Rabu, 29 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dua budaya dalam sebuah keluarga

Posted:

Dua budaya dalam sebuah keluarga

Dua budaya dalam sebuah keluarga

PERTEMUAN secara spontan antara seorang lelaki Cina dan wanita India di sebuah pasar malam tanpa disangka-sangka telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Ho Kooi Sang yang berusia awal 20-an ketika itu jatuh hati kepada Tamil Selvi Chenathamby yang enam tahun lebih berusia daripadanya.

Menguruskan perniagaan barangan rumah seperti baldi, pisau dan penyapu, Kooi Sang berpeluang bertemu Tamil secara empat mata pada setiap hari Rabu apabila membuka gerai di pasar malam di Kampung Lindungan, Bandar Sunway, Selangor.

Walaupun peringkat awal hubungan mereka ditentang oleh ibu Kooi Sang dan abang Tamil, namun nekad mereka untuk membina sebuah keluarga pada tahun 1991 direstui selepas berkenalan selama dua tahun.

"Masa sedang bercinta, ada orang ternampak saya naik motosikal dengan Kooi Sang dan beritahu abang. Memang saya kena marah sebab keluar dengan lelaki Cina," imbas Tamil anak ketujuh daripada lapan adik-beradik.

Keluarga Tamil mempersetujui perhubungan tersebut tetapi ibu Kooi Sang masih enggan menerima Tamil sebagai menantu, malah tidak menghadiri majlis perkahwinan mereka kerana kecewa.

Bagaimanapun, selepas dikurniakan anak pertama, ibu Kooi Sang terus berlembut hati dan menolak prinsip lamanya.

Berkongsi bumbung selama lebih dua dekad, Kooi Sang dan Tamil tidak lokek bertukar budaya terutama soal pemakanan. Sebagai isteri, Tamil belajar menyediakan juadah masakan Cina tetapi menyifatkan suaminya sebagai seorang yang tidak cerewet.


TAMIL SELVI (kiri) dan Kooi Sang berkenalan hampir dua tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.


Pengaruh persekitaran

Menjelang Tahun Baru Cina, mereka sekeluarga akan menyambut hari raya pertama di rumah ibu Kooi Sang di Shah Alam, Selangor. Apabila tiba Deepavali pula, Tamil dan anak-anak akan berkunjung ke kuil untuk bersembahyang memandangkan ia tidak diraikan secara besar-besaran.

Persekitaran Kooi Sang pada waktu kecil adalah antara faktor mengapa dia cenderung bergaul dengan masyarakat India. Membesar di kawasan estet di Glenmarie, Shah Alam kefasihan Kooi Sang bertutur bahasa Tamil juga menjadi kelebihan kepadanya memperisterikan seorang wanita India.

Lima cahaya mata yang dilahirkan Tamil menjadi bukti kepada pemisahan kaum yang kerap dibahas manusia. Kehidupan mereka dibina atas nama cinta malah kehadiran anak-anak berdarah campur dalam hidup mereka juga menjadi anugerah paling berharga.

"Tak susah pun membesarkan anak-anak kacukan ini. Mereka sama seperti orang lain," ringkas penjelasan Kooi Sang yang memberitahu, anak lelaki pertama mereka bagaimanapun meninggal dunia pada umur 10 tahun.

Ho Ling Jun, 20, Ho Mei Kuan, 19, Ho Yip Tien, 16, dan Ho Ye Cheng, 15, merupakan empat cahaya mata pasangan itu yang digelar Chindian (gabungan singkatan Cina dan India) dalam kefahaman rakyat Malaysia. Sama seperti penetapan nama kaum lain, mereka juga perlu mengikut keturunan bapa masing-masing.

Sebagai anak kacukan Cina dan India, keempat-empat anak pasangan itu boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

"Saya rasa unik menjadi Chindian sebab boleh amalkan dua budaya, perayaan dan makanan.

"Waktu sekolah rendah memang ada budak nakal yang mengusik bila tahu kami ini anak kacukan Cina dan India tetapi bila masuk sekolah menengah, penerimaan itu lebih mudah," kongsi Ling Jun, 20, yang menambah bahawa mereka sering dianggap sebagai orang Melayu.

Bagi tiga anak gadis kepada pasangan Rama Krishnan dan Lee Yuk Keng (Sherly Nair) pula, membesar sebagai Chindian adalah satu proses kehidupan yang kaya dengan budaya dua kaum.

KESEIMBANGAN didikan budaya Cina dan India menjadikan anak-anak Rama dan Sherly mudah memahami tradisi pelbagai kaum.


Nalina Nair, 25, selaku anak sulung Rama dan Sherly menceritakan pernah berdepan dengan individu yang tidak boleh menerima kehidupannya sebagai seorang Chindian. Individu itu menempelak cara hidup orang yang memilih untuk mempraktikkan dua budaya.

Pernah juga ketika sambutan Hari Malaysia di sekolah, kata Nalina, dia keliru untuk menyertai antara tiga kumpulan sama ada Melayu, Cina atau India. Akhirnya dia duduk makan bersama kumpulan guru.

Mudah bergaul

Namun menurut pelajar Brickfields Asia College, Kuala Lumpur itu, menjadi Chindian sebenarnya sangat beruntung kerana mereka mudah bergaul dengan orang Cina dan India. Didikan yang cukup terhadap budaya kedua-dua kaum membolehkan mereka menguasai komunikasi dan cara hidup secara menyeluruh.

Sementara itu, Divya Nair, 22, anak kedua Rama dan Sherly menambah, selain kelebihan berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Kantonis, lahir sebagai seorang Chindian juga mengajar mereka untuk mengadaptasi budaya dengan pendekatan yang berbeza.

"Fikiran kami lebih terbuka dan lebih mudah mempelajari budaya asing. Tak ada masalah langsung untuk mengamalkan dua budaya. Kadang-kadang ada budaya yang baik kami gabungkan agar ia lebih mudah.

"Sebagai anak kacukan, saya dapat melihat keindahan dua kaum dan mempelajari setiap kekuatannya. Kaum Cina misalnya, saya amalkan disiplin yang tinggi dalam memandu kehidupan.

"Kebudayaan India yang lebih kompleks pula saya dalami menerusi kelas tarian. Saya, Nalina dan Hema (adik) mengikuti Datuk Ramli Ibrahim," terperinci setiap butir kata Divya.

Pengalaman bergelar anak didik Ramli untuk tempoh lebih sedekad banyak mengajar tiga adik-beradik itu tentang asal usul pelbagai tarian India klasik. Peluang mengadakan persembahan tarian itu juga dijadikan cabang pembelajaran bagi mengenali budaya bapanya dengan lebih dekat.

Pembentukan anak-anak kacukan Cina dan India yang seimbang dari segi kefahaman dua kaum seperti Nalina, Divya dan Hema, 13, adalah hasil asuhan sempurna Rama, 59, dan Sherly, 53.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga selama 27 tahun itu memastikan jiwa Cina dan India dalam diri anak-anak mereka dapat dibahagikan secara sama rata. Justeru, pemilihan sekolah juga perlu diberi penekanan wajar.


DARI kiri: Hema, Nalina dan Divya mengikuti kelas tarian klasik India bersama Ramli Ibrahim sejak kanak-kanak bagi meluaskan pengetahuan terhadap kebudayaan bapa mereka.


"Ketiga-tiga mereka bersekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina agar dapat menguasai bahasa Mandarin. Namun apabila masuk peringkat menengah, saya daftarkan mereka di sekolah menengah kebangsaan supaya mereka lebih terdedah kepada pelbagai bangsa," ujar Rama ketika ditemui Kosmo! di kediamannya sekeluarga di Setapak, Kuala Lumpur.

Perkahwinan campur yang dialami Rama dan Sherly hakikatnya turut berdepan sedikit masalah daripada keluarga. Namun perlahan-lahan, ia diterima ahli keluarga malah kebanyakan adik-beradik Rama juga kahwin campur.

Rutin perayaan

Merasakan masyarakat kini lebih terbuka terhadap konsep percantuman kaum, Rama tidak menyangkal masih ada individu yang berfikiran tradisional.

Selagi masing-masing boleh bertolak ansur, menghormati kepercayaan dan bersama-sama meraikan perayaan, perkahwinan campur antara kaum Cina dan India sewajarnya diterima masyarakat.

Menyentuh tentang rutin perayaan Tahun Baru Cina, Sherly memberitahu, dalam prinsip kaum Cina, isteri perlu mengikut suami pulang ke rumah keluarga pada hari raya pertama.

"Dalam keluarga saya pula, Rama yang kena ikut ke rumah keluarga saya dan setiap ahli keluarga menerimanya dengan hati terbuka. Dia sangat rapat dengan bapa saya," bahagia terpancar pada wajah Sherly saat berkongsi cerita.

Himpunan kisah kacukan minoriti

Posted:

Himpunan kisah kacukan minoriti

Himpunan kisah kacukan minoriti

IDENTITI golongan kacukan sering dikadikan isu memandangkan mereka mewakili dua kaum yang berbeza.


BENGKEL bercerita yang disertai Kevin Bathman, 39, dua tahun lalu di Sydney, Australia mencetuskan idea kepada lelaki itu mewujudkan projek The Chindian Diaries.

Dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu, gerakan bersifat komuniti itu bertujuan menghimpunkan cerita dan pengalaman kelompok Chindian yang membesar dalam keluarga kacukan Cina dan India.

Pengarah seni pengiklanan yang berpangkalan di Sydney itu memberitahu, tujuan asalnya menganjurkan bengkel itu untuk menjejak salasilah keturunan keluarganya yang selama ini tidak diketahui secara terperinci.

Kevin, yang lahir daripada perkahwinan campur seorang lelaki Chindian dan wanita Cina merupakan generasi Chindian kedua dalam keluarganya. Datuk dan nenek daripada belah bapanya adalah ahli keluarga pertama yang berkahwin dengan kaum berbeza.

"Datuk saya orang India manakala nenek saya berketurunan Cina. Namun mendiang nenek memang terkenal dengan kepakaran masakan India sehingga dia diberi nama India iaitu Jeyah Ang," kongsi Kevin ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengalaman zaman sekolah Kevin juga tidak banyak bezanya dengan kebanyakan Chindian di Malaysia. Ramai menganggap Kevin sebagai orang Serani iaitu kacukan orang Eropah dan Asia. Malah dia juga sering dilihat ganjil apabila memasuki kelas India gara-gara kulitnya yang lebih cerah.

Masalah sering berbangkit apabila dia perlu menanda ruangan kaum atau apabila guru memecahkan murid-murid mengikut kaum. Membesar dengan tidak mengetahui identiti sebenar diri banyak menjentik kesabaran Kevin.

Beri pencerahan

Dia tidak boleh memilih menjadi kaum lain-lain kerana Chindian bukanlah golongan minoriti yang diiktiraf seperti suku kaum lain. Sudahnya, dia diminta mengikut nasab bapanya iaitu orang India.

"Saya sendiri memang condong terhadap kebudayaan India dan lebih banyak mempraktikkan amalan Hindu," luah Kevin yang masih menyambut Tahun Baru Cina secara sederhana.


BAPA Kevin (empat dari kiri) adalah seorang Chindian yang berkahwin dengan ibu Kevin (lima dari kiri) yang merupakan seorang wanita Cina.


Antara objektif utama projek The Chindian Diaries yang dijalankan ialah bagi memberi pencerahan kepada masyarakat tentang gaya hidup komuniti Chindian.

Secara dasarnya, masih ramai rakyat Malaysia yang kurang memahami adat resam komuniti Chindian sehinggakan mereka dijadikan bahan jenaka. Begitupun, situasi tersebut mungkin semakin kurang dilihat pada masa kini berbanding dahulu.

Projek tersebut mencungkil pengalaman-pengalaman kelompok Chindian yang membesar dengan mempraktikkan dua budaya dalam sebuah keluarga.

"Malaysia sangat terstruktur dari sudut penyusunan kaum. Justeru, projek ini diharapkan mampu menjadi suara kepada golongan Chindian di negara ini bahawa kami juga sebahagian daripada warga Malaysia," tambah Kevin.

Gerakan awal projek tersebut dimulakan Kevin dengan meminta bantuan rakan-rakan rapat bagi mendapatkan beberapa orang Chindian. Kevin mempromosikan projek itu secara solo dengan menghantar e-mel atau menghubungi mereka menerusi laman sosial.

Perkembangan projek itu juga mengejutkan kerana sambutan yang diterima di luar jangkaan. Malah Kevin juga tidak menyangka Malaysia mempunyai jumlah Chindian yang agak ramai.

Menerusi laman Facebook rasmi The Chindian Diaries, setakat ini ia telah menerima hampir 3.500 likes dan 40 cerita yang dikongsikan golongan Chindian dari seluruh negara.

Mengakui bahawa projeknya tidak bertujuan mengaut sebarang keuntungan, Kevin menjadikan The Chindian Diaries sebagai platform jawapan kepada setiap kekeliruan yang dialami kebanyakan Chindian. Secara tidak langsung mereka tahu bagaimana menangani tekanan di masa akan datang.

"Saya juga menerima permohonan daripada orang kacukan lain seperti anak campuran Cina dan Melayu atau India dan Melayu. Buat masa ini, saya fokus kepada masyarakat di Asia sahaja," ujar Kevin yang pernah muncul dalam sebuah majalah di Sydney menceritakan tentang projek tersebut. Dilema yang dialami kebanyakan individu kacukan Cina dan India berkenaan identiti kaum turut dirasai oleh semua golongan berdarah campuran di seluruh dunia, terutama kumpulan minoriti.

Pengiktirafan

Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Selangor, Bukryman Sabri menjelaskan, perasaan terpinggir yang dialami sebahagian Chindian di negara ini adalah satu keadaan yang berlaku di kebanyakan negara.


KEVIN (kiri) lebih condong mengikut kebudayaan India yang dipengaruhi datuk daripada sebelah bapanya.


Di Malaysia, terdapat pelbagai kategori kacukan selain Chindian yang berdepan krisis identiti kaum. Bagi mengiktiraf satu-satu kaum baharu seperti Chindian, peratusan mereka daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia perlu diukur terlebih dulu.

"Secara peribadi, saya tidak tahu penetapan peratusan tersebut. Namun jika Malaysia bercadang menambah kaum baharu, mungkin golongan mamak atau India Muslim lebih sesuai untuk diangkat.

"Setakat ini, sesiapa yang berdarah kacukan perlu mengikut nasab bapa masing-masing," hurai Bukryman yang menambah bahawa Islam sendiri menganjurkan perkahwinan campuran bagi tujuan penyebaran agama.

Bagaimanapun, jelas Bukryman, praktik agama dalam sebuah keluarga Chindian juga bukan satu masalah. Meskipun ibu bapa mereka berbeza kepercayaan, tetapi mereka bebas memilih pegangan masing-masing apabila menginjak dewasa.

Kecelaruan kepercayaan mungkin berlaku pada peringkat kanak-kanak, namun seiring pendedahan dalam persekitaran lebih terbuka, mereka akan mudah mengadaptasi prinsip dwibudaya dan agama dalam kehidupan.

"Memang ada kebenaran bahawa anak-anak Chindian mempunyai mentaliti terbuka dan lebih bijak. Ia berpunca daripada perkahwinan ibu bapa itu sendiri yang terdiri daripada dua individu yang terbuka bagi membenarkan diri berkongsi hidup dengan budaya asing.

"Jadi proses ubah suai dan penyesuaian budaya itu berlaku secara berterusan sehingga kelahiran anak-anak," jelas Bukryman. - ALIF ABU BAKAR

Khemah jadi hospital rawat mangsa taufan

Posted:

Khemah jadi hospital rawat mangsa taufan

Khemah jadi hospital rawat mangsa taufan


SEORANG doktor (kiri) bersama pembantu perubatan dari Norway melakukan persediaan untuk merawat pesakit.


Bencana Taufan Haiyan yang melanda Filipina dan mengorbankan ribuan nyawa pada November tahun lalu telah memberi sinar baharu buat seorang remaja mangsa kemalangan, Mario Renos untuk berjalan semula.

Dilanggar motosikal dalam perjalanan ke sekolah sebulan sebelum taufan tersebut melanda kawasan tengah kepulauan itu, kaki pelajar yang berusia 13 tahun itu sudah mampu untuk berpijak dan melangkah setapak demi setapak selepas menjalani rawatan pemulihan di hospital khemah Palang Merah di bandar Basey.

"Saya mahu kembali ke sekolah," tutur Mario sambil mengetap giginya ketika berlatih memegang pagar logam yang diperbuat daripada batang pokok kelapa yang tumbang dengan kedua-dua tangannya.

"Tiada sebab kenapa Mario tidak boleh berjalan kembali," kata seorang jururawat dari Norway, Janecke Dyvi yang merawat remaja itu.

Dikendalikan oleh doktor dan jururawat dari 10 negara-negara Eropah yang menawarkan perkhidmatan secara percuma, hospital bernilai AS$1.6 juta (RM5.3 juta) itu telah memenuhi keperluan untuk masyarakat di Pulau Samar iaitu salah satu kawasan termiskin di negara tersebut.

Mangsa-mangsa yang terselamat daripada angin dan gelombang gergasi di kawasan kejiranan Basey pada 8 November itu, kini tertarik dengan pelbagai kelengkapan perubatan yang terdapat di sana. Malah, penduduk tempatan menggelarnya sebagai Hospital Norway.

Pendingin hawa

Bantuan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada mangsa taufan malah penduduk yang mengalami sebarang kecederaan juga boleh berkunjung ke situ untuk mendapatkan rawatan.

Beroperasi di bahagian bawah gimnasium majlis perbandaran yang telah musnah, hospital yang terdiri daripada enam buah khemah dilengkapi pendingin hawa itu menawarkan pelbagai rawatan.

Antaranya seperti gigitan lipan, sumbing, kemalangan jalan raya, strok, kebakaran dan penyakit lain yang tiada kaitan dengan Taufan Haiyan.

Menurut pentadbir dari Norway, Kjell Engkrog, seorang penduduk berjaya melahirkan anak pertama melalui kaedah pembedahan di hospital itu.

Haiyan merupakan bencana alam paling dahsyat berlaku di negara itu. Seramai 8,000 orang terkorban dan tidak ditemui manakala 4.4 juta yang lain pula hilang tempat tinggal. Taufan itu turut merosakkan hospital di puncak bukit Basey.


HOSPITAL khemah Palang Merah amat mementingkan keselesaan para pesakit sewaktu menerima rawatan.


Menurut Engkrog, hospital sementara itu merupakan salah satu langkah sama seperti yang dijalankan oleh Palang Merah di kawasan konflik di seluruh dunia. Namun, langkah tersebut merupakan kali pertama dilaksanakan di Filipina.

Ia merupakan sebahagian daripada sumbangan agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa yang membantu memenuhi keperluan segera untuk mangsa seperti makanan dan tempat tinggal mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi bantuan antarabangsa juga terlibat dalam usaha membantu mangsa-mangsa di zon bencana yang meliputi kawasan seluas negara Portugal itu.

Menurut Dyvi, sebelum Taufan Haiyan melanda, Mario yang dilanggar motosikal pada bulan Mac tahun lalu tidak mempunyai sebarang akses untuk bertemu ahli fisioterapi. Akibat terlantar di rumah, kakinya menjadi semakin lemah sehingga terpaksa berhenti sekolah ketika berada di gred lima.

"Mungkin mereka tidak mempunyai wang untuk membayar rawatan," ujarnya.

Setiausaha Pembantu Kesihatan Filipina, Eric Tayag memberitahu, kerajaan mengakui bahawa wujud masalah berkaitan ketiadaan akses perkhidmatan kesihatan di kawasan itu.

Jelasnya, hospital daerah akan dibina semula pada tahun ini tetapi pihak berkuasa masih belum mempunyai tarikh tetap mengenainya.

"Sementara pembinaan semula sedang dijalankan, kemudahan asas amat penting supaya perkhidmatan asas kesihatan dapat diberikan," katanya.

Geran tunai

Jurucakap kontinjen Palang Merah di zon bencana, Atishay Abbhi memberitahu, hampir 4,000 pesakit telah menerima rawatan di hospital Palang Merah sejak penghujung November lalu.

Tambahnya, agensi bantuan juga telah membina empat loji rawatan air di seluruh Samar iaitu sebuah kawasan majoriti yang dihuni oleh masyarakat petani tanaman kelapa dan nelayan.

Bermula awal tahun ini, Palang Merah akan menyediakan peralatan seperti bot dan mata kail kepada nelayan serta benih untuk petani sebagai dana tunai untuk skim pekerja buruh bagi pelarian.

Geran tunai juga akan diwujudkan bagi membantu mendapatkan kembali perniagaan kecil milik mereka.

Menurut Engkrog, seramai 60 kakitangan tempatan kini sedang dilatih untuk mengambil alih hospital itu apabila kakitangan dari Eropah pulang ke negara asal mereka.

"Palang Merah telah menutup 100 buah katil di khemah hospital itu untuk diletakkan di Ormoc iaitu bandar berdekatan dengan Pulau Leytem," ujarnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Sayap kelawar di cuping telinga

Posted:

Sayap kelawar di cuping telinga

Sayap kelawar di cuping telinga

Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD DESA
isyafiq.desa@kosmo.com.my

SEMPIT dan gelap sambil sesekali kedengaran kibasan sayap sang kelawar di cuping telinga menambah keresahan hati.

Tambahan pula sumber cahaya hanya bergantung kepada sinaran matahari yang sesekali menerobos dari celahan dinding gua yang berusia ribuan tahun ini.

Pergerakan juga terbatas kerana pengunjung terpaksa berbaring di atas pelampung sejauh 200 meter semasa menempuh laluan sungai yang terdapat di dalam Gua Merapoh.

Mujur topi keselamatan yang dipakai lengkap dengan lampu hadapan dan berjaya melegakan tekanan apatah lagi selepas menyaksikan keindahan permukaan batu gua berkenaan yang berkilau bagaikan bintang di langit.

Demikian gejolak adrenalin yang akan dilalui peserta yang melakukan aktiviti cave tubing selama 30 minit di Gua Merapoh.

Seorang pengunjung, Akira Baharuddin, 21, berkata tekanan yang dirasai sepanjang 30 minit menyusuri gua berkenaan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bagaimanapun katanya, saat tiba di lokasi yang dituju dan menyaksikan sendiri keunikan garis-garis pada dinding gua yang diselang-seli dengan batu bergemerlapan dapat mengubat seketika perasaan gemuruh sepanjang menyusuri air di gua itu.

"Kami diberikan latihan ringkas untuk membiasakan suhu tubuh dengan keadaan air gua. Air di gua ini juga kelihatan seperti bertakung dan tidak berarus.

"Selepas beberapa minit bermain dengan air, bermulalah perjalanan kami menyusuri air dengan melalui setiap ruang di dalam gua," ceritanya ketika ditemui Kosmo!.

Akira menambah, cabaran utama cave tubing terletak pada ketahanan psikologi berbanding cabaran fizikal.


KEUNIKAN lapisan permukaan dinding yang terbentuk secara semula jadi di Gua Tahi Bintang menarik perhatian pengunjung.


Diapit

"Tubuh kita bagaikan diapit di antara dinding gua dan permukaan air. Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya menjerit. Tetapi jika anda berbaring dan kendurkan otot perasaan itu hilang serta-merta.

"Apatah lagi ketika anda membuka mata dan menyalakan lampu hadapan di topi keselamatan, anda pasti terpukau dengan ukiran dinding gua yang cantik," jelasnya.

Aktiviti cave tubing sangat sesuai bagi mereka yang ingin melihat keunikan dinding gua dengan cara yang berbeza dan mencabar.

Dalam satu masa hanya lima orang dibenarkan mengikuti aktiviti itu. Alatan yang diperlukan adalah pelampung dan jaket keselamatan.

Namun, pengunjung perlu bersedia untuk basah sepanjang aktiviti itu dilakukan.

Bagi pengunjung yang tidak gemarkan aktiviti air, terdapat juga pilihan meneroka keindahan gua melalui ekspedisi berjalan kaki.

Antara gua yang sering menjadi pilihan dan buah mulut masyarakat tempatan ialah Gua 1001 Cerita yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi cave tubing.

Mengapa ia memegang gelaran Gua 1001 Cerita sering menjadi tanda tanya dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke sini.

Permukaan batu dan tanah yang sedikit lembap serta licin menyukarkan lagi pergerakan peserta. Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, ukhuwah jelas terjalin dalam kalangan peserta sepanjang usaha menawan Gua 1001 Cerita.

Selepas berhempas-pulas hampir setengah jam melalui kawasan hutan renek yang basah dan 'berperang' dengan pacat serta lintah, permukaan dinding gua yang dipenuhi lakaran purba menyambut kedatangan pengunjung.

Ketika tiba di pintu masuk gua berkenaan, Gua 1001 Cerita tiada bezanya berbanding gua-gua yang lain. Seperti lazimnya, air menitik ke atas lantai bergema di dalam gua.


CORAK permukaan lantai dan dinding Gua Tahi Bintang terhasil daripada hakisan air sejak 400 tahun lalu.


Tetapi keunikan dan tarikan gua berkenaan terletak pada lakaran purba di dinding gua yang dipercayai berusia lebih 100 tahun.

Kepelbagaian lakaran dan karakter pada permukaan dinding gua sekali gus menjawab persoalan dalam kalangan pengunjung mengapa gua itu menerima jolokan Gua 1001 Cerita.

Ketika majoriti pengunjung leka merakamkan gambar dan foto lakaran di dinding gua, seorang pengunjung khusyuk menyentuh dan meraba setiap lakaran yang ada.

Jelas riak pada wajahnya mengekspresikan pelbagai persoalan, kadangkala mengerutkan dahi, kemudian termenung jauh sebelum duduk dan memangku dagu.

Tara Yean, 24, memberitahu, dia seakan-akan tergamam saat menyaksikan lakaran pada dinding gua tersebut.

Katanya, jika benar ia dilukis oleh orang asli kuno seperti yang didakwa masyarakat tempatan di sini, ia penemuan yang sangat berharga dan perlu dipelihara.

Muzium

"Inilah pertama kali dalam hidup saya menyaksikan lakaran yang berusia hampir seabad dengan mata saya sendiri. Malah, saya boleh sentuh dan membeleknya sepuas-puasnya.

"Pada kebiasaannya lakaran purba seperti ini hanya wujud atau dilukis semula dalam bentuk arkib di muzium. Perasaan sangat berbeza apabila berpeluang menyaksikan lukisan purba ini secara langsung," katanya.

Ujarnya lagi, dia turut tergamam apabila menyaksikan setiap lukisan itu mempunyai gambaran masa hadapan seperti usaha untuk menerbangkan manusia.

"Mungkin kita mempunyai satu perasaan kononnya kitalah generasi yang penuh dengan idea dan impian yang menggunung tinggi.

"Tetapi lakaran di sini menjadi bukti bahawa manusia sebelum kita terlebih dahulu memikirkan pelbagai kaedah termasuk menerbangkan manusia," katanya sambil membelek lakaran seperti manusia diikatkan pada sebuah layang-layang besar.

Selain Gua 1001 Cerita, Gua Tahi Bintang turut mempunyai keunikannya kerana dinding gua tersebut dipenuhi dengan ukiran semula jadi hasil hakisan air.

Ia digelar Gua Tahi Bintang kerana hakisan dan ukiran pada gua terbentuk bagaikan tahi bintang yang sedang jatuh.

PESERTA harus meredah kawasan hutan sebelum melangkah masuk ke Gua Merapoh.


Gua Tahi Bintang juga adalah gua yang paling mudah untuk dilawati dan menyimpan pelbagai fosil yang juga melambangkan usia gua berkenaan.

Walaupun gua tersebut paling mudah untuk dilawati, setiap batu gua yang memerlukan tempoh 10 juta tahun membentuk satu lapisan boleh mati sekiranya disentuh.

Gua berkenaan yang berusia hampir 400 juta tahun dipercayai pernah ditenggelami laut berdasarkan beberapa fosil cengkerang dan batu karang yang tertanam di dalam dindingnya.

Peserta ekspedisi, Yuslinda Fozi, 31, berkata, gua-gua yang terdapat di Merapoh perlu dipertahankan.

'Kita terlalu mudah untuk tidak menghargai kelebihan alam semula jadi yang berada di sekeliling kita berbanding di negara luar. Apabila ia semakin pupus dan mula terancam baru kita hendak ambil tindakan.

"Pada saya sekiranya langkah lewat diambil untuk memulihara gua ini, tiada gunanya ia dipertahankan lagi," katanya.

Hamparan salji menyelimuti Astana

Posted:

Hamparan salji menyelimuti Astana

Hamparan salji menyelimuti Astana

Oleh NORSHAZLINA NOR' AZMAN


KHAN Shatyr atau Maharaja Khemah sering menerangi waktu malam Astana dengan warna neonnya.


BUKAN sahaja rasa dingin sampai ke tulang tetapi diri bagaikan membeku seperti ais. Demikian pengalaman penulis sewaktu berkunjung ke Astana, ibu negara Kazakhstan pada pertengahan Disember tahun lalu.

Peluang berada di Kazakhstan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-22 negara itu membuka ruang kepada penulis berkongsi keindahan seni bina yang terdapat di ibu negara Kazakhstan iaitu Astana.

Selepas menempuhi lapan jam penerbangan, penulis akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty di Kazakhstan.

Namun perjalanan penulis ke Astana masih berbaki kira-kira sejam 45 minit dengan pengangkutan udara. Penulis yang turut bersama lima lagi rakan media dari Malaysia menaiki penerbangan seterusnya ke Astana.

Pada suhu paras negatif 15 darjah Celsius, Kazakhstan yang juga negara bekas jajahan Soviet Union dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai inovasi seni bina bercirikan alam semula jadi.

Bandar paling sejuk

Astana yang merupakan sebuah bandar pentadbiran di Kazakhstan turut memegang gelaran ibu negara kedua paling sejuk di dunia.

Sepanjang menaiki sebuah van mini dari lapangan terbang ke rumah penginapan, tiada apa yang dapat penulis lihat kecuali hamparan salji yang menyelimuti bumi Astana.

Cuma sesekali beberapa bangunan masih gah menyerlahkan reka bentuk yang sangat futuristik.

Selepas menerima gelaran ibu negara Kazakhstan pada tahun 1997, Astana, menjadi sebuah bandar raya moden dan dirancang rapi pembangunannya oleh Presiden, Nursultan Nazarbayev.

Astana yang mempunyai kepadatan kira-kira 700,000 penduduk menyaksikan pelbagai struktur bangunan yang pelik tetapi mengagumkan.

Antara monumen yang sering menjadi tarikan ialah bangunan kaca piramid setinggi 62 meter yang dikenali sebagai Palace of Peace and Reconciliation.

Bangunan lima tingkat itu menempatkan sebuah dewan opera dengan kemampuan tempat duduk sebanyak 1,323, termasuk dewan serba guna dan kemudahan lain.

Reka bentuk bangunan itu adalah hasil tangan arkitek tersohor Britain iaitu Sir Norman Foster. Monumen itu turut berfungsi sebagai tempat pertemuan para pemimpin agama dunia untuk mewujudkan persefahaman antara agama.


MASJID Hazrat Sultan mampu menampung sehingga 12,000 jemaah pada satu-satu masa.


Menara setinggi 105 m yang kelihatan seperti sepohon pokok poplar sedang menatang telur emas burung ajaib sering dikaitkan dengan kebahagiaan dalam kalangan penduduk tempatan.

Menara yang bernama Bayterek adalah tarikan pelancongan di Kazakhstan menawarkan perkhidmatan menyaksikan keindahan seluruh Astana di tingkat teratas menaranya.

Suasana malam di Astana diterangi dengan gemerlapan warna neon menghiasi sebuah khemah putih gergasi dengan jolokan nama Khan Shatyr bermaksud maharaja khemah.

Direka oleh Norman Foster, khemah terbesar dunia itu merangkumi pusat hiburan, membeli-belah termasuk pusat kecantikan dan kolam renang seakan-akan pantai.

Teater terbesar

Kaya dengan kepelbagaian keseniaan dan kebudayaan, Astana Opera merupakan antara teater terbesar di dunia yang dibina di atas tanah seluas 3.6 hektar bersama pentas gergasi dengan keluasan 3,000 meter persegi.

Tidak lengkap rasanya jika penulis tidak berkunjung sebentar di masjid terbesar di Asia Tengah iaitu Masjid Hazrat Sultan.

Mampu menampung sehingga 12,000 jemaah pada satu-satu masa, ia dibuka kepada pengunjung hampir setiap hari termasuk kepada pengunjung bukan muslim.

Masjid yang putih berkilat itu dibina bercirikan gaya klasik Islam dan hiasan dalamannya dihiasi dengan perhiasan tradisional Kazakh.

Anehnya, meskipun suhu di luar jatuh sehingga bawah 0 darjah Celsius, para pengunjung masih boleh merasa kehangatan di dalam masjid itu.

Ini kerana masjid itu dilengkapi dengan sistem pemanas moden di bawah permaidani. Masjid setinggi empat tingkat itu mempunyai dewan solat khas untuk lelaki dan wanita, bilik membaca al-Quran termasuk kelas khas untuk tajwid dan bahasa Arab.

Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti perpustakaan, dewan majlis perkahwinan dan studio rakaman radio dan televisyen.

Kazakhstan merupakan sebuah negara sekular dengan penduduk beragama Islam sebagai majoriti. Dianggarkan 70 peratus daripada 17 juta penduduk Kazakhstan beragama Islam fahaman Sunah berasaskan mazhab Hanafi. – Bernama

Dingin desa di Resort Long Mio

Posted:

Dingin desa di Resort Long Mio

Dingin desa di Resort Long Mio

Oleh MOHD NOOR MAT AMIN
rencana@kosmo.com.my


PEMANDANGAN indah Kampung Long Pasia dari kawasan bukit kampung itu pastinya meninggal kenangan indah buat pengunjung.


KEDAMAIAN dan keindahan alam semula jadi perkampungan yang terletak di kawasan rimba pastinya memberikan pengalaman yang amat menarik kepada pengunjung.

Terletak 128 kilometer dari pekan Sipitang, Sabah, Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio betul-betul berada di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

Kedua-dua kampung itu terkenal sebagai perkampungan tanpa wayar berikutan bantuan kerajaan yang menyediakan kemudahan Wi-Fi di samping elektrik, sekolah, perubatan dan televisyen secara percuma.

Terdapat lebih kurang 85 buah rumah di sini yang dihuni kira-kira 600 orang penduduk daripada etnik Lundayeh.

Bagi memudahkan pengunjung bercuti di situ, Resort Long Mio dibuka atas usaha Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sipitang.

Dibina 8 kilometer dari perkampungan itu, Resort Long Mio mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia terletak berdekatan dengan sungai manakala kedinginan malamnya dirasakan sangat semula jadi.

Hanya perkhidmatan kenderaan pacuan empat roda yang boleh digunakan untuk ke resort dan perkampungan ini, itu pun dengan menggunakan laluan lori balak. Pemanduan dari pekan Sipitang mengambil masa selama lima jam.

Jika dahulu penduduk mengambil masa sehingga empat malam berjalan kaki untuk keluar ke pekan Sipitang, kini laluan lori balak ini memudahkan mereka berulang-alik ke sana.

Sepanjang perjalanan melalui jalan yang berliku itu, pengunjung dapat menyaksikan keindahan panorama hutan rimba serta mendengar kicauan burung yang terbang bebas.

Pegawai PPK Sipitang merangkap Pengurus Resort Long Mio, Abdul Jamil Ebrahim berkata, resort itu dibuka sejak tahun 2008.

Menurutnya, pihaknya juga menawarkan dua jenis kategori bilik dan dua buah asrama yang dapat memuatkan seramai 50 orang pada satu masa.


SEBUAH bilik asrama menyediakan kelengkapan untuk 25 orang tetamu.


Terdapat juga sebuah dewan terbuka yang sesuai untuk mengadakan seminar dan majlis.

"Tiada pendingin hawa dipasang di bilik resort ini. Tenaga elektrik yang menggunakan generator akan dimatikan tepat pukul 12 tengah malam dan dihidupkan kembali pada pukul 5 pagi. Ia bertujuan agar semua pengunjung dapat menikmati bunyi-bunyian rimba secara jelas," ujarnya.

Penyelidik

Kebiasaannya, Resort Long Mio menjadi tempat penginapan sementara para penyelidik dari dalam atau luar negara, di samping kakitangan kerajaan dan swasta yang mengunjungi perkampungan tersebut.

Sementara itu, pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah mengadakan kursus dan seminar di resort ini memandangkan persekitarannya yang bebas daripada dunia luar sama ada akses telefon bimbit mahupun siaran televisyen.

Pada musim cuti sekolah, resort ini turut menjadi tumpuan penuntut universiti, pelajar sekolah dan keluarga yang mengadakan lawatan ke Long Pasia.

Menurut Abdul Jamil, harga bilik penginapan bermula RM120 semalam, sementara asrama RM25 seorang.

"Pihak kami juga menyediakan pakej dan perkhidmatan lain bagi kemudahan semasa dengan harga yang amat berpatutan.

"Pakej penginapan asrama termasuk makan bermula RM70, namun begitu ia bergantung kepada jumlah pengun

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


400 pelajar UTM sambut Maulidur Rasul

Posted:

400 pelajar UTM sambut Maulidur Rasul

400 pelajar UTM sambut Maulidur Rasul

LEBIH 400 mahasiswa Kolej Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia berarak di sekitar kampus itu sempena Maulidur Rasul di Jalan Semarak, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERARAK. Seramai 400 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur menganjurkan program Sambutan Maulidur Rasul yang bertema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah peringkat Kolej Kediaman Siswa Jaya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program itu dianjurkan badan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Parlimen Setiawangsa.

Menurut Ahli Jawatankuasa Penerbitan Dan Dokumentasi Program Maulidur Rasul 2014, Amiruliradah Amiruddin, program dimulakan seawal 11 pagi dengan ceramah daripada Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Aizam Masod dan Penolong Pengarah Unit Perancangan dan Penyelidikan Jakim, Rashidy Jamil Ar-Rashid.

"Selepas ceramah dan berarak, turut diadakan pertandingan poster terbaik Maulidur Rasul sebagai simbolik penutupan program," jelasnya.

20 keluarga miskin terima sumbangan Tahun Baru Cina

Posted:

20 keluarga miskin terima sumbangan Tahun Baru Cina

20 keluarga miskin terima sumbangan Tahun Baru Cina


ABDUL RAHMAN (kanan) ditemani Abdullah (dua dari kanan) berbual dengan seorang penerima bantuan sempena Tahun Baru Cina di Stesen Shell Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang.


SUMBANGAN. Seramai 20 keluarga Cina yang kurang berkemampuan di Butterworth menerima sumbangan Tahun Baru Cina daripada pengusaha Stesen Shell Mak Mandin, Pulau Pinang baru-baru ini.

Sumbangan hamper dan angpau itu disampaikan oleh Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim serta pemilik Stesen Shell Mak Mandin, Abdullah Mohd. Noor sempena program Polis Bersama Masyarakat di perkarangan stesen tersebut.

Abdul Rahman berkata, pihak polis berharap orang ramai dapat menjadi mata dan telinga bagi membantu polis untuk mengekang kejadian jenayah sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, katanya.

PSSGM lancar laman web sebagai medium eratkan ahli

Posted:

PSSGM lancar laman web sebagai medium eratkan ahli

PSSGM lancar laman web sebagai medium eratkan ahli


SITI FADZILAH (depan lima dari kiri) dan Ismail (depan empat dari kiri) bergambar bersama selepas majlis pelancaran laman web rasmi PSSGM di Hotel Seri Malaysia, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.


RASMI. Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) melancarkan laman web rasminya di Hotel Seri Malaysia, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Laman web itu sebagai penghubung antara ahli-ahlinya di dalam dan luar negara.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh waris tunggal mahaguru, Datuk Paduka Siti Fadzilah Datuk Meor Abd. Rahman sempena penubuhan ke-51 PSSGM.

Pengerusi PSSGM, Datuk Ismail Jantan berkata, pertubuhan itu mempunyai 50,000 ahli termasuk dari 12 cawangan di luar negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Rusia, Australia, New Zealand.

"Laman web www.gayong.com.my ini memaparkan maklumat seperti sejarah pertubuhan, pengetahuan seni silat gayong sekaligus dapat meluaskan seni bela Melayu," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


32 pendatang haram ditemui kelaparan

Posted:

32 pendatang haram ditemui kelaparan

32 pendatang haram ditemui kelaparan

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN warga Myanmar dan Bangladesh yang ditahan berdekatan UUM kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di Kompleks UPP Bukit Kayu Hitam semalam.


BUKIT KAYU HITAM – Seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh yang masuk ke negara ini secara haram ditemui Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam dalam keadaan kelaparan dan kotor di kawasan hutan di Sintok dekat sini semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara 16 hingga 30 tahun itu dipercayai masuk ke negara ini menerusi hutan sempadan Malaysia-Thailand sejak empat hari lalu.

Kumpulan PATI tersebut dikatakan telah berjalan sejauh kira-kira 20 kilometer dari sempadan negara dengan hanya berkaki ayam sebelum ditemui anggota UPP kira-kira pukul 6.30 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Maut selepas diseret 43 kilometer

Posted:

Maut selepas diseret 43 kilometer

Maut selepas diseret 43 kilometer

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

IPOH – Seorang operator kilang Proton di bahagian operasi ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas beberapa anggota badannya hancur selepas diseret dipercayai oleh kenderaan berat sejauh 43 kilometer dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer (KM) 274.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Simpang Pulai di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu, sebahagian anggota badan mangsa, Ahmad Mahmud, 25, yang berasal dari Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah turut ditemui di KM317.2, dekat susur keluar Tapah.

Semasa kejadian, mangsa yang masih bujang dalam perjalanan pulang dari kampungnya selepas bercuti sejak Ahad lalu menuju ke tempat kerjanya di Proton City, Tanjung Malim dekat sini dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4,000 barangan dijual murah

Posted:

4,000 barangan dijual murah

4,000 barangan dijual murah

Oleh HELMI MOHD. FOAD
helmi.foad@kosmo.com.my


NAJIB (tiga dari kanan) dan Hasan (empat dari kanan) meninjau harga barang selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga di pasar raya AEON Cheras Selatan, Balakong, Serdang semalam.


SERDANG – Perdana Menteri mengumumkan kira-kira 4,000 jenis barangan yang dijual di 955 cawangan pasar raya di seluruh negara diturunkan harga antara 15 hingga 70 peratus sepanjang tempoh Kempen Penurunan Harga selama enam bulan mulai semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kempen tersebut yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu melibatkan 10 syarikat pasar raya terkemuka tempatan dan asing.

Beliau berkata, pasar raya terlibat ialah Econsave, AEON, AEON Big, Mydin, NSK, 99 Speedmart, Segi Fresh, Giant, KK Mart dan Tesco manakala barangan yang diturunkan harga antaranya produk makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, minuman dalam tin, keperluan bayi dan kanak-kanak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tuah kaligrafi Tahun Baharu Cina Yong

Posted:

Tuah kaligrafi Tahun Baharu Cina Yong

Tuah kaligrafi Tahun Baharu Cina Yong

YONG berasa puas dan tenang apabila dapat menatap hasil karyanya.


SETIAP kali menjelang sambutan Tahun Baru Cina, sebuah kios mini di hadapan premis menjual hiasan rumah di Jalan Sultan, Kuala Lumpur pasti dikerumuni ramai peminat seni kaligrafi Cina.

Mereka mahukan tulisan unik dan seni hasil tangan Tony Yong, yang berusia 50 tahun itu, menghiasi rumah mereka dengan harapan mendapat ong atau tuah tahun baharu.

Kios yang dikendalikan pengusaha dan pengiat seni kaligrafi itu menjadi tumpuan kerana kehalusan karya seninya.

Bermula sebagai hobi sejak 13 tahun lalu, Yong mengakui pada peringkat awal beliau agak sukar untuk menghasilkan karya yang memuaskan memandangkan beliau tidak mempunyai asas dalam seni kaligrafi.

Malah, menurut pesara swasta itu, beliau hanya bergantung kepada kesabaran yang tinggi di samping berusaha membaiki kemahiran dari semasa ke semasa.

"Teknik menulis kaligrafi memerlukan kesabaran dan ketekunan dengan membuat latihan berulang kali sehingga mencapai penghayatan estetik yang maksimum.

"Setiap pagi, saya meluangkan masa selama tiga jam untuk membuat latihan menulis bagi menghasilkan karya yang diingini," katanya.

Menurut Yong, menghayati hasil karyanya yang digantung di dinding rumah dapat menenangkan jiwanya.

"Setiap kali melihat karya-karya yang digantung di rumah, saya akan rasa tenang dan gembira. Segala kepenatan dan kesedihan akan hilang jika saya menatapnya," kata beliau.

Kepuasan dan keyakinannya untuk menulis kaligrafi semakin membara apabila ada pelanggan yang mengumpul koleksi hasil karya kaligrafi beliau.

Lebih manis, ada juga yang menunjukkan kembali kepadanya karya yang telah lama dihasilkan yang sesetengahnya tiada lagi dalam koleksi Yong.

Menurut Yong, setiap perkataan, ungkapan ataupun peribahasa yang ditulis mempunyai makna tersendiri dan bukan semua ungkapan sesuai untuk ditulis dalam bentuk kaligrafi.

"Masyarakat Cina biasanya sangat mempercayai tuah lebih-lebih lagi mereka begitu menekankan konsep hiasan rumah untuk membawa tuah malah selalu menggunakan khidmat pakar feng shui untuk mengkajinya.

"Ada juga pelanggan yang meminta saya menulis perkataan tertentu serta nama premis perniagaan mereka dalam bentuk kaligrafi kerana disyorkan oleh pakar feng shui mereka," katanya.


YONG mahu seni kaligrafi Cina diajar dan diwarisi oleh generasi muda.


Tuah

Menurut Yong, seni kaligrafi semakin kurang mendapat sambutan terutama dalam kalangan generasi muda kerana mereka menganggapnya sebagai kemahiran yang sukar dipelajari.

"Generasi muda lebih tertarik kepada lukisan moden yang tidak mempunyai banyak prinsip dan peraturan seperti kaligrafi Cina.

"Mereka juga kurang sabar. Apabila gagal menghasilkan karya yang baik, mereka berputus asa dan tidak mahu belajar lagi," katanya.

Yong berkata, seni kaligrafi Cina yang diwarisi sejak zaman pemerintahan Dinasti Song di China lebih 1,000 tahun lepas perlu terus dipraktik dan diajar kepada generasi muda hari ini.

"Selain mengekalkan seni budaya bangsa, langkah berkenaan penting supaya kemahiran kaligrafi dapat diwarisi dan kekal menjadi identiti sesuatu bangsa," katanya.

Yong berkata, seni kaligrafi Cina begitu sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina kerana biasanya perkataan-perkataan ong yang berkait rapat dengan sambutan terbesar masyarakat Cina akan ditulis di atas kertas merah menggunakan berus khas dan dakwat hitam.

"Contohnya, kami bakal menyambut Tahun Kuda pada 31 Januari ini, oleh sebab itu ramai pelanggan meminta saya menulis perkataan ma (kuda) di atas kertas merah.

"Kami menggunakan kertas merah sebagai latar belakang setiap perkataan kaligrafi kerana warna merah melambangkan tuah kepada masyarakat Cina," katanya.

Setiap karya kaligrafi Yong dijual pada harga serendah RM3 dan boleh mencecah hingga ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan bilangan perkataan.

Yong berkata, ada pihak yang menjemputnya membuat persembahan menulis kaligrafi secara langsung pada majlis-majlis tertentu dan bayarannya juga bergantung kepada bilangan perkataan dan saiz huruf yang akan ditulis. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ramuan baharu Harimau Muda A

Posted:

Ramuan baharu Harimau Muda A

Ramuan baharu Harimau Muda A

KIM SWEE (kanan) sedang merangka strategi bagi membentuk skuad terbaik menjelang kempen NPL Queensland di Brisbane, Australia, Mac depan.


SERAMAI 11 pemain baharu akan dipanggil bagi menjalani sesi pemili- han skuad Harimau Muda A dalam tempoh terdekat.

Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau akan menguji enam pemain Harimau Muda B (bawah 21 tahun) serta lima pemain Harimau Muda C (bawah 19 tahun) memandangkan skuad Harimau Muda A bakal beraksi dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Brisbane, Australia dari Mac hingga Ogos depan.

Selain menguji 11 pemain berkenaan, beliau turut memantau bebe- rapa pemain berpotensi daripada kempen Piala Presiden yang bermula minggu ini untuk dibawa bersama beraksi dalam liga Divisyen Dua Australia itu.

"Tidak semestinya kesemua pemain akan pergi termasuk sesiapa yang saya pilih daripada Kejohanan Piala Presiden nanti kerana saya harus memberi mereka lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan saya," kata Kim Swee semalam.

Beliau berkata, skuad kendaliannya hanya akan bercuti esok dan Sabtu ini sempena sambutan Tahun Baru Cina sebelum menyambung semula sesi latihan pada Ahad bagi memastikan mereka mengekalkan kecergasan masing-masing.

"Kita tidak mempunyai banyak masa lagi sebelum bertolak ke Brisbane nanti," kata Kim Swee.

Pada masa yang sama, beliau turut mengharapkan kehadiran Tahun Baru Cina yang bakal disambut esok menghadirkan tuah buat skuad kendaliannya memandangkan mereka bakal menggalas cabaran pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Se- latan, September depan.

Skuad Harimau Muda A kehila- ngan khidmat beberapa tonggak utama musim ini atas pelbagai faktor termasuk melebihi usia 23 tahun selain ada pemain tidak menyambung kontrak.

Antaranya ialah kapten, Mohd. Irfan Fazail, pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas serta penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi Roslan yang beraksi bersama Johor Darul Takzim (Johor DT).

Selain ketiga-tiga pemain terbabit, penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan kembali semula ke negeri kelahirannya, Terengganu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, penyertaan Harimau Muda A dalam NPL bertujuan memantapkan persediaan mereka sebelum menghadapi temasya Sukan Asia 2014. - Bernama

Rentak Selangor belum sempurna

Posted:

Rentak Selangor belum sempurna

Rentak Selangor belum sempurna


RANGEL muncul wira apabila meledak gol kemenangan Selangor di Stadium MBPJ kelmarin.


PERMUKAAN padang tidak rata menjadi antara punca corak permainan hantaran pendek atau lebih dikenali sebagai 'Tika- Taka' yang diperaga Selangor musim ini dilihat tidak begitu sempurna.

Pemain tengah Selangor, Abdul Shukur Jusoh mengakui situasi tersebut meskipun Gergasi Merah berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas juara Piala Malaysia, Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya kelmarin.

Katanya, keadaan permukaan padang di Stadium MBPJ menyebabkan bola sering melantun sehingga menyebabkan para pemain sukar untuk beraksi dengan lebih baik.

"Keadaan padang memberikan kami masalah untuk bermain cantik. Macam mana nak main 'Tiki-Taka' kalau bola asyik melantun saja.

"Jika selepas ini kami dapat bermain di atas padang yang baik, mungkin kami dapat menjayakan corak permainan 'Tiki-Taka'.

"Musim ini, ketua jurulatih (Mehmet Durakovic) lebih gemar kami mengamalkan teknik hantaran pendek tetapi tidak sama seperti gaya Barcelona. Kami belum sampai pada tahap itu.

"Kami rasa teknik ini sesuai dengan kami kerana semua pemain Selangor selesa dan suka untuk 'memegang' bola," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Shukor turut memuji semangat dipamerkan rakan-rakan sepasukannya terutama wira Selangor, Paolo Rangel yang meledak gol tunggal pada perlawanan tersebut.

Jelasnya, kesungguhan dipamerkan semua pemain memberikan tiga mata penuh kepada Gergasi Merah biarpun terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh satu minggu.

"Jurulatih banyak memberikan motivasi kepada kami sebelum perlawanan dan saya gembira dengan semangat juang yang dipamerkan rakan sepasukan.

"Kami telah memaksa diri untuk bermain habis-habisan dan memang saya akui, selepas tamat perlawanan, kami berasa terlalu penat.

"Saya berpuas hati kerana kami menang, cuma saya kurang gembira kerana tidak banyak membantu Rangel.

"Rehat seminggu ini memberikan kami tempoh berehat secukupnya kerana selepas ini banyak pasukan kuat perlu ditempuhi. Saya berharap kami dapat kekalkan momentum kemenangan ini," katanya.

'Bukan salah Pahlawan Merah'

Posted:

'Bukan salah Pahlawan Merah'

'Bukan salah Pahlawan Merah'

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar (kiri) dicabar pemain PKNS, Abd. Ghani Rahman pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.


KETUA jurulatih Kelantan, Steve Darby enggan menyalahkan barisan pemainnya ekoran kekalahan mengejut 1-2 kepada PKNS pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Menurut Darby, skuad The Red Warriors telah menampilkan rentak terpuji sepanjang perlawanan, namun akhirnya kecewa dengan kesilapan dalam tempoh seminit sehingga mengundang padah buat mereka.

"Corak permainan PKNS begitu tersusun dan berdisiplin. Anda (pihak media) beritahu apa yang perlu saya buat.

"Saya ada dua penyerang (Mohammad Ghaddar dan Francis Forkey Doe) yang mempunyai banyak peluang tetapi gagal menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

"Dua gol (PKNS) dalam tempoh satu minit itu betul-betul tidak masuk akal. Gol pertama mereka berpunca daripada set piece, sesuatu yang saya tidak suka tetapi telah berlaku dalam perlawanan ini," katanya kelmarin.

Kelantan terlebih dulu membuka membuka tirai jaringan hasil tandukan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-30.

PKNS menyamakan kedudukan menerusi kapten, Mohd. Fauzan Dzulkifli pada minit ke-40 sebelum Mohd. Aminuddin Mohd. Noor menambah gol kedua pasukan pelawat seminit kemudian.

Darby memberitahu, beliau mahu barisan pemainya menjadikan kekalahan tersebut sebagai pengajaran menjelang aksi seterusnya.

"Kami tewas kepada PKNS disebabkan kesalahan pemain sendiri. Saya mahu semua pemain belajar daripada kesilapan ini.

"Mengapa dua gol itu terhasil sedangkan lawan hanya memperoleh tiga peluang tetapi kita ada 21 percubaan ke pintu gol mereka.

"Sukar bagi kami menembusi pintu gol lawan, apatah lagi ada 10 pemain mereka 'berkampung' di situ," ujarnya.

Darby menambah, ketiadaan Mohamed Shawky yang diketepikan akibat kecederaan otot paha menjejaskan perancangan Kelantan sehingga memaksa beliau melakukan rombakan.

"Amat berbeza corak permainan kami tanpa Mohamed Shawky. Malam ini (kelmarin) saya bukan saja kehilangannya tetapi juga Nazri Ahmad dan Amar Rohidan.

"Ini memaksa saya meletakkan Fakri selaku pemain tengah dan dia tetap beraksi cemerlang biarpun bermain di luar posisi asalnya," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pelajar sekolah menengah kerajaan dan swasta dipelawa sertai Kuiz ASEAN

Posted:

Pelajar sekolah menengah kerajaan dan swasta dipelawa sertai Kuiz ASEAN

Pelajar sekolah menengah kerajaan dan swasta dipelawa sertai Kuiz ASEAN

29/01/2014 10:05pm

KOTA KINABALU - Semua pelajar di sekolah menengah kerajaan dan swasta di Sabah dipelawa menyertai pertandingan Kuiz ASEAN yang penyertaannya dibuka secara dalam talian sejak 13 Januari lalu hingga 13 Februari depan.

Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Almain Ajirul berkata, pertandingan berkenaan terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia dan berumur antara 15 hingga 17 tahun pada tahun ini serta fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

"Kuiz ASEAN merupakan salah satu program utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee of Information and Culture) dan dilaksanakan dua kali setahun di peringkat kebangsaan dan serantau. Kuiz ASEAN 2014 merupakan penganjuran kali ke-6 sejak diperkenalkan pada tahun 2002," katanya.

Almain yang juga Pengerusi Kuiz ASEAN peringkat negeri Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengelola pertandingan peringkat negeri dan daerah di sini hari ini.

Katanya antara objektif Kuiz ASEAN yang bertema "Moving forward in unity, to a peaceful and prosperous community" termasuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta serta mendedahkan mereka dengan aspek kebudayaan, politik, ekonmomi dan sosial negara-negara Asean.

Katanya, semua peserta akan bertanding atas nama individu dan bukannya secara berkumpulan walaupun peserta mewakili sekolah yang sama dan berharap guru penyelaras di semua sekolah akan memainkan peranan menggalakkan pelajar mengambil bahagian. Peserta perlu mendaftar secara dalam talian iaitu di laman web Jabatan Penerangan iaitu www.penerangan.gov.my melalui guru penyelaras di sekolah masing-masing, bermula 13 Januari hingga 13 Februari 2014.

Almain berkata tiga peserta terbaik di peringkat pertandingan akhir yang akan dijalankan secara langsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur, akan mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat serantau ASEAN pada 8 Ogos 2014 di Ho Chi Min City, Vietnam. - Bernama

Kastam Selangor rampas mercun dan bunga api bernilai RM2.8 juta

Posted:

Kastam Selangor rampas mercun dan bunga api bernilai RM2.8 juta

Kastam Selangor rampas mercun dan bunga api bernilai RM2.8 juta

29/01/2014 9:52pm

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Selangor merampas mercun dan bunga api seberat 60 tan bernilai RM2.8 juta dalam satu serbuan ke atas empat stor di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Batu Arang, Rawang pada Ahad lepas.

Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, serbuan dijalankan hasil

maklumat orang awam dan siasatan mendapati stor tersebut digunakan sebagai tempat menyimpan barang larangan itu bagi kegunaan semasa sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.

Menurut Badaruddin, mercun dan bunga api itu mempunyai nilai cukai sebanyak RM1.8 juta manakala rokok putih tidak sah pula bernilai cukai RM2.8 juta.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan semasa serbuan itu dan pihaknya sedang mengesan pemilik ladang berkenaan bagi membantu siasatan.

Badaruddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang rampasan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

- Bernama

Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan pintu rumah

Posted:

Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan pintu rumah

Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan pintu rumah

29/01/2014 9:46pm

KOTA BHARU - Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan bersama sekeping nota dan sebuah beg pakaian di sebuah rumah di Kampung Jerulong, Salor di Pasir Mas, dekat sini hari ini.

Pemilik rumah tersebut, Nora Syettah Mohd Zain, 41, berkata, beliau terkejut apabila terdengar tangisan bayi berkenaan pada pukul 4.40 pagi

tadi.

Turut ditemui peralatan bayi dan nota yang memaklumkan mengenai jadual

penyusuan bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Polis Azham Othman berkata, berdasarkan nota yang ditinggalkan itu, bayi berusia 13 hari itu perlu diberi susu setiap 3 jam sehingga mencapai berat 2 kilogram.

"Keadaan bayi itu sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan tetapi dalam

keadaan kesejukan walaupun dibaluti dengan selimut," katanya ketika dihubungi di sini.

Kata Azham, pihak polis sedang mengesan ibu bayi tersebut dan kes disiasat

mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved