Selasa, 11 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Geluguh alatan tradisi Orang Asli

Posted:

Geluguh alatan tradisi Orang Asli

Geluguh alatan tradisi Orang Asli

TRADISI menangkap udang galah cukup sinonim menggunakan jala, pukat atau pancing.

Namun, apabila diungkap mengenai geluguh, pasti ramai yang menggaru kepala kerana kaedah tersebut begitu asing lebih-lebih lagi kepada bukan penggemar aktiviti sungai.

Carian menerusi internet juga mendapati maklumat mengenai geluguh kurang diuar-uarkan.

Justeru, pertemuan penulis dan jurugambar, Ahmad Zakki Jilan bersama peniaga kedai makan, Mohd. Saufi Jusoh, 48, di Kampung Leban Chondong, Rompin, Pahang telah membuka jalan untuk 'menggali' kisah geluguh.

Mohd. Saufi yang merupakan pembekal udang galah di daerah itu, memperoleh bekalan udang galah segar daripada Orang Asli yang mendiami tebing Sungai Rompin.

Menariknya, udang galah yang dibekalkan mereka mempunyai jangka hayat lebih panjang sekali gus membolehkan pengemarnya menikmati kemanisan udang galah tersebut.

Rupa-rupanya, Orang Asli tersebut menggunakan teknik tangkapan yang dikenali sebagai geluguh.

"Saya mahu pelanggan saya menikmati udang galah yang segar. Jadi, mendapatkan bekalan daripada Orang Asli di sini merupakan langkah terbaik kerana mereka rajin ke sungai setiap hari.

"Malah, teknik tangkapan yang digunakan iaitu geluguh membuatkan udang galah yang ditangkap lebih bersih dan mempunyai tempoh hayat lebih lama," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


LUDIN menunjukkan udang yang masuk ke geluguh miliknya yang diletakkan di Sungai Rompin, Pahang.


Pengalaman

Bagi seorang penduduk Orang Asli di Kampung Limau, Rompin, Ludin, 42, pengalaman menangkap udang galah lebih 20 tahun membuatkan kredibilitinya sukar diragui.

Walaupun sepanjang kerjaya itu, Ludin berdepan pelbagai liku, kini dia boleh tersenyum kelegaan kerana memiliki 125 buah geluguh yang dibuatnya sejak setahun lalu.

Ini kerana, untuk menyiapkan sebuah geluguh bukanlah tugas yang mudah. Melihat kepada reka bentuk perangkap udang galah tersebut, ia kelihatan sukar untuk disiapkan.

Rangka luar perangkap udang yang mampu bertahan sehingga tiga tahun itu dibuat menggunakan kulit kayu jenis Merawan yang diperoleh sekitar hutan di kampung tersebut.

Selepas seharian meredah hutan mencari kulit kayu tersebut, Ludin akan merendamnya seharian di dalam sungai untuk memudahkan kulit itu melentur ketika proses geluguh dibuat.

"Bahan lain yang diperlukan ialah rotan, tali tangsi dan dawai. Bahagian berbentuk seperti kon merupakan ruang perangkap udang galah dan ia diperbuat ketika masuk dan menjadi perangkap dibuat daripada rotan.

"Setelah semua bahan diperoleh, saya mampu menyiapkan antara lapan hingga 10 geluguh dalam sehari.

"Saya perlu siapkan lebih banyak geluguh untuk diletak dalam sungai untuk mendapat hasil tangkapan yang lebih lumayan. Jadi sampai masa, saya hanya perlu kutip hasil tangkapan untuk dijual," katanya.

Ada juga geluguh milik Ludin yang dibuat menggunakan paip polivinil klorida (PVC) namun, ia menelan kos yang lebih tinggi berbanding menggunakan bekalan semula jadi.

Umpan

Berkongsi pengalaman menangkap udang menggunakan geluguh, rakan sekampungnya, Mahidin, 53, memberitahu, perangkap itu akan diletak bersama umpan ubi kayu di dalam sungai secara kekal di habitat haiwan itu membiak.

PEMBUATAN geluguh yang rumit membuatkan golongan muda Orang Asli kurang berminat mempelajarinya.


Selang dua hari, Mahidin akan menyelusuri sungai seawal pukul 7 pagi bersama bot yang menggunakan enjin ke lokasi geluguh diletakkan untuk melihat hasil tangkapan yang menjadi sumber pendapatannya.

"Udang galah ada musim tertentu antara Februari hingga Mei. Pada bulan-bulan ini, hasil kutipan udang galah amat baik. Setiap geluguh boleh mendapat hasil sehingga 20 ekor udang galah.

"Jika bernasib baik, saya mampu memperoleh bekalan hingga lapan kilogram dan kemudian dijual kepada pembekal pada harga antara RM40 hingga RM60 sekilogram," katanya.

Jika dihitung, mereka mampu menjana pendapatan sehingga mencecah hingga RM3,000 sebulan.

Mencari rezeki untuk keluarga tercinta dengan menghabiskan masa di sungai pasti ada cabaran tersendiri. Begitu juga, Mahidin yang sudah lali dengan cabaran tersebut.

Antaranya, terserempak haiwan berbisa seperti ular dan reptilia ganas, buaya.

Penulis dan jurugambar yang mengikuti Ludin menjenguk udang galah juga bersua dengan ular kapak di dahan pokok berhampiran tebing sungai.

Dicuri

Namun, lebih mengecewakan apabila melihat geluguh kosong dipercayai hasilnya dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Bukan mahu menuduh sesiapa tetapi ia dah menjadi perkara biasa di sini. Kita perlu faham, Sungai Rompin ramai orang luar yang datang untuk menangkap ikan dan udang galah, kami sudah lali dengan kejadian ini," kata Mahidin.


RUMAH rakit ini boleh disewa kaki pancing di Sungai Rompin, Pahang.


Bagi Mat, 40, dia bimbang kemahiran tradisi masyrakat Orang Asli menangkap udang galah menggunakan geluguh akan pupus suatu hari nanti.

Kebimbangannya ternyata berasas apabila generasi muda Orang Asli sekarang tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai pembuatan geluguh. Mereka menganggap membuat geluguh terlalu rumit, perlu seharian masuk ke hutan mencari bahan-bahan dan memakan masa yang lama.

"Golongan muda lebih selesa menggunakan peralatan yang lebih moden seperti jala, pukat dan pancing untuk mendapatkan udang galah.

"Benar, setiap kaedah ada kelebihan dan daya tarikan tetapi kami sebagai Orang Asli mahu warisan geluguh ini terus kekal sampai bila-bila. Walaupun bukan sekadar untuk mencari rezeki, golongan muda boleh menjadikannya aktiviti pada masa lapang. Itupun sudah bagus bagi mengekalkan penggunaan geguguh," katanya.

Konflik ibu tunggal di Thailand

Posted:

Konflik ibu tunggal di Thailand

Konflik ibu tunggal di Thailand


TERDAPAT ibu tunggal yang bekerja di bengkel membuat tembikar tanah liat bagi menyara kehidupan mereka.


BERGELAR ibu tunggal dan buta sebelah mata ekoran kejadian rusuhan, Tungrudee Jaiin, 39, terpaksa seorang diri membesarkan empat orang anaknya di selatan Thailand sekali gus menanggung beban yang berat.

Segaris parut kelihatan pada dahinya yang menandakan dia kehilangan satu mata akibat terkena peluru ketika pemberontak menembak suaminya dalam satu hukuman bunuh.

Igauan ngeri tersebut telah meletakkan Tungrudee dalam konflik berpanjangan yang dialami oleh kebanyakan ibu tunggal di selatan Thailand yang menyaksikan seramai 5,900 orang terbunuh di wilayah dengan majoriti penduduknya beragama Islam.

Sebahagian besar mangsa merupakan orang awam yang terhimpit antara tentera keselamatan Thailand dengan kekejaman pemberontak. Kira-kira 400 wanita maut. Pihak berkuasa menyatakan, seramai 2,700 orang telah mendaftar sebagai ibu tunggal selepas suami mereka dibunuh di Narathiwat, Yala dan Pattani.

Mangsa dan anak-anak mereka terpaksa keluar mencari sesuap nasi setelah ketua keluarga dipenjarakan. Ada juga para suami yang melarikan diri supaya tidak ditangkap atau menyertai gerakan pemberontak.

Dalam nada suara yang lembut dan bebas daripada rasa dendam, Tungrudee yang telah memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan suaminya teringatkan kembali akan peristiwa yang menimpa keluarganya lima tahun lalu apabila pemberontak membunuh suaminya kerana menjadi pemberi maklumat kepada kerajaan.

"Dua minggu kemudian, mereka kembali menembak saya lalu membiarkan saya sengsara. Mereka turut membakar rumah kami," katanya sambil menunjukkan mata, bahagian badan dan kaki yang terkena tembakan.

Anak lelakinya terbakar teruk dalam kebakaran tersebut.

Perlindungan

Kini, Tungrudee dan anak-anaknya yang berusia antara empat hingga 15 tahun mendapat perlindungan tentera di kampung ibu tunggal, Rotan Batu. Tempat perlindungan itu mampu menempatkan seramai 140 orang wanita dan 300 kanak-kanak.

"Kadang-kadang saya rasa lemah dan terfikir bagaimana hidup saya tanpa suami? Tetapi bila saya lihat anak-anak saya, saya terfikir siapa lagi yang akan menjaga mereka jika bukan saya?," luah Tungrudee.

Perwatakan tenangnya adalah lambang kekuatan seorang wanita yang sedang berdepan dengan konflik yang pada asalnya wajar melampiaskan amarah di atas pergolakan politik di negara Gajah Putih itu.


KANAK-KANAK Thailand menuruni tangga trak yang menjadi kenderaan mereka pulang dari sekolah.


Pakar memberitahu, wanita Islam menghadapi kesukaran tertentu di wilayah yang berfikiran konservatif dan mempunyai budaya yang berbeza daripada penduduk Thailand yang majoritinya beragama Buddha.

Ketiadaan suami bermakna wanita Muslim perlu bertanggungjawab menyediakan perbelanjaan keluarga.

Tambahan pula, hak bersuara wanita disekat kerana politik dan pemberontakan dikawal oleh golongan lelaki.

Dalam pada itu, Angkhana Neelapaijit dari Yayasan Keadilan Untuk Keamanan berkata, wanita tiada hak untuk bersuara.

"Tugas mereka adalah untuk menjaga keluarga," tegasnya.

Satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah yayasan baru-baru ini mendapati, kekurangan pendidikan terhadap wanita menjadi punca mereka menerima bayaran upah yang rendah atau tidak mendapat pekerjaan.

Kekurangan lain di Thailand adalah pengendalian proses undang-undang yang kompleks dengan pasukan keselamatan kebiasaannya menangkap mereka yang disyaki sebagai pemberontak secara beramai-ramai.

Politik

Sesetengah wanita merasakan bahawa hampir mustahil untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak.

Bagaimanapun, kini terdapat ruang untuk wanita menceburi bidang politik yang ditinggalkan oleh lelaki. Golongan wanita diberi peluang untuk menyertai kumpulan kemasyarakatan bagi memperjuangkan keadilan.

"Peranan wanita semakin besar berbanding lelaki yang dicurigai oleh pihak berkuasa, dipenjarakan atau meninggal dunia," kata pembikin filem, Noi Thammasathien, yang telah bekerja keras menangani isu-isu wanita di Thailand.

Lebih 50 orang terbunuh sejak awal tahun ini termasuk dua wanita Buddha yang ditembak mati dan dibakar dalam dua kejadian berasingan kurang seminggu berlakunya kejadian pertama.

"Wanita sangat menderita di sini, tetapi kami mesti besarkan anak kami sendiri. Kami mesti terus hidup," kata penduduk, Mariyah Nibosu, sambil membentuk periuk tanah liat untuk dijual di bengkel kampungnya.- AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Komited lestarikan alam sekitar

Posted:

Komited lestarikan alam sekitar

Komited lestarikan alam sekitar

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

KENANGAN menerima anugerah tertinggi dan paling berprestij di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) kira-kira lima tahun lalu masih terpahat kemas dalam lipatan kenangan Azrena Mahmud.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu merupakan Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran di Intel Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang. Dia sudah berkhidmat di syarikat inovasi pengkomputeran tersebut selama sembilan tahun.

"Pengalaman paling menarik adalah apabila saya dan beberapa rakan sekerja lain diterbangkan khas ke AS bagi menerima Anugerah Pencapaian Intel daripada presiden dan ketua pegawai eksekutif Intel dalam satu majlis eksklusif.

"Anugerah tersebut diberikan atas pencapaian dalam projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah kami anjurkan di peringkat global. Antaranya, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar," ujarnya ketika ditemui di kampus Intel Malaysia, Pulau Pinang baru-baru ini.

Dia menggalas tugas dalam menguar-uarkan usaha dan program Intel kepada masyarakat agar dapat menjadi galakan dan manfaat.

Azrena turut terlibat dalam program penanaman pokok bakau, kitar semula, program pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan laut serta menyampaikan taklimat kepada pelajar sekolah tentang kepentingan alam sekitar.

Intel Corporation merupakan syarikat multinasional yang mereka bentuk dan membina keperluan teknologi yang dijadikan asas kepada peranti komputer di dunia. Di Malaysia, ia dikenali sebagai Intel Malaysia dan mula ditubuhkan pada tahun 1972 dengan kekuatan seramai 100 pekerja.


CEF Audee Cheah memotong sayur yang diambil dari tapak semaian Farm To Fork.


Selepas 42 tahun, Intel Malaysia merupakan cawangan Intel Corporation terbesar di luar AS yang memiliki lebih 9,000 pekerja berkemahiran tinggi. Maka tidak hairanlah apabila Intel Malaysia berjaya memanfaatkan kepakaran yang dimiliki bagi menyumbang kembali kepada kelestarian alam sekitar.

Buktinya, sebanyak RM3 juta setahun dilaburkan bagi program penjimatan tenaga sejak enam tahun lalu. Pada tahun 2011 dan 2012, sebanyak 28 juta kiloWatt sejam (kWj) tenaga elektrik berjaya dijimatkan.

Larangan

Jurutera Kimia Intel Malaysia, Siti Zawiyah Baharom, 26, berkata, dia turut mengambil bahagian dalam aktiviti memelihara dan memulihara alam sekitar yang dikelolakan oleh pihak syarikat.

"Salah satu inisiatif Intel yang dianggap berkesan adalah larangan meletakkan bakul sampah di meja pekerja dan ia digantikan dengan tong kitar semula berpusat yang dibahagikan kepada pelbagai kategori.

"Antara kategori tersebut adalah kertas, tin, plastik, dan sisa makanan. Selain pekerja dikehendaki mengasingkan sampah mengikut kategori, secara tidak langsung cara tersebut membuatkan pekerja 'bersenam' di dalam pejabat kerana terpaksa berjalan ke arah tong sampah," jelasnya yang baru setahun berkhidmat di syarikat tersebut.

Sebagai jurutera kimia, dia bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran sistem gas, rawatan air secara proses osmosis berbalik ternyah ion dan sistem rawatan air sisa industri.

Selain itu, Siti Zawiyah juga terlibat dalam melaksanakan projek tadahan air hujan bagi memaksimumkan penggunaan tenaga. Melalui program tersebut, Intel Malaysia dapat mengumpul air hujan dan menyalurkan kepada tangki simpanan yang kemudiannya dapat digunakan sebagai sumber tenaga kepada sistem pendingin hawa.

"Dengan kepakaran yang dimiliki, saya boleh menjalankan uji kaji dan menganalisis air buangan yang hendak dikitar semula," ujarnya.


PEKERJA dikehendaki membawa beg bimbit sendiri jika ingin berbelanja di kedai serbaneka yang terdapat di Intel Malaysia.


Usaha penjimatan tenaga yang dilakukan membuahkan hasil apabila Intel Malaysia diiktiraf untuk menerima anugerah pencapaian dalam Keberkesanan Pengurusan Tenaga pada majlis Anugerah Industri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) 2013.

Difahamkan, lebih 50 projek pemuliharaan tenaga sudah dilaksanakan sejak dua tahun lalu. Selain penjimatan tenaga, program pemuliharaan air dan kitar semula sisa pepejal turut dilakukan bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Korporat Intel Malaysia, Lee Koh Wing berkata, Intel Malaysia menekankan tujuh aspek utama bagi mengurangkan kesan karbon terhadap alam sekitar.

Ia terdiri daripada penggunaan tenaga produk secara berkesan, pemuliharaan tenaga, kitar semula sisa air, bangunan hijau, strategi kelestarian teknologi maklumat dan pengurangan serta kitar semula sampah.

Stesen kitar semula

Terdapat 74 stesen kitar semula disediakan di kampus Intel Malaysia iaitu di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

"Pokoknya, tiada apa yang dibiarkan terbuang atau dibazirkan begitu sahaja. Contohnya, sisa makanan pekerja akan diasingkan di ruang yang disediakan untuk dijadikan baja kompos.

"Baja itu akan digunakan untuk landskap di sekitar kampus Intel dan kebun yang dikhaskan buat pekerja. Mereka boleh menanam dan kemudian membawa pulang atau menghantar sayur tersebut ke kafetaria untuk dimasak secara percuma," jelasnya ketika mengiringi lawatan media ke Intel Malaysia.

Pada tahun lalu, Intel Malaysia berjaya menjimatkan kuantiti air sehingga mencecah 119,000 meter kubik iaitu bersamaan dengan saiz 50 kolam renang bertaraf Olimpik.

Selain itu, pekerja digalakkan berkongsi kenderaan ke tempat kerja bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang mengakibatkan pencemaran udara.


YEAN PHIN menuang baja kompos yang dihasilkan daripada sisa makanan pekerja ke tapak semaian.


Pekerja yang berkongsi kenderaan diberi keistimewaan untuk meletakkan kereta paling hampir dengan bangunan pejabat masing-masing. Ini bermakna, mereka yang memilih untuk memandu kereta seorang diri terpaksa berjalan kaki lebih jauh untuk ke tempat kerja.

Bukan sahaja Intel Malaysia begitu komited dengan kepentingan pemeliharaan alam sekitar, syarikat berkenaan turut mengambil berat terhadap kebajikan setiap pekerjanya. Misalnya, bakal-bakal ibu disediakan tempat letak kereta istimewa bagi memudahkan pergerakan mereka.

Polisi syarikat turut membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah sekiranya terdapat anggota keluarga yang tidak sihat atau memerlukan perhatian si pekerja. Bilik khas penyusuan ibu turut disediakan untuk si ibu yang masih menyusukan anak.

Menentang pencemaran di China

Posted:

Menentang pencemaran di China

Menentang pencemaran di China


CHINA menggunakan lebih banyak sumber tenaga berbanding negara lain di dunia.


SELAMA hampir 40 tahun, dia telah menggali arang batu sehingga menyebabkan kesihatan lelaki berusia 55 tahun itu terjejas dan saluran air di kampungnya mengering.

Tetapi, tiada yang mampu dilakukan oleh lelaki ini memandangkan ia merupakan sumber rezeki utama.

"Jika saya bekerja sebagai petani, mungkin pendapatan yang diterima tidak setinggi seperti menjadi pelombong," ujarnya yang hanya ingin dikenali sebagai Di.

Tanpa berasa malu, dia menunjukkan jari-jemarinya yang kehitaman selepas seharian bekerja di sebuah bukit di Wilayah Guizhou, China.

Di memberitahu, kesihatannya masih dalam keadaan yang agak baik walaupun mengakui tidak mampu untuk membayar rawatan kesihatan.

Dalam keghairahan Negara Tembok Besar itu cuba memonopoli industri arang batu dunia, isu kesihatan dan alam sekitar sering diabaikan oleh pihak berkuasa.

Ia membawa kepada kemarahan penduduk yang inginkan keadilan terutama apabila pihak berkuasa berjanji untuk mengambil tindakan sejak Presiden China baharu, Xi Jinping mengambil tampuk pemerintahan tahun lalu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Li Keqiang telah bersumpah untuk menentang pencemaran yang teruk di negara itu.

Perkara tersebut telah dinyatakannya dalam satu upacara pembukaan acara Parti Komunis China baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Keqiang memaklumkan kerajaan akan mengehadkan jumlah penggunaan tenaga, menutup 50,000 relau kecil arang batu, membersihkan pusat janakuasa utama arang batu dan mengurangkan enam juta kenderaan di jalan raya.

Namun, perubahan tersebut dianggap sebagai satu cabaran yang sukar memandangkan terdapat peningkatan jumlah permintaan dan tekanan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di negara berkenaan.

"Memandangkan isu alam sekitar semakin mendapat perhatian masyarakat tempatan dan media antarabangsa, tindakan yang lebih serius perlu diambil kerajaan," ujar pakar industri arang batu, Xiaomin Liu.

"Mungkin pihak berkuasa akan melakukan beberapa tindakan tetapi saya tidak merasakan mereka akan mengubah struktur asas ekonomi negara," jelasnya.

Tingkat kualiti udara

China menggunakan lebih banyak sumber tenaga berbanding negara lain dan bertanggungjawab untuk kira-kira setengah penggunaan arang batu dunia.

Selain itu, ia juga bergantung kepada dua pertiga bahan api fosil dunia sebagai bekalan tenaga.

Tekanan masyarakat mengenai isu pencemaran mula merebak sejak Januari 2013 apabila ibu negara, Beijing diselubungi asap yang melebihi 40 kali tahap normal udara bersih mengikut standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa bertindak lebih tegas dalam menyelesaikan masalah yang dialami.

Media-media tempatan mula mengeluarkan laporan kualiti udara dan sehingga tahun ini, sebanyak 15,000 kilang diarahkan untuk memaparkan data-data mengenai aktiviti pengeluaran dan pemprosesan kepada umum.


BEBERAPA orang pelombong sibuk mengasingkan arang batu di Huaibei.


Sepanjang tahun lepas, Beijing telah memperuntukkan RM912.24 bilion untuk meningkatkan kualiti udara, malah pada September 2013, pihak berkuasa mengumumkan untuk mengurangkan penggunaan arang batu di tiga kawasan berkepadatan tinggi.

Ia bakal mengurangkan kebergantungan bahan asli itu sebanyak 65 peratus sehingga tahun 2017.

Menurut Pengarah Sumber Asli Majlis Pertahanan, Alvin Lin, beberapa perancangan yang dibuat terlalu bercita-cita tinggi dan memberikan mesej penting kepada masyarakat.

"Proses pelaksanaan mengambil masa dan beberapa langkah tegas diperlukan sepanjang proses tersebut," ujarnya.

Namun, bagi bandar-bandar yang lantang bersuara dalam isu pencemaran akan mengambil langkah dengan memindahkan kilang-kilang janakuasa tersebut ke kawasan terpencil dan miskin.

"Mungkin antara langkah yang diambil hanyalah mengalih 'masalah' tersebut ke arah barat. Ia seperti mengambil cara mudah bagi menangani isu itu," ujar Pengarah Forum Alam Sekitar China, Jennifer Turner.

Guizhou yang terletak di barat daya China telah berjanji untuk menutup lombong di kira-kira 800 kawasan menjelang pertengahan 2014. Namun segelintir pihak beranggapan langkah itu hanya akan menutup operasi-operasi kecil dan tidak menyentuh proses pengeluaran.

Pendapatan lumayan

Penduduk kampung di sekitar Anshun telah lama meraih manfaat daripada arang batu. Mereka mendapat pendapatan sebanyak RM3,190 sebulan dari sektor perlombongan dengan jumlah tersebut adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada gaji buruh dan 10 kali lebih banyak daripada sektor pertanian.

Walaubagaimanapun, sesetengah penduduk menganggap keuntungan tersebut juga membawa kepada satu kerugian yang besar sehingga mampu meragut nyawa. Pelombong sentiasa berhadapan dengan masalah paru-paru hitam, kekurangan air serta ancaman tanah runtuh.

Bertentangan dengan lombong di Anshun, yang mempunyai pemandangan indah dengan deretan kekuningan sayur sawi, berdiri seorang wanita bernama Zhang Yang masih tidak dapat menerima berita kehilangan suaminya tahun lalu. Lelaki berkenaan dipercayai terbunuh ketika melakukan kerja-kerja perlombongan.

Bagi jejaka berusia 45 tahun yang ingin dikenali sebagai Yan, dia memutuskan untuk berhenti kerja kerana takut berdepan dengan bahaya yang meragut ratusan nyawa penduduk kampungnya.

"Saya sangat bersetuju penutupan lombong arang batu kerana ia membawa mudarat kepada kesihatan dan alam sekitar," ujar bapa kepada dua orang itu.

Dalam membuat keputusan itu, dia pernah bertengkar dengan ahli keluarganya untuk terus bekerja di lombong atau berpindah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan baharu.

"Tidak dinafikan ia membawa pulangan yang lumayan tetapi memikirkan kesan jangka masa panjang, ia tidak memberi pulangan yang diharapkan," ujarnya.

Kit pengesan alkohol mudah dan efektif

Posted:

Kit pengesan alkohol mudah dan efektif

Kit pengesan alkohol mudah dan efektif


KIT pengesan alkohol yang dihasilkan oleh Ummi Marshida (kiri), Mohd. Fakharul dan Muhammad Yusof mampu menggantikan alat pengesan alkohol yang digunakan PDRM.


PARA penyelidik dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Fakharul Yahya, Dr. Ummi Marshida Abdul Hamid dan Muhammad Yusof Masod berjaya menghasilkan kit pengesan alkohol dalam bentuk kertas yang mampu menggantikan alat pengesan alkohol komersial seperti digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa ini.

Uniknya, kit ini dihasilkan dengan menggunakan pencetak jet dakwat (inkjet) biasa. Sehubungan itu, mesin pencetak yang biasa digunakan di pejabat menjadi instrumen baharu dalam penyelidikan biologi kumpulan penyelidik tersebut.

Kit pengesan alkohol yang pertama seumpamanya itu dihasilkan dalam bentuk kertas dan berfungsi seperti kertas pH. Ia mempunyai bioaktif berenzim dan mampu mengesan alkohol dalam nafas individu yang disyaki mabuk menggunakan kaedah hembusan pada kertas berkenaan.

Sekiranya kertas berubah warna, ia menandakan individu tersebut mempunyai alkohol dalam tubuh mereka. Ia disebabkan alkohol dehidrogenase iaitu sejenis protein yang dikelaskan sebagai enzim yang berfungsi menukarkan alkohol kepada sebatian kimia lain melalui tindak balas penurunan-pengoksidaan.

"Idea ini tercetus bagi memudahkan aktiviti pemantauan alkohol di samping menyediakan kaedah pengesanan analisis yang murah dan praktikal," ujar Mohd. Fakharul.

Dia menambah, kit pengesan alkohol tersebut bukan sahaja mampu mengesan alkohol dalam nafas individu malah boleh mengesan kandungan bahan berkenaan dalam darah, air liur dan air kencing.

Menjelaskan mengenai penyediaan enzim bioaktif sebelum dicetak di atas kertas, Mohd. Fakharul berkata, enzim alkohol dehidrogenase dicampurkan bersama bahan-bahan penurunan-pengoksidaan pada komposisi tertentu.

"Larutan berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam katrij mesin pencetak yang telah diubah suai bagi membolehkan ia dicetak di atas kertas," ujarnya.

Beliau menjelaskan, pasukan tersebut juga mencipta perisian komputer untuk menentukan corak cetakan yang sesuai di atas kertas.

"Kertas yang digunakan dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti komposisi dan tahap kejernihan kertas selulosa, daya tahan lembapan dan kebocoran untuk memastikan kualiti kertas pengesan alkohol yang dihasilkan.

"Produk ini tidak memerlukan sebarang peralatan elektronik untuk menunjukkan keputusan positif alkohol dan mudah dibawa ke mana-mana. Malah, dengan kos penghasilan yang rendah, kit ini boleh dijual pada harga yang murah," tambahnya.

Beliau memaklumkan kit berkenaan juga mampu mengesan kandungan alkohol dalam makanan atau minuman. Ini sekali gus memberi manfaat kepada pengguna, khasnya yang beragama Islam, yang sangat peka mengenai isu halal dan haram.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


FGV eratkan hubungan dengan warga

Posted:

FGV eratkan hubungan dengan warga <i>Kosmo!</i>

FGV eratkan hubungan dengan warga Kosmo!

MOHD. EMIR (depan enam dari kiri) bergambar bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali (lima dari kiri) semasa kunjungan pegawai FGV ke pejabat Kosmo!, Kuala Lumpur kelmarin.


HUBUNGAN MESRA. Pengurusan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang diketuai Presiden Kumpulannya, Mohd. Emir Mavani Abdullah melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur kelmarin.

Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja julung-julung kali syarikat itu bagi menjalinkan hubungan mesra bersama seluruh warga kerja akhbar Kosmo!.

Mohd. Emir berkata, kunjungan FGV ke Kosmo! bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim yang sudah sedia terjalin dengan akhbar-akhbar terbitan Kumpulan Utusan.

"Ruangan Niaga dalam Kosmo! menampilkan konsep dan persembahan berita yang menarik sesuai untuk tatapan pembaca. Lawatan ini memberi peluang kepada kami untuk mengenali dengan lebih akrab warga kerja Kosmo!," ujarnya.

Sukarelawan Jerantut sertai program Kembara Amal

Posted:

Sukarelawan Jerantut sertai program Kembara Amal

Sukarelawan Jerantut sertai program Kembara Amal


SEBAHAGIAN daripada belia Jerantut bergambar pada program Kembara Amal dan lawatan ke Taman Negara di Kuala Tahan, Pahang baru-baru ini.


BERBAKTI. Seramai 65 orang belia tampil menjadi sukarelawan sempena program Kembara Amal dan lawatan ke Taman Negara Pahang di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan Kelab-kelab Kereta Negeri Pahang itu melibatkan 27 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk Proton Exora, Perodua Kancil dan Nissan Grand Livina.

Penyelaras program merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Asrul Abdul Hamid berkata, belia yang terlibat dalam program itu mengadakan gotong-royong membersih tanah perkuburan Islam Kampung Padang di Kuala Tahan di Jerantut sebelum melawat Taman Negara Pahang.

70 peserta Konvoi Riadah Pemuda Nibong Tebal

Posted:

70 peserta Konvoi Riadah Pemuda Nibong Tebal

70 peserta Konvoi Riadah Pemuda Nibong Tebal


PESERTA Konvoi Riadah Pemuda 2014 bergambar kenangan dengan Shafie (tengah) sebelum bertolak ke Teluk Batik, Perak dari Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


RIADAH. Seramai 70 peserta mengambil bahagian dalam Konvoi Riadah Pemuda 2014 anjuran pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program itu bertujuan menggalakkan golongan belia mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah selain dapat mengelakkan mereka terlibat dengan gejala tidak sihat.

Konvoi menggunakan motosikal itu merupakan acara tahunan Pergerakan UMNO Nibong Tebal yang turut menjadikan kawasan peranginan Teluk Senangin di Perak sebagai destinasi riadah mereka.

Acara pelepasan peserta konvoi disempurnakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Shafie Kassim.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Wajah penumpang guna pasport curi

Posted:

Wajah penumpang guna pasport curi

Wajah penumpang guna pasport curi

KHALID (tengah) dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang semalam.


SEPANG - Polis mengenal pasti warganegara Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menggunakan pasport palsu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja Iran berusia 19 tahun itu telah menggunakan pasport curi milik lelaki Austria, Christian Kozel, 30, untuk menaiki pesawat tersebut dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada awal Sabtu lalu bersama seorang rakannya.

Rakannya itu pula menggunakan pasport curi milik lelaki Itali bernama Luigi Maraldi, 37.

Difahamkan identiti pemegang pasport curi Itali itu ialah Delavar Syed Mohammad Reza, 30, juga disahkan warga Iran.

Polis masih menyiasat hubungan kedua-dua lelaki itu yang menggunakan pasport palsu.

Berikutan itu, menurut beliau, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes berkenaan yang diketahui oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4 elemen rungkai misteri MH370

Posted:

4 elemen rungkai misteri MH370

4 elemen rungkai misteri MH370

SEPANG - Polis semalam mendedahkan pasukan penyelamat kini memberi fokus kepada empat elemen utama mengenai kehilangan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Sabtu lalu yang sehingga kini tiada sebarang jejak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, empat elemen yang diberi tumpuan itu menjurus kepada unsur rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi dalam kalangan penumpang serta anak kapal.

Menurut beliau, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kesemua elemen itu dengan pasukan itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

"Siasatan dari pelbagai sudut sedang dilakukan dan kita sedang bekerjasama dengan rakan-rakan risikan dari 14 buah negara termasuk Jerman dan Iran yang memberi bantuan.

"Saya katakan masalah peribadi dan psikologi kerana sebagai contoh kita melihat jika ada antara 12 anak kapal atau 227 penumpang itu membeli insurans hayat berpampasan tinggi yang seterusnya memberi manfaat kepada ahli keluarga mereka jika berlaku sesuatu kemalangan," kata beliau pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penduduk dakwa dengar dentuman

Posted:

Penduduk dakwa dengar dentuman

Penduduk dakwa dengar dentuman


ALIAS (kiri) menceritakan pengalamannya mendengar bunyi deruman dan dentuman yang kuat dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang hilang di Marang, Terengganu semalam.


MARANG - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi deruman dan dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada pukul 10.30 pagi semalam.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata, kira-kira pukul 1.20 pagi berkenaan ketika dia bersama tujuh lagi rakannya sedang berehat di bangku yang terletak 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi deruman dan dentuman kuat.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu.

"Kami mencari puncanya di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias yang bekerja sebagai pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau berasa bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa apabila pesawat MAS yang hilang pada hari kejadian masih tidak ditemui sehingga semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd. Yusri Mohd. Yusof, 34, berkata, bunyi yang kuat dan pelik itu pada awalnya disangka fenomena tsunami.

"Saya mengambil keputusan membuat laporan polis selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat MH370," katanya.

Pesawat MAS itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Misi 'memanusiakan' manusia

Posted:

Misi 'memanusiakan' manusia

Misi 'memanusiakan' manusia

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

BUKU Revolusi mempunyai misi untuk 'memanusiakan' manusia.


LAPANGKAN masa, jangan tunggu masa lapang. Itulah prinsip yang dipegang Pahrol Mohamad Juoi, 53, berkenaan minatnya terhadap bidang penulisan. Beliau yang merupakan Pengarah Penyelidikan Modul, Pengurus Besar Fitrah Angkasa, Ketua Pengarang Kumpulan Telaga Biru Sdn. Bhd. dan penceramah bebas yang giat menyampaikan dakwah kepada masyarakat terutama bagi mereka yang beragama Islam.

Kecintaannya kepada dakwah dan penulisan digabungkan bagi mendekati golongan sasaran secara lebih berkesan. Bakat penulisannya mula dicungkil sewaktu di bangku sekolah iaitu melalui penerbitan majalah sekolah.

"Perkara utama yang mendorong saya adalah minat untuk membaca yang seterusnya menimbulkan minat untuk menulis pula.

"Selepas itu, saya mula komited dengan gerakan dakwah dan timbul keinginan untuk berdakwah melalui penulisan," katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Selain itu, Pahrol melihat pergolakan dalaman dan luaran yang dihadapi masyarakat ketika berhadapan dengan sesuatu isu dan cabaran menimbulkan rasa tanggung jawab dalam dirinya untuk memperbaiki diri sekali gus menyelesaikan masalah masyarakat.

Tambahnya, beliau akan meluangkan masa untuk menulis terutamanya selepas solat Subuh sehingga waktu Dhuha sebelum menyambung kembali sehingga pukul 11 pagi.

"Jika dahulu saya boleh menghabiskan masa antara empat hingga lima jam menulis tanpa rehat, tetapi kini masalah kesihatan pada bahagian bahu membuatkan saya hanya mampu menulis selama dua jam tanpa henti," ujarnya yang melapangkan masa untuk menulis pada minggu ketiga dan keempat setiap bulan.

Setakat ini, Pahrol sudah menghasilkan 24 buah buku yang merangkumi pelbagai topik seperti motivasi dakwah, pendidikan, antalogi sajak, kumpulan cerpen dan lirik lagu nasyid.


PAHROL gemar terlibat dalam aktiviti dakwah melalui ceramah motivasi dan penulisan buku.


Hamba

Menerusi buku antalogi cerpen Revolusi ditulis dengan misi 'memanusiakan' manusia.

Menurutnya, apabila manusia sudah buta mata hati kerana meminggirkan agama, mereka akan menjadi lebih hina daripada haiwan.

Kerakusan manusia, bukan sahaja mampu menghancurkan orang lain malah membinasakan diri sendiri.

"Tidak kira setinggi mana ilmu, sebanyak mana harta atau kuasa, tanpa berpegang kepada prinsip Islam, umat Islam sendiri akan menjadi hamba kepada fahaman sekular.

"Fahaman itulah yang ingin 'diperangi' melalui penghasilan cerpen dalam antologi ini. Ia memaparkan bagaimana ulama berfikiran sekular rela menjahanamkan agama atas nama agama sehingga sanggup menggadaikan prinsip teras dan nilai asas Islam atas alasan toleransi dan bersifat sederhana," jelasnya.

Buku Revolusi yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu itu boleh didapatkan pada harga RM15 senaskhah di kedai-kedai buku utama seluruh negara. Buku tersebut cuba mengupas masalah besar yang dihadapi oleh umat Islam akibat meninggalkan tuntutan agama. Apabila Islam diperalatkan untuk tujuan kuasa dan harta oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, umat Islam menjadi lemah dan tidak berdaya.

Cengkaman terhadap perkara kebendaan dan fahaman sekular melahirkan individu yang berpura-pura dalam perjuangan agama dan bangsa. Justeru, setelah lama terhimpit dalam kekeliruan, umat Islam harus dikembalikan kepada pangkal jalan.

Harungi cabaran dengan minda positif

Posted:

Harungi cabaran dengan minda positif

Harungi cabaran dengan minda positif

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK


KEMPEN Take Charge dimeriahkan dengan acara promosi di tempat awam di hadapan Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


MENGHADAPI pelbagai jenis tekanan dalam menguruskan cabaran kehidupan seharian boleh menyebabkan seseorang mengalami penurunan motivasi serta mengekang keyakinan diri untuk terus bersemangat.

Faktor keletihan minda akibat terlalu memikirkan halangan yang bakal ditempuhi juga boleh menyebabkan seseorang itu beralih kepada cara berfikir yang negatif dan akhirnya mengalah dalam mengharungi segala cabaran.

Mental yang mengalami keletihan melampau juga boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak berupaya untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan hidup.

Sebagai usaha mengajak orang ramai sentiasa memulakan hari dengan bersikap positif dalam mengharungi pelbagai cabaran, Brand's melancarkan kempen Take Charge.

Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd. (Cerebos), Koh Joo Siang berkata, kempen tersebut bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencapai kecemerlangan hidup.

"Bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup, seseorang perlu memberi tumpuan kepada fikiran positif yang boleh mencetuskan kuasa bertindak.

"Pemikiran positif membantu menguruskan tekanan dan mengawal kesihatan diri, seterusnya membantu seseorang itu terus gigih mencapai kecemerlangan," kata beliau.

Joo Siang berkata demikian semasa merasmikan pelancaran kempen Take Charge di kompleks beli-belah Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Selain itu, Cerebos melantik penyanyi, Michael Wong sebagai duta Brand's bagi kempen berdurasi enam bulan tersebut untuk menyampaikan mesej kepentingan mempunyai fikiran positif dalam menghadapi cabaran hidup.

Cerebos mengeluarkan barisan produk jenama Brand's di Malaysia sejak 1982 dan kini memasarkan beberapa paten terkenal pelbagai variasi minuman kesihatan berasaskan pati ayam.


ORANG ramai tidakmelepaskan peluang bergambar bersama kakitangan Brand's.


Minuman kesihatan

Antara produk tersebut ialah Pati Ayam Brand's dan variasi campuran bersama ekstrak herba tangkwei, ginseng serta kordisep.

Penggunaan pati ayam sebagai minuman kesihatan bermula pada era 1820-an apabila Raja England, Raja George IV mengalami gangguan kesihatan akibat terlalu banyak tekanan.

Ia kemudian memberi inspirasi kepada tukang masak istana ketika itu, Henderson William Brand mengekstrak pati ayam sebagai minuman kesihatan istimewa untuk raja tersebut.

Selepas bersara dari istana pada tahun 1835, Brand kemudian membuat ekstrak pati ayam yang sama untuk tujuan komersial apabila mendapati kualiti kesihatan Raja George IV bertambah baik.

Ujar Joo Siang lagi, kekerapan pengambilan ekstrak pati ayam berupaya membantu meningkatkan keyakinan diri kerana mengandungi nutrien yang menggalakkan perkembangan mental dan fizikal.

"Sari pati ayam yang diminum secara kerap dapat membantu meningkatkan prestasi mental. Brand's mengeluarkan pati ayam yang sangat baik untuk tujuan itu.

"Nutrien yang terdapat dalam pati ayam boleh menolong meredakan tekanan dan campuran khasiat ekstrak herba pula membantu menambah peningkatan kualiti kesihatan fizikal," katanya.

Tambah beliau, keyakinan diri yang dipengaruhi kualiti mental serta fizikal amat diperlukan dalam menguruskan tekanan dan seterusnya berupaya mengawal sebarang keadaan dengan lebih berkesan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thai jadi lokasi pemalsuan dokumen

Posted:

Thai jadi lokasi pemalsuan dokumen

Thai jadi lokasi pemalsuan dokumen

MARALDI menunjukkan pasportnya di sebuah balai polis di Phuket, Thailand kelmarin.- AP


BANGKOK - Peranan Thailand sebagai hab jaringan jenayah menggunakan dokumen palsu mula menjadi perhatian selepas dua penumpang misteri yang menaiki pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) menggunakan pasport yang dicuri di negara ini.

Identiti penumpang tersebut yang masih misteri mencetuskan kebimbangan bahawa kehilangan pesawat itu sejak pagi Sabtu lalu itu berpunca daripada serangan pengganas, lapor agensi berita AFP semalam.

Terdapat dua nama individu yang berasal dari Eropah dalam senarai penumpang pesawat tersebut yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

Bagaimanapun, nama dalam senarai itu, Christian Kozel yang berasal dari Austria dan warga Itali, Luigi Maraldi sebenarnya tidak menaiki pesawat tersebut.

Sebaliknya dua penumpang misteri menggunakan pasport mereka yang dicuri dalam dua kejadian di Thailand.

Pendedahan itu menyebabkan pihak berkuasa Malaysia menyiasat kemungkinan ada unsur keganasan dalam kehilangan pesawat itu.

Pihak berkuasa di Malaysia kemudian bekerjasama dengan agensi perisikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung kes tersebut.

"Thailand sebelum ini pernah digunakan oleh kumpulan pengganas antarabangsa sebagai zon operasi mereka, untuk mengumpul dana atau merancang sesuatu serangan,'' kata penganalisis antikeganasan Asia Tenggara, Rommel Banlaoi.

Pada tahun 2010, dua lelaki Pakistan dan seorang wanita Thailand ditahan di negara itu kerana disyaki membuat pasport palsu untuk sebuah kumpulan pengganas yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.

Pasport palsu itu digunakan dalam satu operasi antarabangsa yang dikaitkan dengan siri serangan pengganas di Mumbai, India pada tahun 2008 dan serangan bom kereta api di Madrid, Sepanyol pada 2004.

Bagaimanapun, Banlaoi menegaskan bahawa pasport palsu yang digunakan oleh penumpang misteri dalam penerbangan MH307 itu mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah yang lain seperti pendatang haram.

"Thailand adalah destinasi bagi organisasi jenayah antarabangsa untuk mendapatkan dokumen perjalanan dan dokumen kewangan,'' kata satu sumber perisikan Thailand.

"Ia bukan sahaja berkait dengan keganasan tetapi mempunyai hubungan dengan jenayah yang lain.

"Ia merupakan jaringan yang kompleks yang mempunyai kaitan dengan jaringan-jaringan yang lain,'' katanya.

Menurutnya, jaringan itu melibatkan warga Thailand dan warga asing selain turut disertai pencuri pasport, pakar penipuan dokumen, orang tengah dan para pelanggan.

Pihak polis Thailand mengumumkan satu siasatan berhubung kemungkinan kewujudan satu sindiket mencuri pasport di Pulau Phuket iaitu lokasi pasport dua lelaki tersebut dilaporkan hilang.

Pasport Maraldi dilaporkan dicuri di Pulau Phuket pada 2013 manakala dokumen perjalanan Kozel hilang ketika dalam penerbangan dari Phuket ke Bangkok.

Maklumat penerbangan yang diperoleh agensi berita AFP menunjukkan tiket dua penumpang misteri yang menggunakan pasport lelaki itu dibeli di Pattaya pada 6 Mac lalu dan dibayar dengan menggunakan mata wang baht.

Sehingga kini, tidak banyak maklumat berhubung penumpang misteri itu.

Pihak berkuasa Malaysia semalam memberitahu bahawa pihaknya telah mengenal pasti identiti salah seorang penumpang berkenaan tetapi hanya mendedahkan dia bukannya warganegara Malaysia.

Kedudukan geografi yang strategik dan mempunyai sebuah lapangan terbang yang utama, Thailand dikenali sebagai hab pengedaran dadah serta penyeludupan haiwan liar termasuk gading gajah dari Afrika.

Negara itu juga dikenali sebagai penyumbang dokumen untuk imigran yang berhijrah atau melalui negara-negara di wilayah berkenaan.

Satu sumber diplomatik berkata, perjalanan penumpang misteri itu dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing sebelum ke Eropah merupakan laluan biasa bagi imigran haram.

Tambahnya, sebahagian besar pasport yang dicuri dari pelancong di Thailand kemudiannya digunakan oleh golongan imigran untuk berhijrah ke negara lain.

Menurutnya, industri itu semakin berkembang kerana ramai pegawai polis di negara itu terlibat dalam rasuah.

"Pihak polis hanya menutup mata mereka sekiranya ada yang menawarkan wang,'' katanya.

Mengikut undang-undang di Thailand, sesiapa yang didapati menjual atau memiliki dengan niat untuk menjual pasport palsu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Profesor Madya Ahmed Salah Hashim dari Sekolah Kajian Antarabangsa S. Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang di Singapura berkata, memasuki negara Barat dengan mengguna pasport dari negara-negara Barat yang dicuri bukannya merupakan kaedah yang mudah.

Justeru, beliau menyokong teori kemungkinan pengganas menyasarkan penerbangan MH370 itu ekoran dua pasport yang dicuri tersebut di bawah pengawasan Interpol.

Seorang pegawai Imigresen Thailand memberitahu bahawa pihaknya tidak mengimbas pasport pelancong dengan pangkalan data dokumen perjalanan yang hilang dan dicuri milik Interpol.

Polis antarabangsa itu juga menggesa semua negara anggota untuk mengimbas semua pasport dengan pangkalan data itu demi kepentingan penumpang yang tidak berdosa.

"Saya berharap semua kerajaan dan syarikat penerbangan mengambil iktibar daripada kehilangan pesawat malang ini dan mengimbas semua pasport penumpang sebelum membenarkan mereka menaiki pesawat,'' kata Setiausaha Agung Interpol, Ronald Noble.

"Dengan berbuat demikian secara tidak langsung kita mengambil satu langkah bagi memastikan keselamatan penerbangan,'' tambahnya.

Dalam pada itu, akhbar Daily Mail semalam mendedahkan gambar tiket penerbangan yang ditempah oleh dua penumpang misteri tersebut.

Rekod tempahan elektronik menunjukkan tiket sehala yang dibeli mereka dikeluarkan pada 6 Mac lalu oleh sebuah agensi perlancongan di Pattaya.

Seorang pegawai polis Thailand, Supachai Phuykaeokam berkata, syarikat agensi pelancongan itu pula membuat tempahan melalui pejabat syarikat penerbangan China Southern Airlines di Bangkok.

Pemilik agensi pelancongan di Pattaya itu sering berurusan dengan pelancong dari Iran.

Pihak polis Thailand dan pegawai Interpol telah menyoal siasat pemilik agensi tersebut.

Seorang operator syarikat Penerbangan KLM yang berpangkalan di China kelmarin mengesahkan bahawa penumpang bernama Maraldi dan Kozel menempah tiket penerbangan sehala dari Beijing menuju ke Amsterdam, Belanda pada Sabtu lalu.

Maraldi kemudian menempah penerbangan menuju ke Copenhagen, Denmark dan Kozel pula menuju ke Frankfurt, Jerman.

Sebagai pemegang pasport Kesatuan Eropah yang dalam perjalanan menuju ke negara Eropah, kedua-dua penumpang misteri itu tidak memerlukan visa untuk datang ke China.

Misi mencari pesawat MH370 itu memasuki hari ketiga semalam dan diteruskan pada hari ini melibatkan kawasan di perairan Vietnam dan Malaysia sejak Sabtu lalu. - Agensi

Penduduk Palestin mati ditembak

Posted:

Penduduk Palestin mati ditembak

Penduduk Palestin mati ditembak


BEBERAPA askar Israel mengawal pintu masuk ke Lintasan Allenby di Tebing Barat semalam.- AP


BAITULMUQADDIS - Seorang penduduk Palestin mati ditembak oleh anggota-anggota keselamatan Israel semalam, kata tentera regim Zionis.

Menurut tentera Israel, kejadian itu berlaku ketika penduduk Palestin tersebut cuba untuk merampas selaras raifal daripada seorang askar Yahudi.

Tentera regim Zionis menyatakan, kejadian tersebut berlaku di Lintasan Allenby yang terletak di sempadan antara Tebing Barat dan Jordan.

Kejadian itu berlaku semasa penduduk Palestin datang dari Jordan untuk memasuki Tebing Barat.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, polis sedang menyiasat kejadian itu.

Rosenfeld menyatakan, kejadian itu disiasat kerana perbuatan tersebut mungkin mempunyai motif berkaitan dengan perjuangan negara Palestin.

Lintasan itu beroperasi menerusi kerjasama Jordan, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.

Beberapa diplomat asing dan pelancong asing turut menggunakan lintasan itu.

Lintasan tersebut juga digunakan untuk penghantaran barang dari Israel, Terbing Barat dan Jordan. - AP

Ikan paus sepanjang 10 meter tersangkut pada pukat

Posted:

Ikan paus sepanjang 10 meter tersangkut pada pukat

Ikan paus sepanjang 10 meter tersangkut pada pukat


BEBERAPA orang menyaksikan seekor ikan paus yang mati kerana tersangkut pada pukat nelayan di Pelabuhan Sidi Bou Said, utara Tunisia kelmarin.- REUTERS


TUNIS - Seekor ikan paus sepanjang 10 meter dijumpai mati kelmarin selepas tersangkut pada pukat milik seorang nelayan di Tunisia di persisiran pantai Sidi Bou Said yang terletak di utara bandar ini. kelmarin.

Nelayan itu, Bilel Jerbi, 24, berkata, pada mulanya dia menyangka pukat miliknya tersangkut pada sebuah bampar kereta.

"Selepas saya menarik jaring berkenaan, saya melihat ekor ikan paus berkenaan,'' katanya.

Ujarnya. spesies ikan paus itu masih belum dikenal pasti dan haiwan itu hampir mati ketika ia tersangkut pada pukat tersebut.

Jerbi kemudiannya membawa ikan paus itu ke sebuah pelabuhan di Sidi Bou Said.

Beberapa nelayan dan anggota pengawal pantai berusaha untuk membawa naik ikan paus tersebut ke darat.

Pelabuhan itu juga dipenuhi orang ramai yang mahu melihat haiwan gergasi berkenaan dengan lebih dekat.

Tambah Jerbi, dia mengalami kerugian yang besar selepas pukat yang digunakan untuk menangkap ikan rosak selepas ikan paus itu tersangkut pada pukat tersebut.

"Saya berharap dapat menjual daging ikan paus ini dan wang berkenaan digunakan untuk membeli pukat yang baharu,'' katanya.

Seorang pengawal pantai berkata, ikan paus sepanjang 10 meter itu dianggarkan seberat tujuh hingga lapan tan.

"Kami sebelum ini pernah melihat ikan paus sepanjang empat meter tetapi haiwan ini yang terbesar pernah dijumpai di sini,'' katanya.

Menurutnya, punca kematian ikan paus berkenaan masih belum dapat dipastikan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat lelaki ditemui di laluan pejalan kaki

Posted:

Mayat lelaki ditemui di laluan pejalan kaki

Mayat lelaki ditemui di laluan pejalan kaki

11/03/2014 9:46pm

KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental ditemui tertiarap di laluan pejalan kaki berhampiran bangunan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam.

Kejadian disedari oleh seorang pelajar perubatan yang melalui blok bangunan berkenaan pada pukul 11 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi hari ini berkata, pelajar berkenaan melihat susuk tubuh lelaki di kawasan itu selepas pulang dari bilik X-ray untuk ke asrama.

"Pelajar itu nampak seorang lelaki lengkap berpakaian tertiarap sebelum memanggil pegawai perubatan wad kecemasan hospital itu untuk memeriksa keadaan lelaki terbabit sebelum mengesahkan kematian mangsa," kata Idris.

Beliau berkata, pihaknya mendapati yang mangsa merupakan pesakit psikiatri yang menerima rawatan di HUSM sejak 20 Julai 2011 sehingga 8 Januari lalu serta telah menerima rawatan sebanyak enam kali. - Bernama

Lelaki warga emas maut selepas bergaduh

Posted:

Lelaki warga emas maut selepas bergaduh

Lelaki warga emas maut selepas bergaduh

11/03/2014 9:06pm

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas maut hari ini akibat cedera parah di kepala selepas dilapor terlibat dalam pergaduhan di Taman Bukit Jambul di sini semalam.

S. Savalingam, 63, yang dikatakan Pengerusi Persatuan Penduduk taman berkenaan mati pada pukul 10 pagi, selepas dirawat kira-kira 15 jam di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sehubungan itu polis menahan seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 40-an bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

"Ahli perniagaan itu dikatakan bertemu dengan warga emas itu berhampiran sebuah kedai dobi di taman berkenaan untuk membincangkan masalah penduduk di situ.

"Ketika perbincangan berlaku ketegangan antara dua lelaki terbabit dan mereka juga tolak menolak antara satu sama lain sebelum kaki warga emas itu tersadung lalu jatuh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Juruteknik rugi RM18,000 terpedaya dengan peluang perniagaan kerusi urut

Posted:

Juruteknik rugi RM18,000 terpedaya dengan peluang perniagaan kerusi urut

Juruteknik rugi RM18,000 terpedaya dengan peluang perniagaan kerusi urut

11/03/2014 8:06pm

MELAKA - Seorang juruteknik kilang kerugian RM18,000 kerana terpedaya dengan peluang perniagaan kerusi urut yang ditawarkan sebuah syarikat pembekal barang yang beralamat di Ipoh, Perak.

Mustakim Moolish, 32, berkata, pada mulanya beliau menerima panggilan telefon daripada syarikat berkenaan pada 31 Nov tahun lepas yang menjemputnya untuk menghadiri majlis yang diaturkan syarikat itu di sebuah hotel di sini.

Katanya, syarikat terbabit menyatakan majlis itu hanya untuk kajian dan turut menawarkan hadiah antaranya tiket penerbangan, baucar makan malam di hotel dan pakej pelancongan.

"Setelah berada di sana, syarikat berkenaan sebaliknya menawarkan pakej perniagaan kerusi urut," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka di sini hari ini.

Katanya, syarikat itu akan membekalkan kerusi urut berharga RM18,000 sebuah dan kerusi urut berkenaan akan diletakkan di lokasi yang dipilih syarikat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved