Jumaat, 17 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Idea segar

Posted:

Idea segar <i>Ke Korea Ke Kita?</i>

Idea segar Ke Korea Ke Kita?

SEJAK kebelakangan ini, banyak program berbentuk dokumentari pengembaraan atau travelog dihasilkan oleh produksi-produksi syarikat penyiaran tempatan.

Ia jelas bagi memenuhi kehendak penonton yang gemar merancang perjalanan sebelum mengambil keputusan memilih destinasi percutian.

Perkara-perkara asas seperti jumlah kos perjalanan, pemilihan tempat tinggal, kemudahan mencari restoran halal serta cadangan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati merupakan pengisian utama bagi sesebuah program travelog.

Walaupun berpaksikan dengan tujuan asal yang sama, pihak produksi masa kini begitu pintar dalam mempelbagaikan format program-program yang dihasilkan bagi memberikan variasi menarik buat penonton di rumah.

Menyedari hakikat itu, Primeworks Studios hadir dengan sebuah program travelog tanpa skrip berjudul Ke Korea Ke Kita? yang menjadikan bumi Korea sebagai destinasi pilihan.

Tanpa skrip

Menurut penerbit Ke Korea Ke Kita?, Khairul Adzweri Rosle, 31, idea untuk menerbitkan program itu tercetus apabila pihak TV9 meminta dia dan rakan-rakannya yang lain menampilkan draf awal sebuah program yang dijadualkan untuk disiarkan pada tahun 2014.

Menyedari program travelog pertama terbitannya, Jet Lag mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton, Adzweri sekali lagi memilih rancangan berbentuk serupa yang menerapkan konsep cabaran secara spontan di samping pengembaraan untuk diterbitkan.

"Kami mengetengahkan konsep realiti TV ketika menjalankan penggambaran Ke Korea Ke Kita? di Korea Selatan.


MYO teruja diberikan tanggungjawab mengacarakan program Ke Korea Ke Kita?


"Konsep ini diketengahkan supaya penonton dapat merasai dengan lebih dekat setiap pengalaman yang dialami oleh pengacara program ini.

"Rancangan ini turut bergerak tanpa berpandukan sebarang skrip. Sejujurnya, apa yang dirakamkan di Korea Selatan adalah seratus peratus berlaku scara spontan," katanya yang ditemui di Talent Lounge, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini,

Cetus rasa berani

Konsep unik yang cuba disampaikan oleh produksi tersebut bukan semata-mata mahu mencuri perhatian penonton.

Idea itu dilihat mampu membuka minda orang ramai untuk tidak berasa takut dalam merancang percutian ke sesebuah negara yang mengamalkan cara hidup yang berlainan dengan rakyat di Malaysia.

"Kita bukanlah berada dalam era tanpa teknologi yang memaksa perancangan perjalanan ke sesebuah negara dilakukan secara manual.

"Mungkin suatu ketika dahulu, kita tidak tahu mengenai sesebuah negara itu sehinggalah kita sampai ke sana.

"Kini, segala-segala telah berubah apabila maklumat yang kita inginkan boleh didapati dengan begitu pantas.

"Lagipun dengan kemajuan teknologi kini, setiap telefon pintar dilengkapi dengan kemudahan aplikasi yang sangat membantu dalam merancang perjalanan ke luar negara dengan lebih mudah," katanya.

Ketika ditanya mengenai bantuan teknologi yang banyak membantu mereka sewaktu berada di Korea Selatan, ujar Adzweri lagi, dia banyak bergantung harap dengan aplikasi Whatsapp untuk terus berhubung dengan pihak Organisasi Pelancongan Korea (KTO) di Kuala Lumpur jika terdapat sebarang kesukaran yang dihadapi kumpulan produksi di sana.

"Ketika berada di Pulau Jeju, telefon milik kami telah ditamatkan perkhidmatan sebelum hotel sempat ditempah.

"Pada waktu itu, satu-satunya cara untuk berkomunikasi ialah melalui sambungan internet.


PROGRAM ini membawa penonton meneroka tempat-tempat menarik di seluruh Korea.


"Jadi, kami terus menghubungi kakitangan KTO di Malaysia melalui aplikasi Whatsapp untuk meminta bantuan mereka menghubungi ibu pejabat di Korea Selatan untuk membantu menempah hotel di Pulau Jeju," kata Adzweri yang begitu berbesar hati dengan bantuan yang dihulurkan KTO dalam menjayakan rancangan tersebut.

Selalin aplikasi telefon pintar, Adzewari dan kru turut menggunakan beberapa kemudahan lain termasuklah internet bergerak dan panduan navigasi bersuara (GPS) ketika memandu kereta di sana.

Saingan sihat

Sementara penolong penerbitnya, Mohd. Zahir Zainuddin, 31, berkata, walaupun Malaysia banyak dilambakkan dengan produksi-produksi berbentuk pengembaraan, ia sama sekali tidak memberikan impak yang negatif terhadap penerbitan Ke Korea Ke Kita?.

"Seperti yang kita tahu, banyak program berbentuk travelog dihasilkan setiap tahun.

"Pada pendapat saya, satu saingan sihat dapat diwujudkan jika lebih banyak stesen televisyen tempatan muncul dengan rancangan berbentuk sama.

"Daripada situ, kita dapat menilai dengan lebih mendalam prestasi rancangan terbitan produksi kita dan cuba untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ada padanya," jelas Zahir yang gemar menonton program travelog indie yang banyak dihasilkan oleh pengguna laman perkongsian video YouTube.

Menyentuh tentang masa depan penerbitan rancangan berbentuk travelog, ujar Zahir, pasaran untuk program seperti ini berkembang dengan pesat dan permintaan daripada penonton juga dilihat cukup memberangsangkan.

"Program-program seperti ini seharusnya terus diterbitkan dengan idea-idea yang lebih segar mengikut peredaran waktu.

"Tidak mustahil suatu hari nanti kita mempunyai saluran pengembaraan dan percutian sendiri seperti yang ditampilkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Britain," katanya.

Pengalaman baharu

Dalam pada itu, menurut pengacara Ke Korea Ke Kita?, Mior Luqman Hakin Lior Mohd. Zain, 27, atau lebih senang disapa Myo, dia bersetuju untuk melibatkan diri dalam rancangan tersebut kerana yakin dengan format dan konsep yang cuba diketengahkan.

JALINAN kerjasama erat antara (dariI kiri) Adzweri, Myo dan Zahir melicinkan proses penerbitan program Ke Korea Ke Kita?.


Tambah vokalis kumpulan Oh Chentaku itu, tidak banyak program seumpama Ke Korea Ke Kita? yang menerapkan elemen-elemen spontan, cabaran serta dialog yang bersahaja sewaktu sesi penggambaran dijalankan.

"Sejujurnya, saya tidak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pengacaraan.

"Namun, setelah diberitahu mengenai konsep sebenar program ini, saya terus bersetuju untuk mencuba.

"Lagipun, program ini tidak menonjolkan tempat-tempat popular yang mendapat tarikan pelancong sahaja.

"Bagaimanapun, ia turut menampilkan beberapa lokasi menarik yang kurang mendapat perhatian orang ramai," katanya yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Korea Selatan.

Selain itu, Myo memberitahu, banyak perkara baharu yang dipelajarinya sepanjang berada di negara yang kaya dengan tradisi dan ada resamnya itu.

"Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah cara orang-orang di sana menghormati tetamu yang bertandang ke kediaman mereka.

"Tuan rumah akan menuangkan teh ke dalam cawan setiap orang tetamu kecuali cawannya. Ia melambangkan rasa hormat serta nilai murni mendahulukan tetamu pada setiap masa.

"Maka, tetamu yang hadir ketika itu akan membalasnya dengan menuangkan teh tersebut ke dalam cawan tuan rumah," jelas Myo yang teringin untuk mengacarakan program travelog yang berkonsepkan muzik bersama anggota bandnya yang lain.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Tadika Seri Umbi sambut Pesta Ponggal

Posted:

Tadika Seri Umbi sambut Pesta Ponggal

Tadika Seri Umbi sambut Pesta Ponggal

KANAK-KANAK dan guru Tadika Seri Umbi Taman Puchong Utama merai Pesta Ponggal di Puchong, Selangor baru-baru ini.


RAI. Seramai 80 orang pelajar dan sembilan guru Tadika Seri Umbi di Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor meraikan sambutan Pesta Ponggal yang diadakan di tadika tersebut baru-baru ini.

Pesta Ponggal yang bermaksud pesta menuai padi itu diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar tadika itu selain menyemai semangat bermasyarakat.

Menurut pengetua tadika itu, Uma Thevi Marithamuthu, antara aktiviti yang dijalankan pada sambutan pesta itu ialah memasak nasi manis atau lebih dikenali nasi ponggal.

"Sambutan seperti ini dapat mendidik pelajar sentiasa bekerjasama melalui aktiviti yang diadakan secara bersama," katanya.

600 penduduk DPP Fasa I sertai perarakan Maulidur Rasul

Posted:

600 penduduk DPP Fasa I sertai perarakan Maulidur Rasul

600 penduduk DPP Fasa I sertai perarakan Maulidur Rasul


SEBAHAGIAN penduduk DPP Fasa 1 di Kajang, Selangor menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.


BERSEMANGAT. Lebih 600 penduduk Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1 menyertai perarakan sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah yang diadakan di Surau Al-Hijrah, DPP Fasa 1, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Penyertaan kira-kira 300 pelajar Sekolah KAFA Integrasi Al-Hijrah turut menyemarakkan sambutan tersebut yang bermula pukul 8.15 pagi.

Sambil membawa beberapa sepanduk, para peserta berarak sejauh kira-kira 750 meter sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis turut diserikan dengan ceramah agama bertajuk Kehidupan dan Sunnah Rasulullah SAW yang disampaikan oleh Ustaz Usman Jalil Al-Falba dari Madrasah Ulum, Sungai Tua, Selangor.

Lawatan kerja ahli dan pegawai MDS ke Sabah

Posted:

Lawatan kerja ahli dan pegawai MDS ke Sabah

Lawatan kerja ahli dan pegawai MDS ke Sabah


SAMIUN (duduk, tengah) bersama ahli dan pegawai MDS Terengganu ketika mengadakan lawatan kerja ke Sabah baru-baru ini.


MELAWAT. Seramai 28 ahli dan pegawai Majlis Daerah Setiu (MDS), Terengganu mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Sabah baru-baru ini.

Yang Dipertua MDS, Samiun Salleh berkata, selain melawat beberapa tempat menarik di negeri bawah bayu itu, mereka juga mengadakan mesyuarat bulanan di Hotel Le Meredien, Kota Kinabalu.

Antara lokasi lawatan ahli majlis serta kakitangan itu ialah Rumah Terbalik di Tamparuli, jambatan Tamparuli dan Taman Kota Kinabalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


DS3 pelengkap siri DS tempatan

Posted:

DS3 pelengkap siri DS tempatan

DS3 pelengkap siri DS tempatan

Oleh SHAWKATH AZDE

BEKAS Presiden Perancis, Charles De Gaulle dan isterinya pernah melalui saat-saat mendebarkan sewaktu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Orly pada 22 Ogos 1962.

Kenderaan yang dinaiki pasangan itu dihujani 140 butir peluru daripada laras senapang 12 anggota kumpulan Secret Army Organization (OAS) yang mahu membunuh De Gaulle gara-gara tidak berpuas hati terhadap tindakannya menyerahkan Algeria kepada para nasionalis Algeria.

Laman www.history.com melaporkan, serangan itu mengakibatkan semua tayar kereta itu meletup namun pemandu presiden masih mampu meneruskan pemanduan untuk menyelamatkan De Gaulle dan isterinya.

Jika tidak kerana sistem suspensi hidropneumatik, De Gaulle mungkin sudah mati. Sistem itu membantu mengimbangi ketinggian kereta, beban dan jenis permukaan jalan.

Itulah yang dikatakan membantu menyelamatkan nyawa De Gaulle dan isterinya. Kereta yang terlibat dalam insiden itu ialah Citroen DS19.

Insiden itu bukan nasib baik sebaliknya Citroen sudah cukup terkenal dengan kemajuan teknologi. Antara hasil ciptaan syarikat Perancis itu termasuklah pemasangan sistem pacuan roda hadapan kenderaan pada 1934, sistem suspensi hidropneumatik (1954) dan sistem brek cakera (1955).


DI pasaran antarabangsa, pemilik DS3 boleh memilih pilihan material yang disediakan untuk mempamerkan kelainan pada kereta masing-masing.


Debut Citroen DS19 berlangsung di Pameran Paris Motor Show (PMS), Perancis pada tahun 1955. Dalam sekelip mata, model pengganti kepada Traction itu menjadi buah mulut industri automotif global. Malah ia cukup popular sehingga mendapat tempahan sebanyak 12,000 unit pada hari pertama ia dipamerkan.

Produksi siri DS berterusan selama 20 tahun sebelum ditamatkan pada 24 April 1975. Jumlah kenderaan yang dihasilkan sepanjang tempoh itu mencecah 1.5 juta unit.

Citroen, di bawah PSA Peugeot Citroen membuka lembaran baharu pada 1990 apabila melaksanakan aktiviti penjenamaan semula jenamanya. Pengumuman tersebut dilakukan pada tahun ke-90 penubuhannya.

Kelahiran siri DS

Apa yang menarik ialah Citroen menyatakan inisiatif mahu memperkenalkan semula siri DS (Different Spirit). Perkara itu terserlah apabila Citroen memperagakan model konsep DS Insight di pameran Geneva Motor Show 2009.

Setahun kemudiannya, model DS3 mula dihasilkan dalam keluarga DS untuk dipasarkan ke beberapa negara. Tahun 2011 pula menyaksikan pengenalan model DS4 dan DS5.

Reka bentuk siri DS baharu mempamerkan hala tuju baharu Citroen. Menurut laman www.netcarshow.com., individu di sebalik projek gayaan siri DS ialah seorang pereka Britain, Mark Lloyd.

Citroen DS menunjukkan trend pertumbuhan yang agak sederhana sejak diperkenalkan. Tahun 2010 (untuk model DS3 sahaja), jumlah kenderaan dijual hanyalah 85,000 unit.

Berdasarkan laporan kewangan PSA Peugeot Citroen, syarikat mencatat jualan terkumpul bagi tiga model DS (DS3, DS4 dan DS5) sebanyak 300,000 unit sepanjang dua tahun bermula 2010.

Ketibaan barisan DS dilihat sebagai penyelamat jenama Citroen sekali gus membantu pengeluar kenderaan itu keluar daripada kancah kelesuan perniagaan.

Di Malaysia, tugas menyemarakkan jenama Citroen menjadi tanggungjawab kepada anak syarikat Kumpulan Naza, Naza Euro Motors Sdn. Bhd. (Naza Euro) sejak 1 Januari tahun lalu. Sebelum ini, pengimport dan pengedar produk Citroen di Malaysia digalas oleh Brooklands Motor.


RUANG dalaman DS3 tampak kompak namun mampu memperagakan susun atur yang lebih tersusun.


Naza Euro Motors tidak menunggu lama untuk memasarkan siri ikonik Citroen. Sebagai permulaan, entiti itu melancarkan varian DS4 dan DS5.

Bagi melancarkan operasi perniagaannya, sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) telah dibangunkan di Glenmarie, Selangor. Ia menelan kos pelaburan sebanyak RM3.5 juta.

Tahun 2013 juga menyaksikan sayap perniagaan Naza Euro diluaskan ke Pulau Pinang dan Johor. Sasaran pelanggan Citroen berada di bandar-bandar besar sahaja.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George ada menyatakan, Naza Euro akan menambah dua lagi cawangan di ibu negara.

Naza Euro bakal melancarkan model DS3 tidak lama lagi sekali gus melengkapkan barisan DS di Malaysia. Model Citroen DS3 pernah dipamerkan pada Kuala Lumpur International Motor Show 2013.

Citroen DS3 bakal berdepan saingan sengit dengan beberapa model premium popular seperti MINI Cooper, Volkswagen Polo dan Audi A1.

Sejauh mana kemampuan DS3 bersaing dan kekal relevan dalam segmen premium terletak kepada kebijaksanaan rancangan Naza Euro.

Malah ada desas-desus mengatakan DS3 berkemungkinan tersenarai sebagai satu produk pemasangan tempatan dalam tempoh beberapa tahun lagi. Sejauh mana kebenarannya, nantikan sahaja.

Suzuki Mega Roadshow kini kembali

Posted:

Suzuki Mega Roadshow kini kembali

Suzuki Mega Roadshow kini kembali


MODEL paling laris Suzuki Malaysia iaitu Swift turut dipamerkan kepada orang ramai sepanjang Suzuki Mega Roadshow.


SUZUKI Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (Suzuki Malaysia) baru-baru ini mengambil inisiatif melanjutkan pameran sulungnya Suzuki Mega Roadshow ke beberapa kawasan baharu sebagai satu usaha memperoleh capaian pasaran yang lebih luas. Sebenarnya, Suzuki Mega Roadshow mula diperkenalkan pada bulan Disember 2013.

Pameran bergerak kali ini melibatkan tujuh buah negeri iaitu Terengganu, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Kedah, Selangor dan Labuan. Suzuki Mega Roadshow akan berlangsung sehingga 2 Mac 2014.

Suzuki Mega Roadshow membolehkan orang ramai untuk melihat secara dekat model-model jenama Jepun itu pada masa sama berpeluang memandu uji bagi merasai kehebatan sebenar produk Suzuki. Para pengunjung juga boleh membuat tempahan bagi mana-mana model yang ingin dimiliki.

Tarikan utama sudah pastinya model Swift yang cukup popular atas jalan raya. Oleh itu, Suzuki Malaysia dengan kerjasama dua institusi perbankan iaitu Maybank dan RHB Islamic Bank menawarkan pembiayaan pembelian dengan kadar faedah serendah 1.88 peratus bagi model Swift GL dan Swift GLX.

Selain itu, pelbagai tawaran rebat menarik sehingga RM15,000 disediakan khas untuk pembeli kenderaan Suzuki baharu. Tawaran rebat tertakluk kepada terma dan syarat Suzuki Malaysia.

Ketua Jualan dan Pemasaran Suzuki Malaysia, Shahrul Mizan berkata, pihaknya melanjutkan program Suzuki Mega Roadshow adalah disebabkan sambutan memberangsangkan diterima pada bulan lalu.

"Suzuki Mega Roadshow kali ini juga menyediakan pelbagai tawaran pembelian menarik, hadiah-hadiah untuk dimenangi selain peluang kepada orang ramai bagi menyertai sesi pandu uji model-model Suzuki," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KTM 200 Duke varian mampu milik

Posted:

KTM 200 Duke varian mampu milik

KTM 200 Duke varian mampu milik


MODEL 200 Duke asas kini dijual pada harga asas RM15,888 sebuah.


KTM Malaysia CKD baru-baru ini melancarkan varian asas baharu dalam rangkaian keluarga KTM 200 Duke. Model yang dinamakan sebagai 200 Duke Non-ABS itu diperkenalkan sebagai satu langkah membolehkan lebih ramai pengguna memiliki jentera motard itu pada harga mampu milik. KTM Malaysia CKD ialah sebuah entiti di bawah Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd.

KTM 200 Duke Non-ABS masih menggunakan rangkaian kuasa sama seperti model 200 Duke sedia ada. Perbezaannya hanya melibatkan sistem brek antikunci (ABS). Teknologi membrek itu tidak didatangkan bersama model KTM 200 Duke Non-ABS.

Pengurus Besar KTM Malaysia CKD, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, objektif ketiadaan komponen itu dilakukan bertujuan mengurangkan kos penghasilan motosikal agar lebih ramai pengguna dan peminat jenama KTM boleh memiliki jentera itu pada harga mampu milik.

Selain itu, ia juga bertujuan membuka opsyen baharu kepada pengguna yang kurang gemar dengan teknologi ABS serta untuk memenuhi jangkaan peminat yang gemar cara tunggangan supermoto.

Biarpun begitu, KTM Malaysia CKD tidak memandang ringan soal keselamatan para pengguna. Buktinya, syarikat itu telah mengenakan dua set brek cakera pada kedua-dua roda. Sistem brek itu dibangunkan menerusi satu kerjasama antara KTM dan Brembo.

Model KTM 200 Duke Non-ABS ditawarkan pada harga RM15,888 seunit. Harga itu tidak termasuk insurans, cukai jalan, pendaftaran dan lain-lain caj.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harga siling kekang pindah padi

Posted:

Harga siling kekang pindah padi

Harga siling kekang pindah padi

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

HARGA bersih bayaran kepada pesawah bergantung kepada kualiti padi yang dihasilkan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menyeragamkan harga pembelian padi di Semenanjung Malaysia kepada RM1,200 bagi setiap tan metrik berkuat kuasa musim menuai akan datang bertujuan untuk mengekang aktiviti pemindahan padi tanpa kebenaran yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Naimah Ramli berkata, terdapat pihak tertentu dari negeri yang harga belian padinya rendah akan menjual padi mereka di negeri yang menawarkan harga padi yang tinggi.

"Bagaimanapun, harga bersih bayaran padi kepada pesawah bergantung kepada mutu padi yang dihasilkan.

"Semakin tinggi kandungan padi muda, batang padi, jerami, hampa, batu dan lain-lain, ia akan mengurangkan bayaran bersih padi tersebut," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

46,000 kudung anggota

Posted:

46,000 kudung anggota

46,000 kudung anggota

Oleh NURUL ANUAR KARI dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kira-kira 46,000 atau 1 peratus daripada 4.6 juta pesakit diabetes di negara ini terpaksa menerima hakikat anggota badan mereka terutama di bahagian kaki dan tangan terpaksa dipotong.

Pakar Perunding Endokrinologi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed berkata, tindakan yang menakutkan bagi pesakit diabetes itu terpaksa dilakukan bagi mencegah penyakit tersebut daripada merebak dan untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Beliau berkata, hasil kajian pihaknya sebelum ini menunjukkan sebanyak satu peratus daripada kesemua pesakit kencing manis yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan perlu dipotong anggota badan mereka sama ada tangan, kaki serta ibu jari kaki dan tangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Thaipusam disambut meriah

Posted:

Thaipusam disambut meriah

Thaipusam disambut meriah

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my


MASYARAKAT Cina tidak ketinggalan bersama penganut Hindu menarik pedati sebagai tanda membayar nazar kepada Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam di George Town, Pulau Pinang semalam.


KUALA LUMPUR – Lebih sejuta penganut agama Hindu berkumpul di Batu Caves dekat sini semalam bagi meraikan sambutan Thaipusam.

Selain menyertai kemeriahan sambutan itu, sebahagian besar daripada penganut Hindu yang hadir turut membayar niat dan menebus dosa.

Acara yang dimasukkan dalam kalendar pelancongan Malaysia itu turut menarik kehadiran ribuan pelancong asing dan masyarakat tempatan pelbagai kaum.

Seperti tahun sebelumnya, sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di pekarangan Batu Caves pada pukul 10.15 pagi dan meluangkan masa lebih sejam menyaksikan keunikan sambutan Thaipusam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Conti muncul wira Pahang

Posted:

Conti muncul wira Pahang

Conti muncul wira Pahang

Oleh IKHWAN IDERIS
Ikhwan.ideris@kosmo.com.my

CONTI (kiri) menjaringkan gol kemenangan 1-0 Pahang ke atas Lions XII di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.


JUARA Piala Malaysia musim lalu, Pahang memulakan kempen Liga Super 2014 dengan langkah kanan.

Skuad Tok Gajah memenangi perlawanan Sumbangsih bagi merangkul Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan juara Liga Super 2013, Lions XII 1-0 pada aksi pembukaan tirai kempen Liga Malaysia (Liga M) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Penyerang sensasi skuad Tok Gajah, Matias Ruben Conti menjaringkan gol kemenangan Pahang pada minit ke-57.

Conti turut menjaringkan gol kemenangan 1-0 Pahang ke atas Kelantan pada final Piala Malaysia tahun lalu.

Beraksi di hadapan 35,000 penyokong sendiri, Pahang tampil cemerlang dan melakukan asakan bertali arus di hadapan pintu gol Singapura seawal minit pertama perlawanan.

Penyerang berbisa, Dickson Nwakame berjaya meloloskan diri untuk memasuki kawasan penalti Lions XII, namun hanya mampu membuat tolakan lemah setelah dikepung tiga orang pemain lawan sebelum mudah dibaca penjaga gol, Mohd. Izwan Mahbub.

Kecederaan yang dialami Nwakaeme memaksa jurulatih membuat pertukaran pemain seawal minit ke-14, namun kemasukan penggantinya, Conti tidak menjejaskan serangan Pahang.

Sebaliknya, skuad Tok Gajah terus membuat beberapa percubaan bahaya yang menguji kekebalan pertahanan Lions.

Conti, Zeshan Rahman Damian, Azamudin Mohd. Akil dan Gopinathan memperoleh peluang untuk membuka tirai jaringan, namun kesemua percubaan mereka tersasar atau berjaya diselamatkan Izwan.

Lions XII hanya berpeluang memegang bola sekali-sekala, namun masih berjaya menguji pertahanan Pahang dan penjaga gol, Mohd. Khairul Azhan dengan serangan balas pantas dan bertentangan dengan arus permainan.

Aksi separuh masa pertama berkesudahan tanpa jaringan dan sebaik sahaja masuk separuh masa kedua, pasukan pelawat mula mendapat rentak serta mempemerkan aksi yang lebih baik.

Bagaimanapun, cubaan Azamuddin pada minit ke-56 gagal ditampan kemas oleh Izwan dan Conti berjaya menyambar bola yang dimuntah di hadapannya untuk menjaringkan gol kemenangan.

Gol tersebut menjadi hadiah terbaik untuk Conti yang menyambut hari jadinya ke-24 semalam.

Jaringan tersebut gagal dipadam Lions XII dan barisan pertahanan Pahang yang diketuai Rehman berjaya mematahkan setiap serangan pasukan pelawat.

Conti memperoleh beberapa peluang keemasan untuk menggandakan jaringan, namun gagal disudahkan penyerang dari Argentina itu.

V Shem-Khim Wah garang

Posted:

V Shem-Khim Wah garang

V Shem-Khim Wah garang

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


KHIM WAH (kiri) dan V-Shem mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan England, Chris Langridge-Peter Mills 21-16, 21-14 semalam.


BEREGU lelaki negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah tidak berdepan masalah untuk mengharungi aksi suku akhir pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014.

Pada aksi di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, beregu ke-16 dunia itu berjaya mengekalkan konsistensi untuk membawa cabaran tunggal negara dalam aksi beregu lelaki selepas menewaskan pasangan England, Chris Langridge-Peter Mills 21-16, 21-14.

Bagaimanapun, V Shem mengakui, mereka sedikit goyah kerana terlalu fokus dengan setiap serangan yang dilakukan oleh pencabarnya itu.

"Mungkin sebab perlawanan ini tidak terlalu sukar, kami pula terlalu fokus sehingga membuat kesilapan sendiri tetapi kalau dilihat secara keseluruhan, permainan kami pada hari ini (semalam) tidak berkualiti sangat.

"Saya juga tidak menafikan kami berasa tertekan, mungkin kerana tinggal kami sahaja beregu negara tetapi kami tidak mahu menjadikannya alasan kerana sasaran kami sebelum masuk gelanggang tadi adalah untuk menang.

"Saya harap dapat buat lebih baik lagi nanti. Kalau hendak bandingkan dengan perlawanan semalam (kelmarin), yang itu lebih menarik kerana ada saingan. Hari ini lebih mudah sikit," ujar V Shem.

Langridge-Mills pernah membuat kejutan pada pusingan pertama kejohanan apabila menewaskan beregu kedua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong 18-21, 21-19, 22-20.

Pada aksi separuh akhir hari ini, V Shem-Khim Wah akan bertemu Angga Pratama-Ryan Agung Saputra dari Indonesia yang turut mara selepas menumbangkan pasangan Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 22-20, 21-16.

Ditanya mengenai persiapan untuk bertemu beregu ke-11 dunia itu, Khim Wah berharap mereka mampu bermain dengan lebih baik dan konsisten.

"Saya harap dapat lebih bersedia ketika menentang mereka nanti kerana kami pernah menang sebelum ini tetapi pertemuan terakhir kami tewas," tambah Khim Wah.

Pasangan itu turut membuat kejutan pada pusingan pertama apabila menumbangkan beregu ketiga dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen pada Rabu lalu.

Sementara itu, saingan suku akhir menjadi semakin menarik selepas pilihan kedua dari China, Chen Long tersingkir.

Chen Long tumpas kepada pemain Jepun, Kenichi Tago 18-21, 21-9, 10-21.

Bagaimanapun, Chen Long ketika mengulas mengenai kekalahan mengejut itu mengakui tidak berasa sihat ekoran keadaan cuaca di negara ini yang agak panas.

Sebelum ini, Chen Long mengakui, dia terpaksa beraksi dalam keadaan suhu sejuk iaitu ketika menjuarai Terbuka Korea 2014 Ahad lalu di Seoul.

"Saya berasa tidak sihat hari ini (semalam) mungkin demam. Latihan juga tidak cukup. Mengenai prestasi Tago pula, anda rasa bagaimana? Dia juga bagus.

"Bagi saya ia normal, kerana pemain-pemain muda pada kejohanan ini telah mula menunjukkan peningkatan yang baik, ia sekali gus menjadikan kejohanan ini menjadi semakin sengit," ujar Chen Long.

Iran tampil skuad terbaik

Posted:

Iran tampil skuad terbaik

Iran tampil skuad terbaik

Daripada NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PEMAIN-PEMAIN Iran menjalani latihan seperti biasa menjelang aksi terakhir Kumpulan B kempen Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014 menentang Eintracht Frankfurt minggu depan.


YOGJAKARTA, Indonesia - Tiada istilah 'pasukan kedua' buat skuad Bawah 16 Tahun (B-16) Iran sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014 kali ini.

Meskipun telah mengesahkan slot ke separuh akhir apabila mengutip sembilan mata maksimum ketika saingan cuma berbaki satu perlawanan, skuad kendalian Mustafa Ghanbarpour enggan memandang mudah kemampuan pasukan lawan.

Sebaliknya, Mustafa bertekad untuk menpertaruhkan pasukan terbaik ketika berdepan Eintracht Frankfurt pada aksi terakhir mereka minggu depan.

"Tiada pasukan kedua. Bagi saya, kesemua pemain yang dibawa ke kejohanan ini merupakan yang terbaik.

"Jika diikutkan, saya tidak pernah kekal dengan kesebelasan pemain yang sama dalam ketiga-tiga perlawanan sebelum ini.

"Kesemua pemain diberikan peluang yang sama rata untuk beraksi. Jadi, kami akan tampil dengan skuad terbaik ketika berdepan Frankfurt kelak," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad B-16 Iran mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mengatasi kelab Portugal, Sporting Lisbon 3-0 di Stadium Antarabangsa Maguwoharjo, Sleman, Yogjakarta kelmarin.

Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut skuad B-16 Iran selepas terlebih dahulu mengatasi Chonburi FC (4-0) dan Frenz United Indonesia (3-0).

Bagaimanapun, Mustafa mahu anak-anak buahnya beraksi lebih tenang ketika berdepan Frankfurt bagi mengelak kecederaan.

"Saya juga mahu pemain-pemain memanfaatkan tempoh rehat yang agak panjang ini secukupnya selepas terikat dengan jadual perlawanan yang padat sebelum ini," katanya.

Saingan Kumpulan B kembali bersambung dan membabitkan pertemuan antara Chonburi FC dan Frankfurt, manakala wakil tuan rumah bersama, Frenz United Indonesia berdepan misi hidup dan mati ketika melayan cabaran Sporting Lisbon hari ini.

Kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Agung, Bantul, Yogjakarta.

Sementara itu, Frenz United Malaysia berjaya menewaskan Besiktas J.K 4-1 di Stadium Frenz Janda Baik, Pahang malam tadi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bawa Malaysia ke awan biru

Posted:

Bawa Malaysia ke awan biru

Bawa Malaysia ke awan biru

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

AMAR melakukan Terjunan Terapung untuk Kompetensi Terjunan Aksi Bebas di Sydney Skydivers, Australia pada Disember 2013.


HOBI bertarung nyawa! Itu apa yang dirasakan kru Kosmo! tatkala mengetahui kisah anak muda tempatan yang berusaha mengharumkan nama negara di persada dunia.

Penerjun bebas sepenuh masa, Amar Ab. Aziz, 28, berkongsi perjalanan beliau mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama yang akan terlibat dalam melakukan Formasi Besar Terjunan Udara Australia (FBTUA) 2015 di Perris Valley, Amerika Syarikat (AS).

Penglibatannya bukan sekadar hobi semata-mata, malah ada rekod yang mahu dipecahkan iaitu mengatasi rekod formasi terbesar yang pernah dicatat oleh Australia di lokasi sama pada 13 Jun 2010.

"Cabaran terbesar setakat ini adalah jadual latihan yang padat kerana saya terpaksa melakukan sekurang-kurangnya tujuh kali terjunan dalam sehari.

"Selain itu, saya telah mengeluarkan kos latihan sendiri demi mengejar impian tersebut.

"Pada masa sama, saya mengalu-alukan penaja yang berminat untuk bersama saya bagi menjulang nama Malaysia dalam sukan payung terjun di peringkat antarabangsa," ujarnya yang kini berstatus Penduduk Tetap Australia sejak September tahun lalu.

Walaupun program tersebut berlangsung pada bulan April tahun hadapan, beliau sedang giat berlatih terutama kemahiran formasi.

Difahamkan, Amar telah melakukan kira-kira 830 penerjunan. Penerjunan tertinggi yang dilakukan oleh anak kelahiran Kamunting, Perak itu adalah pada aras ketinggian 7,620 meter semasa menjalani latihan Penerjunan Aras Tinggi di Kelantan pada September 2012.

FBTUA merupakan aktiviti yang menghimpunkan semua penerjun di Australia bagi mengasah kebolehan mereka melakukan penerjunan serta meningkatkan kemahiran.


JALUR gemilang berkibar megah pada ketinggian 3,962 meter.


Sokongan

Kira-kira 150 penerjun dianggarkan terlibat bagi menjayakan rekod FBTUA 2015 dan Amar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang akan mewakili Australia di AS pada tahun hadapan.

"Saya amat berharap untuk mendapatkan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi membantu belia tempatan menceburkan diri dalam aktiviti berstatus antarabangsa.

"Penglibatan ini secara tidak langsung membawa nama dan Jalur Gemilang ke mata dunia. Sudah tentu ia selari dengan harapan kerajaan yang giat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Mana tahu pencapaian membanggakan anak tempatan mampu menarik perhatian masyarakat dunia sekali gus menjadikan negara ini lebih dikenali di luar negara," ujarnya.

Menurut Amar, terdapat beberapa siri latihan penyesuaian yang wajib diambilnya bagi melayakkan diri menjadi salah seorang penerjun FBTUA. Beliau telah menyertai beberapa acara terjunan aksi bebas seperti Starcrest Australia, Intermediate Big Way, Freefly Competent, kursus Canopy Piloting dan Tunnel 6 Ways bermula Ogos tahun lalu.

Terbongkar

Beliau yang merupakan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di 10 Briged Para sedang bercuti tanpa gaji selama tiga tahun bagi meluangkan masa bersama anak dan isteri yang juga merupakan Penduduk Tetap di negara tersebut.

Amar menceburi bidang terjun bebas sejak tahun 2007 kerana ia sebahagian daripada rutin tugasannya di 10 Briged Para.

Pada awalnya, anggota keluarga Amar menyangka beliau hanya berkhidmat sebagai pegawai ATM biasa dan tidak tahu tentang penglibatannya dalam aktiviti terjunan udara.

Status kerjaya sebenarnya terbongkar selepas keluarganya menonton beliau beraksi dalam program slot penerjunan malam yang disiarkan secara langsung sempena Pelancaran 1Malaysia di Perlis tahun 2011.

"Isteri saya, Nur Shairah Ishak turun memberikan sokongan moral termasuk turut serta menjadi penerjun bebas. Dia turut mempunyai lesen solo yang diiktiraf Persekutuan Payung Terjun Australia sejak tahun 2013," ungkap bapa kepada seorang anak itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Jantina bukan penghalang

Posted:

Jantina bukan penghalang

Jantina bukan penghalang

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

DEK kerana minat yang mendalam dalam sukan menembak, Lans Koperal Diani Shazlizan Ahmad Rasdi, 29, sanggup menahan kesakitan di pergelangan tangannya ekoran luka terkena serpihan besi piring sasaran.

Dia yang merupakan anggota pasukan Batalion Khas 19, Polis Gerakan Am (PGA), tetap meneruskan tembakan ketika bersaing bersama pasukannya, Briged Tengah pada kejohanan Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2013.

Pengorbanan tersebut ternyata berbaloi apabila pasukannya muncul juara dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Kota Tinggi, Johor, November lalu.

Itulah cebisan pengalaman dikongsikan oleh Diani dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang penembak profesional dan pengiring tetamu kehormat.

Menurutnya, faktor jantina tidak menjadi penghalang untuk dirinya menggalas tanggungjawab sebagai penembak tepat.

"Di bangku sekolah menengah lagi saya telah menyertai persatuan kadet polis kerana minat terhadap tugasan dan latihan yang mencabar seperti aktiviti kawad kaki.

"Faktor jantina tidak pernah membataskan minat saya apatah lagi menjadi seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan negara," katanya ketika ditemui di Padang Sasar Tembak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebaik menamatkan persekolahan, dia telah mengikuti kursus asas polis selama enam bulan dan terus diserap ke cawangan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur sebagai pelatih karate.

Bermula daripada bawah, akhirnya Daini telah ditugaskan di Batalion Khas 19 yang berperanan sebagai pengiring atau kawalan VVIP pada 2008.

Sejak itu, dia telah menyertai tiga kejohanan anjuran KPN yang diadakan setiap dua tahun sekali.

Wanita kelahiran Pekan, Pahang itu menjalani latihan menembak seminggu sekali iaitu dari pagi hingga tengah hari. Dia berharap menjadi seorang penembak profesional sekali gus mewakili Malaysia di Sukan SEA kelak.


AZILA menunjukkan pusat sasaran menembak kepada tiga rakan yang lain.


Mengasah bakat

Rakan sepasukannya ketika menyertai KPN 13, Lans Koperal Siti Noraida Suria Baharudin, 29, mula mengasah bakat menjadi pembidik sejak berusia belasan tahun sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah.

Siti Noraida kini bertugas dalam unit PGA selama 14 tahun dan berkhidmat di Batalion Khas 19 yang berpangkalan di Cheras, Kuala Lumpur.

Menurutnya, sebagai seorang penembak, kejayaan menembak tepat pada sasaran memberi satu kepuasan.

"Saya telah mewakili Batalion Khas 19 pada kejohanan KPN sebanyak dua kali dan berjaya mendapat tempat ketiga pada kejohanan KPN 2008 dalam kategori Senjata Walther P999.

"Tahun lalu, saya dan rakan-rakan berjaya meraih tempat pertama dengan 99 mata untuk kategori Senjata HKM P5.

Menyentuh soal keselamatan dirinya semasa mengendalikan senjata tersebut, Siti Noraida yang sedang mengandung anak kedua memberitahu, dia sentiasa mempraktikkan langkah-langkah pencegahan kecederaan yang diajar dalam latihan.

Antara langkah persediaan awal yang dilakukannya termasuklah, memakai kasut tutup penuh, baju berlengan panjang, menggunakan penutup telinga dan gogal.

"Selain itu, cara pengendalian senjata juga amat penting semasa menembak. Sebagai contoh, senjata harus dipegang kemas dengan kedudukan jari telunjuk berada di sisi gelangsar pistol untuk mengelakkan tertekan picu.


EMPAT wanita berani ini menunjukkan cara-cara memasukkan kelopak pistol.


"Semasa menembak, nafas perlu ditahan supaya tangan tidak terikut dengan pergerakan turun naik dada. Kaki juga perlu dibuka sedikit bagi memberi kestabilan badan untuk menahan lantunan tembakan dan lebih fokus," jelasnya.

Tambahnya, dia mengambil tempoh selama dua tahun untuk menjadi penembak profesional dan menjalani latihan ketat enam jam setiap hari selama sebulan sebagai persiapan sebelum kejohanan.

Latihan turut dipraktikkan oleh anak kelahiran Pontian Johor, Lans Koperal Nor Hafizah Rosli, 27.

Kesukaran

Dia yang mengikuti kursus asas latihan polis di Pulapol Ayer Hitam, Negeri Sembilan mengakui mengalami kesukaran menembak pada peringkat awal.

"Pengalaman pertama kali menembak sememangnya mendebarkan dengan bunyi tembakan berdesing di gegendang telinga dan lantunan keras pistol.

"Tangan berasa lenguh beberapa hari kerana sewaktu menembak saya lebih selesa meluruskan kedua-dua belah tangan," katanya yang sentiasa melakukan senaman tekan tubi sebelum memulakan latihan menembak.

Nor Hafizah memberitahu, latihan tersebut diiringi oleh pengawal lapang sasar yang memberikan arahan untuk menembak.

"Saya harus menunggu arahan daripada pegawai lapang sasar sebelum menembak dan kira-kira 10 orang akan berlatih dalam satu sesi yang sama.

"Masa latihan bergantung kepada keupayaan penembak. Kebiasaannya saya akan menjalani tiga sesi tembakan dengan setiap satu mempunyai 10 butir peluru," jelasnya yang mempunyai jiwa patriotik tinggi dalam menjaga kesejahteraan negara.

Berkongsi tentang jenis-jenis senjata digunakan untuk menembak, Koperal Nor Azila Abd. Latip, 39, dari Bridget Tengah berkata, antara jenis-jenis senjata tersebut ialah Walther P99, Yavuz, .38, HK MP5, M-16 dan Berreta.

PISTOL P99 ini digunakan oleh anggota penembak tepat wanita PGA dalam latihan menembak.


"Namun, bagi saya senjata api yang sukar dikendalikan ialah pistol jenis Walther P99 buatan Jerman kerana ia lebih ringan dan memerlukan ramasan lebih kuat.

"Saya lebih selesa mengendalikan pistol jenis Yavuz kerana senjata api ini lebih berat dan tembakan dapat disasarkan dengan tepat," katanya

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak itu turut mengakui menjadi penembak tepat wanita bukanlah perkara yang mudah.

"Profesion ini amat berat, terutama untuk kaum wanita kerana ia memerlukan komitmen tinggi, selain menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri di rumah," jelasnya.

Dia yang telah berkhidmat selama 17 tahun dalam unit beruniform turut menjelaskan, menembak menuntut kemahiran ramasan senjata, seni membidik, pemfokusan dan keyakinan yang tinggi.

Ikea cungkil bakat kanak-kanak

Posted:

Ikea cungkil bakat kanak-kanak

Ikea cungkil bakat kanak-kanak

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


PARA pemenang bagi kedua-dua kategori iaitu 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun dalam pertandingan Ikea Kid Talent Show 2013 bergambar bersama hadiah kemenangan mereka.


TAMPIL dengan persalinan busana persis sang puteri dari kayangan, persembahan tarian tradisional oleh Puteri Nor Batrisyia Norashid berjaya menarik perhatian juri sekali gus dinobatkan sebagai juara pada pertandingan bakat kanak-kanak Ikea 2013.

Memilih lagu Asmaradana nyanyian Tiara Jacquelina sebagai irama untuk tarian yang dipersembahkan, bakat yang dilihat pada peserta berusia lapan tahun itu begitu menyerlah.

Riak wajahnya langsung tiada tergambar perasaan cemas atau gementar, sebaliknya penuh yakin mengatur langkah tari mengikut alunan lagu yang menjadi soundtrack filem Puteri Gunung Ledang itu.

Berlangsung di Ikea Damansara, Petaling Jaya pada 7 Disember lalu, seramai 20 peserta terpilih untuk beraksi pada pusingan akhir yang melibatkan dua kategori usia iaitu tujuh hingga sembilan tahun dan 10 hingga 12 tahun.

Persembahan mereka meliputi pelbagai genre seperti nyanyian, tarian, bermain alat muzik dan kemahiran bercerita.

Pengurus Stor Ikea Damansara, Roszalena Mashurdin berkata, program tersebut diadakan sempena meraikan pelancaran rangkaian produk baharu kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun.

Keyakinan

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak dan mengekspresi personaliti mereka dalam bidang yang diminati.

"Daripada 137 penyertaan yang diterima Ikea dalam tempoh perekrutan selama lebih dua minggu, hanya 100 peserta terpilih bagi menghadiri uji bakat pada 1 Disember lalu.

MESKIPUN baru berusia 10 tahun, Chan Nickee tampil dengan tarian Lolipop yang menghiburkan.


"Selepas sesi uji bakat, total 20 penghibur terbaik dalam setiap kategori telah disenarai pendek bagi mengambil bahagian ke peringkat akhir," jelas Roszalena yang merupakan salah seorang panel juri dalam menilai persembahan peserta.

Bagi Puteri Nor Batrisyia, minatnya dalam bidang tarian sudah bermula sejak berusia lima tahun lagi ketika berada di sekolah tadika.

"Saya memang suka menari. Sudah banyak pertandingan yang saya sertai untuk mencari pengalaman. Mula-mula memang takut, tetapi lama-kelamaan rasa seronok.

"Ibu selalu memberi dorongan kepada saya membuat persembahan termasuklah menyediakan pakaian cantik," ujarnya yang mengungguli kategori kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun sambil tersenyum.

Hasil kemenangannya, Puteri Nor Batrisyia berjaya membawa pulang RM3,500 dalam bentuk baucar Ikea. Tempat kedua pula dimenangi oleh Charmaine Koh Sher Min, 9, yang menyampaikan lagu I Dreamed A Dream dari teater muzikal Les Misérables. Charmaine menerima baucar RM2,500.

Sementara itu, tarian pop yang dipersembahkan oleh Chan Zi Xuan, 7, membolehkannya memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah bernilai RM1,500.

Persembahan menarik

Untuk kategori 10 hingga 12 tahun pula, setiap peserta tampil dengan pelbagai persembahan menarik sekali gus menyukarkan pengadil membuat keputusan. Malah, dua peserta terpaksa dipanggil membuat persembahan sekali lagi kerana mendapat markah seri.

Bagaimanapun, tuah memihak pada Shalini Hari Krishnan, 12, yang membawakan tarian klasik India apabila dinobatkan sebagai juara.

Naib juara dimenangi Ellya Keesha Zarif Ahmed Zaharani, 10, yang lincah menari hip hop manakala tempat ketiga milik Janelle Arnelia, 12, yang mempesonakan khalayak menerusi lagu I Give My Love For You. Ia merupakan lagu tema dari teater muzikal Saigon yang mengisahkan tentang kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Golongan yang layak menerima zakat

Posted:

Golongan yang layak menerima zakat

Golongan yang layak menerima zakat


ORANG miskin yang pendapatan hariannya tidak mencukupi termasuk dalam golongan yang layak menerima zakat.


MENJELANG hujung tahun, para mukmin pasti sibuk menguruskan pembayaran zakat terutamanya zakat pendapatan.

Tuntutan rukun Islam ketiga ini bertujuan untuk membantu golongan-golongan memerlukan dalam membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan asas kehidupan.

Bagaimanapun, syarat utama bagi penerima zakat adalah penerima mesti beragama Islam, kecuali cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Zakat juga boleh diberikan kepada kanak-kanak dan orang gila, tetapi dengan syarat walinya yang harus menerima pemberian tersebut.

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat lapan golongan yang berhak menerima zakat. Pertama ialah golongan orang fakir iaitu sesiapa yang tidak memiliki harta sama sekali dan juga tidak sanggup bekerja.

Kedua ialah orang miskin yang pendapatan hariannya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup minima serta para petugas zakat (amil).

Seterusnya, mereka yang digembirakan hatinya atau mualaf iaitu orang yang memeluk Islam. Pemberian zakat tersebut dianggap sebagai dorongan untuk kaumnya turut sama menyembah Allah SWT.

Dalam pada itu, zakat juga diberikan kepada al-Mukatib iaitu hamba yang menebus dirinya sendiri. Bahagian itu boleh diberikan kepadanya dan kepada tuannya. Dalam hal ini, si tuan tidak harus memberi hasil zakat itu kepada hamba yang berstatus mukatab iaitu hamba yang dijanjikan akan merdeka oleh majikannya jika ia mampu membayar dirinya secara beransur-ansur.

Zakat turut diberikan kepada mereka yang berhutang bagi memenuhi keperluan hidup. Selain itu, para perajurit yang tidak mendapat gaji dari negara juga layak menerima bantuan zakat walaupun keperluan mencukupi.

Yang terakhir, ialah golongan musafir yang tidak mempunyai harta bekalan perjalanannya tetapi dengan syarat penghijrahan itu dilakukan dengan berbuat taat kepada Allah SWT.

Terdahulu, lapan golongan ini turut dinyatakan dalam al-Quran surah At-Taubah ayat 60: "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang terlilit hutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua wanita ditahan sembunyi dadah di dalam seluar dalam

Posted:

Dua wanita ditahan sembunyi dadah di dalam seluar dalam

Dua wanita ditahan sembunyi dadah di dalam seluar dalam

17/01/2014 10:49pm

SINGAPURA - Dua wanita, seorang rakyat Malaysia berusia 28 tahun dan seorang warga Singapura berumur 46 tahun, ditahan Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana cuba menyeludup kira-kira 450g heroin dan 52g dadah 'Ice' di

dalam seluar dalam mereka ke Singapura pada Rabu.

Menurut CNB, kira-kira 2.20 petang Rabu di zon ketibaan kereta di Pusat

Pemeriksaan Woodlands, pegawai dari Lembaga Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) menahan sebuah teksi dengan nombor pendaftaran Malaysia yang membawa empat penumpang dan merujuk mereka kepada CNB untuk pemeriksaan.

Seorang pegawai wanita CNB melakukan pemeriksaan ke atas seorang daripada penumpang wanita dan menemui sebungkus heroin disembunyikan di dalam seluar dalamnya.

Satu lagi bungkusan heroin dan bungkusan lebih kecil berisi 'Ice' turut ditemui disembunyikan di dalam seluar dalam seorang lagi penumpang iaitu warga Singapura, di dalam teksi sama.

Keseluruhannya, kira-kira 450g heroin dan 52g 'Ice' ditemui. Dadah yang dirampas itu mempunyai nilai pasaran kira-kira S$57,600 (RM149,027).

Siasatan terhadap kedua-dua wanita itu masih dijalankan. - Bernama

Lelaki cedera ditembak selepas cuba langgar polis

Posted:

Lelaki cedera ditembak selepas cuba langgar polis

Lelaki cedera ditembak selepas cuba langgar polis

17/01/2014 9:42pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami gangguan mental bertindak melanggar dua anggota polis menggunakan keretanya

ketika cuba melarikan diri sebelum ditembak dalam kejadian di Bandar Tun Razak, Cheras.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku pada 11.20 malam semalam apabila lelaki berusia 31 tahun itu keluar dari tempat letak kereta stesen LRT Bandar Tun Razak dan diarahkan berhenti oleh dua anggota peronda bermotosikal selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, lelaki yang memandu Proton Iswara itu kemudiannya melanggar seorang daripada anggota terbabit yang ketika itu cuba menghalang kenderaan lelaki berkenaan.

"Lelaki itu kemudiannya memandu sehingga ke kawasan kilang Desa Tun Razak dan diekori seorang lagi anggota. Sampai di jalan mati, lelaki itu

memberhentikan keretanya dan dihampiri anggota polis berkenaan yang kemudian hampir dilanggar ketika lelaki itu cuba mengundurkan keretanya.

"Anggota polis berkenaan yang sempat mengelak, melepaskan satu das tembakan menembusi cermin sebelah pemandu dan mengenai paha kiri suspek," katanya.

Khairi berkata anggota yang dilanggar hanya cedera ringan manakala lelaki

itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.

"Berdasarkan siasatan awal, kita percaya lelaki ini menghidap masalah

mental," katanya. - Bernama

157 keluarga mangsa banjir Kota Belud akan terima bantuan segera - Shahidan

Posted:

157 keluarga mangsa banjir Kota Belud akan terima bantuan segera - Shahidan

157 keluarga mangsa banjir Kota Belud akan terima bantuan segera - Shahidan

17/01/2014 8:09pm

KOTA BELUD - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bantuan akan segera disalurkan kepada 157 keluarga mangsa banjir di Kota Belud yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Kota Belud di sini, sejak Rabu lepas.

Beliau berkata, sebaik sahaja laporan mangsa banjir berkenaan diterima daripada Pegawai Daerah, bantuan akan terus disalurkan kepada mereka.

"Insya-Allah Majlis Keselamatan Negara akan memberi peruntukkan (sumbangan) seperti yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat nasional kepada mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir," katanya.

Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 452 mangsa banjir di Dewan Masyarakat Kota Belud, pagi tadi.

Kebanyakan mangsa banjir adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dan sebilangan kecil dari DUN Tempasuk.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam ketika dihubungi Bernama berkata kesemua 452 mangsa banjir dari 17 buah kampung yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Kota Belud itu, telah pulang ke kampung masing-masing pukul 5 petang tadi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved