Justeru, dia memilih fabrik likra berkualiti tinggi yang tidak melekap pada badan untuk memberi hasil terbaik kepada pengguna.

"Sebagai pengusaha, ini merupakan tanggungjawab saya untuk menawarkan koleksi pakaian yang patuh syariah dan bukan sekadar fesyen semata-mata.

"Secara peribadi, saya merasakan penutupan aurat perlu dititikberatkan dan fesyen merupakan perkara kedua. Namun, saya tidak menolak bahawa rekaan yang seiring antara kedua-duanya mampu menyerlahkan keanggunan seorang wanita Muslimah," tutur Nur Has Linas penuh berhemah.

Destinasi ideal fesyen Muslimah

Posted:

Destinasi ideal fesyen Muslimah

Destinasi ideal fesyen Muslimah

CHE JAMILAH


BENAR kata sesetengah orang bahawa wanita Kelantan sangat berdikari dan berani mencuba perkara baharu untuk meraih kejayaan dalam kehidupan.

Selepas empat tahun menjalankan perniagaan butik di Shah Alam, Selangor, pengasas dan pemilik Sohhor Street, Che Jamilah Che Muhammad beralih angin ke bandar akademik, Bangi untuk meluaskan empayarnya.

Apa yang penting, beliau bukan mahu berjaya seorang diri, sebaliknya menyediakan satu platform terbaik untuk para peniaga muda yang mungkin tiada pengalaman dalam perniagaan, mengejar cita-cita mereka.

"Sohhor Street merupakan destinasi beli-belah fesyen yang ideal untuk seisi keluarga pada harga yang amat berpatutan. Konsep butik berhawa dingin yang disediakan pula lebih santai dan saling berhadapan di setiap blok membolehkan pengguna membuat pilihan masing-masing.

"Selain itu, kemudahan WiFi dan internet turut disediakan di samping bilik persalinan serta surau untuk menunaikan solat," kata Che Jamilah ketika ditemui sewaktu pelancaran Sohhor Street baru-baru ini.

Tambah beliau, pembukaan butik berkenaan adalah untuk menyediakan suasana beli-belah yang selesa dan mudah kerana semua keperluan berfesyen ada di sana.

"Alhamdulillah, sejak dibuka bermula November lalu, lokasi ini sentiasa dikunjungi orang ramai saban hari. Boleh dikatakan, setiap butik yang bernaung di Sohhor Street ini sudah mempunyai rangkaian pelanggan tetap masing-masing.

"Semoga rezeki para peniaga semakin bertambah, sekali gus merancakkan industri fesyen berkonsep Islamik yang dilihat sudah menjadi suatu keperluan buat masyarakat Muslim di negara ini," ujarnya yang mengakui, kedudukan strategik bandar itu membolehkan ramai pelanggan berkunjung ke sana.

Etika fesyen wanita Muslimah

Posted:

Etika fesyen wanita Muslimah

Etika fesyen wanita Muslimah

Penting memilih fesyen yang kita suka dan memastikan ia tidak berlawanan dengan hukum syarak.


FESYEN Muslimah mula dilihat sebagai fesyen berpotensi di arena antarabangsa.- Gambar hiasan


PERKEMBANGAN fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua lapangan. Bagi pereka busana Muslimah, paling penting bagi anda untuk memahami batas aurat dalam Islam sebelum melahirkan karya rekaan pakaian untuk wanita Islam.

Keistimewaan Islam sebagai cara hidup menyediakan panduan umatnya termasuk menggariskan etika berpakaian yang penuh keterampilan.

Oleh itu, dalam memperkatakan mengenai fesyen sesuai untuk Muslimah, kita tidak sepatutnya mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad kerana sudah jelas Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian.

GAYA fesyen Muslimah juga dilanjutkan dalam fesyen pakaian sukan. - Gambar hiasan


Aspek yang penting dalam berpakaian ialah memilih fe syen yang kita suka dan memastikan ia tidak berlawanan dengan hukum syarak.

Dalam membicarakan soal pakaian wanita kontemporari, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu yang boleh dipakai wanita Muslim.

Hanya yang ditetapkan ialah aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan telapak tangan. Pakaian wanita Islam perlu mengikut garis panduan syarak antaranya:

* Pakaian itu hendaklah menutup aurat

* Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan

* Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Selain itu pakaian hendaklah dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.

Pakaian yang dibuat daripada kain jenis itu boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita dan mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

* Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah

* Pakaian tidak menyerupai lelaki

* Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita yang penuh keterampilan


PEMAKAIAN beretika mengikut peraturan Islam perlu dititik berat. - Gambar hiasan


Bijak berfesyen

Dalam konteks di Malaysia, kemunculan dan perkembangan fesyen yang cukup pesat dengan pelbagai jenama busana Muslimah memang boleh dibanggakan.

Perkembangan ini adalah suatu trend fesyen yang menjadi alternatif terbaik wanita Islam yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya yang penuh berketerampilan untuk pelbagai tujuan, masa dan tempat.

Dengan adanya pilihan seperti ini, tidaklah lagi pakaian yang berciri- kan Islam itu dipandang konsevatif.

Pereka busana Muslimah juga perlu memperluaskan pandangan sedunia mereka dengan bukan hanya mereka pakaian yang bercirikan Islamik tetapi juga sejagat agar dapat diterima semua.

Bentuk rekaan seharusnya kontemporari tetapi labuh, longgar dan tidak jarang. Mungkin juga pereka perlu ketengahkan idea yang terkehadapan tetapi masih menutup badan, kreatif, praktikal, komersial dan sesuai dipakai oleh semua bangsa.

Perlu diingat, walau seindah manapun rekaan busana Muslimah yang dipakai, ia tidak akan memberi makna jika si pemakai gagal menggayakan busana tersebut. Daripada pakaian, tergambar juga kehebatan diri seseorang.

Paling penting kewibawaan dan pembawaan diri menjadi kunci utama dalam mendefinasikan imej dan personaliti positif yang dimiliki oleh seseorang itu.

Prinsip sopan wanita Muslimah juga menunjukkan bahawa tumpuan komunikasi mereka ialah dengan intelektualnya, bukan tubuh badan.

Isu fesyen pakaian wanita Islam dijuruskan kepada perkara lebih besar dan memberi manfaat seperti mengambil peluang itu untuk membuka perniagaan berasaskan fesyen busana Muslimah bagi memartabatkan wanita yang menutup aurat.

Ringkasnya, pembabitan pereka fesyen dalam menyediakan pakaian adalah termasuk dalam fardu kifayah.

Pada dasarnya, kerja pereka fe syen termasuk dalam kerja kebaikan dan kebajikan yang diharuskan oleh hukum syarak. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya pereka busana Muslimah berusaha mengelakkan diri daripada menyediakan pakaian dan fesyen yang mendedahkan aurat.

Perlu ada usaha menjelaskan dengan tepat konsep aurat dan pakaian mengikut landasan Islam bagi mengelakkan berlaku salah faham atau pertikaian mengenainya.

Sebagai langkah permulaan, anak-anak perlu didedahkan dengan konsep berpakaian yang betul menepati hukum syarak dan budaya umat Islam. Pendapat anda bagaimana?

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Johor DT kena denda

Posted:

Johor DT kena denda

Johor DT kena denda

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KOMISIONER perlawanan, Zainal Mukri mengadakan sidang akhbar berhubung
penangguhan aksi antara Johor DT dan T Team di Larkin pada 1 Februari lalu.


INSIDEN 'panas' yang berlaku di dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 1 Februari lalu masih mencetuskan tanda tanya.

Ini kerana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat mendakwa individu tertentu kerana tidak mahu menganggu siasatan pihak polis dalam kes tersebut.

Begitupun, FAM tetap menjatuhkan hukuman terhadap Johor Darul Takzim (Johor DT) biarpun masih belum mengenal pasti mana-mana individu yang terlibat dalam insiden itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak memberitahu, Johor DT dikenakan denda RM30,000 selepas didapati bersalah kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi pada aksi pusingan kedua Piala FA itu ketika menentang T-Team.

Dalam perlawanan tersebut, T-Team menarik diri daripada meneruskan aksi babak kedua apabila pemain importnya, Elvado Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo mendakwa mereka dikasari di dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos selepas tamat babak pertama.

"Siasatan kes ini telah dijalankan pihak polis dan saya dimaklumkan, ia sudah sampai kepada Jabatan Peguam Negara.

"Jadi, kami akan menunggu tindakan lanjut pihak polis dan buat masa ini, kami tidak akan meneruskan kes ini.

"Ini kerana kami gusar akan ada dua keputusan berbeza apabila kes itu dihadapkan ke mahkamah," kata Taufek selepas mempengerusikan Mesyuarat Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Bagaimanapun, Taufek menjelaskan FAM, masih berhak mengambil tindakan sekiranya tiada dakwaan lanjut dilakukan oleh pihak yang berkenaan.

"Kami di FAM masih mempunyai tempoh dua tahun untuk mengambil tindakan mengikut Kod Tatatertib.

"Namun, jika mahkamah dapati tiada kesalahan, apa lagi yang boleh kami lakukan," katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang selama lebih 10 jam dengan memanggil lima saksi untuk menyelesaikan insiden yang berlaku di Larkin.

Lima individu itu termasuklah Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Negeri Johor (PBNJ), Mohd. Fahmy Yahya.

Mengulas lanjut, Taufek berkata, Johor DT masih dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut disebabkan denda itu bukan paling minimum.

"Jawatankuasa Tatatertib FAM hanya mengambil khusus dalam soal keselamatan yang berlaku di dalam terowong sahaja.

"Setelah mengambil kira daripada pelbagai sudut, pihak kami mendapati bahawa Johor DT dikenakan denda gara-gara kesalahan kelemahan tahap keselamatan.

"Mereka didenda RM30,000 atas kesalahan tersebut dan berdasarkan Kod 56.1 Tatatertib FAM 2012, mereka dibenarkan membuat rayuan kerana hukuman minimum adalah RM20,000," katanya.

FAM tidak cukup bukti dakwa dua tonggak import Johor DT

Posted:

FAM tidak cukup bukti dakwa dua tonggak import Johor DT

FAM tidak cukup bukti dakwa dua tonggak import Johor DT


STEWART (kanan) dan rakan sepasukannya, Zeshan Rahman hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


DUA tonggak import Johor Darul Takzim (Johor DT) - Pablo Aimar dan Luciano Figueroa didapati tidak bersalah atas pertuduhan melemparkan kata-kata berbaur perkauman kepada tonggak pertahanan Pahang, Damion Stewart.

Ia disebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati tuduhan Stewart terhadap kedua-dua bintang Harimau Selatan itu sebagai tidak mengikuti prosedur.

Sebelum ini, Stewart mendakwa dia dihambur dengan kata-kata berbaur perkauman seperti 'monyet' dan 'negro' pada pertemuan antara Pahang dan Johor DT di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 7 Februari lalu.

Begitupun, Timbalan Pengerusi Tatatertib FAM, Ednan Othman memberitahu, kes itu terpaksa digugurkan selepas pihaknya mendapati bukti tidak mencukupi.

"Kami cukup memandang serius dalam kes perkauman ini kerana ia boleh dikatakan perkara ini agak baharu dalam bola sepak Malaysia.

"Denda bagi pemain atau pegawai yang dikaitkan dengan kes perkauman ini adalah sebanyak RM15,000 dan digantung lima perlawanan manakala persatuan terlibat dikenakan denda RM60,000.

"Begitupun, dalam kes ini, kami mendapati dakwaan (Stewart) itu tidak begitu mencukupi kerana dia seharusnya melakukan laporan terhadap pengadil dalam aksi tersebut.

"Itulah prosedur sebenarnya dan jika Stewart berbuat demikian, pengadil tersebut boleh melayangkan kad kuning atau merah kepada tertuduh.

"Sikap perkauman adalah satu perbuatan tidak bermoral tetapi dalam kes ini, kami terpaksa mengugurkan kes kerana mendapati tuduhan itu tidak mempunyai bukti yang cukup," katanya semalam.

Ednan turut memberitahu bahawa Persatuan Bola Sepak Sarawak dikenakan hukuman RM10,000 atas dua kesalahan.

Dua kesalahan tersebut adalah penyokong Sarawak membakar dan membaling api suar ketika aksi menentang Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 18 Januari lalu.

Gergasi Merah kembali 'bernyawa'

Posted:

Gergasi Merah kembali 'bernyawa'

Gergasi Merah kembali 'bernyawa'

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


RANGEL (tengah) muncul wira Selangor apabila meledak hatrik pada pertemuan menentang Ha Noi T&T pada aksi keempat Kumpulan F kempen Piala AFC di Stadium Shah Alam malam tadi.


PENYERANG berbisa, Paulo Rangel meledak hatrik bagi membantu Selangor menewaskan wakil Vietnam, Ha Noi T&T pada aksi keempat Kumpulan F kempen Piala AFC di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kejayaan mengutip tiga mata berharga itu sekali gus menghidupkan kembali peluang Sang Gergasi Merah untuk mara ke pusingan seterusnya.

Beraksi di laman sendiri, Selangor dilihat bermula dengan rentak perlahan sehingga menyaksikan pasukan pelawat hampir memecahkan kebuntuan gol seawal minit keempat menerusi satu gerakan cantik yang gagal disempurnakan Hughton Hector.

Selepas itu, giliran kapten Ha Noi T&T, Gonzalo Marronkle mencuba ke arah gawang gol tuan rumah dengan membuat tandukan tepat tetapi berjaya ditangkap kemas penjaga gol Selangor, Farizal Marlias pada minit ke-18.

Bagaimanapun, Rangel berjaya menceriakan penyokong Selangor apabila meledak gol pertama menerusi tandukan menarik pada minit ke-21.

Penyerang import kelahiran Brazil itu menyumbat gol kedua Selangor selepas menerima hantaran cantik daripada rakan sepasukan, Abdul Hadi Yahya pada minit ke-32.

Namun, kegembiraan Gergasi Merah tidak bertahan lama apabila seminit kemudian, Ha Noi T&T dianugerahkan sepakan penalti selepas Ahmad Hazwan Bakri menjatuhkan Hector di kawasan kotak penalti.

Peluang itu mudah disempurnakan dengan baik oleh Marronkle.

Kelekaan barisan pertahanan Ha Noi T&T itu mengundang padah apabila S. Kunanlan mengambil kesempatan sebelum melorongkan bola buat Rangel meledak hatriknya dua minit sebelum tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah dilihat lebih gemar bermain corak serangan balas pantas, namun percubaan S. Venood berjaya disekat tonggak import Ha Noi T&T, Sam Gallagher.

Pemain pertahanan Ha Noi T&T, Nguyen Hong Tien hampir menghadiahkan 'gol percuma' kepada Selangor selepas tertampan sepakan percuma Azmi Muslim pada minit ke-64.

Ketangkasan Farizal juga berjaya menyelamatkan kubu Selangor daripada dibolosi pasukan pelawat yang bangkit mengasak bertubi-tubi ke kubu Selangor.

Bagaimanapun, hajat Ha Noi T&T mencari dua lagi gol tidak kesampaian apabila kedudukan 3-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia perlu lebih ramai jurubahasa isyarat

Posted:

Malaysia perlu lebih ramai jurubahasa isyarat

Malaysia perlu lebih ramai jurubahasa isyarat

01/04/2014 10:58pm

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kira-kira 160 jurubahasa isyarat bagi mencapai nisbah satu jurubahasa untuk 300 Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak di negara ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Mohamad Sazali Shaari berkata, ia bagi memenuhi keperluan semasa 55,500 orang pekak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Setakat ini kita hanya mempunyai 27 orang jurubahasa isyarat yang bekerja

di bawah MFD, jumlah itu jelas tidak cukup," katanya kepada pemberita melalui jurubahasa isyarat selepas majlis Penyerahan Pusat Latihan Orang Pekak oleh Yayasan Sime Darby (YSD), di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang pekak di Malaysia masih ketinggalan dari segi keperluan

komunikasi berbanding golongan OKU yang lain.

"Kalau orang buta, mereka mempunyai kaedah berkomunikasi lain seperti

tulisan Braille tetapi orang pekak memerlukan jurubahasa isyarat untuk memahami perkara yang disampaikan,"katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved