Khamis, 13 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Israel padamkan sejarah Palestin

Posted:

Israel padamkan sejarah Palestin

Israel padamkan sejarah Palestin

"PENDUDUK Palestin menyerang pihak polis dengan batu dan kami perlu bertahan sebelum membalas serangan berkenaan dengan bom tangan pegun," kata jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld.

Rosenfeld mendakwa dalam kejadian selepas solat Jumaat di Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang juga dianggap lokasi suci Yahudi, Temple Mount itu, penduduk Palestin bertindak melemparkan batu ke arah pihak polis.

Pasukan polis Israel yang ketika itu sedang berkawal di Mughrabi di pekarangan luar masjid, mengambil tindakan melepaskan bom tangan pegun untuk mempertahankan diri.

Selain itu, pihak polis bertindak ganas menyerbu ruangan masjid dengan alasan menyuraikan keganasan penduduk Palestin yang turut digelar sebagai perusuh.

Dalam kejadian itu seorang rakyat Palestin cedera akibat serangan bom polis Israel dan tindakan polis Israel itu dianggap mencemar kesucian Masjid al-Aqsa.

"Selepas solat Jumaat, penduduk Palestin mula melontar batu ke arah polis yang berada di kawasan Mughrabi di luar masjid.

"Unit polis kemudian bertindak balas menggunakan bom tangan pegun dan memasuki kawasan masjid bagi menyuraikan perusuh," kata Rosenfeld kepada media.


POLIS Israel menceroboh ruangan Masjid al-Aqsa dan menyerang penduduk Palestin dengan bom tangan pegun selain gas pemedih mata.


Batu-batu kecil

Dia menambah, operasi menyuraikan perusuh itu memakan masa dua jam dan polis menahan tujuh penduduk Palestin yang terlibat dalam serangan itu.

Difahamkan dalam pertempuran tersebut, berpuluh-puluh penduduk Palestin hanya berbekalkan batu-batu kecil selain laungan semangat demi mempertahankan masjid daripada diceroboh.

Imam masjid, Mohamed Hussain menempelak tindakan pihak berkuasa Israel yang bertindak di luar kawalan melepaskan bom tangan pegun selain menceroboh rumah suci Allah itu.

"Keganasan ini ditentang oleh semua agama termasuk undang-undang dunia.

"Ia adalah keganasan yang mencemarkan Masjid al-Aqsa dan pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab kerana mereka yang mengarahkan tentera Israel untuk merampas masjid ini melalui keganasan. Apa saja yang terjadi di sini adalah kesilapan mereka," katanya.

Bagaimanapun satu laporan media mendedahkan sehari sebelum kejadian, kawasan Masjid al-Aqsa dikerumuni oleh peneroka Israel selain pihak berkuasa yang berulang kali menyerang pekarangan masjid tersebut.

Menurut laporan itu, terdapat peneroka Israel yang diketuai Rabbi Yehuda Glick yang juga bekas Ketua Institut Kuil, bertindak memanjat Kubah Emas.

Pertahankan masjid

Tindakan penduduk Palestin melemparkan batu adalah untuk mempertahankan masjid selain serangan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak berkuasa Israel.

Ketua Pengarah Wakaf Islam dan Hal Ehwal Masjid al-Aqsa, Sheikh Azzam Al-Khatib, yakin tindakan itu sekadar bertujuan mempertahankan diri dan bukan serangan provokasi seperti kenyataan Rosenfeld.

"Sejarah lalu membuktikan pihak berkuasa Israel sentiasa menjengkelkan masyarakat Muslim dengan sengaja. Malah mereka membunuh ribuan rakyat Palestin tanpa belas kasihan," katanya.


SEORANG wanita menunjukkan tanda 'V' dengan jarinya bermaksud kemenangan di depan mercu tanda Kubah Emas dalam satu perbalahan antara rakyat Palestin dan polis Israel.


Sementara itu, di Hebron, Ramallah di Tebing Barat, masyarakat Muslim terpaksa berhadapan dengan isu kebebasan beragama berikutan larangan azan daripada pihak berkuasa Israel.

Masjid al-Ibrahimi yang berusia 1,000 tahun dilarang melaungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini kerana didakwa mengganggu ketenteraman penduduk setempat terutama pada waktu Subuh.

Selain larangan melaungkan azan, penduduk Palestin terpaksa berdepan dengan tentera Israel yang berkawal di pintu masuk masjid melakukan pemeriksaan yang ketat terhadap masyarakat Muslim.

Pengarah Jabatan Wakaf di Hebron, Sheikh Yusoff Sunainah menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil kerana memihak kepada penduduk Yahudi di bandar lama Hebron.

"Penduduk Palestin yang ingin beribadat di sini terpaksa berhadapan dengan pemeriksaan ketat oleh pasukan keselamatan Israel. Walhal penduduk Yahudi dibenarkan memasuki masjid tersebut sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.

"Masyarakat Yahudi juga mencemari kawasan masjid dan sering memalukan dan mengejek orang Islam yang sedang solat," katanya.

Tegasnya, tindakan tentera Israel itu merupakan ancaman besar terhadap agama Islam dan dilihat cuba menyekat kebebasan beragama di negara ini yang bertentangan dengan undang-undang Israel.


WARNA hijau menandakan kawasan penduduk Palestin manakala selebihnya penempatan haram Yahudi sejak tahun 1948.


Haramkan azan

Masjid al-Ibrahimi merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam Palestin selepas Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang menempatkan makam Nabi Ibrahim dan ahli keluarga baginda.

Selepas tragedi tembakan rambang pada tahun 1994 oleh seorang Yahudi sehingga mengakibatkan 29 jemaah yang solat Subuh terbunuh dan 125 lagi cedera, Jawatankuasa khas pemerintah Israel membahagikan masjid itu kepada dua bahagian, satu bahagian untuk orang Islam dan satu bahagian lagi untuk penganut Yahudi.

Isu berhubung laungan azan di masjid itu telah berlarutan sejak tahun 2011 apabila seorang ahli politik Israel, Anastasia Michaeli mengusulkan satu rang undang-undang bagi mengharamkan azan di masjid-masjid dalam kawasan Israel menggunakan pembesar suara.

Dakwanya, azan mengganggu waktu tidur penduduk Israel. Namun, usul itu ditentang hebat oleh aktivis Islam yang mencadangkan penduduk Israel supaya keluar dari kawasan berkenaan sekiranya tidak tahan mendengar laungan azan.

Terbaharu, berselindung di sebalik penggalian arkeologi yang kononnya bertujuan mencari istana pertama milik Nabi Daud di Hebron dianggap salah satu daripada usaha mengusir rakyat Palestin.

Peneroka Yahudi yang memulakan proses menggali de ngan bantuan pihak berkuasa Antikuiti Israel berkata, mereka mahu menjadikan lokasi itu sebagai taman arkeologi bagi menyambut kepentingan sejarah di Tebing Barat.

Namun bagi penduduk Palestin mereka berharap suatu hari nanti Tebing Barat menjadi sebuah negara milik me reka.

Langkah ekskavasi itu adalah usaha merebut tanah dan kononnya sejarah mereka. Ia juga didakwa sebagai satu daripada cara Yahudi memadamkan sejarah rakyat Palestin dengan beranggapan mereka lebih berhak terhadap Tebing Barat.

Shuaib al-Tamimi, 22, seorang rakyat Palestin yang menyaksikan proses ekskavasi daripada pagar yang dibina mengelilingi kawasan tapak berdekatan dengan rumah ke luarganya menghina perancangan itu.

Konspirasi

"Sudah tentu terdapat barangan purba di sini, seperti kesusasteraan purba. Untuk mendakwa di sini terdapat istana Nabi Daud atau apa sahaja, ia adalah satu konspirasi dan penipuan yang besar.

"Masyarakat Yahudi datang ke sini dan menanam batu-bata di sini hanya untuk memenuhi hasrat mereka dan merampas hak kami," katanya.

Proses penggalian tersebut terletak di tanah milik Yahudi iaitu sebahagian daripada sebuah pulau melibatkan 500 peneroka Israel selain 250,000 penduduk Palestin.

Kediaman Palestin sentiasa di bawah pemerhatian tentera Israel yang sering membawa senjata automatik.

Kebanyakan negara menyifatkan penempatan Israel yang dibina pada tahun 1967 ketika perang di Asia Barat sebagai haram dan rakyat Palestin khuatir penutupan itu menafikan mereka sebagai negara maju merangkumi Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza.

Dalam proses ekskavasi itu, kebanyakan kediaman Palestin menjadi subjek untuk dimusnahkan kerana dibina tanpa permit kerajaan Israel. Permit berkenaan amat mustahil untuk dimiliki oleh penduduk Palestin.

"Kami berpendapat, arkeologi adalah alasan untuk menutup polisi penempatan dan Israel kekurangan koordinasi dengan pihak berkuasa Palestin yang merupakan keputusan politik.

"Kami berhasrat untuk membentangkan sejarah kebudayaan Palestin sama ada Yahudi, Kristian atau Muslim sebagai sebuah sejarah penting berbanding ekskavasi berat sebelah di Hebron dan Baitulmuqaddis hanya meningkatkan konflik dan jalan penyelesaian yang sukar dicapai bersama," kata ketua di Jabatan Pihak Berkuasa Palestin Antikuiti di Ramallah.

Yahudi berniat runtuhkan Masjis al-Aqsa

Posted:

Yahudi berniat runtuhkan Masjis al-Aqsa

Yahudi berniat runtuhkan Masjis al-Aqsa


ROMBONGAN pelancong seliaan Barakah Umhaj ketika berkunjungdi Baitulmuqaddis.


YAHUDI dibawa ke masuk ke Baitulmuqaddis pada tahun 1920-an oleh British selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

Alasan utama mereka dibawa masuk adalah untuk beribadat. Namun, tahun demi tahun jumlah pendatang Yahudi bertambah sehingga memaksa mereka membuka penempatan baharu di Baitulmuqaddis.

Ia memberikan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan iaitu rakyat Palestin yang beragama Islam, namun ia tidak diendahkan oleh masyarakat Yahudi.

"Pada ketika itu, Yahudi menerima perlindungan daripada British. Jadi mereka berani untuk melakukan apa sahaja.

"Selepas sekian lama, kini kuasa besar iaitu Amerika Syarikat pula bersekongkol dengan mereka," kata Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman, ketika dihubungi Kosmo!.

Mengulas mengenai penggalian Istana Sulaiman oleh Israel, beliau berkata, istana tersebut wujud di bawah Masjid-al Aqsa.

Bagaimanapun jelasnya, Yahudi hanya berminat untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan Kubah Emas berbanding menghidupkan lokasi suci mereka.

"Baitulmuqaddis menjadi entiti terpenting bagi penganut agama Kristian, Islam dan Yahudi kerana ia mempunyai Baitul laham (tempat lahirnya Nabi Isa AS), Tembok Meratap (Yahudi) dan Masjid al-Aqsa serta Kubah Emas (Islam)," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., Zakaria Mat Ali menasihatkan umat Islam yang ingin berkunjung ke Baitulmuqaddis supaya tidak khuatir dengan keselamatan mereka sepanjang berkunjung ke sana.

Agensi pelancongannya yang aktif membawa pelancong melawat Baitulmuqaddis sejak tahun 2011 tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

Katanya, kawalan dan rondaan daripada pihak berkuasa sememangnya wujud, bagaimanapun ia tidak mengganggu pelancong yang mengunjungi negara itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


6 juta pengguna bakal terjejas

Posted:

6 juta pengguna bakal terjejas

6 juta pengguna bakal terjejas

Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
azlan.hizar@kosmo.com.my


MAHDZIR (kanan) menunjukkan paras air di Empangan Klang Gate di Hulu Klang yang menyusut secara mendadak semalam.


KUALA LUMPUR - Lebih enam juta penduduk Lembah Klang dan Putrajaya bakal berdepan krisis bekalan air jika kemarau yang berlaku berikutan perubahan cuaca ekstrem ketika ini berterusan dua minggu lagi.

Perubahan ekstrem cuaca menyaksikan suasana nyaman di seluruh negara sepanjang Januari kini bertukar amat panas sehingga mencecah 35.9 darjah Celsius di sesetengah kawasan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cuaca panas sejak bulan lalu menyebabkan simpanan air di Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu dan Empangan Klang Gate, Hulu Klang di sini kurang daripada 60 peratus.

Beliau berkata, jika tiada hujan dalam tempoh 16 hari lagi, jumlah simpanan air akan jatuh sehingga 45 peratus.

Katanya, jika keadaan itu berlaku, program catuan bekalan air bersih akan dilaksanakan sekali gus menjejaskan kira-kira dua juta pemegang akaun.

Setiap pemegang akaun mewakili tiga pengguna.

"Sehingga semalam, baki simpanan air di Empangan Sungai Selangor ialah 57.6 peratus manakala Empangan Klang Gate pula 58 peratus berpunca daripada cuaca panas dan kering serta permintaan yang tinggi oleh pengguna.

"Buat masa ini bekalan air masih terkawal namun jika keadaan ini menjadi kritikal, catuan air mungkin terpaksa dilakukan," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Empangan Sungai Selangor dekat sini semalam.

Empangan Sungai Selangor berkapasiti 230 juta meter kiub merupakan salah satu daripada dua sumber utama air mentah ke lima buah loji rawatan air yang membekalkan kira-kira 2,900 juta liter air terawat sehari.

Jumlah tersebut menyamai dengan keperluan 60 peratus permintaan penduduk Lembah Klang.

Difahamkan, kali terakhir takungan air daripada empangan itu mengalir melalui alur limpahnya ke Sungai Selangor ialah sejak bulan Jun tahun lepas.

Mahdzir menjelaskan, pihaknya juga akan melakukan pembenihan awan sekiranya simpanan air di Empangan Sungai Selangor terus merosot kepada 45 peratus.

Mengenai isu sama di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, beliau berkata, paras air semua empangan masih terkawal walaupun berdepan cuaca panas.

Jalan kaki 3 kilometer cari air

Posted:

Jalan kaki 3 kilometer cari air

Jalan kaki 3 kilometer cari air

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my


ORANG ramai terpaksa mengambil air dari paip utama Syabas di Taman Impian Ehsan, Cheras Selatan, Selangor semalam.


KAJANG - Seorang warga emas yang menghidap penyakit buah pinggang kronik di Taman Impian Ehsan, Balakong di sini terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer bagi mendapatkan bekalan air bersih.

Perkara itu terpaksa dilakukan oleh Leong Chew Tak, 62, bersama isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah sejak Selasa lalu berikutan masalah gangguan bekalan air tanpa notis yang berlaku di kawasan tempat tinggalnya itu.

Menurut Chew Tak, dia terpaksa berjalan kaki sejauh itu untuk mendapatkan sumber air di paip utama milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang terletak di Persiaran Impian di sini.

"Lori tangki air yang disediakan Syabas tidak cukup untuk menampung permintaan penduduk dan kadang-kadang saya tidak sempat untuk mengambilnya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Balakong pula mendapati sebahagian kawasan berkenaan iaitu di Taman Impian Ehsan, Taman Setia Balakong, Taman Impian Indah, Taman Cheras Jaya dan Desa Ria menghadapi gangguan bekalan air.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang tinggal di Taman Setia Balakong, Muhammad Rusli Maddai, 27, berkata, gangguan bekalan air tanpa notis awal daripada pihak berkenaan mengakibatkan orang ramai tidak dapat membuat persediaan menyimpan air.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MyHome bantu rakyat beli rumah

Posted:

MyHome bantu rakyat beli rumah

MyHome bantu rakyat beli rumah

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


NAJIB pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPN
di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Golongan isi rumah berpendapatan rendah dengan jumlah RM3,000 ke bawah bakal menikmati subsidi membeli rumah terpilih pada harga kos rendah dengan kadar maksimum sehingga RM30,000 di bawah Program MyHome yang akan dilancarkan pada 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM300 juta dan jumlah itu mampu menampung subsidi bagi 10,000 unit rumah kepada rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, dana tersebut akan ditambah jika kerajaan mendapati program tersebut mendapat sambutan daripada pemaju dan pembeli.

"Ia merupakan insentif kepada sektor swasta untuk terus membina rumah kos rendah yang sangat diperlukan oleh rakyat.

"Di bawah program ini, pemaju yang mendapati rumah yang hendak dijual tidak mendapat subsidi dan terpaksa dijual melebihi harga kos rendah, maka mereka layak menyertai bagi mendapatkan bantuan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Seni psikologi dalam politik

Posted:

Seni psikologi dalam politik

Seni psikologi dalam politik

KETAKSUBAN kepada pemimpin atau tokoh tertentu membuatkan sering berlakunya perbalahan dalam masyarakat yang melibatkan perbezaan ideologi kepartian. - Gambar hiasan


SECARA tiba-tiba, tanpa ribut dan angin, kita kembali dihangatkan dengan bahang pilihan raya kecil. Ia berlaku ekoran peletakan jawatan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kajang, Selangor.

Sebagai orang awam, kita harus melihat semua kisah ini sebagai sebahagian permainan politik.

Terlalu taksub dengan politik kepartian memang perlu, tetapi bukanlah pada setiap masa. Ada hal yang kita lihat mungkin di luarnya sahaja dan banyak hal yang mungkin tersembunyi di dalamnya.

Politik ialah seni serba mungkin. Kita menulis perkara yang kita lihat sebagai nyata seperti yang kita tafsirkan mungkin betul pada semua ketika.

Permainan strategi

Dalam bidang psikologi dan pengurusan, teknik 'tingkap Johari' antara perkara yang selalu digunakan untuk mengungkapkan permainan strategi. Malah, dalam kehidupan seharian kita juga biasanya dilingkungi oleh empat jenis tingkap ini.

Tingkap terbuka ialah satu kawasan yang mana orang lain mempunyai pengetahuan tertentu mengenai apa yang kita miliki dan kita juga mempunyai pengetahuan mengenainya.

Misalnya jantina kita, ia diketahui oleh orang lain dan kita juga tahu mengenainya. Pada titik yang lain, iaitu titik tersembunyi, ada perkara yang hanya kita sendiri mengetahuinya, tetapi tidak diketahui orang lain.

PILIHAN raya kecil biasanya diadakan jika penyandang sesuatu kerusi DUN meninggal dunia atau melepaskan jawatan mereka sebagai wakil rakyat. - Gambar hiasan


Contohnya nombor kad pengenalan atau tahi lalat yang ada pada tubuh badan kita. Orang lain tidak mengetahuinya, sedangkan kita mengetahuinya dengan baik.

Bagaimanapun, harus diingat manusia juga mempunyai titik buta. Ini adalah titik kelemahan. Orang lain mengetahui rahsia kita, tetapi kita tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Kita mungkin telah beranggapan bahawa kita seorang yang periang, tetapi orang lain melihat kita sebagai sombong. Sombong ini tidak kita ketahui kerana ia berada pada titik buta.

Tingkap terakhir ialah kawasan yang 'tidak diketahui', baik diri kita sendiri atau orang lain. Misalnya, tarikh kematian kita. Ia tidak kita ketahui dan orang lain juga tidak memiliki keupayaan untuk meramalnya.

Berbalik kepada cerita politik tadi, sebagai orang awam kita mungkin telah berdebat mengenai pelbagai perkara. Kita juga adakalanya sangat taksub dengan sentimen politik keterlaluan. Kita percaya bahawa apa yang kita dengar adalah hal yang betul.

Malah, ada yang sanggup bermusuhan sesama sendiri kerana politik, walaupun pada akhirnya politik hanyalah sekadar satu permainan.

Ada orang yang mungkin sanggup melakukan apa sahaja demi ketaksuban kepada pemimpin politik mereka. Hakikatnya, kita mungkin mengetahui hanya sedikit sahaja mengenai calon yang kita sokong.

Kita juga mungkin hanya ada sedikit sahaja maklumat mengenai parti yang bertanding. Bagaimanapun, maklumat yang sedikit tadi kita anggap sebagai mencukupi untuk membuatkan kita menyokong atau menolak seseorang calon.

Sebab itulah, dalam politik banyak strateginya adalah rahsia. Berita yang biasanya tersebar hanyalah berita yang lunak sahaja, sebaliknya banyak berita di dalam tabir parti disembunyikan.

PERANG bendera antara parti yang bertanding akan menghiasi pemandangan mata di kawasan yang terlibat dengan pilihan raya kecil. - Gambar hiasan


Begitu jugalah dengan parti yang lagi satu. Mereka hanya membongkar keburukan parti pesaing. Mereka cuba membongkar rahsia parti lawan.

Mengapakah setiap kali pilihan raya, ahli politik perlu berkempen dengan begitu teruk untuk mendapatkan sokongan? Ini juga berbalik kepada maklumat di titik tersembunyi tadi.

Walaupun calon mungkin hebat berpidato, tetapi pada akhirnya mereka juga tidak begitu yakin siapa yang akan disokong oleh para pengundi. Ia tidak mampu dibaca oleh calon yang bertanding.

Calon kurang popular

Sehubungan itu, kita dapati ada sesetengah calon yang kelihatannya sangat diminati. Setiap kali mereka berceramah, puluhan ribu pengikut mengelilingi mereka. Sayangnya, apabila keputusan pilihan raya diumumkan, mereka kalah kepada calon lain yang kurang popular.

Baik calon yang bertanding atau para pengundi, masing-masing mempunyai kekuatan dan rahsia tersendiri. Sebagai pengundi, kita mampu menyembunyikan undi kita.

Calon pula, walaupun mereka telah bercakap pelbagai perkara, tetapi kita juga tidak tahu apa perkara sebenar yang ada di lubuk hati mereka. Semua itu menjadi rahsia kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, kita semua masih tidak pasti siapakah yang bakal menang dalam pilihan raya di DUN Kajang. Ia masih menjadi hal yang menjadi rahsia pada titik yang 'tidak diketahui'.

Sebagai orang awam, apa yang terbaik kita lakukan ialah bertindak dengan bijak dan rasional. Jangan biarkan ketaksuban politik menjadikan kita manusia lain. Sedangkan hakikatnya, kita mungkin tidak mengetahui kesemua perkara.

Jurumasak Malaysia harumkan nama negara

Posted:

Jurumasak Malaysia harumkan nama negara

Jurumasak Malaysia harumkan nama negara

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


CHEF Zubir (tengah) bersama pasukan Jurumasak Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di Basel, Switzerland.




KEMARAU pingat selama dua dekad dalam pertandingan Masters Kulinari Dunia ini berjaya diakhiri dengan kejayaan meraih emas dan gangsa.


KEJAYAAN meraih pingat emas dan gangsa pada pertandingan berprestij, Masters Kulinari Dunia yang berlangsung di Basel, Switzerland pada bulan Disember lalu membolehkan pasukan Jurumasak Malaysia mengakhiri kemarau pingat selama dua dekad.

Pendedahan keselamatan penggunaan internet

Posted:

Pendedahan keselamatan penggunaan internet

Pendedahan keselamatan penggunaan internet

SELAIN membawa kemudahan telekomunikasi dan internet kepada orang ramai, syarikat perkhidmatan telekomunikasi, Telenor Group turut bersiap siaga tentang keselamatan pengguna.


TEKNOLOGI pada hari ini membolehkan sesiapa sahaja melayari internet di mana sahaja pada bila-bila masa, tanpa mengira usia.

Selain berfungsi sebagai enjin carian maklumat, pengguna internet turut terdedah kepada risiko jenayah siber.

Sehubungan itu, sempena dengan Hari Internet Selamat, syarikat perkhidmatan telekomunikasi, Telenor Group, mengetuai saranan bersama wujudkan internet lebih baik yang menekankan kepentingan keselamatan laman web.

Menurut Naib Pengerusi Eksekutif, merangkap Ketua Operasi Telenor Asia, Sigve Brekke, selain membawakan kemudahan telekomunikasi dan internet kepada orang ramai, syarikatnya turut bersiap siaga tentang keselamatan pengguna terutama kanak-kanak.

"Data terkini daripada Kumpulan Perunding Boston menunjukkan sebanyak lapan peratus pengguna bawah umur berpotensi untuk terlibat dalam penyalahgunaan data, isi kandungan yang tidak berfaedah dan kes buli siber.

"Justeru, memainkan peranan sebagai pembekal alat telekomunikasi, pihak kami telah menjalankan kerjasama dengan pihak interpol untuk mewujudkan jaringan internet telefon pintar yang bertujuan mengawal kes penderaan kandungan terhadap kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Sehingga kini, Telenor Group telah menyediakan jaringan di beberapa unit perniagaan telekomunikasi di Eropah, Bangladesh dan Pakistan. Program ini sedang diperluaskan di Asia menerusi program pembangunan secara berperingkat.

Tambahnya yang juga merupakan Pengerusi Telekomunikasi DIGI, pihaknya juga komited dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak menerusi program Digi CyberSAFE yang dijalankan di sekolah-sekolah dalam negara.

Terdahulu, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, CyberSecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, seramai 22,000 pelajar, guru dan ibu bapa seluruh negara telah diberi pendedahan tentang keselamatan internet.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ric Wee kecewa

Posted:

Ric Wee kecewa

Ric Wee kecewa

WEE (duduk dua dari kanan) diberi penerangan oleh pegawai Everton, Graeme Sharp ketika dia dibawa masuk ke bilik persalinan pemain di Goodison Park.


LIVERPOOL – Kempunan. Itu nasib yang dialami seorang rakyat Malaysia yang meminati pasukan Everton, Ric Wee apabila hajatnya untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana England antara pasukan kesayangannya menentang Crystal Palace awal pagi semalam tidak kesampaian.

Wee telah menempuh perjalanan sejauh 11,265.41 kilometer dari Malaysia ke England untuk menyaksikan perlawanan tersebut namun kesudahannya dia mengalami kekecewaan.

Perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk di Goodison Park.

Begitupun, kekecewaannya sedikit terubat apabila para pegawai Everton membawa dia bertemu pengurus The Toffees, Roberto Martinez dan para pemain di bilik persalinan pasukan.

Sebelum pembatalan perlawanan tersebut, Wee sudah berada di dalam stadium berkenaan dan tidak menjangka aksi tersebut dibatalkan.

Pengumuman pembatalan itu dibuat atas nasihat pihak polis ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan sehingga mengakibatkan kerosakan ke atas bangunan-bangunan berdekatan selepas ribut kencang melanda United Kingdom sejak kelmarin.

Wee kemudian menyiarkan gambarnya di dalam stadium itu di laman sosial Twitter miliknya dengan mesej: "Akhirnya, selepas 30 tahun menyokong Everton, saya akan menyaksikan perlawanan EFC (Everton) secara langsung buat kali pertama."

Begitupun, selepas berita penangguhan itu, dia menulis: "Sedih apabila perlawanan Everton dan Palace dibatalkan kerana cuaca buruk. Impian untuk menyaksikan EFC beraksi terpaksa ditangguh."

Mesej yang disiarkan menerusi Twitternya itu mendapat respons pengurusan Everton yang kemudiannya menjemput Wee masuk ke bilik persalinan untuk bertemu Martinez dan pemain-pemain pasukan yang sebelum ini hanya dilihatnya menerusi kaca televisyen.

Pengalaman yang dialami Wee itu mendapat liputan akhbar tempatan, Daily Mail yang melaporkan kekecewaannya untuk menyaksikan perlawanan pasukan yang telah diminatinya sejak 30 tahun lalu itu menemui kegagalan.

– AFP

Sang Saka Biru sedia membedil

Posted:

Sang Saka Biru sedia membedil

Sang Saka Biru sedia membedil

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BOBBY GENZALES (dua dari kanan) akan terus menjadi sandaran PDRM pada aksi menentang Perlis petang ini.





ATAS kertas, perbezaan antara skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perlis sememangnya cukup ketara menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya petang ini.

Awas kelibat Amri

Posted:

Awas kelibat Amri

Awas kelibat Amri

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


AMRI (kiri) mampu mengecewakan Selangor pada aksi di Larkin malam esok.


JOHOR Darul Takzim (Johor DT) ada 'senjata rahsia' untuk menyekat Selangor pada aksi kelima Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam esok.

Begitupun, kenyataan itu bukan keluar daripada mulut pemain Harimau Selatan, sebaliknya ia hadir daripada bintang skuad Gergasi Merah, S. Kunanlan.

Jelas Kunanlan, senjata yang dimaksudkan itu adalah penyerang Harimau Selatan, Mohd. Amri Yahya.

Sebelum mengubah haluan menyertai Harimau Selatan pada awal musim ini, Amri telah menabur bakti bersama Selangor selama 12 tahun dengan meledak 109 gol sepanjang 226 penampilan.

Justeru, Kunanlan percaya Amri sudah 'masak' dengan corak permainan skuad Gergasi Merah dan tidak menolak kemungkinan bekas pemain Selangor itu mampu memusnahkan impian skuad kendalian Mehmet Durakovic untuk mengutip tiga mata penuh.

"Amri merupakan penyerang yang cukup merbahaya. Dia boleh menjadi 'duri dalam daging' buat Selangor jika kami tidak mengawalnya dengan baik.

"Dia cukup lama bersama dengan Selangor. Jadi, tidak mustahil dia sudah boleh membaca pergerakan pemain-pemain Selangor nanti.

"Namun, kami ada jurulatih baharu (Mehmet) dan saya percaya, kami bermain secara berpasukan, Selangor dapat menyekat serta menutup ruang kepada mana-mana pemain Johor DT yang dianggap merbahaya nanti.

"Selain Amri, Mahalli (Jasuli) juga perlu diberikan perhatian kerana dia kerap melakukan 'overlap' bagi membantu jentera serangan Johor DT," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Dalam perkembangan sama, Kunanlan juga tidak rela pasukannya terlepas status sebagai pendahulu Liga Super.

Musim ini, Selangor bermula dengan cemerlang apabila berjaya mengutip sembilan mata selain menyaksikan bintang import, Paulo Rangel muncul sebagai penjaring terbanyak liga dengan kelebihan lima gol.

Tambah bekas pemain Negeri Sembilan itu, Selangor akan berjuang habis-habisan dan berhajat untuk meninggalkan Larkin dengan sekurang-kurangnya satu mata buat pasukan pelawat.

"Kita tahu (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) adalah gelanggang keramat mereka. Mereka begitu cemerlang beraksi di laman sendiri sepanjang aksi Liga Super," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Suspek curi kereta ditahan selepas kereta terbabas

Posted:

Suspek curi kereta ditahan selepas kereta terbabas

Suspek curi kereta ditahan selepas kereta terbabas

13/02/2014 11:25pm

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang suspek berusia 22 tahun apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas melanggar sebuah kereta peronda polis dan lima kenderaan awam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, anggota kereta peronda polis cuba menahan suspek untuk pemeriksaan tetapi suspek bertindak memecut kenderaannya.

Katanya, kereta peronda polis telah mengejar kenderaan berkenaan sejauh tiga kilometer sebelum suspek melanggar kereta peronda polis lain dan lima kenderaan awam sebelum kereta itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

"Dalam kejadian di Jalan Permas Utara off Jalan Masai Lama di sini, suspek mengalami kecederaan di jari tangan kanan," katanya dalam kenyataan di sini.

Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu itu dilaporkan hilang dan suspek tidak mempunyai lesen memandu.

"Suspek dipercayai seorang penagih dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya. - Bernama

Perkhidmatan kereta kuda semarakkan TMM 2014

Posted:

Perkhidmatan kereta kuda semarakkan TMM 2014

Perkhidmatan kereta kuda semarakkan TMM 2014

13/02/2014 11:25pm

KUALA LUMPUR - Mulai 15 Mac, pengunjung ke Kuala Lumpur boleh merasai pengalaman baharu menaiki kereta kuda sambil menikmati pemandangan melalui kawasan-kawasan warisan yang berlatar belakang 12 bangunan peninggalan sejarah.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkhidmatan kereta kuda itu bakal menjadi tarikan terbaharu untuk pelancong di Kuala Lumpur.

"Pengalaman berkereta kuda akan menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan "KL Horse and Carriage Ride" sempena festival Tahun Baharu Cina di Galeri Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, pengunjung akan dibawa bersiar-siar melalui Jalan Mahkamah Persekutuan yang berlatar belakang bangunan Sultan Abdul Samad sebelum melalui Masjid Jamek, sebuah daripada masjid tertua di Kuala Lumpur terletak di muara sungai Klang dan sungai Gombak. - Bernama

Ijazah sahaja tidak jamin dapat pekerjaan, mesti ada kemahiran - Rosmah

Posted:

Ijazah sahaja tidak jamin dapat pekerjaan, mesti ada kemahiran - Rosmah

Ijazah sahaja tidak jamin dapat pekerjaan, mesti ada kemahiran - Rosmah

13/02/2014 10:03pm

PUTRAJAYA - Memiliki ijazah semata-mata tidak menjamin untuk mendapat pekerjaan sebaliknya perkembangan dunia masa kini memerlukan seseorang itu mempunyai pelbagai kemahiran, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, dengan ini seseorang itu mampu mencipta sesuatu yang baharu dan tidak hanya menunggu untuk sesuatu perkara berlaku malah pada hari ini majikan tidak lagi memandang hanya kepada ijazah tetapi potensi yang dimiliki individu.

"Kita perlu bersikap proaktif daripada selalu reaktif, sedar ataupun tidak senario masa kini memerlukan bakat yang kreatif serta inovatif.

"Sekiranya kita mempunyai bakat, percayalah kita pasti menjadi sasaran (pilihan) majikan," katanya semasa merasmikan pelancaran Biasiswa Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPM) di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, sepanjang 50 tahun lalu, tumpuan diberi kepada modal insan di dalam memenuhi keperluan yang semakin ketara namun cabaran sekarang bukan sahaja menyediakan pendidikan asas semata-mata tetapi lebih kepada menyediakan bakat serta kepakaran. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


77 maut pesawat tentera Algeria C-130 terhempas

Posted:

77 maut pesawat tentera Algeria C-130 terhempas

77 maut pesawat tentera Algeria C-130 terhempas

BEBERAPA penduduk melihat bangkai pesawat tentera Algeria yang terhempas di Gunung Fertas yang terletak di wilayah Oum El Bouaghi kelmarin.


ALGIERS - Sebuah pesawat tentera yang membawa 78 penumpang terhempas di kawasan pergunungan di Algeria kelmarin menyebabkan hanya seorang lelaki terselamat, kata para pegawai.

Pesawat C-130 Hercules milik tentera Algeria itu membawa 74 penumpang terdiri daripada pegawai tentera dan anggota keluarga mereka serta empat anak kapal.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, pesawat itu berlepas dari bandar Tamanrasset menuju ke Constantine sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan ketika mahu mendarat.

"Pesawat malang ini terhempas di puncak Gunung Fertas yang terletak di wilayah Oum El Bouaghi kira-kira pukul 12 tengah hari waktu tempatan.

"Ketika kejadian, cuaca buruk termasuk ribut dan salji tebal melanda wilayah berkenaan," katanya.

Ujarnya, pasukan penyelamat telah menemui 76 mayat termasuk empat wanita di lokasi pesawat berkenaan terhempas.

Media tempatan melaporkan, hanya seorang anggota tentera terselamat dalam kejadian itu dan dia dibawa ke sebuah hospital di Constantine kerana mengalami kecederaan di kepala.

Sementara itu, President Algeria, Abdelaziz Bouteflika mengumumkan negara itu akan berkabung selama tiga hari bermula semalam sebagai penghormatan kepada mangsa yang terkorban. - AFP

Lelaki hanyut pulang ke tanah air

Posted:

Lelaki hanyut pulang ke tanah air

Lelaki hanyut pulang ke tanah air


ALVARENGA duduk di kerusi roda selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El Salvador di San Luis, semalam.


SAN SALVADOR, El Salvador (AP) - Jose Salvador Alvarenga pulang ke tempat asalnya kelmarin selepas hanyut di tengah lautan selama lebih setahun.

Lelaki berusia 37 tahun itu yang menyatakan dia hanyut di atas sebuah bot kecil di Lautan Pasifik selepas keluar menangkap jerung di perairan Mexico, tiba di sini kelmarin.

Dia sebelum ini ditemui terdampar di Kepulauan Marshall, Lautan Pasifik sebelum diselamatkan pihak berkuasa negara berkenaan.

Sejurus tiba di sebuah lapangan terbang dekat sini, Alvarenga yang duduk di kerusi roda ditolak di hadapan lebih 100 wartawan untuk satu sidang akhbar.

Namun, apabila Menteri Luar El Salvador, Jaime Miranda memberikan mikrofon kepadanya, Alvarenga yang berbaju-T biru bersama seluar khaki dan kasut tenis hanya membisu.

Dia kemudian menutup muka menggunakan kedua-dua tangannya dan kelihatan menangis.

"Kami meminta agar anda semua faham. Dia (Alvarenda ) menempuh perjalanan yang amat meletihkan," kata Miranda.

Alvarenga seterusnya menaiki sebuah ambulans menuju ke Hospital Kebangsaan San Rafael di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ketika keluar dari ambulans, lelaki hanyut itu cuba untuk menjawab beberapa soalan yang dilaungkan oleh orang ramai.

"Apa perasaan anda? Saya gembira kerana selamat tiba (di tanah air)," jawabnya.

Kisah Alvarenga mengejutkan dunia apabila dia dihanyutkan ke pulau terumbu karang Ebon, Kepulauan Marshall hampir dua minggu lalu.

Lelaki itu kelihatan sihat dan tidak terbakar kulitnya walaupun terapung lebih setahun di tengah lautan.

Namun, Alvarenda yang sebelum ini lebih gempal mengalami kekurangan air dalam badan manakala tubuhnya juga bengkak.

Perjalanan pulang selepas berehat dan menjalani rawatan kesihatan seminggu di ibu negeri Kepulauan Marshall, Majuro dilengahkan di Honolulu dan Los Angeles.

Kelewatan itu ekoran doktor-doktor mengadakan pemeriksaan lanjut bagi melihat sama ada dia cukup sihat untuk meneruskan perjalanan ke El Salvador.

"Saya sungguh gembira mendapat tahu dia masih hidup dan dia telah pulang. Saya mahu memeluknya," kata seorang ibu saudara lelaki tersebut, Emma Alvarenga.

Emma tiba di lapangan terbang itu untuk melihat Alvarenga tetapi tidak dibenarkan memasuki bilik menunggu VIP tempat anak saudaranya berada.

Ayah Alvarenga, Jose Ricardo Orellana, 65, yang memiliki sebuah kedai dan kilang gandum di sini berkata, anak lelakinya mula keluar ke laut pada usia 14 tahun.

"Dia sudah sebati dengan lautan," kata Orellana. - AP

Arkitek Perancis mahu bina menara eksplorasi tujuh lautan

Posted:

Arkitek Perancis mahu bina menara eksplorasi tujuh lautan

Arkitek Perancis mahu bina menara eksplorasi tujuh lautan


IMEJ Sea Orbiter menurut lakaran komputer.


PARIS - Seorang arkitek Perancis, Jacques Rougerie mendapat dana mencukupi untuk membina menara pemerhati lautan, Sea Orbiter yang bakal meneroka lautan di seluruh dunia.

Struktur berbentuk seperti sebuah menara dengan separuh bahagiannya berada di bawah permukaan air itu boleh menampung sehingga 22 penghuni pada sesuatu masa.

Ahli-ahli akademik yang menaiki kapal itu boleh memerhati persekitaran bawah laut 24 jam sehari selain menggunakan peralatan lain untuk meneroka dasar lautan bagi mengumpul data.

Pada masa ini, para saintis telah merekodkan sekitar 240,000 spesies marin tetapi menganggarkan terdapat jutaan lagi spesies yang menunggu untuk ditemui.

Sebahagian 27 meter (m) daripada struktur setinggi 58 m itu berlayar di atas permukaan laut dengan bakinya berada di dalam air. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Remy, Maya baiki diri

Posted:

Remy, Maya baiki diri

Remy, Maya baiki diri

BIDANG lakonan bukanlah satu cabang seni yang bergerak secara mendatar. Melaluinya, setiap bakat yang diketengahkan menerusi tenaga dan aura penampilan seorang pelakon perlu melepasi beberapa fasa sehingga ia mencapai satu tahap yang mampu untuk dibanggakan.

Tidak terlalu klise, bakat yang yang kerap diasah melalui platform filem atau drama mampu melahirkan pelakon-pelakon yang bukan sahaja berkualiti, malah mampu untuk menggalas sebarang tanggungjawab yang diberikan.

Bagi pelakon Remy Ishak, 32, walaupun sudah lapan tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, dia masih terus ingin memperbaiki mutu lakonannya di samping meneliti kekurangan yang ada pada dirinya.

Utamakan filem

"Walaupun sudah agak lama berada dalam industri lakonan, tetapi masih banyak yang perlu saya belajar dan perbaiki. Terutama dari segi pemilihan watak menerusi drama mahupun filem," ujar Remy.

Ditebak mengenai prioritinya dalam bidang lakonan, Remy berkata, dia kini lebih selektif dan mengutamakan tawaran filem berbanding drama.

"Saya akui lebih mengutamakan tawaran filem berbanding drama. Tetapi, ini tidak bermaksud saya mengabaikan tawaran-tawaran lain.

"Tidak semua watak dalam filem yang ditawarkan kepada saya bagus. Kadangkala, watak-watak dalam drama yang berbajet rendah juga turut mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon. Semuanya bergantung pada watak itu sendiri," ujarnya yang bakal muncul dengan filem terbaharu lakonannya bersama Maya Karin dan Bront Palarae, Sejoli yang diarahkan oleh Osman Ali.

Abang

Ketika ditebak mengenai kekerapan pengarah filem itu memilih dirinya sebagai pelakon, jelas Remy, dia bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Osman Ali untuk berlakon di bawah arahan pengarah berkaliber itu.

MAYA tetap tegas dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan identiti kekasih baharunya buat masa ini.


"Osman Ali merupakan individu yang bertanggungjawab membawa saya mengenali dunia lakonan. Saya sangat selesa bekerja dengannya dan sudah menganggapnya sebagai seorang abang.

"Walaupun hubungan kami agak rapat, namun, apabila berada di lokasi, dia merupakan seorang pengarah yang berwibawa dan tahu apa yang dia mahukan," ujar Remy lagi.

Klausa itu disokong oleh Maya. Sukar untuk menolak 'lamaran' daripada sutradara terkenal itu memandangkan kebanyakan karakter yang ditawarkan menarik hati.

"Tidak pernah saya rasa dilayan seperti anak emas Osman Ali. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya bertuah untuk dapat bekerja dengan beliau.

"Setiap kali tawaran dibuka, pasti wataknya sangat menarik, sehinggakan tidak sanggup saya tolak. Malah, gandingan saya pun selalunya ada keserasian yang kuat," tambahnya yang bakal tampil menerusi filem psiko-thriller berjudul Juanita bersama Cristina Suzanne tidak lama lagi.

Tahun produktif

Sementara itu, Maya Karin atau pemilik nama penuh Maya Karin Roelcke melihat tahun 2014 adalah masa terbaik untuk dia mengisi penuh kalendarnya.

"Saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa 2014 merupakan tahun terbaik untuk sesiapa yang dilahirkan pada tahun (yang diwakili lambang haiwan) kambing. Mungkin akan ada banyak kerja tahun ini dan kekal aktif lagi dua tiga tahun selepas ini. Tapi jelas sekali 2014 bukan tahun untuk (saya) berkahwin.

"Benar barangkali saya seorang yang suka sibukkan diri dan terlalu memikirkan soal kerja dalam jangka masa panjang tapi saya tahu di mana untuk berhenti sama ada bercuti atau mencari inspirasi," katanya yang berhajat untuk ke Afrika Selatan sekali lagi.

Ditanya adakah Maya bercadang untuk mengambil anak angkat memandangkan usianya pada tahun ini sudah mencecah 35 tahun, ujarnya, perkara itu pernah terlintas dalam benak fikirannya sebelum ini.

MAYA yang mengakui teman lelakinya yang jauh di mata sebaliknya bersimpati dengan teman wanita Remy ekoran mereka berdua sering digosip menjalinkan hubungan cinta.


"Pernahlah juga terlintas dalam fikiran untuk mengambil anak angkat tapi komitmen itu tinggi. Namun, saya tidak boleh sewenang-wenangnya ambil anak angkat tetapi misalnya hanya mampu berjumpa dua kali seminggu.

"Tidak lagi buat masa sekarang takut saya sendiri yang tidak mampu nanti," jelasnya.

Sejoli

Sementara itu, bercakap tentang pembabitan mereka dalam Sejoli yang bakal ditayangkan pada 20 Februari ini, Remy yang memegang watak sebagai Hardy berharap, karakter nakal yang dipersembahkannya melalui filem ini dapat diterima oleh para penonton.

"Watak Hardy tidak terlalu serius kerana karakter yang perlu saya mainkan banyak berteraskan komedi. Ia lebih santai dan berbeza dengan watak yang pernah saya pegang sebelum ini," ujarnya yang percaya dengan kekuatan barisan pelakon lain filem itu.

Sebagai Gina, Maya menyifatkan Sejoli sebuah naskhah yang mudah untuk diterima oleh penonton.

Katanya: "Gina merupakan seorang gadis yang cukup kelakar dan sering cuai dalam apa jua hal yang dilakukannya.

"Selain itu, kerjasama yang diterima daripada Remy dan Bront cukup memuaskan. Saya begitu teruja dapat bekerjasama dengan mereka," ujar Maya.

Sleeq & Friends tidak tiru Hotel Mania - Khalid

Posted:

Sleeq & Friends tidak tiru Hotel Mania - Khalid

Sleeq & Friends tidak tiru Hotel Mania - Khalid

Oleh IZWAN MOHD. ISA


SYARIF


KEBANJIRAN bakat dari negara seberang bukanlah sesuatu yang asing dalam industri hiburan tanah air. Kemasukan penyanyi dan pelakon dari negara-negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei dilihat mampu memberikan saingan yang sihat terutamanya dalam kalangan artis-artis tempatan.

Bagaimanapun, tindakan produksi-produksi tempatan memberikan peluang yang lebih kepada artis-artis tersebut dilihat seperti menganaktirikan bakat-bakat yang ada dalam negara sendiri.

Namun bagi pengarah muda, Khalid Nadzri, 28, tindakannya memberikan peluang kepada kumpulan hip hop dari Singapura, Sleeq bagi membintangi siri muzikal Sleeq & Friends yang bersiaran pada pukul 9 malam bermula 24 Januari lalu di saluran TVi (Astro 180), bukanlah satu masalah yang besar.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran drama muzikal tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini, Ahmad Khalid berkata, tidak salah baginya untuk mengenengahkan kumpulan tersebut sebagai watak utama mokumentari arahannya itu.

Ini kerana, irama hip hop dilihat kembali diterima oleh para peminat Malaysia dan Sleeq yang dianggotai oleh Muhammad Alif Abdullah (Alyph) dan Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif) juga ada pengikut yang tersendiri. Ikuti temu bual selanjutnya.

KHALID NAZRI mempunyai alasan tersendiri kenapa dia memilih Sleeq untuk projek mokumentari muzikal, Sleeq & Friends.


Kosmo!: Boleh ceritakan dengan lebih lanjut mengenai muzikal Sleeq & Friends?

AHMAD KHALID: Siri muzikal ini dipanggil mokumentari kerana jalan cerita yang disampaikan adalah berdasarkan cerita sebenar. Hampir 90 peratus cerita diambil daripada pengalaman Alyph dan Syarif. Siri muzikal 13 episod ini berkisar tentang pengalaman hidup mereka berdua ketika mula-mula berjinak dalam irama hip hop Melayu di Singapura. Lebih istimewa, ia turut diserikan dengan lagu-lagu dendangan Sleeq.

Kenapa memilih untuk mengenengahkan bakat baharu dari Singapura? Apakah bakat di Malaysia tidak cukup baik jika mahu dibandingkan dengan Sleeq?

Bagi saya, tiada isu yang melibatkan pemilihan bakat dalam drama bersiri ini kerana setiap penyanyi mempunyai kelebihan masing-masing. Mereka bermula dari bawah dan mempunyai kisah yang menarik untuk diceritakan sewaktu sebelum bergelar selebriti. Lagipun, irama hip hop berbahasa Melayu sudah kembali diterima peminat muzik tanah air dan mereka mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri.

Anda menyatakan bahawa Sleeq & Friends turut menampilkan lagu-lagu nyanyian Sleeq. Tidak takut jika dibandingkan dengan drama muzikal Hotel Mania yang pernah popular beberapa tahun dahulu?

Sleeq & Friends mengangkat kisah sebenar kumpulan tersebut sebelum mereka bergelar penyanyi dan lagu-lagu yang diselitkan bukanlah lagu-lagu penyanyi lain yang dirakam semula. Lagipun, drama muzikal Hotel Mania yang pernah dihasilkan merupakan fiksyen semata-mata dan berkisar tentang hotel tersebut. Sleeq & Friends dan Hotel Mania merupakan dua garapan yang berbeza.

ALYPH


Apakah cabaran yang dilalui sewaktu proses penggambaran drama bersiri ini?

Penggambaran Sleeq & Friends dilakukan di Malaysia dan Singapura pada bulan Ramadan tahun lalu. Cabaran paling besar sudah semestinya terpaksa berpanas di lokasi dan pada masa yang sama menjalani ibadah puasa. Dalam pada itu, saya terpaksa memberikan tunjuk ajar yang betul kepada mereka terutamanya ketika babak yang memerlukan gerakan tarian.

Apakah kelainan yang ditonjolkan dalam siri ini?

Seperti yang saya kongsikan tadi, ia merupakan sebuah dokumentari yang mengambil latar kisah hidup Alyph dan Syarif selaku anggota Sleeq. Watak Aaron Aziz dan isterinya turut ditampilkan dalam siri ini. Karakter mereka dimainkan oleh pelakon Kazim dan Aida Jebat.

Harapan anda pada siri ini?

Ini merupakan drama muzikal pertama arahan saya. Justeru, banyak yang perlu diperbaiki dalam pengarahan saya pada masa akan datang. Saya perlu memberikan fokus yang lebih dari segi pengurusan masa supaya babak-babak yang diketengahkan dapat berjalan dengan sempurna.

Konsert artis muda Malaysia, Singapura

Posted:

Konsert artis muda Malaysia, Singapura

Konsert artis muda Malaysia, Singapura


PADUAN vokal hebat Dayangku Faezah dan Maya Rahman memukau audiens Konsert Muzika Ekstravaganza.


INISIATIF dua buah stesen televisyen untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura telah terhasil menerusi penganjuran Konsert Muzika Ekstravaganza yang menggabungkan semua artis muda dari kedua-dua negara berjiran tersebut.

Konsert yang memasuki kali kelapan penganjurannya itu disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

RTM yang memegang amanah sebagai tuan rumah kepada konsert itu telah mengimbau kembali nostalgia zaman kegemilangan bintang-bintang besar yang pernah mencipta fenomena tersendiri dalam industri seni serantau.

Konsert itu dihoskan oleh gandingan pelakon dan pelawak dari kedua buah negara iaitu deejay Nasional FM, Muaz Mohammed (Malaysia), Huda Ali (Singapura) dan pelawak terkenal, Saiful Apek serta bekas peserta program realiti Raja Lawak, Azrul Zaidi.

Gandingan empat nama yang berbeza generasi ini sememangnya menjadi apabila lawak jenaka yang disampaikan walaupun bersahaja, namun sukses dalam mengundang tawa hadirin yang memenuhi auditorium tersebut.

Persembahan yang memakan masa selama dua jam itu dimulakan dengan persembahan instrumental cello daripada kumpulan Paladin sebagai pembuka tirai, sebelum diikuti oleh persembahan nyanyian daripada barisan artis terkenal kedua buah negara.

Antara artis dari Malaysia yang membuat persembahan pada malam penuh gemilang termasuklah Mawi, Black, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Soo Wincci dan kumpulan Paladin.

Artis Singapura yang membuat persembahan pada malam tersebut pula terdiri daripada Awi Rafael, Aliff Aziz, Sleeq, Maiya Rahman dan Daly Filsuf.


MISHA OMAR dan Awi Rafael berkolaborasi vokal menyampaikan medley lagu-lagu popular penyanyi popular, Anita Sarawak.


Persembahan yang dapat disaksikan pada malam tersebut penuh bertenaga kerana setiap penyanyi yang membuat persembahan diiringi dengan muzik hasil gabungan bersama pemuzik Orkestra RTM dan Singapura.

Keunikan yang dapat disaksikan pada malam tersebut bukan sahaja kerana barisan artis yang ditampilkan tetapi juga persembahan kolaborasi antara artis daripada dua negara.

Antara persembahan yang memukau hadirin adalah medley lagu-lagu popular yang pernah didendangkan oleh ikon Singapura, Anita Sarawak termasuklah Antara Yang Manis, Cintamu Muzik Di Hati dan Akhirnya Kini Pasti yang disampaikan dengan mantap menerusi kolaborasi Awi Rafael dan Misha Omar.

Selain itu, paduan suara antara Dayang Nurfaizah dan Maya Rahman, dua penyanyi yang berbakat besar dan yang mempunyai lontaran vokal yang tinggi ini juga turut menghiburkan hadirin.

Mereka mengalunkan barisan lagu hit daripada penyanyi lagenda Malaysia, Datuk Sheila Majid yang terdiri daripada Sinaran, Aku Cinta Padamu dan Lagenda.

Persembahan penuh gilang- gemilang yang disiarkan secara langsung melalui saluran TV2 dan Suria yang menandakan kerjasama antara dua buah negara ini diakhiri dengan kesemua penyanyi menyanyikan lagu Sahabat nyanyian asal Najwa latif, Sleeq dan Syam Kamarul.

Antara yang hadir menyaksikan konsert pada malam tersebut ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Sementara antara orang kenamaan dari negara jiran yang hadir termasuklah Menteri Komunikasi dan Penerangan Republik Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Ong Keng Yong serta Setiausaha tetap Kementerian Kementerian Komunikasi dan Penerangan, Republik Singapura, AuBeck Kam.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved