Khamis, 23 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tanda kemajuan negara bergolak

Posted:

Tanda kemajuan negara bergolak

Tanda kemajuan negara bergolak

"SAYA sedar bahawa saya akan sentiasa berada dalam bahaya. Tetapi saya sudah bersedia dan mahu meneruskannya. Tuhan bersama saya," tekad Ketua Polis Daerah 1 Kabul, Afghanistan.

Selepas 32 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, Kolonel Jamila Bayaz, 50, merupakan wanita pertama yang dilantik mengendalikan sebuah wilayah. Ia dilihat sebagai pelantikan barisan hadapan yang tertinggi bagi seorang wanita Afghanistan. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat di bahagian jenayah dan narkotik.

Jika dahulu jubah tradisional dan tudung menjadi pakaian hariannya, kini Jamila membiasakan diri dengan berpakaian seragam yang berseluar berwarna kelabu. Tidak memakai topi polis, kepalanya masih ditutupi sehelai selendang berwarna hitam.

Seiring dengan tanggungjawab yang diberikan, beliau mula mengetuai pasukan di Daerah 1, Kabul yang merupakan salah satu kawasan terpenting di ibu negara Afghanistan itu pada 16 Januari lalu.

Daerah, yang juga sebahagian daripada 10 daerah di Kabul dengan kepadatan penduduk hampir lima juta orang, itu menempatkan beberapa kediaman pemerintah tertinggi, pejabat beberapa kementerian, bank pusat dan pasaran utama emas dan pertukaran mata wang asing negara berkenaan.

Sasaran Taliban

Wanita yang kian menjadi tumpuan orang awam dan media antarabangsa itu berkata, dia tidak gentar melaksanakan tugasnya meskipun menyedari menjadi sasaran utama militan.

"Saya bertugas hampir setiap hari tanpa mengenal erti siang dan malam. Saya bersedia untuk berkhidmat. Pasti ada sebab mengapa Tuhan memberikan saya jawatan ini" jelasnya dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini.


KEJAYAAN Jamila sebagai pemimpin dalam institusi yang didominasi oleh lelaki memberi inspirasi kepada golongan wanita Afghan untuk berkhidmat pada negara.


Sejak tujuh bulan lalu, beberapa wanita berkepentingan telah diserang di Afghanistan.

Ia termasuk dua anggota polis wanita di sebelah selatan, seorang penulis dari India yang menetap di timur Afghanistan yang telah dibunuh selepas memoirnya mengenai kehidupan di bawah pemerintahan Taliban pada tahun 1990-an menjadi sebuah filem Bollywood dan seorang senator Afghan yang cedera teruk dalam satu serangan hendap.

Selain berhadapan dengan Taliban, kebanyakan ahli keluarga terdekat terutamanya saudara lelaki, turut menentang pembabitan golongan wanita dalam pentadbiran kerajaan sehingga ada yang menerima ugutan bunuh.

Pada tahun lalu, seorang pegawai kanan polis wanita di wilayah Helmand, Leftenan Islam Bibi, 37, mendedahkan kepada media bahawa dia pernah menjadi sasaran bunuh oleh ahli keluarganya sendiri.

"Adik-beradik saya, bapa, kakak dan abang, semuanya menentang saya. Malah abang saya pernah tiga kali cuba untuk membunuh saya tetapi gagal," ceritanya.

Namun, pada pagi 4 Julai tahun lalu, wanita yang juga menjadi contoh kepada kaum Hawa di wilayah yang konservatif itu telah diserang ketika menunggang motosikal bersama menantu lelakinya di ibu wilayah, Lashkar Gah. Beliau mati akibat kecederaan serius yang dialami di wad kecemasan sebuah hospital.

Peningkatan peranan

Kesemua serangan itu dilancarkan bertujuan meningkatkan ketakutan dalam kalangan wanita Afghanistan yang semakin bebas meneruskan kehidupan seperti mendapat akses pendidikan, penjagaan kesihatan dan pekerjaan selepas Amerika Syarikat menumbangkan kerajaan Taliban pada tahun 2001.

Bagaimanapun, kematian Islam bukan sahaja menaikkan semangat dalam kalangan wanita di Afghanistan untuk bergelar anggota polis, malahan dia diangkat sebagai ikon.

Khidmat polis wanita ditagih dalam institusi beruniform itu terutamanya yang melibatkan serbuan di premis-premis yang didiami wanita selain bertugas di bahagian siasatan jenayah.


JAMILA (kiri) membuktikan bahawa golongan wanita juga boleh berjaya seperti lelaki.


Menurut satu laporan oleh agensi bantuan antarabangsa, Oxfam International (Oxfam) pada tahun lalu, usaha kerajaan Afghanistan merekrut golongan wanita menjadi anggota polis merupakan satu kejayaan tipis.

"Pada tahun 2005, pasukan polis kebangsaan telah melantik hanya 180 wanita daripada 53,400 orang anggota. Pada Julai 2013, angka tersebut telah meningkat kepada 1,551 orang daripada 157,000 anggota," katanya.

Tambah Oxfam, sungguhpun berhadapan dengan pelbagai cabaran, merekrut lebih ramai anggota polis wanita boleh memberikan manfaat besar kepada negara itu, khususnya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan yang sering berasa tidakselesa atau takut untuk membuat laporan jenayah kepada pegawai lelaki.

Menceritakan semula saat berada di bawah pemerintahan Taliban dalam tempoh lima tahun sehingga 2001, pergerakan Jamila sangat terhad.

Kebanyakan wanita dinafikan hak untuk meneruskan kehidupan seperti golongan lelaki. Antaranya, golongan wanita tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa ditemani saudara lelaki. Jamila sendiri menghabiskan kebanyakan masa mengendalikan urusan rumah tangga.

Transformasi kehidupan

Kehidupan ibu kepada lima orang anak ini jelas berubah sejak pelantikannya. Sungguhpun mampu memandu, kini beliau mempunyai pasukan pengawal peribadi tersendiri yang membawanya bergerak di sekitar Kabul dan ke pejabat.

Seperti Islam, Jamila juga menyimpan hasrat mahu menjadi inspirasi kepada wanita yang lain untuk meneruskan kerjaya sebagai polis, sekali gus berkhidmat demi negara.

"Apabila saya keluar dari kenderaan, saya memberi arahan dan mendapatkan maklumat terkini berhubung tugasan pegawai terlibat.

"Ketika itu semua mata tertumpu ke arah saya. Ia adalah saat yang sangat mengujakan. Melaksanakan tugas sambil memakai pakaian seragam diharapkan mampu menjadi inspirasi kepada seluruh wanita Afghanistan," tuturnya.


SEJAK kejatuhan Taliban, wanita lebih bebas meneruskan kehidupan termasuk kerjaya sebagai anggota polis.


Katanya lagi, dia bersyukur dengan sokongan padu yang diberikan keluarganya, termasuk dua anak perempuan dan tiga anak lelakinya terhadap jawatan baharu itu.

Anak bongsu Jamila, Tawhid, 12, berasa bangga kerana ibunya bergelar seorang pegawai tertinggi polis.

"Ya, mak saya selalu sibuk sekarang. Saya sentiasa datang ke pejabat melawatnya. Hati saya gembira dia memegang jawatan ini," katanya sambil berlegar di kawasan pejabat Jamila yang dipenuhi jambangan bunga dan kad ucapan tahniah.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah Kabul, Mohammad Zahir Zahir mengucapkan tahniah di atas kejayaan Jamila.

Dia optimis tindakan yang diambil Kementerian Dalam Negeri itu adalah langkah bijak selain membuktikan wanita mampu melakukan kerja luar selain sebagai suri rumah.

"Kenaikan pangkat ini mengiktiraf golongan wanita selain menjadi bukti mereka mampu melakukan pekerjaan seperti lelaki," katanya.

Manakala jurucakap kementerian, Sediq Sediqi berkata, pelantikan Jamila adalah langkah awal dalam memenuhi kapasiti wanita dalam jawatan kepolisan.

"Mungkin pada masa hadapan kita boleh melihat seorang wanita bergelar Ketua Polis Wilayah," ujarnya dengan penuh semangat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua pejuang Palestin terkorban

Posted:

Dua pejuang Palestin terkorban

Dua pejuang Palestin terkorban

BEBERAPA penduduk menyaksikan sebuah kereta yang dinaiki dua pejuang Palestin terkena peluru berpandu milik tentera Israel di Beit Hanoun, Genting Gaza semalam.


GAZA - Dua pejuang Palestin terbunuh apabila kereta yang dinaiki mereka diserang tentera Israel semalam sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan.

Para pejuang Palestin sebelum ini melancarkan beberapa serangan roket ke wilayah Israel.

Serangan itu kemudian dibalas oleh tentera Israel menerusi beberapa serangan udara yang menyebabkan beberapa pejuang Palestin terkorban.

Serangan itu berlaku setahun selepas konflik antara kedua-dua belah pihak berakhir pada November 2012 sehingga tercetusnya satu gencatan senjata melibatkan pergerakan Hamas dengan Israel.

Pasukan perubatan Palestin menyatakan, kedua-dua pejuang tersebut yang mati itu ialah Ahmad al-Zaanin, 21, dan Mahmud al-Zaanin, 23.

Mereka terkorban selepas sebuah peluru berpandu mengenai kereta yang dinaiki mereka di bandar Beit Hanoun.

Tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan Ahmad al-Zaanin yang merupakan ketua operasi sebuah kumpulan pejuang Palestin. - AFP

Kekacauan di Ukraine kian runcing

Posted:

Kekacauan di Ukraine kian runcing

Kekacauan di Ukraine kian runcing


SEORANG penunjuk perasaan membaling batu ke arah anggota-anggota polis di Kiev, Ukraine semalam.


KIEV - Perdana Menteri Ukraine, Mykola Azarov semalam mengecam kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan dengan menggelarkan mereka sebagai 'pengganas' selepas kekacauan di negara itu semakin meruncing.

Ramai pemerhati melihat kecaman tersebut sebagai langkah pertama Azarov bagi menamatkan kekacauan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

"Pengganas itu menangkap berpuluh-puluh orang awam dan memukul mereka. Saya secara rasmi menyatakan bahawa ia adalah suatu tindakan jenayah dan mereka perlu bertanggungjawab ekoran tindakan mereka,'' kata Azarov dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Keganasan semalam tercetus pada tarikh Hari Penyatuan Kebangsaan yang mana negara itu menyambut ulang tahun penyatuan Ukraine pada tahun 1919.

Seramai tiga orang maut dipercayai akibat ditembak dalam kekacauan pada malam kelmarin.

Konflik itu berpunca selepas kerajaan meminggirkan satu perjanjian untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Kesatuan Eropah. - Reuters

Lapan paus pandu mati di Miami

Posted:

Lapan paus pandu mati di Miami

Lapan paus pandu mati di Miami


SALAH seekor ikan paus pandu yang mati.


MIAMI - Sebanyak lapan ekor paus pandu mati selepas haiwan berkenaan terkandas di sebuah kawasan perairan cetek di barat daya negeri Florida kelmarin.

Pihak Pengawal Pantai telah menutup kawasan berkenaan dan mengarahkan bot-bot mengurangkan kelajuan di pantai berhampiran Fort Myers ketika pihak berkuasa mencari enam lagi haiwan berkenaan yang masih hilang.

Daripada lapan ekor ikan paus yang mati itu, empat daripadanya terpaksa dibunuh oleh pakar-pakar veterinar selepas ia gagal diselamatkan.

Penyelaras Perkhidmatan Perikanan di Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan, Blair Mase berkata, pakar-pakar veterinar akan melakukan bedah siasat ke atas haiwan berkenaan. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiada kesan penderaan seksual pada mayat kanak-kanak

Posted:

Tiada kesan penderaan seksual pada mayat kanak-kanak

Tiada kesan penderaan seksual pada mayat kanak-kanak

23/01/2014 10:50pm

KUALA TERENGGANU - Laporan awal bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka Dungun tidak menunjukkan kesan penderaan seksual pada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil laporan awal bedah siasat yang dijalankan tidak menunjukkan mangsa dirogol mahupun diliwat.

Bagaimanapun laporan itu belum muktamad dan polis masih menunggu laporan lanjut daripada bahagian Toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selasa lepas mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baharu itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk.

Curiga dengan bau itu pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air. - Bernama

Mercedes hangus dijilat api

Posted:

Mercedes hangus dijilat api

Mercedes hangus dijilat api

23/01/2014 10:47pm



KERETA Mercedes Benz terbakar berhampiran pusat membeli-belah Mid Valley di Jalan Lingkaran Syed Putra petang tadi. - KOSMO!/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta mewah milik seorang ahli perniagaan cemas apabila mendapati kenderaan dipandu berasap sebelum terbakar di sini petang tadi.

Kejadian di Lingkaran Syed Putra dekat pusat beli belah Mid Valley Megamall di sini pukul 4.45 petang itu menyebabkan kenderaan jenis Mercedes Benz tersebut terbakar keseluruhan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai, Salmi Abdul Mufti berkata, pemandu berumur 28 tahun tersebut menyedari enjin kenderaan itu mengeluarkan asap selepas diberitahu oleh pengguna jalan raya yang lain.

Ujar beliau, pihaknya berjaya memadam kebakaran ki ra-kira 20 minit selepas tiba ke tempat kejadian.

Tambah beliau, punca kejadian masih dalam siasatan dan pemandu kereta tersebut membuat laporan di Balai Polis Pantai.

"Tiada kecederaan daripada kejadian tersebut dan mang sa membuat laporan kepada polis selepas kejadian," kata beliau. - KOSMO!

Tidak sedar diri selepas terjatuh tren

Posted:

Tidak sedar diri selepas terjatuh tren

Tidak sedar diri selepas terjatuh tren

23/01/2014 10:36pm

SEREMBAN - Seorang pemuda dilaporkan cedera selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tren Komuter Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Stesen Batang Benar, Nilai di sini awal pagi tadi.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu berlaku ketika Mohd Faizal Zakaria, 33, dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke ibu negara.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Tumpat itu ter jatuh ketika tren tersebut menghampiri stesen berkenaan.

Menurut jurucakap KTMB, pekerja penyelenggara stesen berkenaan yang melakukan pemeriksaan landasan menemui mangsa yang cedera dalam keadaan tidak sedarkan diri tepi landasan.

"Pemeriksaan mendapati pemuda itu merupakan penumpang dari Tumpat ke Kuala Lumpur.

"Staf KTM kemudian menghubungi polis sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, untuk rawatan lanjut," katanya memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca mangsa terjatuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan me nerima laporan berhubung kejadian tersebut. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cabaran baharu Remy, Faizal, Kamal

Posted:

Cabaran baharu Remy, Faizal, Kamal

Cabaran baharu Remy, Faizal, Kamal

MENDALAMI sesuatu watak yang telah diamanahkan oleh pengarah bukanlah perkara yang mudah bagi sebilangan pelakon.

Biasanya, proses menjiwai karakter banyak melibatkan permainan emosi yang turut menuntut adaptasi drastik oleh mental dan fizikal.

Ada segelintir pelakon yang sanggup mengubah bentuk fizikal mereka semata-mata mahu kelihatan serasi dengan watak yang diberikan.

Kesungguhan ini bukan semata- mata mahu meraih perhatian khalayak tetapi ia turut menjadi lambang kejituan dan matlamat sebenar yang ingin dicapai oleh pelakon tersebut.

Bagi pelakon Remy Ishak, perjalanan kariernya sebagai seorang pelakon mungkin tidak sederas pelakon-pelakon lain.

Justeru, apa yang sering ditekankan oleh jejaka berusia 32 tahun ini adalah dedikasi secara penuh yang harus diberikan terhadap setiap watak yang didukungnya.

Ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama para pelakon drama bersiri, Jiwa di Sri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur baru-baru ini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak begitu tegas dalam mendisiplinkan diri apabila terikat dalam sesebuah penggambaran drama.

Hubungan Remy dan Budi

"Dalam drama Jiwa, saya memegang watak sebagai Iskandar, seorang petinju yang agresif.

"Sepanjang dua bulan tempoh penggambaran Jiwa, saya terpaksa menjalani latihan secara intensif bagi mengekalkan bentuk badan.

"Untuk merealisasikan watak tersebut, saya turut menjaga corak pemakanan agar bentuk fizikal yang digambarkan menerusi watak Iskandar bertepatan dengan apa yang saya persembahkan," ujar Remy yang banyak menghabiskan masa di gimnasium bagi menyediakan diri sebelum proses penggambaran bermula.


REMY (kiri) dan Kamal Adli (tengah) dirakam ketika sedang berlatih sebelum memulakan penggambaran drama bersiri, Jiwa.


Selain itu, anak kelahiran Negeri Sembilan ini turut menjadikan Jiwa sebagai platform baginya untuk mengembangkan bakat lakonan, lebih-lebih lagi dalam genre aksi.

"Seperti semua sedia maklum, saya sering diberi peluang untuk memainkan peranan lelaki romantik menerusi beberapa buah drama dan filem sebelum ini.

"Sebagai seorang pelakon, saya tidak mahu dikenali dengan hanya satu watak sahaja. Saya juga perlu mempelbagaikan watak yang ingin saya ketengahkan pada satu-satu masa.

"Apabila diberi peluang untuk melakonkan watak sebagai seorang petinju menerusi sebuah drama bercorak aksi, saya terus menggunakan kesempatan ini untuk mempersembahkan yang terbaik," katanya yang banyak dibantu oleh koreografer seni mempertahankan diri ketika berada di lokasi.

Ketika ditanya mengenai perancangan seterusnya sejurus selepas tamat penggambaran drama bersiri tersebut, pelakon yang pernah membintangi filem Cun! ini berkata, dia mahu berehat sepuas-puasnya sebelum menerima sebarang tawaran pada masa akan datang.

"Setelah tamat proses penggambaran Jiwa bulan lalu, saya terlibat dengan sebuah telemovie untuk tayangan slot Cerekarama di TV3. Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berehat panjang.

"Sampai bila, itu tidak pasti. Saya akan kembali berlakon jika saya betul-betul bersedia untuk beraksi di depan kamera," katanya yang masih akan melalui proses perbincangan bagi tawaran lakonan yang diterima sepanjang tempoh percutian tersebut.

Akui Remy, walaupun tampak selektif, keputusannya mahu berehat dan berfikir panjang sebelum menerima sesebuah tawaran sedikit sebanyak dapat membantu mengembangkan kariernya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

"Setiap pelakon tahu di mana letaknya tahap kemampuannya dalam bidang lakonan. Justeru, watak yang dipilih haruslah selari dengan pengalaman dan peningkatan kematangan diri sendiri," katanya lagi.

Dalam pada itu, Remy dan kisah cintanya sering mendapat perhatian umum. Walaupun sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan Tiz Zaqyah dan Maya Karin, malangnya hubungan cinta yang pernah terjalin sebelum itu terus hanyut dek arus waktu sebelum sempat ia mekar berkembang.

Terbaharu, dia dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Budi Citawan, anak kepada pelakon berbakat besar, Wan Hanafi Su.

TIGA pelakon penting drama Jiwa ini turut mengamalkan diet pemakanan mereka.


Tidak terus mengiyakan kenyataan tersebut, Remy memberitahu, dia dan Budi masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain.

Katanya: "Saya mula mengenali Budi kira-kira setahun yang lalu. Saya tidak mempunyai ramai kawan perempuan."

"Justeru, apabila saya sering dilihat keluar bersama Budi, banyak spekulasi timbul sedangkan ketika itu kami hanya kawan biasa.

"Saya selesa berkawan dengannya. Dia merupakan seorang wanita yang bijak dan baik. Lagipun, dia mahu berkawan dengan saya bukan kerana saya seorang pelakon. Dia mahu mengenali saya sebagai sebagai individu biasa," kata Remy yang kini lebih bersifat terbuka dalam berkongsi kisah peribadinya.

Faizal letak syarat

Melanjutkan bicara pada petang itu, pelakon berbakat besar, Faizal Hussein, 46, begitu teliti dalam menerima tawaran yang diberikan oleh produksi drama dan filem bagi memastikan kelangsungan hayatnya dalam bidang lakonan dapat dipanjangkan.

"Sejujurnya, saya cukup teliti dalam menerima tawaran berlakon drama dan filem. Bagi penerbitan drama, saya akan menerima tawaran untuk memainkan watak utama sahaja.

"Walaupun kenyataan ini nampak sedikit keterlaluan tetapi saya percaya industri penerbitan drama dan filem masih memerlukan khidmat dan bakat yang saya ada untuk menerajui watak-watak utama," katanya yang memegang watak sebagai bapa kepada Iskandar menerusi dalam Jiwa.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular dengan filem Gila-Gila Remaja ini memberitahu, dia hanya bersedia untuk memainkan watak yang menampilkan dirinya lebih berusia asalkan ia relevan serta berkembang mengikut jalan cerita. Dia bagaimanapun belum bersedia untuk melakonkan karakter bapa kepada anak yang sudah dewasa.

"Seperti dalam Jiwa, saya melakonkan watak sebagai seorang bapa yang mana karakter anaknya turut serta membesar seiring dengan watak saya.

"Jika saya bersetuju untuk melakonkan watak seorang bapa yang anaknya sudah sedia dewasa, saya akan membunuh peluang untuk memegang watak utama dalam penerbitan drama atau filem pada masa akan datang," jelas Faizal.


REMY dan Kamal Adli merealisasikan karakter petinju dalam drama bersiri, Jiwa.


Kamal gerun dengan diiet

Jika hendak dibandingkan dari segi umur dan jumlah pengalaman, Kamal Adli, 28, merupakan pelakon paling muda antara dua nama besar yang bergandingan dengannya menerusi drama bersiri Jiwa.

Meletakkan pelakon-pelakon itu sebagai penanda aras baginya untuk terus mempersembahkan yang terbaik kepada penonton, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli banyak mempelajari tentang selok-belok dunia lakonan serta proses menjiwai watak daripada mereka.

"Saya berasa sangat beruntung kerana digandingkan dengan pelakon-pelakon yang hebat menerusi drama Jiwa. Tidak dinafikan, saya berasa sungguh kecil jika hendak dibandingkan dengan mereka.

"Namun, pengalaman berlakon bersama mereka banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk terus berusaha dalam mengembangkan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Kamal turut memberitahu, salah satu cabaran yang terpaksa ditempuh sepanjang proses penggambaran drama tersebut berlangsung adalah apabila dia terpaksa mengikut jejak langkah Remy dan yang lain-lain dalam menjaga diet pemakanan kerana bimbang berat badannya akan meningkat.

"Ketika berada di lokasi, kesemua pelakon yang terlibat begitu mengambil berat tentang jenis makanan yang mereka ambil. Paling menggerunkan, mereka hanya makan buah-buahan serta lauk sahaja.

"Sebagai salah satu kesedaran untuk menjaga badan, saya turut mengikuti jejak langkah mereka dan sering ke gimnasium untuk mendapat berat badan yang ideal sepanjang terlibat dengan penggambaran," jelasnya lagi.

Mawi selesa tidak terlalu popular

Posted:

Mawi selesa tidak terlalu popular

Mawi selesa tidak terlalu popular

SELAIN masih aktif menyanyi di dalam majlis tanpa liputan media, Mawi juga sibuk menguruskan bisnes miliknya bersama isteri, Ekin.


KETIKA muncul sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) pada tahun 2005, penyanyi Asmawi Ani atau Mawi pernah melalui zaman kegemilangannya dengan sambutan luar biasa yang diterima daripada peminat sehingga mendapat gelaran 'Raja SMS'.

Bagaimanapun, kegemilangan yang diraih oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Aduh Saliha itu tidak bertahan lama di sebalik kemunculan ramai pendatang baharu yang mewarnai industri muzik tempatan sekarang.

Menyedari auranya sebagai seorang penyanyi semakin tenggelam, Mawi yang ditemui semasa majlis pengumuman Top 5 Anugerah MeleTop Era pada minggu lalu di The Zouk, Kuala Lumpur berkata, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjadi penyanyi.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan juga meluahkan rasa terkejutnya apabila lagu duetnya bersama Datuk AC Mizal, Al Haq Yang Satu, mendapat sambutan hangat dan sekali gus menaikkan semula namanya dalam bidang seni suara.

Kosmo!: Sebelum muncul dengan lagu Al Haq Yang Satu, Mawi dilihat tidak begitu aktif menyanyi. Apakah aktiviti yang anda lakukan?

MAWI: Sebenarnya tumpuan saya kini lebih menjurus kepada bidang perniagaan menerusi produk jenama saya dan isteri iaitu UneQuein yang berasaskan produk kesihatan dan kecantikan.

Pada tahun ini juga, saya akan melebarkan lagi sayap perniagaan dengan meneroka bidang fesyen pula. Kami menjual pakaian untuk lelaki dan wanita.

Apakah cabaran paling hebat yang Mawi lalui selama setahun bergelar seorang ahli perniagaan?

Sudah tentu perkara yang paling mencabar ialah mendapat keyakinan daripada orang ramai tentang produk yang dijual serta bukan mudah untuk memuaskan hati pelanggan. Namun begitu, saya anggap segala cabaran yang dilalui itu sebagai pengalaman paling bermakna.


MAWI mengaku seronok berada dalam fasa popular sebelum ini, namun dia tidak mahu kembali ke zaman tersebut.


Apabila perniagaan Mawi semakin maju serta lebih ramai artis baharu yang muncul sekarang, adakah anda tidak mahu berhenti menyanyi dan menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan sahaja?

Selama ini saya tidak pernah terfikir mahu berhenti menyanyi kerana ia merupakan minat saya.

Biarpun saya dilihat tidak begitu aktif tetapi tawaran membuat persembahan masih lagi diterima.

Sebenarnya, pada tahun lalu saya pernah muncul dengan dua buah single iaitu Menanti Hikmah dan Termolek tetapi kedua-duanya kurang mendapat sambutan.

Namun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan karier nyanyian yang sudah diceburi selama sembilan tahun.

Dahulu Mawi pernah mencetuskan fenomena sehingga mempunyai jumlah peminat yang sangat ramai. Adakah anda selalu teringat saat-saat melalui zaman kegemilangan dahulu?

Ia merupakan suatu perkara normal untuk mengingati zaman kejayaan yang pernah dinikmati sebelum ini.

Lagipun hidup ini umpama pusingan roda dan tidak selama-lamanya kita sentiasa berada di atas.

Sebenarnya, saya sendiri tidak kisah kalau sudah tidak popular seperti dahulu lagi dan berasa sangat selesa dengan keadaan sekarang. Kenangan lalu ternyata banyak mengajar saya untuk menjadi seorang anak seni.

Apakah perancangan yang akan dilakukan Mawi pada tahun ini?

Selepas lagu Al Haq Yang Satu mendapat sambutan baik daripada para pendengar, saya dan (Datuk) AC Mizal bakal melahirkan sebuah lagi single baharu. Selain itu, saya juga akan muncul dengan single solo saya dalam masa terdekat ini. – RONI HIDAYAT RIDWAN

Qard, Panik filem hebat Astro First Eksklusif

Posted:

Qard, Panik filem hebat Astro First Eksklusif

Qard, Panik filem hebat Astro First Eksklusif


BARISAN karyawan Panik dan Qard bergambar bersama Penolong Naib Presiden Kanan Astro, Saniboey Mohd. Ismail (dua dari kanan) pada majlis sidang akhbar baru-baru ini.- JEFFRI IRAN


SEDAR hakikat filem yang menggunakan intipati serius sukar mendapat sambutan di layar perak, namun masih ada banyak mata yang berminat untuk menontonnya, pihak Astro melalui Astro First Eksklusif (saluran 480) menampilkan dua filem bercorak thriller iaitu Qard dan Panik.

"Filem sebegini (serius) sering diketepikan penonton tetapi kami berani bereksperimen menyiarkan dua karya bermutu ini untuk siaran Astro First Eksklusif," ungkap Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh mengenai filem arahan Faisal Ishak (Qard) dan Hanung Bramantyo (Panik) itu.

Filem Qard telah memulakan tayangan pada 16 Januari lalu manakala filem Panik pula bakal ditayangkan pada 20 Mac 2014.

Berpeluang menonton kedua-dua filem itu selama 20 minit di Golden Screen Cinema (GSC) Siqnature Garden, Kuala Lumpur, Kosmo! tertarik dengan jalan cerita yang diketengahkan oleh kedua-dua filem itu.

Qard mengisahkan tentang enam watak utama yang ditakdirkan bertemu dalam sebuah kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas terbalik di lebuh raya.

Kehidupan watak-watak yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Zain Hamid dan Beto Khusyairi itu dikupas dan diterokai daripada detik kemalangan yang mengorban sebilangan nyawa tersebut.

Penonton kemudiannya dibawa menyelami kisah mereka sebelum kemalangan itu berlaku dan bagaimana mereka menjalani proses pemulihan selepas tragedi tersebut.

Mengulas mengenai jalan cerita tersebut, salah seorang pelakonnya, Beto memberitahu, pengisian Qard berlainan dengan filem lain.

"Biasanya kalau cerita kemalangan akan menceritakan selepas kemalangan tersebut tetapi pengisiannya lain dalam Qard.

"Ia menceritakan kejadian sebelum kemalangan itu berlaku. Perkara itu yang cuba kami sampaikan kepada masyarakat," jelas Beto yang membawakan watak Mamat, hero misteri yang menyelamatkan mangsa kemalangan bas tersebut.

Tiada watak utama dalam filem tersebut, pengarahnya, Faisal Ishak pula memberitahu, semua watak memainkan peranan yang penting dalam filem berdurasi satu jam 10 minit itu.

Biarpun berdepan dengan kos yang tinggi untuk menterbalikkan bas, ujar Faisal, dia tidak kisah kerana ingin memberi kepuasan kepada penonton.

"Kami ambil masa selama empat jam untuk terbalikkan rangka bas dan kos yang dikenakan lebih mahal daripada kos sewa bas tersebut," luahnya yang enggan mendedahkan kos sebenar.

Hanung Bramantyo

Lagi satu filem yang bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif adalah filem Panik.

Ditayangkan pada 20 Mac 2014, filem tersebut merupakan arahan pengarah terkenal Indonesia, Hanung yang juga mengarahkan filem popular Ayat-Ayat Cinta dan Soekarno.

Mendapat idea menghasilkan Panik dua setengah tahun lepas, jelas Penolong Naib Presiden Kanan Astro, Saniboey Mohd. Ismail, filem itu dihasil- kan melalui kes hilang anak yang pernah berlaku di Malaysia.

"Dua setengah tahun yang lalu saya tengok banyak kes ibu bapa hilang anak. Timbul idea dari situ untuk menghasilkan filem Panik.

"Kami duduk berbincang untuk menghasilkan filem yang boleh dijadikan satu teladan kepada orang ramai," ujar Saniboey mengenai filem yang dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Zul Ariffin dan juga pelakon terkenal dari Indonesia, Dony Alamsyah itu.

Menjalani seratus peratus penggambaran di Indonesia, Panik berkisar tentang seorang ibu bernama Ida (Nadiya Nisaa) yang panik apabila anak perempuannya yang berusia lapan tahun hilang di pusat beli-belah di Jakarta, Indonesia.

Meskipun sedaya upaya meminta pertolongan daripada orang ramai, anaknya Fasha (Naomi Ivana) tetap tidak dijumpai.

Boleh dianggap karya yang sangat baik hasil arahan Hanung, menurut tunjang utama Panik, Nadiya Nisaa, dia menganggap bekerja bersama pengarah itu seperti mimpi yang menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya menonton cerita-ceritanya. Ibarat mimpi jadi kenyataan, kali ini saya berpeluang pula berlakon di bawahnya. Saya juga berharap pelakon lain di Malaysia berpeluang berlakon di bawahnya kerana Hanung seorang yang sangat profesional dalam kerja. Dia juga pandai menarik mood pelakon-pelakonnya," luahnya yang turut mengagumi filem arahan Kabir Bhatia itu.

Astro First Eksklusif yang mula diperkenalkan pada bulan Julai tahun lalu, banyak menerbitkan produk premium berkualiti setanding dengan filem-filem yang berada di pawagam.

Antara filem-filem yang telah ditayangkan di Astro First Eksklusif termasuklah Anugerah Dendam Yang Terindah, New York Cinta dan filem Mandarin Spicy Killers.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved