Sabtu, 15 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Itik lima rasa Ombong Salai

Posted:

Itik lima rasa Ombong Salai

Itik lima rasa Ombong Salai

MENYUSURI laluan Hulu Langat dari Batu 9 hingga ke pekan Batu 14 terasa bagaikan sedang pulang ke kampung. Apa tidaknya, di sepanjang bahu jalan ada sahaja gerai-gerai yang menjual kuih-muih Melayu dan buah-buahan tempatan.

Suasana akan lebih meriah pada hujung minggu tatkala ramai warga kota berpusu-pusu menuju ke lokasi perkelahan di daerah di negeri Selangor ini seperti Air Terjun Sungai Congkak dan Sungai Gabai.

Tiba-tiba tumpuan mata tertampan oleh pemandangan itik salai yang digantung berderet di samping ikan keli, ayam dan daging batang pinang.

Sememangnya produk yang diketengahkan Ombong Salai Enterprise di Batu 12, Hulu Langat ini menjanjikan kelainan.

Ketika kru Jurnal menjejakkan kaki ke gerai milik Mohd. Zahari Zainal, 48, itu dia sedang asyik melayan pelanggan. Malah, semasa temu bual berlangsung dia juga terpaksa meninggalkan sesi itu sekali-sekala kerana pelanggan tidak henti-henti singgah untuk mencari makanan kegemaran.

"Beginilah rutin harian saya di gerai ini. Tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang membeli, Alhamdulillah," ujarnya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Orang Negeri Sembilan sinonim dengan makanan salai. Malah, dikatakan makanan salai terbaik hanya ada di Kuala Pilah. Di sana, mereka turut menyalai semua jenis ikan dan burung puyuh selain ayam, itik dan daging.


TEKNIK mengawal bara api sangat penting semasa menyalai makanan.


Tetapi bukan semua warga kota sanggup memandu kereta selama lebih dua jam untuk ke sana semata-mata mahu mencari makanan salai. Jadi, dalam situasi inilah Mohd. Zahari muncul dengan produk salai Kuala Pilah tetapi dijual di Hulu Langat yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan sahaja dari bandar raya Kuala Lumpur.

Itik panggang

Menurutnya, idea itu diperoleh selepas dia tercari-cari jenis perniagaan yang ingin diusahakan sebagai sumber pendapatan.

"Boleh dikatakan kebanyakan ahli keluarga saya berniaga, tetapi saya hendak mencari perniagaan yang kurang persaingan supaya boleh bertahan lama.

"Sebab itu saya menjual makanan salai bagi memberikan kelainan kepada pelanggan.

"Selama tiga bulan saya memikirkan idea perniagaan ini dan akhirnya terlintas di fikiran untuk membawa menu dari Kuala Pilah ke Hulu Langat," jelas bapa kepada empat orang anak ini.

Memulakan operasi dari pukul 11 pagi hingga 7 malam, antara yang menarik di gerai ini ialah menu itik panggang dan itik salainya.

Ini kerana pelanggan akan dapat menikmati lima rasa berlainan seperti manis, pedas, beraroma dan rasa salai apabila menjamahnya.

"Sambutan pelanggan sangat menggalakkan. Sekarang saya perlu menyediakan bahan mentah dalam kuantiti dua kali ganda lebih banyak berbanding semasa mula-mula berniaga dua tahun lalu.

"Sudah tentu menu itik juga mendapat permintaan yang tinggi," katanya.

Sebelum menyiapkan tempahan pelanggan, Mohd. Zahari terlebih dahulu akan bertanya sama ada mereka mahukan itik yang dipanggang atau disalai kerana kedua-duanya berbeza.


PENGGUNAAN tempurung, sabut kelapa dan kayu getah menambahkan lagi aroma pada makanan salai.


Jelasnya, itik panggang boleh dimakan begitu sahaja manakala itik salai perlu dimasak selepas itu sama ada dibuat masak lemak cili api, kari atau rendang.

"Ada juga pelanggan yang tidak tahu perbezaan kedua-dua kaedah itu, jadi saya akan menerangkannya terlebih dahulu," ujarnya.

Menurut Mohd. Zahari, dia menggunakan itik daging yang turut dikenali sebagai itik nila, itik air, itik peking dan itik putih sebagai bahan utama memandangkan itik itu sedap dipanggang.

Mohd. Zahari turut menghidangkan daging itik kepada kru Jurnal. Walaupun ini kali pertama mencubanya, hati sudah tertawan untuk menjamahnya lagi.

"Keenakan lima rasa yang diperoleh daripada itik salai ini hasil penggunaan ramuan herba tertentu. Dua perasa digaul semasa itik ini diperap manakala tiga perasa lagi ditambah ketika disalai atau dipanggang.

"Sebenarnya makanan salai sangat sinonim dengan masyarakat Kuala Pilah. Orang di sana percaya sedap atau tidaknya sesuatu makanan salai itu bergantung kepada teknik mengawal bara api," ujarnya yang mempelajari teknik itu sejak kecil.

Kayu getah

Mohd. Zahari memberitahu, proses menyalai itik tersebut selama sejam diperlukan bagi mengeluarkan minyak daripada haiwan berkenaan.

"Proses itu sama sahaja untuk semua jenis makanan salai lain seperti ayam kampung, daging dan ikan keli.

"Itik dibaringkan di atas para terlebih dulu sebelum diangkat dan digantung di atas bara untuk mengeluarkan lebihan minyak.

"Daging itik yang disalai mempunyai tekstur yang lebih padat dan memudahkan kerja-kerja memasak berbanding daging yang tidak disalai.

"Daging biasa kurang sedap untuk dibuat rendang atau masak lemak cili api," katanya yang menjadikan laman Facebook sebagai medium promosi.

Tambah Mohd. Zahari, kayu getah, rambutan dan sabut kelapa digunakan dalam proses menyalai.


SELAIN itik, ayam kampung, ikan keli dan daging batang pinang turut dijual di gerai yang terletak di Batu 12, Hulu Langat, Selangor ini.


"Bara yang terhasil daripada kayu getah berbeza kerana baranya mengurangkan bau asap tetapi sebaliknya dapat memberikan aroma kepada bahan yang disalai.

"Jika dilihat dengan mata kasar, pasti ada yang beranggapan tugas menyalai ini senang tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangka malah memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Bukan hanya perlu bermandi asap tetapi juga proses menyalai kesemua itik di gerai ini mengambil masa yang lama iaitu sehingga dua jam dan perlu sentiasa dijaga rapi," jelasnya sambil memberitahu, harga bagi itik salai bermula dari RM53 hingga RM60 seekor bergantung kepada saiz yang diinginkan pelanggan.

Ujar Mohd. Zahari, dia mendapat bekalan itik segar daripada pembekal tempatan khususnya ladang di sekitar Semenyih, Selangor serta Tanjung Ipoh yang terletak di Kuala Pilah.

"Jika dibandingkan ayam dan itik salai, minyak yang dikeluarkan itik salai menjadikan hidangan itu lebih sedap, sedangkan ayam mengeluarkan rasa salai sahaja," ujarnya yang mendakwa belum pernah menerima komen negatif daripada pelanggan berhubung produk salai keluarannya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Nazura Shamsuddin, 39, memberitahu, keenakan makanan salai keluaran Ombong Salai Enterprise tidak diragukan lagi.

"Saya sering membeli makanan salai yang dijual di gerai ini apabila bertugas di sekitar Hulu Langat. Gerai ini membolehkan saya mendapatkan bekalan makanan salai tanpa perlu pulang ke kampung.

"Selain harganya yang berpatutan, hasil salaiannya juga sekata apatah lagi makanan salai menjadi kegemaran saya sekeluarga," katanya yang turut mempromosikan gerai tersebut kepada rakan-rakannya.

Amarah sampah Padang Siding

Posted:

Amarah sampah Padang Siding

Amarah sampah Padang Siding

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


PUSAT Pelupusan Sampah Padang Siding, Arau, Perlis mula terbakar sejak Selasa lalu.


PUSAT Pelupusan Sampah Padang Siding yang terletak di Ulu Pauh, Arau, Perlis menunjukkan 'amarahnya' Selalu lalu apabila berlaku kebakaran di situ yang didakwa berpunca daripada puntung rokok yang dibuang oleh pemungut barangan kitar semula.

Kebakaran itu menyebabkan asap tebal memenuhi ruang udara kawasan sekitar. Ia turut menyebarkan bau busuk dan menerbangkan habuk yang menjejaskan pemandangan pemandu kenderaan.

Daerah Arau ibarat diselubungi jerebu. Menghampiri tapak pelupusan sampah yang beroperasi sejak tahun 2007 itu ternyata memedihkan mata manakala hidung ditusuk bau asap yang busuk.

Penduduk berhampiran pula terpaksa memakai topeng muka untuk mengelak daripada menyedut asap.

Kebakaran itu juga mengganggu sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Pauh dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min yang terletak kurang 3 kilometer dari tempat kejadian.

Seorang penduduk, Ramli Md. Noor, 52, berkata dia berasa sakit kepala selepas menghidu asap kebakaran itu.

"Sebelum ini, saya tidak pernah mengalami sakit kepala seperti ini. Asap itu turut menjejaskan perniagaan ayam proses saya," katanya.

Rakannya, Riduan Idris, 35, pula terpaksa menempuh jalan yang dilitupi asap tebal untuk menghantar anaknya ke sekolah.

"Saya cuma khuatirkan kesihatan anak saya memandangkan kanak-kanak lebih mudah terkena penyakit," katanya yang berumur 47 tahun.

Kesan langsung kebakaran itu lebih dirasakan oleh penduduk seperti D. Selvakumari, 47.

"Saya tidak selesa untuk duduk di rumah kerana jaraknya cuma 100 meter dari tapak pelupusan sampah itu. Sesak nafas saya dibuatnya," katanya.


SEKOLAH Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min antara dua buah sekolah yang terpaksa ditutup sejak Khamis lalu.


Pusat Pelupusan Sampah Padang Siding yang menggantikan tapak asal di Kampung Wai, Kuala Perlis menguruskan kira-kira 150 tan sisa pepejal sehari.

Sejak awal lagi penduduk berpendapat lokasinya yang terletak pada radius 4 kilometer dari sekolah, kampung dan lot-lot perniagaan tidak sesuai kerana menimbulkan kesan pencemaran bau manakala air sampah yang melimpah mencemarkan sungai serta kolam ikan berhampiran.

Insinerator

Tapak seluas 20 hektar itu juga didakwa tidak mesra alam selain menyebabkan rumah-rumah berhampiran dihurung lalat.

Ekoran kebakaran itu, Menteri Besar Perlis, Azlan Man mengarahkan pihak bomba mengawal kebakaran itu daripada merebak ke kawasan perkampungan berhampiran.

"Untuk itu, pihak bomba melaksanakan kaedah fire breaker iaitu dengan mewujudkan kawasan penampan atau lapangan yang dapat menghalang kemaraan api.

"Kerajaan negeri turut bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau keadaan di samping membekalkan topeng muka kepada penduduk bagi mengelakkan mereka menghidu asap," katanya.

Azlan berkata, pihaknya juga akan memindahkan lokasi tapak pelupusan sampah itu ke Rimba Emas di Titi Tinggi, Padang Besar dalam masa terdekat.

"Tapak baharu itu sudah ada dan dijangka dilengkapi dengan insinerator yang canggih dan selamat di samping dapat menjana tenaga elektrik," ujarnya yang akan menjalankan kempen kesedaran mengenai manfaat insinerator tersebut sebelum dilaksanakan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Mohd. Fadzil Haroon menjangkakan kebakaran tapak pelupusan sampah itu berlarutan selama seminggu ekoran cuaca kering dan angin kencang.

Peng takut jadi riak

Posted:

Peng takut jadi riak

Peng takut jadi riak


MUHAMAMAD ADIL menunjukkan trofi Anugerah Usahawan yang dimenanginya baru-baru ini.


PENG melabuhkan dagunya rapat ke dada tatkala dia dipuji bertalu-talu. Merah mukanya agak ketara namun pemuda berkulit sawo matang itu cepat mencapai telefon pintarnya, mungkin dia mahu memadam sipu.

Pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) itu tidak menduga mentornya, Dr. Lokman Salim akan menembaknya dengan pujian menggunung.

Peng atau Pengiran Muhamamad Adil Awang IPR punya banyak cerita walaupun usianya baru menjengah 24 tahun.

Cerita Lokman, Peng yang dihantar belajar ke sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis, 11 tahun lalu tidak seperti pelajar lain yang pasti ditemani ibu bapa setidak-tidaknya pada hari pertama.

"Saya urus sendiri semuanya, beli baju, kasut dan baldi kerana keluarga ada di Sarawak. Gaya itu agak brutal tapi itu menjadikan saya sangat berdikari," kata Peng.

Pendekatan bapa Peng yang kini bertugas sebagai profesor perubatan di Ipoh, Perak, turut membuatkan dia ligat berfikir untuk terus berdikari termasuk dalam aspek kewangan.

Malah, ketika masih dalam pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrikal di Universiti Teknologi Mara cawangan Sarawak, Peng sudah terlibat dengan pelbagai aktiviti perniagaan.

Cerita Peng, penglibatannya dalam pemasaran berbilang tingkat (MLM) merupakan titik tolak dia berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Ditipu tauke MLM

"Pada masa itu bisnes saya agak luar biasa sehingga saya mampu menyimpan RM40,000 dalam tempoh setahun.

"Malangnya saya dan semua peserta ditipu pengusaha MLM itu. Dia sebenarnya bukan jual produk tapi jual program sistem piramid," kata Peng.

Sistem itu hanya menguntungkan peserta awal tetapi peserta baharu terpaksa berputih mata. Berikutan itu, Peng menggunakan wang simpanannya sehingga hanya berbaki RM5.

Pengalaman pahit itu membawa Peng merantau ke Kuala Lumpur sebelum bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan sebagai pembantu jurutera selama setahun.

"Ikut belayar ke sana sini, lapar masak, makan dan akhirnya saya jadi 'gebu'," katanya berseloroh.

Peng akhirnya memikirkan secara serius arah karier setelah keluarga memintanya meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.


SABUN dengan jenama Seri Emas boleh dibeli secara online pada harga RM55.


Anak kelima daripada tujuh beradik itu menambah, dia kembali terjebak dalam perniagaan selepas mengikuti program motivasi perniagaan online.

"Ayah turut serta dalam program itu, dia yang asalnya skeptikal kemudian berubah fikiran dan kini menjadi penyokong tegar saya," katanya.

Usai program itu, Peng memilih untuk menjual sabun resdung secara kecil-kecilan. Produk itu dipesan secara online dan dihantar menggunakan pos laju.

"Alhamdulillah, sambutan sungguh menggalakkan. Saya kini mempunyai tujuh pekerja dan 22 pengedar dengan jualan mencecah RM300,000 sebulan," ujarnya.

Jualan tinggi itu membolehkan Peng menikmati pendapatan sehingga RM30,000 sebulan.

Kejayaan Peng membuatkan namanya terus dicalonkan sebagai wakil Unimap dalam pertandingan Anugerah Usahawan Kementerian Pendidikan 2013.

Sabun resdung

Pantas Lokman menyampuk perbualan.

"Saya tak kenal Peng, dia pelajar di Fakulti Kejuruteraan tetapi saya pensyarah di Fakulti Bisnes. Pelajar yang cadangkan nama Peng untuk mewakili Unimap ke program keusahawanan," kata Lokman yang menjadi pegawai penyelaras di Unimap untuk program tersebut.

Cerita Lokman, sikap Peng yang mudah mesra menjadikannya senang bergaul dan dikenali ramai.

"Saya harus puji dia sebab dia layak. Malah, ketika peringkat pemilihan pemenang, juri sudah memperakui Peng bukan pelajar tetapi dia ahli perniagaan," kata Lokman.

Anugerah Usahawan Kementerian Pendidikan 2013 yang disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap di Kuala Lumpur pada September tahun lalu itu melayakkan Peng menerima wang tunai RM15,000 dan trofi.

Menyentuh perancangan masa hadapan, Lokman berkata, dia dan Peng akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menggembleng pelajar di beberapa kolej komuniti terpilih untuk mengulang guna konsep perniagaan Peng.

"Perniagaan online perlu ada sistem dan Peng bersama rakannya ada sistem itu.

"Alhamdulillah pengalaman saya selama lebih 28 tahun dalam industri banyak membantunya sebagai mentor," kata Lokman.

Ketika ditanya apa yang paling ditakuti, Peng menjawab:

"Saya takut jadi riak."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


3 penoreh getah diamuk gajah sesat

Posted:

3 penoreh getah diamuk gajah sesat

3 penoreh getah diamuk gajah sesat

Oleh JULIA ISMAIL dan SAMSUL BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my

HASHIM, terlantar di katil wad Hospital Jeli di Kelantan setelah diserang gajah liar semalam.


JELI - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut manakala ibunya patah kaki kanan dan rusuk kiri akibat diserang seekor gajah yang mengamuk dalam satu kejadian di Bukit Wakaf Zink di sini pada pukul 10 pagi semalam.

Mamalia tersebut bertindak agresif setelah dibaling mercun bola oleh sekumpulan penduduk yang mahu menghalaunya.

Gajah liar seberat dua tan yang kelaparan itu dipercayai tersesat dari hutan Thailand dan berkeliaran di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohammad Khairi Ahmad.

Amukan gajah itu menyebabkan Wan Aidit Nasirullah Wan Mahmud, maut setelah motosikal yang ditunggang bapanya, Wan Mahmud Wan Noh, 37, bersama isterinya, Rezamawati Che Mat, 36, tumbang dilanggar gajah tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga kanak-kanak nyaris rentung

Posted:

Tiga kanak-kanak nyaris rentung

Tiga kanak-kanak nyaris rentung

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


PROTON Exora milik Painani yang terbakar secara tiba-tiba di tempat letak kereta Hospital Selayang kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang bapa tidak menyangka tindakannya meninggalkan tiga anaknya di dalam kereta hampir menyebabkan kanak-kanak itu rentung setelah kenderaan tersebut tiba-tiba terbakar di tempat letak kereta Hospital Selayang di sini kelmarin.

Painani Awang Hassan, 37, berkata, dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, dia tiada pilihan lain kecuali terpaksa meninggalkan tiga anak lelakinya berusia 6, 9, dan 10 tahun di dalam kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora miliknya kerana menjemput isterinya keluar dari wad hospital terbabit.

"Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dalam wad. Disebabkan tidak ada orang yang boleh menjaga mereka, saya terpaksa tinggalkan mereka dalam kereta. Kereta pula saya letak tidak jauh dari lobi hospital dalam keadaan enjinnya hidup dan tidak dikunci.

"Selepas 15 minit saya turun bersama isteri, saya ternampak kereta sedang terbakar dan anak-anak pula dalam jagaan beberapa orang awam," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua juta terima BR1M dalam tempoh 20 hari

Posted:

Dua juta terima BR1M dalam tempoh 20 hari

Dua juta terima BR1M dalam tempoh 20 hari

KUALA LUMPUR - Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bermula 23 Februari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan para pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing.

"Walaupun agihan kepada penerima tanpa akaun bank akan ambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang besar, kerajaan ingin melaksanakan pemberian baucar dalam tempoh tidak melebihi 20 hari.

"Ini adalah kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Seramai 5.4 juta penerima BR1M yang mempunyai akaun bank pula akan menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka pada 22 Februari ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Terengganu rampas takhta liga

Posted:

Terengganu rampas takhta liga

Terengganu rampas takhta liga

PEMAIN Terengganu, Marcio Sauza terjatuh ketika diasak pertahanan Pahang, MOhd Shahrizan pada aksi Liga Super di Kuala Terengganu malam tadi.hahrizan


TERENGGANU berjaya merampas status pendahulu Liga Super selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Pahang pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Selepas sekadar terikat tanpa jaringan ketika menentang Lions XII pada Sabtu lalu, skuad Penyu yang merampas gelaran pendahulu liga daripada Selangor yang tewas 1-4 kepada Johor Darul Takzim (Johor DT), kini mengutip 10 selepas mengharungi lima perlawanan.

Beraksi di depan 10,000 penyokong fanatik, pasukan tuan rumah bermula garang menerusi pemain import, Marcio Souza dan Pemain Terbaik Kebangsaan 2013, Mohd. Nor Farhan Mohamad sebaik aksi separuh masa pertama bermula.

Begitupun, skuad Penyu memastikan kelebihan menjadi milik skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu apabila memperoleh gol pembukaan menerusi Mario Karlovic pada minit ke-20.

Jaringan itu hadir apabila perancang kelahiran Australia itu berjaya memanfaatkan sepakan percuma yang berjaya mengelirukan penjaga gol muda skuad Tok Gajah, Khairul Azhan Khalid.

Bersambung di babak kedua, Terengganu terus menguasai permainan dengan melancarkan serangan bertali arus tetapi benteng pertahanan pasukan pelawat yang diketuai Zeshan Rehman dan Mohd. Shahrizan Salleh berjaya mematahkan setiap serangan dari skuad Penyu.

Bagaimanapun, kapten Terengganu, Ismail Faruqi memastikan tiga mata menjadi milik skuad Penyu dengan meledak gol kedua pada minit ke-69.

Skuad pelawat yang terdesak untuk mencari jaringan, akhirnya terpaksa akur apabila keputusan 0-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas aksi menentang Pahang, Terengganu bakal menentang Selangor untuk aksi keenam Liga Super, 8 Mac depan.

Pemain Asia semakin 'laris' di Eropah

Posted:

Pemain Asia semakin 'laris' di Eropah

Pemain Asia semakin 'laris' di Eropah


PARK JI SUNG pemain yang boleh dianggap paling berjaya sejak bergelar sebagai pemain profesional di bumi Eropah.


BINTANG Barcelona dan Sepanyol, Cesc Fabregas kagum dengan prestasi pemain dari benua Asia yang kini semakin ramai menembusi 'pasaran' bola sepak Eropah.

Dia berpendapat, tidak mustahil suatu hari nanti, pasukan dari Asia mampu menjulang Piala Dunia dan berdiri setanding dengan gergasi bola sepak dunia yang lain.

Jepun dan Korea Selatan antara pasukan yang dikaguminya kerana dua negara berkenaan telah berjaya melahirkan pemain bertaraf dunia, selain mampu menempa nama di bumi Eropah.

Antara nama besar pemain dari Asia yang telah menempa nama di bumi Eropah termasuk Park Ji Sung (PSV Eindhoven), Ki Sung Yeung (Sunderland) dari Korea Selatan, Shinji Kagawa (Manchester United) serta Keisuke Honda (AC Milan), kedua-duanya dari Jepun.

"Bukan sahaja pemain-pemain dari Jepun dan Korea Selatan sahaja yang lebih menonjol di Eropah, tetapi pemain-pemain dari Iran, Arab Saudi juga lebih gemar menjadikan Eropah sebagai destinasi untuk mengembangkan karier bola sepak mereka," katanya.

Menurut Fabregas, Ji Sung adalah antara pemain dari Asia yang dianggapnya sebagai pemain yang memiliki kebolehan luar biasa terutama ketika dia beraksi dengan Manchester United.

"Saya anggap mereka ini antara pemain yang memiliki keberanian yang harus dicontohi pemain-pemain lain dari rantau Asia," jelas Fabregas dalam satu temu bual eksklusif dengan Kosmo! di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

Temu bual tersebut diatur oleh wakil syarikat pengeluar barangan sukan Puma di Barcelona sempena majlis pelancaran but bola terbaru keluaran syarikat berkenaan, EvoPower.

Fabregas adalah antara pemain yang mendapat tajaan Puma.

Sepanjang temu bual selama 20 minit itu, Fabregas diajukan dengan soalan berkaitan dengan perkembangan pemain bola sepak di Asia yang kini mula menjadi buruan kelab-kelab terkemuka di Itali, Jerman mahupun England.

Menurut bekas pemain Arsenal itu, keberanian para pemain dari Asia untuk mencuba nasib di Eropah merupakan langkah bijak kerana dengan cara tersebut, mereka akan menjadi lebih berdaya saing.

"Bukan saya memandang rendah tahap liga di Asia, tetapi corak bola sepak di Eropah lebih kompetitif.

"Sebahagian besar pemain terbaik dunia memilih untuk beraksi dalam liga di Eropah dan sebab itu ia menjadi sangat kempetitif.

"Kamu perlu sentiasa bekerja keras untuk mengekalkan tahap kecergasan jika mahu berada dalam kesebelasan utama pasukan yang kamu wakili.

"Persaingan sangat tinggi dan semua pemain sentiasa memberi saingan kepada pemain utama bagi merebut tempat. Sebab itu, kamu perlu bekerja keras jika tidak mahu diletakkan dalam senarai pemain simpanan," jelas Fabregas.

Menurutnya, prestasi yang dipamerkan oleh beberapa negara Asian pada beberapa kempen Piala Dunia sebelum ini membuktikan bola sepak Asia kini sudah semakin maju ke hadapan.

Katanya lagi, peningkatan itu turut dibantu dengan keberanian beberapa pasukan untuk menghantar pemain-pemain mereka beraksi dalam liga berstatus lima bintang di Eropah selain penganjuran liga domestik mereka yang berkualiti tinggi.

"Saya rasa, negara-negara Asia yang lain harus mencontohi langkah yang telah diambil oleh Jepun mahupun Korea ini jika mahu melihat lebih banyak negara dari rantau tersebut menonjol di peringkat dunia.

"Kalau kamu bertanyakan kepada saya kenapa negara-negara dari benua Afrika kini semakin memperlihatkan kualiti apabila bersaing di Piala Dunia, jawapannya sangat mudah. Sebahagian besar pemain dari benua tersebut (Afrika) beraksi di Eropah dan kesannya sangat besar terhadap pembangunan bola sepak di negara-negara berkenaan.

"Saya tidak akan terkejut jika suatu hari nanti pasukan dari negara-negara Afrika mampu menjulang Piala Dunia. Pemain-pemain mereka juga memegang watak utama dalam kelab yang mereka wakili," tambah Fabregas.

Ditanya berkenaan ciri-ciri asas yang harus ada pada seseorang pemain itu sebelum menikmati kejayaan, Fabregas menjelaskan: "Sebenarnya ia bermula di peringkat akar umbi."

Menurutnya, sebelum menjadi pemain yang berjaya, didikan hendaklah bermula di peringkat kanak-kanak.

Pada peringkat ini katanya, mereka hendaklah didedahkan dengan corak latihan yang betul meliputi aspek untuk menguatkan mental.

"Kekuatan mental banyak membantu, dan didikan (terhadap aspek mental) hendaklah bermula sejak di peringkat kanak-kanak lagi.

"Sebaik mendaftar untuk menyertai sesebuah akademi bola sepak, sudah tentu cita-cita kamu adalah untuk menjadi seorang pemain profesional. Jadi, bermula di peringkat tersebut, apa juga ciri-ciri yang diperlukan untuk bergelar pemain profesioanl hendaklah diberi keutamaan dalam latihan harian.

"Apabila sudah mencapai peringkat matang, kamu akan mnenjadi lebih yakin dan berani untuk melangkah ke dunia bola sepak profesional. Saya juga dididik sejak dari usia 10 tahun ketika menyertai akademi bola sepak Barcelona. Kami dididik bagaimana untuk menjadi seorang 'thinking footballer'," jelas Fabregas.

Sebelum mengakhiri temu bual tersebut, Fabregas turut melahirkan kekecewaannya kerana pemain dari Asia tidak mahu mencuba nasib beraksi dalam Liga Sepanyol.

"Ramai yang memilih untuk beraksi di England, Jerman dan juga Itali dan mereka tidak begitu berminat mencuba nasih di Sepanyol.

"Liga Sepanyol lebih kompetitif dan mencabar dan pemain-pemain dari Asia seharusnya mengambil peluang untuk mencuba nasib beraksi di Sepanyol," katanya.

Bila diajukan soalan bahawa kelab-kelab dalam Liga Sepanyol tidak berminat melamar pemian dari Asia, Febregas menjelaskan: Bukan tiada kelab yang menawarkan khidmat mereka, tetapi mereka (pemain Asia) memilih untuk beraksi di EPL (Liga Perdana England) mahpun di Jerman," tegasnya mengakhiri perbualan. - ASAN AHMAD

UiTM dalam kelas tersendiri

Posted:

UiTM dalam kelas tersendiri

UiTM dalam kelas tersendiri

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

HARI terakhir Sukan Institusi Pengajian Tinggi (Sukipt) 2014 menyaksikan kontinjen tuan rumah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus berada dalam kelas tersendiri dengan membolot enam daripada 18 pingat emas yang dipertandingkan dalam acara pencak silat.

Pada aksi yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM semalam, pendahulu keseluruhan Sukipt itu meraih empat emas menerusi kategori Putra manakala dua emas lagi hadir dalam aksi Puteri.

Meskipun unggul menewaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengutip tiga emas bagi tempat kedua keseluruhan, kelibat atlet kebangsaan yang beraksi di gelanggang berjaya mencuri tumpuan ramai.

Bagi pesilat negara, Mohammed Fikry Mohamed Noh, meskipun berjaya menewaskan Azman Ahmad dalam kategori Putra A, dia mengakui aksi semalam tidak semudah yang dijangka.

"Meskipun menang dengan keputusan 5-0, saingan yang diberi tetap sengit. Ada beberapa persembahan lawan yang agak sukar saya jangka dan tidak mudah untuk saya patahkan," kata penuntut UPSI itu yang turut menjelaskan telah membuat keputusan untuk tidak menyertai Kejohanan Silat Dunia pada Oktober nanti.

"Saya tahu ia peluang terbaik tetapi saya mahu tumpukan kepada pelajaran. Mungkin selepas tamat semester, saya akan memberi perhatian sepenuhnya dalam pertandingan antarabangsa," tambahnya mengenai di Palembang, Indonesia itu.

Sementara itu, pesilat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohamad Khairul Azhar Zakaria melakar kejutan dengan menewaskan atlet kebangsaan, Muhammad Saiful Syazwan Rahmat (UPSI) dalam kategori Putera D.

Bukan itu saja, pesilat Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Usman Mohammed Ishak turut mencuri tumpuan apabila meraih emas dalam kategori Putra J.

Beraksi atas status pelajar antarabangsa, atlet kelahiran Nigeria itu menewaskan pesilat Institut Perguruan Selangor, Mohammad Zaki Talib dengan keputusan 5-0.

"Sangat gembira kerana saya hanya kenal silat tidak sampai enam bulan dan hasil bimbingan jurulatih, saya berjaya meraih emas.

"Saya akan terus berlatih kerana silat sudah semakin sebati dalam diri saya. Bukan itu saja, saya akan memperkenalkan silat di negara asal saya serta negara jiran lain seperti Ghana," kata pelajar Ijazah Sarjana Sains Kajian Sumber Bumi itu.

Dalam aksi lain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya meraih pingat emas bagi acara bola tampar pantai lelaki dengan menewaskan Universiti Sultan ZainalAbidin (UniSZA) dengan keputusan 21-13, 21-18 manakala gangsa menjadi milik INTI International College yang menewaskan UiTM 21-18, 22-20.

Manakala pasukan bola tampar pantai wanita Universiti Malaya (UM) menewaskan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan keputusan 15-21,25-23,17-15 untuk meraih emas manakala gangsa menjadi milik Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) selepas menewaskan UKM dengan 21-5, 21-12.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kerajaan Kelantan diminta bantu pesawah hadapi musim kemarau

Posted:

Kerajaan Kelantan diminta bantu pesawah hadapi musim kemarau

Kerajaan Kelantan diminta bantu pesawah hadapi musim kemarau

15/02/2014 10:07pm

JELI - Kerajaan negeri Kelantan diminta supaya bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membantu pesawah yang dilihat bakal terjejas teruk akibat musim kemarau sekarang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kemarau yang berlaku sejak tiga bulan lepas akan menjejaskan musim penanaman padi berikutan bekalan air yang tidak mencukupi.

"Kita harap suatu tindakan diambil untuk menyelamatkan suatu hasil yang besar yang terancam akibat daripada kekurangan air," katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita semasa menziarah Rezamawati Che Mat Bidin, 37, yang cedera parah sementara anak lelakinya yang berusia tiga tahun meninggal akibat diserang gajah di Ayer Lanas di sini hari ini.

Kementerian itu menjangkakan kira-kira 8,000 pesawah di Kelantan akan mengalami kerugian RM90 juta jika masalah penyaluran air ke kawasan sawah mereka tidak diselesaikan segera.

Mengulas mengenai serangan gajah liar itu, Mustapa berkata, Jabatan Perhilitan perlu menangani masalah berkenaan. - Bernama

Kawasan batu kapur Gunung Tempurung terbakar

Posted:

Kawasan batu kapur Gunung Tempurung terbakar

Kawasan batu kapur Gunung Tempurung terbakar

15/02/2014 8:15pm

KAMPAR - Kawasan Gunung Tempurung yang mengandungi batu kapur kira-kira seluas empat hektar di Kampung Sungai Siput Selatan di sini terbakar dipercayai akibat panahan kilat sejak petang semalam.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Ruhisha Haris berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan pada 7.49 malam semalam selepas penduduk melihat api dari arah gunung itu.

"Dua buah jentera dengan 25 anggota dikejarkan ke kawasan kebakaran dan memulakan operasi pemadaman dengan menggunakan pam angkut berkapasiti tinggi dari kaki gunung.

"Setakat ini kebakaran telah berjaya dikawal dan kita sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa supaya api tidak merebak ke kawasan lain," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata, bagaimanapun jika api didapati terus merebak, pihaknya akan membuat 'fire break' di kawasan sekeliling bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan gunung yang terletak bersebelahan.

"Pam berkapasiti tinggi digunakan memandangkan permukaan gunung yang sangat curam iaitu ada kawasan 80 ke 90 darjah sekali gus mendatangkan risiko dan berbahaya kepada anggota bomba," katanya. - Bernama

Kanak-kanak maut, ibu parah diserang gajah liar

Posted:

Kanak-kanak maut, ibu parah diserang gajah liar

Kanak-kanak maut, ibu parah diserang gajah liar

15/02/2014 7:45pm

JELI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas diserang seekor gajah liar di sebuah kebun getah di Bukit Perawas, Ayer Lanas di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Sheik Azhar Sheik Omar berkata, dalam kejadian 10 pagi itu, Wan Aidid Nasrullah Wan Mahmud yang berada dalam raga motosikal, maut selepas tercampak keluar selepas motosikal dirempuh gajah liar itu.

"Kanak-kanak itu berada dalam raga motosikal menunggu ibu bapanya yang sedang menoreh getah, gajah itu dilaporkan menyerang ibu mangsa terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibu mangsa, Rezamawati Che Mat, 37, mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan badan, manakala bapa mangsa, Wan Mahmud Wan Omar, 33, yang berada berhampiran bagaimanapun terselamat sebelum gajah berkenaan beredar dari tempat kejadian.

Beliau berkata, penduduk kampung kemudiannya membawa kedua-dua beranak itu ke Hospital Jeli namun kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kampung ditimpa hujan abu dan batu

Posted:

Kampung ditimpa hujan abu dan batu

Kampung ditimpa hujan abu dan batu


AP
SEORANG wanita menaiki sebuah motosikal di Solo ketika cuaca berdebu akibat debu Gunung Kelud semalam.


BLITAR - Beberapa penduduk di Jawa Timur menceritakan insiden ngeri kediaman mereka ditimpa hujan abu dan batu akibat letusan Gunung Kelud manakala seorang koresponden agensi berita AFP melihat beberapa penduduk yang dilitupi debu melarikan diri menuju ke pusat-pusat penempatan sementara dengan menaiki kereta dan motosikal.

Seorang lelaki berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Sunar berkata, rumahnya runtuh selepas dihujani batu-bata bersaiz sebesar penumbuk.

Dia tinggal di sebuah kampung yang terletak lapan kilometer dari gunung berapi berkenaan dalam daerah ini.

"Rumah kami bergegar seperti kapal di lambung ombak. Kami melarikan diri dan dapat melihat lahar mengalir ke sebuah sungai tidak jauh dari kediaman itu," cerita Sunar.

Seorang lelaki dan wanita warga emas mati dihempap rumah mereka yang runtuh selepas tidak dapat menampung beban batu gunung berapi yang melitupi bumbung kediaman tersebut.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kejadian itu berlaku di daerah kecil Malang manakala seorang lelaki warga emas lain meninggal dunia akibat terhidu abu gunung berapi.


AFP
DUA orang menyaksikan Gunung Kelud meletus dari bandar Kediri di Jawa Timur semalam.


"Gunung Kelud meletus seperti pertunjukan bunga api. Kedengaran bunyi dentuman kuat dan cahaya-cahaya merah naik ke udara," kata seorang penduduk berusia 32 tahun di Daerah Blitar, Dian Julihadi.

Nugroho mengesahkan bahan gunung berapi masih menghujani beberapa buah kampung dalam lingkungan 15 kilometer dari lokasi letusan setakat semalam.

Namun, katanya, beberapa aktiviti di kawasan sekitarnya kembali seperti biasa.

Sekitar 200,000 orang telah diarah berpindah namun sebahagian keluarga tidak mengendahkan arahan tersebut dengan sebilangan lagi kembali ke kediaman masing-masing.

"Kini terdapat lebih 75,000 orang di beberapa pusat penempatan sementara," kata Nugroho.

Menurutnya, sejumlah lelaki yang cuba kembali ke rumah mereka untuk mengambil pakaian dan barangan berharga terpaksa berpatah balik akibat hujan debu gunung berapi yang masih berterusan.

Gunung berapi yang setinggi 1,731 meter itu mula meletus pada pukul 10.50 malam kelmarin menyebabkan ribuan penduduk yang tinggal berhampiran melarikan diri. - Agensi

Susilo puji bantuan pindah penduduk

Posted:

Susilo puji bantuan pindah penduduk

Susilo puji bantuan pindah penduduk


AFP
SEJUMLAH penduduk tiba di sebuah pusat perlindungan di Malang, Jawa Timur semalam.


JAKARTA - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memuji tindak balas kecemasan berhubung Gunung Kelud yang mula meletus di Jawa Timur malam kelmarin, menurut laporan agensi berita Indonesia, Antara.

"Banyak yang dapat kita pelajari daripada kecekapan tindak balas kecemasan yang dilaksanakan akibat letusan Gunung Kelud," kata Susilo ketika merasmikan mesyuarat Kabinet terhad di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, operasi kecemasan oleh Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPM) yang dibantu Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan anggota polis di kawasan sekitar gunung berapi itu masih berjalan.

"Kita akan dimaklumkan tentang perkembangan terkini di samping maklumat operasi dan prosedur kecemasan berhubung bencana tersebut," ujarnya.

Jurucakap pusat maklumat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, Gunung Kelud meletus sekali lagi malam kelmarin dengan berita itu disampaikan kepada Susilo oleh Pengerusi BPNB, Syamsul Maarif pada pukul 6 pagi semalam.

Dalam pada itu, beberapa laporan dari Jawa Tengah menyatakan sebahagian Daerah Magelang telah dilitupi oleh abu letusan gunung berapi tersebut.

"Terdapat abu nipis pada pukul 3 pagi ini (semalam) tetapi menjelang pukul 4.30 pagi, abu itu menjadi semakin tebal," kata seorang penduduk kampung, Sucoro dekat Candi Borobudur yang menjadi destinasi pelancongan popular di Indonesia.

Menurutnya, ramai penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing untuk melihat candi itu yang diselubungi oleh abu gunung berapi yang tebal. - Bernama

'Durian runtuh' selepas Kelud meletus

Posted:

'Durian runtuh' selepas Kelud meletus

'Durian runtuh' selepas Kelud meletus


AFP
DUA orang penduduk membersihkan debu yang dikeluarkan Gunung Kelud di Solo semalam.


KEDIRI - Penduduk bandar ini yang terletak sekitar 30 kilometer dari Gunung Kelud mendapat durian runtuh daripada bencana gunung berapi itu.

Sebahagian mereka dilihat menyodok abu dan batu gunung berapi untuk digunakan dalam sektor pembinaan atau sebagai baja tanaman.

Seorang penduduk berkata, terdapat orang tengah yang sanggup membayar sehingga AS$56 (RM185) untuk sebuah trak kecil berisi serpihan gunung berapi tersebut.

Namun, sebahagian besar bandar itu kelihatan kosong semalam dengan orang ramai tidak keluar rumah untuk mengelak daripada terhidu abu gunung berapi.

"Bau sulfur dan abu menusuk di udara sehingga menyebabkan kami sakit jika bernafas," kata seorang penduduk di sini Insaf Wibowo. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kemenangan luar biasa Lorde

Posted:

Kemenangan luar biasa Lorde

Kemenangan luar biasa Lorde

LORDE kini menjadi penyanyi kelahiran New Zealand yang sedang mendominasi pasaran muzik Amerika Syarikat.


LORDE barangkali tidak popular seperti penyanyi Katy Perry atau Miley Cyrus. Juga, cukup asing bagi peminat-peminat di Malaysia.

Namun, sejak lagunya Royals meraih anugerah Grammy 2014, nama penyanyi berasal dari New Zealand itu meledak naik. Apatah lagi dia berjaya mengalahkan Katy Perry yang telah 11 kali dicalonkan dalam anugerah Grammy sejak tahun 2009.

Tahun ini, Katy Perry sekali lagi dicalonkan untuk dua kategori iaitu Persembahan Solo Pop Terbaik dan Lagu Terbaik Sepanjang Tahun menerusi lagu Roar.

Tetapi, kedua-dua kategori tersebut dimenangi Lorde, pendatang baharu yang sudah mampu mengukir prestasi luar biasa pada usia yang masih 17 tahun!

Lorde bukan sahaja berjaya mengetepikan Katy Perry tetapi juga nama-nama besar lain seperti Bruno Mars, Justin Timberlake dan Sara Bareilles.

Menyedari lawannya semua nama-nama besar, Lorde seperti tidak percaya dengan kemenangan yang diperolehnya itu.

"Kemenangan ini merupakan satu perkara yang paling tidak terduga," ucapnya selepas diumumkan sebagai pemenang pada anugerah Grammy 2014 yang berlangsung pada 26 Januari lalu.

"Terima kasih pada semua yang menyukai lagu Royals dan membuat lagu ini popular," tambahnya lagi.

Pemilik nama penuh Ella Maria Lani Yelich-O'Connor itu juga menerima empat pencalonan dalam Grammy tetapi meraih dua kemenangan untuk Persembahan Solo Pop Terbaik dan Lagu Terbaik Sepanjang Tahun menerusi lagu Royals.

Sebaliknya dua pencalonan lain Lorde iaitu Rakaman Terbaik Sepanjang Tahun dan Album Sepanjang Tahun diraih oleh Daft Punk yang membawa pulang lima anugerah Grammy.

Tidak menyerah

Menyentuh mengenai lagu Royals, ia merupakan single pertama Lorde menerusi album mini sulungnya, The Love Club, yang dihasilkan pada bulan November 2012.

Tuah lagu Royals, apabila ia berjaya menduduki nombor satu di carta 40, New Zealand. Bahkan, berjaya mencapai nombor satu di carta Billboard Hot 100 pada tahun 2013. Ia sekali gus menjadikan Lorde penyanyi solo pertama New Zealand yang berada di puncak tangga carta Amerika Syarikat itu.

Dia mungkin masih remaja, namun Lorde percaya bahawa dia seorang yang berdikari. Buktinya, kata Lorde, walaupun cepat naik, dia tidak akan menyerah kepada tekanan populariti.

"Saya tidak akan bertindak aneh seperti Britney atau melakukan sesuatu seperti Amy, kerana saya dibesarkan dalam keadaan normal. Saya tidak boleh minum minuman keras pada usia sekarang dan tidak fikir jika saya mahukannya sehingga dewasa kelak," tegasnya.

Dia menambah: "Enam bulan lalu, tiada seorang pun yang mengenali diri saya. Tetapi sekarang semua orang mengejar saya. Walaupun situasi sudah berubah, saya tidak akan berubah atau membiarkan populariti mengubah diri saya yang sebenarnya."


KISAH peribadi Lorde kini juga mula menjadi tumpuan.


Ibu bapa

Sukses seorang anak itu juga adalah berkat sokongan ibu bapa. Hal itu juga berlaku kepada Lorde. Selepas memenangi dua kategori dalam anugerah Grammy 2014, ibunya, Sonja Yelich yang tinggal di New Zealand sangat terkejut.

"Sebagai ibu, saat saya duduk dan menonton kejadian itu (kemenangan Lorde) di kaca TV, saya amat terkejut. Saya juga sangat bangga dengan kejayaannya," ucap Sonja dalam sebuah temu bual di radio New Zealand Morning.

Sementara ayah Lorde, Vic O'Connor juga tidak menyangka anak perempuannya itu mampu memenangi dua kategori besar itu dan Vic juga bangga dengan pencapaian Lorde.

Rasa gembira dan bangga itu juga dirasai oleh Sekolah Takapuna Grammar, sekolah Lorde sejak tahun 2010 sehingga sekarang.

Selepas Lorde memenangi anugerah Grammy itu, pihak sekolahnya telah memasang banting besar lengkap foto Lorde dengan tulisan 'Tahniah'.

Kekasih

Lorde mempunyai kekasih berketurunan Cina bernama James Lowe.

Jejaka berusia 24 tahun itu telah menerima pelbagai kritikan orang ramai kerana usia dan bangsanya. Bagaimanapun, James masih setia dengan Lorde.

Baru-baru ini sahaja, James dilihat mengiringi teman wanitanya itu di Studios ABC di Sydney, Australia. Pasangan itu juga disertai oleh ibu Lorde, Sonja.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail, hubungan kedua-dua remaja itu bermula tahun lepas sebelum Lorde mencapai kemasyhuran melalui lagu Royals.

Dalam satu temu bual dengan Rolling Stone, Lorde mengkritik reaksi orang ramai terhadap hubungannya bersama James.

Katanya: "Kadang-kadang anda tidak percaya apa yang mampu dilakukan manusia. Itulah sebabnya saya agak terkejut bila hubungan kami menjadi satu isu besar. Pada saya, tiada siapa yang boleh mempersoalkan hubungan saya dengan James."

Bahkan, ibu Lorde juga merestui hubungan anaknya itu.

"Saya tidak mengatakan, 'Anda boleh menjalinkan hubungan dengan jejaka berusia 24 tahun'. Tetapi, bapanya dan saya sudah mengenali James dan kami menyukainya.

"Dia (Lorde) mungkin muda tetapi Lorde membuktikan dia mampu berfikir dengan logik dan betul," katanya.

Zara Zya tak lupa diri

Posted:

Zara Zya tak lupa diri

Zara Zya tak lupa diri


ZARA ZYA akui dirinya masih mentah dalam industri lakonan.


TIDAK terfikir dalam benak fikirannya untuk meletakkan sebarang hak eksklusif terhadap dirinya dalam industri hiburan tanah air. Itu pendirian anak seni yang sedang menempa nama dalam industri hiburan, Zara Zya.

Pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd. Zainuddin itu secara tiba-tiba meraih populariti menggunung.

Ia tercetus selepas kemunculannya pada tahun lepas menerusi drama bersiri Love You Mr. Arrogant yang berjaya meraih jumlah penonton mencecah 4.6 juta orang.

Biarpun dia kini sudah meniti tali populariti, Zara, 29, bagaimanapun merasakan dirinya masih belum layak untuk bergelar pelakon popular.

Malah, dia mengakui, dirinya boleh dikatakan masih terlalu mentah dalam dunia lakonan jika hendak dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain yang sudah lama berkecimpung dalam industri lakonan tanah air.

Biarpun merendah diri, namun keupayaan Zara menggondol trofi Anugerah Meletop Era 2014 baru-baru ini menerusi kategori Top Top Meletop Era, akhirnya membuktikan dirinya kini sudah mula mendapat tempat dan dikenali ramai.

Namun, kejayaan tersebut tidak dapat memadamkan perasaan takut daripada muncul dalam hati pelakon berkulit sawo matang itu,

Malah, Zara bimbang impak daripada kenaikan mendadak popularitinya dalam masa terdekat ini akan menyebabkan dirinya dipandang sebagai seorang artis yang sombong.

"Saya tidak pernah meletakkan bayaran yang tinggi ataupun demand jika saya dirisik oleh mana-mana syarikat produksi.

"Bagi saya, cukuplah sekadar bayaran yang diterima setimpal dengan usaha yang ditaburkan, itu pun sudah sangat memadai bagi saya.

"Walaupun kini saya diterima oleh peminat, saya menganggap ia satu penghargaan kepada saya untuk terus berusaha keras dan memberi yang terbaik kepada peminat," ujarnya yang sudah menapak lima tahun dalam bidang lakonan.

Pada majlis anugerah yang julung-julung kalinya dianjurkan itu berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, Zara turut berjaya memenangi kategori Artis Baru Meletop menewaskan Azhael AF 2013, Faizul AF 2013, Syafiq Kyle dan Risteena Munim.

Dua kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Zara membawa pulang wang keseluruhan berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Mencari Datin

Zara mengakui, lakonannya sebagai watak Zaara dalam Love You Mr. Arrogant merupakan antara sebab namanya kini menjadi bualan ramai.

"Saya rasa teruja dan sangat gembira dengan kemenangan meraih dua Anugerah Meletop ini. Tidak sangka kali pertama dicalonkan, saya sudah dinobatkan sebagai pemenang.

"Saya percaya faktor kemenangan ini adalah kerana sokongan daripada peminat drama yang disiarkan dalam slot Akasia TV3 itu.

"Alhamdulillah, saya berasa amat bertuah apabila drama tersebut memberi impak kepada masyarakat sekali gus melonjakkan nama saya.

"Terselit perasaan gembira dan dihargai kerana penonton dapat merasai apa yang saya cuba sampaikan melalui lakonan saya," ujarnya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharu dan perancangan masa hadapannya, ujar Zara, dia kini sibuk menjalani penggambaran untuk telemovie, Mencari Datin yang bakal disiarkan menerusi TV9.

"Bersyukur rezeki saya setakat dalam bidang lakonan amat memberangsangkan dan saya akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan mutu lakonan.

"Saya tidak mahu penonton mengenali saya sebagai artis yang bermusim dan popular melalui satu drama sahaja.

"Insya-Allah, pada masa akan datang saya cuba untuk muncul menerusi produk baharu yang menjadi pencetus fenomena seperti drama sebelum ini," katanya.

Rahim pernah kecewa digelar 'penumpang'

Posted:

Rahim pernah kecewa digelar 'penumpang'

Rahim pernah kecewa digelar 'penumpang'

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


MENJADI lebih terkenal selepas bergabung dengan Sepahtu dalam MLM 2013, Rahim mengatakan dia tidak kisah kerana tidak ditarik terus menyertai kumpulan tersebut.


PEMBABITAN Rahim dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 bersama kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara serta membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.

Di sebalik kejayaan yang diraih itu, pemilik nama sebenar Rahim Mat Ali itu mendedahkan pada peringkat awal bukan mudah buat dirinya untuk bergandingan dengan Jep dan Shuib sepanjang bersaing dalam MLM 2013 dengan peserta lain selama 13 minggu.

Selain mengakui agak sukar untuk mencari keserasian bersama pada peringkat awal, Rahim juga menyatakan dirinya pernah berasa kecewa apabila ada yang menganggap dirinya sebagai 'penumpang' kepada kumpulan tersebut.

Bercerita kepada Kosmo! ketika ditemui selepas berakhir MLM 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor minggu lalu, Rahim menyatakan segala tanggapan itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus berjuang.

Kosmo!: Apakah perasaan Rahim sendiri setelah Sepahtu dinobatkan sebagai juara MLM 2013?

RAHIM: Pastinya saya sangat gembira dengan kejayaan ini setelah melalui saingan yang sangat getir sepanjang 13 minggu pertandingan berlangsung. Bukan mudah untuk bersaing dengan peserta lain yang tampil dengan persembahan terbaik, malah kami pernah hampir tersingkir semasa saingan separuh akhir. Saya anggap kemenangan ini merupakan satu rezeki yang tidak dijangka sama sekali.

Bagaimanakah anda melihat gandingan bersama Sepahtu untuk bertanding dalam program ini?

Sebenarnya ia bukanlah gandingan yang mudah dan saya perlu mengambil masa agak lama untuk mendapatkan keserasian dengan Jep dan Shuib, tetapi dengan usaha keras yang dilakukan setiap minggu telah membuahkan hasil.

Ada sesetengah pihak yang berpendapat pembabitan anda sekadar menjadi 'penumpang' memandangkan nama Sepahtu sendiri sudah kuat. Apakah pandangan anda terhadap perkara tersebut?

Sejak dari awal lagi saya sudah dapat jangka akan ada pihak yang memandang sinis serta membuat perbandingan apabila saya menyertai Sepahtu dan tidak dinafikan saya pernah berasa kecewa dengan tanggapan sedemikian. Bagaimanapun, saya anggap itu semua sebagai pembakar semangat buat diri saya untuk berusaha lebih keras dan bersungguh-sungguh kerana ingin membuktikan kepada peminat yang pembabitan saya bukanlah sekadar 'penumpang' semata-mata.

Selepas berakhirnya MLM 2013, adakah anda akan terus bersama Sepahtu?

Pastinya ramai yang tahu, gabungan saya bersama Sepahtu merupakan sebuah projek khas dan pada mulanya kami dikenali sebagai kumpulan Sepahtu & Rahim R2, tetapi disebabkan terlalu panjang akhirnya kami sepakat untuk menggunakan nama Sepahtu sahaja. Selepas MLM 2013, kami kembali bergerak seperti biasa semula dan saya akan meneruskan karier secara solo. Sekiranya ada tawaran persembahan membabitkan gabungan saya dan Sepahtu, saya sedia terima sekiranya mempunyai masa yang terluang.

Apakah perancangan anda dengan wang kemenangan yang diraih itu?

Memandangkan saya sudah berkeluarga serta mempunyai isteri dan anak, sudah tentu keutamaan diberikan kepada mereka. Selain itu, saya akan lebih berhati-hati menguruskan kewangan dengan wang yang diperoleh ini.

Adakah anda akan menyertai pertandingan yang sama pada masa akan datang?

Buat masa ini saya masih belum terfikir lagi mengenainya dan ia bergantung kepada rezeki. Tidak mustahil juga kalau saya akan kembali bertanding dan bergabung dengan pelawak lain pula.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved