Khamis, 6 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pertembungan kuasa besar

Posted:

Pertembungan kuasa besar

Pertembungan kuasa besar

CRIMEA, sebuah semenanjung yang terletak di lokasi strategik mengunjur ke Laut Hitam telah dianugerahkan oleh pemimpin Soviet kepada Ukraine dan diberikan taraf pemerintahan autonomi 60 tahun lalu.

Bagaimanapun, wilayah tersebut kini berdepan krisis yang boleh membawa kepada peperangan antara Rusia dengan Ukraine dan kuasa besar Barat pada bila-bila masa sahaja.

Sebenarnya, Semenanjung Crimea merupakan destinasi popular untuk percutian, namun di situ juga terletaknya pangkalan utama Armada Laut Hitam Rusia. Majoriti penduduk di wilayah tersebut ialah etnik Rusia.

Kebanyakan mereka melahirkan kebimbangan terhadap pemimpin baharu di ibu kota Kiev, Ukraine iaitu kira-kira 650 kilometer ke utara Crimea yang pro-Barat.

Ketegangan mula tercetus apabila bekas Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych, yang digulingkan minggu lalu, didakwa melakukan keganasan polis ke atas penunjuk perasaan hingga mengakibatkan kematian lebih 100 penduduk awam Ukraine.

Disebabkan penggulingan pemimpin yang dipercayai pro-Rusia itu, timbul desakan daripada penduduk dalam kalangan etnik Rusia supaya wilayah autonomi tersebut menarik diri atau keluar dari Ukraine.

Konflik di Ukraine semakin memuncak selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynovse sebagai presiden sementara. Beliau dilantik bagi menggantikan Yanukovych yang telah melarikan diri selepas menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi meredakan situasi politik akibat pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan.

Kawasan penting

Bagaimanapun, bekas Presiden itu diabaikan oleh Kesatuan Eropah (EU) menyebabkannya memihak dan menjalinkan hubungan lebih rapat dengan Kremlin. Para penunjuk perasaan pula menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan EU.

PIHAK polis menahan seorang penunjuk perasaan di Manezhnaya Square, Moscow, pada 2 Mac lalu setelah melakukan bantahan atas tindakan ketenteraan oleh Rusia di Crimea.


Sementara itu, wilayah Crimea yang keluasannya kira-kira saiz Belgium (32,545 kilometer persegi) merupakan kawasan penting pertanian dan pengeluaran wain di samping kaya dengan ladang tembakau.

Crimea turut menjadi destinasi pelancongan popular kerana iklim cuaca subtropika dan banyak pusat peranginan di tepi laut.

Bagaimanapun, sejarah Crimea yang penuh dengan serangan dan penaklukan bermula daripada puak Hun kepada Yunani Byzantine dan Turki Uthmaniah yang memasuki wilayah yang subur itu menerusi laluan tepi pantai sejak beratus tahun dahulu.

Moscow (Rusia) pula memulakan pemerintahan di wilayah berkenaan pada abad ke-18 dengan mewujudkan Armada Laut Hitam pada tahun 1783 di selatan Semenanjung Crimea yang pada hari ini dikenali sebagai Sevastopol.

Pemerintahan di wilayah berkenaan berlanjutan ke era Kesatuan Soviet tanpa sebarang gangguan kecuali ketika zaman penjajahan Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Pada penghujung peperangan iaitu Mei 1944, pemimpin Soviet, Joseph Stalin telah mengusir seluruh penduduk Muslim Tatar yang telah hidup di Crimea selama berabad lamanya.

Stalin menuduh penduduk yang diusir ke Asia Tengah dan beberapa kawasan terpencil dari Kesatuan Soviet itu telah bekerjasama dengan pihak Nazi Jerman.

Menyerahkan

Kira-kira 45 peratus daripada jumlah penduduk Muslim Tatar terkorban pada tahun 1944 hingga 1945 disebabkan penyakit, keletihan dan kelaparan ketika dalam perjalanan keluar dari Crimea.

Para pemimpin Perang Dunia Kedua iaitu Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt; Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan Stalin pernah berkumpul di Istana Livadia, pusat peranginan pantai di Yalta, Crimea pada Februari 1945 bagi memutuskan keadaan Eropah selepas perang.


DUA penunjuk perasaan pro-Rusia memakai baju dengan gambar Putin bagi menunjukkan sokongan terhadap tindakan ketenteraan di Ukraine.


Selepas Stalin meninggal dunia pada tahun 1953, pemimpin Soviet yang seterusnya, Nikita Khrushchev telah menyerahkan Crimea sebagai 'hadiah' kepada Ukraine dalam satu tindakan mengejut pada tahun 1954.

Tindakan tersebut tidak memberi makna besar pada zaman tersebut memandangkan kedua-dua negara, Rusia dan Ukraine adalah negara di bawah Kesatuan Soviet.

Bagaimanapun, tindakan itu menampakkan signifikan penting apabila Kesatuan Soviet runtuh pada tahun 1991 manakala Moscow mempunyai Armada Laut Hitam Rusia di sebuah negara merdeka yang dikenali sebagai Republik Autonomi Crimea itu.

Pada tahun tersebut, tentera Muslim Tatar yang diusir sebelum itu telah pulang semula ke Crimea hingga membentuk lebih 12 peratus daripada jumlah penduduk di wilayah berkenaan. Ekoran bimbang terhadap pengaruh dari Moscow, masyarakat Muslim Tatar ini cenderung untuk menyokong demonstrasi anti-Yanukovych (bekas Presiden Ukraine) yang meletus di Kiev.

Sementara, etnik Rusia yang pada hari ini menyumbang 59 peratus daripada penduduk Crimea pula berkiblatkan Moscow manakala 24 peratus lagi adalah etnik Ukraine menjadikan konflik di wilayah tersebut semakin rumit.

Selain itu, isu Armada Laut Hitam Rusia di Sevastopol telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan antara Ukraine dan Rusia sejak keruntuhan Kesatuan Soviet.

Pelabuhan tersebut dianggap penting kepada Rusia memandangkan ia menyediakan akses segera ke timur Mediterranean, negara Balkan dan Timur Tengah.

Pada tahun 2010, selepas bertahun-tahun melalui rundingan yang rumit, Ukraine telah bersetuju untuk melanjutkan pajakan pelabuhan Sevastopol sehingga tahun 2042 kepada Moscow. Persetujuan itu adalah sebagai pertukaran untuk pengurangan 30 peratus harga gas Rusia memandangkan Ukraine bergantung kepada keperluan tenaga yang banyak.

Bagaimanpun, Rusia masih bimbang terhadap pergantungannya terhadap Ukraine, malah tidak gembira dengan beberapa syarat yang dikenakan dalam perjanjian berkenaan. Ia termasuk keperluan untuk mendapatkan kebenaran Ukraine setiap kali Moscow mahu menaik taraf atau menggantikan kapal di Sevastopol.


SUASANA perkhemahan penunjuk perasaan di Dataran Kemerdekaan di tengah-tengah bandar Kiev, Ukraine.


Pelabuhan baharu

Disebabkan itu, sejak tahun 2008, Rusia telah memperuntukkan kewangan untuk membina pelabuhan baharu di wilayah sendiri di Novorossiysk dalam Crimea dengan rancangan untuk menjadikannya kawasan perkapalan utama baharu.

"Apa yang pasti, terdapat sebab-sebab politik dan etnobudaya menjadi alasan Moscow untuk mengekalkan pengaruhnya di Crimea.

"Namun, ia semata-mata kepentingan tentera dan lokasi strategik Sevastopol. Sebenarnya kawasan tersebut sudah lemah sejak bertahun-tahun kebelakangan ini," ujar pengkaji Institut Strategik Antarabangsa London, Christian Le Miere minggu ini.

Sementara itu, kerajaan Ukraine mula berada selangkah ke dunia peperangan selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan beliau mempunyai hak untuk menceroboh Semenanjung Crimea.

Ketegangan yang berlaku melibatkan Ukraine dengan Rusia dan Barat itu dianggap yang paling buruk sejak Perang Dingin berakhir.

Putin memperoleh kebenaran daripada anggota-anggota Parlimen negaranya untuk melindungi warga Rusia di Ukraine selepas krisis politik berlaku di negara tersebut.

Malah, tentera Rusia telah menawan Crimea dan turut mengepung beberapa buah pusat ketenteraan Ukraine serta menuntut tentera negara itu meletakkan senjata.

Justeru, Majlis Keselamatan Ukraine mengarahkan para pegawainya memastikan semua askar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk berdepan sebarang pertempuran.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyuarakan kebimbangan berhubung pencerobohan Rusia ke dalam wilayah Ukraine.

Menurut White House, Rusia jelas melanggar undang-undang antarabangsa kerana telah menceroboh wilayah Ukraine.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pengantin baharu bersanding naik helikopter di Teluk Intan

Posted:

Pengantin baharu bersanding naik helikopter di Teluk Intan

Pengantin baharu bersanding naik helikopter di Teluk Intan

AMIR RAZLAN dan Nurushuhada Ashirin bergambar kenangan dengan teman-teman yang menghadiri majlis perkahwinan mereka selepas menaiki helikopter di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


UNIK. Impian sepasang pengantin baharu bersanding menaiki helikopter tercapai selepas kedua-dua mereka dibawa melihat keindahan sekitar Sungai Perak, Perak baru-baru ini.

Pasangan mempelai, Amir Razlan Rahimi, 28, dan isterinya, Nurushuhada Ashirin Shahrizan, 27, menaiki helikopter dari rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Selabak, Teluk Intan.

Mereka berdua dibawa melihat keindahan sekitar Sungai Perak kira-kira 10 minit sebelum mendarat di Padang Speedy Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Sebaik mendarat, pasangan tersebut diarak pula dengan menaiki kereta mewah sejauh 500 meter ke Dewan MPTI.

"Pada mulanya, saya berasa gementar sebaik melangkah masuk ke dalam helikopter, namun sebaik berada di ruang udara, timbul rasa seronok," kata Amir Razlan.

Majlis persandingan itu dihadiri kira-kira 5,000 tetamu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Airline System Bhd., Ahmad Jauhari Yahya dan Ratu Rock Malaysia, Ella bersama suaminya, Azhar Hussaini Ghazali.

CIMB hulur bantuan RM21,500 kepada PPKI SK Dusun Tua

Posted:

CIMB hulur bantuan RM21,500 kepada PPKI SK Dusun Tua

CIMB hulur bantuan RM21,500 kepada PPKI SK Dusun Tua


SASHIKALA (berdiri, barisan kedua, tiga dari kiri) bergambar dengan guru-guru dan pelajar SK Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.


BANTU. Kumpulan perbankan CIMB menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya apabila menghulurkan bantuan RM21,500 untuk program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan (SK) Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diberikan bagi menambahbaik infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di kelas PPKI sekolah itu.

Majlis penyerahan sumbangan disampaikan oleh Pengurus CIMB Cawangan Ampang Point, Sashikala Selvaratnam kepada Guru Besar SK Dusun Tua, Guru Besar, Mohd. Sahar Othman.

Menurut Sashikala, peruntukan kewangan tersebut dipecahkan kepada beberapa bahagian penting seperti membaik pulih tandas mesra orang kelainan upaya, membekalkan buku cerita, bahan bantu mengajar, set komputer, set televisyen dan peralatan yang diperlukan oleh kelas PPKI.

Malam Mesra HSAH berlangsung meriah

Posted:

Malam Mesra HSAH berlangsung meriah

Malam Mesra HSAH berlangsung meriah


OSMAN (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama jawatankuasa penganjur Malam Mesra HSAH di Auditorium HSAH, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


MERIAH. Malam Mesra Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) anjuran kakitangan pembantu perawatan kesihatan berlangsung dengan penuh meriah di Auditorium HSAH, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Ketua Biro Sosial dan Komuniti kakitangan pembantu perawatan kesihatan, Salmah Othman berkata, acara tahunan itu diserikan dengan persembahan nasyid, cabutan nombor bertuah, pemilihan personaliti lelaki keterampilan dan personaliti vogue wanita.

Majlis perasmian dilakukan oleh bekas Penyelia HSAH Sungai Petani, Mohd. Yusuf Ismail dan hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Penyelia HSAH Sungai Petani, Osman Mahmud.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Balasan buat suami isteri kejam

Posted:

Balasan buat suami isteri kejam

Balasan buat suami isteri kejam

MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

KONG MENG dan isterinya, Ching Yen dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam kerana membiarkan amahnya mati kebuluran.


SHAH ALAM – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah didapati bersalah membunuh amah Indonesia pada kira-kira tiga tahun lalu.

Fong Kong Meng, 58, dan isterinya, Teoh Ching Yen, 56, dari Taman Sea, Petaling Jaya dekat sini didapati bersalah menyebabkan kematian Isti Komariah dari Jawa Timur, Indonesia yang meninggal dunia dalam keadaan kurus kering dan kesan lebam serta calar di beberapa bahagian badan pada 6 Jun 2011.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mohon tambah 10,000 kuota haji

Posted:

Mohon tambah 10,000 kuota haji

Mohon tambah 10,000 kuota haji

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

SEPANG - Kerajaan melalui Tabung Haji sedang menunggu maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan penambahan kuota jemaah haji seramai 10,000 orang pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setakat ini kuota rasmi yang ditetapkan sebanyak 22,320 jemaah selepas kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota 20 peratus daripada kuota asas 27,900 jemaah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua beradik maut kemalangan

Posted:

Dua beradik maut kemalangan

Dua beradik maut kemalangan

Oleh SAHLIZAH MOHAMED/pix
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my

DARI KIRI: Muhamad Nadzim, Mohd. Nadzrul Khairi


TAPAH – Dua beradik maut setelah pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 348.3, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, Mohd. Nadzrul Khairi Ishak, 34, dan abangnya, Muhamad Nadzim, 39, dari Kampung Baru, Kuala Nerang, Kedah yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari arah utara, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Skuter urban jimat bahan api

Posted:

Skuter urban jimat bahan api

Skuter urban jimat bahan api

Oleh SHAWKATH AZDE


YAMAHA Ego S nyata lebih tangkas dan menjimatkan penggunaan bahan api.


TEMPOH tiga bulan lalu menyaksikan Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memperbaharui rangkaian produk skuternya sebagai salah satu strategi untuk kekal relevan dalam edaran semasa pasaran skuter Malaysia.

Pemasang dan pengedar produk jenama Yamaha itu tampil dengan dua model skuter baharu iaitu Yamaha Ego S dan Ego LC yang didatangkan bersama teknologi sistem pancitan terus bahan api YMJET-FI (Yamaha Mixture JET-Fuel Injection).

Kurang asap

Sistem YMJET-FI yang dipasang pada model Ego S dan Ego LC merupakan komponen khas yang dibangunkan oleh syarikat prinsipal, Yamaha Motor Co. Ltd. (YMC) bagi kegunaan jentera transmisi automatik. Teknologi berkenaan ada perbezaan jika dibandingkan dengan sistem pancitan bahan api pengeluar lain.

Sistem pancitan konvensional menyampaikan minyak petrol ke dalam kebuk pembakaran dalam bentuk semburan manakala YMJET-FI pula melepaskan bahan api dalam bentuk gas seperti kabus. Kelebihan YMJET-FI membolehkan wasap petrol memenuhi ruangan atas bahagian omboh untuk pembakaran lebih efisien.

Ini membolehkan jentera Ego S dan Ego LC menikmati kuasa maksimum tanpa pembaziran petrol sekali gus mengurangkan kadar emisi karbon. HLYM mendakwa teknologi YMJET-FI membantu menjimatkan penggunaan petrol sehingga 20 peratus berbanding model sebelumnya.

Baru-baru ini, penulis diberi kesempatan oleh HLYM untuk menunggang uji kedua-dua model baharu Ego untuk menilai sejauh mana kehebatan produk tawarannya kali ini. Sesi ujian diadakan di sekitar kawasan ibu negara.

Yamaha Ego S baharu yang dilancarkan pada Disember lalu masih mengekalkan saiz kompak tetapi dengan konsep rekaan menarik. Ekspresi model itu didominasi oleh set lampu utama bahagian hadapan yang agak besar. Sentuhan baharu juga diberikan pada set lampu belakangnya dan juga bahagian instrumen meter.

Enjin Ego S dihidupkan dengan menarik mana-mana tuil brek tangan sambil menekan punat butang pemula. Periksa tongkat tunggal sebelum memulakan perjalanan. Model itu tidak dilengkapi sensor untuk mematikan enjin jika tongkat belum dinaikkan.

Sewaktu memulas pendikit minyak melepasi paras kelajuan 40 kilometer sejam (km/j), kuasa tarikan enjin boleh dinikmati. Perahan sepenuhnya mendapati skuter kecil itu mampu mencapai kelajuan maksimum 103km/j di laluan lurus.

Bekalan petrol sebanyak empat liter membolehkan penulis merekodkan jarak perjalanan sejauh 160km dalam kawasan bandar. Itu termasuk berdepan situasi kesesakan lalu lintas dan berhenti di barisan lampu isyarat. Kadar kelajuan tunggangan dikekalkan antara 60km/j hingga 100km/j.

Ujian kedua membabitkan tunggangan campuran antara jalan bandar dan laluan lebuh raya dengan kos belanja petrol sebanyak RM12 (5.71 liter). Catatan jarak perjalanan yang berjaya dikecapi bagi pengisian itu ialah 306km. Secara purata satu liter petrol menyamai jarak 53km. Impresif.


YAMAHA Ego LC nyata lincah dan menawarkan pengendalian responsif.


Enjin responsif

Respons enjin sepanjang sesi ujian tidak mencetuskan sebarang kesan getaran yang menjengkelkan. Pada kelajuan maksimum juga, penulis mendapati Ego S amat stabil dan cukup responsif untuk menyelit di antara barisan kenderaan beroda empat biarpun memotong lori dan bas di laluan lebuh raya.

Kestabilan jentera seberat 90 kilogram itu disokong oleh padanan fork dan sistem penyerap hentak tunggal pada bahagian belakang. Prestasinya cukup cemerlang sehinggakan tiada perasaan ragu-ragu untuk melayan selekoh pada kelajuan maksimum.

Ego S didatangkan dengan sekeping brek cakera pada roda hadapan dan brek belakang jenis gelendong untuk memperlahankan atau memberhentikan jentera sepenuhnya. Kekurangan paling jelas model Ego S ialah kemudahan ruang kargo. Ia masih terlalu kecil untuk menyimpan barang bersaiz besar.

Sesi ujian kedua melibatkan Ego LC. Skuter saiz pertengahan itu dilancarkan ke pasaran beberapa minggu lalu itu memiliki beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan Ego S.

Jika tongkat sisi masih belum dinaikkan, enjin skuter itu tidak boleh dihidupkan. Ia merupakan satu ciri keselamatan untuk menggelak berlakunya kemalangan akibat cuai menaikkan tongkat.

Malah jika tongkat itu diturunkan sewaktu enjin hidup, lampu amaran pada meter instrumen akan berkerdip sebanyak tiga kali dan enjin dimatikan serta-merta.

Respons tork sama seperti model Ego S iaitu apabila jarum meter laju melepasi paras 40km/j, penunggang boleh merasai kuasa tarikan. Kelajuan maksimum yang berjaya direkodkan hanyalah 120km/j.

Sewaktu kelajuan jentera melepasi paras 100km/j, tapak kaki penulis terasa seperti berdenyut-denyut. Itu kesan getaran daripada bahagian enjin.

Berbekalkan satu isian tangki penuh petrol sebanyak 3.8 liter, jarak perjalanan yang mampu dicapai sekadar 110km. Catatan itu mengambil kira paras kelajuan antara 80km/j hingga 110km/j.

Berhubung prestasi membrek, penulis kurang berpuas hati memandangkan ia agak lembap jika dibandingkan dengan Ego S. Kedua-dua model menggunakan jenis brek sama pada kedua-dua bahagian roda.

Sungguhpun begitu, Ego LC tetap lincah apabila bermain di kawasan selekoh. Imbangan jentera agak baik hasil padanan fork hadapan dan monoshock (bahagian belakang) yang tidak membuai sewaktu memecut.

Ruang kargo di bawah pelana membolehkan anda menyimpan sebuah topi keledar jenis separuh dan beberapa barangan kecil. Satu kelebihan jika dibandingkan dengan Ego S.

Setakat ini, HLYM sudah memadankan teknologi YMJET-FI pada dua daripada tiga model sukter dalam rangkaiannya. Satu lagi model iaitu Nouvo LC masih menggunakan sistem karburator. Sama ada model itu akan diperbaharui atau tidak, kita nantikan sahaja pengumuman daripada HLYM.

Ducati Malaysia perkenalkan Monster 796 Corse Stripe

Posted:

Ducati Malaysia perkenalkan Monster 796 Corse Stripe

Ducati Malaysia perkenalkan Monster 796 Corse Stripe



NEXT Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) meluaskan lagi rangkaian model motosikal naked Ducati Monster menerusi pengenalan varian 796 Corse Stripe di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Model yang dibawa masuk dari Thailand berkenaan mengadun kombinasi binaan varian Monster 696 dan 1100. Ia diperkenalkan bagi meluaskan pilihan penggemar jenama motosikal tempatan untuk memiliki jentera urban jenama Itali pada harga yang lebih mampu milik. Ducati Monster 796 Corse Stripe dijual pada harga asas RM63,888 seunit.

Jentera itu tidak jauh berbeza dengan model asas Monster 795 malah menggunakan rangkaian kuasa yang sama. Perbezaan komponen utama antara varian 795 dan 796 Corse Stripe membabitkan jenis lengan ayun yang digunakan. Monster 796 Corse Stripe didatangkan bersama lengan ayun tunggal manakala varian 795 pula mengaplikasi lengan ayun berkembar.

Perbezaan itu membuatkan kadar ketinggian Monster 796 Corse Stripe menokok sebanyak 20 milimeter berbanding 795. Selain itu, Monster 796 Corse Stripe mempunyai solekan jalur putih pada bahagian tengah jentera sebagai padanan pada badan motosikal yang disaluti warna merah. Jentera 796 Corse Stripe didatangkan dengan sistem brek antikunci sebagai ciri standard.

Sebagai bonus kepada pembeli baharu, Ducati Malaysia mengambil inisiatif menawarkan program Kursus Keselamatan Ducati (DSC). Ia merupakan satu kursus asas yang membuka peluang untuk pemilik memahami motosikal Ducati dengan lebih mendalam. Ini termasuk cara-cara pengendalian, kaedah membelok dan membrek, postur tunggangan betul serta aspek penyelenggaraan motosikal.

Sesi pertama kursus itu berlangsung di Petaling Jaya pada hujung minggu lalu. Ducati Malaysia bakal mengadakan program DSC di Pulau Pinang dan Johor dalam masa terdekat. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web www.ducati.com.my.

20 Ferrari 458 Speciale sudah terjual

Posted:

20 Ferrari 458 Speciale sudah terjual

20 Ferrari 458 Speciale sudah terjual


MODEL 458 Speciale memiliki beberapa keistimewaan teknologi dalam rangkaian keluarga 458 sebelum ini.


NAZA Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia) membuka lembaran 2014 dengan melancarkan model Ferrari 458 Speciale di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini. Model itu merupakan varian paling inovatif dan berprestasi dalam keluarga 458 setakat ini. Naza Italia ialah pengimport dan pengedar rasmi kenderaan jenama Ferrari di Malaysia.

Model rekaan Pusat Gayaan Ferrari dan firma pereka Pininfarina itu didatangkan dengan sistem aerodinamik aktif yang dipasang pada kedua-dua bampar kenderaan. Sistem itu akan dibuka untuk menyalurkan angin masuk dan keluar bagi mengimbangi seretan serta tekanan downforce kereta.

Model itu dinobatkan sebagai model Ferrari yang didatangkan bersama enjin aspirasi biasa V8 yang mampu menjana kuasa sebanyak 605PS. Pecutan dari titik pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya mengambil masa 3 saat.

Teknologi lain didatangkan bersama kereta itu ialah sistem kawalan gelincir tepi untuk menawarkan pengendalian yang lebih baik sewaktu pemanduan kelajuan tinggi di kawasan selekoh.

Buat masa ini, Naza Italia sudah menerima hampir 20 unit tempahan daripada para pelanggan tempatan. Model 458 Speciale ditawarkan pada harga asas RM1.24 juta seunit dan itu tidak termasuk duti dan sebarang tambahan aksesori lain.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Wakil Asia pertama LV

Posted:

Wakil Asia pertama LV

Wakil Asia pertama LV

Oleh ALIF ABU BAKAR

DILANTIK sebagai duta SK-II sejak tahun 2012 sejajar dengan pengenalan produk SK-II Men.


TINGGINYA luar biasa untuk standard rakyat Asia. Dengan ukuran 195 sentimeter, ia melebihi tinggi purata lelaki di Belanda. Jambang pada wajah polos si tinggi itu pula dibiar meliar. Garis rahang yang menonjol menambah 'kesempurnaan' seluruh fizikal dia yang bernama Godfrey Gao.

Sebelum bertemu empat mata dengan model unggul antarabangsa itu, wajah dan ceritanya hanya dirujuk menerusi alam maya. Biografi jejaka berusia 30 tahun itu masih terlalu awal untuk direncanakan.

Namun, peluang yang diatur syarikat Procter & Gamble (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi menemu bual bintang yang sedang berkemilau cahayanya itu merubah andaian tersebut. Tidak keterlaluan sebenarnya mengangkat Godfrey sebagai ikon Asia kepada generasi baharu.

Seisi dunia merestui legasi Jackie Chan, Datuk Michelle Yeoh, Datuk Jimmy Choo dan beberapa lagi nama Asia besar dalam sumbangan mereka kepada industri seni termasuk filem dan fesyen. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat nama Godfrey dalam senarai yang sama pada masa hadapan.

Permulaan sebagai model sampingan ketika menuntut di Universiti Capilano, Kanada tidak lebih sekadar hobi. Tamat pengajian dan tanpa sebarang perancangan profesion, Godfrey pulang ke negara kelahirannya, Taiwan.

Ketika itu, pada tahun 2005, anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu memberanikan diri untuk menjalani sesi uji bakat lakonan untuk satu drama televisyen (TV). Sejak itu, lakonan menjadi penyambung hidupnya sehingga sekarang.

Lonjakan karier seni Godfrey tiba di puncak pertama apabila berjaya meraih watak dalam sebuah filem Hollywood. Filem The Mortal Instruments: City of Bones yang ditayangkan pada Ogos tahun lalu adalah penampilan sulung Godfrey di peringkat global.

Pemilihannya bagi watak Magnus Bane dalam filem hasil adaptasi novel bersiri popular, The Shadowhunters karya Cassandra Clare itu tidak mengecewakan. Dia berjaya mengetepikan kira-kira 70 pelakon lain yang merebut watak serupa.

Menerusi filem itu, Godfrey memainkan peranan sebagai seorang ahli sihir di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat. Dia berusia lebih 800 tahun dan dilahirkan hasil perkahwinan seorang wanita kacukan Belanda-Indonesia dan syaitan.

Selain wataknya yang menjadi kegemaran pengikut setia novel tersebut, Godfrey juga tampil seksi dalam filem itu.

"Saya tidak ada masalah untuk berbogel. Ia satu perkara yang subjektif. Namun ia perlu bersebab. Misalnya untuk karya seni," pendedahan itu dirungkai tenang Godfrey ketika Stailo bertemunya di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Fesyen

Gemilang karier lakonan Godfrey bagaimanapun belum mampu menandingi pencapaian bersejarahnya dalam dunia peragaan. Tahun 2011 menjadi detik paling manis dan membanggakan dalam hidup lelaki ini.

Selama tempoh 157 tahun, rumah fesyen antarabangsa ternama, Louis Vuitton (LV) tidak pernah menggunakan khidmat model Asia untuk mana-mana kempen mereka. Godfrey merupakan wakil Asia yang pertama memecahkan rekod lebih seabad label mewah dari Perancis itu.

Wajahnya menghiasi kempen LV untuk koleksi sedia pakai musim bunga/panas 2011. Tempiasnya besar. Godfrey kemudiannya dihujani pelbagai tawaran peragaan.

Pengetahuan dalam fesyen juga diguna sepenuhnya. Bersama beberapa sahabat di Vancouver, Kanada, beliau mewujudkan label pakaian sendiri. Berkonsepkan pakaian ringkas seperti jaket dan item keperluan utama lelaki, bisnes pakaian tersebut bertambah rancak dengan perancangan menambah rekaan wanita.

Projek terbaharu jenama tersebut iaitu penawaran topi besbol dengan kerjasama label New Era difahamkan kini antara trend hangat di Vancouver.

Wajah kacak, ketinggian idaman dan tubuh berotot yang menawan melengkapkan pakej Godfrey sebagai pelakon dan model kelas pertama. Begitupun, dia masih mempunyai kebolehan lain untuk dikongsi kepada umum.

Masakan merupakan antara kepakaran beliau, khususnya penghasilan pastri. Namun, bakat sebenar anak kepada wanita Peranakan dari George Town, Pulau Pinang ini adalah sukan.

Sebelum lakonan dan peragaan, dunia Godfrey adalah di gelanggang bola keranjang.

"Sekiranya saya bukan pelakon atau model, kemungkinan besar saya menjadi jurulatih bola keranjang kanak-kanak. Saya seorang yang aktif bersukan dan tidak mustahil juga saya menjadi pemain profesional.

"Kalau bukan bidang sukan, saya dapat melihat diri membuka sebuah restoran. Kemahiran masakan saya tidak kurang hebatnya," kata Godfrey disambung tawa yang terkawal.

Rejim

Menjadi orang tampan ada harganya. Begitu juga Godfrey. Justeru, dia tidak malu untuk berkongsi ketegasannya terhadap rejim kecantikan diri yang menyeluruh. Rejim paling asas yang diamalkan beliau adalah mencuci muka sebanyak dua atau tiga kali sehari.

Sejak dilantik selaku duta jenama SK-II pada tahun 2012, Godfrey telah menemui trio pembersihan wajah paling efisien. Variasi produk daripada rangkaian SK-II Men itu terdiri daripada pencuci muka, pelembap (age revitalize moisturizer) dan esen rawatan wajah.

Pencuci muka jenama itu adalah item kegemaran Godfrey. Berdasarkan pengalamannya, ia tidak mengeringkan kulit wajah malah baunya juga menyamankan. Esen rawatan wajah pula digunakannya bagi mengimbangi tekstur kulit.

Begitupun dia enggan mencukur bersih jambangnya. Penampilan itu dirasakan lebih sesuai dengan wajahnya, namun demikian jambang tersebut hanya akan dicukur jika ia melibatkan tuntutan kerja.

Diari kecergasan aktor drama TV bersiri popular Momo Love itu pula banyak melibatkan senaman kardiovaskular. Keutamaan diberikan kepada permainan bola keranjang yang mengisi dua atau tiga kali dalam jadual mingguannya.

Latihan fizikal di gim, berjoging dan berbasikal turut merangkumi rejim aktif Godfrey. Baginya, sangat penting bagi mengeluarkan peluh dan memastikan kesihatan terus konsisten.

"Saya suka mencabar diri dan berharap untuk belajar seni mempertahankan diri jalanan. Waktu di sekolah dulu saya pernah belajar karate," kongsinya.

Bagi mengekalkan tubuh badan yang tegap, perancangan diet jejaka ini juga diberi penekanan serius. Pisang dan buah kegemarannya iaitu beri biru dicampur menjadi minuman sarapan yang bertenaga.

Makan tengah hari pula, beliau memilih salad, bayam, beri biru bersama ikan salmon atau ayam. Dia turut memastikan makan malamnya diambil sebelum pukul 9 malam.

"Elakkan makan lewat malam. Diet yang betul juga menuntut kita untuk makan dalam amaun sederhana setiap kali waktu makan," saran beliau.

Refleksi keajaiban New York

Posted:

Refleksi keajaiban New York

Refleksi keajaiban New York


JENAMA barangan aksesori mewah, Coach mengetengahkan rekaan sofiskated yang memenuhi cita rasa pengguna masa kini.


KOLEKSI mewah dan berkonsep gaya hidup Coach Inc. (Coach) dari bandar raya metropolitan New York sentiasa mengetengahkan koleksi aksesori penuh glamor yang memenuhi cita rasa masyarakat hari ini.

Sehubungan itu, baru-baru ini, Coach telah melancarkan kempen global, dibangunkan secara kreatif oleh agensi penjenamaan bersepadu Laird + Partners, yang menepati jenama tersebut sebagai satu jenama gaya hidup yang mewah dan eksklusif.


BEG jenama mewah dan eksklusif Coach diperagakan Kloss.


Kempen itu menampilkan peragawan dan peragawati terkemuka yang mempamerkan identiti global dan semangat serta keajaiban musim luruh di New York.

"Usaha ini membuka satu lembaran baharu bagi Coach menerusi pelancaran koleksi bandar raya New York.

"Koleksi ini mengetengahkan rekaan sofistikated dalam latar bandar raya yang menjadi inspirasi dan perwakilan jenama Coach," kata Naib Presiden Eksekutif Pemasaran dan Strategi Coach, Stephanie Stahl.

Tambahnya, koleksi terbaharu itu terus menampilkan seni halus dan moden yang menjadi signatur jenama Coach selama ini.

Hubungan peribadi

Menjelaskan mengenai kempen tersebut, Stahl berkata, foto-foto yang dipaparkan telah dirakam oleh jurugambar terkemuka, Craig McDean dengan tumpuan di kawasan kejiranan utama di Manhanttan seperti daerah Meatpacking, Tribeca, High Line dan West Village.


KEMPEN terbaharu Coach menampilkan hubungan peribadi model-model antarabangsa dengan bandar raya New York.


Ia juga menampilkan model-model antarabangsa seperti Karlie Kloss , Liu Wen dan Will Chalker.

Selain kempen cetak, hubungan peribadi setiap model dengan bandar raya itu juga turut dirakam dalam video yang dipaparkan di lawan web Coach.com.

"Model-model untuk kempen musim luruh ini dipilih berdasarkan diri dan imej mereka yang sebenar. Kami mengkaji dengan mendalam watak, kasih sayang unik dan kesetiaan masing-masing terhadap New York," kata Ketua Eksekutif dan Pegawai Kreatif Laird + Partners, Trey Laird.

Ujarnya, melalui kaca mata model-model terlibat, pihaknya memperoleh aura sahih Coach dan sejarah permulaan jenama terkemuka itu di New York kira-kira 73 tahun lalu.

Jubah jelmaan varsiti

Posted:

Jubah jelmaan varsiti

Jubah jelmaan varsiti

Oleh ALIF ABU BAKAR

PADUAN dua rona seperti ini boleh disuai padan mengikut cita rasa individu.


FUNGSI asal sebagai pakaian beribadat dikekalkan. Justeru, tiada motif, cetakan atau sulaman perkataan yang tidak sopan diperincikan pada jubah kontemporari itu. Namun, rekaan pereka muda, Waridi Hamdan mempunyai tarikan luar biasa.

Inspirasi jaket varsiti dan pelumba Formula Satu diilhamkan ke dalam lapan rekaan jubah yang mengagumkan. Percaturan Waridi menerusi koleksi WH Tobby Eastern Redux Sporty berpotensi mencetuskan trend baharu dalam kalangan jejaka di Malaysia.

Sulaman akronim WH sebagai identiti busana pereka itu melatari sempurna setiap helaian. Ciri-ciri sporty ditambah dengan nombor yang boleh dipilih sendiri pelanggan mengikut definisi dan kepentingan individu.

JAKET varsiti dan pelumba Formula Satu menjadi inspirasi kepada penciptaan jubah kontemporari ini.


Setakat ini, Waridi hanya menggunakan empat warna asas untuk koleksi jubahnya. Begitupun, jalinan bijak antara merah, biru, putih dan hitam membuatkan jubah santai itu tampak elegan.

Rekaan khusus

Menerapkan potongan normal, sama seperti jubah-jubah lain, Waridi tidak lupa menambah penutup kepala (hoodie) pada salah satu rekaannya. Bagaimanapun, pengguna bebas memilih sama ada mahukan hoodie itu atau tidak.

"Untuk koleksi ini, saya banyak bermain dengan fabrik kapas dan kapas campur. Harga jualan juga berpatutan. Pelanggan hanya perlu membayar RM350 untuk sehelai jubah yang direka khusus untuk mereka.

"Pelanggan juga perlu menempah awal jubah yang mereka inginkan memandangkan ia hanya dihasilkan mengikut tempahan. Selepas bayaran penuh, pelanggan akan menerima jubah mereka dalam tempoh dua minggu," jelas Waridi kepada Stailo.

NOMBOR pada jubah ini boleh ditetapkan mengikut interpretasi tersendiri.


Jubah berciri kasual tersebut boleh disesuaikan untuk apa jua acara, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia tidak dicipta untuk musim perayaan sahaja malah relevan digayakan ketika berkunjung ke pusat beli-belah.

Waridi menambah, keterbukaan masyarakat di negara ini khususnya lelaki dalam menjadikan jubah sebagai pakaian harian membolehkannya bereksperimen dengan pelbagai rekaan baharu.

Pemakaian jubah tidak lagi tertumpu pada fungsi keagamaan.

Kini ia menjadi fesyen tumpuan anak-anak muda yang berani mengekspresikan campuran budaya dan identiti agama dalam penampilan moden.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita

Posted:

Prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita

Prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita

HAK wanita untuk mendapatkan pendidikan menjadi perjuangan utama untuk memartabatkan kaum Hawa di seluruh dunia. - Gambar hiasan


HAK wanita dalam Islam telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh banyak cendekiawan Islam dan ia menunjukkan kepentingan perkara tersebut dari sudut pandangan Islam.

Penelitian terhadap kedudukan wanita terutamanya pada zaman jahiliah memperlihatkan bahawa berbanding lelaki, wanita seringkali dinafikan haknya.

Wanita digambarkan sebagai kumpulan yang tidak mempunyai hak dan banyak amalan yang berkaitan dengan urusan dirinya sehinggalah hubungan kekeluargaan sentiasa tertakluk pada penindasan.

Amalan menanam anak perempuan hidup-hidup, menceraikan isteri sesuka hati, poligami yang tidak terhad dan penafian hak terhadap harta merupakan subjek tumpuan dalam penulisan yang membincangkan kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam.

Antara perkara penting yang sering dikritik ialah tentang hak sama rata antara jantina atau gender. Ketidaksamarataan ini digambarkan sebagai amalan yang tidak adil dan telah menjadi anggapan umum bahawa wanita adalah warga kelas kedua.

Kesamarataan

Meskipun hak kesamarataan antara jantina tidak boleh diinterpretasi dalam bentuk yang literal, namun para ulama Islam bersetuju bahawa ia perlu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap kemuliaan kedua-dua jantina secara adil dan saksama, sama ada dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan tanggungjawab keagamaan.

Hujah ini disandarkan pada syarak yang menerangkan aspek kesejagatan dalam penciptaan manusia. Konsep kemuliaan manusia telah disebutkan dalam banyak ayat al-Quran yang memberikan bukti yang cukup tentang asal usul manusia.

Sebagai contoh al-Quran ada menyebut dalam surah al-Isra, ayat 70 bahawa Allah sesungguhnya telah memuliakan anak-anak Adam, dan telah memberi kepada mereka pelbagai nikmat dan kemudahan mencakupi laut dan darat.

Secara umumnya, perkataan bani Adam mewakili lelaki dan perempuan dan kedua-duanya memiliki kemuliaan tanpa sebarang perbezaan.

Konsep penciptaan manusia yang bersifat sejagat bertepatan dengan fakta bahawa semua manusia memiliki kehormatan. Justeru, jika seseorang melindungi kehormatan dirinya dengan keimanan, amal soleh dan ketakwaan, ia merupakan nilai-nilai mulia yang membezakan tahap kerohanian seseorang individu di sisi Allah.


KONSEP penciptaan manusia yang bersifat sejagat bertepatan dengan fakta bahawa wanita mempunyai kehormatan yang harus dilindungi.


Firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 14 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu."

Ayat ini menyatakan tentang penciptaan manusia yang pelbagai sifatnya, iaitu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk menggambarkan dan memenuhi keperluan mereka.

Prinsip ini juga digunakan dalam hubungan antara lelaki dan wanita. Fitrah kemanusiaan telah digambarkan dalam ayat 187, surah al-Baqarah yang menyifatkan kepentingan tersebut samalah seperti keperluan manusia terhadap makanan dan pakaian.

Susun atur

Semua keperluan ini adalah amat penting bagi kelangsungan kehidupan manusia. Hubungan antara lelaki dan wanita dikukuhkan lagi oleh penegasan dalam permulaan Surah an-Nisa', iaitu surah yang khusus menangani dan menyusun atur setiap aspek kehidupan wanita dan urusan rumah tangga.

Firman Allah: "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai."

Ayat ini memberikan penjelasan dan menyokong perbincangan sebelumnya bahawa lelaki dan wanita berasal dari keturunan yang sama, iaitu Adam dan mereka berdua bukan merupakan dua entiti yang berbeza bahkan sebaliknya ialah pasangan seperti mana yang disebut dalam al-Quran ayat 11, surah as-Syura dan ayat 189, surah al-A'raf.

Oleh yang demikian, mereka harus melayan antara sesama sendiri sebagaimana saudara sendiri dan tidak sama sekali memudaratkan antara satu dengan yang lain.

n Bersambung minggu hadapan.

Keperkasaan KD Kasturi

Posted:

Keperkasaan KD Kasturi

Keperkasaan KD Kasturi

Oleh ZAKI SALLEH


KORVET KD Kasturi ini dilengkapi sistem persenjataan termoden.


TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggandakan kuasa tempur armadanya apabila sebuah daripada dua kapal korvet kelas Kasturi yang ditingkat upaya di bawah Program Pemanjangan Hayat Kapal (SLEP) siap baru-baru ini.

Program SLEP meningkatkan sistem pemerintahan dan kawalan serta sistem persenjataan Kapal Diraja (KD) Kasturi sejajar dengan kehendak spektrum peperangan maritim terkini.

KD Kasturi seberat 1,720 tan dibina di Kiel, Jerman oleh syarikat Howaldtswerke-Deutsche Werft (HDW) pada tahun 1982 sebelum ditauliahkan ke dalam armada TLDM dua tahun kemudian.

Sebuah lagi kapal kelas sama, KD Lekir pula dibina pada tahun 1983 bagi melengkapkan Skuadron Kapal Korvet Ke-24 TLDM.

Kedua-dua korvet ini dilengkapi meriam utama Creusot-Loire Compact kaliber 100 milimeter (mm), dua meriam kaliber 30 mm Emerlec Mk.74, mortar antikapal selam Limbo Mk 10 dan empat sistem pelancar peluru berpandu antikapal Exocet MM38.

Korvet kelas Kasturi dibina berdasarkan rekaan Blohm + Voss FS 1500 menggunakan konsep modular yang membenarkan kapal ini dinaik taraf dengan mudah jika perlu pada masa hadapan.

Kapal sepanjang 97 meter (m) dengan 124 pegawai dan anak kapal ini boleh belayar untuk rondaan sejauh 6,100 kilometer (km).

Firma HDW turut membina kapal jenis sama untuk Tentera Laut Colombia iaitu Kelas Almirante Padilla.

Dinaik taraf

Setelah melepasi jangka hayat 25 tahun, KD Kasturi dan KD Lekir perlu dinaik taraf bagi memanjangkan jangka hayat perkhidmatannya sehingga 15 tahun lagi.

Pada Pameran Udara dan Maritim Langkawi 2007 (LIMA '07), firma perkapalan tempatan, Boustead Naval Shipyard (BNS) diberi tanggungjawab melaksanakan Program SLEP dua korvet ini dengan kontrak bernilai RM703.8 juta.


SISTEM pemerintahan dan kawalan kapal ini ditingkat upaya sesuai dengan kehendak spektrum peperangan terkini.


Program naik taraf ini bagi memperkasakan sistem pertahanan kapal meliputi sistem peralatan elektronik, sistem pengurusan tempur, sensor dan radar, sistem tindak balas elektronik, komunikasi dan sistem persenjataan.

Sistem pengurusan pertempuran laut kapal ini digantikan dengan sistem TACTICOS CMS yang dibangunkan oleh Thales dari Perancis.

Sistem baharu ini merupakan nadi utama KD Kasturi bagi meningkatkan kesiapsiagaan tempur kapal menerusi capaian terhadap maklumat-maklumat ancaman yang diterima pada masa hakiki.

Meriam utama kapal pula digantikan dengan Bofors 57mm/70 yang dipasang sistem elektronik dan sensor terbaharu.

Ampuh

Walaupun kalibernya lebih kecil berbanding meriam sebelumnya tetapi ia cukup ampuh kerana mampu menembak sebanyak 220 butir peluru seminit pada sasaran sehingga sejauh 17,000m.

Dua laras meriam kaliber 30mm buatan MSI-Defence System pula dipasang di sisi kapal sebagai pertahanan jarak dekat.

Ketiga-tiga jenis meriam ini pula boleh disepadukan untuk memberi perlindungan terhadap ancaman serangan udara aras rendah, termasuk sebagai payung perlindungan udara kepada kapal-kapal lain semasa pelayaran sama.

Kini, kapal ini mampu menjalankan operasi antikapal selam apabila dipasang dua sistem pelancar Eurotorp B515 bagi melancarkan torpedo jenis A244S Whitehead ASW.

Torpedo jenis ini turut digunakan oleh dua lagi kapal perang TLDM iaitu frigat kelas Laksamana, KD Jebat dan KD Lekiu.

Sistem peluru berpandu antikapal pula digantikan dengan lapan pelancar Exocet MM40 Block 2 yang mampu menujah ke sasaran sehingga sejauh 160km pada kelajuan kira-kira 1,100km sejam.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika ditemui baru-baru ini memberitahu, program SLEP dapat menjimatkan perbelanjaan pertahanan negara.

Menurut beliau, KD Kasturi yang kini menjalani ujian penyesuaian di laut dijangka menyertai semula armada TLDM tidak lama lagi.

"Program ini adalah pelengkap di sebalik keperluan TLDM untuk memiliki kapal-kapal perang baharu di samping membuktikan keupayaan syarikat pertahanan tempatan.

"Dengan kelengkapan tempur terkini, KD Kasturi dan KD Lekiu merupakan aset TLDM untuk melindungi kedaulatan perairan negara," ujar beliau.

Bahana penghidap erotomania

Posted:

Bahana penghidap erotomania

Bahana penghidap erotomania


DALAM kebanyakan kes, mangsa erotomania biasanya terdiri daripada golongan wanita, namun ada laporan mengatakan kaum Hawa juga boleh mengalami masalah ini. – Gambar hiasan


MENJADI manusia yang disukai atau diminati adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh semua orang. Bagaimanapun, ia bakal menjadi sesuatu yang teruk sekiranya diri anda diminati secara berlebihan.

Anda mungkin berdepan musibah sekiranya setiap pergerakan diperhatikan dan gerak-geri anda diekori. Jika hal yang seumpama ini berlaku, anda mungkin sedang menjadi mangsa hendap (stalking) oleh mereka yang menghidap simptom erotomania.

Umumnya, dalam kebanyakan kes, wanita merupakan mangsa kepada penghidap simptom erotomania meskipun ada laporan yang menyatakan bahawa wanita juga mengalami masalah kecelaruan ini.

Di kebanyakan negara Barat, intaian keterlaluan seperti ini dianggap sebagai satu jenayah dan menyalahi undang-undang.

Apakah yang dikatakan sebagai erotomania?

Erotomania ialah satu simptom kecelaruan mental yang menjadikan seseorang itu percaya bahawa terdapat individu yang telah jatuh hati atau terpikat dengan mereka.

Mereka percaya bahawa reaksi bahasa tubuh atau perlakuan individu tertentu itu (kebiasaannya berlainan jantina) adalah isyarat bahawa mereka sedang disayangi sedangkan hakikatnya, ia hanya ilusi.

Dalam kebanyakan kes, mangsa ialah orang asing yang mungkin tiada kaitan sedikit pun dengan pesakit.

Mereka hanya sekadar terserempak atau berbual seketika sahaja. Tetapi, pertemuan singkat itu sudah cukup untuk menjadikan pesakit memendam perasaan yang mendalam.

Tindakan ekstrem

Pesakit juga cenderung untuk menunjukkan sifat kasih sayang yang melampau terhadap kekasih impian mereka ini. Mereka akan mula memberikan hadiah yang istimewa, membuat panggilan telefon atau mengirimkan surat kepada 'kekasih' mereka tadi.

Mereka juga sanggup menerobos privasi mangsa kerana baginya individu tadi adalah kekasih sejati mereka. Mereka tidak menghiraukan sama ada mangsa sudah mempunyai pasangan atau tidak.

Secara umumnya, proses menghendap ini dilakukan dengan menggunakan beberapa cara. Antaranya secara berterusan mencuba untuk menjalinkan hubungan mesra dengan mangsa tanpa mempedulikan mangsa menyukainya atau tidak.

Walaupun mereka akan sedaya upaya memberikan kebaikan kepada mangsa, namun pesakit juga akan mengugut atau menimbulkan ketakutan kepada mangsa sekiranya hasrat mereka ditolak.

Ia menjadi sesuatu yang teruk kerana kasih sayang mereka yang melampau ini menjadikan pesakit mengekori setiap pergerakan mangsa.


JANGAN mencatat semua aktiviti harian anda di laman sosial Facebook supaya anda dapat menghindarkan diri daripada diekori penghidap erotomania.


Dalam kes yang ekstrem, pesakit erotomania juga sanggup untuk mengupah orang ketiga bagi memerhatikan pergerakan mangsa. Mereka akan mengekori mangsa di tempat kerja atau apabila pulang ke rumah. Mereka tahu apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan 'kekasih' mereka ini.

Pesakit juga berkemungkinan sanggup melakukan tindakan yang lebih agresif terhadap mangsa atau pihak ketiga sekiranya hajat mereka dihalang.

Dalam satu kes yang dilaporkan di Oakland, Amerika Syarikat pada tahun 1990-an, seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditolak hasrat cintanya oleh seorang wanita. Lelaki tadi mula jatuh hati dengan wanita ini dengan cara yang cukup mudah.

Ia hanya dimulai oleh perbualan singkat lelaki tadi dengan wanita tersebut dalam sebuah bar. Sebagai kononnya untuk menjaga keselamatan 'kekasihnya' itu, dua minggu kemudian, lelaki tadi telah membunuh pengurus di tempat kerja wanita tersebut.

Semuanya berpunca daripada perasaan cemburu dan merasakan bahawa wanita tadi adalah di bawah jagaannya.

Langkah waspada

Justeru, kita semua, khususnya wanita, perlu berhati-hati apabila diberikan hadiah istimewa atau dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali. Ada sesetengah pesakit ini mungkin tidak mendedahkan identiti mereka.

Bagaimanapun, ia akan menyebabkan kehidupan mangsa akan terjejas dengan teruk sekiranya pesakit mula merasakan mangsa adalah kekasih hati mereka. Mereka seboleh-bolehnya akan cuba menarik perhatian mangsa untuk menyayangi mereka.

Bayangkan sekiranya hal seperti ini terjadi kepada golongan yang sudah berumah tangga. Ia akan menyebabkan pasangan mula merasa curiga kononnya isteri atau suami mereka mempunyai kekasih yang lain.

Hakikatnya kekasih misteri ini hanyalah sekadar pesakit yang tidak mampu mengawal perasaan mereka. Sekiranya hal seumpama ini terjadi, wajar memaklumkan pasangan masing-masing agar ia tidak mencetuskan masalah lain pada masa hadapan.

Kita tidak tahu secara jelas sejauh manakah orang asing tadi menyintai kita. Mereka juga mungkin menghidap kecelaruan mental yang lain.

Sekiranya anda merasakan diri anda sentiasa diekori, jangan anggap individu terlibat itu sekadar seorang yang sangat meminati diri anda.

Ada baiknya, hal seumpama ini dilaporkan kepada pihak polis bagi menangani perkara tersebut.

Sekiranya anda merupakan pengguna media sosial seperti Facebook atau medium yang lain, ada baiknya jangan mencatatkan semua aktiviti kehidupan anda

Tidak salah diminati. Bagaimanapun, ia akan menimbulkan bencana sekiranya anda sedang diekori penghidap erotomania.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Biar Presiden PBNP putuskan'

Posted:

'Biar Presiden PBNP putuskan'

'Biar Presiden PBNP putuskan'

Oleh LUQMAN HAKIM AB RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my

TUNGGU keputusan presiden. Itu kenyataan ringkas daripada Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim ketika mengulas mengenai pengganti ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Ronald Smith (gambar) yang tamat kontrak selepas tiga bulan berbakti dengan pasukan dari pantai timur itu.

Ketiadaan pengendali tersebut membolehkan penolong jurulatih, Zainal Abidin Hassan menggalas tanggungjawab tersebut sehingga keputusan rasmi diumumkan oleh Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat

Kosmo! difahamkan, bekas pemain Pahang itu sudah pun menjalankan peranan sebagai ketua jurulatih skuad Tok Gajah ketika kempen Piala FA 2014 menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) bulan lalu.

"Saya tak berani nak ulas panjang, apa-apa pun kita perlu mendapat perkenan daripada presiden, biar Tengku Abdul Rahman sendiri yang buat keputusan sebaik pulang dari Hong Kong nanti.

"Buat sementara waktu, Zainal yang merupakan seorang jurulatih berkelayakan dan memiliki lesen kejurulatihan kelas A akan mengendalikan skuad Pahang dalam kempen Liga Super dan Piala FA," kata Fuzzeimi ketika dihubungi Kosmo! di Kuantan semalam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan mengenai jodoh Smith bersama skuad Tok Gajah tidak berpanjangan setelah jurulatih kelahiran England itu mengesahkan bahawa kontraknya bersama PBNP berakhir atas persetujuan bersama.

Bagaimanapun Fuzzeimi yang mewakili PBNP merakamkan penghargaan kepada Smith yang berupaya membawa juara Piala Malaysia 2013 itu mengharungi perlawanan awal musim ini termasuk menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah dan memasuki saingan separuh akhir Piala FA.

Fuzzeimi memuji Smith yang mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan menerima dengan hati terbuka mengenai kontraknya yang tidak dilanjutkan.

Ketika ditanya mengenai faktor kontrak Smith yang tidak dilanjutkan, beliau berkata, tiada siapa mengetahui perincian mengenai perkara tersebut dan ia adalah perbincangan antara Tengku Abdul Rahman dan Smith.

Hafizi fail saman terhadap FAM

Posted:

Hafizi fail saman terhadap FAM

Hafizi fail saman terhadap FAM

BEKAS pemain bola sepak Kuala Lumpur, Hafizi Roslee, yang digantung seumur hidup kerana didapati terlibat dalam skandal rasuah dan mengatur keputusan perlawanan, memfailkan saman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungannya itu.

Hafizi, 29, selaku plaintif memfailkan saman pemula itu terhadap FAM dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, selaku defendan menerusi Tetuan Khairuddin Ngiam & Tan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Februari lepas.

Media memperoleh salinan saman itu semalam melalui peguam, Kevin De Rozario yang mewakili bekas pemain skuad Kuala Lumpur itu.

Kevin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 17 Mac untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop.

Dalam saman pemula itu, Hafizi memohon satu perintah supaya mahkamah membatalkan keputusan FAM yang menggantungnya seumur hidup daripada sebarang kegiatan bola sepak.

Hafizi turut memohon deklarasi bahawa segala tatacara dan prosiding tatatertib, hukuman dan rayuan dalam Kod Tatatertib FAM Edisi 2012 adalah tidak berperlembagaan, sebarangan dan bercanggah dengan peraturan keadilan asasi serta dasar awam.

Beliau juga memohon satu deklarasi bahawa perbicaraan yang dikendalikan FAM tanpa kehadirannya pada 20 Disember tahun lepas adalah batal dan tidak sah.

Pada 20 Disember tahun lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada Hafizi dan empat pemain skuad warga kota itu yang didapati bersalah dalam skandal rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.

Mereka yang lain adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie dan Jeremy Danker.

Selain itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia; Penolong Pengurus Pasukan, Rosli Omar dan Pegawai Pasukan, Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama. - Bernama

Elak sejarah 1986 berulang

Posted:

Elak sejarah 1986 berulang

Elak sejarah 1986 berulang

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (depan) melakukan gimik Pelancaran Kira Detik 100 Hari Piala Dunia 2014 di Angkasapuri semalam.


BAGI mengelak sejarah "Tajaan Rakyat Malaysia' 1986 berulang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi tampil sebagai penyiar utama percuma bagi menyiarkan siaran secara langsung pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil pada Jun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ketika kempen Piala Dunia 1986 di Mexico, hak penyiaran siaran langsung ketika itu terlalu mahal dan tidak mampu ditampung mana-mana stesen televisyen termasuk RTM.

Disebabkan itu, kata beliau, satu kutipan derma telah dilancarkan warga Malaysia ketika itu bagi menyaksikan perlawanan menerusi siaran langsung kempen empat tahun sekali tersebut.

"Sekarang kos masih mahal, cuma kini sudah boleh mendapat sokongan penaja.

"Daripada jumlah lebih 6 juta seisi rumah ketika ini, separuh daripadanya masih belum memiliki siaran berbayar.

"Jadi, saya berbesar hati apabila RTM sekali lagi tampil sebagai penyiar utama percuma eksklusif yang menyiarkan siaran langsung kempen Piala Dunia kali ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kira Detik 100 Hari Piala Dunia 2014 di Angkasapuri, RTM semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Pengarah Eksekutif Esprit Media Sdn.Bhd., Datuk Ahmad Zaharul Annuar selaku pemegang sub-pelesenan hak siaran langsung berkenaan di Malaysia.

Bagaimanapun, Shabery enggan mengumumkan jumlah kos bagi hak siaran tersebut yang bakal membuka tirainya pada 12 Jun sehingga 13 Julai nanti.

Dalam pada itu, Norhyati berkata, pihaknya berbesar hati dapat meneruskan liputan berkenaan sejak 40 tahun lalu bermula 1974.

Menurut beliau, pada pusingan akhir Piala Dunia kali ini, RTM bakal menyiarkan 35 perlawanan iaitu 24 perlawanan secara langsung manakala selebihnya tertunda.

Buat julung kalinya juga, katanya, RTM mendapat tawaran pakej rancangan percuma untuk tontonan penonton seperti aksi final edisi-edisi terdahulu, klip pendek serta dokumentari mengenai bintang-bintang bola sepak sejak era 1960-an sehingga sekarang.

"Buat masa ini, kami masih belum menerima maklumat perlawanan mana yang bakal disiarkan namun kami pasti ia akan membabitkan aksi pasukan gergasi."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved