Ahad, 9 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Teknologi cucian mesra alam

Posted:

Teknologi cucian mesra alam

Teknologi cucian mesra alam

MENITIKBERATKAN kebersihan kenderaan yang dinaiki menyebabkan Nor Azmi Sirat, 54, akan memastikan kereta Honda City kesayangannya dicuci setiap minggu.

Jika sibuk sekalipun, beliau tetap meluangkan masa bagi melaksanakan tujuan tersebut. Ini kerana kakitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya itu tidak gembira jika melihat keretanya berada dalam keadaan yang kotor sama ada di bahagian luar mahupun di dalamnya.

Namun, sejak Julai 2012, rutin tersebut mula berubah apabila beliau hanya mencuci kereta dua kali sebulan selepas mengetahui tentang perkhidmatan cucian kereta dengan teknologi waterless atau tanpa air.

Jelas Nor Azmi, 'perkenalannya' dengan kaedah cucian tersebut berlaku secara tidak sengaja apabila melihat sebuah kedai di Jalan Reko, Bandar Baru Bangi, Selangor mempromosikan mengenainya.

"Saya masih ingat lagi ketika kali pertama datang ke kedai itu pada bulan puasa. Kebetulan saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Bangi dari Putrajaya.

"Sebaik melihat bunting yang diletakkan di bahagian luar kedai, hati saya tertarik untuk mencubanya. Sambil itu terfikir juga betul ke boleh cuci kereta tanpa menggunakan air?.

"Akhirnya, pertanyaan saya terjawab apabila melihat pekerja di kedai itu mula membersihkan kereta saya. Dia hanya memegang satu botol cecair pencuci khas yang disembur pada permukaan kereta dan kemudian dilap menggunakan kain khas. Dalam tempoh 15 minit, kereta saya kembali berkilat," cerita Nor Azmi ketika ditemui Kosmo! di Waterless Car Spa yang terletak di Taman Tenaga, Kajang baru-baru ini.

Meskipun harga perkhidmatan cucian tersebut agak mahal iaitu RM18 berbanding cucian biasa sekitar RM8 atau RM10 bagi sebuah kereta, tetapi Nor Azmi tetap memilihnya.

"Memanglah harganya lebih mahal sedikit tetapi yang penting saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Sekurang-kurangnya ini boleh dianggap sebagai sumbangan kecil saya dalam usaha memulihara alam sekitar dengan menggunakan teknik cucian yang dapat menjimatkan air ini," ungkap Nor Azmi yang turut mempromosikan perkhidmatan tersebut kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

Teknologi cucian kereta tanpa air ini sememangnya popular di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Namun, di Malaysia ia masih terhad kerana lebih banyak menggunakan teknologi cucian buih.


SEMUA perkhidmatan yang ditawarkan oleh Waterless Car Spa menggunakan produk yang diimport dari Amerika Syarikat dan bersifat mesra alam.


Mesra alam

Perkara ini diakui oleh Hirman Razali, 34, individu yang bertanggungjawab membawa kaedah cucian itu ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu melalui penubuhan pusat cucian Waterless Car Spa.

Menurut bekas jurutera teknologi maklumat itu, persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan tersebut masih rendah dan mereka sukar untuk menerimanya kerana kurang memahami keistimewaan yang ditawarkan.

"Di luar negara, kaedah waterless dan stim diiktiraf sebagai cucian paling mesra alam. Ini kerana bagi cucian stim, maksimum penggunaan air sebanyak lima liter manakala waterless pula sekitar 100 mililiter (ml) bagi sebuah kereta.

"Kaedah waterless ini menggunakan larutan iaitu sejenis pencuci yang bersifat mesra alam. Ia mengandungi sufactant dan polimer yang merupakan bahan aktif bagi menghilangkan kotoran seperti minyak dan sebagainya.

"Paling penting, produk ini selamat dan tidak menghakis kerana berfungsi dengan formula tiga dalam satu iaitu mencuci, mengilat dan melindungi permukaan kereta," terang Hirman yang mengetahui tentang teknologi tersebut melalui usahawan dari AS yang dikenali ketika bekerja sebagai jurutera reka bentuk rangkaian komputer di sebuah syarikat teknologi terbesar dunia di Cyberjaya pada 2011.

Bagi setiap cucian menggunakan kaedah waterless, ia mengambil masa selama 15 minit untuk kereta bersaiz sederhana manakala 10 minit bagi kereta bersaiz kecil.


BAHAGIAN dalam kereta turut dicuci menggunakan cecair khas yang hanya perlu disembur sebelum dibersihkan.


Melekap

Jelas Hirman, penggunaan polimer yang bersifat melekap pada permukaan kereta akan menghasilkan lapisan filamen yang bertindak melindungi calar dan kotor.

"Apabila kotoran terapung melalui semburan bahan tersebut, kain mikro fiber yang bersifat seperti magnet akan dilap pada permukaan kereta berbanding digosok menggunakan kain atau span di pusat cucian kereta biasa.

"Dari segi bayarannya, ia bermula pada harga RM15 bergantung kepada pakej cucian yang dikehendaki pelanggan," tutur bapa kepada seorang cahaya mata ini lagi.

Sehingga kini, Waterless Car Spa sudah beroperasi di 15 lokasi seluruh negara seperti Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Baru Bangi, Wangsa Maju, Ampang, Sungai Buloh, Kangar, Johor Bahru, Nusajaya dan Kota Bharu.

Selain itu, bagi mereka yang mungkin tiada masa untuk ke kedai operator Waterless Car Spa, perkhidmatan mobile (bergerak) turut disediakan. Melalui perkhidmatan ini, operator terpilih akan datang sendiri ke lokasi yang ditentukan pelanggan.

Tambah Hirman, pakej operator Waterless Car Spa ini mula beroperasi pada 22 November 2012 di Ampang melalui syarikatnya, Ecoltec Sdn. Bhd. Sebelum itu, beliau hanya menjual produk waterless yang dipasarkan di bawah syarikat MyEco Nature Enterprise pada Mac 2012.

"Bagaimanapun, apabila melihat jualan semula amat rendah lantaran pelanggan yang memakai produk tersebut dalam tempoh yang lama sehingga enam bulan, saya membuat keputusan daripada menjual produk kepada menawarkan perkhidmatan melalui produk waterless itu.

"Tambahan pula, saya memperoleh sedikit modal apabila berjaya memenangi satu rancangan realiti bertajuk Make The Pitch musim ketiga yang disiarkan di saluran ntv7 hasil daripada idea memperkenalkan teknologi waterless ini.

"Hasil kemenangan tersebut, saya menerima geran bernilai RM500,000 daripada penyedia perkhidmatan e-kerajaan, MY E.G Servis Bhd. (MYEG) untuk mengembangkan perniagaan Waterless Car Spa di Malaysia," kata Hirman lagi.


HIRMAN mahu melahirkan lebih ramai usahawan yang berkecimpung sebagai operator Waterless Car Spa.


Melabur

Apa yang menarik, ia merupakan kali pertama MYEG melabur untuk membangunkan produk yang bukan berkaitan teknologi maklumat (IT).

Melalui syarikat Ecoltex Sdn. Bhd., Hirman berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan tersebut sekali gus menjadikan Waterless Car Spa satu jenama yang kukuh di negara ini.

Salah seorang operator, Kamal Bunyamin, 38, berkongsi bahawa kelebihan yang ada pada perkhidmatan Waterless Car Spa membolehkan pihaknya mendapat lampu hijau daripada pihak Perbadanan Putrajaya untuk membuka premis di sana.

"Harus diingat, tiada sebarang servis cucian kereta di wilayah yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan itu. Ini disebabkan pihak perbadanan tidak mahu ia mencemarkan keindahan kawasan berkenaan.

"Tetapi, dengan teknologi waterless ini, kami berjaya melepasi standard yang ditetapkan dengan syarat mendapat kelulusan daripada pemilik kawasan seperti Jabatan Imigresen dan sebagainya," kata Kamal yang membuka premis Waterless Car Spa di Presint 9, Putrajaya.

Tahu ilmu asas penjagaan kereta

Posted:

Tahu ilmu asas penjagaan kereta

Tahu ilmu asas penjagaan kereta


PEMERIKSAAN bahagian enjin perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini ketika memandu.


BERPENGALAMAN selama 20 tahun dalam bidang automotif, Zuzaidi Amin, 45, tidak lokek berkongsi ilmu mengenai panduan dalam penjagaan kereta yang perlu dipraktikkan oleh setiap pemilik kenderaan.

Menurut beliau yang merupakan pakar dalam penjagaan kereta jenama Mazda, Ford dan buatan Jepun itu, dalam aspek luaran, kekerapan mencuci kereta bergantung kepada keadaan persekitaran.

Jika kereta sering diletakkan pada kawasan yang berhabuk seperti tempat letak kereta terbuka, ia perlu dicuci dengan kerap untuk mengelakkan fizikalnya kelihatan kotor.

Bagaimanapun, berbeza dengan bahagian enjin yang tidak perlu dicuci selalu, sebaliknya mengikut kadar servis seperti untuk 5,000 kilometer (km) pertama diikuti 10,000km hingga seterusnya.

"Untuk penjagaan enjin, kita tidak digalakkan mencucinya sendiri kerana takut air akan terkena bahagian sensor. Justeru, kaedah cucian seperti tanpa penggunaan air paling selamat digunakan.

"Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa cucian enjin mampu untuk mengesan berlakunya apa-apa kebocoran getah atau hos yang terdapat di dalamnya dengan lebih awal," terang Zuzaidi ketika ditemui Kosmo! di bengkel MXZ Auto Garage miliknya di Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Tambah beliau, kebanyakan kereta model tahun 2000 ke atas telah banyak menggunakan teknologi sensor menyebabkan ia menjadi lebih sensitif.

Oleh yang demikian, risiko untuk berlakunya litar pintas sangat rendah jika pemilik kenderaan memilih kaedah cucian tanpa air tersebut.

Ilmu asas

Mengulas lanjut, Zuzaidi yang pernah bertugas sebagai mekanik di pusat servis kenderaan selama 18 tahun berkata, setiap individu perlu mempunyai ilmu asas mengenai kereta atau motosikal yang digunakan.


KEBANYAKAN kereta model baharu banyak menggunakan sensor dan ia perlu dikendalikan dengan berhati-hati jika melakukan cucian di bahagian enjin.


"Paling asas, mereka perlu kenal atau tahu makna simbol-simbol yang terdapat di bahagian papan pemuka kenderaan seperti suhu, minyak dan sebagainya.

"Ia penting kerana melalui simbol-simbol tersebut, kita akan dapat mengesan sebarang masalah teknikal berkaitan enjin kenderaan," tutur beliau lagi.

Tidak ketinggalan, beliau turut mengingatkan para pemilik kenderaan tidak kira lelaki atau perempuan agar belajar cara-cara untuk membuka tayar gantian untuk ditukar jika berlaku insiden kebocoran tayar.

"Ilmu asas sebegini sebenarnya sangat penting terutama apabila kita seorang diri berdepan masalah tersebut sekali gus tidak panik," tegasnya.

Servis

Begitu juga dalam aspek servis, Zuzaidi sangat menggalakkan agar setiap pengguna melakukannya mengikut masa yang ditetapkan.

Ini bermakna, apabila sudah sampai masa untuk diservis, bawa terus kenderaan anda ke pusat-pusat servis yang diiktiraf.

"Jangan sesekali gunakan barangan gantian tidak asli kerana ia mampu menjejaskan prestasi kenderaan tersebut.

"Jika diservis mengikut jadual dan dikendalikan oleh mekanik pakar, sesebuah kenderaan itu boleh bertahan lama dari segi kestabilan dan keselamatannya," terang Zuzaidi lebih lanjut.

Sementara itu, bagi Marziah Mohd. Hamidi, 25, yang merupakan kakitangan operator Waterless Car Spa, cucian enjin biasanya akan dilakukan oleh pelanggan setiap tiga hingga enam bulan sekali.

"Setiap cucian, bergantung kepada tahap kotoran di bahagian tersebut. Jika sangat kotor, kami akan menasihatkan pelanggan agar memilih perkhidmatan membersih dan mengilat.

"Apa yang penting, proses cucian akan dilakukan dengan lebih berhati-hati kerana ia melibatkan bahagian teknikal kenderaan," kata Marziah yang sudah bekerja sejak dua tahun lalu. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kesusasteraan percuma di Norway

Posted:

Kesusasteraan percuma di Norway

Kesusasteraan percuma di Norway


MOE SKARSTEIN bergambar di hadapan pusat pendigitalan buku di Norway.


KEBANYAKAN buku yang diterbitkan di Norway sebelum tahun 2001 boleh didapati secara percuma dalam talian ekoran pengenalan satu inisiatif yang mempertemukan para penulis dengan dunia web.

Ketika dunia penerbitan berbelah bahagi terhadap hubungannya dengan internet yang secara besar-besaran memberi akses terhadap karya yang dihasilkan dan mengancam pendapatan royalti mereka, Perpustakaan Negara Norway telah mengambil pendekatan baharu dengan mendigitalkan puluhan ribu buku yang berada dalam koleksinya.

Usaha itu melibatkan pelbagai genre buku, daripada karya agung pemenang anugerah Nobel dalam kesusasteraan, Knut Hansun sehingga novel penyiasatan pertama raja penulisan, Jo Nesboe.

Buku-buku yang dilindungi hak ciptanya itu disediakan secara percuma dalam talian dengan persetujuan pemegang hak cipta di laman web bokhylla.no atau bermakna rak buku dalam bahasa Norway. Pada masa ini, laman web tersebut memaparkan 135,000 karya dan dijangka mencecah 250,000 buah buku, termasuk terjemahan buku asing dalam bahasa Norway, pada masa depan.

Ketua Perpustakaan Negara, Vigdis Moe Skarstein berkata, projek yang seumpamanya itu menawarkan akses dalam talian secara percuma terhadap buku-buku yang masih di bawah hak cipta, yang akan luput selepas 70 tahun selepas kematian penulis terlibat.

"Banyak perpustakaan negara telah mendigitalkan koleksi mereka atas usaha pemeliharaan atau memberikan akses kepadanya. Namun demikian, buku-buku yang kebanyakannya buku lama itu sememangnya telah berada dalam edaran umum.

"Kami berfikiran, memandangkan kami perlu mendigitalkan kesemua koleksi kami untuk memeliharanya untuk 1,000 tahun akan datang, maka adalah penting agar kami memperluaskan akses buku tersebut sebaik mungkin," katanya.

Royalti

Dalam merealisasikan usaha tersebut, Perpustakaan Negara telah memeterai persetujuan dengan Kopinor, sebuah payung yang mewakili sebahagian besar penulis dan penerbit melalui 22 organisasi ahli.

Bagi setiap helaian yang dipaparkan dalam talian, perpustakaan itu akan membayar sejumlah wang kepada Kopinor yang bertanggungjawab dalam pengagihan royalti dalam kalangan ahli-ahlinya di bawah satu sistem yang dalam perbincangan.

Bayaran untuk setiap muka surat akan berkurangan dengan pertambahan koleksi iaitu daripada 0.36 kroner (22 sen) pada tahun lalu kepada 0.33 kroner (20 sen) pada tahun hadapan.


SETIAP helaian yang dipaparkan dalam talian, Perpustakaan Norway akan dibayar sejumlah wang dalam bentuk royalti kepada Kopinor.


"Sebuah buku terlaris dianggap berada pada satu kedudukan yang sama dengan almanak serantau dari tahun 1930-an," kata Ketua Kopinor, Yngve Slettholm.

Beberapa langkah telah dilaksanakan untuk melindungi para penulis terlibat, antaranya ialah laman Bokhylla tidak memaparkan karya-karya yang diterbitkan selepas tahun 2000, akses dihadkan bagi pengguna internet di Norway dan penyelidik asing serta buku-buku terlibat tidak boleh dimuat turun.

Seorang penulis atau syarikat penerbit yang membantah usaha tersebut boleh meminta pengeluaran buku mereka daripada laman web berkenaan, namun jumlahnya agak kecil.

Hanya 3,500 buah buku telah dikeluarkan daripada senarai dan kebanyakannya bukan novel-novel popular, sebaliknya buku sekolah dan kanak-kanak, dua genre buku yang memberikan keuntungan lumayan kepada penerbit.

Tidak terjejas

Menurut Moe Skarstein, setakat ini jualan buku di pasaran tidak terjejas akibat projek tersebut.

"Sebaliknya, Bokhylla sering kali menjadi kehidupan kedua kepada hasil karya yang masih dalam hak cipta tetapi habis dijual di kedai-kedai buku.

"Buku semakin menjadi barangan yang tidak tahan lama. Apabila suatu keseronokan buku itu menjadi hambar, ia terus tenggelam dan dilupakan," ujarnya.

Sebanyak 85 peratus daripada buku-buku yang terdapat di laman web berkenaan telah dibaca pengguna, membuktikan usaha tersebut memberi manfaat kepada karya-karya utama.

Ketika percubaan banyak negara dalam mewujudkan perpustakaan digital menemui jalan buntu khususnya apabila melibatkan isu hak cipta yang kompleks, Norway berjaya mengatasi halangan itu. Sebahagian besar daripada kejayaan tersebut disumbangkan oleh jumlah terhad kumpulan berkepentingan iaitu hanya perpustakaan tersebut dan Kopinor serta liputan hampir universal persetujuan yang telah dimeterai dengan melibatkan penulis yang juga bukan ahli Kopinor.

"Di negara-negara lain, anda perlukan persetujuan kesemua pemilik hak cipta. Namun adalah sukar untuk mencari mereka semua.

"Ia termasuk penulis lama yang tidak dikenali, syarikat-syarikat penerbitan yang ditutup pada tahun 1960-an, setiap ilustrator dan jurugambar yang terlibat dalam penerbitan suatu buku itu," jelas Slettholm.

Sehubungan itu, Moe Skarstein pula berkata, daripada menghabiskan wang mencari pemilik hak cipta itu, pihaknya lebih gemar memberikan wang kepada mereka yang berkenaan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pertemuan semula bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid

Posted:

Pertemuan semula bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid

Pertemuan semula bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid

BEKAS pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1984-1988 bergambar kenangan pada majlis pertemuan semula dan perlawanan bola sepak persahabatan di padang kolej itu di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


BERTEMU SEMULA. Selepas lebih 25 tahun meninggalkan alam persekolahan, seramai 150 bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) sesi 1984, 1986 dan 1988 bertemu semula dalam satu majlis yang diadakan di kolej itu di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Jurucakap penganjur, Norazman Abdul Wahab berkata, tujuan utama majlis itu adalah untuk merapatkan kembali ikatan silaturahim dalam kalangan bekas pelajar yang telah lama terpisah.

Menurutnya, bagi memeriahkan majlis itu, pihaknya turut mengadakan pertandingan bola sepak persahabatan antara bekas-bekas pelajar bagi merebut piala pusingan.

"Kami telah merancang majlis ini kira-kira empat bulan lalu dan berjaya mengumpulkan bekas-bekas pelajar kolej ini menerusi pelbagai media termasuk laman Facebook dan WhatsApp," katanya.

80 murid di Permatang Pauh terima bantuan persekolahan

Posted:

80 murid di Permatang Pauh terima bantuan persekolahan

80 murid di Permatang Pauh terima bantuan persekolahan


MOHD. ZAIDI (tengah) bergambar bersama sebahagian penerima bantuan awal persekolahan pada satu majlis di SMK Guar Perahu Indah, Bukit Mertajam baru-baru ini.


SUMBANG. Seramai 80 murid dari empat buah sekolah rendah dan sekolah menengah dari sekitar kawasan Permatang Pauh menerima wang bantuan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu Indah, Pulau Pinang baru-baru ini.

Wang bantuan pemberian Kerajaan Persekutuan bernilai RM100 untuk setiap pelajar diserahkan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said kepada murid-murid dan pelajar berkenaan.

Mohd. Zaidi berkata, wang bantuan tersebut disalurkan bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Maut angkara rantai emas kahwin

Posted:

Maut angkara rantai emas kahwin

Maut angkara rantai emas kahwin

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my

DARI KIRI: Shemavarthini, Shamsiah, Farizul


IPOH – Rutin seorang wanita yang baru tiga bulan bergelar isteri menjemput ibu saudaranya pulang dari tempat kerja pada setiap hari di Hospital Slim River berakhir kelmarin apabila wanita itu mati selepas rantai leher emas perkahwinannya diragut.

Semasa kejadian pada pukul 4.35 petang, mangsa M. Shemavarthini, 26, dari Taman Bukit Slim, di sini seperti biasa menunggang motosikal dari rumahnya untuk menjemput ibu saudaranya yang bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Slim River.

Bagaimanapun, setiba mangsa di pintu pagar Hospital Slim River iaitu kira-kira 100 meter dari tempat ibu saudaranya sedang menunggu, wanita itu terlebih dahulu menjadi mangsa ragut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemberian subsidi diesel laut dalam dikaji semula

Posted:

Pemberian subsidi diesel laut dalam dikaji semula

Pemberian subsidi diesel laut dalam dikaji semula

KUANTAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji semula pemberian diesel bersubsidi kepada nelayan laut dalam kelas C1 dan C2 susulan banyak kes penyelewengan bantuan itu membabitkan golongan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu juga seiring dengan objektif subsidi iaitu hanya untuk meringankan beban nelayan yang berpendapatan rendah.

"Kita lihat kebanyakan bot nelayan laut dalam yang ambil bantuan ini walaupun pemiliknya orang tempatan, kapten dan anak kapalnya orang asing, tidak jual pun ikan di pantai tetapi jual ke negara asing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kebakaran tidak libatkan rakyat Malaysia

Posted:

Kebakaran tidak libatkan rakyat Malaysia

Kebakaran tidak libatkan rakyat Malaysia


API sedang marak di Hotel Ishraq al-Madinah, Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit atau cedera dalam kejadian kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah, Madinah, Arab Saudi kelmarin.

"Setakat ini, laporan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau cedera ekoran insiden itu," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kementerian akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk memantau perkembangan lanjut mengenai kejadian itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azraai tak berminat isu Irfan

Posted:

Azraai tak berminat isu Irfan

Azraai tak berminat isu Irfan

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

SEMANGAT pemain T-Team (jersi putin-hitam) tetap tinggi walaupun dilanda kontroversi ketika kempen Piala FA di Larkin pada 1 Februari lalu.


JURULATIH T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah tidak berminat untuk membicarakan status salah seorang pemainnya, Muhammad Irfan Abdul Ghani yang sehingga ke hari ini masih belum kelihatan kelibatnya di bumi Terengganu.

Sehingga ke hari ini, Irfan yang mencetuskan kontroversi selepas memberi pendedahan tiada berlaku kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru pada 1 Februari lalu, masih belum turun berlatih bersama skuad kendalian Azraai itu.

"Dia belum 'menjelma' di bumi Terengganu, kita hubungi dia, tetapi tidak berjawab. Sebagai pemain profesional, Irfan sepatutnya tahu apa tanggungjawab dia.

"Saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk komen masalah ini kerana saya rasa mereka sudah ada sesuatu untuk dia. Saya lebih berminat pada pemain yang turun latihan," katanya.

Selepas aksi pusingan kedua Piala FA antara T-Team dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 1 Februari lalu, Irfan telah meminta pelepasan daripada pihak pengurusan T-Team untuk pulang ke Johor atas urusan keluarga.

Namun, pada Rabu lalu, dia mendedahkan kepada media bahawa tiada berlaku kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain pada waktu rehat separuh masa pertama di stadium berkenaan seperti yang dilaporkan sebelum ini sehingga menyaksikan T-Team membuat keputusan menarik diri daripada meneruskan aksi separuh masa kedua.

"Saya kini hanya memberi fokus terhadap persediaan pasukan daripada memikirkan kontroversi Irfan. Dia pemain profesional, dan harus tahu apa yang perlu dibuat.

"Saya hanya serahkan masalah ini kepada pihak pengurusan," kata Azraai.

Dalam perkembangan lain, Azraai memuji semangat yang dipamerkan oleh skuad kendaliannya pada aksi Liga Super menentang Angkatan Tentera di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2.

"Pemain telah menampilkan aksi terbaik walaupun pasukan dilanda kontroversi pada kempen Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 1 Februari lalu.

"Kami sudah melupakan insiden tersebut dan fokus kini adalah kepada saingan liga.

"Saya berpuas hati dengan komitmen pemain. Walaupun tidak sehebat pasukan lawan, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi," katanya ketika ditemui malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan melalui rembatan kencang Azlan Ismail pada minit ke-12.

Pelawat yang bekerja keras untuk mengikat kedudukan akhirnya berhasil pada minit ke-38 melalui rembatan kencang, bekas pemain T-Team, Nor Fazly Alias.

Pada minit ke-59, pemain import ATM, Bruno Sebastian Marteloto menambah derita T-Team menerusi serangan pantas ke kubu lawan.

Pemain tengah The Titans, Khairan Ezuan menjadi penyelamat pasukan tuan rumah apabila mengikat ATM dengan keputusan seri 2-2 pada minit ke-90.

Mohd. Azraai menambah, pada perlawanan itu, dia dapat melihat kesungguhan yang ditunjukkan para pemain terutama apabila ketinggalan satu gol.

Katanya, mereka tidak menyerah kalah malah memberi komitmen habis-habisan dalam memperoleh satu mata yang cukup berharga pada aksi di laman sendiri.

"Saya juga ingin memuji penjaga gol yang banyak menghalang percubaan pasukan ATM sepanjang perlawanan tersebut.

"Dia juga telah menyelamatkan sepakan penalti oleh penyerang ATM,Juan Manuel Arostegui," katanya.

Kim Swee: Buat apa nak bergaduh?

Posted:

Kim Swee: Buat apa nak bergaduh?

Kim Swee: Buat apa nak bergaduh?

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


SUASANA yang kurang sihat berlaku di Stadium Hang Jebat, Melaka malam kelmarin ketika aksi persahabatan antara Harimau Muda A dengan Melaka United.


"PENYOKONG pasukan bola sepak perlu berfikiran profesional dan bersedia menerima dengan hati terbuka dengan apa sahaja keputusan sesuatu perlawanan."

Demikian tegas jurulatih skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee semalam.

Menurutnya, sikap seperti itu akan membantu mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Dalam perlawanan bola sepak, menang atau kalah adalah adat permainan dan harus diterima secara profesional.

"Akibat tindakan segelintir penyokong yang sukar menerima kekalahan, ia akan menjurus kepada tercetusnya pergaduhan antara penyokong yang boleh menjejaskan reputasi kejohanan bola sepak di negara kita.

"Apa yang berlaku sekarang begitu merisaukan dan saya terkilan dengan penyokong yang sepatutnya perlu bersikap rasional menerima kekalahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan persahabatan antara skuad Harimau Muda A menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat di Melaka malam kelmarin.

Kim Swee diminta mengulas perkara tersebut selepas banyak berlaku kekecohan melibatkan penyokong sejak kebelakangan ini dengan insiden terbaru melibatkan pergaduhan antara penyokong Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat lalu.

Tambah beliau, para penyokong harus berfikiran positif untuk menerima keputusan perlawanan dan pada masa sama terus menyokong pasukan mereka setiap kali beraksi sama ada di tempat sendiri atau di tempat lawan.

"Apa yang lebih penting, mereka harus menyokong dengan cara yang lebih profesional tanpa mencetuskan kekecohan," katanya.

Sebelum itu, pada aksi persahatan antara Harimau Muda A dengan Melaka United, skuad bimbingan Kim Swee itu mencatat keputusan seri 1-1.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-24 menerusi jaringan Amir Shahreen Abd. Mubin sebelum Harimau Muda A menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi ledakan Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Polis panggil 17 lagi saksi

Posted:

Polis panggil 17 lagi saksi

Polis panggil 17 lagi saksi

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


JAMSHAH (depan) mengesahkan telah memanggil 17 lagi saksi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kekecohan dalam terowong di Stadium Larkin.


SERAMAI 17 saksi termasuk pengadu telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 1 Februari lalu.

Ketua Polis negeri Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua yang dipanggil itu terdiri daripada para pemain dan pegawai T-Team yang berada di lokasi ketika insiden tersebut berlaku.

"Kes ini sebenarnya disiasat oleh Bukit Aman sebab ia melibatkan dua negeri (Terengganu dan Johor).

"Bagaimanapun, berkaitan dengan pengadu-pengadu yang berada di Terengganu dan saksi-saksi yang terlibat, kita telah panggil mereka (ke ibu pejabat polis kontinjen Terengganu) untuk memberi keterangan.

"Setakat ini, sudah 17 orang yang dipanggil termasuk pengadu sejak laporan polis dibuat (tengah malam 2 Februari lalu). Jadi, sekarang kita akan bagi keutamaan kepada Bukit Aman. Kita, polis Terengganu cuma membantu siasatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal (URB) peringkat negeri di IPD Marang, Terengganu semalam.

Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Larkin, Johor Bahru pada 1 Februari lalu, pemain import T-Team kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan mereka, Stefano Impagiazzo mendakwa telah dikasari ketika menuju ke bilik persalinan pemain selepas tamat aksi separuh masa pertama.

Dalam pada itu, Jamshah memberitahu, pihaknya tidak menerima pertambahan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu sehingga hari ini (semalam).

"Setakat ini memang tak ada dah. Empat (laporan) itu sahaja yang diterima," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Jana pendapatan melalui jualan aksesori

Posted:

Jana pendapatan melalui jualan aksesori

Jana pendapatan melalui jualan aksesori

DARI kiri: Jamuna, Junaidah dan Noor Saliwati sibuk melayan pelanggan yang mengunjungi pameran yang diadakan di Pasar raya Besar Giant Cheras baru-baru ini.


AKSESORI dan wanita boleh digambarkan sebagai isi dengan kuku. Manakan tidak, dalam kalangan penggemar fesyen aksesori sering kali dilihat sebagai pelengkap penampilan.

Bagi Nadirah Yusuf, 25, penampilan dirinya umpama tidak sempurna sekiranya tidak dihiasi gelang, rantai, kerongsang mahupun batu-batu permata yang berwarna-warni.

"Bergantung kepada acara, saya akan sentiasa memastikan memakai salah satu aksesori ini kerana ia mampu menceriakan hari saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pasar raya Besar Giant di Batu 9, Cheras, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, selain memperkemaskan gaya, padanan aksesori yang bersesuaian juga mampu menaikkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat.

"Rekaan aksesori hari ini tidak bersifat konvensional, sebaliknya mempunyai pelbagai rekaan dan berwarna-warni yang menambat hati semua golongan termasuk remaja dan kanak-kanak," katanya.

Peluang perniagaan

Menyedari potensi pasaran semasa, D'or Rue Sdn. Bhd. (D'or Rue) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) membuka peluang kepada golongan wanita khususnya ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan aksesori.

Noor Saliwati Md. Ali, 40, berkata, penyertaan dalam aktiviti promosi produk usahawan aksesori kraf JPW itu membolehkannya mendapat latihan pembuatan aksesori dan pemasaran, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada dirinya.


JAM tangan manik ini pasti menambat hati sesiapa sahaja khususnya penggemar fesyen produk usahawan tempatan.


"Saya mendapat latihan di ibu pejabat D'or Rue di Batu Caves selama beberapa bulan sebelum menjalankan perniagaan aksesori sejak lebih setahun lalu.

"Bagi saya, jika peserta program bijak meraih peluang dan serius dalam mengusahakan perniagaan ini, ia dapat meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan mereka," katanya.

Tambah Noor Saliwati, dia berasa seronok menjalankan perniagaan itu kerana dikelilingi perhiasan diri yang cantik.

"Adakalanya saya sendiri geram dengan aksesori yang dijual kepada para pelanggan.

"Mempunyai pelanggan tetap di sebelah utara seperti Kedah dan Perak telah menjadi dorongan untuk saya terus berusaha menghasilkan aksesori yang memenuhi keperluan dan cita rasa mereka. Walaupun mempunyai cabaran tersendiri, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba kerana pendapatan yang diperoleh agak lumayan," ujar usahawan yang turut menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui laman sosial Facebook dan Instagram menggunakan nama Sally Noor.

Promosi

Sementara itu, Ketua Pengarah JPW, Datuk Munirah Abdullah Bajanuddin berkata, program yang telah dimulakan pada tahun 2013 itu dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan di bawah Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita yang turut melibatkan penyertaan pasar raya utama di seluruh negara.

"Sebagai permulaan, pada tahun ini, rangka promosi diadakan di pasar raya besar Giant ini dari 24 Januari sehingga 2 Februari lalu.

"Kami merancang untuk memperluaskan lagi aktiviti promosi termasuk menjelajah ke beberapa syarikat peruncitan dan pemasaran utama lain di seluruh negara dalam masa terdekat.

"Selain itu, kami juga akan mempelbagaikan lagi produk usahawan seperti pakaian dan makanan bagi memenuhi keperluan pengguna hari ini," katanya sambil memaklumkan penyertaan program masih lagi dibuka kepada wanita-wanita yang berminat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Budak perempuan lemas dalam kolam renang di kediaman rasmi MB Selangor

Posted:

Budak perempuan lemas dalam kolam renang di kediaman rasmi MB Selangor

Budak perempuan lemas dalam kolam renang di kediaman rasmi MB Selangor

09/02/2014 10:51pm

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam kolam renang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa sambutan Tahun Baru Cina semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Amanda Dany Shah, 7, dipercayai bersendirian di kawasan itu tanpa pengawasan ibu bapanya.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa, yang juga katerer bagi majlis itu, sedang sibuk menguruskan penyediaan makanan dan tidak menyedari ketiadaan anak mereka.

"Polis terima panggilan daripada seorang wanita kira-kira 4.30 petang menyatakan seorang budak lemas dalam kolam renang itu.

"Difahamkan mangsa meninggalkan ibu bapanya dan berjalan bersendirian ke kolam renang di tingkat atas kediaman itu.

"Tiada maklumat sama ada dia bersama orang lain atau tidak ketika itu," katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama

FAM ambil tindakan tegas terhadap pihak cetus kekecohan

Posted:

FAM ambil tindakan tegas terhadap pihak cetus kekecohan

FAM ambil tindakan tegas terhadap pihak cetus kekecohan

09/02/2014 10:22pm

KUALA LIPIS - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dan individu yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan bola sepak di negara ini.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, FAM memandang serius perkara itu yang boleh merosakkan industri bola sepak negara dan mahu ia dihentikan segera demi kebaikan sukan berkenaan.

"Saya bimbang trend bergaduh ini boleh merugikan kita.

"Kita hendak fokus kepada sukan bola sepak dan tentukan kualiti serta mutu bola sepak dapat ditingkatkan selain kualiti pengadilan, begitu juga kualiti keselamatan dan kualiti stadium.

"Kalau hendak cari pasal memang senang, tetapi ia tidak akan menjadi gambaran positif. Saya berharap hentikanlah, kalau tidak, kita akan buat tindakan drastik," kata baginda semasa mengulas insiden kekecohan melibatkan penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tamat perlawanan Liga Super di Kuantan pada Jumaat lepas.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Enduro Challenge 2014 di Taman Tasik Burung Mandi, Kamahang Hilir, Benta dekat sini, hari ini. - Bernama

Pemuda MIC sedia bantu kempen PRK Kajang

Posted:

Pemuda MIC sedia bantu kempen PRK Kajang

Pemuda MIC sedia bantu kempen PRK Kajang

09/02/2014 9:38pm

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda MIC bersedia turun padang bagi membantu kempen mana-mana calon yang dipilih dari parti komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac depan.

Ketuanya, C. Sivarrajah berkata, atas dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mengarahkan semua jentera Pemuda berganding bahu menjalankan pelbagai program bagi mengembalikan kerusi tersebut kepada BN.

"Kita tidak hanya akan memberi tumpuan kepada kaum India malah akan turut memberi penerangan kepada pengundi lain di DUN berkenaan mengenai kejayaan dan usaha kerajaan BN membela nasib rakyat berbanding Pakatan Rakyat yang memerintah (Selangor) sejak dua Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013," katanya.

Beliau berkata, demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi pergerakan itu di ibu pejabat MIC di sini, hari ini.

Berdasarkan statistik Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRU ke-13 pada Mei tahun lepas, pengundi Melayu terdiri daripada 48.48 peratus, Cina (40.46 peratus) manakala India (10.15 peratus). - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tiga maut, 500 cedera salji tebal landa Jepun

Posted:

Tiga maut, 500 cedera salji tebal landa Jepun

Tiga maut, 500 cedera salji tebal landa Jepun

ORANG RAMAI berjalan kaki ketika salji tebal turun di daerah Asakusa di Tokyo semalam.


TOKYO - Salji paling lebat dalam tempoh dua dekad melanda bandar raya ini dan beberapa kawasan lain di seluruh Jepun semalam dengan menyebabkan tiga orang mati dan hampir 500 lagi cedera, menurut beberapa laporan.

Lebih 740 penerbangan dibatalkan selepas agensi kaji cuaca mengeluarkan amaran ribut salji manakala lebih 40,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.

Salji setebal 22 sentimeter (sm) dicatat di sini petang semalam. Menurut agensi meteorologi dan beberapa laporan berita, ini kali pertama salji setebal lebih 20 sm direkodkan di Jepun sejak 1994.

Badan penyiaran tempatan, NHK melaporkan, dua penumpang wanita berumur 88 dan 90 tahun maut semalam dalam kemalangan kereta di Ishikawa, tengah Jepun tengah.

Seorang lelaki turut terbunuh selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah tren di satu lintasan kereta api di Nagano.

Menurut NHK, sebanyak 3,200 kemalangan dicatat di seluruh Jepun semalam akibat kenderaan tergelincir ekoran keadaan jalan raya yang licin. Tambah badan penyiaran awam itu, sejumlah 500 orang cedera dalam kemalangan berkaitan salji di seluruh negara berkenaan.

Salji tebal dijangka berterusan hingga lewat semalam dan awal hari ini di kota raya ini. - AFP

Puteri Sepanyol dihadap ke mahkamah

Posted:

Puteri Sepanyol dihadap ke mahkamah

Puteri Sepanyol dihadap ke mahkamah

CRISTINA (kiri) tersenyum semasa tiba di bangunan mahkamah Palma de Mallorca, di Pulau Mallorca, Sepanyol semalam.


PALMA - Anak perempuan Raja Sepanyol, Juan Carlos berdepan dengan seorang hakim semalam sebagai suspek dalam satu kes rasuah yang memalukan keluarga diraja negara itu.

Hakim berkenaan, Jose Castro menyoal Puteri Cristina berhubung dakwaan bahawa beliau menipu cukai dan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Puteri berusia 48 tahun itu keluar dari sebuah kereta bercermin gelap dan berjalan masuk ke sebuah mahkamah di bandar ini yang terletak di pulau peranginan Majorca.

Beliau mengangguk kepada kumpulan kru televisyen, jurugambar dan wartawan yang berkumpul berhampiran pintu masuk mahkamah.

Cristina yang memakai baju putih dan jaket hitam kelihatan bersahaja apabila memasuki mahkamah berkenaan untuk menjawab soalan Hakim Castro.

"Beliau tenang," kata seorang peguamnya, Jesus Maria Silva kepada pemberita.

Puteri itu yang sebelum ini dianggap kebal daripada undang-undang didakwa bersubahat dengan suaminya, Inaki Urdangarin yang turut disiasat.

Namun, mereka belum didakwa secara rasmi berhubung sebarang jenayah.

Castro mengambil masa lebih dua tahun menyiasat dakwaan Urdangarin dan seorang bekas rakan niaganya melesapkan dana awam sebanyak 6 juta euro (RM26.9 juta) melalui sebuah yayasan amal.

Cristina yang memakai gelaran Duchess of Palma de Mallorca merupakan seorang ahli lembaga pengarah yayasan berkenaan.

Beliau dan suaminya juga bersama memiliki sebuah syarikat lain, Aizoon yang disyaki pihak berkuasa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. - AFP

Lelaki berekor dianggap dewa

Posted:

Lelaki berekor dianggap dewa

Lelaki berekor dianggap dewa


EKOR sepanjang 0.4 meter ini tumbuh pada belakang Chandre Oraon sejak lahir.


ALIPURDAR, India - Seorang pemetik teh berusia 35 tahun di sini diekori oleh ramai pengikut pada setiap hari kerana dia mempunyai ekor sepanjang 0.4 meter di belakang badannya.

Keganjilan pada badan lelaki berkenaan, Chandre Oraon menyebabkan mereka memujanya sebagai dewa.

Chandre yang mempunyai ekor sejak lahir dianggap sebagai jelmaan dewa monyet, Hanuman oleh sebahagian masyarakat Hindu.

Pada setiap hari, pengikut Hanuman dari seluruh India akan menziarahi Chandre di rumah lelaki itu dengan harapan dapat menyentuh ekornya bagi mendapat rahmat.

Seorang wanita, Monika Lakda berkata, dia berjalan selama semalaman untuk menemui Chandre di kediamannya dengan harapan lelaki itu dapat menyembuhkan anak saudaranya yang menghidap demam.

"Kami memberinya ubat tetapi tidak berhasil. Justeru saya datang menemui Chandre untuk meminta rahmat. Bayi berkenaan sembuh tidak lama selepas itu," katanya seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mail.

"Kami percaya Chandre adalah jelmaan Hanuman," tambahnya.

Namun, bukan semua orang percaya ekor Chandre merupakan tanda dia adalah dewa.

Seorang pegawai perubatan tempatan, Bhushan Chakraborty memberitahu akhbar Indian Express bahawa di sebalik keganjilan fizikal Chandre, dia bukannya dewa monyet.

"Lelaki itu memanjat pokok, berkelakuan seperti monyet tetapi ekornya adalah disebabkan oleh kecacatan semasa lahir," kata Bhushan.

Keadaan fizikal lelaki itu, menurut Bushan berlaku apabila tulang belakangnya memanjang dengan tidak sempurna. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Migrasi tanpa lelah Yuka Kharisma

Posted:

Migrasi tanpa lelah Yuka Kharisma

Migrasi tanpa lelah Yuka Kharisma

YUKA KHARISMA kini mempertaruhkan masa depan dan karier nyanyian di Malaysia.


GEMA muzik dan harum nama Yuka Kharisma barangkali masih asing dalam warna muzik di Malaysia. Begitu juga di tanah kelahirannya di Indonesia. Namun, percaturan kariernya yang kini berpengkalan di Kuala Lumpur menghadirkan satu definisi tersendiri bahawa wanita kelahiran Aceh Utara itu, punyai aura yang layak diperhatikan.

Kehidupan peribadi mahupun seninya seperti manusia nomad. Berpindah-randah sudah menjadi asam garam dalam hidupnya. Mula-mula canggung kerana harus meninggalkan persekitaran dan teman-teman yang selesa bermain, lama-kelamaan, dia menjadi lali. Kehidupan yang sebegitu sebenarnya menjadi jendela buat Yuka untuk melihat dunia.

"Rasanya hidup saya ini seperti manusia purba, macam orang nomad. Berpindah-randah sahaja. Mulanya kekok, tapi lama-lama saya jadi biasa dengan budaya dan persekitaran. Pemikiran saya jadi terbuka, saya mula menganyam ilham daripada setiap perbezaaan dan jalan-jalan kehidupan yang saya lalui," letus Yuka.

Melenturkan ceritanya lagi, Yuka berbicara: "Saya lahir di Aceh Utara. Pada umur 13 tahun, saya berpindah ke Aceh Timur. Masuk umur 14 tahun, saya dan keluarga berpindah pula ke Bandung. Dari umur 16 dan 17 tahun, saya sempat tinggal dan bersekolah menengah di Sungai Petani, Kedah sebelum balik semula ke Aceh Timur. Saya kekal di Aceh sehinggalah berpindah sepenuhnya ke Jakarta sebaik sahaja menyertai Indonesian Idol pada tahun 2008."

Demi memacu kecintaan di litar nyanyian, Yuka juga berpindah padang. Dia meninggalkan keluarga dan tapak yang sedang dibina di Jakarta demi meneruskan survival yang dijanjikan pihak pengurusan baharunya di Kuala Lumpur (KL).

"Siapa yang mahu meninggalkan keluarga dan negara tercinta, siapa yang juga mahu berjaya di persekitaran sendiri, tetapi perasaan dan kecintaan itu harus dibahagi-bahagi. Rencananya asalnya memang di Jakarta, idea untuk memulakan semula karier saya di Kuala Lumpur ditawarkan oleh pihak pengurusan. Saya percaya dengan pengaruh dan jaringan profesional pihak pengurusan di Malaysia, jadi saya anggap hijrah ini akan membawa hikmah dalam karier nyanyian," katanya yang bakal melancarkan single pertamanya berjudul Dengan Tiada Luka.

Sebelum ini, Yuka sebenarnya mempunyai sebuah lagi single berjudul Kita Harus Percaya hasil ciptaan komposer Pay dan Dewiq.

"Tetapi sebagai satu strategi juga, lebih enak dan manis rasanya kalau jenama Yuka di Malaysia ini menggunakan buah tangan dan kolaborasi komposer di sini. Untuk lagu Dengan Tiada Luka saya bekerjasama dengan komposer Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Shah Shamshiri. Semoga lagu itu diterima dan menusuk hati peminat muzik di sini," katanya menunduk ke bumi.

Ibu bercerai

Tambah Yuka: "Lagu itu tentang perasaan manusia. Ketika mempunyai ikatan dengan seseorang, pada masa yang sama, ada manusia tidak mampu menidakkan perasaan suka kepada seseorang yang lain. Bunyinya sedikit nakal, tapi sewaktu remaja, dulu-dulu, perasaan itu pernah saya lalui. Saya percaya perasaan itu dekat dengan ramai orang."

Di Kuala Lumpur, Yuka bernaung bawah pengurusan Mentari Management Sdn. Bhd. manakala Mewah Event bertindak selaku ejen publisiti.

"Semasa remaja, saya ikut merantau kerana pekerjaan orang tua. Bapa seorang jurutera, jadi di mana ada tempat yang menawarkan pekerjaan, di situlah keluarga ikut serta. Sekarang saya merantau lagi tetapi untuk meneruskan cinta terhadap seni. Saya bukan mahu dikenali atau popular semata-mata, tetapi kalau lagu-lagu saya diterima dan disukai, ia seperti saya ini menghadiahkan sesuatu untuk dunia. Saya tidak pernah kibar bendera putih dengan hijrah ini," ujar Yuka, 26, yang sebelum ini kerap berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta atas undangan nyanyian.

Melanjutkan kisah kariernya, biarpun tidak sempat dikenali sebagai finalis Indonesian Idol, program realiti itulah yang membekalkan platform untuk Yuka mengemudikan sampan kecilnya di tengah perut kota Jakarta yang memerlukan banyak aspek luar biasa.

"Mungkin saya belum cukup kuat, belum cukup strategi atau belum cukup luar biasa untuk berada di puncak di sana, tetapi selesai Indonesian Idol saya bersama bernaung bawah penyanyi yang cukup berpengaruh di sana, TT DJ selama dua tahun. Dia ibarat mentor. Banyak pendedahan dan ilmu saya peroleh daripadanya. Saya diperkenalkan dengan situasi sebenar survival untuk menjadi penyanyi.

"Ternyata tidak mudah sehinggalah pada tahun 2011 saya diperkenalkan kepada Mentari, daripada situ kerjasama kami terjalin," katanya yang juga mempunyai pertalian saudara dengan pereka fesyen Putera Cosry yang cukup popular dalam kalangan peminat fesyen tempatan.

Lebih memeritkan Yuka, semasa karier baru hendak berputik dia dikejutkan dengan perceraian ibu bapanya.

Abang meninggal dunia

"Sebaik pulang semula Indonesia pada tahun 2005, keluarga kami bertaburan. Bapa di Bandung, manakala ibu kembali ke Aceh Timur. Ketika itu juga, saya mula hendak menyanyi. Semasa di Aceh dahulu, saya hanya mahu menyanyi, tidak diberi bayaran pun tidak mengapa.

"Apabila diterima masuk ke Indonesian Idol, saya harus berulang-alik sebelum bawa ibu dan adik-beradik tinggal di Jakarta. Saya ini tulang belakang keluarga.

"Masa yang paling menyakitkan ialah saat kematian abang kedua pada tahun 2010. Dia yang paling rapat yang banyak memberi inspirasi saya bidang muzik. Sekarang saya masih punyai seorang lagi abang dan seorang adik yang masih belajar di universiti. Alhamdulillah, saya masih mampu menyara ibu dan adik saya dengan hasil nyanyian," katanya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu.

Berbalik kepada percaturan untuk menjenamakan pengaruh Yuka Kharisma di mata peminat muzik tempatan, wanita berkulit sawo matang lega kerana impian untuk melancarkan sebuah album bakal terlaksana.

Saat Yuka beroleh peluang keemasan di negara ini, sengaja penulis bangkitkan, betapa bertuahnya Yuka sedangkan ramai penyanyi Malaysia sukar mendapat peluang sepertinya ini di Jakarta.

"Sebenarnya, ramai penyanyi di Jakarta sendiri sangat sukar untuk mendapat peluang dan sukses di Jakarta. Di sana, orangnya ramai dan pasarannya meluas kerana Indonesia itu ada lebih 250 juta penduduk. Kalau sekadar ada lagu atau album, jika tiada faktor luar biasa, belum pasti lagu itu mendapat peluang untuk di ketengahkan. Di sana harus ikut zaman, album atau lagu tidak ikut zaman, tunggulah sehingga zaman berubah. Tunggu berzaman-zaman, bertahun-tahun pun belum juga dapat peluang," katanya yang menyifatkan Jakarta semakin hilang nilai kemanusiaan.

"Di sini (KL) nilai itu masih kuat," tutupnya sambil mengakui paling tidak dapat menahan nafsu untuk minum teh tarik kerana minuman itu sukar diperolehi di Jakarta.

Misha tunggu habis idah

Posted:

Misha tunggu habis idah

Misha tunggu habis idah

MISHA OMAR dan tunangnya, Firos bakal bernikah pada Mei nanti namun tarikh sebenar hanya akan diketahui umum apabila kad undangan diedarkan.


SELASA lalu, penyanyi Misha Omar sekali lagi meleraikan teka-teki umum tentang pernikahannya yang berkali-kali ditangguhkan atas beberapa sebab. Di sisi tunangannya, Firos Ezzwan Rossly, 32, wajah Misha berseri-seri.

Biarpun, hatinya belum tenang selepas pemergian bapanya pada November lalu. Pun begitu, di sebalik pengumuman pernikahannya yang akan berlangsung pada Mei nanti, Misha sebenarnya beroleh satu kekuatan baharu.

"Saya tidak pernah berasa lega seperti hari ini. Rasa hari itu bakal menjadi hari kemenangan buat saya kerana akan membuktikan yang semua cerita negatif tentang saya selama ini adalah tidak benar. Lagipun bila lama-lama bertunang saya takut ditimpa fitnah," jelas Misha yang selama ini galak ditohmah pernah berkahwin dan diceraikan sebagai isteri ketiga lelaki bergelar Datuk.

Tidak selesai dituduh melangsungkan perkahwinan secara sembunyi-sembunyi, penundaan tarikh pernikahan Misha dan Firos juga digosipkan berpunca daripada kelewatan Misha mendapatkan surat perceraian perkahwinan daripada seorang usahawan di Kelantan.

Sekadar berkongsi bulan yang bakal melucutkan status solo yang dipegang selama 32 tahun, namun tarikh sebenar pernikahan hanya akan diketahui sebaik sahaja kad undangan perkahwinan mereka diedarkan.

"Ibu saya yang memilih bulan Mei kerana mengikut kalendar Hijrah, Mei jatuh bulan Rejab. Bulan Rejab antara bulan yang baik dalam kalendar Islam.

"Cuma buat masa ini, biarlah tarikhnya tidak lagi diketahui. Menurut ibu tarikhnya tidak manis untuk diberitahu lagi sehingga kad dilayangkan," jelas Misha yang akan bernikah dan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya nanti pada hari yang sama di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Misha dan Firos yang bertunang pada 21 Februari 2012 itu pernah menangguhkan perkahwinan mereka beberapa kali. Sebelum ini Misha merancang untuk berkahwin pada 21 Februari tahun ini namun terpaksa ditangguhkan memandangkan bapanya baru sahaja meninggal dunia pada November lalu.

"Ibu beri semangat, dia meminta saya untuk meneruskan perkahwinan pada Mei selepas ibu habis tempoh idah pada April. Mungkin juga ini masa yang sesuai untuk kami," kata Misha Omar mengadakan pertemuan ringkas bersama media untuk berkongsi berita gembira itu.

Sebelum ini penyanyi Angin Syurga itu pernah merancang untuk berkahwin pada September 2012, namun terpaksa ditunda untuk memberi laluan kepada adik lelaki tunangnya yang turut memilih bulan perkahwinan yang sama. Ketika itu juga, Firos juga berdepan komitmen untuk mengambil peperiksaan lesen juruterbang kanan mengendalikan pesawat Airbus A330.

Sesuatu yang berbeza, Misha tidak mengumumkan kemeriahan yang bakal diraikan sempena hari bahagianya kelak. Tidak seperti kebanyakan popular lain yang meriah tajaan, Misha pula sebaliknya. Bahkan dia tidak mahu menerima sebarang hantaran barangan berjenama serta segala bentuk wang sebagai mahar perkahwinannya nanti.

"Saya dan keluarga sepakat untuk tidak meminta wang hantaran mahupun mas kahwin saya kelak. Cukup jika ada cenderahati sebagai tanda simbolik penyatuan kami. Itu sudah memadai.

"Namun, kami akan berbalas lima dulang hantaran, yang isinya juga saya syaratkan bukan barangan berjenama. Saya bukan wanita yang materialistik," jelas Misha yang akan mendapatkan perkhidmatan rakan-rakan baik dari segi persediaan busana dan fotografi bagi melancarkan majlis tersebut.

Aiman, Fathia serius bercinta

Posted:

Aiman, Fathia serius bercinta

Aiman, Fathia serius bercinta

AIMAN dan Fathia akhirnya berterus-terang bahawa mereka kini sebenarnya kekasih.


KETIKA drama bersiri Diandra mula ditayangkan pada tahun lalu, pelakon muda Aiman Hakim Ridza beberapa kali diasak mengenai status hubungannya bersama heroin drama tersebut, Nur Fathia Abdul Latiff.

Biarpun acap kali diasak soalan yang sama, setiap kali itu jugalah Aiman bertegas bahawa hubungannya bersama Nur Fathia hanyalah sekadar teman rapat. Malah pelakon berumur 25 tahun itu turut menyifatkan gosip percintaan mereka tidak ubah seperti cerita klise.

Sebelum ini kisah hati dua pasangan pelakon tersebut disimpan dengan harapan tiada siapa yang dapat menghidu percintaan mereka. Bagaimanapun, lama-kelamaan bau cinta itu sukar untuk ditutup sehinggakan pasangan itu mula berani menunjukkan kemesraan secara terang-terangan.

Buktinya, pada sidang media teater Bidasari yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam nada teruja Aiman mengesahkan, hubungan istimewa bersama Nur Fathia yang mula berputik setahun lalu sudah menjadi serius.

"Ada sebab mengapa saya tidak mendedahkan kisah percintaan saya bersama Nur Fathia. Saya tidak mahu terlalu terbuka kerana enggan melihat ibu bapa kami terluka.

"Namun kini, saya gembira untuk menyatakan bahawa Nur Fathia satu-satunya wanita yang bertakhta dalam hati dan saya serius tentang hubungan cinta ini.

"Paling mengharukan keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan kami, tapi soal jodoh itu urusan Allah. Dia yang akan menentukan jodoh saya dan Nur Fathia. Andai hubungan kami tidak berkekalan saya tidak sampai hati melihat keluarga kecewa," jelas Aiman yang pernah membintangi drama bersiri Vanilla Coklat.

Pasangan itu sengaja merahsiakan momen manis berkenaan kerana mahu menjaga nama keluarga kedua-dua belah pihak. Aiman yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti, Mentor 5 itu berkata, biarlah takdir yang menentukan segalanya kerana manusia hanya mampu merancang.

Tambah Aiman, dia dan Nur Fathia tidak suka untuk menghebahkan kisah peribadi kepada khalayak kerana bimbang perhubungan itu tidak mampu dikekalkan.

"Cinta itu indah namun ia tidak manis untuk dihebahkan secara terang-terangan memandangkan kami tiada sebarang ikatan yang sah. Biarlah kisah cinta ini antara kami berdua yang mengetahuinya.

"Lagipun menjaja kisah cinta bukanlah budaya keluarga kami kerana bimbang menjadi bualan yang kurang enak oleh orang sekeliling dan disalah erti," tegas Aiman menyerah soal jodoh kepada Tuhan.

Aiman dan Fathia pada malam ini akan berpasangan sebagai hero dan heroin selama lapan hari dalam produksi teater Bidasari di Istana Budaya.

Awalnya tidak yakin untuk menerima tawaran tersebut, namun atas semangat yang diberikan seluruh barisan produksi Aiman berani mencabar diri.

"Saya tidak yakin untuk berlakon teater tetapi alhamdulillah ada orang percaya pada bakat dan kemampuan saya. Kepercayaan itu menyuntik semangat untuk saya mengambil tanggungjawab dan berusaha memberikan yang terbaik," tutur Aiman yang mendapat watak berkenaan atas cadangan pengarah terkenal, Erma Fatima.

Meskipun terdapat beberapa cabaran yang sukar sepanjang membawa karakter sebagai Tengku Indra namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjayakan sebuah teater bersama kekasihnya Fathia.

Berkongsi pentas dengan kekasih juga bukan sekadar keseronokan sebagaimana yang difikirkan banyak pihak. Bagi Aiman, soal kerjaya dan cinta itu harus seimbang dan mereka perlu bersikap profesional. Tiada sebarang masalah sepanjang berada di atas pentas yang sama kerana sebelum ini pasangan itu pernah digandingkan bersama dalam drama Mahabbah dan Bunga Jodoh.

Teater Bidasari merupakan arahan Lokman Ghani. Ia akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 17 Februari ini. Selain Aiman dan Nur Fathia, teater tersebut turut dibintangi oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved